inputs
stringlengths 9
3.4k
| targets
stringlengths 1
10.2k
| language
stringclasses 1
value | language_code
stringclasses 1
value | annotation_type
stringclasses 2
values | user_id
stringlengths 64
64
|
---|---|---|---|---|---|
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. "Plot bermaksud …" | Jawapannya ialah jalinan peristiwa. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Apakah ketinggian Yao Ming? | 2.29m | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut: Apakah yang perlu dijangka semasa memandu di belakang sebuah kenderaan yang menghampiri kawasan pembinaan?
A. Kenderaan di hadapan mungkin akan berhenti secara mengejut
B. Kenderaan di hadapan akan mengubah haluan
C. Kenderaan di hadapan mungkin memotong kenderaan lain
| Jawapannya ialah A. Kenderaan di hadapan mungkin akan berhenti secara mengejut | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'buta hati'? Berikan satu contoh ayat. | Ia bermaksud bersikap kejam.
Contoh ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Pelbagai acara diadakan di sekolah sempena menyambut hari kebangsaan. Pilih perkataan seerti bagi perkataan 'acara' dalam ayat tersebut. Pilihan:
A) agenda
B) rencana
C) rancangan
D) aturcara | Jawapan yang betul ialah C) rancangan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'duduk di dalam tabir langit-langit berbau tembelang'? | Ia bermaksud perempuan yang berkurung dalam rumah tetapi kejahatannya diketahui orang | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya. Contoh ayat: "Janganlah main saham kalau tidak mampu menanggung keberatan hati, bahkan kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai." | Standard Malay | zsm | re-annotations | cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd |
Apakah maskud peribahasa "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"? Berikan contoh ayat yang sesuai. | Maksud peribahasa ini ialah sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha.
Contoh ayat: Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud 'kecut hati'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud takut. Contoh ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Apa yang menarik layang-layang ke udara? | Jawapannya ialah tali | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Burung apa yang terlampau besar untuk terbang? | Jawapannya ialah burung besar. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Isteri nelayan menjemur ikan di atas __ yang disediakan di halaman rumahnya. Pilihan:
A) papan-papan
B) para-para
C) ruang-ruang
D) rak-rak | Jawapan yang betul ialah C) ruang-ruang | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Apakah maksud 'di lahir serupa tidak, di batin menggunting angin'? | Ia bermaksud orang yang menyembunyikan tabiat yang sebenarnya (tidak jujur) | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Ali menjual 253 bungkus nasi lemak dengan harga RM379.50. Berapakah harga satu bungkus nasi lemak? | RM379.50/253 =RM1.50. Jadi, harga satu bungkus nasi lemak ialah RM1.50 | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "air dicencang tiada putus"? | Ia bermaksud hubungan persaudaraan tidak mudah dipisahkan oleh perselisihan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Pulau manakah yang terletak di Malaysia yang paling ringan? | Jawapannya ialah Pulau Kapas. Kapas merupakan bahan yang ringan. Dalam teka-teki ini, Pulau Kapas dikatakan ringan kerana nama pulau tersebut. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'? | Ia bermaksud suka duka sama-sama ditanggung. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'bertikam lidah'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud berbantah atau bertengkar. Contoh ayat: Ramlah bertikam lidah dengan Hazwani mengenai tugas mereka. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "ada taring"? | Simpulan bahasa ini bermaksud seseorang yang berkuasa. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Langkah-Langkah Persediaan Melanjutkan Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). | Pada zaman pascakemerdekaan ini, ia merupakan impian seseorang individu untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Mutakhir ini, impian tersebut merupakan realiti yang menjadi lumrah dek kerana lambakan IPT samada awam mahupun swasta telah dibangunkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Rentetan itu, ramai lepasan sekolah menengah berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat dalam IPT kerana mereka dijanjikan pekerjaan dan pendapatan yang stabil sekiranya mempunyai sijil ijazah apabila melangkah masuk ke alam pekerjaan kelak. Namun begitu, negara kita tidak bersedia dengan baik dan menyebabkan pengangguran lepasan IPT ini bertambah. Oleh itu, pelajar-pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran seharusnya mengenal pasti langkah persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT.
Langkah pertama adalah dengan memilih kursus atau bidang pelajaran yang diminati dan sesuai dengan pelajar. Langkah ini penting disebabkan ramai di antara pelajar yang tidak berjaya menghabiskan pengajian mereka kerana mereka tidak berminat akan kursus yang diambil. Perkara ini adalah mustahak kerana dengan minat, ia akan membantu para pelajar untuk fokus dan lebih menghayati atau mendalami subjek-subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, pelajar lebih meminati bidang kesenian tetapi mengambil jurusan kejuruteraan maka ia memerlukan usaha yang lebih bagi pelajar tersebut untuk melepasi ujian dan mendapatkan ijazah. Pelajar perlu lebih mengenali diri dan kemampuan masing-masing agar tidak mensia-siakan masa dan peluang apabila melanjutkan pelajaran kelak. Ibu bapa dan keluarga seharusnya memberi sokongan moral kepada ahli keluarga yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke IPT dalam bidang pilihan mereka demi kebaikan bersama di masa hadapan.
Selain itu, pelajar juga perlu bertindak rasional dalam membuat keputusan yang menentukan masa hadapan pelajar-pelajar. Sebelum memohon untuk melanjutkan pelajaran pelajar hendaklah menganalisis pasaran kerja yang terkini supaya jurusan yang diambil oleh para pelajar menjanjikan peluang pekerjaan sejurus selepas menamatkan pengajian. Kita boleh menyaksikan hari ini bahawa kadar pengangguran graduan lepasan IPT semakin tinggi dan membimbangkan. Ramai dalam kalangan mereka terpaksa lari daripada bidang pelajaran mereka untuk mencari pekerjaan dek kerana tekanan ekonomi hari ini. Justeru, pelajar yang baru berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dinasihatkan supaya memilih jurusan yang sejajar dengan permintaan ekonomi negara khususnya dan dunia amnya. Revolusi Industri 4.0 yang menjadi polemik negara hari ini harus disokong oleh pelajar dengan memilih bidang teknologi dan kemahiran yang menjamin pengajian pelajar di peringkat tinggi merupakan tindakan yang tidak sia-sia.
Langkah seterusnya dalam persediaan melanjutkan pelajaran ke IPT adalah dengan memastikan pelajar mempunyai dana yang cukup. Kita tidak boleh menafikan dana yang banyak diperlukan apabila melanjutkan pelajaran ke IPT. Kos-kos seperti yuran pengajian, yuran asrama dan duit belanja untuk makan dan minum harus ditanggung pelajar sepanjang tempoh pengajian di IPT. Namun begitu pelbagai inisiatif boleh dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat suntikan bantuan dalam bentuk kewangan apabila melanjutkan pelajaran. Permohonan biasiswa adalah alternatif terbaik dalam memastikan pelajar dapat menyelesaikan yuran pengajian di samping mendapat keputusan yang terbaik dalam pengajian masing-masing sebagai syarat untuk mendapatkan tajaan biasiswa. Bukan sahaja dapat melangsaikan hutang pengajian tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri malahan pelajar berpeluang besar dalam alam pekerjaan kerana diiktiraf sebagai penerima penajaan biasiswa.
