inputs
stringlengths
9
3.4k
targets
stringlengths
1
10.2k
language
stringclasses
1 value
language_code
stringclasses
1 value
annotation_type
stringclasses
2 values
user_id
stringlengths
64
64
Ayat 1: Kawasan ini mempunyai 13 sekolah menengah awam dan lebih daripada tiga puluh sekolah rendah, tiga politeknik kampung, semua dikendalikan oleh kerajaan. Ayat 2: Kawasan ini mempunyai 13 sekolah awam menengah dan lebih daripada tiga puluh sekolah rendah, tiga kampung Politeknik, semuanya diketuai oleh kerajaan. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak?
Ya, betul.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Sejenis mineral yang dapat dicari pada makanan, penting untuk kesihatan anda.
Jawapannya ialah vitamin
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah silinder licin dalam enjin? Berdasarkan soalan sebelumnya, tulis konteks yang mengandungi jawapannya. Ia boleh menjadi 1 - 20 ayat. Konteks:
Kebiasaannya, motor synchronous hysteresis biasanya (pada dasarnya) motor dua fasa dengan kapasitor peralihan fasa untuk satu fasa. Ia bermula seperti motor induksi, tetapi apabila kadar geseran menurun cukup, rotor (silinder licin) menjadi magnet sementara. Kutubnya yang diedarkan menjadikannya bertindak seperti PMSM. Bahan rotor, seperti paku biasa, akan kekal magnet, tetapi juga boleh dimagnetkan dengan sedikit kesukaran. Sebaik sahaja berjalan, tiang rotor tetap di tempatnya; mereka tidak hanyut.
Standard Malay
zsm
re-annotations
f24c25a176e76a1f1e3a032c8b4b7df44aa0de881fe1793d591cdc5213c43ddd
Jawab soalan berikut. siapakah yang memainkan watak adik tengah di "Full House"?
Jodie Sweetin
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Aktiviti perdagangan berkembang di Asia Tenggara pada abad ke -14 dan ke-15. Apakah komoditi perdagangan yang utama pada ketika itu?
Komoditi perdagangan yang utama pada abad ke -14 dan ke-15 di Asia Tenggara ialah pertanian.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan teka-teki ini: Setiap manusia memerlukan saya. Nama saya bermula dengan O.
Jawapannya ialah oksigen. Oksigen ialah unsur kimia dengan nombor atom 8 dan simbol kimia O. Oksigen merupakan salah satu daripada kalangan unsur kalkogen dalam jadual berkala unsur dan bertindak balas dengan hampir kesemua unsur kimia, terutamanya menjadi oksida. Gas oksigen memenuhi 20.9% daripada isi padu atmosfera Bumi dan merupakan unsur paling banyak wujud dalam kerak Bumi, di mana oksigen memenuhi lebih kurang separuh daripada jisim kerak Bumi. Dalam alam semesta, oksigen merupakan unsur ketiga paling banyak, selepas hidrogen dan helium.
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Apakah maksud 'kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan'?
Ia bermaksud orang yang sangat mengharapkan pertolongan, sangat gembira apabila ada orang yang ingin membantu.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana'?
Ia bermaksud harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "api makan sekam"?
Kejahatan yang tersembunyi.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Ayat 1: Mereka kecil, dibina dari konkrit dengan blok batu yang tinggi. Ayat 2: Mereka kecil, dibina dari konkrit yang dihadapi dengan blok batu yang tinggi. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama?
Ya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Jawab soalan berikut: Apakah konsep kementerian perpaduan?
Jawapan: Konsep kementerian perpaduan adalah untuk mempromosikan dan memupuk perpaduan di kalangan masyarakat melalui pelbagai inisiatif dan program. Ini termasuk pendidikan dan latihan, aktiviti dan program bersama, promosi dan pembangunan, dan membantu mengatasi masalah yang mungkin menjejaskan perpaduan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai ayam mati di dalam lumbung"?
Miskin di tempat makmur
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "babi duyung"?
Ikan laut yang rupanya seperti babi
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan berikut. Negeri manakah di Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk paling banyak?
Negeri dengan penduduk terbanyak di Amerika Syarikat adalah California.
Standard Malay
zsm
re-annotations
cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd
Apakah maksud 'kijang dirantai dengan rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan'?
Ia bermaksud seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Binatang apa yang mempunyai satu tulang sahaja?
Jawapannya ialah sotong.
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Siapakah James Cameron?
James Cameron ialah seorang pengarah filem, editor, penulis skrip dan pencipta dari Kanada. Antara hasil karya dan filem beliau termasuk The Terminator (1984), Aliens (1986), The Abyss (1989), Terminator 2: Judgment Day (1991), True Lies (1994), Titanic (1997) dan Avatar (2009).
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Pembakaran sumber bahan api fosil menghasilkan gas X yang menyebabkan kesan rumah hijau. Antara berikut, yang manakah kesan peningkatan gas X di atmosfera? A. Kemusnahan flora dan fauna B. Meningkatkan suhu Bumi C. Menyebabkan eutrofikasi D. Penipisan lapisan ozon
Jawapan yang betul ialah B. Meningkatkan suhu Bumi
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam"?
Maksudnya ialah orang yang dalam kesusahan atau dukacita sehingga tidak sedap makan dan minum. Contoh ayat: Kesusahan hidup menyebabkan Ali seperti air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Musuh kepada tikus.
Jawapannya ialah kucing.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang.
Pelajar cemerlang umpama benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Ungkapan tersebut memberikan perumpamaan bahawa pelajar yang cemerlang mampu untuk mengadaptasi dalam apa jua keadaan untuk berjaya. Kumpulan ini sukar untuk dicipta tetapi jika berjaya dilahirkan, masa hadapan masyarakat dan negara pasti akan mencapai tahap kemajuan yang terbaik. Setiap pihak berperanan dalam memberikan sumbangan untuk melahirkan pelajar cemerlang. Namun, ianya akan bergantung kepada iltizam pelajar tersebut sama ada untuk mengamalkan ciri-ciri pelajar cemerlang atau sebaliknya. Apakah ciri-ciri yang menjadikan seseorang pelajar itu sebagai pelajar cemerlang? Antara ciri pelajar cemerlang adalah bermoral tinggi dan mempunyai akhlak yang baik. Hal ini demikian kerana, pelajar yang bermoral tinggi akan menerapkan nilai-nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian mereka. Dengan akhlak yang baik pula, pelajar dapat menerapkan nilai keagamaan yang dipelajari dalam membuat keputusan yang betul. Ciri ini dapat membantu pelajar untuk tidak terjebak dengan permasalahan sosial seperti membuang masa melepak di pusat membeli belah dan bergaul bebas dengan golongan yang bermasalah. Persis kata Peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu dan bapa perlu menjadi tauladan terbaik kepada anak-anak di rumah manakala guru akan menambah nilai dalam memantapkan sahsiah pelajar di sekolah. Kesannya, pelajar yang bermoral tinggi dan berakhlak baik pasti akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum. Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah. Bukan sahaja dalam persekolahan tetapi dalam kehidupan harian, jika kita menumpukan perhatian dalam melakukan sesuatu hasil yang baik akan diperoleh. Guru di sekolah saban tahun mengajar anak murid input yang sama, justeru pelajar yang perlu peka dan cakna atas setiap tutur kata yang diberikan oleh mereka. Tambahan pula, tips-tips yang sering kali tiada dalam buku teks adalah merupakan sebab kenapa pelajar perlu menumpukan perhatian bagi menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Intihannya, pelajar yang menumpukan perhatian dalam kelas dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Pada masa yang sama, pelajar yang cemerlang akan sentiasa memastikan latihan yang diberikan oleh guru disiapkan dan mengulang kaji pelajaran di rumah. Apabila pelajar berusaha melengkapkan latihan yang ditugaskan, mereka pasti memahami dan berjaya menguasai subjek tersebut dengan baik. Manakala, mengulang kaji pelajaran adalah penting bagi mengaktifkan memori jangka masa panjang dalam pembelajaran yang telah diulang kaji. Sebagai contoh, pelajar memperuntukkan masa sebanyak tiga jam setiap hari bagi mengulang kaji pelajaran. Jika pelajar berjaya mengekalkan disiplin ini, mereka akan menjadi seorang yang menepati masa. Seperti pesanan orang-orang tua, belakang parang kalau diasah, lagikan tajam yang bermaksud sekiranya pelajar ingin menjadi cemerlang latihan yang kerap akan membantu diri mereka untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang adalah apabila mereka aktif dalam aktiviti kokurikulum. Mutakhir ini, pencapaian akademik bukanlah segala-galanya. Penajaan biasiswa dan syarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi akan dinilai secara menyeluruh termasuklah pencapaian di luar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab permainan dan badan beruniform dapat membentuk sesorang murid menjadi individu lebih berdisiplin dan mengasah sifat kepimpinan. Melibatkan diri dalam bidang sukan dan permainan pula dapat meningkatkan kesihatan serta berkomunikasi dengan baik secara berkumpulan. Kesannya, penglibatan yang aktif oleh pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan menjadikan mereka lebih cemerlang. Kesimpulannya, pelbagai ciri-ciri yang membentuk seseorang pelajar untuk menjadi cemerlang. Setiap pihak berperanan dalam membimbing dan memberikan tauladan terbaik kepada para pelajar dalam menjadi seorang individu yang berguna kelak untuk keluarga, masyarakat dan negara. Semoga genarasi muda hari ini menepati ciri-ciri modal insan minda kelas pertama iaitu mempunyai kualiti diri yang tinggi dari segi akademik, kokurikulum, disiplin, sahsiah dan pegangan agama yang disebut-sebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Diharapkan golongan pelajar cemerlang ini berjaya dihasilkan dan menjadi harapan nusa bangsa untuk meletakkan daya saing negara di pentas antarabangsa. Persis kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Maria menggunakan 20 minit dari rumah ke pejabat, dalam perjalanan ke pejabat dia singgah membeli roti 10 minit, selepas itu dia pergi beli ubat batuk 15 minit. Dari pejabat balik ke rumah dia pergi di 'Supermarket' selama 30 minit, kira jumlah masa dari pergi balik rumah pejabat dan masa masa lain.
Masa dari rumah ke pejabat=20 minit Masa untuk membeli roti =10 minit Masa untuk membeli ubat batuk =15 minit Masa di Supermarket=30 minit Masa dari pejabat ke rumah=20 minit 20 minit +10 minit +15 minit +30 minit +20 minit=95 minit= 1 jam 35 minit Jumlah masa yang Maria gunakan dalam perjalanan ulang alik dari rumah ke pejabat pada hari tersebut ialah 1 jam 35 minit.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'habis penabur palembang tak alah'?
Ia bermaksud sesuatu usaha yang tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Di manakah terletaknya Genting Highlands?
Genting Highlands, juga dikenali sebagai Tanah Tinggi Genting, merupakan sebuah peranginan bukit di puncak Gunung Ulu Kali dengan ketinggian 1,800 meter. Sebahagian besar kawasan tersebut terletak di negeri Pahang dan satu lagi bahagian kecil terletak di negeri Selangor. Ia ditubuhkan oleh mendiang peniaga pada tahun 1965. Tempat tarikan pelancong utama kawasan tersebut ialah tempat peranginan bukit Resorts World Genting. Di sana terletaknya tapak dan taman tema dan aktiviti-aktiviti perjudian adalah dibenarkan oleh pihak pengurusan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah kanser serviks?
Kanser serviks atau juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim adalah disebabkan pertumbuhan luar biasa sel-sel yang mempunyai kebolehan untuk menyerang atau merebak ke bahagian lain badan. Pada awalannya, tiada simptom-simptom barah pangkal rahim yang boleh dilihat. Malah ia adalah salah satu daripada penyebab keputihan yang telah kita pelajari di dalam topik sebelum ini. Hanya simptom-simptom peringkat seterusnya dapat dilihat termasuklah pendarahan luar biasa faraj, sakit di bahagian pelvik atau sakit sewaktu melakukan hubungan kelamin. Jangkitan HPV (Human Papillomavirus) kebiasaannya terlibat di dalam lebih daripada 90% kes barah pangkal rahim, bagaimanapun kebanyakan orang yang mempunyai jangkitan HPV, tidak mendapat kanser serviks. Faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada barah pangkal rahim adalah tabiat merokok, sistem imunisasi yang lemah, pil-pil perancang keluarga dan mula melakukan hubungan kelamin pada usia muda dan mempunyai berbilang pasangan. Kanser serviks kebiasaannya terjadi disebabkan perubahan-perubahan dalaman badan yang mengambil masa 10 hingga 20 tahun.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai alah di rumpun betung"?
Kalah tetapi masih tidak puas hati
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah resipi untuk Biskut Badam Coklat (Almond Cluster) yang merupakan sejenis biskut raya? Tunjukkan langkah-langkah terperinci.
Bahan-bahan: 1kg Almond Strip (dibakar atau disangai hingga perang), 1kg Beryl’s Milk Chocolate Coin (dicairkan dengan kaedah double-boil atau microwave) Cara memasak: 1. Sejukkan kedua-dua bahan diatas dan gaulkan. 2. Sudukan ke dalam papercup atau di atas parchment paper. 3. Sejukkan dalam peti ais selama 10 hingga 15 minit. 4. Keluarkan dan susun didalam bekas.
Standard Malay
zsm
re-annotations
3d037d39fe52fc2d61988bbde115a11413426f692673ee121d490aa51a21b067
Jawab soalan teka-teki berikut: Binatang apa yang ada di tempat sampah?
Gajah (Gajahlah kebersihan)
Standard Malay
zsm
original-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Tulis satu karangan yang membincangkan kelebihan pendidikan maya dan pembelajaran atas talian.
