inputs
stringlengths
9
3.4k
targets
stringlengths
1
10.2k
language
stringclasses
1 value
language_code
stringclasses
1 value
annotation_type
stringclasses
2 values
user_id
stringlengths
64
64
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah’.
Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita. Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G. Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan. Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit? Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat. Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu. Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.
Standard Malay
zsm
original-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Banyak-banyak rumah, rumah siapa yang selalu dibawa bersama?
Jawapannya ialah siput.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Hantu ini boleh terbang, aktif pada malam, tetapi tak ada gigi, apa hantu ini?
Jawapannya ialah burung hantu. Burung hantu aktif pada waktu malam, burung jenis ini tidak mempunyai gigi.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai pucuk pisang didiang"?
Ia bermaksud lemah sekali atau tiada berdaya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial’.
Remaja, Ingatlah masa depanmu, Kenanglah, Jasa ibu dan ayahmu, Susah payah mereka membesarkan kita. Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja. Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain. Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini. Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini. Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatik dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja. Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Oleh itu, dalam mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka. Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'mati ikan kerana umpan, mati saya kerana budi'?
Ia bermaksud manusia dapat dipujuk dengan mulut manis atau dengan budi baik
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai ayam mati di dalam lumbung"?
Maksudnya peribahasa tersebut ialah: miskin di tempat makmur
Standard Malay
zsm
re-annotations
27db4412a926dd214ddf7224fcf5eefe87936c50de5ef53ad5eb8a4f5838d362
Berikan penerangan ringkas untuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam satu perenggan yang tidak melebihi 90 patah perkataan.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris. Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "Pengetahuan Suluh Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman".
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'ilmu pelita hati'?
Ia bermaksud ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan teka-teki ini: Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di "sana" tiada di "sini", ada "besar" tiada "kecil", dua di "atas" dua di "bawah", dua di "kanan" tiada di "kiri", satu pada "emak" dua pada "ayah", ada dekat "ayam" tiada pada"itik", tidak "dirindu" tapi lebih pada "sayang"… Apakah dia?
Jawapan : Huruf A
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'patah hati'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud kecewa. Contoh ayat: Sudin tidak patah hati walaupun telah dua kali gagal dalam pertandingan itu.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Berikan satu contoh ayat untuk peribahasa "bagai duri dalam daging".
Kehadiran anak saudaranya yang pemarah itu bagai duri dalam daging dalam keluarga Puan Hamidah.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "aur ditanam betung tumbuh"?
Mendapat laba lumayan dengan modal yang sedikit
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Soalan: berapakah kejuaraan dimiliki oleh Chicago Bulls?
6
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai bunyi cempedak jatuh"?
bunyi jatuh yang kuat
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai asal ditugal,adalah benih"?
Mulakan kerja dulu, nanti adalah orang membantu
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Di mana terletaknya Tokyo? Jelaskan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 220 patah perkataan.
Tokyo, secara rasminya Metropolis Tokyo (東京都, Tōkyō-to) ialah salah satu daripada 47 wilayah di Jepun, yang terletak di bahagian timur pulau utama Honshū, dan merangkumi Kepulauan Izu dan Kepulauan Ogasawara. Metropolis Tokyo terbentuk pada tahun 1943 hasil penggabungan bekas Wilayah Tokyo (Tokyo-fu) dan bandaraya Tokyo. Kerajaan Metropolitan Tokyo mentadbir kesemua 23 wad khas di Tokyo, setiap satunya ditadbira sebagai bandaraya yang meliputi kawasan bekas bandaraya Tokyo dan juga 39 kawasan perbandaran di bahagian barat wilayah dan dua kepulauan luar. Walaupun bukan bandaraya dari segi alasan-alasan teknik, Tokyo dianggap sebagai ibu negara dan bandaraya terbesar di Jepun. Jumlah penduduk kesemua wad khas adalah lebih 8 juta orang, manakala jumlah keseluruhan penduduk wilayah Tokyo mencecah 12 juta. Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya, iaitu kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia dengan sejumlah 35–39 juta orang serta ekonomi metropolitan terbesar di dunia dengan KDNK bernilai US$1.479 trilion mengikut pariti kuasa beli pada tahun 2008. Tokyo disifatkan oleh Saskia Sassen sebagai satu daripada tiga "pusat pemerintahan" ekonomi dunia, di samping Bandaraya New York dan London. Bandaraya ini dianggap sebagai sebuah bandaraya sedunia alpha+, disenaraikan oleh inventori GaWC 2008 serta menduduki kedudukan keempat di kalangan bandaraya global oleh Indeks Bandaraya Global Foreign Policy pada tahun 2008. Tokyo merupakan pusat kerajaan Jepun dan Istana Diraja, dan juga tempat bersemayam Wangsa Diraja Jepun.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apkah maksud cerai kasih? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut.
Ia bermaksud putus percintaan. Contoh ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Apa yang boleh diukur, tetapi bukan dengan unit panjang, berat, kelajuan dan masa?
Jawapannya ialah suhu. Suhu boleh diukur dengan termometer atau jangka suhu.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat congkak? Jelaskan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 120 patah perkataan.
