url
stringlengths 28
237
| headline
stringlengths 6
180
| content
sequence |
---|---|---|
https://alhijrahnews.com/vms-mula-dilaksana-sempadan-malaysia-brunei/ | VMS MULA DILAKSANA SEMPADAN MALAYSIA – BRUNEI | [
"MIRI : Sistem Pemantauan Kenderaan (VMS) telah mula dilaksanakan di sempadan Malaysia-Brunei di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh di sini untuk mengurangkan kesesakan di sempadan.Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, pelaksanaan VMS di CIQ Sungai Tujuh adalah yang pertama di Sarawak dan akan diperluaskan di enam CIQ yang ada di negeri ini.",
" “Setakat 8 Okt 2019 jumlah pengguna berdaftar dalam sistem ialah seramai 70,183 orang dan permohonan yang telah diluluskan adalah sebanyak 58,460 permohonan di CIQ Sungai Tujuh,” katanya kepada pemberita selepas perasmian VMS di CIQ Sungai Tujuh hari ini.",
"Perasmian VMS itu disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.",
"Sharifah\n Halimah berkata dengan pelaksanaan VMS dapat mengurangkan kesesakan di \npintu masuk sempadan dengan proses pemeriksaan dapat disiapkan dalam \ntempoh kurang dari seminit dan memantau pergerakan kenderaan bermotor \npendaftaran asing untuk tujuan memandu atau dieksport.",
"Beliau\n berkata, VMS telah mula dilaksanakan secara percubaan pada 25 Jun lepas\n dengan penggunaan sepenuhnya pada 1 Ogos dan dilihat berjaya \nmengurangkan kesesakan kerana menggunakan kaedah pandu lalu dengan hanya\n mengunakan imbasan Kod QR ke atas setiap pas kenderaan.",
"Terdahulu\n di dalam ucapannya, Sharifah Halimah berkata kategori yang layak untuk \nmemohon VMS ialah warga asing, warga Malaysia yang memegang status tetap\n negara asing dan warga Malaysia yang memiliki permit kerja sah negara \nasing.",
"Sementara\n itu, Ting yang turut berucap mengumumkan peruntukan RM200,000 daripada \ndana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diperuntukkan untuk \nsetiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak untuk membantu JKDM \nmelaksankan VMS di seluruh negeri. — BERNAMA\n\n"
] |
https://alhijrahnews.com/th-tambah-baik-infrastruktur-it-lancarkan-operasi-haji/ | TH tambah baik infrastruktur IT lancarkan operasi haji | [
"KUALA LUMPUR – Bahagian Teknologi Maklumat Tabung Haji (TH) akan melaksanakan beberapa penambahbaikan infrastruktur serta kemudahan teknologi maklumat (IT) dalam usaha memastikan kelancaran operasi haji tahun ini, kata Pengarah Operasi Bahagian Teknologi Maklumatnya, Za’aba Arpan.",
"Menurut laporan Bernama, antara usaha itu ialah menaik taraf talian di Hospital TH di Makkah dengan menggunakan gentian optik; menaik taraf Sistem Maklumat Kesihatan (SIHAT) berpandukan maklum balas operasi tahun lepas; dan membangunkan Sistem Kamar bagi membolehkan alokasi bilik jemaah haji dibuat dan dipantau dengan lebih sistematik.",
"Ini termasuklah ujian terhadap beberapa aplikasi sistem utama iaitu Sistem Haji dan Deposit; SIHAT yang melibatkan pasukan perubatan; Sistem Bersepadu yang akan menyediakan statistik jemaah haji bagi keperluan operasi; dan Sistem Hajj Mobility bagi memastikan pergerakan jemaah haji direkodkan. ",
"Selain itu penyelenggaraan lebih 800 peralatan komputer giat dijalankan bagi memastikan semua infra talian Internet serta talian utama berfungsi serta selamat digunakan bagi tiga sektor utama operasi haji iaitu di Makkah, Madinah dan Jeddah.",
"“Seramai 10 daripada 17 petugas telah tiba pada 23 Jun lalu, dan pasukan IT TH kini dalam fasa terakhir persiapan sebelum ketibaan 30,200 jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 4 Julai ini,” katanya menerusi kenyataan di Melaka hari ini, sebagaimana dilaporkan Bernama.",
"Beliau juga yakin semua persiapan IT akan siap sepenuhnya sebelum ketibaan jemaah haji Malaysia nanti kerana persiapan operasi haji sejak awal tahun ini telah dilakukan oleh bahagian itu."
] |
https://alhijrahnews.com/majlis-ilmu-madani-beri-lebih-kefahaman-kepada-konsep-negara-madani-pm/ | MAJLIS ILMU MADANI BERI LEBIH KEFAHAMAN KEPADA KONSEP NEGARA MADANI – PM | [
"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai.",
"Beliau berkata ia terutamanya melibatkan nilai asas pembentukan negara MADANI iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah.",
"“Gunakan ini untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang, dalam kemampanan ekonomi, dalam teknologi digital, dalam konsep ihsan dan rahmah untuk mengurangkan beban rakyat miskin serta pembelaan umat secara keseluruhan,” katanya.",
"Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam ucapan ringkas beliau ketika menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini pada Ahad.",
"Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.",
"Terdahulu, Anwar yang diiringi beliau iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Kompleks Seri Perdana pada 7.15 malam sebelum menunai solat Maghrib bersama kira-kira 300 jemaah dengan dipimpin oleh Imam Masjid Putra Abdul Karim Zakaria.",
"Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti sesi perkongsian ilmu bersama tiga tokoh jemputan iaitu Imam Masjid Al-Aqsa di Palestin Syeikh Dr Ekrima Sabri, Ulama dari United Kingdom Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan Ulama dari Gambia Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/polis-mekah-tahan-warga-tempatan-bantu-wartawan-bukan-islam-masuk-ke-tanah-suci/ | POLIS MAKKAH TAHAN WARGA TEMPATAN BANTU WARTAWAN BUKAN ISLAM MASUK KE TANAH SUCI | [
"JEDDAH: Polis Makkah menahan seorang lelaki rakyat tempatan yang didakwa terlibat dalam membantu urusan seorang wartawan bukan Islam yang memegang kerakyatan Amerika Syarikat untuk memasuki tanah suci Makkah.",
"Media antarabangsa melaporkan wartawan itu ialah Gil Tamary daripada saluran siaran bebas Israel, Channel 13.",
"Laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pula memetik jurucakap Polis Makkah sebagai berkata; “Mereka menggunakan laluan yang dikhaskan kepada orang Islam, hal ini jelas melanggar undang-undang yang melarang kemasukan orang bukan Islam ke tanah suci Makkah” .",
"Pihak polis Makkah menegaskan bahawa segala undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi perlu dihormati dan dipatuhi oleh setiap pengunjung tanah suci, khususnya di Masjidil Haram di Makkah dan Madinah.",
"“Sebarang pelanggaran seperti ini dianggap sebagai jenayah yang tidak boleh diterima dan hukuman akan dikenakan terhadap pelaku jenayah berdasarkan peraturan yang ditetapkan,” katanya.",
"Kes wartawan itu telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pkp-di-enam-daerah-di-selangor/ | PKP DI ENAM DAERAH DI SELANGOR | [
"KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di enam daerah di Selangor bermula 6 Mei hingga 17 Mei 2021.",
"Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam daerah tersebut Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat, dan Sepang.",
"Dengan pelaksanaan PKP, rentas daerah di kawasan tersebut tidak dibenarkan.",
"“Keputusan ini diambil kerana peningkatan kes yang mendadak.",
"“Dengan pelaksanaan PKP, pergerakan rentas daerah di enam daerah yang disebut tidak dibenarkan kecuali kes-kes kecemasan dan sebagainya yang dibenarkan polis,” katanya dalam sidang media hari ini.",
"Ismail Sabri berkata tiga daerah lain di Selangor iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal di bawah PKP Bersyarat (PKPB).",
"Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) di daerah PKP adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/tragedi-kepala-air-waris-faham-kesukaran-pasukan-sar/ | TRAGEDI KEPALA AIR: WARIS FAHAM KESUKARAN PASUKAN SAR | [
"CHUKAI: Walaupun memahami kesukaran dihadapi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) namun ibu saudara kepada seorang lagi mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di Kemaman, berharap anggota keselamatan tidak berputus asa untuk meneruskan pencarian.",
"Memasuki hari ketujuh operasi SAR, Putri Nor Fatin Karim, 14, adalah seorang daripada 10 mangsa tragedi kepala air yang masih belum ditemukan.",
"Rosilawati Yasin, 49, berkata mereka sekeluarga tetap menunggu ‘kepulangan’ anak saudaranya dan berharap remaja perempuan itu segera dijumpai.",
"“Kami setia menunggu, harapnya dia (Putri Nor Fatin) dapat ditemukan. Macam mana keadaan dia sekali pun, kami tetap nak bawa balik. Sebolehnya pergi (berkelah) mereka bersepuluh, kami nak balik mereka pun bersepuluh.",
"“Namun, kami faham kepenatan dan susah payah yang dihadapi pasukan pencarian. Kalau jumpa hari ini atau esok, itu rezeki kami sekeluarga,” katanya yang juga adik ipar kepada korban pertama ditemukan pada Ahad, Azizah Eiyi, 40.",
"Operasi SAR hari ini melibatkan 250 anggota dari pelbagai agensi serta dibantu empat anjing pengesan K9 ‘bertarung’ dengan masa bagi mencari Putri Nor Fatin, dengan fokus pencarian tertumpu di sektor A. ",
"Dalam tragedi pada 1 Julai lepas, Putri Nor Fatin, bersama bapanya Karim Abdullah, 39, dan ibunya Azizah, serta enam lagi adik-beradiknya dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang berkelah di jeram berkenaan. ",
"Turut serta ialah Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor yang juga tunang kepada kakak Putri Nor Fatin sebelum kesemua mereka dihanyutkan arus deras kepala air.",
"Sembilan daripada mereka telah ditemukan sehingga semalam, selamat dikebumikan pada Selasa dan Rabu, manakala Muhammad Fikri dikebumikan pada 7 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/hormati-keputusan-turki-erdogan/ | HORMATI KEPUTUSAN TURKI: ERDOGAN | [
"ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan meminta masyarakat dunia menghormati kebimbangan Turki mengenai isu keselamatan dan menyokong projek republik itu memastikan kepulangan pelarian Syria dengan selamat.",
"Bercakap di mesyuarat dengan pegawai-pegawai sebuah persatuan\nbolasepak di Istanbul, Erdogan dipetik agensi berita Anadolu sebagai berkata, “jika\ndunia tidak menyokong usaha Turki memastikan keselamatan pelarian Syria untuk\npulang, maka Turki tiada pilihan selain membuka sempadan ke Eropah”.",
"Mengulangi matlamat Turki mewujudkan zon selamat adalah untuk\nmencegah serangan kumpuan pengganas YPG/PKK dan Daesh dari Syria, Erdogan\nberkata, “matlamat kami telah dicapai”.",
"Erdogan juga menegaskan tarikh akhir ditetapkan minggu ini supaya kumpulan pengganas YPG/PKK berundur dari timur laut Syria.",
"Jika mereka tidak berundur dalam tempoh 150 jam yang ditetapkan,\nmaka Turki akan membersihkan kawasan itu, tegas Erdogan.",
"Selasa lalu, Ankara dan Moscow mencapai persetujuan di mana pengganas\nYPG/PKK akan berundur hingga 30 kilometer dari selatan sempadan Turki-Syria\ndalam tempoh 150 jam, sebelum pasukan keselamatan kedua-dua negara itu akan\nmembuat rondaan bersama.",
"Turki melancarkan Operasi Peace Spring pada 9 Oktober lalu untuk menghapuskan pengganas dari timur laut Syria di timur Sungai Euphrates untuk memastikan keselamatan sempadannya, membantu kepulangan pelarian Syria dan memastikan integriti wilayahnya.",
"PKK dan YPG disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Turki,\nAmerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah dan bertanggungjawab atas kematian\nlebih 40,000 mangsa, termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi, dalam tempoh 30\ntahun kempen keganasannya ke atas Turki. – Terjemahan AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/rakyat-palestin-dibunuh-rejim-israel-diheret-jentolak-di-selatan-gaza/ | RAKYAT PALESTIN DIBUNUH ISRAEL, DIHERET JENTOLAK DI SELATAN GAZA | [
"GAZA: Seorang rakyat Palestin terbunuh, manakala beberapa yang lain cedera akibat tembakan tentera Israel di Gaza semalam, menurut sumber perubatan.",
"Xinhuanet melaporkan, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah dua rakyat Palestin yang dilihat menghampiri pagar sempadan antara Khan Younis, bandar di selatan Gaza dan Israel.",
"Rakaman video menunjukkan jentolak tentera rejim Israel menarik mayat warga Palestin yang ditembak mati.",
"Di dalam rakaman video itu, kelihatan beberapa lelaki muda cuba menarik mayat mangsa kembali tetapi gagal kerana tembakan tentera Israel.",
"Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qedra dalam kenyataan media berkata, terdapat dua mangsa lain cedera di kaki dan dimasukkan ke hospital.",
"Sementara itu, jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee dalam satu kenyataan mendakwa pihaknya menyaksikan mereka menghampiri pagar di selatan Gaza dan menanam bahan peledak. — Terjemahan AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/19266-calon-upkk-tahun-2022-catat-8a/ | 19,266 CALON UPKK TAHUN 2022 CATAT 8A | [
"PUTRAJAYA: Seramai 19,266 calon daripada 234,931 pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 mencatat keputusan 8A.",
"Peperiksaan UPKK Tahun 2022 melibatkan sebanyak lapan mata pelajaran yang diuji kepada calon iaitu Bidang al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab (Akhlak Islamiah); Jawi dan Khat; Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata peratus lulus keseluruhan calon UPKK Tahun 2022 ialah 88 peratus, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan ialah 1.99 mata.",
"Mohd Na’im berkata kadar lulus bagi mata pelajaran Amali Solat ialah 100 peratus, diikuti Bidang al-Quran dan Penghayatan Cara Islam masing-masing 99 peratus; Jawi dan Khat (88 peratus); Adab (82 peratus); Ulum Syariah (79 peratus); serta Sirah dan Lughatul Quran masing-masing 78 peratus.",
"“Pencapaian ini menunjukkan kejayaan murid dalam menguasai ibadat solat, mengamalkan cara hidup Islam dan tilawah al-Quran dalam kehidupan seharian,” katanya pada majlis pengumuman keputusan UPKK Tahun 2022 di sini hari ini. ",
"Mengulas prestasi UPKK Tahun 2022, Mohd Na’im berkata terdapat sedikit penurunan peratusan lulus keseluruhan dan yang mendapat 8A berbanding UPKK pada 2019.",
"Beliau berkata prestasi UPKK Tahun 2022 tidak boleh dibandingkan dengan 2021 kerana peperiksaan pada tahun itu dibuat menggunakan modul yang berbeza.",
"Beliau berkata UPKK 2019 merekodkan seramai 44,066 pelajar daripada 223,705 calon yang menduduki peperiksaan itu mendapat 8A dengan peratus lulus keseluruhan ialah 93 peratus.",
"“Faktor pembelajaran dalam talian dan jumlah ketidakhadiran calon yang tinggi, iaitu 8,921 orang, antara faktor menyumbang kepada penurunan prestasi UPKK pada 2022.",
"“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melaksanakan post mortem (pascanilai) bagi mencari punca dan penyelesaian kepada masalah jumlah ketidakhadiran yang tinggi bagi UPKK 2022,” katanya.",
"Seramai 464,605 calon iaitu 222,528 murid tahun enam dan 242,077 murid tahun lima mengambil peperiksaan Modul Penilaian KAFA Tahun 2021 dengan peratusan lulus keseluruhan sebanyak 95.37 peratus.",
"Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata kemenjadian murid bukan diukur kepada jumlah bilangan A yang diperoleh, tetapi melalui amalan dan cara hidup Islam yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian yang semakin mencabar. ",
"“Harapan kami agar murid-murid yang mengikuti kelas KAFA ini menjadi tonggak dan permata yang akan menyemarakkan lagi syiar Islam pada masa akan datang,” katanya. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kami-terpaksa-hidup-berasingan-demi-kesinambungan-generasi-penduduk-gaza/ | “KAMI TERPAKSA HIDUP BERASINGAN DEMI KESINAMBUNGAN GENERASI”- PENDUDUK GAZA | [
"GAZA: Angka korban penduduk Palestin kini menghampiri 11,000 orang, susulan kekejaman rejim Zionis Israel melakukan serangan demi serangan ke atas Semenanjung Gaza, termasuk di kawasan kediaman dan lokasi penduduk berlindung. ",
"Keadaan genting itu memaksa Abu Iyad El-Aidiy, seorang penjawat awam di Gaza, mengambil inisiatif membahagikan ahli keluarganya kepada tiga kumpulan dengan harapan, andai tidak semua ditakdirkan terselamat, memadai jika sekadar seorang dua dapat meneruskan kehidupan untuk hari berikutnya.",
"Beliau berkata mereka terpaksa berpindah randah dan tidur di lokasi yang berasingan demi ‘kesinambungan generasi’.",
"“Tiada tempat selamat. Saya terpaksa…untuk elak kematian secara sekali gus seperti yang berlaku pada keluarga lain. Mereka lenyap terus dari daftar negara.",
"“Sebuah keluarga yang saya kenali di Deir al-Balah dan Nuseirat lenyap sekali gus. Mereka keluarga biasa. Tiada kaitan pun dengan mana-mana propaganda kuasa penjajah.",
"“Sebahagian keluarga saya kekal di rumah. Sebahagian lagi di Deir al Balah dan yang lain tinggal dalam bas rosak,” katanya kepada wartawan Agensi Berita Palestin (WAFA). ",
"Abu Iyad El-Aidiy berkata beliau menerima dengan tangan terbuka jika terdapat ahli keluarga lain mahu menumpang teduh.",
"Mukim Deir al Balah dan Nuseirat masing-masing terletak 14 kilometer (km) dan enam km dari tengah bandar Gaza.",
"Seorang lagi penduduk Gaza, Muhammad Saadat turut mengasingkan tujuh anaknya (tiga lelaki, empat perempuan) di beberapa rumah saudaranya di Khan Yunis, selatan Gaza.",
"“Ramai lagi yang tidak dapat berbuat begini kerana rumah keluarga mereka juga musnah, jadi mereka tinggal berpecah-pecah di pusat perlindungan yang berbeza di Deir al-Balah,” katanya.",
"Bagi ibu lima anak, Dua’ Abdel Aal, 44, beliau tidak akan memisahkan anak-anaknya.",
"“Sama ada kami hidup bersama atau mati bersama. Itu saja,” katanya.",
"Sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin termasuk 4,412 kanak-kanak dan 2,918 wanita terbunuh manakala lebih 26,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat rejim Israel sejak 7 Okt.",
"Selain angka korban yang tinggi dan jumlah mereka yang hilang tempat tinggal terus meningkat, bekalan asas juga semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza disebabkan pengepungan Israel.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/ibu-terlantar-sakit-di-madinah-anak-rayu-bantuan-bawa-pulang-ke-malaysia/ | IBU TERLANTAR SAKIT DI MADINAH, ANAK RAYU BANTUAN BAWA PULANG KE MALAYSIA | [
"KUALA TERENGGANU: Tiga beradik buntu memikirkan masalah kewangan yang diperlukan untuk membawa pulang ibu mereka yang kini terlantar sakit di sebuah hospital swasta di Madinah.",
"Zuraini Sapi’n, 32, berkata, ibu mereka, Hasmah Hamid, 62, pergi menunaikan umrah pada 30 April lalu dan sepatutnya pulang pada 12 Mei.",
"Menurut Zuraini, ibunya jatuh sakit pada 9 Mei di Madinah dan terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan terpaksa ditidurkan.",
"“Kami menerima surat dari pihak hospital mengatakan emak dijangkiti kuman pada paru-paru, sebelum ini emak pernah menghidap sakit jantung selain dia merupakan warga emas, jadi ambil masa untuk sembuh,” katanya selepas ditemu ramah Berita AlHijrah.",
"Katanya sepanjang rawatan setakat 6 Julai lalu, bil rawatan yang dikenakan sebanyak RM263,556 (212,000 Riyal) atau bersamaan RM6,216.18 (5,000 Riyal) untuk satu hari di wad.",
"Setakat ini, sebanyak RM124,323.60 (100,000 Riyal) telah dibayar menggunakan insurans, namun mereka perlu membayar baki RM139,242.43 (112,000 Riyal) lagi sebelum boleh membawa ibunya pulang ke Malaysia.",
"Tambah Zuraini, usaha yang dilakukan mereka antaranya membuat permohonan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta membuat kutipan dana awam di media sosial.",
"Jelasnya, permohonan MAIDAM masih dalam proses sementara sumbangan orang awam pula mendapat RM37,000 setakat ini.",
"“Kalau boleh minta bantuan orang ramai sama-sama kita kumpul dana untuk bawa balik emak saya pulang dan juga kalau bolehlah pihak-pihak atau badan-badan berkaitan sama ada Wisma Putra atau Kedutaan, yang boleh bawa emak saya pulang,” katanya.",
"Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan kepada akaun anak lelaki Hasmah Hamid, Mohd Asdi Awang melalui akaun Maybank 5630-1933-6137 atau hubungi di talian 014-5182657.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kerajaan-timbang-cadangan-cuti-khas-sebelum-hari-mengundi-pm/ | KERAJAAN TIMBANG CADANGAN CUTI KHAS SEBELUM HARI MENGUNDI – PM | [
"BERA: Cadangan pemberian cuti khas sebelum hari pengundian bagi memudahkan pergerakan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dipertimbangkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. ",
"Bercakap dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baharu, Kuala Bera di sini hari ini, Ismail Sabri berkata cadangan itu pernah dibincangkan selepas pembubaran Parlimen pada 10 Okt lepas.",
"“Kita tunggu sahaja jika ada pengumuman daripada saya (cuti khas)… kita akan kaji. Sejak mula bubar, kita dah bincang perkara ini, cuma timing itu… Insya-Allah, tunggulah apa pengumuman yang penting, yang mungkin banyak lagi,” katanya.",
"Sebelum ini Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum khas untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada 19 Nov ini.",
"Presidennya Datuk Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mengundi di lokasi mereka bekerja. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/selangor-catat-peningkatan-kes-keganasan-rumah-tangga-sejak-2017/ | SELANGOR CATAT PENINGKATAN KES KEGANASAN RUMAH TANGGA SEJAK 2017 | [
