inputs
stringlengths
9
3.4k
targets
stringlengths
1
10.2k
language
stringclasses
1 value
language_code
stringclasses
1 value
annotation_type
stringclasses
2 values
user_id
stringlengths
64
64
Siapakah Gurmit Singh?
Gurmit Singh ialah pelakon, pengacara dan pelawak Singapura. Beliau merupakan bekas artis di bawah konglomerat media Singapura, MediaCorp, dan beliau menjadi terkenal dengan peranannya dalam siri sitkom popular Singapura, Phua Chu Kang. Beliau memenangi Anugerah Televisyen Asia bagi kategori Persembahan Terbaik oleh Pelakon Lelaki sebanyak 5 kali berturut-turut, dari tahun 1998 hingga 2001 dan 2003.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah mi goreng?
Mi goreng ialah satu hidangan terkenal di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Ia adalah dibuat daripada mi kuning nipis. Ia digoreng dengan bawang, udang goreng, cili, sayur-sayuran, tomato, dan telur. Ia biasanya boleh didapati pada gerai mamak di Singapura dan kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Siapakah Perdana Menteri pertama di Malaysia?
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan Perdana Menteri pertama di Malaysia bermula pada 31 Ogos 1957 sehingga 22 September 1970.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Apakah maksud "ada taring"?
Simpulan bahasa ini digunakan untuk memerikan seseorang yang berkuasa.
Standard Malay
zsm
re-annotations
cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Di manakah pokok yang tertinggi di dunia?
Jawapannya ialah Gunung Everest. Ini kerana Gunung Everest ialah gunung tertinggi di dunia.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Ayat 1: Dalam masa yang tenang untuk Trinity, dia memenangi hanya satu Piala Yorkshire (1924 - 1925 melawan Batley) dan kehilangan empat Yorkshire Piala. Ayat 2: Dalam masa yang tenang untuk Trinity, mereka memenangi hanya satu Piala Yorkshire (pada tahun 1924 - 25 melawan Batley) dan kehilangan empat Yorkshire Piala. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak?
Ya, betul
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai wau putus teraju"?
Ia bermaksud orang yang berserah sahaja kepada nasib kerana tidak mampu berusaha lagi..
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan teka-teki ini: Tahap kehidupan seseorang di mana dia tahu dan tidak tahu pada masa yang sama.
Jawapannya ialah remaja
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Kebaikan dan Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum.
Aktiviti kokurikulum adalah apa-apa kegiatan yang dirancang selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kegiatan ini memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Di Malaysia, kokurikulum merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab serta penyertaan dalam pasukan pakaian seragam. Penyelarasan kegiatan kokurikulum di sekolah menunjukkan bahawa ia mampu memberikan manfaat yang banyak kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, mari kita rungkaikan faedah-faedah yang diperoleh daripada penyertaan aktiviti kokurikulum. Antara manfaat yang diperoleh para pelajar sekiranya mereka menyertai aktiviti kokurikulum adalah pengisian masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Sebagai contoh, penyertaan dalam kelab sukan memerlukan pelajar menyertai latihan yang diadakan selepas waktu persekolahan. Perkara ini secara tidak langsung dapat membendung mereka daripada melakukan perkara tidak berfaedah seperti melepak dan gejala sosial yang semakin menjadi polemik dalam kalangan pelajar sekolah hari ini. Tambahan pula, ibu dan bapa hari ini yang sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak perlu risau akan keberadaan anak-anak mereka sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah. Jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum memberikan pengisian masa lapang yang sangat bermanfaat kepada pelajar-pelajar. Selain itu, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat menambah ilmu pengetahuan mereka. Hal ini demikian kerana jika mereka memberi perhatian dan tidak menyertai aktiviti kokurikulum secara sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga, pasti mereka sedar bahawa banyak perkara yang boleh dipelajari. Tamsilnya, aktiviti pasukan pakaian seragam seperti persatuan pengakap memberikan tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara-cara untuk hidup di dalam hutan dan sebagainya. Pembelajaran seperti memasang khemah, menghidupkan api menggunakan kayu hutan dan ikatan-ikatan menggunakan tali tidak dipelajari dalam bilik darjah sebaliknya ia khusus kepada pelajar yang menyertai aktiviti-aktiviti pasukan seragam yang diminati oleh pelajar. Di samping itu, pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah dapat membina kekuatan jati diri masing-masing. Pelajar akan menyertai aktiviti seperti kawad kaki yang memerlukan disiplin diri serta kekuatan mental dan fizikal bagi mendengar dan mengikuti arahan yang diberikan. Pada waktu yang sama, pelajar perlu bekerjasama dengan rakan-rakan lain bagi mendapatkan pergerakan yang seragam dan teratur. Tambahan pula, aktiviti kokurikulum memerlukan pelajar menjawat jawatan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa dalam persatuan dan kelab masing-masing. Secara tidak langsung, pelajar perlu mempelajari nilai yang diperlukan bagi menjawat jawatan yang penting dalam sesebuah organisasi. Kesannya, pelajar akan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan mempunyai pengalaman yang mampu meningkatkan jati diri masing-masing setelah menyertai aktiviti kokurikulum. Akhir sekali, faedah yang diperoleh daripada menyertai aktiviti kokurikulum adalah mumupuk perpaduan antara pelajar. Sekolah merupakan alma mater dalam membentuk penyatuan sesebuah komuniti khusus bagi golongan orang-orang muda. Justeru, aktiviti kokurikulum akan melibatkan penyertaan daripada pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama. Sebagai contoh, aktiviti bersukan memerlukan persefahaman antara satu pasukan bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan. Di sini, pelajar akan mempelajari cara untuk berkomunikasi antara satu sama lain serta memahami nilai seperti bertolak ansur dan menghormati rakan-rakan mereka. Dengan ini, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan humanis dapat dilahirkan. Natijahnya, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri generasi muda ini. Kesimpulannya, pelbagai faedah dan manfaat yang akan diperoleh daripada pelajar sekiranya mereka menyertai aktiviti-aktiviti di kokurikulum di sekolah. Ia bergantung kepada diri pelajar masing-masing samada untuk memberikan fokus dalam aktiviti tersebut atau melakukannya secara sambil lewa dan hanya membuangkan masa sahaja. Guru-guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan anak-anak di sekolah menyertai aktiviti kokurikulum secara sepenuh hati agar mereka berjaya mendapat nilai yang ingin diterapkan dalam inisiatif ini. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa generasi muda hari ini sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut. Hal ini demikian kerana mereka merupakan jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata cogan kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bak manik putus tali"?
Ia bermaksud air mata yang bercucuran.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'memagar diri bagai aur'?
Ia bermaksud menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain)
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Cuba jawab teka-teki ini: Jika tak ikat benda ini, kita susah jalan?
Jawapannya ialah kasut
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Sesetengah ulat sukakan ini. Namakan barang ini
Jawapannya ialah buku
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Saya besar dan hitam, saya cakap apa yang anda cakap tetapi suara saya lebih kuat daripada anda.
