prompt_input
null
input
stringlengths
12
132
output
stringlengths
3
8.21k
null
definisi: mendemonstrir
Definisi : mendemonstrasikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kongkoan
[kong.koan] | کوڠکوان Definisi : C 1. bangunan utk digunakan oleh orang ramai, balai raya; 2. majlis atau badan penasihat hal-hal mengenai orang Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kakak
[ka.ka/] | کاکق Definisi : 1. saudara perempuan yg lebih tua; 2. saudara lelaki yg lebih tua, abang; 3. panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua; berkakak 1. mempunyai kakak; 2. memanggil kakak, menggunakan perkataan ‘kakak’ terhadap orang perempuan yg lebih tua (sbg menghormati secara mesra): ia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan-perempuan yg lebih tua sedikit daripadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penginovasi
[pe.ngi.no.va.si] | ڤڠينوۏاسي Definisi : orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bertempiasan
[ber.tem.pia.san] | برتمڤياسن Definisi : berpercikan masuk: hujan mulai turun dgn titik-titik air ~ ke dlm bilik itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penempur
[pe.nem.pur] | ڤنمڤور Definisi : alat dll utk bertempur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berkeloyak
[ber.ke.lo.ya/] | برکلويق Definisi : tanggal kulitnya (bkn buah, daging, dll), mengelupas (kulit); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: eksperimental
[éks.pé.ri.men.tal] | ايکسڤيريمنتل Definisi : (ékspérimental) bkn (berasaskan, bersifat) eksperimen, bersifat percubaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mimpin
Definisi : bp memimpin; pimpin I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gelegak
[ge.le.ga/] | ݢلݢق Definisi : ; menggelegak 1. mendidih dan berbunyi (spt air), membual: air sedang ~ di dapur; 2. ki naik darah (marah): apabila ia terusik dlm bulan puasa, darahnya lekas ~; 3. ki bergelora: hatinya begitu ~ dgn kemarahan;menggelegakkan mendidihkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kesegeraan
[ke.se.ge.ra.an] | کسݢراءن Definisi : keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: psikosis
[psi.ko.sis]/[si.ko.sis] | ڤسيکوسيس Definisi : (Psi) gangguan mental yg teruk, yg dicirikan oleh perubahan perwatakan dan ketakpekaan terhadap persekitaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: senti
[sen.ti] | سنتي Definisi : (sénti) IB 1. singkatan bagi sentimeter; 2. seperseratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kejampian
[ke.jam.pian] | کجمڤين Definisi : kena jampi (mantera); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kosmogoni
[kos.mo.go.ni] | کوسموݢوني Definisi : kajian astrofizik (kombinasi ilmu kimia dan fizik bintang) tentang evolusi alam semesta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pembakalan
[pem.ba.ka.lan] | ڤمباکلن Definisi : perihal membakalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjerungkau
[men.je.rung.kau] | منجروڠکاو Definisi : terjuntai menjulur ke bawah (spt rambut turun di dahi atau dahan-dahan kayu yg bergantungan di sungai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tetabas
[te.ta.bas] | تتابس Definisi : Pr sembuh drpd penyakit (kerana diganggu puaka) dgn membuang ancak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terbujuk
[ter.bu.ju/] | تربوجوق Definisi : terpengaruh dgn pujuk rayu dan kata-kata manis: semuanya telah dibebaskan sebelum sultan itu cukup ~ utk berangkat pulang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mendokumenkan
[men.do.ku.men.kan] | مندوکومنکن Definisi : 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu; 2. membuktikan (menunjukkan) dgn dokumen, memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membuktikan sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: diari
[dia.ri] | دياري Definisi : buku yg mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lompok
[lom.po/] | لومڤوق Definisi : ark; berlompok-lompok bertimbun-timbun, bertompok-tompok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bebulan
[be.bu.lan] | ببولن Definisi : bulan-bulan (sj tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: hupo
[hu.po] | هوڤو Definisi : sj burung, Upupa epops. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kon
[kon] | کون Definisi : 1. jasad pejal yg meruncing ke hujung dr tapaknya yg rata dan bulat; 2. sesuatu yg berbentuk kon, sama ada pejal atau geronggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ulian
[u.lian] | اولين Definisi : sesuatu yg diuli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mesut
[me.sut] | مسوت Definisi : ; kusut-~ sangat kusut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bejemo