Dalam pada itu, langkah utama yang perlu digarap oleh para pelajar adalah dengan memperlengkap diri dalam aspek seperti kelayakan akademik dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Ini merupakan syarat umum bagi seorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jika para pelajar berminat untuk menjadi seorang yang bekerja dalam golongan profesional seperti doktor, arkitek, mahupun penjawat awam kerajaan, pelajar perlu mempunyai kelayakan akademik yang terbaik dan cemerlang kerana ia menunjukkan kemampuan diri para pelajar dalam mempelajari sesuatu dan kesungguhan yang dimiliki. Penglibatan yang aktif dalam kokurikulum pula mencerminkan keperibadian pelajar-pelajar. Syarat-syarat ini penting bagi IPT dan majikan diwaktu kelak untuk menilai kebolehan dan nilai unik yang terdapat dalam diri pelajar masing-masing. Intihannya, pelajar hendaklah sentiasa menambah nilai kemahiran diri dalam pelbagai aspek supaya kelak menjadi nilai yang berguna dalam mengejar cita-cita.
Secara tuntas, kita dapat lihat langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelajar dalam persediaan melanjutkan pelajaran ke IPT. Persediaan fizikal dan mental merupakan persediaan yang paling asas yang juga mustahak untuk dipastikan oleh pelajar apabila melanjutkan pelajaran supaya tidak menghadapi kejutan budaya dan berputus asa dalam mengejar cita-cita yang mulia ini. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya menggabung jalinkan elemen dalam memastikan pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dan seterusnya berjaya mendapatkan pekerjaan sejurus tamat pengajian di IPT. Pelajar perlu dibimbing oleh ibu bapa dan guru dalam melakukan pilihan terbaik supaya mereka dapat menambahkan potensi diri mereka dan kemudian menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara di masa hadapan. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu yakni, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'runcing telunjuk memalit sambal lada'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud kehidupan yang miskin dan melarat. Contoh ayat: Dari dahulu hingga kini keluarga Amera tak ubah runcing telunjuk memalit sambal lada. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Jawab soalan teka-teki berikut: Mempunyai kuasa khas dan memakai seluar dalam berwarna terang di luar? | Jawapannya ialah Superhero | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan rumit ini: pada tahun apakah satu-satunya atlet yang bertanding untuk Montserrat di Sukan Komanwel 2002 dilahirkan? | Tahun 1971 | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Jarum seribu di atas badan. | Jawapannya ialah landak | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud anjing dengan kucing? | Maksudnya adalah bergaduh apabila berjumpa. | Standard Malay | zsm | original-annotations | bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd |
Tulis satu karangan yang membincangkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa bencana alam. | Bencana alam merupakan kejadian yang tidak dapat dielakkan dan seringkali meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa yang terlibat. Dalam keadaan seperti ini, bantuan dan sumbangan kepada mangsa bencana alam sangat penting untuk membantu mereka pulih dan kembali ke kehidupan normal. Bayangkan jika rumah yang kita diami dan segala harta yang terdapat di dalam rumah tersebut, musnah hanyut dibawa arus banjir yang deras. Hanya perasaan mangsa sahaja yang memahami bagaimana kehilangan tersebut memberi impak kepada kehidupan mereka. Dalam esei ini, saya akan membincangkan tentang bantuan dan sumbangan kepada mangsa bencana alam serta peranan yang kita semua boleh mainkan untuk meringankan beban mereka. Persis kata peribahasa, bagai aur dengan tebing.
Bantuan dan sumbangan kepada mangsa bencana alam melibatkan pelbagai aspek seperti bantuan kemanusiaan, bantuan perubatan, makanan, air bersih, tempat tinggal sementara, pakaian, dan keperluan harian. Bantuan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan asas mangsa yang terkesan oleh bencana alam tersebut. Sebagai contoh, dalam situasi banjir, air bersih adalah sangat penting untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Oleh itu, pengedaran air bersih dan pembinaan sistem penyulingan air harus menjadi keutamaan dalam usaha bantuan dan pemulihan. Begitu juga, tempat tinggal sementara seperti kem penempatan sementara perlu disediakan bagi mangsa yang kehilangan rumah mereka akibat bencana alam. Tenaga sukarelawan juga sangat membantu dalam melakukan kerja-kerja membersih dan sebagainya ketika kejadian bencana alam berlaku. Bantuan kemanusiaan ini dapat memberikan sokongan segera dan mengurangkan beban mangsa dalam menghadapi keadaan yang mencabar ini.
Selain bantuan kemanusiaan, bantuan perubatan juga merupakan sebahagian penting dalam membantu mangsa bencana alam. Dalam keadaan bencana, kecemasan kesihatan dan kecederaan adalah perkara yang sering berlaku. Membekalkan peralatan perubatan, ubat-ubatan, dan khidmat nasihat perubatan adalah penting untuk menangani keadaan kecemasan dan memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera. Jururawat dan doktor sukarelawan juga boleh memberikan bantuan perubatan dengan memberikan rawatan di kawasan yang terjejas oleh bencana alam. Pihak berwajib perlu memberikan informasi kepada mereka yang bakal terjejas dengan bencana alam supaya cakna dalam mendapatkan bantuan perubatan jika berlaku kecemasan ketika bencana alam melanda. Bantuan perubatan ini dapat membantu mengurangkan kesakitan dan menderita mangsa serta memastikan mereka mendapat penjagaan yang mencukupi.
Sumbangan makanan juga merupakan sumbangan yang penting dalam membantu mangsa bencana alam. Kebanyakan mangsa bencana kehilangan akses kepada makanan yang mencukupi kerana bekalan mereka terjejas oleh bencana. Ini menyebabkan masalah kekurangan makanan dan kelaparan. Oleh itu, sumbangan makanan seperti makanan segera, makanan berkalori tinggi, dan makanan yang mudah disediakan harus disalurkan kepada mangsa. Mereka yang terlibat dalam usaha bantuan bencana alam juga perlu memastikan bahawa makanan yang disumbangkan adalah berkualiti dan memenuhi keperluan pemakanan asas mangsa. Selain itu, penyediaan program pemulihan nutrisi untuk kanak-kanak dan ibu hamil adalah penting untuk memastikan kesihatan mereka pulih dengan baik. Jelas bahawa bantuan makanan kepada mangsa bencana alam penting bagi memastikan kesihatan dan kelangsungan hidup mereka berada pada tahap yang baik.
Akhir sekali, kita semua juga boleh memberikan sumbangan dalam bentuk wang, pakaian, dan keperluan harian kepada mangsa bencana alam. Sumbangan wang boleh digunakan untuk membiayai keperluan asas seperti makanan, perubatan, dan tempat tinggal sementara. Pakaian dan keperluan harian seperti selimut, kasut, lampin bayi, dan barangan kebersihan adalah penting untuk membantu mangsa yang kehilangan harta benda mereka dalam bencana tersebut. Kita boleh menghulurkan sumbangan ini melalui badan kebajikan, agensi bantuan kemanusiaan, atau program-program sumbangan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan. Koordinasi daripada setiap agensi yang terbabit perlu dikelola dengan baik agar setiap mangsa mendapat sumbangan yang perlu pada kadar yang bersesuaian denagn keadaan masing-masing. Setiap sumbangan, walaupun sedikit, akan memberikan impak yang besar kepada mangsa bencana alam.
Secara kesimpulannya, bantuan dan sumbangan kepada mangsa bencana alam adalah penting dalam membantu mereka pulih daripada kesan bencana tersebut. Bantuan kemanusiaan, bantuan perubatan, makanan, air bersih, tempat tinggal sementara, pakaian, dan keperluan harian adalah beberapa bentuk bantuan dan sumbangan yang diperlukan. Setiap individu juga boleh memberikan sumbangan dalam bentuk wang, pakaian, atau keperluan harian kepada mangsa bencana alam. Kita perlu bersatu dalam usaha membantu mangsa bencana alam dan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan. Dalam masa kepayahan, setiap bantuan dan sumbangan akan memberikan harapan dan menyumbang kepada pemulihan mangsa bencana alam. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula serentak di Kota Bharu dan Thailand. Terangkan serangan Jepun sehingga penawanan Singapura.
| Skema jawapan:
F1 Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan pendaratan tentera
Jepun di Pantai Kuala Pak Amat, Pantai Sabak (Kota Bharu) dan
Singgora dan Patani (Thailand) pada 8 Disember 1941.