Congkak selalunya diperbuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat daripada kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pedalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Congkak zaman moden kebanyakannya diperbuat daripada plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubah suai menjadi mudah alih , dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Buah congkak yang dipakai selalunya ialah biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai ayam menang, kampung tergadai"?
Maksudnya ialah kemenangan yang tidak ada makna. Contohnya, keadaan politik sekarang dikatakan bagai ayam menang, kampung tergadai apabila presiden parti politik itu berjaya mempertahan kerusi parlimen yang disandang sejak lima penggal tetapi gagal membawa partinya untuk menempa kemenangan dalam pilihan raya umum.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Apa yang boleh diukur, tetapi bukan dengan unit panjang, berat, kelajuan dan masa?
Jawapannya ialah suhu. Suhu boleh diukur dengan menggunakan termometer.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Apakah maksud "bagai jawi terkurung siang"?
Jawapannya ialah "orang yang tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat".
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Kepentingan Riadah dalam Kehidupan Seharian.
Seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat kita ada yang terlalu taksub dengan mengejar kemewahan. Tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa akan kepentingan aktiviti riadah yang menjadi salah satu amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Riadah adalah senaman atau menggerakkan semua anggota tubuh badan dengan cara-cara tertentu. Banyak aktiviti riadah yang boleh diamalkan seperti berjoging dan menyertai senam robik yang tidak memakan masa yang lama dan mudah untuk dilakukan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih yang bermaksud jika kita berusaha untuk memberikan masa melakukan aktiviti riadah nescaya kita akan berbangga dengan hasil usaha kita diwaktu kelak. Aktiviti riadah atau senaman ini adalah penting kerana ia wajar diamalkan dalam mengisi masa lapang seseorang. Jika di bandingkan dengan aktiviti lain seperti bermain permainan video atau melepak di kedai mamak, beriadah adalah aktiviti yang sihat untuk diamalkan. Kemudahan untuk melakuakan aktiviti rekreasi telah berkembang dan tidak memerlukan kos yang banyak untuk menggunakannya. Jadi, lebih baik kita melabur wang dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan manfaat pada fizikal dan mental kita berbanding menghabiskan duit kepada aktiviti yang membuang masa dan sia-sia. Bak kata peribahasa Melayu, tepuk dada, tanya selera di mana sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan diri kita sendiri. Riadah adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang dapat memastikan kesihatan diri kita terjamin. Apabila kita beriadah, peluh yang dihasilkan mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam badan akan berkurangan. Kita hanya perlu konsisten dalam melakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau menunggang kuda dalam tempoh masa paling kurang 30 minit sehari. Sistem kardiologi dan stamina kita akan menjadi lebih baik dan terhindar daripada penyakit-penyakit seperti obesiti dan darah tinggi. Sebelum nasi menjadi bubur, adalah rasional untuk kita mengamalkan aktiviti riadah kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Selain itu, aktiviti-aktiviti rekreasi mampu menjadi medium perhubungan silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan. Jika kita imbas kembali pada zaman kanak-kanak kita, setibanya waktu petang kita akan keluar rumah untuk bermain di padang atau taman permainan bersama sesiapa sahaja yang ingin bermain bersama dan dari situ kita akan berkenalan dan menjadi rapat dengan rakan sepermainan kita. Aktiviti seperti bermain boling pada hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain di samping berhibur dan mengeluarkan peluh yang sihat. Bagi golongan pekerja pula, syarikat atau pejabat selalunya menganjurkan aktiviti rekreasi bersama sekurangnya setahun sekali bagi menambah nilai kekitaan antara rakan sekerja yang sekaligus menyumbang pada prestasi kerja yang lebih baik. Menyingkap dari sudut lain, aktiviti riadah dapat menyatukan rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum. Bagi mengelakkan sentimen perkauman yang selalunya dijadikan isu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kita sebagai warganegara Malaysia seharusnya melibatkan diri dengan aktiviti riadah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Bak kata peribahasa melayu bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sebagai contoh, skuad bola sepak kebangsaan yang terkenal dengan nama harimau malaya pernah mengharumkan nama negara di peringkat Komanwel dan pasukan tersebut terdiri daripada pelbagai kaum. Jadi marilah kita berganding bahu dalam menepis sentimen yang sensitif ini dengan beriadah bersama-sama kerana kekuatan kita pada penyatuan bukan perpecahan. Secara tuntas, banyak kepentingan beriadah yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan oleh masyarakat kita secara tersurat dan tersirat. Kita seharusnya bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merencana sesuatu untuk kita meluangkan masa beriadah dan menyebarkan kesedaran tentang faedahnya kepada khalayak umum. Media massa dan agensi kerajaan mampu menjadi tunjang dalam menggalakkan rakyat Malaysia beriadah kerana badan yang sihat menjamin otak yang cerdas. Bersama-sama kita ke arah melahirkan generasi yang berfikiran waja, sihat jasmani dan rohani serta hidup dalam harmoni.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "ada rezeki"?
Maksudnya adalah mempunyai peluang yang baik.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'mati-mati berdakwat biar hitam'?
Ia bermaksud tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan)
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud Cerai hidup?