[be.je.mo] | بجمو Definisi : Sr sj adat perkahwinan (diadakan di satu tempat sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kumpul
[kum.pul] | کومڤول Definisi : ; sekumpul selonggok; berkumpul 1. berdekatan rapat-rapat menjadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), berkampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; mengumpulkan 1. menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengampungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak; terkumpul terhimpun (menjadi banyak atau sekelompok): hasil drpd pungutan derma itu banyak wang sudah ~; air hujan yg ~ di atas muka bumi meresap masuk ke dlm tanah; kumpulan 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya berkaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); perkumpulan gabungan, kesatuan atau persatuan: dia menjadi pengerusi dlm persidangan ~ buruh kasar; pengumpulan perihal atau perbuatan mengumpulkan, penghimpunan: ~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara; pengumpul tempat mengumpulkan sesuatu, orang yg mengumpulkan sesuatu: pusat ~ jati; ~ setem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kharajat
Definisi : ®kerajat II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: keloloh
[ke.lo.loh] | کلولوه Definisi : Kd, Pn kurang sopan atau tertib (kelakuan atau perkataan), tidak senonoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: torah
Definisi : ; tak ~ Kd tidak selesa kerana fikiran terganggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pragmatis
[prag.ma.tis] | ڤرݢماتيس Definisi : Id pragmatik (bersifat praktikal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: fototopografi
[fo.to.to.po.gra.fi] | فوتوتوڤوݢرافي Definisi : (Geog) proses menyediakan atau membuat peta topografi drpd gambar foto. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bagat
[ba.gat] | باݢت Definisi : ; berbagat berbintik-bintik hitam di badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berpencak
[ber.pen.ca/] | برڤنچق Definisi : bermain pencak, bersilat: pendekar leka memencak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: rompakan
[rom.pa.kan]/[rom.pa/.kan] | رومڤقن Definisi : kejadian merompak: ~ itu berlaku sewaktu mereka tidak ada di rumah; ~ bersenjata rompakan dgn (si perompak) menggunakan senjata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mencanggah
[men.cang.gah] | منچڠݢه Definisi : menjalankan perahu dgn canggah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lazimnya
Definisi : biasanya, selalunya, umumnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bijana
[bi.ja.na] | بيجان Definisi : ark; jana ~ = tanah ~ tempat kelahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: organisation
Definisi : n see ORGANIZATION. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
null
definisi: fanatik
[fa.na.tik] | فاناتيک Definisi : (orang yg) keterlaluan pd sesuatu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dgn keagamaan): Hj. Samad sangat ~ dlm hal agama; kefanatikan perihal fanatik: seniman pernah ditindas dan dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ciar
[ciar] | چيار Definisi : ; menciar-ciar memekik-mekik (bunyi spt bunyi kanak-kanak menangis); terciar-ciar terpekik-pekik, terkuak-kuak: anak kecil itu menangis ~ kerana lapar susu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tertolong
[ter.to.long] | ترتولوڠ Definisi : (sudah) ditolong, diselamatkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mencabikkan
[men.ca.bi/.kan] | منچابيقکن Definisi : mengoyakkan, mencarikkan, menyobekkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sengokol
Definisi : sengkokol; ® kokol I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mendedikasikan
[men.dé.di.ka.si.kan] | منديديکاسيکن Definisi : menujukan sesuatu (mesej sesebuah buku, gubahan muzik, dll) kpd seseorang atau sesuatu sbg tanda penghormatan atau kasih sayang: saya ingin ~ buku ini kpd Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berkeras
[ber.ke.ras] | برکرس Definisi : 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: al-muqaddim
Definisi : Ar Yang Memulakan Wujudnya Sesuatu (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: potometer
[po.to.mé.ter] | ڤوتوميتر Definisi : (potométer) (Bio) alat utk mengukur kadar transpirasi tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pembawaan
[pem.ba.wa.an] | ڤمباواءن Definisi : 1. = bawaan sifat semula jadi: susah hendak mengubah ~ semula jadi; 2. perihal membawa: ~ barang-barang itu dilakukan pd malam hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berleret
[ber.lé.rét] | برليريت Definisi : 1. = meleret panjang sungguh (tali, kain, dll), labuh sangat: dipakai jubah kasa halus, jubah meleret sampai ke kaki; 2. = meleret, meleret-leret berpanjang-panjang (perbualan, percakapan, cerita, dll), berjangkit-jangkit: tidak usahlah saya mengulas panjang lebar sehingga meleret-leret lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sukduf
