url
stringlengths 33
166
| headline
stringlengths 20
127
| content
sequence |
---|---|---|
https://iluminasi.com/bm/5-haiwan-yang-mempunyai-kebolehan-mengesan-penyakit-pada-manusia.html | 5 Haiwan Yang Boleh Kesan Penyakit Manusia | [
"Sesetengah haiwan, seperti anjing, terkenal dengan deria yang kuat yang boleh mengesan banyak perkara dalam persekitaran yang tidak dapat dilihat oleh manusia.",
"Ditambah dengan fakta mereka sangat responsif terhadap latihan, orang ramai telah menemui banyak kegunaan untuk mereka, sama ada dilatih untuk mengesan dadah, bahan letupan, atau banyak perkara lain.",
" Tetapi satu lagi bidang penyelidikan terkini dan sangat menarik di mana haiwan digunakan ialah pengesanan penyakit atau, lebih khusus, pengesanan kanser. Anjing bukanlah satu-satunya haiwan yang menunjukkan potensi dalam usaha ini kerana terdapat haiwan lain yang berkeupayaan melakukannya.",
"Kali ini pihak Iluminasi ingin kongsikan beberapa haiwan atau binatang yang mempunyai kebolah unik mengesan pelbagai jenis penyakit pada manusia, daripada diabetes hinggalah kepada kanser.",
"Bukan haiwan mamalia sahaja yang mungkin dapat membantu manusia dengan pengesanan penyakit maut; serangga turut mempunyai kebolehan melakukannya. Lebah dilaporkan mempunyai deria bau yang sangat kuat sehingga mereka dapat mengesan walaupun hanya beberapa molekul bahan di dalam bilik, dan mereka telah pun digunakan untuk mengesan penyakit seperti TB dan diabetes.",
"Di samping itu, mereka boleh dilatih jauh lebih cepat daripada haiwan seperti anjing. Antena mereka membolehkan mereka mengesan bau tertentu dengan lebih tepat di antara campuran bau serentak, seperti yang berlaku dengan sampel nafas manusia.",
" Susana Soares, pereka produk Portugis, telah membangunkan peranti kaca yang dikenali sebagai \"Bee's,\" yang membolehkan orang ramai bernafas dengan selamat ke dalam ruang yang mengandungi lebah, yang telah dilatih untuk bertindak balas kepada pengesanan bahan kimia tertentu.",
"Penyelidik di A.S. memutuskan untuk menguji sama ada merpati boleh mengesan kanser payudara daripada imej. Anehnya, mereka mampu melakukannya sebaik manusia! Dan haiwan ini mampu berbuat demikian walaupun mempunyai otak sebesar hujung jari. ",
"Walau bagaimanapun, otak mereka agak kuat, terutamanya apabila ia berkaitan dengan imej. Mereka telah terbukti dapat mengingat sehingga 1,800 imej, dan mereka boleh membezakan antara orang, ekspresi muka, dan juga huruf dalam abjad.",
"Burung merpati dalam kajian kanser telah dilatih untuk membezakan imej mikroskop tisu kanser dan bukan kanser. Adalah dipercayai bahawa burung merpati boleh membantu untuk mengesahkan kaedah pengesanan kanser berasaskan imejj pada masa depan.",
"Semut, seperti lebah, mempunyai antena yang sangat sensitif yang membolehkan mereka mengesan semua jenis bahan yang mengelak deria manusia. Seperti yang kita ketahui sekarang, bahan kimia tertentu yang dikeluarkan oleh tumor kanser boleh mempunyai bau yang tersendiri.",
"Walau bagaimanapun, nafas bukanlah satu-satunya pelepasan badan di mana bahan kimia ini mungkin muncul. Sebatian itu juga muncul dalam air kencing, dan pada tahun 2023, saintis mendapati bahawa semut sangat tepat dalam mengesan sebatian ini dalam air kencing tikus.",
"Adalah dipercayai bahawa semut boleh menawarkan cara yang lebih murah dan kurang invasif untuk mengesan kanser lebih awal. ",
"Cacing dalam penyelidikan ini adalah cacing gelang (roundworms) biasa yang, pada panjang 1mm kecil, jauh lebih kecil daripada cacing tanah yang mengunyah lumpur yang anda temui di taman anda. ",
"Cacing gelang mungkin kurang berminat dengan lumpur, tetapi nampaknya mereka sangat berminat dengan sel kanser terutamanya apabila mereka lapar. Dalam eksperimen itu, saintis dari Korea meletakkan sekitar 50 cacing pada slaid mikroskop, bersama dengan sel manusia yang sihat dan sel kanser. Kira-kira 70% daripada cacing itu tertarik ke arah sel-sel kanser.",
"Walaupun tidak diketahui mengapa sel kanser secara konsisten menarik perhatian cacing, saintis mempunyai teori: Sel kanser mengeluarkan banyak molekul bau yang sama seperti epal busuk, sesuatu yang kita semua tahu menarik kepada spesies cacing lain.",
" Langkah seterusnya adalah untuk melihat sama ada mereka boleh mengesan kanser apabila dibentangkan dengan bahan seperti air kencing atau nafas dan bukannya dibentangkan secara langsung dengan sel kanser.",
"Pada tahun 2010, seorang wanita dari Franklin, Tennessee, melawat doktornya selepas lebam misteri muncul di dadanya di tempat kucingnya terus mengais dan menerkam pada petang sebelumnya. Dia mendapati ia adalah kanser payudara.",
"Setahun sebelumnya, sebuah cerita menjadi tajuk utama di Kanada di mana seorang lelaki dari Calgary mengesahkan bahawa kucingnya telah memaklumkannya tentang kanser paru-parunya dengan mencakar secara berterus kakinya di sebelah kiri.",
" Pemiliknya memuji kucingnya, Tiger, yang sebelum itu tidak begitu mesra, kerana telah menyelamatkan nyawanya. Walaupun belum ada kajian saintifik untuk membuktikan kucing mampu mengesan kanser, 2 peristiwa ini memberi gambaran kucing mempunyai kemampuan unik mengesan penyakit ini."
] |
https://iluminasi.com/bm/hubungan-concang.html | Kenapa Orang Barat Mahu Normakan Hubungan Songsang? | [
"Wabak seksualiti songsang merupakan barah yang semakin melanda seluruh dunia, khususnya di kalangan negara barat. ",
"Wujud pola peningkatan ketara khususnya di negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Sweden dan Argentina, menampakkan keterbukaan masyarakat di sana menerima dan menyokong hubungan sama jenis luar tabii ke dalam sistem masyarakat mereka.",
"Di Amerika Syarikat yang menjadi topik kita kali ini, paras penerimaannya kini berada pada tahap 72% berbanding 28% yang menolaknya, berdasarkan kajian tahun 2020 Pew Research Centre. ",
"Perubahan ini menyaksikan peningkatan 21% daripada statistik tahun 2002, ketika hanya 51% warga Amerika Syarikat menerima kesongsangan. ",
"Kenaikan ketara ini jugalah yang menjadi punca utama menyumbang pertambahan elemen seksualiti songsang ke dalam penerbitan media filem dan drama di Hollywood. ",
"Apa sebenarnya faktor yang menyumbang kepada penambahburukan ini? Untuk memahaminya, mari kita rungkaikan serba sedikit apa yang telah berlaku.",
"Ramai di kalangan masyarakat kita memandang enteng kuasa media dalam pembentukan mentaliti sesebuah masyarakat, khususnya apabila melibatkan isu kesongsangan. ",
"Ada yang berkata 'takkanlah dengan filem atau drama pun boleh jadi songsang?' atau 'aku tengok adegan songsang, tak jadi songsang pun aku!'. ",
"Realitinya pengaruh media memainkan peranan yang sangat kuat bukan saja dalam mencipta sentimen pro-gerakan songsang bahkan media juga dulu berperanan memainkan stigma anti-kesongsangan, yang timbul dalam dekad 1940-an di Amerika Syarikat.",
"Kesongsangan dan kecenderungan terhadap perlakuan luar tabii pada era tersebut, dicemuh dan dikecam sehingga kadangkala mencetuskan tindakbalas fizikal orang ramai terhadap kumpulan minoriti ini, kerana media pada waktu tersebut kukuh memainkan mesej-mesej anti-songsang.",
"Bermula dalam dekad 1990-an, beberapa insiden membabitkan individu songsang mula mengubah hala tuju media Amerika Syarikat agar lebih terbuka terhadap kumpulan ini, mengakibatkan lebih banyak media beragenda mesra-songsang diterbitkan.",
"Salah satu peristiwa yang dianggap paling ikonik dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat yang memulakan perubahan, adalah keberanian Ellen Degeneres - kini dikenali sebagai pengacara terkenal di Hollywood; menjadi selebriti pertama mengaku dirinya seorang lesbian dalam rancangan waktu perdana.",
"Pengakuan yang dibuat pada 30 April 1997 dalam drama Ellen secara separa fiksyen, menjadi titik tolak perubahan media Amerika Syarikat dalam menerima dan mengenengahkan elemen songsang ke tahap lebih tinggi.",
"Beberapa bulan sebelum pengakuan tersebut dilakukan, media Amerika Syarikat sudah mula memainkan propaganda bahawa DeGeneres dalam dunia nyata dan juga dalam siri TV tersebut, berorientasi songsang. ",
"Namun DeGeneres menepis dakwaan yang ada, menggunakan jenaka bagi mengalihkan topik konsisten enggan mengaku desas-desus yang dilontarkan.",
" Seminggu sebelum episod drama itu disiarkam, majalah TIME menjadikan Degeneres penghias muka depan dengan teks 'Yep, I'm G*y' mengesahkan semuanya.",
"Publisiti yang tercetus daripada pengakuan sensasi yang dilakukan semasa Degeneres berada di puncak populariti, mendorong lebih 42 juta orang menonton episod drama TV itu; kini terpahat sebagai detik ikonik di kalangan aktivis songsang sebagai satu permulaan besar ideologi mereka. ",
"Walaupun demikian tindakan Degeneres mengaku ini mendapat tentangan banyak pihak, dia mula dikecam serta diboikot pihak media. ",
"Mendapat sokongan daripada kumpulan kecil aktivis kumpulan songsang tidak membantu nasib DeGeneres, selepas dia digantung secara tidak rasmi selama 3 tahun daripada apa saja bentuk penerbitan. ",
"Dihimpit keluar daripada lensa wartawan dan populariti, tindakan nekad DeGeneres itu memahatkan dirinya sebagai simbol gerakan songsang, kerana pada era tersebut dia merupakan nama paling berprofil tinggi terbuka mengaku kesongsangan dirinya.",
"Pengakuan DeGeneres serta impaknya kepada industri hiburan, sebenarnya didorong beberapa perubahan yang berlaku kepada dasar kerajaan Amerika Syarikat sendiri.",
"Pada tahun 1994, Badan Kesihatan Amerika Syarikat (AMA) mengambil langkah untuk mengiktiraf homoseksualiti bukan lagi sebuah penyakit, seiring dengan tindakan Badan Kesihatan Sedunia pada tahun 1990.",
"Menyusul perubahan itu, pada tahun 1993 Kongres Amerika Syarikat memperkenalkan Akta Jenayah Berlandaskan Benci (Hate Crime) bagi mencegah dan menghukum sebarang kelakuan jenayah yang dibuat atas faktor orientasi seksual dan identiti jantina.",
"Penggantungan tidak rasmi DeGeneres daripada sebaran media tidak lagi boleh menghalang Amerika Syarikat daripada menyaksikan gelombang perubahan - walaupun DeGeneres dikecam teruk sehingga digelarkan 'Degenerate' (terencat akal) oleh sesetengah pihak.",
"Siri TV 'Will and Grace' diterbitkan pada tahun 1998 membawakan dua watak utama lelaki yang berorientasi songsang, mencatat sejarah memulakan trend watak utama songsang sebagai standard baru.",
"Impak terbesar yang benar-benar menjadikan gerakan songsang sebagai budaya baru melibatkan peranan Hillary Clinton, ketika itu bergelar 'Wanita Pertama Amerika Syarikat' - isteri Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton. ",
"Bermula dalam tahun 1998 Clinton memainkan peranan besar sebagai aktivis gerakan songsang, bertanggungjawab menggunakan kedudukannya mendesak kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf kumpulan songsang dalam pelbagai aspek.",
"Kemuncaknya, pada tahun 2000 - Hillary Clinton menjadi pemimpin peringkat nasional pertama di Amerika Syarikat menyertai perarakan Pride yang membolehkan lebih besar penerimaan dilakukan.",
"Ombak perubahan yang sebelum itu hanya dirasai, mula bertukar menjadi tsunami ganas.",
"Mungkin sekarang ini anda meminati program bual bicara Ellen DeGeneres, kerana komedinya dan kemampuan beliau berbicara. ",
"Disebalik kemesraan dan keceriaan yang ditayang pada media, pengakuan DeGeneres dan reaksi terhadapnya dianggap detik terpenting mengubah cara media dan masyarakat Amerika Syarikat melihat golongan songsang, dalam perspektif berbeza.",
"Pengakuan DeGeneres memecahkan stigma media Amerika Syarikat mengangkat kesongsangan, kerana ramai rasa simpati melihat DeGeneres - seorang insan lemah menjadi mangsa serangan dan cemuhan hanya kerana dirinya berbeza. ",
"Golongan-golongan konservatif yang bertindak menekan beliau mula digambarkan sebagai kumpulan ekstrimis dek corak kritikan yang dikatakan keras serta menghina. ",
"Ingin kami ingatkan sekali lagi, kini 72% daripada rakyat Amerika Syarikat menyokong penerimaan kesongsangan disebabkan pengaruh media.",
"Seandainya kesongsangan adalah sesuatu yang masyarakat mereka inginkan berlaku, kami yakin apa saja bentuk eksport filem, drama dan karya lagu dari Amerika Syarikat akan memasukkan elemen sama jenis, luar tabii dan kesongsangan demi memenuhi permintaan.",
"Hati kecil kami sedikit sebanyak ada menyangkal statistik yang kami sendiri kongsikan, kerana kami banyak mengikuti tokoh dan individu berpengaruh dariAmerika Syarikat yang lantang menentang gejala negatif ini, tidak mahu kesongsangan menjadi antara tunjang identiti negara.",
"Mereka ini biasanya datang dari kumpulan Kristian Ortodoks dan Yahudi yang kuat berpegang kepada agama, melihat hubungan luar tabii sebagai sesuatu yang salah. Tetapi, media barat nampaknya ketika ini sudah dikuasai golongan pro-songsang.",
"Kita di Malaysia hanya negara kecil, marah-marah pun sebenarnya tak berguna. Politik, media dan masyarakat Amerika Syarikat majoritinya didakwa sudah menerima songsang sebagai norma, jadi elemen sebegitu pasti akan ada.",
"Seperti kata pengarah Quentin Tarantino dalam satu temuramah beliau, \"ketika ini di Hollywood kepentingan ideologi duduk lebih tinggi berbanding kualiti karya - dan perkara inilah yang mengakibatkan karya di Hollywood jadi semakin teruk.\"",
"Apa yang mampu kita buat, hanyalah memboikot dan berhenti menyokong produk keluaran mereka yang terkandung kuman-kuman perosak masyarakat. ",
"Sekiranya selama ini anda pelik kenapa Ellen DeGeneres konsisten menjadi antara individu paling berpengaruh di Hollywood, kami yakin artikel ini sudah menjawab persoalan anda."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-kemenangan-michelle-yeoh-tak-patut-diraikan-malaysia.html | Kenapa Kemenangan Michelle Yeoh Tak Patut Diraikan Malaysia? | [
"Bakat dan kesungguhan anak seni dari Perak, Tan Sri Michelle Yeoh - tidak boleh disangkal lagi. ",
"Anak kelahiran Ipoh ini sudah didedahkan dengan seni dan sastera sejak usia kecil telah melalui karier panjang, membawanya berhijrah ke United Kingdom bersama keluarga dan menamatkan pengajian dalam bidang seni kreatif di sana, sebelum menyertai pertandingan Miss World tahun 1983 sebagai wakil negara kita.",
"Penyertaan inilah yang membuka peluang kepada beliau berkenalan dengan legenda filem aksi Hong Kong, Jackie Chan. Kerjasama kedua-duanya mempopularkan nama Yeoh sebagai bintang filem aksi wanita terkenal dalam industri di sana.",
"Tahun demi tahun, nama beliau meniti di kalangan peminat filem, berpeluang membintangi filem-filem klasik seperti Crouching Tiger Hidden Dragon dan Memoirs of a Geisha; sebelum mencapai kemuncak kerjaya pada tahun 2023 selepas penampilan beliau dalam filem Everything Everywhere All At Once membolehkan beliau bergelar pelakon wanita terbaik anugerah Oscar.",
"Kemenangan ini menimbulkan perdebatan hangat di kalangan masyarakat bukan saja dunia bahkan di kebanyakan negara Asia, kerana tunjang kisah filem itu menyentuh topik kontroversi, iaitu isu gejala songsang. ",
"Jika anda belum berpeluang menonton filem Everything Everywhere All At Once (EEAAO), premis filem ini sebenarnya ringkas.",
"EEAAO sebuah filem yang lebih tepat dikategorikan sebagai sebuah filem komedi yang menggabungkan pelbagai sub-genre di dalamnya. Memang ada BERMACAM-MACAM GENRE dalam filem ini menjadikan filem ini agak unik kedudukannya.",
"Filem ini menceritakan tentang Evelyn (Michelle Yeoh), seorang pengusaha dobi bersama suaminya Waymond, membesarkan seorang anak perempuan bernama Joy hasil titik peluh mereka meniaga. ",
"Malangnya, Evelyn dan Waymond berdepan banyak masalah lain. Perniagaan mereka suram dan rumahtangga mereka sedang dalam proses perceraian.",
"Dalam masa yang sama, Evelyn dan Waymond yang tidak lagi sehaluan terpaksa berhadapan dengan Joy yang semakin dewasa serta mahu mencari haluan sendiri; meminati seorang wanita kulit putih bernama Becky.",
"Pilihan hidup Joy mengakibatkan berlakunya peningkatan konflik dalam diri Evelyn, memaksa dirinya berhadapan dengan bermacam situasi aneh selepas mengetahui rahsia sebenar suaminya.",
"Lelaki yang dikahwini beliau selama ini, bukanlah seorang yang dia sangka-sangka. Dari suaminya jugalah Evelyn menyedari diri dia juga bukanlah hanya sekadar seorang ibu, isteri dan wanita biasa - dia luar daripada biasa.",
"Apa yang menjadi asas penceritaan filem ini selain konflik di antara Evelyn dan Waymond, adalah sifat keibuan yang dimiliki Evelyn mahu melihat anaknya bahagia tetapi dalam masa yang sama sayang nilai budaya tradisional masyarakat Cina yang pasti menolak kemahuan anaknya.",
"Perjalanan filem ini berjalan rancak difokuskan kepada usaha Evelyn mahu memahami hati dan sanubari anaknya yang telah dewasa serta belajar menerima apa yang dahulunya tradisi dan pantang larang, harus boleh diubah dan dilentur mengikut peredaran masa.",
"Secara am, filem ini seolah menggambarkan orang Asia khususnya orang Cina harus belajar untuk keluar daripada stigma tradisi berkeluarga yang menghantui pemikiran mereka; perlu berani melakukan perubahan kepada institusi hubungan ibu, ayah dan anak yang telah dipegang sekian lama.",
"Mereka yang takut berubah, tidak akan jadi berani. Mereka yang tidak berani, kekal ditampuk sama menjalani rutin yang perlu dilakukan Evelyn setiap hari, menguruskan kedai dobi sehingga mengisi rasa benci dalam hati.",
"Berdasarkan kepada gambaran dan sinopsis di atas, pasti anda sudah boleh membayangkan tema utama yang ingin dipaparkan bukan? ",
"Selain kemenangan Yeoh, EEAAO juga dinobatkan sebagai filem terbaik anugerah Oscar tahun 2023, mencatat rekod sebagai filem pertama dengan watak wanita utama berorientasi seksualiti songsang memenangi anugerah tersebut. ",
"Apa yang ironi pada pandangan penulis, penggiat filem di Hollywood memilih untuk mengangkat sebuah filem pertama yang berlatarbelakangkan masyarakat Asia dengan watak utama berorientasi songsang, sebagai pemenang. ",
"Ini seakan-akan mengulangi kejayaan filem 'Moonlight', pemenang anugerah filem terbaik Oscar tahun 2016, menjadi pemenang pertama memaparkan watak lelaki kulit hitam songsang dalam persekitaran masyarakat kulit hitam. ",
"Seolah-olah Hollywood sengaja mahu menghantar mesej meraikan kesongsangan dalam budaya masyarakat yang berbeza, tidak hanya melibatkan golongan kulit putih semata-mata.",
"Jadi apabila media termasuklah media tempatan di Malaysia mengangkat kemenangan Michelle Yeoh sebagai 'kebanggaan Asia' - timbul satu persoalan besar pada diri penulis; di manakah nilai Asia-nya filem yang dilakonkan beliau?",
"Majoriti negara Asia bukan saja mengecam bahkan menghukum apa saja bentuk hubungan seksualiti songsang, termasuklah di negara kita. ",
"Hanya beberapa negara seperti Taiwan Filipina dan Thailand mempunyai dasar lebih terbuka, membolehkan pasangan sama jantina mempunyai hak sama rata atau secara separa jika kita bandingkan dengan pasangan normal.",
"Amat memalukan untuk membaca media tempatan kita, khususnya media berbahasa Inggeris yang mengangkat kemenangan Michelle Yeoh sebagai kemenangan untuk Malaysia dan Asia, tanpa mengambil kira faktor watak dan latar belakang mesej filem yang dimainkan beliau.",
"Oh ya, kenapa kami kata EEAAO menjadi pemenang anugerah filem pertama yang memaparkan watak wanita utama berseksualiti songsang? Ini kerana dalam filem itu....kami akan bocorkan penamat filem ini.....",
".....Watak yang dimainkan Michelle Yeoh iaitu Evelyn akhirnya menyedari dan mengakui dia sebenarnya pun menyukai seorang wanita kulit putih lain, sama seperti anaknya.",
"Sekiranya anda gemar mengkaji trend hiburan dan anda sensitif serta cakna tentang pengaruh elemen kesongsangan dalam media, pasti anda menyedari betapa kuatnya sokongan media barat terhadap apa saja bentuk penerbitan yang memaparkan elemen luar tabii ini.",
"Sejak dahulu, filem seperti My Own Private Idaho, Boys Dont Cry, Mysterious Skin dan Call Me By Your Name sedikit sebanyak berjaya memecahkan stigma peminat filem dalam meneliti hubungan songsang. Filem Brokeback Mountain pula menjadi filem paling berprofil tinggi berani memaparkannya tanpa lagi segan silu.",
"Siri drama TV popular seperti Will and Grace, Orange Is the New Black, Buffy the Vampire Slayer, Glee, Brooklyn Nine-Nine dan Black Mirror pula bertanggungjawab mempopularkan elemen songsang secara sisipan untuk tatapan harian kita. ",
"Apa yang aneh dan sangat konsisten berlaku, mana-mana filem atau siri drama yang berani membawakan elemen songsang akan diberikan liputan menyeluruh oleh media serta mendapat ulasan yang sangat baik. ",
"Situasi sekarang berbeza jika dibandingkan dengan satu atau dua dekad terdahulu, di mana paparan adegan songsang masih dilihat sebagai sesuatu yang perlu ditutupi.",
"Kini produser-produser baik di Hollywood, Hong Kong atau Eropah sudah semakin selesa memasukkan unsur sebegini untuk dijadikan watak utama dalam filem atau drama perdana.",
"Semua kritikan menentang penataan elemen songsang, biasanya dijawab dengan satu jawapan universal oleh media- ",
"Mesejnya jelas mahu mengajak kita berhenti melihat kesongsangan sebagai sesuatu yang berbeza, sebaliknya mahu kita menerimanya sebagai sesuatu yang berlaku secara semulajadi.",
"Kemenangan besar EEAAO dalam anugerah Oscar pasti akan mengundang lebih ramai penonton akan cuba menyaksikan apa yang 'bestnya' tentang filem tersebut. Jika anda akan menontonnya, tontonlah dengan berhati-hati.",
"Impak hasil kemenangan Michelle Yeoh dan filem ini sudah dapat kita lihat sekarang. ",
"Pihak berpaksikan gerakan liberal telah mula bangkit mempersoalkan kenapa pemimpin yang menentang gerakan songsang di Malaysia, meraikan pula kemenangan Michelle Yeoh secara terbuka. Tindakan sebegitu dilabelkan ibarat hipokrit. ",
"Penggiat filem yang beraliran serupa sudah bersuara menggesa kerajaan kita meminda akta penapisan negara, membenarkan lebih kebebasan dalam berkarya dek inspirasi yang hadir daripada kemenangan anak jati Malaysia ini.",
"Kemenangan Yeoh dilihat sebagai bukti kukuh dasar penerbitan berteraskan budaya dan norma masyarakat kita dalam membentuk karya dan penerbitan, hanyalah satu kekangan yang membantutkan kreativiti anak muda mencipta karya lebih bertaraf antarabangsa. ",
"Kejayaan Yeoh dikatakan bermula kerana dia berjaya keluar daripada kekangan budaya kita. Hasilnya hari ini dia bergelar terbaik di dunia. Jika dia kekal di Malaysia yang didakwa lebih gemar bergelut dengan isu agama, nilai tradisi masyarakat dan budaya, di mana agaknya pencapaian beliau?",
"Penulis berpandangan pendapat sebegini walaupun ada benarnya khususnya dalam bab mengekang kreativiti, adalah satu kekangan yang perlu diwujudkan. Memang sukar untuk berkarya apabila ada banyak 'ini tak boleh, itu tak boleh' yang menjadi lumrah penerbitan di negara kita.",
"Tetapi kita tidak boleh meninggalkan elemen serta nilai asal masyarakat kita. ",
"Bersetuju untuk melakonkan watak yang menerima kesongsangan seksualiti, bukanlah satu tindakan yang sepatutnya kita terima berlaku dalam masyarakat kita, semalam, hari ini, esok dan selamanya.",
"Adakah kemenangan Michelle Yeoh ini kemenangan untuk Malaysia dan Asia? Tidak. Yang menang hanyalah kuasa liberal barat yang mahu menyemarakkan agenda keterbukaan dan propaganda kesamarataan mereka.",
"Meraikan kemenangan ini seolah mengagungkan penerbitan isi kandungan yang menjulang perbuatan luar tabii manusia. ",
"Malang bagi kita kini satu dunia dah tahu, Malaysia mampu berbangga ada anak kelahiran mereka menang anugerah kerana memainkan watak yang merobohkan rumahtangga, demi kesongsangan diri sendiri."
] |
https://iluminasi.com/bm/nauru-syurga-dunia-yang-akhirnya-bertukar-neraka.html | Sejarah Gelap Kerajaan Nauru Yang Terlalu Manjakan Rakyatnya | [
"Bila isu berkait kebajikan orang ramai dipetik, muncullah hujah tentang keperluan kerajaan Malaysia mewujudkan dasar mengutamakan rakyat dengan pelbagai jenis bantuan agar kelangsungan hidup kita terjaga.",
"Seandainya idea sebegitu difikirkan tergopoh-gapah, pasti mudah untuk anda bersetuju dengan pandangan sedemikian, kerana kita sebagai sebuah masyarakat cenderung melihat bantuan mencurah-curah sebagai sesuatu yang positif. ",
"Tetapi tahukah anda dalam sejarah dunia, pernah ada negara di mana kerajaannya mampu memperkenalkan dasar sehinggakan rakyatnya langsung tidak perlu bekerja?",
" Inilah sejarah negara kepulauan Nauru, di mana rakyatnya pernah hidup bahagia tetapi akibat kebahagiaan itu jugalah menjadi punca mereka sedang menderita.",
"Ekoran daripada penjajahan inilah, sebuah syarikat bernama Pacific Phosphate Company memulakan aktiviti perlombongan fosforus untuk mendapatkan galian fosfat, dimulakan secara besar-besaran di sana dengan persetujuan kerajaan Jerman.",
"Perjanjian perlombongan galian ini dimeterai pada tahun 1906 dan eksport pertama fosfat berjaya dilakukan pada tahun 1907 dari Nauru. Bagaimanapun selepas perang dunia pertama Nauru diambil alih tentera di bawah kerajaan British, yang berpusat di Australia.",
"Pentadbiran baru yang bermula pada tahun 1914 mencapai kata sepakat di antara tiga kuasa tadbir iaitu United Kingdom, Australia dan New Zealand, merasmikan Suruhanjaya Fosfat British atau British Phospate Commission (BPC) bagi menyelia dan meneruskan pengeluaran fosfat di Kepulauan Nauru.",
"Beberapa dekad kemudian semasa tercetusnya perang dunia ke 2, Jerman bekerjasama dengan sekutu mereka Jepun bertindak menyerang Nauru; membolehkan Jepun mengambil alih pentadbiran pulau itu pada tahun 1942.",
"Pendudukan Jepun di sana bagaimanapun hanya kekal sehingga tahun 1945 selepas tentera Jepun menyerah kalah, diserang batalion laut Australia - meletakkan Nauru di bawah pentadbiran Australia dengan sokongan United Kingdom dan New Zealand.",
"Rancangan Australia yang mahu meletakkan pentadbiran pulau itu sebagai badan kekal di bawah mereka memulakan desakan penentangan penduduk tempatan, membawa kepada gerakan menuntut kemerdekaan. ",
"Pada tahun 1966, hasil desakan kuat - pemimpin Nauru dibenarkan menubuhkan kerajaan diwakili orang tempatan di bawah naungan Australia. ",
"Kemudiannya pada tahun 1967, seiring dengan perkembangan tuntutan kemerdekaan Nauru, semua aset milik BPC dijual kepada badan milik orang tempatan; membolehkan orang Nauru mengawal sendiri aktiviti perlombongan di tanah air mereka. ",
"Nauru diisytiharkan merdeka pada 31 Januari 1968, memberikan kuasa mutlak pentadbiran kepada kerajaan berbentuk republik, menentukan hala tuju negara baru tersebut.",
"Berikutan fasiliti perlombongan yang tersedia dibina, pemimpin Nauru meneruskan aktiviti perlombongan, mendapatkan fosfat yang ada serta membuka lombong-lombong baru.",
"Aktiviti perlombongan pesat ini berjaya menaikkan status Nauru sebagai kuasa ekonomi dunia, disebabkan harga fosfat pada dekad 1970-an dan 80-an yang tinggi disokong permintaan hangat.",
"Mempunyai jumlah populasi yang sikit, ketika itu dianggarkan hanya sekitar 4,500 orang - sumber fosfat yang dieksport menjana kira-kira RM550 juta pendapatan negara secara tahunan, cukup untuk memberikan setiap penduduk mereka pulangan RM120 ribu setahun. ",
"Ekoran daripada pendapatan melimpah ruah melebihi keperluan penduduk; kerajaan Nauru mula memperkenalkan perubahan ke atas dasar kerajaan yang berpandukan kepada kadar pendapatan tinggi ini, agar setiap orang dapat merasai nikmatnya.",
"Perkara pertama yang diumumkan Presiden Nauru, Hammer DeRoburt dalam berkongsi kelebihan ekonomi adalah pemansuhan sebarang bentuk cukai di Nauru - kerana menurut beliau 'cukai tidak sesuai dengan corak hidup masyarakat Nauru.'",
"Pemilik tanah di Nauru yang memajakkan tanah mereka untuk pembukaan lombong mula menerima bayaran royalti lebih tinggi hasil aktiviti perlombongan, cukup untuk dijadikan gaji bulanan mereka. Senang lenang goyang kaki, royalti masuk.",
"Bagi membantu penduduk yang dalam kategori bukan pemilik tanah, kerajaan Nauru menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji minima RM19,250 setahun, cukup untuk mereka hidup sederhana.",
"Kekayaan melimpah membantu kerajaan Nauru memperkenalkan dasar kebajikan 100%, di mana majoriti keperluan asas penduduk ditanggung kerajaan. Perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, pendidikan, pengangkutan awam serta langganan akhbar, semuanya ditanggung melalui hasil keuntungan eksport fosfat.",
"Sewa rumah di Nauru hanya diletakkan pada kadar RM21.80 sebulan dengan perkhidmatan telefon dan elektrik pula dicaj pada kadar minima sahaja bagi semua kediaman.",
"Mana-mana pelajar di Nauru yang layak menyambung pengajian peringkat tertiari dihantar ke Australia secara biasiswa penuh. Mana-mana pesakit yang gagal dirawat di Nauru, akan diterbangkan ke Australia secara percuma bagi mendapatkan rawatan.",
"Oleh kerana kesenangan yang hadir ini, warga Nauru mula enggan kembali bekerja di lombong-lombong seperti ketika era penjajahan. Pekerja lombong mula dibawa masuk beramai-ramai dari negara jiran seperti Kiribati dan Tuvalu serta negara luar seperti Hong Kong dan Filipina.",
"Untuk menguruskan kesemua sektor, tenaga pakar dari Australia dan New Zealand diimport masuk bagi menjawat jawatan pengurus, juruteknik, guru dan pegawai dalam bermacam bidang.",
"Bagi orang tempatan Nauru - mereka tidak nampak ada keperluan untuk mereka bekerja kerana semuanya sudah tersedia untuk dinikmati. Mereka boleh bersenang-lenang sahaja menikmati hidup secara santai. ",
"Sepanjang dekad 70-an, aktiviti perlombongan fosfat di Nauru kekal rancak berjalan dek permintaan tinggi, disokong harga satu tan fosfat yang pada ketika itu bernilai RM305. ",
"Jumlah ini memberikan pendapatan per kapita Nauru pada tahap RM220,000, layak duduk di kedudukan kedua tertinggi dunia selepas Arab Saudi.",
"Bagaimanapun corak hidup ini ada kelemahannya. Bila aspek kebajikan orang ramai sudah terlalu terjaga sehingga masyarakat hidup manja, corak hidup mereka juga berubah. ",
"Terpengaruh dengan budaya hidup yang dibawa oleh masyarakat Australia yang hadir di sana, corak baru diet dan pemakanan orang Nauru mengakibatkan kadar diabetis di kalangan masyarakat mereka meningkat sehingga 40% daripada jumlah populasi.",
"Masalah ketagihan alkohol menyumbang kepada peningkatan kes kegagalan organ. Kemalangan jalan raya juga menjadi-jadi walaupun hanya ada 18 km jalan raya di pulau tersebut, akibat pemandu yang mabuk.",
"Masyarakat Nauru sudah terlalu selesa hidup dalam penuh nikmat. Mereka seolah terlupa tentang amaran-amaran yang telah diberitakan sebelum itu.",
"Tahap kerosakan persekitaran yang berlaku akibat aktiviti perlombongan mula dirasai, dengan banyak kawasan tanah mereka sudah tidak lagi sesuai untuk diguna dalam apa saja bentuk. Amaran berkenaan penyusutan bekalan fosfat yang sudah disuarakan sejak penghujung dekad 1960-an, gagal menjadi peringatan kepada mereka.",
"Sekitar awal dekad 1990-an, kemewahan Nauru mula berkurangan. Kerajaan Nauru yang sebelum itu tidak takut berbelanja untuk kebajikan orang ramai, mula terkesan. Akibat berkurangnya sumber fosfat, kerajaan Nauru gagal untuk membayar gaji penjawat awam buat kali pertama.",
"Usaha untuk mengeksport bahan fosfat yang telah diproses juga berdepan kesukaran, kerana Nauru tidak cukup wang untuk membayar pengusaha kapal yang akan menghantar eksport utama mereka ke luar.",
"Dalam tempoh dari tahun 2001 sehingga 2004, gaya hidup mewah Nauru mula ditarik satu per satu. Hubungan telekomunikasi berasaskan satelit mereka terpaksa ditutup kerana kegagalan melangsaikan bayaran. Penjawat awam terpaksa meraikan Krismas tanpa gaji.",
"Kemuncaknya, kediaman rasmi Presiden Nauru yang dinamakan sebagai Rumah Nauru ditarik balik kerana kegagalan Nauru menjelaskan hutang negara mereka.",
"Apa yang berlaku ke atas negara kepulauan Nauru membuktikan satu perkara penting:",
"Apatah lagi sekiranya kekayaan yang dirasai berlandaskan kepada hasil bumi yang ada hadnya. Bagi Nauru, fosfat. Bagi kita di Malaysia, petroliam banyak menangani beban kewangan kita.",
"Selepas tamat zaman kemewahan Nauru serta ternoktahnya aktiviti perlombongan fosfat di sana dalam tahun 2006, kini Nauru sedang cuba bangkit semula sebagai sebuah negara,",
"Namun mereka sangat bergantung dengan Australia sebagai rakan ekonomi utama. Sejak tahun 2003 kerajaan Australia telah menyalurkan bantuan jutaan ringgit bagi menampung ekonomi Nauru, tetapi berapa lama bantuan sedemikian mampu bertahan?",
" Mengambil kesempatan ke atas kejatuhan ekonomi Nauru, Australia menawarkan satu bentuk bantuan unik pada tahun 2001.",
"Kerajaan Australia menggesa agar Nauru membenarkan Australia membuka kem penempatan pelarian di Nauru; sekiranya persetujuan dicapai, Nauru akan menerima pampasan tahunan. Pusat Pemprosesan Wilayah Nauru dibuka pada tahun 2001 dikendalikan kerajaan Nauru bagi menempatkan tahanan Australia.",
"Pusat ini pernah dibuka dan ditutup beberapa kali ekoran perubahan dasar kerajaan Australia dalam tempoh 2 dekad kebelakangan ini. Kini status pusat tahanan ini telah kembali beroperasi, selepas dibuka semula pada bulan September tahun 2022.",
"Menurut laporan tahun 2021 dan 2022, bayaran yang dikeluarkan oleh Australia kepada Nauru cukup lumayan; dianggarkan mampu mencecah RM1.5 juta seorang untuk setahun kerana pusat tahanan itu hanya perlu menempatkan di antara 1,000 ke 1,500 orang dalam satu-satu masa.",
"Jika dikira secara purata sejak penubuhannya, rakyat Australia telah membelanjakan RM67 ribu sehari bagi menahan dan menyelia seorang pendatang Australia yang ditahan di Nauru. ",
"Walaupun angkanya besar seakan menggambarkan kehidupan di sana mewah, pendatang yang hadir terpaksa menetap di sana ramai mendakwa mereka gagal mendapatkan kemudahan asas yang baik serta hidup dalam keadaan melarat. ",
"Kegagalan Nauru untuk memperbaiki kualiti hidup tahanan Australia di sana sering menimbulkan kritikan pemerhati dan aktivis hak asasi manusia. ",
"Tetapi bagi pemimpin Nauru dan Australia, besar kemungkinan mereka tidak peduli dengan kritikan - kerana kedua-duanya tampak selesa meneruskan perjanjian ini walaupun banyak pihak termasuklah orang ramai Nauru dan Australia sendiri menidakkan keperluan pusat tahanan itu untuk terus beroperasi. ",
"Begitulah kisahnya bagaimana Nauru pernah bergelar negara terkaya dunia, tetapi akhirnya terpaksa meminjamkan tanah sendiri untuk menempatkan tahanan negara lain - hanya kerana mereka alpa dengan nikmat dunia yang sementara."
] |
https://iluminasi.com/bm/mengapakah-banyak-logo-popular-menggunakan-warna-merah.html | Kenapa Banyak Jenama Popular Guna Logo Warna Merah? | [
"Tengok sahaja daripada gambar koleksi logo popular di atas, mesti kita akan perasan terdapat 1 persamaan ketara antara kesemua logo popular tersebut. Warna merah yang digunakan!",
"Terdapat sebab anda tidak boleh menolak daripada melihat logo McDonald atau logo Coca Cola yang begitu menonjol. Apakah terdapat rahsia bagaimana logo kedua jenama besar ini begitu mudah menarik perhatian orang ramai yang melihatnya daripada jauh?",
"Mereka berkongsi warna yang sama: merah. Itu bukan secara kebetulan. Menurut firma pemasaran digital WebpageFX, rang ramai hanya membuat pertimbangan dalam masa seminit setengah selepas melihat seseorang atau objek.",
" Dan sebanyak 90 peratus daripada kesan itu adalah berdasarkan warna sahaja. Setiap jenama menggunakan warna tertentu dalam logo atau iklan mereka untuk membangkitkan emosi dan perasaan yang menggalakkan orang ramai membeli, kata Emily Carter, penganalisis pemasaran web untuk WebpageFX.",
"Mengapakah warna merah menjadi pilihan logo-logo jenama popular ini? Ya, terdapat sebab saintifik mengapa anda tidak dapat \"mengelak\" daripada melihat logo berwarna merah terang yang anda lihat di mana-mana. ",
"Warna merah dikaitkan dengan peningkatan kadar denyutan jantung dan ia digunakan untuk mewujudkan rasa mendesak. Inilah sebabnya anda sering melihat tanda merah untuk jualan penghabisan stok yang menawarkan harga yang lebih murah. ",
"Dari aspek saintifik pula, reseptor cahaya di mata manusia sebenarnya sangat sensitif kepada cahaya gelombang panjang, yang kita lihat sebagai merah. Terdapat insentif untuk membuat logo merah kerana merah adalah warna yang paling ketara antara kesemua warna yang ada.",
"Perkara ini diterangkan oleh Bevil Conway, ahli sains saraf dengan National Eye Institute. Beliau dan penyelidik lain telah mengkaji bagaimana warna diterjemahkan merentas bahasa. Daripada semua warna, di seluruh dunia, dalam semua bahasa dunia, penggunaan warna merah lebih efisien untuk tujuan komunikasi.",
"Warna boleh dikaitkan dengan kedua-dua emosi positif dan negatif, yang menggambarkan cara syarikat menggunakannya. Merah mungkin kelihatan seperti mesej \"marah\" dan agresif pada tanda berhenti, atau ia boleh menandakan cinta dan kasih sayang pada log hati. Tetapi ia sentiasa menonjol.",
"Mengapa begitu banyak restoran rantaian makanan segera menggunakan warna merah?",
"Selain daripada hanya menarik perhatian kita, warna merah merangsang selera makan dan membuatkan anda rasa kelaparan. Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi warna merah akan membuatkan anda ingin makan.",
"Warna merah dikatakan merangsang selera makan, dan ia digunakan oleh beberapa jenama restoran, makanan dan minuman seperti McDonald's, Coca-Cola, dan Kellogg's. Malah logo 7-Eleven juga turut mempunyai percikan warna merah.",
"Merah biasanya digandingkan dengan kuning dalam logo syarikat makanan segera untuk menambah rasa gembira dan selesa. Sesetengah profesional pemasaran telah melabelkan kejayaan pasangan merah dan kuning yang menarik sebagai \"Teori Sos tomato dan Mustard.\" Melalui gabungan warna-warna terang ini, kita secara tidak sedar memikirkan tentang makan.",
"Anda mungkin berfikir bahawa tidak semua logo makanan segera berwarna merah dan kuning. Logo Starbucks, sebagai contoh. Jenama yang biasanya cuba mengiklankan diri mereka sebagai \"sihat\" dan \"mesra alam\" menggunakan ton Bumi seperti hijau.",
"Warna hijau mewujudkan perasaan santai dan alam semula jadi. Inilah sebabnya mengapa ia begitu popular di kalangan syarikat organik seperti Whole Foods, Morning Star dan Tropicana.",
"Anda jarang akan melihat penggunaan warna biru pada label makanan, kerana biru terbukti dapat \"menyekat\" selera makan. Biru ialah warna berkaitan produktiviti dan digunakan untuk mewujudkan rasa percaya pada jenama. Ini berlaku untuk logo seperti Ford, American Express dan Chase.",
"Mana-mana logo yang menggunakan merah jambu berkemungkinan menyasarkan wanita, kerana merah jambu paling berkait rapat dengan sifat feminin. Orang ramai melihat merah jambu sebagai warna \"manis\", itulah sebabnya anda mungkin melihat merah jambu pada logo pencuci mulut. ",
"Terdapat kemeriahan kepada merah jambu yang memberikan imej bahawa jenama itu \"seronok\", seperti yang digunakan oleh Dunkin' Donuts, Barbie, Victoria's Secret dan Baskin Robbins.",
"Sebaliknya, warna seperti hitam dan ungu cenderung untuk menyampaikan mesej yang lebih serius, elegan dan mewah. Logo yang menggunakan warna ini mahu orang ramai tahu bahawa mereka mempunyai reputasi. Menggunakan warna-warna terang tidak akan menyampaikan eksklusiviti yang diharapkan oleh jenama ini."
] |
https://iluminasi.com/bm/supergps-alternatif-gps-dengan-ketepatan-lebih-padu.html | SuperGPS, Alternatif GPS Dengan Ketepatan Lebih Padu | [
"Ramai di antara kita bergantung pada GPS (Sistem Penentududukan Global) untuk menganggarkan masa perjalanan, mencari jalan ke tempat baharu, mengelakkan kesesakan lalu lintas, menjejaki anak-anak dan secara amnya mengelak daripada tersesat. ",
"Bagi yang biasa menggunakan aplikasi Google Maps untuk menavigasi ke sesuatu destinasi, GPS adalah \"teknologi\" di sebalik aplikasi. Menariknya, teknologi GPS boleh digunakan secara percuma. Selain GPS, terdapat 5 alternatif lain untuk GPS antaranya GLONASS, Galileo, BeiDou dll.",
"GPS telah menjadi teknologi penting selama beberapa dekad, tetapi ia mempunyai hadnya, terutamanya di kawasan bandar yang mana isyarat boleh menjadi tidak tepat kerana kewujudan banyak bangunan tinggi.",
"Satelit GPS menghantar signal kepada peranti penerima yang berkomunikasi dengan beberapa satelit sekaligus dan mengira kedudukannya sendiri dalam ruang 3D berdasarkan padanya, dengan ketepatan yang berpotensi sekecil beberapa sentimeter.",
"Tetapi itu dalam keadaan yang ideal, dan sudah tentu itu bukan cara dunia sebenar biasanya berfungsi. Bangunan dan halangan lain antara penerima dan satelit boleh mengganggu isyarat dan meluaskan ralat bacaan lokasi kepada beberapa meter.",
"Memandangkan data lokasi menjadi lebih kritikal untuk teknologi masa depan seperti kenderaan autonomi pandu-sendiri, mencari cara untuk meningkatkan ketepatan lokasi adalah semakin penting.",
"Bayangkan anda menaiki kenderaan autonomi pandu sendiri namun lokasi yang digunakan oleh penerima signal GPS kenderaan tersebut kurang tepat, apakah yang akan terjadi? Sudah tentulah kemalangan boleh terjadi.",
"Maka, terdapat banyak permintaan untuk membangunkan satu sistem yang boleh memberikan kedudukan sesuatu lokasi dengan lebih tepat, dengan ralat hanya beberapa inci sahaja.",
"Rangkaian navigasi GPS yang dibangunkan Amerika dan Galileo milik Eropah bergantung pada sistem satelit, yang selalunya disekat atau dipantulkan isyaratnya melalui proses yang dikenali sebagai \"perambatan berbilang laluan\" (multipath propagation).",
"Oleh itu, sekumpulan penyelidik dari Belanda di Universiti Teknologi Delft dan Vrije Universiteit Amsterdam telah membangunkan sistem alternatif yang berfungsi pada prinsip yang sama seperti GPS berasaskan satelit, tetapi berlaku sepenuhnya di atas tanah, menggunakan rangkaian telekomunikasi sedia ada.",
"Dikenali sebagai \"SuperGPS\", teknologi ini didakwa lebih tepat dengan ralat jarakk hanya dalam lingkungan 10 sentimeter (atau 3.9 inci) dan tidak bergantung pada sistem satelit navigasi. Pendekatan baharu menggunakan rangkaian yang serupa dengan rangkaian telefon mudah alih, tetapi bukannya menstrim data ke telefon tetapi mendapat pembetulan lokasi yang tepat pada peranti.",
"\"Satelit\" dalam kes ini ialah pemancar radio wayarless yang merentangi kawasan bandar. Daripada masing-masing mempunyai jam atom sendiri untuk mengekalkan masa, mereka semua dipautkan kepada satu jam atom melalui kabel gentian optik, yang memastikan ia sentiasa disegerakkan. ",
"Kemudian ia berfungsi dengan cara yang sama seperti GPS konvensional, dengan peranti penerima menghantar kedudukannya dengan berkomunikasi dengan beberapa nod radio dan mengira masa yang diperlukan untuk isyarat melantun antara setiap satu.",
"Gabungan pemancar radio dan rangkaian gentian optik membentuk asas sistem, dengan beberapa perubahan pintar yang dilakukan. Dengan beberapa inovasi canggih, rangkaian telekomunikasi boleh diubah menjadi sistem penentududukan alternatif yang sangat tepat yang bebas daripada GPS.",
"Salah satu objektif utama projek ini ialah kereta pandu sendiri, penguatkuasaan undang-undang dan pengguna aplikasi navigasi tidak perlu bergantung pada isyarat radio satelit yang ada kalanya tidak boleh dipercayai. Sistem penentududukan global semasa kerap bergelut dengan masalah penerimaan satelit semula jadi, terutamanya dalam kawasan bandar yang padat dengan bangunan tinggi.",
"Pasukan penyelidik ini mengatakan bahawa SuperGPS mengelakkan masalah bangunan yang memantulkan isyarat radio dengan menggunakan lebar jalur \"maya\" besar yang terdiri daripada beberapa bahagian lebar jalur yang lebih kecil. Ini menghasilkan isyarat yang serupa dengan yang digunakan oleh telefon bimbit, sambil membenarkan mereka mengabaikan gangguan daripada bangunan dan objek lain.",
"Dalam ujian prototaip sistem wayarless optik hibrid, pasukan penyelidik berkata SuperGPS dapat menjejak peranti dalam beberapa puluh sentimeter dalam persekitaran yang sibuk.",
"Sistem jenis ini tidak akan menggantikan GPS secara sepenuhnya, tetapi boleh berfungsi dengannya untuk penjejakan yang lebih tepat di kawasan bandar atau menyediakan sistem sandaran sekiranya berlaku gangguan. Pada masa ini, teknologi penjejakan tepat dicapai di kawasan bandar menggunakan Wi-Fi.",
"Selain kenderaan pandu sendiri, sistem SuperGPS ini boleh berguna dalam merancang rangkaian komunikasi kuantum dan rangkaian generasi akan datang untuk peranti mudah alih, menurut penyelidik yang membangunkannya."
] |
https://iluminasi.com/bm/apa-faedah-bencana-alam-pada-bumi-dan-manusia.html | Apa Faedah Bencana Alam Pada Bumi dan Manusia? | [
"Kejadian bencana alam semulajadi berlaku di seluruh dunia, pastilah turut melibatkan kita di Malaysia. Bagaimanapun dek kedudukan kita yang terlindung, kita agak bernasib baik berbanding jiran-jiran kita. ",
"Negara seperti Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat pula terkenal sebagai negara yang saban tahun berdepan bencana alam yang bukan saja mengakibatkan kerosakan harta benda, lebih malang meragut hingga ribuan nyawa.",
"Sesuatu bencana secara automatiknya akan kita lihat dalam konteks negatif, kan? Sebut bencana saja, yang buruk saja terbayang di mata. Realitinya, walaupun kita berdepan kejadian buruk akibat bencana semulajadi, banyak aspek tertentu yang bertambah baik ekoran kejadian-kejadian ini.",
"Berikut adalah lima faedah berlakunya lima jenis bencana alam kepada kita, yang jarang kita bincangkan manfaatnya.",
"Dalam kajian sains, banjir membawa bersama banyak kelebihan bersama airnya.",
"Banjir memainkan peranan menaikkan semula kadar air di kawasan-kawasan yang sebelum ini terjejas akibat proses perbandaran atau gangguan kepada alam.",
"Bagi sektor pertanian, banjir juga mengakibatkan peningkatan khasiat pada tanah, menyebabkan tanah yang ditenggelami menjadi semakin subur seterusnya menggalakkan proses pertumbuhan berlaku apabila manusia bercucuk tanam, dengan lebih baik.",
"Banjir juga berupaya memindahkan habitat makhluk seperti ikan, haiwan lain atau serangga. membolehkan habitat baru dibentuk ke dalam ekosistem berbeza. ",
"Di kawasan di mana airnya tidak surut-surut selepas banjir, masyarakat yang tinggal disekitarnya dapat memanfaatkan kawasan perairan baru ini untuk tujuan baru, seperti bercucuk tanam atau dijadikan sumber makanan melalui aktiviti perikanan.",
"Gempa bumi merupakan tragedi semulajadi yang menakutkan namun kesan positif gempa bumi kepada bumi sendiri terlalu besar, sehinggakan layak untuk kita katakan gegaran gempa bumi adalah proses bumi memelihara kesejahteraan dirinya.",
"Pelbagai bentuk muka bumi yang dapat kita lihat sekarang meliputi bukit, gunung dan tanah tinggi - semuanya terbentuk daripada pergerakan tanah apabila gempa bumi berlaku, menukar bentuknya mengikut kekuatan gegaran yang terhasil.",
"Sebab itulah gerakan yang menghasilkan gempa bumi digelarkan sebagai plat tektonik atau 'plat pembina' dalam lapangan sains, kerana perubahan yang berlaku pada tanah bukan saja mengubah bentuk muka bumi, bahkan bertanggungjawab mengitar semula kerak bumi lama digantikan dengan lapisan baru dari dalam tanah.",
"Bahan-bahan mineral dan galian yang kita gunakan dalam kehidupan seharian, seperti emas, petroliam dan sebagainya juga terkumpul semasa berlakunya gegaran, memudahkan usaha manusia menemui dan mendapatkannya.",
"Bagi sesetengah kawasan, bencana gunung berapi merupakan risiko yang perlu dihadapi setiap hari. ",
"Walaupun demikian, masih banyak keluarga enggan berpindah ke kawasan lain, tegar menetap di kawasan-kawasan berisiko disebabkan faedah yang telah mereka rasai menetap di kawasan berdekatan gunung berapi. ",
"Aktiviti gunung berapi menyediakan lapangan tanah yang cukup subur di kawasan sekelilingnya, membolehkan produktiviti tinggi dalam bidang pertanian dijalankan.",
"Setiap kali berlakunya letusan walaupun letusan kecil sekalipun, sisa letusan gunung berapi kaya dengan bahan magnesium dan potassium yang membantu menyuburkan tanah. Abu yang terhasil juga merupakan baja semulajadi yang berkesan mempertingkatkan tumbesaran tanaman.",
"Letusan gunung berapi juga memainkan peranan membentuk kawasan tanah baru, seperti yang telah berlaku terbaru di tengah Lautan Pasifik pada bulan September 2022.",
"Letusan itu membentuk sebuah pulau berkeluasan 1 ekar sebelum pertambahan aliran lahar yang mengalir, mengakibatkan saiznya membesar sehingga 6 ekar.",
"Kita di Malaysia pasti masih mengingati tragedi tsunami besar yang melanda negara kita serta banyak lagi negara jiran kita dalam tahun 2004.",
"Melihat kerosakan yang berlaku, pasti sukar untuk kita memikirkan - apakah kebaikan utama berlakunya tsunami? Tsunami berkait dengan kejadian gempa bumi, jadi kedua-duanya mempunyai fungsi yang berhubung antara satu sama lain.",
"Jika gempa bumi membentuk permukaan bumi, tsunami adalah mekanisme yang mengangkut dan membawa nurtien, khasiat dan organisme dari laut ke permukaan bumi yang menyuburkan ekosistem alam serta memperkenalkan organisme baru ke dalam kehidupan kita.",
"Gelombang tsunami membawa bermacam-macam jenis mineral bersamanya, juga memupuk pembukaan habitat makhluk serta memperbanyakkan lagi kawasan hutan yang baru melalui biji benih yang diangkutnya.",
"Seperti gunung berapi, tsunami juga mempunyai kebolehan membentuk kawasan tanah baru melalui pasir yang dibawa bersamanya atau boleh juga mengubah bentuk muka bumi, daripada satu bentuk kepada satu bentuk berbeza.",
"Berada dalam situasi ribut taufan merupakan pengalaman menakutkan bagi sesiapa saja. ",
"Angin kencang serta hujan lebat yang hadir sudah cukup untuk menyedarkan kita betapa kecilnya kudrat kita manusia, jika dibandingkan dengan kemampuan bencana alam. Di sebalik ribut yang hadir, pasti ada manfaatnya bukan? Memang ada. ",
"Ribut taufan adalah mekanisme utama bumi menyeimbangkan penyebaran haba ke seluruh permukaannya, disebabkan putaran bumi yang sedikit condong orientasinya.",
"Di tengah-tengah garisan ekuator bumi, akan berlaku pemusatan radiasi solar yang diterima dari matahari; dilabelkan sebagai proses insolasi. Proses ini memainkan peranan meningkatkan suhu permukaan air di lautan yang membolehkan proses penyejatan dan kitaran air berjalan. ",
"Haba yang terhasil daripada proses ini dinamakan sebagai haba ekuator, memerlukan mekanisme untuk menggerakkannya agar tebaran haba ini disebar secara seimbang dan tidak hanya tertumpu di sepanjang garis ekuator.",
"Bagi menyebarkan tenaga ini, pergerakan tenaga radiasi akan mula bertindak balas dengan permukaan bumi dan air, menghasilkan awan-awan ribut yang terkumpul di garisan ekuator.",
"Hujan yang dibawa oleh ribut ini berupaya meningkatkan kembali taburan hujan di kawasann yang semakin kering apabila wujud perbezaan tekanan udara. Ribut yang hadir turut sama mengangkut bahan seperti tanah dan nutrien, memulihkan kembali tanah-tanah tandus. ",
"Sama seperti empat bencana di atas, ribut taufan juga membawa bersamanya benih dan makhluk-makhluk mikro, menggalakkan pembukaan kawasan habitat baru serta menambahkan kembali kawasan hutan di kawasan yang memerlukannya."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-lagu-klasik-malaysia-yang-dah-tak-relevan-mesejnya.html | 5 Lagu Popular Melayu Yang Dah Tak Relevan Mesejnya | [
"Karya lagu merupakan hasil seni ciptaan manusia yang mampu berusia panjang, khususnya karya yang dinobatkan lagu klasik.",
"Bagaimanapun, bukan semua lagu klasik menyimpan mesej yang kekal relevan seiring perubahan zaman. Majoriti lagu klasik bermesej universal seperti cinta dan perasaan mempunyai isi yang boleh diwarisi generasi ke generasi.",
"Ada juga lagu klasik terkandung di dalamnya mesej yang digarap berdasarkan era penerbitannya, membuatkan lagu-lagu sebegini agak janggal didengar, jika kita benar-benar cuba menghadam isi kandungannya.",
"Berikut 5 lagu klasik Malaysia yang tetap diminati, tetapi sukar dihayati kerana perubahan masyarakat kita.",
"Dalam zaman di mana bekas menteri mampu bertukar karier menjadi seorang DJ radio, kami andaikan sukar untuk generasi muda yang tak mengalami era di mana radio menjadi saluran media utama, mampu membayangkan mesej sebenar susah payah yang diceritakan lagu kumpulan Headwind ini.",
"Artis dan DJ yang popular era sekarang juga mendapat pendedahan yang sangat meluas, bukan saja dalam media massa bahkan kita mampu berkomunikasi dengan mereka secara terus menerusi media sosial.",
"Tak perlu lagi kita bergantung kepada imaginasi untuk membayangkan bagaimana rupa suara yang kita dengari di radio. ",
"Walaupun lagu 'Tiara' dendangan kumpulan Kris merupakan antara karya terbaik dicipta Dato' M. Nasir, malangnya mesej lagu ini sudah agak tidak selari dengan zaman sekarang.",
"Si gadis dikatakan bakal berjaya kerana melangkah ke universiti (menara gading) - sedangkan kita tahu masalah pengangguran di kalangan graduan Malaysia sedang meningkat. ",
"Kadar kebolehpasaran graduan kita juga sedang mengalami pola menurun sejak tahun 2020.",
"Nasib jejaka dalam lirik lagu ini yang merendah diri kerana terpaksa berbakti dengan tanah, dek tidak berjaya melanjutkan pelajaran nyata satu telahan silap juga.",
" Pertanian kini merupakan antara cabang keusahawanan yang sedang diangkat semula sebagai fokus ekonomi negara. Besar kemungkinan si jejaka yang lebih berjaya, kerana perusahaan pertanian beliau membantu meningkatkan bank makanan kita.",
"Perubahan kerajaan Malaysia dalam tempoh 1 dekad ini seakan kerap berlaku kan? Setiap kali naik satu kerajaan, pemimpin itu akan memperkenalkan slogan baru lengkap dengan lagu yang mewakili identiti dasar tersebut.",
"Salah satu lagu paling popular memiliki sifat ini adalah lagu 'Kita Satu Malaysia' yang dijulang semasa era pentadbiran PM ke 6. Namun selepas tumbangnya pentadbiran beliau, lagu ini terus dianak tirikan.",
"Lagu bersandarkan dasar kerajaan yang diangkat sebagai lagu rakyat, sukar bertahan dek tekanan pentadbiran baru. Sebaiknya, kita harus memperbanyakkan lagi lagu bertemakan kenegaraan yang neutral seperti 'Sejahtera Malaysia'; karya-karya yang bersifat universal dan mampu kekal relevan walaupun pemerintah bersilih ganti.",
"Tidak dapat dinafikan lirik puitis dan melodi yang mengasyikkan menjadikan lagu Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara dendangan kumpulan Mega, menjadi salah sebuah lagu trademark rock kapak Melayu.",
"Walau bagaimanapun kajian sains berasaskan AI yang dilaporkan pada tahun 2020, telah berjaya menganggar jumlah pokok yang ada di kawasan gurun tersebut dengan jumlah melebihi 1.8 bilion pokok, sebenarnya sedang hidup di kawasan kering itu.",
"Hasil kemajuan teknologi pertanian juga membuktikan pokok sakura yang sebenarnya adalah keluarga pokok buah ceri, mampu ditanam di kawasan-kawasan gurun. ",
"Dalam erti kata lain, ada kemungkinan besar pokok sakura boleh ditanam di kawasan gurun dan realitinya, kawasan gurun tidaklah setandus yang digambarkan dalam lagu ini.",
"Dulu-dulu semasa kemuncak populariti lagu dari vokalis Seha ini, mak penulis cukup tak suka penulis menyanyikannya. ",
"Tetapi bila lagu ni dah 'tular' dan 'trending', memang keraplah lagunya akan diputarkan di radio membuatkannya melekat di kepala. Melodinya pun mudah diingati. Kita yang masih mentah mudahlah terikut-ikut.",
"Keseluruhan lagu ini walaupun ada terselit unsur nasihat, sebenarnya juga boleh dilihat seolah mempopularkan kelakuan kurang enak golongan remaja di tempat sunyi. ",
"Mungkin zaman sekarang masih ada pasangan muda-mudi yang bercengkerama di bawah sinaran bulan purnama, tetapi kami yakin kesedaran masyarakat kita dalam memerangi maksiat sudah lebih tinggi berbanding dulu.",
"Kita pun dah kurang mempopularkan lagu tempatan yang menjulang perbuatan maksiat kan? "
] |
https://iluminasi.com/bm/8-soalan-asas-tentang-penggunaan-kereta-elektrik-di-malaysia.html | 8 Persoalan Tentang Kereta Elektrik di Malaysia | [
"Dengan penglibatan badan besar seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam menyediakan stesen pengecasan kenderaan elektrik, negara kita tampak sudah menemui batu loncatan utama dalam merealisasikan peralihan kepada kenderaan elektrik dengan lebih giat.",
"Namun kita tidak dapat menafikan kita masih di belakang negara maju seperti negara jiran kita, Singapura yang sudah di depan memanfaatkan teknologi yang dikenali sebagai EV untuk sebaran umum. ",
"Situasi ini mengakibatkan kita di Malaysia agak kurang cakna tentang beberapa isu berkait EV, disebabkan kekangan yang ada.",
"Kami yakin anda ada banyak soalan 'bodoh' tentang kereta elektrik yang anda malu nak tanya. Berikut 8 soalan asas yang kami sendiri kerap fikirkan dan kami olahkan di sini, agar dapat membantu anda.",
"Tak lama dahulu trend kenderaan hibrid pernah menjadi bualan, tetapi industri automotif tampaknya lebih fokus ke arah pembangunan kereta elektrik penuh, disokong teknologi bateri yang semakin baik.",
"Kenderaan hibrid mempunyai sistem enjin yang dipacu dengan kedua-dua model sama ada berasaskan petrol atau diesel, dengan motor elektrik dicas semasa enjin bergerak. ",
"Sementara kenderaan elektrik pula hanya mempunyai motor elektrik yang dicas menggunakan plag dan kabel ketika dimatikan enjinnya.",
"Kami meramalkan kenderaan elektrik akan menjadi standard di masa depan, kerana kelebihannya yang terlalu besar. Enjinnya tidak perlu diisi dengan minyak fosil, membolehkan tidak ada pengeluaran asap dari ekzos. ",
"Untuk jangka masa panjang, masalah pencemaran yang berlaku akibat emisi ekzos selama ini bakal diselesaikan. Jalan raya juga bakal jadi lebih senyap kerana enjin elektrik boleh dikawal tahap bunyi yang dihasilkannya.",
"Berbaloi atau tidak buat masa sekarang, masih perlu dilihat dalam perspektif bajet kita. Ini kerana kos pembelian dan penyelenggaraan kereta elektrik di Malaysia masih tinggi untuk orang kebanyakan. ",
"Jika anda lihat senarai kenderaan elektrik yang sudah dijual di Malaysia, kebanyakan model EV dengan rekabentuk serupa masih belum mampu menawarkan harga yang setanding dengan harga kereta berasaskan minyak fosil.",
"Mungkin kita masih perlu menunggu di antara 5 ke 10 tahun sebelum dapat menyaksikan kereta elektrik pertama dijual pada harga standard bajet orang Malaysia, sekitar RM60,000 ke bawah. Kita sama-samalah doakan.",
"Buat masa sekarang ada empat model kenderaan elektrik yang dikatakan paling bajet dalam pasaran kita...tetapi masih mahal jugalah.",
"Dua dikeluarkan syarikat China, iaitu BYD Atto 3 - adalah sebuah SUV 5 tempat duduk dengan harga di antara RM150,000 ke RM168,000. Satu lagi model adalah GWM Ora Good Cat, sebuah kereta hatchback yang menyerupai sebuah model popular dari Jerman, dijual pada harga RM140,000 ke RM170,000.",
"Jika anda masih menyimpan was-was dengan jenama China, dua pilihan paling bajet dari Jepun dan Korea Selatan ada dalam pasaran kita. Nissan Leaf merupakan model yang berharga RM176,000. ",
"Satu lagi pilihan adalah Hyundai Kona, yang menawarkan pilihan di antara RM157,000 hingga RM210,000 bergantung kepada spesifikasi. Tak perlulah kami senaraikan harga jenama Eropah di sini kan? ",
"Kalau jenama Eropah, minimum RM250,000 ke atas adalah harga permulaan untuk model asas.",
"Bercakap pasal kaedah cas kenderaan ni, kita perlu faham bezanya di antara cas di rumah dengan cas di stesen pengecasan.",
"Dengan menggunakan Nissan Leaf sebagai contoh, semua model jenama ini mempunyai bateri dengan kapasiti 40kWj. Setiap pembeli menerima pengecas jenis biasa yang boleh disambungkan ke soket elektrik rumah masing-masing, mampu mengecas selaju 6.6kWj. ",
"Ini bermakna kalau cas di rumah, model ini memerlukan kira-kira 7 jam untuk mengecas bateri sehingga penuh.",
"Stesen pengecasan seperti yang dikendalikan oleh TNB dan banyak lagi pengendali, mempunyai tahap pengecasan tinggi dengan kadar di antara 80kWj atau 180kWj. Untuk mengecas Nissan Leaf sehingga penuh baterinya (40kWj), anggaran 30 minit diperlukan jika kita menggunakan pengecas 80kWj.",
"Tetapi kita juga perlu tahu satu isu penting iaitu kos mengecas.",
"Majoriti pengendali stesen pengecasan menawarkan perkhidmatan pengecas yang dikira berasaskan tempoh minit penggunaan.",
"TNB sebagai contoh, mengenakan caj RM2.05 seminit untuk pengecas 80kWj atau RM2.35 untuk pengecas 100kWj. ",
"Jika sebuah Nissan Leaf dari kosong hingga penuh memerlukan anggaran 30 minit yang kita darabkan dengan kos seminit pengecas 80kWj iaitu RM2.05, kita akan dapat jumlah kosnya RM61.50. ",
"Cas di rumah menggunakan pengecas biasa yang berkapasiti 6.6kWj pula, memerlukan 7 jam pengecasan - memberikan kita kos RM10.07 atau 46.2kW sekali cas. 8 kali cas sebulan, kosnya sekitar RM112 tanpa mengambil kira penggunaan elektrik lain di kediaman kita. ",
"Nampak murah, tetapi bila dihitung dalam angka dunia nyata - kami yakin angkanya tak jauh beza dengan kos pembelian petrol bulanan anda. ",
"Sekali cas penuh membolehkan kita bergerak sejauh 310-330 km jaraknya, mengikut spesifikasi asal sebuah Nissan Leaf. Murah ke? Pada pandangan penulis, masih mahal buat masa sekarang. ",
"Jawapannya mudah saja, kereta akan berhentilah; sama macam kereta kita habis minyak. ",
"Tetapi disebabkan teknologi EV yang memungkinkan wujud sistem perlindungan bagi pemandu, kenderaan elektrik sebenarnya lebih susah nak 'habis minyak' berbanding kereta biasa.",
"Bila cas sudah mula menurun ke satu tahap, sistem amaran akan dikeluarkan bagi mengingatkan pemandu untuk mengecas kenderaan mereka. Sekiranya amaran ini gagal dipatuhi, fungsi kenderaan yang dikategorikan tidak perlu akan mula dihentikan, untuk memaksimakan jarak pergerakan kenderaan.",
"Fungsi yang dikenali sebagai 'mod kura-kura' atau 'turtle mode' adalah sistem yang mengehadkan semua keupayaan enjin dan aksesori dalam kereta elektrik agar kereta memaksimakan jarak akhir pada kelajuan minimum, dengan anggaran kemampuan berjalan sejauh 5 ke 20 km lagi sebelum benar-benar kering.",
"Harus kami ingatkan, sistem ini direka dengan tujuan asas untuk membolehkan kenderaan dihentikan dengan selamat di lokasi yang bersesuaian. ",
"Kalau anda memandu kereta EV dan nampak ikon kura-kura seperti gambar di atas, bersedialah ya!",
"Dalam situasi di mana bateri benar-benar telah kosong dan kereta sudah dihentikan dengan selamat, apa yang pemandu boleh buat adalah telefon kawan dan minta kawan hantarkan minyak!",
"Oleh kerana sistem kereta elektrik hanya boleh dicas semula di lokasi yang ada sambungan elektrik, tidak ada banyak pilihan bagi pemandu melainkan memanggil trak tunda untuk mengangkut kereta ke stesen pengecas terdekat atau kenderaan tersadai dihantar pulang ke rumah.",
"Sekiranya anda bernasib baik tesadai betul-betul di tepi rumah orang, bolehlah juga anda ketuk-ketuk pintu rumah dia tanya kalau dia benarkan anda tumpang cas kereta anda. ",
"Dapat cas dalam 2-3 jam pun jadilah; asalkan anda bawa bersama kabel pengecasan anda. Bagi la tuan rumah bayaran saguhati sebagai bayaran pinjaman dia. ",
"Buat masa sekarang, jelas kos kenderaan jenis EV masih di luar jangkauan majoriti. Kami mohon Proton atau Perodua menawarkan kenderaan elektrik dengan harga bajet secepat mungkin. ",
"Pembangunan fasiliti menjadi perkara terbesar dalam menangani evolusi kenderaan elektrik. Memang semakin banyak stesen pengecas diwujudkan, namun kekangannya masih banyak.",
"Kadar pengecasan yang agak lama telahpun mengakibatkan kes-kes pemilik kenderaan bergaduh kerana terlalu lama menunggu. Ini adalah satu isu penting yang wajar ditangani. Kita isi minyak paling lama 5 minit pun, orang yang beratur tarik muka kalau kita lambat sikit.",
"Pemilik stesen pengecasan juga haruslah mula berfikir apa yang boleh ditawarkan kepada pemandu yang perlu menunggu. Paling tidak, pasanglah Playstation atau Netflix di stesen pengecas, supaya masa berlalu lebih pantas.",
"Menunda kenderaan elektrik pula biasanya memerlukan kereta tunda jenis rata, bukan jenis tarik. ",
"Kami yakin dengan penggunaan lebih meluas, syarikat insurans serta tukang tarik kereta akan menambah baik dan memperbaiki perkhidmatan mereka - khususnya dalam mewujudkan sistem pengecas mobil yang dapat membantu pemandu yang tersadai tepi jalan.",
"Pemasangan alat pengecas di tempat awam seperti kompleks beli belah, kompleks pejabat dan lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai harus digiatkan lagi.",
"Dari aspek pengguna, skim perumahan di negara kita juga sebaiknya sudah boleh memperkenalkan dasar di mana setiap unit kediaman dipasangkan sistem litar elektrik 3 fasa (3 phase) sebagai standard, yang memungkinkan tahap beban elektrik lebih tinggi (22kW) disalur berbanding sistem fasa tunggal (7.5kW).",
"Pemasangan plag elektrik di kawasan parkir kenderaan kediaman juga seharusnya dilihat sebagai satu kemestian yang perlu ada, bagi memastikan Malaysia dapat beralih ke kenderaan EV dengan lebih lancar.",
"Bagaimana, ada rasa takut lagi tak nak beralih ke kenderaan elektrik? "
] |
https://iluminasi.com/bm/pulau-senang-penjara-tanpa-tembok-era-60-an-di-singapura.html | Sejarah Penjara Tanpa Tembok Era 60-an di Singapura - Pulau Senang | [
"Pada masa kini, pastinya ramai daripada kita tidak pernah dengar mengenai Pulau Senang. Satu ketika dahulu atau lebih tepat lagi ketika zaman 60-an, pulau ini pernah menjadi lokasi tragedi berdarah paling dahsyat di Singapura.",
"Pada zaman 60-an dahulu, Pulau Senang pernah menjadi kawasan percubaan untuk mewujudakan penjara tanpa tembok pertama di dunia. Namun, dalam tempoh tiga tahun sahaja, penjara percubaan itu menemui kegagalan dengan kawasan petempatan tersebut musnah akibat api dan pegawai yang bertugas pula dijumpai mati ditetak. ",
"Pulau Senang pada masa kini juga tidak popular kerana bukanlah kawasan tumpuan pelancong sebaliknya dijadikan pusatt latihan menembak.",
"Pada tahun 1950-an, kumpulan-kumpulan kongsi gelap berleluasa dengan anggota-anggota samseng berkeliaran dan menakutkan orang ramai. Mereka terlibat dalam pelbagai jenayah seperti perjudian, pelacuran dan penjualan dadah. Akibatnya, penjara di SIngapura menjadi terlalu sesak kerana begitu ramai penjenayah ini dimasukkan ke dalam penjara. ",
"Lebih membimbangkan, mangsa tidak berani pergi ke balai polis kerana takut menjadi mangsa balas dendam daripada penjenayah-penjenayah ini. Rasuah dalam pasukan polis juga pada tahap tinggi ketika itu.",
"Bagi mengekang masalah ini, pihak British telah meluluskan Akta Undang-undang Jenayah (Peruntukan Sementara) 1955. Akta ini telah memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk menahan penjenayah tanpa bicara. Akibatnya, penjara menjadi sangat sesak. ",
"Penahanan penjenayah tanpa bicara menyebabkan penjara terlampau sesak. Malah, sesetengah pihak berpendapat langkah ini langsung tidak berkesan untuk membendung kegiatan gangsterima di Singapura pada ketik itu. Maka muncullah idea penubuhan \"penjara sederhana\".",
"Salah seorang pemimpin anti-penjajah ketika itu, C V Devan Nair dengan lantang menyokong idea ini. Beliau menggalakkan penubuhan \"penjara sederhana\" di Singapura yang diwujudkan untuk tujuan pemulihan, bukan tujuan hukuma semata-mata.",
"Untuk tujuan pembinaan penjara dengan konsep baru ini, Pulau Senang dicadangkan sebagai lokasi strategik sebagai lokasi percubaan penjara sebegini. Pulau Senang yang merupakan salah sebuah pulau paling selatan di Singapura, yang terletak 13 kilometer dari tanah besar.",
"Pulau Senang dianggap sebagai pulau yang selamat untuk pembinaan penjara terbuka ini memandangkan lokasinya yang jauh dari kawasan tanah besar Singapura. Selain itu, pulau ini dikelilingi kawasan perairan yang berarus deras dan ikan jerung, menyukarkan penjenayah untuk melarikan diri.",
"Daniel Stanley Dutton adalah individu dari British yang telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan penjara terbuka ini. Beliau dipandang tinggi, boleh bertutur banyak bahasa tempatan termasuk Melayu dan Hokkien dan pernah bekerja dalam perkhidmatan penjara.",
"Beliau adalah jenis orang (yang faham tentang keadaan) di bawah. Pegawai atasannya pula menyifatkan beliau sebagai pemimpin berbakat semula jadi. Sebagai penguasa, Dutton diberi kebebasan untuk memilih mana-mana tahanan yang hendak di bawa ke pulau yang diselubungi hutan itu. Dia tiba di Pulau Senang pada Mei 1960 dengan 51 tahanan. ",
"Pada peringkat awal, segalanya nampak berjaya seperti yang dirancang. Pada tahun pertama, bilangan tahanan meningkat kepada kira-kira 120. Mereka membina sejumlah besar infrastruktur di pulau itu.",
"Daniel Stanley Dutton juga dihormati banduan kerana dilihat sanggup bekerja keras bersama mereka mengusahakan banyak kerja. Malah, beliau dan pegawainya dikatakan langsung tidak membawa senjata api ketika itu. Kemudahan yang dibina termasuk hospital, kawasan rekreasi dan pejabat. ",
"Kejayaan yang dicatatkan dalam membina pusat tahanan ini dikatakan \"sangat menakjubkan\" sehingga mendapat perhatian PBB. PBB teruja kerana terdapat eksperimen yang sama dilakukan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Eropah.",
"Pencapaian Dutton membolehkannya dianugerahkan pingat Darjat Kebesaran Empayar British (OBE).",
"Dalam tempoh 28 bulan, kira-kira 200 tahanan dapat pulang ke pangkuan masyarakat selepas menjalani pemulihan disini dan kadar residivisme (kecenderungan lakukan semula kesalahan) dalam kalangan mereka adalah 5 peratus, antara paling rendah di dunia.",
"Semuanya tidak seindah yang disangka. Lama-kelamaan, perangai sebenar Daniel Stanley Dutton yang melayan tahanan seperti seorang hamba akhirnya terbongkar. Terdapat laporan adanya tahanan dipaksa kerja tanpa henti. Ada dikatakan diminta bekerja pada waktu malam.",
"Mereka yang berkelakuan buruk boleh dihantar semula ke Penjara Changi untuk menghadapi keadaan hidup yang lebih teruk. Lama-kelamaan, semakin ramai tahanan yang rasa tidak berpuas hati kerana dilayan teruk atau dipukul.",
"Bekas Ketua Menteri David Marshall, adalah antara individu yang menentang keras idea penjara terbuka ini. Ketika melawati Pulau Senang pada 1963, beliau tidak berpuasa hati dengan keadaan di sana dan melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan pulau itu.",
"Beliau melihat ramai tahanan dikerah bekerja di bawah panas terik mentari, tidak lari seperti seorang hamba. Beliau telah menyatakan kebimbangannya dalam Dewan Parlimen namun malangnya tiada siapa yang peduli dengan nasihatnya.",
"Terdapat 2 peristiwa kecil yang telah mencetuskan pergolakan besar-besaran di Pulau Senang yang membawa kepada pembunuhan Dutton.",
"Kejadian pertama adalah kejadian tiga bulan sebelum tragedi beradarah itu apabila 14 tahanan yang bekerja dalam cuaca panas menyerang seorang atendan selepas mereka tidak diberikan air. Mereka kemudian melarikan diri ke dalam hutan, dan satu unit simpanan terpaksa dipanggil untuk menenangkan keadaan",
"Yang kedua berlaku kira-kira seminggu sebelum rusuhan. Dutton sedang memeriksa sebuah jeti dan mendapati ia masih belum siap. Dia mendesak supaya 13 tahanan tukang kayu menyelesaikan kerja, tetapi mereka menolaknya kerana haritu tersebut adalah hari Sabtu. ",
"Tetapi selepas mereka enggan, Dutton memberitahu seorang kerani untuk menyiapkan kertas pertuduhan dan menghantar mereka semua kembali ke Changi. Mereka telah diperintah turun ke jeti dan dimasukkan ke dalam bot pihak penjara. Ini ternyata tindakan terakhir yang tidak lagi dapat menahan kemarahan tahanan-tahanan tersebut.",
"Para banduan yang berang akhirnya bertindak melakukan rusuhan pada 12 Julai 1963. Mereka menggunakan parang dan cangkul untuk membunuh Dutton yang bersembunyi di pejabatnya.",
"Tiga pegawai penjara yang lain didapati mati dalam kejadian yang membawa kepada pengakhiran berdarah pusat tahanan di Pulau Senang. Pada November 1963, 59 orang tahanan telah dibicarakan kerana merusuh dan membunuh. ",
"Selepas 64 hari - perbicaraan paling lama dan terbesar yang pernah dilihat di Singapura ketika itu — 18 orang didapati bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman gantung; 29 dipenjarakan kerana merusuh atau merusuh dengan senjata maut; dan selebihnya dibebaskan.",
"Kisah tragis di Pulau Senang ini turut difilemkan dalam sebuah dokumentari dua bahagian bertajuk \"Riot Island\" yang memaparkan sejarah pembukaan dan kemudian berakhirnya penjara terbuka Singapura di Pulau Senang, dan bagaimana ia mengubah kehidupan mereka yang terlibat. "
] |
https://iluminasi.com/bm/bagaimana-kubikel-mengubah-budaya-kerja-masyarakat-dunia.html | Sejarah Bagaimana Kubikel Mengubah Budaya Kerja Masyarakat Dunia | [
"Bagi kumpulan pekerja kolar putih di pejabat, kubikel-kubikel yang dipasang sebagai sempadan ruang kerja merupakan pemandangan biasa hari-hari.",
"Walaupun diguna secara meluas, wujud sentimen negatif terhadap penggunaan kubikel; dilihat sebagai satu bentuk kurungan atau penjara mengongkong pekerja ke dalam satu 'kotak' khas - bagi memudahkan mereka diperah tekun bekerja. ",
"Dalam era moden zaman sekarang, kritikan terhadap kubikel dan kesan psikologinya tak pernah terhenti.",
" Persoalannya, jika tiada kubikel - bagaimana agaknya rupa ruang kerja kita? ",
"Jika zaman sekarang trend 'open office' atau pejabat terbuka kerap kali disebut sebagai konsep idaman ramai pekerja.",
"Namun realitinya konsep ini telah diamalkan sejak bermulanya sistem pejabat dengan pengenalan konsep itu di Amerika Syarikat dalam dekad 1950-an.",
"Bagaimanapun apa yang membezakan konsep pejabat terbuka yang ada sekarang dengan konsep terdahulu, adalah tujuannya diamalkan. ",
"Dekad tersebut, majikan atau syarikat memilih untuk menggunakan konsep terbuka bagi memudahkan mereka membuat pemerhatian terhadap semua pekerja dalam satu-satu masa, memastikan produktiviti pekerja berada pada tahap optimum.",
"Komunikasi di antara pekerja tidak digalakkan walaupun tiada dinding atau penghadang yang menghalang mereka berbual antara satu sama lain. ",
"Konsep terbuka yang mengamalkan budaya kerja mirip kilang, bukanlah satu suasana yang kondusif untuk seseorang pekerja bekerja dengan baik.",
"Namun itulah budaya kerja yang telah diamalkan dan kumpulan pekerja mengadaptasi dengan budaya itu. ",
"Sebelum bermulanya era penggunaan komputer di pejabat-pejabat, pejabat biasanya dipenuhi dengan mesin-mesin taip yang agak bising apabila digunakan. ",
"Mereka yang pernah menaip sepucuk surat menggunakannya tahulah bagaimana kuatnya bunyi kekunci serta bunyi loceng apabila askara sampai ke penghujung baris ayat. ",
"Bayangkan ada 20 orang menaip serentak! Tak tak tak tak, ting! Tak tak tak! Ting! Itu sajalah bunyi didengari setiap hari.",
"Lebih memburukkan situasi dalam dekad 1950-an, budaya merokok menular di kalangan ahli masyarakat, dilihat sebagai satu kemestian semasa bekerja. ",
"Jadi majikan era tersebut membenarkan pekerja merokok sambil menyiapkan tugasan yang ada. Sudahlah pejabat bising, asap rokok pula memenuhi udara.",
"Jangan dilupakan, pejabat zaman dahulu kurang memberi penekanan kepada konsep pengudaraan dan kemasukan cahaya. ",
"Konsep terbuka ini walaupun jelas banyak kelemahannya, diguna pakai di Amerika Syarikat dan Britain.",
"Rekabentuk ini yang membentuk asas susun atur pejabat moden, mula mengalami perubahan selepas satu konsep baru melonjak popularitinya di Jerman.",
"Masyarakat Jerman era 60-an mahu meninggalkan identiti sosial mereka yang terpalit sentimen negatif akibat perang.",
"Keinginan ini membawa kepada pelbagai perubahan sosial yang dilakukan di Jerman, bagi membantu meningkatkan moral masyarakat.",
"Salah satu usaha terbesar dan paling meninggalkan impak adalah konsep burolandschaft atau pejabat lanskap, dibangunkan oleh firma Eberhard & Wolfgang Schnelle. ",
"Adik-beradik Schnelle mengambil idea awal daripada konsep yang diguna di Amerika Syarikat dan Britain, tetapi memecahkan kaedah penyusunan meja yang sekata menjadi susunan lebih santai dan organik.",
"Pengenalan pokok hiasan sebagai pembahagi ruang serta kewujudan lebih banyak ruang sosial yang menggalakkan pekerja berbual, berjaya membantu memperkenalkan perubahan terbesar yang dapat kita lihat sekarang - pengenalan sistem kolaborasi di antara pasukan/divisyen.",
"Burolandschaft menggalakkan ketua sesebuah divisyen duduk dalam ruangan yang sama dengan pekerja bawahan, hanya diasingkan dengan pemasangan penghadang mudah alih bagi memberikan semua pemegang jawatan ketua lebih privasi.",
"Dengan pengenalan konsep ini di Jerman, sesuatu ruangan kerja dilihat harus lebih mementingkan kebajikan pekerja, tidak lagi perlu terlalu keras susunannya dan berorientasikan majikan/ketua semata-mata.",
"Serentak dengan itu budaya kerja golongan kolar putih juga mengalami perubahan, di mana komunikasi dan kerjasama diangkat sebagai tunjang kepada sebuah pejabat yang harmoni.",
"Bagi peminat rekaan produk, anda pasti tahu tentang jenama Herman Miller yang cukup terkenal sehingga kini.",
" Hasil daripada penyelidikan dan pembangunan produk di bawah Herman Miller lah, lahir apa yang kita biasa nampak di mana-mana pejabat hari ini, iaitu kubikel.",
"Dalam tahun 1964, syarikat Herman Miller melancarkan siri produk khusus untuk pejabat yang dinamakan Action Office di bawah seliaan ketua pereka bernama Robert Propst. Siri pertama produk ini kurang mendapat sambutan",
"Pelancaran siri kedua, Action Office II yang memperkenalkan dinding mudah alih dipasarkan sebagai kubikel mengubah nasib Propst. ",
"Hasil kajian Propst menunjukkan golongan pekerja era tersebut mahu ruangan kerja yang lebih privasi serta mencerminkan identiti setiap individu.",
"Berpandukan panduan tersebut serta syarat banyak majikan yang mahukan sesebuah pejabat harus mudah diubahsuai rekabentuknya, seiring dengan keperluan pekerja, Action Office II memperkenalkan konsep dinding mobil fleksibel kubikel serta perabot pasang siap yang memperkemaskan idea burolandschaft ke dalam bentuk pakej.",
"Populariti sistem kubikel yang diperkenalkan Herman Miller menjadikan produk itu sebagai produk paling laris jualannya, yang akhirnya ditiru pesaing.",
"Walaupun dalam era sekarang ramai melihat kubikel sebagai kurungan, realitinya dengan pengenalan kubikel-lah perubahan terbesar dalam budaya kerja dunia benar-benar terpahat.",
"Kubikel membolehkan golongan wanita yang sebelum itu berasa kurang selesa terpaksa bercampur dengan lelaki, mempunyai ruangan sendiri semasa bekerja. ",
"Penggunaan kubikel walaupun sama rupanya masih membenarkan setiap individu mengenakan identiti sendiri dalam ruangan milik mereka, dilihat berjaya memupuk prinsip kesamarataan dalam pejabat.",
"Sekiranya anda seorang yang menyokong untuk kita kembali kepada konsep terbuka tanpa kubikel dalam pejabat khususnya golongan muda; satu soalan yang ingin kami ajukan kepada anda adalah betapa penting privasi untuk anda, semasa anda sedang bekerja?",
"Tanpa kubikel, rakan sepejabat anda bebas melihat anda tanpa halangan. Nak korek hidung pun tak senang."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-cara-ai-sudah-menguasai-hidup-kita-sekarang.html | 5 Bukti AI Sudah Menguasai Hidup Anda | [
"Kepintaran buatan atau AI adalah topik hangat diperkatakan masyarakat dunia.",
"Kami sendiri masih berbelah bahagi dalam meneliti baik buruk AI, bimbang lama-kelamaan apa yang dipapar filem sains fiksyen, di mana AI mengambil alih tamadun manusia menjadi kenyataan.",
"Jangan ambil serius pula ayat di atas, haha! Walaupun ramai masih skeptikal tentang pengaplikasian AI, kita sebenarnya sudah menggunakan AI setiap hari sama ada kita sedar atau tidak ianya berlaku.",
"Berikut adalah lima cara AI sudah lama membantu hidup kita, walaupun anda mungkin penyokong sentimen Anti-AI paling lantang di Malaysia.",
"Pernah tak ketika anda memandu mengikut navigasi yang telah ditetapkan, GPS anda mengesyorkan kepada anda satu laluan berbeza yang mampu menjimatkan masa perjalanan? ",
"Itulah AI yang dalam sistem GPS, yang berfungsi di belakang tabir.",
"Kita jarang mengaitkan sistem GPS dengan AI tetapi kemampuan algoritma GPS untuk mencari jalan tanpa dipinta, sebenarnya adalah sejenis AI yang berkemungkinan besar secara rutin kita bergantung kepadanya.",
"Apabila GPS mempunyai kebolehan melakukan cadangan atau menukar sendiri navigasi akibat perubahan yang kita lakukan secara sengaja atau tidak sengaja, itu adalah satu bentuk kepintaran buatan.",
"Trend mengambil gambar yang mempunyai tahap bokeh atau kabur di bahagian latar belakangnya berbanding subjek, sudah menjadi perkara biasa dalam sistem kamera telefon pintar.",
"Dalam seni fotografi tradisional berasaskan kamera SLR, untuk mendapatkan hasil sama kita perlu menggunakan lensa yang mempunyai bukaan cahaya yang besar serta jarak fokus yang betul bagi mendapatkan bokeh yang creamy. ",
"Perkara itu dsimulasi dengan mudah oleh kamera telefon pintar, hasil pemprosesan aplikasi berasaskan AI di mana AI mampu mentafsir dan mengasingkan subjek dalam gambar serta mengkaburkan latar belakang, menghasilkan gambar yang baik. ",
"Perkembangan teknologinya juga pantas. Beberapa tahun dulu, sebuah telefon pintar memerlukan dua lensa untuk menghasilkan kesan sedemikian. Kini dengan kemajuan pemprosesan AI, satu lensa yang dipasang pada telefon bertaraf bajet pun sudah cukup untuk mendapatkan hasil yang menarik dan berkualiti.",
"Yang suka tangkap gambar dan biar aplikasi kamera cantikkan wajah dia, licinkan kulit, besarkan mata dan cerahkan kulit tu; itu pun kerja AI sebenarnya.",
"Anda takutkan AI walaupun demikian anda banyak menghabiskan masa di media sosial. Anda rasa kenapa anda seronok melayari perkongsian orang ramai di ruangan maya? ",
"Semuanya disebabkan algoritma media sosial sudah mampu mengkategorikan minat anda dan apa yang anda tak suka hadap secara terperinci, membolehkan garis masa atau timeline anda baik dalam mana-mana platform media sosial sekalipun, digubah mengikut citarasa anda.",
"Mengagumkan bukan bagaimana AI mampu menghasilkan garis-garis masa yang berbeza mengikut citarasa setiap pengguna media sosial, yang tak sama antara satu sama lain!",
"AI sejak dulu memainkan peranan memahami dan mempelajari anda, merekodkan setiap perbuatan anda dalam garis masa anda, apa yang anda cari, apa yang anda tenung, apa yang anda tak peduli dan berapa lama anda melayari garis masa.",
"Semuanya bagi memastikan masa penggunaan anda optimum untuk faedah pengendali media sosial serta menepati minat dengan kehendak anda.",
"Bagi pelajar universiti zaman dahulu, penggunaan penyemak ejaan seperti Dewan Eja 'memeriksa' karangan merupakan satu keperluan penting. ",
"Fungsi ini kemudiannya diperkembangkan secara terbina dalam, dalam setiap perisian penulisan seperti Microsoft Word.",
"Kini, setiap telefon pintar bukan saja mampu menyemak ejaan bahkan turut sama mampu membentuk ayat serta menterjemah istilah, dari satu bahasa ke beratus-ratus bahasa berbeza - tanpa kita perlu menggunakan aplikasi luaran lain.",
"Semua kemudahan dan fasiliti ini ada AI di belakangnya, dimana pengendali sistem operasi telefon pintar seperti Google atau Apple bertanggungjawab membangunkan dan menambahbaik sistem yang ada.",
"Kita tersalah taip pun tak perlu kita betulkan. AI akan memadam kesalahan kita dan menggantikan perkataan salah tersebut dengan ejaan yang betul, tanpa perlu kita membetulkannya satu per satu seperti satu dekad dahulu.",
"Ini adalah fungsi AI yang paling digemari penulis setakat ini!",
"Dengan adanya fungsi ini, banyak juga gambar-gambar keluarga penulis yang sebelum ini kurang jelas dapat diperbaiki dan ditambah baik resolusinya, mencantikkan lagi kualiti gambar yang ada.",
"Di saluran video seperti Youtube, semakin banyak video-video lama yang direkodkan berpuluh dekad tahun dahulu telah menjalani proses pemulihan yang bukan saja menjelaskan lagi setiap paparan yang ada, membolehkan visual yang lebih terang dapat kita lihat bukan saja pada resolusi lebih tinggi bahkan pada kelajuan lebih lancar.",
"Peminat permainan video turut mendapat tempiasnya, di mana teknologi upscaler berasaskan AI mampu memperbesarkan resolusi skrin yang dipaparkan, ke tahap tinggi tanpa mencacatkan kualiti visual yang ada khususnya apabila kita bermain dengan skrin melebihi 42 inci.",
"Dengan ini pemain mampu bermain pada kualiti visual tahap terbaik, tanpa memerlukan prosesor serta kad grafik terhebat dan termahal yang ada dalam pasaran."