Maksudnya adalah Suami dan isteri yang perpisahan
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah nama festival yang diraikan masyarakat Sikh setiap April? Pilih jawapan yang betul dari pilihan berikut. A. Deepavali B. Thaipusam C. Ponggal D. Vaisakhi
Jawapan yang betul adalah D. Vaisakhi. Vaisakhi diraikan sempena menandakan kelahiran Khalsa, komuniti yang menjadikan Sikhism sebagai kepercayaan. Vaisakhi ialah salah satu pesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru. Vaisakhi juga membawa kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh. Vaisakhi jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory. Vaisakhi merupakan salah satu perayaan yang utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699;inilah Tahun Baru Sikh,sebenarnya. Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal Barat, Kerala, dan sesetengah rantau lain di India. Kepentingan tertentu yang dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar Punjab. Di Himachal Pradesh, Dewi Hindu Jwalamukhi dipuja pada hari Vaisakhi, sementara di Bihar, dewa matahari Surya diberi penghormatan. Perayaan ini disambut sebagai Rongali Bihu di Assam, Naba Barsha di Bengal, Puthandu di Tamil Nadu, Vishu (atau Vaishakhi) di Kerala, dan Tahun Baru Sinhala/Tamil di Sri Lanka. Selain Punjab, Vaisakhi juga disambut sebagai pesta menuai di beberapa negeri lain di utara India, termasuk Haryana, Himachal Pradesh dan Uttaranchal.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut. Apakah yang patut dilakukan oleh pemandu apabila terdapat takungan air dan pejalan kaki di laluan anda? A. Memandu ke arah takungan air supaya air tersebut dapat mencuci roda kenderaan. B. Meningkatkan kelajuan kenderaan dan membunyikan hon C. Memperlahankan kenderaan spaya air tidak terpercik pada pejalan kaki,
Jawapan yang betul ialah C. Memperlahankan kenderaan spaya air tidak terpercik pada pejalan kaki,
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'biduk pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai'?
Ia bermaksud perihal suatu perusahaan yang bankrap, ketuanya meninggal dan pekerjanya kucar-kacir
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "asal ada kecil pun jadi".
kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Siapakah Adibah Noor? Terangkan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 160 patah perkataan.
Adibah Noor Mohamed Omar (3 September 1970 – 18 Jun 2022) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia. Beliau pernah menjadi guru Bahasa Inggeris selama dua tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya. Adibah juga merupakan duta pusat beli belah / Pasaraya The Store (Malaysia). Dilahirkan di Kuala Lumpur, Adibah merupakan guru Bahasa Inggeris sebagai lulusan Bahasa Kedua dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan nyanyian pertamanya ialah dalam pertunjukan bakat yang dipanggil Suara 90-an Nescafe di mana beliau mendapat tempat pertama pada tahun 1994. Filem Adibah termasuklah Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime, Jin Notti, Magika, Hooperz, Crayon. Aku Tak Bodoh, Nasik Lemak 2.0, Pontianak vs Orang Minyak, Chomel, Hantu Ke Lima dan Eraser. Karya drama beliau termasuklah Phua Chu Kang Sdn Bhd, Oh My English!, Plan Cinta, Kampung People 2, Covid Oh Covid, Keluarga Untuk Disewa, Mem & Bibik Bibik dan Hantu Raya Pergi Perang. Beliau meninggal dunia pada 7.45 petang 18 Jun 2022 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur akibat kanser ovari tahap 4.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Bagaimanakah saya menyemak baki pinjaman MARA secara atas talian?
Pemohon boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk menyemak baki pinjaman MARA anda serta kemudahan lain yang disediakan dalam sistem eBaki: 1. Layari Portal eBaki MARA 2. Klik pada pautan “Pengguna Baru” 3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda 4. Setelah mendaftar, log masuk pada halaman utama Portal eBaki MARA menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
apakah Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 A) Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah B) Sultan Muhammad V C) Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail D) Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
A) Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Berikan jawapan kepada soalan yang rumit ini: Dari daerah manakah Ron Teachworth berasal?
Oakland County
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan"?
Maksudnya adalah kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya tidak sampai melarat
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "benang arang orang jangan dipijak"?
Ia bermaksud jangan mencabuli rumah tangga orang.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'kera diberi bunga'? Nyatakan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut.
Ia bermaksud seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain. Contoh ayat: Ali bagaikan kera mendapat bunga kerana baru sahaja mendapat hadiah telefon bimbit daripada bapanya, dalam masa dua hari sahaja Ali telah merosakkannya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Apakah maksud "bawa mulut"? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud suka menceritakan keburukan orang lain.Contoh ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Jawab soalan teka-teki ini: Badannku berat, rodaku beristimewa, biasanya anda tak mungkin jumpa aku di jalan raya. Kalau aku bergerak semua tergamam. Siapakah aku?
Jawapannya ialah kereta kebal
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan teka-teki berikut: Siapakah yang tinggal di dalam nenas?
