url
stringlengths
28
237
headline
stringlengths
6
180
content
sequence
https://alhijrahnews.com/13-rakyat-malaysia-sudah-meninggalkan-ukraine-8-dalam-proses-pemindahan/
13 RAKYAT MALAYSIA SUDAH MENINGGALKAN UKRAINE, 8 DALAM PROSES PEMINDAHAN
[ "PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di Kyiv sedang dalam proses memindahkan lapan orang rakyat Malaysia dan dua tanggungan asing keluar dari Kyiv.", "Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak boleh mendedahkan lokasi semua individu terbabit atas faktor keselamatan.", "“Sejumlah 13 rakyat kita yang lain sudah meninggalkan Ukraine dalam beberapa minggu yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan selepas sidang media di Bangkok, Thailand, hari ini.", "Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, status pergerakan baki 10 orang individu terbabit akan diketahui selewat-lewatnya petang ini.", "Beliau menjelaskan, Kementerian Luar sentiasa berhubung dengan kumpulan berkenaan untuk mengetahui perkembangan mereka.", "“Malaysia memandang serius terhadap peningkatan konflik di Ukraine dan menggesa semua pihak berkenaan untuk segera mengambil langkah mengurangkan, mencegah kehilangan nyawa dan kemusnahan, “ katanya.", "Ismail Sabri berkata, dalam keadaan yang kritikal ketika ini, semua usaha perlu digandakan untuk mencari solusi perdamaian dan konflik itu perlu diselesaikan secara dialog dan perundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.", "Tambahnya, Malaysia akan terus menyokong usaha itu demi kepentingan mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, serta menggalakkan kemakmuran yang lebih besar.", "“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa,” katanya. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/birthday-girl-sarjan-husna-puas-bangga-jayakan-lompatan-di-hadapan-agong-permaisuri/
‘BIRTHDAY GIRL’ SARJAN HUSNA PUAS, BANGGA JAYAKAN LOMPATAN DI HADAPAN AGONG, PERMAISURI
[ "PUTRAJAYA: Puas dan berbangga. Itulah yang dirasai Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, usai lompatan mengagumkannya merentasi 66 motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini hari ini. ", "Lebih membanggakan, lompatan pertama kali di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu disempurnakan pada hari lahir ke-35 Saidatul Husna hari ini. ", "Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang teruja melihat aksi mendebarkan Saidatul Husna memberikan tepuk sanjungan kepada anak kelahiran Kedah itu yang turut mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya pagi ini. ", "“Aura lompatan hari ini cukup hebat dan lain dari lompatan-lompatan saya sebelum ini. Buat lompatan merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan (Yang di-Pertuan) Agong dan Permaisuri Agong serta disaksikan lautan manusia di kiri dan kanan landasan cukup mendebarkan.", "“Seperti kebiasaan sebelum buat lompatan, saya kosongkan fikiran dan banyakkan berdoa berharap semuanya dilancarkan. Keluarga yang hadir menyaksikan saya di sini turut menyumbang selesaikan amanah yang besar ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. ", "Tambah wanita yang telah 13 tahun menyertai pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat Army Red Warrior itu, masalah teknikal yang dihadapi motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc kendaliannya pada sesi raptai penuh Selasa lepas sedikit mencemaskannya. ", "Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pasukan mekanik akhirnya membolehkan lompatan paling jauh dalam rekod peribadi dan pasukan Army Red Warrior berjaya disempurnakan hari ini. ", "“Alhamdulillah berkat kerjasama rakan sepasukan yang umpama satu keluarga ini, semuanya berjalan lancar. Kami saling menyokong antara satu sama lain untuk jayakan setiap misi lebih-lebih lagi misi besar untuk negara, hari ini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.", "Saidatul Husna sebelum ini pernah mencipta rekod Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) yang dicatatkan di Malaysia Books of Record (MBOR) pada persembahan TATU Tentera Darat (TDM) bersempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Negeri Sembilan, Mac lepas. ", "Lompatan ekstrem bermotosikal oleh Saidatul Husna merupakan antara persembahan menarik Army Red Warrior sempena Hari Kebangsaan 2023 selain aksi akrobatik motosikal melibatkan motosikal carrier menerusi aksi penunggang membawa motosikal menaiki tangga setinggi lapan kaki, formasi bunga raflesia, tugu negara dan merak.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pembunuhan-soleimani-panglima-tentera-pakistan-gesa-semua-pihak-bertenang/
PEMBUNUHAN SOLEIMANI: PANGLIMA TENTERA PAKISTAN GESA SEMUA PIHAK BERTENANG
[ "ISLAMABAD: Panglima Tentera Pakistan meminta semua pihak bertenang susulan pembunuhan komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani pada Jumaat, lapor agensi berita rasmi IRNA.", "Sayap media tentera, Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR) dalaam satu kenyataan menyebut bahawa Jeneral Qamar Javed Bajwa menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo dan membincangkan situasi serantau termasuk kesan yang mungkin berlaku susulan peningkatan ketegangan baru-baru ini di Timur Tengah.", "“Panglima Tentera Pakistan (COAS) menegaskan keperluan untuk bertenang dan melibatkan diri secara konstruktif oleh semua pihak bagi meredakan situasi demi keamanan dan kestabilan. COAS tuurt mengulangi keperluan mengekalkan fokus terhadap kejayaan Proses Damai Afghanistan,” menurut kenyataan itu.", "Terdahulu, kementerian luar Pakistan melalui satu kenyataan melahirkan “kebimbangan mendalam” berhubung ketegangan yang berlaku dan menggesa semua pihak agar bertenang.", "Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dalam satu kenyataan menyebut komander itu mati syahid dalam satu serangan helikopter AS pada pagi Jumaat semasa menjalankan tugas di Baghdad.", "Sementara itu, Pemimpin Agung Revolusi Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengumumkan tiga hari sebagai tempoh berkabung di seluruh negara susulan kematian Soleimani. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/susulan-kluster-sivagangga-empat-mukim-di-kedah-dikenakan-pkpd-secara-pentadbiran/
SUSULAN KLUSTER SIVAGANGGA, EMPAT MUKIM DI KEDAH DIKENAKAN PKPD SECARA PENTADBIRAN
[ "KUALA LUMPUR: Kira-kira 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran bermula hari ini (3 Ogos) hingga 30 Ogos.", "Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan tersebut susulan penularan kluster Sivagangga yang telah menjangkiti 11 mangsa setakat ini.", "“Kerajaan negeri Kedah telah memohon untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran di beberapa tempat iaitu pertama radius satu kilometer dari Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh, Kubang Pasu.", "“Kedua Kampung Pida Satu, Megat Dewa, ketiga Kampung Bendang Dalam, dan keempat Kampung Ulu, Padang Sanai,” katanya.", "Menurut beliau pelaksanaan PKPD secara pentadbiran akan mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk serta penutupan beberapa jalan utama.", "Selain itu dianggarkan 7,000 penduduk di keempat-empat mukim tersebut juga akan menjalani saringan COVID-19 secara “Swab Test”.", "Ismail Sabri berkata sekolah, tadika, masjid, dan rumah ibadat dalam kawasan berkenaan diarah tutup sepanjang pelaksanaan PKPD secara pentadbiran. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/ketepi-ego-kepentingan-kaum-kerabat-dan-keluarga-demi-kekuatan-negara-pm-anwar/
KETEPI EGO, KEPENTINGAN KAUM KERABAT DAN KELUARGA DEMI KEKUATAN NEGARA – PM ANWAR
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia mengetepikan ego, kepentingan kaum kerabat dan keluarga demi kekuatan negara tanpa mengira bangsa, terutama dalam membantu mereka yang lemah dan terpinggir.", "Menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, isteri baginda Hajar dan anak baginda Nabi Ismail dalam menunaikan ketaatan kepada Allah, Perdana Menteri berkata ia menjadi asas keyakinan dalam membawa amanah dan menunaikan cita-cita para pewaris bangsa.", "“Ini tekad dan sumpah kita. Bersama kita satukan kekuatan, mara demi sebuah negara yang maju, sejahtera dan ihsan terhadap rakyatnya.", "“Kepada rakyat Malaysia yang menunaikan haji di tanah suci saya mendoakan agar beroleh haji yang mabrur dan semoga selamat pulang ke tanah air,” katanya dalam perutusan Aidiladha yang disiarkan di akaun Facebooknya hari ini.", "Anwar berkata tanggal 10 Zulhijjah setiap tahun, umat Islam seluruh dunia melaksanakan ibadah korban sempena memperingati pengorbanan suci Nabi Ibrahim dan keluarga baginda.", "“Meski serba kekurangan, di tanah serba gersang dalam daerah yang sepi tidak berpenghuni, namun hakikatnya tetap subur dibasahi keimanan dan kasih sayang serta keikhlasan jiwa menurut perintah yang Maha Esa.", "“Pengorbanan inilah yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan suci mengembalikan maruah umat dan menjamin keadilan buat semua,” katanya. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/larangan-makan-ikan-dengan-susu-sekadar-pandangan-tiada-sumber-dalil-al-quran/
LARANGAN MAKAN IKAN DENGAN SUSU SEKADAR PANDANGAN, TIADA SUMBER DALIL AL-QURAN
[ "KUALA LUMPUR: Tiada sebarang sumber larangan memakan ikan bersama susu daripada nas dan dalil al-Quran atau hadis Nabi SAW.", "Perkara itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui persoalan berhubung larangan memakan ikan dan susu ini dari sudut syarak.", "“Persoalan berkaitan larangan memakan ikan bersama susu tidak terdapat dalil daripada al-Quran dan hadis Baginda Nabi SAW, namun ayat larangan tersebut kebiasaannya dijadikan contoh dan sering digunakan di dalam kitab-kitab Nahu seperti kitab Audih al-Masalik, Syarh Qatr al-Nada wa Bal al-Sada dan Syarh Ibnu ‘Aqil.", "“Ayat ini digunakan oleh pakar tatabahasa arab sebagai contoh untuk menggambarkan perbezaan dari sudut bacaan, baris dan makna dan ia tiada kaitan dengan konteks perubatan dan kesihatan,” katanya.", "PMWP berkata namun terdapat nasihat dan petua yang diberikan oleh Ibnu Masuwaih yang menyatakan bahawa dengan memakan ikan bersama susu boleh menyebabkan penyakit kulit dan gout akan tetapi ia sekadar pandangan dan petua dari seorang ilmuan.", "“Jika seseorang berpontensi untuk menghidap sesuatu penyakit dengan sebab memakannya, maka perkara ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan untuk mendapat khidmat nasihat,” katanya. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/ismail-sabri-calon-pm9-daripada-bn/
ISMAIL SABRI CALON PM9 DARIPADA BN
[ "KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumum calon Perdana Menteri kesembilan yang dinamakan oleh parti Barisan Nasional. ", "Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi. ", "Turut memaklumkan perkara itu, beberapa ahli parlimen UMNO lain, antaranya Datuk Seri Azalina Othman Said, dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. ", "Pemimpin BN bermesyuarat di Menara Dato Onn, ibu negara malam tadi. ", "Pemilihan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera itu dibuat kerana beliau adalah calon yang bersih, tidak terpalit kontroversi dan boleh diterima rakyat. ", "Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal dilapor menjadi pilihan mewakili Pakatan Harapan (PH). ", "Pada Selasa, semua ahli parlimen diarah menghantar surat akuan kepada Istana Negara bagi menamakan seorang calon pilihan sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. ", "Nama calon tersebut perlu dihantar kepada Istana Negara selewat-lewatnya jam 4 petang, Rabu. ", "Muhyiddin meletakkan jawatannya pada Isnin, 16 Ogos 2021 selepas hilang majoriti di Dewan Rakyat ekoran penarikan balik 15 ahli parlimen UMNO daripada menyokongnya. – Alhijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/bayaran-bkm-fasa-4-diawalkan-bermula-15-nov/
BAYARAN BKM FASA 4 DIAWALKAN BERMULA 15 NOV
[ "BERA: Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bernilai RM2.1 bilion yang akan memanfaatkan 5.2 juta penerima, bakal dikreditkan ke akaun mereka secara berperingkat selama tiga hari bermula 15 Nov ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Beliau berkata pembayaran itu pada asalnya dijadualkan dibuat pada Disember, namun dipercepatkan kepada minggu hadapan bagi membantu penerimanya membuat persediaan menghadapi monsun timur laut (MTL), yang dijadualkan bermula pada pertengahan bulan ini.", "“Bagi BKM Fasa Empat, setiap penerima akan menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing, dan pembayaran ini adalah bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.", "“Mereka yang akan menerima bayaran ini terdiri daripada penerima sedia ada bagi kategori isi rumah dan warga emas bujang atau yang tiada pasangan,” katanya pada sidang media selepas Program Ramah Mesra di Kampung Batu Bor di sini hari ini. ", "BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang telah diumumkan dalam Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca pandemik COVID-19 dan meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.", "Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/malaysia-guna-segala-usaha-diplomatik-halang-pembunuhan-orang-awam-di-gaza-pm-anwar/
MALAYSIA GUNA SEGALA USAHA DIPLOMATIK HALANG PEMBUNUHAN ORANG AWAM DI GAZA – PM ANWAR
[ "KUALA LUMPUR: Malaysia akan menggunakan segala usaha diplomatik dalam bekerjasama dengan rakan negara ini bagi menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza dan tidak seharusnya ada keraguan terhadap komitmen negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Berucap pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-undang ASEAN (ALA) ke-14 2023 di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia percaya dalam menegakkan undang-undang antarabangsa serta keselamatan dan kemakmuran adalah berdasarkan keutamaan peraturan yang mengawal interaksi antara negara.", "“Segalanya ada kaitan dengan undang-undang kerana itulah yang sepatutnya kita semua pertahankan pada saat bahaya besar ini dan itu sepatutnya begitu terutamanya bagi negara-negara di dunia yang sentiasa pantas mendakwa bahawa mereka menyokong peraturan berdasarkan perintah antarabangsa.", "“Tetapi ia juga tidak ada kena mengena dengan undang-undang kerana negara-negara yang sama ini cepat menangguhkan perbincangan sebegitu apabila ia melibatkan Israel, pendudukan kejamnya terhadap rakyat Palestin dan sikap tidak menghiraukan peraturan berdasarkan perintah antarabangsa,” kata beliau.", "Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.", "Menyentuh mengenai inisiatif ASEAN, Anwar berkata negara-negara ASEAN mesti memperjuangkan dasar yang menggalakkan dan menegakkan kesaksamaan gender merentasi pelbagai bidang termasuk pendidikan, pekerjaan dan kepimpinan.", "Justeru, beliau berkata ASEAN perlu memberi ruang dan perhatian kepada sumbangan wanita, mengiktiraf potensi mereka dan memberi mereka peluang sama rata untuk memimpin dan berinovasi.", "Perdana Menteri turut memuji inisiatif selaras dengan Pelan Hala Tuju ASEAN mengenai Penghapusan Bentuk Terburuk Buruh Kanak-Kanak menjelang 2025, rangka kerja kerjasama seluruh rantau yang melengkapkan komitmen dan tindakan menentang buruh kanak-kanak di peringkat global.", "“Walaupun pelaksanaan larangan protokol pilihan terhadap pornografi kanak-kanak berbeza antara bidang kuasa, komitmen untuk memeranginya terbukti melalui undang-undang domestik yang melarang jenayah kejam ini,” kata beliau.", "Undang-undang seharusnya seiring dengan kewajipan moral untuk memastikan ibu bapa menghormati dan menunaikan amanah yang dibebankan kepada mereka untuk kesejahteraan anak-anak mereka, kata beliau. —AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/penternak-harap-harga-ayam-diapungkan-susulan-penamatan-subsidi/
PENTERNAK HARAP HARGA AYAM DIAPUNGKAN SUSULAN PENAMATAN SUBSIDI
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat mengapungkan harga ayam yang kini ditetapkan pada RM8.90 sekilogram, susulan penamatan subsidi 60 sen setiap kilogram kepada penternak sejak 5 Feb lepas.", "Pengarah Ayam Bismi Empire Sdn Bhd (Ayam Bismi) Mazlina Kamaruddin berkata penamatan subsidi itu sudah dijangka kerana menurut pengumuman asal Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), subsidi tersebut diberikan hanya sehingga bulan ini.", "“Kita pun sebagai penternak tak akanlah nak berharap kerajaan memberi subsidi sepanjang perniagaan kita.", "“Cumanya saya berharap apabila subsidi tidak lagi diberikan, harga ayam dapat diapungkan, dengan tamatnya subsidi, tamatlah juga harga kawalan,” katanya ketika dihubungi Bernama.", "Beliau berkata sekiranya langkah untuk menamatkan subsidi itu disertakan dengan pengapungan harga ayam, konsep permintaan dan penawaran akan menentukan harga ayam dari semasa ke semasa.", "Beliau turut bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk menyalurkan subsidi tersebut secara langsung kepada rakyat yang lebih memerlukan dengan harapan bantuan tersebut akan kembali kepada penternak dalam bentuk pembelian ayam.", "Ditanya mengenai laporan media bahawa terdapat dalam kalangan penternak yang tidak menuntut bayaran subsidi, Mazlina berkata ia satu kenyataan yang kurang tepat.", "“Dengan keadaan penternak yang jual di bawah kos RM8.90 harga runcit dan harga ayam hidup RM6.05, juga harga bawah kos, jadi semestinya penternak akan menuntut dan membuat permohonan subsidi itu.", "“Rakan-rakan kami di seluruh Malaysia, apabila ditanya, semua membuat tuntutan subsidi cumanya tuntutan itu dihantar kepada pejabat daerah seterusnya ke pejabat negeri sebelum dihantar ke Putrajaya, jadi di mana missing link itu, kami tidak tahu,” katanya.", "Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) Idrus Zainal Abidin berkata kenaikan harga bahan menjadikan kos pembinaan reban ayam semakin tinggi.", "“Dua tahun dulu saya buat reban saya untuk kapasiti 80,000 ekor ayam hanya RM1.6 juta sahaja, kalau tengok (kenaikan) harga besi sudah jadi RM2 juta sekarang.", "Katanya hampir mustahil untuknya membina lagi reban kerana banyak syarat dan cukai yang dikenakan ke atas penternak. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/polis-siasat-dakwaan-aktiviti-judi-di-pkrc-maeps/
POLIS SIASAT DAKWAAN AKTIVITI JUDI DI PKRC MAEPS
[ "SEPANG: Polis membuka kertas inkuiri berkaitan siasatan mengenai kegiatan judi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, susulan video yang tular di media sosial.", "Menurut Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, kertas inkuiri itu dibuka selepas pihaknya menerima aduan berkenaan kegiatan tersebut yang melibatkan seorang anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda, Sepang hari ini. ", "“Kertas inkuiri ini dibuka bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut tentang kejadian tersebut selain untuk pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS,” katanya hari ini. ", "Terdahulu, video yang tular di media sosial beberapa hari lepas menunjukkan beberapa pesakit COVID-19 bermain daun terup dan orang ramai memberi respon tempat tersebut seperti mini kasino.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/polis-bebaskan-pelajar-sekolah-rempuh-pemotong-rumput-sehingga-maut/
POLIS BEBASKAN PELAJAR SEKOLAH REMPUH PEMOTONG RUMPUT SEHINGGA MAUT
[ "SUNGAI PETANI: Pelajar sekolah yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh dua pemotong rumput sehingga mengakibatkan seorang daripadanya maut di Jalan Pintasan Semeling, di sini, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.", "Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Supt Mohd Mahiri Hussain berkata, polis telah merekod keterangan daripada pelajar terbabit dan penjaganya turut dipanggil bagi membantu siasatan.", "Katanya, mengikut keterangan suspek dia mengambil kunci kenderaan dan memandu tanpa pengetahuan bapanya.", "Tambahnya, semasa kejadian bapa suspek tiada di rumah kerana menghadiri majlis kenduri.", "“Kita telah ambil keterangan dan bebaskan suspek dengan jaminan polis.", "“Kita akan panggil ibu bapa suspek, kita akan jalankan siasatan kalau lebih kepada kecuaian, kita akan ambil tindakan saman kerana membenarkan individu yang tidak memiliki lesen memandu,” katanya.", "Terdahulu, AlHijrah Online melaporkan seorang pekerja pemotong rumput yang berwarganegara Myanmar, Cinglowpa, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah kenderaan MPV.", "Kejadian tersebut difahamkan pemandu MPV tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh dua batang pokok sebelum merempuh dua mangsa yang sedang berehat di tepi bahu jalan.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/garam-halus-atau-garam-20kg-atau-kurang-perlu-ditambah-iodin-sebelum-dijual/