] |
https://iluminasi.com/bm/apa-beza-latihan-tentera-biasa-dengan-seorang-komando.html | Peringkat Latihan Komando Yang Membuatkan Mereka Luar Biasa | [
"Pasukan dalam Angkatan Tentera Malaysia yang dinamakan Grup Gerak Khas atau GGK, lebih dikenali dengan nama Komando, merupakan kumpulan elit barisan pertahanan tentera negara kita. ",
"Hanya segelintir di antara mereka yang sukarela menawarkan diri untuk menjalani latihan, tamat kursus latihan yang dijalankan. Kenapa? ",
"Corak latihan yang perlu diharungi GGK jauh jurangnya, khususnya dalam aspek ketahanan fizikal dan mental walaupun bagi orang kebanyakan, ahli tentera biasa pun sudah jauh lebih handal keupayaannya berbanding kita.",
"Tahukah anda kenapa seorang yang bergelar komando wajar dikagumi dan juga digeruni? Mereka harus tamat lima peringkat latihan/ujian yang layak dikatakan cukup sukar bagi manusia biasa.",
"Setiap anggota tentera yang mahu menyertai GGK, akan menjalani latihan selama 3 bulan yang menguji keupayaan mereka. Dikenali dengan nama kursus asas komando, penyertaan ke pemilihan ini dibuka kepada mana-mana anggota tentera yang telah berkhidmat lebih setahun.",
"Fasa pertama latihan komando dikenali sebagai peringkat kem, di mana latihan fizikal banyak dijalankan, sama ada berlari kosong, berlari dengan senjata, berlari dengan bagasi tentera yang dikenali sebagai FSMO dan juga latihan berlari fizikal mengangkat kayu balak dijalankan. ",
"Setiap pelatih perlu menjalani ujian fizikal multi-disiplin pada jarak 3 km, 6 km, 9 km dan 10 km berpandu kepada jenis latihan. Selain itu, ujian lain seperti ujian Tarzan Course, meniti tali, turun dari helikopter dan sebagainya juga dikendalikan dalam peringkat kem.",
"Bagi menguji ketahanan mental pelatih, mereka juga boleh diminta melakukan perkara aneh seperti bermain bola di tengah malam atau bagi yang malang, diminta mandi dalam kolam najis. ",
"Mana-mana pelatih yang gagal dalam peringkat pertama yang berlangsung selama 5 minggu ini, akan diminta pulang ke skuad masing-masing - dianggap tidak layak untuk ke peringkat seterusnya.",
"Bagi pelatih yang berjaya ke peringkat seterusnya, mereka mula menjalani latihan yang lebih menduga diri. ",
"Dalam peringkat hutan yang berlangsung selama 1 minggu, pelatih menghadiri kursus yang mendidik mereka tentang ilmu serang hendap dalam hutan, serang kem lawan, melakukan rondaan, menjejaki musuh dan sebagainya. ",
"Selesai kursus, fasa peringkat hutan kedua memerlukan seseorang pelatih menjalani ujian yang dinamakan sebagai ikhtiar hidup. ",
"Berbekalkan ilmu yang telah diajar, pelatih diberikan sebilah pisau, satu pek garam dan sebatang pancing untuk hidup dalam hutan, mengikut tempoh yang ditetapkan jurulatih. ",
"Apa yang mereka perlu buat sepanjang tempoh ikhtiar hidup adalah terus hidup, mencari jalan bagaimana hendak berteduh, mendapatkan bekalan makanan dan minuman serta menangani dalam kawasan hutan, pagi petang siang malam. ",
"Peringkat berjalan jauh atau long march merupakan fasa yang didakwa oleh pelatih terlibat, sebagai fasa paling banyak menggagalkan mereka. Ini kerana kadar lulusnya cukup rendah.",
"Semua pelatih diberikan masa 2 hari 2 malam untuk berjalan kaki dari titik mula ke destinasi mereka yang ditetapkan, merangkumi perjalanan dalam pelbagai keadaan sejauh 120 km.",
"Dalam jarak perjalanan tersebut, setiap pelatih wajib memakai pakaian lengkap mereka, memikul senjata dan menggalas FSMO. Sepanjang jarak itu, ada diwujudkan titik-titik keselamatan bagi membolehkan pelatih berehat, mendapatkan makanan dan mengerjakan ibadah. ",
"Apa yang penting, 120 km perlu ditempuhi dalam tempoh 48 jam. Tidak ada tolak ansur dalam menamatkannya.",
"Jika ikhtiar hidup mencabar keupayaan pelatih untuk hidup dalam hutan, peringkat paya pula meningkatkan lagi cabaran yang perlu ditempuh pelatih dalam senario paya.",
"Pelatih tidak akan diberikan peralatan yang sama seperti ikhtiar hidup. Uniform mereka diambil dan mereka akan dibiarkan berada dalam keadaan separa bogel dengan hanya daun menutupi alat sulit pelatih.",
"Tubuh mereka yang terdedah disapukan dengan lumpur dan selut, sebelum setiap pelatih dibekalkan dengan tombak yang akan digunakan sebagai alat kebergantungan hidup.",
"Mereka perlu hidup di kawasan paya yang telah ditetapkan, mengikut durasi yang telah ditentukan jurulatih tanpa dibekalkan sebarang bentuk makanan atau minuman. Apa yang berlaku kepada pelatih, bergantung kepada tahap kekuatan pelatih untuk bertahan. ",
"Halangan terakhir sebelum seorang pelatih dinobatkan layak bergelar ahli GKK adalah peringkat laut. ",
"Peringkat latihan ini dimulakan dengan kursus latihan fizikal berteraskanair. Pelatih bakal diuji kemahiran mendayung perahu dalam satu jarak serta perlu berhadapan dengan serangan hendap semasa berada di atas air. ",
"Selain latihan berbentuk sebegitu, pelatih juga akan menjalani kelas yang mendidik mereka tentang ilmu navigasi di lautan. Latihan menyerang atau mempertahankan kedudukan di pantai serta latihan taktikal serangan amfibia menjadi antara asas ilmu peperangan dalam peringkat terakhir ini. ",
"Untuk ujian mental, pelatih akan diminta berendam dalam laut satu tempoh waktu tertentu selain perlu membiasakan diri minum air laut, bagi memastikan tahap fizikal mereka dapat dikekalkan pada tahap yang baik.",
"Ada juga ujian yang menyeramkan, di mana pelatih akan diikat tangan dan kaki dengan tubuh mereka diletakkan dengan pemberat. Mereka akan dibiarkan tenggelam dan mereka perlu bertindak segera menyelamatkan diri...sebelum lemas atau perlu diselamatkan."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-sebab-generasi-muda-sekarang-kurang-kental-mindanya.html | 5 Sebab Budak Zaman Sekarang Tak Kental Minda Dan Jiwa | [
"Jika anda ada kenalan yang bertugas sebagai guru, cuba anda tanya pada mereka apa masalah yang sedang melanda ramai anak murid mereka sekarang.",
"Ramai guru akan menyebut anak murid zaman sekarang sukar untuk dididik kerana beberapa faktor utama; biasanya berkait tentang kurangnya imaginasi serta dah biasa hidup senang. ",
"Sukar kita membentuk sistem pendidikan mampan dalam persekitaran sekarang, disebabkan pengaruh luaran yang kuat serta kelihatan lebih penting pada hemat pelajar.",
"Berikut adalah lima kekangan utama yang sedang merantai pelajar berdasarkan kepada pemerhatian kami. Anda setuju atau tak dengan perkongsian kami ini?",
"Teknologi memang memudahkan tetapi era sekarang menyaksikan kita sangat ada kebergantungan kepada teknologi. ",
"Kesan ini dapat kita lihat daripada perkembangan mentaliti anak murid, kerana ramai di antara mereka sukar untuk berimaginasi. ",
"Sekiranya sebuah kelas diminta melukis gambar pemandangan, kami yakin ramai di antara mereka meminta rujukan gambar untuk ditiru. ",
"Ramai pelajar zaman sekarang susah untuk berfantasi, kerana fantasi dalam media yang mereka tonton sudah realistik sehinggakan garis pemisah fantasi dan realiti sudah tidak ada lagi.",
"Pelajar jadi sukar untuk membayangkan sesuatu yang tidak ada - kerana bagi mereka semuanya 'ada.'",
"Kita menghargai tawaran produk permainan yang dijual di kedai-kedai bajet, kerana membantu kita mampu memilikinya memenuhi permintaan anak masing-masing. ",
"Tetapi dengan adanya kemudahan permainan dijual pada harga berpatutan ini jugalah, anak-anak kita tidak lagi ada keperluan untuk membina sesuatu sendiri. Sebagai contoh - senapang getah mainan buatan kayu kanak-kanak dulu.",
"Buat apa nak bina sendiri kalau dengan RM2 dia boleh dapat senapang dengan bentuk realistik? Layang-layang atau wau? Ada dijual RM2. Tak perlu dibuat. Nak main masak-masak? Dengan RM2, dia dah boleh dapat set masak-masak lengkap dapur mainan, sayur dan pisau.",
"Tiada keperluan untuk pelajar jadi kreatif menggunakan apa saja yang ada di sekeliling untuk mereka mainkan.",
"Bertitik tolak daripada mudahnya mendapatkan sesuatu, ramai kanak-kanak zaman sekarang alah dengan keperluan berusaha dan berpayah dalam mendapatkan sesuatu.",
"Perangai ini diburukkan lagi dengan sikap ibu bapa yang berpandangan anak-anak patut disenangkan, bukan ditimpakan kepayahan. Apabila sesuatu benda dah jadi terlalu murah untuk diperolehi, benda itu juga akan jadi mudah untuk diabaikan.",
"Rasa sayang barang milik sendiri sukar dipupuk, kerana sejak awal kanak-kanak kita diajar bahawa apabila sesuatu itu hilang, seolah benda itu mudah diganti. ",
"Tak ada masalah untuk ibu bapa belikan set mainan baru kerana kerugian yang dihadapi tak besar. Kita sendiripun yang dah dewasa ni, kalau bercakap pasal RM2...apa la sangat kan? ",
"Takkanlah pasal RM2 pun kita kedekut nak beli anak mainan! Sikap sebegitulah yang bahaya jika disemai kepada anak-anak kita. ",
"Penulis lahir dalam generasi dapat duit raya RM20 atau RM30 pun, dah rasa happy gila. Kanak-kanak zaman sekarang tidak melihat RM20 atau RM30 itu besar.",
"Masyarakat kita sendiri sudah ramai yang mampu bagi RM10, RM20 untuk seorang anak buah. Apa yang kanak-kanak zaman dulu kutip selama 2 minggu beraya, kanak-kanak kini kumpul amaun sama dengan sumbangan seorang dua sahaja.",
"Memang tak dinafikan dari aspek kemampuan kewangan,masyarakat kita memang sudah lebih mampu. Berbelanja besar untuk derma hari raya kepada kanak-kanak juga satu tindakan mulia tetapi kita juga mendidik anak generasi masa depan, bahawa duit mampu diperoleh dengan mudah.",
"Tak mengejutkan pun kalau kanak-kanak dah mampu beli telefon pintar sendiri hanya dengan kutipan duit raya. Smartphone makin murah, duit makin banyak mereka terima kan? ",
"Namun situasi itu menyebabkan kesukaran untuk ibu bapa atau guru membendung kemahuan nafsu kanak-kanak dan anak muda, untuk berbelanja. ",
"Situasi ini diburukkan lagi dengan keselesaan kita menggunakan sistem bayaran nirtunai. Bayangkan lagi 5, 10 tahun - generasi akan datang adalah generasi yang mungkin tak pernah lihat duit kertas dan syiling. ",
"Nak ajar mereka menyimpan sesuatu yang digital, memang adalah satu perkara yang cukup sukar. Mak ayah zaman sekarang dapat lihat tabung makin berat, masa mereka masih kecil. Anak-anak kita pula nak diajar menyimpan sesuatu yang mereka tak nampak apa yang mereka simpan.",
"Dalam era dimana teknologi memudahkan komunikasi dan komunikasi memudahkan sebaran media, generasi muda zaman sekarang sudah tidak ada masa bosan kalau dibekalkan dengan internet. Masa mereka setiap detik diisi sesuatu; kalau tak menelaah media sosial atau internet mereka akan memenuhkan masa lapang dengan melayan berjuta-juta video yang 'ke udara' 24 jam. ",
"Mereka tidak jelas apa itu konsep masa lapang dan kurang mengalami rasa bosan; mengakibatkan generasi akan datang ini terlalu mudah bosan apabila tidak ada sesuatu untuk dilakukan. Kenapa situasi ini bahaya? ",
"Ini kerana selama ini kita beranggapan kebosanan timbul apabila kita tidak ada benda untuk dilakukan. Pendapat ini salah. ",
"Kebosanan sebenarnya timbul bila kita tidak ada aktiviti YANG KITA SUKA LAKUKAN. ",
"Generasi muda mempunyai terlalu banyak pilihan jenis aktiviti yang mereka suka lakukan dalam dunia maya, sehinggakan jarang dalam hidup mereka tiada benda yang mereka mahu lakukan.",
"Kajian penyelidiksejak tahun 2011 menunjukkan 'kebosanan' sebenarnya perlu dalam hidup kita; kerana apabila kita tidak ada sesuatu yang kita gemar lakukan, situasi itu merangsang kreativiti seseorang untuk mencari sesuatu yang berbeza.",
"Daripada rangsangan itu, seseorang akan mencuba perbuatan baru, termasuklah berimaginasi atau mencipta idea yang boleh difikirkan bagi mengisi masa yang ada. Imaginasi yang aktif dilihat sebagai orang tengah, menghubungkan rasa bosan dengan daya kreativiti seseorang individu. ",
"Sekiranya seseorang sudah biasa memenuhkan masa mereka dengan aktiviti yang mereka suka - kecenderungan sebegitu menghalang pembentukan kreativiti dalam minda. Fikiran mereka jarang mencapah keluar dari kebiasaan cuba mencari atau mengejar sesuatu yang berlainan daripada apa yang biasa mereka lakukan.",
"Masalahnya, isu ini bukan saja berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mak ayahnya pun sama, lebih gemar menatap skrin 6 inci depan mata.",
"Kerana internet dan media sosial sudah dianggap sebagai lokasi di mana idea, imaginasi dan kreativiti bergabung; sedangkan realitinya anda akan lebih kreatif bila anda tak ada langsung benda yang nak dibuat."
] |
https://iluminasi.com/bm/bagaimana-casing-telefon-baru-boleh-dijual-sebelum-telefon-dirasmikan.html | Bagaimana Casing Telefon Baru Boleh Dijual Sebelum Telefon Dirasmikan? | [
"Perasan tak selalunya apabila model terbaru sesebuah jenama telefon pintar itu dikeluarkan, sudah terdapat banyak casing telefon pintar tersebut yang dijual di pasaran?",
"Ini bermakna syarikat pengeluar seakan-akan sudah tahu rekabentuk fizikal sesuatu model telefon pintar terbaru beberapa minggu sebelum ianya dilancarkan secara rasmi di pasaran. Soalannya, bagaimanakah perkara ini boleh terjadi?",
"Kita secara umumnya tahu syarikat besar seperti Apple amat menjaga kerahsiaan rekabentuk dan spesifikasi sebenar telefon pintar terbaru keluaran mereka untuk memberikan kejutan kepada pengguna mereka. ",
"Namun, bagaimanakah syarikat pengeluar casing boleh menghasilkan casing telefon terlebih dahulu sebelum telefon tersebut dilancarkan?",
"Apple menjual jutaan unit iPhone dan bagi menampung permintaan yang tinggi, mereka menghasilkannya daripada beberapa buah kilang seluruh dunia terutamanya di China.",
"Dalam keadaan begitu, amatlah sukar untuk menutup mulut pekerja di kilang tersebut daripada menyebarkan mana-mana spesifikasi iPhone kepada orang luar. Malah, perkara ini pernah didedahkan sendiri oleh beberapa individu yang bekerja dengan syarikat pengeluar casing telefon pintar bagaimana mereka mendapat informasi dari sumber dalaman.",
"Bagi pengeluar casing pula, mereka biasanya akan mendapatkan informasi daripada beberapa sumber dalaman yang dipercayai. Mengeluarkan casing dalam kuantiti yang banyak untuk model telefon pintar terbaru sebelum ianya dikeluarkan secara rasmi merupakan sebuah risiko yang besar.",
"Tempat pertama untuk bermula ialah Shenzhen, bandar di selatan China di seberang Hong Kong. Ia adalah salah satu pusat pengeluaran telefon mudah alih untuk banyak syarikat, bukan hanya iPhone. Di sana, kira-kira 3,000 kilang menghasilkan telefon, tiruan telefon dan aksesori. ",
"Malah, syarikat pengeluar casing ada kalanya tidak boleh benar-benar membezakan antara prototaip iPhone yang dicuri atau iPhone palsu yang seakan-akan original. Bob O'Donnell, Presiden TECHnalysis berada di Shenzhen beberapa tahun yang lalu sejurus sebelum pengumuman iPhone 6 dan ditunjukkan oleh penjual peranti baru yang belum pernah dilihatnya sebelum itu.",
"Tiga minggu kemudian, apabila iPhone 6 diperkenalkan di California, O'Donnell terkejut kerana ia benar-benar sama dengan telefon yang dilihatnya di Shenzen sebelum itu. Mengimbas kembali telefon di Shenzhen, O'Donnell berkata, \"sama ada ia adalah iPhone yang diseludup keluar atau hanya iPhone palsu yang bagus, saya tidak tahu pada masa itu\".",
"Ada syarikat yang melakukan kerjasama secara rasmi dengan Apple untuk mengeluarkan casing bagi telefon pintar terbaru keluaran mereka. Kebiasaannya nama-nama besar seperti Belkin, OtterBox dan T21 antara syarikat yang menggunakan pendekatan ini.",
"Namun, tidak semua syarikat berpeluang untuk mendapatkan kerjasama seperti ini. Ada beberapa pihak mendedahkan Apple amat teliti untuk membuat kerjasama sebegini dan hanya memilih syarikat yang menjual casing pada harga premium dan mempunyai jenama dipercayai.",
"Kerana kerjasama rasmi ini juga, tidak hairanlah harganya juga agak premium. Selain itu, rekabentuk yang dikeluarkan oleh jenama-jenama ini selalunya terlalu kebiasaan, tidak cukup menarik di mata kebanyakan pembeli. ",
"Maka, tidak hairanlah banyak syarikat lain mengambil peluang ini untuk menghasilkan casing mereka pada harga lebih murah dan sudah tentulah rekabentuk yang lebih pelbagai.",
"Bagi syarikat yang menggunakan sumber dalaman yang dibocorkan, mereka tetap perlu bergantung kepada faktor nasib kerena tidak semua maklumat yang diberikan bensar. Sekiranya rekabentuk sesuatu iPhone baru itu tidak tepat misalnya, mereka akan mengalami kerugian yang besar.",
" Mark Gurman, editor kanan 9to5Mac.com, mengimbas kembali iPhone 4S berbentuk titisan air mata yang terkenal yang tidak pernah wujud. Ramai orang menjangkakan butang \"Home\" iPhone akan berubah namun sebenarnya tidak. Pada musim luruh 2011, banyak pengeluar casing sedang membina reka bentuk iPhone 5 'titisan air mata' apabila Apple hanya merancang iPhone 4S berdasarkan reka bentuk model dari tahun sebelumnya.",
"Khabar angin itu yang dilaporkan secara meluas dalam talian, menyebabkan Hard Candy, syarikat pembuat casing menghasilkan 50,000 casing yang sama sekali tidak sesuai untuk rekaan iPhone terbaru. Menurut laman AppleInsider, perjudian ini nampaknya turut perlu mengambil kira faktor nasib baik.",
"Hard Candy sebelum itu telah menggunakan pendekatan sama untuk membuat pengeluaran berdasarkan skema lukisan iPod touch yang bocor dan mengalahkan pembuat casing lain untuk dipasarkan. Pada 2011, Bloomberg meramalkan bahawa pendapatan syarikat Hard Candy akan melepasi $50 juta menjelang 2013. ",
"Beberapa tahun selepas ia menghasilkan 50,000 kes iPhone 4S yang tidak berguna, Hard Candy akhirnya terpaksa gulung tikar kerana mengalami kerugian yang sangat besar.",
"Mengeluarkan casing model iPhone terbaru sebelum ianya dilancarkan secara rasmi sememangnya satu perjudian yang sangat besar. Jika rekabentuknya tidak sama, maka syarikat pengeluar akan kerugian besar dan tidak mustahil akan gulung tikar seperti syarikat Hard Candy.",
"Namun, banyak syarikat yang sanggup mengambil risiko besar ini kerana permintaan yang sangat tinggi dan keuntungan yang bakal mereka perolehi. Pasaran untuk aksesori telefon semakin berkembang: Selepas keluaran iPhone 6, jualan aksesori melonjak sebanyak 43%, yang lebih besar daripada lonjakan 17% dalam jualan selepas keluaran iPhone 5.",
"Syarikat pengeluar akan memperoleh jualan yang luar biasa sekiranya casing mereka sudah tersedia untuk dijual dalam beberapa minggu terawal selepas model telefon pintar baru itu dilancarkan.",
"Mengikut statistik, rakyat Amerika membelanjakan $1.9 bilion untuk 64 juta kes iPhone pada 2015 sahaja dan margin keuntungan adalah tinggi untuk casing plastik ringkas. Maka tidak hairanlah banyak syarikat berlumba-lumba menghasilkan casing telefon model baru walaupun sedar akan risiko bear dihadapi mereka sekiranya rekabentuk yang dihasilkan sama sekali berlainan daripada maklumat ura-ura yang mereka perolehi."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-pendapatan-kita-disebut-sebagai-gaji.html | Kenapa Wang Pendapatan Disebut Sebagai 'Gaji'? | [
"Bagi golongan pekerja, tidak ada hari lebih indah dalam rutin pekerja selain daripada hari gaji. ",
"Selepas berpenat lelah bekerja dengan tekun dan sabar (atau malas dan culas bagi sesetengah orang), merasai imbuhan pekerjaan yang telah kita lakukan merupakan sesuatu yang dinanti. ",
"Kita semua tahu, gaji dalam bahasa Inggeris disebut dengan bermacam jenis istilah berbeza, boleh disebut sebagai pay, salary, income, stipend dan wage. ",
"Kita pula sebut gaji. Dari mana datangnya istilah-istilah ini agaknya?",
"Earn merupakan istilah yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Eropah, berasal daripada istilah Jerman-Proto 'aznon' yang bererti seseorang yang berkhidmat dalam bidang pertanian.",
"Istilah itu dipinjam ke dalam bahasa Inggeris Kuno, digubah menjadi earnian yang membawa maksud seseorang yang berhak mendapat ganjaran atas hasil kerjanya.",
"Walaupun income kini digunakan bagi merujuk kepada pendapatan atau gaji, sebenarnya istilah ini merujuk kepada satu perbuatan, di mana seseorang diminta masuk atau senang cerita, sama seperti ungkapan 'sila masuk!' yang disebut sebagai incumen.",
"Bagaimanapun apabila masyarakat di barat mula gemar menyebut bayaran-bayaran wang yang hadir dalam dialek mereka sebagai 'comes in', slanga itu akhirnya melekat untuk dirujuk bukan saja kepada pendapatan syarikat bahkan mula diguna kumpulan pekerja dengan maksud sama; yang akhirnya menjadikan income dirujuk untuk gaji.",
"Dari aspek kajian bahasa, pay (bayaran) dan peace (keamanan) berkait sebenarnya. ",
"Ini kerana masyarakat Eropah zaman dahulu ada satu sistem bayaran atau denda yang dikenakan kepada satu pesalah, bagi menjaga keamanan komuniti.",
"Bayaran yang dikenali sebagai pax ini dibuat bagi memastikan setiap pesalah menanggung akibat dan mangsa pula menerima imbuhan daripada kecelakaan yang menimpa mereka. ",
"Pada abad ke 12, masyarakat Perancis mula merujuk bayaran ini sebagai paier, berbentuk imbuhan secara am yang perlu dibayar selepas sesuatu perkhidmatan atau insiden, menyebabkan kita pun merujuk gaji sebagai pay.",
" Tetapi di banyak negara Eropah, mereka masih menggunakan istilah ini yang bunyinya agak klasik. ",
"Stipend merupakan istilah yang diguna masyarakat Eropah zaman dahulu bagi merujuk kepada gaji yang dibayar raja kepada tentera atau askar. ",
"Dana yang digunakan oleh raja bagi membuat pembayaran pula, datangnya daripada stipendium atau kutipan cukai yang menjadi sumber kepada gaji askar yang berkhidmat.",
"Rasanya inilah istilah sinonim dengan gaji yang paling popular di Malaysia. Pernahkah anda terfikir dari mana datangnya istilah ini? ",
"Salary hadir daripada budaya kalangan askar era Rom terdahulu, yang berkhidmat dengan pemerintah. ",
"Hasil perkhidmatan mereka dibayar menggunakan bahan garam yang pada ketika itu dilihat sama nilai dengan emas zaman sekarang, kerana mampu digunakan untuk bermacam jenis cara masakan serta mengawet makanan.",
"Sistem bayaran ini dikenali dengan nama salarium, di mana askar bersetuju untuk menerima garam sebagai pampasan. ",
"Untuk yang terakhir, mari kita lihat dari mana datangnya istilah gaji pula. Cuba teka dari mana datangnya istilah ini? ",
"Gaji adalah saduran istilah bahasa Belanda gage, yang membawa makna pendapatan seseorang atas khidmatnya mula diamalkan semasa penjajahan Belanda di sekitar sini. ",
"Istilah gage ini pula merupakan istilah pinjaman dari bahasa Perancis 'gage' yang mempunyai ejaan dan makna serupa. Uniknya, daripada istilah asal bahasa Perancis ini, wujud juga istilah wage akibat perubahan dialek di kalangan penutur bahasa Perancis di bahagian utara. ",
"Sebelum istilah gaji yang ada sekarang terbentuk, masyarakat kita pernah juga menulis istilah ini dengan ejaan gadjie sebelum diringkaskan corak tulisannya."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-selebriti-hiburan-yang-namanya-diambil-dari-tokoh-sejarah.html | 5 Selebriti Terkenal Yang Namanya Diambil Dari Tokoh Sejarah | [
"Jika anda gemar mengkaji sejarah barat, anda pasti akan menemui beberapa nama yang seringkali kita dengar bagi merujuk kepada selebriti atau artis barat yang popular.",
"Apabila timbul situasi sebegini, jika anda sama seperti penulis pasti anda akan mula memikirkan adakah persamaan ini disengajakan atau memang hanya sebuah kebetulan yang terjadi. ",
"Pernahkah anda terfikir kenapa ada segelintir tokoh hiburan mempunyai nama baik nama sebenar atau nama samaran yang berkait dengan tokoh sejarah? Berikut adalah lima individu dalam industri hiburan yang namanya wujud dalam buku-buku teks sejarah zaman lampau.",
"Bintang hip-hop di Amerika Syarikat satu ketika dahulu sebelum insiden pembunuhan beliau yang didalangi persengketaan antara dua puak bertelagah pada tahun 1996, menamatkan karier Tupac Amaru Shakur. ",
"Sehingga hari ini dikenang sebagai individu paling berpengaruh dalam mempopularkan budaya dan muzik hip-hop, nama sebenar Tupac selepas lahir adalah Lesane Parish Crooks. ",
"Namun dia diberikan nama tidak rasmi oleh ibunya, Afeni Shakur dengan nama Tupac Amaru Shakur - nama yang menjulang dirinya dan diambil daripada nama tokoh pemberontakan masyarakat Peru, dengan nama hampir serupa digabung dengan nama keluarga ibunya.",
"José Gabriel Túpac Amaru atau Tupac Amaru II adalah pejuang yang mengetuai masyarakat yang menetap disekitar Banjaran Andes, bangkit melawan kependudukan Sepanyol di sana - dengan hasrat mahu memulakan kembali legasi tamadun Inca yang pernah bertapak di kawasan tersebut.",
"Lahir pada tahun 1742, Tupac Amaru dibesarkan keluarga makciknya akibat kematian kedua ibu bapanya, yang mendidik beliau sebagai seorang yang kuat serta teguh dengan pegengan agama. ",
"Oleh kerana kedudukan mendiang ayahnya yang terkenal sebagai pegawai majistret dalam organisasi kerajaan Inca, Tupac mewarisi jawatan itu setelah cukup umur mentadbir jajahan yang sebelum itu ditadbir ayahnya. ",
"Pengaruh beliau serta legasi ayahnya membolehkan Tupac menyatukan masyarakat mereka untuk bangkit melawan pemerintahan Sepanyol, yang pada ketika itu banyak mengenakan dasar yang menekan penduduk.",
"Berdepan tentera Sepanyol yang lebih lengkap serta ramai, akibat pembelotan dalaman, Tupac ditangkap pada 15 Mei 1781. Selama 3 hari dia diseksa. ",
"Tanggal 18 Mei 1781, Tupac Amaru terpaksa menyaksikan sendiri isteri dan anaknya dibunuh di depan mata sebelum dia dihukum mati, dengan keempat-empat tangan dan kakinya diputuskan dari tubuh terlebih dahulu selepas ditambat kepada kuda, sebelum kepalanya dipenggal kerana memberontak menentang pemerintah.",
"Wajah Madonna sekarang memang sudah jauh berbeza dengan satu ketika dulu, besar kemungkinan akibat obsesi penyanyi ini untuk melakukan bermacam jenis prosedur bagi mengembalikan seri wajah. ",
"Namun kita tidak boleh menafikan ketika muda, Madonna merupakan antara bintang paling cantik dan seksi di Hollywood. Tetapi tahukah anda apa sebenarnya cerita di sebalik nama beliau? ",
"Madonna Louise Ciccone lahir pada tahun 1958 hasil pasangan daripada etnik Itali belah bapa dan Perancis di pihak ibunya. Dia dinamakan dengan nama itu, bagi mewarisi nama ibunya Madonna Fortin, terkenal di sekolah kerana gemar melakukan aksi yang agak keterlaluan serta seksi walaupun belajar di sekolah Katolik.",
"Istilah 'Madonna' datang daripada istilah Itali 'ma donna' yang digunakan bagi merujuk kepada seorang wanita atau 'my lady.' ",
"Di kalangan masyarakat Itali yang menganut ajaran Kristian, mereka juga kerap merujuk ibu kepada Jesus Christ iaitu Mary sebagai 'ma donna' bagi menggambarkan kedudukan tokoh itu dalam masyarakat dan kepercayaan mereka.",
"Sekitar abad ke 17, penggunaan istilah 'ma donna' mula digunapakai dalam terjemahan kitab Bible dibeberapa kawasan tertentu secara jelas merujuk kepada Mary, khususnya di kawasan di mana aliran Katolik mempunyai pengaruh kuat sehinggakan ada pendapat menyebut lebih baik istilah 'ma donna' dikhususkan hanya untuk penggunaan ini.",
"Tetapi disebabkan oleh kemunculan seorang bintang pop bernama Madonna yang memang mempunyai nama sebenar dengan nama itu, perbincangan berkenaan kesesuaian larangan penggunaan nama tersebut untuk subjek lain mula dibangkitkan.",
"Anda mungkin mengenali pelakon Anne Hathaway sebagai pemain kepada watak Catwoman dalam siri filem Batman arahan Christopher Nolan. ",
"Bagi peminat sastera klasik, nama itu sebenarnya lebih mirip dengan seorang tokoh sastera paling besar dan paling berpengaruh dalam dunia penulisan barat.",
"Anne Hathaway adalah nama kepada isteri penulis William Shakespeare, penulis kepada kisah Romeo and Juliet, Hamlet, Macbeth serta banyak lagi cerita yang terus diolah dan diadaptasi sehingga ke hari ini.",
"Berusia 8 tahun lebih tua berbanding suaminya, Anne Hathaway lahir di Warwickshire, England pada tahun 1556. Melangsungkan perkahwinan pada tahun 1582, pasangan Shakespeare dikurniakan 3 orang anak. ",
"Walaupun Anne Hathaway era moden berkongsi nama dengan salah seorang tokoh dalam sejarah, dia secara peribadi kurang senang dengan namanya yang memang diambil daripada tokoh sejarah itu oelh ibunya, lebih selesa digelarkan 'Annie' dalam rutin seharian.",
"Dido muncul sekitar tahun 1999, menggemparkan dunia muzik antarabangsa dengan sebuah album yang segar dan unik bagi zaman tersebut. ",
"Kejayaan album berjudul 'No Angel' itu menjadikan beliau layak tersenarai dalam senarai 30 album paling laris jualannya di United Kingdom dan kekal dalam senarai sehingga sekarang.",
"Lahir dengan nama yang aneh serta diakui tuan punya badan sendiri iaitu Florian Cloud de Bounevialle O'Malley Armstrong. ",
"Walaupun mempunyai nama panjang, ibu dan ayahnya menamakan dia dengan nama samaran 'Dido' (disebut Dai-do), diambil daripada nama Permaisuri Dido, pengasas kepada kerajaan Carthage yang terletak kini disekitar Tunisia, ditubuhkan pada tahun 814SM.",
"Kisah berkenaan bagaimana Permaisuri Dido menubuhkan empayar itu bagaimanapun disangkal dek ketiadaan bukti atau penemuan yang sahih berkenaannya. ",
"Banyak rujukan tentang Dido direkodkan dalam bentuk penulisan peribadi serta sajak, khususnya dalam koleksi sajak Latin berjudu Aeneid, yang menceritakan tentang seorang pahlawan kota Troy bernama Aeneas yang bertemu dengan Permaisuri Dido, yang akhirnya berakhir dengan rasa suka sama suka.",
"Sejak dari dulu penulis merasa aneh kenapa seorang lelaki yang aneh seperti Marilyn Manson, mempunyai nama yang aneh. Sama ada anda seorang peminat muzik Marilyn Manson atau tidak, kami yakin anda sekurang-kurangnya tahu tentang kewujudan beliau. ",
"Identiti beliau unik dan ganjil, jika dibandingkan dengan pemuzik-pemuzik lain sezamannya. Brian Hugh Warner lahir pada tahun 1969, mempunyai etnik Inggeris, Jerman dan Poland memulakan kerjaya dalam bidang hiburan sebagai seorang jurnalis.",
"Perkenalannya dengan individu berpengaruh dalam industri membuka jalan kepada beliau untuk menceburi bidang bidang muzik. Dia memberanikan diri berhijrah ke Florida bagi memulakan sebuah kugiran baru. ",
"Bagi membentuk persona pentas, Brian menggabungkan dua nama iaitu nama ikon hiburan Hollywood dekad 1960-an iaitu Marilyn Monroe serta nama Charles Manson, ketua kepada kultus, pembunuh bersiri terkenal serta seorang ahli muzik di Amerika Syarikat yang mendominasi media ekoran perbuatannya dalam dekad sama."
] |
https://iluminasi.com/bm/bahasa-malta-satu-satunya-bahasa-arab-yang-ditulis-dengan-rumi.html | Bahasa Malta : Satu-Satunya Dialek Arab Yang Ditulis Dengan Tulisan Rumi | [
"Dalam membicarakan penulisan atau skrip bahasa Arab, kita tidak boleh lari daripada menggabungkan bahasanya dengan sistem tulisan berasaskan huruf Arab yang mengandungi 28 jenis abjad.",
"Walaupun ada varian tulisan berbeza yang diasaskan daripada sistem tulisan Arab ini diamal seperti tulisan Jawi di Malaysia untuk menulis bahasa Melayu, huruf Arab sinonim dengan bahasa Arab. Kedua-duanya sukar untuk diasingkan.",
"Tetapi tahukah anda ada varian bahasa Arab berbeza, yang ditulis bukan dengan abjad Arab - sebaliknya menggunakan sistem tulisan Latin atau Rumi? ",
"Negara kepulauan Malta mempunyai identiti unik di kalangan masyarakat dunia, kerana kedudukannya yang terletak di antara dua buah masyarakat yang mengamalkan budaya berbeza.",
"Sekiranya anda buka peta dunia, anda akan mendapati Malta terletak di Lautan Meditteranean, di antara Kepulauan Sicily di Itali dan bahagian timur laut Tunisia, sebuah negara Arab dalam benua Afrika.",
"Di sekelilingnya, Malta dikelilingi negara Arab lain seperti Libya, Mesir dan Algeria dengan Malta pula diiktiraf sebuah negara Eropah.",
"Ekoran daripada kedudukan Malta sebagai sebuah negara kepulauan yang dikelilingi dua masyarakat jauh berbeza, sejarah Malta menyaksikan pertembungan pelbagai pengaruh yang datang dari Itali dan Greece di sebelah Eropah serta negara Arab di benua Afrika, membawa impak besar kepada komuniti di Malta.",
"Salah satu kesan ketara yang masih diamalkan di Malta, adalah penggunaan bahasa berbentuk hibrid; gabungan elemen bahasa Arab dari Afrika dengan bahasa Latin Baru yang dibawa dari pengaruh Eropah. ",
"Percampuran ini membentuk apa yang kita namakan sebagai bahasa Malta atau Maltese, satu-satunya cabang bahasa di dunia yang mengandungi bahasa Arab sebagai penyumbang kosa kata yang besar tetapi ditulis dalam bentuk Rumi atau Latin. ",
"Pada tahun 2004, Kesatuan Eropah menyenaraikan Maltese sebagai salah satu bahasa rasmi di Eropah, menjadikan bahasa itu satu-satunya bahasa yang berorientasikan Arab diiktiraf di sana.",
"Dikategorikan sebagai salah satu bahasa Semitik dalam kajian bahasa, Maltese menggabungkan dialek Arab dari Algeria dan Tunisia dengan bahasa Itali dan bahasa Sicily, bahasa masyarakat tempatan Kepulauan Sicily.",
"Selepas perpecahan empayar Rom kepada dua bahagian, Kepulauan Malta jatuh ke tangan Empayar Rom Barat sekitar abad ke 4. Pada era Empayar Rom Byzantine, kemasukan orang-orang Yunani atau Greece ke sana digiatkan, membawa bersama budaya baru yang membentuk asas ketamadunan di sana.",
"Pertukaran budaya ini bagaimanapun mengalami perubahan besar selepas Malta bertukar tangan, dalam perkembangan empayar kerajaan Islam di bawah Khalifah ar- Rashid dengan Empayar Rom Byzantine. ",
"Selepas Kepulauan Sicily jatuh ke tangan kerajaan Islam, angkatan tentera Islam berjaya menguasai pemerintahan Malta sekitar abad ke 10, membawa perubahan besar kepada komuniti kepulauan itu khususnya dalam bidang pertanian serta pengenalan bahasa berbeza.",
"Malta diperintah oleh Empayar Islam Sicily yang berpusat di Balarm (kini dinamakan semula sebagai dengan nama asalnya Palermo), membangun pesat serentak dengan Sicily yang akhirnya menjadi antara pusat ekonomi utama di Eropah. ",
"Migrasi di antara dua pulau itu selama beberapa abad membentuk perkongsian bahasa yang kini dikategorikan sebagai Arab-Sicily (Siculo-Arabic).",
"Pada tahun 1091, orang-orang Normandy hasil gabungan masyarakat Viking, Frank dan Rom berjaya merampas Kepulauan Malta daripada orang Islam, selepas kejatuhan kota Mdina yang dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Islam di sana. Nota : Kota Mdina ini masih dipelihara sehingga ke hari ini!",
"Ekoran daripada perubahan tampuk kepimpinan, pengaruh Islam dibawa masyarakat Arab mula lemah diganti dengan ajaran Kristian, yang turut memperkenalkan sistem tulisan Latin kepada masyarakat di Malta.",
"Walaupun dipengaruhi Kristian dan sistem abjad Latin, istilah-istilah serta dialek yang diwarisi daripada masyarakat Arab selama lebih 220 tahun pemerintahan kekal diamal. Jika dianggarkan keseluruhan kosa kata Maltese zaman moden, masih ada anggaran 1/3 perkataan dalam Maltese adalah istilah Arab.",
"Usaha kuat mubaligh Kristian menjadikan tulisan Latin sebagai tulisan rasmi membawa kepada keperluan masyarakat Malta untuk menterjemahkan istilahArab yang telah mereka gunapakai ke bentuk tulisan Latin, yang dibuat secara terjemahan terus.",
"Ini menjadikan bunyi yang disebut warga Malta masih kuat berbunyi 'Arabnya' walaupun dari segi tulisan, sukar untuk kita percaya wujudnya elemen Arab dalam pertuturan dan penulisan mereka. ",
"Segelintir masyarakat Malta sendiri kadangkala tidak menyedari bahawa apa yang mereka sebut, tulis dan baca setiap hari - sebenarnya berasal dari dialek orang Arab yang berjiran dengan mereka, dek identiti Eropah yang sudah menjadi tunjang masyarakat di sana.",
"Perang politik, pertukaran kerajaan, perkongsian budaya serta migrasi yang berlaku menjadikan Malta masyarakat yang unik, kerana mulut mereka boleh bercakap Arab tetapi jika disuruh menulis, tak ramai agaknya yang tahu alif baa taa."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-negara-yang-mengalami-krisis-air-terburuk-dunia.html | 5 Negara Yang Mengalami Krisis Air Terburuk Dunia | [
"Air merupakan isu yang kompleks memandangkan tiada satu punca utama bagi krisis air global. Kekurangan air ialah cara yang lebih objektif untuk membandingkan ketersediaan (atau kekurangannya) air merentas negara, biasanya mewakili nisbah permintaan air rantau kepada bekalan air.",
"Ini bermakna kita boleh mengukur krisis air secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, ini tidak mengambil kira semua risiko yang terlibat dalam krisis air global. Oleh itu, \"krisis air\" ( Water stress) adalah istilah yang lebih luas yang digunakan untuk merujuk ketiadaan air yang boleh diminum yang mencukupi untuk memenuhi permintaan.",
"Kali ini, kami ingin kongsikan 5 negara yang mengalami krisis bekalan air terburuk di dunia. Walaupun negara Malaysia walaupun tiada dalam senarai ini, itu bukanlah bermakna kita boleh membazirkan bekalan air bersih kita sewenang-wenangnya. ",
"Nota: Senarai ini bedasarkan keduduka yang dikeluarkan oleh World Resources Institute.",
"Krisis air Jordan juga seteruk jirannya. Sungai Jordan hari ini mengalir kurang daripada 10% daripada puratanya. Laut Mati, tarikan pelancong utama di negara ini, juga cepat kering kerana sungai-sungai yang memberinya bekalan sangat berkurangan. ",
"Banyak sungai ini dikongsi dengan Israel dan Syria, mengalihkan air ke hulu untuk kegunaan mereka sendiri. Dengan sedikit peluang untuk berunding dengan negara-negara ini kerana hubungan yang tegang, Jordan terpaksa bergantung pada akuifer air bawah tanahnya untuk memberikan sumber airmemuaskan dahaga penduduknya yang semakin meningkat.",
" Keadaan ini telah memberi tekanan yang teruk pada akuifer, yang kini dialirkan pada kadar dua kali ganda kadar ia boleh diisi semula secara semula jadi. Dengan hampir 60% bekalan air Jordan datang daripada akuifer yang dieksploitasi secara berlebihan dan perubahan iklim yang merumitkan lagi isu ini, Jordan menghadapi kekurangan air yang besar dalam masa terdekat.",
"Banyak isu telah menyumbang kepada ketersediaan sumber air di Iran termasuk hujan tahunan yang rendah dan corak pengagihan air permukaan, perubahan iklim dan ketidakstabilan ekonomi dan politik di negara itu.",
"Dalam 20 tahun yang lalu, Iran telah kehilangan lebih 200 kilometer padu air tersimpannya, manakala paras air bawah tanah juga menurun dengan cepat pada kadar purata 28 cm setahun. Badan air permukaan di seluruh Iran, seperti Tasik Urmia dan tanah paya lembangan Helmand cepat berkurangan disebabkan peningkatan kemarau dan penggurunan serta penggunaan air yang berlebihan.",
" Peralihan daripada penggunaan sistem pengairan qanat tradisional kepada teknologi pertanian pengairan moden juga telah menyebabkan pengambilan air secara berlebihan. Selain itu, 77% daripada tanah di Iran hari ini mengalami kemarau antropogenik akibat penggunaan air bawah tanah tiga kali lebih tinggi daripada kadar ianya diisi semula secara semula jadi.",
"Sebuah lagi negara di Timur Tengah, Lubnan, kini menghadapi krisis air yang teruk yang diburukkan lagi oleh kejatuhan ekonomi yang mencengkam negara itu. Menurut UNICEF, kira-kira 70% penduduk negara ini menghadapi kekurangan air yang kritikal.",
"Manakala pada 2019, empat liter air botol berharga 1000 paun Lubnan, hari ini, jumlah yang sama boleh membeli hanya satu botol 500 ml, kenaikan harga lapan kali ganda. Lubnan juga mengalami sistem pengurusan air negara yang tidak cekap dengan isu-isu seperti kekurangan penyelenggaraan dan peraturan undang-undang, kehilangan air yang tidak dikira dan pemadaman berterusan.",
"Ditambah lagi dengan kemasukan lebih 1.7 juta pelarian Syria di negara itu, meningkatkan lagi isu kekurangan air.",
"Israel mempunyai salah satu teknologi dan amalan pengurusan air terbaik dunia. Negara ini menghasilkan hampir 85% daripada air yang boleh diminum daripada air laut atau air payau melalui proses penyahgaraman berskala besar.",
"Walau bagaimanapun, di sebalik pengurusan air yang baik, negara ini berada pada kedudukan tinggi dalam senarai negara yang berisiko menghadapi krisis air. Walaupun Israel terus berinovasi untuk memastikan air yang mencukupi kepada rakyatnya, perubahan iklim dan permintaan minum yang sangat tinggi untuk negara yang berkembang pesat dan membangun diramalkan akan meletakkan sistem itu di bawah tekanan yang besar.",
" Menurut kajian saintifik, Isreal menyahgaram hanya 0.5 bilion m3 air pada 2020. Pada 2065, angka ini dijangka setinggi 3.7 bilion m3 setahun, menuntut pembinaan 30 unit mesin penyahgaraman baharu untuk memenuhi keperluan ini. Ia juga memerlukan peningkatan bekalan elektrik untuk loji penyahgaraman.",
"Justeru, dekad-dekad yang akan datang pastinya akan menjadi cabaran kepada negara dalam era perubahan iklim dan isu-isu alam sekitar global yang lain.",
"Sebagai sebuah negara yang gersang dengan hanya kira-kira 82 mm hujan tahunan, Qatar secara semula jadi mengalami masalah krisis bekalan air. Bagaimanapun, sektor minyak dan gas asli yang berkembang pesat telah membolehkan negara ini berkembang pesat dalam beberapa dekad kebelakangan ini dan melabur dalam teknologi canggih untuk mengekstrak air.",
"Namun, penggunaan berlebihan dan pembaziran air di Qatar membimbangkan. Negara ini mempunyai salah satu kadar penggunaan air domestik tertinggi di dunia, dengan purata 430 liter air yang digunakan setiap hari oleh isi rumah! ",
"Selain itu, banyak air digunakan untuk memastikan tanaman dan tumbuhan di negara ini sihat bagi mengimbangi kada taburan hujan yang rendah. Qatar memperoleh sebahagian besar airnya untuk kegunaan pertanian daripada akuifer air bawah tanah, tetapi kadar penggantian air secara semula adalah kurang daripada kadar pengekstrakan air, mengurangkan paras air dalam akuifer dan meletakkan sumber air negara di bawah tekanan yang melampau."
] |
https://iluminasi.com/bm/masalah-kecurangan-implikasi-buruk-yang-semakin-melanda-malaysia.html | Masalah Kecurangan : Implikasi Buruk Yang Semakin Melanda Malaysia | [
"Dengan meningkatnya penggunaan media sosial sebagai platform penyampaian informasi, kita turut menyaksikan berita berkenaan kecurangan di kalangan pasangan semakin kerap dikongsikan. ",
"Berita sensasi sebegini mengakibatkan kita terfikir adakah benar kadar kecurangan semakin meningkat atau ini satu propaganda yang diperbesarkan, akibat populariti media sosial? ",
"Adakah faktor mudahnya komunikasi berlaku di antara individu luar lingkungan kenalan menjadi punca masalah perselingkuhan kerap berlaku? ",
"Kenapa kes curang semakin kerap berlaku dan apakah faktor yang menyumbang kepadanya? Jom kita pelajari topik ini.",
"Seandainya kita nilai sentimen masyarakat, automatik majoriti mengatakan lebih ramai lelaki berlaku curang terhadap pasangan jika dibandingkan dengan kaum perempuan. ",
" Kecurangan adalah punca kedua yang membawa kepada keruntuhan rumahtangga untuk setiap jantina; ketiadaan persefahaman menjadi punca utama. ",
"Namun statistiknya menampakkan keseimbangan yang penulis tak jangkakan bila kita membicarakan tentang angka kejadian curang; ",
"11.8% suami memohon perpisahan kerana isteri mereka curang sementara 20.5% perempuan menggunakan alasan sama menuntut diceraikan. Jurangnya tak sebesar mana kan?",
"Mungkin ada akan mengatakan banyak perempuan memilih mendiamkan diri tentang kecurangan suami sendiri. ",
"Tidak dapat dinafikan situasi sebegitu memang berlaku tetapi kita harus juga terima secara statistiknya, itulah angkanya.",
"Sesuatu yang agak membuka mata penulis - hanya 2.8% kaum isteri di negara kita mahu diceraikan kerana enggan bermadu. ",
"Ini menunjukkan, daripada anda sebagai suami berlaku curang, wanita tampak lebih terbuka menerima suami kahwin dua. Hahaha.",
"Satu perkara menakutkan diceritakan perunding psikologi keluarga dan guaman syarie, Puan Suzana Ghazali adalah statistik yang diperoleh berdasarkan sesi kaunseling yang telah beliau jalankan. ",
"Menurut beliau, daripada 10 kes kecurangan melibatkan kaum isteri, 9 daripadanya berlaku di antara wanita itu dengan lelaki berstatus suami orang. ",
"Apabila diajukan sebab kenapa keterlanjuran berlaku, majoriti wanita terlibat menyalahkan suami sebagai punca, gagal melaksanakan tanggungjawab sendiri.",
"Statistik ini walaupun tidaklah boleh dikira rasmi dek jumlah responden yang terlalu kecil, agak mengejutkan kerana mencabar persepsi yang sering digembar-gemburkan masyarakat.",
"Kita biasa mendengar kaum suami curang dengan wanita bujang sebagai kisah standard, tetapi siapa sangka wanita berkahwin lebih gemar curang dengan lelaki berkahwin?",
"Mari kita bincangkan pula sebab-musabab kenapa lelaki atau wanita mampu berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.",
"Anda ingin tahu adakah kes curang semakin menjadi-jadi di negara kita? Ya, angkanya meningkat mendadak. ",
"Menurut Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh, angka pasangan berlaku curang meningkat sehingga 30 ke 40% jika dibandingkan dengan 1 dekad dahulu. ",
"Menurut beliau, majoriti kes curang terkini yang beliau tangani mempunyai satu persamaan ketara; pengaruh media sosial sebagai 'orang tengah'.",
"Media sosial baik melalui Whatsapp dan Facebook memberikan individu dalam rumahtangga bermasalah, ruang yang lebih terbuka dalam mendapatkan platform mengisi kekosongan di hati mereka. ",
"Pendapat ini disokong Ketua Hakim Mahkamah Syariah Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.",
"Beliau menyifatkan penggunaan media sosial tanpa kawalan di antara suami dan isteri, bukan saja mampu mengisi kesunyian individu bahkan bertanggungjawab menimbulkan syak wasangka di antara pasangan, yang membawa kepada masalah lebih besar.",
"Sebagai contoh semakin ramai individu berstatus suami atau isteri gemar membandingkan hubungan sendiri dengan pasangan lain, yang dapat mereka saksikan dalam perkongsian media sosial.",
"Perbandingan yang dibuat walaupun kelihatan seakan gurauan, sebenarnya mempunyai implikasi besar terhadap pemikiran dan tahap kepercayaan di antara pasangan.",
"Sehinggakan ada individu tidak lagi realistik dalam menuntut hak dalam rumahtangga, menjurus kepada kecenderungan untuk curang selepas dinafikan permintaan oleh pasangan yang sah.",
"Tak kiralah anda suami atau isteri, pasti anda pernah rasa tercabar melihat perkongsian pasangan lain di media sosial.",
"Jika anda positif, pasti anda akan menjadikannya inspirasi memperbaiki hubungan. ",
"Namun kebanyakan kes curang yang semakin kerap berlaku didakwa berpunca daripada sikap suka membanding yang wujud akibat terpengaruh dengan media sosial. ",
"Rasa sedih tidak dilayan seperti Raja atau Permaisuri membawa kepada rasa tekilan. ",
"Dalam peringkat ini, individu yang sudah berumahtangga akan mula tercari solusi dan pencarian mereka terjawab dengan kehadiran orang ketiga.",
"Bermula dengan hubungan sebagai rakan sepejabat atau kenalan di media sosial, akhirnya bertukar menjadi orang yang dipercayai kerana sanggup mendengar permasalahan rumah tangga. ",
"Bila dah percaya, akhirnya batas yang ada musnah kerana merasakan orang lain adalah ubat yang mampu mengubati duka lara. Nak curang dengan individu tak kita kenali pun mudah zaman sekarang.",
"Kita hanya perlu memberanikan diri menghantar mesej peribadi, bagi memulakan bicara. Gambar profil dah ada, hobi, kegemaran, kemahiran semua dah dikongsi kepada dunia maya.",
"Tinggal nak ajak berjumpa saja bila rasa percaya dah bertukar menjadi mesra.",
"Bila tertangkap, mulalah disalahkan pasangan sendiri yang sah dan halal kerana gagal memenuhi kesunyian dan keperluan berteman yang dirasai setiap hari.",
"Sedangkan realitinya, kalau kita tak benarkan sesuatu berlaku, takkan jadi kelaku buruk itu."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-pemain-bola-sepak-bertaraf-dunia-yang-berkait-dengan-indonesia.html | 5 Pemain Bola Bertaraf Dunia Yang Berkait Dengan Indonesia | [
"Era penjajahan Belanda di Indonesia mempunyai impak besar, bukan saja mengubah masyarakat Indonesia bahkan kesannya dirasai masyarakat Belanda di Eropah sana.",
"Hasil percampuran dua masyarakat berbeza akibat penghijrahan secara dua hala, ramai waris berketurunan campuran Belanda dan Indonesia dapat ditemui. Salah satu bidang yang kelihatan jelas susur-galur ini, melibatkan pemain bola sepak di Eropah, khususnya di Belanda dan Belgium.",
"Berikut adalah lima pemain bola sepak terkenal yang mempunyai identiti sebegini, membesar bukan saja sebagai warga Eropah yang berjaya tetapi mewarisi darah, budaya dan adat Asia dari jiran kita Indonesia.",
"Robin Van Persie mencipta nama sebagai pemain berbakat tetapi kurang berdisiplin bersama kelab Feyenoord di Belanda, sebelum naik menjadi penyerang utama kelab Arsenal dan tonggak utama Manchester United yang membawa kepada banyak piala.",
"Prestasi memuncak sebagai penjaring gol handalan membolehkan Van Persie menjadi tonggak pasukan kebangsaan Belanda untuk beberapa tahun, sebelum memilih untuk bersara. Kini dia bertugas sebagai jurulatih dengan bekas kelabnya Feyenoord.",
"Sebetulnya, beliau bukanlah berdarah Indonesia walaupun digembar-gemburkan warga Indonesia sebelum ini. Ye lah, dia pemain paling berprofil tinggi dalam senarai ini mestilah ramai yang nak ada berkait dengan dia.",
"Banyak pihak berkongsikan kisah bahawa Van Persie mempunyai nenek yang menetap di Surabaya, sehinggakan ayahnya Robert Van Persie terpaksa melakukan kenyataan pada tahun 2014 menafikan maklumat tersebut. ",
"Van Persie 100% orang Belanda!Tetapi moyangnya merupakan pegawai tentera Belanda, yang telah membawa keluarga termasuklah neneknya menetap di Indonesia, menjadi punca kenapa ramai rakyat Indonesia claim Van Persie mempunyai darah Indonesia dalam badannya.",
"Salah tanggapan ini masih berlangsung sehingga ke hari ini walaupun sudah hampir satu dekad penafian tentangnya dibuat.",
"Marilah kita beralih kepada pemain handalan di Eropah yang benar-benar berdarah Indonesia. Salah seorang pemain berprofil tinggi yang terkenal adalah Radja Nainggolan. Nama dia pun 'Raja'.",
"Memegang kewargenegaraan Belgium, Nainggolan mencipta nama sebagai tonggak utama kelab Inter Milan di Itali serta perancang tengah Belgium untuk tempoh 8 tahun.",
"Masih aktif bermain, Nainggolan merupakan anak kepada ibu dari Belgium dan ayahnya Marianus merupakan warga Indonesia berketurunan Batak dari Sumatera. Status itu membolehkan Nainggolan memilih sama ada mewakili Indonesia atau Belgium sebagai pemain kebangsaan.",
"Walaupun bergelar bintang, Nainggolan tidak dapat lari kontroversi sepanjang kariernya akibat ketagihan merokok. Pada penghujung tahun 2022, dia ditamatkan kontrak bersama kelab Antwerp di Belgium, kerana merokok (vape) di bangku simpanan semasa perlawanan liga sedang berlangsung.",
"Sepanjang karier , memang sudah diketahui dia tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu walaupun bergelar pemain tonggak. Tetapi merokok di bangku simpanan, memang layak dikatakan agak melampau. ",
"Apatah lagi dia sedap merokok bila pasukannya tewas 3-0 dalam perlawanan itu. ",
"Jika kita bandingkan nama Giovanni van Bronchkhorst dengan perancang tengah pasukan Belanda yang lain, nama beliau mungkin mempunyai profil lebih rendah.",
"Namun van Bronchkhorst mempunyai reputasi yang baik di mana saja beliau bermain; terkenal sebagai pemain yang rajin, berdedikasi dan serius dalam karier beliau. ",
"Mentaliti itu membolehkan van Bronchkhorst menjadi antara pengurus muda berprofil tinggi selepas persaraannya, membawa kepada kerjaya bersama kelab Feyenoord di Belanda di mana dia beroleh banyak kejuaraan serta Glasgow Rangers di Scotland.",
"Uniknya, van Bronchkhorst merupakan generasi ketiga kumpulan pendatang dari Indonesia yang hadir di Belanda. ",
"Perang saudara di antara pemberontak Maluku menentang kerajaan Indonesia yang baru ditubuhkan, berakhir dengan kerajaan berjaya mendesak lawan, memberikan mereka pilihan sama ada setuju bergelar warganegara Indonesia atau dihantar 'pulang' ke Belanda.",
"Datuk dan neneknya menjadi antara penumpang 12 kapal yang memuatkan 12,500 orang dari Maluku, berani berhijrah ke negara baru mencuba nasib di sana. Setibanya mereka di sana, komuniti itu ditempatkan di The Hague, Belanda. ",
"Dari komuniti pendatang inilah ayahnya Victor Van Bronckhorst, seorang individu berketurunan Indo-Belanda dan ibunya, Fransien Sapulette, berketurunan Maluku bertemu. ",
"Untuk dua pemain terakhir dalam senarai ini, kita akan membincangkan berkenaan dua bintang Belanda yang terkenal kerana reputasi sebagai pemain yang paling agresif serta kasar atas padang. ",
"Lahir pada tahun 1983, identiti ke-Indonesiaan dalam keluarga John Gijsbert Alan Heitinga sangat kuat kerana datuknya Gijsbert Johannes Heitinga berasal dari Pulau Belitung, Sumatera atau dikenali sebagai Billiton di kalangan komuniti Belanda di sana.",
"Anak kepada Gijsbert dan ayah kepada Johnny, Robert Heitinga juga lahir di Jakarta, Indonesia bersama 3 lagi adik beradiknya. Pada tahun 1959, Gijsbert membawa keluarganya ke Belanda bagi memulakan hidup baru. Di sana Johnny dilahirkan.",
"Heitinga terkenal sebagai pemain pertahanan tengah kental serta sukar berkonfrontasi atas padang. Walaupun terkenal dengan reputasi itu, stigma tersebut tidak menghalang Heitinga daripada mempunyai karier panjang.",
"Dia berkhidmat bersama kelab besar seperti Ajax Amsterdam, Athletico Madrid dan Everton, bermain dengan pasukan kebangsaan Belanda hampir 10 tahun dalam 87 penampilan serta dipanggil menyertai Piala Eropah 2 kali dan Piala Dunia 2 kali.",
"Kami akhiri artikel ini dengan memaparkan sejarah seorang lagi pemain kontroversi, bekas pemain tengah Belanda yang membuatkan ramai meradang, iaitu Nigel de Jong. ",
"Namanya menjadi sebutan akibat corak permainan kerasnya, yang sudah beberapa kali mengakibatkan pemain lain mengalami kecederaan. Sehingga de Jong bergelar 'Pemusnah' atau The Destroyer di kalangan pemain bola sepak profesional.",
"Dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 yang menyaksikan 'trio main kasar' Belanda, iaitu Marc Van Bommel, Johnny Heitinga dan Nigel de Jong melakukan kekasaran demi kekasaran ke atas pemain Sepanyol, satu insiden melibatkan de Jong menjadi sebutan ramai.",
"Kami yakin peminat bola sepak takkan lupa tendangan ala kung-fu beliau dalam perlawanan terhadap pemain tengah Sepanyol, Xabi Alonso. Aksi itu bagaimanapun tidak membawa kepada kad merah, sebaliknya dia hanya dihukum kad kuning.",
"Kini bergelar pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Belanda, latar belakang de Jong unik kerana latar belakang beliau terhasil daripada gerakan kolonial Belanda yang dimulakan beberapa ratus tahun dahulu. ",
"Ibu beliau Marja Woldberg merupakan seorang wanita beretnik Belanda yang lahir di bandar Ambon, Kepulauan Maluku beberapa tahun sebelum keluarga ibunya kembali ke Belanda, selepas kemerdekaan Indonesia. Ayahnya Jerry de Jong, adalah seorang warga Suriname yang lahir semasa negaranya masih di bawah jajahan Belanda.",
"Selepas Suriname mencapai kemerdekaan pada tahun 1975, Jerry berhijrah ke Belanda dan memulakan keluarga di sana, bertemu dengan Marja. Pasangan itu dikurniakan anak tunggal yang dinamakan Nigel pada tahun 1984.",
"Mewarisi bakat ayahnya yang juga seorang pemain kebangsaan Belanda, Nigel terpilih menyertai akademi elit Ajax Amsterdam, yang membawa dia menjadi antara tonggak kelab tersebut. ",
"Selepas Belanda, Nigel de Jong berhijrah ke England bersama kelab Manchester City dan berkelana ke Itali bersama AC Milan, menjadi perisai utama kelab dan pasukan kebangsaan Belanda yang ditakuti ramai pemain lain kerana tak ada orang suka dicederakan 'Sang Pemusnah.'"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-teknologi-baru-yang-sebenarnya-dah-lama-wujud.html | 5 Teknologi 'Baru' Yang Sebenarnya Dah Lama Wujud | [
"Kemudahan teknologi setiap hari yang banyak membantu memudahkan urusan kita. ",
"Populariti teknologi baru yang membawa impak besar, menyumbang kepada kadar penggunaan tinggi yang mendorong permintaan hangat; kerana kita memang suka akan sesuatu yang baru. Tetapi bukan semua teknologi yang kelihatan 'baru', benar-benar baru dibangunkan.",
"Banyak produk yang kita anggap baru sebenarnya dah lama wujud tetapi trend yang membuatkan sesuatu tampak terkini, membuatkan kita tersalah tanggapan. ",
"Berikut adalah lima teknologi produk 'era moden', yang telah wujud berdekad-dekad lamanya.",
"Semasa kemunculan terawal air fryer sekitar 10 tahun dahulu, banyak kali penulis melihat demonstrasi bagaimana penggunaannya di pasaraya. Memang mengagumkan bagaimana kita boleh menggoreng ayam tanpa menggunakan minyak!",
"Sebelum kita sampai ke tahap di mana penggunaan air fryer sudah jadi sesuatu yang perdana seperti sekarang, teknologi di belakangnya telah lama ada.",
"Sekitar tahun 1904, sebuah mesin yang mampu memasak menggunakan tekanan udara agar khasiat dalam daging tidak hilang telah dipatenkan. ",
"Beberapa dekad kemudian pada tahun 1944, seorang usahawan bernama William L. Maxson membangunkan sejenis ketuhar yang dinamakan Maxson Whirlwind Oven, khusus untuk kegunaan memasak makanan dalam penerbangan pesawat.",
"Paten Maxson menunjukkan bagaimana motor dalam ketuhar tersebut berupaya memusingkan udara yang ada dalam kebuk memasak, mampu menempatkan 6 hidangan penumpang serentak dimasak dalam masa 15 minit tanpa memerlukan minyak. ",
"Daripada paten pertama serta teknologi yang diperhalusi Maxson inilah, idea untuk mengkomersialkan penggoreng udara tanpa menggunakan minyak ditambahbaik - membolehkan kita menikmati makanan bergoreng, dalam kadar kalori yang lebih rendah akibat ketiadaan penggunaan minyak.",
"Sama ada anda gemar menggunakan fon kepala atau fon telinga, pasti anda merasa lega menggunakan model tanpa wayar, yang memudahkan pergerakan anda.",
"Teknologi tanpa wayar yang sudah semakin diterima sebagai standard, sebenarnya dibangunkan daripada dua idea dan teknologi.",
"Pertama adalah sebuah ciptaan jurutera Perancis bernama Ernest Mercadier, yang mencipta fon telinga pertama dunia dinamakan sebagai bi-telephone pada tahun 1891. ",
"Bi-telephone diguna khusus untuk menyalurkan perbualan telefon ke telinga pemakainya melalui sambungan wayar, membuktikan ada permintaan di kalangan pengguna sistem pembesar suara kecil yang dipasang di telinga bagi memprivasikan perbualan.",
"Ciptaan kedua melibatkan fon kepala pertama tanpa wayar di dunia, diperkenalkan dalam dekad 1960-an oleh beberapa syarikat berbeza. ",
"Rekaan yang dikenali sebagai 'radio headphone' merupakan sebuah unit radio transistor yang dibentuk menyerupai fon kepala yang kita guna sekarang, mempunyai penerimanya sendiri bagi membolehkan isyarat radio diterima seterusnya dimainkan dipembesar suara yang dipasang ditelinga kita. ",
"Anggap sajalah nenek moyang kepada fon kepala kita, adalah sebuah radio yang disangkutkan di telinga secara terus.",
"Revolusi peralihan teknologi kenderaan dunia daripada sistem berasaskan minyak fosil kepada sistem berasaskan elektrik sedang rancak berlaku, termasuklah di negara kita. ",
"Walaupun masih belum menyeluruh, perkembangan teknologi kereta elektrik serta sistem fasiliti sokongan yang dibangunkan telah mendorong ramai di antara kita berubah kepada sistem kereta baru ini. ",
"Sedar tak, kereta elektrik pertama dunia telah diperkenalkan sejak tahun 1830-an lagi. Ini bermakna lebih hampir 200 tahun diperlukan untuk teknologi ini sampai ke tahap apa yang boleh kita lihat sekarang. ",
"Usaha terawal membangunkan kenderaan elektrik bermula semasa jurutera zaman dahulu mencari jalan alternatif berasaskan enjin bagi menggantikan tenaga haiwan seperti kuda.",
"Selepas banyak pihak jurutera membangunkan idea serupa yang kurang kemas, ciptaan jurutera kimia bernama William Morrison dianggap paling praktikal untuk kegunaan. Ini kerana dia sedar apa kelemahan yang menyekat rekaan lain lebih berjaya.",
"Menggunakan kemahiran tinggi dalam bidang kimia, Morrison membangunkan bateri berkapasiti tinggi pada zaman tersebut berupaya menggerakkan kereta kuda dalam jarak tertentu. ",
"24 bateri ciptaan beliau dipasang kepada sebuah gerabak kuda yang dihubungkan dengan sebuah enjin pacuan di belakangnya, mampu mencapai kelajuan sehingga 25km/j dengan membawa 6 orang penumpang.",
"Perjalanan pertama yang dilakukan di Chicago menjadi projek printis kepada pembangunan teknologi tersebut dianggap berjaya, memperkembangkan idea bahawa bateri yang membekal kuasa kepada enjin sepatutnya komponen utama dalam sistem kenderaan elektrik. ",
"Apple iPhone merupakan peranti pertama dunia dilancarkan pada tahun 2007 yang berjaya menyatukan teknologi skrin sesentuh, dengan sistem antaramuka yang efektif dikawal dengan sentuhan.",
"Inovasi ini membezakan produk keluaran Apple itu dengan pesaingnya yang lain, menjadikan Apple pendahulu dalam sektor tersebut. Idea untuk teknologi itu bagaimanapun telah cuba dieksperimentasi banyak syarikat berdekad-dekad lebih awal.",
"Produk terawal yang menyatukan skrin sesentuh dengan sistem antaramuka diperkenalkan syarikat IBM menerusi peranti mereka IBM Simon, dikeluarkan pada tahun 1992.",
"Direka oleh IBM dan dibangunkan syarikat Mitsubishi dari Jepun, IBM Simon menjadi peranti pertama layak bergelar telefon pintar disebabkan fungsi-fungsi terbina dalamnya.",
"Setiap unit IBM Simon mampu melakukan panggilan telefon, menerima dan menghantar faks serta emel, mempunyai aplikasi kalendar, kalkulator, buku nota dan juga pengurus jadual harian. ",
"Yang penting, IBM Simon mampu mentafsir dan menterjemahkan tulisan pengguna yang dibuat menggunakan pen elektronik, kepada teks. Ini adalah salah satu fungsi produk tersebut yang dianggap mendahului zaman. ",
"Usaha pengeluar telefon pintar memperkenalkan sistem pengecas tanpa wayar, baru mula mendapat sambutan lebih meluas dek kematangan dan praktikalnya teknologi yang ada.",
"Situasi sekarang jauh berbebza berbanding satu dekad terdahulu yang memberikan pengguna solusi pengecasan yang kurang praktikal serta perlahan daripada aspek kadar pengecasan semulanya. Jika guna plag, 4 jam. Guna secara tanpa wayar? Mahu dekat sehari. ",
"Teknologi pengecas yang memerlukan pengguna meletakkan telefon pada satu tapak khusus ini dikenali sebagai pengecasan induktif (inductive charging), telah dibangunkan sekitar dekad 1970-an diasaskan daripada idea pencipta terkenal Michael Faraday.",
"Faraday dikagumi kerana beliau adalah individu yang menemui kaedah bagaimana hendak menginduktifkan gelombang elektromagnetik, sekitar tahun 1831.",
"Seorang pencipta bernama John E. Trombly berjaya membangunkan sejenis peralatan pengecas lampu pada tahun 1977 untuk kegunaan pelombong, di mana pelombong hanya perlu meletakkan lampu itu disatu kedudukan bagi mengecas kembali tenaga dalam bateri.",
"Idea sama diperkembangkan lagi dengan pengenalan sistem pengecas yang mampu mengecas sebuah kenderaan pada tahun 1978, menggunakan gelombang elektromagnetik pada frekuensi 180Hz.",
"Dalam era moden, penubuhan Wireless Power Consortium (WPC) bagi menyelaraskan standard yang bakal digunakan dalam teknologi sebegini mempercepatkan lagi pembangunannya. ",
"WPC membangunkan standard yang dikenali sebagai Qi, bagi memastikan keseragaman dan tahap keselamatan sistem yang dibangunkan mampu diguna secara menyeluruh serta menepat garis panduan yang dipersetujui. Jika anda pemilik telefon pintar yang boleh dicas tanpa wayar, kami yakin anda pengguna kepada pengecas Qi ini."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-slanga-popular-yang-melayakkan-anda-jadi-mat-rempit.html | 8 Slanga Popular Yang Melayakkan Anda Jadi Mat Rempit | [
"Penggunaan slanga walaupun tidak dianggap betul dalam aspek tatabahasa, cukup popular sebagai kaedah komunikasi kita sehari-hari. ",
"Slanga yang efektif memudahkan perbualan, meminimakan perkataan yang perlu dalam menerangkan sesuatu dan yang penting, merapatkan kemesraan di kalangan sesebuah komuniti penuturnya. ",
"Satu kumpulan komuniti yang akrab dengan penggunaan slanga ciptaan sendiri adalah geng mat rempit, cukup terkenal dengan kreativiti menjenamakan satu istilah agar membawa ke makna berbeza. ",
"Susah ke nak faham bahasa mereka ini? Kalau dah biasa, senang saja. Berikut 8 istilah mat rempit yang anda perlu tahu kerana mungkin di masa depan inilah agaknya cara rasmi anak muda kita berbahasa. Hahaha!",
"Istilah 'gegar' berkait dengan fenomena di mana berlakunya goncangan, seperti gempa bumi. ",
"Bagi mat rempit, 'gegar' membawa makna perbuatan mencari gaduh atau melakukan kacau bilau, yang boleh dilakukan secara solo atau berkumpulan di sebuah lokasi biasanya tempat lawan atau individu tidak disukai.",
"Contoh ayat : \"Hari ni kita pergi rumah Zack, kasi gegar dia sikit!\"",
"Untuk golongan mat rempit, kencing membawa maksud perbuatan menipu atau berbohong yang menjatuhkan air muka mereka. ",
"Kencing boleh digabung dengan perkataan 'basah' bagi menggambarkan betapa seriusnya pembohongan itu.",
"Contoh ayat : \"Bro, lu kata lu nak bayar hutang hari ni tapi kau kencing aku lagi. Dah basah dah muka aku kau kencing hari-hari.\"",
"Diambil daripada istilah 'anjing' yang mewakili haiwan serta slanga 'menganjing' yang turut sama popular diamalkan masyarakat kita, 'hanjeng' biasanya disebut dalam nada keras bagi menggambarkan rasa kurang senang seseorang mat rempit kepada orang lain.",
"Contoh ayat : \"Hanjeng siot mamat tu. Muka pecah rumah tapi berlagak kacak dan ada rupa.\" ",
"Golongan mat rempit gemar menggambarkan sesuatu yang cantik atau lawa pada mereka dengan perkataan 'meletup' atau 'merecik.'",
"Kebiasaannya disebut apabila mereka takjub dengan sesuatu yang mereka rasa terbaik dan lawa, boleh berkait dengan alat ganti motorsikal atau wanita, sesuatu yang diwakilkan oleh mat rempit sebagai meletup/merecik layak dikatakan yang terbaiklah rupanya. ",
"Contoh ayat : \"Kau dah tengok motor Lan lepas dia makeup? Meletup beb motor dia. Ekzos meletup! Awek pun merecik!\"",
"Jangan ingat mereka bercakap tentang sesuatu yang terbakar pula! Jika anda selama ini tak faham apa benda yang panas, 'panas' dalam kamus mat rempit bermaksud sesuatu yang didambakan oleh mat rempit dan juga pencuri. ",
"Kalau mereka kata 'motor model ABC tengah panas!' boleh bermaksud sama ada model itu tengah laku jualannya atau model itu kerap menjadi mangsa kecurian. ",
"Contoh ayat : \"Lepas motor RXZ aku kena curi, aku dah malas nak guna motor panas lagi. Serik aku! Hanjing punya pencuri!\"",
"Jangan terkejut perkataan panas dalam slanga mat rempit turut mampu membawa istilah ketiga, bagi mewakili sesuatu biasanya kawasan atau lokasi yang dikhuatiri mereka berisiko tinggi. ",
"'Kawasan panas' merujuk kepada tempat di mana operasi polis trafik kerap diadakan atau sering berlaku sekatan jalan raya. Bagi mat rempit, kawasan sebegini patut dielakkan.Contoh ayat : \"Malam ni highway tu panas. Kita main tempat lain.\"",
"Seperti panas, 'main' mempunyai beberapa makna yang berbeza untuk seorang mat rempit sejati. ",
"Yang pertama merujuk kepada perbuatan berlumba itu sendiri yang menjadi rutin mereka. ",
"Makna kedua pula merujuk kepada perbuatan seksual yang berlaku di antara seorang mat rempit dengan teman wanitanya. Kalau ada mat rempit ajak anda main, kena pastikanlah dulu dia ajak main apa, sukan atau sebaliknya.",
"Yang ketiga boleh merujuk kepada perbuatan membenarkan seorang pelumba lain mengekori untuk sementara sebelum memecut jauh meninggalkan pelumba itu.",
"Contoh ayat : \"Malam ni lepas main kat sini, aku nak balik main kat rumah.\"",
"Di antara banyak slanga mat rempit yang tak senonoh, inilah yang paling tak senonoh antara semua kerana jelas merosakkan sesuatu istilah yang baik. ",
"Kita semua tahu 'kenduri' membawa makna majlis jamuan makan beramai-ramai yang didahului dengan bacaan zikir atau ayat al-Quran, untuk tujuan keraian atau memperingati sesuatu. ",
"Bagi mat rempit...kenduri pula bermakna melakukan perbuatan seks secara beramai-ramai, biasanya dengan nisbah lelaki jauh melebihi wanita. ",
"Sukar kami bayangkan, apa yang bakal bermain di fikiran seorang mat rempit yang dah bersara, nak menjemput jiran tetangga ke 'kenduri' anak perempuan dia - kalau dia pun dulu kaki kenduri masa zaman muda. ",
"Contoh ayat : \"Kau betul ke nak kahwin dengan dia? Bukan ke kita semua dah kenduri perempuan tu sebelum ni?\""
] |
https://iluminasi.com/bm/apakah-beza-di-antara-istilah-perempuan-wanita-dan-betina.html | Apakah Beza Di Antara Istilah Perempuan, Wanita dan Betina? | [
"Jika anda menulis tentang jantina manusia, lebih mudah untuk anda berbicara tentang kaum lelaki berbanding wanita.",
"Ini kerana istilah yang mewakili kaum lelaki seperti 'lelaki', 'pria' atau 'jantan' mempunyai sifat universal yang mudah difahami tanpa ada stigma, berbanding label kepada wanita.",
"Kenapa wujud perbezaan sebegitu apabila kita membicarakan tentang istilah yang merujuk kaum Hawa? ",
"Mari kita pelajari apakah perbezaan di antara istilah-istilah yang kita amal iaitu wanita, perempuan atau mungkin juga betina, agar kita dapat lebih memahami kenapa kewujudannya ada perbezaannya.",
"Kami ajukan satu soalan mudah; bagaimana kita hendak menggunakan perempuan atau wanita dengan betul? ",
"Kami yakin akan ada bermacam jenis pandangan dapat kita dengari, kerana penggunaannya seakan tidak ada bezanya. Tetapi kita tahu ada bezanya kan? ",
"Isu perbezaan istilah sebegini sukar untuk kita jawab secara fakta.",
"Ini kerana daripada kajian berkenaan kedua-dua istilah itu sendiri, ada wujud kecelaruan yang berlaku hasil daripada perubahan kaedah bahasadiamalkan, bukan saja oleh masyarakat kita tetapi turut merangkumi penutur di Indonesia dan Brunei.",
"Dari aspek susur galurnya, istilah 'wanita' dilihat sebuah istilah yang lebih moden dan segar, seiring dengan imej wanita zaman sekarang jika kita bandingkan dengan istilah perempuan. ",
"Kita tidak menggunakan frasa 'perempuan korporat' kan? Agak janggal bunyinya. 'Wanita korporat'? Kena dengan selera masyarakat moden kita serta kedengaran berprofil tinggi.",
"Tetapi tahukah anda jika dibandingkan susur galur istilah di antara kedua-duanya - 'perempuan' mempunyai makna jauh lebih mulia berbanding 'wanita'?",
"Dalam aspek kajian bahasa, istilah 'perempuan' bukan saja diletakkan dalam hirarki yang lebih mulia berbanding 'wanita' bahkan dipercayai telah wujud lebih awal dalam masyarakat kita.",
"'Perempuan' dibentuk daripada istilah akar dari bahasa Sanskrit 'empu' yang ditambahkan imbuhan 'per~' dan '~an' membentuk istilah lengkapnya. ",
"'Empu' mempunyai makna yang luas, boleh membawa makna seseorang yang mahir dan berkuasa serta boleh juga merujuk kepada seorang ketua, kepala atau tuan.",
"Uniknya, istilah ini juga berkait dengan istilah 'ampu' yang biasa kita gunakan dalam konotasi negatif dalam era moden merujuk kepada perbuatan 'mengipas' orang lain.",
" Realitinya 'ampu' mempunyai makna baik; merujuk kepada perbuatan menyokong atau menahan sesuatu agar tak runtuh atau jatuh. ",
"Apabila dikenakan kepada individu atau 'pengampu', istilah ini merujuk kepada individu, kumpulan pemerintah atau ketua yang 'mengampu' atau mempertahankan sesebuah kerajaan/negeri agar bertahan.",
"Daripada istilah positif 'ampu' inilah istilah perempuan dibentuk, merujuk kepada individu yang memainkan peranan menongkat atau mempertahankan keluarga serta membantu suami.",
"Dalam konteks asal-usul istilah 'wanita', ada beberapa pendapat yang boleh kita perincikan. ",
"Jika kita rujuk kepada bahasa Sanskrit, memang wujud satu istilah berbunyi 'vanita' yang membawa makna 'yang diinginkan' atau 'yang dikehendakkan', kemudian diserap ke dalam bahasa Jawa bagi membentuk istilah 'wanita.'",
"Hujahan ini nampak kuat bagi menyokong asal-usul dari mana datangnya istilah 'wanita.'",
"Namun ada hasil kajian penyelidik bahasa di Asia Tenggara khususnya di Indonesia, menyebut istilah 'wanita' merupakan korupsi atau perubahan yang terjadi yang berlaku kepada istilah 'betina' pula. Aneh kan?",
"Daripada aspek kajian bahasa, nenek moyang kita yang terdahulu menamakan golongan haiwan betina yang telah menjadi ibu sebagai 'ina', digunakan khusus untuk merujuk kepada haiwan. ",
"'Betina' kemudiannya mula digunakan kepada bagi merujuk kaum perempuan, berubah kepada 'batina' dan selepas itu 'banita'. Cara sebutannya itu kemudiannya diubah masyarakat Jawa dari segi bunyi dan sebutan, membentuk istilah 'wanita.'",
"Pendapat ketiga menyebut istilah 'wanita' datang daripada frasa bahasa Jawa yang berbunyi 'wani ditata', membawa maksud 'seseorang yang perlu bersedia diatur', menggambarkan sifat seorang perempuan itu biasanya akur dan menuruti kehendak keluarga atau suaminya.",
"Bagaimanapun ada pertembungan pendapat sesetengah penyelidik yang mendakwa frasa 'wani ditata' ini juga hadir daripada istilah vanita dalam Sanskrit seperti yang kami utarakan di atas.",
"Vanita diubah kepada wani ditata agar seiring dengan sistem bahasa Jawa kuno, memperkembangkan maknanya jika kita lihat daripada aspek ideologi moden.",
"Dalam konteks bahasa moden, penggunaan 'wanita' atau 'perempuan' memang sudah berkembang maknanya. ",
"Namun kita secara tidak rasmi meletakkan hirarki seolah-olah wanita jauh lebih tinggi hirarki istilahnya berbanding perempuan, sedangkan sejarah kedua-dua istilah itu jelas membuktikan perempuan sebenarnya lebih baik dari aspek maknanya.",
"Betina memikul persepsi yang negatif disebabkan oleh makna asalnya untuk merujuk kepada binatang atau ibu haiwan. ",
"Mungkin ada peristiwa zaman dahulu berlaku melibatkan individu perempuan yang mempunyai perangai tak senonoh kerana berperangai serupa haiwan yang mengawan tanpa mengira siapa bapa kandungannya, yang memulakan panggilan betina kepada kaum perempuan.",
"Tetapi harus kami perjelaskan di sini juga, pengguna bahasa Palembang di Indonesia merujuk perempuan sebagai betino tanpa membawa stigma buruk yang kita ada, sementara lelaki dirujuk sebagai lanang.",
"Sedar tak, setiap istilah yang berkait dengan jantina pasti ada regunya : suami dan isteri. Raja dan Permaisuri. Jantan dan betina.Tidak ada regu khas kepada 'wanita'. Ada penyelidik mencadangkan perkataan 'pria' tetapi kita di Malaysia jarang menggunakannya. ",
"Persoalan akhir sebelum kami mengundur diri; anda lebih selesa digelar perempuan atau wanita?"