Jawapannya ialah Spongebob
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tiang-tiang itu harus ____________ supaya tahan lebih lama.
kukuh
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
HATI BATU
Orang yang degil
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Apakah maksud "bahasa jiwa bangsa"? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud "bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa." Orang Jepun sentiasa menggunakan bahasa ibunda mereka walaupun di peringkat antarabangsa kerana bagi mereka bahasa jiwa bangsa.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tuliskan esei bertajuk Kepentingan amalan menabung.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam kehidupan manusia. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil. Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa boleh membuka akaun di bank atas nama anak-anak untuk menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Jabatan Pelajaran Sarawak telah melancarkan program menggalakkan pelajar menabung sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antaranya, Program Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di peringkat sekolah. Kelab Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan saku tersebut. Oleh itu, amalan menabung boleh dikatakan membawa faedah yang banyak kepada kita. Amalan menabung boleh menyemai tabiat berjimat cermat, terutamanya dalam kalangan pelajar. Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya. kita akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna wang yana ada pada kita. Misanya, seseorang yang berjimat cermat sudah tentu menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk ditabung sama ada di dalam bekas tabung atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, amalan menabung berupaya memupuk kita lebih berjimat cermat untuk bila-bila masa. Di samping itu, amalan menabung boleh mengatasi masalah yang kita hadapi semasa kecemasan. Keadaan ini boleh digambarkan seseorang menyediakan payung sebelum hujan. Kita dapat membantu orang yang berada dalam keadaan susah, seperti mangsa dalam kemalangan atau ditimpa bencana. Misalnya, kita boleh menggunakan tabungan kita untuk menderma kepada mangsa Gaza. Selain itu, kita juga boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Hal ini disebabkan kita tidak mungkin dapat memperoleh sejumlah wang yang banyak dengan segera jika kita tidak ada wang tabungan. Untuk menyemai amalan yang murni ini dalam kalangan masyarakat, syarikat insurans telah menggalakkan masyarakat supaya menabung dengan cara menawarkan skim tabungan yang pelbagai untuk kecemasan, iaitu kad perubatan. Selain itu, amalan menabung penting untuk hari tua. Sikap yang rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua. Dengan adanya wang, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira dan selesa, bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-sengan kemudian. Kita harus bersusah dahulu dan bersenang kemudian. Bagi umat Islam, wang yang ditabung boelh digunakan untuk menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan. Lebih-lebih lagi, amalan menabung dapat memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan yang akan datang. Kita telah mempunyai wang yang secukupnya untuk membiayai apa-apa sahaja yang diperlukan. Kita tidak perlu meminjam wang daripada lintah darat dan berhutang selama beberapa tahun. Kini, kebanyakan harga barang telah meningkat dan perkhidmatan awam yang semakin meningkat harganya. Oleh itu, dengan ada tabunga, kita mampu membeli sesuatu yang diperlukan atau dikehendaki. Kita juga dapat membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau mana-mana pihak. Selain itu, seseorang tidak mduah terjerat oleh lintah darat. Intihannya, amalan menabung amat mulia. Setiap individu perlu mengorak langkah untuk menabung. Amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan negara. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia, rakyat juga dapat menghadapi kegawatan ekonomi ini dengan tabah kerana mempunyai tabungan yang cukup untuk membiayai kos hidup.
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah maksud "bagai belut digetir ekor"?
Maksudnya ialah cepat sekali. Contoh ayat: Alia menyiapkan tugasannya dengan pantas bagai belut digetir ekor.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Di manakah terletaknya Gunung Kinabalu?
Gunung Kinabalu terletak di negeri Sabah, Malaysia. Puncak ia tertinggi tidak sahaja dalam negara Malaysia malah juga di Pulau Borneo dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut; gunung Kinabalu merupakan yang ke-29 tertinggi di Asia Tenggara.
Standard Malay
zsm
re-annotations
5423b19d05acbf49d6aa5cf45f20f0013ba3d283b0f8133d35c88cab43993044
Apakah kedalaman Jurang Mariana?
Jurang Mariana berada di barat Lautan Pasifik dan di timur negara Filipina. Ia adalah jurang lautan yang paling dalam di dunia dengan kedalaman 11 034 meter (11 km).
Standard Malay
zsm
re-annotations
1d49b7545225799e04d1dd03304368f8fd2e9ea527e494d1279f9b4a3143c0f3
Apakah maksud 'mata tidur bantal berjaga'?
Ia bermaksud perihal perempuan yang melakukan kejahatan pada waktu suaminya percaya betul padanya
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Senaraikan lapisan atmosfera Bumi.
Lapisan atmosfera Bumi mengikut urutan menurun adalah troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera dan eksosfera.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah latar belakang Agro Bank?
Agrobank (dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia, singkatan BPM) adalah sebuah bank milik kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan matlamat menyediakan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh khusus untuk menyokong dan memperkasakan sektor pertanian negara. Sebagai Institut Pembangunan Kewangan (DFI) yang memberi tumpuan kepada sektor pertanian di Malaysia, Agrobank bertekad untuk mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersil untuk pembangunan pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh bagi pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan juga aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna. Dengan pengalaman lebih 46 tahun,, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 188 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan. Pada 1 Julai 2015, Agrobank secara rasmi beralih kepada system perbankan Islam sepenuhnya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah soalan untuk: "Wright kemudian mengulas bahawa menggunakan" bahasa yang tidak masuk akal "ternyata menjadi pilihan yang tepat, kerana orang mampu membayangkannya secara lebih realistik daripada simulasi komputer"? Topiknya ialah Simlish.