GARAM HALUS ATAU GARAM 20KG ATAU KURANG PERLU DITAMBAH IODIN SEBELUM DIJUAL
[ "PUTRAJAYA: Bermula 30 September ini, semua garam halus atau garam dengan berat 20 kilogram atau kurang, diwajibkan supaya ditambah dengan iodin sebelum boleh dijual di Malaysia.", "Peraturan baharu ini dikuatkuasakan kerana 48.2% kanak-kanak berumur lapan hingga 10 tahun kekurangan iodin.", "Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pindaan ini susulan dapatan Tinjauan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) Kebangsaan yang menunjukkan 48.2 peratus kanak-kanak pada umur berkenaan mengalami masalah kekurangan iodin.", "“2.1 peratus kanak-kanak mengalami masalah goiter (pembengkakan luar biasa pada kelenjar tiroid, di bahagian leher).", "“Bagi tinjauan melibatkan wanita hamil dan murid sekolah, pengambilan iodin juga tidak mencapai paras optimum”, katanya.", "Tambahan Dr Noor Hisham, pelaksanaan Pengiodinan Secara Universal di Malaysia (USI) boleh membantu meningkatkan pengambilan iodin dalam masyarakat memandangkan garam diambil sebagai bahan asas dalam makanan.", "Orang ramai tidak perlu risau dengan penambahan iodin ke dalam garam kerana ia tidak memberi kesan kepada kualiti makanan yang dihasilkan.", "Bagaimanapun, pengguna juga diingatkan bahawa pengambilan garam tidak perlu ditingkatkan kerana garam secara berlebihan di dalam makanan pula boleh menjurus kepada penyakit tidak berjangkit yang lain misalnya hipertensi (darah tinggi).–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/covid-19-iran-terima-bekalan-perubatan-daripada-who/
COVID-19: IRAN TERIMA BEKALAN PERUBATAN WHO
[ "TEHRAN: Iran menerima bantuan bekalan perubatan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam bagi menangani wabak koronavirus, demikian menurut laporan agensi berita IRNA.", "Bekalan perubatan seberat 7.5 tan itu dihantar pesawat tentera Emiriah Arab Bersatu yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di sini, kata IRNA dipetik Xinhuanet.", "Bekalan perubatan itu termasuk ubatan-ubatan, alat saringan, sarung tangan, topeng muka dan alat bantuan pernafasan.", "Enam ahli perubatan, termasuk doktor, pakar epidemiologi dan pakar makmal tiba di ibu kota Tehran semalam bagi membantu Iran mengawal penularan virus itu.", "Terdahulu, Iran mengumumkan 1,051 rakyatnya dijangkiti koronavirus di negara itu dengan 66 daripadanya maut. — Terjemahan AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kesihatan-abdul-hadi-merosot-anak/
KESIHATAN ABDUL HADI MEROSOT – ANAK
[ "KUALA TERENGGANU: Kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.", "Perkara itu dimaklumkan anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi, menerusi hantaran di laman Facebooknya pagi ini.", "“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.", "Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu berkata Abdul Hadi sememangnya dalam keadaan uzur, sewaktu hadir ke pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Terengganu di Marang pada 27 Jun lalu.", "Beliau berkata walau bagaimanapun Ahli Parlimen Marang itu, tetap menggagahkan dirinya untuk hadir.", "“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya lagi.", "Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi hospital Abdul Hadi dirawat, namun beliau sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menerima rawatan.", "Sementara itu, Muhammad Khalil ketika dihubungi Bernama mengesahkan Abdul Hadi menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Terengganu dan berada dalam keadaan stabil.", "“Stabil, perlu rehat secukupnya,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/negaraku-bahasa-mandarin-guru-besar-sjkc-di-seremban-antara-dua-individu-dipanggil/
NEGARAKU BAHASA MANDARIN: GURU BESAR SJKC DI SEREMBAN ANTARA DUA INDIVIDU DIPANGGIL
[ "KUALA LUMPUR: Dua saksi telah dirakam keterangan berhubung sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Seremban menyanyikan lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ dalam Bahasa Mandarin, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.", "Beliau berkata dua saksi berkenaan adalah Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan, Pejabat Pendidikan Daerah (Aduan/Siasatan) dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan serta Guru Besar SJKC itu.", "“Rakaman percakapan ke atas saksi-saksi lain akan dilaksanakan berdasarkan temu janji yang telah diaturkan,” katanya dalam kenyataan pada awal pagi ini.", "Pada 6 Dis lepas, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan menyatakan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.", "Video berdurasi satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 Sept, 2018 di sebuah sekolah SJKC di Seremban, Negeri Sembilan.", "Dalam insiden berkaitan, nyanyian lagu kebangsaan dinyanyikan dalam Bahasa Arab dikesan berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di Gurun, Kedah.", "“Rakaman percakapan atas saksi-saksi yang dikenal pasti telah dilaksanakan semalam melibatkan Guru Besar, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda, Kedah serta suspek yang merakam serta memuat naik video itu dalam Facebook.", "“Sehingga kini polis menerima lapan laporan berkaitan isu sama dan kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.", "Pada 7 Dis lepas, rakaman lagu Negaraku dinyanyikan sekumpulan remaja di dalam kelas dipercayai sekolah agama dan sekolah rendah yang masing-masing berdurasi antara satu minit dua saat hingga satu minit 28 saat.", "Huzir berkata kertas siasatan bagi kedua-dua kes ini akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara berserta cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan.", "Mengenai kes berkaitan video tular Jalur Gemilang bintang pecah lima dan jalur merah/putih 11 baris, Huzir berkata polis menerima 31 laporan mengenainya dan susulan itu telah mengambil keterangan daripada lima saksi terdiri daripada pengadu, penganjur, setiausaha eksekutif persatuan, pengarah syarikat dan vendor teknologi maklumat.", "Rampasan perkakas yang digunakan turut dilakukan. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/lelaki-pecah-cermin-ugut-pemandu-wanita-ditahan/
LELAKI PECAH CERMIN, UGUT PEMANDU WANITA DITAHAN
[ "KOTA BHARU: Seorang buruh direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita dalam kejadian di Simpang Empat Limbat, Khamis lepas.", "Perintah reman bermula hari ini ke atas lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kota Bharu, Mohammad Fitri Mokhtar.", "Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata suspek ditahan di rumahnya di Nilam Puri pada 6.30 petang semalam.", "Ujarnya kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah, Seksyen 279 Kanun Keseksaan memandu dengan berbahaya di jalan awam dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat harta benda.", "Dalam kejadian pada Khamis lalu, mangsa yang berusia 35 tahun dilapor sedang memandu berseorangan sebelum keretanya dihimpit suspek yang juga memandu kereta.", "Lelaki itu kemudian datang ke kereta mangsa lalu memecahkan cermin kereta dan mengugut mangsa.", "Dua rakaman video kejadian itu, masing-masing berdurasi dua minit 16 saat dan 36 saat, tular di media sosial. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tiada-rakyat-malaysia-terlibat-kejadian-letupan-gudang-mercun-di-narathiwat/
TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT KEJADIAN LETUPAN GUDANG MERCUN DI NARATHIWAT
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengesahkan tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan terlibat dalam insiden letupan gudang mercun di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, semalam.", "Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini memaklumkan berdasarkan laporan awal, letupan itu berlaku di gudang penyimpanan bunga api dan mercun yang telah menyebabkan sembilan kematian dan 114 orang mengalami kecederaan.", "“Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.", "“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +6674311062 atau +66936570707 (untuk kecemasan) atau melalui e-mel [email protected] dan sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.", "Terdahulu Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn dilaporkan berkata letupan pada 3.30 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Pasar Mundok, destinasi beli-belah popular bagi rakyat Malaysia.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lokman-adam-kekal-dipenjara-sebulan-hina-mahkamah-berkaitan-kes-1mdb/
LOKMAN ADAM KEKAL DIPENJARA SEBULAN HINA MAHKAMAH BERKAITAN KES 1MDB
[ "PUTRAJAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, kekal dipenjara sebulan selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.", "Ini berikutan keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Nordin Hassan hari ini yang menolak rayuan Lokman untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 15 Julai tahun lepas.", "Panel tiga hakim itu turut menolak rayuan silang dikemukakan pendakwaan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi tersebut.", "Pada 15 Julai 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Lokman selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB.", "Saksi itu ialah bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, yang juga saksi utama dalam kes tersebut.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/24-etnik-rohingya-lemas-di-langkawi/
24 ETNIK ROHINGYA LEMAS DI LANGKAWI
[ "LANGKAWI: Seramai 24 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dipercayai etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan barat Pulau Langkawi, malam tadi.", "Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, Maritime Rescue Sub-Coordinator (MRSC) Langkawi telah mengatur gerak asetnya Bot PELINDUNG 2 ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada pihak polis pada jam 10.30 malam mengenai kejadian tersebut.", "Berdasarkan maklumat pihak polis, pengadu yang juga salah seorang PATI telah terjun dari sebuah bot bersama 24 orang yang lain dan hanya beliau yang terselamat berenang ke daratan.", "Pengadu yang bernama Nor Hossain berumur 27 tahun telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.", "Operasi pencarian diteruskan hari ini melibatkan dua buah aset laut iaitu Kapal Maritim (KM) Gagah, Bot PELINDUNG 2 dan sebuah aset udara milik Maritim Malaysia iaitu pesawat AW 139 yang akan melibatkan sektor carian seluas 109 batu nautika persegi barat perairan Pulau Langkawi.", "Jelas Mohd Zawawi, pihaknya juga telah menyalurkan maklumat kejadian kepada agensi penyelamat yang lain dan komuniti nelayan setempat dalam usaha mencari.", "Malah katanya, pihak berkuasa Thailand turut dimaklumkan bagi membantu pencarian mangsa. – AlHijrah Online." ]
https://alhijrahnews.com/pru-15-selewatnya-julai-tahun-hadapan/
PRU 15 SELEWATNYA JULAI TAHUN HADAPAN
[ "PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan selewat-lewatnya akhir Julai 2022.", "Pun begitu, pelaksanaan PRU itu akan bergantung kepada situasi pandemik yang melanda di negara ini.", "“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa.", "“Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai,” dalam perutusannya, hari ini.", "Dalam masa yang sama, Muhyiddin turut memberi jaminan untuk mengambil tindakan yang terhormat serta berperlembagaan bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku pada masa ini.", "“Keutamaan saya hanyalah untuk memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik untuk menangani pandemik dan memulihkan negara,” katanya.", "Sementara itu, kerajaan juga bersetuju melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa.", "Menurut Muhyiddin, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan berkaitan cadangan tersebut akan dibentangkan di Parlimen agar dapat diluluskan dengan kerjasama bi-partisan.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/bekas-hakim-mahkamah-tinggi-ketuai-pasukan-khas-siasat-kehilangan-raymond-koh-amri/
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi ketuai pasukan khas siasat kehilangan Raymond Koh, Amri
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Rahim Uda hari ini dilantik mengetuai senarai enam ahli Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kehilangan aktivis, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh.", "Ahli lain yang turut berada dalam senarai pasukan dilantik Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu adalah Bekas Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mokhtar Mohd Noor; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Bahagian Operasi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Siap), Datuk Muhammad Bukhari Hamid.", "Selain itu, Pegawai Undang-undang Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Mohd Sophian Zakaria dan Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) KDN, Mohd Russaini Idrus.", "Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasukan itu diberi tempoh enam bulan untuk menjalankan siasatan kes tersebut sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri.", "“Pada 8 Mei lalu, mesyuarat jemaah menteri bersetuju KDN menubuhkan PPK bagi menyiasat kes kehilangan Raymond dan Amri.", "“Langkah ini diambil kerana laporan dibentangkan Suhakam telah wujudkan persepsi negatif dan tidak adil kepada polis. Jadi diharap dengan penubuhan PPK ini siasatan sewajarnya dilaksanakan untuk berikan keadilan kepada semua pihak.", "“Kita juga akui tugas ini mencabar tetapi saya yakin dengan kebijaksanaan ahli-ahlinya apa pun perkara yang berbangkit dapat diselesaikan,” katanya sebagaimana dipetik Sinar Harian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Pelantikan PPK Laporan Kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat di kementeriannya di Putrajaya hari ini.", "Jelas Muhyiddin lagi, kes Amri akan diberi tumpuan terlebih dahulu oleh PPK memandangkan kes Raymond masih ada yang dibicarakan di mahkamah.", "“Bagi kes kehilangan Amri PPK akan siasat semula laporan dikeluarkan Suhakam manakala kes Raymond hanya akan dilaksanakan setelah selesainya perbicaraan di mahkamah bagi mengelakkan subjudis,” katanya lagi.", "Terdahulu, KDN telah menerima Laporan Pendengaran Siasatan Awam Suhakam Kes Kehilangan Pastor Raymond Kod dan Amri Che Mat pada 8 April lalu." ]
https://alhijrahnews.com/terbabas-langgar-pokok-sawit-pemandu-lori-maut-ditimbus-pasir/
TERBABAS LANGGAR POKOK SAWIT, PEMANDU LORI MAUT DITIMBUS PASIR
[ "KLUANG: Seorang pemandu lori muatan pasir maut selepas lori dipandunya terlibat dalam nahas jalan raya di Kilometer 87, Jalan Batu Pahat di sini pagi tadi.", "Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 10.44 pagi.", "“Siasatan awal mendapati lori jenis Hino yang membawa muatan pasir itu dari arah Kahang ke Kluang.", "“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok kelapa sawit di situ,” katanya.", "Bahrin berkata, pemandu lori berkenaan tersepit dan dilaporkan mengalami kecederaan dalaman sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.", "Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Amri Shahab berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian di Kampung Contoh, Kahang melalui talian MERS999 pada jam 8.58 pagi sebelum mengerahkan anggota dan jentera ke lokasi kejadian.", "“Pihak pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori pasir jenis Hino yang dipercayai telah terbabas dan melanggar pokok sawit.", "“Kemalangan itu menyebabkan mangsa (pemandu) telah tertimbus oleh muatan yang dibawa,” katanya.", "Katanya anggota bertindak menarik keluar lori tersebut dengan bantuan sebuah jengkaut dan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.", "“Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sekitar 11.30 pagi,” katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pelajar-perempuan-maut-terjatuh-dari-tingkat-dua-bangunan-sekolah/
PELAJAR PEREMPUAN MAUT TERJATUH DARI TINGKAT DUA BANGUNAN SEKOLAH
[ "MELAKA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sekolah itu hari ini.", "Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2.31 petang.", "Beliau berkata siasatan awal mendapati kelas mangsa berada di tingkat dua bangunan sekolah tiga tingkat itu.", "“Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua bangunan tersebut selepas pasukan penyiasat menemukan kasut pelajar terbabit di kaki lima aras sama sekolah terbabit.", "“Tiada saksi yang nampak mangsa terjun atau terjatuh dan tiada kesan perbuatan jenayah di sekitar kawasan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.", "Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tarikh-persidangan-parlimen-dimuktamadkan-minggu-depan/
TARIKH PERSIDANGAN PARLIMEN DIMUKTAMADKAN MINGGU DEPAN
[ "KUALA LUMPUR: Tarikh persidangan Parlimen akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai depan.", "Perkara tersebut dimaklumkan dalam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, hari ini.", "“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.", "“Sehubungan dengan itu Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021,” katanya.", "Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021.", "Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang menghadap Al-Sultan Abdullah.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lorong-gelap-chow-kit-mula-bersinar/
LORONG GELAP CHOW KIT MULA ‘BERSINAR’
[ "KUALA LUMPUR: Lorong kecil dan gelap di Chow Kit, Kuala Lumpur yang banyak dikaitkan dengan masalah sosial semakin menunjukkan ‘sinar’ dan perubahan ke arah kebaikan.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan perubahan positif itu dikaitkan dengan kewujudan Surau Al-Hijrah di kawasan itu.", "“Lorong kecil dan gelap di Chow Kit, mula ‘bersinar’ dengan wujudnya Surau Al-Hijrah sejak beberapa tahun lalu.", "“Saya dimaklumkan pelbagai aktiviti keagamaan dijalankan di sini. Ia juga menyebabkan kadar masalah sosial setempat turun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.", "Zulkifli semalam sempat meluangkan masa menyantuni komuniti ‘mak nyah’ yang telah berhijrah dan menyampaikan sumbangan di Surau Al-Hijrah, Chow Kit. ⁣", "“Kita semua pada hakikatnya masih dalam perjalanan untuk mencapai kemerdekaan hakiki. Sudah pasti ada yang terselamat dan ada juga yang tersadung.", "“Apa yang penting adalah saling bantu membantu ke arah kebaikan,” katanya. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/aktivti-neelofa-suami-di-langkawi-disiasat/
AKTIVTI NEELOFA DAN SUAMI DI LANGKAWI DISIASAT
[ "LANGKAWI: Artis dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor,32, dan suami Muhammad Haris Mohd Ismail,26, akan disiasat berhubung gambar dan video yang tular memaparkan aktiviti pasangan itu di Langkawi.", "Lapor Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).", "“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.", "“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral,” katanya memetik Sinar Harian.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, pada Ahad.", "Tambah beliau pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang dilakukan pasangan itu sebahagian urusan perniagaan selebriti terbabit.", "Sebelum ini pasangan baru berkahwin itu dilaporkan berada di Langkawi atas urusan kerja seperti dimaklumkan pembekal makanan dan minuman Chatime Malaysia Sdn Bhd.", "Pasangan itu dilaporkan sedang melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baharu. — AlHijrah Online", "KREDIT: SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/isu-larangan-bacaan-doa-9-individu-lagi-akan-dipanggil/
ISU LARANGAN BACAAN DOA : 9 INDIVIDU LAGI AKAN DIPANGGIL
[ "KUALA LUMPUR : Polis akan memanggil sembilan lagi individu untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang melarang bacaan doa pada Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar yang diadakan baru-baru ini.", "Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan kes tersebut.", "“Setakat ini kita sudah selesai merekod keterangan lima saksi membabitkan mereka yang ada semasa majlis berkenaan berlangsung.", "“Kita juga telah menerima 10 laporan iaitu satu di Selangor, 1 di Kedah dan selebihnya di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.", "Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 C Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap golongan lain.", "Terdahulu Mior memberitahu siasatan kes berkenaan dilakukan selepas laporan pertama dibuat pada Jumaat lalu.", "Satu laporan polis diterima yang mendakwa beberapa individu hadir dalam satu majlis anugerah kecemerlangan pelajar di Sekolah Perempuan Methodist di Pulau Pinang yang menyatakan bacaan doa dalam majlis itu tidak dibenarkan. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/pemuda-baca-talkin-buat-arwah-nenek-tanpa-teks-tarik-perhatian-warga-net/