Jawapannya ialah pembesar suara. Pembesar suara merupakan transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan berikut: Apakah kebaikan/manfaat mengompos sisa kepada alam sekitar?
Jawapan: Kebaikan/manfaat mengompos sisa kepada alam sekitar adalah mempercepat proses pembusukan sisa organik, menghasilkan bahan kompos yang kaya nutrien untuk tanaman, mengurangi beban pembuangan sampah, dan membantu menjaga keseimbangan alam sekitar.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai anjing mengulangi bangkai"?
Lelaki yang mengulangi perbuatan jahatnya
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Soalan: berapakah pelanggan EDF di UK?
5.7 juta
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis'? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut.
Ia bermaksud hendaklah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dan lain-lain). Contoh ayat: Setiap sen yang kita miliki hendaklah dibelanjakan dengan berhati-hati untuk perkara-perkara yang berfaedah sahaja kerana ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Tempat kediaman penjenayah.
Jawapan: penjara
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Namakan semua deria.
Lima deria ialah penglihatan, pendengaran, sentuhan, penghiduan dan perasaan
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jelaskan masakan Korea dan berikan contohnya.
Masakan Korea sebahagian besar berasaskan beras, mi, tauhu, sayuran dan daging. Makanan tradisional Korea terkenal dengan sejumlah besar makanan sampingan (lauk) yang disebut banchan yang dimakan bersama dengan nasi putih dan sup. Setiap makanan dilengkapi dengan banchan yang cukup banyak. Contoh masakan Korea ialah bulgogi, galbi, samgyeopsal, tangpyeongchae, kongguksu dan dolsotbap.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Sungai manakah ialah sungai terpanjang di dunia?
Sungai Nil ialah sungai terpanjang di dunia dengan panjang lebih kurang 6,650 km. Sungai ini mengalir melalui negara-negara di timur laut Afrika, seperti Mesir, Sudan, dan Uganda.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Berapakah suhu badan normal manusia?
Suhu badan normal manusia ialah 37 darjah Celsius.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'bertanam tebu di tepi bibir'?
Ia bermaksud mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Kesan Pengambilan Makanan Tambahan.
Mutakhir ini, pelbagai jenis produk makanan tambahan dipromosikan dengan giat di kaca televisyen, setiap corong radio dan juga media sosial. Semangat dan iltizam dalam menjayakan perusahaan mereka wajar dipuji tetapi terdapat segelintir daripada mereka yang menipu pelanggan dimana produk mereka mempunyai bahan-bahan yang membahayakan dan boleh memudaratkan nyawa seseorang. Jika ditelusuri, makanan tambahan terbahagi kepada beberapa jenis seperti suplemen vitamin dan mineral, suplemen berasaskan herba dan tumbuhan serta suplemen kecantikan dan kosmetik. Faktor kesempitan masa dan tahap pemakanan berkhasiat yang sukar dicapai manusia hari ini telah menyebabkan pengambilan makanan tambahan sebagai suatu yang perlu dalam kehidupan masing-masing. Oleh itu, wajar untuk kita mengenali kesan-kesan pengambilan makanan tambahan sebelum kita membeli dan menggunakannya untuk mendapat kesan yang kita harapkan. Antara kesan yang mujarab dalam pengambilan makanan tambahan adalah ia membantu meningkatkan tahap imunisasi badan seseorang sekaligus meningkatkan tahap kesihatan diri. Misalnya, kanak-kanak yang sukar untuk memakan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, mereka harus mengambil suplemen seperti vitamin A dan vitamin C supaya mereka mendapat nutrien dan zat yang cukup lebih-lebih lagi dalam umur pertumbuhan yang vital. Bagi golongan dewasa pula, makanan tambahan seperti pati ikan kod atau susu juga penting dalam membekalkan nutrien khusus untuk antibodi dalam badan mencegah penyakit-penyakit yang berisiko apabila sudah berusia. Hal ini kerana, bila usia kita sudah lanjut, sesetengah fungsi badan tidak dapat berfungsi dengan baik seperti dahulu jadi makanan tambahan akan membekalkan keperluan yang cukup untuk badan kita berfungsi dengan baik dan menyihatkan diri kita. Persis mutiara kata, mencegah lebih baik daripada merawat. Selain itu, pengambilan makanan tambahan memberikan kesan yang efektif kepada atlet negara kita khususnya dan atlet dunia amnya. Jurang perbezaan fizikal yang ketara telah menyebabkan persaingan yang sihat dalam industri sukan menjadi sukar dan membunuh keseronokan bersukan. Kajian saintifik dan kemajuan teknologi dewasa ini telah membantu penghasilan makanan tambahan yang boleh meningkatkan tahap fizikal seseeorang untuk menjadi lebih tinggi, tegap dan berotot berbanding dengan manusia biasa. Justeru, makanan tambahan telah memberi kesan positif kepada atlet di mana mereka boleh meningkatkan tahap fizikal mereka disamping berlatih untuk kebolehan dan teknik dalam sukan yang diceburi dan seterusnya bersaing di peringkat dunia. Atlet bina badan negara, Sazali Samad adalah contoh atlet yang menggunakan makanan tambahan dan berbekalkan disiplin dan latihan yang mantap, beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dengan merangkul anugerah “Mr. Universe” sebanyak 10 kali. Namun begitu, pengambilan makanan tambahan juga seperti kehidupan, ada baik dan ada buruknya. Kesan buruk dalam pengambilan makanan adalah sangat membahayakan sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Sesetengah daripada kita mungkin tidak sesuai dalam mengambil makanan tambahan tertentu. Janganlah kita alpa dan memakan hasutan pengusaha-pengusaha produk makanan tambahan hari ini yang suka menggunakan taktik testimoni pelanggan yang berjaya dalam menggunakan produk mereka. Tuhan telah lahirkan setiap daripada kita berbeza-beza, begitu juga tahap kesesuaian dan kebolehan kita dalam mengambil makanan tambahan. Rentetan itu, kita sebenarnya memerlukan rujukan daripada orang yang berkelayakan seperti doktor dan ahli farmasi dalam menentukan pengambilan makanan tambahan. Tindakan yang tegas dan pantas oleh pihak berkuasa juga diperlukan dalam melindungi masyarakat daripada golongan pengusaha yang hanya mengejar kekayaan dan bukannya memikirkan kesihatan pelanggan mereka. Dalam masa yang sama, pengambilan makanan tambahan ini akan meningkatkan tahap kebergantungan masyarakat harini terhadap produk tersebut dalam mendapatkan makanan berkhasiat. Kemajuan dalam teknologi pembuatan makanan ini wajar dirai namun kita sebenarnya hendaklah menyemarakkan sumber asal pemakanan yang dapat membantu kita dalam mencapai kesihatan optimum diri. Makanan tambahan dihasilkan daripada gabungan ekstrak dan bahan-bahan kimia yang sebahagiannya ditumbuhkan dalam makmal dan memerlukan bahan penstabilan dimana ia boleh mengancam fungsi tubuh badan kita jika diambil secara berlebihan. Pada hemat saya, kita perlu melebihkan usaha meningkatkan industri pertanian dan makanan yang menggunakan sumber asli dan organik dimana tiada penggunaan racun atau bahan kimia dalam proses pembuatan makanan dan sekaligus mengurangkan risiko kita daripada penyakit yang disebabkan oleh keracunan dan bahan kimia yang terkandung dalam makanan tambahan mahupun makanan harian kita. Tuntasnya, pelbagai kesan samada baik dan buruk yang telah kita singkap dalam perbincangan di atas. Setiap ahli masyarakat perlu bersikap inteligensia dan madani dalam mendepani arus pemodenan dunia hari ini dan mengamalkan praktik yang terbaik dalam memastikan kesihatan diri masing-masing. Makanan merupakan keperluan asas utama manusia dan pemain industri pemakanan perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan makanan atau produk yang dihasilkan betul-betul memberikan manfaat kebaikan kepada setiap golongan manusia. Elakkanlah bersikap bodoh sombong dalam menerima nasihat dan pendapat daripada golongan cendiakawan agar tindakan atau produk itu tidak memberikan mudarat kepada sesiapa pun. Semoga rakyat kita bijaksana untuk menentukan kaca atau permata dalam setiap aspek kehidupan terutamanya pemakanan yang akan menentukan daya kebolehan masyarakat dalam kesihatan sekaligus melahirkan generasi yang sihat dan bebas penyakit.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'ibarat kutu boleh diselisik'?