"Apakah bahasa Sims?"
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Ayat aktif: Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.
Ayat pasif yang betul ialah 'Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu.'
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah negeri terbesar di Malaysia? A) Johor B) Sabah C) Pahang D) Sarawak
Jawapannya adalah D) Sarawak. Sarawak mempunyai keluasan sebesar 124,450 km².
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Apakah resipi untuk acar (salad nanas berlada)? Tunjukkan langkah-langkah terperinci.
Bahan: 1 biji nanas, 3 sudu besar serbuk lada kasar (chilli flakes), 4 sudu besar gula pasir, 1 sudu kecil garam Cara penyediaan: 1. Kupas nanas, buang mata, kemudian potong dadu sebesar ibu jari. 2. Empulur jangan dibuang, cuma potong kecil sedikit. Kerangupannya memberi variasi kepada tekstur salad. Cara pembuatan: 1. Campurkan nanas yang telah dipotong dengan garam, gula dan serbuk cili kasar di dalam bekas berpenutup/tupperware dan gaul sebati. 2. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam. 3. Keluarkan dari peti sejuk bila nak makan. Hidangkan sejuk-sejuk.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan berikut. Siapa gadis dalam Let's Make a Deal?
Tiffany Adams Coyne ialah pengacara dalam rancangan Let's Make a Deal
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai menggantang anak ayam"?
Ia bermaksud pengerjakan pekerjaan yang tidak mungkin dilakukan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Soalan: Bilakah mesej tahunan ini dikenali sebagai State of the Union Address (SOTU) secara rasmi ? Jawapan:
Tahun 1947
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan teka-teki ini: Kita perlu mencarinya apabile kereta rosak.
Jawapannya ialah mekanik kerana mekanik membaiki kereta.
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Cuba jawab teka-teki berikut: Mi apa yang tak boleh dimakan?
Jawapannya ialah misai
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah resipi untuk donat? Tunjukkan langkah-langkah secara terperinci.
Bahan: 4 cawan tepung gandum, 2 sudu besar marjerin, 2 sudu teh baking powder, 1 sudu teh garam halus, 1 paket 11g yis segera (Mauri-pan atau jenama lain), 2 sudu besar susu pekat manis, 2 sudu gula pasir, 1 cawan air suam, Minyak masak untuk menggoreng Cara penyediaan: 1. Campurkan air suam, susu pekat manis, gula dan yis di dalam jag. Kacau seketika dan biarkan 10-15 minit sehingga campuran kembang dan berbuih. Cara memasak: 1. Gaulkan tepung gandum, garam, baking powder dan marjerin di dalam mangkuk besar. Tepung perlu menjadi seakan bread crumb yang halus. 2. Masukkan campuran yis yang telah kembang dan gaul rata. 3. Tutup mangkuk dengan kain lembap atau plastic wrap tanpa menyentuh doh (untuk mengelakkan permukaan doh kering dan membentuk kulit). Biarkan doh selama 1 jam atau sehingga ia naik dua kali ganda dari saiz asal. 4. Selepas satu jam, tumbuk-tumbukkan doh bagi membuang gelembung udara. 5. Keluarkan doh dan tabur tempat mencanai dengan tepung. Canaikan doh kepada ketebalan 1.5cm. 6. Bentukkan donat dengan tangan atau potong menggunakan acuan donat. Atur di atas loyang yang telah disapu marjerin, tutup dengan kain lembap dan biarkan selama 30 minit supaya kembang sekali lagi. 7. Goreng dalam minyak banyak (deep fry) dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan. 8. Biarkan donat sejuk kira-kira 1 minit sebelum ditabur salut dengan gula kastor.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Guru Besar Sekolah Mekar memuji semua murid yang terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan sepanjang Minggu Bahasa kerana ia berjalan dengan lancar. Pilih perkataan seerti bagi perkataan 'aktiviti' dalam ayat tersebut. Pilihan: A) kerja B) program C) projek D) tugas
Jawapan yang betul ialah B) program
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga?
Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Feb 1922 - 29 Mei 1990) ialah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Beliau berkhidmat pada 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981, beliau juga digelarkan Bapa Pembangunan Malaysia.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai bunyi perempuan di air"?
Ia bermaksud sangat bising (riuh-rendah)
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'hidup dikandung adat, mati dikandung tanah'?
Ia bermaksud selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah matiterserahlah kepada hukum Tuhan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Binatang apakah pada jata negeri Sarawak? Pilih jawapan yang betul dari pilihan berikut. A. Helang B. Badak C. Orang utan D. Burung kenyalang
Jawapannya ialah D. Burung kenyalang.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'cari makan'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud bekerja atau mencari rezeki. Contoh ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga'?
Ia bermaksud kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah iklim di Malaysia?
Iklim tropika
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat __tradisional. Pilihan: A) rempah-ratus B) sayur-mayur C) kuih-muih D) tanah-tanih
Jawapan yang betul ialah C) kuih-muih
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Salmah memang cantik orangnya. Namun, dia ibarat __________ kerana suka _________ apabila bergaul dengan masyarakat setempat.
bunga dedap …bermuka-muka
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Jawabkan soalan yang rumit ini: Adakah Myles Kennedy dan SafetySuit sama-sama dikaitkan dengan band rock?