PEMUDA BACA TALKIN BUAT ARWAH NENEK TANPA TEKS TARIK PERHATIAN WARGA NET
[ "KUALA LUMPUR: Video tular seorang pemuda membacakan talkin tanpa teks semasa pengebumian Allahyarhamah neneknya menarik perhatian warga net yang memuji kebolehan lelaki itu.", "Menerusi video dimuat naik di aplikasi TikTok, bacaan talkin pemuda itu buat Allahyarhamah neneknya, Maimunah Abdul Hamid, turut membuatkan mereka yang menyaksikan turut sebak dan meruntun hati.", "Dalam video tersebut, lelaki itu kelihatan tabah membacakan talkin di sisi ahli keluarga serta saudara terdekat sambil menahan daripada menitiskan air mata.", "“Tuan-tuan yang dirahmati Allah, sesungguhnya talkin pada hari ini bukanlah talkin kepada si mati, jenazah, sedangkan talkin pada hari ini, talkin kepada kita semua.", "“Mengingatkan kita kepada mati, mengingatkan kita kepada alam akhirat. Berapa ramai orang yang tak sangka dia akan mati esok.", "“Anak-anak muda mahu pun orang tua yang sedang bersuka ria yang sedang gelak ketawa di kedai kopi, sedangkan mereka tidak tahu bahawasanya kain kapan mereka sudah pun dipotong.", "“Berapa ramai adik-beradik, yang bertelagah, berapa ramai adik beradi berpecah belah, sedangkan mereka tidak tahu esok mereka juga akan menghadap kepada Allah SWT. Seperti mana juga nenek kami, dan juga ibu kami, dia juga tidak tahu bahawasanya dia bakal pergi pada hari ini,” kata lelaki itu.", "Video tular itu mendapat jumlah tontonan 4.2 juta selain mendapat komen yang positif serta pujian kerana menunjukkan contoh yang baik untuk anak muda.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/bakal-pengantin-tetap-tunai-tanggungjawab-mengundi/
BAKAL PENGANTIN TETAP TUNAI TANGGUNGJAWAB MENGUNDI
[ "KUALA LUMPUR: Biarpun perlu segera menghadiri majlis pernikahannya, bakal pengantin Abdul Qayyim Roslan tetap menunaikan kewajipan untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini.", "Pekerja swasta berusia 26 tahun itu yang ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat berkata, dia telah berbincang dengan bakal isterinya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia terlebih dahulu sebelum ke majlis akad nikah mereka.", "“Ini adalah tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia, jadi amatlah perlu saya lunaskan dahulu amanah ini. ", "“Sebaik selesai mengundi, saya segera bergerak ke Selayang untuk majlis akad nikah dan persandingan. Bakal isteri pula akan mengundi di sana sebaik tamat majlis kami petang ini,” kata pemuda yang berasal dari Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa itu.", "SMK Seri Keramat menjadi tumpuan orang ramai hari ini berikutan penyanyi rap terkemuka yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet turut mengundi di sini.", "Sementara itu, seorang lagi pengundi bagi DUN Bukit Antarabangsa Chung Wai Choong, 63, yang menghidap polio tidak menjadikan penyakitnya itu sebagai penghalang untuk keluar mengundi.", "Dia yang kelihatan menggunakan angkup kaki besi pada kaki kanannya tidak pernah ketinggalan menjalankan tanggungjawab mengundi bagi DUN itu sejak 20 tahun lepas.", "“Saya sudah hidap polio ini sejak bayi sehingga membuatkan otot kaki kanan lemah dan tidak berdaya. Tapi kaki kiri saya masih berfungsi dengan baik dan saya tidak mahu lepaskan peluang mengundi walaupun saya berjalan agak lambat,” katanya yang menetap di Kemensah Heights.", "Dia yang bekerja sendiri dari rumah turut menasihati orang ramai supaya segera keluar mengundi sebagai menyahut seruan demokrasi.", "Kerusi DUN Lembah Jaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Altimet dan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin.", "Sementara DUN Bukit Antarabangsa, calon PH Mohd Kamri Kamarudin akan bersaing dengan calon PN Sasha Lyna Abdul Latif dan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Melanie Ting.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/oic-adakan-mesyuarat-tergempar-bincang-insiden-membakar-al-quran-di-stockholm/
OIC ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR BINCANG INSIDEN MEMBAKAR AL-QURAN DI STOCKHOLM
[ "JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini mengumumkan akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada minggu hadapan untuk berbincang mengenai isu membakar kitab suci al-Quran di Stockholm Rabu lepas semasa umat Islam membuat persiapan meraikan Aidiladha.", "Menurut OIC dalam kenyataan yang diterbitkan melalui twitter rasminya hari ini, mesyuarat itu akan diadakan di Jeddah di bawah undangan kerajaan Arab Saudi selaku pengerusi OIC.", "“Mesyuarat ini akan mengetengahkan tindakan-tindakan yang akan diambil terhadap perlakuan membakar kitab suci al-Quran dan bagi menyatakan pendirian menolak perbuatan keji itu,” kata kenyataan itu.", "Pada masa sama, pertubuhan itu turut mengecam sekeras-kerasnya perbuatan cela yang dilakukan oleh beberapa pelampau, dengan niat menimbulkan kebencian, perselisihan dan perkauman.", "“Kelakuan ini akan menjejaskan rasa hormat dan keharmonian antara kaum dan ia amat bercanggah dengan usaha antarabangsa untuk menyebarkan nilai toleransi, kesederhanaan dan menolak ekstremisme”, tambahnya.", "“Kami berasa kesal atas semua percubaan untuk mencemarkan Al-Quran dan nilai-nilai Islam dan mengesahkan komitmen yang diambil semua negara di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk menggalak, mendorong, menghormati dan mematuhi hak asasi manusia dan kebebasan asas setiap individu di seluruh dunia tanpa sebarang bentuk perbezaan daripada segi kaum, warna kulit, jantina, bahasa, agama, politik atau pandangan, asal negara atau sosial, harta, kelahiran atau status lain.", "Dalam nada sama, Liga Dunia Islam (MWL) dan Pengurusan Tertinggi Dua Kota Suci umat Islam turut mengecam hebat jenayah perbuatan membakar al Quran di Stockholm, Sweden.", "Malaysia, menerusi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut tidak ketinggalan mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada Rabu (28 Jun) di Stockholm. —AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/peranan-14-agensi-agama-perlu-seiring-objektif-keluarga-malaysia/
PERANAN 14 AGENSI AGAMA PERLU SEIRING OBJEKTIF KELUARGA MALAYSIA
[ "PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad akan memastikan kesemua 14 agensi di bawah seliaannya sentiasa bersatu sebagai sebuah keluarga untuk menjaga serta meningkatkan kebajikan umat Islam di negara ini.", "Jelasnya, selain bertepatan dengan objektif Keluarga Malaysia, konsep tersebut juga dilihat lebih mesra dalam memantau agensi-agensinya melaksanakan fungsi masing-masing sekaligus dapat menyelesaikan isu-isu agama yang dibangkitkan dengan segera.", "Ikuti laporan penuh Berita Alhijrah 1 September.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/korban-banjir-kini-46-orang-lima-masih-hilang/
KORBAN BANJIR KINI 46 ORANG, LIMA MASIH HILANG
[ "SHAH ALAM: Jumlah keseluruhan angka kematian akibat banjir yang direkodkan di seluruh negara kini berjumlah 46 orang setakat jam 4 pagi tadi.", "Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata lima lagi mangsa pula dilaporkan masih hilang.", "“Daripada 46 kematian yang direkodkan, 25 kematian adalah di Selangor, 18 kematian di Pahang dan tiga kematian di Kelantan.", "“Lima yang masih hilang kita harap dapat jumpa secepat mungkin,” katanya dalam sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Sri Muda, di sini, hari ini.", "Sementara itu beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengerahkan 377 anggota di seluruh negara bagi memantau kes pecah rumah dan curi kenderaan.", "Tegasnya pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mengambil kesempatan melakukan jenayah ketika negara sedang dilanda bencana banjir. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/ibu-dan-teman-lelaki-didakwa-aniaya-anak-empat-tahun/
IBU DAN TEMAN LELAKI DIDAKWA ANIAYA ANAK EMPAT TAHUN
[ "IPOH: Seorang ibu dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya anak lelaki wanita itu yang berusia empat tahun di sebuah pangsapuri di sini, minggu lepas.", "A. Kanageswary (ibu), 23, dan S. Uthayakumar (teman lelaki), 26, didakwa melakukan penganiayaan itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa lelaki berusia empat tahun, enam bulan di sebuah pangsapuri di Taman Menglembu Impiana Adril di sini kira-kira 4.30 petang, pada 2 Ogos.", "Mereka didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta 611 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj menawarkan jaminan RM15,000 setiap seorang, namun peguam Kelvin Francis memohon jaminan RM3,000 atas alasan kedua-dua anak guamnya menghadapi masalah kewangan dan mahu memulakan kehidupan baharu setelah bercerai dengan pasangan lama.", "Kelvin berkata Uthayakumar juga mengalami masalah sakit urat, selain mempunyai tiga anak dan dalam proses penceraian sementara penjamin iaitu ibunya hanya mempunyai RM3,000.", "Bagaimanapun, Hakim Ainul Shahrin Mohamad membenarkan masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Okt untuk sebutan kes.", "Pada 3 Ogos, media melaporkan rayuan sayu seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebalik jeriji berkunci rumahnya untuk meminta makanan daripada orang ramai, membongkar kisahnya menjadi mangsa dera ibu dan teman lelaki wanita itu.", "Kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dan dipenuhi kesan luka seluruh badan itu, kemudian diselamatkan polis, selepas menerima laporan daripada orang awam.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kesihatan-tun-m-baik-teliti-dokumen-dan-menulis-di-ijn/
KESIHATAN TUN M BAIK, TELITI DOKUMEN DAN MENULIS DI IJN
[ "KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih mampu melakukan rutin kerjanya walaupun sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).", "Terdahulu, Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menerima rawatan selepas disahkan mengalami jangkitan.", "Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook rasminya, malam ini.", "“Tun Dr Mahathir Mohamad menulis dan meneliti beberapa fail di wad hospitalnya di Institut Jantung Negara pada Khamis.", "“Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada Selasa dan dirawat kerana jangkitan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/remaja-17-tahun-lemas-seorang-lagi-hilang-di-pantai-batu-layar/
REMAJA 17 TAHUN LEMAS, SEORANG LAGI HILANG DI PANTAI BATU LAYAR
[ "JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki lemas manakala seorang rakannya masih hilang selepas mandi-manda di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi tengah hari tadi.", "Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 1.25 tengah hari.", "Beliau berkata makluman awal mendapati kedua-dua mangsa datang ke pantai itu bersama empat rakan lain menaiki motosikal dari Kluang dan kehadiran mereka di situ diketahui oleh ibu bapa masing-masing.", "“Orang awam yang berada di lokasi kejadian telah membantu menyelamatkan mangsa pertama iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun namun dia disahkan telah meninggal dunia.", "“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.", "Hussin berkata operasi mencari dan menyelamat seorang lagi remaja lelaki berusia 16 tahun yang masih hilang telah dihentikan sementara pada 7.30 malam susulan cuaca gelap dan laut dijangka bergelora akibat angin kencang pada sebelah malam.", "“Operasi akan disambung semula pada 8 pagi esok,” katanya sambil menambah operasi mencari dan menyelamat itu turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. ", "Beliau turut menasihati orang ramai yang mengunjungi kawasan pantai bagi tujuan rekreasi air supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mengambil langkah berjaga-jaga.", "“Ibu bapa serta penjaga yang membawa kanak-kanak juga dinasihatkan mengambil langkah sewajarnya agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/penganggur-tikam-ibu-direman-tujuh-hari/
PENGANGGUR TIKAM IBU DIREMAN TUJUH HARI
[ "MELAKA: Seorang penganggur direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling semalam.", "Tempoh reman sehingga 12 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin.", "Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.", "Semalam, akhbar melaporkan gara-gara mendengar ‘bisikan’, seorang penganggur tergamak menikam ibu kandungnya sendiri.", "Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dipetik sebagai berkata mangsa yang merupakan pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, maut di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian kiri dan kanan lehernya oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian kira-kira 3.05 petang itu. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/penerbangan-umrah-tidak-semestinya-pada-8-februari-nancy-shukri/
PENERBANGAN UMRAH TIDAK SEMESTINYA PADA 8 FEBRUARI – NANCY SHUKRI
[ "KUALA LUMPUR: Penerbangan semula jemaah umrah ke Tanah Suci tidak semestinya dilaksanakan pada 8 Februari depan.", "Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana terdapat beberapa proses yang perlu dimuktamadkan sebelum penerbangan dapat dilakukan.", "“Penggantungan selama satu bulan dari 8 Januari sehingga 7 Februari. Tidak semestinya 8 Februari terbang terus, mungkin kena uruskan prosedur operasi standard (SOP) dan tempahan serta sebagainya.", "“Saya tak cakap terus terbang tetapi saya kata boleh bermula. Ada beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan,” katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia di Putrajaya hari ini.", "Menurutnya SOP ibadah umrah telah disediakan pihak MOTAC dan sedang diperhalusi oleh Kementerian Kesihatan.", "Semalam, Nancy memaklumkan kabinet bersetuju untuk tidak melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang dibuat 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jakim-batal-sambutan-maulidur-rasul-peringkat-kebangsaan-tukar-penghayatan-melalui-tv/
JAKIM BATAL SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN, TUKAR PENGHAYATAN MELALUI TV
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan pembatalan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M bagi menjaga kemaslahatan rakyat dan membendung penularan pandemik COVID-19.", "Pun begitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh dalam kenyataannya berkata usaha menyantuni masyarakat dalam memperingati detik bersejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW serta menghayati sirah dan sunahnya diteruskan JAKIM dengan inisiatif norma baharu yang lebih santai melalui program ‘Semarak Cinta Rasul’.", "JAKIM ujarnya akan menerbitkan Rancangan Khas Semarak Cinta Rasul yang akan disiarkan pada 28 Oktober, jam 9 malam di TV1.", "Menurut Abdul Aziz antara pengisian rancangan khas tersebut ialah bacaan Al-Quran oleh Ahmad Tirmizi Ali, Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa 2014 serta Tayangan video khas Ibrah bertajuk “Muhammad”.", "Selain itu rancangan khas berkenaan akan turut memaparkan Tausiyah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pengumuman penerima Anugerah Khas Semarak Cinta Rasul, dan penzahiran doa khas bagi memohon keselamatan dan keamanan Malaysia dari pandemik COVID-19 khususnya, dan kesejahteraan rakyat Malaysia.", "JAKIM, kata Abdul Aziz turut menyediakan program sampingan sambutan Maulidur Rasul tahun ini antaranya Kempen Malaysia Berselawat di media sosial yang memberi peluang netizen menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dengan merakam selawat dan memuat naik di media sosial berserta tanda pagar #SemarakCintaRasul serta pertandingan video kreatif berunsurkan nilai-nilai murni dan Rasulullah SAW sebagai suri teladan. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pengumuman-kebenaran-rentas-negeri-bagi-sambutan-aidilfitri-perlu-diawalkan-ismail-sabri/
PENGUMUMAN KEBENARAN RENTAS NEGERI BAGI SAMBUTAN AIDILFITRI PERLU DIAWALKAN – ISMAIL SABRI
[ "JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) diminta membuat pengumuman kebenaran rentas negeri lebih awal bagi menyambut sambutan Aidilfitri.", "Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai dapat melakukan persiapan bagi menyambut sambutan berkenaan serta memudahkan urusan pembelian tiket pengangkutan awam jika pengumuman dilakukan lebih awal.", "“Perkara ini di bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian risiko,” katanya selepas Majlis Minum Petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram.", "Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan ketetapan sama ada rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri pada musim perayaan Aidilfitri hanya akan ditentukan Mei ini.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/bayaran-bpr-fasa-3-bermula-28-september/
BAYARAN BPR FASA 3 BERMULA 28 SEPTEMBER
[ "KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September 2021 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran ini akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan, melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.", "“Untuk fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.", "“Pembayaran fasa 3 ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa 3 ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.", "Ismail Sabri berkata, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tumpahan-pewarna-kilang-tekstil-punca-air-banjir-berwarna-merah/
TUMPAHAN PEWARNA KILANG TEKSTIL PUNCA AIR BANJIR BERWARNA MERAH
[ "JOHOR BAHRU: Kejadian air banjir berwarna merah di Kampung Sri Serdang Baru, Tampoi, di sini Khamis lalu berpunca daripada tumpahan sisa pewarna lama dari sebuah kilang tekstil berhampiran kampung berkenaan.", "Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata tumpahan tersebut dipercayai disebabkan hujan lebat serta struktur kilang yang tidak berbumbung selain bekas atau beg penyimpanan pigmen warna sudah reput.", "“Siasatan berdasarkan maklumat daripada penduduk kampung mendapati air berwarna merah tersebut berpunca dari sebuah kilang tekstil usang yang terletak berhampiran kampung mereka.", "“Pemilik kilang memaklumkan premis berkenaan wujud sejak 1940-an dengan keluasan 8.49 hektar dan tidak lagi menjalankan sebarang aktiviti kerana sudah menghentikan operasi pada tahun 2000.", "“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tumpahan daripada bekas sisa pewarna lama yang ditinggalkan dalam kawasan kilang terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.", "Pada 30 September lalu, seorang penduduk kampung berkenaan memuat naik beberapa keping gambar di Facebook menunjukkan pekarangan rumahnya dipenuhi air berwarna merah.", "Bagaimanapun, Wan Abdul Latif berkata banjir mula surut pada kira-kira jam 4.15 petang, air didapati tidak lagi berwarna merah.", "JAS Johor mengeluarkan arahan mengikut Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) kepada pemilik kilang supaya kerja pembersihan serta pelupusan segera dilakukan.", "“Pihak kilang menjalankan kerja pembersihan dan memindahkan sisa tumpahan. Bangunan itu juga ditutup dengan kanvas sehingga kerja selesai,” katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/63-pelajar-dua-guru-di-pahang-positif-influenza/
63 PELAJAR, DUA GURU DI PAHANG POSITIF INFLUENZA
[ "KUANTAN: Seramai 63 pelajar dan dua guru dari 42 sekolah di seluruh Pahang disahkan dijangkiti influenza setakat hari ini.", "Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, daripada jumlah berkenaan, hanya seorang dijangkiti influenza B manakala selebihnya disahkan menghidap influenza A.", "Menurutnya, Kuantan merupakan daerah paling ramai pelajar dijangkiti influenza iaitu 28 orang diikuti Cameron Highlands (lapan); Maran (lapan); Pekan (tujuh); Temerloh (enam); Bentong (empat); Bera (dua); Rompin dan Jerantut masing- masing seorang pelajar.", "“Dua guru yang dijangkiti influenza adalah dari Pekan dan Cameron Highlands.", "“Lapan pelajar dan seorang guru kini masih menerima rawatan di hospital manakala selebihnya dikuarantin di rumah masing- masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.", "Beliau berkata, peringatan mengenai wabak itu sentiasa diberikan kepada pihak sekolah dan ibu bapa sebagai langkah waspada dan berjaga-jaga.", "Beliau turut menasihatkan guru-guru dan pelajar yang tidak sihat agar mendapat rawatan sewajarnya sebelum meneruskan sesi persekolahan.", "“Ibu bapa juga diingatkan supaya kuarantin anak mereka yang tidak sihat di rumah bagi mencegah dan mengelakkan penyakit berkenaan merebak lebih meluas,” katanya. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/kerajaan-tambah-rm500-dalam-akaun-1-kwsp/
KERAJAAN TAMBAH RM500 DALAM AKAUN 1 KWSP