Ia bermaksud sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Mula-mula masukkan air dan serbuk teh, _______________ didihkannya sebelum dimasukkan gula.
kemudian
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Apakah maksud "bagai awak tikus hendak menampar kepala kucing"?
Maksud "bagai awak tikus hendak menampar kepala kucing" ialah ingin melakukan sesuatu, tetapi tidak mampu.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Sila terangkan peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Kabinet Pertama PTM dibentukkan sebagai langkah pertama ke arah berkerajaan sendiri. Kabinet ini membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam. Ia menyambung sistem yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan yang berasaskan Model Westminster. Kabinet ini mengurangkan kuasa pentadbiran British dan meminta kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan. Ahli-ahli kabinet juga membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan. Ketua Menteri bertanggungjawab menunaikan mandat daripada rakyat untuk mencapai kemerdekaan, manakala Menteri Pelajaran berperanan membina bangsa yang bersatu melalui sistem pendidikan. Menteri Buruh dengan Menteri lain berperanan menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan, serta mengurangkan pegawai Btritish dalam Malayan Civil Service (MCS) secara berperingkat. Akhir sekali, Menteri Kesihatan meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan dan kesihatan rakyat tempatan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd
Nyatakan sebab -sebab perpaduan kaum menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia.
Penduduk Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Melanau, Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut dan Bajau. Penduduk-penduduk negara mempunyai pelbagai budaya. Jarak antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah jauh.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai cendawan tumbuh selepas hujan"?
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai balam dengan ketitir"?
Peribahasa ini bermaksud perihal dua orang yang tidak dapat bermuafakat, masing-masing membanggakan diri.
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Dapat dicari pada pakaian murid-murid.
Jawapannya ialah lencana
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Siapakah Ted Bundy?
Ted Bundy merupakan pembunuh bersiri, penculik, perogol, pencuri, dan nekrofil warga Amerika Syarikat yang menyerang dan membunuh ramai wanita muda dan budak perempuan pada tahun 1970-an dan kemungkinan lebih awal. Setelah lebih daripada sedekad penafian, dia mengakui kepada 30 homisid yang dia telah lakukan di tujuh negeri antara tahun 1974 dengan tahun 1978. Jumlah sebenar mangsanya masih tidak diketahui dan mungkin lebih tinggi.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Aktiviti memburu merupakan aktiviti paling tua yng diamalkan oleh manusia untuk mendapatkan makanan. Di Semenanjung Malaysia, pihak manakah yang mengeluarkan lesen untuk memburu?
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) ialah pertubuhan kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Jabatan ini diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen tertentu (pemburuan), kesalahan dan sebagainya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'jika baik ada celanya'? Berikan satu contoh ayat untuk peribahasa ini.
Ia bermaksud tidak ada sesuatu perkara yang benar-benar sempurna. Contoh ayat: Sungguhpun Ali dikenali kerana kebaikannya, namun jika baik ada celanya kerana dia sering melakukan kesalahan di tempat kerjanya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Apakah maksud "bagai cincin dengan permata"? Berikan contoh penggunaan peribahasa ini,
Maksud peribahasa ini ialah sama padan atau cocok benar. Contoh ayat: Pasangan mempelai yang sedang bersanding itu bagai cincin dengan permata membuatkan para tetamu terpesona dan bergilir-gilir ingin bergambar bersama.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'mati kutu'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud tidak melawan. Contoh ayat: Dia mati kutu apabila dimarahi oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan berikut. Siapakah yang memecahkan kod Enigma dalam Perang Dunia 2?
Turing
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'orang atas'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud orang yang berpangkat tinggi. Contoh ayat: Sejak dia menjadi pengurus, dia berkawan dengan orang atas sahaja.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar'?
Ia bermaksud membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung"?
Ia bermaksud sikap yang tidak mementingkan diri sendiri
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah Martabak?
Martabak atau murtabak ialah sejenis makanan berlauk terdiri daripada roti berupa roti canai yang ber­lapis dengan inti daging cincang, telur, rempah, bawang dan sebagainya. Ia dijual di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, dan Thailand, dan juga di Semenanjung Arab termasuk Arab Saudi dan Yaman. Salah satu akal adalah ia mungkin datang daripada pendatang Muslim India dari Tamil Nadu yang bertempat di Asia Tenggara dan Semenanjung Arab. Nama dan bahan yang digunakan berbeza mengikut tempat, namun ia tetap menjadi makanan jalanan terkenal se-Nusantara, terutama sekali di Johor, Singapura. Martabak popular dari Indonesia yang berasal dari kota Bengkulu di Indonesia
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah soalan yang sesuai untuk: "ShopNBC adalah penyiaran Amerika dan rangkaian membeli-belah rumah kabel, yang dimiliki dan dikendalikan oleh ValueVision Media, yang seterusnya 30% dimiliki oleh GE Equity dan NBC Universal."?
"Dalam manakah saluran yang shopnbc disiarkan?"
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "adat tua menahan ragam"?
Peribahasa ini bermaksud orang-orang tua terpaksalah menahan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan anak cucunya yang tidak mematuhi kebenaran.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Apakah maksud 'muafakat itu berkat'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan mendatangkan kebaikan. Contoh ayat: Kemajuan Kampung Bahagia disebabkan penduduknya yang bersatu dan tolong-menolong kerana bagi mereka muafakat itu berkat.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tulis satu karangan yang membincangkan ciri-ciri kantin sekolah yang baik.