"SHAH ALAM: Selangor menjadi negeri tertinggi di Malaysia yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga dengan peningkatan jumlah kes terbabit dilaporkan bermula sejak 2017, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.",
"Beliau berkata Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi berbanding negeri lain bagi tiga tahun kebelakangan ini, manakala untuk tempoh Januari hingga Ogos tahun ini sahaja sebanyak 813 kes dilaporkan. ",
"“Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga di Selangor sejak 2017 hingga 2021 kecuali penurunan pada 2022 sebanyak 466 kes,” katanya sesama berucap pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Memerangi Rumah Tangga 2023 Polis Selangor di sini hari ini.",
"Beliau berkata untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, daerah yang mencatatkan kes tertinggi ialah Gombak (147 kes), Kajang (91 kes) dan Petaling Jaya (79 kes) manakala daerah yang mencatatkan kes terendah direkodkan di Shah Alam (21 kes), Sabak Bernam (25 kes) dan Sungai Buloh (26 kes). ",
"Hussein berkata isteri kerap menjadi mangsa bagi kes berkenaan diikuti adik-beradik dan suami selain turut melibatkan mangsa lain seperti bekas suami, bekas isteri, madu, ipar, menantu dan sepupu. ",
"Katanya, pihak polis memandang serius kes keganasan rumah tangga dan masyarakat harus mengubah tanggapan “tidak menjaga tepi kain orang” memandangkan kes jenayah itu boleh mendatangkan mudarat sehingga menyebabkan kematian jika dibiarkan berlarutan. ",
"Dalam pada itu, berhubung kenyataan fitnah berkaitan dakwaan terdapat arahan penutupan 200 pusat tahfiz di negeri ini, beliau berkata kertas siasatan kes berkenaan telah lengkap.",
"“Kita telah merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan ada satu dua perkara lagi yang perlu kita ambil tindakan, namun belum ada sebarang tangkapan atau arahan untuk pertuduhan setakat ini,” katanya.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/malaysia-turki-qatar-di-landasan-ampuh-selaku-peneraju-gerbang-kewangan-islam-dunia/ | MALAYSIA, TURKI, QATAR DI LANDASAN AMPUH SELAKU PENERAJU GERBANG KEWANGAN ISLAM DUNIA | [
"ISTANBUL: Sektor kewangan Islam yang mula berkembang pesat, kini sudah sedia melonjak di rantau baharu menerusi Turki, Malaysia dan Qatar, kata tokoh kewangan Qatar.",
"Menerusi wawancara eksklusif dengan agensi berita Turki, Anadolu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kewangan Qatar, Yousuf Al-Jaida berkata, Malaysia boleh bertindak sebagai gerbang kewangan Islam ke Asia dengan Turki menjadi selaku pintu masuk Eropah dan Qatar untuk Timur Tengah dan Afrika.",
"Beliau berkata, Malaysia sudah bersedia dengan kerangka perundangan bagi melaksanakan sektor itu serta produk seperti Sukuk – nota kewangan Islam tanpa faedah.",
"Qatar dan Turki pula perlu meningkatkan lagi usaha mereka dalam sektor ini dan seharusnya dirintis oleh negara Islam.",
"Sambil menegaskan Doha dan Ankara harus berusaha lebih keras, beliau berkata, ketiga-tiga negara perlu membentuk satu plafom besar bagi berkongsi pengalaman, teknologi dan pengetahuan dalam bidang yang bernilai US$2,4 trilion.",
"“Saya fikir kita mampu mencipta suatu yang amat hebat dan gemilang dalam industri ini,,” kata al-Jaida sambil menambah, kewangan Islam kini semakin berkembang dengan lebih pantas berbanding kewangan tradisional atau konvensional.",
"Menurut CEO itu, wujud beberapa bidang baharu yang berpotensi menerusi kewangan Islam seperti teknologi kewangan Islam, pembiayaan semula takaful dan pengurusan aset Islam.",
"“Saya fikir kita mempunyai masa depan cerah dan hebat tetapi masih banyak perkara yang perlu dilakukan,” katanya.",
"Dengan masalah ekonomi semakin memuncak di seluruh dunia, al-Jaida berkata kewangan Islam boleh menjadi model terhadap ekonomi dunia. Mengulas mengenai projek Pusat Kewangan Istanbul yang dijangka dapat disempurnakan pada 2022, al-Jaida menyuarakan keyakinan terhadap potensi pusat berkenaan.",
"“Kami sudah berbincang dengan Malaysia dan Pusat Kewangan Istanbul, diharapkan kita akan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) tidak lama lagi”, katanya.",
"Berada di lokasi strategik antara Eropah dan negara Islam, pusat kewangan itu diharap menjadi medan sektor kewangan bukan perbankan.",
"Al-Jaida menggesa Turki supaya bekerjasama dengan Qatar dan Malaysia bagi menjadikan kewangan Islam sebagai suatu sektor yang berjaya di negara itu.” — BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/lelaki-ditahan-polis-selepas-dirakam-pandu-secara-berbahaya/ | LELAKI DITAHAN POLIS SELEPAS DIRAKAM PANDU SECARA BERBAHAYA | [
"IPOH: Seorang lelaki ditahan setelah disyaki memandu secara melulu hingga boleh membahayakan pengguna lain sehingga tular menerusi rakaman sebuah video dalam satu kejadian di Jalan Beruas-Parit-Ipoh semalam.",
"Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berumur 23 tahun yang memandu Proton Saga FLX berwarna coklat itu ditahan di sebuah rumah di Pusing, Batu Gajah selepas polis berjaya mengesannya pada hari yang sama.",
"“Lelaki itu mengaku memandu kenderaan tersebut kira-kira 3.40 petang sebelum tular di media sosial menerusi sebuah video.",
"“Kenderaan tersebut dirampas dan lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.",
"Video berdurasi kira-kira seminit itu antara lain menunjukkan suspek memotong barisan dan garisan berkembar di kawasan Pekan Parit hingga boleh membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna lain. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/naib-presiden-indonesia-tidak-hadir-sidang-kemuncak-kuala-lumpur/ | NAIB PRESIDEN INDONESIA TIDAK HADIR SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR | [
"JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin terpaksa membatalkan lawatan ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur kerana tidak sihat, demikian menurut sumber rasmi hari ini.",
"“Pasukan doktor memutuskan (Naib Presiden) Ma’ruf Amin perlu berehat,” kata jurucakapnya, Masduki Baidowi kepada agensi berita Anadolu. ",
"Sebaliknya, Masduki berkata Menteri Luar, Retno Marsudi akan\nhadir bagi mewakili Naib Presiden dan Kerajaan Indonesia.",
"Awal Disember lalu, dalam temubual eksklusif dengan Anadolu,\nAmin berkata beliau tidak dapat merumuskan sama ada Sidang Kemuncak Kuala\nLumpur akan mengukuhkan Persidangan Kerjasama Islam (OIC) atau menubuhkan badan\nbaharu yang akan menyediakan nilai tambah untuk menguatkan dan memperkasa\nnegara-negara Islam.",
"Sidang kemuncak itu mengumpulkan pemimpin-pemimpin dunia Islam dari 18 hingga 21 Disember yang akan membincangkan pelbagai isu daripada isu pembangunan, pentadbiran, identiti dan budaya, keadilan dan kebebasan. – Terjemahan AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/cadang-naik-bahan-api-dibalas-dengan-protes-mega/ | CADANG NAIK BAHAN API DIBALAS DENGAN PROTES MEGA | [
"PARIS, 27 Januari – Ribuan penunjuk\nperasaan ves kuning berarak di Paris dan beberapa bandar lain semalam, susulan\nprotes anti kerajaan yang kini memasuki minggu ke-11.",
"Sinar Online melaporkan protes disertai\nkira – kira 22,000 orang, jumlah lebih kecil berbanding tunjuk perasaan sebelum\nini, namun kekecohan tetap berlaku di beberapa lokasi himpunan.",
"Tunjuk perasaan ves kuning bermula\npertengahan November lalu berikutan cadangan kerajaan menaikkan cukai bahan\napi, ia lalu bertukar menjadi protes besar – besaran terhadap kerajaan Presiden\nEmmanuel Macron.",
"Dalam usaha menenangkan rakyat Perancis,\nMacron melancarkan debat umum yang diharapkan dapat mencari penyelesaian\nberhubung kemelut terbabit.",
"Dalam pada itu, beberapa ahli ves\nkuning mencadangkan beberapa calon untuk bertanding dalam pilihan raya Mei\ndepan untuk Parlimen Eropah.",
"Sementara itu, pihak yang menentang\ntunjuk perasaan ves kuning mengutuk keganasan yang berlaku susulan protes\nterbabit. "
] |
https://alhijrahnews.com/lebih-130000-imigran-meninggalkan-turki-ke-eropah/ | LEBIH 130,000 IMIGRAN MENINGGALKAN TURKI KE EROPAH | [
"ANKARA: Jumlah pendatang meninggalkan Turki untuk menyeberang ke Greece melalui sempadan barat laut Edirne pada 9.15 malam waktu tempatan mencecah 130,469 orang, kata Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu di Twitter.",
"Mendakwa Eropah memungkiri janjinya untuk membantu pendatang di Turki dan membantu negara itu menangani gelombang pendatang, pihak berkuasa Turki sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menghalang pendatang ke Eropah.",
"Keputusan itu dibuat selepas 34 tentera Turki syahid di tangan tentera rejim di wilayah Idlib di barat laut Syria pada 27 Februari lalu.",
"Sejak pengumuman itu, ribuan pendatang asing membanjiri sempadan Edirne untuk menuju ke Eropah.",
"Tentera Turki bekerja keras untuk melindungi orang awam di bawah perjanjian dengan Rusia pada hujung 2018 di mana tindakan keganasan adalah dilarang di zon de-ekskalasi di Idlib, yang menyaksikan lebih 1,300 orang awam terbunuh akibat pencabulan gencatan senjata.",
"Turki yang kini menjadi tempat perlindungan sementara 3.7 juta pelarian Syria menegaskan tidak lagi mampu menampung gelombang pelarian baharu. — Terjemahan AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/wanita-dipenjara-curi-peralatan-kuih-raya/ | WANITA DIPENJARA CURI PERALATAN KUIH RAYA | [
"KUALA LUMPUR, 9 Jun – Gara-gara mencuri peralatan membuat kuih raya dan beberapa barang lain di sebuah pasar raya, seorang wanita dihukum penjara sehari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.",
"Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mazileen Mubarak Ali, 29, selepas dia mengaku bersalah mencuri 15 jenis peralatan membuat kuih dan juga makanan kucing yang bernilai RM114.60 milik Sogo Department Store, di sini pada 6.30 petang, semalam.",
"Antara barang itu ialah acuan biskut, pisau kek, berus pastri, penggelek plastik dan papan kuih siput. Terdahulu, Mazileen yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam rayuannya berkata dia mencuri kerana mahu menjalankan perniagaan kuih raya dan ini merupakan kesalahan pertamanya. Dia juga memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan suaminya tidak bekerja dan dia perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua.",
"Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh. Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman tersebut dari tarikh dia ditangkap pada 8 Jun dan jika gagal membayar denda dia boleh dipenjara 10 hari.",
"Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kali kedua atau lebih boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda atau sebatan.",
"BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/arab-saudi-buka-pintu-sempadan-bagi-pelancong-asing-bermula-1-ogos/ | ARAB SAUDI BUKA PINTU SEMPADAN BAGI PELANCONG ASING BERMULA 1 OGOS | [
"RIYADH: Kerajaan Arab Saudi membuka semula pintu sempadan bagi menerima pelancong asing yang sudah lengkap menerima vaksin, bermula 1 Ogos.",
"Memetik laporan Saudi Press Agency, Kementerian Pelancongan memaklumkan pelancong asing tidak perlu menjalani kuarantin bagi mereka yang mempunyai sijil vaksinasi.",
"“Arab Saudi akan membuka semula pintunya kepada pelancong asing, dan menarik balik penggantungan kemasukan pemegang visa pelancong, bermula 1 Ogos ini,” katanya.",
"Bagaimanapun, pelancong asing perlu mengambil ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum tiba di Arab Saudi.",
"Data tersebut boleh diguna pakai dalam aplikasi ‘Tawakkalna’.",
"“Aplikasi ‘Tawakkalna’ akan dinaik taraf bagi kegunaan pelancong asing untuk masuk ke tempat awam di negara itu seperti pusat membeli-belah, pawagam, restoran dan tempat hiburan,” katanya.",
"Sementara itu, Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan kemasukan pelancong asing yang mengambil dua dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer, AstraZeneca, Moderna atau Johnson&Johnson.",
"Bagi pelancong yang menerima vaksin jenis Sinophram atau Sinovac, mereka perlu mengambil dos tambahan daripada mana-mana jenis vaksin yang dibenarkan untuk masuk ke dalam Arab Saudi."
] |
https://alhijrahnews.com/kes-penderaan-bella-tmj-tawar-khidmat-peguam-secara-percuma/ | KES PENDERAAN BELLA: TMJ TAWAR KHIDMAT PEGUAM SECARA PERCUMA | [
"KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penderaan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom down yang dikenali sebagai Bella mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.",
"Dalam ciapannya di Twitter mengatakan Tunku Ismail menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati atau ‘watching brief’.",
"Ujar Tunku Ismail, beliau akan mengubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran tersebut bagi pihak kementeriannya.",
"“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.",
"“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya.",
"Tambah Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak antara pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan atau awam dengan peguam bela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT).",
"Semalam, isteri Tunku Ismail, Che’ Puan Khaleeda Bustaman turut menegaskan akan melakukan segala yang mungkin demi mendapatkan keadilan buat Bella.",
"Menurutnya, beliau berasa kecewa melihat pihak yang merasakan mereka boleh bertindak apa sahaja terhadap kanak-kanak teraniaya bagi melepaskan diri.",
"“Kamu boleh bersembunyi di belakang barisan peguam tetapi karma akan datang kepada kamu di dunia dan di akhirat,” kata Che’ Puan Khaleeda.",
"Sebelum ini Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.",
"Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pru15-lebih-200-bendera-ph-dicabut-dibuang-ke-parit/ | PRU15: LEBIH 200 BENDERA PH DICABUT, DIBUANG KE PARIT | [
"KLUANG: Lebih 200 bendera Pakatan Harapan (PH) yang dipasang di sepanjang laluan Kampung Parit Kuari dekat Ayer Hitam di sini dicabut dan dibuang ke dalam parit, dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.",
"Calon PH bagi Parlimen Ayer Hitam Sheikh Umar Bagharib Ali menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata para petugas yang memacak bendera menyedari kejadian itu sekitar 8 pagi semalam selepas enam jam dipasang.",
"“Kami amat kecewa terhadap sikap politik samseng sebegini dan mengutuk mana-mana pihak yang menggunakan taktik kotor serta tidak bertamadun dalam pilihan raya.",
"“Sikap ini telah mencalarkan demokrasi yang membenarkan parti-parti politik berkempen secara sihat dan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga pihak berkuasa,” katanya.",
"Bagaimanapun, Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor telah mengarahkan petugas PH di Parlimen itu supaya tidak melakukan sebarang tindak balas di luar sempadan undang-undang pilihan raya.",
"Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung insiden bendera parti politik dicabut atau dibuang.",
"Pada Pilihan Raya Umum ke-15, kerusi Parlimen itu akan menyaksikan persaingan tiga penjuru melibatkan penyandang Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dari Barisan Nasional, Sheikh Umar dan calon Perikatan Nasional Muhammad Syafiq A. Aziz.",
"Pada PRU lepas, Wee memenangi parlimen itu dengan majoriti tipis sebanyak 303 undi.",
"SPR menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian PRU15, manakala pengundian awal pada 15 Nov. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/tiga-peniaga-sayur-dikompaun-tidak-pamer-naikkan-harga/ | TIGA PENIAGA SAYUR DIKOMPAUN TIDAK PAMER, NAIKKAN HARGA | [
"ALOR SETAR: Tiga peniaga sayur dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah selepas didapati tidak meletakkan tanda harga dan menaikan harga yang dikesan menerusi Ops Sayur .",
"Pengarah KPDNHEP Kedah, Rae Morn Verak berkata, operasi tertumpu di pasar awam di negeri ini dengan menyasarkan peletakan tanda harga yang jelas dan penggunaan alat timbang yang masih dalam tempoh yang sah.",
"Katanya, dalam usaha memerangi kenaikan ini, seramai 172 orang pegawai penguatkuasa dan 52 orang pegawai pemantau harga digerakkan di seluruh negeri bagi membuat pemeriksaan.",
"“Dalam usaha untuk mengenal pasti punca kenaikan harga, jadi sekarang kita akan meneliti rangkaian pembekalan sayur ini sama ada daripada pihak peruncit atau pembekal.",
"“Kita juga akan sentiasa mendapatkan maklumat harga sayur terkini dari ladang melalui FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dan berpandukan harga ini kita akan menyelidik sama ada wujud pencatutan tidak kira di peringkat pembekal ataupun di peringkat akhir iaitu di peringkat peniaga,” katanya.",
"Jelasnya, sepanjang pelaksanaan Ops Sayur, sebanyak 171 pemeriksaan dilakukan di bawah ops sayur dan sebanyak 12 notis bertulis (NB) dan 89 notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) dikeluarkan kepada peniaga.",
"Kesemua tindakan itu disiasat di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.",
"Rae Morn berkata, sepanjang tahun ini sebanyak 69,654 buah premis telah diperiksa bagi seluruh negeri Kedah 929 daripadanya dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.",
"Ia membabitkan nilai keseluruhan kompaun sebanyak RM154,000 dan rampasan sebanyak RM607,051.75 —AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/polis-buru-lelaki-cabul-wanita-di-cyberjaya/ | POLIS BURU LELAKI CABUL WANITA DI CYBERJAYA | [
"CYBERJAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes cabul seorang wanita di kawasan parkir sebuah pusat komersial Tamarind Square di Cyberjaya, semalam.",
"Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, wanita berumur 27 tahun telah disapa seorang lelaki kononnya untuk membantunya menyimpan barang ke dalam kereta di parkir pusat komersial tersebut, selain mahukan troli yang digunakan wanita itu.",
"“Bagaimanapun wanita berkenaan menolak bantuan tersebut namun lelaki itu tetap mengambil barang pengadu dan memasukkan dalam kereta dan secara tiba-tiba suspek bertindak menyentuh dan meramas punggung pengadu sebelum melarikan diri,” kata Wan Kamarul dalam satu kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata, mangsa memaklumkan bahawa lelaki itu berpakaian serba hitam, menyandang bag sling warna hitam, dengan rambut dan kulit berwarna gelap.",
"“Pengadu hanya nampak lelaki itu matanya juling. Pengadu juga tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu sebelum ini,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaaan.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/zulkifli-sahkan-positif-covid-19/ | ZULKIFLI SAH POSITIF COVID-19 | [
"KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengesahkan beliau positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.",
"Zulkilfi memaklumkan sehingga kini keadaan kesihatan beliau adalah baik.",
"“Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera,” katanya melalui akaun rasminya di Facebook.",
"Beliau turut meminta agar Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. — AlHijrah Online / Zaim Zamani"
] |
https://alhijrahnews.com/sektor-swasta-diminta-benarkan-pekerja-keluar-mengundi-esok/ | SEKTOR SWASTA DIMINTA BENARKAN PEKERJA KELUAR MENGUNDI ESOK | [
"SUNGAI BESAR, 17 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta para majikan sektor swasta supaya membenarkan pekerja mereka keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar, esok.",
"Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abd Aziz Khalidin berkata majikan yang didapati menghalang pekerja mereka menunaikan tanggungjawab boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara setahun, jika sabit kesalahan.",
"Beliau turut menasihatkan sebanyak 42,365 pemilih supaya keluar mengundi secara berperingkat mengikut kesesuaian masa masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan di 28 pusat mengundi.",
"Katanya parti politik dan calon juga tidak dibenarkan membuka barung mahupun berkempen.",
"“Hanya barung SPR sahaja dibenarkan dibuka pada hari mengundi bagi kemudahan pengundi-pengundi membuat semakan maklumat pengundian mereka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja semakan peralatan mengundi di Dewan Seri Bernam di sini hari ini.",
"SPR juga, katanya, meminta pengundi tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain petugas SPR kerana ia mungkin disalah guna pihak tertentu. PRK kawasan Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi; calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur dari parti Amanah.",
"Kawasan Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa sebanyak 42,365 orang, pengundi awal (286) dan pengundi tidak hadir (4) kerana berada di luar negara.",
"BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/api-marak-punca-kanak-kanak-perempuan-tidak-sempat-selamatkan-diri/ | API MARAK PUNCA KANAK-KANAK PEREMPUAN TIDAK SEMPAT SELAMATKAN DIRI | [
"GEORGE TOWN: Kanak-kanak perempuan yang rentung dalam kebakaran rumahnya di Kampung Pisang, Jalan Paya Terubong di sini, malam tadi dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri kerana faktor api yang marak terlalu cepat.",
"Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata mayat mangsa, G. Sri Laavanya, 7, ditemukan terbaring di bahagian belakang katil di dalam bilik bapanya dalam keadaan rentung dipercayai cuba bersembunyi untuk menyelamatkan diri di situ.",
"“Kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah sewa di situ termasuk kediaman mangsa, kanak-kanak tersebut tinggal bersama bapa dan datuk serta neneknya manakala ibunya telah lama meninggal dunia.",
"“Semasa kejadian bapanya tiada di rumah dan hanya terdapat datuk serta neneknya, ketika kebakaran itu mereka berdua (nenek dan datuk) telah lari keluar untuk menyelamatkan diri dan tidak sempat mencarinya kerana api sedang marak.",
"“Menurut mereka, selalunya kanak-kanak itu tidur di biliknya sendiri namun semalam mangsa tidur di bilik bapanya menyebabkan mereka gagal mencarinya untuk dibawa keluar bersama,” katanya di sini.",
"Dalam kejadian itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.19 malam tadi.",
"Soffian berkata nenek mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu melecur di tangan kanan dan dia telah mendapatkan rawatan awal di Hospital Pulau Pinang (HPP).",
"Katanya rumah yang dihuni mangsa bersama ahli keluarganya itu mempunyai tiga bilik dan mereka dipercayai menyewanya dengan harga RM100 sebulan.",
"”Dua lagi rumah turut disewa dengan tiga penghuni di setiap rumah, ketiga-tiganya terbakar dalam kebakaran tersebut dengan rumah mangsa paling teruk iaitu lebih 80 peratus. Api dikatakan berpunca daripada rumah yang dihuni keluarga mangsa,” katanya.",
"Beliau berkata mayat kanak-kanak perempuan yang merupakan anak tunggal itu selesai dibedah siasat di HPP kira-kira 12 tengah hari tadi sebelum dituntut ahli keluarganya.",
"Menurut Soffian punca sebenar kebakaran tersebut masih disiasat pihak berkuasa.",
"Sementara itu, tinjauan di Jabatan Forensik HPP mendapati ramai ahli keluarga kanak-kanak tersebut sedang menunggu dan mereka enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa yang disifatkan anak yang baik dan manja. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/sirim-berhad-perak-akan-laksanakan-pensijilan-durian-musang-king/ | SIRIM BERHAD PERAK AKAN LAKSANAKAN PENSIJILAN DURIAN MUSANG KING | [
"IPOH: Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad Perak akan melaksanakan pensijilan durian Musang King bagi menjamin kualiti dan menstabilkan harga ‘raja buah’ itu.",
"Pengarahnya Mohd Adzhar Ahmad berkata ketika ini pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sedang membangunkan piawaian standard khusus untuk pensijilan berkenaan yang dijangka dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.",
"“Setiap negara ada keperluan untuk mengimport sesuatu produk, sekiranya durian Musang King sudah ada pensijilan, tidak perlu ada banyak dokumentasi sekali gus dapat mengurangkan kerenah birokrasi.",
"“Selain itu, pensijilan ini juga dapat menyelaraskan harga dari segi gred durian itu jadi tidaklah durian Musang King nanti dijual pada harga tidak munasabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pekebun Durian Negeri Perak di sini hari ini.",
"Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pekebun Durian Perak Nor Hisham Nayan berkata pihaknya sedang merancang beberapa inisiatif untuk membantu pekebun durian di negeri ini meningkatkan kualiti tanaman.",
"Nor Hisham berkata beberapa kursus akan dianjurkan untuk ahli persatuan itu dengan kerjasama pelbagai agensi seperti kursus lanjutan, kursus biodiversiti serta kursus kepada pekebun baharu.",
"“Kita juga akan melantik ahli jawatankuasa (AJK) di setiap daerah bagi memantau keperluan ahli. Saya bersama AJK akan turun padang memberi khidmat nasihat yang disediakan persatuan mengenai penanaman durian,” katanya dengan menambah persatuan itu mempunyai 500 ahli. —AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pru-15-muhyiddin-mohon-maaf-atas-kenyataan-ketua-pemuda-pas-sik/ | PRU-15: MUHYIDDIN MOHON MAAF ATAS KENYATAAN KETUA PEMUDA PAS SIK | [
"BATU PAHAT: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS Sik Mohd Shahiful Mhd Nasir yang menyatakan mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan masuk ke neraka. ",
"Muhyiddin pada masa sama mengingatkan semua calon yang berkempen bagi PRU15 supaya mengelak daripada membuat kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham.",
"“Saya fikir mereka sudah tahu sewajarnya ada penjelasan, saya pun tidak berapa gemar buat kenyataan seperti itu dari sudut agama tetapi yang penting kita elakkanlah daripada memberi kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham.",
"“Nanti akan ada yang tersentuh dan tersinggung… saya mohon maaf bagi mereka, yang penting hasrat dan niat baik dalam ceramah untuk memberikan penerangan agar mereka semua tahu dan memberi sokongan kepada PN,” katanya kepada pemberita selepas Program Santai Anak Muda Johor di sini.",
"Ketika ditanya mengenai Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli akan membuat laporan polis berhubung kenyataan itu dalam masa terdekat bagi mengelakkan mana-mana parti menggunakan agama bagi tujuan politik, Muhyiddin berharap isu tersebut tidak diperbesarkan.",
"Baru-baru ini tular rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan Mohd Shahiful mengeluarkan satu kenyataan, bagaimanapun semalam, beliau menerusi Facebook telah menyatakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan tersebut. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/operasi-premis-makan-ditukar-6-pagi-hingga-10-malam-bermula-esok/ | OPERASI KEDAI MAKAN DITUKAR 6 PAGI HINGGA 10 MALAM BERMULA ESOK | [
"KUALA LUMPUR: Waktu operasi premis kedai makan dan restoran dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan ditukar dari jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa esok, 28 Jun 2021.",
"Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.",
"“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun 2021,” kataya dalam kenyataan hari ini.",
"Dalam kenyataan sama, Ismail Sabri memaklumkan, Fasa 1 PPN dikekalkan sehingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai.",
"Ketiga-tiga indikator nilai ambang tersebut ialah purata kes harian COVID19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di ICU pada paras sederhana serta kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.",
"Dalam Fasa 1 PPN, SOP am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 masih diguna pakai yang mana semua aktiviti sosial dan ekonomi tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor-sektor perlu yang disenaraikan dalam senarai positif yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/suami-siti-nuramira-didenda-rm16000-buat-hantaran-video-jelik-di-laman-sosial/ | SUAMI SITI NURAMIRA DIDENDA RM16,000 BUAT HANTARAN VIDEO JELIK DI LAMAN SOSIAL | [
"PETALING JAYA: Suami pelawak wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika melakukan persembahan di kelab komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video jelik di Instagram dan YouTube, tahun lepas.",
"Hakim Azrul Darus menjatuhi hukuman itu selepas V. Alexander Navin, 39, mengaku bersalah ketika prosiding pengurusan kes tersebut hari ini.",
"Mahkamah mengenakan denda RM8,000 atau penjara empat bulan ke atas tertuduh bagi setiap pertuduhan.",
"Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Instagram menggunakan nama profil Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ serta YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur’ pada 5 dan 16 Jun tahun lepas.",
"Alexander Navin didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.",
"Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran dengan mengambil kira faktor tindakan tertuduh memuat naik video yang telah mencetuskan ketidakselesaan masyarakat awam.",
"“Sebanyak 46 laporan polis diterima mengenai video tersebut di seluruh negara, jadi saya mohon hukuman yang dijatuhkan turut mengambil kira faktor kepentingan awam. Hukuman yang diberikan hendaklah menunjukkan bahawa keadilan telah ditegakkan,” katanya.",
"Peguam R. Sivaraj pula memohon hukuman denda ringan atas alasan anak guamnya telah mengaku bersalah di peringkat awal sebelum perbicaraan kes bermula dan dia juga tidak mampu membayar jumlah yang tinggi kerana tidak lagi bekhidmat sebagai pengajar selam bebas.",
"“Anak guam saya telah memeluk agama Islam pada Julai tahun lepas sebelum berkahwin dengan Siti Nuramira Abdullah pada Disember tahun sama.",
"“Selepas dituduh, dia tidak mempunyai akaun media sosial dan tidak membuat sebarang kontroversi. Kes ini merupakan bahan topik perbualan hangat dan mendapat liputan media sehingga anak guam saya mengalami perubahan gaya hidup yang drastik disebabkan tindakannya,” katanya sambil menambah Alexander Navin sudah insaf kerana tempoh reman 10 hari dan pengalaman ditahan serta disiasat polis menjadi pengajaran buat tertuduh.",
"Pada 17 April lepas, Siti Nuramira didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pilihan dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan menyebut dia seorang muslim yang telah menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu melakukan persembahan di atas pentas.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/tokoh-al-quran-ustaz-nik-azizan-meninggal-dunia/ | TOKOH AL-QURAN USTAZ NIK AZIZAN MENINGGAL DUNIA | [
"KUALA LUMPUR: Tokoh Al-Quran dan guru Tarannum, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar meninggal dunia pagi tadi.",
"Dikhabarkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7.30 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).",
"Berita pemergian Allahyarham dilapor telah dikongsikan oleh keluarga beliau.",
"Allahyarham aktif menyampaikan ilmu Al-Quran menerusi pelbagai saluran dan pernah menjadi pengacara program Jom Tarannum terbitan TV AlHijrah. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kp-kesihatan-bukan-hadir-upacara-freemason/ | KP KESIHATAN BUKAN HADIR UPACARA FREEMASON | [
"KUALA LUMPUR: Dakwaan mengenai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menghadiri upacara pergerakan ‘Freemasons’ disahkan tidak benar selepas Kolej Diraja Pakar Bedah Edinburgh (RCSEd) mengesahkan beliau menerima anugerah ‘Fellowship Ad Hominem’ pada Februari 2018.",
"Kenyataan yang dikeluarkan RCSEd bertarikh semalam, 21 Mei 2021, memaklumkan bahawa anugerah tersebut antara yang tertinggi dikurniakan kepada pengamal perubatan yang masih berkhidmat atau bersara mahu pun mana-mana individu dianggap layak.",
"Dr Noor Hisham turut memuat naik kenyataan RSCEd di laman Facebook beliau serta turut menafikan dakwaan yang berunsur fitnah dan tidak benar bahawa beliau menghadiri upacara ‘Freemasons’.",
"“Penyebaran fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini semakin berleluasa dan sukar ditangani. Kebanyakan aplikasi media sosial diguna bagi menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu berunsur fitnah.",
"“Alhamdulillah pihak RSCEd telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi,” katanya.",
"Sebelum ini tular di media sosial dakwaan beberapa individu tidak bertanggungjawab yang mengaitkan gambar lama Dr Noor Hisham hadir ke majlis anugerah tersebut dengan upacara keagamaan dan ‘Freemason’. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/cuaca-panas-beri-cabaran-guru-taska-rancang-aktiviti/ | CUACA PANAS BERI CABARAN GURU TASKA RANCANG AKTIVITI | [
"GUA MUSANG: Cuaca panas ketika ini secara tidak langsung memberikan cabaran baharu terhadap guru taman asuhan kanak-kanak (Taska) di daerah ini apabila terpaksa mengehadkan aktiviti fizikal luar.",
"Guru taska Nur Farhani Mohd Shukri, 27, berkata dia dan guru lain perlu menjadi lebih kreatif merancang aktiviti untuk mengawal emosi kanak-kanak sekali gus mengelak mereka daripada meragam. ",
"Menurut Nur Farhani, kanak-kanak lebih gemar melakukan aktiviti di luar premis memandangkan kawasan lebih luas dan mereka lebih bebas bergerak.",
"“Cabaran kita lebih, kita perlu cari aktiviti yang lebih kreatif untuk anak hilang kebosanan.”",
"“Kalau cuaca tidak panas, kita boleh pujuk mereka main di taman, ambil udara luar atau tengok haiwan seperti burung. Sekarang ini, sebab panas tinggi sangat kita tak dapat buatlah aktiviti luar,” katanya kepada pemberita di Taska Anakku Khalifah di Bandar Baru di sini.",
"Nurul Syafiqah Zamri, 24, pula berkata dia perlu memberi perhatian yang lebih terutama terhadap bayi dan kanak-kanak bawah usia dua tahun. ",
"“Memang berbeza dan mereka banyak meragam, ada kalanya mereka meminta susu lebih daripada kebiasaan.”",
"“Kita akan menasihati ibu bapa untuk menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan musim sekarang. Kami juga lebih kerap memandikan anak-anak,” katanya. ",
"Sementara itu, pengusaha taska Siti Fatimah Zaharah Ahmad, 38, tidak menafikan cabaran lebih berganda ketika ini berikutan keadaan cuaca yang panas yang membantutkan aktiviti fizikal anak-anak jagaan taska berkenaan. ",
"“Suhu terlalu panas sekarang jadi saya menitikberatkan keselamatan anak-anak. Saya lebih kerap ingatkan cikgu supaya anak-anak minum air kosong secukupnya dan memperbanyak aktiviti di dalam premis sahaja.”",
"“Untuk aktiviti luar, kami hanya hadkan pada waktu pagi,” katanya.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/sprm-siasat-surat-aku-janji-calon-umno/ | SPRM SIASAT SURAT ‘AKU JANJI’ CALON UMNO | [
"KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji calon UMNO untuk menyokong presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri, yang tular.",
"Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata SPRM ada menerima laporan berhubung penularan surat aku janji berkenaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.",
"“Kami buka kertas siasatan berhubung perkara ini kerana ia merupakan satu kesalahan salah guna kuasa, dikatakan ada calon pilihan raya ini dipaksa tandatangan untuk menyokong seseorang menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada Bernama hari ini.",
"Tular aku janji dengan kepala surat UMNO yang memaparkan tandatangan Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan, yang antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan Barisan Nasional yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai perdana menteri.",
"Azam berkata SPRM akan memanggil pihak yang berkaitan bagi membantu siasatan kes terbabit.",
"Beliau berkata antara yang akan dipanggil adalah Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang namanya disebut dalam aku janji itu.",
"Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Shamsul Anuar, yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Azizan Md Zain membuat laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi di sini hari ini berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji itu.",
"Azizan berkata pihak polis diminta menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes berkenaan kerana surat aku janji itu adalah palsu. ",
"Pasukan undang-undang BN Comms pula membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penularan surat aku janji itu secara dalam talian hari ini.",
"Setiausaha BN Comms Dazma Shah Daud berkata sebarang penyebaran maklumat BN hanya akan dikeluarkan melalui platform rasmi BN, BN Comms dan UMNO Online.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/dua-lelaki-mengamuk-di-pusat-tahfiz-ditangkap-positif-dadah/ | DUA LELAKI MENGAMUK DI PUSAT TAHFIZ DITANGKAP, POSITIF DADAH | [
"KUALA LIPIS: Dua lelaki yang bertindak menyerang seorang penjaga dan seorang pelajar di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Kuala Lipis, Pahang yang videonya tular hari ini telah ditahan polis.",
"Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata kedua-dua suspek yang ditahan juga didapati positif dadah.",
"“Kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah.",
"“Lima suspek terlibat dalam kes ini dan polis sedang giat mengesan tiga lagi suspek yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Ujarnya suspek yang ditangkap akan ditahan reman selama empat hari sehingga 15 Ogos 2022.",
"Dalam kejadian pada 11 Ogos 2022, lima suspek bersama seorang pelajar telah pergi ke pusat tahfiz tersebut dengan tiga daripadanya telah menyerang seorang penjaga dan pelajar hingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.",
"Ia dipercayai berpunca akibat tidak berpuas hati dengan penjaga tahfiz berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.",
"Azli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/neelofa-datuk-prof-muhaya-warnai-merdeka-tv-alhijrah/ | NEELOFA & DATUK PROF MUHAYA WARNAI MERDEKA TV ALHIJRAH | [
"Raikan Merdeka dengan semangat perpaduan dan kecintaan pada ibadah dan ilmu.\n",
"Itu rantaian kandungan program menarik di TV AlHijrah.",
"Motivasi Perdana bersama Datuk Profesor Muhaya",
"7.00 Malam : Program Motivasi Perdana memulakan rali kempen Ilmu & Ibadah Hari Merdeka dengan tema Pemikiran Positif. Program ini membawa tips teknik berfikir secara positif dan kesannya kepada kekuatan diri.",
"Motivator Datuk Prof. Muhaya Muhamad akan mendedikasikan fungsi berfikir positif serta kesannya kepada tindakan relatif diri.",
"8.00 Malam : Berita AlHijrah bersiaran dengan isu-isu berkaitan Islam dan Ummah serta laporan khas kemerdekaan",
"Hos Kongsi Berita : Khairul Wasiril Aswad",
"8.30 Malam : Program yang mula melonjak popular demgan laporan kompilasi klip video viral Kongsi Berita bersama hos popular Khairul Wasiril Aswad",
"Antara laporan klip viral menarik Kongsi Berita malam ini adalah berkaitan Hari Kemerdekaan Negara.",
"Hos Labbaikallah : Ust Don Danial Don Biyajid bersama tetamu jemputan",
"9.00 Malam : Program eksklusif dari Tanah Suci Labbaikallah dengan hos popular Ustaz Don Danial Don Biyajid. Labbaikallah malam ini bersama artis popular Neelofa yang berkongsi kisah menarik pengalaman pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci.",
"Promo program kini bersiaran dengan momen airmata Neelofa berkongsi perasaan terharu ketika berada di depan Kaabah.",
"Raikan Hari Merdeka dengan Ilmu & Ibadah. Pastikan pilihan anda adalah TV AlHijrah.",
"#islamisfirstclass"
] |
https://alhijrahnews.com/pm-serah-kepada-peguam-negara-untuk-ambil-tindakan-terhadap-sanusi/ | PM SERAH KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK AMBIL TINDAKAN TERHADAP SANUSI | [
"KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan sesuai berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang milik Kedah. ",
"Perdana Menteri berkata tindakan Muhammad Sanusi itu perlu dihentikan kerana ia jelas melanggar prinsip Perlembagaan yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.",
"“Apakah kerana nak gelojoh kuasa pilihan raya, kita korbankan prinsip Perlembagaan dan timbulkan huru-hara? … dan ini yang menyebabkan timbul permasalahan.",
"“Kita sudah merdeka lebih enam dekad, parti-parti memerintah sama ada UMNO-BN, PAS-PH, sekarang PAS-PN, tidak pernah dibangkitkan (berhubung Kedah dan Pulau Pinang) melainkan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melanggar prinsip Perlembagaan,” kata Anwar pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.",
"Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai tindakan ke atas kenyataan Muhammad Sanusi yang menggesa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan kepada Kedah, yang telah memecah-belahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk negeri Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan dalam negara.",
"Jelas Perdana Menteri, kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam Malaysia yang berasingan daripada Kedah jelas termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan. ",
"Ia memperuntukkan bahawa Negeri-negeri Persekutuan adalah terdiri daripada Negeri-Negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu, dan Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.",
"Beliau berkata Fasal (3) Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan juga telah menjamin kedudukan Perlembagaan Negeri termasuk Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.",
"Justeru Anwar berkata isu itu tidak seharusnya dibangkitkan lebih-lebih lagi Malaysia ketika ini telah mencapai kemerdekaan dan merupakan sebuah negara berdaulat.",
"Bagaimanapun beliau tidak menafikan sejarah bahawa Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah sebahagian daripada Kedah sebelum ini, namun ia kemudiannya berubah apabila Inggeris memperoleh Pulau Pinang dan Seberang Perai seperti mana kedudukan Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak.",
"Sehubungan itu, kata beliau sejarah Kedah dan Pulau Pinang tidak perlu terus dipolemikkan untuk mengelakkan ia melanggar prinsip perlembagaan.",
"Terdahulu, sebelum sesi soal jawab bermula, dewan menjadi kecoh seketika apabila Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Beluran (Bersatu-Beluran) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 23 (1) (c) yang mempertikaikan pemilihan soalan nombor satu yang dikemukakan oleh Guan Eng itu.",