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 1 sebanyak RM500.", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang daripada RM10 ribu dalam Akaun 1.", "“Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion,” katanya semasa Pembentangan Bajet 2023 di Parlimen hari ini.", "Kerajaan berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat, katanya.-AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pdrm-lumpuhkan-kegiatan-kumpulan-pengganas/
PDRM lumpuhkan kegiatan kumpulan pengganas
[ "KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan kegiatan\nkumpulan pengganas yang dianggotai warga Filipina dan tempatan dalam serbuan di\nSemporna dan Tambunan, Sabah.", "Operasi pada 11 dan 12 Mac ini dilaksanakan Bahagian Counter Terrorism\nCawangan Khas Bukit Aman dengan kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis\nKontinjen (IPK) Sabah dan Unit 69 Komando PDRM.", "Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan\nmembabitkan 13 suspek yang terdiri daripada 12 warga Filipina dan seorang warga\ntempatan disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas termasuklah memberi\nperlindungan kepada pengganas asing yang bersembunyi di Sabah.", "Menurutnya, kesemua ditangkap disyaki menganggotai kumpulan Abu Sayyaf\nGroup (ASG), kumpulan Maute atau Royal Sulu Force (RSF).", "“Tangkapan pertama pada 11 Mac di Semporna, seramai enam lelaki\ntermasuk seorang warga tempatan berusia 40 hingga 60 tahun diberkas.", "“Siasatan mengesyaki empat daripada mereka terlibat dalam\npertempuran bersama-sama kumpulan pengganas Maute di Bandar Marawi, Filipina\npada tahun 2017. Malah turut terlibat memberi perlindungan kepada elemen\nkumpulan pengganas Maute serta beberapa warga Timur Tengah yang bersembunyi di\nSabah.", "“Dua lagi suspek juga disyaki merupakan anggota kumpulan RSF yang\nterlibat dalam insiden serangan di Lahad Datu dan Semporna pada tahun 2013\nselain terlibat merekrut anggota baru RSF dengan menjual kad keahlian dalam\nkalangan warga Filipina yang menetap di Sabah,” katanya dalam satu\nkenyataan, hari ini.", "Tambahnya, kedua-dua suspek ini telah melarikan diri ke Selatan\nFilipina selepas kekalahan kumpulan RSF. Namun, pada November 2018, kedua-dua\nmereka ini telah menyusup masuk ke Semporna untuk mengaktifkan kembali aktiviti\nkumpulan tersebut di Sabah.", "Mengulas lanjut, serbuan kedua di Tambunan melibatkan lima lelaki dan\nseorang wanita warga Filipina berusia 23 hingga 63 tahun.", "Katanya, siasatan mendapati seorang daripada suspek yang ditangkap\nmerupakan pekerja buruh binaan disyaki anggota kumpulan pengganas ASG yang\npernah terlibat di dalam serangan di Bandar Marawi, Filipina.", "“Suspek menyusup masuk ke Sabah pada Disember tahun lalu bersama\nanggota kumpulan terbabit bagi mengelak daripada operasi ketenteraan pihak\nberkuasa Filipina.", "“Sementara itu, lima lagi suspek ditangkap kerana terlibat dalam\nmemberi perlindungan kepada elemen pengganas ASG dan kumpulan Maute yang masih\nbebas,” katanya.", "Mohamad Fuzi berkata, tangkapan pada 12 Mac pula melibatkan seorang\nlelaki Filipina berusia 39 tahun yang juga merupakan pekerja buruh binaan\nkerana memberi perlindungan kepada kumpulan pengganas ASG dan kumpulan Maute\nyang masih bebas.", "“Dengan tangkapan ini, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas\nyakin dapat mengesan dan memburu saki-baki kumpulan pengganas yang bersembunyi\ndi dalam negara khususnya di Sabah,” katanya.", "Kesemua yang ditangkap disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/selepas-34-maut-genjatan-senjata-dicapai-di-gaza/
SELEPAS 34 WARGA PALESTIN MAUT, GENCATAN SENJATA DICAPAI DI GAZA
[ "GAZA CITY: Gencatan senjata akhirnya dicapai di Gaza selepas dua hari serangan rejim Israel ke atas wilayah konflik itu sejak Selasa lalu.", "Kumpulan Jihad Islam dilaporkan bersetuju menghentikan serangan selepas Israel bersetuju dengan gencatan senjata dipelopori Mesir.", "Jurucakap Jihad Islam, Musab Al-Braim, memberitahu agensi berita Anadolu yang gencatan senjata di Gaza itu bermula 5 pagi waktu tempatan.", "Al-Braim berkata pihaknya bersetuju dengan gencatan senjata itu atas permintaan kumpulan-kumpulan pejuang di wilayah itu.", "“Gencatan senjata dengan Mesir sebagai orang tengah, dipersetujui selepas penjajah (Israel) tunduk kepada syarat-syarat yang ditetapkan Jihad Islam bagi pihak kumpulan penentang di Gaza,” kata Al-Braim.", "Jurucakap tentera Israel, Avichai Adraee turut mengesahkan gencatan senjata itu.", "Serangan rejim Israel menyebabkan 34 warga Palestin maut dan lebih 110 cedera.", "Situasi tegang di Gaza bermula selepas Israel membunuh komander Jihad Islam, Bahaa Abu al-Atta.", "Kumpulan penentang itu kemudiannya membalas serangan udara Israel dengan melancarkan roket. — Terjemahan AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/warga-asing-tidak-pakai-pelitup-muka-tunjuk-isyarat-lucah-ditahan/
WARGA ASING TIDAK PAKAI PELITUP MUKA, TUNJUK ISYARAT LUCAH DITAHAN
[ "KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bukan warganegara yang tular selepas tidak memakai pelitup muka dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.", "Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, suspek telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk memberi keterangan setelah menyedari videonya tidak memakai pelitup muka tular di media sosial.", "“Pihak polis kemudiannya telah menahan suspek berkenaan untuk siasatan lanjut.", "“Suspek merupakan warganegara Kanada berumur 44 tahun dan bekerja serta menetap di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Ujar beliau kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).", "Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).", "Orang ramai yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini boleh tampil memberi maklumat atau menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana- mana balai polis berhampiran. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/penyelam-remaja-warga-belanda-disahkan-meninggal-dunia/
PENYELAM REMAJA WARGA BELANDA DISAHKAN MENINGGAL DUNIA
[ "MERSING: Penyelam remaja warga Belanda Nathen Renze Chesters, 14, yang hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu lepas, disahkan telah meninggal dunia selepas tidak dapat bertahan akibat terlalu lemah.", "Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata perkara itu disahkan sendiri oleh bapa mangsa Adrian Peter Chesters.", "“Pihak Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bagi membantu mencari remaja terbabit yang dipercayai telah meninggal dunia dan hanyut ke perairan Indonesia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. ", "Beliau berkata APMM telah menamatkan Op Carilamat pada 1.30 tengah hari tadi susulan penemuan tiga daripada empat penyelam yang hilang.", "Pada Rabu lepas, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di sini.", "Bagaimanapun, jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat dalam keadaan terapung lengkap dengan pakaian dan peralatan menyelam oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi Khamis lepas.", "Adrian Peters, 46, yang merupakan warga British, dan Alexia Alexandra Molina, 18, seorang warga Perancis, pula ditemukan selamat oleh nelayan tempatan pada kira-kira 1 pagi.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/maiwp-lancar-projek-laman-cendawan-untuk-asnaf-di-labuan/
MAIWP LANCAR PROJEK LAMAN CENDAWAN UNTUK ASNAF DI LABUAN
[ "LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan melancarkan projek Laman Cendawan bernilai RM193,720 di Kampung Sungai Buton hari ini.", "Projek bertujuan membantu menaik taraf golongan asnaf itu melibatkan pembinaan lima rumah cendawan berkeluasan 2,800 kaki persegi di kawasan seluas tujuh hektar milik MAIWP.", "Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abd Rahman ketika melancarkan projek itu berkata setiap rumah cendawan itu berkeluasan 300 kaki persegi dengan mampu memuatkan 4,000 bongkah cendawan pada satu-satu masa. ", "Beliau berkata setiap rumah cendawan dikendalikan oleh seorang asnaf yang dilantik berdasarkan minat dan kecenderungan meningkatkan ekonomi dalam bidang pertanian serta melepasi proses tapisan MAIWP.", "“Objektif program rintis pertanian ini untuk membantu golongan asnaf terus berdikari dan sentiasa berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya.", "Program berkonsepkan pertanian bandar itu juga dilihat mampu mewujudkan ekosistem menjana pendapatan pelbagai pihak di samping mendukung misi dan visi keterjaminan makanan negara.", "Abdul Aziz berkata MAIWP menganggarkan sebuah rumah cendawan boleh mengeluarkan maksimum tujuh kilogram hasil tuaian cendawan sehari.", "“Projek ini merangkumi struktur bangunan rumah cendawan, sistem pengairan dan elektrik, rak dan bongkah cendawan serta pembersihan tanah,” katanya dan menambah projek berkenaan melibatkan kerjasama Jabatan Pertanian Labuan, Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tv-alhijrah-menang-anugerah-pesanan-khidmat-awam-terbaik-mcmc/
TV ALHIJRAH MENANG ANUGERAH PESANAN KHIDMAT AWAM TERBAIK MCMC
[ "KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Islam utama negara TV AlHijrah diumum pemenang Anugerah Pesanan Khidmat Awam Terbaik untuk Televisyen (swatsa) sempena MCMC Star Rating Awards 2021 yang diadakan malam semalam.", "Anugerah yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek itu diterima oleh Ketua Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah Saifulizan Sidek.", "Penganugerahan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu mengambil kira syarat-syarat ketat yang meliputi keperluan kawal selia, kepuasan pengguna dan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.", "Saifulizan berkata, anugerah itu satu penghargaan kepada TV AlHijrah atas usaha dan sifat prihatin terhadap keperluan masyarakat melalui kandungan televisyen.", "“Sebagai sebuah stesen televisyen Islam kita sentiasa berusaha menghasilkan kandungan-kandungan bermanfaat dan diperlukan rakyat terutama dari sudut rohani.", "“Usaha seperti itu pastinya akan kami teruskan dan anugerah ini satu motivasi kepada warga kerja TV AlHijrah,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.", "Selain TV AlHijrah, 19 lagi anugerah lain-lain kategori disampaikan kepada 23 penerima yang layak di majlis yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Timbalannya Teo Nie Ching.", "Anugerah yang dianjurkan dua tahun sekali ini memberi pengiktirafan kepada pemegang lessen di bawah bidang kuasa MCMC.", "Ia diadakan untuk mengalakkan persaingan sihat dalam kalangan penyedia perkhidmatan dan memastikan perkhidmatan yang terbaik disediakan kepada pengguna. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/covid-19-55-kes-pulih-94-kes-baharu-tiada-kematian-hari-ini/
COVID-19: 55 KES PULIH, 94 KES BAHARU, TIADA KEMATIAN HARI INI
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan 94 kes baharu positif COVID-19 sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,945.", "Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah 94 kes baharu berkenaan 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia.", " “Manakala 55 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad ialah 4,087 kes.", "“Dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 100 kes,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini. — BERNAMA " ]
https://alhijrahnews.com/kemalangan-12-kenderaan-di-tambak-johor-pemandu-lori-ditahan/
KEMALANGAN 12 KENDERAAN DI TAMBAK JOHOR, PEMANDU LORI DITAHAN
[ "JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan melibatkan 12 kenderaan di Tambak Johor menghala ke Singapura, di sini hari ini.", "Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki tempatan berumur 34 tahun itu ditahan pada 1.15 tengah hari tadi.", "Beliau berkata hasil siasatan mendapati kemalangan yang berlaku pukul 9.25 pagi tadi adalah berpunca daripada masalah teknikal yang dialami lori membawa muatan habuk batu itu.", "“Lori dipandu individu itu telah hilang kawalan lalu melanggar 11 kenderaan di hadapannya.", "“Hasil siasatan awal mendapati lori yang dipandu telah hilang kawalan kerana mengalami kerosakan teknikal di bahagian brek, lalu melanggar kenderaan lain di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.", "Beliau berkata dalam kemalangan itu, enam kenderaan merupakan kenderaan tempatan, manakala enam lagi merupakan kenderaan asing.", "Katanya selain lori berkenaan, sembilan daripadanya adalah kereta, dan masing-masing satu van dan bas.", "Bagaimanapun, Raub berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu dan hasil ujian air kencing terhadap pemandu lori itu pula adalah negatif.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/covid-19-kematian-di-china-cecah-3072/
COVID-19: KEMATIAN DI CHINA CECAH 3,072
[ "BEIJING: Angka kematian di China akibat koronavirus mencecah 3,072 kes hari ini, demikian menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara.", "Pihak berkuasa di China itu berkata 28 meninggal dunia dalam\ntempoh 24 jam lalu sementara 99 kes baharu dikesan dengan jumlah kes jangkitan\nmencecah 80,651.", "Agensi berita Anadolu melaporkan sekurang-kurangnya 22,177\nindividu kini di bawah penjagaan kesihatan dan mereka yang didiscaj kekal pada\n55,404 kes.", "Sebelum ini, pihak berkuasa memaklumkan 16 hospital sementara di wilayah Hubei, yang juga pusat penularan wabak, akan ditutup secara berperingkat ekoran kekurangan kapasiti.", "Pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, virus\nyang dikenali sebagai COVID-19, kini menular di 80 negara.", "Jumlah kematian global kini menghampiri 3,500 dengan kira-kira 100,000 kes jangkitan direkodkan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).", "Sebagai langkah membendung penularan virus itu, beberapa negara menutup pintu sempadan dan menggantung perjalanan darat dan udara dari negara terjejas seperti China, Iran dan Itali.", "WHO sebelum ini mengisytiharkan penularan wabak itu sebagai kecemasan global telah meningkatkan tahap amaran kepada “amat tinggi”. – Terjemahan AlHijrah Online " ]
https://alhijrahnews.com/covid-19-empat-kluster-baharu-hari-ini/
COVID-19: EMPAT KLUSTER BAHARU HARI INI
[ "PUTRAJAYA: Empat kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini, melibatkan beberapa kawasan di Sabah, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama iaitu Kluster Kupi-Kupi di daerah Penampang, Sabah dikesan pada 2 Disember lalu hasil saringan individu bergejala.", "“Sehingga 9 Disember, seramai 12 individu telah disaring dan kesemuanya dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.", "Dr Noor Hisham berkata kluster seterusnya iaitu kluster Tapak Bina Ikon Bintang melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Kuala Lumpur dengan kes dikesan bermula 9 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja sebuah tapak pembinaan.", "Beliau berkata sehingga 9 Disember, 12 kes telah dikesan positif COVID-19 daripada 532 individu yang disaring dalam kluster tersebut.", "Kluster ketiga yang melibatkan negeri Johor, Kelantan dan Perak iaitu Kluster Bandar Impian, hanya 9 individu sahaja yang positif daripada 58 individu yang disaring.", "Bagi kluster keempat, Kluster Jalan Kemang, daripada 257 individu yang disaring, seramai 19 individu didapati positif.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/najib-bersalah-atas-tujuh-pertuduhan-dihukum-penjara-12-tahun-dan-denda-rm210-juta/
NAJIB BERSALAH ATAS TUJUH PERTUDUHAN, DIHUKUM PENJARA 12 TAHUN DAN DENDA RM210 JUTA
[ "KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.", "Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan ke atas Najib.", "Mohd Nazlan juga berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pasukan pendakwa raya.", "Beliau mengambil masa kira-kira dua jam membaca penghakiman sebelum membuat keputusan sabit kesalahan.", "Agensi berita Bernama melaporkan, Mahkamah Tinggi turut menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 72 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.", "Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Mohd Nazlan memerintahkan hukuman penjara itu dilaksanakan serentak.", "Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan kes CBT dan setiap kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta, atau penjara lima tahun dalam kes menyalahguna kedudukan.", "Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/keputusan-stam-keluar-30-jun-ini-kpm/
KEPUTUSAN STAM DIUMUM 30 JUN INI – KPM
[ "KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan diumumkan pada 30 Jun ini.", "Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.", "“Di samping itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2021 mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.", "“Selain itu, kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai,” menurut kenyataan itu. —AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/raja-permaisuri-agong-gesa-gencatan-senjata-buka-koridor-bantuan-tetap-ke-gaza/
RAJA PERMAISURI AGONG GESA GENCATAN SENJATA, BUKA KORIDOR BANTUAN TETAP KE GAZA
[ "KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggesa pemimpin dunia mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera dalam konflik Gaza-Israel dan membuka koridor bantuan kemanusiaan secara kekal ke Semenanjung Gaza.", "Raja Permaisuri Agong bertitah tindakan pemimpin dunia perlu dalam menyokong usaha yang diselaraskan oleh organisasi kemanusiaan untuk menghantar bekalan penting dan membantu kumpulan tempatan di lapangan dalam menyediakan perkhidmatan kecemasan, selain menyelamatkan maruah rakyat yang sedang menderita.", "“Kita tidak boleh membiarkan pengeboman berterusan…kita mesti secara kolektif menyeru agar permusuhan dihentikan segera. Saya berdiri di sini, untuk menyertai gesaan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera dan saya merayu kepada pemimpin dunia untuk memberi tekanan ke arah usaha menamatkan kegilaan ini.", "“Saya berdiri di sini bukan sahaja sebagai seorang Raja Permaisuri Agong tetapi sebagai seorang ibu, bersama anak-anak saya yang amat saya sayangi…Saya berdiri di sini sebagai seorang manusia dan kita mesti bersuara dan berkata ‘Berhenti, dan cukup-cukuplah!’.", "“Saya berang dengan pencabulan hak asasi manusia yang serius ini, saya tidak boleh berdiam diri lagi… Saya bimbang untuk rakyat Gaza, demi keselamatan kanak-kanak, saya bimbang atas dasar kemanusiaan kita,” titah Tunku Azizah ketika menyampaikan Titah Diraja pada Sidang Kemuncak “United for Peace in Palestine: There is No Loss in Peace” (Bersatu demi Keamanan di Palestin: Tiada Kehilangan Untuk Keamanan” di Istanbul, Turkiye hari ini.", "Teks ucapan baginda telah dihantar kepada Bernama.", "Sidang kemuncak itu disertai oleh pasangan pemimpin dari pelbagai negara dan dihoskan oleh Wanita Pertama Turki, Emine Erdogan.", "Tunku Azizah bertitah sejak konflik semakin meruncing, beratus-ratus ribu rakyat telah menggesa kerajaan mereka untuk menyokong usaha ke arah gencatan senjata dan para pemimpin harus mendengar suara tuntutan rakyat mereka.", "“Mereka ini dari semua lapisan masyarakat, mengamalkan agama yang berbeza, dan bercakap bahasa yang berbeza tetapi mereka bercakap dalam satu suara – untuk menyeru kepada keamanan, untuk hidup dalam harmoni dan menghormati antara satu sama lain,” titah baginda.", "Tunku Azizah bertitah tiada manusia harus hidup menderita, atau berada dalam ketakutan yang berterusan dan bimbang akan nyawa mereka dengan beribu-ribu mangsa pengeboman masih tersepit di bawah runtuhan bangunan.", "Baginda turut melahirkan rasa sedih terhadap keadaan yang melanda Gaza kerana lebih 10,000 nyawa rakyatnya terkorban dalam tempoh sebulan dengan hampir separuh daripada mangsa adalah kanak-kanak, akibat kekejaman Israel terhadap Palestin.", "“Mereka telah dinafikan dan disekat daripada menjalani kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang normal. Ini sememangnya satu pencabulan secara serius terhadap hak asasi manusia…hak untuk menikmati kehidupan normal dan sempurna,” titah Tunku Azizah.", "Baginda bertitah ingatan penting yang tidak boleh dilupakan sebagai seorang bergelar insan ialah, kesakitan dan penderitaan yang sedang dilalui dunia, justeru sebagai manusia, masyarakat dunia tidak boleh berhenti mendesak agar semua permusuhan dihentikan.", "“Setiap negara yang menghadapi peperangan, kesusahan, dan konflik sekarang ini berhak untuk hidup dengan aman, saya dengan rendah hati bercakap mewakili setiap daripada mereka dan sebagai seorang Muslim, saya ingin mengingatkan anda bahawa menjadi kewajipan kita sebagai manusia untuk menuntut agar pengakhiran kepada semua permusuhan, sebagaimana kerap diingatkan bahawa, ‘perang membawa kesakitan, bukan keuntungan’, jadi marilah kita pilih keamanan demi hidup makmur,” titah baginda.", "Sementara itu, dalam kenyataan bersama Pasangan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta wakil negara pada sidang kemuncak itu dengan tegas menyuarakan bahawa mereka menolak sebarang percubaan untuk memindahkan penduduk awam Palestin dari tanah air mereka.", "Menurut kenyataan itu, semua pihak wajib bertindak mengikut undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, serta melihat kesan yang besar akibat perpindahan semasa konflik terhadap wanita, kanak-kanak dan warga tua.", "Pasangan Ketua Negara dan Kerajaan serta wakil negara turut menggesa seluruh dunia bertindak segera dan secara kolektif untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza.", "“Kami menyeru agar serangan Israel dihentikan serta-merta yang menyasarkan semua penempatan awam di Gaza, termasuk sekolah, hospital dan kemudahan perubatan lain, kem pelarian, kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tempat ibadat.", "“Dalam hal ini, gencatan senjata segera yang akan menamatkan permusuhan dan pemberian bantuan kemanusiaan tanpa halangan, mencukupi dan selamat kepada orang awam di Gaza adalah amat diperlukan,” menurut kenyataan bersama itu.", "Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza dan sehingga kini telah mengorbankan lebih 11,000 nyawa rakyat Palestin, termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak dengan lebih 29,000 lagi cedera.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kerajaan-sedia-isytihar-darurat-jika-cuaca-panas-melampau/
KERAJAAN SEDIA ISYTIHAR DARURAT JIKA CUACA PANAS MELAMPAU
[ "PUTRAJAYA: Kerajaan sedia mengisytiharkan darurat jika cuaca panas di negara ini mencapai tahap suhu melampau, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.", "Beliau yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan diaktifkan berhubung pengisytiharan darurat, sekiranya cuaca panas melampau berterusan.", "“Kita sedang pantau 24 jam. Kalau ada darurat kita akan buat pengumuman. Buat masa ini belum lagi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 1 2023 di Perdana Putra di sini, hari ini.", "Katanya operasi pembenihan awan juga akan dilakukan di tujuh lokasi bagi mengisi empangan yang menunjukkan kadar paras air merosot iaitu di Sungai Muda dan Sungai Kedah di Kedah; Sungai Melaka (Melaka); Sungai Kelantan (Kelantan); Sungai Klang (Selangor); Sungai Bernam (sempadan Perak dan Selangor); dan Sungai Similajau di Sarawak.", "Ahmad Zahid berkata operasi berkenaan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), malah beliau sendiri akan menyertai tinjauan di Sungai Muda dan Sungai Kedah petang ini untuk melihat sama ada keadaan awan sesuai untuk proses pembenihan.", "Selain itu, beliau berkata mesyuarat hari ini turut dimaklumkan terdapat 406 lokasi berisiko berlakunya kebakaran terbuka disebabkan kawasan bertanah gambut.", "“Sebanyak 616 operasi pemantauan beroperasi 24 jam sedang dilaksanakan di kawasan-kawasan yang selalu berlaku kebakaran, terutama kategori kawasan kebun dan ladang, hutan, belukar berlalang dan kawasan sampah,” katanya.", "Dalam pada itu, katanya terdapat 101 telaga tiub telah dibina bagi memudahkan operasi memadam kebakaran hutan yang jauh dari sumber air dan di kawasan sering berlaku kebakaran. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kanak-kanak-perempuan-lemas-dalam-kolam-renang/
KANAK-KANAK PEREMPUAN LEMAS DALAM KOLAM RENANG
[ "IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan lemas di dalam kolam renang rumah milik jiran datuknya di Tambun di sini semalam.", "Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6.30 petang selepas abang mangsa yang berusia 15 tahun menjumpai mangsa dalam keadaan terapung dalam kolam renang tersebut.", "“Siasatan awal mendapati mangsa bersama ibunya menziarahi ahli keluarga yang berada di sebuah rumah lot yang dimiliki oleh jiran kepada datuk mangsa.", "“Hasil bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh di sini mendapati mangsa meninggal dunia akibat mati lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Sehubungan dengan itu, Mohd Yusri berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 33(1), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.", "Menurutnya kejadian itu adalah kes keempat mati lemas melibatkan mangsa kanak-kanak di daerah Ipoh pada tahun ini yang berpunca daripada ketinggalan ibu bapa atau penjaga. ", "“Pihak polis amat memandang serius tentang perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang membiarkan kanak-kanak bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan sehingga menyebabkan kemalangan jiwa,” katanya.", "Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan maut akibat lemas di dalam kolam renang rumah datuknya di Tambun, Selasa lepas.", "Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kejadian dipercayai berlaku pada 8.45 malam selepas bapa kanak-kanak tersebut menjumpai mangsa dalam keadaan terlentang dan terapung dalam kolam renang itu.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/sultan-selangor-perkenan-dun-dibubar-jumaat-ini/
SULTAN SELANGOR PERKENAN DUN DIBUBAR JUMAAT INI 
[ "KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini (23 Jun) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).", "Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini.", "Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor. ", "Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu. ", "Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.", "Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Haris Kasim, Speakar DUN Selangor Ng Suee Lim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor.", "Selangor antara tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) yang akan mengadakan PRN tahun ini selain Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang masing-masing mengumumkan pembubarkan DUN pada 28 dan 30 Jun ini.", "Selain itu, tiga lagi negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan PRN tahun ini ialah Kelantan, yang akan membubarkan DUN pada 22 Jun, Kedah (28 Jun) manakala Terengganu masih berteki-teki mengenai tarikh sebenar pembubaran DUN.", "Susulan perkenan Sultan Sharafuddin itu, ia menyaksikan DUN Selangor yang diterajui PH dibubarkan dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.", "Persidangan DUN Selangor yang pertama adalah pada 26 Jun 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.", "Selepas PRU14, PH Selangor yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal memerintah negeri itu apabila memperoleh majoriti dua pertiga dengan menang 51 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.", "Mohamed Azmin kemudian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 11 Mei 2018 sebelum melepaskan jawatan tersebut untuk dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kabinet yang ketika itu diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.", "PH kemudian menamakan Amirudin yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 dan mengangkat sumpah jawatan pada 19 Jun 2018.", "Sepanjang penggal itu, Selangor menyaksikan empat Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu di DUN Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Semenyih berikutan penyandang kerusi daripada parti gabungan PH meninggal dunia. ", "Tiga daripada kerusi tersebut berjaya dipertahankan PH manakala kerusi Semenyih dirampas Barisan Nasional (BN) dalam PRK pada 2 Mac 2019.", "Kedudukan terkini DUN Selangor menyaksikan PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam); BN (enam); Bersatu (empat); Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua), manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jurang-pendapatan-rakyat-melebar-antara-kelompok-teratas-dan-terbawah-pm/
JURANG PENDAPATAN RAKYAT MELEBAR ANTARA KELOMPOK TERATAS DAN TERBAWAH: PM
[ "KUALA LUMPUR: Jurang pendapatan antara isi rumah kumpulan 20 peratus teratas dengan kumpulan 40 peratus terbawah semakin melebar dari RM2,000 pada 1990 kepada lebih RM10,000 pada 2016.", "Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata struktur ekonomi sejak dua dekad lalu telah mengembangkan jurang itu dalam kalangan rakyat, sama ada daripada kumpulan pendapatan, etnik, wilayah mahupun dalam rantaian bekalan.", "Perdana menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) bertajuk “Penyusunan Semula Keutamaan Pembangunan Malaysia”, iaitu kerangka hala tuju negara bagi tempoh 2021 sehingga 2030 di sini hari ini.", "“Jurang antara etnik sama ada etnik Bumiputera kepada etnik Cina, mahupun etnik India kepada Cina berkembang antara 3.5 hingga 4 kali ganda sepanjang 27 tahun lalu.", "“Perbezaan jurang etnik juga kelihatan dalam bidang pekerjaan, nilai tambah perniagaan mahupun jumlah penguasaan kekayaan korporat antara Bumiputera dan bukan Bumiputera,” kata Perdana Menteri.", "Dalam pada itu, beliau berkata jurang pengagihan ekonomi antara wilayah juga turut berkembang, yang mana 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tertumpu di Wilayah Kuala Lumpur.", "“Jurang pendapatan penengah di Wilayah ini terjumlah lebih RM10,500 berbanding pendapatan penengah di luar Kuala Lumpur hampir separuh darinya.", "“Jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar dan jurang antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak juga menunjukkan pelebaran jurang ekonomi yang semakin ketara,” kata beliau. ", "Sementara itu, Dr Mahathir berkata dalam konteks jurang rantaian bekalan, kes-kes monopoli dan pencatutan semakin bertambah dengan sebahagian pihak mengawal rantaian bekalan.", "Ini menyebabkan kurangnya penyertaan kumpulan lain, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), katanya.", "“Masalah ini berlaku dari kumpulan petani dan nelayan kecil sehingga kepada perusahaan-perusahaan besar,” jelas Dr Mahathir. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/lebih-rm700000-zakat-fidyah-diagih-maik-kepada-asnaf/
LEBIH RM700,000 ZAKAT, FIDYAH DIAGIH MAIK KEPADA ASNAF
[ "KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan wang zakat dan kutipan fidyah berjumlah RM770,300 kepada golongan asnaf, fakir miskin dan anak yatim di seluruh negeri tahun ini.", "Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan yang diagihkan itu meningkat lebih 100 peratus berbanding RM300,000 yang diagihkan pada tahun lepas.", "“Penerima wang zakat dan fidyah ini dikenal pasti oleh imam mukim di setiap jajahan dan menepati syarat yang ditentukan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pengurniaan Sumbangan zakat dan fidyah kepada 501 asnaf fakir, miskin dan anak yatim di Masjid Muhammadi di sini hari ini.", "Turut hadir Tengku Puan Temenggong Kelantan Puan Sri Tunku Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Timbalan Mufti Kelantan Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman.", "Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata peruntukan wang zakat dan fidyah tersebut akan disalurkan kepada 17 masjid bandar jajahan untuk diagihkan oleh imam-imam kepada golongan yang memerlukan.", "Tengku Mohamad Rizam berkata pihaknya akan sentiasa membantu golongan yang memerlukan termasuk pelajar untuk meringankan beban dan mengubah masa depan mereka ke arah yang lebih baik.", "Seorang penerima Mat Yunus, 45, berkata wang sumbangan itu akan digunakan untuk perbelanjaan Ramadan selain persiapan menjelang Aidilfitri.", "“Wang sumbangan ini dapat meringankan beban ditanggung memandangkan saya seorang buruh dan pendapatan hanya cukup-cukup makan sahaja.", "“Pada masa terdekat ini, saya akan membawa lima anak berusia antara sembilan bulan hingga 19 tahun untuk membeli pakaian raya,” katanya yang tinggal di Pulau Kundur. ", "– AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/sarung-tangan-getah-minyak-sawit-malaysia-bantu-dunia-perangi-covid-19/
SARUNG TANGAN GETAH, MINYAK SAWIT MALAYSIA BANTU DUNIA PERANGI COVID-19
[ "KUALA LUMPUR: Getah menjadi tumpuan di saat-saat sukar apabila transformasinya dalam bentuk sarung tangan, terbukti menjadi penyelamat nyawa sehinggakan negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk komoditi keluaran Malaysia itu.", "Malah, Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di sini menerusi ciapan twitter rasminya turut berkongsi maklumat bahawa 65 peratus atau 225 bilion helai sarung tangan yang digunakan oleh barisan wiranya – saintis, doktor, jururawat dan petugas di barisan hadapan, didatangkan dari Malaysia!", "Ironinya, hanya beberapa bulan lepas, Malaysia dikecam AS atas dakwaan salah satu syarikat tempatan menggunakan khidmat buruh paksa dalam operasinya.", "Berikutan itu, pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bertindak menyekat import sarung tangan getah pakai buang keluaran syarikat berpejabat di Sepang, WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP).", "Bagaimana pun, lonjakan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan pandemik COVID-19 menyebabkan AS tiada pilihan kecuali akur dan menarik balik sekatan terhadap syarikat itu pada 23 Mac lepas.", "Walaupun permintaan AS terhadap sarung tangan getah adalah sebanyak 170 bilion helai atau 32 peratus daripada jumlah permintaan dunia, eksport WRP hanyalah mencecah tiga bilion helai yang mencerminkan langkah kecil syarikat itu sebelum meraih kejayaan di masa depan.", "Di sudut lain, demi menampung lonjakan mendadak permintaan itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) terpaksa mendapatkan kebenaran kerajaan untuk beroperasi pada kapasiti penuh walaupun di tengah-tengah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ", "Sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar terbesar sarung tangan perubatan, MARGMA juga perlu memastikan bekalan tersebut mencukupi untuk kegunaan hospital dan petugas kesihatan dalan usaha memerangi pandemik itu, kata Presiden persatuan, Dennis Low.", "MARGMA dijangka menyumbang kira-kira 225 bilion helai sarung tangan pada tahun ini, iaitu kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan keperluan dunia.", "Ketika industri sarung tangan getah berharap kerajaan mempertimbangkan rayuan itu, pengeluar tempatan satu lagi produk berasaskan getah iaitu kondom, menjangkakan berlakunya pengurangan mendadak produk itu berikutan perlu menggantung operasi susulan PKP itu.", "Sebagai contoh, Karex Berhad yang mengeluarkan satu daripada lima kondom dunia, tidak mengeluarkan sebarang produk itu sejak 18 Mac lepas apabila PKP dikuatkuasakan.", "Laporan media turut mengetengahkan kekurangan sehingga 100 juta kondom, lazimnya dipasarkan oleh jenama antarabangsa seperti Durex, yang dibekalkan kepada sistem penjagaan kesihatan negara seperti NHS Brjitain atau yang diedarkan oleh program bantuan seperti Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.", "Susulan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April ini, bekalan kondom juga dikatakan berdepan tekanan dan kekurangan ketara itu berkemungkinan besar disusuli dengan kelahiran ramai bayi dalam tempoh 10 bulan atau seterusnya.", "Dalam pada itu, minyak sawit Malaysia turut berperanan membantu dunia membendung COVID-19.", "Minyak sayuran itu yang meletakkan Malaysia sebagai pengeluar utama, banyak digunakan sebagai pengganti bahan surfaktan berasaskan petroleum bagi tujuan pembuatan sabun dan pencuci.", "“Bahan ini tidak hanya membersihkan tangan dan pakaian anda, tetapi turut membunuh kuman termasuk coronavirus,” kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.", "Pengarah Eksekutif Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) Tan Sri Yusof Basiron menulis di akaun twitter beliau : “Minyak sawit membantu ketika musim coronavirus apabila kita perlu berada di rumah. Malah, usaha memasak lebih mudah dengan menggunakan minyak sawit yang harganya juga amat berpatutan!”", "Secara purata, Malaysia mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah dan kalangan penganalisis bimbang pengeluaran komoditi itu akan terjejas jika pandemik itu berlarutan dan mengekang keupayaan negara memenuhi permintaan global.", "Jumlah simpanan minyak sawit Malaysia susut 4.2 peratus kepada 1.68 juta tan pada Februari 2020 daripada 1.76 juta tan pada bulan sebelumnya. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/bunuh-pelajar-tahfiz-dua-remaja-bawah-umur-dihadapkan-hari-ini/
BUNUH PELAJAR TAHFIZ : DUA REMAJA BAWAH UMUR DIHADAPKAN KE MAHKAMAH HARI INI
[ "TEMERLOH : Dua remaja bawah umur dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar pusat tahfiz di Kuala Kaung, Lanchang pada 7 November lalu.", "Kedua-dua tertuduh yang berusia 13 tahun itu memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ti Pei Si.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Iffa Izzatie Mutalib manakala prosiding dijalankan secara tertutup dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.", "Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Mohammad Aimin Nurul Amin, 7 di dalam asrama Madrasah Maahad Tahfiz Nahfah Syubban Addiniyah, Kampung Kuala Kaung, Lanchang.", "Kedua-dua tertuduh yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini. Kejadian berlaku di antara jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 7 November lalu.", "Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan dibacakan bersama Seksyen 34 KK yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.", "Pei Si kemudiannya menetapkan sebutan semula pada 19 Disember depan bagi laporan perubatan dan lantikan peguam.", "Kedua ibu bapa tertuduh turut hadir di mahkamah.", "Pada 8 November lalu negara dikejutkan dengan kematian Mohammad Aimin yang juga pelajar termuda di tahfiz terbabit selepas mangsa ditemukan dalam keadaan tidak bermaya oleh warden pusat tersebut.", "Hasil bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat trauma pada dada dan abdomen oleh permukaan atau objek tumpul. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/as-tak-pegang-janji-edrogan/
AS TAK PEGANG JANJI : ERDOGAN
[ "ISTANBUL : Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata Amerika Syarikat (AS) tidak memenuhi janjinya dalam gencatan senjata di timur laut Syria yang dipersetujui minggu lalu.", "Laporan Reuters memetik Erdogan berkata demikian dalam ucapannya selepas mengesahkan perjanjiannya dengan Rusia untuk menghapuskan pengganas puak Kurdish Syria di sempadan Turki.", "“Pihak AS tidak menepati janji mereka sepenuhnya,” kata Erdogan dalam laporan stesen penyiar Turki NTV.", "“Jika kita kompromi, kita akan membuka jalan kepada organisasi pengganas,” kata Erdogan. — Terjemahan AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tambahan-kuota-cepatkan-peluang-bakal-jemaah-tunai-haji/
TAMBAHAN KUOTA CEPATKAN PELUANG BAKAL JEMAAH TUNAI HAJI
[ "KUALA LUMPUR: Tempoh giliran menunggu jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah haji akan berkurang selepas Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji semasa pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud.", "Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, badan pengurusan haji terkemuka dunia itu menyambut baik usaha yang dilakukan perdana menteri.", "“Penambahan kuota haji ini akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan ibadat haji serta dapat mengurangkan masa menunggu untuk masa-masa hadapan,” jelas kenyataan TH hari ini.", "Menurut TH lagi, saban tahun badan pengurusan haji itu akan membuat persediaan rapi merangkumi pelbagai aspek di tanah Air dan tanah suci bagi memastikan kelancaran umat Islam di Malaysia melaksanakan rukun Islam ke lima. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/4-golongan-diberi-laluan-khas-johor-sambut-baik/
4 golongan diberi laluan khas: Johor sambut baik
[ "BATU PAHAT – Kerajaan Johor menyambut baik langkah yang dilaksanakan \nKementerian Pendidikan untuk memberi laluan khas kepada atlet, OKU, \norang asli dan mereka yang berpendapatan rendah bagi melanjutkan \npengajian ke universiti awam.", "Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar \nberkata, beliau berharap atlet di negeri ini dapat memanfaatkan peluang \ntersebut agar karier sukan dan pencapaian akademik mereka berada dalam \nkeadaan seimbang.", "“Dalam masa terdekat ini saya akan berbincang \ndengan dua universiti awam di negeri ini iaitu Universiti Teknologi \nMalaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi \nmembincangkan dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini.", "“Perbincangan ini bagi membolehkan atlet di negeri ini melanjutkan \npengajian di peringkat diploma atau ijazah terutama dalam bidang sains \nsukan atau kursus bersesuaian,” katanya.", "Beliau yang juga ADUN \nSemerah berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan \nIbu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Padang Sari, \nsemalam.", "Turut hadir, Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara \n(YPM) Johor yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) \nSK Sri Padang Sari, Mohd Yusof Ahmad.", "Menurutnya, selain UTM dan \nUTHM, beliau juga akan mengadakan kerjasama dengan Yayasan Pendidikan \nJohor (YPJ) bagi melahirkan golongan atlet yang mempunyai ilmu, \nsebagaimana yang diamalkan di negara maju.", "“Sebenarnya, apa yang \ndiumumkan Kementerian Pendidikan merupakan khabar baik kepada atlet dan \nsaya harap inisiatif ini menarik lebih ramai pelajar sekolah untuk \ncenderung menjadi ahli sukan atau atlet.", "“Keadaan sekarang telah \nberubah kerana pelajar ke sekolah bukan sahaja untuk menuntut ilmu \ntetapi menjadi modal insan yang berjaya dan aktif, serta seimbang dalam \nkedua-dua bidang iaitu akademik juga kegiatan kokurikulum,” katanya.", "Pada\n masa sama, beliau meminta kerjasama daripada guru dan ibu bapa \nterutamanya di negeri ini bagi melahirkan pelajar yang mampu \nmengharumkan nama negara secara serentak di dalam bidang sukan dan \nakademik pada masa akan datang.", "Sabtu lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan terdapat empat golongan yang akan diberikan laluan khas tanpa perlu bersaing dengan kumpulan arus perdana untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam. – SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/polis-terima-laporan-kenamaan-langgar-pkp/
POLIS TERIMA LAPORAN KENAMAAN LANGGAR PKP
[ "PUTRAJAYA: Polis menerima laporan berhubung golongan kenamaan yang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tiada mana-mana pihak yang mengatasi undang-undang.", "“Untuk sesiapa sahaja, tiada siapa boleh atasi undang-undang dan saya difahamkan sudah ada laporan polis dibuat,” katanya dalam sidang media harian PKP yang disiarkan stesen TV tempatan hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ketidakpuasan hati orang awam terhadap aktiviti beberapa kenamaan yang dilihat melanggar PKP.", "Ismail Sabri berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk melakukan tindakan yang sewajarnya.", "Beliau turut memaklumkan seramai 1,565 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan PKP.", "Ismail Sabri menggesa semua pihak mematuhi arahan dikeluarkan bagi memastikan negara ini bebas Covid-19 dan PKP dapat ditamatkan. — AlHijrah Online/ Zaim Zamani" ]
https://alhijrahnews.com/tv-alhijrah-terima-anugerah-no-1-asean-most-promising-islamic-tv-station-2022/
TV ALHIJRAH TERIMA ANUGERAH ‘NO.1 ASEAN MOST PROMISING ISLAMIC TV STATION 2022’
[ "JAKARTA: Selepas siri pengiktirafan dan kejayaan yang ditempa di peringkat nasional, TV AlHijrah terus yakin dalam misinya sebagai platform dakwah untuk ke peringkat antarabangsa.", "Terbaharu, saluran TV patuh syariah pertama negara itu diberi penghormatan menerima anugerah pada penganjuran Indonesia Award Magazine 2022 ketika majlis gilang gemilang yang diadakan di Jakarta, hari ini.", "TV AlHijrah menerima pengiktirafan sebagai ‘No. 1 ASEAN Most Promising Islamic TV Station 2022’ selepas panel juri sebulat suara memilih saluran TV dari Malaysia itu sebagai agensi media yang menepati kriteria penilaian yang ditetapkan.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, beliau percaya TV AlHijrah kini mula ‘diintai’ oleh negara-negara jiran berikutan produktiviti dan kualiti penerbitan programnya yang mendapat tempat, selain keunikannya sebagai platform dakwah Islam yang memanfaatkan teknologi canggih, media baharu dan kreativiti pada persembahannya.", "“Satu lagi anugerah yang menterjemah keyakinan pelbagai pihak kepada TV AlHijrah. Bukan sahaja diterima di Malaysia, namun kali ini lebih manis apabila ia diterima dari negara jiran, Indonesia. Kita yakin ini satu pembakar semangat untuk meneruskan usaha dakwah kita malah pembuka jalan untuk kita menembusi industri penyiaran di negara jiran dalam pelbagai bentuk kerjasama,” katanya.", "Hadir mewakili Namanzee pada acara penganugerahan ini, Ketua Kumpulan Media Integrasi dan Hal Ehwal Korporatnya, Saifulizan Sidek.", "Sementara itu menurut Naib Pengerusi Indonesia Award Magazine, Rafanara Paramudya, panel juri sepakat mengurniakan anugerah itu kepada TV AlHijrah berdasarkan kriteria-kriteria, antaranya, tata kelola dan pengurusan yang baik, hubungan dengan pelabur dan pengiklan, tanggungjawab sosial, kredibiliti, dedikasi dan kesetiaan serta mempunyai misi strategik.", "“Selepas membuat penilaian berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan, panel juri yang terdiri daripada pihak Indonesia Award Magazine, Success Research dan Indonesiaawardcentre.com sepakat memilih TV AlHijrah sebagai penerima anugerah bagi kategori ‘No. 1 ASEAN Most Promising Islamic TV Station 2022’.”", "Turut hadir pada majlis itu, Pengurus Berita dan Ehwal Semasa TV AlHijrah, Ardi Herman Mohd Mardzi. Hadir sama meraikan kejayaan TV AlHijrah, wakil agensi BERNAMA di Jakarta, Muhamad Iswandi.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/selangor-kekal-milik-ph-peroleh-majoriti-mudah/
SELANGOR KEKAL MILIK PH, PEROLEH MAJORITI MUDAH
[ "PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) kekal mentadbir Selangor apabila memperoleh majoriti melebihi 50 peratus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung hari ini.", "PH telah memenangi 29 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Selangor setakat 11:31 malam.—AlHijrah Online", "MENYUSUL LANJUT" ]
https://alhijrahnews.com/wanita-cedera-kereta-ditimpa-pokok-tumbang-ketika-balik-mengundi/
WANITA CEDERA KERETA DITIMPA POKOK TUMBANG KETIKA BALIK MENGUNDI
[ "JOHOR BAHRU: Seorang wanita cedera apabila kereta yang dinaiki ditimpa pokok tumbang di Jalan Pertahanan, Taman Desa Rahmat di sini selepas balik daripada mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai petang ini.", "Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shah Rizal Abdul Rahman berkata Mary Tan, 57, yang memandu kereta jenama BMW, cedera di paha kiri akibat terkena tusukan kayu yang terjatuh di atas keretanya. ", "Beliau berkata insiden dipercayai berlaku semasa Tan dalam perjalanan pulang selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin di sini. ", "“Mangsa dikeluarkan dari kereta dan diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut. ", "“Anggota bomba bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan dua gergaji rantai,” katanya ketika dihubungi Bernama. ", "Mohd Shah Rizal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.02 petang sebelum sebuah kenderaan EMRS dan kenderaan Fire Rescue Tender (FRT) dengan kekuatan 10 anggota digegaskan ke lokasi kejadian.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/az-zuha-uis-meterai-mou-tingkat-kualiti-mutawif/
AZ ZUHA, UIS METERAI MOU TINGKAT KUALITI MUTAWIF
[ "BANGI: Syarikat pengendali umrah dan haji, Az Zuha Group Travel & Tours pada Sabtu menandatangani memorandom persefahaman (MoU) bersama Universiti Islam Selangor (UIS) bagi meningkatkan piawaian kualiti perkhidmatan pembimbing umrah.", "MoU itu ditandatangani Abdul Malik Abdul Raman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Az Zuha Group Travel & Tours dan Dr Mohamad Rofian Ismail mewakili UIS.", "Abdul Malik berkata program kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada modul pemantapan pembimbing umrah dan pembangunan modul pengurusan haji dan umrah.", "“Kami (di Az Zuha) ingin mendapat pengiktirafan daripada ilmuwan dan cendekiawan, oleh itu kerjasama dengan institusi pendidikan seperti UIS sangat penting.", "“Dalam kerjasama ini juga kita nak pastikan mereka dapat pengiktirafan kerajaan. Jadi para mutawif yang mengikuti program ini akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM),” katanya.", "Tambahnya, modul yang bakal dibangunkan ini bertepatan dengan Wawasan Gemilang Az Zuha 2030 yang ingin menjadi syarikat pelancongan bertaraf antarabangsa.", "Dalam pada itu, Dr Mohamad Rofian Ismail yang juga Pengarah Pusat Pendidikan TVET UIS berkata, kerjasama tersebut satu usaha yang baik untuk memastikan bakal tetamu Allah SWT mendapat ilmu dan perkhidmatan yang diharapkan terutama dari Az Zuha.", "“Melalui kerjasama di antara UIS dan Az Zuha, kita akan membangunkan modul bimbingan umrah dan haji. Ia akan menjadi garis panduan untuk para pembimbing yang terlibat.", "“Selain itu kita juga akan berkerjasama dengan Az Zuha untuk menganjurkan kursus-kursus jangka pendek berkaitan mutawif,” katanya.", "Majlis menandatangani MoU itu dijalankan serentak dengan program tafaqquh dan program Pengukuhan Pembimbing Umrah Az Zuha yang dihadiri lebih 100 mutawif agensi itu.", "Berpengalaman lebih 11 tahun dalam mengendalikan perkhidmatan umrah dan haji, Az Zuha Group Travel & Tours kini mempunyai tujuh cawangan di semenanjung Malaysia dan menawarkan pelbagai pakej umrah untuk bakal tetamu Allah SWT. " ]
https://alhijrahnews.com/pejabat-mb-perak-ditutup-kakitangan-positif-covid-19/
PEJABAT MB PERAK DITUTUP, KAKITANGAN POSITIF COVID-19
[ "IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak diarahkan tutup selama 14 hari bermula hari ini, selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.", "Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, pegawai dan kakitangan pejabat itu diarahkan menjalani kuarantin kendiri, dan proses sanitasi juga dijalankan di pejabat yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.", "“Bahagian lain di bangunan terbabit pula telah beroperasi selepas kerja-kerja sanitasi selesai dijalankan pada 2 petang tadi,” demikian menurut kenyataan itu.", "Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menjalani ujian saringan kesihatan semalam, dan disahkan negatif COVID-19.", "Ahmad Faizal tidak berada di pejabat tersebut kerana dalam tempoh berkenaan, beliau sedang menghadiri sidang Dewan Rakyat di ibu negara.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tiga-lokasi-zon-merah-catat-lebih-300-kes-covid-19/
TIGA LOKASI ZON MERAH CATAT LEBIH 300 KES COVID-19
[ "KUALA LUMPUR: Satu lokasi zon merah di Kuala Lumpur dan dua lagi di Selangor masing-masing mencatat lebih 300 kes positif COVID-19, jumlah yang tertinggi bagi satu kawasan setakat ini, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).", "Kenyataan yang dikongsikan CPRC KKM menerusi aplikasi Telegram hari ini memaklumkan ia meliputi daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur dengan 367 kes manakala dua daerah di Selangor iaitu Petaling dan Hulu Langat masing-masing mencatat 308 dan 307 kes.", "“Jika berlaku peningkatan kes secara mendadak di satu-satu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan bagi mencegah jangkitan daripada merebak,” menurut kenyataan itu.", "Jumlah zon merah yang dikenal pasti kekal 17 daerah dan tiada pertambahan zon merah setakat ini.", "Daerah lain yang turut dikategorikan sebagai zon merah iaitu kes positif melebihi 41 kes dan ke atas ialah Kepong dan Titiwangsa (Kuala Lumpur), Gombak dan Klang (Selangor) serta Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor).", "Hilir Perak dan Kinta (Perak), Kota Bharu (Kelantan), Tawau (Sabah), Kuching (Sarawak), Jerantut (Pahang) dan Seremban (Negeri Sembilan). — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/bob-lokman-meninggal-dunia/
BOB LOKMAN MENINGGAL DUNIA
[ "KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon tanah air, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman meninggal dunia, hari ini di Kubang Kerian, Kelantan.", "Perkara tersebut turut dikongsi kumpulan nasyid Inteam serta pendakwah Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree.", "“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.", "“Semoga Allah merahmati Roh Almarhum Abg Bob Lokman,” menerusi hantaran di Facebook Inteam.", "Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.", "Katanya, Allahyarham yang merupakan seniman tanah air aktif dalam melakukan kerja-kerja dakwah.", "“Mulia Abang Bob Lokman dijemput Ilahi pada penghulu segala hari, Jumaat barakah.", "“Semoga segala amal ibadah dan bakti diterima-Nya dan moga Allah Taala menempatkan Almarhum bersama sekalian hamba-Nya yang soleh,” katanya menerusi hantaran beliau di Facebook.", "Media sebelum ini melaporkan Allahyarham berusia 58 tahun itu mengalami penyakit jantung serta masalah buah pinggang.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/imigresen-selamatkan-kanak-kanak-myanmar-diupah-sebagai-jurujual/
IMIGRESEN SELAMATKAN KANAK-KANAK MYANMAR DIUPAH SEBAGAI JURUJUAL
[ "PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamat seorang kanak-kanak perempuan warganegara Myanmar yang dipercayai diupah bekerja sebagai jurujual barangan runcit di sebuah premis di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, di sini semalam.", "Kanak-kanak yang memegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu diselamatkan menerusi operasi digerakkan Unit Risik Operasi Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) bersama Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.", "“Majikan, seorang warganegara Malaysia berusia 47 tahun turut dipanggil untuk diambil keterangan. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 5 tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebat.", "“Operasi menyelamat kanak-kanak berusia 15 tahun disyaki mangsa dilaksanakan hasil aduan orang awam. JIM mengalu-alukan sebarang aduan berkaitan aktiviti pemerdagangan orang disalurkan ke Jabatan itu,” kata kenyataan JIM.", "Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/ops-sudan-30-rakyat-malaysia-selamat-tiba-di-tanah-air-hari-ini/
OPS SUDAN: 30 RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TIBA DI TANAH AIR HARI INI
[ "SEPANG: Tiga puluh rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari Khartoum, ibu negara Sudan, ketika negara itu dilanda konflik, selamat tiba di tanah air hari ini.", "Mereka yang terdiri daripada pegawai Wisma Putra, pekerja Petronas dan pelajar, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini kira-kira 2.54 petang melalui penerbangan Saudi Arabian Airlines SV834 dari Jeddah.  ", "Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin turut hadir menyambut ketibaan mereka di lapangan terbang itu.", "Rakyat Malaysia itu adalah antara 194 rakyat pelbagai negara yang selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal pada kira-kira 1.54 pagi waktu Malaysia semalam, dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi HMS Abha setelah menempuh perjalanan kira-kira sembilan jam dari Pelabuhan Sudan.", "Lebih 400 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera ekoran konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus pada 15 April lepas.", "Pada 25 April lepas, dilaporkan 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, selamat tiba di Pelabuhan Sudan pada 2.07 petang Isnin waktu Sudan (8.07 malam waktu Malaysia) setelah melalui perjalanan 30 jam menempuh jarak 1,233 kilometer.", "Dilaporkan terdapat 32 rakyat Malaysia berada di Sudan iaitu di tujuh tempat berbeza dan pada 21 April lepas, dua rakyat Malaysia telah dibawa keluar dan dipindahkan ke tempat selamat.", "Dua rakyat Malaysia itu merupakan individu yang berkhidmat dengan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka akan dilakukan oleh pihak PBB. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/siti-bainun-diperintah-bela-diri-atas-tuduhan-abai-aniaya-bella/
SITI BAINUN DIPERINTAH BELA DIRI ATAS TUDUHAN ABAI, ANIAYA BELLA
[ "KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.", "Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30, di akhir kes pendakwaan.", "Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala Siti Bainun diwakili peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif.", "Turut Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kelantan-benarkan-bilangan-jemaah-solat-jumaat-fardu-50-peratus-kapasiti-masjid/
KELANTAN BENARKAN BILANGAN JEMAAH SOLAT JUMAAT, FARDU 50 PERATUS KAPASITI MASJID
[ "KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dengan bilangan jemaah 50 peratus daripada kapasiti masjid, bermula esok.", "Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran turut diberikan untuk kuliah agama serta kelas al-Quran dengan 30 peratus kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal satu meter antara jemaah.", "Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan memaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri telah memperkenan perkara tersebut.", "“Prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dikekalkan seperti sebelum ini termasuk penjarakan fizikal satu meter.", "“MAIK mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini dan tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada mereka yang gagal mematuhi SOP ini,” katanya.", "–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/dr-luqman-abdullah-dilantik-mufti-wilayah-persekutuan/
DR LUQMAN ABDULLAH DILANTIK MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
[ "KUALA LUMPUR: Pensyarah Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Universiti Malaya, Dr Luqman Abdullah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ke-8 berkuat kuasa semalam (15 Mei 2020) sehingga 14 Mei 2022.", "Pelantikan itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini.", "“Alhamdulillah, pada pagi ini selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, saya menerima kunjungan Sahibus Samahah Dr Luqman bin Tuan Guru Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan ke-8 yang baharu dilantik.", "“Majlis serah terima tugas itu berlangsung dalam suasana yang ringkas dan mahabbah,” kata Zulkifli dalam entri terkini di Facebook beliau.", "Laman Twitter Universiti Malaya turut mengucapkan tahniah kepada Dr Luqman yang juga tenaga pengajar di universiti awam itu.", "Dr Luqman dilahirkan pada 12 September 1969 di Kampung Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan.", "Dr Luqman yang juga Pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah, adalah anak kedua ulamak Kelantan terkenal, Haji Abdullah Lubuk Tapah.", "Dalam entri terkini beliau, Zulkifli menyifatkan tempoh enam tahun memegang jawatan Mufti Wilayah Persekutuan memberinya pengalaman baharu yang amat bermakna.", "“Saya mohon maaf kepada semua umat Islam di Wilayah Persekutuan dan Malaysia amnya sekiranya terdapat tutur kata, tindakan mahupun apa jua salah dan silap sepanjang enam tahun sebelum ini. ⁣", "“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga dikurniakan kekuatan kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan agar dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin,” katanya.", "Zulkifli berkata beliau amat yakin Dr Luqman mampu memimpin institusi fatwa di Wilayah Persekutuan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali" ]
https://alhijrahnews.com/pelarian-yaman-tagih-bantuan/
YAMAN: SAYA SUDAH PENAT
[ "Ali Saleh, 62, nampak lemah ketika pertama kali penulis menemuinya di penempatan pelarian Usman Affan di kawasan Dar Saad di pinggir kota Aden, selatan Yaman.", "Pelarian mangsa perang dari Hodeidah itu hanya duduk di atas tilam buruk berlantaikan tanah di khemah pelariannya itu.", "Kelihatan kaki dan tangannya yang kurus kering di sebalik kain pelikat dengan baju putih tidak berkolar yang dipakai warga emas itu.", "Sesekali pelarian dalaman akibat konflik perang di Yaman itu terbatuk-batuk, ketika beberapa ekor lalat berterbangan di kawasan tempat tidurnya itu.", "“Alhamdulillah, kehidupan baik,” demikian ringkas jawapan Ali ketika penulis bertanyakan khabar beliau melalui penterjemah, Wagdi Ali, seorang penduduk tempatan yang bekerja sebagai guru di Aden.", "Ali meminta penulis duduk bersamanya kerana dia tidak dapat bangun. Wagdi memberitahu penulis yang Ali lumpuh sebahagian badan kerana diserang strok beberapa bulan sebelum itu.", "Penulis menyedari kehidupan Ali tidaklah sebaik yang beliau ucapkan kerana di matanya, jelas terbayang penderitaan seorang pelarian. ", "Ali antara 700 pelarian dalaman (IDP) terjejas perang dari Hodeidah yang kini menumpang teduh di penempatan pelarian di pinggir kota Aden itu.", "Aden adalah pusat pemerintahan di selatan Yaman yang kini dikuasai Majlis Transisi Selatan (STC) dan kawasan selebihnya dikuasai Kerajaan Yaman sah yang disokong pakatan diketuai Arab Saudi. ", "Hodeidah, tempat asal Ali dan keluarganya, adalah bandar pelabuhan bersebelah Laut Merah yang menjadi titik panas bagi konflik perang saudara sejak Mac 2015 yang memecahkan Yaman kepada dua bahagian.", "Wilayah utara dengan pusat kuasa di bandar Sana’a dikuasai kumpulan pemisah Houthi yang disokong Iran, manakala wilayah selatan dikuasai STC dan kerajaan sah Yaman pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang kini hidup dalam buangan sejak hujung 2017.", "Perang saudara meletus di Yaman selepas Houthi mengambil alih kuasa di ibu negara Yaman, Sana’a pada hujung 2014 sebelum tentera pakatan diketuai Arab Saudi bertindak campur tangan pada Mac 2015 melalui serangan udara untuk mengembalikan kuasa kepada Hadi.", "Namun selepas lima tahun berlalu, peperangan itu menyebabkan negara Arab termiskin itu semakin parah dengan 24.1 juta atau 80 peratus daripada populasinya terjejas dan memerlukan bantuan asing untuk hidup.", "Daripada jumlah itu, Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) menyatakan lebih tiga juta warga Yaman hilang tempat tinggal dan menjadi pelarian dalaman atau IDP seperti mana Ali yang kini berlindung di Aden.", "Tidak seperti di negara Arab bergolak lain seperti Syria atau Palestin, majoriti pelarian dalaman terjejas sememangnya sudah miskin sebelum perang saudara membelenggu Yaman.", "Rata-rata penduduk di Yaman memang hidup dengan purata 590 Yemeni Riyal sehari (USD1), demikian menurut pekerja kemanusiaan, Tomna Obaid dari Aden.", "Ali yang lari keluar dari Hodeidah pada 2017 adalah salah seorang pelarian dalaman yang hilang tempat tinggal dan kini hidup merempat di Aden di penempatan pelarian Usman Affan di Dar Saad itu.", "Di Yaman, pihak berkuasa tidak mahu penempatan pelarian yang kebiasaannya dibina di atas tanah persendirian atau tanah milik kerajaan itu, dipanggil kem pelarian atas alasan tertentu. ", "“Mereka tidak mahu kawasan itu jadi kem pelarian atau tempat kekal untuk pelarian. Mereka mahu pelarian itu balik ke kawasan asal mereka,” kata seorang pekerja kemanusiaan yang enggan dikenali. ", "Penulis mendapati majoriti penempatan pelarian dalaman di Yaman dikelilingi tembok termasuk di Dar Saad dan Kem Alshaab di Al Bureiqa yang dikelolakan Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR).", "Rata-rata khemah dihuni pelarian dalaman seperti Ali amat daif, malah penulis mendapati “rumah” di Kem Alshaab juga amat teruk keadaannya.", "Bayangkan, ada dalam kalangan pelarian yang baru tiba di kem yang dikendalikan UNHCR itu hanya diberikan empat batang kayu sebagai tiang dan kanvas dengan cetakan logo agensi dunia itu sebagai dinding dan bumbung.", "“Mereka tidak buat apa-apa. Mereka bagi kami makanan tetapi tidak cukup,” kata Aidh, 37, yang berlindung di dalam khemah UNHCR di Kem Alshaab bersama 11 orang ahli keluarganya.", "Pelarian dalaman dari Dale’ itu mendakwa beliau terpaksa pergi kedai-kedai berdekatan merayu untuk mendapatkan makanan bagi keluarganya.", "Di kawasan lain, majoriti pelarian wanita terpaksa meminta sedekah di jalanan untuk memastikan bekalan makanan anak-anak mereka tidak putus.", "Walaupun Aidh mendakwa keluarganya hidup dalam kesusahan, penulis mendapati keadaan Ali adalah jauh lebih teruk terutama keadaan tempat tinggalnya yang tidak terurus seperti kawasan setinggan sesak.", "Khemah pelarian Ali, isteri dan dua anaknya seperti mana pelarian lain di penempatan Usman Affan hanya diperbuat daripada plywood, kotak, kanvas dan plastik.", "Majoriti pelarian di situ tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan makanan bulanan dari Program Makanan Dunia (WFP) serta bantuan kewangan 45,000 Yemeni Riyal sebulan bagi setiap keluarga.", "“Bantuan ini tidak cukup,” kata Ali menjelaskan 6,000 riyal digunakan untuk membeli lampin pakai buangnnya setiap bulan dengan selebihnya untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga sehingga mendapat bantuan pada bulan berikutnya. ", "Ali memberitahu kedua-dua anak lelakinya terpaksa bekerja, antaranya dengan mengambil upah kerja-kerja harian seperti mengangkut air, untuk mencari pendapatan tambahan.", "“Selepas sakit, saya tidak boleh berjalan dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi,” kata Ali sambil matanya mula berkaca ketika isterinya, Saedah Bagel Ali, 40-an, memerhatikan penulis menemubual suaminya.", "Ali memberitahu yang beliau kesal kerana tidak dapat menyekolahkan anak bongsunya yang berumur 10 tahun dan kini tidak mempunyai masa depan.", "“Kebanyakan anak-anak mereka tidak ke sekolah kerana ibu bapa mereka miskin. Nak makan pun tak cukup, bagaimana nak ke sekolah,” kata Wagdi.", "PBB menyifatkan Yaman sebagai krisis kemanusiaan terburuk di abad ini kerana wilayah bergolak itu bukan hanya berdepan dengan perang, sebaliknya turut berdepan dengan ancaman kebuluran dan penularan wabak kolera.", "Setakat ini, dilaporkan hampir sejuta kes disyaki taun direkodkan walaupun kerajaan Yaman tidak mahu istilah taun digunakan, sebaliknya digantikan dengan cirit birit akut (AWD).", "Usaha damai cuba dilakukan untuk mencapai keamanan antara pihak bertelagah, termasuk perjanjian damai di Stockholm pada hujung 2018 antara lain memastikan gencatan senjata di Hodeidah, mewujudkan koridor kemanusiaan di Taiz dan menyerahkan tiga bandar pelabuhan utama di Laut Merah (Hodeidah, Al Salif dan Ras Isa) kepada agensi PBB.", "Bagaimanapun, insiden serangan artileri ke atas kilang gandum dikelolakan WFP di Hodeidah yang juga perbatasan perang pada 26 Disember lalu, menunjukkan perang saudara di Yaman masih jauh dari pengakhiran dengan kehidupan jutaannya warganya semakin parah.", "Ditanya adakah beliau mahu pulang ke Hodeidah, Ali terdiam sebelum perlahan-lahan air matanya berlinang dan kedengaran dari mulutnya, “saya sudah penat”. – AlHijrah Online ", "Penulis adalah Editor Berita dan Penerbit AlHijrah Media Corporation yang turun ke Yaman selama dua minggu pada Disember 2019 bersama Tim Mercy Malaysia." ]
https://alhijrahnews.com/letusan-white-island-enam-mayat-dibawa-keluar/
LETUSAN WHITE ISLAND: ENAM MAYAT DIBAWA KELUAR
[ "WELLINGTON: Enam mayat yang terkorban akibat letusan gunung berapi di White Island, New Zealand Isnin lalu berjaya dibawa keluar, namun dua lagi masih hilang.", "Menurut Pesuruhjaya Polis, Mike Bush, operasi membawa keluar mayat berjaya seperti dirancang.", "“Bagaimanapun, ia belum berakhir. Kami percaya sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka berada di dalam air dan seorang lagi masih tidak pasti,” katanya.", "Polis akan meneruskan usaha pencarian udara di pulau berkenaan tengah hari ini.", "Kolonel Angkatan Pertahanan New Zealand, Rian McKinstry memberitahu, sepasukan enam lelaki dan dua wanita menghabiskan masa selama empat jam di pulau itu.", "“Kita tidak boleh mengabaikan risiko yang ada dalam operasi itu,” katanya.", "Difahamkan, enam mayat terbabit akan diterbangkan ke Auckland untuk dikenal pasti secara rasmi.", "Sementara itu, lapan lagi pelancong yang dilaporkan hilang turut dianggap terbunuh.", "Kementerian Kesihatan memaklumkan, seramai 17 mangsa masih menerima rawatan di empat hospital di seluruh negara. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/aku-mahu-jadi-porter-kata-amar-dari-hodeidah-yaman/
AKU MAHU KE SEKOLAH: AMAR DARI HODEIDAH, YAMAN
[ "Semalam penulis berjumpa dengan Amar, seorang pelarian kanak-kanak Yaman yang gagal memberikan jawapan jelas tentang usianya sama ada berumur 8 tahun atau 10 tahun.", "Kanak-kanak yang berambut kerinting halus itu adalah pelarian dalaman dari Hodeidah antara kawasan terjejas teruk dalam konflik perang saudara di Yaman sejak lima tahun lalu.", "Ketika penulis menemuinya, Amar leka bermain dengan kawan-kawannya di antara lorong-lorong khemah pelarían daif di kem pelarian dalaman Dar Saad di pinggir kota Aden.", "Tidak berselipar seperti kebanyakan kanak-kanak pelarian lain, Amar yang mukanya bersalut debu terkejut ketika penulis meminta bercakap dengannya melalui penterjemah.", "“Aku tidak ke sekolah, tapi mahu ke sekolah,” kata Amar menundukkan kepala. Amar mengelak bertentang mata dengan penulis, barangkali dia tidak gemar berdepan kamera.", "Penulis meminta Wagdi Ali, penduduk tempatan yang boleh berbahasa Inggeris menanyakan kenapa Amar tidak pergi ke sekolah. Jawapan dari Amar selepas itu meluruhkan hati penulis.", "Ibu Amar melarang dia ke sekolah, malah semua empat abangnya tidak ke sekolah dan begitu juga dua adik lelakinya yang masih kecil. Keputusan ibunya itu kerana mereka adalah pelarian. ", "“Mereka miskin, tiada wang hantar anak ke sekolah. Inilah hidup pelarian Yaman,” kata Wagdi menjelaskan hanya sebahagian kecil anak-anak pelarian Yaman yang berpeluang ke sekolah.", "Amar dan keluarganya adalah antara 131 keluarga yang berlindung di kem pelarian dalaman Dar Saad yang mula dibuka sejak 11 bulan lalu. Kesemua pelarian di kawasan itu berasal dari Hodeidah, kawasan pelabuhan yang pernah dikepung kumpulan Houthi di wilayah utara Yaman.", "Pelarian dalaman di kem serba daif yang padat dengan khemah-khemah buruk dan tidak mempunyai bekalan air itu bergantung hidup kepada bantuan kemanusiaan dari badan bukan kerajaan tempatan dan antarabangsa.", "Antara NGO membantu pelarian dalaman di Kem Dar Saad itu adalah Field Medical Foundation (FMF) iaitu bakal rakan kerjasama Mercy Malaysia yang tiba di Aden sejak Sabtu lalu. ", "Difahamkan, keluarga pelarian di kem itu juga menerima bantuan makanan bulanan dari Program Makanan Dunia (WFP), bagaimanapun bekalan terbabit putus sejak tiga bulan lalu.", "Berbalik kepada Amar, beliau antara dua juta kanak-kanak di Yaman yang tidak ke sekolah kerana terjejas akibat ancaman peperangan, kebuluran dan penyakit di wilayah konflik Yaman.", "Amar juga tergolong dalam kelompok 1.5 juta kanak-kanak pelarian dalaman di negara Arab termiskin itu. Perang saudara benar-benar meragut masa depan kanak-kanak di Yaman.", "“Konflik, tiada pembangunan dan kemiskinan menafikan kanak-kanak Yaman untuk akses pendidikan, hak masa depan lebih baik,” kata Jurucakap UNICEF, Sara Beysolow Nyanti dalam laporan media sebelum ini.", "Hakikat ini disaksikan sendiri penulis di wilayah selatan Yaman apabila hanya segelintir kanak-kanak pelarian berpeluang ke sekolah di mana kebanyakkannya ditaja badan antarabangsa.", "“Banyak anak-anak tidak ke sekolah kerana kemiskinan. Kalau ada pun sekolah jauh dan mereka tidak boleh menyediakan sarapan, makanan untuk anak-anak mereka,” kata Wagdi.", "Penjelasan penterjemah penulis itu menerangkan kenapa ibu Amar terpaksa menafikan hak anaknya kepada pendidikan kerana tuntutan hidup adalah lebih penting untuk pelarian.", "Kebanyakan anak pelarian juga akan bekerja di usia awal dengan melakukan kerja buruh, keji dan kotor, termasuk mengutip besi buruk dan mengangkat air sekadar untuk upah kecil.", "“Pendidikan penting untuk kanak-kanak kerana jika tidak ke sekolah mereka mungkin terbabit dengan keganasan selain masa depan yang teruk,” jelas Wagdi, penterjemah penulis kelihatan hampa dengan peperangan yang masih belum berakhir.", "Konflik perang saudara Yaman disifatkan sebagai krisis kemanusiaan terburuk di abad ini oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Setakat ini lebih 100,000 telah terkorban.", "Ia menyebabkan lebih 80 peratus atau 24.1 juta penduduk Yaman terjejas dan memerlukan bantuan asing untuk hidup. Konflik itu memburukkan lagi keadaan penduduk Yaman yang sememangnya terbelenggu dalam kemiskinan seperti keluarga Amar.", "“Pendidikan penting untuk anak-anak kami. Pendidikan juga penting untuk sesebuah negara membangun. Jika tiada pendidikan, tiadalah pembangunan dan masa sepan,” kata Wagdi mengenang nasib kanak-kanak seperti Amar di Yaman.", "Selain peperangan, ada satu hakikat yang memisahkan Amar dengan sebahagian besar pelarían dalaman lain di Yaman. Amar dan keluarganya tergolong dalam kelompok muhamishin.", "Muhamishin merujuk kelompok marhaen atau masyarakat bawahan di Yaman yang sejak dari dulu terbelenggu dengan kemiskinan kerana faktor budaya setempat. Kelompok ini sering menjadi pekerja bawahan untuk lapisan masyarakat lain di wilayah konflik itu.", "Di akhir temubual, penulis bertanya kepada Amar, “kamu mahu menjadi apa bila dewasa nanti?”.", "Amar dengan bangganya berkata, dia mahu mengikuti jejak langkah abang-abangnya, “aku mahu menjadi porter (pengangkut barang)”. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/usul-mengosongkan-jawatan-ydp-dewan-rakyat-diluluskan/
USUL MENGOSONGKAN JAWATAN YDP DEWAN RAKYAT DILULUSKAN
[ "KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang sebelum ini dijawat oleh Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.", "Usul tersebut dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini untuk menggantikan Mohamad Ariff atas alasan mempunyai calon lain.", "Berdasarkan undian 111 ahli parlimen menyokong usul berkenaan manakala 109 yang lain tidak menyokong, satu ahli parlimen tidak hadir serta satu ahli parlimen berkecuali.", "Sebelum itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan usul pengosongan jawatan speaker dibuat berdasarkan Perkara 57 (2) Perlembagaan Persekutuan dan Aturan Mesyuarat. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/penyakit-demam-babi-afrika-dikesan-di-negeri-sembilan/
PENYAKIT DEMAM BABI AFRIKA DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN
[ "SEREMBAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.", "Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir berkata pengesanan penyakit itu, hasil pengesahan sampel ke atas dua ekor daripada 275 ekor babi di ladang tidak berlesen itu, semalam.", "Beliau berkata JPVNS mengambil langkah awal dan proaktif dengan menyita kawasan tersebut, selain anggota polis dan petugas jabatan itu turut membantu meningkatkan pemantauan sekitar lima kilometer dari lokasi berkenaan, bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk ternakan.", "“Pihak kami menerima maklumat mengenai penyakit itu pada Khamis lepas, sebelum JPVNS bertindak mengambil sampel pada dua haiwan tersebut dan keputusan yang diterima pada petang semalam mendapati ia positif ASF.", "“Kita tidak mendapat kerjasama daripada penternak di ladang tersebut berhubung bagaimana haiwan itu dijangkiti, tetapi menerusi maklumat yang tidak dapat disahkan lagi, jangkitan kemungkinan susulan kemasukan haiwan berkenaan dari Perak dan siasatan masih dijalankan,” katanya.", "Menurut Bakri semua ternakan tersebut akan dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan, selain penternak terlibat berdepan tindakan undang-undang kerana sebelum ini notis telah diberikan kepada kira-kira 20 ladang ternakan haiwan tersebut, supaya menghentikan pengoperasian sebab tidak berlesen.", "“Penternak di kawasan itu sepatutnya mengambil pengajaran daripada kes virus Nipah yang pernah menjangkiti ternakan babi, sehingga menyebabkan lebih 100 kematian penduduk pada 1999.", "“Bagi pembeli, mereka juga dinasihatkan lebih berwaspada sekiranya mendapat tawaran harga rendah bagi penjualan daging babi di mana-mana pasar raya dan pasar,” katanya.", "Dalam pada itu, Pengarah JPVNS Dr Redzuan Ibrahim menjelaskan ASF tidak menjangkiti manusia dan jangkitan hanya terhad dalam kalangan spesies haiwan itu sahaja.", "“ASF berbeza dengan virus Nipah, namun kadar merebaknya sangat cepat dan memudaratkan kepada ternakan babi yang lain. Jangkitan ini boleh dibawa daripada lalat atau anggota badan babi yang dijangkiti ASF.", "“Apabila ternakan yang sakit ini disembelih, daging dan darahnya boleh merebak ke ladang-ladang yang lain. Selain itu juga ia boleh menyebabkan kematian yang tinggi dalam kalangan haiwan itu sekitar 70 hingga 80 peratus,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tv-alhijrah-terima-dua-pengiktirafan-anugerah-the-brandlaureate-2019/
TV ALHIJRAH TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN ANUGERAH THE BRANDLAUREATE 2019
[ "KUALA LUMPUR: AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah)\nmenerima dua pengiktirafan anugerah berprestij dalam dunia penjenamaan\nperniagaan di Majlis The BrandLaureate\nWorld Halal BestBrands Awards 2019 di Hotel Majestic di sini semalam.  ", "Dua pengiktirafan terbabit adalah The BrandLaureate World Halal Brand Leadership Awards diterima Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) TV AlHijrah, Namanzee Harris dan The BrandLaureate World Halal Strategic Business Partner Brand Awards yang mengiktiraf TV AlHijrah secara keseluruhannya.", "KPE TV ALHIJRAH DIIKTIRAF SEBARIS SITI NURHALIZA DAN KP JAKIM", "Selaku penerima anugerah kepimpinan The BrandLaureate itu, Namanzee berdiri sebaris dengan dua lagi penyandang anugerah sama iaitu selebriti terkenal, Datuk Siti Nurhaliza yang juga Pengasas Simply SS Trading Sdn Bhd dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.", "Namanzee menyifatkan kedua-dua anugerah berprestij\nterbabit sebagai pengiktirafan industri kepada sumbangan TV AlHijrah dalam\npenyebaran dakwah Islam melalui industri penyiaran dan korporat.", "Katanya, anugerah terbabit juga menterjemahkan\npengiktirafan industri kepada agensi dan jabatan agama dalam sektor korporat.", "“Ia juga membuktikan TV AlHijrah sebagai salah satu perintis dan inovatif dalam sektor islamik korporat, berdaya saing dan kompetitif dalam arus IR4 (Revolusi Industri Ke-4).", "“Saya amat berbangga dengan pencapaian ini kerana ia mengiktiraf kerja keras kesemua kakitangan TV AlHijrah selain apresiasi khusus kepada semua unit terlibat,” katanya kepada AlHijrah Online di sini hari ini.", "Pengiktirafan anugerah kepimpinan The BrandLaureate kepada Namanzee yang sebelum ini mengetuai Jabatan Kandungan dan Inovasi ASTRO adalah berdasarkan pengalaman dan sumbangannya dalam bidang penyiaran sejak 16 tahun lalu, selain menjadi pengemudi baharu bagi TV AlHijrah.", "Selain TV AlHijrah, JAKIM juga turut diiktiraf sebagai penerima The BrandLaureate World Halal Strategic Business Partner Brand Awards diikuti Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dan Persekutuan Muslim Korea.", "Kedua-dua organisasi terbabit, TV AlHijrah dan\nJAKIM diiktiraf bagi kategori sama tahun lalu.", "Majlis penyampaian anugerah itu disempurnakan Presiden The BrandLaureate, Dr KK Johan dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tetamu kehormat, serta kenamaan lain.", "Halal adalah industri global yang berkembang pesat dan mempunyai potensi besar bukan hanya di negara Islam tetapi kuasa ekonomi bukan Islam seperti China, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom. – AlHijrah Online/Syed Azwan Syed Ali" ]
https://alhijrahnews.com/perketatkan-penguatkuasaan-ke-atas-kilang-haram/
Perketatkan penguatkuasaan ke atas kilang haram
[ "KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan ke atas operasi kilang-kilang haram perlu dikuatkuasakan dengan lebih ketat lagi sebelum keadaan bertambah parah. ", "Walaupun kerajaan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) sebagai panduan kepada industri, namun mangsa akibat keracunan bahan kimia menunjukkan SOP ini tidak dipatuhi.", "Dalam insiden keracunan bahan kimia di Pasir Gudang, sisa bahan kimia yang tidak dilupuskan secara selamat dan memenuhi piawaian menyebabkan bencana kepada awam, sekaligus membuka mata masyarakat akan bahayanya sebarang keengkaran pihak pengilang terhadap pematuhan peraturan melupuskan sisa buangan kilang.", "Menurut Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Yang Farina Abdul Aziz, tindakan kilang-kilang haram ini membuang sisa bahan kimia ke dalam sungai terlihat sebagai cubaan mengelak daripada kegiatan mereka terbongkar. ", "Kesan akibat keracunan bahan kimia akan menjadi lebih teruk dan buruk jika bahan kimia itu sampai ke laut, kata beliau sewaktu ditemuramah oleh Berita Hijrah Jumaat lalu.", "Mengikut sampel yang pernah diambil di Sungai Kim Kim beberapa tahun lalu, didapati tahap oksigen larut dalam sungai itu adalah sifar.", "Indikasi itu menunjukkan bahawa tiada kehidupan yang boleh hidup dalam sungai tersebut dan keadaan sungai berwarna hitam memberi petujuk bahawa kegiatan membuang sisa bahan kimia dalam sungai sudah berlanjutan selama beberapa tahun." ]
https://alhijrahnews.com/banjir-kilat-dijangka-landa-enam-negeri-dalam-tempoh-24-jam/
BANJIR KILAT DIJANGKA LANDA ENAM NEGERI DALAM TEMPOH 24 JAM
[ "KUALA LUMPUR: Banjir kilat mungkin melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).", "Berdasarkan notis PRABN yang dikeluarkan 7 pagi ini,  kawasan terlibat di Johor ialah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan Ulu sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau).", "Di Pahang, tiga daerah terlibat iaitu Kuantan sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar).", "Sementara itu, di Perak dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang) manakala di Selangor membabitkan Klang.", "Bagi Terengganu pula, kawasan diramal terjejas adalah Marang (Bukit Payung) dan Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu) manakala di Sabah ialah Tuaran (Kampung Berungis dan Pekan Tenghilan). ", "Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut." ]
https://alhijrahnews.com/individu-hina-jalur-gemilang-layak-dilucut/
INDIVIDU HINA JALUR GEMILANG LAYAK DILUCUT KERAKYATAN
[ "SHAH ALAM: Individu yang menghina Jalur Gemilang wajar dilucutkan kerakyatan boleh menjatuhkan maruah bendera yang disanjung tinggi dalam negara.", "Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menegaskan individu terbabit tidak layak menjadi warganegara Malaysia.", "“Lebih baik buang saja status kewarganegaraan yang mereka miliki,” katanya ketika diminta mengulas insiden bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima yang dipaparkan pada skrin ketika siaran langsung pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak Bawah 15 Ke-28 di Stadium Hang Jebat semalam.", "Ramlah ketika dihubungi semalam juga berkata, tindakan itu antara satu cara untuk mengganggu gugat kedaulatan negara dan boleh dilabel sebagai pembelot.", "“Perbuatan ini menunjukkan bahawa mereka ingin menafikan bendera negara sendiri yang telah lama digunakan sejak Malaysia memperolehi kemerdekaan,” katanya.", "Dr Ramlah berkata, tindakan itu sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan melanggar prinsip Rukun Negara.", "Justeru Dr Ramlah berharap pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya demi menjaga keharmonian dan nama baik Malaysia. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/turkiye-kutuk-sekeras-kerasnya-keputusan-benarkan-bakar-al-quran/
TURKIYE KUTUK SEKERAS-KERASNYA KEPUTUSAN BENARKAN BAKAR AL-QURAN
[ "ANKARA: Turkiye pada Sabtu mengutuk ‘perbuatan keji’ ke atas al-Quran dan menyifatkan ia sebagai satu ‘jenayah kebencian secara terang-terangan’, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Turkiye.", "Menurut kenyataan itu “membiarkan tindakan anti-Islam yang menyasarkan umat Islam dan menghina nilai-nilai suci kita dengan berselindung di sebalik kebebasan bersuara tidak boleh diterima sama sekali.”", "Turkiye menyeru pihak berkuasa Sweden untuk mengambil langkah yang perlu terhadap jenayah kebencian ini kerana perbuatan itu satu lagi contoh Islamofobia, gerakan perkauman dan diskriminasi di Eropah yang amat membimbangkan.", "Kementerian itu juga menggesa semua negara serta pertubuhan antarabangsa untuk mengambil langkah konkrit sebagai solidariti menentang Islamofobia.", "Kenyataan Turkiye itu dibuat selepas ketua parti sayap kanan Denmark Stram Kurs, Rasmus Paludan, dilaporkan telah mendapat kebenaran untuk membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm pada Sabtu.", "Susulan itu, Ankara membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden Pal Jonson yang akan ke Turkiye.", "Kementerian Luar Turki pada Jumaat turut memanggil Duta Sweden ke Ankara Staffan Herrstrom.", "Minggu lalu, Turkiye meminta Sweden mengenakan tindakan terhadap kumpulan pengganas selepas tunjuk perasaan di Stockholm yang menyaksikan penunjuk perasaan memuat naik rakaman provokasi serta ancaman sebagai bantahan terhadap Turkiye dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.", "Sweden dan Finland secara rasmi memohon untuk menyertai NATO Mei lalu.", "Bagaimanapun, Turkiye yang juga ahli NATO selama lebih 70 tahun menyuarakan bantahan dan mendakwa kedua-dua negara itu menyokong kumpulan pengganas termasuk PKK dan Pertubuhan Fetullah (FETO). –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pesawat-tempur-gempur-kawasan-pemberontak-di-utara-syria/
PESAWAT TEMPUR GEMPUR KAWASAN PEMBERONTAK DI UTARA SYRIA
[ "DAMSYIK: Pesawat tempur tidak dikenali telah memusnahkan kawasan pemberontak di daerah Aleppo di utara Syria semalam, demikian laporan TV tempatan.", "Agensi Berita Xinhua yang memetik TV berkenaan melaporkan pesawat tempur menyerang bandar al-Bab dan kawasan al-Rai di pedalaman timur laut Aleppo, tanpa memberikan butiran lanjut.", "Menurut Syrian Observatory for Human Rights, pesawat tempur yang tidak diketahui itu terbang melintasi kawasan dikuasai pemberontak yang disokong Turki di pinggiran Aleppo, di mana enam ledakan didengari akibat serangan udara.", "Sementara itu, laporan Kurdish menyatakan pakatan diketuai Amerika Syarikat menyerang 11 kedudukan pemberontak berhampiran al-Bab dan al-Rai.", "Ia tidak diketahui apakah sasaran sebenar serangan itu. — Terjemahan AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tidak-perlu-henti-solat-jumaat-zulkifili/
TIDAK PERLU HENTI SOLAT JUMAAT: ZULKIFLI
[ "PUTRAJAYA: Solat Jumaat hendaklah diteruskan kerana situasi penularan wabak koronavirus masih terkawal di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.", "Zulkifli berkata solat yang diwajibkan kepada lelaki Muslim itu hendaklah diteruskan dengan beberapa perubahan antaranya memendekkan khutbah Jumaat.", "“Orang ramai juga digalakkan untuk mengambil air sembahyang di rumah manakala pengurusan masjid dan jemaah hendaklah menyediakan ‘hand sanitizer’ (cecair pembasmi kuman) dan penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan. ", "“Mereka yang ada simptom COVID-19 bagaimanapun tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit,” katanya pada sidang media selepas majlis kesyukuran dan amanat kepada agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini. ", "Hadir\nsama timbalannya Ahmad Marzuk Saary yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. ", "Zulkifli  yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata solat Jumaat hanya tidak boleh dilakukan dan diganti dengan solat Zohor jika keadaan wabak menjadi umum dan merebak secara tidak terkawal. ", "Beliau\nberkata hal itu hanya boleh dilakukan selepas memenuhi beberapa syarat iaitu\nlarangan berkenaan status wabak dikeluarkan pihak berkuasa seperti Kementerian\nKesihatan.", "“Ia juga tertakluk kepada wabak itu sudah menunjukkan kesannya di tempat itu dan ramai individu yang telah disahkan positif COVID-19 dengan Kementerian Kesihatan telah menyemak dan memeriksa masjid atau surau Jumaat terlebih dahulu,” katanya.", "Terdahulu dalam amanatnya, Zulkifli menegaskan mengenai kepentingan menghormati dan menjaga masa selain amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai kakitangan agensi jabatan agama. – AlHijrah Online/ Zamir Akmal Zambri" ]
https://alhijrahnews.com/perbicaraan-kes-rasuah-ahmad-zahid-ditangguh-tahun-depan/
PERBICARAAN KES RASUAH AHMAD ZAHID DITANGGUH TAHUN DEPAN
[ "KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi.", "Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah melapangkan tarikh pendengaran itu hari ini dan esok serta 9 dan 10 Nov selepas peguam utama Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon untuk menangguhkan perbicaraan itu.", "Hakim menetapkan 21 hari untuk perbicaraan iaitu 16-19 Jan, 30-31 Jan, 7-9 Feb, 27-30 Mac, 10-13 April dan 15-18 Mei.", "Terdahulu, Hisyam berkata pihak pembelaan memohon untuk menangguhkan perbicaraan itu sementara menunggu keputusan rayuan Ahmad Zahid terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan keterangan rekod 15 saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).", "Beliau berkata rayuan itu dijadual didengar pada 14 Nov di Mahkamah Rayuan.", "“Apa sahaja keputusan Mahkamah Rayuan, ini akan membantu pihak pembelaan menentukan saksi-saksi yang kami panggil di hadapan Yang Arif.", "“Terdapat beberapa saksi yang ditawarkan oleh pihak pembelaan yang akan kami tumpukan tetapi kami memerlukan panduan daripada Mahkamah Rayuan sama ada kami boleh mendapatkan kenyataan mereka atau sebaliknya, jadi kami dalam dilema. Atas nama keadilan, kami meminta mahkamah menunggu keputusan pada 14 Nov,” kata peguam itu.", "Beliau juga berkata seorang saksi dari Bagan Datuk yang sepatutnya memberi keterangan hari ini tidak sihat dan pihak pembelaan tidak mempunyai saksi lain untuk dipanggil buat masa ini.", "Setakat ini pihak pembelaan telah memanggil enam saksi termasuk Ahmad Zahid pada perbicaraan kes bela dirinya.", "Ahmad Zahid, 69, menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/vaksin-di-pantai-timur-dijangka-selesai-pada-oktober/
VAKSIN DI PANTAI TIMUR DIJANGKA SELESAI PADA OKTOBER
[ "KUANTAN: Proses suntikan vaksin bagi penduduk di Pantai Timur dijangka selesai menjelang hujung bulan Oktober ini.", "Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sasaran itu ditetapkan supaya tidak timbul masalah jika berlaku banjir di Pahang, Kelantan dan Terengganu pada musim tengkujuh.", "Kerajaan katanya sedang menyusun jadual pengagihan bekalan vaksin dan berharap prosesnya diselesaikan mengikut jadual.", "“Kita harap dapat selesaikan namun jika tidak berjaya kita akan lihat apa strategi untuk pemberian vaksin sewaktu musim tengkujuh,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.", "Beliau dalam pada itu menaruh keyakinan kadar suntikan harian vaksin COVID-19 di Pahang mampu ditingkatkan daripada purata 5,000 sehari kepada 30,000 suntikan sehari sebaik bekalan vaksin diterima kerajaan Persekutuan.", "Khairy Jamaluddin turut memberi jaminan kerajaan Pahang bakal menerima 440,000 dos vaksin COVID-19 bulan depan berbanding hanya 180,000 dos diterima bulan ini. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/arab-saudi-setuju-teruskan-makkah-route-kepada-jemaah-haji-malaysia/
ARAB SAUDI SETUJU TERUSKAN ‘MAKKAH ROUTE’ KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi bersetuju meneruskan inisiatif Makkah Route atau prapelepasan kepada bakal jemaah haji dari Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.", "Beliau berkata pelaksanaan inisiatif itu akan memudahkan proses kemasukan bakal jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang negara itu.", "“Pasukan Imigresen dan Kastam Arab Saudi akan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memeriksa pasport jemaah haji, jadi apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah mereka tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam.", "“Jemaah haji akan terus menaiki bas ke hotel masing-masing sama ada di Madinah atau di Makkah, manakala beg mereka akan diuruskan pihak agensi dari Arab Saudi untuk dihantar ke hotel. Proses ini bukan sahaja tidak mengambil masa lama, malah memberi kemudahan yang sangat baik kepada bakal haji,” katanya pada sidang media Operasi Haji 2022 di sini, hari ini.", "Untuk tahun ini, Syed Saleh berkata pihak TH akan menggunakan perkhidmatan dua syarikat penerbangan bagi membawa bakal jemaah haji iaitu Malaysia Airlines Berhad dan SAUDIA Airlines (SAUDIA).", "“Dua syarikat penerbangan tersebut akan menerbangkan secara sama rata setiap hari dengan penerbangan pertama akan berlepas pada 4 Jun ini,” katanya.", "Syed Saleh berkata pihak TH akan mengeluarkan surat jadual penerbangan kepada bakal haji secara berperingkat mulai minggu hadapan.", "Beliau turut mengingatkan jemaah supaya melakukan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dalam tempoh 48 jam sebelum melapor diri di stesen pelepasan.", "Bagi bakal haji yang positif COVID-19, katanya mereka masih berpeluang ke Tanah Suci sekiranya sembuh sebelum tarikh penerbangan akhir, namun perlu mendapat kebenaran pelepasan daripada pegawai perubatan terlebih dahulu.", "“Kami akan bantu sebaik mungkin untuk mereka pergi juga selepas selesai kuarantin. Jika tidak berpeluang pergi tahun ini, kami akan beri keutamaan pula pada tahun akan datang,” katanya.", "Beliau berkata pihak TH turut menyediakan pegawai dan pakar perubatan khas dari Kementerian Kesihatan bagi merawat jemaah yang positif COVID-19 ketika berada di Tanah Suci, termasuk menyediakan pusat isolasi di bilik hotel dan wad khusus.  – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lelaki-turun-gunung-tahan-dihanyutkan-arus-sungai-tanum/
LELAKI TURUN GUNUNG TAHAN DIHANYUTKAN ARUS SUNGAI TANUM
[ "KUANTAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus deras Sungai Tanum semasa menuruni Gunung Tahan di Kuala Lipis, hari ini. ", "Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata pihaknya dimaklumkan kejadian yang menimpa Haniff Harun, 47, dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu itu pada 2.20 petang tadi. ", "“Mangsa difahamkan menyertai aktiviti mendaki bersama sembilan individu dengan dipandu arah oleh masing-masing seorang malim gunung dan porter menggunakan laluan masuk di Merapoh. ", "“Pendakian bermula pada Jumaat lepas (20 Jan) sebelum dijangka turun pada Selasa, namun mereka terpaksa berpatah balik ke Kuala Juram akibat cuaca buruk,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. ", "Azli berkata kumpulan itu perlu menyeberangi sungai selebar kira-kira 20 meter dalam perjalanan turun.  ", "Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan petang tadi melibatkan polis serta bomba termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar) dan setakat ini hanya beg mangsa ditemukan berhampiran lokasi kejadian. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/dr-syeikh-muzaffar-jawab-isu-bentuk-bumi/
Dr. Syeikh Muzaffar jawab isu bentuk bumi
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menjawab persoalan bentuk sebenar bumi yang didakwa rata oleh sesetengah pihak di laman Instagram beliau hari ini.", "Beliau yang merupakan angkasawan negara dan manusia ke-9 meneroka angkasa lepas terpanggil untuk menerangkan fakta sebenar di balik polemik yang kembali hangat di media sosial kini.", "Menjelaskan fizikal bumi berbentuk sfera atau lebih tepat geo-sfera, tertumpu di kutub dan bonjol di garisan Khatulistiwa, beliau memperincikan bentuk sfera tersebut lebih kepada bentuk telur.", "Beliau berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia pada 10 Oktober 2007 lalu. ", "Selain itu Dr. Sheikh Muszaphar juga berkongsi kekagumannya tatkala melihat kebesaran ALLAH SWT ketika di angkasa lepas dan mengaku kesaksian itu akan mengubah perspektif sesiapa secara keseluruhannya.", "“Mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari, setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam, mengelilingi orbit dengan kelajuan 27,000 kilometer per jam, laungan azan kedengaran seketika, bibir terkumat-kamit terpegun dengan kebesaran Ilahi.", "Kenyataan beliau ini sekaligus menyangkal pemikiran golongan yang percaya dan mempromosi bentuk bumi ini rata." ]
https://alhijrahnews.com/uk-tiada-rancangan-pindahkan-kedutaan-ke-baitulmaqdis/
UK ‘TIADA RANCANGAN’ PINDAHKAN KEDUTAAN KE BAITULMAQDIS
[ "LONDON: Kerajaan baharu Britain diketuai Perdana Menteri Rishi Sunak pada Khamis buat masa ini tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memindahkan Kedutaan United Kingdom (UK) di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.", "Idea itu disuarakan semasa kepimpinan bekas Perdana Menteri Liz Truss dan beliau mengarahkan semakan mengenai perkara itu dilakukan, lapor Agensi Anadolu.", "“Ia telah disemak. Tiada rancangan untuk memindahkan kedutaan Britain,” kata jurucakap kerajaan kepada pemberita.", "Duta Palestin ke UK, Husam Zomlot mengucapkan terima kasih kepada pepimpinan baharu itu dan berpendapat persoalan mengenai lokasi Kedutaan UK tidak sepatutnya timbul sejak dari awal lagi.", "“Kami menyeru kerajaan British memainkan peranan aktif, mengiktiraf negara Palestin, mengesahkan sokongan UK terhadap hak pelarian Palestin, mengharamkan semua barangan dan produk daripada penempatan di wilayah yang diduduki dan mengenakan sekatan terhadap syarikat yang mengaut keuntungan,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tv-alhijrah-bantu-kumpul-dana-kempen-tabung-pahlawan-2020/
TV ALHIJRAH BANTU KUMPUL DANA KEMPEN TABUNG PAHLAWAN 2020
[ "KUALA LUMPUR: Sumbangan dan jasa para perwira veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap keamanan negara ini tidak ternilai harganya.", "Oleh itu rakyat Malaysia kini disaran untuk kembali menghargai dan membalas sumbangan para veteran ATM dengan membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui sumbangan kepada kempen Tabung Pahlawan 2020.", "Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan RM10 juta disasarkan melalui kempen berkenaan dan lebih 10,000 veteran tentera termasuk balu dan anak mereka dijangka menerima manfaat daripada sumbangan itu.", "Mahu nasib veteran ATM dan keluarga dibela, TV AlHijrah bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) mengumumkan untuk berganding bahu mengumpul dana bagi membantu veteran ATM terutamanya mereka yang berada dalam kategori kurang berkemampuan, veteran kurang upaya (VKU) serta balu dan anak-anak mereka.", "Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan misi mengumpul dana Kempen Tabung Pahlawan 2020 ini berjaya mencapai sasarannya.", "“Sebagai stesen televisyen Islam utama negara, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bukan sahaja membantu mewujudkan kesedaran dan menyampaikan berita terkini yang tepat pada masanya, malahan menguar-uarkan usaha pihak kerajaan yang memanfaatkan ummah. Mengumpul dana bagi Kempen Tabung Pahlawan ini adalah salah satu di antaranya.", "“Kami berbesar hati menjadi rakan media yang membantu JHEV mengumpul dana bagi membantu veteran ATM yang memerlukan. Justeru, kami pastikan kempen yang dilaksanakan di TV AlHijrah ini bersifat holistik dan bersifat 360 darjah,” katanya.", "Namanzee berkata, TV Alhijrah akan menggunakan semua platform yang dimiliki sama ada di kaca televisyen mahupun platform digital bagi mencapai demografi sosial yang lebih luas serta merayu untuk bantuan ini.", "Tambahnya kempen ini secara rasmi akan dijalankan TV AlHijrah bermula 21 Ogos 2020 sehingga penghujung September 2020.", "“Kami akan tayangkan dua kapsul istimewa yang dihasilkan oleh penerbit dalaman TV AlHijrah dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa keamanan yang kita kecapi pada waktu ini merupakan hasil pengorbanan tidak bertepi pasukan keselamatan negara, khusunya ATM.", "“Kapsul patriotik yang dilakonkan oleh selebriti terkenal Malaysia seperti Dato’ Jalaluddin Hassan dan Emelda Rosmila akan sentiasa ditayangkan terutamanya pada waktu puncak,” katanya.", "Namanzee turut menyeru rakyat Malaysia yang prihatin supaya terus menonton TV AlHijrah bagi mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa tentang pencapaian kempen ini dan dapat menghulur sumbangan ikhlas sebagai tanda terima kasih atas hadiah keamanan dan keselamatan yang dinikmati pada masa ini.", "Ujarnya setiap sumbangan sama ada besar atau kecil adalah amat bermakna dan akan disalurkan kepada pihak JHEV.", "Majlis pelancaran program rakan strategik diadakan secara langsung di dalam program bual bicara Assalamualaikum di TV AlHijrah pada 21 Ogos 2020 disertai oleh barisan kepimpinan negara iaitu Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affandi Buang dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad. ", "Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbang boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Yayasan Veteran ATM bernombor 5643 4262 2956. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/al-jazeera-kutuk-pembunuhan-wartawan-shireen-abu-akleh/
AL JAZEERA KUTUK PEMBUNUHAN WARTAWAN SHIREEN ABU AKLEH
[ "DOHA: Rangkaian media Al Jazeera mengutuk pembunuhan pewartanya Shireen Abu Akleh, apabila tentera penceroboh Israel melepaskan tembakan ke arahnya pada pagi Rabu ketika beliau membuat liputan mengenai serbuan tentera Israel di bandar Jenin di wilayah penempatan di Tebing Barat.", "Dalam satu kenyataan, Al Jazeera berkata, “Dalam insiden pembunuhan terang-terangan, yang melanggar undang-undang dan norma antarabangsa, pasukan penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera di Palestin, Shireen Abu Akleh, menyasarkan tembakan ke arahnya awal pagi ini, Rabu, Mei 11, 2022, semasa beliau menjalankan tugas kewartawanannya, dengan memakai jaket media yang jelas menunjukkan beliau seorang wartawan, membuat liputan pasukan penceroboh Israel yang menyerbu kem pelarian Jenin di Tebing Barat”, lapor agensi berita Qatar (QNA).", "Kenyataan itu menambah “Rangkaian Media Al Jazeera mengecam jenayah kejam itu, yang bertujuan menghalang media daripada menjalankan tugas mereka.", "“Al Jazeera menggesa kerajaan Israel dan pasukan pencerobohnya bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen. Ia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengutuk dan memaksa tentera penceroboh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen,” tambahnya.", "Pihak berkuasa Israel juga bertanggungjawab menyasarkan penerbit Al Jazeera Ali al-Samudi, yang turut ditembak di belakang ketika membuat liputan insiden yang sama, dan kini sedang menjalani rawatan, menurut kenyataan itu.", "Shireen, 51, berasal dari Bethlehem, tetapi dibesarkan di Baitulmaqdis, menurut QNA.", "Beliau pada mulanya belajar seni bina di Universiti Sains dan Teknologi Jordan, kemudian bertukar ke bidang kewartawanan dan memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Yarmouk di Jordan. Selepas menamatkan pengajian, Shireen kembali ke Palestin dan bekerja di beberapa stesen seperti UNRWA, Radio Suara Palestin, Saluran Satelit Amman, Yayasan Miftah, dan Radio Monte Carlo.", "Pada 1997, beliau menyertai saluran satelit Al Jazeera dan bertugas dengannya sehingga hari ini. –AlHijrah Online" ]