Pandemik yang melanda dunia akibat penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan masyarakat di seluruh dunia mengubah norma kehidupan. Antara norma baharu yang dipraktikkan adalah pembelajaran secara atas talian atau pendidikan secara maya. Hal ini kerana hampir setiap di antara kita perlu menjalani kuarantin di rumah bagi memutuskan rangkaian penularan wabak yang meragut nyawa ini. Sebenarnya pendidikan secara maya telah pun diadakan sejak aplikasi panggilan video seperti Skype diterbitkan. Namun ia tidak dilaksanakan secara menyeluruh sehingga proses Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR) diperkenalkan. Semua guru dan murid terpaksa menggunakan komputer, tablet atau telefon bimbit untuk menyertai PDPR dan menjalani persekolahan dari rumah. Sebagai pelajar, wajar untuk kita bincangkan kelebihan-kelebihan pembelajaran maya dan pendidikan atas talian untuk semua. Antara kelebihan melaksanakan pembelajaran atas talian adalah pelajar dan guru dapat meningkatkan kemahiran teknologi. Hal ini demikian kerana guru dan murid perlu menggunakan komputer, tablet atau telefon bimbit serta capaian Internet untuk menjalankan pembelajaran secara atas talian. Guru perlu mempelajari cara untuk menganjurkan kelas menggunakan aplikasi penggilan video yang terbaik dan mudah untuk para pelajar menyertainya. Dari sudut pelajar pula, mereka perlu peka dan bersedia untuk menyertai setiap kelas yang telah disediakan oleh guru dari subjek-subjek yang berlainan. Kerja sekolah atau latihan yang diberikan oleh guru juga pastinya berbeza jika dibandingkan sewaktu pembelajaran secara bersemuka dilaksanakan. Natijahnya, tidak kira guru atau pelajar, kita kena bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baharu bagi meningkatkan kemahiran diri kerana laut yang ditimba tidak akan kering. Selain itu, pendidikan maya dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan mudah. Di bilik darjah, guru perlu menulis di papan hijau atau papan putih untuk mengajar dan pelajar pula merujuk buku teks yang kurang interaktif. Melalui pendidikan secara atas talian, guru boleh menyediakan bahan pengajaran yang lebih interaktif seperti menggunakan Microsoft PowerPoint. Bahan pengajaran ini boleh diselitkan dengan pautan video, gambar dan animasi yang mampu menarik perhatian para pelajar. Tambahan pula, pelajar mempunyai kelebihan untuk mencari sendiri maklumat lebih lanjut tentang sesuatu topik yang dipelajari menggunakan enjin carian seperti Google dan Yahoo. Aplikasi penstriman video seperti Youtube juga telah menjadi salah satu cabang pendidikan secara maya yang semakin mendapat perhatian oleh murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran atau mempelajari teknik baharu untuk bersedia menghadapi peperiksaan. Ungkapan lain dahulu lain sekarang jelas menunjukkan pembelajaran atas talian adalah lebih mudah dan interaktif untuk generasi hari ini. Pada masa yang sama, pembelajaran secara maya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan seorang pelajar. Proses pembelajaran di sekolah secara bersemuka memerlukan pelajar untuk memakai uniform sekolah, membeli buku teks dan latihan serta membayar yuran van atau bas untuk menghadirkan diri ke sekolah. Apabila PDPR diperkenalkan, pelajar hanya perlu duduk di rumah dan menyertai kelas tanpa perlu membayar kos-kos yang dinyatakan di atas. Tidak dinafikan ibu dan bapa perlu menyediakan peranti seperti komputer dan capaian Internet yang stabil untuk anak-anak menikmati pembelajaran atas talian yang lancar. Namun, ia dapat membantu meringankan beban secara jangka masa panjang lebih-lebih lagi jika ibu dan bapa kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji sewaktu menghadapi COVID-19. Dari sudut pandang mahasiswa dan mahasiswi pula, pendidikan secara maya ini amat meringankan bebanan kewangan yang ditangung mereka kerana tidak perlu membayar yuran penginapan dan kos pengangkutan yang mereka lazimi. Tuntasnya, pendidikan secara maya dapat menjimatkan kos pelajar pada aspek tertentu. Di samping itu, pendidikan secara atas talian telah membuka peluang kepada pendidikan jarak jauh tanpa batasan. Justifikasinya, walaupun guru atau pensyarah berada di kampungnya yang terletak di Kota Bharu, Kelantan, pelajar yang menetap di Johor Bahru masih boleh menyertai kelas yang diadakan secara maya. Sekiranya pihak berkuasa ingin memastikan pendidikan dapat disampaikan secara sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia, mereka perlu membangunkan dan memastikan infrastruktur Internet dalam negara berada di tahap yang terbaik dan pada harga yang berpatutan. Berlaku satu insiden di mana tular seorang mahasiswi yang memanjat pokok hanya untuk mendapatkan capaian Internet bagi menjawab peperiksaan secara atas talian. Situasi yang membahayakan nyawa ini wajar dielakkan pada masa hadapan kerana secara realitinya, infrastruktur Internet boleh dibangunkan dimana-mana sahaja. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tegasnya, dengan memperkukuh infrasturktur Internet, pendidikan secara maya dapat meluaskan capaian pendidikan kepada seluruh ahli masyarakat. Secara keseluruhan, banyak kelebihan yang diperoleh pelajar dan juga guru dalam pelaksanaan pembelajaran secara atas talian. Dalam jangka masa panjang, PDPR yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilihat mencabar guru dan murid-murid kerana faktor-faktor tertentu. Selain capaian internet yang tidak stabil, semangat dan motivasi pelajar dan guru tidak mencapai satu tahap yang membolehkan ilmu itu disampai dengan berkesan. Secara peribadi, pihak berkuasa seharusnya menggunakan kuasa politik dan pengaruhnya untuk memastikan pendidikan sama rata diberikan kepada seluruh generasi muda di tanah air ini. Hanya dengan pendidikan sahaja kita dapat memastikan masa hadapan negara kekal aman dan maju. Tiada lagi rakyat yang disisih seperti katak di bawah tempurung dan golongan elit yang mengambil kesempatan peluang pendidikan terbaik sehingga menyebabkan jurang antara masyarakat berlaku.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai kerakap tumbuh di batu"?
Ia bermaksud keadaan hidup melarat dan menderita.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur
menumbuk
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Apakah maksud "bagai anjing kepada orang, raja kepada kita"?
Anak sendiri, tetap dianggap baik
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tulis satu karangan yang membincangkan cara-cara untuk mempopularkan permainan tradisional yang tidak melebihi 1000 patah perkataan.
Mutakhir ini, golongan muda lebih kerap untuk menghabiskan masa lapang bermain permainan video atau menonton hiburan secara maya. Jika diimbau sedekad yang lalu, golongan muda akan menikmati masa lapang dengan melakukan pelbagai aktiviti di luar rumah seperti bersukan dan bermain permainan tradisional. Kelahiran pelbagai teknologi yang canggih pada hari ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada kita antaranya kepupusan budaya dan tradisi. Justeru, sebagai warganegara yang bangga dan menghargai budaya serta tradisi masyarakat tanah air ini, kita seharusnya mencari mekanisme terbaik dalam memelihara khazanah yang dimiliki oleh nenek dan moyang kita. Salah satu budaya yang semakin dilupakan adalah permainan tradisional. Persoalan yang timbul adalah bagaimana cara untuk mempopularkan semula permainan tradisional dalam kalangan masyarakat hari ini? Keadah pertama untuk memasyhurkan permainan tradisional adalah dengan menyertai program pertukaran budaya di peringkat antarabangsa. Kementerian Pelacongan Seni dan Budaya hendaklah aktif dalam menghantar penggiat permainan tradisional tempatan ke acara atau pameran global. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memperkenalkan permainan tradisional kepada masyarakat asing tetapi kita boleh mendapat ilmu dan pengetahuan tentang cara masyarakat asing memelihara serta mempopularkan permainan tradisional mereka. Kesannya, penggiat permainan tradisional tempatan dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan mengangkat semula kemasyhuran permainan tradisional dalam kalangan masyarakat. Rintangan yang timbul pastinya peruntukkan yang tidak mencukupi tetapi di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Dengan niat yang baik, usaha untuk mempopularkan permainan tradisional dengan menyertai program pertukaran budaya di peringkat antarabangsa mampu memberikan impak yang positif. Selain itu, cara untuk menjadikan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kegemaran masyarakat umum adalah dengan memasukkan elemen permainan tradisional dalam drama atau filem tontonan umum. Rakan negara Asia kita iaitu Korea Selatan telahpun berjaya melakukan perkara ini dimana sebuah drama bersiri mereka menjadi tontonan popular di seluruh dunia dengan mengadaptasi permainan tradisional mereka dengan jalan cerita yang baik. Sebenarnya, media massa merupakan saluran utama untuk membentuk pemikiran dan memberikan pendedahan kepada masyarakat umum. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Golongan pemimpin seharusnya menggunakan kuasa yang ada untuk merencana program-program atau drama serta filem yang mempunyai unsur-unsur tradisi dan budaya masyarakat. Dengan penambahan kreativiti serta kesnian yang dimiliki penggiat seni tanah air, ia pasti dapat menerbitkan kandungan yang bermakna dan meninggalkan kesan kepada penonton serta masyarakat umum. Tegasnya, permainan tradisional mampu dipopularkan jika diberikan ruang dalam drama atau filem arus perdana. Dalam masa yang sama, cara untuk mempopularkan warisan bangsa ini adalah dengan mengadaptasi permainan tradisional dengan teknologi terkini. Sebagai contoh, permainan “Beyblade” yang menjadi kegemaran golongan kanak-kanak kerana menonton animasi popular dari Jepun sebenarnya berasal daripada permainan tradisional mereka yang bernama “Beigoma”. Perkara ini boleh menjadi contoh kepada penggiat permainan tradisional kita dalam memperkasa permainan tradisional masing-masing. Misalnya, permainan gasing boleh dimodenkan dengan menghasilkannya sebagai permainan kanak-kanak dan diperbuat daripada bahan yang mudah untuk dikomersialkan. Langkah ini tidak akan memusnahkan permainan gasing yang asli tetapi sebaliknya makin ramai akan mengambil tahu dan minat terhadap permainan tradisional ini. Persis kata peribahasa Melayu, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Jelas bahawa mengadaptasi permainan tradisional dengan teknologi terkini dapat meningkatkan kepopularannya dalam masyarakat. Akhir sekali, cara untuk menarik minat orang ramai khusunya golongan muda terhadap permainan tradisional adalah melalui ibu, bapa dan ahli masyarakat. Hampir setiap perkara yang kita pelajari bermula dari rumah. Sehubungan dengan itu, ahli keluarga berperanan untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada keluarga, saudara dan semua kenalan masing-masing untuk mendedahkan kepada mereka keseronokan bermain permainan tersebut. Jika ditelusuri, permainan tradisional sebenarnya dicipta bukan sahaja bagi mengisi masa lapang malah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang bermain bersama. Permainan seperti congkak, batu seremban dan wau mampu menarik minat golongan kanak-kanak terutamanya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Intihannya, ibu dan bapa berperanan penting untuk memperkenalkan permainan tradisional di rumah supaya kemasyuharannya kembali meningkat dan digemari ramai. Sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak cara untuk mempopularkan semula permainan tradisional dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Khazanah yang kita warisi daripada nenek dan moyang kita ini seharusnya dipelihara dengan penuh komited agar ia tidak dilupakan dan menjadi suatu yang asing bagi generasi akan datang. Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan pihak berkuasa hendaklah mengimbangkan kemajuan ekonomi serta pembangunan sama rata dengan kemajuan budaya dan jati diri masyarakat. Keampuhan arena politik negara sejak kebelakangan ini tidak mencerminkan langkah untuk memajukan diri serta masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik. Sebelum nasi menjadi bubur, segala inisiatif di bawah memelihara budaya serta tradisi setiap bangsa, etnik mahupun suku kaum wajar disokong sepenuhnya tanpa sebarang bantahan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd
Apakah maksud 'dulu sorak kemudian tohok'? Berikan satu contoh ayat.
Ia bermaksud menggembar-gemburkan sesuatu pekerjaan yang belum pasti (terjadi, terbukti). Contoh ayat: Alin tidak suka dengan sikap dulu sorak kemudian tohok itu.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah langkah-langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas?
Pihak kerajaan haruslah meningkatkan mutu dan bilangan pengangkutan awam supaya dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Di samping itu, kita juga boleh berkongsi kereta dengan kawan-kawan dan keluarga untuk mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Selain itu, pihak kerajaan perlulah menambah bilangan jalan raya supaya dapat menampung bilangan kenderaan yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Akhir sekali, semua pihak mestilah bersama-sama memantau masalah ini agar tidak menimbulkan sebarang kesulitan kepada mana-mana pihak.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua iaitu golongan memerintah dan diperintah. Senaraikan golongan-gologan yang diperintah.
Golongan-golongan yang diperintah dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah: - Peniaga. - Petani. -Tukang. - Hamba raja/ hamba berhutang /hamba biasa
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Apakah peraturan permainan congkak? Berikan langkah-langkah secara terperinci.
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2. Gerakan diteruskan sehingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan ke dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 4. Jika tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "adakah duri dipertajam"?
Orang yang cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai batik lasam, makin dibasuh makin berbau"?
Makin lama digunakan makin baik
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'beroleh badar tertimbakan'?
Ia bermaksud mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bak cetus api"?
Ia bermaksud orang yang sangat cepat berkata, bekerja, bertindak, dan lain-lain.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Jawab soalan teka-teki berikut: Minuman yang mencergaskan hari anda, hingga kadang-kadang tak boleh tidur.
Jawapannya ialah kopi
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Pembentukan Malaysia adalah berasaskan rundingan dan persetujuan bersama dalam kalangan pemimpin dan penduduk negara terlibat. Buktikan pernyataan tersebut.
Bukti-bukti pembentukan Malaysia adalah berasaskan rundingan dan persetujuan bersama dalam kalangan pemimpin dan penduduk negara terlibat adalah: -Rundingan di peringkat Persekutuan Tanah Melayu -Kerjasama pemimpin di Sarawak dan Sabah -Pemimpin setiap kaum menubuhkan parti politik masing-masing -Parti PANAS/ BERJASA/ PUSAKA/ SNAP/ SUPP ditubuhkan di Sarawak -Rundingan antara kerajaan Persekutuan dengan Singapura -Mengadakan referendum untuk mendapat persetujuan rakyat -Persetujuaan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British -Pemimpin mengadakan program lawatan/timjauan -Lawatan Tunku Abdul Rahman/ Dr Burhanuddin Al-Helmy ke Sarawak / Sabah -Persetujuan mennubuhkan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia/ JSKM -Terdiri daripada wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu/ Sarawak/ Sabah/ Singapura -Keputusan menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan -Diwakili oleh kerajaan British/ Persekutuan Tanah Melayu/ Sarawak/ Sabah
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Apakah maksud "bagai ayam senang dalam reban, musang yang susah beredar keliling"?
Ia bermaksud dengki, tidak suka melihat orang lain senang
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud Darah daging?
Maksud "darah daging" ialah saudara mara sendiri.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Apakah maksud angkat diri? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut.
Maksudnya adalah sombong. Contoh ayat: “Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu”, kata Cikgu Ali kepada Shamsul.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Apakah maksud 'kaki langit'?
Ia bermaksud bahagian langit yang kelihatan seperti bercantum dengan bumi
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Mengapakah Prinsip Rukun negara perlu dihayati oleh seluruh rakyat di negara kita?
Membentuk keperibadian yang baik Membina keharmonian kaum Menlahirkan rakyat yang menghormati simbol kedaulatan negara Meningkatkan imej negara Berani mempertahankan kedaulatan negara Perlindungan hak setiap anggota masyarakat Mempertahan dan memelihara undang-undang
Standard Malay
zsm
original-annotations
736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512
Ayat 1: Banci Muslim-Albania tahun 1951 di Epirus termasuk jumlah 127 Cham Yunani. Ayat 2: Banci Yunani 1951 mengira jumlah 127 chams Muslim Albania di Epirus. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama?
Tidak
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Apakah maksud 'gagak lalu punggur rebah'?
Ia bermaksud orang yang ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kepada yang lemah)
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Namakan contoh cendawan yang boleh dimakan.
Cendawan yang boleh dimakan termasuklah Cendawan Taugeh / Cendawan Tali, Cendawan Kukur, Cendawan Enokitake, Cendawan Tiram dan Cendawan Butang.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Kebaikan dan Kepentingan Amalan Kitar Semula kepada Manusia.
Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran alam sekitar semakin menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan termasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat sekeliling. Antara prakarsa yang diperkenalkan adalah amalan kitar semula di mana bahan-bahan buangan diproses menjadi bahan baharu atau bahan kitar semula dan digunakan untuk fungsi yang sama atau berlainan. Alternatif ini telah pun diwar-warkan dan ditelusuri oleh segenap masyarakat diseantero dunia namun masih terdapat sebahagian masyarakat yang tidak mengambil endah akan kepentingan amalan ini. Justeru, wajar untuk kita mengetahui kepentingan amalan kitar semula kepada manusia dan alam sekitar. Kepentingan utama amalan alam sekitar kepada manusia adalah dapat menjimatkan perbelanjaan secara mikro dan makro. Dari segi mikro, masyarakat tidak perlu berbelanja lebih sekiranya mereka mengitar semula barangan keperluan seperti pakaian dan buku. Anda boleh menyumbangkan pakaian yang kita tidak gunakan secara kerap atau mengitar semula pakaian anak-anak yang masih elok untuk dipakai oleh saudara-mara yang baru dikurniakan anak-anak. Sumbangan buku-buku juga adalah penting supaya sumber yang digunakan iaitu kertas untuk mencetak buku baharu dipelihara dan tidak dibazirkan. Hal ini demikian kerana lebih 160 000 pokok telah ditebang secara tahunan untuk diproses bagi memenuhi permintaan industri yang menggunakan kertas. Sebanyak satu setengah tan pokok digunakan untuk menghasilkan 800 helai kertas. Secara makro pula, amalan kitar semula dapat menjimatkan perbelanjaan dalam pengurusan sampah. Kos penyelenggaraan tapak pelupusan sampah semakin meningkat dari hari ke hari berikutan kuatiti sampah yang turut meningkat. Usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah daripada menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit harus disokong. Izharnya, amalan kitar semula dapat membantu manusia untuk menjimatkan sebahagian sumber kewangan yang digunakan untuk mengurus bahan buangan dan disalurkan ke arah yang lebih bermanfaat. Di samping itu, kitar semula dapat membuka pasaran dan industri baharu dalam landskap dunia hari ini. Pertumbuhan ekonomi dan bilangan penduduk di setiap negara yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan merupakan faktor utama pasaran dan industri baharu perlu diwujudkan. Sebagai contoh, aktiviti pertanian dan agrikultur telah menjalani proses inovasi dan boleh dijalankan secara komersial di dalam sebuah bangunan tanpa menggunakan tanah. Sistem yang dikenali sebagai hidroponik ini berpotensi besar sebagai sumber masyarakat di kawasan bandar terutamanya kerana sumber tanah yang terhad tidak menjadi rintangan. Ia juga boleh diintegrasikan dengan penternakan ikan dan menjadi sistem akuaponik. secara tidak langsung meminimakan kawasan tumpuan haiwan pembaya penyakit seperti nyamuk. Jika kita kekal di takuk lama dan menggunakan setiap sumber alam bagi kegunaan yang tidak kekal lama, apakah yang akan digunakan oleh anak dan cucu kita kelak sekiranya sumber semula jadi pupus? Intihannya, inovasi dan teknologi yang berteraskan konsep kitar semula seharusnya diaplikasikan kerana ia memberi manfaat yang tersurat dan tersirat. Kepentingan kitar semula kepada alam sekitar pula adalah dapat mengurangkan pencemaran alam daripada terus berlaku. Sikap tidak bertanggungjawab segelintir manusia yang membuang sisa-sisa yang tidak sepatutnya ke dalam sungai dan laut telah menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, peristiwa di Pasir Gudang di mana pencemaran udara telah berlaku akibat pembuangan sisa toksik di sungai berhampiran dan mengakibatkan golongan kanak-kanak mengalami kesukaran untuk bernafas dan dimasukkan ke hospital. Bencana ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua kerana nyawa yang tidak berdosa akan terkorban sekiranya pencemaran tidak dibendung secara tegas. Tambahan pula, amalan kitar semula yang mengurangkan kadar pembuangan sampah dapat menyelamatkan alam sekitar daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk atau tikus. Haiwan yang membiak di kawasan kotor berpotensi menjadi punca penularan wabak penyakit berjangkit. Oleh itu, penting untuk kita mengamalkan kitar semula agar kebersihan alam sekitar dapat dipelihara dengan baik. Akhir sekali, kitar semula merupakan perkara yang mustahak bagi alam sekitar kerana ia dapat memelihara sumber alam semula jadi. Objektif utama kitar semula adalah untuk kita menggunakan bahan yang kita ada secara optimum atau mengurangkan penggunaan bahan mentah bagi mengelakkan pembaziran sumber alam semula jadi yang semakin terhad. Untuk makluman semua, alam semula jadi yang terdiri daripada tanah-tanih, taburan hutan, lautan dan udara yang terbentang luas adalah sumber semula jadi yang terhad kerana ia memakan masa yang lama untuk terhasil. Sumber batu arang, gas dan petroleum yang menjadi sumber tenaga utama dunia masa kini akan habis dan kita perlu bersedia dengan pelbagai alternatif lain. Persis kata peribahasa Melayu, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga memerlukan alam semula jadi yang menjadi habitat mereka dan kita sebagai manusia yang berakal seharusnya sedar dan melakukan tindakan yang bijak bagi memelihara kepentingan semua perkara. Secara tuntas, pelbagai kepentingan yang diperoleh sama ada bagi manusia dan alam sekitar sekiranya kita mengamalkan kitar semula. Kempen yang telah dilaksanakan pada masa dahulu iaitu pengenalan tiga tong kitar semula mengikut warna perlu diperkasa semula. Setiap pihak perlu berganding bahu bagai aur dan tebing bagi merealisasikan iltizam dalam membudayakan amalan kitar semula pada masyarakat kita. Salah satu perkara yang tidak disedari adalah setiap pembelian barang baharu akan menghasilkan sampah atau sisa pepejal yang baharu. Banyak sumber dan wang telah dilaburkan dalam mencari potensi habitat lain yang mampu didiami oleh spesis manusia. Tetapi hanya satu sahaja planet yang menepati keperluan kita iaitu planet yang bernama bumi. Maka kita perlu sedar bahawa tiada tempat lain yang kita mampu pergi sekiranya alam sekitar kita rosak dan dicemari. Semoga amalan kitar semula menjadi budaya setiap ahli masyarakat bak kata peribahasa Melayu, alah bisa tegal biasa.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan teka-teki berikut: Gula pada sebatang kayu, budak suka menjilatnya.
Jawapannya ialah lollipop kerana gula merujuk kepada manis yang terdapat pada lollipop dan "sebatang kayu" merujuk kepada batang atau stik yang digunakan untuk memegang lollipop. Budak-budak juga memang suka menjilatnya kerana rasanya yang manis.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Encik Ahmad berjalan-jalan bersama dengan keluarganya sambil menghirup udara yang nyaman di Taman Mewah. Pilih perkataan seerti bagi perkataan 'nyaman' dalam ayat tersebut. Pilihan: A) elok B) segar C) tulen D) bersih
Jawapan yang betul ialah B) segar
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut? Bila kemalangan berlaku, apa yang dipanggil?
Jawapannya ialah 999
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah penyakit koronavirus yang berlaku pada tahun2019?
Penyakit koronavirus 2019 atau penyakit pernafasan akut 2019-nCoV ialah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh SARS-CoV-2 (novel koronavirus 2019), sejenis virus yang berkait rapat dengan virus SARS. Penyakit ini telah ditemui dan mengakibatkan pandemik berterusan sejak awal 2020.
Standard Malay
zsm
re-annotations
1210da06dd0804cb4b21bee57860c879c91dda5b61257cdc98a2b650a83c307b
Cuba jawab teka-teki berikut: Buah epal dan buah oren jatuh di kepala, mana yang paling sakit?