F2 Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu, kemudian mara ke
selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur.
F3 Kapal Repulse dan Prince of Wales digerakkan untuk menyekat
kemaraan Jepun
H3 tetapi ditenggelamkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan.
F4 Tentera Jepun yang mendarat di Thailand memasuki Kedah, berpecah
kepada dua pasukan untuk mara ke selatan.
F5 Satu pasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan melalui
pesisiran pantai barat.
F6 Sepasukan lagi mengikuti jalan darat menuju bandar utama di negeri
pantai barat
F7 Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun apabila
Singapura berjaya ditawan pada 15 Februari 1942. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512 |
Bandar manakah antara berikut yang merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco? A. Kuala Lumpur dan Shah Alam B. George Town dan Bandaraya Melaka C. Kota Kinabalu dan George Town D. Kuching dan Ipoh | Jawapannya ialah B. George Town dan Bandaraya Melaka.
George Town dan Bandaraya Melaka disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 2008. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Isi tempat kosong dalam ayat berikut dengan kata sendi yang paling sesuai: Sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Indera Mulia berlarutan _________
ke tengah malam | Jawapan untuk tempat kosong di atas ialah perkataan 'hingga'. Hingga ialah kata sendi nama yang digunakan untuk menyatakan had masa, waktu, atau tempat tertentu. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah Phua Chu Kang? | Phua Chu Kang merupakan sitkom Singapura yang disiarkan di MediaCorp TV Channel 5 pada tahun 1997. Kesinambungannya, Phua Chu Kang Sdn Bhd mula bersiaran di ntv7 pada 25 Mac 2009 dan disiarkan di MediaCorp Channel 5 pada 6 Oktober 2009. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tepung pelita merupakan kuih tradisional Melayu yang popular terutama di bulan Ramadan. Teksturnya lembut, rasanya lemak-lemak manis dan baunya wangi. Sangat sesuai sebagai hidangan pencuci mulut, minum petang atau jamuan. Tunjukkan resipi untuk kuih tepung pelita dengan langkah-langkah yang terperinci. | Bahan lapisan bawah: 1 cawan gula halus
Bahan lapisan tengah: 1 cawan tepung beras, 1/4 cawan gula pasir, 1/2 cawan jus pandan (dari 5 helai daun pandan), 6 cawan air, 1 sudu kecil air kapur, 1 cubit garam
Bahan lapisan atas: 5 sudu besar rata tepung beras, 3 sudu besar rata tepung jagung, 2 cawan santan pekat◦ 2 cawan air, 1 sudu kecil garam
Bahan acuan: Daun pisang, lidi atau stapler
Cara penyediaan:
1. Blend daun pandan dengan sedikit air untuk mendapatkan setengah cawan jusnya.
2. Potong serong lidi (supaya tajam hujungnya) sepanjang 4 cm setiap satu.
3. Layur daun pisang dan potong anggaran 13x10 cm lebar.
4. Bentukkan sampan/acuan tepung pelita sebesar 7x4x4 cm. Kemaskan menggunakan lidi atau kelipkan dengan stapler. Ketepikan.
Cara memasak:
1. Bagi lapisan bawah, letakkan satu sudu kecil gula halus ke dalam setiap bekas daun pisang.
2. Untuk lapisan kedua, masak semua bahan dengan api perlahan. Kacau sehingga campuran pekat.
3. Setelah masak, tuangkan ke dalam bekas tepung pelita yang telah dibubuh gula kisar tadi sehingga
separuh penuh.
4. Untuk lapisan ketiga (paling atas), masak dan kacau semua bahan dengan api perlahan sehingga
masak, licin dan berkilat.
5. Tuangkan ke dalam bekas daun pisang sebagai lapisan paling atas. Biarkan sejuk.
6. Sejukkan tepung pelita di dalam peti sejuk sebelum dinikmati. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Kecantikan corak kain-kain bunga itu menyebabkan pelancong India itu ____________ Sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya. | rambang mata | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Apakah maksud "anjur surat bak bertanam dijemba-jemba bak bersiang"? | Maksud peribahasa ini ialah tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dengan maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Ayat 1: Apabila dia menolak ultimatum, dia dihukum dan diekskomunikasi oleh mahkamah gereja pada bulan Jun 1952. Ayat 2: Apabila dia menolak ultimatum, dia diekskomunikasi oleh mahkamah Gereja dan diadili pada bulan Jun 1952. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? | Tidak | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Apakah penghormatan yang telah diberikan untuk mengiktirafkan sumbangan Dr. Wu Lien-teh? | Dr. Wu Lien-teh dianggap sebagai orang pertama yang memodenkan perkhidmatan perubatan dan pendidikan perubatan China. Di Universiti Perubatan Harbin, patung-patung perunggu daripadanya memperingati sumbangannya terhadap kesihatan awam, perubatan pencegahan, dan pendidikan perubatan.
Karya penulisan Wu dalam bidang epidemiologi kembali menjadi sangat relevan dengan melandanya pandemik COVID-19 yang merebak seluruh dunia pada tahun 2019.
Terdapat sebatang jalan raya di Ipoh Garden South, kawasan perumahan kelas menengah di kota Ipoh, Perak yang dinamakan sempena beliau. Di Pulau Pinang juga terdapat suatu kawasan perumahan bernama Taman Wu Lien Teh terletak berhampiran alma maternya Penang Free School; di sekolah ini, sebuah rumah diberi nama sempena namanya. Sebuah persatuan juga dinamakan sempena nama beliau, Persatuan Dr. Wu Lien-teh.
Koleksi pustaka Wu Lien-teh sebanyak 20,000 buku ilmu disumbangkan beliau sendiri semasa hayatnya kepada Universiti Nanyang yang kemudian tersinambung menjadi sebahagian dari Universiti Nasional Singapura. Muzium Seni Universiti Malaya mempunyai seberapa koleksi lukisan dari Wu.
Pada 1995, anak perempuan Wu, Dr. Yu-lin Wu, menerbitkan sebuah buku mengenai bapanya, Memories of Dr. Wu Lien-teh, Plague Fighter.
Pada 2015, Institut Wu Lien-Teh dibuka di Universiti Perubatan Harbin. Pada 2019, The Lancet melancarkan suatu anugerah tahunan untuk memperingati jasa Wu serta pengasas penyunting penerbitan, Thomas Wakley yakni Hadiah Wakley-Wu Lien Teh.
Pada 2021, Wu diberi penghormatan oleh Google dengan suatu lakaran memperingati beliau. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'jika pisau tidak berbaja, makin dikikir bertambah tumpul'? | Ia bermaksud jika anak tidak berpembawaan, makin diajar bertambah bodoh | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
Ayat pasif: Encik Tarmizi telah dilantik oleh ahli persatuan sebagai bendahari.
| Ayat aktif yang betul ialah 'Ahli persatuan telah melantik Encik Tarmizi sebagai bendahari.' | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'kata dua'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan. Contoh ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Cuba jawab teka-teki ini: Negara yang kenal dengan spaghetti? | Jawapannya ialah Itali. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut. Apakah yang harus dibuat sebelum menghidupkan enjin kereta?