Dalam membina pembangunan insan negara, institusi pendidikan merupakan salah satu infrastruktur yang signifikan. Pendidikan merupakan asas utama yang membentuk individu dalam setiap komuniti untuk menjadi seorang yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, pihak berkuasa seharusnya memastikan infrastruktur pendidikan negara seperti sekolah dibina dan diselenggara dengan dengan baik Selain bilik darjah, kantin di setiap sekolah juga merupakan tempat yang penting dalam kehidupan pelajar. Ia bukan sahaja tempat untuk mendapatkan makanan dan minuman, tetapi juga tempat untuk bersantai dan bersosial. Untuk merasionalkan kenyataan tersebut, mari kita pelajari dan ketahui kriteria kantin sekolah yang baik agar dapat dilaksanakan di sekolah masing-masing. Pertama sekali, kantin sekolah yang baik adalah kebersihan persekitaran yang terjaga dengan baik. Sebagai pelajar, kita menikmati juadah di kantin sekolah setiap hari. Maka, adalah penting untuk kita memastikan kantin sekolah sentiasa berada pada tahap yang bersih dan bebas daripada kotoran. Pihak sekolah harus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyediakan kemudahan kebersihan seperti sinki dan tong sampah yang mencukupi. Selain itu, penting juga untuk menyediakan pekerja kantin yang prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kantin. Pengusaha kantin boleh menjadikan kantin sekolah sebagai tempat yang selesa dengan meja dan kerusi yang mencukupi. Reka bentuk kantin yang menarik juga dapat menarik minat pelajar untuk menghabiskan masa mereka di kantin. Kantin sekolah sepatutnya menjadi tempat yang menyenangkan untuk bersantai dan bersosial. Apabila kebersihan kantin terjamin, murid dan guru dapat menikmati makanan dengan lebih selamat dan selesa. Ciri kedua yang penting dalam kantin sekolah yang baik adalah pelbagai pilihan makanan yang sihat dan berkhasiat. Sebagai pelajar, kita memerlukan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk menjaga kesihatan dan perkembangan diri kita. Oleh itu, kantin sekolah harus menyediakan pelbagai jenis makanan seperti nasi, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan susu. Pilihan makanan yang sihat dan berkhasiat akan membantu meningkatkan tahap kecergasan dan konsentrasi pelajar. Selain itu, penting juga untuk menggalakkan makanan tempatan dan tradisional yang berkhasiat. Tambahan pula, pihak sekolah boleh menghias kantin dengan gambar-gambar dan poster-poster yang berkaitan dengan pemakanan sihat dan pentingnya nutrisi. Ciri ini jelas akan membantu mempromosikan budaya makanan tempatan dan kesedaran terhadap kepentingan makanan berkhasiat. Pada masa yang sama, ciri ketiga yang perlu ada pada kantin-kantin sekolah yang baik adalah harga yang berpatutan. Sebagai pelajar, kita bergantung kepada kantin sekolah untuk mendapatkan makanan dan minuman pada setiap hari. Justeru, penting untuk memastikan harga makanan di kantin sekolah adalah berpatutan dan tidak membebankan kepada pelajar. Tamsilnya, pihak kantin boleh menyediakan makanan pada harga rahmah seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Pihak sekolah perlu mengawasi dan mengawal harga makanan di kantin untuk memastikan pelajar dapat membeli makanan dengan mudah tanpa memberi tekanan kepada keluarga. Anggaplah sebahagian usaha memberi harga berpatutan sebagai sedekah kepada anak-anak muda yang bakal membesar menjadi pemimpin negara kelak. Izharnya, semua pelajar akan dapat menikmati makanan yang berkualiti tanpa mengabaikan faktor kewangan jika harga yang berpatutan ditawarkan di kantin sekolah. Akhir sekali, ciri yang perlu ada dalam kantin sekolah yang baik adalah perkhidmatan yang pantas dan efisien. Sebagai pelajar, kita sering kali mempunyai masa rehat yang terhad di antara kelas. Maka, penting untuk kita memastikan perkhidmatan di kantin sekolah adalah pantas dan efisien. Pekerja kantin harus dilatih dengan baik dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada pelajar. Contohnya, bersikap ramah dan mesra dalam melayani pelanggan. Selain itu, kantin sekolah juga harus mempunyai sistem pembayaran yang cekap seperti menggunakan kad prabayar atau sistem tanpa tunia untuk mempercepatkan proses pembayaran. Dengan perkhidmatan yang pantas dan efisien, pelajar akan dapat menikmati makanan mereka dengan lebih cepat dan memanfaatkan masa rehat mereka dengan lebih berkesan. Dalam kesimpulannya, kantin sekolah yang baik adalah kebersihan yang terjaga, pelbagai pilihan makanan sihat, harga yang berpatutan, suasana dan reka bentuk yang selesa, perkhidmatan yang pantas dan efisien. Pengusaha kantin sekolah juga boleh menjalankan inisiatif seperti menjual produk organik atau menyediakan hidangan khas yang berkaitan dengan topik pemakanan sihat. Melalui program dan aktiviti berkaitan pemakanan sihat, pelajar akan dapat mempelajari dan menghayati amalan pemakanan sihat secara menyeluruh. Dengan adanya ciri-ciri seperti ini, kantin sekolah akan menjadi tempat yang ideal untuk pelajar mendapatkan makanan yang berkualiti, bersantai, dan bersosial. Semoga dengan usaha bersama, kita dapat meningkatkan kualiti kantin sekolah dan memberi impak yang positif kepada kesihatan dan perkembangan pelajar.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Setiap murid mempunyai cita-cita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jelaskan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan, anda perlu: 1. Melakukan ulang kaji yang kerap terutama subjek yang sukar. 2. Memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di kelas. 3. Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk mendapat kejayaan akademik yang lebih holistik. 4. Mematuhi semua disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 5. Mematuhi jadual pembelajaran yang disediakan. 6. Mendapatkan pemakanan yang seimbang dan rehat yang cukup .
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Apakah tindakan yang patut diambil sekiranya kenderaan dari hadapan anda menggunakan lampu tinggi pada waktu malam? A. Menggunakan lampu tinggi untuk mengingatkan pemandu kenderaan supaya merendahkan lampunya B. Menyalakan hon dengan kuat dan berterusan C. Menggukan lampu tinggi dan memandu masuk ke lorong kenderaan dari hadapan untuk mengingatkan pemandu tersebut.
Jawapan yang betul ialah A. Menggunakan lampu tinggi untuk mengingatkan pemandu kenderaan supaya merendahkan lampunya
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga?
Jawapannya ialah Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau berkhidmat pada tanggal 15 Januari 1976 sehingga 16 Julai 1981, beliau juga digelarkan Bapa Perpaduan Malaysia.
Standard Malay
zsm
re-annotations
27db4412a926dd214ddf7224fcf5eefe87936c50de5ef53ad5eb8a4f5838d362
Apakah maksud 'kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal'?