Jawapannya ialah kepala.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'besar hati'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud bermaksud bangga, megah. Contoh ayat: "Besar hati kami apabila mendapat tahu tuan akan hadir ke majlis itu nanti," kata Ali kepada Tuan Farid.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Peribahasa:
i. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. ii. Berbudi bahasa budaya kita
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Apakah maksud "adat diisi janji dilabuh"?
Maksudnya adalah mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah dibiasakan (diadatkan)
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali'?
Ia bermaksud tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti'?
Ia bermaksud tempat yang tidak dijaga baik-baik itulah yang dimasuki pencuri
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Menurut zodiak Cina, apakah sifat baik and buruk untuk ayam?
Sifat baik: Tajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas, konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis, saintifik, bertanggungjawab Sifat buruk: Terlalu fanatik dan kritis, bagaikan pendakwah, egoistik, kasar, terlalu yakin akan pendapatnya
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'ganti tikar'?
Ia bermaksud berkahwin dengan adik isterinya (atau saudara suaminya) yang telah meninggal
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Berikan satu contoh ayat untuk peribahasa "air dicencang takkan putus"
Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud peribahasa Biar Lambat Asalkan Selamat?
Peribahasa ‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya. Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya. Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujuinya. Tanpa disedarinya, perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain. Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu. Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah cara untuk menjaga kesihatan sendiri dan keluarga?
Kita boleh melakukan aktiviti riadah, mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, menjalani pemeriksaan kesihatan, dan mendapatkan rehat dan tidur yang cukup.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Dia tidak berjaya ___________ cakera itu melepasi garisan kelayakan.
melempar
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Apakah maksud 'habis manis sepah dibuang'?
Ia bermaksud digunakan sewaktu perlu sahaja, setelah itu ditinggalkan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "ada biduk, serempu pula"?
Ia bermaksud tidak puas dengan apa yang ada
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'alim-alim kucing'. Nyatakan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut.
Ia bermaksud seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan. Contoh ayat: Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya sahaja tetapi agak nakal di sekolahnya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Apakah maksud 'dalam dua tengah tiga'?
Ia bermaksud tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yang tidak tetap, bimbang
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan teka-teki ini: Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Jawapan : Stone Cold
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'duduk seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang'?
Ia bermaksud fikiran yang diperoleh daripada perbincangan lebih bernas daripada fikiran yang bersendiri
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Antara berikut, yang manakah kesinambungan Zaman Prasejarah kepada kemajuan manusia? I Menternak binatang II Penempatan III Sistem pendidikan IV Aktiviti pertanian
Jawapan ialah I (Menternak binatang) dan IV (Aktiviti pertanian).
Standard Malay
zsm
original-annotations
736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512
Tulis artikel berdasarkan ringkasan ini: Ambil kursus keselamatan yang diperlukan. Beli lesen, jika perlu. Sediakan bekalan kecemasan. Pilih taktik anda. Latih taktik memburu anda. Pilih lokasi. Perkara:
Banyak negeri dan kawasan memerlukan anda mengambil kursus wajib dalam keselamatan pemburu sebelum anda boleh mengeluarkan lesen memburu, terutamanya apabila memburu dengan senjata api. Pastikan anda mematuhi semua peraturan, atau anda boleh didenda atau menderita akibat undang-undang lain, seperti penahanan. Bergantung pada kawasan yang anda tinggal, anda mungkin dapat memburu beberapa haiwan kecil tanpa permit selagi anda mematuhi peraturan memburu wilayah anda. Semasa anda memburu, kemalangan mungkin berlaku yang mungkin memerlukan rawatan perubatan, atau anda mungkin memerlukan bermalam semasa menunggu ketibaan bantuan. Jangan tertipu. Pastikan anda mempunyai: Ubat (contohnya insulin, pil tekanan darah, dan lain-lain). Telefon bimbit atau radio dua arah (dalam kes kalis air). Pakaian yang sesuai untuk perubahan cuaca (pakaian hujan, dan lain-lain). Lampu api / pencetak api. Cangkir logam. Sumber cahaya kalis air (contohnya lampu depan). Alat peluit atau isyarat. Tempat perlindungan kecemasan (contohnya selimut ruang). Pisau survival. Kit pertolongan cemas. Rasio kecemasan (granola, bar pengganti makan, dan lain-lain). Peta dan kompas. Terdapat kaedah yang berbeza untuk memburu haiwan yang anda pilih sebagai mangsa. Memburu dengan mengintai, dan memburu anjing adalah kaedah yang popular yang digunakan untuk memburu pelbagai mangsa. Anda perlu meneliti mangsa anda untuk memutuskan cara yang paling berkesan. Jika anda merancang untuk memburu dengan berdiri di pokok, anda perlu menyesuaikan diri dengan membawa dan memanjat dengan sebelum memburu. Begitu juga untuk membentuk buta, atau untuk prosedur untuk memburu permainan. Mangsa anda mungkin akan mempunyai habitat yang ideal. Di sini anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencari mangsa anda semasa anda memburu. Penyelidikan habitat yang ideal mangsa anda, memberi perhatian kepada nota mengenai penghijrahan dan perubahan tahunan, dan mencari beberapa lokasi berhampiran anda yang anda boleh memburu. Memburu di tanah awam adalah sah, selagi ia tidak melanggar sekatan negeri, persekutuan atau serantau, anda mempunyai lesen yang betul, dan anda mengikuti negeri, persekutuan atau peraturan memburu lain yang berkenaan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud makan angin? Berikan satu contoh ayat.
Ia bermaksud bersiar-siar. Contohnya, dia makan angin di Eropah buat pertama kalinya selepas berkahwin.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Rujuk petikan di bawah dan jawab soalan dalam bahasa yang sama dalam petikan: Petikan: Di Israel, tradisi Yahudi Tu B'Av telah dihidupkan semula dan berubah menjadi setara Yahudi Hari Valentine. Ia disambut pada hari ke-15 bulan April (biasanya pada akhir bulan Ogos). Pada zaman dahulu, gadis-gadis akan memakai gaun putih dan menari di kebun anggur, manakala lelaki akan menunggu mereka (Mishna Taanith akhir Bab 4). Sekarnag, Tu B'Av dirayakan sebagai cuti kedua cinta oleh orang sekular (bersama dengan Hari Valentine), dan ia berkongsi banyak adat yang berkaitan dengan Hari Valentin di masyarakat barat. Dalam budaya Israel moden Tu B'Av adalah hari yang popular untuk mengisytiharkan cinta, mencadangkan perkahwinan, dan memberikan hadiah seperti kad atau bunga. Soalan: Bilakah Tu B'Av dirayakan?
15 April
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Bilakah kereta nasional negara Malaysia dilancarkan? a. 1985 b. 1986 c. 1987 d. 1985
Jawapan yang betul ialah d. 1985. Proton Saga generasi pertama ialah kereta pertama yang dihasilkan pengilang kereta Proton di Malaysia dan ia dilancarkan pada bulan 9 Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai ayam seekor bertambang dua"?
Dua pemuda meminati gadis yang satu
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Siapakah Yang Di-Pertuan Agong ke-15 di Malaysia? A) Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah B) Sultan Muhammad V C) Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail D) Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
Jawapan yang betul ialah A) Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Baginda diputerakan pada 22 Januari 1962 dan adalah Sultan Terengganu yang ke-18. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah latar belakang Neflix?