"Bagaimanapun Johari berkata beliau telahpun meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung soalan itu.",
"Dua lagi wakil rakyat pembangkang iaitu Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) turut bangkit dengan membacakan Peraturan Mesyuarat 23 (1) (b) Peraturan Mesyuarat 36 (6) bagi membantah soalan itu, namun Johari tetap tegas dengan pendirian membenarkan soalan itu dikemukakan. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/dua-pemandu-treler-maut-dalam-nahas-tiga-kenderaan/ | DUA PEMANDU TRELER MAUT DALAM NAHAS TIGA KENDERAAN | [
"IPOH: Dua lelaki maut apabila sebuah treler muatan simen dan sebuah treler muatan tembikai, terbabit dalam kemalangan di kilometer 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Gopeng dan Tapah, petang semalam.",
"Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak Sayani Saidon berkata kemalangan yang turut melibatkan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda itu juga, menyebabkan seorang lagi mangsa cedera.",
"“Kemalangan tiga kenderaan itu menyebabkan pemandu treler muatan tembikai, seorang lelaki Melayu tersepit dan maut di tempat kejadian.",
"“Pemandu treler muatan simen juga seorang lelaki Melayu turut disahkan maut,” katanya dalam satu kenyataan.",
"Sayani berkata pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger iaitu seorang wanita, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tapah.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bella-takut-badan-kurus-semasa-jumpa-kali-pertama-di-hkl-saksi/ | BELLA TAKUT, BADAN KURUS SEMASA JUMPA KALI PERTAMA DI HKL – SAKSI | [
"KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa Bella berada di dalam keadaan takut dan tubuh badannya kurus semasa berjumpa remaja perempuan sindrom down itu buat kali pertama di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tahun lepas.",
"Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, berkata semasa beliau melawat remaja itu pada 4 Julai 2021, Bella bukan sahaja dilihat tidak gembira malah berjalan dalam keadaan tunduk tanpa melihat sesiapa selain kedua-dua tangannya turut berbalut.",
"“Saya berjumpa Bella yang dirawat di wad COVID hospital itu dan saya melihat mukanya berparut. Bella juga dilihat tidak senyum serta ketakutan,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik pada perbicaraan kes Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.",
"Menceritakan lebih lanjut, saksi pendakwaan ke-12 itu berkata pada 24 Jun 2021, beliau menerima WhatsApp daripada Siti Bainun yang memaklumkan Bella jatuh dan terkena air panas.",
"“Siti Bainun hantar WhatsApp pada 3.03 petang dan dia ada menghantar beberapa gambar kecederaan pada tangan dan kepala Bella. Siti Bainun kata dia telah pergi ke hospital dan membeli ubat spray kuning.",
"“Dalam WhatsApp itu juga, Siti Bainun turut nyatakan Bella positif COVID-19 tetapi dia tidak membawa Bella untuk buat ujian swab kerana takut dengan keadaan fizikal Bella,” kata saksi itu.",
"Menurut Mohamad Imran, Siti Bainun memberitahunya bahawa Bella terkena air panas dua hari sebelum hari raya.",
"Kepada soalan Fazeedah apakah tindakan yang dilakukan selepas dimaklumkan oleh Siti Bainun bahawa Bella terkena air panas, saksi itu berkata: Saya minta Siti Bainun membawa Bella ke hospital dan dia maklumkan akan membawa remaja itu ke hospital selepas habis kuarantin pada 29 Jun 2021.",
"“Pada 24 Jun 2021, saya berbincang dengan pelindung kanak-kanak lain untuk mereka membawa Bella ke hospital dan saya berbincang dengan Ketua Unit Kanak-Kanak JKM pada keesokannya (25 Jun) dan berusaha untuk mendapatkan ambulans untuk membawa Bella ke hospital. Siti Bainun kemudian maklumkan dia telah ditahan di wad Hospital Sungai Buloh (kerana positif COVID-19).",
"“Saya bertanya kepada Siti Bainun bagaimana keadaan Bella di rumah dan Siti Bainun hanya memaklumkan remaja itu dijaga oleh anak-anak di rumah itu,” kata Mohamad Imran.",
"Saksi itu berkata kali pertama beliau terserempak dengan Bella selepas dijaga Siti Bainun adalah pada 17 Feb 2021 di Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur dan keadaan Bella pada masa itu gembira selain turut memeluk Siti Bainun.",
"Mohamad Imran berkata beliau tidak pernah bersetuju Bella diletakkan di bawah jagaan Siti Bainun kerana tidak mengenali wanita itu secara peribadi dan tidak mengetahui latar belakang pengasas rumah kebajikan itu.",
"Bagaimanapun, Mohamad Imran berkata Mahkamah Majistret Kanak-Kanak membenarkan perintah jagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun bermula 14 Julai sehingga 20 Sept 2020 manakala hak penjagaan tetap bermula 24 Sept 2020. ",
"Terdahulu, saksi berkata Siti Bainun telah menyampaikan hasratnya itu kepada seorang pegawai pelindung kanak-kanak dikenali Siti Sarah untuk menjaga remaja berkenaan dan berdasarkan perbincangan dengan Siti Bainun, kanak-kanak itu ditempatkan di kediaman keluarga Siti Bainun di Ampang.",
"“Bella adalah kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang perlu diawasi pihak lain selain Siti Bainun serta sokongan keluarga penting untuk memastikan keselamatan Bella sentiasa dipelihara.",
"Menurut saksi itu, Bella sebelum ini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban sejak 2011 sehingga 2020 sebelum Siti Bainun menjaga remaja itu.",
"Mohamad Imran berkata Bella juga tidak bersekolah selepas dijaga oleh Siti Bainun.",
"Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.",
"Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.",
"Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam bersambung.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/peningkatan-kenderaan-di-lebuh-raya-karak-lpt1-dijangka-mulai-esok/ | PENINGKATAN KENDERAAN DI LEBUH RAYA KARAK, LPT1 DIJANGKA MULAI ESOK | [
"KUALA LUMPUR: Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) ANIH Berhad menjangkakan peningkatan kenderaan di kedua-dua lebuh raya tersebut mulai esok hingga 8 Mei ini sempena Aidilfitri.",
"Pengurus Besar, Kanan Ketua ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata bagi tempoh itu, peningkatan kepada 207,500 kenderaan harian dijangka di Lebuhraya KLK manakala LPT1 akan mencatatkan sebanyak 100,000 kenderaan sehari.",
"Sejak awal Ramadan, Radzimah berkata Lebuhraya KLK mencatatkan jumlah kenderaan sebanyak 145,231 pada setiap hujung minggu manakala 45,600 kenderaan direkodkan menggunakan LPT1. ",
"“ANIH Berhad telah meningkatkan usaha untuk memastikan lebuh raya tersebut berada dalam keadaan baik dengan melakukan kerja pembaikan jalan raya dan penambahbaikan kemudahan awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah memandangkan aliran trafik ke Pantai Timur menunjukkan peningkatan ketara. ",
"“ANIH Berhad juga sedang giat meningkatkan kemampuan tenaga kerja bagi menyediakan perkhidmatan terbaik demi memastikan kesesakan musim perayaan dapat dikurangkan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. ",
"Antara langkah yang dilakukan ialah menambah bilangan jurutol seiring dengan penambahan lorong di plaza tol daripada 100 kepada 151 lorong, mengedarkan cadangan waktu perjalanan, meningkatkan kekerapan rondaan pasukan LPT Ronda dan mempercepatkan tempoh masa tindak balas di lebuh raya selain sedia mengaktifkan laluan kontra jika berlaku kemalangan.",
"Walaupun pengecualian bayaran tol diberikan pada waktu tertentu seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, ANIH Berhad mengingatkan pengguna agar menyentuh kad Touch n’Go pada alat pengesan di lorong tol bagi tujuan pengesahan keluar masuk lebuh raya dalam tempoh ditetapkan bagi menikmati pengecualian itu. ",
"Bagi cadangan waktu perjalanan, Radzimah berkata untuk tempoh tiga hari bermula 30 April, pemandu yang hendak ke Pahang dicadangkan masuk ke lebuh raya antara 10 pagi dan 2 petang atau 8 malam hingga 11 malam, manakala cadangan bagi pengguna untuk ke Terengganu dan Kelantan adalah pada 6 hingga 10 pagi atau 5 petang hingga 8 malam. ",
"Sementara untuk perjalanan pada 7 dan 8 Mei, mereka dari Pahang dicadang masuk ke lebuh raya pada 6 pagi hingga 10 pagi dan 7 malam hingga 10 malam, Terengganu (8 pagi hingga 11 pagi atau 8 malam hingga 10 malam) dan Kelantan (6 petang hingga 8 malam atau 10 malam hingga 12 tengah malam). ",
"Pengguna lebuh raya juga boleh merujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia atau ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik atau Facebook@Lembaga Lebuhraya Malaysia serta @Lebuhraya Pantai Timur atau menghubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 1-700-818-700 untuk maklumat lanjut. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/penggunaan-kunci-israel-di-bab-al-rahmah-langkah-pertama-perobohan-masjid-al-aqsa/ | TUKAR KUNCI BAB AL-RAHMA TAKTIK KUASAI MASJID AL-AQSA | [
"KUALA LUMPUR – Tindakan rejim Zionis menukar kunci yang digunakan di Bab Al-Rahma, Masjid Al-Aqsa 17 Februari lalu mencetuskan kemarahan rakyat Palestin.",
"Tindakan itu dilihat sebagai usaha memperluaskan lagi penguasaan Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa untuk membina rumah ibadat Yahudi dalam Kompleks Masjid Al-Aqsa.",
"Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr. Sharif Abu Shammalah, usaha menguasai kawasan timur Kompleks Masjid Al-Aqsa merupakan langkah pertama rejim itu merobohkan Masjid Al-Aqsa.",
"“Langkah pertama mereka ialah mengawal pintu ini, sekaligus membolehkan mereka mengawal keseluruhan kawasan timur. Umat Islam di Baitulmaqdis amat mengetahui perkara ini dan ia bukan lagi rahsia.”",
"Beliau menambah “Setiap hari Israel menguar-uarkan tentang pembinaan rumah ibadat Yahudi dalam surat khabar. Mereka akan robohkan Masjid Al-Aqsa untuk membina rumah ibadah mereka”.",
"Menukar kunci di Bab Al-Rahma merupakan langkah awal pelaksanaan proses pembahagian kawasan Masjid Al-Aqsa.",
"Sebelum ini, rejim Zionis telah pun melaksanakan pembahagian masa di Masjid Al-Aqsa antara Umat Islam dan Yahudi."
] |
https://alhijrahnews.com/suami-isteri-maut-dua-parah-kereta-terbabas/ | SUAMI ISTERI MAUT, DUA PARAH KERETA TERBABAS | [
"IPOH: Suami isteri maut, manakala dua lagi termasuk kanak-kanak parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Kota Bharu dekat Gopeng, semalam. ",
"Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 4 petang oleh orang awam.",
"Beliau berkata mangsa yang maut Mohd Ramddan Abd Rahim, 44 dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43.",
"“Dua mangsa yang cedera parah adalah wanita warga emas berusia 63 tahun serta kanak-kanak berusia tujuh tahun, telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. ",
"Menurutnya, kedua-dua mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/35000-guru-kafa-seluruh-negara-turut-dibayar-elaun-penuh-jakim/ | 35,000 GURU KAFA DIBAYAR ELAUN PENUH KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN | [
"KUALA LUMPUR: Selepas nasib guru takmir dibela, kerajaan memutuskan kesemua 35,000 guru KAFA di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19, akan dibayar elaun penuh.",
"Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata agensi itu menyedari kesulitan dihadapi guru KAFA yang tidak dapat melaksanakan tugas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan hingga 31 Mac depan",
"Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersetuju pembayaran elaun penuh RM1,000 kepada guru KAFA diteruskan bagi Mac 2020 walaupun sesi pembelajaran tidak diadakan dalam tempoh itu.",
"“Inisiatif ini selari dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang melancarkan kempen #musaadahcovid19 bagi membantu mereka yang terjejas dengan COVID-19,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook Ketua Pengarah JAKIM hari ini.",
"Semalam, JAKIM mengumumkan 4,000 guru takmir masjid akan tetap dibayar elaun penuh RM800 walaupun tidak mengajar susulan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.",
"Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Rabu lalu dalam usaha drastik mengekang penularan COVID-19 yang setakat ini merekodkan tiga kes maut dan lebih 1,000 kes jangkitan di Malaysia.",
"Pasukan tentera juga akan dikerahkan ke jalanan esok bagi membantu polis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan rakyat. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali"
] |
https://alhijrahnews.com/institusi-pondok-bukan-tempat-lambakan-pelajar-bermasalah/ | INSTITUSI PONDOK BUKAN TEMPAT LAMBAKAN PELAJAR BERMASALAH | [
"PASIR MAS: Kerajaan tidak mahu institusi pengajian pondok dijadikan tempat lambakan anak-anak yang bermasalah, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.",
"Beliau berkata pendekatan ini diambil bagi memastikan supaya pelajar keluaran pondok adalah berkualiti.",
"“Kita telah membangunkan garis panduan contohnya dalam konteks pengambilan pelajar pondok. Jadi dengan adanya garis panduan yang seragam atau sama, mudahlah untuk kita memastikan supaya mereka masuk ke pondok adalah benar-benar untuk belajar,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa dan beramah mesra dengan ulama, guru dan pelajar Pondok Negeri Kelantan di Pondok Lubuk Tapah, di sini hari ini.",
"Mohd Na’im berkata ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dan tidak meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada institusi pondok.",
"“Anak-anak yang bermasalah perlu dididik dengan betul bermula daripada keluarga, jadi kalau ibu bapa dan keluarga memainkan peranan untuk mendidik anak, tidak akan timbul masalah,” katanya.",
"Beliau berkata terdapat 1,332 maahad tahfiz berdaftar di seluruh Malaysia, manakala sebanyak 304 pondok berdaftar di negara ini termasuk 50 di Kelantan.",
"Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya turut menggalakkan agar pondok-pondok di negara ini berdaftar supaya mudah bagi kerajaan memberikan bantuan.",
"“Kerajaan memberi jaminan untuk memberi bantuan yang diperlukan dan kita mahu memastikan supaya (institusi) pondok terus memainkan peranan mempertahankan Islam dan masyarakat di negara ini,” katanya.",
"Katanya bagi pondok-pondok berdaftar, anak-anak mudah diawasi, manakala pondok-pondok yang tidak berdaftar pula, tidak ada satu metodologi kurikulum bagi mendidik anak, sekali gus dibimbangi menjadi pusat menyemai bibit-bibit keganasan.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/6-maut-28-cedera-dalam-kebakaran-bangunan/ | 6 MAUT, 28 CEDERA DALAM KEBAKARAN BANGUNAN | [
"NANJING, CHINA: Enam maut manakala 28 lagi cedera dalam kebakaran bangunan di wilayah Jiangsu, timur China pada Khamis, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.",
"Kebakaran berlaku kira-kira 6.07 pagi di Perbandaran Weitang Daerah Xiangcheng di bandar Suzhou dan api berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.",
"Mangsa yang cedera termasuk dua parah telah dihantar ke hospital.",
"Siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran sedang dijalankan.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/tempoh-dos-kedua-aztrazeneca-dipendekkan-6-minggu/ | TEMPOH DOS KEDUA AZTRAZENECA DIPENDEKKAN 6 MINGGU | [
"KUALA LUMPUR: Pemberian dos kedua vaksin Astrazeneca akan dipendekkan kepada enam minggu berbanding sembilan minggu yang dilaksana ketika ini.",
"Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tempoh baharu itu akan berkuatkuasa 1 Oktober depan.",
"“Ini adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka yang telah mendapat dos pertama Astrazeneca.",
"“Mereka boleh menerima dos kedua selepas 6 minggu,” katanya dalam sidang media hari ini.",
"Sebelum ini sela masa pemberian dos kedua vaksin Astrazeneca adalah 12 minggu sebelum dipendekkan kepada sembilan minggu.",
"Mengulas mengenai pemberian vaksin kepada remaja, Khairy Jamaluddin memaklumkan hanya remaja tidak bersekolah, penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan remaja ‘home schooling’ dibenarkan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).",
"Selain daripada kumpulan itu, pemberian vaksin akan dijalankan secara berjadual di 156 PPV serta di sekolah. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pengawal-keselamatan-cabul-gadis-oku/ | PENGAWAL KESELAMATAN CABUL GADIS OKU | [
"NILAI: Seorang remaja perempuan berstatus orang kurang upaya (OKU) dipercayai dicabul seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri yang terletak di kawasan Nilai, petang semalam.",
"Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata, mangsa berusia 14 tahun itu mendakwa telah dicabul ketika diiringi suspek dari lif ke kediaman yang didiami bersama saudaranya .",
"“Balai Polis Nilai menerima satu aduan daripada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri yang terletak di Nilai pada jam 6.23 petang semalam.",
"“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4 petang, mangsa ketika itu sedang berbual dengan rakan mangsa di hadapan lif, didatangi seorang lelaki iaitu pengawal keselamatan di pangsapuri itu.",
"“Pengawal keselamatan berkenaan menyuruh rakan mangsa pulang ke rumah sebelum lelaki terbabit dikatakan menghantar mangsa pulang ke rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.",
"Mengulas lanjut, semasa mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa bahagian tubuh badan mangsa telah dipegang suspek selain meminta mangsa untuk mencium pipinya.",
"“Mangsa yang ketakutan kemudiannya berlari pulang ke rumah. Mangsa bersama keluarga datang ke Balai Polis Nilai untuk membuat laporan polis,” katanya.",
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan siasatan lanjut masih diteruskan.",
"Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai Inspektor Ahmad Kamil Rusli bagi membantu siasatan.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pengasuh-kasari-dua-kanak-kanak-didakwa-esok/ | PENGASUH KASARI DUA KANAK-KANAK DIDAKWA ESOK | [
"JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh yang dipercayai mengasari dua kanak-kanak di bawah jagaannya di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini, akan dihadapkan ke mahkamah, esok.",
"Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 21 tahun itu, akan didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.",
"“Hasil siasatan mendapati, video rakaman dibuat oleh salah seorang guru taska yang merakam kejadian melalui telefon bimbit miliknya, menunjukkan wanita terbabit disyaki telah mengasari dua kanak-kanak yang berada di bawah jagaannya.",
"“Justeru suspek akan dituduh esok,” katanya menerusi kenyataan hari ini. ",
"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksima RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.",
"Pada Isnin lepas, tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari badan seorang bayi yang sedang menangis.",
"Susulan itu, seorang wanita tempatan direman untuk membantu siasatan kes mengasari bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/covid-19-lebih-25000-doktor-dikerah-ke-hubei/ | COVID-19: LEBIH 25,000 DOKTOR DIKERAH KE HUBEI | [
"BEIJING: Lebih 25,000 doktor dari seluruh negeri di China tiba di wilayah Hubei untuk memberi bantuan dalam perjuangan negara itu memerangi wabak COVID-19, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Negara Wang Hesheng.",
"“Pada masa ini, 217 pasukan perubatan dengan seramai 25,633 doktor telah dihantar ke wilayah Hubei untuk memberikan bantuan perubatan. Jumlah itu tidak termasuk doktor dari angkatan tentera,” kata Wang.",
"Bilangan pasukan perubatan terbesar – 181 pasukan membabitkan 20,374 doktor – dihantar ke bandar Wuhan, yang menjadi pusat epidemik.",
"COVID-19 – pertama kali dikesan di bandar Wuhan, China, yang terletak di wilayah Hubei, pada Disember, sejak itu virus telah merebak ke lebih 25 buah negara.",
"Di tanah besar China, virus itu telah mengakibatkan 1,523 kematian, dengan 66,492 orang dijangkiti. Lebih 1,700 doktor juga dijangkiti, enam daripadanya meninggal dunia.",
"Pada akhir Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global. — BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/kayuh-basikal-ramai-ramai-perlu-kebenaran-polis/ | KAYUH BASIKAL RAMAI-RAMAI PERLU KEBENARAN POLIS | [
"PADANG BESAR: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan penunggang basikal yang gagal melakukan aktiviti itu dalam satu barisan atau berkayuh basikal secara berkelompok di jalan raya.",
"Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad, pihaknya sudah menetapkan bahawa tunggangan yang dibenarkan ketika beriadah dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah secara satu barisan panjang sahaja.",
"“Di Perlis kita sudah kuatkuasakan melalui Jabatan Siasatan Penguatkuasa Trafik (JSPT) iaitu memastikan kalau hendak berbasikal perlu dalam satu barisan dan tidak boleh ada dua atau lebih.",
"“Kalau kita nampak ada aktiviti di mana berhimpun menaiki basikal tindakan akan diambil oleh JSPT,” katanya ketika ditemui media di Felda Mata Ayer, Padang Besar hari ini.",