A. Membunyikan hon dengan kuat
B. Memastikan gear dalam keadaan bebas
C. Menekan pedal pemecut. | Jawapannya ialah B. Memastikan gear dalam keadaan bebas | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai budak sapu hingus"? | Perihal orang yang tidak tahu mengerjakan sesuatu dengan sendirinya atau masih mentah dalam pengetahui sesuatu perkara. | Standard Malay | zsm | re-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah maksud 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut. | Ia bermaksud jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya. Contoh ayat: Encik Roslan bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberi sehingga selesai walaupun tugasan tersebut kerap kali bermasalah. Pendirian Encik Roslan sama seperti pepatah hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Berikan jawapan untuk teka-teki yang berikut: Benda ini sangat berharga, tetapi setiap orang pun ada. Mudah dibuang, tak mungkin disimpan. | Jawapannya ialah masa. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan ini. Apakah laksa? | Laksa merupakan sejenis makanan mi berkuah pedas yang terdapat serata Nusantara khususnya dalam kalangan masyarakat Cina,Baba Nyonya dan Melayu. Bahan utama untuk membuat kuah laksa seperti bunga kantan , daun kesum , otak udang dan asam gelugur hanya terdapat di Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Selatan Thailand , Kedah , Pulau Pinang dan Perlis . Laksa pertama tercipta ialah Asam laksa di Pulau Pinang dan Kedah iaitu kaum cina . | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Beri jawapan untuk soalan yang rumit ini: Manakah yang betul? Sam Roberts menandatangani Universal (Kanada) sebelum atau selepas pembubaran Bikini Kill? | Sam Roberts menandatangani Universal (Kanada) selepas pembubaran Bikini Kill? | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan yang berikut: Faktor/cara tangani penyakit kanser? | Jawapan: Penyakit kanser boleh ditangani dengan pembedahan, terapi radiasi, terapi kimoterapi, dan rawatan alternatif lain seperti diet dan gaya hidup yang sihat. | Standard Malay | zsm | re-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut: Mengapakah kemalangan berlaku di jalan yang lurus?
A. Cuaca yang baik
B. Kenderaan dipandu terlalu laju
C. Tidak mencuci kenderaan
| Jawapannya ialah B. Kenderaan dipandu terlalu laju | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'mabuk cendawan'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud dilamun cinta sehingga terganggu fikiran. Contoh ayat: Dia sedang mabuk cendawan sebab itulah dia asyik mengelamun. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Di manakah Indonesia? | Indonesia ialah sebuah negara kepulauan terbesar di dunia, yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia, wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar, dan Palau. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai awak kurus daging menimbun"? | Orang kaya pura-pura miskin | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'jangan tercirit di periuk'? | Ia bermaksud jangan berbuat angkara pada tempat kita diami; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'bertanam tebu di tepi bibir'? Berikan satu contoh ayat. | Ia bermaksud mengeluarkan perkataan yang manis-manis untuk memujuk dan sebagainya.
Contoh ayat: Siti seorang yang naif dan mudah terpedaya dengan sesiapa yang bertanam tebu di tepi bibir. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. "Rumah Helang berjaya __________ rumah-rumah sukan yang lain." | Jawapannya ialah mendahului. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
Ayat aktif: Ahmad menendang bola itu ke pintu gol. | Ayat pasif yang betul ialah 'Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.' | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tulis sebuah cerita yang diakhiri dengan "Peristiwa itu betul-betul menginsafkan aku. Aku berjanji tidak akan membantah nasihat ibu lagi." | Aku belajar dalam Tahun Empat di sebuah sekolah di bandar. Oleh sebab, aku dilahirkan dalam keluarga yang agak mewah, aku menjadi manja dan malas belajar. Aku juga semakin nakal sama ada semasa di sekolah atau di rumah. Rakan-rakan memang sudah mengenali aku kerana aku sering didenda oleh guru disiplin.
Nasihat yang selalu diberikan oleh ibu tidak pernah aku pedulikan. Guru-guru di sekolah juga sudah jemu memujuk dan menasihatkan aku agar berubah. Usaha-usaha mereka boleh diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi. Aku tidak menumpukan perhatian di dalam kelas dan sering menimbulkan masalah kepada guru-guru yang mengajar.
Pulang dari sekolah, aku akan berkawan dengan budak-budak nakal yang sudah tidak bersekolah lagi. Aku sering menghabiskan masa bersama mereka melepak di bandar dan pusat membeli-belah untuk menonton wayang. Pada hari minggu pula, aku akan pulang lewat malam setelah seharian berhibur bersama budak-budak tadi. Ibu aku sudah seperti kehilangan kata-kata.
Akibat tersalah berkawan, aku sering menipu ibu. Aku semakin kerap ponteng sekolah dan tidak menghadiari kelas tambahan yang diadakan pada setiap petang. Aku terlupa bahawa peperiksaan semakin dekat. Hanya tinggal kira-kira dua bulan.
Keputusan peperiksaan aku telah diumumkan dan aku mendapat keputusan yang sangat memalukan. Aku gagal dalam semua mata pelajaran. Aku malu dengan rakan-rakan sekelas. Sebelum ini, aku yang berada di tempat teratas dalam peperiksaan tetapi sekarang semuanya sudah berubah.
Kini, aku sudah sedar akan kesilapan aku. Aku memohon maaf daripada ibu. Aku berjanji akan berubah. Peristiwa itu betul-betul menginsafkan aku. Aku berjanji tidak akan membantah nasihat ibu lagi. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai mencurah air ke daun keladi"? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. Segala nasihat Pak Uda kepada abang bagai mencurah air ke duan keladi kerana abang masih tidak mengubah perangainya. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'kumbang tidak seekor, bunga tidak sekuntum'? | Ia bermaksud bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perempuan untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Faedah Menderma Darah dan Langkah-Langkah Menggalakkan Orang Ramai. | Tahukah anda, apabila anda derma darah walaupun sekali, anda dianggap sebagai insan yang istimewa kerana telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai harganya? Umum sedia maklum, darah adalah komponen yang penting dalam merawat pesakit di hospital. Keperluan dan permintaan terhadap darah meningkat dari tahun ke tahun hasil perkembangn industri kesihatan di dalam negara kita. Rawatan seperti pembedahan jantung, pemindahan organ dan pesakit talasemia memerlukan pemindahan dan penggunaan yang banyak. Kemeterian Kesihatan Malaysia telah pun menetapkan sasaran untuk menjadikan sekurang-kurangnya lima peratus rakyat di Malaysia sebagai penderma darah yang aktif. Walaupun sasaran itu tidak tercapai, namun bilangan penderma serta unit yang didermakan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Persoalannya, apakah kebaikan dan langkah menggalakkan orang ramai menderma demi manfaat bersama?
Antara kebaikan yang akan diperoleh sekiranya kita menderma adalah dapat membantu pesakit yang memerlukan. Setiap hari, pasti berlaku kemalangan dan kes-kes kecemasan di hospital. Doktor pula memerlukan bekalan darah bagi menstabilkan bilangan darah pesakit yang kehilangan darahnya dalam proses rawatan yang diberi. Bayangkan jika pesakit tersebut merupakan orang yang kita sayangi atau kenali, pasti kita akan melakukan perkara bagi menyelamatkan nyawa mereka. Justeru, kita dapat membantu orang yang dalam kesusahan dan boleh dianggap sebagai wira yang menyelamatkan pesakit yang memerlukan. Ibarat peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tambahan pula, apabila berlaku pandemik seperti COVID-19, hospital memerlukan sumbangan daripada pesakit yang telah sembuh bagi tujuan penyelidikan dan menyumbang kepada pencarian vaksin terhadap penyakit tersebut. Intihannya, aktiviti ini dapat meringankan beban orang yang memerlukan dan kelak kita juga akan diberikan bantuan dalam pelbagai bentuk daripada Tuhan.