] |
https://iluminasi.com/bm/6-nama-pemain-bola-sepak-yang-menyembunyikan-rahsia-terpendam.html | 6 Nama Pemain Bola Sepak Yang Mempunyai Makna Tersirat | [
"Dalam bidang sukan, penglibatan individu bergelar atlet yang datang dari bermacam jenis budaya dan latar belakang berbeza, membawa pendedahan tentang nama-nama unik dari benua berbeza.",
"Majoriti nama pemain bola sepak yang bermain khususnya yang dari negara berbahasa Inggeris, mempunyai maksud yang mudah difahami kerana kita berkebolehan memahaminya. ",
"Tetapi bagi pemain yang datang dari negara bukan penutur Inggeris, nama mereka menyembunyikan makna yang boleh dikategorikan lucu juga. Berikut adalah 5 pemain bola sepak aktif yang mempunyai nama yang jika diterjemah, mampu membuat kita ketawa.",
"Penyerang kelab Lazio yang bermain di Serie A Itali serta pasukan kebangsaan negara tersebut, Ciro Immobile lahir pada tahun 1990. ",
"Sebelum tersenarai sebagai tunggak pasukan, beliau menjalani jatuh bangun semasa bergelar pemain akademi, sukar mendapat tempat sehinggalah diterima ke akademi kelab Sorrento pada usia 17 tahun yang memberikan dia peluang.",
"Pernah bermain di liga Jerman dan Sepanyol, nama keluarga beliau 'Immobile' disebut 'iim-mo-bii-ley' dikatakan hanya diguna keturunan yang berasal dari Naples di selatan Itali, menjadikan nama ini unik di kalangan masyarakat Itali sendiri.",
"Seperti terjemahan Inggerisnya, 'immobile' membawa erti sesuatu yang tidak bergerak atau statik. Nasib baiklah Ciro Immobile tidak pegun di satu lokasi saja atas padang semasa bermain.",
"Nama keluarga perancang tengah kelab Manchester City dan Belgium, Kevin de Bruyne ini mempunyai pelbagai variasi bentuk ejaan berbeza. ",
"Boleh ditulis sebagai Debruyne, De Bruijne, De Bruin, De Bruijn dan juga De Bruyn, makna nama ini yang diambil daripada bahasa Belanda, mempunyai hanya satu makna iaitu warna coklat.",
"Mudah ditemui di kalangan masyarakat Belgium dan Belanda, selain Kevin de Bruyne atau Kevin Yang Coklat, juga ada beberapa orang De Bruyne lain yang terkenal.",
" Antaranya Donatien de Bruyne, seorang ahli falsafah agama dari Perancis abad ke 19 yang terbuka mengkritik dan mempertikaikan isi kandungan kitab Perjanjian Baru yang digunapakai masyarakat Kristian.",
"Pemain pertahanan Sepanyol, Aymeric Laporte mungkin memilih negara itu untuk diwakili dalam pasukan senior. Dalam tubuhnya mengalir darah berketurunan Perancis, negara kelahirannya.",
"Ini jelas dapat dilihat daripada nama keluarganya 'Laporte'; frasa yang dibentuk daripada gabungan istilah 'la' (the) dan porte (door) atau the door dalam bahasa Inggeris. ",
"Dalam bahasa Melayu? Namanya akan diterjemahkan sebagai Aymeric Pintu. Dah macam filem Ahmad Albab pula kan!",
"Kenapa dia mempunyai nama ini? Ini kerana nama yang beliau warisi sebenarnya adalah nama sebuah keluarga bangsawan di Perancis. ",
"Nenek moyang beliau pernah memegang jawatan di kalangan pemerintah zaman dahulu, terkenal sebagai keluarga yang ditugaskan menjaga pintu kota - jadi keluarga itu mula dikenali sebagai La Porte disebabkan kedudukan kediaman mereka.",
"Sebagai pemain berprofil tinggi, Emiliano Buendia pasti kecewa tidak tersenarai dalam senarai pasukan kebangsaan Argentina semasa kempen Piala Dunia 2022. Dahlah negara dia menang temasya tersebut.",
"Lahir di Argentina tetapi mewarisi keturunan dari Sepanyol, nama keluarga yang beliau warisi merupakan sebuah istilah Sepanyol yang sering diungkapkan masyarakat mereka hari-hari. ",
"'Buen' dalam nama beliau adalah singkatan kepada istilah Sepanyol 'bueno' yang bererti 'selamat' atau baik sementara 'dia' itu pula membawa makna hari. Apabila digabungkan, buendia membawa makna hari yang baik, diucapkan kerap kepada orang lain!",
"Oleh kerana datang dari bahasa Sepanyol, istilah ini juga wujud di kalangan masyarakat yang mewarisi elemen penjajahan dari bekas kuasa kolonial itu seperti Filipina, di mana ada seorang pemuzik legenda rock bernama Ely Buendia yang cukup berpengaruh dalam politik dan industri muzik negara itu.",
"Kapten kepada kelab Arsenal dari England dan pasukan kebangsaan Norway ini pernah mencetuskan sensasi selepas berpindah ke kelab gergasi Real Madrid pada ketika usia baru 15 tahun. ",
"Kini menemui kembali sentuhan lamanya serta terkenal sebagai perancang tengah berpengaruh, nama beliau kedengaran unik bagi individu yang tidak biasa dengan bahasa Norway - tetapi nama itu nama biasa yang berkait dengan sejarah hitam masyarakat Eropah dalam tragedi wabak Black Death, mengorbankan jutaan nyawa.",
"Odegaard jika dipecahkan kepada suku katanya, merupakan gabungan istilah Øde yang merujuk kepada status tiada atau hilang hak milik dan juga gård yang membawa maksud ladang. ",
"Digabungkan, Ødegård merujuk kepada keluarga yang telah kehilangan ladang mereka akibat wabak, selepas mereka perlu meninggalkan harta benda dan kediaman mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.",
"Tak perlulah kami jelaskan kepada anda kenapa nama ini perlu kami senaraikan di sini ya? Cukuplah sekadar senyum dan buat-buat faham saja kenapa nama beliau terkenal di Malaysia. ",
"Masih aktif bermain bersama kelab Norwich City di England serta bergelar penjaring gol terbanyak negara Finland, Pukki mempunyai sentuhan berbisa di hadapan gol. Cuma namanya itu memang membuatkan juruhebah di Malaysia sukar nak menyebutnya dalam media.",
"'Pukki' dalam bahasa Finland sebenarnya membawa maksud kambing. Teemu pula membawa makna kemenangan orang ramai, jadi 'Teemu Pukki' secara menyeluruh membawa maksud 'kambing yang diraikan/meraikan kemenangan orang ramai.' ",
"Di kalangan masyarakat Finland dalam setiap kali perayaan Krismas, mereka meraikan simbol mirip Santa Claus yang agak unik di Finland, dipercayai gabungan dua entiti iaitu Santa Claus dengan sejenis makhluk halus berupa kambing jadian. ",
"Apa nama 'Santa Claus' versi Finland ini? Joulupukki. Kami tak tipu! "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-buku-edisi-cetakan-pertama-paling-mahal-di-dunia.html | 5 Buku Edisi Cetakan Pertama Paling Mahal di Dunia | [
"Kebiasaannya buku yang popular akan dicetak banyak kali. Ada juga yang dialih bahasa ke bahasa lain kerana mempunyai permintaan di pasaran lain. Apabila sesebuah buku itu sudah berusia ratusan tahun, maka edisi cetakannya yang pertama biasanya akan menjadi sangat mahal dan nadir.",
"Buku edisi cetakan pertama menjadi sangat mahal kerana ianya sangat sukar dicari, lebih-lebih lagi bagi buku yang kondisinya masih lagi dalam keadaan baik. Kebiasaannya buku-buku edisi pertama ini disimpan dan perpustakaan terkemuka dan juga simpanan persendirian oleh pengumpul buku nadir.",
"Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan 5 buku edisi cetakan pertama yang paling mahal di dunia. Jangan terkejut dengan harganya kerana bagi pengumpul buku nadir, buku edisi cetakan pertama ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.",
"Ulysses ialah novel moden oleh penulis Ireland James Joyce. Ia mengikuti kisah seharian dalam kehidupan beberapa watak di Dublin, Ireland, termasuk Leopold Bloom, Stephen Dedalus, dan isteri Leopold, Molly. Novel ini terkenal dengan penggunaan bahasa eksperimen, aliran kesedaran, humor, dan monolog dalaman.",
"Ulysses telah digambarkan sebagai cantik, berlebihan, eksperimental, pornografik, membosankan dan genius dan sering dianggap sebagai salah satu karya fiksyen berbahasa Inggeris yang paling hebat.",
"Sylvia Beach menerbitkan edisi pertama pada tahun 1922, dan pelbagai versi telah diterbitkan sejak itu, termasuk edisi Hans Walter Gabler, yang cuba menghasilkan versi buku yang tepat dan lengkap. Buku Ulysses edisi cetakan pertama telah terjual pada harga $355,000 dalam acara lelongan pada tahun 2009.",
"Tamerlane and Other Poems ialah buku pertama yang diterbitkan oleh penulis Amerika Edgar Allan Poe. Koleksi puisi ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1827. Puisi 'Tamerlane' adalah monolog dramatik tentang penyesalan seorang pahlawan hebat, Timur, yang melihat kembali kehidupannya dan tertanya-tanya apa yang mungkin berlaku jika dia telah membuat pilihan yang berbeza.",
"Seorang pengkritik telah menyatakan bahawa buku ini menggabungkan keindahan lirik dan intensiti, menjadikannya monumen kesusasteraan. Bagaimanapun, buku ini tidak mendapat perhatian kritikal apabila ia diterbitkan tanpa nama oleh Poe atas perbelanjaannya sendiri.",
"Buku \"Tamerlane and Other Poems\" edisi cetakan pertama telah berjaya terjual pada harga $662,500 dalam satu acara lelongan pada tahun 2009.",
"Alice's Adventures in Wonderland ialah novel klasik oleh Lewis Carroll pada tahun 1865. Ia mengisahkan tentang seorang gadis muda, Alice, yang terjatuh ke dalam lubang arnab dan menemui dunia yang aneh yang dipenuhi dengan makhluk yang hebat dan watak-watak aneh. ",
"Ia mengikuti Alice dalam perjalanan penemuan diri semasa dia mengemudi dunia seperti mimpi dan belajar tentang kehidupan dan membesar. Novel ini terkenal dengan teka-teki lucu, permainan kata-kata lucu, dan watak yang tidak dapat dilupakan. Di samping itu, ia terkenal dengan naratif imaginatif dan penerokaan logik, bahasa, dan matematik. ",
"Ia telah disesuaikan ke dalam pelbagai bentuk, termasuk rancangan televisyen, filem, dan drama pentas. Buku Alice's Adventures in Wonderland telah diadaptasi dan ditafsirkan berkali-kali dan merupakan buku klasik yang digemari ramai. Dalam acara lelongan pada 2016, cetakan pertamanya telah terjual pada harga sekitar $3 juta.",
"First Folio ialah koleksi 36 drama William Shakespeare, diterbitkan pada 1623, tujuh tahun selepas kematiannya. Ia adalah sumber terawal dan paling berwibawa bagi drama Shakespeare dan dihasilkan oleh dua rakannya dari teater, John Heminge dan Henry Condell.",
"First Folio juga mengandungi potret asal Shakespeare yang diukir oleh Martin Droeshout. Daripada 36 drama yang termasuk dalam buku First Folio ini, 18 daripadanya tidak pernah diterbitkan. Tanpa First Folio, drama-drama tulisan William Shakespeare ini mungkin telah hilang selama-lamanya.",
"First Folio juga penting untuk editor karya Shakespeare kerana ia mengandungi baris dan petikan yang mungkin hilang tanpanya. Buku First Folio cetakan pertama ini diterbitkan pada 1623 dan telah dilelong pada harga $5,200,000 pada tahun 2006",
"Canterbury Tales, buku edisi pertama paling mahal yang dijual dalam lelongan ialah koleksi 24 cerita yang ditulis dalam Bahasa Inggeris zaman Pertengahan oleh Geoffrey Chaucer antara 1387 dan 1400. Buku Canterbury Tales ialah koleksi cerita di mana sekumpulan jemaah yang dalam perjalanan mereka ke Canterbury Cathedral saling bercerita untuk meluangkan masa.",
"Kisah-kisah itu terutamanya yang ditulis dalam ayat, terdiri daripada komik termasuklah kisah-kisah percintaan, alegori moral dan kisah-kisah buruk. Kisah-kisah dalam buku ini dihubungkan bersama oleh kepercayaan Kristian dan tema nilai yang sama. Kisah-kisah itu juga berfungsi sebagai gambaran kehidupan di England zaman pertengahan dan memberikan pandangan tentang budaya dan nilai pada zaman itu. ",
"Penggunaan bahasa Inggeris oleh Chaucer dalam Canterbury Tales membantu mempopularkan vernakular Inggeris dalam kesusasteraan dan menunjukkan potensi bahasa itu untuk seni tinggi. Buku ini diterbitkan antara tahun 1387 dan 1400."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-penyakit-manusia-yang-berasal-dari-haiwan.html | 5 Penyakit Berbahaya Bawaan Haiwan | [
"Tahukah anda lebih separuh daripada penyakit berjangkit yang dialami manusia berasal daripada haiwan? Para saintis menganggarkan bahawa haiwan menyebabkan jangkitan ke enam daripada setiap sepuluh penyakit berjangkit yang diketahui.",
"Malah, ada antaranya yang boleh membawa maut dan boleh membawa kepada wabak, seperti pandemik COVID-19. Apabila kuman atau virus berbahaya dalam haiwan dihantar kepada manusia, ini dikenali sebagai zoonosis atau penyakit zoonotik. ",
"Kali ini mari lihat 5 penyakit dari haiwan yang boleh menjangkiti manusia cara anda boleh bejangkit dengannya.",
"Salmonellosis adalah jangkitan kuman yang disebabkan oleh bakteria Salmonella. Kita biasa mendengar mengenai kes keracunan makanan akibat daripada bakteria ini. Anda boleh menemui bakteria Salmonella dalam haiwan domestik dan liar, termasuk babi, lembu, kucing, anjing, ayam, burung, reptilia dan amfibia. ",
"Haiwan yang dijangkiti selalunya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit, jadi pastikan untuk mencuci selepas mengendalikannya. Sebagai contoh, jika anda mempunyai penyu peliharaan, ia boleh mempunyai Salmonella pada badannya dan di mana-mana bahagian badannya.",
"Salmonella pada tangan anda boleh membawa kepada jangkitan atau merebak ke orang lain dan permukaan. Salmonella juga cukup berdaya tahan dan boleh wujud di keseluruhan rantaian makanan. Manusia biasanya mendapat penyakit ini apablila mengambil makanan yang tercemar seperti telur, daging, dan susu. ",
"Walaupun Salmonella tidak membawa maut seperti penyakit lain dalam senarai ini, ia adalah penyebab utama penyakit cirit-birit di peringkat global. Disebabkan itulah anda mesti memasak makanan anda dengan sempurna.",
"Toxoplasmosis ialah jangkitan parasit yang disebabkan oleh mikroorganisma yang dipanggil Toxoplasma gondii, atau T. gondii. Parasit ini wujud di mana-mana dan dalam kebanyakan haiwan berdarah panas. Walau bagaimanapun, hos utamanya ialah kucing rumah. ",
"Mikroorganisma in membiak secara seksual di dalam usus kucing. Ia kadangkala juga dikenali sebagai penyakit \"kawalan minda\" kerana tikus yang dijangkiti parasit ini menunjukkan tingkah laku yang tidak normal dan menjadi mangsa kucing yang lebih mudah. T. gondii juga boleh meningkatkan tingkah laku berisiko pada manusia.",
"Orang ramai boleh dijangkiti Toxoplasmosis melalui sentuhan dengan najis kucing yang dijangkiti atau dengan memakan sayur-sayuran mentah yang tercemar atau daging yang kurang masak. T. gondii biasanya memasuki badan kita dalam bentuk telur dan bersembunyi di dalam otak, jantung, atau tisu otot rangka. ",
"Apabila ia membesar, ia menjadi parasit aktif yang dikenali sebagai tachyzoit. Tachyzoit boleh cepat membiak dan merebak untuk menyerang tisu badan yang mempunyai imunisasi yang terhad. ",
"Toksoplasmosis menjejaskan sehingga 2 bilion orang di seluruh dunia. Kebanyakan orang tidak akan mempunyai simptom yang ketara dan tidak memerlukan rawatan untuk Toxoplasmosis. Jika kerosakan otak berterusan tanpa rawatan, terutamanya pada orang yang mempunyai sistem imun yang lemah, Toxoplasmosis boleh membawa maut.",
"Rabies adalah penyakit virus yang dahsyat yang menjejaskan semua mamalia berdarah panas, termasuk manusia. Haiwan yang dijangkiti akan mempunyai virus rabies dalam air liur dan tisu otaknya. Mereka biasanya menyebarkan virus kepada manusia melalui gigitan.",
" Virus ini juga boleh merebak dengan bersentuhan dengan luka terbuka. Gigitan kelawar dan anjing adalah sumber biasa manusia dijangkiti rabies. Walau bagaimanapun, kes gigitan skunk, musang dan rakun juga wujud. Disebabkan itu sekiranya anda dijangkiti haiwan, dapatkan suntikan di klinik dengan segera. ",
"Walaupun beberapa siri suntikan, termasuk vaksin, boleh menyembuhkan rabies, hasilnya selalunya membawa maut jika rawatan tidak diberikan sejurus selepas pendedahan terhadapnya. Kira-kira 59,000 kematian disebabkan oleh rabies di seluruh dunia. Gejala awal rabies termasuk demam dan sakit kepala.",
"Cegah haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti rabies dengan mendapatkan suntikan yang betul daripada doktor haiwan.",
"Penyakit malaria selalunya dikaitkan dengan nyamuk. Walaupun ditularkan oleh nyamuk, Malaria bukanlah virus, tetapi ia adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit Plasmodium. Nyamuk Anopheles boleh menjadi perumah parasit yang menyebabkan Malaria.",
"Nyamuk menggunakan air liur untuk mengelakkan pembekuan darah apabila mereka menggigit manusia. Parasit dihantar ke dalam aliran darah kita melalui air liur ini. Apabila berada dalam badan kita, parasit ini membiak di hati kemudian menjangkiti dan memusnahkan sel darah merah.",
"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 229 juta orang di seluruh dunia dijangkiti Malaria pada 2019. Pada tahun yang sama, kira-kira 409,000 meninggal dunia, dengan kanak-kanak di bawah umur lima tahun menyumbang 67% daripada kematian.",
"Bergantung pada strain parasit, gejala Malaria boleh menjadi ringan atau teruk. Gejala ringan adalah seperti selesema dan termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, muntah, cirit-birit dan keletihan. Untuk kes yang lebih teruk, gejala termasuklah kesedaran terjejas, kejang, kesusahan pernafasan dan pendarahan yang tidak normal.",
"Novel coronavirus yang dipanggil SARS-CoV-2 menyebabkan penyakit COVID-19 yang bertukar menjadi pandemik pada tahun 2020. Walaupun analisis genetik virus menunjukkan ia berasal dari kelawar, pegawai di China mengesyaki wabak awal di Wuhan dikaitkan dengan pasaran makanan laut. ",
"Dua teori membuat spekulasi bahawa tenggiling atau ular yang dijual di pasaran secara terbuka boleh menjadi haiwan perantaraan yang memindahkan virus daripada kelawar kepada manusia.",
" Gejala penyakit ini adalah berbeza-beza bergantung kepada ketegangan dan siapa yang dijangkiti. Ia boleh terdiri daripada gejala ringan sakit tekak, sakit kepala, cirit-birit, dan ruam kulit kepada petunjuk yang lebih teruk.",
"Memandangkan penyelidikan mengenai asal-usul penyakit mengambil masa, kita tidak tahu dengan tepat bagaimana virus itu mula menjangkiti manusia. Namun apa yang kita tahu penyakit ini mempunyai kesan maut dan sangat menular. Pada awal April 2021, terdapat lebih 132.4 juta kes orang yang dijangkiti di seluruh dunia dan lebih 2.87 juta kematian akibat COVID-19."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-jenis-fobia-yang-melibatkan-benda-benda-biasa-dan-normal.html | 5 Jenis Ketakutan Yang Melibatkan Benda Biasa dan Normal | [
"Minda manusia ada bermacam jenis dan setiap orang ada perkara yang kita takuti, dikategorikan sebagai 'fobia'.",
"Bila kita bercakap tentang fobia, biasanya kita nampak asas kenapa seseorang individu mempunyai kebimbangan terhadap sesuatu; seperti takut dengan labah-labah, darah, terbang di udara dan sebagainya. ",
"Tetapi, wujud juga jenis fobia melibatkan ketakutan seseorang terhadap benda-benda biasa. Biasa macam mana tu? Berikut adalah lima jenis fobia yang boleh berlaku melibatkan perkara atau situasi rutin harian kita.",
"Individu yang berhadapan masalah ini mempunyai isu besar dalam hidup; mereka takut untuk tidur!",
"Walaupun badan sudah letih dan mata jadi terlalu berat, mereka akan diganggu takut dan bimbang apa akan berlaku kepada mereka semasa proses hendak tidur bermula. ",
"Kepala otak mereka mula memikirkan bermacam kebimbangan, yang akhirnya mengakibatkan penghidap masalah ini memilih jalan mudah: tak tidur langsung. ",
"Sepanjang masa mereka bertahan, dengan jantung berdegup laju disebabkan serangan panik yang turut mengakibatkan badan mereka akan menggeletar. Belum dapat dibuktikan apa sebenarnya punca somnifobia berlaku kepada seseorang.",
" Majoriti pesakit menampakkan persamaan ada trauma kepada mental yang telah berlaku, mendorong kebimbangan yang muncul seterusnya mencetuskan panik memaksa mereka berjaga sepanjang malam.",
"Tidak ada sesiapa suka individu pedofilia. Tetapi bagaimana dengan pedofobia? Mereka adalah kumpulan individu yang takut dengan kanak-kanak! Bukan benci ya! Takut!",
"Apa yang menghairankan penyelidik majoriti penghidap fobia ini tahu tidak ada asas untuk takut kepada kanak-kanak, tetapi bila mereka berhadapan kanak-kanak dan bayi, mereka mula mengelak daripada perlu bersemuka.",
"Seorang pedofobia cukup takut potensi apa yang boleh dilakukan kanak-kanak aktif, seperti kerosakan kepada barangan atau suasana yang hiruk-pikuk, kerap mengingatkan diri kelam-kabut yang boleh berlaku menyebabkan mereka diserang panik.",
"Dalam situasi lebih ekstrim, seorang penghidap pedofobia mempunyai tanggapan kanak-kanak yang ada dekat dengan diri mereka, mampu melakukan sesuatu yang mencederakan penghidap itu. ",
"Bagaimana nak mengubati masalah ini? Satu-satunya cara keluar daripada kemelut ini adalah untuk seorang pedofobia secara beransur-ansur membiasakan diri dengan situasi yang ada kanak-kanak, sehinggalah dia mampu menerima tidak ada apa yang perlu ditakuti lagi.",
"Walau bagaimanapun bagi individu yang mempunyai masalah domatofobia, mereka akan panik tatkala melihat rumah atau berada di dalam rumah.",
"Sama ada rumah sendiri atau sedang berkunjung ke rumah kenalan atau sanak-saudara, mereka yang berhadapan masalah ini secara ringan merasa sukar untuk selesa. Dalam situasi ekstrim, panik yang menyerang menyebabkan mereka ingin cepat-cepat keluar dari situ.",
"Oikofobia pula berkait dengan masalah ini, kerana fobia jenis ini membuatkan seseorang tidak selesa dengan apa saja barang atau perkakasan dalam sesebuah rumah. Dengan rumah dia OK pula.",
"Mereka melihat benda dalam rumah, baik barangan elektrik, peralatan dapur, fasiliti yang dipasang seperti tab mandi, sinki dan sebagainya mempunyai risiko membahayakan nyawa mereka. ",
"Uniknya, mereka tidak pula takut sudut gelap, sempit atau sunyi seperti yang biasa digambarkan dalam filem seram.",
"Tinggal di Malaysia, kita mendambakan suasana nyaman dan dingin tatkala melangkah masuk ke kediaman kita. Pendingin hawa adalah nikmat yang cukup berguna kepada kita; kecuali anda seorang penghidap cryofobia.",
"Mereka yang tergolong dalam kelompok ini mempunyai masalah untuk berdepan dengan sesuatu yang sejuk, tak kiralah suasana dingin atau bahan yang bersifat sejuk seperti ais krim atau ais. Dalam situasi ekstrim, cryofobia menyebabkan seseorang itu takut sepenuhnya kepada apa saja yang bersifat sejuk termasuklah udara dingin.",
"Puncanya sukar dijangka, tetapi lazimnya jadi kepada individu yang pernah berhadapan detik cemas dalam suasana yang sejuk seperti kawasan bersalji atau ais.",
" Tidak ada rawatan khas dapat membantu penghidap fobia ini melainkan dia sendiri perlu mengatur hidupnya agar tidak terdedah kepada perkara-perkara yang ditakutinya. Sukar kan untuk dia berasimilasi dengan orang lain dalam situasi sebegini?",
"Jika dia duduk di Malaysia di mana pendingin hawa pejabat dipasang atau kena naik kereta Proton yang terkenal dengan kesejukan sistem pendingin hawanya, mesti dia meronta-ronta ketakutan setiap masa.",
"Di antara semua ketakutan yang menyerang akibat benda-benda normal yang ada di sekeliling kita, rasanya barofobia-lah yang paling sukar dihadapi penghidapnya. ",
"Individu penghidap barofobia sepanjang masa mereka celik, berdepan kebimbangan graviti akan mengapa-apakan mereka! Panik itu biasanya muncul tatkala mereka mula berfikir tentang kewujudan tarikan graviti.",
"Dalam situasi berbeza, sesetengah penghidap barofobia yang layak dikatakan ekstrim berhadapan ketakutan seandainya tarikan graviti mampu menarik mereka hingga jatuh.",
"Cara untuk berhadapan masalah ini yang sering disyorkan pakar, adalah untuk mendedahkan diri pesakit kepada informasi atau media yang memaparkan tentang graviti, seperti filem 'Gravity' lakonan Sandra Bullock dan George Clooney atau apa saja filem yang memaparkan perbezaan di antara ruang bergraviti dan tiada graviti.",
"Mereka juga dinasihatkan menjauhkan diri daripada lokasi yang mempunyai banyak objek melawan graviti, seperti permainan taman tema. ",
"Ini kerana seorang barofobia akancemas apabila ternampak sesuatu atau seseorang terapung atau terangkat. Belon yang terlepas daripada genggaman juga mampu menjadi punca panik melanda mereka."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-teleskop-paling-hebat-di-dunia.html | 5 Teleskop Paling Power di Dunia | [
"Pengetahuan kita tentang alam semesta kebiasaannya diperoleh melalui teleskop. Teleskop membolehkan kita melihat lebihh jauh ke dalam alam semesta daripada yang kita boleh llihat dengan mata kasar. ",
"Terdapat banyak teleskop di muka Bumi, namun bagaimanakah kekuatan teleskop ditentukan? Terdapat beberapa faktor yang secara langsung memainkan peranan dalam soalan ini antaranya ketinggian tempat balai cerap berada serta saiz cermin.",
"Sebelum ini Iluminasi pernah berkongsi mengenai artikel 10 Teleskop Paling Besar di Dunia. Kali ini, kami ini kongsikan pula 5 teleskop terhebat di dunia. Apabila kita membandingkan kedua-dua senarai ini, dapatlah disimpulkan bahawa saiz sesuatu teleskop tidak berkadarr secara langsung dengan kehebatannya.",
"Fermi Gamma Ray Space Telescope (GLAST) mengesan sinaran gamma. Sinar gamma adalah panjang gelombang cahaya terpendek dan biasanya dipancarkan oleh proses tenaga tinggi di angkasa.",
"Sinar gamma biasanya diserap oleh atmosfera Bumi. Untuk membolehkan teleskop ini menyelidik sinar gamma dengan betul, ia diletakkan di luar atmosfera Bumi. Dengan mengumpul sinar gama, GLAST boleh mengetahui lebih lanjut tentang lubang hitam supermasif, bintang neutron dan quasar. '",
"Ahli fizik dapat mengkaji zarah subatomik pada tenaga yang jauh lebih besar daripada yang dilihat dalam pemecut zarah berasaskan tanah. Dan ahli kosmologi mendapat maklumat berharga tentang kelahiran dan evolusi awal Alam Semesta.Dilancarkan pada 2008, GLAST masih beroperasi hari ini.",
"Spitzer ialah teleskop yang direka untuk melihat dalam panjang gelombang inframerah. Teleskop optik biasanya dihadkan dalam maklumat yang boleh dikumpulkan kerana ia terhad kepada panjang gelombang optik cahaya.",
"Teleskop ini telah membolehkan saintis melihat kawasan angkasa yang tidak dapat dilihat oleh teleskop optik. Spitzer diletakkan dalam orbit yang berbeza daripada teleskop lain. Daripada mengorbit Bumi, Spitzer mengorbit matahari dalam orbit heliosentrik. ",
"Orbit heliosentrik Spitzer menyebabkan ia bergerak 0.1 Unit Astronomi lebih jauh dari Bumi setiap tahun. Ini bersamaan dengan kira-kira 10 juta batu. Teleskop khusus ini diletakkan di orbit kerana teleskop inframerah menghasilkan banyak haba tetapi mesti kekal sejuk untuk mengumpul data. ",
"Spitzer melepaskan haba berlebihannya ke dalam vakum ruang, menjadikannya teleskop menggunakan penyejuk minimum dalam bentuk helium cecair. Selepas beroperasi selama 16 tahun, teleskop Angkasa Spitzer telah dikeluarkan daripada operasi pada tahun 2020.",
"Satu-satunya teleskop dalam senarai ini yang terletak di Bumi, Teleskop Keck dikendalikan bersama oleh Caltech dan Universiti California di pergunungan Mauna Kea di Hawaii. '",
"Dibina pada tahun 1992 (Keck 1) dan 1996 (Keck 2), dengan cermin berdiameter 32.8 kaki (10 meter), teleskop ini mempunyai cermin yang lebih besar daripada beberapa teleskop paling berkuasa di dunia dalam senarai ini.",
"Salah satu sebab teleskop ini termasuk dalam senarai ini dan dianggap sebagai salah satu yang paling berkuasa di dunia adalah disebabkan oleh ketinggiannya. Pada ketinggian 13,599 kaki di atas paras laut, terdapt kurang gangguan kerana lapisan atmosfera disini adalah kurang berbanding lapisan atmosfera di paras laut maka. ",
"Dilancarkan pada tahun 1990, Teleskop Angkasa Hubble memberi orang ramai peluang melihat imej keajaiban angkasa lepas. Hubble mempunyai saiz cermin 7.8 kaki (2.4 meter) yang kelihatan tidak begitu besar jika dibandingkan dengan beberapa teleskop di permukaan Bumi, beberapa daripadanya mempunyai cermin dalam julat 330 kaki.",
"Jadi bagaimanakah teleskop Hubble boleh jadi begitu hebat? Terdapat jawapan yang sangat mudah untuk ini: suasana/lokasinya. Apabila teleskop berada di Bumi, ia perlu bertarung dengan atmosfera Bumi untuk melihat melaluinya. Ini dikenali sebagai herotan atmosfera. ",
"Pada asasnya, apabila cahaya bergerak melalui atmosfera ia sedikit tersesar, yang menyebabkan data yang diekstrak mempunyai margin ralat yang lebih tinggi. Hubble berada dalam kedudukan unik di atas atmosfera di mana ia tidak perlu berhadapan dengan herotan atmosfera. Inilah sebabnya mengapa Hubble dapat mengambil gambar yang jelas dengan cermin yang agak kecil.",
"Teleskop Angkasa James Webb telahh mengorbit mengelilingi matahari pada penghujung tahun 2021. Teleskop ini mengorbit sejuta batu (1.5 juta kilometer) di atas Bumi, dengan cermin 21 kaki dan lebar 4 inci.",
"James Webb pada saat ini adalah teleskop yang paling berkuasa yang tersedia untuk saintis. Ia mampu melihat sejauh 13.6 bilion tahun cahaya. Sebagai rujukan, Hubble boleh melihat kira-kira 10 bilion tahun cahaya jauhnya.",
"Dua objektif utamanya adalah untuk mengkaji alam semesta awal dan atmosfera exoplanet. Memandangkan teleskop ini berada di orbit kurang dari setahun, James Webb pasti akan menemui banyak keunikan dan rahsia alam semesta yang tidak terperi."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-akademi-bola-sepak-berprofil-tinggi-di-dunia.html | 5 Akademi Bola Sepak Berprofil Tinggi di Dunia | [
"Negara kita memulakan langkah besar dalam pembangunan sukan, menerusi pengenalan sistem sekolah sukan yang banyak melahirkan atlet bertaraf dunia.",
"Dalam bola sepak, pembangunan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, dinamakan sempena penyerang legenda kita telah memulakan sistem pendidikannya pada tahun 2014, melatih pemain muda berbakat besar dan berpotensi digilap.",
"Di benua berbeza, telah ada banyak akademi bola sepak yang dibangunkan berdekad-dekad lamanya; kini mempunyai reputasi gemilang, melahirkan pemain bertaraf dunia yang menjadi rebutan serata dunia. ",
"Sporting C.P. Youth Academy atau nama barunya yang diperkenalkan tahun 2020 Academia Cristiano Ronaldo, merupakan akademi di bawah kendalian kelab Portugal, Sporting Lisbon.",
"Dibuka secara rasmi pada tahun 2002 selepas pengurusan kelab melihat keperluan besar mempunyai akademi khas mendidik pemain-pemain muda, pusat latihan mereka dibina di atas tapak sama terletaknya pusat latihan pasukan kebangsaan Portugal dahulu.",
"Sistem latihan yang dibuka kepada kedua-dua jantina pemain bermula usia 4 tahun sehingga maksima 15 tahun, ditentukan melalui sesi pemilihan untuk menentukan siapa peserta yang terpilih. ",
"Terdapat dua divisyen kumpulan pelajar akademi, dibahagikan mengikut keperluan pelajar - sama ada mereka benar-benar mahu menjadi pemain profesional atau lebih berminat untuk mempelajari kemahiran bola sepak secara sambilan.",
"Pemain yang lahir dari sini : Luis Figo, Cristiano Ronaldo, Ricardo Quaresma",
"Dalam sistem pembangunan pemain bola sepak dunia, hanya ada dua akademi yang dikategorikan paling elit. Institut national du football de Clairefontaine salah satu daripadanya. ",
"Terletak di Paris di sebuah daerah bernama Clairefontaine-en-Yvelines, akademi ini merupakan pusat di mana pemain muda terbaik di Perancis akan dihantar; hanya mereka yang benar-benar dikategorikan elit dapat ke sini.",
"Clairefontaine hanya menerima penyertaan individu berkewarganegaraan Perancis berusia minimum 13 tahun, dengan semua peserta terpilih akan menjalani ujian saringan awal selama 3 hari bagi mengenalpasti tahap kemampuan masing-masing. ",
"Semua pemain akan menjalani latihan setiap hari kecuali pada hujung minggu, di mana mereka kembali ke kelab masing-masing untuk menyertai perlawanan.",
"Selain menitik beratkan kemahiran sukan, Clairefontaine juga menetapkan tahap pencapaian pendidikan yang perlu dipenuhi setiap pelatih.",
"Kesemua pelajar wajib menyertai kelas di sekolah yang telah didaftarkan di sekitar Clairefontaine, perlu menamatkan pendidikan tahap menengah. Kesemua kos pendidikan ditanggung kerajaan Perancis.",
"Pemain yang lahir dari sini : Kylian Mbappe, Thierry Henry, Olivier Giroud",
"Jong Ajax atau Young Ajax (Ajax Muda) adalah pasukan pelapis Ajax Amsterdam, kelab dari Belanda yang cukup terkenal dengan legasi melahirkan pemain berbakat bertaraf dunia dari dulu hingga kini. ",
"Kesemua pemain yang bermain dalam Jong Ajax diserap daripada Akademi Muda Ajax atau Ajax Jeugdopleiding, bertempat di Amsterdam yang mempunyai 13 pasukan dibahagikan kepada peringkat umur 7 sehingga 18 tahun. Penyertaannya tidak dibuka sebaliknya hanya dibuat melalui jemputan.",
"Kursus latihan dalam akademi ini dibahagikan kepada beberapa peringkat, bermula daripada peringkat akademi muda sebelum pemain yang layak naik ke pasukan A1 atau pasukan muda Ajax dan seterusnya ke pasukan A2, pelapis kepada skuad senior.",
"Setiap tahap latihan menggunakan formasi yang sama dalam permainan iaitu 4-3-3 membolehkan setiap pemain tahu dan faham peranan masing-masing dengan sempurna. ",
"Pemain yang lahir dari sini : Johan Cruijff, Marco Van Basten, Dennis Bergkamp, Matthis de Ligt, Christian Eriksen",
"Jika kita membicarakan tentang sekolah bola sepak paling terkenal di Brazil, nama akademi kendalian kelab Santos pasti menjadi rujukan.",
"Tidak seperti akademi elit lain, penyertaan ke Santos terbuka untuk mana-mana peserta yang berminat; hanya dengan syarat usia 8 tahun sebagai usia minimum. Oleh kerana itulah setiap kali permohonan dibuka, ribuan permohonan diterima daripada anak-anak muda Brazil yang mahu mencipta nama.",
"Setiap sesi pengambilan dianggarkan seramai 250 ke 270 orang pemain terpilih, yang akan dibahagikan kepada 5 kategori umur bermula daripada bawah 11 tahun sehinggalah kepada 20 tahun. ",
"Daripada jumlah besar itu, kebiasaannya hanya 100 akan kekal dalam program dikendalikan di pusat latihan yang dinamakan Centro de Treinamento Rei Pelé atau Pusat Latihan Raja Pele sempena nama mendiang pemain legenda Brazil, Pele. ",
"Pelatih terpilih ditempatkan dalam dua buah asrama yang mempunyai fasiliti lengkap.",
" Dalam aspek pendidikan, sebuah sekolah khas bernama Centro de Estudos Luiza Neófiti atau Pusat Pendidikan Luiza Neofiti diwujudkan tidak jauh daripada lokasi latihan mereka, bagi memastikan peserta tidak tercicir dalam pembelajaran.",
"La Masia de Can Planes atau lebih dikenali hanya dengan nama La Masia, merupakan akademi bola sepak kendalian kelab Barcelona dari Sepanyol, yang mempunyai reputasi cukup hebat serta menyaingi Clairefontaine dari Perancis.",
" Pada awalnya La Masia merupakan sebuah rumah lama berusia lebih 300 tahun (gambar atas) yang dijadikan lokasi kelab Barcelona menjalankan urusan pentadbiran mereka serta menempatkan pemain-pemain. ",
"Bermula pada tahun 1979, bangunan La Masia mula dijadikan akademi latihan pemain-pemain muda, diambil daripada model program latihan yang dibangunkan di Ajax Amsterdam. ",
"Ekoran daripada perkembangan pesat, rumah ladang itu tidak lagi dapat memenuhi keperluan latihan, memaksa akademi itu dipindahkan ke bangunan baru yang lebih moden dan lengkap fasilitinya pada tahun 2011. Namanya yang ikonik dikekalkan.",
"Bangunan baru yang mampu menempatkan 83 orang pelatih akademi memerlukan semua pelatih menjalani hidup sebagai pemain dan pelajar dengan seimbang. ",
"Uniknya, selain 83 pelatih bola sepak itu, La Masia juga menempatkan pelatih 4 cabang sukan berbeza iaitu bola keranjang, bola baling, futsal dan hoki, membolehkan setiap pelatih yang ada berkongsi perspektif dalam bidang sukan masing-masing."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-empangan-yang-menjana-tenaga-elektrik-terbesar-di-dunia.html | 5 Empangan Jana Elektrik Terbesar Dunia | [
"Pembinaan empangan merupakan salah satu kaedah untuk menjana tenaga elektrik secara semulajadi daripada sumber yang boleh diperbaharui iaitu air. Bagi yang masih tertanya-tanya bagaimana empangan hidroelektrik mampu menjana tenaga elektrik, sila baca artikel Bagaimana Sebenarnya Empangan Hidroelektrik Menjana Tenaga Elektrik?",
"Namun, pembinaan empangan yang besar tidak semestinya menjanjikan penghasilan tenaga elektrik yang besar. Satu ketika dahulu, kami pernah menulis artikel 10 Empangan Paling Besar Di Dunia namun kali ini kami ingin kongsikan pula senarai 5 empangan yang menjana tenaga elektrik terbanyak di dunia.",
"Jika anda membandingkan kedua-dua artikel ini, dapat disimpulkan disin bahawa saiz sesuatu empangan hidroelektrik itu tidak berkadar langsung dengan tenaga elektrik yang dijana olehnya.",
"Empangan Belo Monte, dahulunya dipanggil empangan Kararaô, adalah stesen janakuasa kelima terbesar di dunia dari segi tenaga elektrik yang dihasilkan. Empangan hidroelektrik ini terletak di Pará, Brazil, di sepanjang Sungai Xingu. ",
"Empangan ini mempunyai 18 turbin dan telah siap pada 2019. Stesen janakuasa ini mempunyai kapasiti 11,233 megawatt yang menjadikannya kompleks empangan hidroelektrik kedua terbesar di Brazil dan kelima terbesar di dunia mengikut kapasiti elektrik dihasilkan",
"Di Brazil, loji kuasa hidroelektrik menghasilkan lebih 85% tenaga elektrik. Kerajaan telah memutuskan untuk membina hidroelektrik baharu untuk menjamin keselamatan tenaga negara itu. Rancangan untuk pembinaan empangan ini sudah wujud sejak 1975 lagi namun hanya direalisasikan pada 2011 kerana pelbagai isu dan tentangan. ",
"Empangan Xiluodu di Lembah Sungai Jinsha di China ialah stesen janakuasa ke empat terbesar di Bumi dari segi tenaga elektrik yang dihasilkan. Empangan ini berukuran 278 meter tinggi dan 698 meter panjang. ",
"Ia terletak di antara daerah Leibo dan Yonshan dan merupakan penjana kuasa, sistem pengairan dan kawalan air banjir. Empangan ini terdiri daripada penjana kuasa hidroelektrik bawah tanah, masing-masing dengan sembilan unit hidroelektrik untuk gabungan kapasiti kuasa 13,860 Megawatt.",
"Pembinaan empangan dan stesen janakuasa ini bermula pada tahun 2005 dan penjana pertama telah dipasang pada 2013 sementara yang terakhir pada 2014.",
"Stesen janakuasa dengan kapasiti pengeluaran tenagga ketiga terbesar ialah Empangan Itaipu, yang terletak di sepanjang sempadan antara Brazil dan Paraguay. Sungai Paraná merupakan sumber air bagi empangan ini yang mempunyai kapasiti penjanaan kuasa sebanyak 14,000 Megawatt.",
"Empangan Itaipu ini terdiri daripada 20 penjana kuasa, setiap satu dengan kapasiti 700 MW. Loji janakuasa ini merupakan pembekal kuasa yang penting untuk Paraguay dan telah menyumbang sebanyak 75% daripada tenaga elektrik tahunan Paraguay.",
"Nama \"Itaipu\" diambil daripada sebuah pulau yang wujud berhampiran tapak pembinaan. Dalam bahasa Guarani, Itaipu bermaksud \"batu yang berbunyi\".. Konsep di sebalik Loji Kuasa Itaipu adalah hasil rundingan serius antara kedua-dua negara pada tahun 1960-an.",
"Empangan Baihetan ialah sebuah empangan hidroelektrik besar di Sungai Jinsha, bahagian atas Sungai Yangtze di wilayah Sichuan dan Yunnan. Empangan ini ialah empangan lengkung berkembar berketinggian 289 meter dengan ketinggian puncak 827 meter.",
" Ia dianggap sebagai projek kuasa hidro besar terakhir di China selepas beberapa siri projek bermula dengan Empangan Three Gorges. Ia juga merupakan loji kuasa hidro kedua terbesar di dunia.",
"Stesen kuasa hidro ini dilengkapi dengan 16 unit penjanaan hidro yang masing-masing mempunyai kapasiti 1 juta kilowatt, menjadikannya kapasiti unit tunggal terbesar di dunia. Semua unit penjanaan hidro stesen janakuasa hidro Baihetan telah beroperasi sepenuhnya pada 20 Disember 2022",
"Empangan Three Gorges di China adalah stesen janakuasa terbesar di dunia. Ia boleh menghasilkan 22,500 Megawatt tenaga, yang paling banyak daripada mana-mana loji kuasa yang terdapat di muka Bumi. Empangan ini merentangi Sungai Yangtze di tengah China, hanya di hilir dari Three Gorges. ",
"Secara purata, loji ini menghasilkan 95 TWj elektrik setahun. Empangan ini telah dibina selama beberapa tahun dan mula dibuka pada tahun 2003 tetapi telah siap dan berfungsi sepenuhnya mengikut kapasiti semasanya pada tahun 2012. Empangan ini terdiri daripada 32 turbin utama dan dua penjana yang lebih kecil.",
"Empangan ini mencatat rekod pengeluaran tenaga tahunan paling banyak, mencecah sekitar 112 TW sejam pada 2020 selepas musim tengkujuh yang sangat lebat yang membanjiri sungai."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kugiran-yang-dinamakan-sempena-nama-seorang-ahlinya.html | 5 Kugiran Yang Dinamakan Sempena Nama Seorang Ahlinya | [
"Sebuah kugiran biasanya memilih satu nama yang mencerminkan identiti keseluruhan anggota kumpulan, yang dipersetujui bersama-sama. Syarat begitu bagaimanapun tak terpakai untuk semua. ",
"Wujud beberapa kumpulan pemuzik dalam industri muzik baik antarabangsa mahupun tempatan, memilih untuk melawan arus; popular sebagai sebuah kugiran muzik dengan nama salah seorang ahli dalam kumpulan mereka menjadi identiti mereka.",
"Kugiran manakah yang duduk dalam kategori ini dan kenapa nama itu yang mereka pilih? Jom kita baca kisah lima kugiran yang dinamakan secara tidak konvensional ini.",
"Jon Bongiovi Jr. merupakan seorang anak muda berketurunan Itali, menetap di New Jersey, Amerika Syarikat yang bercita-cita besar dalam bidang penciptaan muzik. ",
"Dia mula mencipta lagu sejak usia muda, menyertai beberapa buah kugiran lebih awal sebelum satu lagu ciptaan beliau iaitu 'Runaway' terpilih untuk dirakamkan semula, ke dalam sebuah album kompilasi. ",
"Lagu yang dirakamkan semula dengan bantuan kumpulan pemuzik undangan mengangkat namanya sebagai seorang artis solo dengan gelaran 'Bon Jovi', nama yang dibentuk hasil ejaan semula nama sebenarnya.",
"Walaupun bermula solo, Bon Jovi sedar dia lebih selesa bergerak bersama sebuah kumpulan pemuzik tetap, jadi dia mula menyatukan beberapa orang pemuzik yang dikenali serta mampu menerima konsep muzik beliau untuk menjadi anggota tetap. ",
"Nama 'Bon Jovi' dikekalkan sebagai nama kumpulan bagi meneruskan momentum yang telah dicapai hasil populariti 'Runaway', walaupun mereka bergerak sebagai sebuah kugiran.",
"Kumpulan Bon Jovi melancarkan album pertama pada tahun 1984 sebagai sebuah kumpulan tetapi mengekalkan versi rakaman semula 'Runaway' dalam album pertama mereka.",
"Peminat kumpulan Van Halen pasti dah tahu kenapa kumpulan itu dinamakan sedemikian rupa, adalah disebabkan kehadiran adik beradik Eddie dan Alex Van Halen sebagai tonggak utama.",
"Dimulakan hanya sebagai hobi bersama Eddie dan Alex, kedua-duanya mula mengadakan persembahan secara kecil-kecilan dengan nama Broken Combs, Trojan Rubber sehinggalah Mammoth bermain di parti atau pertunjukan.",
"Perkenalan mereka dengan seorang anak muda bernama David Lee Roth membawa kepada perubahan identiti yang ketara, dek karisma Roth yang agak menonjol. ",
"Bagi menamakan kumpulan mereka selepas kemasukan Roth, Eddie dan Alex mahu menggunakan nama yang diambil daripada judul salah satu lagu kumpulan Black Sabbath iaitu 'Rat Salad.'",
"Dia sebaliknya mencadangkan agar mereka bergerak menggunakan nama keluarga Eddie dan Alex sendiri iaitu 'Van Halen', yang lebih sesuai dengan identiti karya yang mahu mereka perkenalkan serta jauh lebih sedap didengari.",
"Mendiang Jimi Hendrix dikenali sebagai pemain gitar legenda yang telah mengubah pandangan pemuzik terhadap apa yang mampu dipersembahkan dengan instrumen gitar. ",
"Bagaimanapun seperti pemuzik-pemuzik lain, untuk naik mencapai status itu - Hendrix tetap perlu berdepan detik sukar. ",
"Seorang peminat muzik yang membesar dalam situasi miskin dalam keluarga yang berpecah, Hendrix mengalihkan fokusnya kepada muzik. Dia mula belajar bermain gitar pada usia 15 tahun dan giat bermain bersama bermacam jenis kugiran.",
"Semasa dalam tentera, dia menemui sahabat sejiwanya dalam muzik bernama Billy Cox, yang menjadi regu utama beliau melakukan persembahan. Selepas kedua-duanya tamat perkhidmatan Hendrix dan Cox meneruskan minat mereka, bermain di kelab-kelab malam.",
"Nasib tidak menyebelahi Hendrix kerana kebanyakan syarikat rakaman yang menyaksikan persembahannya gagal menilai bakat sebenar yang beliau ada. Sehinggalah Hendrix bertemu dengan seorang pemuzik bertukar produser bernama Chas Chandler, yang menawarkan Hendrix peluang merakamkan album.",
"Chandler bijak memahami kemahiran dan pesona yang dimiliki Hendrix jarang ditemui, berusaha mendapatkan khidmat pemain muzik yang setanding dengan kemahiran yang dimiliki Hendrix.",
"Meletakkan kemampuan Hendrix sebagai fokus utama, Chandler menubuhkan The Jimi Hendrix Experience, bertindak sebagai mentor serta membantu kumpulan yang baru meningkat naik itu mendapat slot-slot persembahan.",
"Pada tahun 2010 mendiang Ronnie James Dio telah meninggal dunia, mengakibatkan dunia muzik heavy metal kehilangan salah seorang ikon yang disegani.",
"Dio mula dikenali ramai bersama kumpulan Rainbow bersama pemain gitar handalan Ritchie Blackmore, sebelum mengambil alih tugas vokalis Black Sabbath menggantikan Ozzy Osbourne pada tahun 1979. ",
"Menerbitkan 3 album bersama Black Sabbath, Dio memilih untuk membawa haluan sendiri selepas sengketa tercetus bertindak menubuhkan sebuah kugiran baru.",
"Mempunyai nama sebenar Ronald James Padavona, nama pentas Ronnie James Dio yang digunakan beliau sudah dikenali ramai. Kugiran baru yang dimulakan Dio dan bekas pemain dram Black Sabbath, Vinny Appice bersetuju untuk dikenali hanya sebagai Dio, disebabkan reputasi Dio.",
"Lucunya, walaupun ramai tersalah anggap nama 'Dio' itu diambil daripada istilah Itali yang membawa makna 'Tuhan', nama itu sebenarnya diambil daripada nama seorang ketua sindiket kongsi gelap di Itali bernama Giovanni Dioguardi.",
"Cuba mencipta lagu sebagai tugasan semasa pengajian di Fakulti Muzik UiTM sekitar tahun 2006, karya-karya yang dihasilkan anak muda bernama Iqbal Othman dirasakan rakan-rakannya mampu pergi jauh.",
"Bagaimanapun dia mengambil masa hampir 4 tahun untuk menghasilkan terbitan pertama 'Tembak Tepat' yang memperkenalkan Iqbal kepada industri muzik. ",
"Penerbitan EP 5 lagu itu membolehkan Iqbal kerap menerima jemputan melakukan persembahan, memaksa Iqbal mendapatkan bantuan pemuzik jemputan mengiringi setiap persembahan. ",
"Menyedari dia sukar bergerak tanpa sebuah kugiran tetap serta tidak gemar bergelar artis solo, Iqbal memutuskan untuk mendapatkan barisan pemuzik tetap yang membolehkan dia memfokuskan dirinya kepada tugas vokal serta menghiburkan orang ramai. ",
"Memikul tanggungjawab sebagai vokalis dan komposer utama, Iqbal dan 4 rakannya menubuhkan 'Iqbal M' pada tahun 2013, dinamakan berdasarkan nama Iqbal sendiri. ",
"Kini di bawah syarikat rakaman Luncai Emas milik sifu Dato' M.Nasir, Iqbal M kekal menghiburkan orang ramai dengan lagu rock bersulamkan elemen nusantara dengan lirik bahasa Melayu yang unik jika dibandingkan dengan kugiran lain segenerasinya."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-penyakit-pelik-yang-menyebabkan-perubahan-penampilan-dan-imej-ekc.html | 5 Penyakit Pelik Yang Menjadikan Anda Manusia Unik | [
"Setiap daripada kita dilahirkan dengan penampilan yang unik antara satu sama lain sekurang-kurangnya dengan sedikit berbeza, sama ada warna rambut, warna kulit, bentuk badan, atau perbezaan lain. Tetapi sesetengah daripada kita dilahirkan dengan penampilan berbeza yang ketara. ",
"Dalam kes-kes tersebut, kebanyakannya datang daripada penyakit yang jarang berlaku, individu boleh dilahirkan dengan penampilan yang, terus terang, ramai yang tidak percaya adalah nyata. ",
"Di Iluminasi, kami telah banyak menulis artikel mengenai penyakit yang unik atau rare antaranya 8 Penyakit \"Rare\" dan Pelik yang Tiada Penawar dan 7 Penyakit Berkaitan Otak Yang Paling Rare. Kali ini, mari lihat penyakit rare yang aka menyebabkan perubahan penampilan dan imej seseorang pula.",
"Hypertrichosis adalah penyakit yang jarang berlaku yang membawa kepada pertumbuhan rambut tebal yang tidak normal. Ia boleh tertumpu di kawasan tertentu atau menjejaskan keseluruhan badan. Ada yang menggelar keadaan ini sebagai Sindrom Serigala Jadian. ",
"Kes-kes di mana hipertrikosis menjejaskan seluruh badan atau sekurang-kurangnya muka telah membawa kepada nama panggilan Lycanthropicnya. Walaupun kedengaran aneh, hipertrikosis tidak disebabkan oleh satu mutasi atau pendedahan kepada bahan merbahaya.",
"Sehingga kini masih belum ada penawar bagi Hypertrichosis. Apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan ketidakselesaan adalah dengan mencukur bulut dan rambut di tempat yang bukan kebiasaan namun kebiasaannya akan mengambil masa yang lambat keran begitu lebat.",
"Elastoderma adalah keadaan kulit yang sangat jarang berlaku yang paling kerap mengakibatkan kulit pesakit menjadi menjadi regangan secara berlebihan dan lebih berkemungkinan kekal tegang berbanding kulit biasa.",
"Aspek elastoderma yang paling pelik ialah penyakit hampir tidak dapat diramalkan. Ia kebiasaannya berlaku pada individu yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit elastoderma dan boleh muncul di mana-mana bahagian badan.",
"Sehingga kini tiada ubat untuk merawat penyakit ini malah rawatan standard untuk keadaan ini. Walaupun kawasan kulit yang terjejas boleh dibuang melalui pembedahan, keadaan ini kebiasaannya akan kembali semula terjadi selepas pembedahan. ",
"\"Ichthyosis\" secara literal bermaksud \"keadaan ikan\" dan itu adalah penerangan yang cukup tepat mengenai penyakit ini. Walaupun ichthyosis adalah sejenis penyakit dengan kira-kira dua dozen keadaan berbeza, mereka semua berkongsi satu sifat yang sama: ia menjadikan kulit anda menjadi keras, tebal dan kering yang kelihatan seperti sisik ikan.",
"Jenis ichthyosis yang paling biasa ialah Ichthyosis Vulgaris, penyakit yang tidak mengancam nyawa yang biasanya memberi kesan kepada pesakit secara lebih sosial berbanding perubatan. Pesakit kebiasaannya akan mencegah kawasan kulit bersisik itu daripada peluh kerana akan menjadikan kulit gatal dan menjadi lebih panas. ",
"Bentuk ichthyosis lain, seperti Ichthyosis jenis Harlequin, boleh menjadi lebih teruk dari segi fizikal dan perubatan malah membawa kepada kematian jika tidak dirawat. Bacaan lanjut Harlequin Ichthyosis: Penyakit Kulit Genetik Yang Boleh Membawa Maut.",
"Tidak seperti kebanyakan penyakit dalam senarai ini, argyria bukanlah disebabkan keadaan genetik. Ia disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada sebatian perak dan perak, bermakna ia boleh mula hadir pada sebarang umur. Simptom utamanya adalah kulit akan kelihatan berwarna biru.",
"Walaupun jumlah perak yang rendah tidak berbahaya kepada kita, pengambilan berulang atau pendedahan kepada jumlah yang banyak menyebabkan unsur itu terkumpul di dalam badan kita. Jika perak diambil secara topikal, seperti melalui krim, pengumpulan akan tertumpu di kawasan yang terjejas. ",
"Walau bagaimanapun, jika ia tertelan, ia akan terkumpul di bahagian yang berlainan di seluruh badan yang berpotensi menjejaskan keseluruhan kawasan permukaan kulit anda. Mereka yang mempunyai argyria tidak dapat dipulihkan walaupun pendedahap terhadap perak telah berhenti.",
"Acromegaly adalah keadaan yang disebabkan oleh tumor pada kelenjar pituitari yang mengakibatkan pengeluaran hormon pertumbuhan yang berlebihan. Kadangkala, ini hanya mengakibatkan gejala ringan seperti tangan atau rahang membesar. Dalam kes lain, ia telah menyebabkan peningkatan drastik dalam saiz keseluruhan badan.",
"Antara contoh terkenal penyakit ini adalah \"Andre the Giant\". Dan bukan sahaja Andre tetapi ahli gusti gergasi lain seperti Big Show dan Great Khali. Selain itu, terdapat juara MMA Antonio “Bigfoot” Silva, ikon motivasi Tony Robbins dan pelakon Carel Struycken yang memainkan watak Lurch dalam filem Keluarga Addams.",
"Seperti penyakit lain yang jarang berlaku dalam senarai ini, keadaan pesakit boleh jadi berbeza-beza dan begitu juga prognosisnya. Dalam kes Andre the Giant, penyakit ini akhirnya menyumbang kepada kematiannya."