Ya, betul
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Berikan saya contoh-contoh ucapan hari jadi.
1. Ucapan Selamat Hari Lahir! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. 2. Sanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki. 3. Sanah Helwah! Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. 4. Selamat Hari Lahir Untuk Saudaraku! Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah SWT dengan kebaikan dan hikmah. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dari segi imannya serta mendapat apa yang dihajati. Aamiin 5. Barakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu. 6. Sanah helwah buat rakanku Azman. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dicukupkan rezeki, diampunkan dosa dan bahagia bersama keluarga tersayang.. Aminn. 7. Barakallahu fii umrik anakku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat. 8. Selamat ulang tahun puteraku! Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan. 9. Selamat Hari Kelahiran Buat Wahai Ibuku! Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta taufik dan hidayat daripada Allah S.W.T. Teruskan menjadi ibu yang terbaik bagi anakmu dan doakanlah kejayaan anak-anakmu. 10. Sanah Helwah Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan dan belas kasihan. 11. Sanah helwah buat wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan. 12. Tiada kad yang lebih berharga di ulang tahun mu selain doaku untukmu. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas, semoga hatimu semakin bersih dan bijak, semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan. 13. Sanah Helwah Sahabat! Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya. 14. Happy Birthday! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu 15. Sanah Helwah! Semoga lebih banyak kegemilangan menantimu di masa-masa mendatang. 16. Barakallah Fii Umrik. Semoga dengan bertambahnya umurmu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu 17. Sanah Helwah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan serta kebahagiaan 18. Selamat Hari Lahir Sahabat. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. In Sha Allah 19. Sanah Helwah Bro!. Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya. Aamiinn… 20. Semoga anda selalu berada dalam naungan keberkatan Allah SWT 21. Selamat Ulang Tahun Anakku Yang Tersayang 22. Happy Birthday anakku! Semoga akan lebih banyak kegemilangan menantimu di hari-hari yang mendatang 23. Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah 24. Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketengangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "adik kandung"?
Maksudnya ialah adik daripada ibu bapa yang sama, dengan kata lain seibu sebapa.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'?
Ia bermaksud percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah sejarah Wilayah Persekutuan Malaysia? Jelaskan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 220 patah perkataan.
Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia telah ditubuhkan menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 1974. Bermula dari tarikh itu hingga kini pentadbiran Kuala Lumpur dipindahkan dari Negeri Selangor dan diletakkan terus di bawah Kerajaan Pusat serta diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku PBT tunggal yang mentadbir bandaraya itu. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Negeri Sabah (sekarang Wilayah Sabah) pula dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan kini diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang dibangun dari kawasan Sepang, Selangor untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru telah mengikuti Kuala Lumpur dan Labuan dengan menjadi yang ketiga menyertai Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya. Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah disertakan dengan pembentukan semula Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). DBKL, Perbadanan Labuan (PL) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) melapor terus kepada Kementerian ini berbanding sebelumnya ke Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini mengambil alih tugas dan bertanggungjawab memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan diseluruh Wilayah Persekutuan. Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam satu kontinjen tunggal yang mewakili Wilayah Persekutuan seluruhnya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'khatib lalu khatib mati, bilal lalu bilal mati'?
Ia bermaksud perihal kecelakaan yang menimpa orang yang melalui suatu tempat yang sulit dan berbahaya
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut: Apakah faktor yang mempengaruhi pemanduan seorang pemandu? A. Kenderaan yang bergerak perlahan di hadapan B. Cabaran dari pemandu lain untuk berlumba C. Keadaan jalan, lalu lintas, cuaca dan kenderaan
Jawapannya ialah C. Keadaan jalan, lalu lintas, cuaca dan kenderaan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Bagaimanakah saya membaharu lesen atas talian?
1. Layari laman web MyEG 2. Klik bahagian ‘Renew Now‘ atau login masuk Anda perlu log masuk ke akaun jika belum ada akaun klik ‘Create Account’ Sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda untuk log masuk 3. Setelah berjaya log masuk, klik ‘Jabatan Pengangkutan Jalan’ Klik butang ‘Baharui Lesen Memandu (CDL)’ Isikan maklumat seperti tempoh perbaharuan dan kaedah pengambilan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan yang rumit ini: Ahli manakah dari kolej perlembagaan Universiti Oxford di England dan kolej keempat tertua di Universiti, adalah Profesor Fizik di Universiti Oxford?
Andrew Martin Steane
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "belum tentu si upik si buyungnya"?
Ia bermaksud belum tentu keputusan atau kesudahan sesuatu perkara.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Ayat 1: Lindstrom bermain untuk TuTo Turku dan TPS. Beliau juga bermain satu musim di Austria untuk Klagenfurter AC dan empat musim di Bundesliga untuk Berliner SC. Ayat 2: Dia bermain untuk TuTo Turku dan Klagenfurter AC, bermain satu musim di Austria untuk TPS dan empat kali bermain di Bundesliga untuk Berliner SC. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak?