Seperti ungkapan orang-orang tua, kita hendaklah sediakan payung sebelum hujan. Begitu juga ianya dapat menjamin kesihatan diri penderma daripada risiko penyakit-penyakit tertentu. Sebelum menderma, pegawai perubatan akan melakukan pemeriksaan kesihatan secara ringkas. Kemudian, mereka akan memaklumkan kepada penderma berkaitan kumpulan/ jenis, kadar tekanan darah, tahap kolesterol dan pelbagai lagi. Pemeriksaan kesihatan secara percuma ini dapat membantu kita mengetahui tahap kesihatan masing-masing dan pengesanan awal dapat dilaksanakan jika kita menghidapi sebarang penyakit. Bukan itu sahaja, darah yang diderma akan ditapi terlebih dahulu bagi mengenal pasti jika penderma terdapat jangkitan virus seperti HIV dan hepatitis. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Kesannya, ianya dapat memastikan kita berwaspada terhadap ancaman kesihatan di samping membantu mereka yang memerlukan.
Bagi menggalakkan orang ramai, masyarakat kita seharusnya membudayakan aktiviti ini di setiap peringkat. Ianya memerlukan kriteria seperti berumur 18 hingga 60 tahun dan berat badan melebihi 45 kilogram. Oleh itu, setiap pihak seperti majikan atau institusi pengajian tinggi boleh memainkan peranan dengan menganjurkan aktiviti di kawasan masing-masing secara berkala. Langkah ini bukan sahaja memudahkan aktiviti malah dapat membudayakannya sebagai satu tanggungjawab sosial korporat. Bagi pelajar di institusi pengajian tinggi, pemberian merit kepada mereka yang melakukan aktiviti murni ini pasti dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyertainya. Konsep orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa wajar untuk diamalkan supaya kebaikan daripada aktiviti ini dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.
Sejajar dengan langkah di atas, orang ramai boleh dipengaruhi untuk menderma dengan aktif melalui kempen yang lebih holistik. Masyarakat masa kini lebih gemar menonton video di media sosial berbanding siaran televisyen. Oleh itu, pihak kementerian dan agensi yang berkaitan perlu bekerjasama dalam melakukan intervensi terhadap kempen melalui seluruh platform media. Sebagai contoh, iklan khidmat masyarakat boleh diperbanyakkan siaran di televisyen dan radio. Manakala di sosial media, selebriti dan orang-orang ternama negara seperti menteri dan tokoh korporat perlu menunjukkan tauladan dan menggalakkan masyarakat menggunakan laman sosial masing-masing. Tindakan ini tidak seharusnya melibatkan sebarang kos kerana tiada harga yang boleh diletakkan atas nyawa seorang manusia. Natijahnya, kempen secara meluas dan menggunakan sentimen kemasyarakatan pasti dapat menggalakkan orang ramai untuk melakukannya dengan lebih kerap.
Bagi menggulung perbincangan di atas, kesimpulan yang jelas adalah pelbagai kelebihan dan langkah yang boleh digarap untuk memastikan orang ramai menderma. Sesungguhnya ianya merupakan amalan yang mulia dan memberikan pelbagai manfaat kepada semua. Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Darah Negara perlu menggunakan strategi yang lebih baik dalam menggalakkan dan mendidik masyarakat konvensional tentang kepentingannya. Sebagai warganegara yang berminda kelas pertama, tindakan terpuji ini dapat mengukuhkan penyatuan antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana kepelbagaian budaya serta perbezaan sosial bukan menjadi penghalang kepada kita untuk menderma sebaliknya ia dapay menyelamatkan nyawa yang lebih berharga. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Soalan: Bilakah Cat and Mouse Act diperkenalkan? Jawapan: | Tahun 1913 | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Ayat 1: Masalah ini dinyatakan dalam bentuk matriks seperti yang ditulis di bawah: Ayat 2: Masalah diberikan dalam bentuk matriks seperti yang ditulis di bawah: Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? | Ya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Siapakah yang memainkan watak Cindy Lou? | Taylor Michel Momsen yang memainkan watak Cindy Lau. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Bilakah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan?
Pilih jawapan yang betul.
A. 18 Sept 1963
B. 31 Ogos 1957
C. 22 Julai 1963
D. 16 Sept 1957 | Jawapannya ialah B. 31 Ogos 1957. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud 'habis beralur maka beralu-alu'? | Ia bermaksud jika dengan jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Apakah nombor yang paling suka berjudi? | Jawapannya ialah tujuh | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Di atas air boleh menjumpai saya, tetapi saya tak tau berenang dan bergerak. Siapakah saya? | Jawapannya ialah jambatan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bapa angkat"? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah. "Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri," kata Salmah kepada Karim. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'kuat sepit kerana kempa'? | Ia bermaksud orang yang menjadi handal dalam sesuatu perkara kerana ada yang menolong atau menyokongnya dari belakang. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Siapakah Bapa Kemerdekaan di Malaysia? | Tunku Abdul Rahman | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Cara-Cara Mempopularkan Permainan Tradisional. | Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan dek ditelan zaman. Masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan bangsa telah mewujudkan pelbagai budaya yang wajar untuk dikekalkan untuk manfaat generasi akan datang. Permainan tradisional merupakan salah satu budaya yang membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Mereka mengisi waktu lapang dengan bermain permainan tradisional seperti guli, congkak, wau, selambut, sepak raga dan gasing bersama-sama dengan jiran tetangga mereka. Aktiviti hiburan yang dimainkan bersama-sama telah mewujudkan perpaduan dan suasana yang harmoni dalam kehidupan masyarakat pada waktu dahulu. Apakah langkah-langlah yang boleh dilaksanakan untuk mempopularkan kembali permainan tradisional pada hari ini?
Langkah pertama dan yang paling utama adalah memperkenalkan permainan tradisional kepada kanak-kanak atau golongan muda. Usaha ini merupakan peranan ibu, bapa dan ahli keluarga dalam memberikan tauladan kepada generasi yang baru setahun jagung bahawa bermain permainan tradisional juga menghiburkan. Ibu atau bapa boleh menghadiahkan anak-anak permainan tradisional sebagai hadiah hari lahir. Selain itu, golongan muda hari ini perlu dibawa ke muzium atau pameran permainan tradisional bagi membuka mata mereka terhadap keunikan yang dimiliki oleh masyarakat kita. Peribahasa Melayu berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, setiap di antara kita perlu sedar bahawa kita adalah ejen penyampai sesuatu perkara kepada orang sekeliling kita khusunya ahli keluarga dalam usaha untuk mempopularkan semula permainan tradisional masyarakat Malaysia.
Seterusnya, langkah untuk mempopularkan semula permainan tradisional adalah dengan memperkasa pertandingan permainan tradisional di setiap peringkat. Selain di rumah, sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar. Tamsilnya, sekolah mempunyai aktiviti kokurikulum di mana permainan tradisional perlu diberikan perhatian oleh guru-guru. Sebuah kelab permainan tradisional boleh diwujudkan bagi mengesan pelajar yang mempunyai bakat terpendam dalam permainan tradisional. Sebagai contoh, permainan sepak raga yang memerlukan teknik yang baik oleh pemain bagi memenangi satu pertandingan. Justeru, pihak sekolah seharusnya mengambil kesempatan yang ada untuk memupuk pelajar di sekolah tentang permainan tradisional yang wujud dan boleh dimainkan oleh mereka di waktu lapang. Tambahan pula, penganjuran kempen seperti Minggu Permainan Tradisional di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri mampu menjadi permulaan kepada usaha menaikkan semula kemasyhuran permainan tradisional seperti waktu dahulu.