"Surina turut memaklumkan dengan peningkatan penularan COVID-19 di Kedah, pihaknya turut tidak membenarkan sebarang aktiviti riadah basikal yang merentas ke negeri tersebut.",
"Larangan merentas ke Kedah juga dibuat ke atas aktiviti konvoi bermotosikal. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kilang-ayam-sejuk-beku-perlu-lulus-audit-halal-sebelum-produk-diimport/ | KILANG AYAM SEJUK BEKU PERLU LULUS AUDIT HALAL SEBELUM PRODUK DIIMPORT | [
"KUALA LUMPUR: Setiap rumah sembelihan atau loji pemprosesan ayam di luar negara perlu melepasi pemeriksaan ketat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum produk sejuk beku tersebut dibawa masuk ke pasaran tempatan.",
"Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, (JAKIM) Marzuki Hassan berkata, proses audit berkenaan dijalankan pihaknya berpandukan piawaian dan peraturan halal bagi menjamin status halal produk sejuk beku yang diimport.",
"“Apabila melakukan audit kepatuhan halal ke atas rumah sembelihan atau loji pemprosesan luar negara, JAKIM akan guna standard dan peraturan halal Malaysia seperti MS 1500:2009; Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan Makanan Halal; Panduan Umum dan Protokol Malaysia Untuk Pengeluar Produk Berasaskan Daging dan Ayam sebagai rujukan utama tahap kepatuhan halal yang dilaksanakan oleh rumah sembelihan atau loji pemprosesan tersebut,” katanya.",
"Tambahnya, proses pengauditan ke atas loji pemprosesan luar negara juga melibatkan Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV) di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI).",
"“Apabila JPV menerima permohonan kelulusan (untuk) eksport daripada rumah sembelihan haiwan halal seperti lembu, kerbau, kambing atau ayam dari luar negara, satu jadual pengauditan ke rumah sembelihan atau loji pemprosesan luar negara akan diaturkan oleh JPV,” tambahnya.",
"Menurut Marzuki, aspek penyimpanan dan pengangkutan turut diambil kira dalam menilai kepatuhan halal semasa pengauditan halal dijalankan.",
"Jelasnya lagi, satu laporan pengauditan kepatuhan halal akan dikeluarkan oleh JAKIM bagi setiap loji pemprosesan selepas tamat proses audit tersebut untuk penelitian dan kelulusan akhir oleh JPV.",
"Dalam pada itu, Marzuki menafikan dakwaan bahawa JAKIM mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar ayam sejuk beku di luar negara.",
"Sebaliknya, sijil halal tersebut hanya dikeluarkan bagi syarikat di dalam negara sahaja.",
"“Saya berharap mana-mana pihak tidak timbulkan spekulasi yang boleh menyebabkan kegusaran kepada umat Islam khususnya melibatkan halal haram kerana kerajaan melalui (JPV), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM sentiasa memantau dan memastikan pengurusan produk daging dan ayam beku yang diimport di Malaysia menepati prosedur yang ditetapkan termasuk memastikan ia halal sebelum dibawa masuk ke dalam negara,” katanya.",
"Setakat ini, terdapat 84 badan pensijilan halal dari 46 negara yang diiktiraf (JAKIM) dan bertanggungjawab memantau loji pemprosesan luar negara dari semasa ke semasa.—AlHijrah Online / Abdul Hakim Hasan"
] |
https://alhijrahnews.com/bantuan-awal-persekolah-rm150-diagih-bermula-17-januari/ | BANTUAN AWAL PERSEKOLAH RM150 DIAGIH BERMULA 17 JANUARI | [
"KUALA LUMPUR: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang, akan diagihkan bermula Isnin ini kepada murid yang akan memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima sesi persekolahan tahun 2022/2023 daripada kalangan keluarga isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.",
"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, inisiatif bantuan ini akan memanfaatkan 3 juta penerima BAP.",
"Menurut kenyataan tersebut, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.",
"Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kadar BAP kepada RM150 untuk seorang murid berbanding RM100 sebelum ini.",
"Pemberian BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.",
"“Sekiranya pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.” menurut kenyataan tersebut. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bekas-timbalan-pengerusi-bersih-2-0-didakwa-buat-hantaran-jelik-berkaitan-islam/ | BEKAS TIMBALAN PENGERUSI BERSIH 2.0 DIDAKWA BUAT HANTARAN JELIK BERKAITAN ISLAM | [
"TAIPING: Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan membuat penghantaran jelik berkaitan Islam di laman Facebook, April lalu.",
"Tertuduh, Sarajun Hoda Abdul Hassan didakwa menggunakan perkhidmatan media sosial secara sedar membuat dan memulakan penghantaran jelik berkaitan agama itu dengan niat menyakitkan hati orang lain.",
"Ikuti laporan penuh Berita Alhijrah 3 Ogos 2021.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/undang-undang_syariah_kaitkan_seks_luar_tabii_sebagai_jenayah_tidak_sah_mahkamah_persekutuan/ | UNDANG-UNDANG SYARIAH KAITKAN SEKS LUAR TABII SEBAGAI JENAYAH TIDAK SAH – MAHKAMAH PERSEKUTUAN | [
"PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan peruntukan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.",
"Lapor BERNAMA, panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Seksyen 28 Enakmen Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan dengan perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah kuasa Parlimen.",
"Menurutnya, Seksyen 28 digubal bertentangan dengan item 1 Senarai Negeri yang menetapkan bahawa badan perundangan negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.",
"Dalam keputusan sebulat suara itu, mahkamah membenarkan pengisytiharan yang dimohon seorang lelaki berusia 35 tahun bahawa Seksyen 28 itu tidak sah atas alasan bahawa peruntukan berkenaan berkaitan perkara itu bahawa badan perundangan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang dan oleh itu terbatal dan tidak sah.",
"Seksyen 28 Enakmen itu memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan Syariah bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana gabungan hukuman itu.",
"Hakim-hakim lain yang bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk P Nallini, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.",
"Lelaki itu memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk memulakan prosiding menerusi petisyennya terhadap kerajaan Selangor dan deklarasi bahawa Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah itu tidak sah.",
"Lelaki itu yang identitinya dirahsiakan atas permintaan peguam, didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 2018 atas pertuduhan cuba melakukan seks di luar tabii dengan lelaki lain di sebuah rumah di Selangor.",
"Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Syariah ditangguhkan sementara menanti keputusan hasil usulnya.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/anggota-petugas-sjr-sedih-berpisah-dengan-si-kilat/ | ANGGOTA PETUGAS SJR SEDIH BERPISAH DENGAN ‘SI KILAT’ | [
"ALOR SETAR: Penutupan Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Utara di sini tepat jam 12 tengah malam tadi meninggalkan kenangan pilu buat anggota-anggota petugas SJR selepas terpaksa berpisah dengan seekor kucing yang tinggal bersama lebih setahun lima bulan.",
"Bagi Sarjan Budian Saf Taib, 37, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, saat berpisah dengan kucing jantan yang dipanggil ‘Kilat’ itu sangat memilukan kerana haiwan itu bersama dengannya sejak mula bertugas di SJR itu.",
"Malah kucing itu adalah peneman dan penghibur buat mereka setiap hari.",
"Katanya, sifatnya yang manja dan patuh pada arahan disenangi semua anggota lain.",
"Jelas Budian, walaupun terdapat beberapa ekor lagi kucing lain namun Kilat paling mencuri perhatian.",
"“Kucing itu berada di sini sejak sekatan ini mula dibuka, kami tidak tahu dari mana haiwan itu datang.",
"“Kami berikan makanan kepada Kilat dan haiwan itu terus menjadi peneman kami di sini,” katanya.",
"Namun Kilat terpaksa diserahkan kepada orang lain untuk menjaganya.",
"Menurut Mohd Hadi Hashim, 38, dari Bahagian Elektrik Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, dia tidak menyangka kucing berwarna perang dan berbulu lebat itu menjadi miliknya selepas anggota polis memberikan kepadanya untuk dipelihara.",
"“Saya datang ke sini untuk membantu mereka berkemas dan terus ditawarkan untuk menjadi pemilik baharu kucing tersebut. Saya terus bersetuju,” katanya.",
"Bagi Nor Asnah Saad, 51, anggota RELA yang lebih enam bulan bertugas di situ, berasa sedih saat melihat rakan lain mengemas barang-barang.",
"Katanya, mereka ibarat satu keluarga yang besar dan sifat ambil cakna antara satu sama lain tidak akan dilupakan sampai bila-bila.",
"“Rasa sedih sebab sudah banyak bulan bertugas dengan mereka ini.",
"“Walaupun kami berlainan pasukan, kerjasama yang ditunjukkan sangat baik,” katanya.",
"Turut berkongsi kenangan bersama adalah Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir, di mana beliau sendiri pernah ditahan di SJR itu.",
"Katanya, sebagai ketua, beliau menghormati ketegasan anggotanya serta agensi lain dalam mengawal kenderaan serta individu yang ingin memasuki kawasan bandaraya dalam usaha mengekang penularan COVID-19.",
"“Saya sebagai OCPD, apabila kita dalam keadaan memakai mask, saya sendiri pernah ditahan oleh anggota polis dan mereka tidak dapat mengecam dalam pakaian macam ini.",
"“Ini satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang penugasan SJR di Kota Setar ini apabila kita lalu kawasan tol ini, nanti kita akan rasa satu yang hilang setelah hampir dua tahun kita sentiasa melihat anggota anggota bertugas dalam keadaan hujan dan panas, tetapi pada malam ini semua penugasan ini telah tamat,” katanya.",
"Tiga SJR iaitu di Plaza Tol Alor Setar Utara, Plaza Tol Alor Setar Selatan dan Plaza Tol Hutan Kampung ditutup sepenuhnya tepat jam 12 tengah malam tadi.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/10000-hilang-kerja-akibat-protes-di-lubnan/ | 10,000 HILANG PEKERJAAN AKIBAT PROTES DI LUBNAN | [
"BEIRUT: Gabungan Umum Pekerja Lubnan (CGTL) berkata 10,000 pekerja hilang punca pendapatan, manakala 60,000 kakitangan berdepan potongan gaji 50 peratus ekoran protes dalam negara berterusan, demikian menurut laporan media tempatan.",
"Beberapa ahli perniagaan mengambil kesempatan terhadap krisis itu untuk memecat kakitangan dan membuat lebih keuntungan dengan mengurangkan bajet, kata Naib Presiden CGTL, Hassan Fakih dipetik portal berita Elnashra.",
"Fakih menyeru ahli perniagaan lebih berusaha untuk mengekalkan pekerja bagi mengelakkan krisis sosial yang lebih teruk.",
"Lubnan dibelenggu protes berbulan-bulan di seluruh negara di tengah-tengah kekurangan dolar Amerika Syarikat menyebabkan kerugian besar kepada perniagaan tempatan. — Terjemahan AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/hospital-ampang-berstatus-hospital-rawatan-pesakit-covid-19-sepenuhnya/ | HOSPITAL AMPANG BERSTATUS HOSPITAL RAWATAN PESAKIT COVID-19 SEPENUHNYA | [
"SHAH ALAM: Hospital Ampang kini berkuatkuasa sebagai hospital rawatan pesakit COVID-19 sepenuhnya (Hospital Full COVID-19) yang bermula semalam.",
"Perkara tersebut dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang sebelum ini hospital tersebut berstatus ‘Hybrid COVID-19’.",
"Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, keputusan diambil susulan peningkatan kes positif harian yang tinggi terutama membabitkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di zon wilayah tengah.",
"“Situasi ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital zon wilayah tengah melebihi kadar maksimum sehingga Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.",
"“Kini terdapat dua hospital yang akan beroperasi sebagai Hospital Full COVID-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang,” katanya.",
"Semua rujukan pesakit bukan COVID-19 dari fasiliti lain ke Hospital Ampang perlu dihentikan sementara waktu mulai Rabu bagi memberi ruang kepada Hospital Ampang menerima pesakit COVID-19, ujar Sha’ari.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/remaja-lelaki-mati-lemas/ | REMAJA LELAKI MATI LEMAS | [
"GOMBAK: Seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat lemas semasa mandi di Sungai Lagong, di sini petang tadi.",
"Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Danial Rizal Suardi berusia 15 tahun.",
"“Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.55 petang tadi sebelum mengerahkan anggota dan jentera ke lokasi kejadian.",
"“Mangsa disyaki lemas dan telah dibawa naik oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Bagaimanapun Muhammad Danial Rizal telah disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/maiwp-lancar-ppv-bergerak-sasar-7500-penerima-terutama-asnaf/ | MAIWP LANCAR PPV BERGERAK, SASAR 7,500 PENERIMA TERUTAMA ASNAF | [
"KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan untuk memberi suntikan vaksin kepada 7,500 penerima menerusi pelancaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergeraknya yang bermula hari ini hingga 12 September depan.",
"Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, inisiatif tersebut bertujuan bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan program vaksinasi agar imuniti kelompok segera dicapai.",
"Ujarnya sasaran utama PPV bergerak MAIWP adalah golongan asnaf yang menerima bantuan Baitulmal MAIWP dan warga emas yang masih belum menerima tarikh janji temu vaksin melalui aplikasi MySejahtera.",
"“Insya-Allah setiap hari kita sasarkan 600 orang penerima vaksin. Kita ada empat tempat yang akan kita lawati iaitu Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak, Dewan Serbaguna Air Panas, Dewan Serbaguna Taman Maluri dan Pusat Komuniti Sri Petaling .",
"“Jadi mudah-mudahan bermula hari ini hingga 12 September nanti kita akan dapat capai sasaran 7,500 penerima vaksin dalam kalangan asnaf” katanya selepas melancarkan PPV bergerak MAIWP di Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak siang tadi.",
"Menurutnya lagi inisiatif ini dijalankan secara bersepadu dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.",
"Beliau juga berharap agar usaha ini akan mendapat sambutan yang baik daripada golongan asnaf yang masih belum menerima vaksin sekaligus mempercepatkan lagi proses pemulihan negara ke fasa seterusnya. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jemaah-terkejut-menara-telekomunikasi-tumbang-nyaris-timpa-surau/ | JEMAAH TERKEJUT MENARA TELEKOMUNIKASI TUMBANG NYARIS TIMPA SURAU | [
"IPOH: Jemaah Surau Diri Jumaat Al-Ansar, Bandar Seri Botani di Ipoh yang sedang menunaikan solat Asar petang semalam dikejutkan dengan kejadian menara stesen pemancar telekomunikasi tumbang.",
"Kejadian ribut yang berlaku mengakibatkan menara setinggi 30 meter itu tumbang lalu menghempap kabin yang menjadi tempat tinggal siak yang terletak di belakang surau berkenaan.",
"Menurut Ahli Jawatankuasa surau, Semsudin Abu Beker, 71, berkata ketika kejadian seramai 15 jemaah sedang menunaikan solat Asar di surau tersebut.",
"“Ketika itu rakaat kedua semua jemaah dengar bunyi dentuman kuat. Sebaik sahaja selesai solat, kami bergegas keluar dan lihat menara di belakang surau tumbang.",
"“Kabin yang ada di belakang surau rosak. Mujurlah tiada sesiapa di dalam sebab siak surau tinggal di situ,” katanya.",
"Sementara itu pengerusi surau, Mohd Fadzli Ahmad berkata, kerugian yang dialami susulan kerosakan kabin itu berjumlah kira-kira RM20,000.",
"Jelasnya, kabin tersebut sebelum ini digunakan sebagai surau sementara pada tahun 2012 dan selepas dinaik taraf kepada Surau Diri Jumaat, kabin itu didiami siak yang bertugas di surau berkenaan.",
"Sementara itu, Exco Belia, Sukan Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed yang melawat surau berkenaan memaklumkan kawasan tersebut telah ditutup dan bekalan elektrik turut dipotong bagi langkah keselamatan sementara kerja-kerja pembaikan siap.",
"Katanya, menara telekomunikasi sementara atau Portable Base Transceiver Station (PBTS) juga akan dipasang segera bagi menambah baik perkhidmatan telekomunikasi dan internet yang membabitkan hampir 1,000 pengguna di situ.",
"“Kita telah minta pemilik menara telekomunikasi ini untuk membuat laporan penuh berhubung kejadian itu. Buat sementara waktu, Digital Perak akan memasang menara sementara di surau tersebut bagi memastikan liputan talian telekomunikasi tidak terganggu.",
"“Saya juga telah mengarahkan Digital Perak serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam masa terdekat untuk memantau menara telekomunikasi yang lain di negeri ini bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.",
"Khairul berkata pemilik menara telekomunikasi juga akan berbincang dengan pihak surau bagi melihat bentuk ganti rugi yang boleh disalurkan kesan kejadian tersebut.",
"Kerja-kerja pembersihan dan pemasangan semula menara telekomunikasi yang baharu akan memakan masa kira-kira tiga bulan, katanya.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/doktrin-raja-berperlembagaan-demokrasi-berparlimen-sauh-kerajaan-stabil-sultan-nazrin/ | DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN, DEMOKRASI BERPARLIMEN ‘SAUH’ KERAJAAN STABIL – SULTAN NAZRIN | [
"KUALA LUMPUR: Pemahaman terhadap doktrin raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen berupaya menjadi ‘sauh’ dalam mewujudkan kerajaan yang stabil, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.",
"Baginda bertitah ia juga akan membantu mewujudkan sebuah kerajaan dengan budaya tadbir urus yang telus dan terpuji, seterusnya mendapat keyakinan, penerimaan serta sokongan rakyat.",
"“Doktrin raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen mengandungi semangat luhur yang perlu difahami. Doktrin itu jika difahami semangatnya, dihayati lalu diamalkan akan mewujudkan sistem pemerintahan yang saling mengimbangi dan sistem berkerajaan yang saling melengkapi,” titah baginda.",
"Sultan Nazrin bertitah demikian pada pelancaran buku ‘Kedaulatan Malaysia: Governan Utama Negara’, karya Pensyarah Undang-Undang Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, di sini, hari ini.",
"Titah baginda, buku itu diterbitkan dengan tujuan memberi pencerahan maksud kedaulatan di sisi falsafah undang-undang di samping menghuraikan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja sebagai tonggak kedaulatan Malaysia.",
"Baginda bertitah raja berperlembagaan berupaya dan bersedia memenuhi tanggungjawab dengan memenuhi peranan mekanisme semak dan imbang. ",
"“Dengan hikmah dan kebijaksanaan, Raja-raja Melayu sebenarnya berada dalam kedudukan yang berupaya memenuhi peranan pelengkap untuk membantu mengukuhkan kerajaan yang dibentuk berlandaskan sistem demokrasi berparlimen. ",
"“Demi kesejahteraan rakyat, demi kemakmuran negara, takhta, cabang legislatif, cabang eksekutif dan cabang kehakiman, wajib merangkaikan jalinan kerjasama dalam semangat saling melengkapi di samping memenuhi peranan semak dan imbang, untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang berdaulat, dan sebuah negara Malaysia yang mengamalkan tadbir urus yang terserlah,” titah baginda.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kelantan-benarkan-solat-jumaat-fardhu-kecuali-kubang-kerian-dan-kusial/ | KELANTAN BENARKAN SOLAT JUMAAT, FARDHU KECUALI KUBANG KERIAN DAN KUSIAL | [
"KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat, fardu serta aktiviti di masjid dan surau berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) di Kelantan kecuali di dua mukim iaitu Kubang Kerian di Kota Bharu dan Kusial di Tanah Merah.",
"Yang Dipertuanya Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata dua mukim berkenaan dikecualikan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 20 Disember ini.",
"“Bagi jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang, solat Jumaat, fardu serta aktiviti di masjid, surau dan musolla adalah dibenarkan sebagaimana garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sudah diumumkan oleh pihak kerajaan.",
"“Bagaimanapun semua surau dan musolla yang terletak di kawasan Madrasah Ad-Diniah, Kampung Huma, Pasir Puteh yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berikutan Kluster Huma diarahkan tutup hingga tarikh yang akan diberitahu nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata pada masa sama, arahan penutupan surau dan musolla yang terletak dalam kawasan Kluster Mengketil dan Istana Negeri Kubang Kerian juga masih diteruskan hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu nanti.",
"Tengku Mohamad Rizam berkata perkara tersebut mendapat perkenan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan agar solat Jumaat, fardu dan aktiviti di masjid, surau dan musolla dibenarkan mengikut SOP bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini.",
"MAIK katanya amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan itu.",