Tidak
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Soalan: Apakah nama buku pertama dalam trilogi The Hunger Games?
The Hunger Games
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Cuba jawab teka-teki berikut: Kolam yang dikelilingi oleh rumput?
Jawapannya ialah mata.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai sumur di tepi rawa"?
Ia bermaksud orang yang selalu cemburu. Contoh ayat: Perangai Aman yang bagai sumur di tepi rawa itu tidak disukai Adam.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut? Kepala dalam kocek, apa dia?
Jawapannya ialah duit.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Walaupun dia berbangsa Cina, tetapi sangat fasih bertutur ____________________ bahasa India.
dalam
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Namakan jenis-jenis pelangi yang dikelaskan.
Pelangi klasik, pelangi melingkar, pelangi sekunder, pelangi merah, pelangi jenis sundogs, busur kabut, pelangi air terjun, pelangi api, dan busur bulan adalah beberapa jenis pelangi yang wujudt. Setiap jenis pelangi ini memiliki karakteristik dan keadaan yang berbeza, menjadikan pelangi fenomena yang menarik untuk dipelajari. Berikut adalah penjelasan 9 jenis pelangi: 1. Pelangi Klasik (Classic Rainbows): Pelangi Klasik biasa disebut dengan pelangi klasik. Pelangi Klasik ini cukup berbeza dari pelangi lainnya, di mana pada fenomena alam ini hanya ada 6 warna yang boleh dilihat iaitu merah, hijau, kuning, jingga, ungu dan biru. Intensity (kekuatan warna) setiap warna dari pelangi klasik ini juga dipengaruhi oleh keadaan atmosfera dan waktu terjadi. 2. Pelangi Melingkar (Circular Rainbows): Pelangi melingkar ini menjadi pelangi yang paling dikenal dan paling sering dijumpai di dalam lukisan Pelangi melingkar ini berbentuk seperti busur lingkaran sempurna dengan radius tepat 42 darjah. 3. Pelangi Sekunder (Secondary Rainbows): Menjadi salah satu pelangi yang jarang muncul, pelangi sekunder ini akan muncul ketika ada pelangi primer yang lebih awal muncul. Pelangi sekunder akan menampilkan warna yang sedikit lebih redup dari pelangi primer dan juga akan menampilkan warna yang terbalik dari pelangi primer. Jika ada 2 pelangi dengan kekuatan warna yang berbeza maka pelangi tersebut merupakan jenis pelangi sekunder. 4. Pelangi Merah (Red Rainbows): Tidak seperti pelangi biasa yang memaparkan pelbagai warna yang berbeza, red rainbow atau pelangi merah ini menghadirkan pelangi yang dikuasai oleh warna merah. Pelangi merah ini biasanya muncul semasa fajar di waktu pagi dan juga semasa matahari terbenam menjelang petang. Hal ini terjadi kerana pada waktu ini, lapisan atmosfera bumi menjadi lebih tebal dan berwarna biru, menyebabkan cahaya merah memantul dan membiaskan melalui air. Hasil akhirnya ialah pelangi yang menampilkan spektrum warna merah yang memukau. 5. Sundogs: Pelangi jenis sundogs ini umumnya muncul pada musim dingin ketika cuaca sedang cerah. Fenomena pelangi sundogs berlaku apabila sinar matahari meresap melalui kristal ais yang terdapat tinggi di atmosfera. Pelangi sundogs akan menghasilkan pantulan cahaya berwarna merah di bahagian dalam lingkaran dan warna ungu di bahagian luar, yang diikuti oleh variasi warna pelangi lainnya. Keketulan warna pelangi yang tampak akan semakin kentara apabila jumlah kristal ais dalam udara semakin padat. 6. Busur Kabut (Fogbows): Pelangi yang agak jarang ditemui berbanding pelangi-pelangi lain ini hanya akan muncul apabila sekumpulan faktor khusus dipenuhi untuk mencipta fenomena fogbows. Di antara faktor-faktor ini adalah kedudukan cahaya sumber yang mesti terletak di belakang pengamat serta berada pada titik bumi yang sama, dan ketebalan kabut di sekitar pengamat haruslah sangat tipis supaya cahaya matahari dapat menerobos melaluinya walaupun terdapat kabut yang pekat di hadapan pengamat. 7. Pelangi Air Terjun (Waterfall Rainbows): Pelangi air terjun adalah jenis pelangi yang jarang ditemui, kerana ia hanya dapat dilihat terbentuk di atas air terjun. Fenomena pelangi air terjun ini biasanya dapat dirakam ketika kabut yang berasal dari hemburan air terjun bercampur dengan udara sekitar dalam keadaan atmosfera yang stabil sepanjang masa. 8. Pelangi Api (Fire Rainbows): Jenis pelangi ini memang termasuk dalam kategori yang agak tidak biasa didengar dan jarang terlihat. Hal ini disebabkan oleh fakta bahawa pelangi api, atau juga dikenali sebagai "fire rainbows," hanya bisa dilihat dari lokasi dengan sudut lebih rendah daripada 55 darjah ke utara atau selatan. Penting untuk dicatat bahawa istilah "api" dalam "pelangi api" tidak merujuk kepada api sebenar, tetapi lebih kepada visual dan efek yang tercipta. Pelangi api muncul dalam keadaan tertentu, di mana awan cirrus bertindak sebagai prisma semulajadi. Awan cirrus tersebut perlu terbentuk pada ketinggian sekitar 20,000 kaki dan sinar matahari harus menyinari awan tersebut pada sudut tertentu, antara 58 hingga 68 darjah. Kondisi-kondisi ini bersama-sama menciptakan penampakan pelangi api yang unik. 9. Busur Bulan (Moonbows): Sesuai dengan namanya, pelangi busur bulan akan menyerupai busur pelangi yang biasanya muncul pada waktu malam. Jenis pelangi yang juga dikenali sebagai pelangi lunar ini adalah salah satu yang cukup jarang untuk ditemui. Untuk pelangi busur bulan ini terbentuk, biasanya perlu adanya hujan lebat pada saat bulan purnama. Setelah hujan mereda, pelangi busur bulan akan muncul jika sinar bulan purnama tidak terhalang oleh awan. Keunikan fenomena ini terletak pada kombinasi antara cahaya bulan yang lembut dan sisa-sisa kelembapan udara dari hujan yang menciptakan cahaya warna di langit malam.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'buruk perut'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud kuat makan Contoh ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah resipi untuk ikan cencaru bakar sumbat sambal? Tunjukkan langkah-langkah terperinci.