Ia bermaksud perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah resipi untuk sambal tumis telur rebus? Tunjukkan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan: 5 biji telur ayam, 3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah, 1 biji bawang besar, 10 tangkai cili kering (tambah untuk lebih pedas), Air asam jawa, 1 sudu besar sos cili, 1 batang serai, Sedikit belacan, 1 helai daun limau purut, Garam dan gula Cara penyediaan bahan: 1. Potong, buang biji dan rendamkan cili kering dalam air panas hingga kembang. 2. Cuci dan rebus masak penuh (keras) telur ayam. Kemudian kupas kulitnya. 3. Kisar bawang putih, bawang merah. 4. Kisar cili. 5. Hiris bawang besar dan titik serai Cara Memasak: 1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api kecil dan goreng telur rebus sehingga warna kekuningan. Kemudian angkat dan ketepikan. 2. Gunakan minyak yang sama dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. 3. Masukkan cili kisar, serai dan sos cili. Tumis menggunakan api perlahan sehingga betul-betul garing dan pecah minyak. 4. Masukkan gula dan bawang besar. Teruskan menumis sekejap supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan dan berkilat. 5. Kemudian masukkan telur, air asam jawa, belacan, daun limau purut dan garam. Kacau rata-rata. Tambah air jika suka sambal berkuah. 6. Padamkan api dan hidangkan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'pekak-pekak badak'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud pura-pura tidak mendengar. Contoh ayat: Sukar menasihati Si Kasim kerana dia pekak badak.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Berikan saya resipi untuk nasi goreng kampung dengan langkah-langkah terperinci.
Bahan-bahan nasi goreng kampung: 4 cawan nasi sejuk 3 ulas bawang putih 2 biji bawang merah kecil 6-8 tangkai cili padi 2 sb ikan bilis 1 ketul isi ayam 1 ikat kangkung 1 inci belacan 1 sk garam 2 biji telur 1-2 sb kicap manis 1-2 sb sambal belacan 1 cawan ikan bilis Timun Cili merah Cara Penyediaan: 1. Cara-cara untuk nasi goreng kampung: 2. Daun kangkung, potong dan asingkan batang dan daun. 3. Isi ayam buang lemak dan tulang kemudian potong kepada ketulan kecil. 4. Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih. 5. Potong kasar cili padi. 6. Tumbuk halus ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan cili padi. 7. Panaskan minyak dan goreng telur. Kacau biar hancur. Angkat dan ketepikan. 8. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan. 9. Tumis bahan tumbuk sehingga garing. 10. Masukkan belacan bakar dan isi ayam. Kacau sampai ayam separuh masak. 11. Masukkan batang kangkung dan sambal belacan (lebihkan belacan dan cili padi kalau tak nak masuk sambal belacan). 12. Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati. 13. Masukkan garam, telur, daun kangkung, kicap pekat manis dan ikan bilis goreng (simpan sikit untuk taburan akhir). Kacau sebati 14. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, hirisan timun dan cili merah. Tip: Nasi perlu simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum masak untuk dapatkan texture nasi goreng yang berderai dan garing. Kalau tak nak masukkan sambal belacan, boleh lebihkan cili padi dan belacan bakar.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'langit menyungkup kepala'?
Peribahasa ini merujuk kepada sesuatu ataupun seseorang yang tidak dapat diatasi atau dikalahi.
Standard Malay
zsm
re-annotations
cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd
Di manakah terletaknya Kelantan?
Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Dengan keluasan lebih kurang 15,040 km², Kelantan terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan wilayah Narathiwat, Thailand
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Sos lada hitam ialah gandingan hebat untuk ayam panggang, potongan ayam dan ayam panggang. Apakah resipi untuk sos lada hitam? Tunjukkan langkah-langkah terperinci.
Bahan: 1½ sudu besar lada hitam, 3 sudu besar mentega, 4 sudu besar gandum, 1 cawan air, 1 cawan susu, 1 kiub stok ayam, Garam secukup rasa Cara penyediaan: 1. Kisar lada hitam (kasar atau halus terpulang kepada citarasa). Cara memasak: 1. Panaskan mentega di dalam kuali dengan api perlahan sehingga cair dan jernih. 2. Taburkan gandum ke atas mentega. Kacau menggunakan whisk selama kira-kira lima minit sehingga ia berwarna keperangan. Langkah ini penting untuk menghilangkan rasa gandum mentah. 3. Masukkan susu sedikit demi sedikit sementara mengacaukannya. 4. Kemudian masukkan air, lada hitam, kiub stok ayam dan garam. Kacau sehingga campuran licin sebati dan tiada ketulan. 5. Reneh sehingga mencapai kepekatan yang diingini. 6. Tutup api dan angkat.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969?
Kesan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial di negara kita. Jurang pendapatan antara kaum. Keadaan dan keputusan pilihan raya umum ketiga 1969. Ketegangan bermula dengan kempen pilihan raya. Terdapat parti politik yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum semasa berkempen. PKM mempengaruhi penduduk supaya bermusuhan. Parti bertanding menggunakan sentiment perkauman dan keagamaan untuk mendapat sokongan daripada pengundi. Perarakan kemenangan pilihan raya yang tidak terkawal telah menimbulkan kekacauan dan perbuatan provokatif.
Standard Malay
zsm
original-annotations
736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512
Ayat 1: David David Godwin diwakili di DGA Associates oleh Emma Townshend. Ayat 2: David Godwin diwakili oleh Emma Townshend di DGA Associates. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak?
Ya, betul.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu"?
Ia bermaksud "hidup melarat dan miskin".
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakan peraturan yang harus dipatuhi semasa memotong kenderaan? A. Mengamalkan peraturan 23 saat dan memberikan isyarat untuk bergerak ke kanan sekurang-kurangnya 3 saat. B. Meningkatkan kelajuan dan memotong dengan segera C. Memotong ikut kiri.
Jawapan yang betul ialah A. Mengamalkan peraturan 23 saat dan memberikan isyarat untuk bergerak ke kanan sekurang-kurangnya 3 saat.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bergolok-bergadai"? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud berikhtiar untuk mendapatkan wang dengan apa cara sekalipun untuk sesuatu tujuan. Contoh ayat: Arfah bergadai bergolok-bergadai untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Berikan jawapan kepada teka-teki yang susah ini: Haiwan apa yang ejaan dia ada 2 huruf ja?
Jawapan: udang. Kenapa jawapan dia udang? Jawapan: U dan G.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Hari apa yang banyak binatang dan orang pun takut?
Jawapannya ialah harimau.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki yang bertemakan permainan berikut: Sejenis sukan yang berkaitan dengan pasir, jaring dan bikini.
Jawapannya ialah bola tampar kerana permainan ini sering dimainkan di pantai, menggunakan bola yang dipukul melintasi jaring, dan pemain biasanya memakai pakaian renang atau bikini, terutama dalam perlawanan profesional atau persaingan pantai.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "campur tangan"? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut.