"“Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin selain terus berdoa agar segala usaha dan langkah yang diambil akan diperkenankan oleh Allah SWT supaya wabak COVID-19 yang sedang mengancam negeri dan negara pada masa ini segera berakhir dan diangkat oleh-Nya,” katanya.",
"—AlHijrah Online / BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/pertukaran-mb-kelantan-timbalannya-kerana-mahu-semangat-baharu-abdul-hadi/ | PERTUKARAN MB KELANTAN, TIMBALANNYA KERANA MAHU SEMANGAT BAHARU – ABDUL HADI | [
"MARANG: Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya jika PAS diberikan mandat mengekalkan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), dibuat kerana inginkan semangat baharu di negeri itu.",
"Beliau berkata pertukaran dua pemegang jawatan itu telah mendapat persetujuan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.",
"“Menteri besar (Ahmad) mengundurkan diri kerana uzur. Bahkan dahulu dia merayu supaya tidak dilantik (sebagai menteri besar) tetapi kita minta lagi. Memang beliau keuzuran dan kena jalani rawatan, jadi kali ini kita pertimbangkanlah.",
"“Kita juga mahu supaya ada semangat baharu di Kelantan, mahu ada perubahan. Sebab itu timbalan (timbalan menteri besar) juga diubah,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ru Rendang di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini hari ini.",
"Menafikan wujudnya desakan atau isu yang mendorong kepada pertukaran penyandang kedua-dua jawatan itu, Abdul Hadi berkata beliau yakin kedua-dua calon baharu menteri besar dan timbalannya itu nanti akan mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan diterima rakyat.",
"Sementara itu, di KOTA BHARU, Mohd Amar berkata Presiden PAS akan menentukan siapa calon yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan, jika mandat keputusan PRN memihak kepada parti itu.",
"Ditemui pemberita selepas selesai mengundi di SK Panji, beliau berkata kebiasaannya Presiden PAS akan memberikan nama calon kepada Pesuruhjaya PAS Negeri untuk dipersembahkan kepada Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan.",
"Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS dijangka memiliki gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu selepas PRN ini.",
"Takiyuddin berkata gabungan kepimpinan baharu yang akan dikemukakan itu adalah seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/raja-permaisuri-agong-berkenan-berangkat-ke-world-quranhour-2023/ | RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERANGKAT KE WORLD #QURANHOUR 2023 | [
"KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menyertai program World #QuranHour 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).",
"Tunku Azizah tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada 11.45 pagi bagi sama-sama mengikuti program yang membawa tema “Memanusiakan Ummah” melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World.",
"World #QuranHour kali ke-8 ini diadakan secara fizikal setelah tiga tahun ia hanya disiarkan secara dalam talian serta stesen televisyen berikutan pandemik COVID-19.",
"Edisi tahun ini mengangkat Surah Al-Insan iaitu surah ke-76 sebagai surah utama dan ia diadakan serentak di seluruh dunia pada hari ini bersamaan 22 Ramadan 1444 Hijrah bermula 12 tengah hari hingga 1 tengah hari. ",
"Menurut Penganjur Warisan Ummah Ikhlas Foundation, Surah Al-Insan dipilih bagi menanamkan nilai-nilai memanusiawikan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar iaitu orang berkebajikan yang terkandung dalam surah tersebut.",
"Program World #QuranHour itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Syeikh Hasan Abdul Ghani Abu Sittah dan bacaan Surah Al-Baqarah oleh Ustaz Abdul Khair Jalil. ",
"Ia diikuti bacaan Surah Al-Insan secara bergilir oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Ahmad Termizi Ali, Ustaz Amirahman Abas, Muhammad Harith Hakimi Mohd Rostan, Ustaz Husaini Mahmur dan Syeikh Rami As-Sousi dari Palestin. ",
"Sementara itu, sesi tadabbur pula disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidikan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Fazrul Ismail, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Jurulatih Utama Tadabbur Centre Ustaz Syaari Ab Rahman selepas setiap lima ayat daripada surah itu dibacakan. ",
"Raja Permaisuri Agong kemudian bersama-sama hadirin World #QuranHour melafazkan ikrar untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam membentuk kerangka pemikiran dan sistem operasi diri berpandukan 11 karakter Al-Abrar dalam Surah Al-Insan yang diketuai Penceramah Bebas Amin Idris.",
"Tunku Azizah sempat bertemu dan beramah mesra bersama kira-kira 3,000 orang yang hadir termasuk mahasiswa UIAM sebelum berangkat meninggalkan majlis.–AlHijrah Online "
] |
https://alhijrahnews.com/lebih-350-ditahan-di-mesir-bantah-al-sisi/ | LEBIH 350 DITAHAN DI MESIR BANTAH AL-SISI | [
"ISTANBUL: Lebih 350 individu ditahan di Mesir dalam gelombang\nterbaru membantah pemerintahan Presiden Abdel Fattah Al-Sisi.",
"Laporan Anadolu Agency yang memetik Suruhanjaya Hak dan\nKebebasan Mesir (ECRF) berkata, seramai 356 ditahan sejak bantahan bermula Jumaat\nlalu.",
"Aktivis dan peguam hak asasi Mesir, Mahienour El-Masry adalah antara\nmereka yang ditahan selain wartawan dan pelajar.",
"Ratusan penunjuk perasaan membanjiri jalanan di Kaherah dan beberapa bandar lain pada Jumaat lalu bagi membantah pemerintahan Al-Sisi yang merampas tampuk pimpinan Mesir pada 2014 daripada Allahyarham Presiden Mohamed Morsi yang dipilih secara demokratik.",
"Bantahan itu susulan gesaan ahli perniagaan dan pelakon, Mohamed\nAli, yang menuntut Al-Sisi dan tentera melepaskan kuasa kerana tuduhan terbabit\ndalam korupsi. — Terjemahan AlHijrah\nOnline"
] |
https://alhijrahnews.com/video-pemindahan-bagasi-dikatakan-mengandungi-mayat-khashoggi/ | VIDEO: PEMINDAHAN BAGASI DIKATAKAN MENGANDUNGI MAYAT KHASHOGGI | [
"Saluran TV Turki telah menyiarkan video yang menunjukkan beberapa lelaki membawa beg pakaian yang dikatakan mengandungi mayat wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi memasuki kediaman konsul negaranya di Istanbul.",
"Rakaman itu disiarkan A News memaparkan beberapa individu terbabit dikatakan membawa 5 bagasi melalui pintu utama kediaman itu yang terletak berhampiran dengan konsulat di mana Khashoggi dibunuh pada Oktober. ",
"Video itu turut dipaparkan di laman web akhbar Sabah.",
"Akhbar Sabah melaporkan bagasi berkenaan dibawa ke kediaman itu menggunakan bas mini hitam pada 3:09 petang. ",
"Pihak berkuasa Turki berkata laporan itu benar tanpa memberi apa-apa maklumat lanjut lain. ",
"Khashoggi merupakan pengkritik Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan mula menjadi kolumnis di Washington Post selepas berhijrah ke Amerika Syarikat tahun lalu.",
"Pihak berkuasa Arab Saudi menyangkal tuduhan mengaitkan Putera Mohammed yang mengarahkan pembunuhan itu. Kejadian itu mencetus kemarahan antarabangsa dan merosakkan reputasi putera berusia 33 tahun itu.",
"Selepas berkali-kali mengeluarkan kenyataan bertentangan mengenai nasib Khashoggi, Riyadh kemudian menjelaskan dia dibunuh dan mayatnya dikerat ketika rundingan untuk memujuknya pulang ke Arab Saudi gagal.",
"Mayat Khashoggi sehingga kini masih belum dijumpai dan Turki telah berulang kali meminta Arab Saudi untuk memberitahu di mana mayat itu. Bulan lalu, polis Turki menggeledah vila terpencil di kawasan pantai di tenggara Istanbul sebagai sebahagian daripada siasatan.",
"Pejabat pendakwa raya Arab Saudi mengatakan bulan lalu, ia menuntut hukuman mati untuk lima orang. 11 dari 21 suspek telah didakwa dan akan dibicarakan di mahkamah Arab Saudi.",
" Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata minggu lalu, Ankara sedang bekerjasama dengan negara lain untuk membawa siasatan pembunuhan Khashoggi ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu."
] |
https://alhijrahnews.com/malaysia-hasrat-tambah-kuota-haji-tahun-hadapan/ | MALAYSIA HASRAT TAMBAH KUOTA HAJI TAHUN HADAPAN | [
"PUTRAJAYA: Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.",
"Mohd Na’im berkata hasrat itu disampaikan dalam pertemuan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di sini hari ini sempena lawatan kerja Tawfiq selama tiga hari ke Malaysia bermula semalam.",
"“Insya-Allah perkara ini akan terus dibincang lanjut, malah Tuan Yang Terutama (Tawfiq) menyatakan komitmen untuk membuat pertimbangan sewajarnya terhadap hasrat kita ini,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat dan mengadakan pertemuan dengan Tawfiq di pejabatnya di sini.",
"Kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini ialah 31,600.",
"Tawfiq dalam ucapannya berkata kerajaan Arab Saudi amat mengalu-alukan kedatangan jemaah haji dan umrah Malaysia ke Tanah Suci malah memberi jaminan akan sentiasa menambah baik pelbagai kemudahan khusus bagi memastikan keselesaan para jemaah untuk menunaikan ibadah. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pemuda-malaysia-jadi-penterjemah-di-masjidil-haram/ | PEMUDA MALAYSIA JADI PENTERJEMAH DI MASJIDIL HARAM | [
"MAKKAH: Jemaah haji Malaysia yang tidak menguasai bahasa Arab pastinya sukar memahami isi khutbah yang disampaikan khatib ketika menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram di sini.",
"Muhammad Mujahid, 26, dari Johor Bahru, Johor bertugas sebagai penterjemah di Masjidil Haram sejak Okt 2022 dengan menterjemah antaranya khutbah Jumaat, khutbah Hari Arafah, syarahan dan papan-papan tanda di masjid berkenaan.",
"Graduan Universiti Umm Al-Qura, Makkah dalam bidang Syariah itu berkata beliau mencuba nasib memohon bekerja di Masjidil Haram meskipun mengetahui ia agak sukar kerana pihak berwajib menetapkan sekurang-kurangnya pemohon perlu berkelulusan Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang masing-masing.",
"“Saya hanya ada ijazah dan bagi yang mempunyai ijazah ini, kita perlukan nilai tambah sebagai sokongan seperti menghafal al-Quran dan hadis.",
"“Sepatutnya bila dah graduasi, saya bersiap-siap untuk pulang tetapi bila dapat tawaran ini macam durian runtuh untuk sambung duduk di Makkah dan boleh kembangkan apa yang dipelajari di universiti kerana tak seperti bidang lain, bidang agama ini tidak ada latihan industri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.",
"Muhammad Mujahid yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan kira-kira 4,000 hadis berkata antara tugasan mencabar yang dihadapinya ialah menterjemah kuliah atau syarahan Ketua Imam Masjidil Haram Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais.",
"“Sheikh Sudais pandai berpuisi, bersajak dan menggunakan simpulan bahasa. Simpulan bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu contohnya, panjang tangan dalam bahasa Melayu ialah mencuri tetapi dalam bahasa Arab bermaksud orang yang suka bersedekah,” katanya.",
"Muhammad Mujahid berkata beliau juga banyak berbincang dengan rakan penterjemah dari Indonesia bagi mencari perkataan yang tepat untuk mengelak salah terjemahan yang boleh menjejaskan institusi masjid suci umat Islam itu. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jenayah-pecah-rumah-dijangka-meningkat-aidilfitri-tahun-ini/ | JENAYAH PECAH RUMAH DIJANGKA MENINGKAT AIDILFITRI TAHUN INI | [
"KUALA LUMPUR: Kes jenayah pecah rumah dijangka meningkat pada musim Aidilfitri tahun ini susulan peralihan ke fasa endemik.",
"Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negara sejak dua tahun lepas telah menyebabkan penurunan kes jenayah pecah rumah pada musim perayaan.",
"“Pada 2019 sebanyak 28 kes jenayah pecah rumah dicatatkan di daerah Sentul dan jumlah ini turun kepada 19 kes pada 2020. Pada 2021, hanya 14 kes dicatatkan.",
"“Setelah dua tahun orang ramai tidak dapat pulang ke kampung, kita jangka tahun ini banyak rumah yang akan ditinggalkan kosong (ketika musim perayaan) dan ini merupakan satu cabaran bagi pihak polis untuk memastikan setiap rumah tersebut selamat dan tidak dipecah masuk pencuri,” katanya ketika ditemubual Bernama.",
"Beh berkata usaha pihak polis menjalankan operasi secara berkala bagi membanteras jenayah pecah rumah akan bermula dengan Kempen Rumah Selamat.",
"Kempen sempena musim Aidilfitri itu dilancarkan hari ini seluruh negara.",
"Kempen Rumah Selamat ialah pencegahan jenayah melalui rondaan oleh anggota PDRM di kawasan taman-taman perumahan yang didaftarkan sepanjang musim perayaan.",
"Seramai 106 pegawai polis akan terlibat dalam kempen ini bagi daerah Sentul dan antara tempat yang disasarkan ialah Jinjang, Kepong dan Sentul.",
"“Hebahan telah pun dibuat kepada komuniti setempat bagi menggalakkan orang ramai mengisi borang balik ke kampung. Polis akan meronda sekurang-kurangnya sekali sehari bagi setiap rumah yang didaftarkan.",
"“Borang tersebut boleh diperolehi secara fizikal di Kawasan Rukun Tetangga terdekat atau melalui atas talian menerusi Facebook dan WhatsApp,” katanya.",
"Beh turut berpesan kepada orang ramai yang hendak pulang ke kampung supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti memastikan rumah dikunci dengan baik, memasang lampu di sekeliling rumah serta memasang kamera litar tertutup jika berkemampuan.",
"“Yang atas jalan raya juga diingatkan supaya berhati-hati, jangan pandu laju lebih-lebih lagi ketika hari hujan. Ingat, walaupun kita dibenarkan beraya di kampung, jaga SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung COVID-19,” katanya.",
"Sementara itu, seorang penduduk Taman Ehsan Kepong, Ahmad Nabil Ismail, 27, berkata beliau dan keluarga telah pun mengisi borang Kempen Keluarga Selamat sebagai antara persiapan pulang ke kampung pada Mei ini.",
"Ahmad Nabil berkata maklumat tentang kempen tersebut diketahui daripada kumpulan WhatsApp komuniti setempat di kawasan rumahnya.",
"“Kes jenayah pecah rumah beberapa kali pernah terjadi di kawasan rumah saya. Sebab itulah saya mengisi borang ini sebagai langkah berjaga-jaga sebelum pulang ke kampung untuk jangka masa yang lama,” katanya ketika dihubungi Bernama. ",
"Manakala seorang penduduk Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul, Nur Aqilah Aina Aizhar, 26, berkata beliau tidak pernah mendengar tentang kempen ini dan berharap lebih banyak pendedahan dilakukan. ",
"“Ini kali pertama saya mendengar tentang kempen ini. Lagi pun kebiasaannya jiran tetangga di sini saling bantu-membantu tengokkan rumah, jadi tidak berapa risau sangat apabila pulang ke kampung,” katanya yang dihubungi Bernama.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/konflik-di-yaman-catat-lebih-10000-kanak-kanak-maut-cedera/ | KONFLIK DI YAMAN CATAT LEBIH 10,000 KANAK-KANAK MAUT, CEDERA | [
"ADEN (Yaman): Seramai 10,200 kanak-kanak Yaman terbunuh atau cedera sejak konflik memuncak di negara tersebut, sejak tujuh tahun lepas.",
"Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyatakan terdapat kemungkinan jumlah sebenar jauh lebih tinggi.",
"“Susulan konflik memuncak pada 2021, keganasan terus meningkat tahun ini dan seperti biasa kanak-kanak adalah yang paling menderita,” lapor Xinhua memetik kenyataan Wakil UNICEF ke Yaman, Philippe Duamelle.",
"Menurutnya, dalam tempoh dua bulan pertama bagi tahun 2022 seramai 47 kanak-kanak terbunuh atau cedera sehingga menyebabkan mereka mengalami kecacatan.",
"“Keganasan, kesengsaraan dan kesedihan sudah menjadi perkara biasa di Yaman. Sudah tiba masanya penyelesaian politik berkekalan perlu segera dilaksanakan,” katanya.",
"Yaman dicengkam perang saudara sejak Houthi menguasai sebahagian besar negara dan merampas semua wilayah utara, termasuk bandaraya Sanaa pada 2014.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pencari-madu-lebah-maut-jatuh-pokok-setinggi-30-meter/ | PENCARI MADU LEBAH MAUT JATUH POKOK SETINGGI 30 METER | [
"GUA MUSANG: Seorang pencari madu lebah maut selepas terjatuh dari pokok tualang setinggi kira-kira 30 meter ketika hendak mengambil madu lebah dalam hutan Kampung Meranto, di sini, semalam.",
"Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Abdullah Che Nah, 35, dikatakan pergi mencari madu lebah bersama dua rakannya pada 12.18 tengah malam tadi.",
"“Siasatan awal mendapati mangsa telah memanjat pokok tualang itu, lalu terjatuh di atas akar banir pokok tersebut dan tidak sedarkan diri.",
"“Dua rakannya kemudian pergi ke Balai Polis Bertam untuk membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/perlumbaan-battle-of-the-king-2022-dihentikan-serta-merta/ | PERLUMBAAN BATTLE OF THE KING 2022 DIHENTIKAN SERTA-MERTA | [
"KUALA NERUS: Perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak dekat sini dihentikan serta-merta, selepas seorang pesertanya maut ketika perlumbaan.",
"Kejadian itu dimaklumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya.",
"Menurut penganjur, siri perlumbaan yang sepatutnya berakhir esok ditamatkan serta-merta hari ini dan akan ditangguhkan ke suatu tarikh lain, bagi menghormati mangsa dan keluarga.",
"“MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga. ",
"“Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program dan pasukan drag, mengambil keputusan untuk menangguhkan acara BOTK 2022 ini ke suatu tarikh lain yang akan ditentukan kelak,” menurut kenyataan itu.",
"Menurut sumber seorang pelumba drag Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 pada 11.35 pagi tadi.",
"Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya, hilang kawalan lalu terbabas melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.",
"Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian tersebut. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kuota-jemaah-haji-malaysia-tunggu-keputusan-rasmi-arab-saudi/ | KUOTA JEMAAH HAJI, MALAYSIA TUNGGU KEPUTUSAN RASMI ARAB SAUDI | [
"KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung status ibadah haji termasuk kuota dan kriteria pemilihan jemaah belum diputuskan secara rasmi daripada kerajaan Arab Saudi.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini belum dipanggil untuk menghadiri sebarang mesyuarat berhubung perkara tersebut.",
"“Menteri Haji Arab Saudi belum lagi panggil semua negara untuk kita bincang dan kita akan maklumkan setelah kita dapat keputusan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya hari ini.",
"Dalam perkembangan yang sama, TH akan kekal menggunakan sistem penggiliran dengan memberi keutamaan kepada jemaah haji tahun 2020 dan 2021.",
"Malaysia tidak menghantar rombongan jemaah haji untuk dua musim sejak 2020 susulan penularan jangkitan COVID-19.",
"Pada musim haji 2021, Arab Saudi memutuskan untuk membuka semula ibadah haji dengan mengehadkan kepada rakyat negara itu, termasuk rakyat negara lain yang menetap di Arab Saudi.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bayi-10-bulan-meninggal-dunia-selepas-tidak-sedarkan-diri-di-rumah-pengasuh/ | BAYI 10 BULAN MENINGGAL DUNIA SELEPAS TIDAK SEDARKAN DIRI DI RUMAH PENGASUH | [
"SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan telah didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Seksyen 17, di sini, pada 19 Ogos lepas.",
" Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim menerusi kenyataan berkata Nur Awliya Delisha Mohd Khairul disahkan meninggal dunia pada 22 Ogos selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Shah Alam. ",
"Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 33 tahun pada 8 malam 19 Ogos.",
"“Berdasarkan siasatan, pengadu dan isterinya telah ke rumah pengasuh sekitar 4 petang hari yang sama setelah dimaklumkan anaknya tidak sedarkan diri. ",
"“Mereka telah melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Seksyen 19 dan mendapati ada kesan lebam di dahi serta disyaki ada pendarahan di otak,” katanya dan menambah mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam.",
"Insiden berkenaan tular di Facebook susulan hantaran seorang lelaki dipercayai bapa kepada bayi itu memaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya yang meninggal dunia selepas dihantar ke rumah pengasuh.",
"Mohd Iqbal berkata siasatan turut dijalankan terhadap pengasuh tersebut dan pihaknya mendapati wanita berusia 36 tahun itu sedang mengandung lima bulan.",
"Katanya, wanita itu menjaga lapan orang bayi dan kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 4 tahun termasuk anak pengadu di kediamannya secara bersendirian. ",
"“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.",
"Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Roshaza di talian 011-39865668.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/lanjutan-pkpb-di-selangor-dan-wilayah-persekutuan-bergantung-penilaian-kkm/ | LANJUTAN PKPB DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN BERGANTUNG PENILAIAN KKM | [
"KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dibuat selepas penilaian dan analisa ancaman penularan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).",
"Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman lanjutan akan dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum PKPB di lokasi terlibat tamat.",