Netflix, Inc ialah sebuah syarikat penerbitan dan penyedia perkhidmatan media Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Los Gatos, California, yang ditubuhkan pada tahun 1997, oleh Reed Hastings dan Marc Randolph. Perniagaan utama syarikat ialah perkhidmatan penstriman berasaskan langganan yang menawarkan penstriman dalam talian dari perpustakaan filem dan rancangan televisyen, termasuk yang diterbitkan di dalam rumah. Sehingga April 2019, Netflix mempunyai lebih daripada 148 juta langganan berbayar di seluruh dunia, termasuk 60 juta di Amerika Syarikat, dan lebih daripada 154 juta jumlah langganan termasuk percubaan percuma. Ia boleh didapati di seluruh dunia kecuali di tanah besar China (akibat sekatan tempatan), Syria, Korea Utara, dan Crimea (akibat sekatan AS). Syarikat itu juga mempunyai pejabat di Belanda, Brazil, India, Jepun, dan Korea Selatan. Syarikat ini ialah ahli Motion Picture Association of America (MPA). Model perniagaan awal Netflix termasuk jualan dan penyewaan DVD melalui mel, tetapi Hastings meninggalkan penjualan kira-kira setahun selepas penubuhan syarikat itu menumpukan pada perniagaan sewa DVD awal. Netflix mengembangkan perniagaannya pada tahun 2010 dengan pengenalan media penstriman sambil mengekalkan perniagaan sewa DVD dan Blu-ray. Syarikat itu berkembang ke peringkat antarabangsa pada tahun 2010 dengan aliran yang terdapat di Kanada, diikuti oleh Amerika Latin dan Caribbean. Netflix memasuki industri penerbitan kandungan pada tahun 2012, memulakan siri pertamanya Lilyhammer. Sejak 2012, Netflix telah mengambil lebih banyak peranan aktif sebagai penerbit dan pengedar untuk kedua-dua siri filem dan televisyen, dan untuk itu, ia menawarkan pelbagai kandungan "Netflix Original" melalui perpustakaan dalam taliannya. Menjelang Januari 2016, perkhidmatan Netflix beroperasi di lebih 190 negara. Netflix mengeluarkan anggaran 126 siri dan filem asal pada 2016, lebih daripada saluran rangkaian atau kabel lain. Usaha mereka untuk menghasilkan kandungan baru, menjamin hak untuk kandungan tambahan, dan mempelbagaikannya melalui 190 negara telah mengakibatkan syarikat mengumpul berbilion hutang: $ 21.9 bilion pada September 2017, meningkat dari $ 16.8 bilion dari tahun sebelumnya. $ 6.5 bilion daripada ini ialah hutang jangka panjang, sementara yang selebihnya adalah tanggungjawab jangka panjang. Pada Oktober 2018, Netflix mengumumkan akan menaikkan lagi hutang bernilai $2 bilion untuk membantu membiayai kandungan baru.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tunjukkan resipi untuk sotong masak hitam Kelantan dengan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan: 600gm sotong, Sedikit dakwat sotong, 2 batang serai, 2 ulas bawang putih, 4 biji bawang merah, 1 keping asam gelugor, 1 biji cili hijau, Garam dan serbuk perasa secukupnya Cara penyediaan: 1. Bersihkan sotong – asingkan kepala, buang tulang dan perut, dan asingkan (jangan buang) kantung dakwatnya. 2. Mayang halia, bawang merah dan bawang putih. 3. Ketuk serai, potong serong cili hijau. Cara memasak: 1. Masukkan serai, asam keping dan bahan yang telah dimayang ke dalam periuk. 2. Masukkan air secukupnya, kemudian pecahkan beberapa kantung dakwat sotong ke dalam air, bergantung kepada tahap kehitaman kuah yang diingini. Kalau nak hitam pekat, masukkan banyak dakwat. 3. Masak sehingga kuah menggelegak, kemudian masukkan sotong. Tambahkan garam dan serbuk perasa. 4. Rebus sotong sehingga masak (dalam 1-3 minit sahaja). Jangan terlebih masak, sotong akan menjadi liat kalau dimasak terlalu lama. 5. Akhir sekali masukkan cili hijau. 6. Kemudian matikan api, angkat dan hidang
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Berikan saya resipi untuk tempe dengan ikan bilis goreng sambal. Tunjukkan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan A: 2 pek tempe, 1 mangkuk/segenggam ikan bilis, 15-20 cili kering atau cili kisar/ cili boh, gula,, garam, sedikit asam jawa, minyak untuk menumis Bahan B (dikisar/tumbuk): 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit belacan Cara memasak: 1) Potong dadu atau hiris nipis tempe dan goreng garing. Goreng garing juga ikan bilis. 2) Gunakan minyak baki menggoreng tadi dan tumis semua bahan kisar 3) Masukkan cili kering dan asam jawa, tumis sampai wangi dan sedikit kering. Air asam jawa tidak digunakan sebab sudah ada air semasa kisar cili kering 4) Masukkan gula dan garam dengan secukupnya mengikut cita rasa. 5) Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'gigi air'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud tepi air laut. Contoh ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tuliskan satu autobiografi yang bertajuk Aku Sehelai Kain Pelikat
Aku dilahirkan di sebuah kilang kain yang terletak di Temerloh, Pahang. Aku dipanggil kain pelikat. Aku dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti dan kukuh supaya aku tahan dan selesa dipakai. Setelah aku dibuat sempurna, aku diletakkan di dalam kotak kecil yang cantik dan berwarna warni. Kemudian, aku bersama kain sejenis ku yang lain dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar untuk diedarkan ke kedai-kedai pakaian di seluruh dunia. Aku dihantar ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Aku berasa agak kecewa kerana diedarkan di dalam negara sahaja sedangkan aku sebenarnya ingin melancong ke luar negara. Aku berasa cemburu melihat akan kain-kain lain yang dihantar ke pelabuhan untuk dieksport ke luar negara seperti Arab Saudi, Jepun dan German. Namun aku sedar ini sudah ditakdirkan dan aku harus merelakannya dan bersyukur. Di pasar raya itu aku dipamerkan di sebuah almari kaca yang berlampu kerana aku adalah kain yang berkualiti dan mahal. Ramai pengunjung suka melihat ku yang cantik tetapi mereka tidak tidak mampu membeli ku. Aku gembira berada di situ kerana tempatnya selesa dan aku dapat melihat pelbagai ragam manusia yang berkunjung ke pasar raya itu. Pada suatu hari aku dikunjungi oleh seorang lelaki yang agak berumur. Setelah melihatku seketika, dia bersetuju membeliku dengan harga RM80.00. Aku berasa gementar kerana aku tidak tahu sikap tuan baru ku ini sama ada baik terhadapku nanti atau sebaliknya. Aku dibawa menaiki sebuah kereta buatan Malaysia iaitu Proton Exora. Aku diletakkan di tempat yang selesa dan selamat di dalam kereta itu. Aku sedar tuan ku amat menyayangi ku. Tiba-tiba tuan aku berhenti di sebuah masjid di tepi sebatang jalan raya. Kemudian, dia membawa ku ke masjid itu. Setelah selesaikan mengambil air sembahyang, tuan memakai ku untuk bersolat. Aku amat gembira kerana inilah kali pertama aku dapat berbakti kepadanya. Lebih bermakna lagi aku digunakan oleh insan untuk bersujud kepada Allah yang Maha Esa. Kini aku bersyukur kerana mendapat tuan yang baik. Aku berharap tuan aku sentiasa menggunakan aku untuk bersolat dan beribadah hingga ke akhir hayatku.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "berburu kucing di dapur"?
Ia bermaksud perihal anak muda dan gadis yang tinggal serumah dan membuat perhubungan haram.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. "Bilakah __________akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Raju
Jawapannya ialah kamu.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Apakah soalan untuk: "Kisah ini menceritakan pengembaraan pelaut Ishmael, dan perjalanannya di kapal Pequod, dipimpin oleh Kapten Ahab. "? Topiknya ialah Moby Dick.