Di samping itu, inisiatif yang wajar untuk dilaksanakan adalah dengan memberikan dana secara konsisten kepada penggiat permainan tradisonal di seluruh negara. Perkara ini sedikit sebanyak bersangkut paut dengan autonomi yang dikawal oleh pihak berkuasa dimana kematangan dan kestabilan politik adalah penting dalam mengekalkan warisan dan tradisi sesuatu bangsa. Permainan tradisional masih lagi dimainkan oleh sekumpulan kecil masyarakat yang duduk di kampung atau desa. Maka, pihak berkuasa sewajarnya membantu penggiat yang meneruskan tradisi nenek moyang kita ini untuk kekal relevan dan diperhatikan oleh seluruh masyarakat dalam negara. Antara inisiatif yang boleh dilaksanakan adalah dengan membawa penggiat permainan tradisonal ini ke sekolah-sekolah atau institusi yang melibatkan masyarakat secara amnya. Dengan cara ini, mereka dapat memperkenalkan permainan tradisional mereka dengan lebih berkesan. Contohnya, pemain gasing boleh menunjukkan jenis-jenis gasing yang ada dan menunjukkan demo atau cara untuk melawan gasing dengan rakan-rakan. Tambahan pula, peggiat permainan tradisional ini boleh menjual secara terus kepada mereka yang berminat untuk membeli dan bermain di halaman rumah masing-masing. Intihannya, pemberian sokongan yang konsisten kepada penggiat permainan tradisional dapat membantu mereka untuk kekal relevan dan menjadi popular.
Akhir sekali, media massa juga berperanan untuk mempopularkan semula permainan tradisional yang kian dilupakan. Stesen televisyen, media cetak dan media elektronik merupakan medium penyampai yang utama kepada masyarakat hari ini. Oleh itu, inisiatif yang boleh digarap adalah dengan memperbanyakkan dokumentasi tentang permainan tradisional. Mungkin generasi muda dewasa ini menjumpai congkak atau batu seremban apabila mereka pulang ke kampung tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermain. Maka, mereka akan merujuk kepada media massa yang mudah dan ringkas bagi mereka untuk mempelajari dan mengetahui tentang cara permainan congkak ataupun batu seremban yang mereka jumpai. Selain itu, penggiat seni juga wajar melazimi permainan tradisional dalam segala bentuk seni yang mereka ketengahkan. Misalnya, produk animasi tempatan yang semakin mendapat perhatian masyarakat kita boleh menggunakan elemen permainan tradisional dalam jalan cerita mereka. Permainan sepeti gasing boleh menjadi senjata dan rekabentuk wau sebagai kapal terbang. Kesannya, kanak-kanak akan mempersoalkan dan berfikir akan apakah elemen menarik dalam animasi fiksyen kegemaran mereka.
Secara tuntas, pelbagai langkah boleh direalisasikan untuk mempopularkan semula permainan tradisional dalam kalangan masyarakat hari ini. Permainan tradisional adalah salah satu warisan dan budaya bangsa yang perlu dipelihara dan diraikan agar tidak tenggelam akibat kemodenan serta kehadiran teknologi hari ini. Seperti yang dihuraikan di atas, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha yang ingin dilaksanakan. Kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Semoga setiap di antara kita sedar dan melakukan sesuatu bagi memastikan generasi akan datang mengetahui dan memelihara keunikan budaya dan warisan mereka tanpa ditelan arus kemajuan dunia. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud dengan peribahasa berikut: "Nasi sudah menjadi bubur"?
| Maksud nya: Sesuatu kerosakan atau keadaan yang tidak boleh dipulihkan lagi. | Standard Malay | zsm | original-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Apakah yang ada di tengah rumah? | Jawapannya ialah huruf M kerana "huruf M" berada di tengah perkataan "rumah." | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai beban belum lepas dari bahu"? | Ia bermaksud beban yang masih ditanggung | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab teka-teki lawak berikut : Mee apa paling berat dalam dunia? | Jawapan: Mee wantan. Ini kerana sebutan wantan mirip "one" tan. Unit tan ialah unit ukuran berat yang bersamaan dengan 2240 lb. Maka ia dikatakan sangat berat. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai api dalam sekam"? Nyatakan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut. | Ia bermaksud perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. Contoh ayat: Segala perancangan yang dibuat telah gagal kerana ada di antara mereka yang bersikap seperti api dalam sekam. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Apakah resipi untuk bubur kacang hijau? Tunjukkan langkah-langkah yang terperinci. | Bahan: ½ kg kacang hijau, 1 kg santan, 3 keping gula melaka, 4 sudu besar gula pasir, 4 sudu besar sagu biji (sagu mata ikan), 3 helai daun pandan - disimpul, 2 liter air, Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Basuh kacang hijau dan tuskan. Kemudian sangai (goreng tanpa minyak) sehingga wangi. Lepas tu
rendam semalaman. Kemudian tuskan.
2. Basuh biji sagu dan tuskan.
Cara memasak:
1. Masukkan kacang hijau yang sudah direndam dan daun pandan bersama air.
2. Bila mendidih, buang buih putih yang terapung di permukaan. Kemudian masukkan daun pandan.
3. Teruskan merebus sehingga kacang pecah dan empuk. Tambah air jika perlu.
4. Masukkan gula pasir dan gula melaka. Masak dengan api sederhana sambil mengacau sehingga gula
larut.
5. Kemudian masukkan biji sagu dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan santan dan garam. Masak sambil mengacau agar santan tidak pecah minyak.
7. Bila biji sagu masak (warna berubah dari putih ke jernih sepenuhnya) dan bubur mendidih, tutup api dan hidangkan.
| Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah air belerang? | Pancutan air dari mata air panas | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan'? | Ia bermaksud ketua yang akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dalam kesusahan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai lintah dipotong ekor"? | Ia bermaksud sesuatu yang dilakukan dengan pantas. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Tunjukkan resipi untuk tumis ikan sardin dengan nanas dengan langkah-langkah yang terperinci. | Bahan: 1 tin kecil sardin/mackerel dalam sos tomato, 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar, 1 batang serai, 1 keping nanas, 4 biji cili padi, 1 biji cili hijau, ½ cawan air, Garam dan serbuk perisa secukup rasa
Cara memasak: 1. Ketuk bawang putih, potong kecil nanas, potong serong cili hijau, potong bulat bawang besar dan ketuk serai.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan serai dan bawang besar. Tumis sehingga bawang putih layu. Kalau nak pedas
masukkan sekali cili padi.
4. Masukkan ikan sardin bersama sosnya (sardin Cap Ayam menjadi pilihan). Masukkan potongan nanas dan air. Kuantiti air bergantung kepada berapa banyak kuah yang dikehendaki.
5. Bila mendidih masukkan cili hijau dan perasakan dengan garam dan gula.
6. Biarkan mendidih seketika, kemudian tutup api.
7. Angkat dan hidangkan panas-panas | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Isi tempat kosong dalam ayat berikut dengan adjektif yang paling tepat: Udara di tepi pantai Teluk Cempedak sungguh ______________ sekali. | Jawapannya ialah nyaman. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki berikut: Nama kami berbeza iaitu, Tiger, Heineken dan Guinness, tetapi peranan kami sama. siapa kami? | Jawapannya ialah Air Bir. | Standard Malay | zsm | re-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Jawab soalan teka-teki ini: Binatang apa yang selalu penat? | Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'hentam kromo'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud 1. Memukul (meninju dan sebagainya) dengan hebatnya. 2. Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan. Contoh ayat: 1. Lori itu hentam kromo tiang-tiang kawat yg berderetan. 2. Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "air jernih, ikannya jinak"? | Peribahasa ini bermaksud negeri yang maju dan aman, rakyatnya berbudi bahasa | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud "bagai cendawan tumbuh"? | Maksudnya adalah terlalu banyak pada sesuatu masa. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki berkut: Negara apakah yang mengalami banjir sebelum hujan?
| Jawapannya ialah Bahrain. Nama negara ini terdiri daripada 'bah' dan diikuti oleh 'rain'. Bah bermaksud banjir, perkataan 'rain' ialah hujan dalam bahasa Inggeris. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berilah contoh ayat untuk peribahasa "bagai bulan dengan matahari". | Contoh ayat untuk peribahasa "bagai bulan dengan matahari":
Pasangan pengantin yang bersanding itu sama cantik sama padan seperti bulan dengan matahari. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai rotan, asal berinsang dicucuk sahaja"? | "Bagai rotan, asal berinsang dicucuk sahaja" bermaksud orang yang tidak memilih pekerjaannya atau perbuatannya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah resipi untuk pengat keledak bersagu? Tunjukkan langkah-langkah terperinci. | Bahan: 1/2 kg ubi keledek oren, 3 sudu besar sagu mata ikan, 1 cawan santan pekat (atau susu cair), 1 keping gula melaka, 1 sudu besar gula pasir, 2 cawan air, 1 helai daun pandan, Secubit garam
Cara penyediaan:
1. Kupas ubi keledek, potong dadu kemudian bilas.
2. Siat dan simpul daun pandan.
Cara memasak:
1. Masukkan ubi keledek, air, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk dan masak dengan api
sederhana.