Definisi : tempat duduk di atas belakang unta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: seperunjung
[se.pe.run.jung] | سڤرونجوڠ Definisi : setinggi perunjung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dinamisme
[di.na.mis.me] | ديناميسمى Definisi : sifat dinamik: kami berharap reka bentuk baru ini memberi suasana segar kpd majalah ini dan memancarkan ~ baru yg terdapat padanya; makalah ini bertujuan menyerlahkan aspek kreativiti dan ~ dlm bahasa pengiklanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: globalisasi
[glo.ba.li.sa.si] | ݢلوباليساسي Definisi : proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gambus
[gam.bus] | ݢمبوس Definisi : 1. sj kecapi Arab yg bertali enam (dimainkan dgn iringan gendang); 2. = orkes ~ Id pancaragam yg terdiri drpd gambus, harmonium dsb yg memainkan lagu-lagu Arab; lagu ~ lagu yg dimainkan oleh pancaragam gambus; tarian ~ tarian dgn iringan gambus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: vestibul
[ves.ti.bul] | ۏستيبول Definisi : (véstibul) (Bio) rongga atau ruang yg berhampiran dgn bukaan pd sesuatu rongga lain, misalnya hidung, telinga dalam, faraj, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: coplok
[cop.lo/] | چوڤلوق Definisi : Jw tanggal atau tercabut (gigi, paku, dll), copot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kreativiti
[kréa.ti.vi.ti] | کرياتيۏيتي Definisi : (kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~ seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa; berkreativiti melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ngonek
Definisi : (ngonék) Kl mengikut dr belakang, mengekor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pepak
[pe.pa/] | ڤڤق Definisi : penuh, penuh lengkap: meja itu ~ dgn lauk-pauk; penuh ~ penuh sekali; sepepak selengkap, semuanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: masap
[ma.sap] | ماسڤ Definisi : ark; memasap mengeluarkan wap, menguap, meruap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membaling
[mem.ba.ling] | ممباليڠ Definisi : 1. melempar (dgn baling); 2. melempar: gadis-gadis menyambut dan menanam anak-anak padi yg dibaling oleh teruna-teruna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memuafakatkan
[me.mua.fa.kat.kan] | مموافقتکن Definisi : 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengesetkan
Definisi : menjadikan dlm bentuk set. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
null
definisi: lulun
[lu.lun] | لولون Definisi : Br kelim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penghayat
[peng.ha.yat] | ڤڠحيات Definisi : orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berdiksa
[ber.dik.sa] | برديقسا Definisi : dilantik (sbg pendeta Buddha). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sura
Definisi : ; bulan ~ bulan yg pertama dlm tahun Islam, bulan Muharam; ®Asyura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gudeg
[gu.deg] | ݢود Definisi : Jw sj masakan yg dibuat drpd nangka muda; kota ~ bp Jogjakarta; nasi ~ nasi bercampur dgn gudeg. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gegasing
[ge.ga.sing] | ݢݢسيڠ Definisi : gasing-gasing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dipergol
[di.per.gol] | دڤرݢول Definisi : dilapis (disadur) dgn emas (perak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lekatan
[le.ka.tan] | لکتن Definisi : keadaan yg melekat (di antara satu permukaan dgn permukaan yg lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berkeras-kerasan
[ber.ke.ras.ke.ra.san] | برکرس - کراسن Definisi : sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dlm pertengkaran, perkelahian, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kongkong
[kong.kong] | کوڠکوڠ Definisi : benda drpd kayu atau besi yg berlubang yg dikenakan pd leher orang salah atau orang tahanan (utk menghukumnya atau mencegahnya drpd lari), pasung; mengongkong 1. mengenakan kongkong pd, memasung, membelenggu: ia ditangkap, diheret dan kemudian dikongkong dlm sebuah pondok kecil; 2. ki membatasi (kebebasan, pergerakan, dll), menghalangi, menyekat: ia ingin bebas, tidak dikongkong oleh berbagai-bagai peraturan dan disiplin yg keras; 3. mengepung, melingkungi: pasukan tentera yg dikirimkan itu mula ~ askar musuh yg terperangkap; 4. meliputi, mencakupi, merangkumi: ilmu kedoktoran ~ ilmu anatomi, perubatan, kesihatan, dll; terkongkong terbelenggu, terikat, tersekat (bkn kebebasan dll): semua orang yg ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya; kongkongan ki perihal terkongkong, ikatan, sekatan, cengkaman: dlm negara yg mengamalkan demokrasi, mahkamah keadilan bebas drpd ~ pemerintah; puas ia mencari jalan melepaskan dirinya drpd ~ lelaki yg tidak disukainya itu; pengongkongan 1. perihal atau perbuatan mengongkong (memasung, membelenggu), pemasungan, pembelengguan; 2. perihal atau perbuatan mengongkong (membatasi, menghalangi menyekat), pembatasan, penghalangan, penyekatan; pengongkong orang yg suka mengongkong (kebebasan, pergerakan, dll), penghalang, penyekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kekar