"“Kita akan bincang perkara ini. Saya percaya Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian dan analisis situasi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini.",
"“Insya-Allah lepas penilaian dibuat KKM akan nasihat kepada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara untuk buat keputusan. Jadi tunggu daripada KKM. Saya percaya paling lewat sehari sebelum tamat tempoh kita akan umum disambung atau ditamatkan,” katanya.",
"PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya yang bermula 14 Oktober akan berakhir 27 Oktober ini.",
"Manakala PKPB di Labuan yang bermula 17 Oktober akan tamat pada 30 Oktober depan. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pm-setuju-tangguh-mansuh-elaun-kritikal/ | PM SETUJU TANGGUH MANSUH ELAUN KRITIKAL | [
"SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk menangguhkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada penjawat awam.",
"Perkara itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui Twitter rasminya hari ini.",
"Menurutnya, perbincangan telah dibuat dan Dr Mahathir bersetuju dengan perkara tersebut.",
"“Saya baru berbincang dengan Dr Mahathir dalam isu elaun kritikal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Alhamdulillah, beliau telah bersetuju menangguhkan pekeliling JPA yang baru, berkenaan elaun kritikal.",
"“Kabinet akan bersama membincangkan isu ini pada mesyuarat Kabinet pertama pada Januari akan datang,” katanya.",
"Syed Saddiq berkata, beliau akan terus memastikan suara anak muda didengar dan diberi perhatian.",
"“Suara anak muda adalah suara keramat. Mereka merupakan pewaris negara bangsa kita bersama. Saya akan pastikan suara doktor, jururawat muda dalam sektor kerajaan tidak akan diabaikan dan tidak akan dianaktirikan. Insya-ALLAH, kita akan usahakan yang terbaik,” katanya.",
"Syed Saddiq sebelum ini menjadi antara terawal memberi reaksi balas membantah perlaksanaan pemansuhan BIPK dan sanggup memulangkan elaun percutian serta memotong 10 peratus gaji yang diterima sebagai menteri.",
"Beliau juga menegaskan, kerajaan sepatutnya membuat pemotongan elaun menteri bukannya penjawat awam. — SINAR HARIAN"
] |
https://alhijrahnews.com/kemalangan-segamat-norahimah-sempat-bergurau-gambar-terakhir-ketika-majlis-perkahwinan-adik/ | KEMALANGAN SEGAMAT: NORAHIMAH SEMPAT BERGURAU ‘GAMBAR TERAKHIR’ KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN ADIK | [
"SEGAMAT: Norahimah Noor Muhammad, yang maut bersama suami dan empat anaknya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, di sini, semalam, pernah bergurau mengenai merakamkan gambar terakhir ketika majlis perkahwinan adik bongsunya di Muar, Ahad lepas.",
"Kakak mangsa, Noorhayati Noor Muhammad, 51, berkata kali terakhir dia bertemu adiknya di rumah ibunya di Parit Jawa, Muar adalah semasa majlis perkahwinan tersebut, apabila mangsa bergurau dan mengatakan gambar yang diambil adalah yang terakhir baginya.",
"“Rupanya-rupanya dia sekeluarga pergi buat selama-lamanya semalam. Sebelum dia meninggalkan kami, tiada perkara yang pelik-pelik dilakukannya, arwah merupakan seorang yang sentiasa ceria, namun seorang yang tegas.",
"“Kami difahamkan kemalangan ini berlaku apabila adik ipar saya juga suami arwah, Amir Ruddin Ismail, bersama Norahimah serta anaknya dalam perjalanan dari Ladang Tereh Utara, Kluang, untuk menghantarnya pulang ke rumah di Felda Kemedak, Segamat,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Segamat, di sini, hari ini.",
"Amir Ruddin, 46, merupakan imam di sebuah masjid di Kluang manakala Norahimah bekerja sebagai guru agama di sebuah sekolah agama di Felda Kemedak, Segamat.",
"Noorhayati berkata sebelum ini dia hanya melihat dan mendengar berita kemalangan jalan raya yang membabitkan kematian ahli keluarga yang ramai di televisyen dan surat khabar.",
"Katanya, dia sekeluarga tergamam apabila menerima berita kemalangan maut yang melibatkan adiknya itu bersama suami dan anak-anak mereka daripada WhatsApp.",
"“Saya sememangnya masih terkejut. Inilah kali pertama ahli keluarga kami meninggal akibat kemalangan, kami empat beradik, dia (arwah) anak ketiga manakala saya anak kedua dan hubungan kami agak rapat selama ini.",
"“Walaupun dia pergi dengan cara yang agak menyayat hati apabila terlibat dalam kemalangan, namun kami sekeluarga menerimanya dengan reda,” katanya lagi.",
"Norahimah bersama Amir Ruddin dan tiga anak mereka — Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; dan Rufaidatul Asyariyah, 10, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.",
"Sementara itu, seorang anak mereka, Abdullah, 15, masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala seorang lagi, Abdul Rahman, 19, sedang bekerja di sebuah ladang di Kluang, ketika kejadian.",
"Semalam, dilaporkan Perodua Alza yang dinaiki imam, guru agama dan anak-anak mereka terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori mengangkut pasir dan tiga kereta lain. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/kelantan-laksana-projek-penggantian-paip-atasi-isu-bekalan-air/ | KELANTAN LAKSANA PROJEK PENGGANTIAN PAIP ATASI ISU BEKALAN AIR | [
"TANAH MERAH: Kelantan akan melaksanakan projek penggantian paip lama iaitu paip simen asbestos (AC) kepada paip baharu di bawah Pakej 1, dianggarkan sepanjang 103.01 kilometer dengan kos RM61.5 juta.",
"Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd Nor berkata penggantian itu bertujuan mengatasi isu bekalan air di negeri itu dengan kawasan terlibat adalah Kota Bharu Timur, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai. ",
"Beliau berkata proses pelantikan kontraktor dilaksanakan oleh pihak Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan projek berkenaan dijangka siap pada Mac 2024.",
"“Saya berharap pelaksanaan projek ini dapat mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) dan seterusnya mengurangkan kebocoran paip di kawasan terlibat,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Penggantian Paip Lama seluruh Negeri Kelantan Pakej 1 di Surau Taman Indah di sini hari ini.",
"Azami berkata projek itu dilaksanakan berikutan kebanyakan paip di Kelantan merupakan paip AC yang telah berusia dan merupakan satu daripada faktor menyebabkan NRW.",
"“Kajian telah dibuat oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi penukaran paip lama secara berperingkat dan penukaran ini akan melibatkan dua pakej dengan Pakej 2 di Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan.",
"“Kerajaan Kelantan mengambil berat isu bekalan air dan sentiasa berusaha meningkatkan kapasiti bekalan air di seluruh negeri,” katanya.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/hanya-40-peratus-syarikat-dimiliki-usahawan-melayu-bumiputera/ | Hanya 40 peratus syarikat dimiliki usahawan Melayu, Bumiputera | [
"KUALA LUMPUR, 8 Julai – Sebanyak\n40 peratus daripada hampir satu juta syarikat yang didaftarkan Suruhanjaya\nSyarikat Malaysia (SSM) dimiliki oleh usahawan Melayu dan Bumiputera, Dewan\nRakyat diberitahu, hari ini.",
"Timbalan Menteri Pembangunan\nUsahawan, Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, jumlah itu menunjukkan\npenglibatan orang Melayu dan Bumiputera masih kurang dalam bidang keusahawanan.",
"Beliau berkata, keadaan itu wujud\nantara lain disebabkan sikap terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan untuk\nmenjadi usahawan.",
"“Kejayaan usahawan\nsebenarnya bergantung kepada daya usaha, kemahiran dan inisiatif mereka sendiri\nuntuk merebut peluang dan ruang meskipun terdapat banyak bentuk sokongan\ndaripada kerajaan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan\n(BN-Pontian) yang ingin tahu sebab orang Melayu dan Bumiputera kurang menjadi\nusahawan dan langkah meramaikan golongan itu pada sesi soal jawab lisan\npersidangan Dewan Rakyat hari ini.",
"Mohd Hatta berkata, kurang\nlatihan dan kemahiran, kurang dorongan dan minat untuk meneroka peluang baharu\nselain masalah capaian kepada sumber kewangan turut menyumbang kepada kurangnya\npenglibatan orang Melayu dan Bumiputera dalam keusahawanan.",
"Sinar Harian yang memetik laporan\nBernama menyebutkan pelbagai langkah dilaksanakan kerajaan bagi melahirkan\nlebih ramai usahawan orang Melayu dan Bumiputera seperti membudayakan\nkeusahawanan melalui program ‘outreach’, bimbingan dan latihan serta\nmempromosi keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.",
"Selain itu, khidmat nasihat dan\nakses kepada bantuan pembiayaan turut disediakan melalui agensi seperti Tekun\nNasional dan SME Bank di samping menggalakkan program pembangunan dan\npengukuhan koperasi. "
] |
https://alhijrahnews.com/bayaran-str-akan-dibayar-sebelum-raya-haji/ | BAYARAN STR AKAN DIBAYAR SEBELUM RAYA HAJI | [
"KUALA LUMPUR: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan dibayar kepada penerima golongan B40 sebelum sambutan Hari Raya Haji. ",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.",
"“Selain itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM 200 dalam kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.",
"Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN- Parit Sulong) yang ingin tahu pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan dan tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan serta kebocoran wang awam selain sama ada kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.",
"Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sejumlah RM158 bilion atau 41 peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2023 telah dibelanjakan sehingga Mei lepas dan menyifatkan ia sebagai kapasiti terbaik suku tahun pertama jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.",
"Beliau memperincikan RM158 bilion tersebut meliputi RM3 bilion bagi bayaran fasa pertama dan kedua STR yang memanfaatkan 8.7 juta penerima; Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih 1 juta pesara dan RM3 bilion bagi subsidi bil elektrik.",
"“RM11 bilion bagi subsidi produk petroleum dan RM800 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan,” kata beliau.",
"Anwar berkata langkah lain yang dilakukan kerajaan adalah pengecualian duti setem 100 peratus yang diberi bagi pembelian rumah berharga tidak lebih RM500,000 dan pengecualian duti setem 75 peratus bagi pembelian rumah berharga antara RM500,000 sehingga RM1 juta.",
"Perdana Menteri berkata kerajaan juga bersetuju agar duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dikecualikan sepenuhnya terhad kepada RM1 juta pertama nilai harta tanah.",
"Pada masa sama, beliau berkata dalam usaha mengekang ketirisan daripada terus berlaku, antara tindakan yang diambil kerajaan termasuk memastikan perolehan kerajaan dibuat secara telus dan terbuka.",
"Katanya kerajaan juga melaksanakan pemberian subsidi lebih bersasar yang berbeza dengan sebelum ini, apabila golongan kaya turut menikmati pelbagai subsidi termasuk subsidi bil elektrik.",
"“Kerajaan juga mula menamatkan unsur monopoli sepertimana dwirangkaian 5G dan juga import makanan yang akan menyebabkan harga lebih rendah daripada beberapa tahun dahulu,” katanya.",
"Selain itu, Anwar berkata perbahasan Laporan Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di Parlimen adalah antara langkah kerajaan untuk mengekang ketirisan."
] |
https://alhijrahnews.com/sistem-kuota-melayu-bumiputera-dalam-pendidikan-dikekalkan-anwar/ | SISTEM KUOTA MELAYU, BUMIPUTERA DALAM PENDIDIKAN DIKEKALKAN – ANWAR | [
"SINTOK: Sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika sistem itu tidak dikekalkan ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan atau ‘tempang’ jumlah pelajar Melayu di IPT termasuk dalam jurusan tertentu.",
"“Beberapa prinsip dalam Perlembagaan negara tentang jaminan, peluang supaya anak-anak Melayu dan Bumiputera itu diberikan tempat yang mampu bersaing, ini kita kekalkan,” katanya semasa menjawab soalan seorang pelajar semasa program Temu Anwar Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.",
"“Kalau tidak… kita akan lihat kesenjangan berlaku, seperti yang berlaku di Universiti Malaya pada tahun 1970-an, 1960-an. Fakulti Kejuruteraan – anak Melayu zero, kalau masuk koyak, fakulti perubatan 12 peratus.",
"“Jadi ada usaha oleh Allahyarham Ungku Aziz (Profesor Diraja) dan kementerian berkaitan pada masa itu untuk membantu anak-anak Melayu supaya boleh bersaing,” katanya semasa bagi menjawab soalan seorang pelajar berkenaan sistem kuota dan meritokrasi dalam sistem pendidikan negara ketika ini.",
"Perdana Menteri berkata walaupun sistem itu dikekalkan, ia tidak bermakna sistem meritokrasi dimatikan, dan jika ada pelajar dari kalangan anak-anak bukan Melayu dan Bumiputera yang cemerlang, kerajaan perlu mencari kaedah untuk memberikan mereka peluang dan tidak disisihkan.",
"“Program kuota ini saya setuju kekalkan, tetapi kita kena cari jalur lain untuk memberi ruang kepada anak-anak bukan Melayu, bukan Bumiputera yang pintar, yang keputusannya baik supaya jangan nampak tersisih,” katanya.",
"Anwar menegaskan sekiranya kerajaan mengambil tindakan mengetepikan dasar kuota itu, ia akan menimbulkan ketegangan dan akan dijadikan sebagai isu dalam politik oleh pihak tertentu.",
"Menurut Perdana Menteri lagi, beliau telah menyampaikan arahan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek agar sistem itu dikekalkan, dan dalam masa sama membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik agar mereka dibantu untuk melanjutkan pengajian.",
"Sementara itu Anwar berkata Malaysia merupakan antara negara yang terbaik layanannya kepada kumpulan minoriti, walaupun mengakui ada perkara-perkara yang boleh diperbaiki dalam soal itu.",
"“Ada negara lain yang minoriti umat Islam langsung tidak mendapat tempat, tapi jangan itu kita jadikan sebagai contoh, kalau itu dijadikan contoh kita pun lembab macam dia, lemah macam dia, zalim macam dia,” katanya. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pesawat-dipercayai-terhempas-di-elmina/ | PESAWAT DIPERCAYAI TERHEMPAS DI ELMINA | [
"[DIKEMASKINI] SUNGAI BULOH: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Elmina, di sini hari ini.",
"Beberapa video dan gambar kejadian sedang tular di media sosial.",
"Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut berlaku.",
"Beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) juga turut dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.—AlHijrah Online",
"MENYUSUL LANJUT"
] |
https://alhijrahnews.com/guru-hidap-kanser-tekad-tamatkan-phd-demi-pelajar/ | GURU HIDAP KANSER TEKAD TAMATKAN PhD DEMI PELAJAR | [
"SERDANG: Demi menjadi inspirasi kepada pelajarnya, seorang guru dari Beaufort, Sabah tekad menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) walaupun sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat.",
"Dr Syahrin Awang Besar, 50, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort berkata beliau hampir berputus asa dan hilang semangat apabila disahkan menghidap penyakit itu Januari lepas.",
"Katanya, saat tersebut beliau umpama dijatuhkan hukuman mati sehingga beliau melupakan seketika pengajiannya dalam bidang bahasa Melayu itu yang sudahpun pada peringkat akhir.",
"“Ketika itu, saya sudah selesai pembentangan viva dan tesis saya memerlukan sedikit pembetulan, namun saat menerima perkhabaran saya disahkan sebagai pesakit kanser, semuanya seolah-olah terhenti dan ketika itu saya langsung tidak menyentuh tesis saya.",
"“Namun apabila mengenangkan pelajar saya, saya tahu saya kena jadi suri teladan kepada mereka bahawa walau apa jua keadaan kita, kesihatan mahupun ekonomi, pelajaran perlu diutamakan,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) di sini, hari ini.",
"Syahrin, yang telah 28 tahun berkhidmat di sekolah itu, berharap usaha tersebut menjadi motivasi kepada para pelajarnya yang ada dalam kalangan mereka terpaksa memonteng sekolah kerana mencari pendapatan sampingan untuk keluarga dengan kerja seperti mengait kelapa sawit atau menjadi nelayan.",
"Terdahulu, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pro-Canselor UPM berkenan mengurniakan PhD, ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma kepada 834 graduan pada istiadat itu.",
"Sementara itu, bagi pekerja swasta Mohd Nazim Abdul Karim, 43, beliau terdorong untuk menyambung pengajian dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan selepas melihat isterinya, Masuri Mokhtar, 40, ditawarkan kursus yang sama setelah berjaya mendapat Hadiah Latihan Persekutuan.",
"Bapa kepada empat anak berusia lingkungan dua hingga 17 tahun itu berkata beliau dan isterinya yang juga Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, saling membantu menyiapkan tugasan akademik dan menguruskan keluarga. ",
"Katanya, meskipun dalam kelas yang sama, mereka tetap bersaing secara sihat untuk menjadi pelajar terbaik. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/konsert-artis-luar-negara-nabil-anggap-allah-hindarkan-keluarga-daripada-perkara-lagha/ | KONSERT ARTIS LUAR NEGARA: NABIL ANGGAP ALLAH HINDARKAN KELUARGA DARIPADA PERKARA LAGHA | [
"KUALA LUMPUR: Pelawak Nabil Ahmad menganggap ketidakhadirannya ke satu konsert artis luar negara yang berlangsung semalam adalah peringatan Allah SWT bagi menghindarkan diri daripada perkara-perkara lagha atau melalaikan.",
"Menurutnya, beliau mengalami kerugian kira-kira lebih RM2,500 selepas membeli tiket konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun merasakan ada hikmah daripada perkara yang berlaku.",
"“Tidak dinafikan banyak komen yang saya terima menyatakan Allah lindungi sekeluarga dan itu juga peringatan untuk saya.",
"“Bila mereka kata begitu, saya pun rasa benda yang sama. Memang Allah nak mengelakkan kita daripada bersama dengan benda-benda macam itu,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.",
"Terdahulu tular video memaparkan Nabil terduduk selepas mengetahui bahawa dia sekeluarga terlepas untuk menyaksikan konsert artis luar negara yang berlangsung semalam.",
"Nabil menyangka bahawa konsert tersebut berlangsung selama dua hari iaitu Khamis dan Jumaat.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jakim-laksana-polisi-30-peratus-tulisan-jawi-dalam-penerbitan/ | JAKIM LAKSANA POLISI 30 PERATUS TULISAN JAWI DALAM PENERBITAN | [
"KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar berkata jabatan itu juga mempunyai pegawai yang dilantik sebagai Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu penggunaan tulisan Jawi yang tepat bagi urusan rasmi. ",
"Menjawab celahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) sama ada kerajaan akan meneliti semula ejaan Jawi kini berbanding edisi Za’ba agar ia bersesuaian dengan maksud asal, Mohd Nai’im berkata JAKIM akan menyemak semula perkara itu. ",
"“… dan kita mengharapkan daripada semakan itu, kita akan memperbaiki dan melihat kepada Jawi yang boleh diterima supaya makna sebenar tidak akan lari,” katanya. ",
"Beliau juga berkata sebanyak 30 institusi tahfiz melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini.",
"Katanya program itu boleh diperluas kepada Sekolah Agama Rakyat lain dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, kolej komuniti GiatMARA dan beberapa agensi berkaitan.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/sultan-selangor-dukacita-pegawai-kerajaan-selangor-terlibat-rasuah/ | SULTAN SELANGOR DUKACITA PEGAWAI KERAJAAN SELANGOR TERLIBAT RASUAH | [
"KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita selepas mengetahui beberapa pegawai kerajaan di Selangor yang terlibat dalam kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan di negeri tersebut.",
"Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar, baginda menegaskan mana-mana pegawai kerajaan di Selangor didapati bersalah kerana terlibat dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.",
"Baginda juga bertitah, mana-mana pegawai kerajaan dan ahli politik yang dikurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor dan didapati melakukan kesalahan rasuah, maka kurniaan tersebut akan ditarik balik.",
"“Sultan Selangor menzahirkan penghargaan baginda kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah melaksanakan tanggungjawab menyiasat dan memastikan aktiviti rasuah dapat dibanteras,” menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office.",
"Dalam pada itu, Sultan Selangor menggesa pihak SPRM terus menjalankan penyiasatan secara telus dan teliti serta mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan mereka yang melakukan rasuah tidak terlepas daripada menerima hukuman sewajarnya.",
"Tambah Mohamad Munir, baginda juga mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini adalah satu gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/bayi-8-bulan-positif-covid-19/ | BAYI 8 BULAN POSITIF COVID-19 | [
"KUALA LUMPUR: Seorang bayi berusia lapan bulan antara mangsa terbaharu dikesan positif Covid-19 di negara ini semalam.",
"Mangsa disahkan dijangkiti wabak itu selepas menjalani saringan untuk prapembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas Sabah.",