Bahan: 4 ekor ikan cencaru segar, 4 sudu besar cili kisar, 6 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 batang serai, Air asam jawa atau asam keping, 1 cm kiub belacan, Garam dan gula secukup rasa Cara penyediaan: 1. Siang ikan cencaru, belah belakang, bersihkan dan tuskan. 2. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Cara memasak: 1. Tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia dan serai) sehingga wangi. 2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak. 3. Perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa. 4. Sumbatkan sambal yang dah masak ke dalam ikan melalui belakang yang telah dibelah. 5. Panggang ikan atas bara api. Boleh juga gunakan pemanggang ajaib atau oven. 6. Angkat dan hidangkan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "baik membawa resmi ayam betina"?
Ia bermaksud lebih baik merendahkan diri (supaya selamat dalam hidup), resam.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Baca petikan di bawah. Buat satu rumusan tentang keburukan-keburukan merokok dan kekangan mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar. panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah. Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok. Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premiskerajaan. Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat. Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok!
Petikan membincangkan kesan negatif akibat merokok. Merokok mendatangkan keburukan kerana perbuatan ini merupakan satu bentuk pembaziran. Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. Perbuatan ini turut membahayakan kesihatan orang lain di sekeliling mereka. Pada masa yang sama, merokok menyebabkan orang lain berasa tidak selesa serta mengganggu komunikasi. Perbuatan ini juga boleh menyebabkan ketagihan yang amat sukar untuk dihentikan. Malah, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mengakibatkan kebakaran. Kekangan untuk menghindarkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar ialah sikap pekedai yang masih menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun. Tindakan penguatkuasaan yang tidak tegas turut menghalang usaha membanteras tabiat ini. Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu agar masalah merokok dalam kalangan pelajar dapat diatasi bagi melahirkan generasi yang sihat.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Bangunan ini dibina khas untuk meraikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Bangunan ini dapat menonjolkan identiti negara baru yang merdeka. Bangunan yang dimaksudkan ialah ____________.
Stadium Merdeka
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah maksud "bagai air titik ke batu"?
Maksudnya adalah memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'kelekatu hendak terbang ke langit'?
Ia bermaksud berkehendakkan atau mengerjakan sesuatu yang tidak mungkin berhasil
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tunjukkan resipi untuk ikan bawal hitam stim dengan halia dan daun bawang dengan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan: 2 ekor bawal hitam dibersihkan dan dikelar, 2 inci halia dihiris, 4 tangkai daun bawang dihiris, 2 sudu besar sos kicap, 1 sudu besar minyak bijan, Garam dan lada secukup rasa Cara memasak: 1. Letakkan bekas pengukus dalam periuk dan isi dengan air sehingga mencapai bahagian bawah bekas. 2. Taburi bawal hitam dengan garam dan lada, dan letakkan dalam bekas pengukus. 3. Taburkan halia dan daun bawang di atas ikan. 4. Kukus ikan selama 10-12 minit atau sehingga masak. 5. Dalam mangkuk kecil, campurkan sos kicap dan minyak bijan. 6. Hidangkan ikan dengan campuran sos kicap dituang di atasnya. 7. Hidangan ini sesuai dengan sayuran kukus dan nasi perang.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah soalan untuk: "Gravy adalah sos dari jus yang terjadi dari daging atau sayur-sayuran semasa memasak. "? Topiknya ialah Gravy.
"apakah gravy?"
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati'?
Ia bermaksud bagi sesuatu perkara yang tidak berkenaan dengan kita, boleh dilihat dan didengar, tetapi jangan bercampur mulut
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga'?
Ia bermaksud seseorang yang menyusahkan ahli keluarganya sendiri akan merasa susah juga
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'garam jatuh di air'?
Ia bermaksud cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dan lain-lain)
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5