[ke.kar] | ککر Definisi : 1. kembang, mekar (bunga); 2. bercerai-cerai, berserak-serak, berpecah-pecah (tidak berlonggok atau berkumpul); mengekar mekar, berkembang (bunga): bunga sedang ~; mengekarkan memecahkan atau menceraikan (supaya tidak terkumpul lagi), menyelerakkan: nasi yg berketul-ketul itu dikekarkannya dgn garpu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: undung-undung
[un.dung.un.dung] | اوندوڠ٢ Definisi : Mn kain tutup kepala (supaya jangan kena panas atau hujan), tudung: dgn segera dia naik tangga dan baharu tiba di atas rumah, dia pun mengeluh kepanasan serta mencampakkan ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: enggil
[eng.gil] | اڠݢيل Definisi : ark; berenggil, berenggilan bergerigis, bergerigi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: hiponim
[hi.po.nim] | هيڤونيم Definisi : (Lin) kata yg maknanya terangkum dlm makna kata yg lain, mis kambing, lembu dan rusa adalah hiponim drpd binatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tersendeng-sendeng
[ter.sén.déng.sén.déng] | ترسينديڠ-سينديڠ Definisi : terhuyung-hayang (spt hendak jatuh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: merencongkan
Definisi : memotong (membuat) supaya rencong: Dia ~ kayu itu supaya mudah dipacakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
null
definisi: kaserol
[ka.sé.rol] | کاسيرول Definisi : (kasérol) sj bekas (bertutup yg dibuat drpd kaca, tanah liat, dsb) yg tahan haba (digunakan utk memasak dan menghidangkan makanan yg dimasak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kicang
[ki.cang] | کيچڠ Definisi : ; ~-kecoh = ~-kicu ark berbagai-bagai tipu daya; ~-kecoh ciak prb barang apa yg hendak disiasat, hendaklah ada buktinya (tandanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lentam-lentum
[len.tam.len.tum] | لنتم-لنتوم Definisi : bunyi spt bunyi meriam, bunyi yg kuat, dentam-dentum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membenihkan
[mem.be.nih.kan] | ممبنيهکن Definisi : menghasilkan sesuatu: membenihkan kejayaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: meresukkan
[me.re.su/.kan] | مرسوقکن Definisi : memasukkan ke dlm lubang (kotak dll), memeresukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ceruh
[ce.ruh] | چروه Definisi : sudah ditumbuk bersih-bersih hingga putih (bkn padi dll): beras itu belum ~; menceruh menumbuk bagi kali yg keduanya supaya ceruh: ~ beras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gabardin
Definisi : sj kain yg kukuh dan agak tebal, yg digunakan terutamanya utk membuat kot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: derana
[de.ra.na] | دران Definisi : ark sabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: geneng
[gé.néng] | ݢينيڠ Definisi : (généng) Mn manja, gagah, elok; kalau nak ~ di tepian, bawa labu kecil liang, rasakan penuh ditumpahkan prb perihal orang yg hendak memperlihatkan ketinggian diri pd orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menggayung
[meng.ga.yung] | مڠݢايوڠ Definisi : 1. menetak, menikam, menombak dll (dgn senjata); 2. mengucapkan mantera utk membunuh musuh dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terkulai-kulai
[ter.ku.lai.ku.lai] | ترکولاي - کولاي Definisi : terkulai berulang kali: kelopak bunga tersebut ~ hampir gugur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: memolok
[me.mo.lo/] | ممولوق Definisi : makan dgn menyuap banyakbanyak sekali dan pantas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tebera
[te.be.ra] | تبرا Definisi : ikan ~ sj ikan darat, tambera, temberih, Labeobarbus tambra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: selari
[se.la.ri] | سلاري Definisi : 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian seimbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: cengit
Definisi : Kl ®cengis I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: monggol
Definisi : berbonggol; bonggol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membarengi
[mem.ba.re.ngi] | ممبارڠي Definisi : bersama-sama dgn, mengiringi, menyertai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membangunkan
[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن Definisi : 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)