Ia bermaksud melibatkan diri dalam urusan orang lain/ambil tahu. Contoh ayat: Dalam perlawanan Piala Dunia 1962 antara Itali dan Chile, dua pemain Itali dibuang padang dan polis terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan setelah pemain-pemain saling menendang dan menumbuk.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut. Apakah tindakan pemandu yang tidak sopan semasa memandu? A. Melambatkan kenderaan apabila dipotong B. Memberikan isyarat yang cukup sebelum mengubah lorong. C. Tidak memberikan isyarat dengan betul
Jawapan yang betul ialah C. Tidak memberikan isyarat dengan betul
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk " Kepentingan Semangat Kejiranan Kepada Masyarakat".
Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat. 41 Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan. Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa. 43 Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara. Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.
Standard Malay
zsm
original-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Apakah maksud "barang tergenggam jatuh terlepas"?
Ia bermaksud menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'jika hati tak suka, madu diminum terasa cuka'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud berdukacita / orang yang dalam kesusahan tidak merasa gembira. Contoh ayat: Jika hati tak suka, madu diminum terasa cuka begitulah keadaan Lisa semenjak kematian ibunya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan teka-teki ini: Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang sekali. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakusnya. Seman yang berada berhampiran dengan Udin berasa amat takut. Setelah harimau tersebut membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa berbuat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau berlari menyelamatkan diri. Seman menjadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya? Cuba teka mengapa?
Jawapan : Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan di dalam cerita.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'cucur keringat'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud bekerja keras. Contoh ayat: Nasir terpaksa cucur keringat untuk mengisi perut anaknya yang lima orang itu.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'lebai pulut'?
Ia bermaksud orang yang mengetahui sedikit sebanyak tentang hal keagamaan dan selalu dijemput makan kenduri kerana mengharapkannya membaca doa, dan dia juga berasa megah kerana mendapat penghormatan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
"Kalau ________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.
tuanku
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Hamdan memiliki sebuah rumah dengan keluasan tanah 540 m2. Kadar cukai tanah yang dikenakan ialah RM 0.41 setiap meter persegi. Hitung cukai tanah tahunan yang dibayar oleh Hamdan.
Cukai tanah tahunan yang dibayar oleh Hamdan ialah 540 x RM 0.41 = RM 221.4.
Standard Malay
zsm
original-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Lilian telah menerima ______________sepupunya dari Australia.
Kunjungan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Cuba jawab teka-teki berikut: Apakah bendanya, apabila kita baring dia berdiri, tapi bila kita berdiri dia baring, dan bila kita jalan dia pun ikut. Tanpanya kita tak boleh pergi ke mana.
Jawapannya ialah kaki.
Standard Malay
zsm
re-annotations
27db4412a926dd214ddf7224fcf5eefe87936c50de5ef53ad5eb8a4f5838d362
Apakah maksud "bacang dibungkus tentu baunya keluar juga"? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut.
Ia bermaksud merahsiakan perkara yang telah diketahui umum. Contoh ayat: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga. Begitulah yang terjadi kepada Atan yang telah gagal di dalam peperiksaan SPM dengan mendapat Pangkat ke-IV menyebabkan dia merasa amat malu dan tidak memberitahu kepada sesiapa pun di kampunnya sedangkan orang kampung sudah mengetahuinya melalui seorang guru di kampungnya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Resipi bahulu goreng?
Bahan-bahan: 600g tepung gandum (digoreng dan diayak dahulu), 300 g gula halus (boleh kurangkan jika tak mahu manis), 1 sudu jintan manis (disangai dan dikisar halus), 6 biji telur gred A (dipukul), 1 tin kecil minyak sapi (dicairkan), Esen vanila 'optional'. Cara-cara: 1. Pukul telur sehingga kembang. 2. Gaul tepung, gula dan jintan manis dengan sebati. 3. Campur telur dan minyak sapi. Uli secara erselang-seli dengan tepung. Uli sebati. 4. Perap selama 2 – 3 jam. 5. Uli doh sedikit demi sedikit minyak sapi sehingga kurang melekat di tangan dan terbentuk elok. 6. Gorengkan. 7. Sedia untuk dihidang.
Standard Malay
zsm
re-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Apakah maksud "bagai batang manau, seribu kali embat haram tak putus"?
Maksudnya ialah sangat kuat dan teguh
Standard Malay
zsm
re-annotations
27db4412a926dd214ddf7224fcf5eefe87936c50de5ef53ad5eb8a4f5838d362
Apakah tujuan Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan?
c. Menjamin perpaduan rakyat
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah maksud 'enggang lalu ranting patah'?
Ia bermaksud kesilapan yang berlalu dengan tidak sengaja meninggalkan kesan buruknya
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah'?
Ia bermaksud tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tuliskan satu karangan yang bertajuk "Kelebihan Gotong-Royong dalam Masyarakat".
Gotong-royong merupakan tradisi turun-temurun yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Amalan ini lazimnya dibuat untuk menjalankan majlis seperti kenduri perkahwinan atau majlis keramaian yang melibatkan komuniti setempat. Namun, dalam meniti arus kemodenan hari ini, amalan gotong royong semakin dilupakan oleh masyarakat konvensional di mana pelbagai manfaat yang mampu diperoleh menjadi kerugian. Tidak dinafikan, perkembangan corak kehidupan masyarakat masa kini lebih ke arah menjana pendapatan tetapi ia tidak menghalang kita untuk tetap mengamalkan gotong-royong di peringkat kecil seperti di taman perumahan dan blok pangsapuri yang kita huni. Peribahasa Melayu berkata, tak basah dek hujan, tak lekang dek panas yang bermaksud warisan tradisi kita seharusnya sentiasa relevan dan diingati oleh masyarakat kita. Oleh hal yang demikian, penting untuk kita mengenali kelebihan amalan bergotong-royong dalam masyarakat. Antara manfaat prima yang akan diperoleh apabila kita bergotong-royong adalah ia dapat memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Umum sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang unik di mana pelbagai kaum, bangsa dan agama duduk di bawah satu negara sejak mencapai kemerdekaan. Kemajmukan masyarakat ini perlu diperkukuh dari semasa ke semasa kerana terdapat segelintir daripadanya yang cuba menjadikan perbezaan perkauman dan sebagainya sebagai satu isu tetapi disebaliknya hanya ingin mendapatkan kepentingan diri. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, kita dapat mengenali jiran tetangga kita dengan lebih baik. Hubungan silaturahim akan terjalin di samping bersama-sama menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Persis lagu nukilan artis tempatan, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat. Intihannya, bergotong-royong dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara masyarakat supaya kesejahteraan dan keamanan yang kita kecapi hari ini berkekalan sampai bila-bila. Di samping itu, amalan bergotong-royong memberikan kelebihan kepada setiap ahli masyarakat kerana ia akan memudahkan tugasan atau objektif yang ingin dicapai. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk membersihkan kawasan persekitaran dewan serbaguna komuniti setempat. Jika setiap diantara ahli komuniti terbabit melibatkan diri bersama-sama melakukan aktiviti pembersihan seperti mengutip sampah dan menyapu dedaun kering, ia pasti dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Maka, secara tidak langsung kita dapat meluangkan masa yang lebih untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang lain. Jika dipandang daripada sudut yang lain, kita juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan yang digunakan untuk menyelenggara kebersihan kemudahan awam. Ibarat sambil menyelam minum air. Peruntukan yang dijimatkan dapat disalurkan ke arah yang lebih baik seperti pembinaan lorong berbasikal di kawasan tertentu dan juga kemudahan gimnasium di pasang di taman rekreasi untuk penggunaan awam. Kesannya, pelbagai kerja dan manfaat lain yang akan kita peroleh sekiranya sentiasa mengamalkan aktiviti bergotong-royong. Pada masa yang sama, kebersihan kawasan persekitaran dapat dijamin jika kita kerap menjalankan aktiviti gotong-royong. Endemik denggi semakin hari semakin merunsing fikiran dan ketenteraman masyarakat kita. Nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi lazimnya membiak di kawasan takungan air yang lama dan tidak terusik. Dengan adanya aktiviti bergotong-royong, kita dapat bersama-sama pihak berkuasa dalam membanteras pembiakan nyamuk-nyamuk yang menyebabkan berlakunya penularan wabak denggi. Setiap di antara kita perlu sedar bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Janganlah kita bersikap seperti sudah terhantuk baru terngadah di mana apabila sesuatu perkara itu menimpa kita barulah timbul kesedaran untuk melakukan sesuatu tindakan. Justeru, setiap komuniti atau organisasi seperti Rukun Tetangga seharusnya menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan masing-masing sebagai langkah mengawal dan membanteras segala bentuk ancaman kesihatan kepada masyarakat. Sesungguhnya, mencegah sesuatu perkara adalah lebih baik daripada merawat perkara tersebut. Melalui kegiatan yang mulia ini, kita juga dapat mewujudkan kawasan persekitaran yang indah, kemas dan teratur. Rumahku syurgaku merupakan satu perumpamaan yang menunjukkan bahawa rumah adalah tempat dimana segala perkara yang bermakna berlaku dan memberi memori yang indah buat kita yang mendiaminya. Sejajar dengan itu, kita seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk memelihara kebersihan dan keindahan kawasan persekitarannya dengan mengajak jiran tetangga untuk bergotong-royong. Rumah merupakan keperluan asas setiap manusia dan sudah pasti bagi menjamin keindahan dalam hidup yang kita jalani setiap hari hendaklah bermula daripada rumah kita. Kaajian menyatakan bahawa kejiranan yang berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur melahirkan komuniti yang bahagia dan sejahtera. Tambahan pula, kita sebagai penghuni kediaman akan berasa lebih selamat untuk kekal menetap di kawasan tersebut kerana jiran tetangga kita mempunyai kesedaran atas tanggungjawab yang sama iaitu menjamin kesejahteraan semua. Natijahnya, bergotong-royong dapat memperindahkan lagi kawasan persekitaran kita kerana pemandangan yang indah melahirkan sifat bahagia dan tenteram. Secara tuntas, amalan bergotong-royong sudah semsetinya akan memberikan pelbagai kelebihan kepada masyarakat yang menyertainya dengan aktif. Amalan tradisi nenek dan moyang kita pastinya memeberi seribu satu manfaat kepada kita secara umumnya. Kalau tidak, mengapa mereka mengamalkan pada ketika dahulu. Kini ia terletak kepada kesedaran setiap individu sama ada untuk melibatkan diri dalam aktiviti komuniti atau bersikap endah tak endah. Kita telah simpulkan bahawa dengan aktiviti bergotong-royong yang melibatkan setiap ahli komuniti dapat menjadi agen penyatu antara satu sama lain di samping faedah-faedah lain. Saranan dan galakan daripada pihak seperti Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat seharusnya lebih giat dan menggunakan semua media yang menjadi sasluran informasi masyarakat masa kini. Semoga Masayarakat yang madani dan inteligensia dapat dilahirkan hasil daripada penglibatan dalam aktiviti gotong royong dalam membantu meringankan ujian atau musibah yang melanda negara kita. Bak kata pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'ingat sebelum kena, berhemat sebelum habis'?
Ia bermaksud perlu berikhtiar dengan sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah resipi untuk karipap kentang? Sila tunjukkan langkah-langkah secara terperinci.
Bahan pastri: 2 cawan tepung gandum, 1/4 cawan marjerin, 1/2 sudu kecil garam, 2/3 cawan air sejuk (dari peti ais), gula secukup rasa, minyak masak untuk menggoreng Bahan inti: 3 biji ubi kentang saiz sederhana, 100gm daging, 3 sudu besar (rata) serbuk kari daging, 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang merah, 2 tangkai daun kari◦ 1/2 sudu kecil garam, 3 sudu besar minyak, 1/2 cawan air Cara penyediaan: 1. Bersihkan daging, kemudian cencang. 2. Kupas dan basuh kentang dan bawang besar. Kemudian potong dadu kecil-kecil. 3. Cencang bawang merah. 3. Lurut daun kari dan bancuh serbuk kari supaya menjadi pes. Cara memasak inti: 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang besar dan daun kari sehingga naik bau. 2. Masukkan pes kari dan kacau sehingga ia pecah minyak. 3. Masukkan daging, kacau dan masak selama beberapa minit sehingga ia berubah warna. 4. Masukkan kentang, garam, air dan kacau sebati. Kemudian tutup kuali dan dan masak hingga kentang empuk dan intinya agak kering. 5. Angkat dan biarkan sejuk. Cara menyediakan pastri/doh rapuh dan karipap: 1. Panaskan minyak masak bersama marjerin. 2. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk kaca, gaul rata, kemudian buat lubang di tengah-tengah. 3. Tuang minyak+marjerin panas ke dalam lubang. Gaul sebati menggunakan sudip.4. Uli sambil memasukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan dan mangkuk. 5. Canai doh kepada ketebalan 3 mm. Terap doh dengan penerap bulat untuk membentuk kulit karipap. 6. Ambil satu keping kulit karipap, isikan dengan satu sudu besar inti dan basahkan tepinya dengan sedikit air. 7. Lipat kulit karipap untuk menutup inti, picit-picit tepi untuk mencantumkan kulit karipap, kemudian kelim. 8. Ulangi sehingga habis doh / inti Cara memasak: 1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng dalam minyak banyak (deep fry). Balikkan sekali supaya masak sekata sehingga kuning keemasan. (Jika ingin dibakar, atur karipap dalam dulang pembakar, sadur bahagian atasnya dengan telur yang dipukul dan bakar dalam oven yang panas hingga kuning sama rata). 2. Angkat, tuskan minyak dan letak atas pinggan yang dilapik dengan paper towel atau tisu. 3. Hidangkan panas-panas atau sejuk.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber.
Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu jenayah siber yang kian membarah hari ini. Kes penipuan wang dan kecurian data peribadi merupakan antara kejadian yang diklasifikasikan sebagai jenayah siber. Ia adalah kerana kejadian jenayah tersebut dilakukan menerusi penggunaan gajet elektronik dan internet tersebut. Kita boleh lihat di kaca televisyen dan dada-dada akhbar tentang kerugian mangsa jenayah siber telah mengakibatkan mereka kerugian beratus-ribu ringgit. Sikap tidak beretika dan jahat golongan pelaku jenayah siber ini sewajarnya dibendung sebelum ia meruntuhkan institusi teknologi yang menjadi kegunaan harian yang wajib oleh segenap manusia. Oleh itu, kita seharusnya kenal pasti langkah-langkah yang boleh dijalankan untuk mengatasi jenayah siber daripada terus menular dan merugikan kita. Langkah pertama untuk menangani jenayah siber adalah dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber. Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan jenayah siber hendaklah dikongsikan agar ia menjadi rujukan kepada golongan yang pakar dalam memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang serta mengenal pasti potensi ancaman keselamatan siber. Langkah seterusnya adalah pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-undang dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat pula harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas. Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah siber ini dan pihak kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar keselamatan siber dalam negara dapat dijamin sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menarik pelabur asing yang berasa selamat untuk menggunakan infrastuktur yang berteknologi tinggi yang kita tawarkan. Selain itu, kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka mudah dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan, pihak kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau modul pembelajaran kepada setiap agensi kerajaan seterusnya menjadi model kepada sektor swasta dalam mendidik setiap pekerja akan kepentingan keselamatan siber supaya terhindar daripada sebarang jenayah. khir sekali, isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporkan kepada negara yang terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya menangkap penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak tindakan pihak berkuasa tempatan. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yeng boleh didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh tetapi jikasebliknya hanya kerugian akan kita dapat. Konklusinya, pelbagai langkah boleh dilaksanakan setiap pihak bagi mengatasi kes-kes jenayah siber hari ini. Tiada jalan pintas dalam menangani ancaman jenayah siber. Tindakan yang terbaik ialah setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan kuasa dan kemampuan yang ada. Pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah menangani risiko ancaman siber dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan polisi-polisi yang berkesan untuk diikuti oleh pekerja syarikat. Maasyarakat juga perlu cakna terhadap segala inisiatif yang akan memastikan keselamatan siber diaplikasikan di setiap sudut penggunaan teknologi harian kita. Elakkan sikap apati dan tidak peduli apabila seseorang individu menegur atau menasihati kita akan kesalahan yang kita lakukan. Semoga masyarakat kita terhindar daripada salah laku siber dan bebas daripada jenayah siber sekaligus menjamin keselamatan dan keamanan negara yang telah kita kecapi hari ini.
Standard Malay
zsm
re-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Apakah maksud peribahasa "bawa mati"? Berilah satu contoh ayat.
Ia bermaksud menyebab kematian. Contoh: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.
Standard Malay
zsm
re-annotations
5423b19d05acbf49d6aa5cf45f20f0013ba3d283b0f8133d35c88cab43993044
Apakah maksud "ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang"?
Ia bermaksud kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. "Terang hati bermaksud ____".
Jawapannya ialah lekas pandai.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan satu contoh ayat untuk peribahasa "badan sihat otak cerdas".
Contoh penggunaaan peribahasa"badan sihat otak cerdas"adalah seperti berikut: Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan kerana memegang prinsip badan sihat otak cerdas.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Mengapakah berlakunya tragedi 13 Mei 1969 di negara kita?
Skema jawapan: F1 Dasar penjajahan British yang mengasingkan kaum mengikut kegiatan ekonomi F2 Kesan daripada ketidakseimbangan ekonomi dan social di negara kita F3 Keadaan dan keputusan Pilihan Raya Umum Ketiga 1969 F4 Ketegangan bermula dengan kempen pilihan raya F5 Terdapat parti politik yang mengeksploitasi isu sensitif sesuatu kaum ketika berkempen F6 Parti yang bertanding dalam pilihan raya menggunakan sentimen perkauman dan perkauman dan keagamaan H6a bagi mendapat sokongan pengundi F7 Penglibatan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam pilihan raya tahun 1969 F8 Perarakan kemenangan pilihan raya yang tidak terkawal menimbulkan kekacauan F9 Perbuatan pro-aktif daripada parti yang mendapat kemenangan
Standard Malay
zsm
original-annotations
736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512
Apakah bunga kebangsaan Malaysia?
Bunga Raya
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah maksud "ada beras, taruh dalam padi"?
Rahsia hendaklah disimpan dengan baik
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan teka-teki berikut: Mungkin satu-satunya tukang paip yang pernah menyelamatkan seorang puteri.
Jawapannya ialah Mario.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Ada sepasang suami isteri, isteri dia mengandung dan nak bersalin. Suami dia bawak la ke hospital. Bila isteri dia selamat bersalin, diorang bagi anak dia nama selina. Kenapa diorg letak nama selina?
Jawapan: Sebab Anak dia perempuan
Standard Malay
zsm
original-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Apakah resipi untuk ayam masak kicap berkuah? Tunjukkan langkah-langkah terperinci.
Bahan: ½ ekor ayam, 3 ulas bawang putih, 4 biji bawang merah, 1 biji bawang besar, 2 cm halia, 1 sudu teh serbuk kunyit, 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 1 tangkai daun kari, 2 sudu besar cili kisar, 3 sudu besar kicap lemak manis, 10 biji cili padi, 1 cawan air, Garam dan gula Cara penyediaan: 1. Potong kecil dan bersihkan ayam. Gaulkan dengan garam kunyit. 2. Mayang bawang putih, bawang merah dan halia. 3. Hiris bulat bawang besar. Cara memasak: Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga warna kekuningan (goreng tiga suku masak). Kemudian angkat dan ketepikan. 2. Gunakan sebahagian dari minyak yang sama untuk menumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar dan tumis menggunakan api perlahan sehingga cili betul-betul garing dan pecah minyak. 4. Masukkan ayam yang telah digoreng, kicap, air dan hirisan bawang besar. Lebihkan air kalau nak kuah banyak. Gaulkan rata. 5. Masukkan cili padi, garam dan gula secukup rasa. Jika tak suka kuah, masak sehingga kuah pekat.6. Padamkan api dan hidangkan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Ayat 1: Dalam masa yang tenang untuk Trinity, dia memenangi hanya satu Yorkshire Piala (1924 - 25 terhadap Batley) dan kehilangan empat Yorkshire Piala. Ayat 2: Dalam masa yang tenang untuk Trinity, mereka memenangi hanya satu Yorkshire Piala (pada tahun 1924 - 25 terhadap Batley) dan kehilangan empat Yorkshire Piala. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak?
Ya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'gelagah boreh rambutan jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak'?
Ia bermaksud perihal nasib yang malang seseorang yang berbuat seperti orang lain tetapi tidak beroleh faedah (seperti orang lain)
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut. Apakah tindakan yang harus diambil sebelum keluar dari kenderaan yang berhenti di tepi jalan? A. Melihat cermin sisi dan memastikan tiada kenderaan lain dari belakang B. Membunyikan hon untuk memberitahu pemandu lain bahawa anda ingin keluar. C. Membuka pintu serta-merta dan keluar
Jawapan yang betul ialah A. Melihat cermin sisi dan memastikan tiada kenderaan lain dari belakang
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795