"Siapakah Kapten Ahab dalam novel "Moby Dick"?"
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Ayat pasif: Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera kami hulurkan.
Ayat aktif yang betul ialah 'Kami menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera.'
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'kalau tak bermeriam, baiklah diam'?
Ia bermaksud orang yang miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Tindakan semasa menyampaikan rahsia.
Jawapannya ialah bisikan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bak anjing tersepit"?
Ia bermaksud merendahkan diri untuk meminta tolong apabila dalam kesusahan, meninggikan diri semula selepas terlepas daripada kesusahan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "berat tangan"? Berikan satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud pemalas atau seorang yang enggan bekerja. Contoh ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur.
Standard Malay
zsm
re-annotations
bf8729c51556d171563e271498df4cc07267857a6f7ea75866f3bec51fec869e
Menurut zodiak Cina, apakah sifat baik and buruk untuk lembu?
Sifat baik: Boleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita-cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas, kuat Sifat buruk: Degil, berfikiran sempit, materialistik, tegar, suka mendesak
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'bongkok kail nak mengena'?
Ia bermaksud tipu muslihat itu ialah untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'sampai hajat'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud berjaya mencapai apa yang dihajati. Contoh ayat: Akhirnya sampai hajat nenek hendak ke Makkah.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'makan hati berulam jantung'?
Ia bermaksud bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'Upload' ketika menyemak kelajuan internet?
-Menunjukkan kelajuan internet untuk memuat naik sesuatu daripada komputer atau telefon bimbit anda ke dalam internet. -Contohnya, kelajuan memuat naik gambar di laman Instagram atau Facebook. -Nilai ukuran juga selalunya dalam bentuk mbps dan bergantung kepada pakej langganan internet anda
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tulis satu karangan yang membincangkan kepentingan sektor pertanian di Malaysia.
Kekayaan khazanah alam semula jadi dan selamat daripada ancaman bencana alam yang teruk seperti gempa bumi merupakan satu anugerah kepada tanah air kita. Sebelum zaman modenisasi tiba, sektor pertanian menjadi antara penyumbang utama ekonomi negara. Tanaman sawit dan getah yang dikomersialkan telah berkembang dan menjadi bekalan eksport utama negara ke negara-negara asing. Beberapa tahun kemudian, dasar ekonomi negara berubah dan memfokuskan pembangunan berdasarkan perindustrian. Kesannya, sektor pertanian negara kekal ditakuk lama dan tidak berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan sains. Oleh yang demikian, wajar untuk kita bincangkan kepentingan sektor pertanian di Malaysia agar sektor ini mendapat perhatian yang sebaiknya dan memanfaatkan masyarakat secara amnya. Sektor pertanian yang merangkumi perladangan dan penternakan adalah penting untuk menjamin bekalan makanan negara yang cukup untuk anggota masyarakat. Untuk pengetahuan semua, negara kita masih bergantung kepada bekalan makanan yang diimport dari negara luar sedangkan kita mempunyai kepakaran dan tenaga kerja untuk menghasilkan bekalan makanan tersebut secara domestik. Usaha ini penting bagi mengelakkan rantaian bekalan makanan untuk rakyat kita terputus apabila berlaku sesuatu seperti peperangan. Kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini juga dapat dibendung kerana kita mempunyai stok simpanan yang boleh melawan inflasi yang berlaku secara global. Pembuat polisi negara harus bertindak untuk meningkatkan penghasilan sumber makanan terutamanya makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras, daging ayam dan lembu. Tegasnya, sektor pertanian negara penting untuk menjamin bekalan makanan negara agar tidak menjadi seperti pepatah, kera dihutan disusukan, anak di rumah kelaparan. Pada masa yang sama, sektor pertanian negara penting untuk membangunkan kawasan-kawasan pedalaman di Malaysia. Kawasan luar bandar sukar untuk dibangunkan kerana terdapat faktor geografi yang tidak sesuai seperti bukit-bukau dan gunung-ganang. Tetapi ia berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perladangan dan penternakan. Idea ini telah pun dilaksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak yang memperkenalkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dinekali sebagai FELDA. Apabila kawasan pertanian dibangunkan, infrastruktur lain akan turut dimajukan seperti jalan raya dan rangkaian telekomunikasi. Secara tidak langsung, infrastruktur di kawasan pedalam menerima impak kemajuan yang merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Perbezaan bagai bumi dengan langit dapat dihapuskan sekiranya pengurusan pembangunan kawasan pertanian di luar bandar dilaksanakan dengan baik sekaligus mencerminkan kepentingan sektor pertanian dalam negara. Sehubungan dengan kepentingan di atas, peluang pekerjaan akan terbuka dan mampu membantu masyarakat tempatan untuk meningkatkan tahap sara hidup diri dan keluarga. Masyarakat kita kadang kala terikat dengan stigma bahawa pertanian merupakan kerja kampung dan tidak professional berbanding bekerja di dalam pejabat yang mempunyai penyaman udara. Pihak kerajaan yang mempunyai pelbagai agendi dan jabatan di peringkat negeri seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam mendidik dan membuka peluang kepada masyarakat tempatan untuk menceburi bidang pertanian. Dengan bimbingan dan bantuan daripada pakar, kita mampu menghasilkan petani atau peladang yang berjaya menghasilkan bekalan untuk pasaran domestik tetapi juga untuk dieksport ke luar negara. Sebagai contoh, seorang graduan jurutera yang mengusahakan tanaman melon manis di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, Terengganu, berjaya memperoleh sehingga RM30,000 semusim. Intihannya, sektor pertanian berpotensi membuka peluang pekerjaan dan memberikan pulangan yang lumayan ibarat di mana ada gula, disitu pasti ada semut. Akhir sekali, kepentingan sektor pertanian di Malaysia adalah untuk meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara. Seiring dengan sektor lain seperti perindustrian dan pembangunan, sektor pertanian negara juga wajar diberikan perhatian dan insentif yang sepatutnya. Kesimbangan kemajuan dalam pelbagai industri dalam negara akan membuatkan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Tamsilnya di negara Jepun dan Korea Selatan yang memastikan setiap industri seperti pertanian, teknologi, perindustrian dan pelancongan dibangunkan bersama-sama dan meningkatkan imej negara mereka ke tahap yang lebih tinggi. Selepas usaha untuk memastikan bekalan makanan negara cukup untuk menampung keperluan domestik, sektor pertanian kita perlu mengorak langkah untuk mengeksport hasil keluar negara. Seiring dengan wawasan untuk menjadikan negara sebagai hab utama makanan halal dunia, kita seharusnya mampu mengeluarkan produk atau hasil pertanian yang halal dan mencapai piawai yang ditetapkan di seluruh dunia. Izharnya, sektor pertanian penting untuk menjana pendapatan negara disamping sektor-sektor lain yang menjadi pemangkin ekonomi negara. Tuntasnya, banyak kepentingan yang dimiliki dan berpotensi dalam sektor pertanian di Malaysia. Lain dahulu lain sekarang merupakan perumpamaan yang sesuai untuk memberikan gambaran kepada potensi sektor pertanian di Malaysia. Hal ini kerana kemudahan infrastruktur, kepakaran tenaga kerja, iklim dan tanih yang sesuai merupakan kelebihan yang kita punyai untuk menjayakan apa sahaja aktiviti pertanian di negara ini. Justeru, setiap pihak harus memainkan peranan dan obligasi untuk memastikan matlamat memajukan sektor pertanian negara dapat dicapai dan hasilnya dinikmati bersama. Semoga sektor ini tidak lagi dipandang enteng dan perubahan bermula daripada sekarang demi kemaslahatan generasi masa hadapan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795