"Ikuti laporan yang disiarkan dalam Berita AlHijrah pada 8 Jun 2020. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/pm-nafi-wujud-desakan-campur-tangan-kes-mahkamah/ | PM NAFI WUJUD DESAKAN CAMPUR TANGAN KES MAHKAMAH | [
"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan terdapat desakan untuk beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak.",
"“Tiada…tiada,” katanya ketika ditanya laporan sebuah media yang mengatakan ada perjumpaan khas melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO semalam, yang gagal mencapai kata sepakat bagi mendesak beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri itu.",
"Beliau yang ditemui media selepas berucap pada majlis penutupan Konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di sini hari ini turut ditanya mengenai ‘perjumpaan’ di Seri Perdana.",
"Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO berkata dalam perjumpaan itu, beliau diberikan taklimat mengenai status gerak kerja parti seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi kenyataan di Perak.",
"“Timbalan Presiden sebut mengenai mesyuarat UMNO bahagian, persediaan parti ke arah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan mengukuhkan parti,” katanya.",
"Mengenai laporan desakan ketua-ketua bahagian UMNO meminta PRU15 diadakan segera, Ismail Sabri berkata beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak hadir pada pertemuan yang berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur semalam.",
"Laporan media memetik Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai berkata majoriti ketua bahagian UMNO bersetuju supaya PRU15 diadakan secepat mungkin. – AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/good-vibes-festival-dibatalkan-serta-merta-fahmi-fadzil/ | GOOD VIBES FESTIVAL DIBATALKAN SERTA MERTA – FAHMI FADZIL | [
"PUTRAJAYA: Penganjuran konsert Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung bermula semalam 22 Julai sehingga Ahad 23 Julai, dibatalkan serta merta, tegas Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.",
"Ia susulan tindakan kumpulan The 1975 yang membuat aksi dan kenyataan biadap termasuk menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).",
"Terdahulu, Fahmi telah memanggil penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia.",
"Dalam ciapannya, Fahmi berkata pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas iaitu tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.",
"“Justeru, saya telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai.",
"“Saya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket. Sehubungan itu, saya juga telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket,” katanya.",
"Fahmi mengulas, kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara.",
"“Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan,” katanya.—AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/semakan-suhu-di-premis-wajar-diteruskan-adham-baba/ | SEMAKAN SUHU DI PREMIS WAJAR DITERUSKAN – ADHAM BABA | [
"KOTA TINGGI: Pengambilan suhu badan pelanggan di premis perniagaan dilihat masih wajar untuk diteruskan sebagai langkah awal untuk mengesan mereka yang bergejala COVID-19.",
"Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kaedah merekod suhu badan pelanggan juga diamalkan di luar negara untuk tujuan sama.",
"“Semakan suhu di pintu masuk itu sebagai salah satu cara bagaimana kita boleh mengesan bergejala atau tidak bergejala.",
"“Kewajaran untuk menggunakan pengukur suhu masih lagi diperlukan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Harga Rendah Pelitup Muka di Econsave, Kota Tinggi, Johor.",
"Sehubungan itu, Adham menggalakkan pemeriksaan suhu dijalankan sebagaimana kebiasaan dalam norma baharu.",
"Katanya mengambil contoh kes Sivagangga di Kedah, tiada semakan suhu badan dan imbasan aplikasi MySejahtera hingga menyukarkan petugas kesihatan untuk mengesan kotak rapat kes terbabit. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/dua-lelaki-ditembak-di-kuala-terengganu-suspek-utama-kes-bunuh-sindiket-edar-dadah/ | DUA LELAKI DITEMBAK DI KUALA TERENGGANU SUSPEK UTAMA KES BUNUH, SINDIKET EDAR DADAH | [
"KUALA TERENGGANU: Dua lelaki yang maut ditembak polis di Kampung Simpang Tokku di sini Selasa lepas, merupakan suspek utama satu kes bunuh dan anggota sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di negeri ini sejak 10 tahun lepas.",
"Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata polis telah mengenal pasti identiti kedua-dua suspek yang ditembak iaitu lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Nuar Taman’ berusia 29 tahun berasal dari daerah ini, manakala seorang lagi ‘Pendi Buaya’ berusia 25 tahun dari Marang.",
"“Seorang suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala seorang lagi mempunyai 11 rekod jenayah lampau juga berkaitan dada. Mereka ini memang terkenal dalam kalangan penagih dadah di negeri ini termasuk di kawasan Felda,” katanya.",
"Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Terengganu dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.",
"Bekas KJSJ negeri, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, manakala bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Suffian Sulaiman dilantik menggantikan tempat Marzukhi.",
"Menurut Rohaimi, dengan tertumpasnya kedua-dua penjenayah terbabit, polis berjaya menyelesaikan kes seorang lelaki berusia 41 tahun yang ditembak mati di tepi jalan Kampung Pasir Tinggi, Hulu Terengganu pada 5 Mac lepas.",
"“Berdasarkan siasatan polis, mereka berdua ini adalah suspek terlibat dalam kes tembak (di Pasir Tinggi) tersebut,” katanya.",
"Katanya lagi, selepas kejadian tembak-menembak antara Nuar Taman dan Pendi Buaya dengan polis Selasa lepas, pihaknya merampas dua pucuk revolver .38 dan beberapa butir peluru di dalam kereta yang digunakan suspek.",
"“Polis juga menjumpai 20 peket plastik dadah disyaki syabu berat lebih 1,000 gram dan 14 botol kecil heroin berat lebih 67 gram, dan jumlah keseluruhan dadah ini membawa kepada kes 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.",
"Sementara itu, Rohaimi berkata pihaknya juga telah mengarahkan semua ketua polis daerah untuk melakukan pemantauan terhadap penjualan mercun dan bunga api di daerah masing-masing bagi memastikan hanya jenis tertentu yang dibenarkan dijual kepada orang ramai.",
"“Penjualan kepada individu di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan. Pemantauan akan dilaksanakan kerana kita tidak mahu ada insiden kecederaan atau kehilangan nyawa disebabkan kebakaran (mercun dan bunga api),” katanya. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jenazah-rayan-selamat-dikebumikan/ | JENAZAH RAYAN SELAMAT DIKEBUMIKAN | [
"CHEFCHAOUEN, MAGHRIBI: Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter, Rayan Awram selamat dikebumikan semalam.",
"Upacara pengebumian tersebut dihadiri ratusan penduduk dan disempurnakan di tanah perkuburan yang terletak di lokasi terpencil, di utara wilayah Chefchaouen beberapa kilometer dari lokasi kejadian berlaku.",
"Keranda kecil menempatkan jenazah Rayan dilitupi kain hijau tertera ayat al-Quran dimasukkan ke dalam liang lahad sambil diiringi doa dan bacaan ayat suci al-Quran oleh penduduk yang hadir.",
"Sementara itu warganet turut tidak terkecuali mengucapkan takziah atas pemergian kanak-kanak itu selain media sosial dibanjiri ucapan simpati serta doa.",
"Sabtu lepas, Rayan yang terperangkap di dalam sebuah perigi berhampiran bandar Chefchaouen, Maghribi sejak Selasa disahkan telah meninggal dunia.",
"Menurut laporan media antarabangsa yang memetik kenyataan yang dikeluarkan Istana Diraja Maghribi, Rayan Awram telah meninggal dunia sebelum berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat.",
"Kenyataan itu menyusul selepas kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.",
"Raja Maghribi Raja Mohammed VI dilapor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/genosid-malaysia-ulangi-sokongan-kepada-gambia/ | GENOSID: MALAYSIA ULANGI SOKONGAN KEPADA GAMBIA | [
"KUALA LUMPUR: Malaysia menganggap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meluluskan langkah-langkah sementara yang dimohon oleh Gambia berhubung Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, sebagai hala tuju yang betul untuk menangani keadaan kaum Rohingya.",
"Wisma Putra berkata Malaysia juga mengulangi sokongannya terhadap Gambia, yang membawa kes berkenaan kepada ICJ, selaras dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Ad Hoc Jawatankuasa Kementerian berhubung Pelanggaran Hak Asasi Manusia, yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam.",
"Dalam satu kenyataannya di sini lewat malam tadi, Wisma Putra berkata sebagai anggota jawatankuasa itu, dan juga negara anggota Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1948, Malaysia turut menggesa Myanmar memenuhi obligasi di bawah konvensyen itu bagi memastikan krisis tidak berlarutan.",
"“Keputusan itu mencerminkan kebimbangan serius komuniti antarabangsa terhadap keperluan menangani dengan efektif penderitaan yang dialami Rohingya, di samping menampilkan akauntabiliti serta keadilan berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang serius terhadap kaum Rohingya.",
"“Kira-kira 100,000 pelarian Rohingya kini berada di Malaysia, yang meninggalkan Myanmar susulan krisis yang melanda,” menurut kenyataan itu.",
"Agensi berita Turki, Anadolu, sebelum ini melaporkan Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengeluarkan satu perintah dalam kes yang membabitkan pertuduhan bahawa Myanmar telah melakukan genosid terhadap minoriti Islam Rohingya di negara itu.",
"Ketika mengeluarkan perintah itu dalam kes yang difailkan Gambia bulan lepas, Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Hakim Abdulqawi Ahmed Yusuf memberikan tempoh empat bulan kepada Myanmar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan memastikan agar etnik Rohingya di negara itu tidak diapa-apakan.",
"Wisma Putra berkata Malaysia akan melihat dengan penuh minat prosiding ICJ berikutnya berhubung permohonan Gambia berhubung lima perkara.",
"“Ia terdiri daripada pengisytiharan Myanmar sebagai melanggar obligasi di bawah Konvensyen Genosid; untuk menghentikan segera apa-apa perbuatan salah yang sedang berlaku dan menghormati sepenuhnya obligasinya di bawah Konvensyen Genosid.",
"“Juga bagi memastikan orang yang melakukan genosid dihukum oleh tribunal yang kompeten; untuk melaksanakan kewajipan membayar ganti rugi demi kepentingan mangsa perbuatan genosid yang merupakan dari kaum Rohingya; dan memberikan jaminan bahawa pelanggaran Konvensyen Genosid tidak akan berulang,” menurut kenyataan itu. — BERNAMA"
] |
https://alhijrahnews.com/ahli-politik-siar-video-hina-nabi-cetus-ketegangan-di-hyderabad-india/ | AHLI POLITIK SIAR VIDEO HINA NABI CETUS KETEGANGAN DI HYDERABAD, INDIA | [
"NEW DELHI: Ketegangan tercetus di bandar Hyderabad di selatan India selepas seorang pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) mengeluarkan video menghina Nabi Muhammad (SAW).",
"BJP menggantung anggota Dewan Undangan Negeri Telangana, T. Raja Singh selepas beliau ditahan polis pada Selasa kerana kenyataan yang menyinggung perasaan itu.",
"Bagaimanapun, Singh dibebaskan beberapa jam selepas dihadapkan ke mahkamah.",
"Umat Islam mengadakan protes di Hyderabad, ibu kota Telangana, menuntut penahanan ahli politik itu.",
"Singh merupakan ahli politik kontroversi kerana pernah membuat komen provokatif tentang umat Islam dan Islam sebelum ini.",
"Negeri itu diperintah oleh Telangana Rashtra Samithi (TRS), sebuah parti politik negeri.",
"Dalam video yang disiarkan di media sosial pada Rabu, anggota polis yang berpakaian anti rusuhan dilihat memukul penunjuk perasaan dan menyerbu masuk ke dalam rumah.",
"Presiden Majlis-e-Ittehadul Muslimeen (AIMIM) Seluruh India Asaduddin Owaisi, yang mewakili Hyderabad di parlimen India, berkata terdapat “cubaan yang disengajakan” oleh BJP dan anggota dewan tempatan untuk menimbulkan masalah.",
"Beliau berkata bantahan akan berterusan sehingga ahli politik BJP itu dipenjarakan. –AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/setuju-dan-sedia-kaji-cadangan-pengeluaran-akaun-1-kwsp-muhyiddin/ | SETUJU DAN SEDIA KAJI CADANGAN PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP – MUHYIDDIN | [
"PUTRAJAYA: Kerajaan sedang meneliti untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).",
"Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.",
"“Kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya hari ini.",
"Belanjawan 2021 ini merupakan belanjawan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, yang akan dibentangkan pada 6 November.",
"Kerajaan telah melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP pada tahun ini, antaranya caruman pekerja dikurangkan dari 11 peratus kepada tujuh peratus.",
"Selain itu menerusi i-Lestari, pencarum juga boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing. — AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/jais-benarkan-majlis-akad-nikah-bermula-1-julai/ | JAIS BENARKAN MAJLIS AKAD NIKAH BERMULA 1 JULAI | [
"SHAH ALAM: Pelaksanaan majlis akad nikah dibenarkan bermula 1 Julai ini, kata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).",
"Sebelum ini, pelaksanaan majlis akad nikah ditunda susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.",
"Menerusi hantaran di Facebook JAIS, akad nikah dilaksanakan dengan kehadiran fizikal di JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja, yang beroperasi setiap hari (Isnin hingga Ahad).",
"Tambahnya, hanya pasangan yang sudah mendapat tarikh temu janji daripada JAIS dan PAID sahaja dibenarkan untuk melangsungkan akad nikah.",
"“Kehadiran juga terhad kepada pengantin lelaki dan perempuan serta wali sahaja manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.",
"“Pasangan juga mesti mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum 1 Jun selain keputusan Ujian Saringan HIV lelaki serta perempuan yang masih sah,” dalam kenyataan tersebut.",
"Dalam masa yang sama, pasangan pengantin termasuk wali, wajib menjalani ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) COVID-19 dalam tempoh 72 jam (tiga hari) dari waktu pelaksanaan majlis dan perlu mengemukakan keputusan ujian kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.",
"“Pihak-pihak terlibat wajib mematuhi ketetapan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan Negeri Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan.",
"“Jika terdapat pelanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan majlis akad nikah berkenaan,” katanya.",
"Individu atau pihak yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan semasa yang ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/hutan-bukit-semanggol-terbakar/ | HUTAN BUKIT SEMANGGOL TERBAKAR | [
"IPOH: Lebih dua hektar kawasan hutan di Bukit Semanggol, Jalan Kubu Gajah, dekat Gunung Semanggol, di sini, terbakar, petang ini.",
"Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 4.37 petang.",
"Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dibantu BBP Kamunting telah dikerahkan ke lokasi kejadian.",
"“Ketika tiba di lokasi, api sedang marak dan merebak ke kawasan atas bukit melibatkan keluasan lebih dua hektar namun setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. ",
"“Pada mulanya kita dimaklumkan kebakaran hanya melibatkan kawasan seluas 10×10 meter persegi sahaja dan pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran supaya ia tidak terus merebak ke kawasan lain hutan di atas Bukit Semanggol,” katanya dalam satu kenyataan.",
"Sabarodzi berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihak bomba tidak menolak kemungkinan berpunca daripada aktiviti pembersihan kawasan. ",
"Operasi memadam kebakaran masih dijalankan.–AlHijrah Online"
] |
https://alhijrahnews.com/oku-cacat-penglihatan-johan-qari-tilawah-peringkat-negeri-kelantan/ | OKU CACAT PENGLIHATAN JOHAN QARI TILAWAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN | [
"KOTA BHARU: Walaupun berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) namun ia tidak menjadi penghalang bagi Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 22, untuk berjaya bergelar Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1441H/2020M.",
"Muhammad Qayyim berkata, meskipun kurang penglihatan namun beliau bersyukur dengan usaha dan persediaan dilakukan ternyata ianya membuahkan hasil apabila meraih gelaran johan qari peringkat negeri untuk kali ketiga.",
"“Saya sudah banyak menyertai majlis tilawah Al-Quran, dan ini kali ketiga saya berjaya diangkat sebagai johan qari di peringkat negeri ini selain pada tahun, 2017 dan 2019,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1441H/2020M yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub di Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu malam tadi.",
"Berkongsi kejayaannya, beliau yang juga penuntut semester akhir Diploma Tahfiz di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri berkata, sebagai persediaan beliau meluangkan masa selama tiga jam bagi mempelajari ilmu taranum dan sebagainya sebanyak dua kali seminggu.",
"“Saya mendalami Al-Quran dengan mendapat tunjuk ajar daripada beberapa bekas qari kebangsaan di negeri antaranya Rahim Ahmad dan Yahya Daud malah ianya tidak sia-sia apabila ia membuahkan hasil walaupun keadaan saya sebegini,” katanya.",
"Terdahulu, Muhammad Qayyim dan Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi masing-masing dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah tilawah peringkat negeri dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 selain pakej ibadah umrah, plak dan sijil penyertaan.",
"Kejayaan itu sekali gus melayakkan mereka mewakili negeri Kelantan pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 13-21 Feb ini bertempat di International Convention Center Kota Kinabalu, Sabah.",
"Sementara itu, seorang tenaga pengajar Wan Sofea Aini, 26, berkata dia tidak menjangkakan sama sekali akan dipilih sebagai johan qariah pada tahun ini memandangkan ianya persaingan sengit kerana peserta yang menyertai mempunyai kehebatan sendiri.",
"Katanya, dia mula menyertai tilawah yang diadakan sejak tahun 2015 dan ini kali kedua beliau dinobatkan sebagai qariah selepas merangkul anugerah yang sama pada tahun 2016.",
"“Dengan pertandingan ini ianya menjadi landasan untuk saya menambah lebih banyak ilmu Al-Quran selain memperbaiki mutu bacaan. Kejayaan ini didedikasikan untuk keluarga dan semua pihak yang banyak membantu dan insyallah saya akan melakukan yang terbaik di peringkat kebangsaan nanti,” katanya yang kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulungnya.",
"Pada majlis sama, johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabansa Tahun 2017 Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukeri turut menerima replika kunci rumah yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri kepadanya. — BERNAMA "
] |
https://alhijrahnews.com/jumlah-rakyat-jatuh-miskin-meningkat/ | JUMLAH RAKYAT JATUH MISKIN MENINGKAT | [
"KUALA LUMPUR: Disebalik pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan kerajaan semasa pandemik COVID-19, masih ramai lagi yang menanggung kesusahan.",
"Lebih menggusarkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan jumlah rakyat yang jatuh miskin akibat pandemik COVID-19 meningkat.",
"“Ini berita yang tidak menggembirakan saya. Mereka yang dahulunya berada dalam kumpulan T20 sebahagiannya telah menjadi M40 dan sebahagian kumpulan M40 telah menjadi kumpulan B40.",
"“Mereka yang berada dalam kumpulan B40 pula menjadi bertambah miskin kerana kesan penguncupan ekonomi yang sedang dialami oleh negara kita,” katanya ketika berucap sempena Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.",
"Tambahnya, kabinet juga telah membincangkan secara mendalam masalah kemiskinan yang sedang berlaku dan meneliti langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan, syarikat jaminan kerajaan (GLC), badan-badan sukarela serta sektor swasta untuk bersama-sama mengatasi masalah kemiskinan.",
"“Program pembasmian kemiskinan akan mengambilkira peningkatan Paras Garis Kemiskinan 2021 (PGK 2021) daripada RM980 kepada RM2,208 yang akan meningkatkan bilangan isi rumah miskin dan miskin tegar dan seterusnya meningkatkan bilangan kumpulan sasar,” katanya.",
"Beliau turut memaklumkan dalam usaha memulihkan ekonomi akibat COVID-19, kerajaan akan merangka beberapa langkah tambahan dalam tempoh terdekat iaitu menyediakan bantuan secara bersasar kepada kumpulan rentan terutamanya golongan miskin serta golongan yang mengalami kehilangan pendapatan dam meningkatkan sokongan kepada perniagaan.",
"Selain itu usaha memulihkan ekonomi akan memberi tumpuan kepada sistem penyampaian awam seperti mengurangkan karenah birokrasi dan memberi fokus utama kepada agenda pendigitalan. — AlHijrah Online"
] |