] |
https://iluminasi.com/bm/tembok-maghribi-kawasan-periuk-api-terpanjang-dan-terbesar-di-dunia.html | Tembok Maghribi: Kawasan Periuk Api Terbesar di Dunia | [
"Sebahagian besar daripada kita mungkin menyangka kawasan sempadan Korea Selatan dan Korea Utara sebagai kawasan yang paling merbahaya dan dikawal rapi oleh tentera. Sempadan kedua-dua buah negara ini juga dikenali sebagai Korean Demilitarized Zon (DMZ).",
"Artikel berkaitan: Daeseong-dong dan Kijong-dong, Kawasan Perkampungan di Sempadan Korea Utara dan Selatan",
"Walau bagaimanapun, kawasan periuk api terpanjang di dunia bukanlah di Zon Demiliterisasi Korea ini, kawasan savannah Angola atau pergunungan Afghanistan. Sebaliknya, Ia terletak di salah satu bahagian paling terpencil di bahagian barat Gurun Sahara.",
"Anda mungkin atau anda mungkin tidak pernah mendengar tentang \"Sahara Barat\" (Western Sahara), tetapi jika anda merujuk peta Google atau mana-mana atlas moden yang lain, anda akan melihat wilayah ini dikenal pasti dengan jelas di hujung selatan Maghribi.",
"\"Sahara Barat\" bukanlah negara sebenar (seperti yang ditunjukkan oleh kekurangan sempadan politik antara wilayah ini dan Maghribi) tetapi ia juga tidak berada di bawah kawalan Maghribi sepenuhnya. Ia adalah wilayah yang dipertikaikan dengan sejarah yang kompleks.",
"Dan seperti banyak kawasan lain yang dipertikaikan di dunia, ia mempunyai zon yang dikawal ketat tentera di tengahnya yang mempunyai tembok pasir sepanjang 2,700 km yang dipanggil Tembok Sahara Barat Maghribi atau secara ringkasnya \"Tembok Maghribi\".",
"PBB mengklasifikasikan Sahara Barat sebagai \"wilayah yang tidak berkerajaan sendiri\" walaupun dua pertiga daripada wilayah itu diduduki oleh Maghribi.",
"Terletak di pantai barat Afrika - berhampiran Kepulauan Canary, selatan Maghribi, barat Algeria dan utara Mauritania - Sahara Barat adalah dibawah penguasaan Sepanyol sehingga 1976 apabila tekanan daripada pejuang pro-kemerdekaan memaksa tentera Sepanyol berundur. ",
"Selepas Sepanyol melepaskan kawalan ke atas wilayah ini, Maghribi dan Mauritania masing-masing berpindah dan membahagikan wilayah itu antara mereka, mengabaikan kehendak penduduk asli Saharawi yang menuntut kemerdekaan sejak 1960-an.",
"Pada tahun 1976, Saharawi membentuk gerakan pembebasan nasional pemberontak yang dipanggil Polisario Front bertujuan untuk menamatkan kehadiran asing di Sahara Barat. Mereka mengisytiharkan Republik Demokratik Arab Saharawi (SADR) sebagai sebuah negara merdeka dan meletus perang. ",
"Pada tahun 1979, Mauritania menarik diri tetapi Maghribi mengekalkan pendudukan kawasan itu. Berikutan pencerobohan Maghribi pada 1975, orang asli Sahrawi melarikan diri merentasi sempadan ke Algeria. Dan pada tahun 1980 Maghribi yang merasakan bahawa wilayah itu terdedah membuat desakan untuk mengambil alih sebahagian besar padang pasir yang tidak ditadbir.",
"Jurutera Maghribi telah membina \"Berm\" sebuah tembok darat sepanjang 1,500 batu dan penghadang bertingkat yang menembusi Sahara Barat. Tembok ini juga dikenali sebagai Tembok Maghribi.",
"Berm ini adalah salah satu halangan pertahanan paling selamat yang pernah ada. Ia terdiri daripada dinding setinggi 10 kaki, dawai berduri, pagar elektrik dan setiap tujuh batu, pengawal manusia. ",
"Dengan 16 kali lebih panjang daripada tembok Berlin, Tembok Maghribi adalah salah satu halangan ketenteraan aktif terbesar. Periuk api merentasi sepanjang tembok kubu ini, menjadikannya juga medan periuk api terpanjang di dunia.",
"Tahun demi tahun, Maghribi mengembangkan tembok ini sehingga 1987 apabila ia mencapai hujung selatan sempadan dengan Mauritania. Setelah siap, tembok ini meliputi semua penempatan utama Sahara Barat termasuk bandar terbesarnya El Aaiún yang berada di bawah kawalan Maghribi.",
"Hari ini masih terdapat 120,000 tentera Maghribi di sepanjang sempadan Wilayah Selatan - kawasan yang dituntut oleh Maghribi. Kawasan di timur Tembok Maghribi ialah zon bebas, padang pasir terkurung daratan di sebelah Algeria dan Mauritania.",
"Titik persimpangan utama keluar dan masuk dari tembok ini adalah berhampiran bandar Algeria yang dikenali sebagai \"Tindouf\" yang juga menempatkan pasukan PBB untuk Referendum di Sahara Barat atau MINURS (Mission for the Referendum in Western Sahara).",
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mengiktiraf kedaulatan Maghribi ke atas Sahara Barat. Mereka berpendapat bahawa puak Sahrawis mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri. Walau bagaimanapun, banyak negara telah menyatakan sokongan mereka terhadap pendudukan Maghribi antaranya negara seperti Perancis dan Amerika Syarikat.",
"Maghribi mempunyai kepentingan ekonomi di Sahara Barat. Mereka percaya wilayah ini kaya dengan rizab fosfat dan perairannya banyak ikan. Terdapat juga spekulasi bahawa mungkin terdapat medan minyak dan gas asli di kawasan pesisir luar pantai."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-abjad-yang-tak-terpilih-dijadikan-huruf-tulisan-rumi.html | 5 Huruf Yang Tak Terpilih Dalam Tulisan Rumi | [
"Semua orang tahu dalam sistem abjad Rumi yang kita amalkan dalam membaca dan menulis, terdapat 26 huruf merangkumi huruf A sehingga Z. ",
"Abjad Rumi juga turut dilabelkan sebagai abjad Latin. 26 huruf utama membentuk sistem abjad Rumi dinamakan berdasar kepada sebutan masyarakat Arab 'Rumiyah', merujuk kepada masyarakat Rom. ",
"Selain 26 huruf utama, terdapat juga penggunaan tanda bacaan berasaskan simbol yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu.",
"Tahukah anda, sebelum 26 huruf ini selamat terpilih - ada beberapa abjad yang wujud tetapi dianggap tidak sesuai untuk digunakan khususnya dalam pembentukan sistem tulisan bahasa Inggeris moden. ",
"Perasan tak dalam bahasa Inggeris, wujud banyak penggunaan istilah yang bermula dengan suku kata berasaskan huruf 'TH' seperti 'the', 'thin' atau 'things'?",
"Kita kini menggunakan gabungan huruf T dan H bagi menulisnya, tetapi masyarakat Inggeris terdahulu menulis suku kata ini menggunakan huruf yang dikenali sebagai thorn. ",
"Bunyinya bukan berbunyi th~ seperti yang kita sebut, tetapi sebenarnya disebut lebih mirip dengan sebutan yh~.",
"Perubahan bahasa serta sistem ejaan membawa kepada perbezaan cara menyebutnya, mengakibatkan apa yang disebut dulu sebagai yhe~ kini disebut sebagai the~, apabila huruf thorn mula digantikan dengan ejaan th~. ",
"Kami yakin anda pernah terlihat atau terbaca abjad ini, tetapi tidak tahu bagaimana nak menyebut atau membacanya. Penulis dulu membacanya seperti 'AEY~'.",
"Betul. Memang itu kaedah membaca huruf yang dikenali sebagai Ash ini. Diambil daripada bentuk abjad Inggeris lama, huruf ini kerap tenggelam timbul dalam penggunaannya di kalangan masyarakat Eropah.",
"Mana-mana istilah moden yang mempunyai suku kata AE~ di depannya, seperti aether, vitae atau aeon dulunya ditulis menggunakan huruf ini, tetapi penggunaannya ditamatkan selepas sistem abjad Rumi diselaras dan dipermudahkan dengan ejaan gabungan 'AE~' diguna secara rasmi. ",
"Bagaimanapun bagi sebahagian masyarakat Eropah khususnya di kalangan masyarakat Scandinavia, huruf ini masih digunakan diamalkan dalam sistem tulisan mereka.",
"Sekitar abad ke 18, ampersand pernah dikategorikan sebagai salah satu abjad utama dianggap huruf rasmi, dengan ampersand diletak sebagai abjad ke 27 selepas huruf Z terlebih dahulu dikenali dengan nama et.",
"Ini disebabkan penggunaannya pada zaman dahulu yang sangat meluas, khususnya semasa era pemerintahan Rom. ",
"Semasa masih dianggap abjad, ampersand membawa bunyi sama seperti namanya 'et' yang mempunyai fungsi yang sama dengan 'dan' dalam bahasa Melayu atau 'and' dalam bahasa Inggeris.",
"Perasan tak sebuah ampersand, sebenarnya adalah gabungan dua huruf iaitu E dan T yang bercantum di tengah-tengahnya membentuk perkataan et? Cuba tengok betul-betul.",
"Lagu ABC zaman dahulu sekitar abad ke 18 juga berakhir dengan sebutan et per se, yakni ...V W X Y Z & per se. 'Per se' bermaksud 'berdiri sendiri' merujuk & atau et sebagai abjad tunggal. ",
"\"& per se\" yang disebut akhirnya dipermudahkan ejaannya kepada ampersand, dipilih sebagai nama baru simbol itu. Simbol ini akhirnya dikeluarkan daripada kategori abjad menjadikan hanya 26 huruf A-Z sebagai abjad rasmi.",
"Kami yakin ramai merasa pelik kenapa huruf 'W' disebut sebagai 'Double U.' Ini sebabnya.",
"Ketika masyarakat Inggeris mula menggunakan sistem tulisan Latin, W ditulis dengan simbol U yang digandakan menjadi UU bagi mewakili bunyinya yang sama. ",
"Bagi mengemaskan sistem tulisan manuskrip yang popular ketika itu, pengenalan abjad dinamakan wynn yang membawakan bunyi yang sama dengan UU cuba dilakukan masyarakat Inggeris. ",
"Bagaimanapun, perubahan ini gagal mendapat sambutan masyarakat era tersebut, di mana mereka selesa mengekalkan penggunaan simbol UU dalam sistem tulisan mereka. ",
"Penggunaan ini kekal walaupun simbol UU diubah bentuknya menjadi kepada simbol W yang ada sekarang, sehinggakan namanya pun kekal dirujuk sebagai sebagai Double U berdasarkan kepada simbol lama huruf itu.",
"Bagi abjad wynn pula, huruf itu tinggal sejarah yang terus dilupakan.",
"Satu lagi huruf yang pernah diamal tetapi kini telah digantikan adalah huruf yogh atau ȝ.",
"Cucu cicit kepada abjad ini yang masih wujud sekarang, biasanya diwakili istilah yang mempunyai suku kata ch atau gh, seperti though, through, light atau daughter. ",
"Perasan tak, kesemua perkataan itu bunyi gh yang ada padanya tidak dibunyikan? Itulah istilah yang asalnya pernah menggunakan huruf yogh ini. ",
"Diperkenalkan oleh orang Ireland kepada masyarakat Britain era Saxon sekitar abad ke 8, abjad ini diketepikan kerana masyarakat Inggeris ketika itu mahu mengekalkan pengaruh sistem Latin dalam pembentukan tulisan mereka.",
"Jadi huruf ini ditukar kepada 3 kaedah berbeza cara menulisnya. ",
"Jika pada awal permulaan perkataan, ȝ diganti dengan huruf y atau g bergantung kepada maknanya. Seandainya ȝ ada di tengah perkataan, huruf itu digantikan dengan gh, seperti mana yang kita baca sekarang. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-jenis-perangai-alumni-sekolah-asrama-yang-ada-di-malaysia.html | 5 Perangai Bekas Pelajar Sekolah Asrama | [
"Duduk di asrama masih dilihat sebagai lokasi terbaik pelajar dapat memfokuskan keupayaan mereka kepada pendidikan, walaupun terpaksa berjauhan daripada ibu bapa dan masyarakat.",
"Kerenggangan ini walaupun inilai ahli masyarakat sebagai sesuatu yang perlu mereka dan keluarga mereka hadapi, sebenarnya turut memberikan kesan kepada mentaliti pelajar yang sedang membesar dan mencari hala tuju hidup. ",
"Ada sifat 'berbeza' yang dapat kita saksikan jika kita bandingkan alumni sekolah asrama khususnya sekolah berasrama penuh berprestasi tinggi, dengan pelajar sekolah harian biasa. ",
"Berikut adalah lima jenis kategori pelajar sekolah asrama mengikut perangai mereka selepas dewasa, membuktikan berjauhan dengan keluarga memberi kesan kepada pemikiran mereka.",
"Di kalangan alumni pelajar sekolah asrama, wujud sebahagian di antara mereka yang masih tak mampu tinggal geng lama walaupun dah meniti alam dewasa dan pekerjaan. ",
"Uniknya hubungan akrab ini sudah boleh dapat kita lihat daripada tamat sekolah menengah lagi, di mana waktu masuk institusi pendidikan tertiari pun mereka ni masih bersama. Dah dapat kerja pun sama. Dah kahwin pun, tiap-tiap malam masih nak berjumpa.",
"Kalau buat reunion pun, geng inilah yang paling ramai hadir walaupun sebenarnya hari-hari berjumpa. ",
"Budak sekolah asrama khasnya sekolah SBP ada kesetiaan yang tinggi pada sekolah mereka. Ye lah, dah duduk di sana 5 tahun dan mewarisi legasi sekolah di bahu masing-masing, mesti ada nilai yang akan mereka pikul.",
"Tetapi dengan legasi itu jugalah, ada kelompok pelajar SBP ni yang merasakan mereka lebih elit berbanding kumpulan pelajar lain. Sehinggakan dia seakan-akan mahu orang tahu dia pernah belajar di mana.",
"Tali leher sekolah masih dipakai ke tempat kerja. Lencana sekolah pun kadang-kadang disemat di dada dalam pejabat. Di tingkap kereta, tak sah kalau tak ada pelekat yang memaparkan logo persatuan alumni sekolah dia. ",
"Anak nak masuk sekolah? Mestilah sekolah dia pilihan pertama. Sekolah dia, hidup dia.",
"Penulis masih boleh hadam isu orang yang masih bangga dengan identiti sekolah walaupun dah masuk alam pekerjaan dewasa. ",
"Tapi ada satu jenis ni, penulis sukar nak buat kawan - iaitu alumni sekolah asrama yang mahu menggunakan hubungan sekolah yang dia ada untuk kepentingan diri atau perniagaan dia. ",
"Bila dia dapat tahu ada senior sekolah dapat jawatan tinggi dalam organisasi besar, dia mulalah merancang bagaimana nak memancing untuk menggunakan kedudukan serta pengaruh senior dia untuk kepentingan sendiri.",
"Kalau dia tahu ada alumni sekolah dia dapat pegang jawatan menteri, wakil rakyat atau sebagainya yang berkait politik, dia pun samalah mula nak rapat dengan tujuan khusus; kerana bagi dia - takkanlah geng alumni sekolah tak tolong alumni lain. ",
"Apabila anda bergelar alumni sekolah SBP/SBT, secara automatik anda meletakkan jangkaan anda terhadap diri sendiri di satu tahap yang tinggi. ",
"Ini berpunca daripada sistem sekolah sendiri yang mendoktrinkan secara tidak rasmi kepada pelajar, bahawa hanya kejayaan besar dilihat sebagai kejayaan sebenar. ",
"Tak percaya? Tanya mana budak-budak SBP mereka ada tak rasa sebegini rupa. Malangnya bukan semua alumni mampu mencapai kejayaan besar, jadi orang berpengaruh dan ternama...paling tidak kerja oil and gas.",
"Ramai juga yang tak mampu mencapai paras yang telah ditetapkan selepas dewasa. ",
"Mereka akan malu dengan diri sendiri sepanjang hidup mereka, kerap membandingkan diri dengan kawan-kawan lain yang mungkin dah hidup mewah serta ada bini sampai tiga. ",
"Nak sebut dia kerja apa pun malu saja bila berjumpa kawan-kawan lama.",
"Satu kelompok yang tidak besar tetapi pasti berlaku di kalangan pelajar asrama, adalah mereka yang memilih untuk menghilangkan diri daripada kawan-kawan.",
"Sehinggakan langsung tak dapat dihubungi walaupun kini dah ada media sosial yang memudahkan komunikasi.",
"Ada banyak sebab kenapa perbuatan sebegini boleh berlaku, tetapi sebabnya dapat disimpulkan dengan satu solusi mudah: walaupun berjaya bergelar alumni, pengalaman hidup di asrama bukanlah sesuatu yang dia suka. ",
"Ada pengalaman buruk yang menghantui dia dan hanya dia saja tahu apa kisahnya.",
"Jadi apabila dah masuk ke alam dewasa, individu sebegini akan berusaha untuk mengelak daripada bertemu dengan rakan-rakan lama kerana pertemuan sebegitu hanya mengingatkan dia tentang hidup di asrama, yang dia cuba lupa.",
"Orang lain pun boleh terkejut bila tahu dia sebenarnya alumni sebuah sekolah terkenal. Ye lah, budak sekolah asrama biasanya kan nak orang ramai tahu dia dulu sekolah mana tapi jenis ni pula malu nak mengaku dia pernah sekolah mana."
] |
https://iluminasi.com/bm/jika-media-sosial-di-terjemah-ke-dunia-nyata.html | 5 Situasi Lucu Jika Media Sosial di Terjemah Ke Dunia Nyata | [
"Budaya berkongsi atau sharing yang menjadi etos di kalangan netizen, merupakan budaya digital yang sudah menjadi satu kelaziman. ",
"Perkongsian yang dibuat dalam bermacam format, bernada positif atau negatif oleh orang tidak kita kenali, adalah sesuatu yang tidak boleh kita lari semasa melayari internet.",
"Walaupun demikian bukan semua perbuatan di media sosial dan internet sesuai untuk diterjemahkan ke dalam dunia nyata. ",
"Berikut adalah lima perbuatan biasa bagi netizen yang akan kelihatan sangat janggal, seandainya ada yang melakukannya di depan kita.",
"Hanya dalam media sosial berkongsi gambar peribadi kepada orang lain dianggap perkara normal. ",
"Bukan setakat gambar sendiri, gambar anak, isteri, ayah, ibu, aktiviti keluarga dan kadangkala gambar yang sepatutnya tidak dikongsi pun dah jadi benda yang disebar kepada umum, tanpa kita risau siapa yang bakal menyaksikannya. ",
"Anda sedang duduk, datang kawan anda tunjuk gambar dia kepada anda. Kemudian dia tanya apa maklum balas anda terhadap gambar itu. ",
"Satu genre video yang muncul akibat media sosial, dikategorikan sebagai mukbang - memaparkan 'pempengaruh' makan depan kamera dan sampaikan kita boleh dengar mulutnya mengunyah.",
"Kami tak tahu kenapa kategori video sebegini boleh popular. Secara peribadi, penulis geli nak tenung wajah orang lain sedang makan dan penulis mengandaikan orang lain pun sama.",
"Dengan di tepi mulut ada sos, kadangkala sisa makanan terkeluar dari tepi bibir, semua tentang video sebegini menjijikkan.",
"Sekiranya kita duduk saja depan kawan kita dan renung dia makan, besar kemungkinan kita akan ditegur dan dianggap buang tabiat.",
"Bagi sesetengah individu yang mencari stimulasi, video ASMR adalah jawapan kepada apa yang mereka cari. ",
"ASMR bagi mana belum tahu, adalah genre video yang memfokuskan kandungannya kepada bunyi audio, direka untuk merangsang deria dan tubuh badan pendengar. ",
"Ada video ASMR yang dikata membantu seseorang untuk tidur. Bagaimanapun lebih banyak video ASMR lebih kepada situasi kurang enak, tak sesuai untuk kami nyatakan di sini.",
"Kami masih tidak faham kenapa ASMR menjadi kegilaan ramai individu di luar sana. ",
"Bila ada orang lain berbisik dan menghembuskan nafas betul-betul pada telinga kita dalam dunia nyata, orang normal pasti rasa tak selesa. ",
"Anda perasan tak, apa persamaan yang ketara dalam kebanyakan video tarian anak muda? Majoriti video yang ada dibuat secara tertutup, biasanya dalam bilik berkunci.",
"Seakan mereka malu ada ahli keluarga atau teman serumah masuk ke dalam bilik, terlihat mereka sedang cuba menari sebaik mungkin untuk dimuat naik ke internet....agar semua orang dapat tonton dia menari. ",
"Sekiranya anda ada kenal orang yang gemar memuat naik video dia menari ke media sosial, cuba minta dia menari on the spot. ",
"Mesti dia menolak dengan alasan malu walaupun jelas daripada kandungan video yang biasa dia muat naik, malu adalah sesuatu yang asing dalam hidupnya...",
"Anda ada kenalan yang anda tahu garang di media sosial, mengeluarkan pandangan, mengkritik perspektif orang lain dan menyangkal fakta dengan fakta? ",
"Mesti dia ramai pengikut kan serta popular di internet. Persoalannya, adalah dia betul sebegitu dalam dunia nyata? Tak kan?",
" Agak menghairankan bukan kenapa seseorang yang agresif di internet, dalam realiti biasanya adalah seorang yang lebih terjaga tutur katanya.",
"Kenapa kita tak terjemahkan perangai kita yang suka dengan konflik dan kontroversi dalam internet, ke dunia nyata?",
"Bukankah dunia akan lebih elok, kalau semua perangai yang kita amalkan di internet mahu memenangi perdebatan atau suka memalukan orang lain - kita buat secara benar dalam hidup kita?"
] |
https://iluminasi.com/bm/asal-usul-istilah-nama-kenderaan-yang-kita-guna.html | Asal-Usul Istilah Nama Kenderaan Yang Kita Guna | [
"Setiap hari ramai ke tempat kerja menggunakan kenderaan masing-masing. Sama ada anda menggunakan kereta, motorsikal, bas, van, lori, keretapi atau mungkin helikopter jika mampu, adanya kenderaan memudahkan perjalanan kita. ",
"Disebut kita hampir setiap hari istilah yang merujuk kepada jenis dan nama kenderaan ini, anehnya tak ramai di antara kita tahu KENAPA istilah itu digunakan sebagai namanya. Nak tahu kenapa? ",
"Jom belajar. Berikut adalah 5 jenis kenderaan yang biasa kita guna dan kenapa namanya terjadi sedemikian rupa.",
"Dalam bahasa Inggeris, ramai dah tahu (kan?) sebuah kereta digelarkan 'car.' ",
"Istilah ini datangnya mula-mula sekali daripada istilah bahasa Hindu-Eropah Proto 'kers' yang membawa sesuatu yang bergerak, kemudiannya dicedok ke dalam bahasa Latin, membentuk istilah carrus, ketika itu merujuk jentera perang dua tayar yang ditarik kuda.",
"Orang Perancis yang pertama sekali memodenkan istilah ini. Mereka menukarkannya kepada 'carre' membawa makna 'kenderaan beroda' sebelum masyarakat sekitar Eropah meminjam dan mengubahnya mengikut telo bahasa masing-masing.",
"Masyarakat Portugis menukarkan ejaan dan sebutan Perancis itu kepada 'carreta' sebelum penjajahan mereka ke sini memperkenalkan perkataan itu kepada penduduk di Asia Tenggara.",
"Istilah Portugis itulah yang menjadi sumber bagaimana istilah bahasa Melayu 'kereta' tercipta.",
"Dari aspek asal-usul, istilah 'lori' layak dikatakan sebuah istilah moden tanpa berkait dengan bahasa-bahasa lama, berdasarkan kajian setakat ini. ",
"Diperkenalkan sekitar awal abad ke 19 ke dalam bahasa Inggeris, lorry mempunyai makna sebuah kenderaan yang mempunyai tempat letak barang rata yang panjang dan empat tayar.",
"Istilah ini hadir daripada kata kerja bahasa Inggeris 'lurry' yang membawa maksud perbuatan menarik atau mengheret sesuatu. ",
"Terjemahannya ke dalam bahasa Melayu diambil secara terus dengan perbezaan ejaan sahaja yang membentuk istilah lori.",
"Van sebenarnya adalah singkatan sebuah istilah lebih awal iaitu karavan/caravan, yang popular digunakan masyarakat terdahulu.",
"Berasal daripada istilah bahasa Sanskrit karabhah merujuk kepada haiwan unta, istilah ini dipinjam masyarakat Parsi dan Arab, yang menukarkannya menjadi karwan (Parsi) dan qairawan (Arab) merujuk kepada pedati yang ditarik.",
"Dari situlah terbentuk istilah caravana atau caravane dibentuk dalam istilah Latin zaman pertengahan Eropah, yang menjadi punca pengenalan istilah ini ke dalam bahasa Perancis carvane.",
"Istilah ini kekal walaupun dunia mula menggunakan jentera bermotor bagi menggantikan haiwan seperti kuda dan unta, sehinggakan nama bagi van bermotor ketika zaman pengenalannya dikenali dengan nama carry-van, yang akhirnya dipendekkan menjadi van.",
"Istilah motorsikal adalah istilah yang dibentuk hasil gabungan dua istilah berbeza iaitu motor (motor) dan sikal (cycle).",
"Motor datang daripada istilah movere dalam bahasa Latin, membawa makna sesuatu yang menggerakkan. Sikal atau cycle pula diambil daripada istilah Yunani kyklos yang membawa makna perbuatan memusingkan sesuatu.",
"Istilah ini dipinjam ke bahasa Perancis lama, yang menukarkan ejaannya kepada cicle; menjadi asas kepada istilah bahasa Inggeris cycle.",
"Bike adalah singkatan kepada istilah bicycle, digunakan sekitar penghujung abad ke 19 oleh penutur bahasa Inggeris. ",
"Apabila semakin ramai orang menggunakan istilah motorbike merujuk kepada basikal yang bermotor, bike mula sinonim untuk dilabelkan kepada basikal dan juga motorsikal. ",
"Seperti van, bas atau bus juga singkatan kepada satu istilah lain iaitu omnibus. Diambil daripada istilah Latin, omnibus bererti terbuka untuk semua atau meliputi semua pihak. ",
"Istilah omnibus pertama kali diguna bagi merujuk kepada jenis kenderaan selepas dipopularkan seorang tokoh di Paris, Perancis bernama Jacques Laffitte, gabenor kepada Bank Perancis sekitar awal abad ke 19. ",
"Mempunyai pengaruh dalam politik negara dan pembangunan masyarakat, Laffitte berhasrat mahu mewujudkan sebuah sistem yang memudahkan pergerakan masyarakat awam.",
"Dia memperkenalkan sistem voiture omnibus atau 'gerabak untuk semua'; sebuah kereta kuda bersaiz besar yang boleh dinaiki penduduk Paris, mampu menempatkan lebih 8 orang penumpang dalam satu-satu masa.",
"Sistem ini mula popular di kalangan negara Eropah, dengan pengguna sistem kereta kuda ini mula merujuk apa yang mereka naiki itu hanya sebagai 'omnibus', walaupun pada asalnya makna perkataan ini mempunyai maksud berbeza. ",
"Lama-kelamaan istilah omnibus ini disingkatkan, sehingga kita hanya memanggil koc atau gerabak mengangkut ramai penumpang hanya sebagai sebuah 'bus.'",
"Di negara kita legasi kepada sejarah istilah ini masih dapat kita lihat. Beberapa pengusaha bas awam di negara masih mengekalkan nama 'omnibus' sebagai nama syarikat mereka seperti Central Pahang Omnibus Sdn. Bhd. atau Red Omnibus Sdn Bhd di Perak."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kelakuan-aneh-dalam-media-sosial-yang-semakin-dinormalisasikan.html | 5 Perangai Buruk Netizen Yang Dah Dianggap Perkara Biasa | [
"Sebelum kewujudan media sosial, orang ramai jarang mahu mendedahkan perihal hidup dan identiti mereka kepada pengguna internet lain.",
"Peralihan trend media sosial yang lebih terbuka menggalakkan pengguna melakukan perkongsian, memecahkan sempadan yang menyelia pengguna mengakibatkan netizen tidak lagi aneh memuatnaik sesuatu yang bersifat peribadi.",
"Malangnya, perubahan ini juga menyebabkan kita turut biasa berkongsi perkara-perkara yang tak sepatutnya jadi tatapan semua. Berikut adalah lima perbuatan aneh di media sosial, yang sudah dianggap norma biasa.",
"Setiap hari ada saja 'drama' lakonan suami isteri usik mengusik satu sama lain dimuat naik ke media sosial. ",
"Sama ada dalam bentuk prank atau berdasarkan skrip yang memang dirancang jalan ceritanya, pasangan sebegini tidak takut mempamerkan aksi bermanja-manja sesama mereka untuk tontonan kita semua. ",
"Kami tak tahu kenapa pasangan sebegini boleh sama-sama bersetuju berlakon dalam bermacam situasi mendedahkan keintiman mereka bergurau senda suami isteri. Memanglah jarang unsur seksual dipaparkan, tetapi bukankah lebih manis kalau kemesraan suami isteri itu disimpan hanya di antara anda berdua?",
"Kongsi kepada kami pun, atas tujuan apa sebenarnya? Anda nak kami perhatikan betul-betul kemanjaan dan kecantikan isteri anda ke?",
"Fungsi muat naik video ke media sosial mengubah budaya perkongsian kita secara menyeluruh. ",
"Apa yang malang, kita sebagai pengguna rata-ratanya cenderung ke arah perkongsian yang bersifat sensasi. Ramai berkongsikan video yang jelas tak patut ditonton, seperti insiden pergaduhan yang memaparkan serangan fizikal di dalamnya. ",
"Antara jenis video yang sangat popular di kalangan warga siber adalah video suami belasah isteri, orang ramai belasah peragut, pemandu bergaduh sama pemandu atas jalan raya. ",
"Pusing-pusing, topiknya tak lari jauh mana. Kita yang tonton pun boleh sama-sama berkongsi emosi suka duka bersama dengan individu yang dipaparkan di dalamnya.",
"Satu lagi perkongsian video yangkonsisten dimuat naik, adalah video-video kemalangan jalan raya yang mengerikan. Jika isi kandungan video hanya memaparkan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku, bolehlah kita maafkan lagi.",
"Namun ada pula jurukamera tidak rasmi yang berada di tempat kejadian, rajin turun dari kenderaan masing-masing dengan telefon pintar di tangan; mahu merakamkan gambaran insiden kemalangan itu. ",
"Tukang rakam pula mungkin kerana terlebih berani, bijak memfokuskan lensa kepada mayat yang bergelimpangan. Terpaparlah kepada umum apa yang tak patut dikongsi, diedar ke sana ke mari menerusi setiap platform media sosial yang ada.",
" Video sebegini sudah jadi satu bentuk perkongsian biasa, ditonton segelintir orang tanpa ada rasa simpati memikirkan nasib si mati dan keluarga mereka. Anehnya, bila diajak menonton filem mengerikan, dia kata dia takut pula...",
"Memuat naik rakaman kemesraan suami isteri ke media sosial memang mampu memualkan kita.",
"Yang lebih memualkan daripada itu, adalah perang perkongsian suami dan isteri saling mengkritik satu sama lain di media sosial akibat perselisihan rumah tangga. Yang buat situasi jadi lucu, perang itu berlaku ketika kedua-duanya masih sah bergelar suami isteri.",
"Sudahlah si lelaki dan wanita saling tuduh-menuduh dan masing-masing mahu menegakkan benang yang basah, tak cukup dengan itu mak ayah, sepupu, anak-beranak, atuk nenek pun nak rakam video kongsikan pandangan terhadap isu itu kepada umum. ",
"Tak pasal-pasal kita pula kena menghadap masalah keluarga mereka, sehingga kita sebagai masyarakat berpecah belah pilih kem; sokong si lelaki atau si wanita, keluarga belah lelaki atau wanita. Atuk atau nenek dan sebagainya. ",
"Bila dah hangat isu, mesti ada seorang dua pempengaruh yang tak berkait sibuk nak menyelit into the scene kongsi pandangan, tanpa ada orang minta pandangan dia. ",
"Berkait dengan kelakuan di atas - media sosial jika kita benar-benar menggunakannya ke arah kebaikan, memang penulis akui banyak keberkesanannya. Dapat duduk dalam komuniti maya yang berkongsi minat serupa menarik dan sangat membantu kita.",
"Bagaimanapun kami anggarkan 80% daripada apa yang kita baca dan tonton di media sosial setiap hari adalah kandungan sensasi yang dimuat, khas untuk membesarkan perbalahan atau kontroversi yang sedang hangat.",
"Sebagai pengguna media sosial yang aktif, anda pasti gemar mengikuti isu-isu hangat yang tular. Pernah tak anda terfikir apa keperluan untuk kita tahu, bincang, tafsir dan faham isu-isu hangat itu? ",
"Apa faedahnya kepada kita bila kita berkongsi pandangan tentang sesuatu isu hangat?",
"Kita kejarkan interaksi yang bakal tercetus, tak kiralah interaksi positif, negatif atau neutral kerana media sosial mampu memberikan kita rasa 'puas' tatkala apa yang kita muat naik merangsang netizen memberi maklum balas kepada kita.",
"Budaya saling mengkritik, serang menyerang dan gigih mahu memperbetulkan orang lain ni...patut dibiasakankah pada pandangan anda? Atau kita jadi sedemikian rupa, kerana media sosial telah mengubah pemikiran kita?"
] |
https://iluminasi.com/bm/fahami-kos-sebenar-penggunaan-elektrik-perkakasan-rumah-anda.html | Cara Kira Anggaran Penggunaan Elektrik Perkakas Rumah | [
"Kadar tarif elektrik kerap menjadi isu besar setiap kali kedengaran desas-desus akan berlakunya perubahan kepada tarifyang kita bayar.",
"Kenaikan tarif pasti memberi kesan kepada beban kewangan yang ditanggung setiap isi rumah, apatah lagi dalam era sekarang di mana barangan elektronik dan elektrik sudah menjadi keperluan kehidupan.",
"Dek kerana kebimbangan, ada di antara kita memilih jalan berbeza; contohnya membasuh baju di dobi layan diri dengan tanggapan perubahan itu membawa penjimatan kepada kita. ",
"Berikut adalah anggaran kasar kos penggunaan elektrik perkakasan rumah yang biasa kita ada, diharapkan dapat membantu anda memahami adakah anda sedang melakukan penjimatan atau sedang menambah beban perbelanjaan.",
"Sebuah peti sejuk dua pintu yang mempunyai kapasiti di antara 350 ke 450 liter secara purata akan menggunakan 150 ke 250 watt (W) tenaga sejam untuk beroperasi bergantung kepada tahap penggunaannya.",
"Dengan menggunakan kiraan 24 jam sehari selama 30 hari, peti sejuk 150W menggunakan kira-kira 3600W (150W x 24 jam) setiap hari",
"Untuk mengira berapa kos bil berdasarkan tarif TNB, kita perlu menukarkan unit W tadi kepada kW. Ini bermakna amaun dalam W perlu dibahagikan dengan 1000, jadi 3600W bersamaan dengan 3.6kW. Amaun ini apabila didarabkan dengan 30 hari penggunaan, memberikan kita 108kW. ",
"Berdasarkan tarif paling rendah yang disediakan kalkulator rasmi TNB, sebuah peti sejuk 150W akan menggunakan kira-kira RM23.54 kos elektrik sebulan. ",
"Setiap mesin basuh mempunyai penggunaan elektrik yang berbeza, bergantung kepada saiz dan mod basuhannya, menggunakan di antara 400W bagi model biasa hingga 1500W bagi model berspefisikasi tinggi. ",
"Kita andaikan mesin basuh milik penulis sebagai standard, yang menggunakan 490W untuk sekali basuhan selama satu jam menerusi kitaran biasa (normal wash). Setiap hari, dua kali basuhan diperlukan menjadikan jumlah dua basuhan 980w atau 0.98kW.",
"Dalam 30 hari, sebanyak 28.8kW diperlukan untuk basuhan dan kos penggunaan elektriknya adalah RM6.28. ",
"Televisyen sudah semakin berkembang kemampuannya, disebabkan teknologi yang mampu menghubungkannya dengan internet. Lagi kerap terpasanglah TV zaman sekarang berbanding era pra-smart TV.",
"Sebuah televisyen LED 40 inci secara purata dianggar menggunakan kira-kira 50 ke 60W dipasang sejam dan 1W semasa dalam mod sedia (standby). Semakin besar saiz, semakin tinggi kadar penggunaannya.",
"Kita ambil 60W sebagai standard dengan kadar guna 8 jam setiap hari, menjadikan penggunaannya memakan 14.4kW sebulan. Ini memberikan kita kos RM2.85 sen untuk tempoh 30 hari. ",
"Masih ada 1W yang dipakai semasa mod sedia kan? 1W kita darabkan dengan 16 jam TV tidak terpasang, memberikan kita 16W atau 0.16kW. Dalam 30 hari, untuk membiarkan TV kita bersedia...kita membelanjakan kos RM0.95 atau 4.8kW. ",
"Penulis setakat ini masih setia menggunakan 'alatan pengering berkuasa solar' atau lebih dikenali sebagai ampaian, dek bimbang bil elektrik mesin pengering. ",
"Sebuah mesin pengering mempunyai tahap penggunaan purata di antara 1.05kW ke 1.75kW satu jam dan biasanya, proses pengeringan pakaian memerlukan masa lebih 120 minit bergantung kepada tahap isian pakaian.",
"Kita ambil angka kasar 1.25kW penggunaan dengan 2 jam diamalkan, sekali sehari. Untuk setiap pusingan, 2.5kW jumlah elektrik diperlukan. ",
"Dalam sebulan 75kW digunakan memakan kos RM14.85. Jika anda basuh baju dua kali sehari, gandakan angka itu; 150kW bersamaan RM32.70.",
"Perlumbaan pengeluar mengeluarkan pengecas berkelajuan tinggi mendorong peningkatan tahap penggunaan elektrik dalam memastikan bateri peranti telefon kita berisi. ",
"Pengecas tertinggi ketika artikel ini ditulis direka untuk menggunakan 240W tenaga, mampu mengecas telefon secepat 9 minit. Namun majoriti di antara kita rasanya seperti penulis, masih menggunakan pengecas lebih perlahan dengan tahap kelajuan standard di antara 5, 10 dan 15W. ",
"Kita andaikan 5W sejam adalah standard dengan tempoh pengecasan 3 jam diperlukan. Ini bermakna untuk mengecas telefon kita sehingga penuh sekali sehari, kita menggunakan 15W atau 0.015kW. ",
"Untuk 30 hari, kita menggunakan hanya 0.45kW sebulan atau RM0.10.",
"Murah sangat kalau kita jenis dah penuh terus tutup plag! Sekiranya kita jenis selalu membiarkan telefon yang dah di cas penuh tapi plag masih menyala...anda kira sendirilah berapa jumlah pembaziran anda.",
"Tetapi harus kami ingatkan dengan memasang perkakasan inilah, majoriti pemilik kediaman akan mula menyaksikan pertambahan mendadak pada bil mereka. Khususnya kalau yang dipasang adalah jenis bukan inverter.",
"Sebuah pendingin hawa dengan fungsi inverter menggunakan di antara julat 250 ke 1250W sejam yang tidak tetap, jadi agak sukar untuk mengiranya melainkan dengan anggaran. ",
"Kita ambil 750W (0.75kW) sebagai titik tengah purata penggunaan sejam dengan unit dipasang 8 jam sehari memberikan kita 6kW jumlahnya. ",
"Didarabkan dengan 30 hari, kita memperolehi 180kW penggunaan hanya untuk satu pendingin hawa. Berdasarkan tarif paling rendah sebuah pendingin hawa sahaja kosnya sudah mencecah RM39.24.",
"Tak boleh penulis bayangkan berapa bil elektrik jiran penulis, yang setiap biliknya ada pendingin hawa sendiri.",
"Dengan berpandukan kenam-enam peranti di atas, kita mendapati penggunaan 30 hari elektriknya adalah seperti berikut",
"Kos keseluruhan penggunaaan keenam-enam peranti elektrik di atas adalah RM134.51 untuk sekali operasi mesin pengering atau RM173.21 untuk dua kali pusingan mesin pengering, jika dikira pada tarif penuh tanpa rebat. ",
"Bagaimanapun harus diperjelaskan - kiraan kasar ini agak tinggi jumlahnya kerana keperluan kuasa perkakasan dikira dalam unit W yang konsisten. Sekiranya alat elektrik anda mempunyai sistem inverter, kuasa yang digunapakai akan bertukar-tukar semasa beroperasi.",
"Tetapi harus juga kami ingatkan - kiraan ini belum mengambil kira lampu, kipas, periuk nasi, cerek pemanas air, penapis air dan sebagainya. Kita baru kira 6 perkakas! ",
"Sebelum mengundur diri, kami harap artikel ini juga sudah menjelaskan kepada anda yang mana lebih untung; basuh dan keringkan sendiri baju di rumah atau menggunakan perkhidmatan dobi layan diri di kedai.",
"Kos kasar membasuh dan mengeringkan sendiri pakaian hanyalah sekitar RM22.63 sebulan, untuk dua kali basuhan dan sekali keringan. Tak tinggi kan sebenarnya kos basuh baju sendiri? Jika mesin pengering diguna dua kali sehari pun, kosnya hanya sekitar RM38.98 sebulan. ",
"Sekiranya anda macam penulis, setia menggunakan alatan pengering berkuasa solar lagilah tinggi penjimatan anda."
] |
https://iluminasi.com/bm/6-bidang-pekerjaan-diramal-selamat-daripada-ancaman-ai.html | 6 Pekerjaan Yang Mungkin Selamat Daripada Ancaman AI | [
"Beberapa tahun kebelakangan, aritificial intelligence (AI) atau kepintaran buatan telah menjalani penambahbaikan pesat - membolehkan AI mengambil alih bidang tertentu secara tidak rasmi sehingga menimbulkan kontroversi di serata dunia dek kebolehannya.",
"Jika anda seorang peminat filem, pasti anda pernah menonton filem yang memaparkan situasi masyarakat dunia tatkala AI mencapai satu tahap tinggi, mampu mengambil alih dunia.Adakah ini masa depan kita? Hanya Dia yang tahu. ",
"Apa yang kita tahu, keupayaan AI zaman sekarang sudah masuk ke fasa yang dianggap sudah mampu menggugat dan menyaingi kemahiran manusia dalam beberapa bidang khusus. ",
"Dalam masa sama, ada beberapa jawatan atau profesion diramal tak dapat diganti AI. Adakah anda kumpulan bertuah yang sedang menjawat jawatan dalam bidang ini? Berikut 6 jawatan kalis kepintaran buatan buat masa sekarang. ",
"Kami beranggapan keperluan untuk mengendali urusan pentadbiran melibatkan pekerja akan kekal selamat. ",
"Ini kerana tugas pegawai sumber manusia atau human resources (HR) sebagai orang tengah dalam meditasi konflik, isu pejabat serta hubungan majikan-pekerja memerlukan penyeliaan seorang manusia.",
"AI masih belum menggantikan penelitian manusia dalam topik pengurusan sebegini, walaupun ramai golongan pekerja merasakan pegawai HR biasanya kurang adil serta lebih menitikberatkan belah majikan dalam semua isu.",
"Oleh kerana itulah kategori pembangun perisian atau pengaturcaraan bukan saja diramal tidak terkesan dengan AI, bahkan semakin berkembang keperluannya bila penggunaan AI semakin meningkat.",
"Setakat ini pada pembacaan penulis belum ada lagi sistem AI yang mampu membangunkan algoritma sendiri, bagi membentuk logik mengawal perjalanan sesuatu arahan bersifat digital. ",
"Tetapi sudah ada AI yang membantu pembangunan perisian yang sedang dibangunkan, khususnya dalam menyaring data dan memecahkan informasi kepada bentuk yang lebih tersusun.",
"Gerak kerja kebajikan biasanya melibatkan badan kerajaan dan bukan kerajaan, bertanggungjawab menjalankan aktiviti sosial berfokuskan kumpulan sasaran tertentu.",
"Sama ada menjaga kebajikan orang tidak bernasib baik seperti anak yatim atau pelarian perang, makhluk hidup lain seperti binatang peliharaan terbiar atau menjalankan kempen kesedaran tentang kepentingan hutan, tugas sebegini diramal sukar untuk diganti dengan AI dan mesin.",
"Namun persoalannya adakah orang ramai akan memilih profesion sebegini? Kita semua tahu pendapatan individu dalam kelompok ini biasanya mendapat imbuhan rendah dengan kerja susah perlu menangani masalah-masalah pihak ketiga.",
"Robot dan kepintaran buatan mungkin sudah boleh membantu membina mesin lain, berdasarkan pengaturcaraannya. ",
"Namun juruteknik berpengetahuan dan berkemahiran menyelenggara mesin dan jentera dalam bidang masing-masing, dikatakan bakal menjadi antara pekerjaan paling diperlukan.",
"Tak kiralah anda duduk dalam bidang apa sekalipun baik mekanik, elektrik, perpaipan dan sebagainya; bidang profesion ini dilihat pilihan yang selamat kerana kemahiran sentuhan tangan yang diperlukan.",
"Kemampuan tangan manusia menyelenggara sesuatu pun telah menjadi bidang kemahiran yang berkembang seiring dengan kemajuan tamadun manusia.",
"AI pula dalam bidang sebegini dilihat akan mampu membantu memudahkan proses diagnosis yang perlu dilakukan juruteknik, dalam mencari ralat atau kerosakan, selain memudahkan pengurusan aliran kerja dalam menyelesaikan masalah teknikal yang oleh pasukan terbabit.",
"Apa saja bidang berkait mental manusia tidak boleh lari daripada campur tangan manusia.",
"Khususnya dalam bidang psikiatri, di mana seseorang yang benar-benar berpengatahuan perlu menggalas tanggungjawab menangani masalah mental yang dihadapi seorang pesakit. ",
"Selain itu tugas-tugas jawatan yang berkait dengan psikologi, seperti penasihat dan jurukaunseling juga dikategorikan tidak mampu diganti dengan AI. ",
"Cabaran dalam bidang ini yang telah dikenalpasti - adalah untuk memastikan kita manusia, tidak terjebak mencipta kebergantungan sepenuhnya kepada AI sehingga membiarkan AI mentafsir tahap mental kita. Masalahnya, perbuatan sebegini sebenarnya sudah berlaku kepada kita.",
"Ramai di antara kita gemar mendiagnosis diri sendiri berdasarkan informasi di internet, untuk 'mengenalpasti' apa jenis masalah mental yang kita ada sehinggakan ramai yang percaya mereka ada penyakit mental tanpa bertemu pakar bidangnya. ",
"Jika informasi di internet sudah mampu mempengaruhi sebahagian kecil daripada kita, sukar untuk kami bayangkan apa akan berlaku kalau AI pula diberi peluang mentafsir masalah mental berdasarkan tanda-tanda yang kita rasa kita ada. ",
"Dunia perubatan menyaksikan perkembangan pesat dalam dua dekad ini, khususnya dalam bidang pembedahan jarak jauh atau telesurgery, bermula daripada kejayaan pembedahan jarak jauh pertama pada tahun 2001.",
"Menggunakan kemahiran doktor mahir dari lokasi berbeza berhubung melalui internet mengendalikan jari-jari robotik yang akan melakukan pembedahan pada tubuh pesakit, tahun 2022 menyaksikan banyak teknologi baru diiktiraf dan diperkenalkan bagi tujuan pembedahan, daripada pembedahan membuang batu karang sehinggalah pembedahan usus.",
"Namun setakat ini, teknologi yang dibangunkan hanya terhad kepada mod telesurgery, tanpa benar-benar ada sistem pembedahan manusia berasaskan AI sepenuhnya yang boleh membedah sendiri secara automatik tanpa manipulasi tangan pakar. ",
"John Hopkins University telah berjaya membangunkan sistem robotik berasaskan AI yang mampu menjahit semula tisu terbuka selepas pembedahan tanpa perlu tangan manusia menggerakkannya.",
"Dalam eksperimen bulan Januari 2022 itu menggunakan tisu khinzir, AI yang dibangunkan telah berjaya mencantumkan tisu dalam pembedahan laparoskopik, yang dianggap antara kategori pembedahan yang cukup rumit kerana memerlukan cantuman semula usus yang sempurna dilakukan.",
"Kejayaan itu dilihat detik penting dalam dunia perubatan, diramal menjadi bukti pembedahan automatik sepenuhnya yang dipandu oleh AI boleh menjadi kenyataan. ",
"Cuma ke mana agaknya arah dunia perubatan di masa depan? Itu sukar diramal. Kami yakin ini sangat bergantung dengan permintaan yang ada. ",
"Jika anda perlu dibedah dan anda diberikan pilihan, yang mana pilihan anda : pembedahan jarak jauh telesurgery dikawal pakar atau sistem pembedahan diselia AI sepenuhnya yang telah diyakini selamat untuk pembedahan anda? "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-permainan-video-popular-sepannjang-zaman.html | 5 Permainan Video Popular Sepanjang Zaman | [
"Populariti permainan video terus meningkat terutamanya apabila permainan video yang dahulunya dicipta dan popular dalam kanak-kanak terutamanya pada era 90-an, kini kini turut menjadi hobi untuk orang dewasa. ",
"Permainan video telah terus berkembang dari zaman permainan konsol seperti Atari kepada PlayStation, Xbox Series dan banyak PC permainan yang popular sekarang. Walaupun banyak permainan video yang dikeluarkan setiap tahun, setiap dari kita pastinya mempunyai permainan video kegemaran. ",
"Kualiti, jenis dan akses permainan ialah beberapa faktor yang menjadikannya menarik kepada pemain. Kali ini, mari lihat 5 permainan video paling popular sepanjang zaman (sehingga artikel ini ditulis). Senarai ini disusun berdasarkan jumlah salinan terjual bagi setiap permainan video ini.",
"PUBG memainkan peranannya yang kritikal dalam peningkatan populariti permainan battle royale dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Maka, adalah tidak menghairankan bahawa PUBG telah mencapai kejayaan jualan yang begitu besar.",
" Pengarah kreatif Krafton Dave Curd memberitahu The Verge bahawa ia telah menjual 75 juta salinan PUBG setakat Disember 2021. Jumlah itu kemungkinan akan menjadi jumlah jualan terakhir permainan ini kerana sebulan selepas itu, PUBG boleh dimainkan secara percuma.",
"Walaupun jumlah muat turun percuma di peranti mudah alih tidak dikira dalam jumlah jualannya, popularitinya tidak perlu dipertikaikan memandangkan PUBG Mobile telah dimuat turun lebih 1 bilion kali pada Mac 2021.",
"Menurut angka jualan rasmi Nintendo, Wii Sports ialah permainan terlaris syarikat itu. Walaupun kebanyakann permaiinan video dalam senarai ini telah digabungkan dengan konsol pada satu ketika, Wii Sports telah digabungkan dengan Wii di hampir semua negara semasa pelancaran.",
"Dengan hampir 83 juta salinan terjual, ia merupakan permainan video dalam platform tunggal terlaris sepanjang masa. Wii Sports adalah kompilasi lima permainan yang direka untuk menggunakan sepenuhnya alat kawalan jauh inovatif Big N. ",
"Cakera pada permainan ini yang dihantar secara percuma dengan Wii di Amerika dan Eropah, termasuk versi besbol, tinju, boling, golf dan tenis dan mempelajari asas bermain permainan ini sangatlah mudah.",
"Grand Theft Auto 5 ialah permainan video konsol dan PC sahaja terlaris sepanjang masa Penjualan GTA Rockstar telah melepasi 170 juta unit setakat 30 September 2022. Jumlah itu aalah gabungan jumlah jualan permainan ini merentas tiga generasi konsol dan PC antara 2013 dan 2022.",
"Permainan GTA 5 juga ialah permainan video terpantas merentasi semua medium untuk mencecah $1 bilion — dan sejak itu ia memperoleh berbilion lagi menjadikannya keluaran hiburan paling menguntungkan sekurang-kurangnya sehingga 2018.",
"Permainan video GTA5 mula dijual pada 17 September 2003 dan boleh didapati di pelbagai platform seperti PS5, PS4, PS3, Xbox Series X|S, Xbox One, Xbox 36 dan PC.",
"Minecraft telah menjual 238 juta salinan permainan video sehingga April 2021 menurut Microsoft walaupun jumlah jualannya semakin bertambah sejak itu. Syarikat itu menyatakan bahawa angka itu berdasarkan jumlah jualan merentasi 22 platform yang tersedia.",
" Dengan pembikinan filem filem, Netflix, modul pendidikan, mainan, dan banyak projek lain yang sudah siap atau masih dibangunkan, Minecraft telah merentasi pelbagai medium dengan cara yang jarang dilakukan oleh permainan video lain sebelum ini.",
"Permainan Minecraft terawa dikeluarkan pada 17 Mei 2009 dan permainan ini terdapat di pelbagai platform antaranya Xbox One, Xbox 360, PS4, PS3, PS Vita, Switch, Wii U, 3DS, PC, VR dan telefon pintar,",
"Tetris menduduki tempat teratas dalam senarai buku terlaris sepanjang masa dengan 520 juta salinan terjual, menurut The Tetris Company. Jumlah itu termasuk jualan merentasi semua platform yang tersedia, dengan majoriti datang dai peranti mudah alih.",
"Henk Rogers, pengarah urusan Syarikat Tetris berkata Tetris mempunyai 425 juta muat turun mudah alih berbayar setakat 2014. Tetris pada mulanya dikeluarkan untuk komputer Elektronika 60 yang dibangunkan oleh Soviet Union, dan variasi permaina puzzle klasik ini telah dibuat untuk lebih 50 platform berbeza.",
"Tetris juga merupakan antara permainan video yang berjaya meningkatkan populariti Game Boy dimana sebanyak 35 jut salinan telah terjual pada konsol pegang tangan Nintendo."
] |
https://iluminasi.com/bm/8-kenderaan-ikonik-dalam-industri-filem-dan-drama.html | 8 Kenderaan Ikonik Dalam Industri Filem dan Drama | [
"Rekaan kenderaan fantasi mempunyai peminat tersendiri, khususnya kenderaan ikonik yang pernah muncul dalam filem atau drama.",
"Biasanya dibentuk berasaskan model kenderaan sebenar, banyak rekaan kenderaan imaginasi yang diperkenalkan berdekad-dekad lamanya kini masih segar, dek bentuknya yang seakan tak dimakan zaman.",
"Berikut adalah 8 kenderaan ikonik yang cukup diminati peminat filem dan drama. Yang mana satu kegemaran anda atau anda ada pilihan lain pula?",
"KITT adalah nama kepada kenderaan dalam siri TV popular 'Knight Rider' yang mempunyai kepintaran sendiri, mampu merancang strategi optimum serta berbual dengan pemiliknya.",
"Dibina daripada rekaan asal kereta Pontiac Trans Am tahun 1982, model yang telah diubahsuai ini cukup mudah dikenali kerana jalur lampu merah di depannya, yang memberikan identiti futuristik jika dibandingkan dengan rekaan asalnya.",
"Mystery Machine menjadi kenderaan utama mengangkut kumpulan penyiasat bernama Mystery Inc., setiap kali mereka bertemu misteri dalam siri animasi/filem popular Scooby Doo.",
"Rekaan van ini tidak diambil daripada model dunia nyata sebaliknya mengadunkan elemen-elemen beberapa van panel berbeza. Rekaan peringkat awalnya kelihatan mirip dengan sebuah model dekad 60-an keluaran syarikat Ford, iaitu model Ford Taunus Transit.",
"Filem Back to the Future bertanggungjawab mempopularkan model ini ke serata dunia, walaupun realitinya kereta ini tidak mendapat sambutan menggalakkan.",
"DMC Delorean ikonik kerana rekaannya yang cukup mempesonakan khususnya bahagian pintu sayapnya serta warna perak kusam yang membuatkan tampak dari masa depan.",
"Bagaimanapun kualiti kenderaan itu dikritik sehinggakan jualannya perlahan, menyebabkan syarikat pengeluarnya DMC diisytiharkan bankrap setahun selepas Delorean dilancarkan. ",
"Terjual hanya 9,000 unit, dianggarkan masih ada 6,000 model ini aktif berkhidmat untuk pemilik mereka.",
"Diasaskan daripada model sebenar GMC Vandura yang sangat popular di Amerika Syarikat, van terkenal dalam siri TV klasik 'The A-Team' ini merupakan antara van idaman penulis semasa kecil. Tengoklah rupanya itu. Evergreen betul.",
"Warna hitam dengan jalur merah yang dipadankan pada model keluaran tahun 1983 ini cukup mudah dikenali, apatah lagi dengan penambahan aksesori dibeberapa bahagian badan van ini yang membuatkannya tampak jauh lebih agresif berbanding model asalnya.",
"Bagaimanapun, penggunaan GMC Vandura dalam realiti lebih kepada praktikal. Mudah diubahsuai, Vandura boleh ditemui dengan modifikasi seperti ambulans, kereta mayat dan juga bas sekolah; seperti gambar di atas.",
"Sebelum siri filem Transformers mempopularkan model kereta Chevrolet Camaro, model sama sebenarnya telah dipopularkan terlebih dahulu dalam siri animasi klasik MASK yang pernah popular di negara kita.",
"Kenderaan yang diberikan nama 'Thunderhawk' ini jelas direkabentuk daripada rekaan kenderaan Chevrolet Camaro Z28 tahun 1982, diberikan warna merah serta dipadankan dengan pintu jenis sayap berbeza dengan rekaan asalnya.",
"Namun secara rasmi, penerbit animasi ini tidak menamakan kenderaan itu sebagai model acuannya kerana rekaan yang dicedok ini dilakukan tanpa kebenaran Chevrolet sendiri.",
"Filem dan siri animasi Ghostbuster telah melahirkan banyak rekaan yang ikonik dalam budaya popular dunia. Yang paling terkenaladalah kenderaan yang mereka gelarkan sebagai Ecto-1.",
"Dibentuk daripada model Cadillac Miller Meteor keluaran tahun 1959, kenderaan ini sangat jarang ditemui kerana hanya ada 25 unit sahaja dikeluarkan. Dua daripadanya sudah diubah untuk menjelma menjadi Ecto-1 yang digunakan dalam filem.",
"Siapa yang meminati siri popular Britain 'Mr.Bean' pasti mengenali model kereta ini.",
"Menjadi musuh ketat Mr. Bean sekian lama, kenderaan ini agak aneh kerana hanya mempunyai 3 tayar kesemuanya - 1 tayar depan, dua tayar belakang. Dikeluarkan daripada tahun 1953 sehinggalah tahun 1973, model yang diguna dalam siri TV ini adalah model keluaran tahun 1972 dengan warna biru muda. ",
"Dalam semua episod, tidak sekalipun kelihatan siapa pemandu kenderaan itu.",
"Dikeluarkan oleh syarikat Toyota dari Jepun, model ini adalah satu-satunya model kenderaan yang pernah penulis nampak di atas jalan raya kita. ",
"Lebih dikenali dengan nama kodnya iaitu 'AE86', kenderaan keluaran Toyota ini dipopularkan ke seluruh dunia menerusi siri animasi, komik dan filem Jepun 'Initial D.'",
"Spesifikasi AE86 jelas dibuat untuk dipandu laju, ringan dan mudah dipandu. ",
"Mempunyai kestabilan yang tinggi, model AE86 mula terkenal di Jepun selepas seorang pelumba bernama Keiichi Tsuchiya (gambar atas) menjadikan kenderaan ini kereta latihan yang dilakukan secara rahsia, mempamerkan aksi gila di laluan bukit.",
"Dikenali dengan nama jolokan 'Drift King', legasi Tsuchiya dalam arena perlumbaan profesional Jepun membawa kepada idea asal penerbitan siri Initial D. Populariti siri itu menjadikan model ini ikonik bukan saja dikalangan peminat animasi, bahkan di kalangan pengumpul kereta dunia."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kelebihan-terbesar-sewa-rumah-berbanding-miliki-sendiri.html | 5 Kelebihan Terbesar Sewa Rumah Berbanding Miliki Sendiri | [
"Sifu hartanah gemar menyebut kediaman sebagai potensi pelaburan yang menguntungkan. Sama ada anda setuju atau tidak dengan pandangan sedemikian, terpulanglah kepada anda.",
"Pendapat sebegini sedikit-sebanyak memberi tekanan kepada orang ramai untuk jadi pemilik hartanah, tidak cukup sekadar seorang penyewa. ",
"Dakyah yang disebar cukup berkesan, sehinggakan ramai di antara kita ada tanggapan negatif terhadap golongan penyewa yang mungkin tidak mahu atau mampu memiliki kediaman sendiri. ",
"Realitinya, ada banyak faedah untuk seseorang terus menyewa. Berikut lima kelebihan utama yang boleh meyakinkan anda keberkesanannya.",
"Perjanjian di antara tuan rumah dengan penyewa biasanya meletakkan beban untuk menanggung kos pembaikian dan penyelenggaraan premis yang besar, kepada tuan rumah. ",
"Ye lah, kalau ada bocor paip, bumbung bocor dan sebagainya - takkanlah penyewa pula yang kena tanggung kos-kos itu? ",
"Tuan rumah perlu faham adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menyediakan premis yang baik sementara penyewa pula perlu tahu dia wajib menjaga kemudahan yang disediakan. ",
"Mana-mana perkakasan yang akan terkesan akibat penggunaan jangka hayat seperti lampu, suis, kipas dan sebagainya pula, pandai-pandailah berbincang di antara penyewa dan tuan rumah bagi menyelesaikan masalah yang ada. ",
"Bila ada kerosakan besar - kesemua belanja perlu keluar dari poket tuan rumah. Ini kita tak boleh lari.",
"2 kali dalam setahun, tuan rumah pening memikirkan tentang bayaran cukai taksiran, cukai tanah dan cukai tambahan lain bergantung kepada daerah dan ketetapan akta.",
"Jenis cukai kerajaan tempatan ini bergantung kepada lokasi premis, biasanya dikategorikan mengikut tahap pembangunan bandar/luar bandar yang telah diwartakan. ",
"Berapa yang perlu dibayar pula bergantung kepada keluasan kediaman, tanah dan petak. Setiap daerah atau wilayah mempunyai formula berbeza-beza dalam menentukan amaun yang akan dikenakan.",
"Lagi membangun lokasi sesuatu premis, biasanya lagi tinggi cukai yang akan dikenakan.....kepada tuan rumah anda.",
"Jika dulu bayaran penyelenggaraan atau maintenance fees sinonim dengan kediaman bertingkat, kini dengan populariti perumahan jenis berpagar dan berkawal; pemilik rumah teres pun dah membayar yuran bulanan.",
"Sekiranya anda duduk di kawasan yang menggunakan status strata, bayarannya memang diwajibkan kepada semua penduduk, tuan rumah akan menanggungnya. ",
"Bagi kawasan bukan strata pula, anda sebagai penyewa tidak perlu terbeban dengan pandangan serong jiran-jiran sekiranya tuan rumah anda jenis tak nak bayar yuran bulanan. Pastikan kejiranan anda tahu anda adalah penyewa seandainya tuan rumah anda jenis degil ni.",
"Tapi nasib memang malanglah kalau dapat tuan rumah macam ni. Kita yang menyewa pula rasa malu dengan jiran tetangga.",
"Satu kelebihan terbesar menyewa kediaman berbanding memiliki sendiri - adalah kebebasan kepada anda untuk berpindah. ",
"Anda tidak terjerat kepada satu-satu kawasan saja sehinggakan terpaksa perlu menempuh perjalanan jauh setiap hari berulang-alik. Sebaliknya anda boleh memilih berpindah ke lokasi lebih dekat bagi meminimakan masa perjalanan, seterusnya memperbaiki kualiti hidup anda.",
"Kalau kena tukar kerja atau tukar tempat kerja pun, tak ada lah rasa berat sangat nak berangkat pergi tinggalkan rumah - kerana rumah itu kita tahu bukan milik kita.",
"Kami sudah menyebut tentang cukai-cukai yang perlu dibayar. Perlu kami tambah, penyewa juga tidak perlu menanggung kos insurans atau takaful kediaman.",
"Insurans kediaman biasanya ada dua jenis - perlindungan untuk kebakaran dan perlindungan untuk baki jumlah pinjaman. ",
"Biasanya, bank akan menetapkan syarat kepada tuan rumah untuk mewajibkan pemilik mempunyai perlindungan ke atas baki jumlah pinjaman dimasuk sekali ke dalam jumlah keseluruhan pinjaman. Ada juga yang memilih untuk membayar secara bulanan. ",
"Menjadi penyewa, anda tak perlu fikir semua isu ini. Yang penting, anda sediakan duit sewa setiap bulan untuk diserah kepada tuan rumah. Seorang tuan rumah perlu fikir tentang insurans, cukai dan yuran penyelenggaraan.",
"Jika tuan rumah dapat kadar sewa yang mampu menyelesaikan kesemua amaun ini, bersyukurlah dia. Tetapi kami yakin majoriti kadar sewaan tak cukup untuk cover apa yang perlu.",
"Sekiranya anda seorang penyewa, janganlah rasa rendah diri. Banyak benda anda tak payah pening kepala fikir seperti tuan rumah anda. Memang nampak tuan rumah untung kerana anda beri sewa kepada dia, tapi 'kelebihan' itu tak menceritakan gambaran sepenuhnya. ",
"Seandainya anda dapat tuan rumah yang OK, jagalah kediaman dia elok-elok. Jangan tambah pening kepala dia."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kesan-buruk-tabiat-suka-menyimpan-barangan-terpakai.html | 5 Kesan Buruk Tabiat Suka Menyimpan Barangan Terpakai (Hoarder) | [
"Perasan atau tidak, sebahagian besar daripada kita mempunyai tabiat buruk suka menyimpan barang yang tidak digunakan lagi di rumah sehingga menyebabkan rumah kita semak dan makin sempit akibat penuh dengan barang-barang.",
"Daripada kerusi, meja, beg, pakaian dan pelbagai lagi barangan yang kita tidak gunakan lagi tetaip tetap disimpan kerana alasan barangan tersebut masih elok dan terlalu sayang untuk dibuang.",
"Kebiasaannya, barang-barang yang tidak guna ini hanya mengumpul habuk dan akhirnya reput dimamah usia. Kali ini, mari lihat 7 kesan buruk tabiat suka menyimpan barang yang tidak digunakan lagi hinggakan anda yang mengatakan \"hoarding\" ini merupakan sejeniss penyakit mental. ",
"Dari luaran, mungkin kita tidak perasan. Namun, dalam banyak kes, rumah yang penuh dengan barang tidak digunakan ini sebenarnya tidak selamat untuk didiami. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan kebersihan, barangan yang rosak dan seumpamanya.",
"Kebiasaannya apabila rumah terlalu banyak barangan, ia akan menyukarkan proses membersihkan rumah. Terlalu banyak masa diperlukan untuk mengemas dan membersihkan sesuatu sudut rumah, menyebabkan ramai yang tidak melakukan proses pembersihan rumah dengan sempurna. ",
"Selain itu, timbunan barangan yang tidak digunakan ini boleh menjadi tempat pembiakan haiwan perosak seperti lipas dan tikus. ",
"Apakah perkaitan antara tabiat menyimpan barang tidak digunakan dengan obesiti? Individu yang gemar menyimpan barangan ini gemar begitu banyak barang di rumah mereka, menjadikan rumah mereka \"mengecil\" saiznya, bermakna ruang yang boleh digunakan menjadi lebih kecil dan lebih kecil. ",
"Di rumah yang kurang ruang untuk bergerak, kita biasanya lebih cenderung menghabiskan masa duduk atau kurang bergerak. Hal ini akan mewujudkan gaya hidup kurang aktif yang menjadi penyumbang kepada obesiti.",
"Sebab kedua obesiti sering dikaitkan dengan tabiat ini adalah dari aspek psikologi. Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) selalu dikaitkan dengan tabiat ini. Individu-individu ini mungkin berasa \"terpaksa\" secara psikologi untuk menyimpan perkara yang mungkin dibuang oleh orang lain. ",
"Timbunan barangan lama yang terlalu banyak di tempat tinggal boleh mendatangkan kesan buruk kepada kanak-kanak (dan mana-mana penyewa lain yang tinggal di rumah tersebut). Timbunan barangan tersebut mungkin mengandungi barangan yang tajam, kotor, berhabuk dan seumpanya yang berbahaya pada kanak-kanak tersebut. ",
"Di luar negara, dalam senario yang melampau, kanak-kanak yang berada dalam persekitaran tidak selamat sebegini mungkin dipindahkan keluar dari rumah tersebut oleh jabatan kebajikan masyarakat sekiranya terbukti persekitaran tersebut tidak selamat untuk mereka. ",
"Akhir sekali. kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran ini lebih cenderung untuk mengulangi tingkah laku ini pada masa hadapan. Dengan kata lain, kanak-kanak ini cenderung untuk mengambil tabiat buruk ini daripada ibu bapa mereka dan turut melakukan perkara sama apabila dewasa kelak kerana menganggapnya satu perkara yang normal. ",
"Timbunan barangan yang terlalu banyak akan mengambil begitu banyak ruang di rumah dan membataskan pergerakan kita. Perkara lebih buruk mungkin terjadi apabila berlakunya kebakaran kecil di rumah kerana api akan mudah merebak kerana lebih banyak barangan yang mudah terbakar.",
"Timbunan kotak, kertas, kain dan bahan-bahan mudah terbakar di rumah sememangnya memudahkan api merebak dengan begitu pantas. Ditambah lagi dengan ruang pergerakan yang sempit, anda akan menghadapi kesulitan untuk menyelamatkan diri apabila kebakaran besar terjadi dalam rumah anda. ",
"Bagi kebanyakan orang, melepaskan sesuatu boleh menjadi sesuatu yang menyedihkan. Walau bagaimanapun, ianya adalah bertentangan dengan hoarder. Individu sebegini sering percaya bahawa menyimpan segalanya (memori/ barangan/perkara) boleh membawa kebahagiaan kepada mereka. ",
"Semua perkara ini sebenarnya boleh membawa kepada tambahan tekanan. Individu yang suka menyimpan timbunan barangan ini juga lebih gemar bersendirian. Dalam kes yang melampau, mereka mungkin tidak mahu meninggalkan rumah mereka. ",
"Pengasingan dan peningkatan tahap tekanan boleh menyebabkan individu dengan tabiat menyimpan barangan tidak berguna ini mengalami kemurungan. ",
"Orang yang mengalami masalah suka menyimpan barangan secara berlebihan ini mungkin tidak melihatnya sebagai masalah, menjadikan rawatan terhadap tabiat buruk ini mencabar. Tetapi rawatan intensif boleh membantu mereka memahami bagaimana kepercayaan dan tingkah laku mereka boleh diubah supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih selamat dan menyeronokkan."
] |
https://iluminasi.com/bm/golden-raspberry-awards-anugerah-parodi-untuk-tayangan-filem-paling-teruk.html | Kisah Anugerah Untuk Filem Paling Teruk - Raspberry Emas | [
"Dalam dunia perfileman, terdapat banyak anugerah yang diwujudkan oleh penganjur yang berlainan untuk menghargai aktres dan pelakon setiap tahun. Biasanya, terdapat pelbagai kategori anugerah yang dipertandingkan antaranya anugerah pelakon terbaik, anugerah pembantu pelakon terbaik, anugerah suara latar terbaik dan banyak lagi. ",
"Dalam dunia perfileman, antara anugerah yang paling berprestij adalah Golden Globes dan Academy Award (lebih dikenali sebagai Oscar). Walaupun majlis anugerah sebegini biasanya dianjurkan untuk meraikan pelakon, pengarah, krew terbaik, ada juga anugerah yang diwujudkan untuk filem terburuk.",
"\"Golden Raspberry Award\" (juga dikenali sebagai Anugerah Razzies dan Razzie) ialah majlis anugerah parodi yang memberi penghormatan kepada pencapaian terburuk dalam dunia perfileman sinematik. ",
"Diasaskan bersama oleh graduan filem UCLA dan veteran industri filem John J. B. Wilson dan Mo Murphy, majlis anugerah tahunan yang dikenali sebagai Anugerah Razzie ini dianjurkan sebagai satira bagi majlis anugerah perfileman yang lebih berprestij, Anugerah Akademi atau Oscar.",
"Penganjurannya bukanlah baru, sebaliknya telah dianjurkan selama lebih empat dekad. Trofi yang diberikan itu sendiri adalah raspberi bersaiz bola golf di atas filem gambar bersaiz 8mm yang dicat semburan emas. Kos keseluruhan untuk sebuah trofi ini dikatakan hanya sekitar $4.97.",
"Yayasan Golden Raspberry, organisasi di sebalik anugerah satira ini telah mendakwa bahawa anugerah ini dianjurkan bertujuan \"menggalakkan pembuat filem terkenal dan penghibur terkemuka untuk berbangga dengan hasil kerja mereka (walaupun buruk atau teruk).",
"Majlis Anugerah Golden Raspberry yang pertama telah diadakan pada 31 Mac 1981, di ruang tamu rumah John J. B. Wilson di Hollywood untuk memberi penghormatan kepada filem-filem yang dianggap paling teruk pada musim filem 1980.",
"Sehingga kini, Sylvester Stallone adalah pelakon yang paling banyak dianugerahkan dengan anugerah ni dengan 10 anugerah.",
"Penerbit Amerika John J. B. Wilson sekitar tahun 1980 baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perfileman di UCLA dan telah mendapat pekerjaan dengan sebuah syarikat treler filem, di mana dia bekerja pada pelbagai kempen media filem.",
"Syarikat itu telah menaja festival filem pada tahun itu, dan Wilson mendapati dirinya terpaksa menonton sekitar 250 filem yang dijadualkan untuk pertandingan itu. \"Apabila anda melihat banyak filem, anda akan dapat mengenalpasti dengan mudah sesuatu filem itu layak atau tidak dicalonkan dalam Oscar atau Globe.",
" Jadi, pada tahun berikutnya, dalam parti potluck yang biasanya diadakan di rumahnya di Hollywood pada malam Anugerah Akademi, selepas Anugerah Akademi ke-53 selesai pada malam itu, Wilson telah menganjurkan satu undian mengenai filem terburuk kepada hadirin dan menjemput rakan-rakannya untuk memberikan penyampaian anugerah secara rawak di ruang tamunya.",
"Dalam majlis tidak rasmi itu, beliau mengumumkan Can't Stop the Music sebagai Pemenang Anugerah Raspberi Emas pertama untuk Gambar Terburuk. Majlis secara spontan itu tiba-tiba menarik perhatian orang ramai dan pada minggu berikutnya siaran akhbar mengenai acaranya telah dimuatkan dalam beberapa akhbar tempatan.",
"Pada peringkat awal, majlis untuk Anugerah Razzie ini dianjurkan pada malam yang sama dengan Oscar. Namun, beliau menyedari bahawa dengan menjadualkan Anugerah Raspberi Emas sebelum Anugerah Akademi, majlis itu akan mendapat lebih banyak liputan akhbar.",
"Beliau mendapati mereka tidak boleh bersaing dengan Oscar pada malam Oscar, tetapi jika majlis Anugerah Razzie dianjurkan pada malam sebelumnya ketika banyak akhbar dari seluruh dunia hadir untuk Oscar, mereka pasti majlis mereka akan mendapat perhatian banyak wartawan. ",
"Pada tahun 2022 satu kategori anugerah khusus, Persembahan Bruce Willis Terburuk dalam Filem 2021 telah dicipta selepas Bruce Willis membintangi beberapa filem bajet rendah yang kurang mendapat tempat di hati peminat. ",
"Pada 30 Mac tahun itu, keluarga Willis mengumumkan bahawa beliau telah didiagnosis dengan aphasia, gangguan yang merosakkan kawasan otak yang mengawal ekspresi dan pemahaman bahasa. Anugerah Raspberi Emas kemudiannya menarik balik kategori anugerah tersebut dengan mengatakan adalah tidak wajar untuk menganugerahkan Raspberi Emas kepada seseorang yang prestasinya terjejas oleh keadaan perubatan.",
"Baca lagi: Aphasia : Penyakit Aneh Yang Menyerang Aktor Bruce Willis",
" Pada masa yang sama, majlia anugerah ini secara retroaktif menarik balik pencalonan Pelakon Terburuk 1980 mereka untuk Shelley Duvall dalam filem The Shining, dengan menyatakan \"Kami telah mendapati bahawa prestasi Duvall telah dipengaruhi oleh layanan Stanley Kubrick terhadapnya sepanjang produksi\".",
"Pada 2023, berikutan tindak balas kerana mencalonkan Ryan Kiera Armstrong yang berusia 12 tahun untuk Pelakon Terburuk, Anugerah Golden Raspberry membatalkan pencalonan tersebut dan berkata individu di bawah umur 18 tahun tidak akan dicalonkan lagi."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-pekerjaan-bukan-jurujual-yang-kini-banyak-buat-marketing.html | 5 Pekerjaan Bukan Jurujual Yang Kini Terpaksa Buat Marketing | [
"Satu ketika dahulu profesion memberikan seseorang kebolehan untuk fokus pada kerjaya mereka, tanpa ada banyak gangguan tambahan. ",
"Bagaimanapun dalam dekad ini - semakin banyak jawatan kini memerlukan pemegang jawatan turut kena melakukan tugas tambahan dalam bidang pemasaran. Situasi begini menyebabkan beban ditanggung pekerja semakin menaik.",
"Ini kerana dia bukan saja diminta menyiapkan kerja hakiki yang ada bahkan perlu memenuhi beban melakukan promosi, sedangkan kerja itu bukanlah tugas mereka. ",
"Setuju atau tidak anda dengan situasi ini, berikut adalah lima jawatan yang kini sudah memerlukan seseorang melakukan marketing atas arahan orang atasan.",
"Zaman sekarang, sukar untuk kita sebagai pembaca membezakan apakah artikel dalam konteks sebenar-benarnya artikel atau adalah iklan yang menyamar sebagai sebuah artikel. ",
"Nota : Kami di Iluminasi pun terjebak dengan perkara serupa kadangkala kerana kami pun nak cari makan juga. Kadangkala.",
"Dalam era media sosial, berlakunya lambakan jurnalis, penulis atau pencipta kandungan yang keistimewaan mereka adalah menulis untuk mempromosi sehinggakan ada banyak kelas di jalankan bagi membantu 'penulis-penulis' ini mempunyai kemahiran menulis iklan atau copywriting dalam menjual.",
"Tidak banyak lagi karya tulisan wartawan atau jurnalis yang benar-benar meninggalkan impak kepada masyarakat, hasil olahan atau siasatan sendiri penulis itu.",
" Majoriti artikel yang berlegar di media sosial yang kini menjadi sumber utama bacaan kita, rata-ratanya adalah untuk menjual atau mempromosikan sesuatu dalam bentuk tulisan.",
"Urusan perbankan semakin dipermudahkan, menerusi penggunaan aplikasi yang menguruskan akaun kita. Bagaimanapun masih ada juga ketikanya kita perlu ke bank bagi menyelesaikan masalah kita. ",
"Pernah tak anda hadapi situasi selepas bincang punya bincang, selesai semua masalah; pegawai bank itupun mula buat-buat tanya kita \"kad kredit ada?\" atau \"ada buat pinjaman untuk pelaburan ASB tak?\" ",
"Kami tidak tahu adakah pegawai-pegawai bank ini dibayar komisyen seandainya mereka berjaya closed sale tersebut. Tetapi rata-rata pelanggan yang hadir ke bank adalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Bukan untuk mendengar sales pitching dari pegawai bank yang ditemui. ",
"Sudahlah pegawai melakukan cubaan jualan kepada pelanggan di kaunter, aplikasi perbankan pun turut sama semakin sarat dengan iklan dan promosi, jauh berbeza dengan aplikasi-aplikasi versi terdahulu yang ringkas, padat dan straight to the point.",
"Penulis ada seorang kenalan yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah institusi awam. ",
"Dia sering menceritakan bagaimana kini dia terpaksa menghabiskan hujung minggu menyertai road show pendidikan ke sana-sini bagi membantu kempen promosi institusi beliau. ",
"Cerita sama turut diulangi seorang kenalan dari universiti swasta, yang menjadi promoter kepada kursus-kursus universiti setiap kali adanya eskpo pendidikan dianjurkan. ",
"Kenapa ada institusi atau universiti melihat tindakan mengerahkan pendidik atau pensyarah menjaja dan menjual kursus yang ditawarkan, sebagai sesuatu yang bijak? Sedangkan setiap badan pendidikan sudah ada jabatan atau divisyen yang tugasnya khas untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan promosi.",
"Mungkin sesetengah orang melihat kehadiran pensyarah baik - tetapi dengan memaksa pensyarah berdiri mengedarkan risalah atau kertas promosi kepada orang ramai, sedikit-sebanyak prestij profesion pendidik itu sendiri direndahkan.",
"Bagi sesetengah pasaraya baik yang kecil ataupun besar, juruwang yang bertugas seakan menerima arahan untuk melakukan jualan yang dikategorikan dalam teknik pemasaran sebagai upselling.",
"Semasa pelanggan sedang bersedia untuk membayar, waktu itulah juruwang akan bertanya \"nak beli item promosi kami?\" atau \"hari ni kami ada buat promosi ni\" sambil menunjukkan kertas promosi yang ada. ",
"Pengurusan pasaraya perlu sedar majoriti pelanggan yang sudah berdiri di depan juruwang dan bersedia untuk membayar sebenarnya sudah pun menamatkan pembelian mereka. ",
"Cukup! Cukup! Kami tak mahu apa lagi dan kami tak mahu apa yang juruwang anda promosikan. Biar mereka menumpukan tugasan mereka sebagai juruwang dan tak perlulah mereka dibebankan dengan kerja tambahan nak promosikan pula jualan tambahan. ",
"Lagipun, bukan semua juruwang mampu mempromosikan jualan dengan baik. Silap-silap pelanggan enggan kembali ke kedai anda, kerana rasa annoyed dengan juruwang anda yang terpaksa menyapa.",
"Jika majikan mengenakan syarat jualan kepada juruwang yang perlu mereka capai setiap bulan, pada pandangan penulis lagi baik kedai sebegitu diboikot saja oleh pelanggan. Anda ada pengalaman diarah sebegini?",
"Satu waktu dahulu, pempengaruh atau influencer adalah mereka yang mempunyai kekuatan dalam menentukan topik atau isu yang hangat dalam media sosial. Pengaruh dan pandangan mereka dihargai kumpulan warga siber.",
"Selepas syarikat-syarikat pengiklanan menyedari dengan menggunakan khidmat influencer membantu memasarkan produk atau servis mampu memberikan pulangan lebih lumayan dengan kos lebih rendah, kini ramai influencer hanya lebih layak digelar sebagai salesman yang popular.",
"Majoriti perkongsian influencer zaman sekarang kini lebih terarah kepada usaha menjana pendapatan dan keuntungan. Baca pun bosan aje kerana tahu pada hujung tulisan dia, akan ada la pautan affiliate diletak untuk buat sale. ",
"Jarang dah anda dapat temui influencer yang ikhlas berkongsi tanpa sibuk nak mengiklan kepada anda sesuatu."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-susu-paling-mahall-di-dunia.html | 5 Susu Paling Mahal di Dunia | [
"Susu ialah cecair putih yang dihasilkan oleh kelenjar susu mamalia. Ia adalah sumber utama pemakanan untuk mamalia muda (termasuk bayi manusia yang menyusu) sebelum mereka dapat mencerna makanan pepejal. ",
"Sebagai hasil pertanian, susu tenusu dikumpul daripada haiwan ternakan. Pada tahun 2011, ladang tenusu menghasilkan sekitar 730 juta tan susu daripada 260 juta lembu tenusu. India ialah pengeluar susu terbesar di dunia dan pengeksport utama susu tepung skim, tetapi ia turut mengeksport beberapa produk susu lain. ",
"Walaupun lembu biasanya diternak sebagai haiwan tenusu, terdapat lagi beberapa haiwan lain yang dijadikan sumber tenusu. Namun, kerana jumlahnya yang tidak banyak, susu yang dihasilkan juga biasanya jauh lebih mahal. Kali ini mari lihat 5 susu paling mahal di dunia.",
"Keldai ialah haiwan peliharaan yang boleh hidup sehingga tiga puluh tahun, bergantung kepada bakanya. Keldai telah menghasilkan susu selama beribu-ribu tahun. Susu keldai telah ketinggalan zaman tetapi telah muncul semula dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya di bahagian Eropah,",
"Ia menarik minat ahli gastronomi berani yang ingin mencuba makanan dan minuman baharu serta mereka yang ingin makan makanan semula jadi yang didakwa mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.",
"Susu keldai lebih mahal kerana beberapa sebab. Pertama, keldai tidak banyak seperti lembu atau kambing, jadi permintaan terhadap susu mereka lebih tinggi. Kedua, pekerja perlu melakukan lebih banyak kerja untuk memerah susu keldai kerana mereka adalah haiwan yang degil yang sukar dikendalikan. Ini bermakna kos buruh untuk memerah susu mereka adalah tinggi.",
"Yang ketiga, susu keldai adalah produk khusus. Tidak ramai yang ingin membelinya, jadi perniagaan yang mengeluarkan dan menjualnya boleh mengenakan bayaran yang lebih untuknya.",
"Susu unta berada di tangga ke 4 dalam senarai susu paling mahal di dunia. Satu gelen susu unta biasanya berharga sekitar $30. Ia telah menjadi ruji diet Badwi selama berabad-abad, dan baru-baru ini mendapat populariti di Eropah dan Amerika Utara.",
"Susu unta dijual pada harga yang lebih tinggi daripada susu lembu, kambing atau biri-biri kerana banyak sebab. Pertamanya, unta lebih sukar ditemui daripada lembu atau kambing; oleh itu, permintaan terhadap susu mereka datang dengan tanda harga yang lebih tinggi.",
"Kedua, ianya memerlukan lebih banyak kerja untuk memerah susu unta. Haiwan ini lebih besar fizikalnya dan keras kepala, menjadikan mereka sukar untuk diurus. Kos tinggi buruh ladang untuk proses memerah susu adalah akibat daripada ini. ",
"Ketiga, susu unta mempunyai beberapa sifat unik yang menjadikannya menarik kepada pengguna. Ia lebih rendah dalam laktosa daripada jenis susu lain, dan ia dipercayai mempunyai ciri anti-radang dan antibakteria.",
"Susu yak adalah salah satu jenis susu yang paling mahal di dunia. Satu gelen susu yak biasanya berharga sekitar $35. Ia telah menjadi ruji diet Tibet dan Nepal selama berabad-abad, dan kini semakin popular di Eropah dan Amerika Utara.",
"Yak tergolong dalam subfamili lembu, yang telah dijinakkan sekitar 7000 SM. Yak dibela di kawasan altitud tinggi yang sangat sejuk (serendah -40°C) dan tekanan atmosfera rendah (550 hPa). Jumlah populasi yak dunia adalah lebih kurang 14.2 juta ekor.",
"Sama seperti susu unta, susu yak lebih mahal daripada susu lembu, kambing atau biri-biri kerana yak sukar ditemui berbanding haiwan tersebut. Selain itu, ia memerlukan banyak kerja untuk memerah yak. Mereka lebih kasar dan liar, menjadikannya sukar untuk diurus semasa proses memerah susu. Selain itu, kualiti unik susu yak menjadikannya menarik kepada pembeli.",
"Susu elk adalah salah satu jenis susu yang paling mahal di dunia! Satu gelen susu elk biasanya berharga sekitar $60. Ia menjadi semakin popular di Eropah dan Amerika Utara kerana sejarah panjangnya sebagai sebahagian daripada masakan asli Amerika. ",
"Elk jarang ditemui dan memerah susunya adalah sukar dan berbahaya. Rusa mudah berasa terancam dan boleh menjadi agresif, menjadikannya sukar untuk dipercah susunya. Selain itu, susu rusa mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi daripada jenis susu lain, yang menjadikannya menarik bagi sesetengah pengguna.",
"Rasanya sedikit masin dan pahit, manakala rasa selepasnya bertahan lebih lama dan serupa dengan susu lembu, tetapi lebih berlemak dan kurang manis. Susu elk tidak pernah dijual secara besar-besaran kerana jumlah pengeluaran yang kecil. Paling banyak seekor rusa betina boleh menghasilkan 550 liter susu sepanjang musim (tetapi 350 – 400 liter adalah perkara biasa).",
"Susu rusa adalah susu haiwan yang paling mahal di dunia. Satu gelen susu rusa biasanya berharga sekitar $80. Ia telah menjadi ruji diet golongan Sami selama berabad-abad, dan kini semakin popular di bahagian lain dunia, termasuk Eropah dan Amerika Utara.",
"Ia memerlukan banyak kerja untuk memerah susu rusa. Kebanyakan susu rusa di dunia dikumpulkan daripada kumpulan rusa separa domestik yang terletak di Scandinavia. Kawanan haiwan ini sukar diurus, dan proses memerah susu menjadi lebih sukar.",
"Susu rusa mempunyai kandungan lemak tinggi yang menjadikannya menarik bagi sesetengah pengguna. Ia juga mengandungi lebih banyak protein dan mineral daripada jenis susu lain."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kelebihan-wakil-rakyat-yang-tak-ada-pada-yang-di-pertuan-agong.html | 5 Kelebihan Wakil Rakyat Yang Tiada Pada YDP Agong | [
"Ramai di antara kita tahu Yang Di-Pertuan Agong, individu bergelar ketua negara dalam sistem demokrasi berperlembagaan negara kita - sebagai pemimpin nombor satu Malaysia. ",
"Diberikan kuasa untuk mengesah dan mengiktiraf perlantikan ketua kepada badan eksekutif, ketua kepada badan kehakiman, lantikan senator serta bergelar pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan suruhanjaya jelas memberikan kelebihan besar YDP Agong dalam aspek skop pentadbiran kerajaan.",
"Namun jika kita selidik ada beberapa aspek berkait bidang kuasa dan hak YDP Agong itu sendiri sebenarnya agak kurang, jika kita bandingkan dengan seorang ahli parlimen biasa. Apa kelemahan yang ada?",
"Dalam sistem parlimen kita seorang Perdana Menteri mempunyai kuasa penuhmenentukan keperluan beliau untuk mempunyai seorang Timbalan, bergelar Timbalan Perdana Menteri. ",
"Ini kerana jawatan tersebut tidak wujud secara rasmi dalam perlembagaan negara kita, tetapi dibenarkan kewujudannya atas kuasa atau pilihan Perdana Menteri sendiri. ",
"Berbeza dengan seorang Perdana Menteri - YDP Agong wajib mempunyai seorang Timbalan bagi memangku jawatan Baginda, sekiranya Baginda sakit atau ke luar negara.",
"Timbalan YDP Agong juga dilantik sama seperti bagaimana YDP Agong dilantik, berdasarkan kepada turutan giliran perlantikan mengikut Raja-Raja Negeri; yang telah disusun dalam perlembagaan kita. ",
"Semua YDP Agong yang dilantik hanya memegang kuasa selama satu penggal, bersamaan lima tahun maksima. ",
"Selepas tamat tempoh tersebut, tidak ada sebarang kelonggaran untuk YDP Agong memanjangkan tempoh kuasanya - melainkan kesemua Raja-Raja dalam giliran bersetuju untuk tidak menggalas jawatan tersebut, meletakkan kembali bekas YDP Agong sebagai pilihan utama.",
"Dalam parlimen kita, cadangan dan idea untuk seorang Perdana Menteri hanya dibenarkan menjawat jawatan tersebut secara maksima 2 penggal atau 10 tahun masih belum benar-benar dapat dilaksana. ",
"Ini bermakna seandainya seorang Perdana Menteri masih mendapat mandat untuk menjadi ketua badan eksekutif walaupun melebihi 2 penggal sekalipun - dia boleh meneruskannya.",
"Kisah bagaimana ahli parlimen kita bebas bergerak ke sana ke mari, sekejap ada dalam negara, tiba-tiba dah sampai ke benua berbeza untuk bermacam tujuan baik peribadi ataupun urusan kerja, biasa kita dengar.",
"Ini kerana dalam undang-undang kita, seorang ahli parlimen atau lebih tepat ahli Dewan Rakyat tidak ada kekangan untuk ke luar negara dalam tempoh tertentu; asalkan mendapat kebenaran daripada Yang Di-Pertuan Dewan Rakyat, apabila melibatkan persidangan parlimen.",
"Jelas termaktub dalam perlembagaan kita seorang YDP Agong tidak boleh meninggalkan persekutuan (yakni Malaysia) melebihi 15 hari melainkan untuk tujuan lawatan rasmi sebagai Ketua Negara.",
"Nak keluar pun, seorang YDP Agong perlu memaklumkan kepada Majlis Raja-Raja tentang niatnya terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran.",
"Di kalangan ahli parlimen, ramai di antara mereka memegang beberapa jawatan serentak. ",
"Sebagai contoh, seorang Perdana Menteri boleh juga bergelar Menteri Kewangan. Seorang ahli parlimen boleh bergelar ahli dewan undangan negeri serentak. Itu dua contoh yang biasa kita nampak.",
"Tatkala Baginda mengangkat sumpah menjawat jawatan sebagai Ketua Negara, fungsi beliau sebagai Raja kepada negeri Baginda dianggap terlucut atau tertangguh kecuali tanggungjawab sebagai Ketua agama Islam negeri.",
"Isteri Baginda iaitu Raja Permaisuri Agong juga dikenakan kekangan serupa. Bagi seorang YDP Agong dan Permaisuri Baginda, mereka tidak lagi boleh memegang jawatan yang membawa pendapatan serta melibatkan diri dalam apa saja bentuk perusahaan komersial.",
"Bagi ahli parlimen, tidak ada kekangan sama dikenakan kepada pasangan mereka. ",
"Ekoran insiden yang pernah berlaku melibatkan konfrontasi di antara kerajaan pusat dengan Majlis Raja-Raja berkait kekebalan Raja-Raja daripada didakwa di mahkamah, insiden itu telah meninggalkan perubahan besar kepada masyarakat kita. ",
"Tahukah anda, dalam perlembagaan negara mengikut Perkara 33A (1), sekiranya seorang YDP Agong dituduh atas suatu jenis kesalahan di mahkamah - secara automatik Baginda dianggap hilang kelayakan untuk meneruskan fungsi Baginda sebagai YDP Agong. ",
"Tidak perlu kes itu sampai ke peringkat prima facie atau membela diri, cukup sekadar tuduhan atau dakwaan. Bagi ahli parlimen atau dewan undangan negeri, peraturan sama tidak terpakai.",
" Seorang wakil rakyat dianggap masih layak meneruskan tanggungjawab sebagai seorang yang dilantik, walaupun beliau menghadapi tuduhan atau sudah dalam perbicaraan.",
" Dari segi undang-undang, tidak ada keperluan untuk seorang wakil rakyat melepaskan jawatan atau 'dicutikan' sekiranya dia sibuk ke mahkamah, walaupun ada desakan sebegitu sering kedengaran.",
"Bagaimana? Menarik tak taksiran bagaimana perlembagaan negara kita mendefinisikan kuasa dan kekangan yang ada di antara YDP Agong dengan wakil rakyat? ",
"Apa pendapat anda dalam isu ini? Wujudkah keperluan untuk wakil-wakil rakyat kita sama-sama dikenakan kekangan yang sedia ada digalas Ketua Negara demi memastikan mereka tidak menyalahgunakan kuasa? "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-siri-kanak-kanak-klasik-yang-kini-dah-ada-unsur-songsang.html | 5 Siri Kanak-Kanak Klasik Yang Dah Tak Selamat Ditonton | [
"Hari demi hari unsur-unsur hak dan kebebasan manusia mutlak, dibangkitkan pejuang hak asasi tanpa henti. ",
"Walaupun pada asasnya apa yang diperjuangkan tampak baik, realitinya unsur-unsur songsang tampak ingin dibiasakan penerimaannya dipersembahkan kepada khalayak ramai secara halus. Ini taktik dahulu. Kini tidak lagi. ",
"Salah satu bentuk media yang sedang berdepan masalah ini, adalah rancangan animasi yang mensasarkan kanak-kanak. Dengan kemudahan teknologi membolehkan kanak-kanak memilih apa yang mereka tonton setiap hari, ada baiknya kita jangan terlena lagi.",
"Berikut adalah 5 siri pendidikan dan animasi kartun yang popular di negara kita, baru atau memang telah lama mengandungi unsur sebegini.",
"Pada bulan Jun tahun 2021, siri kanak-kanak popular Sesame Street menjadi antara siri rancangan kanak-kanak klasik yang mengadunkan elemen songsang secara rasmi dalam rancangannya.",
"Diterbitkan bersempena Pride Day atau Hari Kebanggaan golongan songsang di Amerika Syarikat, episod ke 5132 yang diberi judul 'Family Day' memperkenalkan penonton kepada pasangan lelaki sama jenis, Dave dan Frank yang mempunyai anak perempuan bernama Mia.",
"Usaha memperkenalkan elemen songsang ke dalam rancangan ikonik ini lama berjalan sebenarnya, tetapi episod itu dianggap istimewa kerana buat kali pertama Sesame Street dilihat berani memaparkan dua watak tersebut tanpa berselindung lagi.",
"Bagi peminat siri ini yang selama ini meragui status hubungan sebenar di antara watak Bert dan Ernie, tidak lama dahulu pun sudah diperjelaskan status mereka dalam sebuah temuramah bersama penulis siri ini dalam tahun 2018. ",
"Cuma kedua-dua watak ini belum diterjemahkan secara rasmi benar-benar songsang di kaca TV. Tunggu masa saja agaknya.",
"Apabila penulis mengetahui siri animasi klasik Scooby-Doo bakal diperbesarkan skop kisahnya bagi merangkumi kisah asal watak-watak utamanya, penulis mempunyai pandangan skeptikal. ",
"Semuanya terbukti benar selepas siri terbaru Velma, sarat dengan elemen-elemen songsang. Diubah secara rasmi pada tahun 2020, watak gadis pintar dengan perwatakan yakin dan pemalu ini akhirnya disahkan diubah suka sama sejenis. ",
"Pengenalan siri baru ini menukar terus acuan lama kartun ini, diadun dengan elemen feminisme dan kesongsangan - serta menukar etnik watak klasik yang ada kepada etnik berbeza.",
"Shaggy kini seorang lelaki kulit hitam dan Daphne pula adalah seorang wanita Asia yang datang dari keluarga pasangan sejenis wanita dengan wanita.",
"Pelangi dan spektrum warna juga adalah antara elemen yang cukup penting dalam siri animasi My Little Pony. Memaparkan kisah lucu persahabatan di antara anak kuda comel, siri ini menjadi antara watak ikonik kanak-kanak perempuan.",
"Bagaimanapun menepati tajuk artikel ini - usaha menambah elemen songang mula dilakukan beberapa tahun terdahulu dengan pengenalan watak-watak baru Aunt Lofty and Aunt Holiday, dua kuda betina yang suka sama jantina.",
"Siri ini kemudiannya menerima pengenalan watak tambahan pasangan watak anak kuda sama jantina pada tahun 2017, sebelum produksi animasi ini mula lebih terbuka memaparkan elemen songsang melibatkan watak-watak utama jalan cerita.",
"Dua daripada watak utama siri ini iaitu Apple Jack dan Rainbow Dash akhirnya ditayangkan mempunyai hubungan songsang sekitar tahun 2020, memahatkan terus elemen luar tabii dalam siri kanak-kanak yang kelihatan sangat innocent sebenarnya.",
"Ada sesuatu yang sangat mengujakan melihat 5 orang anak muda mampu melawan puluhan makhluk jahat yang berakhir dengan pertarungan robot gergasi dalam setiap episod.",
"Filem 'Power Rangers' yang diterbitkan dalam tahun 2017 memecah tradisi - dengan pengenalan watak utama iaitu Power Rangers Kuning yang seakan-akan gemar pasangan sama jenis. Namun semuanya masih dilakukan secara tersirat.",
"Secara rasmi, elemen songsang mula mencemari siri ini secara terbuka tanpa berselindung melalui salah satu episod dalam siri Power Rangers Dino Fury, baru ditayangkan pada 16 Oktober 2021 di Amerika Syarikat. ",
"Dalam episod yang diberikan tajuk 'The Matchmaker', Power Rangers Hitam, seorang lelaki bernama Javi cuba membantu Power Rangers Hijau, seorang wanita bernama Izzy mendapatkan pasangan.",
"Semua usahanya sia-sia. Ini kerana pada penghujung cerita, ditunjukkan Izzy sebenarnya meminati seorang wanita lain berjalan berpegangan tanggan dengan gembira. ",
"Episod ini berakhir dengan sorakan kegembiraan Power Rangers meraikan keberanian Izzy membuat pilihan dan tidak lagi merasa malu mendedahkannya kepada rakan-rakan.",
"Kami tahu jika anda kanak-kanak generasi 80-an dan 90-an, pasti ada kemungkinan anda meminati animasi Transformers. ",
"Salah satu filem animasi berstatus klasik dekad tersebut adalah 'Transformers - The Movie' menampilkan watak robot wanita bernama Arcee, yang mampu bertukar menjadi sebuah jet. Cantik dan menawan - kanak-kanak lelaki yang suka Transformers rasanya akan jatuh cinta dengan watak ini. ",
"Tetapi tahukah anda, sejak beberapa tahun ini usaha untuk menukarkan latar belakang watak ini mula dijalankan dan kini...watak yang cukup diminati ini bukan lagi dikenali sebagai robot wanita - sebaliknya adalah robot transgender lelaki yang mahu menjadi wanita.",
"Tidak cukup dengan itu pengenalan watak-watak baru yang membawakan elemen kesongsangan telah dilakukan tanpa kita sedar. Mungkin 4 ke 5 tahun akan datang, Transformers lebih selesa dijenamakan semula sebagai Transgenders..",
" Dan Optimus Prime pula akhirnya menerima hakikat dia sebenarnya ditakdirkan berpasangan dengan Megatron."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-roller-coaster-paling-mahal-di-dunia.html | 5 Roller Coaster Paling Mahal Di Dunia | [
"Bukan semua orang sukakan tunggangan roller coaster di taman tema tetapi biasanya roller coaster yang terbesar, terpanjang, tertinggi, terpantas dan paling mahal di dunia mampu menarik jutaan pelawat atas sebab tertentu.",
"Di Iluminasi, kami pernah menulis beberapa artikel berkaitan roller antaranya seperti di bawah ini:",
"Kali ini, masih lagi berkisar tentang topik roller coaster tetapi kami akan kongsikan pula senarai roller coaster paling mahal di dunia yang pernah dibina. Anda pasti terkejut apabila mengetahui jumlahnya.",
"Roller coaster ini adalah sebahagian daripada kompleks hiburan di Bunkyo, Tokyo yang dikenali sebagai Tokyo Dome City (dahulunya Big Egg City). Ianya dibuka pada Mei 2003 dan merupakan mega coaster yang dibina oleh syarikat Intamin dan direka oleh Werner Stengel, seorang jurutera Jerman.",
"Dengan ketinggian maksimum 262.5 kaki, Thunder Dolphin ialah roller coaster kesepuluh tertinggi di dunia. Ia menelan belanja $37 juta untuk pembinaannya dan dengan segera mendapat perhatian setelah dibuka untuk orang awam.",
"Ia termasuk trek sepanjang 3,500 kaki yang melalui lubang yang dipotong ke Bangunan LaQua dan juga melalui roda Ferris yang dikenali sebagai Big-O. Satu bolt panjang pernah tercabut dari roler coaster ini dan mengenai penunggang berusia 9 tahun, menyebabkannya ditutup selama tiga tahun dari Disember 2010 hingga Ogos 2013.",
"Steel Dragon 2000 ialah roller coaster di Prefektur Mie di Jepun, terletak di sebuah taman bernama Nagashima Spa Land. Roller coaster ini dibina oleh syarikat Morgan Manufacturing dan direka oleh Steve Okamoto. ",
"Ia adalah salah satu roller coaster tertua yang masih dianggap paling mahal, dibuka pada tahun 2000 dengan harga $52 juta (lebih $91 juta pada tahun 2022). Roller coaster ini ialah \"giga coaster\" kedua di dunia selepas Millennium Point, coaster di Cedar Point di Ohio.",
"Ia juga merupakan roller coaster keluli kelima tertinggi di dunia, mencapai ketinggian 318.3 kaki. Kos pembinaannya yang tinggi berpunca daripada lokasinya. Memandangkan kawasan Jepun sering dilanda gempa bumi, lebih banyak keluli daripada biasa diperlukan untuk membina tunggangan ini dengan selamat.",
"Tunggangan \"Expedition Everest\" adalah roller coaster paling mahal di dunia sejak dibuka pada 2006 hingga 2019. Ia terletak di Disney's Animal Kingdom dan dibuka awal untuk pemegang pas tahunan Disney pada 26 Januari 2006 dan kepada orang ramai beberapa bulan kemudian pada 7 April.",
"Tunggangan ini memegang Rekod Dunia Guinness sebagai roller coaster termahal dunia pada tahun 2011. Tunggangan ini menampilkan pendakian di hadapan replika Mt. Everest dan menampilkan yeti animatronik sepanjang perjalanannya. ",
"Animatronik Yeti ini mempunyai rangkaian penuh gerakan menggunakan 19 penggerak yang mengawal pergerakannya. Malangnya, sejurus selepas tunggangan ini dibuka, bingkai yang menahan yeti terbelah dan merisikokan struktur roller coaster jika ia terus bergerak. Sejak itu, yeti ini tidak bergerak dan hanya berdiri di penghujung perjalanan.",
"Hagrid’s Magical Creatures Motorbike Adventure dibina berdasarkan dunia magikal Harry Potter dan merupakan tarikan keenam yang dibina di Universal's Islands of Adventure di Florida untuk segmen taman Dunia Sihir mereka. ",
"Secara khususnya, tunggangan ini berada di Hogsmeade, menggantikan Dragon Challenge yang digantung roller coasternya. Tunggangan roller coaster ini menampilkan pokok sebenar di trek terbuka tetapi juga menggunakan elemen cerita untuk meningkatkan pengalaman penumpanganya. ",
"Tunggangan roller coaster ini dibuka dengan kos pembinaan $300 juta pada Jun 2019, menjadikannya roller coaster paling mahal di dunia pada masa itu.",
"Roller coaster paling mahal pernah dibina ialah Guardians of the Galaxy: Cosmic Rewind. Tarikan ini juga merupakan tunggangan terbaharu dalam senarai ini, dibuka awal penduduk Florida pada 5 Mei 2022 sebelum dibuka untuk orang ramai pada 27 Mei.",
"Ia ditangguhkan kepada sambutan ulang tahun ke-40 EPCOT kerana penutupan COVID. Syarikat Vekoma Rides Manufactring telah mereka bentuk rollercoaster sinematik tertutup ini berdasarkan rekabentuk dan imej Disney Marvel.",
"Guardians of the Galaxy: Cosmic Rewind menelan belanja sebanyak $500 juta untuk dibina, menjadikannya roller coaster paling mahal pernah dibuat ketika artikel ini dtulis."
] |
https://iluminasi.com/bm/7-benda-biasa-yang-kita-rasa-aneh-kalau-sebut-dalam-bm.html | 7 Istilah Sebenar Bahasa Melayu Yang Janggal Untuk Kita Guna | [
"Satu perkara yang pelik berkenaan rakyat Malaysia, adalah bagaimana ramai di antara kita boleh merasa pelik menggunakan bahasa Melayu yang betul.",
"Khususnya melibatkan istilah yang jarang kita gunakan dalam bahasa Melayu, sebaliknya selesa mengamalkan sebutan istilah bahasa Inggerisnya. ",
"Sehinggakan apabila seseorang menggunakan istilah BM yang betul - ada yang teruja, ramai yang terkejut mendengarnya. Siapa lagi nak mengamalkan bahasa kita kalau bukan kita kan, rakyat Malaysia?",
"Berikut adalah 7 istilah pilihan berkait peralatan yang kita kerap guna, tetapi kami andaikan jarang sekali anda gunakan istilahnya dalam bahasa kebangsaan kita.",
"Penyedut hampagas mempunyai beberapa varian yang berbeza dan rasmi dalam bahasa kita. ",
"Boleh disebut sebagai penyedut hampagas, pembersih hampagas, penyedut vakum atau pembersih vakum - kesemuanya betul penggunaannya.",
"Vacuum itu sendiri kita dah guna sebagai kata kerja atau perbuatan, sedangkan vakum atau vacuum merujuk kepada ruangan tiada jirim di dalamnya atau hampagas yang bermakna tiada gas.",
"Kami harap pekerja kedai cuci kereta berhentilah tanya pelanggan mereka \"mahu vacuum ke?\" setiap kali ada pelanggan datang membasuh kenderaan.",
"Siapa tahu apa maknanya kalimantang ni? Mesti ramai tak tahu kan? ",
"Cahaya yang mengalimantang bererti cahaya itu putih dan berbentuk memanjang. Jelas tak?",
"Istilah lampu kalimantang juga biasanya kita rujuk sebagai lampu pendarfluor kan? ",
"'Lampu kalimantang' merujuk kepada lampu berwarna putih. Sementara pendarfluor pula adalah istilah bahasa rasmi BM, yang membawa makna cahaya yang terhasil daripada tindakbalas elektron. ",
"Anda tahu tak istilah 'pendar' itu secara tunggal, mempunyai makna 'cahaya'?",
"Seperti 'vacuum' yang sudah ditukar kepada kata kerja tidak rasmi, 'microwave' pun telah mengalami perubahan sama. ",
"Ayat seperti 'tolong microwave aku punya makanan!' dah sering kita sebut tanpa kita rasa janggal.",
"Realitinya 'microwave' membawa maksud gelombang mikro, jadi sekiranya anda pesan kepada kawan anda 'tolong gelombang mikro makanan aku!' pasti ramai memandang pelik anda hari itu.",
"Gantikan microwave oven yang biasa kita guna dengan ketuhar gelombang mikro dan perbuatan menggunakannya, dirujuk sebagai memanas atau menghangatkan.",
"Sebut pasal router, mesti ramai tak tahu apa terjemahannya dalam bahasa Melayu kan? ",
"Terjemahan yang betul adalah penghala. Sekiranya kita menulis tentang internet router, kita akan menamakannya sebagai penghala internet.",
"Satu lagi bentuk 'router' yang ada, adalah mesin pemotong kayu yang biasanya diguna sama ada secara manual atau menggunakan elektrik, diguna untuk melubangkan bahagian-bahagian kayu. ",
"Jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, router jenis ini kita panggil penghala kayu.",
"Selepas ini apabila anda menghadapi masalah dengan sambungan internet anda, cuba beritahu operator bertugas 'penghala' anda gagal berfungsi dengan baik.",
" Mesti panjang perbualan anda dengan dia nak fahamkan dia apa sebenarnya yang anda maksudkan. Walhal, kita di Malaysia bukannya negara barat..",
"Dalam bahasa Inggeris, istilah coffee maker atau yang terbaru coffee machine kerap diamalkan. ",
"Jika diterjemahkan ke bahasa Melayu istilah coffee maker, besar kemungkinan ramai akan menukarnya menjadi pembuat kopi. ",
"Istilah yang betul bagi merujuk kepada perkakas ini adalah pembancuh kopi, bukan pembuat kopi.",
"Pembuat kopi lebih tepat digunakan bagi merujuk kepada orang yang memproses biji kopi sehingga menjadi serbuk kopi atau individu yang rajin menyiapkan kopi untuk anda.",
" Penggunaan istilah ini sudah terlalu meluas walaupun daripada segi bahasanya jelas salah.",
"Jika dinilai, kita tak boleh membeli top-up kerana top-up dalam bahasa Inggeris sebenarnya membawa makna perbuatan menambah nilai. ",
"Tetapi malangnya apabila sesuatu kesalahan sudah dibiasakan dan semua orang faham dengan apa yang dirujuk, akhirnya bahasa kita pun rosak.",
"Apa gantinya? Guna frasa 'saya nak buat tambah nilai' atau 'ada jual kad tambah nilai?' kepada juruwang, jika anda ingin menambah nilai dalam baki akaun anda.",
"Biasanya disebut sebagai STB atau set-top box, peranti ini kini merupakan antara peranti wajib anda dalam rumah bagi mendapatkan siaran televisyen baik menerusi internet atau gelombang digital berfrekuensi tinggi.",
" Kami yakin di antara kesemua istilah dalam senarai ini, istilah 'kotak set-atas' merupakan istilah paling kurang penggunaannya dek kita yang sudah mesra benar dengan istilah STB.",
"Cuma itulah, nak jadi orang yang pertama menggunakan istilah kotak set-atas dalam lingkungan hidup kita pasti banyak rintangannya.",
"Sebagai contoh, seandainya ada penulis menulis \"rakyat Malaysia gemar menggunakan kotak set-atas Android untuk mendapatkan siaran televisyen berbayar secara curi.\"",
"Kami yakin ramai tidak faham apa yang dimaksudkan membuktikan betapa lemahnya penggunaan bahasa Melayu yang betul di kalangan kita, rakyat Malaysia."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-hukuman-alternatif-kepada-penjara-bagi-masyarakat-zaman-dahulu.html | 5 Hukuman Zaman Dahulu Sebagai Alternatif Kepada Penjara | [
"Dalam era moden, hukuman penjara dilihat sebagai hukuman standard kepada jenayah yang berlaku.",
"Bagaimanapun penjara adalah fasiliti wajib ada penyeliaan dan pengawasan, memerlukan peruntukan wang ringgit dikeluarkan kerajaan atau pihak berkuasa dalam memastikan operasi penjara berjalan sempurna. ",
"Zaman terdahulu masyarakat di seluruh dunia, terpaksa mencipta kaedah yang kreatif tetapi sadis sebagai alternatif kepada hukuman penjara. ",
"Berikut adalah lima alternatif yang nampak lebih menakutkan berbanding terkurung di penjara itu sendiri.",
"Di antara semua rekaan alat hukuman yang kami senaraikan, jougs peranti yang paling ringkas. ",
"Sebuah kolar pengunci leher dibuat daripada besi yang dihubungkan dengan rantai - jougs dipasang pada dinding premis seperti pintu gereja. ",
"Jougs pada awalnya digunakan sebagai satu bentuk kaedah ibu bapa di Scotland terdahulu mendisiplinkan anak mereka. ",
"Pesalah biasanya dikunci dan ditayang kepada orang awam dalam masa yang singkat, biasanya di antara sejam ke dua jam.",
"Penggunaannya dilihat efektif membolehkan pemerintah masyarakat Scotland mempelbagaikan lagi penggunaannya, bagi menghukum pesalah jenayah ringan. Khususnya mereka yang berkelahi atau menimbulkan suasana tidak senang di kalangan kejiranan.",
"Bentuk hukuman yang dijalankan menggunakan jougs berbeza-beza. Ada pesalah dipasangkan jougs dan diminta berdiri sepanjang hukuman. Ada diminta melutut.",
"Penggunaannya bagaimanapun akhirnya disalahguna, sehingga ke satu tahap sekitar abad ke 17 - hukuman jougs mula dikenakan ke atas individu yang tidak hadir ke gereja setiap hari Ahad.",
"Cangue atau turut dikenali dengan nama tcha, adalah alat yang diamalkan masyarakat China sebagai ganti kepada hukuman penjara.",
"Cangue diperbuat daripada kayu dengan lubang untuk kepala dibuat ditengah-tengahnya bagi membolehkan kepala banduan dikunci. Rekaannya ringkas sahaja tetapi kesannya pada banduan amatlah ketara.",
"Seorang banduan yang dipasangkan cangue terpaksa menjalani tempoh hukuman dengan membawa cangue yang terpasang ke mana-mana sahaja. ",
"Dia bukan saja berdepan rasa malu dilihat masyarakat, bahkan beban kayu yang dipikul itu juga akan mengakibatkan kesakitan pada bahagian tengkuk. ",
"Lebih memburukkan keadaan, saiz cangue yang sengaja dibesarkan menghalang tangan banduan mencapai mulut untuk makan dan minum. ",
"Sepanjang tempoh hukuman, banduan bergantung insan orang lain untuk membantu mereka menjamah hidangan atau minum air, langsung tidak berkeupayaan melakukannya sendiri walaupun dibenarkan bergerak.",
"Salah satu bentuk hukuman awam yang menjadi tradisi di Perancis satu masa dahulu, adalah hukuman yang dinamakan sebagai pillorie.",
"Diamalkan dalam menghukum pesalah kes tertentu, biasanya pesalah dikenakan hukuman dalam tempoh singkat - sekitar 2 jam atau lebih bagi mencerminkan kesalahan yang dianggap bukan jenayah berat.",
"Pillorie pada awalnya diguna di Perancis bagi menghukum peniaga yang melakukan penyelewengan semasa jual beli. ",
"Peniaga yang tertangkap akan diletak di pillorie yang statik kedudukannya, berbeza dengan cangue di China, dipamer ke khalayak umum. ",
"Orang awam dibenarkan untuk mencaci atau membaling bahan semulajadi seperti buah, telur, lumpur dan juga najis kepada pesalah. ",
"Oleh kerana tujuan hukumannya adalah untuk memalukan pesalah agar tidak lagi mengulangi kesalahan sama, pillorie biasanya dipasang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. ",
"Kali terakhir hukuman jenis ini diamalkan adalah dalam tahun 1837 di Britain.",
"Semasa era Anglo-Saxon di England, undang-undang mereka tidak mengamalkan sebarang bentuk kurungan atau penjara.",
"Jadi semua hukuman berkisar kepada hukuman timbal balik, di mana pesalah akan berhadapan hukuman bunuh, dibakar, membayar denda kepada mangsa atau dipasung kepada stocks.",
"Stocks membolehkan pesalah, biasanya golongan hamba yang ingkar atau individu biasa yang melakukan kesalahan, dikunci pada bahagian kaki atau tangan dan kaki. ",
"Pada awal penggunaannya, tujuan sebenar stocks adalah untuk mengunci pesalah yang sedang disiasat atau sedang berdepan dakwaan bagi menghalang pergerakan mereka.",
"Bagaimanapun pemerintah England era tersebut melihat stocks lebih berkesan untuk diaplikasi menghukum individu yang melakukan kesalahan kecil serta layak dimalukan, seperti mengganggu ketenteraman awam.",
"Salah satu alat hukuman paling kejam yang pernah diamalkan masyarakat di Eropah khususnya di sekitar England, adalah alat yang dinamakan sebagai cucking stools...",
"Cucking stools merupakan sejenis takal mudah yang dipasangkan kerusi pada satu bahagian, dengan tali pada satu lagi bahagian. Pesalah wanita diikat pada kerusi, diangkat dan digantung untuk dipamerkan kepada orang awam.",
"Dalam kesalahan lebih berat seperti pesalah melakukan aktiviti persundalan atau mengandungkan anak luar nikah, pihak yang menghukum akan menggandar cucking stools ke tepi sungai.",
"Pesalah yang diikat akan direndam ke dalam sungai dan ditarik semula berulang kali, sebagai bentuk hukuman.",
"Kepercayaan masyarakat England terdahulu mudah menyamakan wanita yang enggan mematuhi arahan suami atau bapa sebagai ahli sihir. ",
"Bagi kumpulan wanita sebegini yang dilihat berbahaya kepada masyarakat, mereka juga akan diikatkan ke cucking stools dan direndam untuk satu tempoh.",
"Sekiranya mereka selamat, mereka akan dituduh mempunyai kuasa gelap. Seandainya mereka meninggal dunia, mereka dibebaskan daripada tuduhan tanpa mampu lagi bernafas. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-situasi-hidup-yang-memaksa-kita-bersikap-kasar.html | 5 Situasi Yang Memaksa Kita Jadi Baran Dan Bersikap Kasar | [
"Majoriti manusia mahu hidup dalam situasi aman damai, tanpa sebarang konflik atau pertelingkahan tercetus; yang akan mengakibatkan hati kita jadi kurang selesa. ",
"Apabila berlaku sebarang pertelingkahan di antara kita dengan orang lain, hati manusia yang normal akan mula memikirkan baik buruk apa yang telah berlaku - sehingga ada kalanya memakan diri sendiri serta merosakkan ketenangan minda kita. ",
"Namun ada waktunya kita kena berdepan konfrontasi, mungkin juga sehingga terpaksa berkasar demi melindungi hak kita. Berikut adalah lima situasi yang biasa kita tempuh.",
"Nak naik lif, nak beli makanan dan sebagainya. Dalam kereta tengah memandu pun memanjang kita beratur. ",
"Sesetengah lokasi jelas ada arahan bagaimana nak beratur namun di sesetengah tempat, tak jelas sebenarnya siapa yang patut masuk dulu. Contohnya seperti semasa beratur menggunakan lif.",
" Sehinggakan kalau kita di waktu puncak penggunaan, mesti ada seorang dua yang selamba badak menyelit ke depan sedangkan ramai lagi orang lain dah beratur lama. ",
"Dalam situasi macam ni, dipersilakan untuk tegur saja orang macam tu. ",
"Cuba tegur elok-elok dulu. Kalau dia berkasar atau buat bodoh dengan teguran kita, tinggikanlah suara sikit. Orang sebegini dia berani kerana selama ni dia tengok orang lain tak ada yang berani sound dia.",
"Budaya tai-chi kerja atau mengalihkan beban kerja kepada orang lain, adalah satu perbuatan yang membuatkan sesiapa saja menyirap dengan pelakunya. ",
"Anda tahu kenapa golongan sebegini biasanya berkeliaran bebas dengan gembira di tempat kerja anda? Dia bebas kerana anda takut nak membuat laporan rasmi berkenaan kelakuan dia. ",
"Mungkin juga kerana dia kenalan anda, jadi anda menganggap perkara sebegitu alah bisa tegal biasa. Orang sebegini sepatutnya disedarkan sejak awal, supaya dia ada masa memperbaiki kelakuannya.",
"Buat laporan rasmi secara bertulis atau lisan dengan ketua anda. Jika itu tak berjalan, minta bincangkan isu itu dalam mesyuarat; biar padan muka dia.",
"Perangai rasis ni memang membarah dalam mana-mana masyarakat di seluruh dunia, bukan di antara kita saja. ",
"Ada golongan rasis dengan bangsa lain, ada yang rasisnya ditujukan kepada kaum sendiri sehinggakan apa saja berkait isu dia kaitkan dengan bangsa dia. ",
"Berbual dengan orang sebegini memang mati akal kita dibuatnya. Selalunya kita angguk-angguk sajalah mengiyakan setiap hujah dia. Reaksi kita itulah yang membuatkan mereka syok merasakan mereka betul. ",
"Cuba anda jelaskan kepada mereka kenapa sentimen yang mereka utarakan salah. Terangkan satu per satu kenapa memainkan elemen stereotaip kaum, sudah tidak lagi sesuai dalam zaman sekarang. ",
"Pertahankan pendapat anda dan jangan takut untuk tegas, kental dan keras mendepani individu sebegini. ",
"Sekiranya anda lihat ada orang main isu rasis melibatkan mangsa berlainan kaum atau sama bangsa anda, bangkit menegur! Anda akan jadi hero.",
"Satu pesanan yang penulis pegang dinyatakan oleh arwah ayah penulis berbunyi; jangan pinjam duit orang. Jangan bagi pinjam duit kat orang. ",
"Syukur setakat ni penulis berjaya juga mengekalkan rekod bersih kecuali dalam situasi di mana penulis terpaksa meminjam duit abang penulis (yang penulis anggap sebagai hadiah). ",
"Bab pinjam duit memang boleh buat bergaduh khususnya kalau kita pihak yang bagi pinjam, amaunnya besar dan peminjamnya pula liat sungguh nak bayar; kita pula yang dah kena mengemis kat dia minta dia bayar.",
"Penulis bukanlah nak ajar anda bertindak kasar terhadap pemiutang jenis ni. Kena ingat, sabar ada hadnya.",
"Bila dia dah kerap kali muat naik status keluar melancong, beli kereta baru, makan wagyu dan muat naik gambar bersosial ke media sosial, kesemuanya dibuat tanpa ada usaha nak bayar hutang, orang sebegini memang layak dikasari sedikit. ",
"Sedikit! Sikit je. Jentik dia ke. Cubit sikit ke. Asal dia sakit.",
"Dengan kecanggihan teknologi, perakam video dalam kereta atau DVR telah menyajikanbermacam jenis rakaman gelagat pemandu atas jalan raya. ",
"Satu persamaan yang dapat kita saksikan dalam kebanyakan video, adalah bagaimana pemandu-pemandu yang bersikap agresif serta terang-terang telah melakukan kesalahan atau mengamalkan sikap kurang menghormati etika pemanduan, dia jugalah yang paling cepat nak mengamuk bila dikenakan dilawan.",
"Kami tidak tahu apa penjelasan saintifik yang boleh menerangkan fenomena ini dengan lebih baik. Fenomena syok sendiri barangkali tetapi itulah yang dapat kita lihat; orang yang salah biasanya adalah orang yang paling cepat nak berbalah.",
"Jika anda terliba dalam insiden buli jalanraya, dihalang daripada meneruskan perjalanan dan anda terpaksa keluar kereta bagi menghadap konfrontasi jalanan, hendak tak hendak kita kena garang dan tegas dalam menangani situasi sebegini. ",
"Seandainya perlu menengking, hadap sajalah. Terjerumus ke pertengkaran fizikal? Bersedialah. Samseng jalan raya ni memang rasa jalan raya di Malaysia ni, abah dia punya dan semua orang salah kecuali dia.",
"Nak sedarkan orang sebegini yang mungkin terlalu dimanjakan sejak kecil, hanyalah dengan sedikit kekasaran. "
] |
https://iluminasi.com/bm/russia-jepun-norway-tiga-negara-paling-anti-senyuman.html | Kenapa Orang Russia, Jepun Dan Norway Tak Suka Senyum? | [
"Masyarakat kita dididik untuk tersenyum, kerana senyuman melambangkan kegembiraan dan keceriaan individunya. Senyuman bagi kita, dilihat dalam konteks positif yang membawa imej mesra.",
"Walaupun begitu bagi sesetengah masyarakat di dunia, mereka tidak memegang pendapat yang sama dengan kita, sehinggakan tersenyum pun sudah menjadi sesuatu yang perlu dielakkan. ",
"Jika anda lihat gambar individu Russia, kebanyakan gambar biasanya memaparkan individu berwajah serius semasa mengambil gambar. Ini kerana budaya masyarakat Russia melihat senyuman haruslah kena dengan tempatnya.",
"Senyuman mengikut budaya orang Russia adalah sesuatu yang peribadi dan bukanlah perbuatan yang sepatutnya dibuat secara awam dalam pergaulan sosial. Walaupun begitu itu tidaklah bermakna mereka tidak menghargai atau memahami budaya orang luar, cuma budaya mereka terbentuk sebegitu rupa.",
"Masyarakat Russia mengkhususkan senyuman dalam situasi khas seperti bertemu rakan, sanak saudara atau kenalan, tahu tentang berita baik atau sama seperti kita, mendengar sesuatu yang lucu. ",
"Mereka mengelakkan senyum semasa berada di kalangan orang yang tidak dikenali, dan semasa berdepan kesukaran. Ini biasa kan? ",
"Apa yang luar biasa, kajian juga membuktikan masyarakat Russia tidak suka tersenyum semasa berada dalam suasana kerja atau sedang belajar. Dalam dua situasi itu masyarakat Russia digalakkan untuk mengekalkan wajah serius. ",
"Seperti dalam gambar di atas. Ada satu pepatah Russia perlu kami sebutkan di sini; 'seseorang yang suka tersenyum tanpa sebab, menandakan dia bodoh.'",
"Jadi harap kita fahamlah kenapa orang Russia selalu kelihatan garang dan bengis.",
"Bagi kita di Malaysia, menghadiahkan senyuman kepada orang yang mungkin lalu lalang di depan kita adalah simbol kemesraan biasa. ",
"Bagi masyarakat Jepun pula, tersenyum kepada orang yang tidak kita kenali dilihat sebagai satu tindakan yang mempunyai maksud tersirat. Ini disebabkan mentaliti masyarakat mereka yang tidak suka mana-mana individu asing tersenyum kepada mereka. ",
"Perbuatan tersenyum kepada orang asing dilihat aneh, kasar dan juga boleh membawa kepada pergaduhan. ",
"Khususnya jika seorang lelaki dewasa tersenyum kepada kanak-kanak. Kita mungkin melihat perkara itu biasa. tetapi bagi orang Jepun, perbuatan itu menunjukkan lelaki tersenyum menyimpan niat tidak elok serta ada perasaan seksual terhadap kanak-kanak tersebut.",
"Selain itu, Jepun juga gemar menggunakan senyuman dalam satu konteks berbeza. Di kalangan masyarakat Jepun ada frasa yang dinamakan sebagai naki-warai atau senyuman yang menyembunyikan perasaan.",
"Mereka akan tersenyum semasa berdepan situasi sukar, sedih atau gundah gulana bagi menyembunyikan perasaan sebenar mereka, khasnya bila berhadapan sanak saudara atau ahli keluarga yang bimbang tentang keadaan mereka.",
"Senang cerita, masyarakat Jepun tak senang-senang nak senyum kecuali anda kenal mereka. Kalau mereka tersenyum dalam tangisan, ada kemungkinan hati mereka sedang porak-peranda.",
"Di antara banyak misteri berkenaan perbezaan pandangan berkait senyuman dan kemesraan, masyarakat Norway rasanya mempunyai pandangan yang jauh berbeza dengan kita. ",
"Jika kita salah faham, memang boleh buat bergaduh. Ini kerana masyarakat Norway melihat kemesraan di kalangan masyarakat wujud apabila seseorang itu berusaha untuk sama sekali tidak mengganggu orang lain yang tidak dikenalinya, dalam apa cara sekalipun...termasuklah dengan senyuman.",
"Sekiranya anda duduk di sebelah orang Norway dalam sebuah tren pengangkutan awam, adalah digalakkan untuk anda duduk diam dan tak cuba untuk ajak dia borak-borak kosong mengisi waktul, kerana mereka merasakan perbuatan sebegitu kurang sopan. ",
"Senyum pun tak perlu. Buat muka ketat dipandang lebih berhemah. Mereka tidak mengamalkan budaya bertegur sapa atau buat-buat mesra bila bersua muka yang kita amalkan. ",
"Semua perbuatan itu dilihat mengganggu orang lain. Masyarakat Norway memandang hubungan yang baik terjalin apabila semua pihak berusaha untuk tidak masuk campur urusan satu sama lain sebaik mungkin. Atas kefahaman itu jugalah individu dari Norway sama sekali tidak akan meminta izin atau mudah memohon bantuan orang lain.",
"Sebagai contoh, sekiranya kita sedang makan dan mahu mengambil hidangan yang ada di hujung meja bertentangan kita, biasanya kita akan meminta orang berdekatan untuk menghulurkan hidangan itu kepada kita. Orang Norway tak. ",
"Mereka akan ambil sendiri tanpa meminta dan tanpa berkata sepatah pun. Bagi mereka, sangat penting untuk mereka tak menyusahkan orang lain membantu mereka. ",
"Kalau buat di Malaysia, memang ramai yang tuduh kita tak beradab orangnya. Lagilah kalau muka kita jenis ketat dan mulut tak ramah pula."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-motor-harley-davidson-termahal-pernah-terjual.html | 5 Motor Harley-Davidson Termahal Pernah Terjual | [
"Motor Harley-Davison sememangnya sinonim dengan imej pakcik-pakcik pencen. Kerana rekabentuknya itu, tidak ramai orang muda gemar memilikinya. Lagi pun harganya yang premium menyebabkan hanya segelintir orang sahaja yang mampu memilikinya.",
"Jenama motorsikal yang diasaskan pada 1903 di Milwaukee ini mempunyai sejarah yang panjang dan pernah kami tulis dahulu dalam artikel Kisah Bagaimana Harley dan Davidson Mencipta Jenama Motorsikal Popular Dunia.",
"Kini setelah 100 tahun, jenama Harley-Davidson tidak hanya menjual motorsikal semata-mata sebaliknya mereka turut menjual pakaian, aksesori, model skala, mainan dan juga permainan video. Kali ini, mari kami kongsikan 5 model motorsikal Harley-Davidson yang pernah terjual di pasaran. ",
"Hanya 207 buah motosikal \"Strap Tank\" dibina pada tahun 1907, yang menjadikan jentera ini sebagai tunggangan tertua dalam senarai motorsikal Harley-Davidson paling mahal mahal ini. ",
"Ia berada dalam keluarga yang sama selama lebih 75 tahun sebelum dijual kepada pengumpul, E.J. Cole pada 2015 pada harga $715,000. Ia kini sebahagian daripada koleksi di Muzium Sturgis.",
"Nombor siri pada motosikal ini menunjukkan bahawa ia adalah \"Strap Tank\" ke-37 yang mereka bina, menjadikannya motosikal ke-94 yang pernah dibina oleh Harley-Davidson.",
"Motorsikal \"8-Valve Racer\" ialah karya bersejarah yang hebat yang telah meningkat nilainya selama setengah abad. Motorsikal itu dibina pada tahun 1927 dengan harganya kini mencecah sekitar $940,000).",
"Ia telah digunakan untuk berlumba hampir satu abad yang lalu dan tidak banyak ditunggangi sejak itu, menjadikan jentera perlumbaan Harley-Davidson Kelas A ini banyak sejarah dan bernilai tinggi. ",
"Basikal ini mewakili salah satu basikal 8 injap terakhir yang dibuat oleh syarikat Harle-Davidson sejak mereka mula mencipta cara baharu dan lebih berkuasa untuk menjana jentera tunggangan mereka pada lewat 20-an. ",
"Harley-Davidson Captain America ialah motorsikal yang mahal dan benar-benar ikonik. Tiada siapa yang tahu dengan tepat model mana yang digunakan sebagai asas untuk prop filem ini, tetapi berkemungkinan besar menggunakan model HD Hydra-Glide 1952 yang dibeli oleh pelakon Peter Fonda di acara lelongan polis.",
"Motorsikal ini digunakan dalam filem Easy Rider yang dibintangi oleh Fonda dan Dennis Hopper. Motorsikal ini dijual pada 2014 di acara lelongan \"Profiles in History\" pada 2014 ketika ia masih dimiliki oleh Michael Eisenberg.",
"Lelongan itu berakhir dengan motorsikal ini dijual dengan harga $1.35 juta.",
"Motorsikal yang dikenali sebagai Harley Davidson Butcherer Blue ini ialah tunggangan ikonik dan unik yang menampilkan casis bertatahkan berlian, skru bersalut emas dan reka bentuk biru yang cantik. ",
"Motosikal ini juga mempunyai peti keselamatan yang mengandungi cincin dan jam tangan daripada tukang emas Carl F. Bucherer. Khabar angin mengatakan bahawa bengkel Bucherer menghabiskan lebih 2,500 jam membuat fungsi tambahan untukk motosikal ini.",
"Bengkel Harley-Davidson yang berpangkalan di Switzerland, \"Bündnerbike\" mencipta motosikal ini sepenuhnya dengan tangan. Setiap bahagian motosikal telah diukir, dikimpal dan digilap dengan tangan, kemudian disalut dengan warna biru. Motosikal ini bernilai $1,974,253.28.",
"Harley Davidson yang paling mahal ialah Cosmic Starship Harley. Motosikal ini dibuat dalam gaya Cosmic Existentialist, turut dikenali sebagai \"Cosmic X.\" Ia merujuk kepada seni Jack Armstrong, yang mengasaskan gaya ini pada tahun 1999 dan merupakan karya karya Andy Warhol dan Jean-Michel Basquiat.",
"Beliau mereka bentuk Cosmic Starship Harley selepas membeli basikal baharu itu pada tahun 2009.. Beliau kemudian mengubahnya menjadi pameran seni yang dilihat dengan reka bentuk nyalaan kosmik dan casis enjin berlampu biru.",
"Motorsikal itu adalah tunggangan mewah dan karya seni kelas tinggi yang mempunyai bernilai sehingga $35 juta."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-pasukan-bola-sepak-dengan-jersi-kuning.html | 5 Pasukan Bola Sepak Dengan Jersi Kuning Mirip Malaysia | [
"Setiap kali berlangsungnya kejohanan bola sepak baik dalam peringkat serantau atau benua Asia, kita dan Brunei merupakan wakil Asia Tenggara yang menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi.",
"Berbanding negara jiran lain yang lebih banyak menggunakan warna merah, warna pasukan kebangsaan kita ikonik serta mudah dikenali kerana jika difikirkan, tidak banyak pasukan menggunakan warna kuning sebagai identiti utama mereka.",
"Pasukan mana lagikah yang menggunakan kuning sebagai warna utama selain skuad kebangsaan Malaysia? Berikut adalah lima pasukan yang terkenal dengan warna kuning sebagai warna utama mereka.",
"Skuad kebangsaan Colombia mula beraksi dengan jersi putih sepenuhnya sebelum mengadunkan ketiga-tiga warna rasmi Colombia iaitu kuning, biru dan merah ke dalam jersi mereka.",
"Walau demikian Colombia pada awalnya menggunakan jersi dengan majoriti warna biru dan kemudiannya ditukar kepada merah, sebelum gergasi sukan Puma menghasilkan jersi Colombia pertama berasaskan warna kuning pada tahun 1985. ",
"Dari sinilah kuning mula diamal pasukan itu dalam rekaan jersi utama mereka.",
"Pada kejohanan Piala Dunia 1990, persatuan bola sepak Colombia membuat keputusan untuk mengekalkan warna rasmi skuad mereka kepada kuning, selaras dengan corak bendera negara yang lebih mengutamakan kuning berbanding biru dan merah. ",
"Bagi masyarakat Colombia, warna kuning melambangkan kekayaan dan khazanah yang ada pada negara itu serta mewakili matahari yang memancar menerangi kesejahteraan komuniti mereka.",
"Jika anda meneliti bendera Brazil, di tengah-tengah bendera mereka terdapat sebuah rombus kuning yang menempatkan sebuah bulatan berwarna biru dengan 27 bintang di dalamnya, dikelilingi warna hijau.",
"Warna kuning pada bendera itu mewakili Dona Maria Leopoldina, permaisuri yang mentadbir Brazil ketika negara itu duduk di bawah jajahan dinasti dari Austria. Rekaan bendera itu jugalah yang diambil sebagai asas kepada rekaan jersi pasukan Brazil walaupun pada awalnya Brazil tidak mengenakan warna kuning mereka.",
"Kisahnya dalam kejohanan Piala Dunia 1950, Brazil yang juga tuan rumah kejohanan tewas dalam perlawanan akhir kepada Uruguay. ",
"Dalam penyertaan tersebut, Brazil menggunakan jersi berwarna biru dan putih yang dirasakan tidak menjunjung semangat kenegaraan mereka dengan betul - didakwa menjadi punca utama mereka gagal bergelar juara.",
"Usaha untuk mengembalikan semangat masyarakat mereka dimulakan kerajaan Brazil menerusi pertandingan merekabentuk jersi skuad bola sepak kebangsaan mereka, anjuran sebuah akhbar tempatan bernama Correio da Manha. ",
"Syarat pertandingan itu memerlukan peserta menggunakan kesemua elemen warna bendera negara mereka dalam setiap rekaan. Hasilnya, rekaan yang terpilih menggunakan warna kuning sebagai asas kepada uniform skuad mereka.",
"Dari situlah jersi Brazil yang ikonik dengan warna kuning keemeasanmula digunakan dalam setiap pertandingan disertai mereka.",
"Di antara kesemua pasukan yang mengamalkan warna kuning sebagai identiti utama, kelab Jerman, Borussia Dortmund adalah yang paling hampir dengan warna skuad negara kita - mengadunkan kuning dan hitam.",
"Kedua-dua warna yang dipilih mempunyai sebab yang berbeza kenapa diaplikasikan sebagai warna rasmi mereka. Dortmund bermula sebagai sebuah kelab bola sepak anjuran gereja yang memakai warna rasmi gereja, biru dan putih.",
"Disebabkan keengganan untuk terus diselia pihak paderi yang banyak kekangan, 18 orang anak muda anggota pasukan yang turut berkhidmat sebagai tukang besi dan pelombong arang batu, nekad berpecah keluar dan menubuhkan kelab sendiri secara bebas.",
"Warna kuning dipilih kerana sebagai tukang besi, baju overall kuning akan dibekalkan kepada semua pekerja. Sementara warna hitam dipilih bagi mewakili kumpulan pelombong arang batu yang bekerja mencari rezeki setiap hari, sehingga kotor dan berjelaga badan.",
"Kuning dan hijau merupakan warna rasmi pasukan Kedah. Satu lagi kelab bola sepak yang mengamalkan warna serupa adalah Norwich City FC dari England. ",
"Tak lama dulu semasa syarikat automobil kita Proton menaja pasukan ini, ramai juga peminat mereka di Malaysia kan? Norwich City ditubuhkan pada tahun 1902 sebagai sebuah kelab amatur, sehingga kini kekal sebagai sebuah kelab dengan prestasi naik turun.",
"Pada awal penubuhan, kelab ini menggunakan warna biru dan putih sebelum jawatankuasa kelab itu bercadang mahu menukarkan nama jolokan mereka daripada Citizens kepada Canaries, sempena burung kenari. ",
"Dengan perubahan itu serta pengenalan identiti kelab berasaskan burung tersebut, warna kelab itu juga turut diubah. Warna kuning dan hijau ditetap sebagai warna rasmi baru kelab seiring dengan perubahan identiti dan jersi dengan warna kuning berjalur hijau mula diperkenalkan pada tahun 1907 dengan seluar putih.",
"Kenapa pasukan kebangsaan kita menggunakan jersi berwarna kuning dan hitam sebagai warna rasmi? Ini kerana sejak dari awal penubuhannya dalam tahun 1933, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah menggunakan skima warna tersebut pada logonya.",
"Ditubuhkan menerusi gabungan beberapa persatuan bola sepak negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Singapura - MFA atau Malayan Football Association diwujudkan sebelum diubah kepada Football Association of Malaya atau FAM.",
"Logo harimau dan tulisan berwarna kuning berlatar belakang hitam sudah dikekalkan senahao tradisi menuruti logo FAM yang pertama kali direka bentuk, dengan warna itu kekal dipraktikkan sehingga ke hari ini walaupun pemodenan ke atas rekaannya dilakukan.",
"Ada usaha untuk mengubah logo ini agar lebih moden, tetapi penulis berpendapat - apabila sesuatu logo itu sudah jadi ikonik, tidak ada banyak perubahan perlu dilakukan terhadap rekaan asalnya. ",
"Sebarang pemodenan logo FAM pada hemat penulis, harus mengekalkan elemen asas logo FAM sedia ada kerana logo tu dah cantik pada mata kita. Setuju?"
] |
https://iluminasi.com/bm/siapa-golongan-berisiko-tinggi-tergolek-menaiki-eskalator.html | Eskalator : Lokasi Berisiko Tinggi Kemalangan Jiwa | [
"Dengan eskalator, orang ramai tidak lagi perlu mengharungi anak tangga untuk turun atau naik ke tingkat-tingkat lain dalam sebuah bangunan. Keperluan untuk sesebuah bangunan tinggi khususnya kompleks besar mempunyai kemudahan eskalator sudah menjadi satu kemestian.",
"Dengan kemudahan yang dianggap norma, majoriti pengguna sudah ambil mudah dalam menggunakan tangga bergerak yang dipasang. ",
"Video-video tular memaparkan kemalanganmelibatkan individu malang, sering dikongsi - membuatkan semakin ramai tertanya sendiri; apakah tahap keselamatan eskalator yang kita naiki? Berapa selamat eskalator sebenarnya? ",
"Tahukah anda eskalator sebenarnya bermula sebagai sebuah permainan yang boleh dimainkan di taman tema? Kisahnya bermula di Amerika Syarikat.",
"Nathan Ames pada tahun 1859 telah mematenkan sebuah rekaan eskalator pertama di dunia. Kertas paten itu menggambarkan idea bagaimana sebuah tangga yang boleh diputar dan digerak menggunakan motor mampu mengangkut manusia naik dan turun dengan mudah. ",
"Walau bagaimanapun idea itu kekal hanya dalam bentuk idea. Tidak ada prototaip atau rekaan fizikal berjaya dibangunkan.",
"Seorang jurutera bernama Jesse Wilford Reno anak kelahiran Kansas yang cukup meminati bidang kejuruteraan dan penciptaan, berjaya membangunkan apa yang dikenali sebagai 'lif condong' atau 'inclined elevator', sebuah tangga bergerak pada sudut 25 darjah kecondongan dipatenkan pada tahun 1892.",
"Dengan menggunakan rekaan tali pemacu berasaskan getah menggerakkan anak tangga diperbuat daripada besi, kedua-dua bahagian sisinya ada dipasangkan pemegang yang membantu individu menstabilkan diri semasa 'diangkat' naik ke atas. ",
"Walaupun sudah siap, usaha Reno memperkenalkan rekaannya untuk dipasang di dalam stesen keretapi bawah tanah New York bagi mengangkut orang ramai naik, ditolak pihak kerajaan tempatan.",
"Kekangan ini memaksa Reno memasang ciptaannya di sebuah taman tema yang dibuka di Old Iron Pier, Coney Island. Lif condong mula menjadi tarikan mereka yang berani, sehingga dianggarkan lebih 75,000 orang telah menaikinya.",
"Melihat kejayaan itu, kerajaan tempatan New York mula dapat melihat potensi yang ada pada rekaan itu untuk memudahkan orang ramai bergerak secara tersusun tanpa menghabiskan tenaga.",
"Syarikat milik Reno dibeli oleh syarikat OTIS, yang pada ketika itu sudah terkenal dengan peralatan lif. Bagi menjenamakan ciptaan Reno secara komersial, OTIS memperkenalkan terma 'escalator', hasil gabungan perkataan elevator yang digunakan Reno digabungkan dengan istilah scala, diambil daripada bahasa Latin yang bermakna anak tangga.",
"OTIS juga mendapatkan paten yang telah dibangunkan bukan saja oleh Reno bahkan paten Ames yang dibuat jauh lebih awal, menjadikan syarikat tersebut satu-satunya pemegang tunggal paten eskalator, bebas melesenkan rekaan tersebut untuk jualan komersial. ",
"Tidak dapat penulis nafikan ciri-ciri keselamatan yang ada pada model eskalator moden sudah pastilah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan eskalator terawal yang dibangunkan.",
"Tetapi dengan terlalu banyak pemasangan eskalator dilakukan, risiko berlakunya kemalangan juga menjadi semakin tinggi. ",
"Ini menyumbang kepada kes kecederaan pengguna eskalator yang semakin kerap dilaporkan, khususnya di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat yang mula-mula sekali meanfaatkan teknologi ini ke dalam rekaan bangunan mereka selepas kes kemalangan pertama eskalator direkodkan di London dalam tahun 1969. ",
"Statistik di benua itu juga menampakkan peningkatan ketara; pada tahun sama kejadian di London, 10 kes kecederaan dilapor. 10 tahun kemudian, angka itu meningkat sekali ganda. ",
"Jumlah terbesar kes kemalangan melibatkan pengguna eskalator adalah yang dipasang di stesen pengangkutan awam dengan pengguna di kompleks beli belah duduk di tempat kedua. Angka ini jika diselidik, menampakkan pola peningkatan konsisten seiring dengan penggunaan eskalator yang sudah menjadi rutin kita semua.",
"Apa yang memburukkan keadaan, jumlah kes kemalangan melibatkan eskalator disebabkan kegagalan penyelenggaraan tahap optimum keselamatan eskalator juga menunjukkan peningkatan.",
"Semuanya berpunca daripada satu punca utama - kekurangan tenaga mahir dalam menyelia peralatan yang ada.",
"Jika kita lihat di negara kita, statistik pemasangan eskalator serta lif dianggarkan sekitar 65,093 unit lif dan 12,923 eskalator yang telah siap dipasang di seluruh negara kita, berdaftar pada tahun 2018.",
"Jumlah juruteknik bertauliah yang benar-benar berkemahiran menyelenggara lif dan eskalator kita pula, hanya ada 371 orang kesemuanya. ",
"Kajian yang mendalam berkenaan risiko penggunaan eskalator biasanya berfokus kepada individu kanak-kanak. Walaupun membantu, tidak dapat memberikan gambaran penuh tentang risiko sebenar yang ada.",
"Setiap tahun di Amerika Syarikat ada lebih 2,000 orang individu bawah usia 12 tahun cedera kerana eskalator, majoritinya adalah mereka yang berumur 6 tahun ke bawah. Di Malaysia, 97% daripada 31 kes kemalangan eskalator dalam tahun 2011 sehingga 2016 juga melibatkan kanak-kanak. ",
"Oleh kerana itulah satu kajian di Switzerland berdasarkan data kemalangan berkait eskalator, berjaya membuka mata orang ramai untuk lebih memahami risiko sebenar penggunaan eskalator di kalangan masyarakat biasa khususnya golongan dewasa.",
"Berdasarkan data selama 11 tahun daripada unit trauma Bern University Hospital, mereka berjaya mengenalpasti kumpulan paling berisiko tinggi dalam penggunaan eskalator di kalangan orang dewasa adalah individu wanita berusia 65 tahun ke atas.",
"Jenis kemalangan jatuh atau tergelincir menjadi punca utama insiden biasanya berlaku merangkumi 77% daripada kesemua kes.",
"Apa yang sedikit menggusarkan penulis, 11% daripada kes yang diselidik berpunca daripada kecuaian pihak lain yang mungkin tidak sengaja tertolak atau tersiku individu yang sedang sama menaiki eskalator bersama mereka.",
"Bagi kanak-kanak - risikonya jauh lebih tinggi. Tetapi boleh dielak, sekiranya kita lebih peka. Dalam kajian Universiti Putra Malaysia melibatkan 258 kes kemalangan eskalator mangsa kanak-kanak di negara kita, ada satu punca utama majoriti insiden berlaku.",
"Majoriti kemalangan terjadi adalah disebabkan sikap ingin tahu kanak-kanak yang mahu memegang, menyentuh dan bermain dengan peralatan eskalator semasa menggunakannya - berpunca daripada kegagalan ibu bapa mengawasi anak-anak mereka. ",
"Majoriti kes merekodkan sikap ibu bapa atau penjaga yang acuh tak acuh, leka menatap telefon pintar semasa menaiki eskalator sehingga gagal memantau kelakuan anak dan akhirnya membawa padah kepada jagaan sendiri.",
"Apabila berlakunya kemalangan berkait eskalator yang meragut nyawa tidak berdosa, kita mula menuding jari mencari pihak untuk dipertanggungjawabkan sebagai punca insiden. ",
"Ada banyak faktor yang perlu diambil kira dalam memahami isu dan masalah berkait eskalator ini. Seperti yang kami sudah nyatakan di atas, negara kita memang mengalami kekurangan tenaga kerja bertauliah yang mampu menyelenggara eskalator dengan baik, memungkinkan berlakunya situasi eskalator gagal diselenggara sempurna.",
"Bagaimanapun majoriti kemalangan yang berlaku membuktikan kecuaian pengguna adalah punca kenapa kemalangan ngeri boleh berlaku terhadap seorang pengguna eskalator.",
"Ibu bapa seharusnya bukan saja peka bahkan tegas mengawasi perilaku anak semasa mereka menggunakan eskalator, kerana statistik telah membuktikan 1/3 kes yang ada melibatkan kanak-kanak berpunca daripada kelekaan penjaga. Kaum wanita yang berusia juga seharusnya sedar risiko tinggi tatkala menggunakan eskalator.",
"Kami tidak menemui penjelasan kenapa wanita berumur lebih berisiko untuk jatuh berbanding lelaki, melainkan golongan wanita mudah hilang imbangan diri ketika di atas eskalator.",
"Walaupun angka kematian berkait penggunaan eskalator rendah, tahap kecederaan kekal yang boleh berlaku pada seseorang sebenarnya sangat tinggi. ",
"Untuk itu saranan penulis, kita sebagai masyarakat seharusnya tidak memandang eskalator sebagai satu perkara ringan yang akan kita guna setiap hari, sebaliknya mula mengamalkan sikap lebih cakna dan waspada tatkala menaiki atau menuruni eskalator - sama seperti ketika kita sedang mengendali sebuah mesin atau kenderaan. ",
"Populariti penggunaannya telah mengakibatkan ramai di antara kita memandang ringan tahap keselamatan diri dan keluarga semasa menaikinya, tetapi kita harus sedar menaiki eskalator bukanlah satu perkara suka-suka; walaupun eskalator bermula sebagai sebuah permainan taman tema."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-gua-semulajadi-di-seluruh-dunia-dengan-nama-paling-mengerikan.html | 5 Gua Dengan Nama Menakutkan di Seluruh Dunia | [
"Menjelajah kompleks gua semulajadi merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang semakin popular di kalangan masyarakat kita.",
"Lokasi seperti Gua Niah di Sarawak, Gua Kelam di Perlis, Gua Tempurung di Perak dan banyak lagi lokasi gua membolehkan pengunjung merasai suasana duduk dalam 'binaan' semulajadi.",
"Berbeza dengan nama-nama gua di negara kita yang lebih mencerminkan alam, beberapa gua di serata dunia mempunyai nama yang ekstrim serta menggerunkan. Berikut lima gua di dunia yang namanya mampu membuatkan pengunjung berpeluh sebelum hadir menerokainya.",
"Hellhole atau Lubang Neraka, merupakan gua ketujuh paling dalam di West Virginia, Amerika Syarikat; merupakan antara lokasi eksplorasi gua paling sukar di dunia. Pintu masuknya saja sempit, memang muat-muat seorang individu untuk celus. ",
"Dari pintu masuknya, penjelajah gua perlu menuruni ruangan terowong sempit yang panjang sebelum turun ke ruangan gua yang pertama daripada ketinggian 47 meter.",
"Penjelajahan dan proses pemetaan kompleks gua ini cukup sukar pada kumpulan ekspedisi awal. ",
"Oleh kerana itu banyak asas kaedah panjatan dan ikatan bagi penjelajahan gua sebenarnya dicipta di lokasi ini buat kali pertama, bagi membolehkan Hellhole diterokai lebih dalam.",
"Sejak dekad 90-an, tanah yang menempatkan Hellhole telah dipindah milik ke pihak swasta. Perubahan ini mengehadkan penjelajahan gua unik ini walaupun masih dibenarkan berlaku. ",
"Kini sudah lebih 68 kilometer rangkaian gua di sini telah berjaya diterokai pada kedalaman 225 meter dan telah memakan nyawa ratusan pengembara yang berani untuk cuba meneroka misterinya.",
"Lokasi ini diketahui telah banyak meragut nyawa mereka yang berani mencabarnya. Jadi tidak menghairankan kenapa masyarakat di Nevada, Amerika Syarikat menamakan lokasi ini sebagai Devils Hole. ",
"Walaupun namanya kurang menyenangkan, apa yang ada di bahagian bawah gua ini sangat indah bagi mereka yang pernah mengalaminya. ",
"'Devils Hole' adalah sebuah kolam air panas biasa berdasarkan apa yang kita nampak dari permukaan.",
"Bagi mereka yang berani menyelam lebih dalam, mereka akan menemui lubang di dasar tasik yang menghubungkan tasik itu lebih dalam melalui sebuah terowong sempit, sebelum sampai ke sebuah ruangan berbeza yang turut bersambung dengan pelbagai kompleks gua dengan tasik lain.",
"Sehingga kini keseluruhan kompleks Devils Hole belum dapat diterokai disebabkan oleh keperluan melindungi spesies ikan terancam, yang dinamakan sebagai Devils Hole Pupfish.",
"Devils Hole adalah satu-satunya lokasi di mana ikan jenis ini ditemui jadi sebarang aktiviti penjelajahan hanya akan dibenarkan dengan syarat yang sangat ketat. ",
"Caverna de Las Brujas atau 'Witches Cave' adalah sebuah kompleks gua yang terletak di pekan Bardas Blancas, Argentina. Untuk memasuki gua ini, seseorang perlu mendaki gunung terlebih dahulu kerana pintu masuknya berada pada ketinggian 1,800 meter.",
"Dipercayai dibentuk sejak lebih 200 juta tahun dahulu, dikategorikan gua batu kapur zaman Jurassic - terdapat banyak kisah dan hikayat yang cuba menceritakan tentang asal-usul nama tempat ini. ",
"Majoriti penduduk percaya gua ini satu masa dahulu adalah lokasi pemujaan masyarakat peribumi mereka.",
"Selepas dua orang tahanan wanita yang dipercayai ahli sihir berjaya melarikan diri dari kurungan dan menyembunyikan diri di situ, kejadian aneh serta jeritan ngeri mula kedengaran, dipercayai berpunca daripada amalan mistik yang mereka berdua amalkan.",
"Berpunca daripada fenomena aneh itulah orang tempatan mula menggelarkan gua itu sebagai Caverna de Las Brujas, bagi memperingatkan masyarakat mereka untuk tidak menghampiri gua itu bagi mengelak perkara tidak elok menimpa mereka.",
"Mempunyai kedalaman 64 meter dari permukaan bumi, Death Head Hole merupakan pintu masuk kepada sebuah jalinan gua yang sangat luas.",
"Rangkaian terowong dan gua ini dinamakan sebagai 3-counties system, menyambung kawasan Cumbria, Lancashire dan Yorkshire Utara di England melalui laluan bawah tanah semulajadi sepanjang 87 km keseluruhannya.",
"Selepas seseorang pendaki menuruni Death Head Hole, mereka akan sampai ke sebuah gua bernama Lost John's Cave, meredah jalan licin dan berair sebelum tiba ke sebuah gua yang menjadi persimpangan utama sistem itu, dinamakan sebagai Lyle Cavern. ",
"Dari situ, penjelajah boleh memilih beberapa opsyen berbeza bagi meneruskan penerokaan.",
"Dibuka kepada orang ramai sepanjang tahun, semua penjelajah yang mahu menerokai laluan ini haruslah mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran tuan punya pemilik tanah. ",
"Daripada Death Hole, terpulang kepada mereka untuk memilih ke mana hala tuju selepas itu kerana laluan yang ada terbuka panjang, telah dijelajahi dan dipetakan sejak dekad 1880-an.",
"Informasi ini memudahkan eskpedisi bergerak jauh asalkan mereka faham tentang bahaya dan risiko yang ada.",
"Gua yang terletak di Muscat, Oman ini merupakan antara kompleks gua terbesar di dunia dengan anggaran saiz 340 m panjang, 228 m lebar dan 120 m tinggi. Suhu di dalamnya pula sentiasa berada pada tahap 17 ke 18°C.",
"Walaupun demikian kedudukannya yang sukar untuk diakses menyulitkan usaha kerajaan Oman mahu menukarkan lokasi ini, menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di sana. ",
"Terletak di sebuah banjaran pergunungan bernama Banjaran Selma; ada tiga pintu masuk yang membolehkan seseorang mengakses gua ini selepas mengharungi perjalanan dengan mendaki sendiri atau menaiki trak pikap yang cukup mencabar.",
"Hikayat masyarakat terdahulu menyebut 3 pintu yang ada di Majlis al Jinn atau Tempat Perjumpaan Para Jin, dibuka oleh seekor jin bermata satu yang tinggal di sana.",
" Semasa jin tersebut mengejar seorang wanita bernama Selma yang telah menipunya, hasil panahan halilintar yang dikeluarkan tangan jin itu ditembak 3 kali, mengenai 3 tempat di atas tanah membolehkan tanah yang menyembunyikan gua itu terdedah.",
"Hasil daripada kisah inilah gua itu dinamakan sebagai Majlis al Jinn dan banjaran yang melindunginya, dinamakan Banjaran Selma."
] |
https://iluminasi.com/bm/7-misteri-dalam-nama-jenama-popular-yang-perlu-diperjelaskan.html | 7 Asal-Usul Nama Jenama Popular Yang Misteri | [
"Setiap hari kita menggunakan bermacam produk yang datang dengan pelbagai jenis jenama. Ada jenama yang terkenal di seluruh dunia, ada yang dikenali dalam pasaran tempatan sahaja.",
"Beberapa jenama mudah difahami apa makna namanya. Bagi banyak jenama ikonik di seluruh dunia, jenama atau label yang mereka bangunkan menggunakan istilah yang sukar difahamkan apa maknanya.",
"Berikut adalah beberapa jenama yang popular yang mempunyai nama yang bermisteri dan kadangkala, hanyalah rekaan.",
"Jenama Oral-B merupakan antara jenama produk penjagaan mulut yang sangat diyakini. Kita tahu 'Oral' bermaksud bahagian mulut, tetapi 'B' itu mewakili apa? 'B\" dalam nama 'Oral-B' membawa maksud 'brush' atau berus dalam bahasa Melayu. Senang saja kan?",
" Ini bermakna nama 'Oral-B' sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa makna istimewa, sebaliknya hanyalah mempunyai makna ringkas 'berus bahagian mulut.'",
"Kenapa francais kopi gergasi ini namanya 'Starbucks'? Novel klasik Inggeris 'Moby-Dick' memainkan pengaruh yang sangat besar dalam penjenamaan francais ini. ",
"Pada awalnya, pengasas rangkaian ini mahu menamakan jenama mereka sebagai 'Pequod' sempena nama kapal dalam novel tersebut. Merasakan nama itu kurang sesuai, mereka mencari apakah nama yang sesuai berdasarkan lokasi di Seattle lokasi mereka bertapak. ",
"Secara kebetulan, nama salah seorang watak kru kapal Pequod dalam novel klasik itu bernama Starbuck yang mirip dengan nama pekan itu...jadi nama watak itu dipilih sebagai nama jenama mereka.",
"Kami masih kecil semasa kereta keluaran Malaysia pertama iaitu Proton Saga dilancarkan. ",
"Mungkin pada ketika itu, ejaan 'otomobil' masih diguna pakai - membolehkan singkatan kepada 'Perusahaan Otomobil Nasional' ditulis sebagai Proton dan nama ini masih kekal hingga sekarang.",
"Jika kita betulkan nama ini mengikut sistem perbendaharaan kata kita sekarang, Perusahaan Otomobil Nasional perlu ditulis sebagai Perusahaan AUTOMOBIL Nasional, disingkatkan menjadi PRAUTON. Aneh bunyinya...",
"\"Ginvera...Ginvera...bagi ku Ginvera!\" Jenama ini merupakan antara jenama semi-lokal (berasal dari Singapura, tetapi dikeluarkan di Malaysia) yang cukup terkenal satu masa dulu. Iklan yang memaparkan lagu klasik Ginvera menjadi siulan ramai orang. ",
"'Ginvera' adalah gabungan dua istilah iaitu bahan 'ginseng' dan 'aloe vera', yang merupakan dua kandungan utama produk mereka yang diperkenalkan. ",
"'Ribena' merupakan antara produk klasik yang mempunyai penjenamaan kuat, sehinggakan kedudukannya dalam senarai pengeluar produk minuman blackcurrant sukar disangkal.",
"Nama 'Ribena' dicipta oleh pengasas syarikat tersebut sebagai singkatan kepada istilah Latin Ribes nigrum, nama saintifik kepada buah blackcurrant. Untuk mengkomersialkan namanya, ejaannya ditukar kepada Ribena.",
"Kini sebuah gergasi alat sukan, anda percaya tak Asics bermula dengan penghasilan kasut dari bengkel kecil yang dibuat dalam ruang tamu rumah pengasasnya, seorang lelaki bernama Kihachiro Onitsuka.",
"Onitsuka percaya kesihatan yang baik adalah tunjang kepada minda yang berjaya. ",
"Jadi dia menamakan jenama kasutnya sebagai \"Anima Sana In Corpore Sano\" diambil istilah Latin, singkatannya adalah Asics.",
"Bermula sebagai pengeluar aiskrim dengan jenama Senator, pengasas jenama ini Reuben Mattus mahu meletakkan produk mereka yang lebih premium dalam kategori berbeza dan tidak bersaing dengan jenama lain.",
"Sebagai seorang individu Yahudi yang pernah merasai perang, Mattus berterima kasih kepada negara seperti Denmark kerana banyak membantu pelarian Yahudi berlindung di sana semasa peperangan yang dicetuskan Jerman. ",
"Sebagai penghargaan, Mattus memilih dua istilah rekasaya yang berbunyi seakan dari bahasa Denmark, berbunyi klasik dan premium, tanpa mengandungi sebarang makna. ",
"Nama Haagen-Dazs dibentuk seakan berasal dari negara Scandinavia walaupun sebenarnya langsung tidak berkait dengan mana-mana negara dari sana. Yang penting, bunyinya mewah dan kedengaran berkualiti."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-tol-lebuh-raya-paling-mahal-di-dunia.html | 5 Tol Lebuh Raya Paling Mahal di Dunia | [
"Kebanyakan lebuh raya di dunia dimiliki oleh agensi awam dan dibina atau diselenggara oleh syarikat konsesi swasta di bawah kontrak dengan kerajaan. Ini telah menghasilkan pelbagai model jalan tol bergantung kepada negara, daripada jalan tol berkelajuan tinggi dengan kawalan langsung ke atas operasi kepada koridor transit dan pintasan yang dikendalikan oleh syarikat konsesi yang lebih besar.",
"Kos yang tinggi untuk membina jalan bertol boleh dikaitkan dengan beberapa faktor, termasuk lokasinya yang strategik, sumber asli yang diperlukan untuk pembinaan, dan skala ekonomi yang boleh diperoleh dengan menghubungkan bandar-bandar lain.",
"Adakah anda rasa harga tol lebuh raya di Malaysia mahal? Kali ini mari lihat tol paling mahal di dunia?",
"Di Croatia, terdapat tol untuk menggunakan jalan raya yang boleh dibayar di pintu tol sendiri atau menggunakan peranti di atas kapal. Motosikal, kereta penumpang dan kenderaan yang beratnya melebihi 3.5 tan mesti membayar tol untuk menggunakan lebuh raya.",
"Laluan Zagreb–Dubrovnik ini sering dirujuk sebagai jalan raya dengan pemandatangan yang paling indah di Eropah. Di Croatia, tol dibayar untuk menggunakan lebuh raya; mereka boleh dibayar secara tunai di pondok tol atau menggunakan peranti pada kereta (seperti RFID).",
"Terdapat dua cara untuk pergi dari Zagreb ke Dubrovni - laluan yang lebih panjang dengan pemandangan yang indah melalui Karlovac dan Taman Negara Plitvice atau yang lebih cepat melalui lebuh raya.",
"Jambatan Konfederasi menghubungkan wilayah Prince Edward Island dan New Brunswick di timur Kanada. Jambatan sepanjang 12.9 kilometer yang melintasi tasik yang dilitupi ais ibu merupakan salah satu pencapaian teknikal terbaik Kanada pada abad ke-20.",
"Pada 31 Mei 1997, Jambatan Konfederasi ini dibuka kepada lalu lintas selepas empat tahun pembinaan yang melibatkan lebih 5,000 pekerja tempatan. Jambatan Konfederasi kini dikendalikan oleh Strait Crossing Bridge Limited, yang mempunyai pejabat utamanya di Borden-Carleton, Prince Edward Island.",
"Keputusan untuk menggantikan perkhidmatan feri sedia ada dengan jjambatan ini telah menyebabkan perdebatan hangat sepanjang tahun 1980-an. Petani, nelayan, pengusaha pelancongan dan penduduk tempatan asalnya menentang idea pembinaan jambatan ini kerana akan menggang ekonomi mereika.",
"Sektor Dugopolje-Ploe, yang merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Zagreb-Split-Dubrovnik, bermula dengan bahagian 37 km ini dari Dugopolje ke Estanovac. Sukar untuk menentukan laluan lebuh raya antara Dugopolje dan Estanovac kerana ia melalui kawasan yang curam, berbatu dan tidak diselenggara dengan baik.",
"Secara keseluruhannya, 102.37 km lebuh raya berprofil penuh, 6 jambatan, 26 jejambat dan 13 terowong telah ditambah ke Lebuhraya Rijeka-Zagreb sebagai hasilnya.",
"Lebuhraya Rijeka-Zagreb akan menghubungkan Rijeka, pelabuhan terbesar, dengan ibu negara, Zagreb, dan akan menjadi pencapaian utama rangkaian lebuh raya Croatia.",
"Jalan ini menghubungkan Heiligenblut di Carinthia dengan Fusch-Ferleiten di Salzburg. Lebuh raya ini boleh memuatkan kenderaan seperti kereta, bas, motosikal dan basikal, adalah hasil kerjasama antara gabenor negeri Salzburg yang berfikiran ke hadapan, Franz Rehrl dan jurutera jalan raya Franz Wallack.",
"Pada tahun 1934, apabila jalan kerikil belum selesai, mereka adalah orang pertama yang melaluinya dan akhirnya pada musim panas tahun 1935, Lebuh Raya Alpine Grossglockner dibuka.",
"Pada masa ini, kawasan di atas mempunyai tempat letak kereta bertingkat, pusat pelancongan, dek pemerhatian dan pilihan tempat makan, semuanya memberikan pemandangan tersendiri Grossglockner yang dilitupi salji, lobus glasier Pasterze sepanjang 8 km dan Johannisberg.",
"Pennsylvania Turnpike ialah jalan raya dengan tol paling mahal di dunia dengan tol maksimum $112.90 untuk kenderaan standard yang memandu dari hujung ke hujung. Untuk membuka jalan raya sepanjang 162 batu di Pennsylvania Turnpike pada Oktober 1940, Pennsylvania terpaksa mengumpul bon yang mencukupi dengan bantuan sumber kewangan kerajaan.",
"Ia merupakan lebuh raya pertama negara tersebut yang memiliki empat lorong. Walaupun pada mulanya tidak ada had laju di lebuh raya ini, pembinaan tol berjaya mengawal keadaan masuk lalu lintas dan menetapkan piawaian bagaimana lebuh raya perlu dibina.",
"Bagaimanapun, kelajuan yang berlebihan menjadi faktor kepada jumlah kemalangan di lebuh raya ini. Sebelum tahun 1956, lebih daripada sedozen negeri lain di Amerika menggunakan model pembiayaan bon Pennsylvania Turnpike untuk pembinaan lebuh raya dengan pulangan melalui kutipan tol."
] |
https://iluminasi.com/bm/6-frasa-bahasa-inggeris-rojak-yang-membuatkan-kita-nampak-bijak.html | 6 Frasa Bahasa Inggeris Yang Membuatkan Kita Nampak Bijak | [
"Kita sebagai masyarakat pula seharusnya berhenti melihat kemahiran berbahasa Inggeris sebagai penanda ukur tahap kepandaian seseorang; sebaliknya lebih menerima dan terbuka untuk menerima orang Malaysia akan kekal kekok berbahasa Inggeris, kerana bahasa itu bukan bahasa kita.",
"Sekiranya kita dapat melihat keberanian berbahasa Inggeris yang kurang sempurna dalam konteks lebih positif, kami yakin lebih ramai ahli masyarakat kita akan lebih berani cuba 'speaking.' Nak cuba beranikan diri tu, kalau boleh elakkanlah terus menggunakan frasa-frasa di bawah.",
"Ini kerana ramai orang dah tahu sekiranya anda kerap mengulanginya ketika berbual, anda try hard sangat nak tunjuk English anda dalam kelas berbeza.",
"Frasa by right biasanya diguna untuk mengalihkan fokus pendengar kepada hujah utama penyebutnya, agar pendengar lebih yakin dengan apa yang akan dikata.",
"Individu yang suka menggunakan frasa ini perlu faham, apa yang right pada by right dia tak semestinya right pada right orang lain. Dengan menegaskan by right berulang kali tak menjadikan anda nampak bijak.",
"Sebaliknya penggunaannya menunjukkan anda sendiri sedar hujah yang anda berikan tak cukup kukuh untuk dinilai secara kendiri oleh pendengar. Anda juga tampak ketara bimbang pendengar akan ada perspektif berbeza seterusnya membangkang pendapat anda.",
"Penggunaannya hampir mirip dengan by right tetapi biasanya digunakan dengan lebih dramatik, dalam aspek penekanan ayat. ",
"Apa yang menarik, seorang orator yang handal mampu menggunakan frasa \"so...\" secara tergantung, seterusnya membiarkan pendengar memikirkan sendiri isinya tanpa perlu penutur itu menambah apa-apa kata atau hujah.",
"Boleh diguna secara \"so..\", \"and so..\" atau \"so it is..\", walaupun penggunaannya versatil, terlalu kerap menyebut \"so\" akan mengakibatkan orang ramai sedar anda sebenarnya kaki temberang.",
"Ini kerana teknik komunikasi sebegini terang menunjukkan anda mahu perbincangan satu hala berlaku dan anda kurang selesa untuk dibidas.",
"Frasa \"whatever\" adalah frasa yang sering diguna apabila kita dah malas nak layan orang lain, yang agak keras membidas atau berdebat pandangan yang berlawanan dengan pandangan kita.",
"Pengguna 'whatever' seringkali mengandaikan dengan menjadi orang yang menyebut frasa ini seolah-olah dia yang menang penghujahan itu. ",
"Penggunaan 'whatever' hanya menampakkan anda dah tahap menyampah dan dah tak mahu lagi meneruskan perbincangan, seolah anda tahu pandangan anda lebih benar berbanding orang lain. ",
"Frasa 'well..' ini cukup popular digunakan segelintir masyarakat kita dan kami andaikan penggunaannya hampir menyamai populariti \"so..\".",
"Diguna sebagai penutup atau penyimpul kepada sesuatu perbincangan, istilah ini akan disebut bagi memastikan perbincangan itu berakhir menyebelahi pihak tersebut.",
" Penutur ayat ini biasanya menggunakannya dengan harapan agar ramai setuju dengan pandangan dia tanpa benar-benar memikirkan apa yang dihujahkan.",
"Kerap menggunakan frasa ini akan membuatkan orang ramai naik menyampah dan besar kemungkinan anda akan dihumban ke dalam telaga. Kenapa telaga? Well...",
"Di antara kebanyakan frasa yang mempunyai makna tersirat yang menghiris, \"you know..\" adalah frasa paling keji.",
"Ini kerana apabila seorang terkena frasa ini, secara automatik dia terpaksa bersetuju dengan apa saja hujah atau maklumat yang dikongsikan. Bagaimana tu?",
"\"You know..\" efektif kerana bertindak dalam dua cara; sebagai persoalan yang mencabar pengetahuan mereka yang mendengarnya dan juga sebagai desakan untuk memastikan ramai orang terus bersetuju secara segera.",
"Tak ada orang mahu kelihatan bodoh atau tidak tahu, jadi ramai yang akan mengiyakan saja setiap kali ditanya \"you know..\" dan kita pun akan membiarkan saja penggunanya meneruskan gebang yang mahu dia teruskan, walaupun faktanya mungkin merata.",
"Kami yakin ramai menggunakan frasa ini setiap hari secara rojak dalam perbualan kita. Daripada penggunaannya, kita dah tahu frasa ini digunakan untuk mengaburi sesuatu agar lebih mudah dihadam pendengar. Penggunaannya efektif diguna dalam bentuk perbandingan.",
"Sebagai contoh : \"at least nasib kita tidaklah seteruk negara X\" atau dalam isu rumahtangga \"at least suami dia tak kahwin lari di Siam.\" Nampak bagaimana at least melembutkan sesuatu topik?",
"Dengan penggunaan frasa ini secara efektif, garis jangkaan pendengar terhadap sesuatu topik atau isu yang kita bawa dapat dikawal agar seiring dengan aras perbincangan hujah kita, agar mereka lebih mudah menerima hujahan kita.",
"Sama seperti semua frasa di atas, minimumkan penggunaannya. Terlalu kerap akan mengakibatkan anda kelihatan seolah-olah tidak berminat langsung dalam berbincang sesuatu topik."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-bangunan-kayu-tertua-di-dunia.html | 5 Bangunan Kayu Tertua di Dunia | [
"Kayu adalah bahan semula jadi yang digunakan sejak zaman purba untuk membina bangunan. Ia adalah bahan yang sangat baik untuk membina struktur kerana ia mudah untuk digunakan dan boleh dibentuk menjadi bentuk yang paling menakjubkan. Ia juga padat, yang menjadikannya sesuai untuk membina rumah dan bangunan lain.",
"Struktur yang diperbuat daripada kayu biasanya mampu untuk bertahan selama beberapa dekad, tetapi penting untuk diingat bahawa kayu itu sendiri adalah sumber semula jadi dan lambat laun akan habis.",
"Disebabkan itulah bangunan yang dibina dengan kayu menelan kos yang tinggi kerana harganya semakin mahal. Kali ini, mari lihat beberapa bangunan yang diperbuat daripada kayu tertua di dunia yang masih wujud hingga saat ini,",
"Salah satu struktur kayu tertua di dunia ialah Stalekleivloftet di Norway. Terdapat sebuah cerita rakyat mengatakan bahawa struktur ini ialah gudang pertama yang dibina di Eidsborg dan tidak dibina untuk sesiapa pun.",
"Walau bagaimanapun, seorang wanita kaya bernama Madame Staleleiv memiliki sebahagian besar kawasan kejiranan pada tahun 1200, dan dia mungkin telah membina gudang ini.",
"Tanah di sekeliling gudang ini kemudiannya dibangunkan menjadi ladang berasingan dan diberi nama Lofthus. Akhirnya, pada tahun 1840, gudang ini telah dipindahkan ke ladang Vindlaus, yang kini merupakan sebahagian daripada Wet-Telemark Museum Eidsborg.",
"Salah satu rumah kayu tertua yang masih didiami di dunia adalah di Kirkjub, yang dipanggil Roykstovan. Sebelum itu, ia adalah sebahagian daripada rumah agam dan ia telah menjadi rumah petani sejak 1557 dan berusia lebih daripada 900 tahun. ",
"Di Kepulauan Faroe, ladang itu sendiri sentiasa menjadi kawasan yang terbesar. Abad ke-11 ialah apabila rumah ladang asal Kirkjubur dibina. Dari 1100, ia berkhidmat sebagai istana dan biara Kepulauan Faroe.",
"Mengikut cerita rakyat, kayu untuk bangunan ini dibalut dan dinomborkan dengan tepat sebelum dipasang. Ia dibawa dari Norway sebagai kayu hanyut.",
"Gereja kayu tertua di dunia, Gereja Greensted, adalah tapak agama bersejarah yang terletak jauh ke dalam kawasan luar bandar Essex. Malah,ia juga merupakan struktur kayu tertua di Eropah.",
"Malangnya, satu-satunya bahagian bangunan asal yang masih wujud ialah kayu balak pokok oak terbelah yang membentuk bahagian tengah. Walau bagaimanapun, gereja itu masih digunakan selepas penaklukan Norman pada 1066.",
"TapakPengebumian terawal yang terletak berhampiran dengan pintu masuk gereja, adalah milik seorang Tentara Salib dari abad ke 12 yang berkemungkinan seorang tentera pemanah.",
"Dewan Buddha di Kuil Nanchan Dinasti Tang pada mulanya dibina pada 782 CE, berdasarkan inskripsi pada tiangnya. Mungkin kerana kedudukannya yang terpencil di dataran tinggi, ia dapat mengelak kemusnahan semasa pembersihan Buddha pada 845. ",
"Menurut satu lagi inskripsi pada tiangnya, dewan itu telah menjalani pengubahsuaian pada 1086 semasa zaman Dinasti Song, dan semua kecuali empat tiang persegi asal telah ditukar kepada yang bulat. ",
"Ahli sejarah seni bina menemui bangunan itu pada tahun 1950-an dan pada tahun 1961 China secara rasmi mengiktirafnya sebagai bangunan kerangka kayu tertua di negara itu. Memandangkan bangunan iniadalah rangka kayu tertua yang masih berdiri di China, ia merupakan bangunan penting dalam kajian sejarah seni bina China.",
"Bangunan kayu tertua di dunia ialah Horyuji, salah satu kuil tertua di Jepun. Putera Shtoku pada asalnya mengarahkan pembinaan kuil, yang kemudiannya dikenali sebagai Wakakusadera dan kadang-kadang masih digunakan sehingga kini. Dikatakan bahawa kuil pertama telah siap pada tahun 607.",
"Menurut Nihon Shoki (salah satu buku sejarah popular Jepun), pada 670 semua bangunan telah terbakar oleh kilat. Walau bagaimanapun, Kondō (dewan utama yang dibina semula sekurang-kurangnya 1,300 tahun yang lalu diiktiraf secara meluas sebagai bangunan kayu tertua di dunia.",
"Pada tahun 1993, ia menerima gelaran Tapak Warisan dunia. Kawasan kuil Horyuji yang luas ini dibahagikan kepada Presint Barat (Saiin Garan) dan Presint Timur (Toin Garan)."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-budaya-kerja-di-malaysia-yang-sepatutnya-dah-pupus.html | 5 Budaya Kerja di Malaysia Yang Sepatutnya Dah Pupus | [
"Ramai anak muda mempunyai impian besar untuk 'mengubah dunia' semasa zaman belajar mereka. Mereka mahu mengubah itu, memperbaiki ini, mempunyai azam untuk menambah baik kehidupan masyarakat dengan gaya mereka.",
"Tetapi semuanya berubah selepas anak-anak muda mula masuk ke alam pekerjaan, menyelami sendiri realiti hidup sebenar bagaimana di mana fantasi-fantasi dan utopia yang mahu mereka realisasikan, akhirnya terbelit dengan budaya alam pekerjaan yang di luar jangkaan.",
"Walaupun begitu janganlah putus harapan pula ya. Kepada anak-anak muda, perubahan boleh berlaku tetapi prosesnya akan memakan masa. Jika anda benar-benar cenderung untuk membantu, ini lima budaya kerja di Malaysia yang boleh kita lupuskan secara berkala.",
"Di negara barat, peluang untuk melakukan latihan industri atau internship dilihat sebagai satu peluang untuk meletakkan sebelah kaki ke dalam karier yang dikejar. ",
"Ini kerana mereka melihat latihan industri dalam konteks lebih luas, bukan saja meliputi keperluan pelajar bahkan turut sama boleh ditawar kepada pekerja yang baru nak bertapak. ",
"Tetapi bagi segelintir syarikat di Malaysia, tawaran latihan industri dilihat sebagai satu kaedah untuk menjimatkan perbelanjaan kos perjalanan syarikat. Majikan akan konsisten menawarkan jawatan kosong untuk pelajar latihan industri sepanjang tahun bagi mengisi jawatan yang sepatutnya diisi secara tetap. ",
"Dengan tawaran elaun praktikal sekitar RM300 ke RM500 sebulan, sebuah syarikat mampu 'menggajikan' 3 orang pekerja latihan industri sekitar 3 bulan dengan kos yang sama untuk menggaji seorang. Proses ini diulang dan diulang kerana syarikat tahu mereka boleh kekal beroperasi dengan modus operandi sama tanpa ada bantahan.",
"Memang tidak dapat dinafikan pelajar yang hadir dapat menimba pengalaman berharga untuk dijadikan batu loncatan mereka, tetapi dengan terus membenarkan amalan sebegini berterusan - kita sebenarnya membiarkan pelajar atau pekerja baru graduasi ditindas.",
"Kerajaan sepatutnya mewujudkan sebuah akta yang memantau elaun minima bagi seorang pelatih industri, untuk sekurang-kurangnya memastikan keringat yang diperah setimpal dengan usaha. Sampai bila kita nak dengar syarikat-syarikat besar pun masih lagi hanya sudi membayar sekitar ratusan ringgit untuk pelatih industri?",
"Budaya suka membuktikan diri 'gila kerja' semakin lama semakin membarah dalam masyarakat kita dan dunia. Jika dulu seseorang yang enggan bekerja lebih masa secara sukarela di lihat lemah, kini budaya 'hustle' pula mengajak individu supaya rasa malu kalau buang masa tak cari duit setiap saat dan waktu.",
"Kami tidak tahu siapa yang memulakan pemikiran kita kena kerja lebih masa untuk membuktikan kita rajin, tetapi kami yakin ramai yang percaya pendapat itu ada kebenarannya. ",
"Tidak. Sekiranya anda sudah bersetuju untuk bekerja dari jam 9 pagi sehingga 5 petang, usahakan supaya kerja anda habis dalam jangka masa waktu tersebut. Seandainya perlu anda kerja lebih masa kerana kerja anda belum siap, lakukannya secara suka rela. ",
"Bukan disebabkan oleh ada mata-mata menjeling seakan mengejek anda kerana nak pulang tepat pada waktunya. Pedulikan saja pandangan sebegini kerana anda tahu apa hak anda sebagai pekerja dan anda berhak pulang ke rumah mengikut waktu sekiranya tidak ada apa-apa keperluan lain.",
"Penulis pernah duduk dalam situasi pejabat sebegini, di mana majikan secara terbuka melanggar perjanjian yang telah dia persetujui; mewujudkan syarat tidak rasmi semua pekerja hanya dibenarkan balik selepas dia balik. ",
"Kononnya syarat itu perlu bagi memastikan dia tak perlulah memanggil semula kumpulan pekerja hadir kembali ke pejabat, sekiranya ada keperluan. Buang minyak, buang masa kami semua. Senang cerita, dia cipta syarat ini kerana nak mudahkan kami. Hahaha!",
"Seandainya anda sedang berhadapan situasi sebegini, perkara pertama yang perlu anda sebagai sebuah kumpulan pekerja perlu sedar - ini tidak sepatutnya berlaku. ",
"Pihak majikan perlu sedar kontrak di antara pekerja dan majikan adalah perhubungan dua hala, di mana pekerja perlu hadir dalam waktu-waktu yang telah ditetapkan dan menamatkan tugasan masing-masing sementara majikan pula perlu berusaha keras menyediakan ruang untuk memastikan pekerja mampu menyelesaikan tugasan mengikut masa dalam kontrak.",
"Seorang majikan yang menjadikan tempoh waktu dia bekerja sebagai jadual rasmi pejabat, bukanlah seorang majikan yang baik. Buat saja laporan sekiranya anda sedang duduk dalam situasi sebegini kerana budaya ini adalah salah satu punca kenapa ramai rakyat Malaysia berdepan tekanan emosi.",
"Satu faktor yang mengakibatkan ramai individu di luar sana sanggup 'mengabdikan' diri dalam kerjaya atau karier yang jelas menyeksa diri mereka, adalah disebabkan oleh mentaliti masyarakat kita yang rata-ratanya masih mahu 'memalukan' mereka yang berhenti di tengah jalan. ",
"Mentaliti 'survival of the fittest' atau hanya yang kuat mampu bertahan telah lama menjadi barah dalam budaya kerja kita.",
"Berpegang kepada mentaliti sebegini kita bukan saja membenarkan syarikat mengambil kesempatan ke atas pekerja bahkan pekerja juga saling berlumba mahu membuktikan sesuatu yang sebenarnya tak memberikan pulangan apa.",
"Orang yang memilih untuk keluar atau lari daripada suasana toksik akan dikecam sebagai lemah atau tidak cukup gigih, tidak seperti pekerja-pekerja lain yang sanggup mengharungi situasi tidak gembira tanpa ada jalan keluar.",
"Bermula daripada itulah ramai di antara kita tanpa sedar sanggup mengorbankan banyak perkara yang jauh lebih penting berbanding kerja, seperti kebajikan keluarga dan hubungan dengan saudara-mara demi meyakinkan diri sendiri 'kita kuat dan tak lemah' dalam kerjaya.",
"Kami tidak tahu apa punca sebenar kenapa skala atau tangga gaji di Malaysia, sukar sekali untuk naik - walaupun dalam masa yang sama semakin ramai tauke atau 'founder' syarikat tampaknya semakin mewah. Ini kita semua tahu disebabkan oleh perkongsian-perkongsian di media sosial lah.",
"Sudah jadi satu pemandangan biasa sebuah syarikat menawarkan jawatan untuk pemegang ijazah tiada penglaman dengan gaji hanya di antara RM1600 ke RM2300. Jika anda hendak tahu, inilah juga tangga gaji yang sama semasa penulis hendak mula kerja dulu hampir dua dekad sebelum ini.",
"Nak kata ekonomi bermasalah, tidak. Nak kata produktiviti masyarakat menurun pun bukan. Pengenalan kenaikan gaji minima beberapa kali pun nampaknya gagal membantu menaikkan lantai gaji kumpulan pekerja, kerana pekerja masih berdepan situasi yang sama.",
"Dalam aspek gaji, pekerja-pekerja lebih tua berhadapan dengan masalah syarikat enggan menaikkan gaji mengikut status pengalaman sementara bagi pekerja muda atau yang baru nak bermula, gaji yang ditawarkan pula ada masanya tak setimpal dengan kehendak yang ditetapkan. ",
"Situasi sebegini bahaya kerana jelas sangat menguntungkan pihak majikan, di mana majikan mempunyai kuasa penuh menetapkan lantai dan siling gaji dengan tawaran 'take it or leave it'.",
"Jadi kepada anak-anak muda yang masih belum masuk ke alam pekerjaan, kami perlu ceritakan kepada anda perubahan besar-besaran yang anda harapkan akan berlaku tidak akan berlaku. ",
"Sebaliknya selepas anda melangkah masuk kerja, pastikan budaya-budaya kerja ini tidak menimpa anda. Mulakan dengan diri anda dan sebarang perubahan kecil yang anda mulakan, kami yakin akan mula memberi kesan serta impak kepada penambahbaikan budaya kerja kita di Malaysia."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-jalan-raya-terawal-di-dunia.html | 5 Jalan Raya Terawal di Dunia | [
"Jalan raya adalah ciri terpenting yang menjadikan sesebuah bandar itu unik dan menyumbang kepada suasananya. Infrastruktur jalan raya telah berkembang pesat selama bertahun-tahun, tetapi ia masih memainkan peranan penting dalam cara sesebuah bandar berfungsi. ",
"Tidak dapat dinafikan jalan raya merevolusikan gaya hidup manusia. Jika dahulu jalan raya dibina oleh buruh di kawasan yang tidak mempunyai halangan muka bumi namun dengan kecanggihan teknologi manusia mampu membina jalan raya di kawasan-kawasan mencabar seperti lereng bukit dan bawah tanah. ",
"Kewujudan jalan raya juga menjadi pendorong kemajuan hidup manusia kerana ianya memudahkan manusia ke pelbagai destinasi dengan lebih pantas. Pernahkah anda tertanya-tanya apakah jalan raya terawal di dunia?",
"Pembinaan jalan dalaman yang menghubungkan Sydney dan Lembah Hunter sejauh 264 kilometer, telah dimulakan pada 1825 oleh kerajaan New South Wales di Australia. sehingga 720 banduan telah digunakan untuk pembinaan Great North Road, termasuk penopang termasuk pembinaan jambatan dan tembok penahan setinggi 9 meter. ",
"Jalan ini akhirnya siap pada tahun 1836. Ia dibina oleh banduan lelaki dan terdiri daripada segmen lima kilometer bernama Finch's Line (laluan awal menaiki lereng yang ditinggalkan pada tahun 1829) dan bahagian 1.8 kilometer yang menakjubkan dikenali sebagai Devines Hill, yang telah dimulakan pada tahun 1830.",
"Ini adalah sebahagian dari Great North Road sepanjang 250 kilometer yang menghubungkan Sydney dengan Lembah Hunter. Oleh kerana pengasingannya dan pengenalan pengangkutan kapal wap, seluruh jalan telah ditinggalkan pada 1883.",
"Jalan Diraja Parsi merupakan jalan raya jarak jauh yang terawal, terbentang sejauh 1,500 batu (2,414 km) dari Susa, bekas ibu kota Parsi, merentasi Anatolia (Turki kini), ke Laut Aegean. Tamadun Indus mendirikan jalan raya berturap di segelintir bandarnya, walaupun ia tidak seluas laluan jarak jauh. ",
"Tujuan utama jalan raya ini adalah untuk memudahkan pihak pemerintah berkomunikasi dengan rakyatnya yang jauh. Ternyata usaha ini membantu pemerintah ketika itu memerintah salah satu empayar dengan geografi terbesar di dunia pada masa itu. ",
"Jalan Diraja menyumbang kepada penubuhan Empayar Parsi. Ia pada mulanya digunakan untuk tujuan penghantaran surat, perdagangan dan ketenteraan. Empayar Rom menggunakannya untuk matlamat yang sama.",
"Jalan berturap tertua di dunia adalah 6.5 kaki lebar. Ia meliputi jarak tujuh setengah batu dan menghubungkan Tasik Moeris dengan bahagian barat daya Kaherah. Menurut ahli geologi, tidak ada jalan raya berturap tambahan dari Mesir purba yang diketahui, kecuali beberapa tanjakan pembinaan yang disambungkan ke piramid.",
"Permintaan untuk bahan binaan untuk piramid dan kuil ketika Kerajaan Lama Mesir purba mengakibatkan penciptaan banyak kuari di tebing rendah berhampiran dengan Sungai Nil. ",
"Blok basalt besar-besaran diangkut di sepanjang jalan dari salah satu kuari ini ke Giza, di mana mereka bekerja dalam bidang bangunan (terutama untuk penurapan).",
"Jalan ini telah ditemui di lembah Faiyum, kira-kira 45 batu di barat daya Kaherah. Para saintis juga menyebut bahawa sebahagian daripada laluan ini telah ditemui oleh ahli geologi terdahulu, tetapi penemuan ini tidak banyak diberi perhatian pada masa itu dan kajian lanjut mengenainya tidak diteruskan.",
"Sepasukan pengkaji menemui jalan ini semasa melakukan pemetaan geologi kawasan itu. Ia meliputi hampir lapan batu dan membawa blok basalt besar-besaran dari kuari 43 batu di barat daya Kaherah ke dermaga di pantai Tasik Moeris, yang ketika itu 66 kaki di atas paras laut.",
"Blok basalt ini digunakan untuk membina laluan pejalan kaki diraja dan sarkofagus untuk kuil pengebumian di kawasan berhampiran Kaherah. Air dari banjir Sungai Nil boleh memasuki Tasik Moeris melalui celah-celah di bukit yang berdiri di antara tasik dan sungai.",
"The Ridgeway ialah jalan pertama Britain dan jalan tertua di dunia. Orang Anglo-Saxon mula-mula menggunakan istilah \"ridgeway\" untuk menggambarkan laluan lama yang mengikuti bukit yang curam. Oleh kerana jalan ini mereka tidak berturap, jalan ini hanya bergantung pada tanah yang kukuh untuk menawarkan permukaan yang selamat untuk perjalanan. ",
"The Ridgeway menawarkan laluan yang lebih terus berbanding jalan kontemporari yang kita gunakan hari ini. Chilterns di timur dan North Wessex Downs di barat adalah dua kawasan dengan keindahan semulajadi yang melalui Ridgeway.",
"Berbeza dengan Downs, di mana terdapat lebih banyak penempatan, Chilterns pula kurang penempatan. Bahagian Ridgeway ini mempunyai beberapa kampung dengan pemandangan memukai. Memandangkan ia adalah jalan tertua di England ini, ia penuh dengan kepentingan sejarah.",
"Berbeza dengan Downs, di mana terdapat lebih banyak penempatan, Chilterns mempunyai lebih sedikit. Bahagian Ridgeway ini mempunyai beberapa kampung yang menawan. Memandangkan ia adalah jalan tertua di negara ini, ia penuh dengan kepentingan sejarah."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-makna-reaksi-wanita-bila-suami-beritahu-nak-kahwin-lagi-satu.html | Fahami 5 Reaksi Wanita Sekiranya Suami Mahu Tambah Isteri | [
"Ada masanya tenang, ada masanya kuat membantai. Ada pasang surutnya, ada waktunya air tenang jangan disangka tiada bahaya. Ketidaktentuan ini menyebabkan golongan suami berhadapan detik sukar dan getir, tatkala mahu meluahkan hasrat mengahwini isteri nombor dua. ",
"Sehinggakan ramai suami memilih untuk merahsiakan sahaja rancangan perkahwinan kedua; sanggup digelar penipu dan isteri keduanya dibenar bergelar perampas, daripada memberanikan diri berterus terang.",
"Bagi segelintir minoriti lelaki yang berani, mereka mampu menyuarakan hasrat terpendam tetapi sayangnya kurang faham apa isi hati isteri tatkala mendapat berita itu. Ini makna lenggok tubuh isteri jika diberitahu suami mahu mereka bermadu.",
"Ini adalah reaksi biasa atau standard yang kami rasakan majoriti lelaki kena hadap, selepas memberitahu isteri mereka. ",
"Normal untuk seorang wanita marah. Tak ada siapa suka diduakan. Anda bayangkan sendiri apa perasaannya seorang wanita diberitahu dia perlu berkongsi kasih sayang anda yang ada.",
"Seandainya seorang wanita benar-benar marah dan bukan marah-marah manja, bertahan dan sabar. Berikan dia masa untuk memproses apa yang telah berlaku.",
" Reaksi marah menandakan anda perlu membenarkan isteri memikirkan sendiri baik buruk permintaan anda. Jangan desak dia sehinggalah isteri sendiri yang bertanya kembali tentang isu tersebut. Kata kuncinya di sini, sabar. Jangan gopoh.",
"Ada wanita yang marah apabila dia tahu hasrat anda. Ada wanita yang bertindak balas dengan cara fizikal, sama ada dengan menggunakan penampar, senjata, senduk, pisau atau batu lesung.",
"Jika isteri anda duduk dalam kategori ini, besar kemungkinan reaksi sebegitu terjadi kerana sikap anda sendiri sebagai seorang suami yang selama ini mungkin tak reti menghargai isteri anda. ",
"Susah seorang wanita nak melakukan kekerasan melainkan dia rasa hajat anda itu sesuatu yang benar-benar di luar kelayakan anda sebagai suami. ",
"Ini kerana ada kemungkinan isteri anda sebenarnya dah fed-up dengan perangai dan tindak tanduk anda...tiba-tiba anda datang beritahu dia nak kahwin lain. ",
"Semua kepanasan hati, dendam dan amarah yang dia simpan selama ini akan terhambur keluar seperti gunung api meletus kerana keberanian anda nak beristeri dua, sedangkan isteri anda sendiri rasa anda tak reti jaga dia.",
"Peluang untuk berjaya - 1/5 melainkan anda lepaskan isteri anda.",
"Seperti kami nyatakan di atas, emosi wanita sukar dibaca. Apabila mereka diam, ketika itu jugalah seorang wanita jadi tertutup hati dan emosinya. ",
"Kita sebagai lelaki nak ramal macam mana lagi, kalau lepas diberitahu dia terus bangun beredar ke dapur basuh pinggan atau masuk ke bilik tidur solat sunat sambil berdoa panjang, tanpa berkata sepatah apa pun kepada kita selepas kita berani berterus terang.",
"Kami andaikan wanita yang diam selepas diberitahu suami mahu berkahwin dua sedang terkejut, tidak pernah membayangkan mereka perlu mengharungi dilema sebegitu. ",
"Seperti seorang wanita yang marah, beri mereka ruang. Jangan desak apa-apa, teruskan hidup seperti biasa dan tunggu sehinggalah mereka yang kembali bersuara tentang topik tersebut. Kalau mereka buka. ",
"Ada kemungkinan juga anda akan lihat isteri anda berubah jadi lebih manja dengan anda, kerana itu adalah usaha terakhir dia mahu anda berubah fikiran dan kekal setia dengan dia.",
"Ada wanita yang tegas memohon agar dirinya diceraikan, selepas tahu niat suaminya tanpa kompromi. Wajarkah kita salahkan wanita sebegini? Tidak. ",
"Walaupun perkahwinan lebih seorang dibenarkan dari sisi agama Islam, wanita yang bergelar isteri juga ada hak untuk menentukan adakah dia sanggup berkongsi rumahtangganya dengan wanita lain. Janganlah hanya lihat hak suami saja ya!",
"Suami boleh cuba memujuk isteri, terangkan bagaimana rancangan dan sistem yang bakal anda laksanakan dalam mentadbir urusan rumahtangga yang bakal berganda.",
"Tetapi bagi kami dalam situasi sebegini, isteri anda adalah pemegang kata putus kerana perkahwinan itu turut melibatkan hidup dia. Jika dia berkeras mahu dilepaskan, hormati keputusan dia. Lepaskan saja walaupun berat hati kita.",
"Jika dia akhirnya bersetuju bermadu dalam terpaksa dan juraian tangisan air mata, ingat jasa dan pengorbanan isteri anda itu. Jangan sama sekali mengecewakan apa yang telah dia korbankan untuk anda. ",
"Anda duduk di sebelah isteri anda. Anda luahkan hasrat anda mahu mengahwini seorang wanita lain.",
"Isteri anda menjeling anda...kemudian dia ketawa besar mengekek-ngekek gelaknya. Sampai berguling-guling atas lantai dia sakit perut menahan sakit ketawa. ",
"Apa maknanya? Ini maknanya anda sebagai seorang suami adalah suami yang gagal.",
"Ada kemungkinan besar duit belanja rumah, kereta, anak-anak dan duit makan anda pun datang dari 'handbag' isteri. Duduk pun di rumah yang dibeli isteri. Hutang motorsikal atau kereta pun kereta isteri yang bayar.",
"Lepas tu anda berani nak kahwin lagi seorang? Kami yang lelaki pun akan ketawa berguling-guling sama jika anda menepati ciri di atas dan anda masih ada azam nak kahwin dua.",
"Secara serius, sekiranya isteri anda ketawa besar tatkala anda meluahkan niat hati anda - itu menandakan isteri anda tahu anda sebenarnya langsung tak berkemampuan nak kahwin dua, tapi masih gatal nak menduakan dia.Nasihat kami kepada suami seperti ini, batalkanlah niat anda. Jangan dikecewakan bahu orang yang anda bergantung harap sekian lama. Berkemungkinan besar, isteri anda boleh hidup tanpa anda tetapi memilih untuk kekal dengan anda."
] |
https://iluminasi.com/bm/kellek-raft-rakit-pelampung-belon.html | Kellek: Rakit Pelampung Ciptaan Masyarakat Purba | [
"Sekiranya kita gemar membaca sejarah, kita akan dapat menemukan beberapa ciptaan atau teknologi orang pada zaman dahulu yang cukup mengagumkan. Dengan sumber dan teknologi yang terhad ketika itu, mereka terpaksa berfikiran kreatif untuk mencipta sesuatu daripada sumber yang sedia ada. ",
"Salah satu daripadanya yang baru kami ketahui adalah penciptaan \"kelleks\".",
"Secara mudahnya, kellek adalah rakit atau sampan yang digunakan di sungai dan lautan namun apa yang menjadikannya unik adalah bagaimana ia dibina. Kellek dibuat menggunakan kulit haiwan dan ciptaan kelleks ini ditemui dalam sejarah Mesopotamia, Assyria, Babylonia dan Sumeria",
"Kellek memerupakan perekanya mengembang kulit haiwan sama ada untuk dinaiki ketika bergerak di lautan. Selain itu, kulit-kulit haiwan ini juga boleh diikat bersama dengan bingkai kayu untuk membuat rakit. Dipanggil kellek oleh orang Assyria, ia memerlukan teknik khas untuk mendapatkan kulit haiwan untuk membuat kellek.",
"Setelah haiwan itu mati, kepala, kaki, dan ekornya dikeluarkan dan semua isi dalamnya termasuk tulang, organ dalaman, otot, daging dan saluran darah ditarik keluar melalui bukaan yang terdapat di bahagian leher bangkai haiwan tersebut.",
"Tiga hujung kaki dan bahagian ekor dijahit ketat menggunakan tali kulit yang mengecut selepas ia basah, memastikan pengedap yang ketat. Kemudian seluruh bangkai kulit yang telah dibersihkan itu dimasukkan ke dalam air selama beberapa hari dan kemudian dijemur di bawah sinar matahari hingga kering.",
"Setelah kulit tersebut kering dijemur, bulu-bulu haiwan tersebut dibuang dengan mengikis kulit sehingga lembut. Campuran air, garam dan minyak sayuran disapu ke seluruh kulit dan dikeringkan semula. Apabila ia berwarna perang, ia sedia untuk mengembang.",
"Untuk mengembangkan kulit haiwan itu, seseorang perlu menggunakan straw yang diperbuat buluh dan meniup udara di melalui satu lagi kaki yang tinggal dan ia diikat dengan tali kulit yang basah. ",
"Jika terdapat lubang ditemui, sekeping kayu kecil akan diletakkan di atas lubang tu dan diikat rapat dengan tali kulit. Satu rakit yang diperbuat daripada kellek memerlukan 6 kulit haiwan dan boleh memuatkan 2 orang penumpang. Kebiasaannya rakit kellek ini akan pergi secara berpasangan dalam perjalanan memancing yang panjang.",
"Kulit haiwan ini akan dibiarkan sentiasa dalam keadaan basah untuk mengelakkannya merekah. Untuk perjalanan yang panjang, setiap 1 atau 2 jam bahagian atas kellek yang terdedah dengan cahaya matahari akan dibasahkan untuk memastikannya sentiasa lembap.",
"Semua jenis haiwan boleh digunakan untuk kulit mereka. Kambing, babi, beruang, biri-biri, dan lembu sekadar memberikan beberapa contoh. Kellek yang diperbuat daripada haiwan ini jarang digunakan sebagai alat pengapungan peribadi tetapi sering digunakan untuk mengapungkan rakit dan bot.",
"Contoh penggunaan kulit haiwan untuk pengapungan boleh ditemui di Muzium British yang memaparkan orang Asyur purba dari Nimrud menggunakannya untuk membantu mereka berenang. ",
"Sebuah lukisan di Muzium Victoria dan Albert menggambarkan kellek yang mengangkut patung besar seekor lembu jantan bersayap, Lamassu, yang digali oleh ahli arkeologi British Sir Austin Henry Layard dari Mosul di Iraq Utara menyusuri sungai Tigris ke Basra di tenggara Iraq. ",
"Malah, catatan mengenai kellek juga ditemui dalam beberapa catatan sejarah. Dalam kira-kira 300 SM, Alexander the Great menggunakan kelleck untuk mengangkut 1500 askar berkuda, kuda mereka dan empat ribu orang infantri merentasi Danube dengan menyeberangi sungai di atas jambatan terapung yang dibuat dengan kulit haiwan.",
"Genghis Khan juga sentiasa membawa kellek semasa penaklukan baratnya. Dan Kublai Khan menyimpan beberapa kellek bersama-sama dengan tenteranya untuk memudahkan mereka menyeberangi sungai. Kellek mudah disimpan apabila kering. Apabila diperlukan ia direndam dalam air sekali lagi sehingga ia lembut dan boleh mengembang."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-syarat-penerbangan-kapal-terbang-yang-ramai-tak-tahu.html | 5 Misteri Tentang Naik Kapal Terbang Yang Ramai Perlu Faham | [
"Penerbangan sudah menjadi satu kaedah pengangkutan yang popular kerana dapat menjimatkan masa walaupun dengan kos jauh lebih tinggi.",
"Bagi mereka yang selalu terbang, mereka pasti sudah biasa melalui rutin yang perlu dihadapi setiap kali menaiki satu-satu penerbangan. Ada banyak syarat atau peraturan yang dapat kita saksikan, tetapi jarang kita selidiki untuk kita faham kenapa peraturan tersebut dilaksanakan. ",
"Berikut adalah lima syarat penerbangan yang biasa kita dengar dan turuti, tanpa faham kenapa sehinggakan, ada yang mempertikaikannya.",
"Sebagai penumpang, salah satu situasi paling menyakitkan hati adalah dikenakan caj tambahan 'hanya' disebabkan bagasi kita melebihi berat yang dibenarkan. ",
"Bagi kita, apa isunya? Bukannya ada perbezaan kalau berat beg kita lebih 2kg misalnya? Kapal terbang tetap mampu terbang, kan?",
"Ada beberapa faktor memerlukan sebab ini diamalkan, tetapi dua faktor memainkan peranan paling penting. ",
"Yang pertama setiap pesawat perlu mematuhi peraturan MTOW atau MTOM pesawat bergantung kepada modelnya mewakili maximum takeoff weight/mass - had berat maksima pesawat semasa berlepas daripada landasan.",
"Sekiranya sesebuah pesawat melebihi paras MTOW, beban yang ditanggung enjin pesawat semasa mahu mengapungkan keseluruhan badan pesawat akan menjadi lebih besar seterusnya membawa kepada risiko pesawat gagal naik pada tahap ketinggian sepatutnya.",
"Dengan memastikan majoriti penumpang hanya membawa bagasi berdasarkan spesifikasi berat yang ditetapkan, risiko untuk sesebuah pesawat perlu berlepas melebihi nilai MTOW-nya menjadi terkawal. ",
"Faktor kedua yang juga berkait dengan had berat bagasi adalah saiz bagasi yang dibenarkan. Kenapa?",
"Ini kerana majoriti pekerja yang menguruskan perjalanan bagasi di seluruh dunia, merupakan ahli berdaftar persatuan yang bertanggungjawab mengawai kebajikan kumpulan pekerja ini. ",
"Kami tidak tahu adakah pekerja di Malaysia juga duduk dalam kumpulan ini, tetapi di Amerika Syarikat misalnya - wujud syarat ketat menentukan saiz dan berat bagasi yang telah ditetapkan kesatuan pekerja, agar sesuai dengan beban kerja setiap individu yang berdaftar.",
"Kesatuan pekerja akan mengeluarkan garis panduan berat dan saiz maksima yang dirasa sesuai, dalam memastikan pekerja mampu menguruskannya dengan efisien dan selamat tanpa menjejaskan kelancaran perjalanan.",
"Apabila sesuatu bagasi yang melebihi berat dan saiz standard yang telah ditetapkan kesatuan, bagasi itu dikategorikan sebagai muatan yang tak sepatutnya diurus oleh pekerja kerana telah melanggar spesifikasi yang ada.",
"Bagasi melebihi saiz dan berat dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan atau mendatangkan kesukaran bagi mereka menguruskannya.",
"Arahan mudah sebegini sebenarnya akan membantu anda ketika kecemasan, tetapi tidak ramai benar-benar faham sebabnya.",
"Setiap kali pesawat mendarat atau berlepas, kru penerbangan akan memeriksa tiap-tiap tingkap dan memastikan semua tingkap tidak ditutup. Jika ada yang tertutup, kita diminta untuk membukanya.",
"Tujuannya adalah untuk membantu kita mengorientasi diri kita dengan lebih baik.",
" Sekiranya tingkap tertutup, sukar untuk deria kita mengenalpasti bagaimana keadaan persekitaran luar pesawat. Dengan memahami apa yang ada di kiri dan kanan pesawat, kita sekurang-kurangnya sedar kedudukan dan orientasi diri kita.",
"Selain itu mata kita yang memandang ke luar tingkap lebih mudah mengadaptasi kepada cahaya persekitaran luar, yang berbeza dengan cahaya dalam pesawat.",
"Ada juga penerbangan yang akan mengarahkan penumpang untuk tidak menggunakan fon kepala atau telinga ketika berlepas dan mendarat, bagi memastikan semua penumpang mampu mendengar arahan dengan baik sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan.",
"Sebab paling jelas kenapa kru penerbangan mengarahkan semua penumpang menegakkan kerusi semasa berlepas dan mendarat, adalah untuk memastikan tidak ada penumpang terhentak atau tersangkut pada kerusi depan mereka.",
"Tetapi tidak ramai yang tahu punca utama kenapa kerusi perlu dinaikkan adalah kerana hanya dengan duduk tegak, seseorang penumpang akan merasa lebih cergas dan sensitif dengan sebarang perubahan yang berlaku; membolehkan penumpang yang ada tidak leka dengan apa-apa arahan yang dikeluarkan.",
"Sekiranya ada kecemasan, penumpang yang duduk tegak mudah memberikan kerjasama apabila diminta duduk dalam brace seating position atau posisi duduk bertahan sambil melindungi bahagian muka dan tubuh dengan tangan. ",
"Kedudukan itu hanya boleh dilakukan dengan sempurna, sekiranya kerusi sudah tersedia tegak.",
"Sebagai pemandu, kita boleh rasa kan sekiranya ada di antara penumpang kita bergerak-gerak semasa kenderaan tengah berjalan? Begitulah juga dengan sebuah pesawat.",
"Kami nyatakan di atas, setiap pesawat mempunyai indeks MTOW yang perlu mereka patuhi dalam memastikan pesawat mampu berlepas dengan selamat. ",
"Satu lagi syarat yang perlu diawasi oleh semua juruterbang semasa dalam penerbangan adalah apa yang dikenali sebagai nilai ketetapan 'trim', yang mengawal titik graviti pesawat. ",
"Setiap pesawat perlu mematuhi nilai 'trim' bagi memastikan pesawat stabil, sama ada melalui kawalan manual juruterbang atau sistem automatik yang mengawal mekanisme trim. ",
"Nilai trim bergantung kepada apa yang berlaku secara langsung dalam pesawat.",
"Jumlah penumpang, pergerakan penumpang ke sana ke mari, pergerakan kru membawa troli makanan, perubahan tempat duduk dan sebagainya; semuanya memberikan perubahan kepada titik graviti pesawat. ",
"Sesetengah jenis pesawat mempunyai tahap sensitiviti tinggi terhadap sebarang perubahan. ",
"Sehinggakan juruterbang mampu mengesan perubahan beban titik-titik tertentu pesawat secara langsung, memerlukan muncung atau belakang pesawat dinaik atau direndahkan bagi menyeimbangkan perubahan beban yang berlaku.",
"Kadangkala dalam sesetengah penerbangan ada pula penumpang yang diminta menukar tempat duduk ke bahagian yang berbeza kan? Tujuannya adalah untuk menyeimbangkan nisbah trim bagi memastikan kestabilan pesawat mudah dikawal dan diselia."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-teknologi-ai-berisiko-kepada-anda.html | Kenapa Kita Perlu Berhenti Memuatnaik Gambar Kita ke Internet | [
"Dalam satu ke dua dekad dahulu, pengguna internet rata-ratanya tetap ada rasa bimbang memuatnaik bahan baik dalam bentuk maklumat, gambar atau video peribadi ke internet. ",
"Bagaimanapun seiring perkembangan media sosial memperkenalkan budaya perkongsian, 'sharing is caring' mula jadi kebiasaan. ",
"Kini tinggal segelintir individu yang masih ada was-was tatkala mahu atau perlu berkongsi sesuatu yang peribadi. Majoriti kita tidak lagi rasa bimbang atau takut memuat naik apa saja bahan berkait kita, untuk dikongsi kepada 'likers' kita.",
"Apa pandangan anda jika kami katakan - dengan perkembangan AI atau kepintaran buatan yang ada sekarang, ada keperluan besar untuk kita kembali kepada cara lama, meminimumkan perkongsian kerana risiko yang kita belum sedar bahayanya? ",
"Jika anda peminat teknologi, pastilah anda sudah ada gambaran bagaimana sejarah manipulasi imej dalam bentuk digital berkembang lebih 3 dekad sebelum ini. ",
"Bermula sebagai teknik membantu jurufoto menyembunyikan kecacatan dalam gambar, lama kelamaan kemajuan yang ada membolehkan pengguna mereka cipta sesuatu yang tidak ada, menjadi ada. ",
"Dalam era tersebut tetap kedengaran bermacam kontroversi; khususnya berkaitan gambar kurang senonoh selebriti atau tokoh tempatan.",
"Timbul itu tersebut biasanya mengundang kepada perbincangan masyarakat tentang ketulenan gambar-gambar yang tersebar. Pakar-pakar visual grafik dijadikan rujukan dalam menentukan kesahihan sesuatu visual yang dikongsi. Ini kerana 2 ke 3 dekad sebelum ini, hanya seorang yang benar-benar pakar mampu menghasilkan imej-imej palsu.",
"Kebelakangan ini, garis pemisah di antara fantasi dan realiti sudah semakin kabur.",
"Sehinggakan ramai sudah 'mampu menerima' visual ciptaan AI yang seharusnya dilihat sebagai fantasi, menjadi sesuatu yang kita hargai sama seperti realiti. ",
"Contoh paling mudah, penapis atau filter dalam aplikasi kamera kita yang mampu 'memperbaiki' wajah kita. Ramai suka gambar yang terhasil, walaupun kita tahu apa yang kita nampak itu palsu. ",
"Antara teknologi paling hebat dalam memanipulasi gambar adalah penjana imej AI Dreambooth; sebuah sistem janaan imej fantasi yang sangat berkuasa kerana mampu menjana imej hanya berdasarkan kepada beberapa sampel imej sahaja, menghasilkan imej yang ultra-realistik pada mata kita.",
"Individu di atas merekacipta gambar dia mengembara ke zaman-zaman lain hanya dengan AI. ",
"Laman teknologi ArsTechnica mengeluarkan satu artikel berkenaan eksperimen mereka terhadap teknologi yang dimiliki Dreambooth berdasarkan satu fungsi yang dilabelkan sebagai 'fine tuning', yang dilapor cukup mengagumkan dan dalam masa sama - menakutkan. ",
"Dreambooth pada peringkat sekarang hanya memerlukan pengguna memuatnaik lima keping gambar, baik melibatkan manusia, haiwan, barangan atau apa saja yang anda rasakan sesuai ke pelayar untuk memulakan analisis. ",
"Ini pula gambar individu sama semasa insiden kuda Trojan di Yunani",
"Selepas AI meneliti dan memproses data yang terkandung dalam setiap piksel yang ada, Dreambooth mampu menghasilkan koleksi imej, bergantung kepada sumber sampel gambar yang anda sediakan. ",
"Sebagai contoh gambar anjing di bawah dijana oleh Dreambooth. Bahagian kiri memaparkan sampel asal yang dimuatnaik, sementara bahagian kanan memaparkan gambar yang dijana. Susah nak bezakan bukan hasilnya?",
"Dreambooth bukan saja mampu menjana visual realistik dalam satu perspektif bergantung sampel.",
"Sekiranya pengguna mahu, AI ini juga mampu merekabentuk visual daripada perspektif berbeza. Dalam contoh di bawah, lihat bagaimana AI mampu mencipta sendiri data yang tidak ada untuk membentuk badan kucing itu jika kita bandingkan dengan sampel asal.",
"ArsTechnica dalam artikel mereka menceritakan bagaimana cubaan menjana visual berkait seorang lelaki sebenar pada mulanya.",
"Tetapi disebabkan oleh betapa realistiknya imej yang terhasil dan rancangan mereka mahu menggambarkan individu itu dalam posisi kurang sesuai untuk tontonan umum - mereka akhirnya memilih untuk menggunakan AI untuk menjana terlebih dahulu wajah seorang lelaki fantasi bernama 'John' seperti gambar di bawah.",
"Gambar-gambar inilah yang digunakan oleh Dreambooth sebagai sampel bagi menghasilkan 'John' dalam pelbagai keadaan lebih pelik. Hasilnya?",
"Gambar di atas dihasilkan daripada kata kunci 'seorang ahli falsafah Yunani lama'",
"Dreambooth tidak berhadapan masalah untuk menjana 'John' dalam apa saja posisi yang mereka taipkan termasuklah dalam situasi yang kurang enak. ",
"Gambar di bawah adalah John dalam baju angkasawan dan memakai baju besi satria lama.",
"Dua gambar di bawah pula adalah gambar John sedang berdiri di sebelah wanita yang tidak berpakaian dan gambar kanan pula, adalah John yang tidak berbaju sedang duduk di dalam sebuah kelas di sekolah. ",
"Menurut ArsTechnica, kemampuan AI yang terlalu cekap memudahkan sesiapa saja untuk menyalahguna teknologi yang ada.",
"Penyalahgunaan sebeginilah yang dikhuatiri akan berlaku di masa depan, kerana teknologi AI hanya memerlukan 5 keping gambar untuk menjana sesiapa saja dalam situasi buruk.",
"Bayangkan gambar anda disalahguna untuk meletakkan anda seakan sedang melakukan jenayah, berkelakuan sumbang atau apa saja perkara terkutuk yang mampu anda fikirkan.Dan gambar itu kemudiannya tular.",
"Gambar di atas juga palsu. Nampak bagaimana ada kecacatan pada visual?",
"Tiada siapa mahu difitnah tetapi dengan kemajuan teknologi penjaan visual berasaskan AI yang ada - kami yakin teknologi sebegini pasti disalah guna untuk tujuan tidak elok.",
"Setakat ini penggiat teknologi berorientasikan keselamatan pengguna, telah membangunkan sistem yang mencetak penanda atau watermark pada imej yang dijana AI - namun sistem ini mudah dielakkan. ",
"Pihak berkuasa dan kerajaan juga ketika ini tampak belum bersedia untuk menangani isu yang bakal berbangkit berkait dengan teknologi sebegini. ",
"'Jenayah-jenayah' atau 'salahlaku' palsu yang direka hanya dengan AI perlulah boleh dikenalpasti, bagi melindungi hak orang ramai khasnya mangsa yang dianiaya.",
"Kesedaran orang ramai terhadap kemajuan teknologi yang sedang pesat berkembang menjadi benteng utama melindungi keselamatan kita semua. ",
"Memang menakutkan bagaimana hanya dengan lima keping gambar kita, kita boleh 'diperlakukan' dalam bermacam gaya dan cara di mana-mana lokasi di seluruh dunia. Tetapi itulah nampaknya teknologi yang bakal menjadi antara teras masa depan kita.",
"Sekiranya anda risau anda menjadi mangsa, saranan kami kepada anda adalah untuk memadam apa saja visual berkait dengan diri anda dari internet sebelum teknologi ini sampai ke tahap pengguna biasa seperti kita. ",
"Mungkin dengan kembali kepada pemikiran cara lama sajalah mampu menyelamatkan kita daripada teknologi yang hebat, tetapi senang disalahguna jika jatuh ke tangan orang gila. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-url-internet-berorientasikan-teknologi-yang-kita-salah-sangka.html | 5 Sambungan Domain Internet Yang Pelik Tapi Popular di Seluruh Dunia | [
"Zaman sekarang disebabkan banyaknya laman web dibangunkan, kreativiti lebih tinggi diperlukan dalam membezakan alamat setiap laman web.",
"Pendaftar yang menyelia Uniform Resource Locator atau URL yang menentukan setiap alamat unik semua laman web, telah memperkenalkan banyak penambahan bagi memastikan permintaan yang ada dapat dipenuhi. ",
"Pemilik laman web juga semakin kreatif mencari apakah URL yang baik dan mudah diingati, dalam memaksimakan kunjungan pengguna. Perasan tak zaman sekarang ada beberapa jenis URL unik popular, seperti .io dan sebagainya yang tiba-tiba digunakan secara meluas?",
"Dari mana datangnya URL popular seperti itu dan apakah kisah disebalik URL yang ada?",
"Jika anda kerap melayari laman web setahun dua ini, pasti anda akan nampak semakin banyak laman web menggunakan URL yang berakhir dengan .io dipenghujungnya, khususnya laman berkait teknologi, permainan video dan sebagainya.",
"Pasti ramai beranggapan \".io\" dalam URL itu mewakili sintaks \"input/output\" yang sangat berkait dengan teknologi komputer. Tidak. ",
"\".io\" sebenarnya merujuk kepada Kawasan Kepulauan Hindi di bawah naungan Britain, terletak di Lautan Hindi di antara Tanzania dan Indonesia; membawa makna \"Indian Ocean.\"",
"Pada awalnya URL ini dikawal selia seorang ahli perniagaan Britain bernama Paul Kane bermula tahun 1997 sebelum menjual hak pelesenannya dalam tahun 2017. Kane dikatakan berjaya mengutip puluhan juta hasil penjualan URL ini kepada orang awam. ",
"Ekoran tuntutan masyarakat asal di sana khususnya orang Chagos yang masih berlanjutan sehingga kini, mencabar kedudukan pencerobohan Britain dan Amerika Syarikat di sana - URL ini juga menjadi salah satu isu yang dibangkitkan.",
"Salah satu tuntutan yang dibuat orang asal adalah untuk kerajaan Britain mengembalikan semula semua keuntungan hasil jualan URL dengan prefiks \".io\" kepada badan komuniti orang asal kepulauan tersebut.",
"URL yang cukup unik serta bijak dimanfaatkan oleh pengendali stesen radio menerusi internet, URL dengan prefiks \".fm\" di hujungnya kelihatan ada kaitan dengan siaran radio tanpa wayar.",
"Jika anda rujuk, nama URL stesen radio internet yang cukup terkenal iaitu Last.FM adalah 'last.fm'. ",
"Tetapi '.fm' yang ada bukanlah merujuk kepada 'frequency modulator', sebaliknya mewakili negara-negara kepulauan Micronesia yang terletak di Lautan Pasifik.",
"Nama penuh bagi gabungan kerajaan tempatan di sana ada Federated States of Micronesia, jadi untuk mewakilkan URL masyarakat di sana - mereka diberikan prefiks \".fm' sebagai pengakhirannya.",
"Sangat sesuai untuk penggemar muzik, selain Last.fm beberapa stesen radio atau laman web berorientasikan muzik turut sama menggunakan alamat ini seperti setlist.fm, tastebuds.fm dan juga libre.fm.",
"Pemain dan peminat permainan video pasti kenal istilah 'gg' yang popular diamalkan, membawa makna 'good game!' atau 'git gud' (get good) yang lebih menyindir.",
"Seperti semua negara kepuluan yang nama domain mereka dijual untuk menjana pendapatan kerajaan, \".gg\" juga sebenarnya adalah prefiks khas bagi mewakili kerajaan kepulauan Bailiwick of Guernsey, terletak di antara Perancis dan England, ditadbir sebagai sebahagian daripada United Kingdom.",
"Oleh kerana mirip dengan budaya popular berkait permainan video, URL ini popular di kalangan pengendali dalam bidang serupa. ",
"Kebanyakan laman web popular berakhir dengan \".gg\" seperti op.gg, u.gg dan tracker.gg adalah pelayar yang dibangunkan khas untuk memenuhi pelbagai permintaan peminat permainan video yang ada. ",
"Kepulauan Tuvalu ketika ini sedang berdepan kemungkinan ditenggelami lautan, berpunca daripada pemanasan global. Diramalkan dalam tempoh 50 tahun keseluruhan kawasan kepulauan ini akan hilang.",
"Bagi memastikan kelangsungan hidup masyarakat mereka berterusan dan ada sinambungannya, setiap tahun seramai 75 orang penduduk kepulauan itu dipindahkan ke New Zealand - sehinggalah peralihan 11,300 orang populasi mereka selesai.",
"Kenapa kisah ini kami selitkan? Ini kerana URL \".tv\" walaupun tampak kelihatan seperti merujuk kepada televisyen, sebenarnya mewakili Kepulauan Tuvalu. ",
"Jualan URL negara Tuvalu menjadi antara kaedah penting masyarakat mereka menjana pendapatan negara, dengan 1/12 daripada bajet mereka datang daripada keuntungan jualan tersebut. ",
"Sekiranya tanah Tuvalu hilang dari muka bumi dan kewujudan Tuvalu sebagai sebuah negara lenyap, semua URL yang berakhir dengan prefiks \".tv\" juga perlu ditamatkan, memberi kesan kepada laman web penstriman popular seperti Twitch.tv yang sangat bergantung kepada identiti alamat unik ini.",
"Sekiranya trend teknologi yang bergantung kepada kepintaran buatan atau artificial intelligence semakin berkembang, kami yakin ramai akan berebut-rebut hendak mendapatkan URL yang berakhir dengan prefiks \".ai.\"",
"Dikhususkan untuk laman web dari negara Anguilla, salah sebuah negara kepulauan di Caribbean; URL ini dikawal selia sendiri oleh kerajaan Anguilla. ",
"Oleh kerana duduk di bawah undang-undang Anguilla, penggunaannya juga harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.",
"Semua pendaftaran menggunakan nama domain \".ai\" haruslah dilakukan minimum untuk tempoh 2 tahun dan penggunannya sama ada untuk perniagaan atau servis, tidak menyalahi undang-undang Anguilla serta bebas unsur jenayah.",
"Seperti Tuvalu, jualan URL milik Anguilla ini turut sama menjadi sumber pendapatan yang bagus masyarakat mereka, mampu menjana sehingga RM13.5 juta setahun ekoran popularitinya. ",
"Antara laman web yang sudah menggunakan prefiks ini adalah facebook.ai; salah satu divisyen dalam Facebook/Meta yang ditubuhkan khusus untuk pembangunan sistem kepintaran buatan yang digelarkan sebagai CICERO."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-hospital-paling-besar-di-dunia.html | 5 Hospital Paling Besar di Dunia | [
"Hospital ialah institusi yang menyediakan rawatan perubatan dan pembedahan khusus serta penjagaan kejururawatan untuk orang yang sakit dan cedera. Hospital menawarkan rawatan sepanjang masa untuk pesakit yang mengalami kecederaan besar, masalah kesihatan yang mendesak, penyakit mengejut dan penyakit jarang berlaku. ",
"Sesetengah daripadanya juga berfungsi sebagai institusi pendidikan di mana pelajar sains kesihatan dan profesional penjagaan kesihatan bersekutu boleh belajar dan mengembangkan kemahiran mereka, seterusnya menyediakan asas penting untuk penyelidikan lanjut dan kemajuan sains perubatan. ",
"Dengan pertambahan populasi dan jenis penyakit di sekeliling kita, kapasiti katil yang dimiliki oleh sesebuah hospital juga amat penting untuk merawat pertambahan pesakit ini. Kali ini, mari lihat 5 hospital terbesar di dunia berdasarkan jumlah kapasisi katil yang dimiliki.",
"Hospital Bandar Ankara Bilkent ialah hospital kelima terbesar di dunia yang mempunyai kapasiti 3,810 buah katil. Dibuka secara rasmi pada 14 Mac 2019, hospital perkhidmatan penuh ini terletak di Bilkent daerah Cankaya di ibu kota Turki, Ankara.",
"Sebagai hospital terbesar di negara ini, ia terletak di kawasan seluas 0.18 km persegi dan memmpunyai 131 bilik bedah, 1,554 bilik katil bujang, 725 bilik katil double, 904 poliklinik, 82 bilik VIP dan 700 Unit Rawatan Rapi. ",
"Setiap hari, hospital menyediakan rawatan kepada lebih 8,000 pesakit kecemasan. Selain itu, terdapat 38 katil di klinik dialisis dan 100 katil Klinik Pemerhatian Perubatan di dalam premis hospital. Hospital ini juga mempunyai dua helipad untuk memudahkan pendaratan helikopter ambulans yang membawa pesakit dengan selamat.",
"Juga dikkenali sebagai Hospital Chang Gung, Hospital Memorial Linkou Chang Gung ialah hospital keempat terbesar di dunia yang mempunyai kapasiti 4,000 katil. Ia juga merupakan hospital terbesar di Taiwan yang terletak di Daerah Guishan di Bandar Taoyuan.",
" Hospital ini merupakan sebahagian daripada rangkaian hospital Yayasan Perubatan Chang Gung. Pada mulanya ditubuhkan pada tahun 1978, Hospital Chang Gung memberi tumpuan kepada beberapa kemudahan perubatan.",
"Hospital terkenal ini menerima lebih 8.2 juta pesakit luar, 2.4 juta pesakit dalam dan 167,460 pesakit pembedahan setiap tahun. Hospital Chang Gung juga terkenal kerana menyelesaikan lebih daripada 1,000 operasi pemindahan hati yang berjaya.",
"Pusat Kesihatan Mental Kebangsaan di Filipina adalah hospital ketiga terbesar di dunia yang mempunyai kapasiti 4,200 katil. Hospital psikiatri yang diiktiraf PhilHealth ini menduduki kawasan seluas 47 hektar di bandar Mandaluyong, yang terletak di Wilayah Ibu Negara Filipina.",
"Hospital ini ditubuhkan pada 17 Disember 1928, untuk menjaga sejumlah besar pesakit mental dan pesakit lain yang mengalami gangguan sistem saraf yang berkaitan, yang sebelum ini dirawat oleh dua hospital lain di negara itu - Sanitarium Kota dan Hospital San Lazaro.",
"Pusat Perubatan China Barat Universiti di Sichuan ialah hospital kedua terbesar di dunia yang mempunyai kapasiti 4,300 katil. Hospital ini terletak di kawasan pusat bandar Chengdu di sepanjang pantai Sungai Jin.",
"Walaupun pada mulanya diasaskan pada tahun 1914 oleh mubaligh Barat sebagai Universiti West China Union swasta, pusat itu bergabung dengan Universiti Sichuan pada tahun 2000 dan kini ditadbir oleh Kementerian Pendidikan negara itu. Pada masa ini, institusi itu mempunyai empat hospital pengajaran gabungan dan lima sekolah. ",
"Ia juga merupakan hospital terbesar di negara ini yang mengandungi 25 makmal terbuka, 36 jabatan klinikal, dan 15 jabatan teknologi perubatan yang memenuhi keperluan lebih 3.5 juta pesakit luar dan 173,000 pesakit dalam. Pusat ini juga mempunyai perjanjian kerjasama dengan lebih daripada 150 universiti di 43 buah negara.",
"Hospital Gabungan Pertama Universiti Zhengzhou kini merupakan hospital terbesar di dunia yang mempunyai kapasiti sekitar 7,000 katil dan menyumbang pendapatan tahunan lebih daripada 7.5 bilion Yuan.",
"Hospital ini pada mulanya ditubuhkan pada September 1928 di ibu kota Wilayah Henan China ketika itu - Kaifeng dan merupakan hospital gabungan Kolej Perubatan Universiti Henan. Pada tahun 1958, hospital ini telah dipindahkan ke ibu kota Provinsi Henan sekarang - Zhengzhou, dan telah dinamakan semula sebagai \"Hospital Gabungan Pertama Kolej Perubatan Henan.\" ",
"Pada tahun 1985, ia sekali lagi dinamakan semula sebagai \"Hospital Gabungan Pertama Universiti Perubatan Henan.\" Dengan sokongan daripada Kerajaan Pusat, Universiti Perubatan Henan, Universiti Zhengzhou dan Institut Teknologi Zhengzhou bergabung, menamakan semula hospital ini sebagai \"Hospital Gabungan Pertama Universiti Zhengzhou\".",
" Hospital ini pada masa ini merupakan hospital Tahap 3 / Gred A terbesar di China yang mengintegrasikan rawatan perubatan dan penyelidikan saintifik yang menyediakan penjagaan perubatan standard tertinggi."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-makna-nama-nama-daerah-di-malaysia.html | 10 Makna Nama-Nama Daerah di Malaysia | [
"Masyarakat kita mempunyai tradisi bahasa yang unik dan telah melalui evolusi perubahan dan tambahbaik yang panjang.",
"Dalam era globalisasi, kecenderungan kita untuk meminjam istilah dari luar malangnya menyebabkan banyak istilah lokal yang lama wujud dipinggirkan. ",
"Tetapi dalam beberapa aspek, penekanan penggunaan istilah lama masih terpelihara khususnya dalam penamaan nama daerah, di mana istilah tempatan terjaga; walaupun kadangkala kita hanya tahu menyebut, tetapi tak tahu apa maknanya.",
"Berikut adalah 10 istilah yang biasa digunakan sebagai nama mukim atau daerah serta makna sebenarnya, bagi mereka yang tak tahu apa makna sebenarnya.",
"Dalam bahasa Melayu, 'lahad' membawa makna ruang pusara yang telah digali biasanya dipadankan dengan istilah 'liang'. 'Liang' membawa makna lubang.",
"Bagi orang Sabah, ada kisah lama diceritakan berkaitan asal-usul nama Lahad Datu.",
" Kedatangan seorang pembesar ke sana bernama Datu Baginda Putih memulakan satu perkampungan baru di kawasan pantai. 'Datu' ketika itu merujuk kepada gelaran orang bangsawan di kalangan masyarakat yang ada.",
"Pembukaan kampung baru Datu Baginda Putih membawa kepada penghijrahan lebih ramai individu bangsawan bergelar Datu; menyebabkan kawasan itu mula terkenal sebagai tempat tinggal ramai Datu. ",
"'Lahad' pula bagi mereka merujuk kepada kawasan jadi tempat itu mula dikenali sebagai 'Lahad Datu' atau kawasan tinggalnya Datu.",
"Ada banyak tempat menggunakan nama 'Bagan' di negara kita, antaranya Bagan Datuk, Bagan Ajam, Bagan Lalang, Bagan Serai dan sebagainya. ",
"'Bagan' dalam makna moden merujuk kepada ceracak atau tiang yang diperbuat daripada kayu yang dijadikan tempat menjemur ikan kering, biasanya dibuat di jeti-jeti kecil persinggahan nelayan. ",
"Oleh kerana itu masyarakat kita menamakan kawasan jeti nelayan yang turut menjalankan aktiviti menjemur ikan sebagai 'bagan', sempena tiang kayu yang ada. ",
"Dari mana datangnya nama 'Pendang' yang ada di negeri Kedah? ",
"Menurut sejarah, masyarakat di sana satu ketika dulu handal menjadikan gajah sebagai haiwan peliharaan untuk bekerja membantu aktiviti pertanian. ",
"Bagi menjaga kebersihan gajah yang diternak, orang kampung membina saluran parit dan lubang yang khusus untuk dijadikan lokasi gajah berendam. Lokasi gajah dimandikan itu dinamakan 'pendiat' oleh masyarakat terdahulu, tetapi kini telah diubah ejaannya mengikut peredaran zaman kini ditulis sebagai pendang.",
"Jika anda lihat di Pendang ada dua kampung berkait dengan gajah. ",
"Yang pertama adalah Kampung Kubang Anak Gajah yang dulunya menjadi lokasi anak gajah jinak dilatih dan kedua pula Kampung Gajah Mati; lokasi di mana pusara gajah-gajah yang mati dikebumikan.",
"Banyak juga kan nama tempat di negara kita menggunakan nama Permatang? ",
"Ada Kampung Permatang Pasir, Permatang Bongor, Permatang Pauh, Permatang Keriang dan macam-macam lagi. ",
"'Permatang' merujuk kepada batas tanah yang dibentuk di antara petak-petak sawah, digunakan untuk membolehkan pesawah bergerak dari satu petak ke satu petak lain.",
" Istilah ini juga boleh merujuk kepada batas tanah yang dibuat sebagai benteng untuk mengelakkan banjir atau air melimpah masuk.",
"Yang pertama merujuk kepada emosi sedih atau bermuram muka akibat menanggung kesedihan. Mirip dengan satu lagi istilah miripnya iaitu 'sebak.' ",
"Selain itu, 'sabak' juga boleh membawa makna periuk memasak. Sejarah tempat Sabak Bernam menyebut tempat itu bermula sebagai sebuah perkampungan 5 orang lelaki dan seorang wanita yang memulakan kehidupan di sana.",
"Mereka memulakan hidup di tempat baru dengan bekerjasama mendirikan ruang memasak menggunakan periuk, yang dikenali sebagai periuk sabak. ",
"Siapa di sini pernah dengar orang lain menggelarkan seseorang yang berisi tubuhnya, sebagai 'tembun'? Istilah itu diambil daripada istilah 'tambun' yang bermakna seseorang yang berisi atau gemuk tubuhnya. ",
"Nama tempat seperti di Tambun, Perak pula kami andaikan tidaklah berkait dengan saiz badan. 'Tambun' juga membawa makna yang sama dengan timbun, iaitu melonggok, menindih atau mengisikan sesuatu ruangan - biasanya melibatkan tanah.",
"Di Perlis, ada sebuah pekan bernama Tambun Tulang. Di Negeri Sembilan pun ada sebuah bukit bernama Bukit Tambun Tulang. ",
"Kubang Kerian. Kubang Pasu. Kubang Semang. Kubang Anak Gajah. Kubang Rusa.",
" Popular juga istilah 'kubang' ni kan? Perkataan ini asalnya diambil daripada istilah 'kubangan' yang membawa makna sindiran kepada seseorang yang dipandang rendah martabatnya akibat kelemahan diri sendiri.'",
"Istilah ini akhirnya diguna untuk merujuk kepada lubang atau lopak berisi air atau lumpur menjadi tempat berendam haiwan seperti kerbau.",
"Wujud banyak nama tempat di Malaysia menggunakan istilah 'pengkalan' seperti Pengkalan Hulu, Pengkalan Chepa, Pengkalan Batu dan sebagainya. ",
"Dari aspek daftar kata, istilah itu tidak dieja sedemikian rupa sebaliknya dieja sebagai 'pangkalan.' Namun apabila dah menjadi kata nama khas bagi tempat, ejaannya boleh dikekalkan mengikut ejaan asalnya.",
"'Pangkalan' membawa makna lokasi atau tempat di mana kapal atau perahu berlabuh, menjadi tempat barangan dibawa dikumpulkan. ",
"Kita di zaman kini lebih selesa menggunakan pangkalan untuk merujuk kepada lokasi markas angkatan tentera, tetapi sekiranya ada orang menggunakan 'pangkalan' bagi merujuk pelabuhan, penggunaan itu pun tepat dari aspek maknanya.",
"Istilah 'changkat' masih wujud dan popular sebagai rujukan nama tempat. ",
"Namun ejaan rasminya sekarang sudah tidak lagi menggunakan ejaan 'cha~' sebaliknya hanya dieja dengan ejaan 'ca~', membentuk istilah 'cangkat.'",
"Cangkat merujuk kepada kawasan tanah yang tinggi, lebih mirip kepada sebuah 'bukit kecil.' Beberapa nama tempat yang menggunakan gelaran Changkat adalah Changkat Duta, Changkat Jong, Changkat Jering dan Changkat Jawi.",
"Wang Kelian. Kelian Intan. Charok Kelian. Apa bendanya 'Kelian' ni? Ada kaitannya dengan ikan keli ke? Tidak. ",
"'Kelian' membawa makna lombong di mana aktiviti perlombongan mineral seperti emas, bijih timah dan bahan-bahan lain dijalankan.",
"Dalam sejarah negeri Perak, ada dua lokasi iaitu Klian Pauh dan Klian Baru yang menjadi lokasi aktiviti perlombongan utama negeri itu satu masa dulu, diselia oleh salah seorang tokoh pembesar Melayu dalam sejarah kita, Ngah Ibrahim. ",
"Kini, Klian Pauh berkembang menjadi bandar Taiping dan Klian Baru pula menjadi bandar Kamunting, selepas aktiviti perdagangan di sana dihentikan dan namanya diubah agar lebih selaras dengan perkembangan yang berjalan di sana."
] |
https://iluminasi.com/bm/8-perkataan-bahasa-melayu-yang-tak-wujud-tapi-popular.html | 8 Perkataan Bahasa Melayu Yang Tak Wujud Tapi Popular | [
"Cedokan istilah bahasa asing ke dalam bahasa kita adalah sesuatu yang akan berlaku, sama ada kita suka atau tidak kerana proses itu adalah semulajadi dalam perkembangan laras tatabahasa.",
"Walaupun dalam bahasa Melayu sudah ada banyak istilah sedia ada namun ada ketikanya wujud keperluan pinjaman secara terus, bagi memudahkan rujukan kita kepada sesuatu yang mungkin baru atau kita tidak ada rujukannya.",
"Namun dalam masa yang sama, kegalakan meminjam ini mengakibatkan wujud istilah-istilah tidak rasmi yang dipinjam kerap, seolah-olah rasmi penggunaannya. Realitinya istilah yang ada tidak tepat dan tidak diiktiraf pun dalam bahasa kita.",
"Satu ketika dulu, memang dari segi bahasa kita menggunakan perkataan analisa. Bagaimanapun selepas kemaskini istilah ini, istilah yang betul mengikut sistem imbuhan dan ejaan bahasa kita adalah 'analisis'. ",
"'Analisa' tidak lagi digunapakai dan haruslah digantikan dengan versi barunya, dengan pengekalan makna serupa.",
"Kami yakin ramai gemar menggunakan perkataan 'solidariti' bagi melambangkan penyatuan atau perpaduan. Persoalan kami, jika sudah wujud 'perpaduan' atau 'penyatuan', apa lagi perlunya kita gunapakai 'solidariti'?",
"Oleh kerana itulah dari segi daftar kata, istilah 'solidariti' tidak wujud dalam bahasa kita dan seharusnya dihentikan penggunaannya.",
"Memang lebih mudah untuk menulis 'politikal' berbanding 'berunsurkan politik', tetapi penggunaan istilah itu tidak benar. ",
"Tidak wujud istilah 'politikal' walaupun ramai penulis sains politik gemar menggunakan istilah ini, dalam karya mereka. Lebih sedih, pihak media kita pun suka mempopularkan istilah ini.",
"Untuk memahami penggunaan istilah 'urban' yang betul, kita harus melihat dua istilah berbeza. Istilah 'urban' tidak wujud dalam daftar kata bahasa Melayu, tetapi 'urbanisasi' yang merujuk kepada proses pembandaran sebuah kawasan ada.",
"'Urban' secara rasmi hanya diambil sebagai istilah Inggeris bagi merujuk kepada kawasan bandar. Jadi penggunaan istilah 'kawasan urban' seharusnya digantikan dengan 'kawasan bandar.'",
"Kami tidak tahu apa yang berlaku dalam isu istilah ini. Dalam daftar bahasa kita, langsung tidak wujud istilah 'koreksional', yang biasanya merujuk kepada proses pemulihan seseorang banduan agar dia dapat diasimilasikan semula ke masyarakat biasa.",
"Tetapi kita ada Pusat Koreksional kendalian Jabatan Penjara Malaysia yang terletak di Puncak Alam, Selangor; menjadi lokasi di mana proses pemulihan dijalankan. Siapa agaknya yang terlepas pandang kesalahan ini?",
"Setakat ini, belum lagi ada kata putus daripada pihak berdaftar berkenaan penggunaan istilah 'netizen' yang makin hari, makin popular. ",
"Jika anda belum sedar, inspirasi pembentukan istilah 'netizen' jelas diambil daripada istilah bahasa Inggeris 'citizen'; merujuk kepada 'orang yang tinggal di bandar.' Jadi 'netizen' jika diterjemah adalah 'orang yang duduk dalam rangkaian internet.' ",
"Macam tak kena kan, kerana kita tak duduk di situ. Cadangan istilah lain dalam bahasa Melayu yang ada setakat ini adalah 'warga siber.'",
"Setiap kali berlangsungnya perlawanan akhir sesuatu acara sukan, ramailah wartawan kita akan menggunapakai secara semberono istilah 'final' seolah-olah itu istilah kita yang betul. ",
"Tidak. 'Final' tidak wujud dalam kosa kata kita. Lebih baik kita menggantikannya dengan istilah berbeza seperti 'perlawanan akhir' atau 'perlawanan muktamad.' ",
"Untuk perkataan akhir dalam artikel ini, sengaja kami pilih satu perkataan yang kami yakin kerap anda gunakan - 'celupar.' Percaya tak jika kami katakan kepada anda, istilah ini tidak wujud dalam daftar kata bahasa Melayu? Susah nak percaya kan? Ya. Memang benar. Istilah ini tidak ada kerana ejaannya yang betul adalah 'celopar.' ",
"Kami yakin ramai tak sedar kesalahan ini lama dah dilakukan masyarakat kita."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-dakwah-yang-berjaya-semasa-penganjuran-piala-dunia-2022.html | 5 Dakwah Yang Berjaya Semasa Penganjuran Piala Dunia 2022 | [
"Setelah bertahun dinantikan, Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar, menjadi penganjuran pertama di Asia Barat akhirnya terlaksana. ",
"Terpalit kontroversi sejak mula khususnya dalam isu dibangkitkan golongan liberal barat, Qatar berjaya meredakan kritikan dan menjadikan penganjuran kejohanan itu satu pengalaman bermakna.",
"Sejak awal penganjuran, desas-desus Qatar akan menggunakan Piala Dunia sebagai medan dakwah sudah kedengaran; ini mengakibatkan ada pihak merasa kurang senang. ",
"Piala Dunia 2022 membuktikan mesej dakwah dalam penganjuran sukan adalah sesuatu yang tak mustahil untuk dilakukan, sekiranya sesebuah negara ada kemahuan.",
"Salah satu kontroversi paling gempar melibatkan Qatar sebagai tuan rumah, adalah larangan yang dikuatkuasakan kerajaan mereka terhadap penjualan minuman keras di stadium - yang sebenarnya satu tradisi lama Piala Dunia. ",
"Ketegasan sebegini harus dipuji kerana minuman beralkohol adalah sesuatu yang memudaratkan, mengambil alih kewarasan seseorang serta menjadikan individu mampu melakukan bermacam bentuk kelakuan luar batasan.",
"Kisah tentang bagaimana penyokong tetap berjaya menyeludup masuk minuman keras ke stadium banyak dikongsi di kalangan pengguna internet, namun situasi bukanlah sesuatu yang kerap kali kedengaran.",
"Sebaliknya penganjuran kali ini menjadi antara penganjuran paling aman serta mencerminkan rasa harmoni, yang boleh dikreditkan berlaku akibat ketiadaan minuman alkohol untuk pengunjung.",
"Walaupun majlis pembukaan Piala Dunia 2022 Qatar terpalit dengan usaha boikot media barat, majlis yang diatur kepada seluruh dunia membuktikan sebuah acara sukan tak memerlukan pesta besar-besaran yang penuh unsur maksiat untuk meningkatkan kemeriahannya.",
"Apa yang sangat mengharukan, inilah kali pertama upacara pembukaan diubah menjadi medan kesederhanaan diraikan. Konsert kecil menampilkan artis Korea Selatan, Jung-kook tidak dijadikan fokus.",
" Sebaliknya interaksi di antara duta kejohanan Piala Dunia 2022, Ghanim Al Muftah dengan aktor legenda Morgan Freeman yang berdialog sesama mereka membincangkan tema kemanusiaan menjadi fokus utama.",
"Salah satu detik ikonik berkait penganjuran Piala Dunia 2022, adalah bagaimana pemain negara Maghribi meraikan kemenangan mereka sehingga layak peringkat separuh akhir, bersama ibu masing-masing. ",
"Perbuatan seperti ini menampakkan jelas perbezaan mentaliti pemain yang datang dari pelbagai benua, sehinggakan apa yang ditonjolkan Maghribi dilihat sesuatu yang asing dan jarang berlaku. ",
"Majoriti pemain terkenal dunia lebih suka mengenengahkan isteri-isteri berstatus model sebagai penggerak utama kerjaya, tetapi pemain Maghribi membuktikan tak ada wanita lain di dunia lebih berharga selain ibu kita.",
"Apa yang agak melucukan, paparan kasih sayang ini kurang disenangi segelintir pihak di Eropah. ",
"Sebuah saluran TV di Denmark menyifatkan apa yang ditonjolkan oleh pemain Maghribi bersama ibu mereka ibarat satu keluarga monyet yang tidak boleh berenggang apabila berjumpa.",
"Selepas dikecam kerana mengeluarkan kenyataan yang menyinggung sensitiviti, saluran TV tersebut terpaksa mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi. ",
"Sejak dinamakan sebagai tuan rumah, banyak pihak khususnya media kelolaan barat telah mula memainkan bermacam isu di Qatar khususnya isu berkait hak pekerja asing dan juga hak mengamalkan seks songsang.",
"Lama-kelamaan kritikan demi kritikan yang lantang, mula senyap selepas penganjuran Qatar berjaya memastikan festival bola sepak terulung dunia itu berjalan dalam suasana aman. ",
"Pemain juga tampak mahu fokus kepada perlawanan, bukan politik ideologi...kecuali pasukan Jerman. ",
"Qatar juga sehabis baik mengeluarkan dana dalam memastikan fasiliti dan tahap keselamatan mereka yang hadir ke sana terjamin dalam setiap aspek. Sistem pengangkutan awam mereka lancar dan teratur disokong ribuan petugas yang menjadi juru pandu dan pegawai bantuan bagi memastikan suasana terkawal.",
"Kebimbangan pemain akan bermain dalam cuaca terlampau panas sepanjang perlawanan juga tampak reda.",
"Imej 'Islam penindas' atau 'Islam pengganas' yang sudah berdekad-dekad cuba dijaja media barat tidak dibincangkan, sebaliknya orang ramai fokus dengan perlawanan di atas padang. ",
"Setelah beberapa dekad menonton Piala Dunia, tak malu untuk penulis katakan Piala Dunia Qatar 2022 adalah antara yang terbaik kualiti permainannya.",
"Ssatu misteri hidup yang masih belum terjawab sehingga kini adalah kenapa masih ada di kalangan masyarakat dunia baik di Malaysia, Asia Tenggara dan benua-benua lain - masih menggunakan tisu tandas untuk membersihkan diri selepas buang air besar.Penggunaannya bukan saja tidak bersih, bahkan mencemar alam dan merosakkan sistem perpaipan. Nak mendapatkannya pun memerlukan kos.",
"Melihat ramai orang luar yang hadir ke Qatar menceritakan pengalaman 'mencebok' dengan menggunakan pancuran air dan menyedari teknik itu adalah yang terbaik, penulis tidak boleh menyembunyikan rasa gembira membacanya.",
"Dakwah tidak rasmi akibat berlakunya satu perubahan kecil kepada hidup seseorang, kami yakin akan memberikan perubahan besar kepada seluruh hidupnya. ",
"Dengan menawarkan diri menjadi tuan rumah Qatar telah memberikan mereka peluang merasai satu pengalaman baru, yang akan mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan kesihatan mereka."
] |
https://iluminasi.com/bm/dari-mana-datangnya-istilah-popular-g-o-a-t.html | Dari Mana Datangnya Istilah Popular 'G.O.A.T'? | [
"Frasa 'G.O.A.T' atau 'greatest of all time' kerap dipopularkan masyarakat dunia, ketika membincangkan tentang seseorang atau sesuatu yang layak dikata terbaik, sepanjang zaman.",
"Malangnya frasa yang sebenarnya hanyalah satu slanga, mampu menimbulkan polemik masyarakat khususnya berkait dengan perbincangan kita tentang siapa yang 'benar-benar' layak digelarkannya. ",
"Lebih memburukkan situasi ada pihak mula mengaitkan frasa ini dengan kepercayaan agama, menyumbang kepada lebih banyak perbalahan. Persoalannya, siapakah yang memulakan slanga ini dan benarkah dakwaan yang terpalit padanya?",
"Penggunaan istilah dalam aspek bahasa haruslah dilihat sebagai satu perbuatan biasa; jelas hanya merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang layak dinobatkan terbaik antara semua.",
"Selain individu seperti artis, ahli sukan atau pemuzik, karya-karya seni dan sastera juga dilabelkan dengan label 'terbaik' ini walaupun penamaannya akan dipertikaikan.",
"Untuk membincangkan kenapa haiwan kambing atau 'goat' sering dikaitkan dengan label ini - kita perlu melihat semula apa kaitannya kambing dengan sukan. Ya, jangan terkejut memang ada kaitannya! ",
"Istilah 'goat' yang asalnya merujuk kepada kambing, memang telah mula digunakan dalam sukan besbol sekitar awal abad ke 20 bagi melabelkan pemain yang kerap melakukan kesilapan dan menjadi punca pasukannya tewas. ",
"Penggunaan istilah dengan makna berbeza ini kekal dalam sukan sebagai satu slanga sindiran, merujuk kepada pemain lemah. ",
"Dalam masa yang sama, media barat sudah mula merujuk atlet handalan dengan label 'greatest of all time'. ",
"Sebagai contoh, majalah Vanity Fair pada tahun 1924 telah menamakan pemain tenis Britain, Laurence Doherty pemenang 6 kejuaraan Grand Slam dan dua pingat emas Olimpik dengan label tersebut.",
"Walau bagaimanapun, dalam era ini belum ada hubungan di antara goat dengan istilah greatest of all time.",
"Sekiranya ada pihak menyatakan wujud hubungan istilah goat dengan kepercayaan agama, mereka sebenarnya tersilap. Namun dalam masa yang sama dakwaan mereka itu ada kebenarannya tetapi tersasar.",
"Dalam kajian bahasa, ada pihak berpendapat istilah goat yang diguna bagi merujuk pemain lemah dalam pasukan seperti yang kami sebutkan di atas, berasal daripada singkatan istilah scapegoat; kita tahu merujuk kepada seseorang yang tidak bersalah, tetapi terpaksa berdepan hukuman atas kesalahan yang dia tak lakukan.",
"Istilah 'scapegoat' dibentuk daripada kepercayaan masyarakat Yahudi berkenaan upacara mengorbankan kambing bagi menyucikan dosa pemiliknya. ",
"Dalam kepercayaan Yahudi lama ini, seorang pendosa perlu melakukan korban dua ekor kambing; seekor untuk Tuhan dan seekor lagi untuk syaitan Azazel yang dipercayai tinggal di kawasan gurun. ",
"Kambing-kambing ini digelarkan 'scapegoote' yang membawa makna 'kambing yang melepaskan' dan istilah scapegoat kekal diguna dalam bahasa Inggeris sehingga sekarang.",
"Secara etimologinya itu adalah kisahnya, tetapi ada juga pendapat mengatakan hubungan di antara scapegoat dan terma goat bagi merujuk pemain lemah dalam sukan, tidak berkait antara satu sama lain. ",
"Terma goat kekal diamal tanpa berlaku sebarang perubahan makna dalam konteks sukan. Dalam masa yang sama, istilah 'greatest of all time' dan penggunaannya dalam sukan untuk beberapa dekad selepas itu berkembang perlahan, walaupun diamalkan.",
" Populariti istilah ini mula popular selepas seorang peninju legenda mula menggunakannya dalam karier beliau secara rasmi.",
"Allahyarham Muhammad Ali atau nama kelahirannya Cassius Clay merupakan peninju yang cukup terkenal bukan saja dalam sejarah sukan tinju, bahkan sejarah sukan dunia keseluruhannya.",
"Terkenal dengan kelincahan dalam gelanggang, Ali juga dikenali dengan ego dan pesona perwatakannya luar gelanggang. Keyakinan Ali terhadap diri sendiri sukar digugat dan Ali tidak segan untuk menamakan dirinya sebagai 'the greatest of all time' apabila ditemuramah wartawan.",
"Dalam satu temuramah bersama majalah Harvard Crimson pada tahun 1971, Ali bercerita tentang pengalamannya ketika berusia 11 tahun. Dia nekad menjadi seorang peninju selepas mendapat inspirasi daripada liputan radio perlawanan melibatkan peninju Rocky Marciano, yang menang dan bergelar juara dunia.",
"Suasana yang didengari Ali dalam radio menanam azam untuk beliau menjadi peninju terbaik dunia sepanjang zaman sebagai cita-cita utama, dalam ayatnya sendiri \"I wanted to be the world's greatest fighter at 11-years-old... I wanted to be the greatest of all time.\"",
"Istilah itu sering disebutkan Ali sebagai satu slogan sepanjang kerjayanya bertinju apabila bercakap tentang dirinya, sehinggalah diabadikan secara rasmi oleh isterinya Lonnie Ali sebagai nama syarikat yang menguruskan bidang komersial karier suaminya. ",
"'G.O.A.T. Inc' ditubuhkan mereka berdua pada tahun 1992, dengan Lonnie bertindak sebagai pengurus syarikat menyelia kesemua hal ehwal perjalanan syarikat mereka.",
"Inspirasi pengaruh Muhammad Ali dan 'slogannya' mula menelusuri industri muzik kulit hitam. ",
"Duo kumpulan hip-hop De La Soul mempopularkan kepada orang ramai sebutan 'GOAT' yang disebut terus dan masih merujuk kepada ungkapan asal greatest of all time dalam sebuah album mereka terbitan tahun 1993.",
"Pada tahun 2000, penyanyi hip hop LL Cool J menerbitkan album yang diberikan judul G.O.A.T. (Greatest of All Time), yang dinamakan sempena petinju legenda itu. ",
"LL Cool J mengakui sendiri dalam temuramah bersama majalah Rolling Stone, Muhammad Ali merupakan antara figura dan ikon yang dihormati di kalangan artis hip-hop dan rap moden kerana personaliti dan sumbangannya di luar gelanggang, banyak membentuk mentaliti artis genre tersebut melihat kemampuan diri sendiri.",
"Majoriti penyelidik bersetuju tahun 2004 adalah detik bermulanya peralihan di mana penutur bahasa Inggeris mula menerima istilah ini bagi merujuk kepada legenda sepanjang zaman dan tidak lagi menyamakan 'goat' dengan pemain paling lemah dalam pasukan. ",
"Sebutan 'goat' dipopularkan oleh media sukan di Amerika Syarikat, sehinggakan kita pun terikut-ikut menyebut sama slanga 'goat' merujuk atlet, individu atau karya yang dianggap tidak ada tolok bandingnya. ",
"Kini goat boleh merujuk kepada haiwan atau individu terbaik sepanjang zaman, samalah seperti kita di mana kita juga merujuk kambing bukan saja kepada sejenis haiwan malahan kepada individu yang susah betul nak mandi dan membersihkan badan."
] |
https://iluminasi.com/bm/bagaimanakah-fon-kepala-dengan-fungsi-noise-cancelling-berfungsi.html | Bagaimanakah Fon Kepala Dengan Fungsi "Noise-Cancelling" Berfungsi? | [
"Di pasaran, terdapat begitu banyak model dan jenama fon kepala yang boleh anda beli. Daripada harga belasan ringgit hingga ribuan ringgit. Selain kualiti yang lebih bagus, mungkin anda perasan kebanyakan fon kepala dengan harga yang premium turut didatangkan dengan fungsi pembatalan hingar (noise-cancellation).",
"Dengan fungsi pembatalan hingar ini, anda tidak akan terganggunggu dengan bunyi latar belakang seperti bunyi penghawa dingin, bunyi kenderaan lalu lalang dan seumpanya. Dengan fungsi ini, bunyi latar belakang ini boleh \"disenyapkan\" dan anda boleh mendengar bunyi daripada fon kepala anda sahaja.",
"Bagaimanakah fungsi noise-cancelling ini berfungsi? Apakah penjelasan sains di sebalik fungsi unik ini? Bagaimanakah bunyi bising dapat disenyapkan oleh sebuah fon kepala?",
"Secara mudah faham, fungsi noise-cancellation ini adalah apa sahaja yang melindungi anda daripada bunyi yang anda tidak mahu dengar. Tetapi istilah ini lazimnya merujuk kepada ciri yang terbina dalam fon kepala untuk memastikan bunyi luaran yang mengganggu daripada mengganggu apa sahaja yang anda cuba dengar. ",
"Secara umumnya, fungsi pembatalan hingar terdapat dalam dua bentuk: sama ada pasif atau aktif. Kedua-duanya mempunyai objektif yang sama untuk mencapai perkara yang sama tetapi mereka melakukannya dengan cara yang berbeza. ",
"Pada asasnya, pembatalan hingar pasif menyerap bunyi mengganggu manakala pembatalan hingar aktif menghalangnya. Pembatalan hingar pasif menggunakan bahan dan struktur dalam badan fon kepala untuk sama ada meredam bunyi mengganggu atau menghalangnya daripada sampai ke telinga anda.",
"Ia adalah cup telinga dan kusyen getah licin yang menutup telinga anda, bersama-sama dengan pengikat kepala kenyal yang memastikan ia disematkan pada sisi kepala anda. Oleh itu, boleh dikatakan kesemua fon kepala atas telinga sedikit sebanyak mempunyai fungsi pembatalan hingar pasif.",
"Pembatalan hingar aktif atau active noise cancelling (ANC) pula adalah sebaliknya, lebih maju sedikit dan bergantung pada mikrofon dan pembesar suara untuk mengesan bunyi mengganggu dan meneutralkannya.",
"Ia membatalkan bunyi yang mengganggu menggunakan gangguan yang merosakkan atau 'anti-bunyi'. Dalam erti kata lain, ia menggunakan gelombang bunyi yang bertentangan dengan bunyi yang mengganggu untuk \"menekan\" bunyi yang mengganggu sebelum ia sampai ke telinga anda.",
"Fon kepala dengan pembatalan hingar aktif mempunyai mikrofon kecil untuk menangkap bunyi yang mengganggu. Bunyi tersebut dimasukkan ke dalam pemproses pembatalan hingar aktif, yang menganalisisnya dan menghasilkan versi anti-bunyi yang bertentangan. ",
"Gelombang anti-bunyi kemudian dimainkan melalui pembesar suara dalam fon kepala untuk meneutralkan bunyi yang mengganggu supaya anda tidak mendengarnya.",
"Fungsi pembatalan hingar aktif tidaklah sempurna, tetapi ia cukup bagus. Ia mungkin tidak dapat menutup telinga anda 100% tetapi ia lebih daripada mampu menenggelamka bunyi latar belakang perjalanan menaiki pengangkutan awam atau dengungan enjin jet semasa penerbangan pesawat.",
"Sebab ia berfungsi dengan baik dengan jenis bunyi ini ialah bunyi itu biasa dan berada dalam julat frekuensi bunyi yang lebih rendah. Dengan kata lain, ia agak boleh diramal, jadi pemproses pembatalan hingar aktif mempunyai masa yang lebih mudah untuk berurusan dengannya. ",
"Sementara itu, bunyi frekuensi yang lebih kuat, tidak teratur dan lebih tinggi (contohnya bunyi kanak-kanak yang menangis dan anjing menyalak) adalah terlalu banyak untuk menangani pembatalan hingar aktif, justeru kehadiran ciri pembatalan hingar pasif pada kebanyakan fon kepala sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bunyi latar belakang jenis ini.",
"Tidak. Sebenarnya, apabila ia berkaitan dengan pendengaran anda, ia mungkin lebih baik untuk anda kerana anda kurang berkemungkinan menaikkan kelantangan untuk menghilangkan sebarang bunyi yang tidak diingini. ",
"Walau bagaimanapun, sekiranya anda membuat carian di internet untuk fon kepala pembatalan hingar aktif anda berkemungkinan menjumpai cerita daripada orang yang mengalami tekanan yang tidak selesa pada gegendang telinga merek, dan dalam beberapa kes sakit rahang dan sakit kepala semasa menggunakannya. ",
"Gejala-gejala ini sering dikaitkan dengan perubahan tekanan dalam saluran telinga anda, tetapi penyebabnya lebih berkemungkinan adalah otak anda. Kekurangan bunyi frekuensi rendah (disebabkan oleh fon kepala yang membatalkan hingar) menipu otak anda untuk berfikir bahawa terdapat penurunan tekanan udara. ",
"Dalam keadaan biasa, apabila benar-benar terdapat penurunan tekanan udara, ia menyebabkan sensasi sedutan pada gegendang telinga anda. Tetapi dalam kes ini, hanya otak anda yang berfikiran sedemikian walhal dalam realitinya, tiada penurunan tekanan udara di sekeliling anda. "
] |
https://iluminasi.com/bm/siapa-yang-boleh-menyentuh-trofi-piala-dunia.html | Siapa Yang Boleh Menyentuh Trofi Piala Dunia? | [
"Kehadiran individu tidak diundang iaitu Salt Bae atau nama sebenarnya, Nurset Gorce, seorang cef dari Turki yang terkenal dengan teknik taburan garam, dalam sambutan Argentina meraikan kemenangan Piala Dunia di Qatar mencetuskan kontroversi.",
"Banyak pihak melihat tindakan Salt Bae bersama-sama meraikan kemenangan pasukan Argentina serta memegang trofi Piala Dunia adalah satu tindakan yang tak sepatutnya dibenarkan. Betulkah tanggapan ini? Benar. Realitinya, wujud garis panduan yang ketat telah ditetapkan oleh FIFA dalam memantau dan menyelia keselamatan trofi emas seberat 6 kilogram itu. ",
"Piala yang diperkenal sejak tahun 1974 dan diberi nama 'Trofi Piala Dunia FIFA' diperbuat daripada emas 18 karat, dengan ketinggian 36.8 cm dan berat 6.175 kg.",
"Direka dan diukir sebuah syarikat ukiran dari Itali, keseluruhan trofi ini menggunakan gabungan kerana emas, perak dan tembaga termasuklah tapak yang daripada bahan mineral malakit dianggarkan mempunyai nilai bahan sekitar RM725 ribu; r",
"Ramai tidak menyedari, trofi rasmi Piala Dunia berlohong di dalamnya, bagi membolehkan berat trofi yang ideal dapat dicapai. Sekiranya dibentuk dengan emas padu, trofi itu akan mempunyai berat sekitar 70 kg!",
"Di bahagian tapak trofi, sebuah plak yang terukir dengan nama-nama pasukan pemenang dipasangkan dan setiap kali berlangsungnya kejohanan edisi baru, plak itu akan ditukar bagi membolehkan tambahan nama dapat dibuat.",
"Untuk 3 kejohanan sebelum edisi 2022, FIFA memperkenalkan perubahan kepada peraturan berkenaan pemilikan trofi yang dimenangi juara. ",
"Jika sebelum itu negara pemenang berhak untuk menyimpan trofi rasmi sehinggalah tarikh kejohanan berlangsungnya tiba, kini FIFA memperkenalkan piala gantian untuk disimpan terus negara pemenang. Trofi yang dinamakan 'Trofi Pemenang Piala Dunia FIFA.' ",
"Sebuah trofi replika daripada yang asal dengan ukiran, saiz dan berat yang serupa, replika kepada trofi rasmi diperbuat daripada bahan gangsa tetapi disalut dengan emas bagi menampakkan warna rasminya.",
"Setiap kali mana-mana pasukan bergelar juara Piala Dunia dan trofi kejohanan akan dijulang, majlis penyampaian hadiah akan menyampaikan piala rasmi sebenar kepada kapten pasukan pemenang. Jadi trofi yang anda nampak dalam gambar, adalah trofi asal. ",
"Pasukan juara juga dibenarkan untuk berarak di stadium dengan trofi rasmi dan juga membawanya ke bilik persalinan. Selepas selesai semua majlis keraian yang mahu dilakukan, pegawai FIFA akan mengambil semua trofi asal dan menukarkannya kepada versi replika, untuk diserahkan kepada skuad dan pengurusan pasukan.",
"Untuk menjaga kredibiliti trofi serta aura kejohanan dan mungkin juga melindungi trofi ini mengalami nasib sama seperti trofi lebih awal yang dicuri, FIFA telah menetapkan syarat yang cukup ketat untuk membenarkan siapa yang boleh mengendali atau menyentuh trofi rasmi tersebut.",
"Kumpulan pertama yang dibenarkan menyentuh atau menjulang trofi rasmi Piala Dunia adalah mereka yang berdaftar sebagai pemenang piala tersebut, meliputi keseluruhan pasukan-pasukan yang telah bergelar juara kejohanan.",
"Kumpulan kedua adalah ketua-ketua negara, biasanya melibatkan negara di mana trofi itu akan dipamerkan atau ketua negara yang menjadi tuan rumah kejohanan.",
"Tidak diketahui bagaimana individu tidak sepatutnya seperti Salt Bae dapat masuk ke padang dan meraikan kemenangan Argentina, seolah-olah dia ibarat rakan sepasukan mereka. ",
"Apa yang kita tahu, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Daripada perhatian dunia sepatutnya berbicara tentang kejohanan sukan yang bakal dikenang berdekad-dekad lamanya, penamatnya dicemari dengan seorang pempengaruh yang jelas dahagakan perhatian sahaja."
] |
https://iluminasi.com/bm/adakah-meniup-makanan-minuman-menjadikannya-lebih-cepat-sejuk.html | Adakah Meniup Makanan Menjadikannya Cepat Sejuk? | [
"Menurut University of Washington, minum kopi atau menghirup sup pada suhu di atas 110°F (sekitar 43°C) berisiko merengsakan mulut anda. Pada 160°F (71°C), anda akan mengalami luk melecur bakar serta-merta.",
"Walaupun kita tidak mengetahui dengan tepat nombor-nombor yang dinyatakan di atas, kebanyakan kita sudah dapat mengagak bahawa minuman atau kuah yang masih melepaskan wap boleh menyebabkan kecederaan kecederaan pada mulut dan itulah sebabnya kita biasanya akan meniupnya untuk menyejukkannya.",
"Akan tetapi, adakah meniup makanan/minuman benar-benar membantu untuk menyejukkannya lebih cepat atau ianya adalah hanya perasaan psikologi kita semata-mata?",
"Secara umumnya, terdapat 3 cara untuk untuk menugrangkan suhu makanan dan minuman:",
"Apabila anda meniup udara ke atas makanan panas, anda menghantar udara yang mempunyai suhu hampir dengan suhu badan anda — purat 37 darjah selsius — dan menggunakannya untuk menggantikan udara yang lebih panas dalam proses yang dikenali sebagai perolakan. ",
"Kerana udara di sekeliling can atau pinggan kini lebih sejuk, ia meningkatkan kadar pemindahan haba. ",
"Bayangkan begini: Jika anda mempunyai semangkuk sup di dalam bilik yang hangat, ia akan mengambil sedikit masa untuk menyejukkan sup tersebut. Tetapi jika mangkuk yang sama diletakkan di dalam bilik yang tidak dipanaskan, ia akan menjadi sejuk dengan lebih cepat. ",
"Perkara sebaliknya juga berlaku: Bayangkan kon ais krim yang cair dengan cepat pada hari musim panas berbanding kon ais krim yang lambat cair apabila anda berada di tempat yang sejuk. ",
"Berbalik pada persoalan utama di atas, apabila dibiarkan begitu sahaja, makanan masih akan kehilangan haba dengan memindahkan tenaga ke mangkuk, proses yang dikenali sebagai sebagai pengaliran haba (heat conduction). Meniup pada makanan atau minuman akan mempercepatkan proses pengaliran haba ini.",
"Apabila anda meniup makanan yang mengandungi banyak lembapan, anda juga boleh melakukan pnyejukan secara penyejatan. Itulah yang berlaku apabila anda meniup yang akan memindahkan wap air dari permukaan yang dipanaskan, membolehkan lebih banyak molekul air tersejat, seperti meniup air teh yang panas.",
"Kerana penyejukan penyejatan adalah lebih berkesan, anda mungkin mempunyai masa yang lebih cepat untuk menyejukkan cecair daripada makanan pepejal. ",
"Anda juga boleh membantu makanan menjadi sejuk dengan lebih cepat dengan memecahkannya/memotongnya kepada kepingan yang lebih kecil, seterusnya mengurangkan penyimpanan haba dalam makanan tersebut.",
"Oleh itu, lebih panas sesuatu makanan atau minuman itu, lebih banyak perbezaan suhu antara makanan/minuman dengan keadaa sekeliling. Jadi, meniup makanan/minuman akan membantu mempercepatkannya sejuk. Jika sesuatu makanan/minuman hanya hangat, mungkin tidak ada cukup perbezaan dalam haba untuk membuat perbezaan. ",
"Walau bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan bahawa sesetengah makanan/minuman lebih sedap dinikmati dalam keadaan sedikit panas.",
"Sup sebagai contoh, cenderung mengeluarkan umami semasa panas dan menjadi lebih masin apabila ia sejuk. Sesetengah orang percaya rasa sup paling sedap antara suhu 58 dan 72 darjah selsius atau betul-betul di sekitar zon bahaya."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-pemain-yang-pernah-bergelar-messi-baru.html | 6 Pemain Yang Digelar 'Messi Baru' Negara Mereka | [
"Kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 telah dinoktahkan dan memberikan kita satu petunjuk jelas - Lionel Messi adalah pemain terbaik dunia dalam tempoh 2 dekad ini.",
"Dengan gelaran juara dunia, Messi meletakkan dirinya dalam kelompok pemain legenda yang akan terus dikenang berdekad-dekad lamanya. ",
"Pencarian 'the next Messi' atau 'Messi seterusnya' diteruskan, menginspirasikan bakat baru yang mungkin akan merampas takhta. Bagaimanapun bukan semua 'Messi baru' boleh dikategorikan berjaya.",
"Berikut adalah 6 'the next Messi' yang kariernya Ok-lah atau mungkin juga tak seindah mana.",
"Sejak kemunculan beliau dari akademi kelab Itali, Juventus - Sebastian Giovinco menggalas perbandingan berat dilabelkan media dengan gelaran 'Messi Itali.'",
"Tubuhnya yang juga kecil dengan ketinggian 164 cm, 5 cm lebih rendah berbanding Lionel Messi memperkuatkan lagi perbandingan itu. Kawalan bolanya yang handal serta kemampuannya bermain di pelbagai posisi mencetuskan perbincangan hangat adakah Itali bakal melahirkan pemain terbaik selepas Messi.",
"Malangnya 'Messi Itali' gagal mengekalkan prestasi yang baik, bergelut masalah kecederaan. Dia memilih untuk berhijrah ke Kanada, bermain dengan kelab Toronto FC dalam liga Amerika Syarikat dan di sinilah Giovinco menemui tuahnya.",
"Prestasi cemerlang dalam liga membolehkan Giovinco mencatat rekod sebagai pencetus gol paling cemerlang, melayakkan dia bergelar pemain terbaik liga musim 2015. ",
"Selepas 4 tahun, Giovinco berhijrah ke kelab Arab Saudi Al-Hilal, memenangi Liga Juara-Juara Asia musim 2019 sebelum kembali ke Itali dalam musim 2022.",
"Terpilih menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada usia 18 tahun menyebabkan nama Takefusa Kubo mula disebut-sebut peminat bola sepak dunia.",
" Apatah lagi dia memang mempunyai pertalian lebih awal dengan kelab yang membimbing Messi iaitu Barcelona. ",
"Perpindahannya sejak usia kecil ke akademi bola sepak ulung Barcelona, La Masia membolehkan Kubo memperbaiki kemahirannya. Pada usia 12 tahun, Kubo ketika tampil bersama kelab muda Barcelona, melakukan 74 jaringan dalam 30 perlawanan sahaja!",
"Walau bagaimanapun siasatan FIFA mendapati kontrak di antara Barcelona dan Kubo tidak sah serta melanggar beberapa syarat, memaksa Kubo kembali ke Jepun bersama kelab FC Tokyo. ",
"Dia terpilih menyertai skuad senior kelab itu pada usia 15 tahun, digelarkan sebagai antara pemain berbakat yang mempunyai kemampuan ibarat Messi.",
"Selepas cemerlang di tanah air, Real Madrid datang memanggil namun peluangnya kurang di sana.",
"Kubo mula dipinjamkan ke kelab-kelab lain dalam beberapa musim sebelum menandatangani kontrak bersama kelab Sepanyol, Real Socieadad pada bulan Jun 2022. Baru berusia 21 tahun, 'Messi Jepun' ini masih ada banyak peluang untuk membuktikan kemampuannya.",
"Muncul sebagai seorang pemain tengah kreatif, prestasi Marko Marin bersama kelab Borussia Mönchengladbach dan Werder Bremen membolehkan Marin dibandingkan dengan rakan segenerasinya iaitu Lionel Messi.",
"Gandingan dia dan Mesut Ozil di Werder Bremen membolehkan Marin mempamerkan aksi hebat, menobatkan dia sebagai bintang muda. Bagaimanapun prestasinya mula menurun selepas Ozil berpindah ke Sepanyol, meletakkan beban kreativiti pasukan di bahunya. ",
"Walaupun begitu kelab England, Chelsea tetap berminat mendapatkan khidmat Marin dan dia menandatangani kontrak 5 tahun bersama kelab itu. Di Chelsea, kehadirannya sebagai seorang pemain berprofil tinggi malangnya tidak membantu nasib Marin. ",
"Dia dipinjamkan ke beberapa buah kelab sebelum akhirnya dilepaskan oleh Chelsea, menyaksikan dirinya berpindah ke Greece bersama kelab Olympiacos; di sana dia bergelar juara liga.",
"Selepas bermain di Serbia dan Arab Saudi, Marin menamatkan karier bermain dalam divisyen satu Hungary bersama kelab Ferencvaros dan mengumumkan persaraannya dari karier bola sepak pada usia 33 tahun.",
"Walaupun ramai pemain di akademi Barcelona mempunyai reputasi hebat dan berjaya mencipta nama dalam liga bola sepak seluruh dunia, hanya sebahagian kecil pemain dari sana memikul beban menjadi 'Messi' seterusnya.",
"Salah seorang daripada 'Messi baru Barcelona' adalah Gerard Deulofeu, pemain kelahiran Sepanyol yang malangnya senantiasa dibayangi pemain bintang Argentina itu. ",
"Lebih menyedihkan bagi Deulofeu, sejak muda dia dikatakan mampu melakukannya. ",
"Berikutan daripada pelbagai tawaran penajaan komersial yang diterima ketika hanya berusia 14 tahun, Deulofeu yakin beban bergelar 'Messi baru' akan menjulang dirinya bergelar yang terbaik di dunia. ",
"Selepas dewasa, Deulofeu menyedari label yang diberikan kepadanya itu hanyalah beban yang sukar dipikul.",
"Dia berpindah ke kelab England, Everton dan menampilkan aksi baik namun pertukaran pengurusan menyaksikan Deulofeu dipinjamkan ke kelab AC Milan di Itali, di mana dia menampilkan persembahan bertenaga dan berjaya berpindah semula ke Barcelona. ",
"Sekali lagi Deulofeu berdepan kegagalan memecah barisan utama, sebelum berpindah ke England bersama kelab Watford di mana dia mempamerkan prestasi lebih baik dan meninggalkan impak besar di sana.",
"Di antara semua pemain yang dilabelkan sebagai 'Messi baru,' Bojan Krkic merupakan pemain paling terkenal dengan jolokan sama. ",
"Ini kerana seperti Messi, Bojan menampilkan persembahan luar biasa bersama skuad muda Barcelona serta telah memecahkan rekod yang dipegang Messi; bergelar pemain paling muda dipanggil menyertai skuad senior kelab itu.",
"Bojan juga pemegang rekod penjaring gol terbanyak skuad muda Barcelona, dilaporkan melebihi 900 gol sejak berusia 8 tahun yang mengatasi pencapaian Lionel Messi.",
" Malang bagi Bojan, kariernya turun naik tidak sekonsisten rakan sekelabnya. Dia hanya menyertai skuad senior Barcelona selama 4 musim secara keluar masuk kesebelasan utama, sebelum dipinjamkan ke Itali dan Belanda. ",
"Perpindahan ke kelab Stoke City di England membantu Bojan kembali menyeimbangkan karier, beraksi selama 8 musim sebelum berhijrah ke kelab Kanada, Montreal Impact.",
"Bojan kini bermain dalam Liga Jepun bersama kelab Vissel Kobe. Bojan sayangnya gagal menepati ramalan untuk bergelar 'Messi Sepanyol' hanya tampil sekali dalam perlawanan bersama skuad kebangsaan, namanya terus dilupa tanpa sebarang penampilan Piala Dunia.",
"Tidak diketahui apakah kisah sebenar yang berlaku di antara pemain yang bergelar 'Messi Malaysia' iaitu Safawi Rasid dan pengurusan kelab JDT, selepas pemain itu jarang beraksi tidak seperti beberapa musim dahulu.",
"Kontroversi yang terpalit akibat hubungan cinta serta kritikan yang keras ditujukan kepada tuan punya badan akibat ketiadaan stamina mencukupi untuk bermain 90 minit, memberi kesan kepada kemampuan Safawi. ",
"Sehinggakan semakin banyak pihak merasakan dia tidak lagi layak beraksi untuk skuad negara.",
"Baru saja menandatangani kontrak bersama kelab Ratchaburi dari Thailand, Safawi ketika ini diberikan peluang menggalas cabaran Malaysia dalam kejohanan Piala AFF Mitsubishi 2022, bergelar salah seorang kapten dan tonggak utama pasukan.",
"Walaupun sudah memenangi pelbagai jenis gelaran baik diperingkat kelab ataupun antarabangsa, reputasi Safawi terus dihantui persepsi yang mengakibatkan keupayaannya bukan saja dicemburui malahan diragui. ",
"Sukar untuk diramal adalah Safawi mampu memenuhi jangkaan orang ramai terhadapnya, tetapi seandainya dia berjaya memacu Malaysia bergelar juara mana-mana kejohanan serantau, sekurang-kurangnya berbaloi juga kita gelarkan beliau 'Messi Malaysia.'"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-negara-terbesar-di-benua-afrika.html | 5 Negara Terbesar di Benua Afrika | [
"Afrika ialah benua kedua terbesar di dunia, dan rumah kepada banyak tarikan yang menarik kedatangan pelancong dari seluruh dunia. Dari padang pasir Sahara yang indah hingga ke hutan hujan Congo, Afrika menyediakan kekayaan keajaiban semula jadi dan kepelbagaian budaya. ",
"Dengan kepelbagaian landskap unik dalam sempadannya, tidak hairanlah banyak negara Afrika mempunyai banyak tawaran dari segi saiz dan pengaruh budaya. Di Iluminasi, kami sudah berkongsi banyak artikel berkaitan keunikan yang terdapat di benua ini antaranya:",
"Kali ini, kami ingin kongsikan 5 buah negara terbesar di benua ini beserta dengan keunikan yang terdapat pada setiap satu daripadnya.",
"Berada di tangga ke 5 dalam senarai ini adalah Chad, negara yang mungkin kurang dikenali berbanding negara lain dalam senarai ini. Republik Chad mendapat namanya daripada Tasik Chad, yang menyediakan air kepada berjuta-juta orang di negara-negara bersebelahan.",
"Nama \"Chad\" berasal dari tempatan dan secara literal diterjemahkan kepada \"air besar\". Walaupun lebih 120 bahasa dan dialek biasa digunakan di Chad, bahasa Arab dan Perancis adalah bahasa rasmi.",
"Landskap Chad agak pelbagai, dan boleh dibahagikan kepada tiga zon berbeza. Sahelian Belt terletak di bahagian selatan negara ini dan ditakrifkan oleh kawasan besar padang rumput tropika. Di atasnya adalah Gurun Sahara yang terkenal, dan di selatan kedua-duanya terletak Savanna Sudan. Di antara tiga habitat yang berbeza ini, pelbagai jenis fauna dan flora dapat ditemui. ",
"Di Utara Chad dan Niger serta barat Mesir terletaknya Libya, sebuah negara yang mana 90% terdiri daripada Gurun Sahara yang menakjubkan. Masa lalu Libya penuh dengan konflik termasuk perjuangan menentang pengaruh Islam dan Itali sebelum negara itu akhirnya dapat mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1951.",
"Pergolakan awam berterusan sehingga hari ini, menyebabkan pelancong sering dinasihatkan untuk mengelak dari Libya ketika melancong di Afrika. Garis pantai Libya sepanjang 1,099 batu di sepanjang Laut Mediterranean adalah yang terpanjang di Afrika Utara. ",
"Tripoli, ibu negara dan pelabuhan perdagangan utama Libya adalah hab untuk perdagangan minyak Libya dan akitiviti haram pemerdagangan manusia. Populasi di Libya pula dianggarkan sekitar 6.375 juta orang.",
"Sudan bersempadan dengan Mesir dan Laut Merah dengan ibu kotanya terletak betul-betul di mana Sungai Nil Putih dan Sungai Nil Biru bergabung. Negara ini memiliki keluasan 1861481 persgi dengan 40.53 orang juta penduduk. Ibu ngara bag Sudah adalah Khartoum. ",
"Negara ini telah mendapat reputasi kerana memiliki bilangan piramid terbesar di Afrika. Piramid Sudan, yang jumlahnya melebihi 200, menempatkan kerabat diraja Kerajaan Kush yang memerintah Nubia purba. ",
"Piramid Meroe menjadi tarikan pelancong yang paling popular di Sudan. Piramid ini lebih sempit dan lebih tinggi daripada piramid Giza yang terkenal di dunia di Mesir dan kurang sesak oleh kumpulan pelancong. Struktur purba yang indah ini telah disenaraikan pada tahun 2011 sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.",
"Congo adalah negara kedua terbesar di benua Afrika dengan keluasan sekitar 2345408 km persegi. Juga dikenali dengan nama Republik Demokratik Congo, negara ini merupakan negara paling selatan di Afrika Tengah.",
"Congon mempunyai rupa bumi yang pelbagai dan beberapa spesies endemik hidupan liar seperti Bonobo dan Okapi. Mulut Sungai Congo bersambung ke Lautan Atlantik dan perairannya menyuburkan hutan hujan di sekitarnya, mengalir sangat kuat semasa musim hujan.",
"Hutan hujan Congo adalah rumah kepada beberapa puak pribumi, sering digelar suku \"Pygmy\" di Afrika. Penduduk suku Mbuti di hutan Ituri jarang diketahui ketinggiannya melebihi lima kaki. Mereka merupakan pemburu madu yang hasilnya digunakan untuk berdagang dengan kampung jiran.",
"Algeria adalah negara terbesar di Afrika. Secara rasmi dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Algeria, negara ini kebanyakannya terdiri daripada kawasan gurun Sahara yang kekal hampir keseluruhannya tidak berpenghuni. ",
"Majoriti penduduk Algeria tinggal dalam hanya 12% daripada jumlah kawasan darat di sepanjang pantai Mediterranean. Bahan api fosil adalah eksport utama negara ini, dengan gas asli dan petroleum membentuk 98% daripada semua eksport. Algeria adalah salah satu pembekal bahan api utama ke Eropah. ",
"Ibu negara bagi Algeria adalah Algiers. Penduduknya pula sekitara 41.32 juta orang. Negara yang sangat besar ini wujud sekitara tahu 1515. Menariknya, atlet dari negara ini telah bertanding dalam Sukan Olimpik sejak tahun 1964 dan telah memenangi 5 pingat emas. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kaedah-pikat-suami-orang-untuk-tujuan-mendirikan-rumahtangga.html | 5 Cara Ambil Hati Bakal Madu Untuk Terima Madu | [
"Isi hati seseorang wanita memerlukan seorang peneman di sisi mereka. Walaupun begitu, bukan semua wanita bernasib baik jatuh hati pada lelaki yang belum berpunya.",
"Ada situasi di mana seorang wanita tersuka kepada seorang lelaki lain, yang sudah mendirikan rumahtangga. Dalam situasi sebegini, yang biasa kita dengar kisahnya berakhir dengan tragedi kecurangan suami menduakan isteri tercinta.",
"Namun realitinya, masih ada jalan untuk setiap pihak dapat hidup bahagia bersama-sama. Bagaimana kaedahnya? ",
"Berikut adalah lima langkah paling ikhlas dan terbaik untuk seorang wanita memikat hati suami orang, sehingga menjejak ke alam rumahtangga.",
"Anda tidak merancang tetapi Tuhan menemukan anda dengan seorang jejaka yang sudah berpunya. Luluh hati anda. ",
"Jangan! Ada jalannya asalkan anda tahu batas-batas anda. Tidak salah untuk anda belajar mengenali lelaki itu. ",
"Kenalpasti siapakah dia yang sebenar, perangai dan perwatakannya, tutur katanya. Semua ini perlu anda lakukan dengan sulit, kerana menghormati status dia sebagai suami orang. ",
"Ini juga satu-satunya peluang untuk anda tahu di mana kedudukan anda. Jatuh cinta tak semestinya akan membawa kepada perkenalan lebih mesra. Kenali lelaki itu.",
"Adakah benar dia seseorang yang mampu anda terima atau hanya sekadar crush pejabat semata-mata? Wanita lebih tahu, jadi percayalah firasat anda.",
"Seandainya anda yakin anda bukan sekadar jatuh cinta tetapi sudah tertarik dengan peribadi dia, teruskan ke langkah kedua.",
"Langkah kedua memerlukan anda berani meluangkan lebih masa dengan dia. ",
"Bagi rakan sepejabat, situasi sebegini lebih mudah untuk dilaksana. Untuk yang berbeza tempat kerja, usahakanlah agar anda boleh terlibat bersama kerap pula.",
"Pada tahap ini biasanya seorang lelaki akan mula sedar ada sesuatu yang aneh sedang berlaku, seandainya dia seorang yang peka. Anda sebagai wanita jangan gopoh. Lelaki dalam peringkat ini sering salah faham, takut dia ingat anda perempuan jenis tergedik-gedik pula.",
"Baca reaksi dia. Lihat bagaimana dia menguruskan 'minat' anda. Jika dia tergopoh-gapah nak beralih ke tahap yang tak sepatutnya, maaflah - anda lupakanlah dia.",
"Selepas tahu dia bagaimana orangnya, luahkan isi hati anda dan beritahu yang anda sedar dia dah berumahtangga. Tunggu reaksi dia. ",
"Jika negatif, move on. Jika dia kata 'saya akan cerita pada isteri saya, tengok apa dia kata' - berdoalah agar peluang anda ada.",
"Bila dah tiba di tahap ini, debaran kuat mula terasa. ",
"Ingat batas-batas anda, hormati isteri dia. Jangan sama sekali rancang keluar berdua atau cuba melakukan sesuatu di luar batasan, kerana pengkhianatan adalah racun yang akan merosakkan banyak kebahagiaan.",
"Minta dia sampaikan hajat anda kepada isterinya. Kenapa nak malu? Lebih baik kita buat begini daripada rampas suami orang. Sudahlah curang, kita juga merosakkan rumahtangga yang mungkin sedang bahagia.",
"Tanam sikap sabar dalam diri, jangan mendesak lelaki itu untuk mempercepatkan semuanya. Berikan dia dan isterinya masa kerana dengan memberikan ruang, anda boleh menduga keikhlasan dia sama ada dia benar-benar ikhlas atau sekadar nak cuba-cuba saja.",
"Kami tidak mampu menduga apa reaksi seorang wanita sekiranya diberitahu ada wanita lain mahu berkongsi kasih dengan dia. Apa yang kami tahu, sekiranya anda jaga batas pergaulan anda dan tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya - peluang untuk si isteri mahu sekurang-kurangnya duduk bertemu dan berbincang dengan anda lebih cerah. ",
"Fahami sempadan anda. Sekiranya anda dah keluar dating berdua tanpa pengetahuan isteri dia, dosa itu akan anda tanggung sepanjang hayat anda walaupun anda dan dia sudah mendirikan rumahtangga. Kita tak mahu itu berlaku.",
"Anda diberitahu si isteri terkilan mendengar hajat anda. Itu normal. Tak ada wanita suka berkongsi kasih, walaupun mulut dia kata dia mampu terima.",
"Sebarang maklum balas daripada pihak isteri melalui suami sebagai orang tengah perlu anda terima dengan terbuka. Sekiranya anda sudah ke tahap ini memang sukar untuk terus menamatkan semua hanya kerana si isteri berkata tidak, tetapi realitinya itulah jalan terbaik. ",
"Berdoalah mana tahu 2-3 bulan lepas tu, si isteri berubah fikiran pula.",
"Dalam situasi paling optimum di mana si isteri melakukan keajaiban alam semesta bersetuju untuk berbincang tentang hajat kita, hendak tak hendak anda kenalah memberanikan diri bersua muka.",
"Gusar dan takut memang akan ada tetapi ingat, niat anda baik dan sepanjang usaha anda, anda tak pernah melangkaui batas anda dan kekal hormat dia sebagai isteri pertama. ",
"Langkah kelima dan terakhir bergantung dengan reaksi si isteri semasa pertemuan anda.",
"Dia mengaku dia redha, mungkin sudah jodoh suami dia. Tahniah kami ucapkan kepada anda.",
"Sekarang masuk tahap paling susah antara semua; meyakinkan pihak keluarga anda tentang pilihan hati anda. Kami yakin akan ada di kalangan ahli keluarga anda membantah keputusan yang anda buat dengan hujah 'punyalah ramai lelaki, suami orang juga yang kau nak.'",
"Tak apa. Ceritakan kepada mereka semua yang telah anda usahakan. Perjelaskan kepada mereka si isteri sudah memberi kebenaran dan mungkin itu tandanya jodoh ada.",
"Dalam fasa ini pasti akan ada pihak keluarga sendiri yang bermasam muka dengan anda, khususnya pihak wali anda sendiri. Usahakanlah memujuk dan buktikan keikhlasan anda. Mungkin juga memperkenalkan lelaki itu kepada mereka, boleh membantu meredakan suasana - dengan keizinan isteri dia.",
"Janganlah pula ajak bakal suami kahwin lari pula ya. Benda baik memang susah nak dikecapi. Yang senang dapat ni, biasanya runtuh sekejap saja. Selepas semuanya selesai dan anda berjaya meyakinkan pilihan anda tak salah - TAHNIAH kami ucapkan! Jemputlah kami makan nasi minyak.",
"WAH! Si isteri tiba-tiba mengeluarkan parang dari bawah meja dan menjerit-jerit ibarat orang gila sambil mengejar anda! ",
"Apa lagi? Larilah! Anda ingat semudah itu seorang isteri nak melepaskan suami yang dia sayang kepada wanita lain untuk berkongsi hidup?",
"Bila dah berada di tempat yang selamat, hubungi bakal suami anda dan tanya pula keadaan dia. Ye lah, kita takut juga dia pun jadi mangsa parang isteri dia.",
"Ingatkan si bakal suami, jika selepas ini isterinya bersetuju untuk berjumpa; syaratnya tidak boleh membawa sebarang senjata tajam dalam tas tangan atau di bawah meja.Mungkin juga lebih baik anda bersemuka melalui bualan secara video maya sahaja."
] |
https://iluminasi.com/bm/sindrom-ehlers-danlos-penyakit-yang-membuatkan-manusia-jadi-raksasa.html | Sindrom Ehlers-Danlos : Penyakit Yang Membuatkan Manusia Jadi Raksasa | [
"Setiap daripada kita mewarisi genetik berdasarkan susur galur keluarga kita. ",
"Ada sifat yang kita warisi memberikan kita kelebihan. malangnya ada juga sifat genetik yang boleh disifatkan sebagai kecacatan. Salah satu sindrom unik akibat kecacatan genetik adalah sindrom Ehlers-Danlos.",
"Individu yang memiliki kecacatan ini mempunyai perbezaan ketara, kerana terdapat kelainan pada struktur tubuh mereka. ",
"Kebolehan yang mereka miliki, boleh juga mengakibatkan kita merasa seram dengan keupayaan yang ada pada mereka.",
"Dari aspek saintifik, seorang penghidap sindrom Ehlers-Danlos mempunyai apa yang dikatakan mobiliti bersifat hiper pada bahagian-bahagian sendi tubuh mereka apabila dilipat atau dipusingkan. ",
"Keadaan ini berlaku disebabkan kelainan yang wujud pada tisu-tisu penyambung sendi dan tulang tubuh, yang mampu menregang jauh berbanding orang lain. ",
"Satu lagi sifat yang biasa dapat dilihat adalah keanjalan kulit bersifat hiper, di mana kulit mereka boleh diregangkan dalam skala lebih jauh berbanding orang lain. ",
"Dua perbezaan ini membolehkan seorang penghidap sindrom ini melakukan gerakan tubuh yang kurang terbatas pergerakannya, kerana kemampuan tisu-tisu dan otot yang terlalu fleksibel.",
"Bagaimanapun, apa keupayaan luar biasa mereka ada 'harganya'; ramai penghidap sindrom ini tahap lebih tinggi mudah berasa sakit setiap kali otot mereka terlebih pergerakannya.",
"Oleh itu, penyelidik mengkategorikan semua pesakit Ehlers-Danlos kepada 13 sub-kumpulan berbeza, bagi memperincikan keadaan sebenar mereka.",
"Penghidap Ehlers-Danlos kategori 'cardiac-valvular' bukan saja mempunyai pergerakan elastik, bahkan mereka mempunyai injap jantung yang bersifat sama - sehinggakan perlu menjalani pembedahan menggantikan injap jika ingin terus hidup.",
"Kategori 'vascular' mempunyai risiko mudah pecah pembuluh darah, disebabkan kecenderungan otot, kulit dan sendi untuk meregang melebihi had sepatutnya.",
" Disebabkan risiko ini, penghidap harus meminimakan gerakan bersifat ekstrim bagi mengelakkan berlaku pendarahan.",
"Bagi pesakit yang duduk dalam kategori Kyphoscoliotic, mereka mempunyai masalah pada bentuk tulang belakang yang melentur disebabkan oleh kelebihan pergerakan, meninggikan risiko rosak tulang belakang.",
" 10 lagi kategori lain mobiliti hiper antaranya melibatkan bahagian otot mata, sendi pada tengkorak yang boleh mengakibatkan otak seseorang terjejas, mobiliti pada sendi gigi yang menyukarkan pembentukan gigi sempurna dan beberapa kategori lain, bergantung kepada bahagian tubuh yang terjejas. ",
"Dalam kes-kes ekstrim sindrom Ehlers-Danlos, penghidap sindrom ini senantiasa mengalami kesakitan akibat pergerakan atau pusingan sendi yang sukar dikawal.",
"Malangnya, rasa sakit itu akan berubah-ubah mengikut fasa hidup bergantung kepada usia.",
"Pada usia muda, seseorang penghidap sindrom ini tidak menghadapi kesukaran melakukan pergerakan malahan boleh memalingkan badan atau bahagian tubuh mereka ke satu sudut yang agak menakutkan, disebabkan ketiadaan rasa sakit ketika melakukannya.",
"Bagaimanapun menjelang usia pesakit di antara 20-an ke 40-an, sendi yang sebelum itu dirasakan sangat longgar dan fleksibel mula mengeras, membataskan pergerakan mereka dalam kadar segera.",
"Perubahan ini mula mengakibatkan kesakitan dirasai setiap kali sendi perlu digerakkan.",
"Rasa sakit mula muncul tatkala otot mereka yang sebelum itu sudah lemah kerana tiada keanjalan, akan mula mengecut. ",
"Pengecutan otot-otot yang tidak pernah bekerja dengan betul mula mengakibatkan masalah pada setiap bahagian bersendi yang ada ditubuh. ",
"Bagi individu wanita, kesakitan pada bahagian pinggul atau pelvis akan mula dirasai dek kelemahan otot yang sebelum itu tidak mampu menyokong tubuh mereka.",
" Kulit yang sebelum itu mudah meregang akan mula mudah luka kerana struktur kulit yang turut lemah.",
"Seorang pesakit Ehlers-Danlos mempunyai jangka hayat purata yang pendek, dianggarkan hanya sekitar 48 ke 51 tahun jauh lebih rendah berbanding manusia lain.",
"Walaupun begitu ada juga di antara mereka berjaya hidup sehingga ke angka 80-an usianya, tetapi kes sebegini adalah kes-kes luar jangka."
] |
https://iluminasi.com/bm/semut-honeypot-semut-pengumpul-madu-untuk-koloni-semut.html | Honeypot: Semut Pengumpul Madu Untuk Koloni Semut | [
"Kita biasanya mendapatkan sumber madu daripada sarang lebah. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu lebah bukanlah satu-satunya haiwan yang mengumpul madu kerana terdapat sejenis semua yang turut mempunyai kemampuan mengumpulkan madu.",
"Digelarlar semut \"honeypot\" atau semut madu, adalah pekerja khusus dari beberapa spesies semut yang tugas tunggalnya adalah memakan nektar sehingga mereka menjadi simpanan madu hidup. ",
"Semut \"honeypot\" ini terdiri daripada beberapa spesies semut namun yang paling biasa ialah Camponotus inflatus. Semut honeypot ini adalah pekerja khusus yang bertindak sebagai simpanan hidup untuk koloni mereka apabil koloni mereka kekurangan makanan.",
"Penemuan semut dengan kemampuan unik ini pertama kali didokumentasikan pada tahun 1881 oleh Henry C. McCook dan diterangkan lebih lanjut pada tahun 1908 oleh William Morton Wheeler.",
"Semut pekerja ini memberi makan nektar yang dikumpul daripada pelbagai tumbuhan sehingga perut mereka mengembang ke tahap di mana mereka kelihatan bersedia untuk pecah dan menumpahkan cecair madu di da lamnya.",
"Dikenali sebagai 'madu semut', cecair manis itu dimuntahkan oleh semut honeypot setiap kali ahli koloni mereka memerlukan makanan apabila terdesak. Semut dalam koloni mengekstrak khasiat daripada mereka, melalui proses yang dikenali sebagai \"trophallaxis\".",
"Kebanyakan spesies semut honeypot ditemui di kawasan kering, padang pasir atau separa gersang di Australia, Amerika Syarikat, Mexico, dan di benua Afrika, di mana mencari sumber makanan boleh menjadi sukar, jadi pengeluaran dan penyimpanan madu dipercayai penyesuaian untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar ini.",
"Semut honeypot adalah sumber yang sangat berharga sehingga koloni semut lain kadangkala menyerang dan mencurinya. Di Australia, orang asli juga menghargai serangga yang dipenuhi madu dan akan mencari mereka.",
"Semut madu adalah unik dalam menggunakan badan mereka sendiri sebagai simpanan hidup.Apabila cecair yang disimpan di dalam semut honeypot diperlukan, semut \"pekerja\" mengusap antena semut honeypot, menyebabkan semut honeypot memuntahkan cecair yang disimpan daripada perutnya.",
"Dalam dokumentari Trials Of Life 1990, David Attenborough sendiri telah difilemkan dengan memasukkan semut honeypot ke dalam mulutnya. Boleh tonton video diatas yang memaparkan babak pendek beliau merasai sendiri madu dari semut ini. Jadi bagaimanakah perbandingan madu semut dengan madu lebah?",
"Menurut beberapa kajian, walaupun kedua-dua jenis kelihatan sangat serupa pada pandang pertama, madu semut honeypot mempunyai konsistensi yang kurang likat berbanding madu lebah. ",
"Ia manis, tetapi tidak begitu manis seperti yang biasa kita rasakan pada madu lebah dan mempunyai sedikit rasa masam yang tidak dapa kita rasai dalam madu lebah madu.",
"Satu lagi perbezaan ketara antara kedua-dua jenis madu ialah glukosa hadir dalam kuantiti yang lebih tinggi daripada fruktosa dalam madu semut, manakala sebaliknya berlaku untuk madu lebah madu. Kedua-dua jenis madu walau bagaimanapun tetap mengandungi antioksidan yang tinggi.",
"Semut honeypot seperti Melophorus bagoti dan Camponotus spp. adalah serangga yang boleh dimakan dan menjadi sebahagian daripada diet pelbagai Orang Asli Australia.",
"Orang-orang ini mengikis permukaan untuk mencari terowong menegak semut, dan kemudian menggali sedalam dua meter untuk mencari semut madu ini. Papunya, sebuahi Wilayah Utara Australia, dinamakan sempena kisah penciptaan semut madu, atau Dreaming, yang dimiliki oleh penduduk di sana, seperti Warlpiri.",
"Semut madu diraikan dalam Mural Semut Madu karya Western Desert Art Movement, yang dilukis pada tahun 1971."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-nama-uniseks-yang-sesuai-dipakai-kedua-dua-jantina.html | 10 Nama Orang Nusantara Yang Sesuai Dipakai Kedua-Dua Jantina | [
"Mana-mana istilah yang kita guna sebagai nama, biasanya sudah membayangkan apakah jantina pemilik nama tersebut.",
"Nama lelaki mempunyai perwatakan yang lebih tegas dengan makna yang mencerminkan sifat-sifat maskulin. Bagi kaum hawa pula, nama mereka mempunyai erti yang lembut, sesuai dengan perangai semulajadi kaum hawa yang lebih jelita.",
"Tetapi ada juga nama yang tak kekok untuk dikenakan kepada kedua-dua jantina, berbunyi asli dan sesuai tanpa menimbulkan kehairanan pada kita. ",
"Berikut adalah sepuluh nama yang popular dipilih sebagai nama lelaki ataupun wanita.",
"Fairuz atau variasinya Fairus, Firus, Feirus, Feroz dan bermacam kaedah ejaannya adalah nama yang mudah dijumpai dan tidak terhad hanya kepada satu jantina. ",
"Diambil daripada nama masyarakat Parsi, istilah yang bermakna 'kemenangan' ini sering digunapakai oleh masyarakat Islam bagi menamakan anak mereka.",
" Masyarakat kita biasanya akan membezakan jantina anak dengan penambahan nama seperti 'Siti Fairuz' untuk wanita atau 'Muhammad Fairuz' untuk lelaki.",
"Bagi masyarakat Muslim, istilah 'wahyu' sudah tidak perlu diperjelaskan kerana maknanya berkait dengan akidah orang Islam; merujuk kepada perintah Allah swt.",
"Oleh kerana bersifat am, penggunaan istilah ini sebagai nama juga kena dengan mana-mana jantina. ",
"Boleh diguna secara tunggal atau dengan penambahan kata nama seperti 'Muhammad Wahyu' atau 'Nurul Wahyu', mungkin juga digubah sebagai 'Wahyuni' untuk wanita. ",
"Ejaannya juga boleh disingkatkan kepada 'Wahy' jika dipilih sebagai nama. ",
"'Rizqi' adalah varian berbeza perkataan asal Arab 'Rizq' yang membawa makna sumbangan, lebih jelas merujuk kepada sumbangan atau pemberian Tuhan kepada manusia.",
"Dalam bahasa Melayu, 'rizqi' sering terpilih sebagai nama sementara perkataan 'rezeki' pula diguna untuk merujuk kepada makna asal istilah Arabnya, walaupun kedua-duanya membawa makna serupa. ",
"Sangat versatil penggunaannya, Rizqi sesuai untuk kedua-dua jantina tetapi masyarakat kita seperti biasa gemar membezakan penggunaannya.",
"Penambahan seperti 'Adam Rizqi' biasanya untuk lelaki sementara 'Putri Rizqi Amalina' pula merujuk kepada wanita.",
"'Dani' merupakan antara nama yang sangat versatil, kerana diguna pakai oleh banyak kaum di serata dunia.",
" Jika dirujuk bahasa Arab, 'dani' membawa makna 'dekat' biasanya dirujuk sebagai 'dekat dengan Tuhan.'",
"Biasa ditulis sebagai Dani, Dhani, Daniel, Dania atau pelbagai variasi berbeza; dua 'Dani' yang kita kenali adalah Ahmad Dhani dari Indonesia dan Danni Minoque, artis dari Australia.",
"Bintang mungkin kurang kerap kelihatan di masyarakat Malaysia, tetapi di Indonesia nama ini cukup popular. ",
"Kerap juga penulis menemui masyarakat Indonesia menamakan anak perempuan mereka 'Bintang Kartika'. Untuk lelaki pun ada, tetapi tak ramai seperti wanita.",
"Anda ada kawan lelaki nama 'Bintang'? Ada panggil dia apa, 'Bin' atau 'Tang'?",
"Istilah 'Hanan' walaupun asalnya daripada bahasa Ibrani merupakan sebuah istilah maskulin, dikatakan berasal daripada istilah 'Johanan' atau 'Yohanan' yang merujuk kepada 'kemurahan rahmat Tuhan.'",
"Walaupun dalam era sekarang bunyinya sudah berbunyi lebih lembut, nama ini tetap sesuai untuk diguna oleh lelaki atau pun wanita serta ada disebutkan dalam al-Quran dengan sebutan 'hannan'. ",
"Di kalangan masyarakat barat khususnya penganut agama Kristian, varian wanita bagi nama ini ditulis sebagai 'Hannah' sementara varian lelaki dieja sebagai 'Hanniel.' ",
"Kesemua istilah yang kami sebutkan mempunyai makna yang sama. Hanya 'Hanat' membawa makna berbeza. Jangan namakan anak anda Hanat.",
"Seperti 'Rizqi' nama 'Sufi' juga segak berdiri jika digunakan mengikut ejaan asalnya serta sesuai untuk diguna terus, baik dalam contoh nama lelaki seperti 'Muhammad Iman Sufi' atau 'Siti Aqilah Sufi' bagi wanita.",
"Istilah ini datangnya daripada perkataan Arab 'suf' yang membawa makna 'kapas', jadi 'sufi' membawa maksud 'orang yang memakai pakaian kapas.' ",
"Ada pendapat menyebut nama 'Sufi' ini diangkat bukan saja sebagai nama individu bahkan sebagai nama aliran Islam 'Sufi', adalah disebabkan Rasulullah saw. gemar memakai pakaian berasaskan kapas. ",
"Pakaian kapas dianggap sebagai simbol kesederhanaan yang sepatutnya diamalkan masyarakat Islam.",
"Mungkin ada di antara anda akan tertawa kecil melihat nama ini disenaraikan kerana nama ini adalah nama seorang ahli politik terkenal di negara kita. ",
"Kita ada ahli politik bernama Azmin Ali, pemain bola sepak Azmin Azram Abdul Aziz. Ramai wanita menggunakan nama 'Azmin' tetapi diubah ejaannya seperti 'Sara Azmeen' atau 'Azmeen Nadira.'",
"Tak kiralah ditulis sebagai Emi, Amy, Emmi, Ami, Ammy atau apa saja variannya, nama ini mempunyai bunyi yang lebih keperempuanan namun masih sesuai diguna sebagai nama lelaki. ",
"Kita ada Amy Search, singkatan daripada Suhaimi. Ramai juga lelaki memakai nama Emi yang dipadankan dengan nama lain seperti Emi Shah, Muhammad Emi atau sebagainya. ",
"Bagi wanita, Emi boleh dipadankan dengan lebih mudah seperti Emi Natasha, Nur Puteri Emilia dan bermacam lagilah.",
"Tidak jelas daripada mana istilah ini berasal. Jika dalam bahasa Arab, istilah 'amm' membawa makna seseorang yang dihormati, disebut sebagai 'ammu'. Di kalangan masyarakat Kristian pula, Ammy membawa makna seseorang yang disayangi.",
"Bagi masyarakat Melayu di Malaysia, nama 'Nur' atau variannya sama ada 'Noor', Nour' atau 'Nor' lebih secocok dengan nama wanita. Sehinggakan jika kita lihat senarai nama pelajar sekolah rendah, penuh nama pelajar perempuan bermula dengan istilah sama.",
"Walaupun begitu, bagi masyarakat seperti orang Bangladesh, Pakistan dan India, ramai lelaki Muslim di sana mempunyai nama 'Noor' atau variannya. Maksud istilah ini adalah merujuk kepada cahaya. ",
"Masyarakat kita jarang meletakkan 'Nur' di depan untuk anak lelaki, sebaliknya lebih gemar meletakkannya di tengah sebagai contoh 'Muhammad Noor Ilham' atau 'Mohd. Nur Azmin.' ",
"Bagi wanita pula, penggunaanya lebih versatil sama ada diguna sebagai pangkal nama seperti 'Nur Aliah Diana' atau dipertengahan seperti 'Putri Nur Atiqa.' "
] |
https://iluminasi.com/bm/siapakah-yang-pertama-membuat-paparan-adegan-pasca-kredit-filem.html | Siapa Yang Mulakan Adegan Pasca-Kredit Filem? | [
"Bagi peminat filem Marvel Cinematic Universe (MCU), antara adegan atau babak yang ditunggu-tunggu adalah babak selepas kredit filem itu tamat. Boleh dikatakan hampir kesemua filem ter baru MCU mempunyai elemen ini, membuatkan penonton tertunggu-tunggu sehingga tamat bahagian kredit filem itu.",
"Babak selepas kredit atau \"post-credit scene\" adalah antara strategi pengarah filem mengacah penonton dengan sambungan filem berikutnya yang mungkin menjadi sambungan kepada filem yang baru sahaja tamat itu. Malah, terdapat juga filem-filem di luar MCU yang turut menggunakan cara yang sama. ",
"Walaupun filem-filem MCU ini begitu sinonim dengan babak selepas tamat kredit ini, adakah mereka yang memulakannya? Apakah terdapat filem-filem terawal yang menggunakan strategi sebegini untuk mengacah penonton sebelum MCU mempopularkannya?",
"Ya, paparan babak selepas tamat kredit sesebuah filem itu sebenarnya sudah wujud puluhan tahun lalu atau lebih tepat lagi ketika era filem tahun 1960-an. ",
"Trend ini bermula pada tahun 1960-an apabila kredit (yang semakin lama) berpindah ke penghujung filem, memberi laluan kepada babak pengacah pasca-kredit. Adegan atau babak pasca-kredit pertama kali dimuatkan dalam The Silencers (1966).",
"Menampilkan Dean Martin dan Daliah Lavi, The Silencers mengikuti ejen rahsia Matt Helm yang keluar dari persaraannya untuk menghalang Big O daripada menjana konflik nuklear global. Filem ini berdasarkan novel dengan nama yang sama oleh Donald Hamilton. Karakter spoof pengintip ini cukup popular untuk menjamin penciptaan tiga filem susulan selepas itu. ",
"The Silencers dipercayai filem pertama memaparkan adegan pasca-kredit yang memaparkan adegan Helm yang dikelilingi oleh wanita cantik dengan kapsyen \"Matt Helm Will Return,\" mengcah penonton untukk filem sekuelnya. ",
"Murderer’s Row (1966), sekuel kepada The Silencers, keluar kira-kira setahun selepas tahun itu. Tetapi The Silencers tidak hanya menetapkan duluan untuk adegan pasca-kredit: ia mengikat mereka secara intrinsik dengan pembikinan filem francais. ",
"James Bond kini merupakan salah satu francais filem terbesar yang ada dan pada tahun 60-an telah pun memulakan tradisi mengacah penonton sekuel filem yang akan datang.",
"Tidak semua paparan adegan pasca-kredit bertujuan untuk mengacah filem sekuel. Ada yang lebih kepada memberi mesej kepada penonton, seperti dalam kes filem eksploitasi 1968 She-Devils on Wheelatau The Muppet Movie 1979, apabila Animal cuba membawa keluar penonton wayang yang berkeliaran dengan memberitahu mereka untuk “Go Home\".",
"Trend mengacah filem menggunakan adegan pasca-kredit mendapat lebih tarikan pada tahun 80-an dengan kedua-dua Young Sherlock Holmes (1985) dan Masters of the Universe (1987) membangkitkan semula penjahat — Moriarty dan Skeletor — yang telah dikalahkan.",
" Sekuel Masters of the Universe walaubagaimanapun tidak pernah direalisasikan. Benar, tahun 80-an dan 90-an menyaksikan banyak filem yang menyelitkan adegan pasca-kredit namun filem sekuelnya tidak pernah menjadi kenyataan. ",
"Peningkatan penggunakan adegan pasca-kredit berterusan sepanjang 90-an dan awal 2000-an. Maka memang benar bahawa Marvel tidak mencipta adegan pasca-kredit. Walau bagaimanapun, ia telah mempopularkannya seperti tiada filem lain.",
"Adegan selepas kredit mereka telah menjadi seperti penghubung antara filem yang menambat mereka semua dalam alam semesta yang sama walaupun, pada awalnya, mereka kelihatan tidak mempunyai apa-apa persamaan. ",
" Walaupun Daredevil (2003) adalah filem Marvel pertama dengan adegan pasca-kredit, Iron Man 2008 adalah filem yang benar-benar melancarkan Marvel Cinematic Universe: khususnya, apabila Nick Fury melawat Tony Stark untuk memberitahunya tentang kewujudan \"Avengers.\" ",
"Presiden Marvel Kevin Feige menjelaskan bahawa idea untuk menggunakan adegan pasca-kredit dalam MCU datang daripada fakta bahawa sebagai seorang kanak-kanak, beliau benar-benar suka menikmati kredit filem dan melihat siapa yang menjayakan sesebuah filem tersebut.",
"Apabila menonton filem \"Ferris Bueller's Day Off\" buat kali pertama, beliau mendapati terdapat adegan tambahan selepas kredit tersebut dan itu merupakan detik transformasi. Beliau menganggapnya sebagai sebuah \"ganjaran\" kerana mennton kredit sehingga habis.",
"Beliau pernah memberitahu dalam sebuah wawancara dengan Entertainment Weekly pada 2018 bahawa adegan itu memberi inspirasi kepada tradisi pasca-kredit Marvel hari ini.",
"Berikut merupakan senarai 5 filem dipercayai yang terawal memaparkan babak atau adegan pasca-kredit:"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-pekerjaan-yang-semakin-tidak-relevan-kerana-ai.html | 5 Pekerjaan Yang Terjejas Teruk Kerana Kepintaran Buatan (AI) | [
"Sebagai penulis Iluminasi, kami sering menceritakan kepada anda tentang kehebatan kepintaran buatan (selepas ini akan dirujuk sebagai AI atau 'artificial intelligence') yang mampu melakukan bermacam perkara melibatkan kiraan komputer dengan kadar segera.",
"Walaupun ramai mengagumi kemampuan AI, amaran tentang AI yang semakin pintar disebabkan kemampuannya mentafsir dan mengolah data besar sehingga mampu menggantikan hasil tangan manusia tetap perlu dibunyikan; termasuklah oleh kami di sini.",
"Sejak setahun dua ini kontroversi berkait AI semakin kerap kedengaran, kerana kepintaran buatan ini sudah mula diterima bagi memecah masuk bidang yang asalnya memerlukan kemahiran manusia sepenuhnya. ",
"Agak menakutkan bagaimana AI sudah diterima pakai, sehingga mampu menggantikan lima kerjaya di bawah dengan hasil kerja yang berbaloi dengan bajet semuanya.",
"Sekiranya anda seorang pelukis - apa yang sedang melanda industri pengkaryaan khususnya seni digital ketika ini pasti menggusarkan anda.",
"Kemampuan AI menghasilkan karya lukisan sudah halus hasilnya, membolehkan sesiapa saja 'mengeluarkan' karya lukisan digital hanya dengan menaip beberapa ayat sebagai kata kunci panduan. Laman web komuniti artis digital di internet semakin kerap diselubungi kontroversi, khususnya apabila membincangkan berkenaan hak cipta.",
"Sistem AI memerlukan pengkalan datanya mengkaji dan meneliti jutaan karya sedia ada bagi memudahkannya memahami dan menjana karya baru. Namun keperluan ini dikritik pengkarya sebenar, kerana kebanyakan sistem AI tidak mendapatkan keizinan untuk karya-karya ini digunakan sebagai 'ilham.'",
"Lebih haru, karya yang dihasilkan oleh AI adalah interpretasi berbeza karya-karya sedia ada yang jelas meniru atau merekabentuk semula. Tetapi dek kerana ketiadaan undang-undang hak cipta yang jelas berkaitan AI, pelukislah yang jadi mangsa.",
"Kami dah cuba beberapa laman web AI yang mampu menghasilkan penulisan digital berdasarkan kepada input kata kunci. Hasilnya menakutkan kami.",
"AI untuk penulisan ketika ini mampu menghasilkan penulisan bersifat am yang lebih baik berbanding mana-mana terjemahan Google Translate. ",
"Namun apa yang belum ada adalah 'sentuhan peribadi', elemen yang memberikan karya atau artikel sesuatu identiti. Kami yakin berdasarkan perkembangan yang ada, kelemahan ini dapat diatasi tidak lama lagi.",
"Apa yang sangat-sangat menakutkan kami, kami takut di masa depan AI sudah mampu menulis artikel berasaskan fakta dengan mudah. Setiap kali kami sebagai penulis hendak menulis, kami perlu merujuk silang sama ada dari laman rujukan di internet dan kadangkala rujukan buku juga.",
"AI dapat melakukan rujuk silang sekelip mata, kerana data-datanya sudah tersedia.",
" Seandainya kami memerlukan sehari untuk menulis artikel '5 perkara menarik tentang Malaysia', AI mampu menulisnya tak sampai seminit kerana kemampuannya menarik informasi tak boleh dilawan manusia biasa.",
"Kisah sedih pereka grafik dibayar murah oleh individu atau syarikat yang berkehendakkan rekaan logo bagi tujuan pembinaan profil korporat, adalah kisah yang kerap kedengaran.",
"Sedih untuk kami katakan, kisah sebegini mungkin pupus di masa hadapan dek kemampuan AI. Sebuah syarikat kini boleh menggunakan khidmat berbayar AI bagi mereka bentuk logo dan profil syarikat, disiapkan dalam kadar segera dan murah.",
"Tak perlu lagi syarikat dan pereka bergaduh kerana langgar deadline atau mahukan pembetulan dijalankan. Tengok logo Iluminasi yang kami jana dengan AI di atas. ",
"Berapa lama kami perlu untuk jana ketiga-tiga logo? Tak sampai 2 minit dah siap semuanya. Klik klik klik. Siap tiga.",
"Sama seperti pelbagai jenis format karya yang mampu dihasilkan AI, seni gubahan muzik juga telah mula diterima dalam industri profesional.",
"Sekiranya AI jadi semakin pintar, tidak ada lagi keperluan untuk syarikat rakaman menggajikan komposer dan penulis yang berbakat mencipta lagu. ",
"Sebaliknya, lagu boleh dihasilkan dengan mudah, taip saja mesej liriknya dan genre apa , tup tup tup terhasillah sebuah lagu untuk dijual kepada pendengar. Lebih menguntungkan, bayaran royalti tidak lagi perlu dikeluarkan kepada komposer atau penggubah lagu.",
"Keuntungan 100% akan diterima oleh syarikat rakaman atau mungkin jika perlu dikongsi, akan dikongsi dengan syarikat pengendali AI.",
"Sekiranya anda tinjau, AI bagi penghasilan lagu sudah mempunyai keupayaan untuk menghasilkan album lengkap tetapi rata-rata vokalnya masih memerlukan khidmat suara manusia. ",
"Di masa depan, tak mustahil penyanyi atau vokalis pun tak lagi diperlukan kerana AI sudah mampu menjana suara mengikut ketetapan. Nak lagu berentak Irama Malaysia, tapi dinyanyikan penyanyi dari luar Malaysia? AI boleh melakukannya.",
"Dalam tahun 2019, kami telah menerbitkan sebuah artikel berkenaan projek penghasilan pempengaruh atau influencer yang dijana oleh AI. ",
"Jika 3 tahun dahulu prospek itu agak menakutkan, kini situasinya tampak lebih menyeramkan.",
"Kemampuan AI menjana 'seorang pempengaruh maya' bukan saja terhad kepada penciptaan watak, malahan AI juga mampu merekabentuk kandungan berteraskan identiti seorang pempengaruh popular, yang akan mengakibatkan masyarakat dunia mudah dipesongkan; untuk mengikuti perjalanan karier seseorang yang sebenarnya tiada.",
"Syarikat pengendali AI sebegini juga boleh menyebarkan apa saja mesej yang mereka suka melalui siaran, tanpa kita sedar kita sebenarnya diperdaya.",
"Bersandarkan kepada teknologi AI, syarikat pengendali bukan saja mampu 'melahirkan' pempengaruh lengkap serba-serbi berbakat dalam pelbagai bidang, mengacara, menyanyi, berlakon; mampu menggantikan seorang pempengaruh sebenar yang lebih terhad kemampuannya.",
"Silap-silap ada di antara kita ketika ini sudahpun terjebak mengikuti rutin hidup seorang pempengaruh media sosial, yang sebenarnya hanyalah nilai binari dan angka tetapi diberikan watak ibarat manusia biasa."
] |
https://iluminasi.com/bm/kisah-bagaimana-qatar-menjadi-kaya-dengan-sangat-cepat.html | Kisah Bagaimana Qatar Menjadi Kaya Dengan Sangat Cepat | [
"Qatar mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1971 dan ketika itu, ia merupakan antara ekonomi termiskin di timur tengah. ",
"Namun sejak tiga dekad yang lalu, Qatar berubah menjadi antara salah sebuah negara dengan ekonomi terkaya di dunia.",
"Ramai yang percaya bahawa penemuan minyak dan gas asli adalah punca kepada kejayaan ekonomi Qatar.",
"Fakta ini benar kerana minyak dan gas asli sememangnya memainkan peranan besar dalam mengubah ekonomi Qatar.",
"Namun memiliki sumber semula jadi sahaja tidak bermakna mereka akan menjadi kaya. ",
"Banyak negara yang dikurniakan dengan sumber alam namun ia tidak membuatkan mereka kaya malah sebaliknya, contoh yang paling mudah adalah Korea Utara dan Venezuela.",
"Apa yang berbeza dengan Qatar adalah mereka tahu cara untuk menguruskannya dengan begitu efektif.",
"Untuk beberapa dekad yang lalu, permintaan terhadap minyak dan gas asli meningkat. Hal ini sekaligus memberi manfaat kepada Qatar untuk menjadi ekonomi terkaya di Timur Tengah.",
"Medan minyak pertama ditemui seawal tahun 1939 iaitu di medan Dukhan, namun ia tidak mengubah Qatar menjadi sebuah negara yang mewah.",
"Pada tahun 1951, Qatar mengeluarkan 46,500 tong minyak sehari, memberikan hasil $4.2 juta.",
"Penemuan medan minyak luar pesisir dan pembangunannya oleh Shell membawa kepada peningkatan dalam pengeluaran Qatar kepada 233,000 tong sehari.",
"Hasil baharu daripada eksport minyak menjadikan keluarga pemerintah semakin kaya dan Qatar memulakan proses pemodenan yang perlahan.",
" Sekolah pertama negara, hospital, loji kuasa, loji penyahgaraman, dan pertukaran telefon semuanya dibuka pada tahun 1950-an.",
"Pada tahun 1971, medan gas asli terbesar di dunia, medan South Pars/North Dome Gas-Condensate, ditemui di luar pantai Qatar.",
"Pengeluaran petroleum masih berjalan tinggi pada masa itu, jadi lapangan yang baharu ditemukan ini tidak dibangunkan lagi.",
"Permintaan gas asli juga tidaklah begitu tinggi pada ketika itu kerana pada tahun 1970an, gas asli hanya boleh diangkut melalui saluran paip gas.",
"Qatar juga jauh dari tempat di mana gas asli mendapat permintaan tinggi dan ini adalah satu masalah besar. Jadi tidak lama kemudian, Qatar melupakan medan gas asli besar yang dimiliki ini.",
"Syeikh Hamad bin Khalifa Al-Thani kemudiannya mengambil takhta dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah daripada bapanya Emir Khalifa bin Hamad, semasa beliau berada di Switzerland.",
"Di bawah kepimpinannya, Qatar sekali lagi mula mengeksploitasi medan gas asli gergasi mereka.",
"Salah satu langkah pertama Sheikh Hamad ialah mempercepatkan pembangunan lapangan North Dome. ",
"Sheikh Hamad mula melabur dalam teknologi yang jarang dilakukan seperti pencairan yang boleh membawa gas asli dalam bentuk cecair.",
"Cara ini membolehkan gas asli diangkut menggunakan kapal besar seperti minyak. Tetapi untuk melakukan ini, gas asli perlu disejukkan pada suhu -161 Celcius.",
"Oleh itu, Qatar melaburkan dengan banyak bagi membangunkan teknologi ini untuk meningkatkan permintaan gas asli mereka dari negara yang terletak jauh.",
"Dengan ini, Qatar menjadi pengeksport gas asli cecair terbesar di dunia.",
"Kos pengekstrakan dan pencairan yang ditanggung Qatar adalah termurah berbanding negara lain di dunia, sekaligus membolehkan mereka mengaut keuntungan walaupun dijual pada harga yang rendah.",
"Kebanyakan gas asli Qatar dieksport ke ekonomi Asia seperti Jepun, Korea Selatan, dan China.",
"Qatar juga mampu mengeksport gas aslinya ke seluruh dunia, yang menjadikan ekonomi mereka sebagai salah satu yang terhebat di Timur Tengah.",
"Seperti yang dinyatakan di atas, mempunyai rizab minyak dan gas yang besar tidak menjamin bahawa ekonomi boleh menjadi kaya, seperti Venezuela.",
"Kebanyakan ekonomi yang kaya dengan minyak membelanjakan wang tersebut dan bukannya menyimpan untuk kemudian hari bagi membina ekonomi mereka.",
"Tetapi Qatar tahu bahawa hasil minyak sangat tidak menentu, jadi mereka mula menyimpan perolehan yang diterima dari hasil minyak dan melaburkannya di seluruh dunia.",
"Qatar Investment Authority (QIA) adalah dana yang dilancarkan oleh kerajaan negara ini pada tahun 2005.",
"Sebagai dana kekayaan negara, ia melaburkan wang yang diterima daripada hasil minyak untuk menjadikan ekonominya lebih berdaya tahan dan mengurangkan pergantungan kepada minyak dalam jangka panjang.",
"QIA melabur dana di peringkat antarabangsa untuk mempelbagaikan dan mengembangkan aset ekonominya di seluruh dunia seperti hartanah, syarikat awam dan mata wang.",
"Matlamat QIA adalah untuk menghasilkan pulangan yang baik dan menghapuskan pergantungan kepada minyak dan gas asli.",
"Ini adalah perbezaan antara Qatar dan ekonomi miskin lain yang dikurniakan dengan sumber asli.",
"Apabila Ekonomi Qatar menjadi semakin kaya dan berkembang dari segi saiz, pengaruh global Qatar juga semakin meningkat.",
"Ini membuatkan banyak ekonomi Timur Tengah bimbang seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.",
"Apabila emir baharu mengambil alih kuasa, salah satu matlamat beliau adalah meningkatkan pengaruh global Qatar.",
"Pada tahun 2003, Arab Saudi meminta Amerika Syarikat untuk membawa tenteranya keluar dari negara mereka.",
"Qatar melihatkan ini sebagai satu peluang keemasan, lantas memperlihatkan negara mereka sebagai destinasi baharu untuk tentera AS.",
"Mereka membelanjakan lebih daripada RM4 bilion untuk membina pangkalan tentera yang mana membuatkan Qatar selesa dengan keselamatan negaranya.",
"Pada tahun 2016, Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu mengenakan sekatan ke atas Qatar kerana dakwaan menyokong organisasi pengganas.",
"Tetapi sekatan tersebut gagal dalam percubaan mereka untuk memperlahankan pertumbuhan ekonomi Qatar.",
"Dan dengan Qatar sebagai ekonomi Timur Tengah pertama yang menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada 2022, menunjukkan betapa kuatnya kuasa dan kekayaan dimiliki negara ini.",
"KDNK per kapita Qatar telah meningkat daripada 2,755 pada tahun 1970 kepada 61,276 pada tahun 2021. ",
"Ia adalah salah satu yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 22 kali ganda."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-bendera-negara-arab-berwarna-merah-putih-hitam-dan-hijau.html | Kenapa Bendera Negara Arab Berwarna Merah, Putih, Hitam dan Hijau? | [
"Masyarat Arab tak kiralah yang duduk di benua Asia ataupun di sebelah Afrika, mempunyai identiti yang mirip walaupun berbeza negaranya. ",
"Salah satu persamaan yang cukup ketara adalah bagaimana majoriti negara Arab mempunyai keselarian dalam merekabentuk bendera negara. Kecuali beberapa negara, majoritinya mengadunkan warna merah, putih dan hitam sebagai asas dengan campuran hijau sebagai warna keempat bendera.",
"Kenapa persamaan ini wujud dan apakah simboliknya warna-warna itu dengan masyarakat mereka?",
"Satu peristiwa dalam sejarah masyarakat Arab yang sangat penting, melibatkan era kebangkitan kumpulan nasionalis di kalangan orang Arab bangkit menentang penguasaan kerajaan Uthmaniyah di tanah air mereka.",
"Peristiwa yang dikenali sebagai 'Revolusi Arab' melibatkan dua buah pihak bertelagah; kumpulan pejuang dikenali sebagai gerakan Hijaz yang bangkit menuntut pembebasan daripada kerajaan Uthmaniyah, pada ketika itu diperintah oleh Sultan Mehmed ke 5 awal abad ke 20.",
"Kumpulan pemberontak Hijaz disokong kuat kerajaan Britain, yang berjanji akan mengiktiraf kedaulatan sebuah negara baru orang Arab sekiranya gerakan Hijaz berjaya mencapai matlamatnya. Selain Britain, Hijaz juga disokong oleh kerajaan Perancis.",
"Di pihak kerajaan Uthmaniyah, empayar itu disokong Empayar Jerman dengan bantuan kerajaan kecil Khalifah Rashidi dinamakan sebagai kerajaan Jabal Shammar, ketika itu mentadbir beberapa kawasan sekitar Arab Saudi, Iraq dan Jordan sekarang.",
"Sebagai simbolik rasmi permulaan penentangan ini, gerakan Hijaz mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Hijaz yang bertapak di kawasan Semenanjung Arab dengan Mekah menjadi pusat pentadbiran kerajaan baru itu, pada bulan Jun tahun 1916; menjadi titik tolak bermulanya revolusi masyarakat Arab bangkit atas semangat penyatuan kebangsaan.",
"Kerajaan Hijaz diketuai seorang pemimpin bernama Hussin bin Ali al-Hashimi, pemimpin kanan yang menjawat jawatan Ketua Kota Mekah sejak tahun 1908.",
"Seorang yang dihormati kerana keturunannya, Hussin berasal dari suku bani Hashim yang dihormati serta cucu cicit Rasulullah saw. dalam generasi ke 37.",
"Bertindak sebagai komander perang, penggempuran ke atas kawasan strategik yang ditadbir Uthmaniyah dimulakan Hussin sejak 5 Jun 1916 lagi, menerusi angkatan perang kendalian dua anaknya Ali dan Faisal yang menggempur kota Madinah.",
" Bagaimanapun cubaan menakluk kota suci itu digagalkan selepas 3 hari bertempur, memaksa Ali dan Faisal berundur.",
"Pada tanggal 10 Jun 1916 selepas pengisytiharan pembentukan kerajaan Hijaz, mereka mengubah strategi bergerak menyerang beberapa kawasan lebih kecil. Hasil perubahan taktikal ini, beberapa jajahan Uthmaniyah mula dapat mereka kuasai. ",
"Kumpulan-kumpulan gerakan pembebasan lebih kecil yang bekerjasama dengan Hijaz turut melakukan serangan serampang dua mata, menceroboh kawasan pelabuhan-pelabuhan strategik bagi melemahkan pengaruh empayar Uthmaniyah dalam aspek laluan maritim.",
"Dengan bantuan pesawat pengebom Britain yang menggempur dari udara, bandar pelabuhan utama seperti Rabigh, Yanbu dan Jeddah berjaya dirampas sekitar bulan Julai tahun sama; membolehkan bekalan perang angkatan Hijaz dapat disalur ke lokasi tertentu dengan lebih berkesan.",
"Projek jalan keretapi kerajaan Hijaz yang terbengkalai selepas hilang kuasa",
"Selepas siri pertempuran di antara kedua-dua pihak, tentera Uthmaniyah akhirnya gagal menandingi kemampuan tentera Hijaz dengan sokongan kuat Britain; banyak lokasi strategik mereka telah dirampas dan dikuasai lawan.",
"Faisal berjaya meluaskan pengaruh selepas merampas Aqaba (kini sebuah bandar pelabuhan di Jordan) dengan bantuan Jeneral British bernama Sir Edmund Allenby. ",
"Dengan penaklukan Aqaba, Faisal bertindak menyatukan pelbagai kumpulan pejuang revolusi di bawah satu unit bernama Angkatan Tentera Arab Utara, bagi membolehkan taktik perang lebih jitu dijana. ",
"Angkatan Tentera Arab Utara terus mara dari satu lokasi ke lokasi, tiba ke pusat pentadbiran empayar Uthmaniyah di Damascus dengan bantuan tentera berkuda dari Australia pada 1 Oktober 1918. ",
"Sebulan kemudian akibat risiko tewas, kerajaan Uthmaniyah menawarkan gencatan senjata dan rundingan di atas meja. Kerajaan Hijaz berjaya mencapai matlamat mereka untuk ditubuhkan. Namun perjanjian rasmi di antara Britain dan Perancis yang dimeterai tahun 1919, meminimakan kawasan taklukan Hijaz.",
"Britain dan Perancis sama-sama berbincang hanya sesama mereka, mengagihkan Iraq, Palestin dan Transjordan (gelaran Jordan ketika dibawah perlindungan Britain) kepada Britain sementara Perancis pula menguasai Syria. ",
"Penyatuan masyarakat Arab di bawah satu panji kepimpinan Hijaz walaupun berjaya berlaku berakhir dengan rasa kurang gembira. Raja Hussin yang ditabalkan sebagai raja kerajaan Hijaz terpaksa berpuas hati dengan jajahan yang lebih kecil saiznya berbanding apa yang dijangka.",
"Naik ke takhta mentadbir jajahan takluknya, Raja Hussin menyaksikan sendiri jatuhnya kawasan-kawasan jajahan Uthmaniyah ke tangan orang barat. Dia juga bersengketa dengan Britain tatkala Britain merencanakan perpindahan orang Yahudi ke Palestin. ",
"Sedar dirinya telah diperguna, Raja Hussin sedar lama-kelamaan pengaruhnya sudah tiada dek dipermainkan kuasa barat. ",
"Rampasan kuasa yang dilakukan oleh orang Bani Saud ke atas jajahan Hijaz memaksa Raja Hussin dan kerajaannya melarikan diri mencari suaka di mana anak-anaknya memegang kuasa. ",
"Lebih meruntun hati, Britain dan Perancis yang sebelum itu bergelar sahabat hanya melihat saja. ",
"Kerajaan Hijaz hilang penguasaan ke atas lokasi penting kota suci Mekah dan Madinah, sementara Hussin pula dibuang ke Cyprus di mana dia menghabiskan hari-hari tua sebelum meninggal dunia di Amman, Jordan dalam tahun 1931.",
"Di tengah-tengah semua konflik melibatkan kerajaan Hijaz, terdapat satu simbol yang dijulang sebagai penyatu identiti mereka iaitu bendera Revolusi Arab atau lebih dikenali sebagai bendera Hijaz, menggunakan warna merah, hitam, hijau dan putih.",
"Direka secara kerjasama oleh pegawai diplomat Britain dengan pemimpin gerakan Hijaz, empat warna yang diadunkan dipilih bagi mewakili makna simbolik masyarakat Arab di sana. ",
"Warna hitam mewakili panji hitam yang diguna kerajaan Islam terdahulu ketika era Rasulullah saw. dan khalifah seterusnya, putih mewakili panji putih era Khalifah Umayyah dan merah mewakili warna Bani Hashim, yang diwarisi susur galur keluarga Hussin. ",
"Warna hijau pula menjadi pelengkap bagi mewakili agama Islam yang dipegang mereka.",
"Bendera Reolvusi Hijaz yang asal mempunyai bentuk segitiga berwarna merah dengan tiga jalur berwarna hitam, hijau dan putih, disusun mengikut turutan atas ke bawah. ",
"Selepas kerajaan Hijaz naik secara rasmi mentadbir, bendera mereka ditukar kedudukan jalurnya. Warnanya disusun mengikut tertib hitam, putih dan hijau pula sama seperti bendera negara Palestin sekarang.",
"Simbolik warna itu mula mengalami perubahan selepas tercetusnya Revolusi Mesir pada tahun 1952, yang membawa kepada kejatuhan Raja Farouk I dan pemerintahan monarki di sana. ",
"Insiden itu mencetuskan gerakan liberalisasi Arab, membawa kepada pengenalan panji berwarna merah, putih dan hitam yang menjadi acuan kepada beberapa simbol baru termasuklah bendera negara Mesir sekarang.",
"Oleh sebab itulah di kalangan negara-negara Arab zaman moden, mana-mana negara yang bangkit semasa Revolusi Arab memilih untuk mengekalkan warna dan rekabentuk mirip bendera gerakan Hijaz sebagai warna rasmi mereka. ",
"Bagi kerajaan Arab Saudi yang naik selepas menjatuhkan kerajaan Hijaz, mereka tidak ada pertalian dengan gerakan revolusi yang dilaksana jadi memilih untuk hanya menggunakan warna hijau sebagai bendera rasmi negara.",
"Sekiranya selama ini anda tertanya-tanya kenapa bendera Palestin dan negara Arab mirip rekaannya, kami harap artikel ini dapat menjawab persoalan anda."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-penalti-tersasar-paling-ikonik-dalam-sukan-bola-sepak.html | 5 Sepakan Penalti Paling Teruk Dalam Sejarah Bola Sepak | [
"Sepakan penalti adalah antara situasi paling getir dilalui seorang pemain bola sepak, baik yang menendang ataupun penjaga gawang.",
"Hanya dengan satu sepakan, harapan dirasai satu negara boleh berkecai atau terus bernyawa. Satu sepakan penalti mampu melahirkan wira, juga mampu menjatuhkan mereka yang sudah berusaha.",
"Dalam sejarah bola sepak peringkat tertinggi baik dalam liga, Piala Eropah atau Piala Dunia, berulang kali nasib kelab atau negara bertanding terkorban akibat satu sepakan. ",
"Berikut adalah lima insiden penalti melibatkan pemain berstatus legenda paling meninggalkan impak dalam sejarah sukan dunia.",
"Selepas menjadi wira negara mengepalai tonggak serangan Perancis dalam Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 sehingga Perancis bergelar juara berganda, David Trezeguet cukup gah reputasinya.",
"Masalah dalaman pasukan Perancis mengakibatkan negara itu gagal mempertahankan kejuaraan dalam Piala Dunia edisi 2002. ",
"Walaupun tempatnya dalam kesebelasan utama telah diambil, Trezeguet tetap terpilih untuk menebus kehampaan dalam edisi 2006 di mana Perancis hanya tinggal selangkah, selepas mara ke perlawanan akhir bertemui Itali.",
"Trezeguet dimasukkan sebagai pemain gantian bagi menambah bisa serangan, namun Perancis berdepan jalan sukar selepas perancang utama mereka Zinedine Zidane diarah keluar padang selepas menyerang pemain pertahanan Itali, Marco Materazzi dengan tandukan tepat di dada. ",
"Insiden pertembungan itu yang terus dikenang antara detik paling unik dalam sejarah Piala Dunia, disudahi dengan menyaksikan Perancis bertahan dengan 10 pemain, berjaya mengheret perlawanan ke sepakan penalti.",
"Malangnya nasib baik Perancis berakhir setakat itu. Trezeguet yang dilantik menjadi pemain kedua mengambil sepakan, merupakan satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan tanggungjawab. ",
"Dia hanya mampu melihat dari tepi padang Itali bergelar juara dunia. Perancis hanya berpuas hati di tempat kedua.",
"Terkenal dengan fobia enggan menaiki kapal terbang, penyerang legenda Belanda, Dennis Bergkamp sehingga kini mengakui dia masih terkenang detik sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel.",
"Dalam era di mana Arsenal dan Manchester United saling bergasak merebut kejuaraan, pertemuan kedua-dua kelab di peringkat separuh akhir Piala FA England menyaksikan Arsenal dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 90 perlawanan ketika keputusan terikat 1-1.",
"Bergkamp yang berdepan tekanan tinggi gagal menyempurnakan sepakan, membawa perlawanan ke masa tambahan. ",
"Malang bagi Bergkamp dan Arsenal, walaupun bermain dengan kelebihan 1 orang selepas kapten Manchester United, Roy Keane dibuang padang - jaringan gol solo yang diiktiraf antara yang terbaik di dunia oleh pemain sayap Wales, Ryan Giggs menyingkirkan Arsenal daripada perebutan piala.",
"Manchester United meneruskan momentum memenangi perlawanan akhir Piala FA, mengenepikan cabaran Arsenal sehingga bergelar juara liga dan juga mengecapi kemenangan paling ditagih kelab Eropah, bergelar juara Liga Juara-Juara Eropah dalam musim yang sama.",
"Ini adalah satu pencapaian unik yang jarang berlaku dalam sejarah sukan dunia. Semuanya berpunca daripada Dennis Bergkamp gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan.",
"Selepas insiden itu, Bergkamp berhenti terus daripada mengambil sepakan penalti.",
"Mungkin pemain Belanda memang ada badi egagalan sepakan penalti yang akhirnya mencipta juara? ",
"Begitulah juga kisahnya dengan seorang lagi penyerang legenda Belanda, Marco Van Basten ketika berdepan pasukan Denmark dalam kejohanan Piala Eropah 1992. ",
"Perlawanan separuh akhir antara Belanda dan Denmark berkesudahan 2-2 selepas masa tambahan, memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.",
"Berada dipuncak prestasi serta bergelar pemain terbaik dunia tahun tersebut, kemampuan Van Basten langsung tidak diragui semasa dia dinamakan pemain kedua perlu mengambil sepakan. ",
"Tidak diketahui apa yang bermain di minda Van Basten, sepakannya mudah dibaca Peter Schmeichel, ketika itu belum dikenali di serata dunia sebagai antara penjaga gol terbaik generasinya.",
"Van Basten terpaksa menelan rasa pahit menjadi satu-satunya pemain yang sepakannya gagal, mengakibatkan dia dan Belanda pulang awal.",
"Denmark meneruskan langkah bergaya ke peringkat akhir, mencipta sejarah sebagai juara Piala Eropah dengan membenam Jerman 2-0, dalam kejohanan di mana ramai yang memandang rendah kemampuan mereka sejak mula.",
"Walaupun anda bukan peminat kelab Liverpool, sebagai seorang peminat sukan bola sepak anda harus akui kemenangan Liverpool ke atas kelab Itali, AC Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2005 adalah satu peristiwa yang sangat dramatik.",
"Ini kerana kemenangan itu hadir selepas tidak ada pihak percaya Liverpool dapat memenangi perlawanan tersebut; bolos seawal minit pertama dan AC Milan mudah mendahului Liverpool 3 gol tanpa balas selepas tamat separuh masa pertama. ",
"Penyokong Liverpool sendiri ketika itu tidak mengharapkan keajaiban berlaku, sebaliknya hanya mahukan Liverpool kalah terhormat dan melawan. Apa yang berlaku seterusnya adalah sesuatu yang tak dijangka. ",
"Liverpool memperkemaskan permainan, menjaringkan 3 gol bagi mengikat perlawanan ke masa tambahan. Dalam masa tambahan, penjaga gol Liverpool dari Poland, Jerzy Dudek menjadi wira selepas banyak menyelamatkan pintu gol kelabnya bolos dan sepakan penalti akhirnya perlu menjadi penentuan.",
"Dalam sepakan penalti, Liverpool meneruskan momentum mendahului 3-2 sebelum penyepak terakhir AC Milan, Andriy Schevchenko menggalas beban besar menyamakan kedudukan.",
"Namun Dudek yang sudah melayang ke kanan sempat mengangkat tangan menampar bola tendangan Schevchenko, memberikan kemenangan yang cukup bermakna dalam sejarah bola sepak dunia.",
"Dalam temuramah beberapa tahun selepas perlawanan itu, Schevchenko mengakui dia dan rakan-rakan sepasukan fobia untuk melihat kembali rakaman perlawanan itu, kerana apa yang dia dan kelabnya lalui nyata susah untuk dilupakan. ",
"Schevchenko juga mengaku dihantui mimpi ngeri dan mudah terjaga dari tidur malam, sehingga menjerit keseorangan.",
"Bergelar ayam tambatan pasukan bukan satu beban mudah. Apatah lagi seandainya seorang pemain tahu nasib seluruh negara bergantung kepada bahunya.",
"Roberto Baggio penyerang pasukan kebangsaan Itali memulakan kempen Piala Dunia 1994 dengan bergaya, menjaringkan 5 gol yang membawa Itali ke pentas akhir bertemu Brazil.",
"Pertemuan dua jagoan dunia ketika itu, Baggio bagi Itali dan Romario dari Brazil merupakan antara pertembungan yang dinanti-nantikan peminat seluruh dunia. ",
"Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dalam perlawanan, yang berkesudahan seri tanpa jaringan walaupun selepas masa tambahan sehingga memerlukan sepakan penalti menjadi penentuan.",
"Kedua-dua pasukan gagal menyempurnakan sepakan pertama, sebelum Brazil mendahului 3-2. Ini meletakkan Baggio yang dinamakan sebagai penyepak terakhir, dalam keadaan sukar - wajib menyempurnakan sepakannya. ",
"Jika tidak Brazil akan bergelar juara. Dia gagal menyempurnakan sepakan yang bukan saja meruntuhkan jiwanya bahkan menjadikan Baggio musuh nombor 1 negara. ",
"Penyerang itu dikritik hebat sehingga terpaksa menyembunyikan diri ke sebuah kawasan terpencil di Argentina, dalam usaha melarikan diri daripada pihak media. Walaubagaimanapun, usahanya tetap tidak berhasil selepas kehadirannya di sana dihidu wartawan.",
"Di Itali pula, kegagalan sepakan Baggio terus diberikan publisiti sehinggakan kediamannya di Itali dikerumuni orang awam dan wartawan yang mahu mendapatkan penjelasan - \"kenapa? Apa yang berlaku? Di mana silapnya?\"",
"Bagi Baggio yang sepanjang hidupnya akan menanggung beban ini sendirian, dia mengakui terus dihantui detik sepakannya tersasar dalam kepalanya. ",
"Lebih menyedihkan menurut Baggio, perkara yang paling sukar dia terima adalah mengalami sendiri bagaimana impian dirinya sejak kecil mahu memacu Itali di pentas Piala Dunia bertukar menjadi mimpi ngeri yang menjatuhkan reputasinya."
] |
https://iluminasi.com/bm/asal-usul-tidak-sengaja-t-shirt-grafik-hard-rock-paling-ikonik-di-dunia.html | Sejarah Baju Ikonik "Hard Rock" Yang Tercipta Tanpa Sengaja | [
"Mungkin kita tidak perasan atau tahu bahawa t-shirt grafik bertulisan \"Hard Rock Cafe\" merupakan baju tee paling ikonik di dunia. T-Shirt ini dijual sebagai cenderamata bagi pengunjung setiap cafe Hard Rock Cafe yang terdapat di seluruh dunia.",
"Maka tidak hairanlah individu yang sudah melancong ke banyak negara di dunia menjadikan baju tee ini sebagai barangan cenderahati yang dikumpul dari setiap cawangan Hard Roc Cafe yang pernah dilawati.",
"Bagi kebanyakan kita yang tidak tahu, harga baju tee yang bertulisan Hard Rock Cafe ini juga tidaklah murah. Jadi, baju tee ini juga dianggap sesetengah orang sebagai simbol status kekayaan seseorang yang berkemampuan melawat ke banyak tempat di seluruh dunia.",
"Persoalannya, dari manakah asal-usulnya idea menjadikan baju tee grafik bertulisan \"Hard Rock Cafe\" ini menjadi begitu ikonik dan barangan yang dikumpul oleh peminat dari seluruh dunia?",
"Kisah Hard Rock Cafe bermula pada tahun 1971 apabila warga Amerika Isaac Tigrett dan Peter Morton berasa kecewa dengan kekurangan pilihan burger yang boleh dinikmati mereka semasa tinggal di London.",
"Mereka mengambil keputusan sendiri untuk membuka restoran gaya Amerika di kedai pengedar Rolls-Royce lama dengan hanya enam bulan dalam pajakan mereka.Tigrett dan Morton tidak tahu apa-apa tentang reka bentuk grafik tetapi mereka pasti akan satu perkara: Mereka mahu logo mereka mempunyai ideantiti Americana yang boleh dikenali.",
"Ia adalah idea Tigrett untuk mereka bentuk logo mereka mengikut hiasan hud kereta ikonik Chevrolet. Seorang pereka grafik British Alan Aldridge pada asalnya dirangka Aldridge dalam warna merah, putih dan biru yang menyala; dia kemudiannya menukarnya kepada warna mustard dan karat yang kita tahu sekarang ini.",
"Pada masa kini, bisnes Hard Rock telah berkembang ke pelbagai cabanng bisnes. Syarikat Hard Rock International kini mengendalikan lebih daripada 250 hotel, kafe dan tempat hiburan di 68 negara di seluruh dunia. ",
"Stefano Pandin, Pengurus Besar Hard Rock Cafe Itali dan Naib Presiden Operasi di Eropah, baju tee klasik dengan logo Hard Rock Cafe merupakan salah satu barangan pakaian terlaris di dunia,",
"Pandin menjelaskan bahawa logo itu direka pada tahun 1974 - tiga tahun selepas Hard Rock Cafe yang asal berhampiran Hyde Park London mula dibuka. Logo tersebut oleh dicipta dan direka bentuk oleh ilustrator dan pereka grafik British Alan Aldridge. ",
"Walaupun namanya mungkin tidak dikenali, Aldridge merupakan individu di belakang beberapa reka bentuk psychedelic yang paling ikonik pada tahun 1960-an dan 70-an, dengan pelanggan terdiri daripada The Beatles hingga Andy Warhol.",
"Menurutnya lagi, pemilik sebenarnya hanya menugaskan Aldridge untuk mencipta logo untuk menu kafe itu. Baju tee grafik itu dilahirkan secara tidak sengaja apabila pengasas Peter Morton dan Isaac Tigrett membuatnya untuk kelab bola sepak tempatan yang mereka sokong dan memberikan lebihan baju kepada pelanggan.",
"Baju tee itu mencipta kejayaan serta-merta – tidak lama kemudian, orang ramai mula muncul hanya untuk membeli baju tersebut dan beberapa cenderamata, jadi pasangan it mewujudkan bahagian baharu perniagaan untuk mengendalikan permintaan ramai dengan kawasan runcit khusus dan daftar tunai di restoran.",
"Apabila empayar Hard Rock berkembang, begitu juga baju tee lagenda Hard Rock ini yang menjadi memori anda berkunjung ke sesuatu cawangan Hard Rock Caffe di seluruh dunia.",
" Kejayaan T-Shirt Hard Rock Cafe memberi inspirasi kepada restoran di mana-mana sahhaja di seluruh untuk mengambil melakukan penjenamaan mereka dengan serius dan menawarkan pelanggan mereka kemeja-t cenderahati untuk memperingati pengalaman itu.",
"Hard Rock Cafe telah berkembang sejak baju tee asal ini dicetak pada tahun 1974, menawarkan pelbagai jenis pakaian berjenama, aksesori dan cenderamata lain di lokasi di 75 negara dan dari laman web mereka.",
" Mereka telah bekerjasama menghasilkan cenderamata dengan jenama atau entiti lain seperti U2 dan KISS, dengan badan amal seperti WhyHunger dan Clara Lionel Foundation, ataupaun dengan jenama pakaian jalanan kecil dari Los Angeles yang dipanggil The Hundreds.",
"Selepas berpuluh tahun, baju tee Hard Rock Cafe dengan rekabentuk logo asal ini masih bertahan dan boleh didapati di hampir setiap almari dan almari pakaian di seluruh dunia. Malah, setengah daripadanya yang masih dalam keadaan baik masih mempunyai nilai yang tinggi apabila dijual semula."
] |
https://iluminasi.com/bm/ini-harga-tiket-piala-dunia-qatar-2022.html | Berapa Harga Tiket Piala Dunia Qatar 2022? | [
"Bagi peminat bola sepak yang menonton Piala Dunia 2022 di Qatar, harga tiket yang dibayar adalah hampir 40% lebih mahal berbanding edisi terdahulu pada tahun 2018 di Rusia.",
"Untuk Piala Dunia Rusia 2018, para peminat membayar purata RM1,121 untuk satu tiket, berbanding purata mencecah RM1,501 untuk satu tiket Piala Dunia Qatar.",
"Malah, tiket untuk edisi kali ini adalah yang termahal bagi sejarah Piala Dunia untuk 20 tahun yang terakhir.",
"Tiket untuk Piala Dunia Jerman 2006 dianggap sebagai yang paling murah, dengan kos purata sekitar RM525 sahaja. ",
"Purata harga tiket perlawanan final yang berlangsung di Olympiastadion di Berlin adalah RM1,161.",
"Piala Dunia di Qatar adalah yang termahal dalam sejarahnya, di mana pembinaan enam stadium baharu dan pengubahsuaian lengkap dua arena lain di negara ini dikatakan menelan belanja sekitar RM13.25 bilion.",
"(Stadium Ikonik Lusail lokasi perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022)",
"Harga untuk setiap tiket bagi setiap peringkat perlawanan di Piala Dunia Qatar adalah seperti di bawah:",
"Jumlah keseluruhan tempat duduk bagi kesemua 64 perlawanan yang berlangsung di 8 buah stadium sekitar Qatar adalah sebanyak 3,523,229.",
"Jika kesemua tiket ini terjual, purata perolehan Qatar untuk tiket sahaja bagi Piala Dunia kali ini adalah sekitar RM5,288,366,729 atau lebih mudah, RM5.29 bilion."
] |
https://iluminasi.com/bm/tukang-rasa-makanan-haiwan-kerjaya-unik-dengan-potensi-gaji-lumayan.html | Tukang Rasa Makanan Haiwan : Kerjaya Dengan Gaji Lumayan | [
"Jika anda seorang yang meminati haiwan peliharaan, pasti banyak belanja perlu anda keluarkan secara bulanan dalam mendapatkan makanan haiwan peliharaan anda.",
"Dengan kewujudan pelbagai jenama produk yang mempunyai pelbagai jenis rasa dalam resipinya, makanan haiwan peliharaan merupakan satu industri besar yang memang harus diakui agak mengeringkan poket.",
"Datang dalam pelbagai jenis perisa, pernahkah anda terfikir adakah haiwan peliharaan anda peduli makanan mereka mempunyai rasa tuna segar atau hidangan makanan laut di dalamnya? Persoalan lebih kelakar untuk dibayangkan; siapa sebenarnya yang menentukan rasa makanan haiwan dalam setiap varian?",
"Kita tahu memang ada individu profesional yang tugasnya menggunakan kemahiran dan deria mereka untuk membantu pengeluar produk, dalam menghasilkan rasa produk yang menepati selera tekak pasaran. ",
"'Food tester' atau tukang rasa makanan mempunyai tanggungjawab mencuba semua variasi produk terlebih dahulu, memberikan maklum balas tentang rasa, tekstur dan penambaikan yang perlu dilakukan sebelum sesuatu produk dikeluarkan secara komersial. ",
"Begitulah juga dengan makanan haiwan. Jangan ingat makanan haiwan akan diuji kepada haiwan semata-mata, sebaliknya manusia yang menjawat jawatan profesional serupa memainkan peranan dalam menentukan kriteria kelulusan setiap makanan haiwan dalam pasaran.",
"Ini kerana selain daripada memastikan setiap produk yang dikeluarkan menepati keperluan haiwan dalam aspek tekstur dan diet, pengeluar perlu juga memastikan produk yang terhasil sesuai untuk digunakan oleh tuan punya haiwan. ",
"Dalam menilai, selain rasa, bau makanan yang dibangunkan juga perlu selesa dengan deria hidu manusia. Bau yang terlalu menusuk, akan menyebabkan tuan punya haiwan pula loya.",
"Bagi menilai rasa, hendak tak hendak seorang juruuji perlu memakan dan merasa sendiri terlebih dahulu produk yang ada. Disinilah perlunya pandangan manusia. ",
"Dalam industri, penguji makanan haiwan boleh dibahagikan kepada dua, melibatkan pihak profesional yang tugasnya menyertai proses pembikinan produk makanan haiwan sejak mula bukan saja sebagai tukang rasa bahkan bertindak sebagai penyelidiknya. ",
"Kumpulan kedua pula merangkumi individu yang hanya melibatkan diri sebagai peserta ujian, menawarkan khidmat untuk mencuba makanan yang ingin diperkenalkan dalam sesi ujian dan temuramah secara terkawal.",
"Ujian biasanya dijalankan dengan dua kaedah. Yang pertama, semua peserta ujian perlu menghidu makanan haiwan yang disediakan, memberikan gred dan penilaian kepada setiap satu sampel yang ada. Ini kerana produk yang akan meninggalkan aroma busuk berpanjangan kepada kediaman selepas dibuka, akan menjejaskan jualan produk itu. ",
"Selepas selesai melakukan penilaian terhadap bau dan aroma, semua peserta akan melakukan ujian rasa. ",
"Dengan menggunakan sudu, setiap peserta biasanya akan menilai tahap kesedapan menu yang disediakan kerana kajian telah menunjukkan - seandainya manusia merasakan sesuatu yang mereka makan itu boleh tahan rasanya, berkemungkinan besar haiwan peliharaan kita seperti anjing dan kucing pun akan merasai nikmatnya.",
"Majoriti penguji tidaklah akan menelan makanan yang mereka ambil, cukup sekadar merasa dan mengunyahnya sebelum diluahkan semula. Tak salah kalau nak telan, jika dia nak.",
"Perbezaan di antara dua jenis makanan haiwan yang merangkumi kucing atau anjing, ditentukan oleh beberapa faktor. Secara ringkas, kucing mempunyai deria yang lebih mementingkan tekstur yang sesuai dan anjing pula lebih gemar makanan yang mempunyai bau yang kuat. ",
"Bagaimana pula dengan pelbagai jenis perasa yang ada? Benarkah haiwan peliharaan peduli tentang jenis rasa makanan mereka. Tidak. Ini kerana jika dibandingkan dengan manusia, deria rasa pada lidah anjing dan kucing jauh lebih lemah berbanding kita. ",
"Dengan kekurangan ini, realitinya apa saja jenis perasa yang anda berikan kepada kucing atau anjing anda - haiwan anda akan makan tanpa banyak soal, asalkan tekstur dan aromanya kena dengan selera mereka. ",
"Jadi kenapa perlu ada perasa pada makanan haiwan yang dijual di pasaraya? ",
"Semua perasa yang ada tercetak dalam setiap bungkusan atau tin makanan haiwan, dibuat berdasarkan kepada kecenderungan tabiat membeli anda. ",
"Dengan mengadunkan perasa tertentu ke dalam makanan haiwan, keyakinan pembeli terhadap sesuatu produk akan meningkat seterusnya memudahkan penerimaan berlaku. ",
"Kita sebagai bakal pembeli akan cenderung untuk lebih percaya bahawa anjing atau kucing kita gemar perisa-perisa tertentu, sedangkan realitinya seperti yang kami sebutkan - haiwan peliharaan anda tidak kisah pun sama ada makanan mereka datang dalam perisa tuna, makanan laut atau daging bakar.",
"Jika anda berminat untuk menjadi tukang rasa makanan haiwan, kerjaya ini memang ada peluang besar menanti anda. Menurut laman SalaryExpert, purata gaji tahunan seorang tukang rasa makanan profesional adalah sekitar RM56,045. Harus kami ingatkan, ini tukang rasa secara am bukan menjurus hanya kepada makanan haiwan.",
"Dalam negara yang mempunyai penyelidikan makanan haiwan lebih besar seperti Amerika Syarikat, purata gaji yang ditawarkan khas untuk menjadi tukang rasa makanan haiwan adalah jauh lebih tinggi sekitar $39,800 atau RM174,500 setahun.",
"Memang kerjaya ini merupakan antara kerjaya yang peluangnya ada bagi mereka yang berani mencuba. Namun seseorang itu haruslah membuang rasa geli dan takut untuk mencuba sesuatu hidangan yang aneh...Dalam memastikan anjing dan kucing peliharaan yang ada akan gemarkannya. Meow!"
] |
https://iluminasi.com/bm/ectolife-konsep-kemudahan-fasiliti-rahim-buatan-pertama-di-dunia.html | EctoLife: Konsep Rahim Buatan Pertama di Dunia | [
"Proses persenyawaan antara lelaki dan wanita bermula apabila sperma lelaki bertemu dengan ovum wanita di tiub fallopio. Zigot yang sudah sedia tersenyawa itu akan bergerak ke uterus, atau pun juga lebih dikenali sebagai dinding rahim.",
"Di sini akan berlaku proses penempelan, bermaksud zigot tadi yang sudah menjadi embrio dalam perjalanannya akan menempel dan membesar di dinding rahim tersebut menjadi fetus dan akhirnya menjadi bayi.",
"Selepas 9 bulan 10 hari, maka lahirlah seorang bayi lelaki di dunia ini. Namun, cara hidup moden sedikit sebanyak mengubah pemikiran manusia dan jangan terkejut ada wanita yang sudah mengandung tidak ingin memiliki anda kerana tidak mahu melalui proses kehamilan yang panjang kerana terlalu sibuk bekerja.",
"Maka tidak hairanlah statistik dunia menunjukkan penurunan kadar kelahiran di peringkat global. ",
"Ada yang mengambil pendekatan menggunakan \"ibu tumpang\" walaupun amalan ini adalah HARAM hukumnya disisi agama Islam. Namun, ada satu lagi konsep menarik yang didedahkan baru-baru ini iaitu konsep fasiliti atau kemudahan rahim buatan pertama di dunia. ",
"Pada penghujung 2021, Elon Musk menulis tweet ketakutannya tentang pengakhiran kelahiran manusia. Dalam twwet tersebut, beliau menulis \"Kita seharusnya lebih bimbang tentang keruntuhan populasi... Jika tidak ada orang yang mencukupi untuk Bumi, maka pastinya tidak akan mencukupi untuk Marikh,\" katanya.",
"Kenyataan Musk membawa penurunan kadar kelahiran dunia ke barisan hadapan kesedaran sosial.",
"Selama hampir satu abad, kadar kesuburan telah menurun secara global. Hasilnya ialah apa yang digambarkan oleh saintis sebagai \"krisis ketidaksuburan di seluruh dunia.\" Walau bagaimanapun, sesetengah saintis berpendapat solusi terhadap perkara ini adalah \"rahim tiruan\"",
"Pada 2017, saintis mencipta \"BioBag\" yang berfungsi sebagai rahim tiruan, dan mereka menggunakannya untuk membesarkan anak kambing. Kini, satu konsep baharu telah didedahkan menunjukkan bagaimana perkara yang sama boleh dilakukan untuk manusia. ",
"Dalam sebuah rakaman video ang dikeluarkan baru-baru ini, Hashem Al-Ghaili menunjukkan konsep bersalin pada masa hadapan. Secara khusus, beliau mencipta kemudahan rahim buatan bernama Ectolife. ",
"Al-Ghaili berkata beliau berpendapat konsep EctoLife suatu hari nanti boleh menggantikan kelahiran tradisional. Dengan berbuat demikian, beliau berkata masyarakat akhirnya akan dapat memenuhi keperluan ibu bapa yang \"penat menunggu maklum balas daripada agennsi anak angkat\" dan mereka yang \"bimbang tentang komplikasi kehamilan.\"",
" Tetapi yang paling penting, beliau berkata EctoLife boleh membenarkan kita menghadapi krisis ketidaksuburan secara berterusan.",
"Rahim sintetik mungkin terdengar seperti idea sains fiksyen, tetapi ia telah melalui perkembangan yang panjang dalam teknologi pembiakan. Pada 25 Julai 1978, seorang bayi perempuan bernama Louise Brown dilahirkan di Oldham dan Hospital Besar Daerah di Manchester, England. ",
"Apa yang membuatkan kelahirannya unik ialah Louise dikandung dalam cawan petri, dan dia adalah bayi pertama yang dikandung melalui persenyawaan in vitro (IVF). Ibu Louise mengeluarkan telur matang daripada salah satu ovarinya, dan ia digabungkan dengan sperma bapa Louise.",
"Embrio yang terhasil kemudiannya dipindahkan ke rahim ibu Louise. Sembilan bulan kemudian, Louise dilahirkan. Pasangann ini seterusnya mengandung anak perempuan kedua, Natalie, juga melalui IVF. Pada Mei 1999, Natalie mencipta sejarah apabila dia menjadi bayi IVF pertama yang melahirkan anak sendiri. Pada Disember 2006, Louise mengikutinya, melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat. ",
"Hari ini, lebih daripada 8 juta kanak-kanak dikandung melalui IVF setiap tahun.",
"Video EctoLife di atas menunjukkan bahawa langkah pertama yang mesti diambil oleh bakal ibu bapa ialah menggabungkan telur dan sperma mereka melalui persenyawaan in vitro. Ini akan membolehkan mereka memilih hanya embrio yang berdaya maju dan \"genetik unggul.\" ",
"Al-Ghaili menjelaskan bahawa embrio yang unggul secara genetik adalah terutamanya yang bebas daripada isu genetik yang akan mengakibatkan keguguran. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa proses itu juga boleh digunakan untuk \"menyaring kecacatan kelahiran,\" seperti yang sudah menjadi amalan biasa dalam kebanyakan rawatan IVF.",
"Menurut Al-Ghaili, kemudahan EctoLife juga dijangka menggunakan kecerdasan buatan (AI) secara meluas, dengan salah satu kegunaannya adalah untuk menyediakan setiap bayi dengan \"nutrien tersuai yang disesuaikan dengan keperluan mereka.\" Satu lagi penggunaan AI dalam konsep EctoLife adalah untuk memantau \"ciri fizikal bayi anda dan melaporkan sebarang kemungkinan keabnormalan untuk penyelewengan daripada kehamilan normal.\"",
"EctoLife juga boleh membolehkan ibu bapa mengalami apa yang bayi mereka lihat dan dengar melalui penggunaan kamera 360° yang berada di dalam rahim tiruan dan dipasangkan dengan set kepala realiti maya. Kamera ini juga akan menawarkan ibu bapa suapan video berterusan perkembangan bayi mereka, membolehkan ibu bapa memantau kemajuan anak mereka pada telefon pintar mereka."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-faedah-insurans-kereta-yang-tak-ramai-perasan-ada.html | 5 Faedah Insurans Kereta Yang Tak Ramai Perasan Ada | [
"Setiap kali berlaku kecemasan atau kerosakan di atas jalan raya, akan muncul trak tukang tunda menawarkan khidmat bantuan. ",
"Ramai yang dah terkena dengan taktik sebegini, diketuk dengan caj bayaran tarik yang tinggi atau kereta yang ditunda pula dibawa entah ke bengkel milik siapa. Bila nak dibawa balik, rupa-rupanya kereta dah siap dibuka. ",
"Banyak masalah yang dihadapi sebenarnya lebih mudah ditangani sekiranya kita tahu apakah manfaat sebenar yang ada dalam setiap polisi insurans atau takaful perlindungan kenderaan kita. ",
"Berikut adalah 5 faedah yang boleh ada dan ramai tak perasan kewujudannya.",
"Sekiranya anda berhadapan kemalangan atau kerosakan di jalan raya, pemandu sebenarnya boleh mendapatkan bantuan tunda kereta panel insurans. ",
"Kebanyakan skim menawarkan faedah ini dalam kaedah berbeza-beza. Ada syarikat yang menawarkan pembayaran semula sekiranya kereta anda perlu ditunda oleh pihak ketiga.",
"Kebanyakan skim pula menawarkan faedah tunda secara percuma, 24 jam sehari bergantung kepada jenis situasi.",
" Bagi kes kemalangan, tundaan boleh dilakukan agar kenderaan dan pemandu dapat terus ke balai polis bagi melakukan laporan sebelum ke bengkel panel yang telah ditetapkan. ",
"Dalam kes kerosakan yang mengakibatkan kenderaan tidak boleh digerakkan, tundaan boleh dibuat untuk membawa kenderaan anda ke bengkel; sama ada bengkel panel atau bengkel yang anda pilih, asalkan jarak di antara lokasi kejadian dengan bengkel tidak melebihi jarak yang ditetapkan.",
"Zaman sekarang, kes bateri padam akibat kegagalan memadamkan lampu depan kenderaan sudah berkurangan kerana kewujudan sistem mengingatkan kita tentang lampu menyala. ",
"Kadangkala bila kita tergopoh-gapah, memang boleh berlaku kita terlupa memadamkan lampu baik depan atau bahagian dalam kenderaan, sehinggakan kenderaan tidak lagi boleh dimulakan.",
"Sekiranya anda berdepan masalah ini, solusinya cuma ada dua. Lakukan permulaan lompat/jumpstart atau ganti bateri. Jangan takut, panel pelindung memang menawarkan bantuan sekiranya anda berhadapan masalah ini. ",
"Juruteknik yang dilantik boleh hadir ke lokasi anda bagi melakukan jumpstart sekiranya anda tiada peralatannya dan boleh juga melakukan pembaikian kecil, sekiranya melibatkan masalah pendawaian kereta. ",
"Bagaimanapun, kebanyakan syarikat menawarkan had masa ketetapan servis ini. Bagi polisi penulis, kehadiran juruteknik untuk membantu hanya percuma untuk 2 jam pertama. Selebihnya akan dikenakan caj kepada kita. ",
"Selain masalah elektrikal, masalah tayar pancit, penggantian tayar dan minyak habis juga ada. ",
"Untuk pemandu yang habis minyak, servis penghantaran minyak adalah percuma. Hanya kos minyaknya anda kena bayar semula.",
"Kami yakin tak ramai pernah berhadapan masalah kehilangan kunci atau tertinggal kunci dalam kereta.",
" Sekiranya kejadian berkaitan kunci menimpa anda, pastikan anda hubungi dahulu pengendali perlindungan kenderaan anda. ",
"Semakin banyak syarikat pengendali takaful/insurans menawarkan perkhidmatan perlindungan kunci, sama ada melalui manfaat asas ataupun sebagai manfaat tambahan. ",
"Kebiasaanya perlindungan berkaitan kunci berkait kepada 2 faedah utama. Yang pertama adalah bantuan untuk membuka pintu kenderaan, sekiranya anda tidak ada akses kepada kunci kereta atau tertinggal dalam kereta.",
"Kedua adalah skim bayaran semula sekiranya anda memerlukan penggantian kunci kereta baru. Kunci kereta zaman sekarang harganya memang boleh gila dibuatnya.",
"Jika zaman dahulu insurans atau takaful kereta hanya melindungi nilai kenderaan yang dibeli kita, kini banyak syarikat pengendali polisi menawarkan pelan perlindungan diri beserta dalam pakej polisi.",
"Sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan terkorban nyawa pemegang polisi atau pemandu dalam kenderaan yang dilindungi, pampasan perlindungan hayat boleh dituntut waris. ",
"Walaupun nilainya tidaklah setinggi mana, kami yakin amaun yang ada akan tetap dapat membantu waris atau pihak keluarga. ",
"Berdasarkan polisi penulis sekarang, ada perlindungan kemalangan bernilai RM15,000 yang akan dibayar sekiranya malang menimpa. Anda cuba semak polisi anda, mana tahu ada juga.",
"Pemandu yang dah biasa memandu, bila tak ada kenderaan - memang seakan 'patah kaki' rasanya kan? ",
"Dalam sistem perlindungan kenderaan negara kita, wujud satu polisi yang dinamakan sebagai CART atau 'compensation for assessed repair time', yang bertanggungjawab mewujudkan garis panduan pampasan bagi pemandu ketika berdepan ketiadaan kenderaan akibat pembaikian.",
"Perlindungan ini biasanya ditawar sebagai manfaat pilihan, membolehkan pemandu dibayar semula semua kos yang dikeluarkan untuk tujuan pergerakan mengikut jumlah hari yang telah ditetapkan secara agregat, sama ada 7, 14 atau 21 hari. ",
" Sekiranya anda perlu menaiki teksi ke tempat kerja setiap hari, kos yang perlu anda keluarkan boleh dituntut semula. ",
"Dalam senario berbeza, sekiranya anda merasakan menyewa kereta lebih memudahkan urusan anda, anda boleh melakukan tuntutan ke atas kos kereta sewa yang telah anda keluarkan.",
"Ada juga syarikat menawarkan kepada pelanggan kereta gantian untuk diguna selagi kenderaan yang rosak belum benar-benar sedia untuk diguna. Jika ini pilihan anda, perlindungan pampasan CART tidak lagi terpakai kepada anda."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-istilah-orang-jepun-yang-dipinjam-masyarakat-dunia.html | 5 Istilah Orang Jepun Yang Dipinjam Masyarakat Dunia | [
"Bahasa Jepun mempunyai sistem pembentukan kata yang unik, sehinggakan kita mampu membezakan secara jelas bahasa itu berbanding bahasa lain yang digunakan negara-negara berjiran mereka.",
"Pengaruh bahasa Jepun ke atas masyarakat dunia sudah tidak boleh disangkal, ekoran daripada kejayaan eksport produk mereka baik yang bersifat fizikal seperti kenderaan atau alat elektronik, mahupun eksport budaya yang memperkenalkan kita kepada buku manga, siri anime, pengaruh tradisi lama seperti ninja, samurai dan pelbagai lagi yang ada.",
"Jadi tidak menghairankan seandainya ada istilah-istilah bahasa mereka, dicedok dan dipinjam untuk diadunkan ke dalam bahasa-bahasa berbeza. Termasuklah kita.",
"Kami yakin tak ramai sedar istilah 'emoji' datangnya daripada istilah bahasa Jepun kan? ",
"Ini kerana ikon-ikon yang merujuk kepada emosi dalam aplikasi perbualan secara digital, diperkenalkan seorang jurutera syarikat telekomunikasi Jepun NTT Docomo bernama Shigetaka Kurita. ",
"Kurita dan pasukannya sekitar lewat dekad 1990-an, membangunkan kaedah bagaimana hendak menyampaikan mesej dalam cara ringkas akibat had maksima askara yang boleh dihantar melalui peranti, yang agak membataskan perbualan.",
"Dia merekabentuk kumpulan ikon emosi pertama bagi menggantikan teks dengan imej, dilabelkan dengan gabungan istilah Jepun 'eh' (visual) dan 'moji' (watak) membentuk perkataan 'emoji.' ",
"Bagaimanapun harus kami perjelaskan dalam bahasa Melayu, istilah yang betul untuk kegunaan adalah 'emotikon'.",
"Kita mungkin lebih mengenali istilah 'origami', tetapi dalam bahasa Jepun istilah asalnya disebut sebagai 'orikami.' ",
"'Ori' merujuk kepada perbuatan melipat sesuatu sementara 'kami' pula merujuk kepada kertas.",
"Walaupun demikian istilah 'origami' yang ditulis menggunakan huruf G lebih diterima sebagai istilah universal seni lipatan ini. ",
"Dalam bahasa Melayu, tidak ada terma yang boleh menggantikan istilah ini dengan mudah. Sekiranya benar-benar ingin di bahasa Melayukan istilah ini, 'origami' boleh diganti dengan istilah 'seni lipatan kertas'.",
"Dalam zaman moden, sebut kimono kita pasti akan membayangkan pakaian wanita Jepun yang kompleks serta kemas cara pemakaiannya. ",
"Sebenarnya daripada aspek bahasa, kimono bukanlah merujuk kepada sejenis pakaian untuk wanita sahaja, sebaliknya adalah kata nama yang bersifat am. ",
"'Kimono' dalam bahasa Jepun membawa makna 'pakaian' atau 'sesuatu yang dipakai', jadi apa saja bentuk pakaian masyarakat mereka sebenarnya akan digelarkan sebagai kimono, baik wanita atau lelaki yang memakainya. ",
"Bagaimanapun ekoran salah tanggapan kita, kita sering menganggap pakaian tradisional wanita Jepun adalah kimono walhal jika kita cerakinkan istilahnya, 'ki' membawa makna pakai dan 'mono' pula bermaksud benda.",
"Seperti kimono, ramai orang juga tersalah anggap tentang istilah 'futon' sehinggakan dalam aspek jualan kelengkapan rumah, 'futon' digunapakai sebagai label hamparan atau tilam yang direka mengikut rekaan masyarakat Jepun.",
"Futon sebenarnya dalam bahasa Jepun adalah istilah am dengan bunyi sama, merujuk kepada apa saja bentuk pelapik, tilam atau hamparan yang digunakan sebagai alas untuk tidur atau duduk. ",
"Dalam bahasa Melayu, penggunaan futon tidak diiktiraf secara rasmi kerana istilah ini tidak didaftarkan ke dalam perbendaharaan kita. ",
"Lagipun kita pun dah banyak istilah yang membawa makna serupa seperti tilam, alas, hampar, gebar pelapik atau yang paling popular....toto. Siapa sini guna toto?",
"Sehingga kini masih terngiang-ngiang insiden tsunami yang melanda kita satu masa dulu. Menakutkan bukan? ",
"Tsunami adalah antara istilah unik yang dipinjam terus masyarakat dunia dari bahasa Jepun dengan pengekalan sebutan dan makna sama.",
"'Tsu' dalam istilah Jepun membawa makna pelabuhan sementara 'nami' pula merujuk kepada ombak. Apabila digabungkan kedua-duanya, ia membawa makna ombak yang menghampiri pelabuhan.",
"Istilah ini mula diamalkan masyarakat dunia bagi merujuk kepada ombak besar, selepas peristiwa gempa bumi berkekuatan 8.5 dalam skala magnitud di Sanriku, Jepun pada bulan Jun tahun 1896.",
"Dua gegaran yang kuat menghasilkan dua ombak gergasi setinggi 38.2 meter, menghapuskan lebih 9,000 kediaman serta mengorbankan 22,000 nyawa. Peristiwa itu mempopularkan istilah tsunami dan kekal diguna sehingga sekarang."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-pemimpin-kerajaan-asia-yang-singkat-memegang-kuasa.html | 5 Pemimpin Kerajaan Asia Yang Singkat Memegang Kuasa | [
"Kejatuhan bekas Perdana Menteri Britain, Liz Truss selepas 45 hari memegang tampuk kuasa mencetuskan banyak perbincangan berkenaan hala tuju negara itu.",
"Walaupun tempoh 45 hari itu kelihatan singkat dan agak memalukan, melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri Britain paling singkat dalam sejarah Britain, situasi mirip sebenarnya juga berlaku melibatkan negara-negara lain juga khususnya di benua Asia Tenggara.",
"Tahukah anda siapakah pemerintah tertinggi kerajaan Asia baik yang menjawat jawatan tertinggi sebagai Perdana Menteri atau Presiden, yang layak dikatakan singkat tempoh pemerintahannya?",
"Sergino Osmena merupakan presiden Filipina ke 4, mentadbir dekad 1940-an ketika itu bergelar presiden paling tua naik ke jawatan tersebut. ",
"Sumbangan beliau kepada politik Filipina cukup besar, kerana parti yang diasaskan beliau Nacionalista Party merupakan parti yang menggerakkan gerakan tuntutan penubuhan kerajaan sendiri daripada Amerika Syarikat sejak tahun 1902 sehinggalah tahun 1946.",
"Syarat kemerdekaan yang memerlukan Filipina membenarkan Amerika Syarikat membuka pengkalan di sana, menjadi titik tolak perpecahan politik Osmena bersama rakannya Manuel L. Quezon. Bagaimanapun kehadiran tentera Jepun memaksa Quezon dan Ospena melarikan diri ke Australia, menunggu agar tuntutan mereka dapat diteruskan.",
"Selepas berakhirnya era penjajahan Jepun, Quezon mula bertindak sebagai presiden, berjaya mengembalikan sepenuhnya kuasa pentadbiran ke tangan orang tempatan. Dia meninggal dunia dalam kuasa pada tahun 1944. Ospena yang ketika itu bertindak sebagai Timbalan naik menggantikan Quezeon.",
"Bagaimanapun Ospena gagal bertahan lama, selepas tewas kepada Manuel Acuna Roxas.",
"Roxas bertindak berpecah keluar Nacionalista Party, menubuhkan sayap baru yang dinamakan Liberal Party. Kemenangan Roxas banyak dibantu pengaruh kerajaan Amerika Syarikat, disebabkan oleh pandangan Ospena yang kurang memihak kepada mereka.",
"Ospena tewas dalam pilihanraya presiden bagi memilih presiden pertama Filipina pasca zaman kolonial Amerika Syarikat, mendapat 45.72% jumlah undian. Dia meletakkan jawatan sebagai Presiden Filipina paling singkat dalam sejarah, memegang kuasa selama 1 tahun dan 300 hari sahaja.",
"Rakyat Indonesia telah menyaksikan dua orang presiden republik itu memegang kuasa dalam tempoh yang sangat panjang.",
"Sukarno kekal dalam kuasa dari tahun 1945 sehingga 1967. Pengganti beliau Suharto kekal lebih lama, bermula dari tahun 1967 sehinggalah tahun 1998. Selepas Presiden Suharto meletak jawatan, politik Indonesia bergolak dalam situasi kurang stabil.",
"B.J. Habibie yang sebelum itu bergelar Timbalan Presiden naik menggantikan Suhart, gagal mengawal perang saudara dalam parti sendiri, memaksa Habibie melepaskan kuasa kepada Abdurrahman Wahid.",
"Mempunyai reputasi tinggi dalam gerakan ulama', pemimpin yang terkenal dengan nama gelaran Gus Dur ini bagaimanapun melakukan banyak keputusan yang kontroversi, khasnya dalam isu hubungan dengan Israel, perlantikan kepimpinan tertinggi tentera dan juga lantikan dalam kabinet sendiri.",
"Usaha untuk mempertahankan kuasa melalui pengisytiharan dekri bagi membubarkan dewan perwakilan dan dewan legislatif Indonesia digagalkan seteru yang bersatu, Abdurrahman terpaksa melepaskan kuasa yang dipegang hanya selama 1 tahun 276 hari.",
"Dalam tempoh tak sampai lima tahun, negara kita telah menyaksikan 4 orang Perdana Menteri naik turun silih berganti dalam menguasai tampuk kuasa.",
"Ketidakstabilan ini bermula selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional yang berlaku dalam tahun 2018, yang menyaksikan PM ke 4 kita Tun Mahathir naik menjadi sebagai Perdana Menteri ke 6 Malaysia. Bagaimanapun isu peralihan kuasa membawa kepada kejatuhan beliau selepas 1 tahun 291 hari.",
"Pada ketika itu, Tun Mahathir memegang gelaran PM paling singkat Malaysia. ",
"Walau bagaimanapun, pengganti beliau TS Muhyiddin yang terpaksa menubuhkan kerajaan dalam gabungan yang kurang stabil hanya mampu bertahan 1 tahun 169 hari. Kita ingatkan setakat itu sajalah rekodnya.",
"Selepas perbincangan di antara gabungan yang sama dilakukan, DS Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9. ",
"Dilihat sejak awal hanya memegang jawatan itu untuk sementara, DS Ismail Sabri hilang kuasa selepas gabungan yang disertai beliau hanya mendapat 30 kerusi dalam pilihanraya umum ke 15 negara kita, menjadikan beliau PM Malaysia paling singkat dalam sejarah setakat ini. ",
"Jika lantikan Perdana Menteri dibuat melalui lantikan terus Maharaja, Putera Naruhiko Higashikuni yang naik menjawat jawatan itu pada 17 Ogos sehingga 9 Oktober 1945 layak bergelar PM Jepun paling singkat, hanya mentadbir selama 54 hari.",
"Namun seandainya kita mengambil kira pemegang jawatan tertinggi kerajaan Jepun paling singkat yang dipilih melalui sistem lantikan berteraskan pilihanraya Parlimen Jepun, Tsutomu Hata adalah individu paling kurang baik nasibnya.",
"Ekoran pergolakan politik, Morihiro Hosokawa naik sebagai Perdana Menteri Jepun ke 79 pada tahun 1003 selepas berjaya menyatukan gabungan pembangkang untuk membentuk kerajaan. ",
"Bagaimanapun masalah dalam identiti gabungan serta ketiadaan matlamat yang jelas, melahirkan sebuah kerajaan yang tidak stabil asasnya. Hosokawa kekal mentadbir 263 hari sebelum didesak meletak jawatan akibat tuduhan korupsi.",
"Perletakan jawatan yang dibuat secara mengejut itu memaksa gabungan yang ada berkompromi sesama mereka, melantik Tustomu Hata yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Luar Negara sebagai pengganti.",
"Malangnya Hata mencipta rekod apabila tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan parti, terpaksa melepaskan kuasa hanya selepas 64 hari mentadbir. ",
"Ekoran tewas, Hata berpecah keluar daripada gabungan yang disertai dengan menubuhkan parti baru namun usahanya selepas itu gagal membawa beliau kembali ke puncak kuasa.",
"Negara Thailand mempunyai sejarah yang unik, kerana pemimpin tertinggi kerajaan mereka sangat sering bertukar-tukar. Yang menakjubkan, kerajaan mereka juga sering ditukar melalui rampasan kuasa tentera.",
"Oleh kerana itu dalam sejarah Thailand, wujud ramai pemimpin tertinggi kerajaan yang mentadbir dengan kuasa bersifat sementara selepas kejayaan rampasan kuasa. ",
"Ketidak stabilan kerajaan sudah menjadi satu identiti biasa bagi orang Thailand. Perdana Menteri Thailand ketika ini iaitu Prayut Chan-o-cha, naik menggantikan Prawit Wongsuwan yang mentadbir hanya selama 37 hari.",
"Anda jangan ingat 37 hari itu adalah satu rekod! Secara rasmi tempoh pentadbiran paling singkat di Thailand adalah ketika Thawi Bunyaket memegang kuasa, yang berlaku pada 31 Ogos 1945. ",
"Thawi naik menjawat itu kerana dia memang sejak mula diberikan tugas untuk memanaskan bangku, bagi membolehkan calon sebenar kegemaran ramai Seni Pramoj naik.",
"Membentuk kabinet kerajaan ke 12 dalam sejarah Thailand, Thawi Bunyaket meletak jawatan Perdana Menteri selepas 18 hari menang pilihanraya yang sah, bagi memberi laluan kepada orang lain sama ada dia suka atau tidak."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-penjaring-gol-sendiri-terbanyak-dalam-sejarah-sukan-bola-sepak.html | 10 Penjaring Gol Sendiri Terbanyak dalam Sejarah Bola Sepak | [
"Peminat sukan bola sepak sudah pasti menginginkan setiap perlawanan yang ditonton berjalan dengan lancar. Bagaimanapun, adakalanya hujan tetap turun di tengah hari walaupun cuaca disangkakan panas hingga ke petang. Situasi yang tidak dijangka seperti jaringan gol sendiri boleh menyebabkan penonton berasa geram dan keliru. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi?",
"Kebiasaannya, jaringan gol sendiri adalah tidak disengajakan. Sama ada berpunca daripada salah faham antara ahli pasukan ataupun hanya sekadar suatu kesilapan 'bodoh' tanpa sebarang alasan. Walaupun kes gol sendiri ini amat jarang berlaku, namun terdapat beberapa orang atlet yang begitu menyerlah dan cemerlang menjaringkan gol sendiri dalam sejarah sukan bola sepak.",
"Pemain berdarah Jamaica ini dilabel sebagai pemain paling cemerkap apabila berada di hadapan gawang gol sendiri. Tiga daripada gol tersebut adalah semasa dia bermain di barisan pertahanan untuk pasukan Leicester City. Selain itu, dia juga pernah bersama pasukan Chelsea, West Bromwich Albion, Burnley, Huddersfield, Lincoln City, Wycombe Wanderers, Wrexham, Hendon, Colwyn Bay dan Brackley Town.",
"Bekas Kapten Stoke City ini telah bersama pasukannya selama 14 tahun dalam Liga Perdana dan pernah menjaringkan gol sendiri sebanyak enam kali sepanjang penampilannya bersama the Potters. Namun begitu, dia tetap diingati dan dijulang sebagai pemain terhandal kerana berjaya menjaringkan gol (di gawang pihak lawan) sebanyak 25 mata sebelum mengakhiri kerjayanya bersama pasukan tersebut.",
"Wes Brown yang berasal dari Manchester, England memulakan kerjayanya dengan pasukan Manchester United. Bersama pasukan popular tersebut, Brown telah menempa nama sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dan beroleh kejayaan dengan kemenangan lima kali gelaran Liga Perdana serta dua trofi Liga Juara-juara UEFA.",
"Selama 15 tahun, Brown tidak pernah bermain dengan mana-mana pasukan selain Manchester United. Setelah memilih untuk berpindah ke Sunderland, tiba-tiba dia terpaksa menentang pasukan MU yang seolah-olah telah sebati dengan dirinya itu. Perlawanan pula diadakan di Old Trafford - padang yang menjadi tempat menggelecek bola sejak awal kemunculannya. Sudah tentulah dia menjadi gemuruh dan cuba fokus untuk tidak melakukan sebarang kesilapan.",
"Brown berjaya mengharungi 45 minit pertama dengan baik. Namun, tarikh keramat 5 November 2011 mungkin akan sentiasa diingati Brown. Dia telah membantu bekas pasukannya dengan menjaringkan gol sendiri. Gol itu pula adalah satu-satunya mata jaringan dalam perlawanan tersebut.",
"Pasukan lain yang pernah 'dibantu' Brown adalah Southampton, Newcastle United, Liverpool, Everton dan Crystal Palace.",
"Dikatakan Jonny Evans masih ada harapan untuk mengungguli carta penjaring gol sendiri terbanyak kerana dia adalah salah seorang pemain Liga Perdana yang masih aktif dalam senarai ini. Jaringan gol sendiri terakhirnya adalah pada tahun 2020 ketika pasukannya, Leicester City, menentang Liverpool.",
"Dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, jarang sekali seseorang pemain profesional mendedikasikan kehidupannya bermain bola sepak bersama satu atau dua pasukan sahaja. Apatah lagi jika pemain tersebut pernah menjaringkan gol sendiri sehingga berkali-kali.",
"Hero pasukan Everton dan Sheffield United ini sememangnya seorang pemain bola yang hebat sehingga pernah membuat penampilan sehingga 40 kali di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, Jagielka juga 'hebat' menjaringkan gol sendiri sehingga tujuh kali. ",
"Malah, dia juga pernah menjaringkan gol sendiri di peringkat antarabangsa ketika mewakili England dalam perlawanan menentang Hungary pada tahun 2010. Nasib menyebelahinya apabila England berjaya mengakhiri perlawanan dengan skor 2-1.",
"Jamie Carragher dilaporkan sebagai pemain paling cemerkap dalam sejarah pasukan Liverpool. Pada tahun 1999, dia telah 'berjaya' menjaringkan sebanyak dua gol sendiri dalam satu perlawanan menentang Manchester United sehingga memberi kemenangan mudah kepada pihak lawan. Menurut Carragher, dia tidak mungkin dapat melupakan sejarah hitam itu yang masih menghantuinya sehingga ke hari ini.",
"Jamie Carragher mengambil masa yang lama iaitu selama 12 tahun bersama Liverpool untuk mengumpulkan mata tinggi jaringan gol sendiri. Namun, Martin Škrtel lebih masyhur kerana telah menjaringkan 7 gol sendiri dalam masa lima tahun sahaja.",
"Pada tahun 1980-an, Riccardo Ferri adalah salah seorang pemain bola sepak terbaik dari Itali dan merupakan bintang pasukan Inter Milan. Sepanjang kerjayanya bersama pasukan tersebut, mereka pernah berjaya menjuarai Coppa, Serie A dan UEFA. Bagaimanapun, dia juga merupakan pemain yang paling banyak menjaringkan gol sendiri dalam sejarah bola sepak Serie A.",
"Franco Baresi hanya pernah bernaung di bawah satu kelab sahaja iaitu AC Milan sepanjang 20 tahun kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional di Itali.",
"Walaupun pernah bergelar kapten selama 15 tahun, digelar Pemain Terbaik AC Milan pada tahun 1999 dan dinobatkan oleh Pele sebagai antara 125 pemain bola sepak terulung dunia dalam sejarah 100 tahun FIFA, Baresi juga telah bertanggungjawab menjaringkan sebanyak lapan gol ke dalam gawang pasukan sendiri.",
"Rekod malang yang tidak ingin dimiliki oleh mana-mana pemain bola sepak ini sehingga kini masih dipegang oleh Richard Dunne. Dalam 432 penampilannya dalam perlawanan bola sepak, dia telah menjaringkan sebanyak 10 gol sendiri. Selain itu, dia juga berkongsi takhta pemegang rekod terburuk layangan kad merah dalam sejarah Liga Perdana iaitu sebanyak lapan kali.",
"Antara pasukan yang mendapat gol percuma sumbangan Dunne adalah West Bromwich Albion, Manchester United, Wigan Athletic, Chelsea, Newcastle United, Bolton Wanderers, Blackburn Rovers, Sunderland, Queens Park Rangers dan Liverpool."
] |
https://iluminasi.com/bm/6-tanda-anda-tak-patut-menyertai-politik-secara-profesional.html | 6 Tanda Anda Tak Berbakat Dalam Karier Politik | [
"Bidang politik yang penuh tipu muslihat, menarik untuk dianalisis daripada luar pagar.",
"Kerjaya ini memerlukan seseorang punya sifat yang licik, penuh muslihat dan tipu daya, walaupun dalam dunia nyata dia seorang yang bersih suci akal fikirannya; apatah lagi dalam mengharungi dunia politik Malaysia yang kompleks dan sukar diduga.",
"Anda berminat nak bentuk karier sebagai seorang ahli politik? Sabar dulu. Nak jadi ahli politik kita kena buang beberapa sikap yang kita ada. Berikut adalah enam sikap yang orang biasa seperti kita selalunya ada, tak melayakkan kita menceburi bidang perebutan kuasa.",
"Dalam simpati politik, kita boleh bersimpati kepada pihak lain baik yang sama aliran ataupun lawan, asalkan simpati kita kepada dia tak menggugat kedudukan kita.",
"Rasa simpati juga adalah senjata utama ahli politik mengemudi sokongan ke arah mereka, kerana mereka tahu simpati orang ramai terhadap jatuh bangun perjuangan ahli politik yang 'memperjuangkan' rakyat adalah tulen. ",
"Kita orang biasa memang ikhlas menzahirkan simpati kita dalam situasi sebegini. Ahli politik pula tahu bila mereka perlu menzahirkan rasa simpati, kerana rasa simpati dalam politik perlu dikawal dan diselia. ",
"Simpati adalah alat yang cukup berkuasa membentuk persepsi, asalkan diguna tepat pada masanya.",
"Jika anda pernah melalui pengalaman menjadi ketua kepada jabatan atau satu-satu bahagian kerja, pasti anda pernah ada rasa kasihan untuk mengarah pekerja bawahan kita. ",
"Kita akan fikir dia pun ada anak bini, suami yang perlu diberikan perhatian berbanding kerja. Serabut nak fikir, akhirnya kita yang buat semua.",
"Sebagai ahli politik di Malaysia, kita perlu buang rasa segan nak perguna orang dalam memastikan matlamat kita dilaksana. ",
"Kita sebagai rakyat biasa mungkin tengok rombongan kereta Menteri ramai-ramai atas jalan raya membazir, tetapi kalau dah kemudahan itu tersedia dan semuanya disedia demi keselamatan kita...apa salahnya kita guna? ",
"Ada kemudahan helikopter? Buat apa tak guna? Parti ada ramai ahli muda? Apa salahnya diperah kudrat dan tenaga mereka gantung bendera.",
"Orang biasa mudah rasa bersalah mengerah kudrat orang lain demi kepentingan sendiri. Tetapi bagi ahli politik yang padu, itu satu perkara biasa dan kelebihan-kelebihan ramai penyokong atau petugas ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya.",
"Sesiapa yang pernah perlu menyingkirkan orang lain dari kerja akibat masalah disiplin atau masalah kewangan syarikat, pasti tahu betapa susahnya perkara itu nak dilakukan. ",
"Lagilah kalau dia merayu-rayu kita tarik balik keputusan itu dengan bermacam sebab diujarkan. Kita orang biasa tak mampu buat keputusan betul yang menyakitkan.",
"Nak jadi ahli politik yang baik, seseorang perlu berani buat keputusan sebegini dengan muka selamba tak kiralah dalam hati sebenarnya luruh jantung dan hati.",
"Keputusan yang sukar dan akan mengecewakan orang lain perlu dilakukan dengan cepat, tepat dan segera - walaupun dia yang ingin dibuang, mungkin sudah lama berjuang bersama kita atau lebih teruk, kawan baik kita.",
"Apa sifat yang paling dibenci orang ramai apabila bercakap tentang ahli politik di Malaysia? ",
"Majoritinya haram nak mengaku salah dalam satu-satu perkara, walaupun dah kantoi teruk binawenya.Kenapa? ",
"Ini kerana ahli politik tahu sekiranya mereka mengaku salah, kesan dan impak buruk pengakuan itu kepada reputasi mereka adalah jauh lebih besar berbanding buat bodoh saja. ",
"Jika mereka buat bodoh walaupun dah tersalah langkah, bagi saja seminggu dua orang ramai akan mula beralih kepada isu lain dan lupa apa yang dipersoalkan pada mulanya.",
"Kita pula rasa sebaliknya kan? Kalau ditangkap melakukan kesalahan, kita dididik untuk mengaku salah, terima hukuman dan janji tidak lagi mengulangi kesalahan serupa. Ahli politik Malaysia khususnya selagi boleh spin, dia akan spin dan cuba kembalikan sokongan kepada dia.",
"Bagi kita orang biasa, kita akan mencari jalan yang tidak menimbulkan banyak isu serta diterima umum. Namun bagi ahli politik, prinsip sebegini tak terpakai.",
"Khususnya ahli politik yang mengamalkan falsafah matlamat menghalalkan cara, setiap masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan pelbagai jenis varian dan variasi langkah berbeza, asalkan dia sanggup mengamalkan sikap yang supra-fleksibel.",
"Bagi ahli politik, tidak ada gunanya untuk terus cuba mengulangi gerak strategi yang sama setiap kali hanya kerana 'itulah prinsip kita.'",
"Ada masanya langkah lebih lentur perlu diamal walaupun ideologi kita perlu ditolak ketepi, agar hala tuju kita dapat dibengkok, dilengkung dan diputarkan; asalkan matlamat kita berjaya.",
"Sekiranya anda pernah bergelumang dengan bidang politik, anda tentu tahu kumpulan yang mudah untuk diperbudakkan adalah orang bawahan yang naif minda politiknya.",
"Bagi orang bawahan seperti ini, apa saja matlamat dan hala tuju yang ditentukan oleh pihak parti akan dipatuhi dengan akur. Ini kerana sedar tak sedar, setiap parti politik memang menetapkan sifat 'kenaifan' sebagai kewajipan. ",
"Tak percaya? Cuba lihat borang keahlian parti-parti. Majoritinya memerlukan akujanji ahli berikrar akan setia dengan fokus dan hala tuju parti, tanpa boleh dipertikaikan. Itu syarat utama perlu diikuti jika anda hendak berpolitik.",
"Sekiranya anda suka melawan, keras kepala dan suka mempertikaikan semua keputusan ketua, yakinlah anda memang tak sesuai masuk ke dalam gerak kerja politik. ",
"Orang sebegini akan dilihat sebagai kanser yang boleh merosakkan kesatuan ideologi parti kerana membawa perangai lawan ketua. Lebih baik anda carilah komuniti yang sekepala dengan anda, wujudkan gerakan NGO bebas politik bagi memperjuangkan apa anda minta.",
"Parti politik hanya boleh berjaya jika majoriti ahli setuju dengan matlamat yang ditetapkan ketua atau jawatankuasa pemimpin parti. Itu konsep asas yang takkan boleh diubah dan sukar diterima ramai orang biasa."
] |
https://iluminasi.com/bm/bermain-brain-games-tidak-akan-membuatkan-anda-lebih-bijak.html | Tiada Bukti Permainan Video Dan Brain-Games Jadikan Anda Lebih Bijak | [
"Jika anda pergi ke bahagian aplikasi permainan di PlayStore mahupun AppStore, anda mungkin sudah biasa terlihat senarai puluhan 'brain games' atau permainan yang dikatakan boleh melatih otak supaya menjadi lebih cerdas.",
"Malah, ada pembangun perisian yang mendakwa aplikasi atau permainan ciptaan mereka boleh meningkatkan daya ingatan, perhatian dan tumpuan pengguna.",
"Persoalannya, adakah brain games sebegini sememangnya dapat membantu menjadikan seseorang lebih bijak dan hebat?",
"Konsepnya sama seperti melakukan senaman. Sekiranya anda membuat senaman squat misalnya setiap hari, anda hanya akan membina otot-otot di bahagian kaki. Senaman itu tidak banyak membantu otot di bahagian lain. Ia juga tidak akan meningkatkan tahap kecergasan tubuh anda secara keseluruhan.",
"Begitu juga dengan otak. Sesetengah permainan mungkin boleh membantu melatih bagi tujuan tertentu namun ia tidak akan memberi kesan penambahbaikan pada keseluruhan sistem saraf secara amnya.",
"Menurut seorang ahli sains neuro kognitif, Profesor Michael Thomas dari University London menjelaskan bahawa sememangnya terdapat perubahan yang berlaku dalam otak setiap kali anda menjadi mahir dalam pusingan-pusingan permainan. Walau bagaimanapun, ia hanya akan membuatkan anda lebih cekap menyelesaikan tugasan tertentu sahaja dan tidak akan menjadikan anda seorang cendekiawan.",
"Terdapat permainan yang membantu kita mengenali dan menghafal bendera negara di dunia, contohnya. Jika anda berusaha dan berlatih bermain dengan gigih, anda mungkin akan berjaya mengingati warna dan rupa setiap bendera. Namun, pada masa yang sama, anda tetap mempunyai masalah mengingati senarai barang keperluan dapur yang perlu dibeli. Jadi, ini membuktikan brain games hanya meningkatkan prestasi anda dalam permainan tersebut sahaja dan bukan dalam hal lain. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Profesor Robert Sternberg dari Cornell University.",
"Beberapa kajian metasains terkini telah menyimpulkan bahawa tiada bukti yang permainan otak ini dapat membantu mengekalkan fungsi otak bagi orang dewasa pertengahan usia. Kajian-kajian ini juga tidak dapat menentukan sama ada latihan otak dapat mencegah demensia bagi individu yang sudah mempunyai masalah kecil dengan kognisi.",
"Kualiti penyelidikan berkaitan permainan otak yang ada pada hari ini sebenarnya tidak begitu lengkap dan tidak dapat memberikan satu kesimpulan yang boleh diharapkan. Sebaliknya, penemuan dan bukti yang menghubungkaitkan pendidikan formal dengan tahap kecerdasan adalah jauh lebih kukuh dan boleh dipercayai. ",
"Dr. Nachshon Meiran, seorang pakar sains kognitif dari Ben Gurion University of the Negev menjelaskan terdapat beberapa kontroversi dan percanggahan pendapat dalam bidang kajian yang diceburinya kerana terdapat juga beberapa laporan yang menyatakan permainan untuk otak ini juga adalah berguna sebagai subjek terbitan jurnal sewajarnya. ",
"Salah satu contoh yang menarik perhatian media beberapa tahun lalu adalah kajian mengenai permainan video. Pada tahun 2013, sebuah penyelidikan mendapati bahawa tempoh bermain permainan video selama 12 jam boleh memperbaiki penguasaan bacaan pada kanak-kanak disleksia dengan meningkatkan perhatian visual dan keupayaan untuk mendapatkan maklumat bermakna dari persekitaran.",
"Hasil kajian tersebut mendapati pembacaan kanak-kanak menjadi lebih pantas tanpa mengorbankan ketepatan bacaan. Bahkan, kumpulan penyelidik tersebut turut melaporkan bahawa permainan video mampu mencegah disleksia sebelum ia berkembang. Pada tahun 2017 pula, mereka menerbitkan penyelidikan yang mempunyai dapatan yang seakan-akan sama dengan kajian terdahulu namun menggunakan kanak-kanak berbahasa Inggeris sebagai subjek kajian.",
"Walau bagaimanapun, sebelum anda membiarkan anak anda berlama-lama menghadap skrin, anda perlu tahu bahawa kita tidak boleh berpegang kepada penemuan kajian tersebut bulat-bulat. Hal ini demikian kerana kajian tersebut hanya membandingkan kanak-kanak yang bermain video aksi dengan bukan aksi. Justeru, ramai penyelidik lain menyangkal dengan mengatakan kajian itu tidak mempunyai piawaian yang diperlukan dan sepatutnya menguji keberkesanan permainan-permainan ini berbanding rawatan psikoterapi secara bersemuka.",
"Sehingga ke hari ini, masih belum ada kajian yang benar-benar berkualiti dijalankan ke atas brain games. Kebanyakan penyelidikan yang dibuat hanya menggunakan bilangan subjek yang kecil, generalisasi yang boleh dipersoalkan, pelaporan yang lemah dan kekurangan pengesahsahihan bebas.",
"Walaupun syarikat-syarikat pengeluar aplikasi dan permainan ini dengan bangga mendakwa produk mereka disokong oleh sains neuro, Prof. Thomas masih ragu-ragu. Menurutnya, dakwaan tersebut hanyalah sekadar muslihat untuk mengaburi mata supaya pelanggan berasa lebih tertarik.",
"Tidak dinafikan bahawa terdapat juga nilai-nilai berguna daripada brain games seperti memberi rasa pemerkasaan selain mendapat satu kepuasan. Risiko yang membawa kepada bahaya juga adalah rendah. Namun, sekiranya anda meluangkan terlalu banyak masa bermain brain games ini, anda mungkin terlepas peluang untuk membuat aktiviti yang benar-benar boleh membantu meningkatkan kecerdasan otak seperti bersenam, melakukan aktiviti fizikal, menghafaz Al-Quran, membuat kerja sekolah dan sebagainya.",
"Pendek kata, anda sebenarnya hanya perlu kekal aktif secara mental, fizikal dan sosial untuk menjaga kesihatan otak secara umum. Jangan terlalu berharap pada aplikasi brain games untuk membantu meningkatkan IQ dan menjadikan anda lebih pintar. Main untuk seronok-seronok saja, tiada masalah."
] |
https://iluminasi.com/bm/bahagian-tubuh-paling-berkhasiat.html | Bahagian Tubuh Manusia Manakah Paling Berkhasiat? | [
" Sedang dalam perjalanan itu, berlaku kegagalan enjin menyebabkan juruterbang perlu mendarat kecemasan di sebuah pulau kecil dan kosong yang hanya dipenuhi pasir.",
"Selepas beberapa hari menunggu, masih tidak ada bantuan tiba. Bekalan makanan yang ada dari pesawat sudah semakin berkurangan.",
"Demi memastikan nyawa terjaga, beberapa orang yang senasib ada mencadangkan agar kumpulan yang terselamat mula menjadikan daging penumpang sebagai penyambung nyawa, dengan undian menentukan siapa lauknya.",
"Bahagian mana agaknya paling berkhasiat, untuk memastikan nyawa anda terpelihara dan mampu selamat pulang hendaknya?",
"Sejak dahulu, amalan makan daging manusia merupakan satu perbuatan yang menarik minat masyarakat untuk mengetahuinya.",
"Tetapi sekiranya kita benar-benar ada dalam situasi sedemikian rupa, lebih ramai yang akan muntah jika perlu melakukannya.",
"Walaupun kita mungkin jijik untuk , memang telah ada kajian berkenaan khasiat daging manusia dijalankan oleh penyelidik; yang bukan saja menentukan bahagian manakah paling 'sihat' untuk anda makan tetapi juga yang mana paling banyak akan memberikan anda tenaga.",
"Dalam semua kajian berkenaan amalan kanibalisme, sukar untuk menemui satu jawapan kepada satu persoalan; adakah masyarakat yang mengamalkan kanibalisme melakukannya kerana kepercayaan semata-mata atau mereka merasakan ada khasiat pemakanan lalu mengamalkannya?",
"Sekiranya masyarakat yang mengamalkan tabiat ini melakukannya kerana percaya khasiat yang terkandung dalam tubuh manusia - ada keperluan untuk kita memahami kenapa dalam era moden pun, puak-puak kanibalisme kekal meneruskan tabiat makan sebegini.",
"Itulah yang cuba dijawab seorang penyelidik dari University of Brighton, United Kingdom, mengenalpasti khasiat yang terkandung dalam tubuh kita mengikut bahagian atau organ yang ada. ",
"Kerana dalam sejarah penyelidikan berkait masyarakat yang mengamal kanibalisme, wujud dua 'sekolah' bagaimana daging manusia diuruskan.",
"Ada komuniti benar-benar melapah dengan terperinci setiap cebisan daging yang ada untuk hidangan. Sementara satu lagi kumpulan, sekadar melakukan pemotongan di bahagian-bahagian tertentu secara rawak tanpa proses lapah berlaku sempurna.",
"Disebabkan perubahan syarat etika penyelidikan era sekarang, tidak ada lagi kaedah secara sah dapat digunapakai untuk kita dapat menjawab persoalan nilai sebenar khasiat nutrisi manusia.",
"Kumpulan penyelidik zaman sekarang perlu bergantung kepada data-data lama yang diperoleh, semasa dunia perubatan masih dibenarkan mengkaji kesemua aspek tubuh manusia (demi sains!) untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Situasi sama tidak lagi boleh diamalkan sekarang.",
"Dengan menggunakan kajian terdahulu yang dibuat berdasarkan tubuh manusia yang telah didermakan untuk kajian, kajian berjaya merumuskan dua bahagian otot iaitu peha dan kulit sebagai bahagian paling tinggi nilai kalorinya, dengan 13,000 dan 10,000. Itu tak mengejutkan.",
"Sekiranya perlu dimasak sebagai sup, sup tulang rangka manusia mampu menawarkan sehingga 25,000 kalori. Tisu-tisu dalam tubuh kita pula menawarkan sekitar 49,950 kalori sekiranya diperlukan untuk hidangan.",
" Organ-organ dalaman seperti hati, buah pinggang, otak dan sebagainya hanya mempunyai nilai kalori yang rendah, tidak memadai untuk seseorang bertahan hanya dengan memakannya.",
"Sementara itu organ yang terlalu rendah khasiatnya merangkumi organ seperti pankreas, limpa dan sudah pastilah gigi manusia, yang hanya 'menawarkan' kira-kira 36 kalori jika dimakan.",
"Walaupun dapatan yang ditemui hasil kajian sebegini bunyinya melucukan atau menyeramkan anda, kita perlu tahu;",
"Jika kita benar-benar perlu duduk dalam situasi genting hingga wujud keperluan menjamah daging manusia lain, khasiat yang ada tidak mencukupi jika kita bandingkan dengan makanan yang kita makan.",
"Hasil dari penyelidikan penyelidik terdahulu, tubuh lelaki secara puratanya menghasilkan kira-kira 30 kg daging, namun hanya mempunyai nilai protein yang rendah serta sekitar 18,000 kalori keseluruhannya. ",
"Seandainya seorang lelaki dijadikan hidangan bagi 60 orang penumpang terkandas, mereka yang menjamah tidak mempunyai kalori yang cukup hanya untuk memenuhkan diet minima mereka.",
"Ini kerana nilai khasiat tubuh manusia jauh lebih rendah berbanding khasiat yang terkandung dalam haiwan-haiwan lain yang biasanya disembelih untuk dijadikan makanan. Seekor lembu dagingnya mampu menawarkan kira-kira 367,200 kalori, rusa 163.680 kalori dan khinzir 324,000 kalori.",
"Kajian yang telah berjaya dijalankan turut mendapati tabiat kanibalisme masyarakat dahulu kala, lebih banyak didorong ritual dan kepercayaan masyarakat, berbanding keperluan memenuhi keperluan diet dalam komuniti.",
"Seandainya anda benar-benar terdampar di pulau dan hanya dengan memakan manusia lain, nasihat kami pastikan anda rebut bahagian peha kerana bahagian tersebut mengandungi sumber khasiat paling tinggi dan mampu mengenyangkan anda lebih lama.Tetapi sekiranya yang terdampar itu ramai jumlahnya, kemungkinan besar yang akan terselamat hanyalah sangat sedikit jumlahnya - kerana ramai perlu dikorbankan untuk dicukupkan bekalan makanan."
] |