2. Bila mendidih, masukkan sagu. Kacau sekali sekala supaya sagu tidak bergumpal.
3. Bila keledek empuk dan sagu masak (bertukar warna dari putih ke jernih), masukkan santan, secubit
garam dan kacau perlahan-lahan.
4. Biarkan santan mendidih seketika, kemudian angkat. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya'? | Ia bermaksud orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Usaha-Usaha Membantu Golongan Orang Kurang Upaya (OKU). | Orang kurang upaya boleh didefinisikan sebagai seseorang yang mengalami kekurangan atau kecederaan kekal fizikal atau kecacatan mental yang mempunyai kesan jangka panjang ke atas keupayaannya untuk melakukan aktiviti seharian secara normal. Golongan ini mempunyai spektrum ataupun jenis yang besar dan terdapat kategori tertentu dalam menentukan kekurangan upaya mereka. Orang kurang upaya tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang mereka hadapi. Walaupun banyak kekurangan yang mereka hadapi, golongan kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut mampu memberi sumbangan kepada kita khususnya dan negara amnya. Persis peribahasa, tidak memandang bulu, tidak melihat rupa dimana bersikap adil adalah nilai murni yang harus diterapkan oleh setiap ahli masyarakat. Oleh itu, wajar untuk kita mengenal pasti usaha-usaha yang dapat dikerahkan bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Prakarsa utama dalam membantu golongan OKU adalah dengan membuka mata masyarakat akan keistimewaan yang dimiliki oleh OKU. Kita harus mengubah stigma masyarakat yang berpendapat golongan OKU ini hanya menyusahkan dan tidak dapat menyumbang apa-apa ke arah kebaikan. Persepsi yang tirus ini harus diubah di mana golongan OKU memerlukan bimbingan yang betul dan sesuai dengan keadaan mereka sebelum mereka memahami sesuatu perkara dan mampu mempelajari susuatu yang dapat memeberi nilai kepada diri mereka. Tamsilnya, atlet pecut paralimpik negara Mohamad Ridzuan Puzi, yang berjaya mendapat pingat emas di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 adalah bukti kemampuan golongan ini yang mampu mengharumkan nama negara di mata dunia. Begitu juga atlet-atlet paralimpik negara yang lain seperti Mohamad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly yang berjaya memecahkan rekod dunia di kejohanan yang mereka sertai. Semoga kejayaan atelet paralimpik negara ini menjadi contoh terbaik kepada masyarakat bahawa golongan OKU ini mampu berdiri sama tinggi dengan manusia yang normal dan sempurna fizikal dan mental.
Usaha lain yang dapat dijakankan untuk membantu golongan OKU ini mendapat tempat dalam masyarakat adalah dengan memberikan peluang pendidikan serta latihan kemahiran yang sesuai dengan kemampuan mereka. Dewasa ini, terma autisme menjadi topik utama perbualan golongan ibu bapa kerana kadar golongan kanak-kanak yang menghadapi keistimewaan ini semakin bertambah. Kekurangan upaya yang berkaitan perkembangan mental boleh dirawat dan berpotensi untuk pulih dan mampu melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti manusia biasa. Golongan ini hanya memerlukan pendidikan secara bersemuka pada tempoh yang tertentu mengikut tahap kemampuan mereka. Oleh itu, usaha pihak kerajaan dalam memperkenalkan jurusan yang khusus dalam pendidikan khas di institusi pengajian harus disokong sebagai langkah memebantu golongan ini. Pihak swasta juga boleh mengusahakan pusat-pusat terapi dan pembelajaran bagi golongan OKU ini dimana ia adalah keperluan masyarakat hari ini. Pihak koporat juga seharusnya menyumbang kepada inisiatif dalam memberi pendidikan kepada golongan OKU sebagai tanggungjawab sosial koporat mereka.
Selain itu, kerajaan juga boleh menggalakkan masyarakat dan agensi kerajaan untuk mengambil golongan OKU sebagai pekerja dalam syarikat dan agensi masing-masing. Misalnya, rantaian restoran makanan segera di Malaysia telah pun mengambil golongan OKU sebagai pekerja mereka di cawangan tertentu dan membuktikan golongan ini mampu bekerja untuk menyara kehidupan mereka sendiri. Pihak majikan perlu memberikan latihan kepada pekerja mereka dalam kemahiran bahasa isyarat supaya mereka dapat berkomunikasi dan mengambil pekerja daripada golongan yang bisu dan pekak. Rentetan itu, kita sebagai pelanggan juga harus mempunyai kemahiran dalam bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan pekerja di restoran tersebut supaya tidak menjadi seperti Maka, sekarang adalah waktu yang sesuai untuk menjadikan bahasa isyarat satu topik yang wajib dipelajari dalam modul pendidikan negara kita agar masyarakat hari ini dan generasi akan datang menjadi masyarakat yang berkebolehan tinggi dalam komunikasi serta mampu menghargai dan mengangkat golongan OKU bersama-sama ke arah kemajuan sejagat.
Akhir sekali, dalam meraikan golongan OKU ini, pihak kerajaan terutamanya perlu menyediakan infrastruktur yang mesra OKU supaya mereka mudah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Kemudahan seperti tempat duduk OKU, parkir khas OKU dan lif-lif di setiap bangunan samada bangunan awam mahupun bangunan persendirian dapat membantu memudahkan golonan OKU ini untuk bekerja ataupun memanfaatkan kemudahan awam. Justeru, masyarakat perlu peka dan cakna akan kehadiran golongan OKU di sekeliling mereka dan sentiasa menawarkan bantuan sekiranya mereka memerlukan. Sikap menggunakan lif di pusat membeli-belah yang semakin menjadi polemik masyarakat hari ini perlulah diutamakan untuk golongan OKU, warga tua dan mereka yang membawa anak-anak kecil. Kita sebagai manusia yang sempurna fizikal ini perlu mempunyai minda yang murni dan bersyukur atas nikmat yang kita peroleh dengan sentiasa memberikan keutamaan kapada kemudahan seperti parkir dan lif untuk kegunaan golongan seperti OKU terutamanya. Situasi ini harus menjadi contoh dan boleh dijadikan iklan di media massa dalam menerapkan nilai toleransi terhadap golongan yang memerlukan dalam minda masyarakat kita hari ini.
Tuntasnya, pelbagai usaha boleh dimanifestasikan dalam membantu golongan OKU supaya mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri dan duduk sama tinggi dengan setiap ahli masyarakat. Pada hemat saya, setiap kehidupan yang dilahirkan dimuka bumi ini mempunyai potensi dan tujuan yang mampu memberi kebaikan kepada sesiapa sahaja. Terpulang kepada kita untuk mencari cara dan fungsi yang sesuai untuk diterapkan dan diperkenalkan kepada golongan OKU ini terutamanya agar manfaat bersama dapat dicapai. Semua pihak memainkan peranan penting dalam membela nasib dan masa depan golongan OKU kerana mereka juga berhak untuk berjaya dan rasa dihargai oleh keluarga, masyarakat dan negara. Saya percaya rakyat Malaysia mengenali peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang bermaksud permuafakatan dalam mengerjakan sesuatu serta sama-sama menanggung susah dan senang. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'mulut manis mematahkan tulang'? Nyatakan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut. | Ia bermaksud jika seseorang disuruh dengan lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia bekerja dengan sehabis-habis upayanya. Contoh ayat: "Mak, pujuklah ayah untuk benarkan saya ke pesta buku sebab mak ada mulut manis mematahkan tulang" kata Siti kepada ibunya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Apakah piramid makanan? | Piramid makanan atau piramid diet adalah gambar rajah segi tiga yang mewakili bilangan hidangan yang optimum untuk dimakan setiap hari dari setiap kumpulan makanan asas. Piramid pertama diterbitkan di Sweden pada tahun 1974. Piramid 1992 yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) telah dipanggil "Piramid Panduan Makanan". Ia telah dikemas kini pada tahun 2005, dan kemudian ia digantikan oleh MyPlate pada tahun 2011. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Bilakah Hari Malaysia? | Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Siapakah Francis Light? | Francis Light ialah seorang Inggeris yang mendirikan Pulau Pinang pada tahun 1786. Pulau Pinang ialah salah satu koloni Britania yang sekarang masuk dalam wilayah teritorial Malaysia, dan ibu kotanya George Town. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Berikan resipi untuk peria goreng telur dengan langkah-langkah yang terperinci. | Bahan: 1 biji peria saiz sederhana, 4 ulas bawang putih, 2 biji bawang merah, 2 sudu besar udang kering atau ikan bilis, 1 biji telur ayam, 1 biji cili merah, 1 sudu besar sos tiram, garam dan gula secukup rasa, 2 sudu besar minyak masak
Cara penyediaan:
1. Potong dua buah peria, buang biji dan isi dalaman, potong nipis secara menyerong, dan rendam dalam air garam selama 15 minit untuk mengurangkan pahitnya. Kemudian tuskan dan bilas.
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering atau ikan bilis.
3. Potong cili merah secara menyerong.
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga kekuningan.
2. Masukkan peria dan cili merah. Kacau sekejap untuk sebatikan dengan tumisan.
3. Masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga peria sedikit layu.
4. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau sehingga telur mengeras dan peria masak.
5. Matikan api dan angkat segera.
6. Hidangkan panas-panas | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Kepentingan Mempelajari dan Menguasai Bahasa Asing. | Bahasa jiwa bangsa merupakan pepatah yang membawa maksud bahasa adalah identiti sesuatu bangsa. Namun dalam era kemodenan globalisasi ini, tiada keterbatasan dalam teknologi telah mengubah seluruh dimensi dalam komunikasi antara manusia. Kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa diperlukan agar persefahaman itu dapat dicapai apabila berkomunikasi dengan individu yang berlainan bangsa. Kemahiran ini penting bukan sahaja untuk individu tetapi ia memainkan peranan penting untuk syarikat dan juga negara. Oleh itu, kita seharusnya mencari kepentingan tersurat dan tersirat dalam menguasai bahasa asing.
Kepentingan utama adalah kemahiran menguasai bahasa asing dapat memudahkan perhubungan atau komunikasi dengan orang yang berlainan bangsa. Bayangkan jika tiada penterjemah bahasa di konfederasi yang melibatkan pelbagai negara di dunia ini. Maka, kemahiran menguasai bahasa asing ini penting bagi menjadi jambatan kepada persefahaman yang ingin dilaksanakan. Bahkan, dengan menguasai bahasa asing, kita dapat berinteraksi dengan pelancong yang mengunjungi negara kita. Hal ini akan memberikan kesan kepada mereka kerana mereka akan merasakan mudah untuk bertanya dan memahami penjelasan kita tentang budaya atau sejarah tempat yang mereka lawati sepanjang percutian mereka. Jelaslah bahawa dengan menguasai pelbagai bahasa, kita mudah berkomunikasi untuk bertukar fikiran serta maklumat antara satu sama lain.
Selain itu, menguasai bahasa asing akan membantu seseorang individu itu untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia. Sebagai contoh, untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam seseorang wajib menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran. Dengan penguasaan bahasa tersebut, mereka bukan sahaja memahami konteks yang disampaikan malah boleh berkongsi ilmu pengetahuan yang diperoleh kepada masyarakat setempat masing-masing agar bersama-sama menikmati manfaat daripadanya. Janganlah kita bersikap seperti katak di bawah tempurung yang bermaksud orang yang tidak mahu menerima pembaharuan, perubahan ataupun ilmu yang baru.
Di samping itu, penguasaan bahasa asing akan membuka peluang seseorang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pihak kerajaan telah pun melakukan inisiatif menghantar pelajar kita ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi namun para pelajar ini perlu menguasai bahasa asing agar tidak kekok untuk menetap di sana sepanjang tempoh pengajian. Bahan-bahan ilmiah atau rujukan juga dikeluarkan dalam pelbagai bahasa jadi pelajar-pelajar di dalam mahupun luar negara seharusnya menguasai bahasa asing untuk memahami intipati ilmu yang dikongsikan. Pembelajaran secara global ini membantu kita dalam menambah baik dari segi ekonomi malahan penting bagi industri perubatan di mana mereka boleh mengkaji kes-kes yang berlaku di luar negara dan melakukan persediaan sekiranya terdapat kes yang sama berlaku dalam negara.
Pada waktu yang sama, dengan mempunyai kemahiran bahasa asing, ia akan membantu seseorang itu mendapat peluang pekerjaan yang lebih banyak. Kemajmukan masyarakat dalam negara kita mempengaruhi syarikat-syarikat tempatan untuk mencari pekerja yang mempunyai kemahiran berbahasa asing. Hal ini kerana ia memudahkan urusan syarikat sekiranya harus berunding dengan pelanggan yang berlainan bangsa. Tambahan pula, individu yang menguasai bahasa asing ini mampu menjadi aset penting negara dalam menarik pelabur asing supaya melabur dalam negara kita. Kelebihan ini sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak agar kemajuan diri dan juga negara dapat dikecapi dan berterusan dari masa ke masa.
Tuntasnya, kemahiran menguasai bahasa asing adalah cukup penting untuk semua pihak. Barang siapa yang memahami kepentingan bahasa asing pasti akan bertindak segera kerana mahu merebut kebaikan yang ditawarkan oleh bahasa tersebut. Justeru, sokongan ibu bapa dan pelbagai pihak adalah mustahak dalam memastikan anak-anak mengambil subjek bahasa asing dalam institusi pelajaran yang disertai oleh mereka agar generasi akan datang majoritinya menguasai bahasa asing. Golongan pelajar perlulah merebut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan kerana kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa akan memberikan nilai tambah kepada diri mereka. Sekaligus masyarakat kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan masyarakat seantero dunia untuk bersaing dalam semua aspek di peringkat global. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan jawapan untuk teka-teki yang susah ini: Gajah lalu titi, titi tu patah, kambing lalu pulak apa yang patah? | Jawapan: Patah balik. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar"? | Maksud peribahasa tersebut ialah seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 1e91494334212937fb710446747e6385df1b0a9e48d5be1f47aa190b49a3584d |
Apakah maksud "bagai melukut di tepi gantang"? | Ia bermaksud tidak diperlukan, tidak penting. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |