original
stringlengths 28
38.9k
| cleaned
stringlengths 3
11.7k
| no_page
int64 0
70k
| actual_no_page
int64 1
252
| date
timestamp[s] | url
stringlengths 60
60
|
---|---|---|---|---|---|
28 DR.01.03.2023
Macam mana kita hendak bawa, sama ada kita galakkan orang berhijrah dari
kampung ke bandar sehingga padat Kuala Lumpur dengan jem nya, dengan rumahnya.
Adakah ini satu langkah yang kita harus lakukan sepanjang masa?
Saya ingat kita kena bawa pembangunan kepada umat di mana mereka berada.
Saya berharap dalam konteks pembinaan sekolah-sekolah daif ini, galakkan kontraktor-
kontraktor kelas F. Jangan lantik syarikat-syarikat yang datangnya daripada Kota Kinabalu
untuk bina sekolah di Semporna, bina sekolah. Bagi ruang kepada anak-anak tempatan,
usahawan-usahawan di kampung dan daerah itu untuk melaksanakan.
■1150
Saya yakin, RM1 juta atau RM500,000 projek pun mampu anak-anak tempatan
untuk melaksanakannya sebaik mungkin. Saya berharap Kementerian Pendidikan dapat
memastikan supaya kemudahan ini dapat kita tingkatkan.
Begitu juga persoalan, saya dengar tadi jawapan dan soalan tentang universiti
yang ada. Saya harap kerajaan dapat menimbangkan sebaik mungkin, tambah lagi
universiti. Di Sabah dan Sarawak ini, bebanan cukup besar. Kadang-kadang bimbang
saya. Nak sekolah, masuk universiti, kita tampung anak-anak sampai ke Kuala Lumpur,
sampai ke Sarawak. Di Sarawak lagi banyak universiti swasta yang ada. Ada empat buah
atau lima buah saya ingat. Di Sabah, UMS sahaja. Nak hantar, hantar pergi Sarawak. Nak
hantar Sarawak, belanja yuran, belanja rumah dan belanja makan.
Kalau universiti ada di Tawau, contohnya. Kalau ada universiti contohnya di
Keningau yang ada dan ini akan dapat membantu anak-anak kita bukan hanya
mengurangkan, meninggalkan keluarga mereka, bahkan di samping itu juga
mengurangkan kos perbelanjaan. Anak-anak ini kadang-kadang itu tidak mampu nak
melanjutkan sekolah ke universiti. Pasal apa? Tak ada duit. Anak-anak ini mampu kalau
diadakan universiti di tempat yang tak begitu jauh sangat.
Tuan Yang di-Pertua, tentang kesihatan. Ini juga perkara yang penting kerana
dalam kita menangani masalah, masyarakat yang ada duit dia kalaupun banyak duit, tak
beli makan. Pasal apa? Kencing manis. Kalaupun banyak duit, tak boleh makan daging.
Pasal apa? Darah tinggi. Jadi kesihatan ini cukup penting kepada kita. Akan tetapi sektor
kesihatan ini juga saya harap peruntukannya ditingkatkan dalam belanjawan ini, saya
cadangkan. Hal ini supaya bangunlah kawasan-kawasan yang amat memerlukan
kemudahan-kemudahan ini. Contohnya di Sabah, saya bimbang.
Di kawasan saya sendiri, dah berbuih mulut saya bersuara daripada Chua Jui
Meng Menteri Kesihatan, datang ke kawasan saya. Dato’ Chua Jui Meng masa itu Menteri
Kesihatan, “Dato’ Sri, there is no specialist in my area”. Saya senyum sedikit. Bila saya
senyum dia cakap, “Datuk Seri, you punya gigi... [Ketawa] putih”. I said, “Chua, my teeth
is white but there is no dentist in this hospital” [Ketawa]. Pakar dentist gigi pun tak ada. Di
Semporna kalau ada sakit jantung, kena bawa pergi Tawau. Di Tawau, tak boleh nak
bedah. Tak ada pakar jantung. Terpaksa bawa ke Queen Elizabeth. Kalau sakit di
Keningau, di Nabawan, bawa pergi ke Kota Kinabalu nak bedah. There is no specialist.
Ada pakar jantung tetapi bukan boleh membedah, masyarakat.
Di kawasan sendiri, bilik pembedahan pun tak ada Tuan Yang di-Pertua. Saya
dah suarakan berulang kali, keadaan-keadaan di Semporna lihatlah, di mana kemudahan
yang ada, yang bimbang. Saya di kawasan-kawasan lain, banyak private sector medical
facilities yang ada, government facilities. Yet, some Malaysians are not getting it, these
certain places. Jadi, bagaimanakah kita nak mengimbangi supaya kemudahan nikmat
yang diberikan ini oleh pihak pemerintah dapat dirasakan oleh rakyat di negara kita?
Tuan Yang di-Pertua, berhubung kait dengan sektor pelancongan, banyak
perkara yang saya nak sentuh. Antara perkara yang saya nak cadangkan supaya
janganlah tinggalkan kawasan-kawasan seperti Semporna. Sipadan is a diving heaven.
Bila saya mendengar Yang Amat Berhormat membentangkan sektor pelancongan di
Perak, di kawasan ini tetapi kemudahan-kemudahan juga perlu ditingkatkan di kawasan-
kawasan yang bukan hanya boleh melahirkan sumber pendapatan, but this is an attraction
to the world. Sipadan dan ada lagi kawasan-kawasan lain di Kota Belud, yang juga
merupakan pusat-pusat yang menjadi tarikan kepada pelancongan. Bagilah juga
| Macam mana kita hendak bawa, sama ada kita galakkan orang berhijrah dari. kampung ke bandar sehingga padat Kuala Lumpur dengan jem nya, dengan rumahnya. Adakah ini satu langkah yang kita harus lakukan sepanjang masa?. Saya ingat kita kena bawa pembangunan kepada umat di mana mereka berada. Saya berharap dalam konteks pembinaan sekolah-sekolah daif ini, galakkan kontraktor- kontraktor kelas F. Jangan lantik syarikat-syarikat yang datangnya daripada Kota Kinabalu untuk bina sekolah di Semporna, bina sekolah. Bagi ruang kepada anak-anak tempatan, usahawan-usahawan di kampung dan daerah itu untuk melaksanakan. #1150. Saya yakin, RM1 juta atau RM500,000 projek pun mampu anak-anak tempatan untuk melaksanakannya sebaik mungkin. Saya berharap Kementerian Pendidikan dapat memastikan supaya kemudahan ini dapat kita tingkatkan. Begitu juga persoalan, saya dengar tadi jawapan dan soalan tentang universiti yang ada. Saya harap kerajaan dapat menimbangkan sebaik mungkin, tambah lagi universiti. Di Sabah dan Sarawak ini, bebanan cukup besar. Kadang-kadang bimbang saya. Nak sekolah, masuk universiti, kita tampung anak-anak sampai ke Kuala Lumpur, sampai ke Sarawak. Di Sarawak lagi banyak universiti swasta yang ada. Ada empat buah atau lima buah saya ingat. Di Sabah, UMS sahaja. Nak hantar, hantar pergi Sarawak. Nak hantar Sarawak, belanja yuran, belanja rumah dan belanja makan. Kalau universiti ada di Tawau, contohnya. Kalau ada universiti contohnya di Keningau yang ada dan ini akan dapat membantu anak-anak kita bukan hanya mengurangkan, meninggalkan keluarga mereka, bahkan di samping itu juga mengurangkan kos perbelanjaan. Anak-anak ini kadang-kadang itu tidak mampu nak melanjutkan sekolah ke universiti. Pasal apa? Tak ada duit. Anak-anak ini mampu kalau diadakan universiti di tempat yang tak begitu jauh sangat. Tuan Yang di-Pertua, tentang kesihatan. Ini juga perkara yang penting kerana dalam kita menangani masalah, masyarakat yang ada duit dia kalaupun banyak duit, tak beli makan. Pasal apa? Kencing manis. Kalaupun banyak duit, tak boleh makan daging. Pasal apa? Darah tinggi. Jadi kesihatan ini cukup penting kepada kita. Akan tetapi sektor kesihatan ini juga saya harap peruntukannya ditingkatkan dalam belanjawan ini, saya cadangkan. Hal ini supaya bangunlah kawasan-kawasan yang amat memerlukan kemudahan-kemudahan ini. Contohnya di Sabah, saya bimbang. Di kawasan saya sendiri, dah berbuih mulut saya bersuara daripada Chua Jui Meng Menteri Kesihatan, datang ke kawasan saya. Dato' Chua Jui Meng masa itu Menteri Kesihatan, "Dato' Sri, there is no specialist in my area". Saya senyum sedikit. Bila saya senyum dia cakap, "Datuk Seri, you punya gigi... [Ketawa] putih". I said, "Chua, my teeth is white but there is no dentist in this hospital" [Ketawa]. Pakar dentist gigi pun tak ada. Di Semporna kalau ada sakit jantung, kena bawa pergi Tawau. Di Tawau, tak boleh nak bedah. Tak ada pakar jantung. Terpaksa bawa ke Queen Elizabeth. Kalau sakit di Keningau, di Nabawan, bawa pergi ke Kota Kinabalu nak bedah. There is no specialist. Ada pakar jantung tetapi bukan boleh membedah, masyarakat. Di kawasan sendiri, bilik pembedahan pun tak ada Tuan Yang di-Pertua. Saya dah suarakan berulang kali, keadaan-keadaan di Semporna lihatlah, di mana kemudahan yang ada, yang bimbang. Saya di kawasan-kawasan lain, banyak private sector medical facilities yang ada, government facilities. Yet, some Malaysians are not getting it, these certain places. Jadi, bagaimanakah kita nak mengimbangi supaya kemudahan nikmat yang diberikan ini oleh pihak pemerintah dapat dirasakan oleh rakyat di negara kita?. Tuan Yang di-Pertua, berhubung kait dengan sektor pelancongan, banyak perkara yang saya nak sentuh. Antara perkara yang saya nak cadangkan supaya janganlah tinggalkan kawasan-kawasan seperti Semporna. Sipadan is a diving heaven. Bila saya mendengar Yang Amat Berhormat membentangkan sektor pelancongan di Perak, di kawasan ini tetapi kemudahan-kemudahan juga perlu ditingkatkan di kawasan- kawasan yang bukan hanya boleh melahirkan sumber pendapatan, but this is an attraction to the world. Sipadan dan ada lagi kawasan-kawasan lain di Kota Belud, yang juga merupakan pusat-pusat yang menjadi tarikan kepada pelancongan. Bagilah juga. | 28 | 38 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 29
kemudahan-kemudahan prasarana untuk dapat meningkatkan ia menjadi tarikan yang
ada.
Dalam hubung kait alam sekitar yang ada – Saya juga menyentuh dalam masa
yang agak singkat Tuan Yang di-Pertua. Alam sekitar ini perkara yang kita tidak ambil
ringan, mesti serius dalam perkara ini. Keadaan dunia hari ini, bayangkan di California
banjir, di tengah-tengah Amerika sebahagiannya pula darurat dengan tidak ada bekalan
air dan di Turki berlaku gempa bumi. Di kawasan kita di Sabah, banjir merata tempat
kadang-kadang itu. Apakah langkah pihak kerajaan atau Kementerian Sumber Asli, Alam
Sekitar dan Perubahan Iklim mengatasi masalah ini?
Depan mata kita, pembalakan yang ada di Sabah, masih lagi berleluasa Tuan
Yang di-Pertua. Saya bimbang, ini penyumbang kepada keadaan environment di negara
kita. Masa saya Ketua Menteri, saya hapuskan eksport kayu balak ke Jepun, ke China.
Duta datang jumpa saya, “No, no, no”, I said. Saya akan provide kayu-kayu untuk kilang-
kilang perabot dalam negara, di negeri kita. Hantar ke Johor, hantar ke Sabah but no more
eksport pasal ia akan berleluasa. Pasal eksport ini kita bayangkan, kita jual kayu kita,
lepas itu buat perabot dari Jepun, dia jual. Kayu, kita punya kayu, dia beli RM300
contohnya, selepas itu kita beli RM2,000 end product. Takkan kita tak mampu perabot
boleh kita laksanakan.
Maka ini, saya berharap pihak Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim dapat meneliti secara serius. Berleluasa. Kalau kita lalu dari Tawau
sampai Kalabakan sampai Kota Kinabalu, lori penuh dengan kayu kayan yang ada. Jadi
perkara ini saya juga berharap pihak kerajaan akan mengambil langkah yang sepatutnya.
Jadi oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya tak nak mengambil masa orang lain.
Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya berharap
apa pandangan yang kita utarakan, diambil dengan serius. Bukan dengan niat yang jahat.
Cuma saya nak pastikan supaya negara yang kita cintai ini, anak-anak, cucu kita – Ya
Yang Berhormat Larut, kita pun – Saya ada lapan orang cucu dah. Kelantan ada dua
orang, Muar seorang, Klang ada dua orang, Sarawak ada tiga orang. Anak Cina pun ada,
I said.
Ke mana anak-anak ini? Saya melihat cucu-cucu ini. Kita selaku pemimpin di
Dewan yang mulia ini, saya tahu kita juga ada agenda politik kita sebagai seorang
presiden. Akan tetapi jauh penting kepada kita, beramallah, tunaikanlah tanggungjawab
yang baik. Alhamdulillah, jangan bagi kita dan saya minta kepada pihak kerajaan, sebut
perpaduan tetapi di Sabah itu juga penting, orang saya dibeli. [Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Sebelum saya
jemput pembahas seterusnya, saya hendak bacakan nama-nama yang insya-Allah, akan
mengambil bahagian hari ini ya.
Selepas ini Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Baram, Yang
Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kepong, Yang
Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Machang, Yang
Berhormat Selayang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang
Berhormat Beruas, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang
Berhormat Sik, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat
Serian, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat
Tuaran, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat
Pekan, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Sri Aman dan Yang Berhormat Julau.
Insya-Allah, kalau ada masa, kita akan lanjutkan seterusnya. Untuk itu, saya
jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
11.57 pg.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Bismillahi Rahmani
Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih
| kemudahan-kemudahan prasarana untuk dapat meningkatkan ia menjadi tarikan yang ada. Dalam hubung kait alam sekitar yang ada- Saya juga menyentuh dalam masa yang agak singkat Tuan Yang di-Pertua. Alam sekitar ini perkara yang kita tidak ambil ringan, mesti serius dalam perkara ini. Keadaan dunia hari ini, bayangkan di California banjir, di tengah-tengah Amerika sebahagiannya pula darurat dengan tidak ada bekalan air dan di Turki berlaku gempa bumi. Di kawasan kita di Sabah, banjir merata tempat kadang-kadang itu. Apakah langkah pihak kerajaan atau Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengatasi masalah ini? Depan mata kita, pembalakan yang ada di Sabah, masih lagi berleluasa Tuan Yang di-Pertua. Saya bimbang, ini penyumbang kepada keadaan environment di negara kita. Masa saya Ketua Menteri, saya hapuskan eksport kayu balak ke Jepun, ke China. Duta datang jumpa saya, "No, no, no", I said. Saya akan provide kayu-kayu untuk kilang- kilang perabot dalam negara, di negeri kita. Hantar ke Johor, hantar ke Sabah but no more eksport pasal ia akan berleluasa. Pasal eksport ini kita bayangkan, kita jual kayu kita, lepas itu buat perabot dari Jepun, dia jual. Kayu, kita punya kayu, dia beli RM300 contohnya, selepas itu kita beli RM2,000 end product. Takkan kita tak mampu perabot boleh kita laksanakan. Maka ini, saya berharap pihak Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dapat meneliti secara serius. Berleluasa. Kalau kita lalu dari Tawau sampai Kalabakan sampai Kota Kinabalu, lori penuh dengan kayu kayan yang ada. Jadi perkara ini saya juga berharap pihak kerajaan akan mengambil langkah yang sepatutnya. Jadi oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya tak nak mengambil masa orang lain. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya berharap apa pandangan yang kita utarakan, diambil dengan serius. Bukan dengan niat yang jahat. Cuma saya nak pastikan supaya negara yang kita cintai ini, anak-anak, cucu kita- Ya Yang Berhormat Larut, kita pun- Saya ada lapan orang cucu dah. Kelantan ada dua orang, Muar seorang, Klang ada dua orang, Sarawak ada tiga orang. Anak Cina pun ada, I said. Ke mana anak-anak ini? Saya melihat cucu-cucu ini. Kita selaku pemimpin di Dewan yang mulia ini, saya tahu kita juga ada agenda politik kita sebagai seorang presiden. Akan tetapi jauh penting kepada kita, beramallah, tunaikanlah tanggungjawab yang baik. Alhamdulillah, jangan bagi kita dan saya minta kepada pihak kerajaan, sebut perpaduan tetapi di Sabah itu juga penting, orang saya dibeli. [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Sebelum saya jemput pembahas seterusnya, saya hendak bacakan nama-nama yang insya-Allah, akan mengambil bahagian hari ini ya. Selepas ini Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Sri Aman dan Yang Berhormat Julau. Insya-Allah, kalau ada masa, kita akan lanjutkan seterusnya. Untuk itu, saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian. 11.57 pg. Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih. | 29 | 39 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
30 DR.01.03.2023
Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kubang Kerian untuk mengambil
bahagian dalam membahaskan belanjawan yang telah pun dibentangkan oleh Menteri
Kewangan pada 24 Februari 2023.
Memulakan bicara, saya ingin memetik suatu Firman Allah SWT dalam Surah al-
A’raf, Ayat 96, [Membaca Surah al-A’raf: Ayat 96]. Maksudnya, “Kalau lah penduduk
sebuah negara itu beriman kepada Allah dan bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Kami
akan bukakan kepada mereka pintu-pintu pengurniaan, keberkatan, limpah-limpah
berkatnya dari langit dan bumi. Akan tetapi mereka mendustakan Rasul-rasul Kami lalu
Kami timpakan mereka dengan azab seksaan disebabkan apa yang mereka telah
usahakan”.
Tuan Yang di-Pertua, ayat ini menggariskan panduan kepada kita bahawa aspek
keberkatan dalam kehidupan ini merupakan perkara yang penting. Kita bukan hanya
memberi fokus kepada nilai-nilai bersifat fizikal dan kebendaan semata-mata dengan
mengabaikan nilai pembangunan kemanusiaan kerana tamak dan sikap haloba manusia
tidak akan habis-habis.
Sebagai mana ingatan Allah SWT dalam al-Quran, [Membaca sepotong ayat Al-
Quran], “Kamu dilekakan untuk mengumpul harta sehingga kamu diusung ke kubur”. Oleh
kerana itu, pembangunan yang seimbang antara keperluan fizikal dan spiritual, mesti juga
diberi perhatian dalam belanjawan pihak kerajaan. Kita lihat bahawa dalam fokus kepada
nilai-nilai kebendaan semata-mata akan mendedahkan kepada kita soal beberapa perkara
yang akan boleh merosakkan pembangunan manusia dan pembangunan negara.
Untuk itu bajet pada kali ini saya lihat bahawa memberi juga perhatian soal
tanggungjawab golongan-golongan yang kaya (T20), yang maha kaya. Dalam bajet
disebut, untuk menyumbang kepada golongan yang miskin atau golongan yang susah.
■1200
Apa yang jelas kepada kita bahawa pembentangan tersebut tidak memperincikan
mekanisme bagaimana penyaluran tanggungjawab golongan T20 ini supaya dia dapat
jelas kaedahnya, formulanya dan mekanisme yang perlu dibuat. Tanpa mekanisme yang
jelas ia hanya menjadi satu retorik yang tidak dapat dilaksanakan bila kita turun ke bawah.
Saya lihat dalam konteks Islam ia jelas ia merupakan satu kewajipan disebut sebagai
zakat, [Membaca sepotong hadis] Kata Rasulullah SAW, “Ambillah daripada golongan
kaya mereka dan diberi kepada golongan miskin di kalangan mereka.”
Apa yang jelas ialah hasrat besar untuk menamatkan golongan miskin tegar yang
dalam kaedah syarak disebut sebagai Fuqara bukan al-Masakin. Akan tetapi, golongan
al-Fuqara ini sentiasa disebut oleh Allah SWT ada lapan golongan yang layak menerima
zakat.
Saya juga sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Semporna tadi agak
khuatir tentang tempoh masa yang ada. Kita hanya ada masa lapan bulan dan kerajaan
telah hendak menamatkan golongan miskin tegar dalam tempoh lapan bulan yang ada.
Sebagaimana yang disebutkan tadi Dewan Negara belum luluskan bajet kita. Itu juga akan
mengambil masa. Saya fikir bahawa sesuatu perancangan mesti jelas. Jangan akhirnya
pada hujung penilaian kita dan prestasi kewangan negara akhirnya kita mendedahkan
kegagalan kita dalam mencapai target yang telah kita letakkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik tentang kesediaan BERNAS bagi
menyumbang 30 peratus keuntungan kepada penanam padi. Alangkah baiknya kalau
keuntungan syarikat-syarikat lain sebagai contoh Top Glove yang mengaut keuntungan
jutaan ringgit membekalkan sarung tangan kepada dunia pada waktu COVID-19 berlaku
juga turut menyumbang kepada penoreh-penoreh getah yang berdepan dengan masalah
kos dan kadar harga getah yang sangat tidak stabil dan tidak mampan. Tindakan kerajaan
menaikkan 20 sen sebenarnya tidak banyak membantu. Ini kerana pada waktu yang sama
hari ini penoreh getah berdepan dengan masalah penyakit yang melanda hampir seluruh
negara.
Sebelum ini kita dapati pisang. Sampai sekarang kerajaan tidak ada penyelesaian
bagaimana untuk mengatasi masalah penyakit yang melanda penanam-penanam pisang
| Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kubang Kerian untuk mengambil bahagian dalam membahaskan belanjawan yang telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 24 Februari 2023. Memulakan bicara, saya ingin memetik suatu Firman Allah SWT dalam Surah al- A'raf, Ayat 96, [Membaca Surah al-A'raf: Ayat 96]. Maksudnya, "Kalau lah penduduk sebuah negara itu beriman kepada Allah dan bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Kami akan bukakan kepada mereka pintu-pintu pengurniaan, keberkatan, limpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Akan tetapi mereka mendustakan Rasul-rasul Kami lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksaan disebabkan apa yang mereka telah usahakan". Tuan Yang di-Pertua, ayat ini menggariskan panduan kepada kita bahawa aspek keberkatan dalam kehidupan ini merupakan perkara yang penting. Kita bukan hanya memberi fokus kepada nilai-nilai bersifat fizikal dan kebendaan semata-mata dengan mengabaikan nilai pembangunan kemanusiaan kerana tamak dan sikap haloba manusia tidak akan habis-habis. Sebagai mana ingatan Allah SWT dalam al-Quran, [Membaca sepotong ayat Al- Quran], "Kamu dilekakan untuk mengumpul harta sehingga kamu diusung ke kubur". Oleh kerana itu, pembangunan yang seimbang antara keperluan fizikal dan spiritual, mesti juga diberi perhatian dalam belanjawan pihak kerajaan. Kita lihat bahawa dalam fokus kepada nilai-nilai kebendaan semata-mata akan mendedahkan kepada kita soal beberapa perkara yang akan boleh merosakkan pembangunan manusia dan pembangunan negara. Untuk itu bajet pada kali ini saya lihat bahawa memberi juga perhatian soal tanggungjawab golongan-golongan yang kaya (T20), yang maha kaya. Dalam bajet disebut, untuk menyumbang kepada golongan yang miskin atau golongan yang susah. #1200. Apa yang jelas kepada kita bahawa pembentangan tersebut tidak memperincikan mekanisme bagaimana penyaluran tanggungjawab golongan T20 ini supaya dia dapat jelas kaedahnya, formulanya dan mekanisme yang perlu dibuat. Tanpa mekanisme yang jelas ia hanya menjadi satu retorik yang tidak dapat dilaksanakan bila kita turun ke bawah. Saya lihat dalam konteks Islam ia jelas ia merupakan satu kewajipan disebut sebagai zakat, [Membaca sepotong hadis] Kata Rasulullah SAW, "Ambillah daripada golongan kaya mereka dan diberi kepada golongan miskin di kalangan mereka.". Apa yang jelas ialah hasrat besar untuk menamatkan golongan miskin tegar yang dalam kaedah syarak disebut sebagai Fuqara bukan al-Masakin. Akan tetapi, golongan al-Fuqara ini sentiasa disebut oleh Allah SWT ada lapan golongan yang layak menerima zakat. Saya juga sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Semporna tadi agak khuatir tentang tempoh masa yang ada. Kita hanya ada masa lapan bulan dan kerajaan telah hendak menamatkan golongan miskin tegar dalam tempoh lapan bulan yang ada. Sebagaimana yang disebutkan tadi Dewan Negara belum luluskan bajet kita. Itu juga akan mengambil masa. Saya fikir bahawa sesuatu perancangan mesti jelas. Jangan akhirnya pada hujung penilaian kita dan prestasi kewangan negara akhirnya kita mendedahkan kegagalan kita dalam mencapai target yang telah kita letakkan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik tentang kesediaan BERNAS bagi menyumbang 30 peratus keuntungan kepada penanam padi. Alangkah baiknya kalau keuntungan syarikat-syarikat lain sebagai contoh Top Glove yang mengaut keuntungan jutaan ringgit membekalkan sarung tangan kepada dunia pada waktu COVID-19 berlaku juga turut menyumbang kepada penoreh-penoreh getah yang berdepan dengan masalah kos dan kadar harga getah yang sangat tidak stabil dan tidak mampan. Tindakan kerajaan menaikkan 20 sen sebenarnya tidak banyak membantu. Ini kerana pada waktu yang sama hari ini penoreh getah berdepan dengan masalah penyakit yang melanda hampir seluruh negara. Sebelum ini kita dapati pisang. Sampai sekarang kerajaan tidak ada penyelesaian bagaimana untuk mengatasi masalah penyakit yang melanda penanam-penanam pisang. | 30 | 40 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 31
kita. Hari ini penanaman getah juga berhadapan dengan masalah ya. Getah meluruh tiga
kali setahun dan menyebabkan susu tidak keluar hasil dan penoreh-penoreh getah
berhadapan dengan masalah yang serius. Saya ingin mendapat penjelasan berapakah
keluasan getah yang telah dijangkiti penyakit ini dan apakah mekanisme yang dibuat oleh
pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet yang lalu Yang Berhormat Menteri telah pun
mengumumkan untuk menamatkan enam projek tebatan banjir. Dengan penamatan ini
disebut bahawa kerajaan dapat penjimatan RM2 bilion. Saya rasa pelik sebab projek yang
hendak ditamatkan ini belum dimulakan, belum laksana, belum ada surat setuju terima
dan belum lantik kontraktor pun. Bagaimana kerajaan tiba-tiba boleh umum hendak tamat
benda yang belum mula. Apa yang peliknya dapat penjimatan.
Saya fikir kalau kita tunda projek tersebut bukan penjimatan, kerajaan akan
berdepan dengan kerugian. Oleh sebab setiap kali penangguhan projek ini ia akan
melibatkan kos yang lebih meningkat. Kedua, ia juga turut mendatangkan kesan kepada
setiap kali musim bencana berlaku. Negara kerugian antara RM6 bilion ke RM7 bilion
setiap kali banjir berlaku. Saya fikir saya perlu dapatkan penjelasan. Manakah projeknya?
Dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan tiga projek iaitu
RTB Sungai Golok Fasa 3. Fasa 2 pun belum bermula. Fasa 3, kontraktor pun belum
dilantik. Macam mana boleh jimat.
Kedua, projek dwifungsi Sungai Rasau. Kontraktor belum dilantik pun lagi, baru
peringkat rundingan. Itu pun belum dilaksanakan. Masih di bawah Kementerian
Kewangan. Apatah lagi RTC Segamat yang diumumkan.
Saya fikir Dewan perlu dapat penjelasan yang jelas terhadap perkara ini kerana
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dalam sesi lalu melihat bahawa peruntukan
RM15 bilion yang diberi sebab sebahagian besar projek yang tertunda ini daripada RMKe-
9 lagi. Oleh sebab itu, saya menyambut baik hasrat Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri yang sesi lepas yang telah memperuntukkan satu jumlah yang segera supaya isu
banjir dapat kita muktamadkan dan kita tidak lengah-lengahkan.
Saya harapkan jangan setiap kali bertukar kerajaan akhirnya apa yang dirancang
terpaksa dirombak balik dan terpaksa diubah semula seolah-olah apa yang dibuat dalam
sistem sama ada tender terbuka atau tender terhad ataupun runding terus kepada
perkara-perkara yang segera ia masih di dalam peraturan yang dibenarkan oleh
Kementerian Kewangan. Jangan...
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Kubang Kerian, minta laluan. Minta
maaf. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan Projek Tebatan Banjir, setuju
atau tidak Yang Berhormat Kubang Kerian bahawa apa yang dicakapkan oleh Yang Amat
Berhormat Tambun itu. Mungkin tidak faham apa yang dicakapkan ataupun dia tidak tahu
apa yang diperkatakan. Macam burung Tiong bercakap. Setuju atau tidak? Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Burung Tiong itu saya
setuju sebab dia pun tidak faham apa yang dia cakap. Saya fikir bahawa kita perlu, Dewan
perlu dapat penjelasan yang jelas tentang isu ini. Tuan Yang di-Pertua, soal tebatan banjir
ini dan merupakan perkara dan fenomena yang berlaku akibat perubahan iklim yang
sangat ketara mutakhir ini.
Semalam, satu jalan di Keratung telah terputus kerana hujan turun dengan
lebatnya. Sekarang banjir tidak lagi berlaku di kawasan yang biasa. Ia akan berlaku di
kawasan semua. Fenomena perubahan iklim ini memerlukan satu penelitian khusus. Saya
menyambut baik hasrat pihak kerajaan yang telah pun membentuk kementerian yang
dinyatakan jelas tentang perubahan iklim dalam kementerian sebut hari ini.
Isunya ialah agensi alam sekitar ataupun perubahan iklim ini belum diwujudkan
lagi di peringkat kementerian. Saya berhasrat untuk meminta supaya pihak JPA
khususnya menyegerakan pelantikan unit perubahan iklim ini sebab kita ada komitmen di
peringkat antarabangsa dan kita juga penelitian terhadap beberapa akta yang melibatkan
perubahan iklim yang perlu disegerakan.
| kita. Hari ini penanaman getah juga berhadapan dengan masalah ya. Getah meluruh tiga kali setahun dan menyebabkan susu tidak keluar hasil dan penoreh-penoreh getah berhadapan dengan masalah yang serius. Saya ingin mendapat penjelasan berapakah keluasan getah yang telah dijangkiti penyakit ini dan apakah mekanisme yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet yang lalu Yang Berhormat Menteri telah pun mengumumkan untuk menamatkan enam projek tebatan banjir. Dengan penamatan ini disebut bahawa kerajaan dapat penjimatan RM2 bilion. Saya rasa pelik sebab projek yang hendak ditamatkan ini belum dimulakan, belum laksana, belum ada surat setuju terima dan belum lantik kontraktor pun. Bagaimana kerajaan tiba-tiba boleh umum hendak tamat benda yang belum mula. Apa yang peliknya dapat penjimatan. Saya fikir kalau kita tunda projek tersebut bukan penjimatan, kerajaan akan berdepan dengan kerugian. Oleh sebab setiap kali penangguhan projek ini ia akan melibatkan kos yang lebih meningkat. Kedua, ia juga turut mendatangkan kesan kepada setiap kali musim bencana berlaku. Negara kerugian antara RM6 bilion ke RM7 bilion setiap kali banjir berlaku. Saya fikir saya perlu dapatkan penjelasan. Manakah projeknya? Dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan tiga projek iaitu RTB Sungai Golok Fasa 3. Fasa 2 pun belum bermula. Fasa 3, kontraktor pun belum dilantik. Macam mana boleh jimat. Kedua, projek dwifungsi Sungai Rasau. Kontraktor belum dilantik pun lagi, baru peringkat rundingan. Itu pun belum dilaksanakan. Masih di bawah Kementerian Kewangan. Apatah lagi RTC Segamat yang diumumkan. Saya fikir Dewan perlu dapat penjelasan yang jelas terhadap perkara ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dalam sesi lalu melihat bahawa peruntukan RM15 bilion yang diberi sebab sebahagian besar projek yang tertunda ini daripada RMKe- 9 lagi. Oleh sebab itu, saya menyambut baik hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sesi lepas yang telah memperuntukkan satu jumlah yang segera supaya isu banjir dapat kita muktamadkan dan kita tidak lengah-lengahkan. Saya harapkan jangan setiap kali bertukar kerajaan akhirnya apa yang dirancang terpaksa dirombak balik dan terpaksa diubah semula seolah-olah apa yang dibuat dalam sistem sama ada tender terbuka atau tender terhad ataupun runding terus kepada perkara-perkara yang segera ia masih di dalam peraturan yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan. Jangan... Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Kubang Kerian, minta laluan. Minta maaf. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan Projek Tebatan Banjir, setuju atau tidak Yang Berhormat Kubang Kerian bahawa apa yang dicakapkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun itu. Mungkin tidak faham apa yang dicakapkan ataupun dia tidak tahu apa yang diperkatakan. Macam burung Tiong bercakap. Setuju atau tidak? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Burung Tiong itu saya setuju sebab dia pun tidak faham apa yang dia cakap. Saya fikir bahawa kita perlu, Dewan perlu dapat penjelasan yang jelas tentang isu ini. Tuan Yang di-Pertua, soal tebatan banjir ini dan merupakan perkara dan fenomena yang berlaku akibat perubahan iklim yang sangat ketara mutakhir ini. Semalam, satu jalan di Keratung telah terputus kerana hujan turun dengan lebatnya. Sekarang banjir tidak lagi berlaku di kawasan yang biasa. Ia akan berlaku di kawasan semua. Fenomena perubahan iklim ini memerlukan satu penelitian khusus. Saya menyambut baik hasrat pihak kerajaan yang telah pun membentuk kementerian yang dinyatakan jelas tentang perubahan iklim dalam kementerian sebut hari ini. Isunya ialah agensi alam sekitar ataupun perubahan iklim ini belum diwujudkan lagi di peringkat kementerian. Saya berhasrat untuk meminta supaya pihak JPA khususnya menyegerakan pelantikan unit perubahan iklim ini sebab kita ada komitmen di peringkat antarabangsa dan kita juga penelitian terhadap beberapa akta yang melibatkan perubahan iklim yang perlu disegerakan. | 31 | 41 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
32 DR.01.03.2023
Saya memahami situasi yang ada di peringkat kementerian sewaktu saya berada
di sana dan perlunya ditambah kakitangan. Baru-baru ini Dewan yang mulia telah pun
meluluskan satu akta Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 2022 di mana
kita telah pun menaikkan had denda sampai RM10 juta. Kita juga meningkatkan kadar
kompaun. Akan tetapi yang jelasnya penguat kuasa kita staf Jabatan Alam Sekitar ini
sangat tidak mencukupi. Satu negeri ada dua sahaja cawangan Jabatan Alam Sekitar.
Tidak mungkin mereka boleh memantau seluruh negeri tersebut.
Tuan-tuan sekalian, Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua bila
berlaku satu kes pencemaran yang melibatkan sungai ataupun udara dan sebagainya
penguatkuasaan perlu segera supaya pembuktian dapat diambil pada waktu kejadian.
Kelewatan sampai ke tempat kejadian menyebabkan bukti akan hilang, pendakwaan tidak
boleh hendak buat. Ini antara cabaran-cabaran besar.
Saya simpati dengan apa yang berlaku dan saya minta pihak jabatan JPA
khususnya dan pihak kementerian dapat meneliti perkara ini supaya penambahan staf,
kakitangan dan agensi-agensi yang melibatkan perubahan iklim dapat kita laksanakan.
Akhirnya, saya dengan masa yang ada saya hendak sentuh sikit soal
pembangunan yang seimbang di antara negeri. Dalam sesi lalu kita ada Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB 2030). Saya fikir bahawa projek dan perkara ini perlu
diteruskan. Dalam bangunan yang ada baru-baru ini kita jelas seolah-olahnya kerajaan
menyenaraikan enam negeri ini sebagai negeri kurang maju seperti Sabah, Sarawak,
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Apa makna kita senarai kalau peruntukan kita
tidak bagi.
Ya, kita menyenaraikan setiap tahun negeri miskin. Royalti minyak dibatalkan
sedangkan untuk makluman waktu perjanjian royalti minyak yang dibuat dengan Kelantan
dan negeri lain yang diadakan perjanjian tersebut, kita dapati isu tiga batu nautika
langsung tidak termasuk dalam perjanjian. Perjanjian yang diadakan pada 9 Mei 1975
sedangkan perjanjian ataupun Akta Laut dan Wilayah [Akta 750] diwartakan pada 17 Jun
2012. Mana mungkin perjanjian yang baru dia boleh buat hendak membatalkan, hendak
mengehadkan perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya. Saya fikir ini langkah yang
sangat tidak adil.
Untuk makluman, Sabah dan Kelantan dua negeri yang menolak akta ini, Akta
Laut dan Wilayah [Akta 750] kerana melihat bahawa akta ini sengaja digubal untuk
menyekat peluang-peluang negeri tersebut untuk mendapatkan hasil bagi negeri.
Ternyata sekarang terbukti. Alasan diberi kerana di luar daripada tiga batu nautika.
Soalnya Terengganu yang berpuluh tahun dapat royalti pada waktu itu di bawah peraturan
mana?
Saya minta bahawa perkara ini dapat dipertimbangkan dengan rapi dan supaya
pembangunan yang seimbang dapat kita teruskan. Tidak guna kita bicarakan negara-
negara yang hanya melibatkan pembangunan si tempat tertentu sedangkan rakyat kita di
luar bandar, di negeri-negeri tertentu terus terpinggir dan ini akan menyebabkan jurang
yang besar pada masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu ucapan saya. Terima kasih. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima
kasih. Yang Berhormat Baram.
■1210
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Tuan Yang di-Pertua, Puncak
Borneo. Peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua: Peraturan mesyuarat berapakah itu?
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Peraturan Mesyuarat 36(12).
Tuan Yang di-Pertua: Peraturan Mesyuarat 36(12), bacakan.
| Saya memahami situasi yang ada di peringkat kementerian sewaktu saya berada. di sana dan perlunya ditambah kakitangan. Baru-baru ini Dewan yang mulia telah pun meluluskan satu akta Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 2022 di mana kita telah pun menaikkan had denda sampai RM10 juta. Kita juga meningkatkan kadar kompaun. Akan tetapi yang jelasnya penguat kuasa kita staf Jabatan Alam Sekitar ini sangat tidak mencukupi. Satu negeri ada dua sahaja cawangan Jabatan Alam Sekitar. Tidak mungkin mereka boleh memantau seluruh negeri tersebut. Tuan-tuan sekalian, Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua bila berlaku satu kes pencemaran yang melibatkan sungai ataupun udara dan sebagainya penguatkuasaan perlu segera supaya pembuktian dapat diambil pada waktu kejadian. Kelewatan sampai ke tempat kejadian menyebabkan bukti akan hilang, pendakwaan tidak boleh hendak buat. Ini antara cabaran-cabaran besar. Saya simpati dengan apa yang berlaku dan saya minta pihak jabatan JPA khususnya dan pihak kementerian dapat meneliti perkara ini supaya penambahan staf, kakitangan dan agensi-agensi yang melibatkan perubahan iklim dapat kita laksanakan. Akhirnya, saya dengan masa yang ada saya hendak sentuh sikit soal pembangunan yang seimbang di antara negeri. Dalam sesi lalu kita ada Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030). Saya fikir bahawa projek dan perkara ini perlu diteruskan. Dalam bangunan yang ada baru-baru ini kita jelas seolah-olahnya kerajaan menyenaraikan enam negeri ini sebagai negeri kurang maju seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Apa makna kita senarai kalau peruntukan kita tidak bagi. Ya, kita menyenaraikan setiap tahun negeri miskin. Royalti minyak dibatalkan sedangkan untuk makluman waktu perjanjian royalti minyak yang dibuat dengan Kelantan dan negeri lain yang diadakan perjanjian tersebut, kita dapati isu tiga batu nautika langsung tidak termasuk dalam perjanjian. Perjanjian yang diadakan pada 9 Mei 1975 sedangkan perjanjian ataupun Akta Laut dan Wilayah [Akta 750] diwartakan pada 17 Jun 2012. Mana mungkin perjanjian yang baru dia boleh buat hendak membatalkan, hendak mengehadkan perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya. Saya fikir ini langkah yang sangat tidak adil. Untuk makluman, Sabah dan Kelantan dua negeri yang menolak akta ini, Akta Laut dan Wilayah [Akta 750] kerana melihat bahawa akta ini sengaja digubal untuk menyekat peluang-peluang negeri tersebut untuk mendapatkan hasil bagi negeri. Ternyata sekarang terbukti. Alasan diberi kerana di luar daripada tiga batu nautika. Soalnya Terengganu yang berpuluh tahun dapat royalti pada waktu itu di bawah peraturan mana?. Saya minta bahawa perkara ini dapat dipertimbangkan dengan rapi dan supaya pembangunan yang seimbang dapat kita teruskan. Tidak guna kita bicarakan negara- negara yang hanya melibatkan pembangunan si tempat tertentu sedangkan rakyat kita di luar bandar, di negeri-negeri tertentu terus terpinggir dan ini akan menyebabkan jurang yang besar pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu ucapan saya. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Tepuk]. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih. Yang Berhormat Baram. #1210. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Tuan Yang di-Pertua, Puncak Borneo. Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua: Peraturan mesyuarat berapakah itu?. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Peraturan Mesyuarat 36(12). Tuan Yang di-Pertua: Peraturan Mesyuarat 36(12), bacakan. | 32 | 42 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 33
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: “Mana-mana Ahli yang
mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghinakan
Dewan”. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua: Apakah ia?
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Tuan Yang di-Pertua, semalam
saya mendengar dengan teliti hujah dan juga perbahasan Yang Berhormat Stampin.
Tuan Yang di-Pertua: Oh, semalam kena bangkit semalam, tidak boleh bangkit
hari ini.
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Sebab ini adalah amat penting
Tuan Yang di-Pertua, sebab kita hendakkan harmoni dalam Kerajaan Perpaduan kita ini.
Tuan Yang di-Pertua: Semalam kena bawa semalam Yang Berhormat. Yang
Berhormat kena bangun semalam, ini sudah lepas.
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Sudah lepas.
Tuan Yang di-Pertua: Sudah lepas. Minta maaf, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Dalam ucapan siapa, ucapan
siapa?
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Akan tetapi yang paling penting
kalau boleh janganlah beliau keluarkan kenyataan sedemikian yang boleh mengganggu
gugat keadaan Kerajaan Perpaduan kita ini kerana ia seolah-olah memberi gambaran
bahawa kerajaan GPS tidak memperjuangkan hak Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua: Okey.
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Jadi, kalau boleh beliau – saya
hendak bagi pesan kepada semua wakil rakyat perpaduan ini. Jangan kita mengambil
kesempatan ini untuk mengganggu gugat dan mengambil kesempatan untuk cucuk antara
satu dengan yang lain. Saya sayang Kerajaan Perpaduan ini dan jangan sampai kita
bertelagah dan kerajaan ini dinoktahkan oleh ketua-ketua parti.
Tuan Yang di-Pertua: Baik.
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Saya tidak mahu juga PMX kita ini
menjadi ex-PM sebab saya sayang kerajaan ini. [Tepuk] Jadi Tuan Yang di-Pertua, harus
menyuburkan Dewan kita ini supaya kita boleh bekerjasama. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Baik, point taken. Terima kasih, Yang Berhormat Puncak
Borneo. Silakan, Yang Berhormat Baram.
12.11 tgh.
Dato Anyi Ngau [Baram]: Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Terima kasih Yang Berhormat
Puncak Borneo.
Dato Anyi Ngau [Baram]: Tuan Yang di-Pertua, salam Malaysia Madani. Pada
perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari saya
membangkitkan berkenaan dengan perbezaan jurang pembangunan di kawasan
Sarawak, Sabah dan juga beberapa tempat di kawasan Malaya ini. Setiap kali kita ada
bajet, kita di kawasan pedalaman khususnya saya di kawasan pedalaman Baram di
Sarawak sangat mengalu-alukan bajet-bajet yang begini.
Sebab kita tahu dan inilah satu-satu caranya untuk kita menjarakkan ataupun
merapatkan jurang pembangunan antara kita ini. Agar pada masa akan datang kita
berhenti bercakap pasal pembangunan yang tidak seimbang ini. Jadi, pada hari ini Tuan
Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyenaraikan beberapa isu khususnya berkenaan
dengan kawasan Baram yang saya pasti dan saya yakin akan menjadi satu gambaran
yang betul, yang menunjukkan betapa jauhnya jurang pembangunan di kawasan-kawasan
| Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: "Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghinakan Dewan". Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Apakah ia? Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Tuan Yang di-Pertua, semalam saya mendengar dengan teliti hujah dan juga perbahasan Yang Berhormat Stampin. Tuan Yang di-Pertua: Oh, semalam kena bangkit semalam, tidak boleh bangkit hari ini. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Sebab ini adalah amat penting Tuan Yang di-Pertua, sebab kita hendakkan harmoni dalam Kerajaan Perpaduan kita ini. Tuan Yang di-Pertua: Semalam kena bawa semalam Yang Berhormat. Yang Berhormat kena bangun semalam, ini sudah lepas. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Sudah lepas. Tuan Yang di-Pertua: Sudah lepas. Minta maaf, Yang Berhormat. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Dalam ucapan siapa, ucapan siapa? Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Akan tetapi yang paling penting kalau boleh janganlah beliau keluarkan kenyataan sedemikian yang boleh mengganggu gugat keadaan Kerajaan Perpaduan kita ini kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan GPS tidak memperjuangkan hak Sarawak. Tuan Yang di-Pertua: Okey. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Jadi, kalau boleh beliau- saya hendak bagi pesan kepada semua wakil rakyat perpaduan ini. Jangan kita mengambil kesempatan ini untuk mengganggu gugat dan mengambil kesempatan untuk cucuk antara satu dengan yang lain. Saya sayang Kerajaan Perpaduan ini dan jangan sampai kita bertelagah dan kerajaan ini dinoktahkan oleh ketua-ketua parti. Tuan Yang di-Pertua: Baik. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Saya tidak mahu juga PMX kita ini menjadi ex-PM sebab saya sayang kerajaan ini. [Tepuk] Jadi Tuan Yang di-Pertua, harus menyuburkan Dewan kita ini supaya kita boleh bekerjasama. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Baik, point taken. Terima kasih, Yang Berhormat Puncak Borneo. Silakan, Yang Berhormat Baram. 12.11 tgh. Dato Anyi Ngau [Baram]: Terima kasih. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Dato Anyi Ngau [Baram]: Tuan Yang di-Pertua, salam Malaysia Madani. Pada perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari saya membangkitkan berkenaan dengan perbezaan jurang pembangunan di kawasan Sarawak, Sabah dan juga beberapa tempat di kawasan Malaya ini. Setiap kali kita ada bajet, kita di kawasan pedalaman khususnya saya di kawasan pedalaman Baram di Sarawak sangat mengalu-alukan bajet-bajet yang begini. Sebab kita tahu dan inilah satu-satu caranya untuk kita menjarakkan ataupun merapatkan jurang pembangunan antara kita ini. Agar pada masa akan datang kita berhenti bercakap pasal pembangunan yang tidak seimbang ini. Jadi, pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyenaraikan beberapa isu khususnya berkenaan dengan kawasan Baram yang saya pasti dan saya yakin akan menjadi satu gambaran yang betul, yang menunjukkan betapa jauhnya jurang pembangunan di kawasan-kawasan. | 33 | 43 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
34 DR.01.03.2023
di negara kita ini. Kita tahu dan saya dengar dari beberapa hari kita sudah bahas bajet ini
bahawa ada kita cakap berkenaan dengan lebuh raya, ada kita cakap tentang lebuh raya
dua hingga tiga lane.
Akan tetapi pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan bahawa
kita di kawasan Baram di kawasan pedalaman di Sarawak, kita bercakap berkenaan
dengan jalan balak ini. Jalan balak ini semasa hujan, licin; semasa kemarau, berdebu; dan
inilah keadaan yang kita ada di kawasan Baram. Dahulu, mungkin adalah syarikat balak
yang mahu me-repair-kan jalan ini. Akan tetapi sekarang ini balak pun sudah mahu habis,
jadi semua jalan ini terabai pada hari ini. Maka dengan ini, saya ingin mencadangkan dan
merayu kepada pihak-pihak yang berkenaan, tidak lain daripada Kerajaan Perpaduan
yang kita ada pada hari ini supaya benar-benar melaksanakan agar kalau tidak dapat
dibina baharu pun kita terima dulu.
Kita mahu supaya jalan ini yang kita ada di kawasan Baram dan kawasan luar
bandar, agar dapat di-repair, agar dapat diguna supaya perhubungan yang ada di antara
kawasan bandar dan kawasan luar bandar ini dapat kita hubungi, dapatlah orang yang
sakit, dapatlah orang yang tua, dapat pergi ke pusat bandar untuk mendapat
perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang ada. Saya mohon supaya peruntukan khas
daripada pihak Kementerian Kewangan untuk membaik pulih jalan-jalan balak di kawasan
luar bandar terutamanya di kawasan Baram. [Tepuk]
Mudah-mudahan ini akan jadi hubungan kita sebab kita tahu semasa COVID-19
dahulu, apabila kita alami pandemik COVID-19 dahulu kita kata, “Oh, masalah ini,
masalah itu.” Terbukti bahawa COVID-19 itu adalah juga satu berkat kepada kita supaya
kita ini manalah tahu, bukan kita minta ada COVID-19 tetapi kita mahu supaya hubungan
jalan ini dapat kita kekalkan. Dan...
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Yang Berhormat Baram, saya
minta laluan sedikit sahaja.
Dato Anyi Ngau [Baram]: Sedikit sahaja boleh.
Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Terima kasih, Yang Berhormat
Baram. Saya dengar dengan teliti dan saya amat simpati dengan Parlimen Baram.
Parlimen Baram setujukah Yang Berhormat Parlimen Baram bahawa anak Kelabit anak
kita, anak Orang Ulu anak kita, sudah tiba masanya tidak payah kita hendak buat kajian,
tidak payah kita hendak buat perancangan lagi. Bagus dilaksanakan sahaja sekarang ini
dalam kerajaan madani ini untuk memudahkan dan menyejahterakan dan kita
menoktahkan penderitaan rakyat. Setujukah Yang Berhormat Baram?
Dato Anyi Ngau [Baram]: Okey, jadi sebahagian daripada saya punya ucapan.
Terima kasih, Yang Berhormat Puncak Borneo.
Jalan yang saya maksudkan ini jalan yang dari Lapok pergi ke Kilo 10, pergi dekat
Bario dan juga pergi dekat Long Jekitan. Selain daripada itu, dari pekan Lapok pergi dekat
Long Loyang ataupun Long Aya. Mohon, jalan ini jalan utama kita. Jalan balak ini bukan
yang lebuh raya, kita mahu ini dijadikan pada tahun ini.
Selain daripada itu Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya juga mahu sebut
berkenaan dengan sekolah daif. Popular topik ini, terima kasih kepada Yang Berhormat
Menteri Pendidikan sebab sudi datang ke kawasan Baram. Mudah-mudahan ini akan
menjadi contoh kepada semua Menteri supaya datang ke kawasan luar bandar termasuk
Baram ini dan juga meluluskan beberapa peruntukan untuk sekolah daif di kawasan
Baram. Dalam kawasan Baram, kita ada dua pejabat PPD, satu di bawah Miri dan satu
lagi di kawasan Baram. Jadi, saya mohon supaya sekolah daif ini seperti yang disebut
oleh Yang Amat Berhormat Tambun bahawa ini akan menjadi antara fokus utama kita
pada tahun ini.
Mudah-mudahan pada tahun ini semua sekolah di kawasan Baram akan dibaik
pulih, sebab kita tahu di kawasan Baram apabila saya bangkitkan masalah ini pada dua
tahun yang lepas atau setahun yang lepas, jawapan yang kita dapat ialah bahawa tapak
yang belum ada lagi. Saya rasa ini adalah ia punya birokrasi sahaja ini. Mudah-mudahan
semua ini akan dihapuskan. Saya percaya Kerajaan Negeri Sarawak sedia memberi tapak
| di negara kita ini. Kita tahu dan saya dengar dari beberapa hari kita sudah bahas bajet ini bahawa ada kita cakap berkenaan dengan lebuh raya, ada kita cakap tentang lebuh raya dua hingga tiga lane. Akan tetapi pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan bahawa kita di kawasan Baram di kawasan pedalaman di Sarawak, kita bercakap berkenaan dengan jalan balak ini. Jalan balak ini semasa hujan, licin; semasa kemarau, berdebu; dan inilah keadaan yang kita ada di kawasan Baram. Dahulu, mungkin adalah syarikat balak yang mahu me-repair-kan jalan ini. Akan tetapi sekarang ini balak pun sudah mahu habis, jadi semua jalan ini terabai pada hari ini. Maka dengan ini, saya ingin mencadangkan dan merayu kepada pihak-pihak yang berkenaan, tidak lain daripada Kerajaan Perpaduan yang kita ada pada hari ini supaya benar-benar melaksanakan agar kalau tidak dapat dibina baharu pun kita terima dulu. Kita mahu supaya jalan ini yang kita ada di kawasan Baram dan kawasan luar bandar, agar dapat di-repair, agar dapat diguna supaya perhubungan yang ada di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar ini dapat kita hubungi, dapatlah orang yang sakit, dapatlah orang yang tua, dapat pergi ke pusat bandar untuk mendapat perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang ada. Saya mohon supaya peruntukan khas daripada pihak Kementerian Kewangan untuk membaik pulih jalan-jalan balak di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan Baram. [Tepuk]. Mudah-mudahan ini akan jadi hubungan kita sebab kita tahu semasa COVID-19 dahulu, apabila kita alami pandemik COVID-19 dahulu kita kata, "Oh, masalah ini, masalah itu." Terbukti bahawa COVID-19 itu adalah juga satu berkat kepada kita supaya kita ini manalah tahu, bukan kita minta ada COVID-19 tetapi kita mahu supaya hubungan jalan ini dapat kita kekalkan. Dan... Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Yang Berhormat Baram, saya minta laluan sedikit sahaja. Dato Anyi Ngau [Baram]: Sedikit sahaja boleh. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Terima kasih, Yang Berhormat Baram. Saya dengar dengan teliti dan saya amat simpati dengan Parlimen Baram. Parlimen Baram setujukah Yang Berhormat Parlimen Baram bahawa anak Kelabit anak kita, anak Orang Ulu anak kita, sudah tiba masanya tidak payah kita hendak buat kajian, tidak payah kita hendak buat perancangan lagi. Bagus dilaksanakan sahaja sekarang ini dalam kerajaan madani ini untuk memudahkan dan menyejahterakan dan kita menoktahkan penderitaan rakyat. Setujukah Yang Berhormat Baram?. Dato Anyi Ngau [Baram]: Okey, jadi sebahagian daripada saya punya ucapan. Terima kasih, Yang Berhormat Puncak Borneo. Jalan yang saya maksudkan ini jalan yang dari Lapok pergi ke Kilo 10, pergi dekat Bario dan juga pergi dekat Long Jekitan. Selain daripada itu, dari pekan Lapok pergi dekat Long Loyang ataupun Long Aya. Mohon, jalan ini jalan utama kita. Jalan balak ini bukan yang lebuh raya, kita mahu ini dijadikan pada tahun ini. Selain daripada itu Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya juga mahu sebut berkenaan dengan sekolah daif. Popular topik ini, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan sebab sudi datang ke kawasan Baram. Mudah-mudahan ini akan menjadi contoh kepada semua Menteri supaya datang ke kawasan luar bandar termasuk Baram ini dan juga meluluskan beberapa peruntukan untuk sekolah daif di kawasan Baram. Dalam kawasan Baram, kita ada dua pejabat PPD, satu di bawah Miri dan satu lagi di kawasan Baram. Jadi, saya mohon supaya sekolah daif ini seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun bahawa ini akan menjadi antara fokus utama kita pada tahun ini. Mudah-mudahan pada tahun ini semua sekolah di kawasan Baram akan dibaik pulih, sebab kita tahu di kawasan Baram apabila saya bangkitkan masalah ini pada dua tahun yang lepas atau setahun yang lepas, jawapan yang kita dapat ialah bahawa tapak yang belum ada lagi. Saya rasa ini adalah ia punya birokrasi sahaja ini. Mudah-mudahan semua ini akan dihapuskan. Saya percaya Kerajaan Negeri Sarawak sedia memberi tapak. | 34 | 44 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 35
yang ini kepada sekolah-sekolah ini dan juga kepada Kerajaan Persekutuan. Moga ini
akan jadi kita punya SOP.
Kalau tidak ada tapak pun, seperti yang disebut dalam Dewan ini, sekolah adalah
penting untuk pembangunan negara kita ini. Mudah-mudahan SK Long Bemang, SK Long
Lellang, SK Sungai Peking, SK Pengarah Enteri, SK Long Jegan, SK Long Banga, SK
Long Miri, SK Uma Bawang dan seterusnya akan dibangunkan ataupun dibaik pulih pada
tahun ini.
■1220
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, ialah berkenaan dengan kesihatan. Pandemik
sudah mengajar kita banyak. COVID-19 dulu dan kes semasa pandemik, klinik-klinik
kesihatan inilah yang menjadi pusat vaksinasi buat masa itu dulu. Akan tetapi, keadaan
kita di klinik itu bukan kata bagus, tetapi sangat-sangat uzur sampai atap atau bumbung
pun bocor, bekalan elektrik pun tidak ada. Inilah keadaan yang kita ada.
Jadi, kita mahu semua klinik ini di kawasan Baram— saya rasa kita ada dalam
lingkungan 20 lebih klinik di kawasan Baram. Jadi, saya mohon pihak kementerian untuk
meluluskan peruntukan untuk klinik-klinik di kawasan Baram. Ini sebab kita tahu Klinik
Kesihatan Long Lama yang sudah mengalami tanah runtuh pada dua tahun lepas sampai
hari ini, saya ingat kalau saya sebut dengan orang kampung, saya akan kata, “Maaf, ini
sudah habuk pun tidak ada”. Inilah keadaan itu. Jadi, saya percaya dengan Kerajaan
Perpaduan yang kita ada ini, ini dapat dilaksanakan.
Sama juga dengan Klinik Kesihatan Long San, ini jauh di pedalaman. Mohon ini
juga dipercepatkan. Saya percaya peruntukan kewangan sudah ada, tetapi prosesnya
yang mungkin lambat. Mungkin dia pakai perahu kut. Jadi, klinik-klinik ini perlu diperbaiki
seperti Klinik Kesihatan Long Teran, Klinik Kesihatan Long Banga, Klinik Kesihatan Bario,
Klinik Kesihatan Ulu Teru, Klinik Kesihatan Long Bemang, Klinik Kesihatan Long Naah,
Klinik Kesihatan Long Jeeh dan seterusnya ini. Semua klinik ini mungkin umur saya ada
ataupun separuh umur saya yang 60 tahun siri sudah. Jadi, perlu dipercepatkan ini.
Keempat ialah berkenaan dengan penerbangan ke luar bandar ini. Kita ada ia
punya penerbangan, tetapi dihadkan kepada sembilan orang oleh sebab kapasiti daripada
segi keselamatan. Jadi, perlu ditengok ini. Mungkin— saya pun kurang pasti sama ada
kalau kapasiti penerbangan itu seramai 18 orang, sama ada kerajaan bayar subsidi untuk
18 orang ataupun untuk sembilan orang itu sahaja. Ini perlu ditengok dan ini perlu diimbas
kembali sebab jalan kita jahat. Jadi, ini perlu dibuat. Juga, kita punya Lapangan Terbang
Bario. Sampai kita buat seramai sembilan orang untuk satu penerbangan, baik lagi
besarkan ini lapangan terbang ini.
Terakhir ini— sebab masa tidak mengizinkan— ialah connectivity ini, internet.
Kalau di luar bandar, kita kata, “Oh, internet tidak ada sebab ada apa?” Apa nama itu,
yang kita ada itu ialah CONNECTme itu. CONNECTme yang ada. Jadi, saya mahu
mohon kepada pihak kementerian untuk tengok balik ini barang sebab Wi-Fi ada. Itu ia
punya ‘kuali’ itu ada, tetapi ia punya akses itu yang tidak ada ini. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua: Kuali ada ya?
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar]: Kuali untuk masak, Yang
Berhormat.
Dato Anyi Ngau [Baram]: Jadi, kita tidak mahu ia macam ini. Ini keadaan yang
berlaku di kawasan pedalaman. Jadi, mohon ini ditengok dan dilihat semula. Jangan ada
saja bangunan, tetapi tidak ada kerusi. Jangan ada saja electricity, tetapi tidak ada current,
orang kata. Ini yang jadi di kawasan pedalaman. Moga ini dalam bajet tahun ini, ini akan
diselesaikan dan akan dikekalkan selama-lamanya ini.
Moga dengan itu, kita di GPS Sarawak tubuhkan Kerajaan Perpaduan. Saya
mahu petik apa yang mendiang Tok Nan sebut dulu. Inilah perjuangan kita di Baram dan
ini juga perjuangan GPS dan dengan Kerajaan Perpaduan ini. Beliau berkata— ini beliau
punya pantun ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
| yang ini kepada sekolah-sekolah ini dan juga kepada Kerajaan Persekutuan. Moga ini akan jadi kita punya SOP. Kalau tidak ada tapak pun, seperti yang disebut dalam Dewan ini, sekolah adalah penting untuk pembangunan negara kita ini. Mudah-mudahan SK Long Bemang, SK Long Lellang, SK Sungai Peking, SK Pengarah Enteri, SK Long Jegan, SK Long Banga, SK Long Miri, SK Uma Bawang dan seterusnya akan dibangunkan ataupun dibaik pulih pada tahun ini. #1220. Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, ialah berkenaan dengan kesihatan. Pandemik sudah mengajar kita banyak. COVID-19 dulu dan kes semasa pandemik, klinik-klinik kesihatan inilah yang menjadi pusat vaksinasi buat masa itu dulu. Akan tetapi, keadaan kita di klinik itu bukan kata bagus, tetapi sangat-sangat uzur sampai atap atau bumbung pun bocor, bekalan elektrik pun tidak ada. Inilah keadaan yang kita ada. Jadi, kita mahu semua klinik ini di kawasan Baram-- saya rasa kita ada dalam lingkungan 20 lebih klinik di kawasan Baram. Jadi, saya mohon pihak kementerian untuk meluluskan peruntukan untuk klinik-klinik di kawasan Baram. Ini sebab kita tahu Klinik Kesihatan Long Lama yang sudah mengalami tanah runtuh pada dua tahun lepas sampai hari ini, saya ingat kalau saya sebut dengan orang kampung, saya akan kata, "Maaf, ini sudah habuk pun tidak ada". Inilah keadaan itu. Jadi, saya percaya dengan Kerajaan Perpaduan yang kita ada ini, ini dapat dilaksanakan. Sama juga dengan Klinik Kesihatan Long San, ini jauh di pedalaman. Mohon ini juga dipercepatkan. Saya percaya peruntukan kewangan sudah ada, tetapi prosesnya yang mungkin lambat. Mungkin dia pakai perahu kut. Jadi, klinik-klinik ini perlu diperbaiki seperti Klinik Kesihatan Long Teran, Klinik Kesihatan Long Banga, Klinik Kesihatan Bario, Klinik Kesihatan Ulu Teru, Klinik Kesihatan Long Bemang, Klinik Kesihatan Long Naah, Klinik Kesihatan Long Jeeh dan seterusnya ini. Semua klinik ini mungkin umur saya ada ataupun separuh umur saya yang 60 tahun siri sudah. Jadi, perlu dipercepatkan ini. Keempat ialah berkenaan dengan penerbangan ke luar bandar ini. Kita ada ia punya penerbangan, tetapi dihadkan kepada sembilan orang oleh sebab kapasiti daripada segi keselamatan. Jadi, perlu ditengok ini. Mungkin-- saya pun kurang pasti sama ada kalau kapasiti penerbangan itu seramai 18 orang, sama ada kerajaan bayar subsidi untuk 18 orang ataupun untuk sembilan orang itu sahaja. Ini perlu ditengok dan ini perlu diimbas kembali sebab jalan kita jahat. Jadi, ini perlu dibuat. Juga, kita punya Lapangan Terbang Bario. Sampai kita buat seramai sembilan orang untuk satu penerbangan, baik lagi besarkan ini lapangan terbang ini. Terakhir ini-- sebab masa tidak mengizinkan-- ialah connectivity ini, internet. Kalau di luar bandar, kita kata, "Oh, internet tidak ada sebab ada apa?" Apa nama itu, yang kita ada itu ialah CONNECTme itu. CONNECTme yang ada. Jadi, saya mahu mohon kepada pihak kementerian untuk tengok balik ini barang sebab Wi-Fi ada. Itu ia punya 'kuali' itu ada, tetapi ia punya akses itu yang tidak ada ini. [Ketawa]. Tuan Yang di-Pertua: Kuali ada ya?. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar]: Kuali untuk masak, Yang Berhormat. Dato Anyi Ngau [Baram]: Jadi, kita tidak mahu ia macam ini. Ini keadaan yang berlaku di kawasan pedalaman. Jadi, mohon ini ditengok dan dilihat semula. Jangan ada saja bangunan, tetapi tidak ada kerusi. Jangan ada saja electricity, tetapi tidak ada current, orang kata. Ini yang jadi di kawasan pedalaman. Moga ini dalam bajet tahun ini, ini akan diselesaikan dan akan dikekalkan selama-lamanya ini. Moga dengan itu, kita di GPS Sarawak tubuhkan Kerajaan Perpaduan. Saya mahu petik apa yang mendiang Tok Nan sebut dulu. Inilah perjuangan kita di Baram dan ini juga perjuangan GPS dan dengan Kerajaan Perpaduan ini. Beliau berkata-- ini beliau punya pantun ini, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Silakan. | 35 | 45 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
36 DR.01.03.2023
Dato Anyi Ngau [Baram]: Beliau kata...
Nyiur gading puncak mahligai,
Sayang ketupat berisi inti,
Hancur badan tulang berkecai,
Belum ku dapat belum ku berhenti. [Tepuk]
Ini perjuangan GPS demi untuk Kerajaan Perpaduan yang kita ada untuk kita
sama-sama laksanakan masyarakat madani Malaysia.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar]: Hidup GPS.
Dato Anyi Ngau [Baram]: Dengan itu, saya sokong bajet yang telah
dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Baram. Terima kasih.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanah Merah.
12.26 tgh.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Bismillahi Rahmani
Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang juga sesi perbahasan Rang
Undang-undang Perbekalan 2023.
Pada kesempatan ini, sekali lagi, pagi tadi saya sudah ucap tetapi sekali lagi saya
dan rakan-rakan Perikatan Nasional ingin mengucapkan Selamat Hari Tentera Darat Ke-
90 yang disambut pada hari ini. Sudah pastinya tiada terkira banyak jasa dan budi yang
telah ditaburkan oleh semua warga tentera darat selamat 90 tahun ini kepada tanah air
kita yang tercinta. Tanpa tentera, negara kita pincang, huru-hara, tiada pembela. Tanpa
tentera, peniaga bimbang tidak tidur malam, takut diancam si durjana. Tanpa tentera,
negara asing hilang hormat dan menganaktirikan bangsa kita. Tanpa tentera, keamanan
dan kesejahteraan berjuta rakyat tiada sentosa. Tanpa tentera, penat perih kemerdekaan
hancur musnah, menjadi hamba di bumi sendiri.
Kepada semua warga tentera darat khususnya dan semua anggota tentera
amnya, percayalah kami di pihak Perikatan Nasional sentiasa mendengar keluhan,
rintihan dan mencuba sehabis baik untuk memperjuangkan kepentingan serta kebajikan
saudara dan saudari agar terbela.
Jadi pada hari ini, saya ingin mengambil peluang untuk membawa perhatian
kepada Dewan yang mulia ini mengenai beberapa isu yang menyentuh mengenai aspek
pertahanan negara, kebajikan anggota tentera dan kesejahteraan veteran Angkatan
Tentera Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik perhatian khusus dalam Bajet 2023
terhadap keperluan perolehan baharu dan kepentingan aspek penyelenggaraan aset
Angkatan Tentera Malaysia. Pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat
Tambun dalam ucapan Bajet 2023 pada minggu lepas mengenai keputusan kerajaan
untuk memulakan projek perolehan Littoral Mission Ship (LMS) untuk Tentera Laut Diraja
Malaysia sudah pastinya memberi sedikit rasa kelegaan kepada anggota TLDM yang kita
tahu sekarang terpaksa menggunakan kapal-kapal usang yang sudah berusia hampir
setengah abad.
Ya, kita ada kapal yang umurnya lebih daripada 50 tahun yang masih beroperasi.
Sudah pasti usia kapal yang sudah usang ini mempunyai kekangan-kekangan tertentu
yang tidak dapat diatasi dengan kerja-kerja perbaikan ataupun tindakan memanjangkan
usia kapal tersebut atau di sini yang disebut Service Life Extension Program (SLEP),
dengan izin.
Walau bagaimanapun, saya sedikit khuatir dan memerlukan penjelasan daripada
Kementerian Pertahanan kerana jika diperhatikan, bajet yang diperuntukkan untuk
MINDEF pada tahun 2023 adalah berjumlah RM17.7 bilion. Ini merangkumi bajet
| Dato Anyi Ngau [Baram]: Beliau kata... Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti, Hancur badan tulang berkecai, Belum ku dapat belum ku berhenti. [Tepuk]. Ini perjuangan GPS demi untuk Kerajaan Perpaduan yang kita ada untuk kita sama-sama laksanakan masyarakat madani Malaysia. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar]: Hidup GPS. Dato Anyi Ngau [Baram]: Dengan itu, saya sokong bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari. Sekian, terima kasih. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Baram. Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanah Merah. 12.26 tgh. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang juga sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023. Pada kesempatan ini, sekali lagi, pagi tadi saya sudah ucap tetapi sekali lagi saya dan rakan-rakan Perikatan Nasional ingin mengucapkan Selamat Hari Tentera Darat Ke- 90 yang disambut pada hari ini. Sudah pastinya tiada terkira banyak jasa dan budi yang telah ditaburkan oleh semua warga tentera darat selamat 90 tahun ini kepada tanah air kita yang tercinta. Tanpa tentera, negara kita pincang, huru-hara, tiada pembela. Tanpa tentera, peniaga bimbang tidak tidur malam, takut diancam si durjana. Tanpa tentera, negara asing hilang hormat dan menganaktirikan bangsa kita. Tanpa tentera, keamanan dan kesejahteraan berjuta rakyat tiada sentosa. Tanpa tentera, penat perih kemerdekaan hancur musnah, menjadi hamba di bumi sendiri. Kepada semua warga tentera darat khususnya dan semua anggota tentera amnya, percayalah kami di pihak Perikatan Nasional sentiasa mendengar keluhan, rintihan dan mencuba sehabis baik untuk memperjuangkan kepentingan serta kebajikan saudara dan saudari agar terbela. Jadi pada hari ini, saya ingin mengambil peluang untuk membawa perhatian kepada Dewan yang mulia ini mengenai beberapa isu yang menyentuh mengenai aspek pertahanan negara, kebajikan anggota tentera dan kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik perhatian khusus dalam Bajet 2023 terhadap keperluan perolehan baharu dan kepentingan aspek penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia. Pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam ucapan Bajet 2023 pada minggu lepas mengenai keputusan kerajaan untuk memulakan projek perolehan Littoral Mission Ship (LMS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia sudah pastinya memberi sedikit rasa kelegaan kepada anggota TLDM yang kita tahu sekarang terpaksa menggunakan kapal-kapal usang yang sudah berusia hampir setengah abad. Ya, kita ada kapal yang umurnya lebih daripada 50 tahun yang masih beroperasi. Sudah pasti usia kapal yang sudah usang ini mempunyai kekangan-kekangan tertentu yang tidak dapat diatasi dengan kerja-kerja perbaikan ataupun tindakan memanjangkan usia kapal tersebut atau di sini yang disebut Service Life Extension Program (SLEP), dengan izin. Walau bagaimanapun, saya sedikit khuatir dan memerlukan penjelasan daripada Kementerian Pertahanan kerana jika diperhatikan, bajet yang diperuntukkan untuk MINDEF pada tahun 2023 adalah berjumlah RM17.7 bilion. Ini merangkumi bajet. | 36 | 46 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 37
mengurus (OE) berjumlah RM11.4 bilion dan juga bajet pembangunan (DE) berjumlah
RM6.3 bilion. Daripada jumlah kedua-dua peruntukan ini, OE dan DE, berapakah jumlah
sebenar yang diperuntukkan untuk tujuan kapal LMS sebagaimana yang diumumkan oleh
Yang Amat Berhormat Tambun?
Ini kerana RM17.7 bilion untuk tahun 2023 adalah tiada peningkatan signifikan
daripada jumlah peruntukan tahun 2022 yang berjumlah RM16 bilion. Apa yang
meningkat hanyalah sebanyak RM300 juta sahaja kepada bajet OE dan RM1.3 bilion
untuk DE. Ini mengambil kira pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun sangat jelas
di Dewan yang mulia ini bahawa perolehan kapal LMS untuk TLDM akan menggunakan
Bajet 2023.
Jadi, berapakah jumlah peruntukan sebenar untuk perolehan kapal LMS ini?
Berapa jumlah kapal LMS yang dipersetujui untuk perolehan kerajaan sebagaimana yang
diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada minggu lepas?
■1230
Saya ingin bertanya kepada MINDEF, apakah perlaksanaan perolehan kapal LMS
ini kali ini masih menetapkan prosedur wajib supaya MINDEF memerlukan persetujuan
atau keputusan akhir dari Kementerian Kewangan dalam keputusan akhir pemilihan aset
atau keupayaan yang diperlukan oleh TLDM? Jika ya, saya ingin mencadangkan supaya
peranan MOF dalam perolehan-perolehan aset ketenteraan pada masa hadapan,
hendaklah dikurangkan hanya kepada peringkat menetapkan siling peruntukan sahaja.
Bagi aspek lain-lain hal seperti pemilihan jenis kapal LMS, pemilihan reka bentuk atau
syarikat yang membina kapal tersebut dan penentuan persenjataan dan lain-lain
spesifikasi aset, wajarlah diberi kepercayaan sepenuhnya kepada MINDEF bersama end
user iaitu tentera darat, tentera laut, tentera udara yang akan menggunakan aset
berkenaan.
Prosedur keputusan akhir atau pemilihan muktamad aset-aset ketenteraan yang
diguna pakai sekarang yakni perlu mendapatkan persetujuan akhir daripada MOF hanya
akan melambatkan lagi proses perolehan dilaksanakan. Malah, situasi ini akan memberi
ruang kepada pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaku
sebagai pakar atau subject matter expert untuk mempengaruhi penentuan aset yang bakal
digunakan oleh pihak tentera. Situasi ini sudah pasti akan melemahkan lagi perlaksanaan
projek secara keseluruhan. Ini mengambil kira situasi sama yang berlaku sebagaimana
masalah ketirisan perolehan aset tentera yang lain termasuklah projek littoral combat ship
(LCS) seperti yang kita semua sedia maklum.
Tambahan lagi, kenapakah perlu wujud situasi supaya MINDEF mesti
mendapatkan persetujuan daripada MOF berkaitan aspek pemilihan aset yang sesuai
untuk ATM sedangkan peruntukan sudah pun dipersetujui dan disediakan terlebih dahulu
oleh pihak MOF ataupun EPU Jabatan Perdana Menteri mengambil kira hakikat bahawa
mereka bukanlah pakar dalam aspek persenjataan dan keupayaan ketenteraan. Lebih-
lebih lagi, mereka juga bukan pengguna akhir yang akan menggunakan aset tersebut.
Oleh sebab saya tahu bagaimana satu masa penggal lepas, apabila Kementerian
Pertahanan bersama user telah pun menentukan aset ini hendak digunakan oleh end user
tetapi apabila sampai ke peringkat MOF, mungkin ada pihak-pihak tertentu kah apa yang
berlaku bertukar keputusan. Akhirnya, pihak kementerian terpaksa membuat rayuan
sebelum keputusan yang asal yang diperakui oleh MINDEF diterima balik.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini saya tidak dapat larilah daripada
keperluan untuk menyentuh mengenai isu kemelut skandal kapal LCS yang sedang
dihadapi oleh kerajaan. Saya juga ingin menyampaikan kegusaran ramai pihak mengenai
keputusan terkini kerajaan untuk mengurangkan jumlah bilangan kapal LCS daripada
enam kepada lima buah yang mana kapal yang pertama LCS ini, sepatutnya sudah
diserahkan pada tahun 2019. Sekarang ini sudah 2023, satu kapal pun tidak siap.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan di
Dewan yang mulia ini pada 20 dan 22 Februari yang lalu, jumlah siling peruntukan kapal
LCS akan dikekalkan kepada RM9.1 bilion walaupun jumlah kapal telah dikurangkan iaitu
dahulu RM9.1 bilion untuk enam buah kapal, sekarang RM9.1 bilion juga tetapi untuk lima
| mengurus (OE) berjumlah RM11.4 bilion dan juga bajet pembangunan (DE) berjumlah RM6.3 bilion. Daripada jumlah kedua-dua peruntukan ini, OE dan DE, berapakah jumlah sebenar yang diperuntukkan untuk tujuan kapal LMS sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun?. Ini kerana RM17.7 bilion untuk tahun 2023 adalah tiada peningkatan signifikan daripada jumlah peruntukan tahun 2022 yang berjumlah RM16 bilion. Apa yang meningkat hanyalah sebanyak RM300 juta sahaja kepada bajet OE dan RM1.3 bilion untuk DE. Ini mengambil kira pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun sangat jelas di Dewan yang mulia ini bahawa perolehan kapal LMS untuk TLDM akan menggunakan Bajet 2023. Jadi, berapakah jumlah peruntukan sebenar untuk perolehan kapal LMS ini? Berapa jumlah kapal LMS yang dipersetujui untuk perolehan kerajaan sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada minggu lepas?. #1230. Saya ingin bertanya kepada MINDEF, apakah perlaksanaan perolehan kapal LMS ini kali ini masih menetapkan prosedur wajib supaya MINDEF memerlukan persetujuan atau keputusan akhir dari Kementerian Kewangan dalam keputusan akhir pemilihan aset atau keupayaan yang diperlukan oleh TLDM? Jika ya, saya ingin mencadangkan supaya peranan MOF dalam perolehan-perolehan aset ketenteraan pada masa hadapan, hendaklah dikurangkan hanya kepada peringkat menetapkan siling peruntukan sahaja. Bagi aspek lain-lain hal seperti pemilihan jenis kapal LMS, pemilihan reka bentuk atau syarikat yang membina kapal tersebut dan penentuan persenjataan dan lain-lain spesifikasi aset, wajarlah diberi kepercayaan sepenuhnya kepada MINDEF bersama end user iaitu tentera darat, tentera laut, tentera udara yang akan menggunakan aset berkenaan. Prosedur keputusan akhir atau pemilihan muktamad aset-aset ketenteraan yang diguna pakai sekarang yakni perlu mendapatkan persetujuan akhir daripada MOF hanya akan melambatkan lagi proses perolehan dilaksanakan. Malah, situasi ini akan memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaku sebagai pakar atau subject matter expert untuk mempengaruhi penentuan aset yang bakal digunakan oleh pihak tentera. Situasi ini sudah pasti akan melemahkan lagi perlaksanaan projek secara keseluruhan. Ini mengambil kira situasi sama yang berlaku sebagaimana masalah ketirisan perolehan aset tentera yang lain termasuklah projek littoral combat ship (LCS) seperti yang kita semua sedia maklum. Tambahan lagi, kenapakah perlu wujud situasi supaya MINDEF mesti mendapatkan persetujuan daripada MOF berkaitan aspek pemilihan aset yang sesuai untuk ATM sedangkan peruntukan sudah pun dipersetujui dan disediakan terlebih dahulu oleh pihak MOF ataupun EPU Jabatan Perdana Menteri mengambil kira hakikat bahawa mereka bukanlah pakar dalam aspek persenjataan dan keupayaan ketenteraan. Lebih- lebih lagi, mereka juga bukan pengguna akhir yang akan menggunakan aset tersebut. Oleh sebab saya tahu bagaimana satu masa penggal lepas, apabila Kementerian Pertahanan bersama user telah pun menentukan aset ini hendak digunakan oleh end user tetapi apabila sampai ke peringkat MOF, mungkin ada pihak-pihak tertentu kah apa yang berlaku bertukar keputusan. Akhirnya, pihak kementerian terpaksa membuat rayuan sebelum keputusan yang asal yang diperakui oleh MINDEF diterima balik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini saya tidak dapat larilah daripada keperluan untuk menyentuh mengenai isu kemelut skandal kapal LCS yang sedang dihadapi oleh kerajaan. Saya juga ingin menyampaikan kegusaran ramai pihak mengenai keputusan terkini kerajaan untuk mengurangkan jumlah bilangan kapal LCS daripada enam kepada lima buah yang mana kapal yang pertama LCS ini, sepatutnya sudah diserahkan pada tahun 2019. Sekarang ini sudah 2023, satu kapal pun tidak siap. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan di Dewan yang mulia ini pada 20 dan 22 Februari yang lalu, jumlah siling peruntukan kapal LCS akan dikekalkan kepada RM9.1 bilion walaupun jumlah kapal telah dikurangkan iaitu dahulu RM9.1 bilion untuk enam buah kapal, sekarang RM9.1 bilion juga tetapi untuk lima. | 37 | 47 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
38 DR.01.03.2023
buah kapal. Jumlah ini tentunya tidak termasuk kos-kos lain yang timbul akibat daripada
masalah keusangan peralatan dalam inventori sedia ada, Boustead Naval Shipyard (BNS)
dan juga kos tambahan (variation order) yang baHAru dalam fasa mobilisasi termasuk
bayaran ganti rugi atau pampasan kepada syarikat ketiga jika ada, untuk menamatkan
perkhidmatan mereka bagi membolehkan syarikat BNS bekerjasama terus dengan pihak
vendor atau pihak original equipment manufacturer (OEM) dari luar negara untuk
kelangsungan projek LCS ini.
Persoalan saya adalah apakah jaminan MINDEF supaya kapal LCS satu hingga
yang kelima akan diterima TLDM ini tidak akan ada berlaku sebarang pengurangan
keupayaan combatant sebagaimana objektif asal projek ini dilaksanakan dahulu. Kita
sedia maklum kapal LCS ini seharusnya berupaya untuk menjaga aspek pertahanan
negara untuk pelbagai domain iaitu merangkumi domain laut, darat dan udara.
Walaupun ia adalah aset kapal yang sentiasa berada atas permukaan air, kapal
LCS ini juga sepatutnya bersifat halimunan dengan dilengkapi dengan persenjataan yang
menggerunkan, canggih dan efektif seperti surface-to-air missile dengan izin, yang
bertaraf dunia. Apakah jaminan daripada MINDEF akan aspek dan perancangan
keupayaan persenjataan ini kekal terpelihara bagi kapal LCS? Kita tidak mahu situasi
kapal NGPV Kelas-Kedah TLDM berulang semula di mana kapal LCS juga terpaksa
diturunkan taraf sebagai fitted for but not with bagi menyerap kos tambahan termasuk VO
yang timbul ataupun kos bayaran pampasan daripada rundingan international agreement
untuk meneruskan projek LCS ini. Jaminan dari MINDEF sangat penting supaya TLDM
mendapat aset yang canggih sebagaimana yang mereka gariskan dahulu dalam
perancangan asal.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada menyentuh aset kesiagaan aset kapal laut
untuk anggota TLDM, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah
kepada MINDEF atas keputusan yang terkini yang terakhir untuk memuktamadkan
perolehan aset udara, Fighter Lead in Trainer-Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) untuk
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Saya percaya keputusan untuk memilih FA-50
dari Korea Selatan ini telah dibuat secara rapi dan teliti oleh pihak TUDM sendiri.
Keputusan ini juga tepat mengambil kira keperluan semasa dan kesinambungan aset-aset
sedia ada yang digunakan oleh TUDM terutama pada enjin General Electric jenis F404
yang juga digunakan pesawat Hornet F-18D sedia ada TUDM.
Tambahan pula, persenjataan yang boleh dipasang pada pesawat KA-50 ini boleh
diintegrasi daripada peluru berpandu pesawat Hornet TUDM sedia ada termasuk latihan
ground crew kemudian hangar dan situasi ini akan menjimatkan lagi perbelanjaan wang
awam.
Walau bagaimanapun, saya masih perlu menarik perhatian pihak MINDEF untuk
kekal berusaha untuk berunding dengan Kerajaan Kuwait untuk memperoleh lebihan aset
Hornet F-18D mereka yang bakal dilucut tauliah dalam masa terdekat. Perolehan aset
pesawat Hornet F-18D dari Kuwait ini akan membantu menutup kelompangan aset TUDM
sehingga tahun 2030 mengambil kira gangguan bekalan alat ganti pesawat Sukhoi Su-
30MKM dari Rusia akibat perang di Ukraine dan juga pemberhentian operasi pesawat
MiG-29N.
Saya rayu supaya MINDEF berusaha gigih mendapat sekurang-kurangnya lapan
hingga 10 buah pesawat Hornet Kuwait bagi melengkapkan sekurang-kurangnya satu
skuadron penuh pesawat tempur jenis ini di bawah TUDM. Tambahan lagi, maklum balas
yang saya terima anggota TUDM sangat berpuas hati dengan prestasi pesawat ini
walaupun ia sudah hampir 30 tahun digunakan. Dengan melengkapkan satu skuadron
penuh pesawat Hornet TUDM, ia akan membantu dalam pelaksanaan operasi harian
mereka termasuklah kawasan Zon Maritim sementara menunggu pesawat LCA dari Korea
Selatan mula beroperasi pada tahun 2026.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Sesungguhnya aspek kebajikan anggota
tentera sangat penting dalam memastikan mereka sentiasa fokus untuk melengkapkan
tugas menjaga keselamatan di perbatasan. Justeru, saya menyambut baik penekanan
yang diberi kerajaan dalam RUU Perbekalan kali ini memperuntukkan RM500 juta untuk
kerja-kerja membaik pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang sedia ada.
| buah kapal. Jumlah ini tentunya tidak termasuk kos-kos lain yang timbul akibat daripada masalah keusangan peralatan dalam inventori sedia ada, Boustead Naval Shipyard (BNS) dan juga kos tambahan (variation order) yang baHAru dalam fasa mobilisasi termasuk bayaran ganti rugi atau pampasan kepada syarikat ketiga jika ada, untuk menamatkan perkhidmatan mereka bagi membolehkan syarikat BNS bekerjasama terus dengan pihak vendor atau pihak original equipment manufacturer (OEM) dari luar negara untuk kelangsungan projek LCS ini. Persoalan saya adalah apakah jaminan MINDEF supaya kapal LCS satu hingga yang kelima akan diterima TLDM ini tidak akan ada berlaku sebarang pengurangan keupayaan combatant sebagaimana objektif asal projek ini dilaksanakan dahulu. Kita sedia maklum kapal LCS ini seharusnya berupaya untuk menjaga aspek pertahanan negara untuk pelbagai domain iaitu merangkumi domain laut, darat dan udara. Walaupun ia adalah aset kapal yang sentiasa berada atas permukaan air, kapal LCS ini juga sepatutnya bersifat halimunan dengan dilengkapi dengan persenjataan yang menggerunkan, canggih dan efektif seperti surface-to-air missile dengan izin, yang bertaraf dunia. Apakah jaminan daripada MINDEF akan aspek dan perancangan keupayaan persenjataan ini kekal terpelihara bagi kapal LCS? Kita tidak mahu situasi kapal NGPV Kelas-Kedah TLDM berulang semula di mana kapal LCS juga terpaksa diturunkan taraf sebagai fitted for but not with bagi menyerap kos tambahan termasuk VO yang timbul ataupun kos bayaran pampasan daripada rundingan international agreement untuk meneruskan projek LCS ini. Jaminan dari MINDEF sangat penting supaya TLDM mendapat aset yang canggih sebagaimana yang mereka gariskan dahulu dalam perancangan asal. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada menyentuh aset kesiagaan aset kapal laut untuk anggota TLDM, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada MINDEF atas keputusan yang terkini yang terakhir untuk memuktamadkan perolehan aset udara, Fighter Lead in Trainer-Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Saya percaya keputusan untuk memilih FA-50 dari Korea Selatan ini telah dibuat secara rapi dan teliti oleh pihak TUDM sendiri. Keputusan ini juga tepat mengambil kira keperluan semasa dan kesinambungan aset-aset sedia ada yang digunakan oleh TUDM terutama pada enjin General Electric jenis F404 yang juga digunakan pesawat Hornet F-18D sedia ada TUDM. Tambahan pula, persenjataan yang boleh dipasang pada pesawat KA-50 ini boleh diintegrasi daripada peluru berpandu pesawat Hornet TUDM sedia ada termasuk latihan ground crew kemudian hangar dan situasi ini akan menjimatkan lagi perbelanjaan wang awam. Walau bagaimanapun, saya masih perlu menarik perhatian pihak MINDEF untuk kekal berusaha untuk berunding dengan Kerajaan Kuwait untuk memperoleh lebihan aset Hornet F-18D mereka yang bakal dilucut tauliah dalam masa terdekat. Perolehan aset pesawat Hornet F-18D dari Kuwait ini akan membantu menutup kelompangan aset TUDM sehingga tahun 2030 mengambil kira gangguan bekalan alat ganti pesawat Sukhoi Su- 30MKM dari Rusia akibat perang di Ukraine dan juga pemberhentian operasi pesawat MiG-29N. Saya rayu supaya MINDEF berusaha gigih mendapat sekurang-kurangnya lapan hingga 10 buah pesawat Hornet Kuwait bagi melengkapkan sekurang-kurangnya satu skuadron penuh pesawat tempur jenis ini di bawah TUDM. Tambahan lagi, maklum balas yang saya terima anggota TUDM sangat berpuas hati dengan prestasi pesawat ini walaupun ia sudah hampir 30 tahun digunakan. Dengan melengkapkan satu skuadron penuh pesawat Hornet TUDM, ia akan membantu dalam pelaksanaan operasi harian mereka termasuklah kawasan Zon Maritim sementara menunggu pesawat LCA dari Korea Selatan mula beroperasi pada tahun 2026. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Sesungguhnya aspek kebajikan anggota tentera sangat penting dalam memastikan mereka sentiasa fokus untuk melengkapkan tugas menjaga keselamatan di perbatasan. Justeru, saya menyambut baik penekanan yang diberi kerajaan dalam RUU Perbekalan kali ini memperuntukkan RM500 juta untuk kerja-kerja membaik pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang sedia ada. | 38 | 48 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 39
Namun, saya juga perlu menekankan bahawa sudah tiba masanya supaya kerajaan atau
MINDEF menimbang atau menilai semula cadangan membaik pulih rumah-rumah RKAT
yang sedia ada yang sudah pun berusia 50 tahun dan tiada lagi kondisi untuk diduduki.
Adalah lebih tepat sekiranya rumah-rumah flat empat tingkat RKAT yang sedia ada di
dalam kem-kem seluruh negara untuk dirobohkan sahaja dan dibina RKAT yang baharu
dengan keluasan yang lebih selesa bersama kemudahan moden yang lebih kondusif
merangkumi dewan serba guna, taman permainan, rumah mesra OKU dan warga emas
bersama sistem perparitan dan kumbahan yang lebih moden.
Persoalan saya adalah apakah bajet RM500 juta yang diumumkan oleh kerajaan
ini akan turut melibatkan ubah suai dan renovasi flat empat tingkat yang sudah usang dan
tidak relevan untuk diperbaiki. Sekiranya ada, bolehkah peruntukan ini digunakan untuk
membina RKAT yang baharu yang lebih lestari untuk kemudahan angkatan tentera. Jadi
saya juga— untuk MINDEF mencontohi kaedah perlaksanaan yang dibuat oleh Yang
Berhormat Bera sewaktu beliau menjadi MENHAN dahulu di mana penyediaan RKAT
untuk anggota tentera di kawasan Bukit Jalil pada tahun 2021. Sekurang-kurangnya
standard dan kualiti rumah RKAT pada masa hadapan hendaklah tidak kurang daripada
blueprint RKAT yang terdapat di Bukit Jalil yang lengkap dengan pelbagai bentuk
kemudahan.
■1240
Tuan Yang di-Pertua, okey. Saya hendak sentuh kawasan saya. Ini kerana masa
pun sudah tidak ada lagi.
Tuan Yang di-Pertua: Tadi kata last.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Ini akhir sekali. Landing,
dah ini. Tanah Merah merupakan kawasan luar bandar, Tuan Yang di-Pertua dan rakan-
rakan. Tanah Merah ini merupakan kedua selepas Kota Bharu. Tanah Merah memerlukan
lebih banyak lampu-lampu jalan kampung dan juga banyak longkang tersumbat
memerlukan peruntukan tambahan daripada KPKT.
Saya juga ingin memohon menuntut janji apabila dulu, mantan Menteri Belia dan
Sukan, iaitu saudara Khairy Jamaluddin telah berjanji untuk membina sebuah kompleks
sukan. Sehingga hari ini, belum tertunai lagi. Tanah Merah ada IKBN, tetapi kursus di
IKBN sangat terhad – lebih banyak. Juga, Tanah Merah – di mana MARA telah pun
membeli tanah untuk diwujudkan MRSM pada tahun RMKe-9. Sehingga ke hari ini, masih
belum terbina. Bilakah MRSM ini akan dibina?
Akhir sekali, kepada penggemar-penggemar durian Musang King, saya jemput
datang ke Tanah Merah kerana Tanah Merahlah tempat asal usulnya durian Musang King.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Okey. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.
12.41 tgh.
Tuan Riduan bin Rubin [Tenom]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-
Pertua, Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang dewan yang
mulia ini. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan
peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2023 ini.
Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas kejayaan
membentangkan Belanjawan 2023 yang bersifat inklusif dan selari dengan komitmen
kerajaan untuk memastikan setiap aspek diberikan perhatian khusus di dalam
memastikan agenda kemakmuran negara dapat dicapai.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat
Tambun di dalam ucapan beliau yang memperuntukkan sejumlah RM6.5 bilion bagi tujuan
pembangunan kepada negeri Sabah iaitu peningkatan sebanyak RM200 juta atau pun 3.1
peratus berbanding bajet yang diumumkan sebelum PRU-15 dengan peruntukan
berjumlah RM6.3 bilion. Malah, sekiranya hendak dibandingkan dengan Bajet 2022, ianya
peningkatan yang jauh lebih tinggi sebanyak RM1.34 bilion atau pun 26 peratus. Sudah
| Namun, saya juga perlu menekankan bahawa sudah tiba masanya supaya kerajaan atau MINDEF menimbang atau menilai semula cadangan membaik pulih rumah-rumah RKAT yang sedia ada yang sudah pun berusia 50 tahun dan tiada lagi kondisi untuk diduduki. Adalah lebih tepat sekiranya rumah-rumah flat empat tingkat RKAT yang sedia ada di dalam kem-kem seluruh negara untuk dirobohkan sahaja dan dibina RKAT yang baharu dengan keluasan yang lebih selesa bersama kemudahan moden yang lebih kondusif merangkumi dewan serba guna, taman permainan, rumah mesra OKU dan warga emas bersama sistem perparitan dan kumbahan yang lebih moden. Persoalan saya adalah apakah bajet RM500 juta yang diumumkan oleh kerajaan ini akan turut melibatkan ubah suai dan renovasi flat empat tingkat yang sudah usang dan tidak relevan untuk diperbaiki. Sekiranya ada, bolehkah peruntukan ini digunakan untuk membina RKAT yang baharu yang lebih lestari untuk kemudahan angkatan tentera. Jadi saya juga-- untuk MINDEF mencontohi kaedah perlaksanaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bera sewaktu beliau menjadi MENHAN dahulu di mana penyediaan RKAT untuk anggota tentera di kawasan Bukit Jalil pada tahun 2021. Sekurang-kurangnya standard dan kualiti rumah RKAT pada masa hadapan hendaklah tidak kurang daripada blueprint RKAT yang terdapat di Bukit Jalil yang lengkap dengan pelbagai bentuk kemudahan. #1240 Tuan Yang di-Pertua, okey. Saya hendak sentuh kawasan saya. Ini kerana masa pun sudah tidak ada lagi. Tuan Yang di-Pertua: Tadi kata last. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Ini akhir sekali. Landing, dah ini. Tanah Merah merupakan kawasan luar bandar, Tuan Yang di-Pertua dan rakan- rakan. Tanah Merah ini merupakan kedua selepas Kota Bharu. Tanah Merah memerlukan lebih banyak lampu-lampu jalan kampung dan juga banyak longkang tersumbat memerlukan peruntukan tambahan daripada KPKT. Saya juga ingin memohon menuntut janji apabila dulu, mantan Menteri Belia dan Sukan, iaitu saudara Khairy Jamaluddin telah berjanji untuk membina sebuah kompleks sukan. Sehingga hari ini, belum tertunai lagi. Tanah Merah ada IKBN, tetapi kursus di IKBN sangat terhad- lebih banyak. Juga, Tanah Merah- di mana MARA telah pun membeli tanah untuk diwujudkan MRSM pada tahun RMKe-9. Sehingga ke hari ini, masih belum terbina. Bilakah MRSM ini akan dibina? Akhir sekali, kepada penggemar-penggemar durian Musang King, saya jemput datang ke Tanah Merah kerana Tanah Merahlah tempat asal usulnya durian Musang King. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Okey. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tenom. 12.41 tgh. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di- Pertua, Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang dewan yang mulia ini. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2023 ini. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas kejayaan membentangkan Belanjawan 2023 yang bersifat inklusif dan selari dengan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap aspek diberikan perhatian khusus di dalam memastikan agenda kemakmuran negara dapat dicapai. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun di dalam ucapan beliau yang memperuntukkan sejumlah RM6.5 bilion bagi tujuan pembangunan kepada negeri Sabah iaitu peningkatan sebanyak RM200 juta atau pun 3.1 peratus berbanding bajet yang diumumkan sebelum PRU-15 dengan peruntukan berjumlah RM6.3 bilion. Malah, sekiranya hendak dibandingkan dengan Bajet 2022, ianya peningkatan yang jauh lebih tinggi sebanyak RM1.34 bilion atau pun 26 peratus. Sudah. | 39 | 49 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
40 DR.01.03.2023
pastinya, peningkatan ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat
Tambun prihatin dan tidak meminggirkan aspek pembangunan negeri Sabah.
Namun demikian, peruntukan seperti ini saban tahun tidak berjaya dihabiskan.
Bukanlah kerana kegagalan kerajaan negeri untuk menjayakannya, namun kerana ianya
berpunca daripada kerenah birokrasi yang menjadikan peruntukan ini lambat disalurkan
kepada Kerajaan Negeri Sabah. Kelewatan akibat birokrasi ini mengakibatkan ada projek
pembangunan tidak dapat dilaksanakan pada tahun yang sama. Kesannya, berlaku
lebihan peruntukan yang tidak digunakan dan terpaksa dipulangkan semula kepada
Kerajaan Persekutuan dan permohonan baharu perlu dikemukakan untuk tahun
berikutnya.
Justeru, saya mencadangkan agar baki peruntukan tersebut tidak dipulangkan
kepada Kerajaan Persekutuan. Sebaliknya, ia disimpan dalam tabung amanah negeri
agar projek pembangunan yang dirancang dapat diteruskan bagi memastikan agenda
untuk membangunkan Sabah ini tidak tergendala.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengemukakan permasalahan rakyat yang
kritikal di kawasan yang saya wakili di pedalaman Sabah ini. Saya ingin menarik perhatian
Dewan yang mulia ini agar pihak kerajaan mengambil perhatian membantu sebahagian
rakyat di daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong di mana tanah mereka terperangkap
di tengah-tengah tanah yang diusahakan oleh penjajah British suatu ketika dahulu, yang
kini telah dimiliki oleh Sime Darby di ladang Sapong yang terletak di daerah kecil
Kemabong. Ini agar lokasi-lokasi tanah penduduk kampung yang mereka telah lama
duduki dan mempunyai tanaman, saya memohon agar kerajaan membantu penduduk
kampung ini mengeluarkan tanah mereka daripada kandungan tanah Sime Darby Berhad.
Di samping itu, saya mohon supaya pihak Sime Darby mempertimbangkan satu
lokasi tanah milik pekerja estet di Sapong yang tidak diguna pakai sejak mula supaya
memberikan lot tanah kepada pekerja-pekerja tempatan yang sudah bersara dengan
mengambil kira bakti dan jasa mereka dalam membangunkan ladang tersebut sejak
sebelum kemerdekaan Malaysia lagi. Permohonan ini penting disebabkan apabila mereka
menjangkau usia tua dan berpencen secara mutlak, mereka akan kehilangan tempat
tinggal.
Justeru, bagi menyelesaikan permasalahan ini, saya memohon agar formula
mekanisme kontra yang bersifat menang-menang di antara Sime Darby, pekerja estet
tempatan dan kerajaan menerusi pertukaran tanah atau pun land swap yang sama nilai di
antara tanah Kerajaan Persekutuan dengan tanah milik Sime Darby Plantation. Bagi
membolehkan pekerja tempatan di ladang Sapong ini terjamin kehidupan mereka dengan
mempunyai tanah dan kediaman buat mereka dan keluarga mereka.
Saya difahamkan pihak Sime Darby Plantation tiada halangan untuk
menyerahkan tanah mereka untuk tujuan ini sekiranya kerajaan bersetuju untuk
menggantikan tanah tersebut dengan tanah milik Kerajaan Persekutuan. Saya mohon
belas kasihan dan pertimbangan Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat bahawa kewujudan ibu kota Nusantara
di Kalimantan Timur, Indonesia pada masa akan datang berupaya untuk membangunkan
sektor pertumbuhan ekonomi bernilai trilion ringgit dapat dilimpahkan di kawasan sekitar
pedalaman Sabah.
Maka, saya mencadangkan agar diwujudkan projek laluan rel kereta api Trans-
Borneo yang menghubungkan Sabah – Sarawak – Brunei dan Kalimantan, Indonesia
dengan kerjasama ketiga-tiga negara ini. Kewujudan projek laluan rel kereta api Trans-
Borneo akan memperkasakan lagi kerjasama daripada aspek ekonomi di antara Malaysia,
Indonesia dan Brunei, yang dibina sebelum ini menerusi kawasan pertumbuhan ASEAN
Timur Brunei – Indonesia - Malaysia – Filipina (BIMP – EAGA).
Selain itu, impak daripada pembinaan projek laluan kereta api ini juga akan
meningkatkan pertumbuhan pembangunan ekonomi penduduk setempat. Pembangunan
infrastruktur membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, mewujudkan perbandaran
baharu dan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi di bandar-bandar sempadan
menerusi pelaburan baharu dalam sektor hab kargo, komersial, pembinaan serta paling
| pastinya, peningkatan ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun prihatin dan tidak meminggirkan aspek pembangunan negeri Sabah. Namun demikian, peruntukan seperti ini saban tahun tidak berjaya dihabiskan. Bukanlah kerana kegagalan kerajaan negeri untuk menjayakannya, namun kerana ianya berpunca daripada kerenah birokrasi yang menjadikan peruntukan ini lambat disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Kelewatan akibat birokrasi ini mengakibatkan ada projek pembangunan tidak dapat dilaksanakan pada tahun yang sama. Kesannya, berlaku lebihan peruntukan yang tidak digunakan dan terpaksa dipulangkan semula kepada Kerajaan Persekutuan dan permohonan baharu perlu dikemukakan untuk tahun berikutnya. Justeru, saya mencadangkan agar baki peruntukan tersebut tidak dipulangkan kepada Kerajaan Persekutuan. Sebaliknya, ia disimpan dalam tabung amanah negeri agar projek pembangunan yang dirancang dapat diteruskan bagi memastikan agenda untuk membangunkan Sabah ini tidak tergendala. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengemukakan permasalahan rakyat yang kritikal di kawasan yang saya wakili di pedalaman Sabah ini. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini agar pihak kerajaan mengambil perhatian membantu sebahagian rakyat di daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong di mana tanah mereka terperangkap di tengah-tengah tanah yang diusahakan oleh penjajah British suatu ketika dahulu, yang kini telah dimiliki oleh Sime Darby di ladang Sapong yang terletak di daerah kecil Kemabong. Ini agar lokasi-lokasi tanah penduduk kampung yang mereka telah lama duduki dan mempunyai tanaman, saya memohon agar kerajaan membantu penduduk kampung ini mengeluarkan tanah mereka daripada kandungan tanah Sime Darby Berhad. Di samping itu, saya mohon supaya pihak Sime Darby mempertimbangkan satu lokasi tanah milik pekerja estet di Sapong yang tidak diguna pakai sejak mula supaya memberikan lot tanah kepada pekerja-pekerja tempatan yang sudah bersara dengan mengambil kira bakti dan jasa mereka dalam membangunkan ladang tersebut sejak sebelum kemerdekaan Malaysia lagi. Permohonan ini penting disebabkan apabila mereka menjangkau usia tua dan berpencen secara mutlak, mereka akan kehilangan tempat tinggal. Justeru, bagi menyelesaikan permasalahan ini, saya memohon agar formula mekanisme kontra yang bersifat menang-menang di antara Sime Darby, pekerja estet tempatan dan kerajaan menerusi pertukaran tanah atau pun land swap yang sama nilai di antara tanah Kerajaan Persekutuan dengan tanah milik Sime Darby Plantation. Bagi membolehkan pekerja tempatan di ladang Sapong ini terjamin kehidupan mereka dengan mempunyai tanah dan kediaman buat mereka dan keluarga mereka. Saya difahamkan pihak Sime Darby Plantation tiada halangan untuk menyerahkan tanah mereka untuk tujuan ini sekiranya kerajaan bersetuju untuk menggantikan tanah tersebut dengan tanah milik Kerajaan Persekutuan. Saya mohon belas kasihan dan pertimbangan Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat bahawa kewujudan ibu kota Nusantara di Kalimantan Timur, Indonesia pada masa akan datang berupaya untuk membangunkan sektor pertumbuhan ekonomi bernilai trilion ringgit dapat dilimpahkan di kawasan sekitar pedalaman Sabah. Maka, saya mencadangkan agar diwujudkan projek laluan rel kereta api Trans- Borneo yang menghubungkan Sabah- Sarawak- Brunei dan Kalimantan, Indonesia dengan kerjasama ketiga-tiga negara ini. Kewujudan projek laluan rel kereta api Trans- Borneo akan memperkasakan lagi kerjasama daripada aspek ekonomi di antara Malaysia, Indonesia dan Brunei, yang dibina sebelum ini menerusi kawasan pertumbuhan ASEAN Timur Brunei- Indonesia- Malaysia- Filipina (BIMP- EAGA). Selain itu, impak daripada pembinaan projek laluan kereta api ini juga akan meningkatkan pertumbuhan pembangunan ekonomi penduduk setempat. Pembangunan infrastruktur membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, mewujudkan perbandaran baharu dan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi di bandar-bandar sempadan menerusi pelaburan baharu dalam sektor hab kargo, komersial, pembinaan serta paling. | 40 | 50 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 41
penting adalah daripada segi pemasaran hasil pertanian dan pembuatan penduduk
kampung dapat dieksport keluar menggunakan pengangkutan ini.
Saya juga mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan cadangan
pembinaan jalan raya penghubung Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan iaitu Kota
Kinabalu ke Sipitang dan memasukkan lagi satu jalan penghubung daerah Melalap ke
daerah Membakut yang sekian lama diimpikan dan dinantikan oleh penduduk di
pedalaman di pantai barat dan pantai timur Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2021, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan
di Tenom bagi membina tambatan banjir sepanjang 4.4 kilometer untuk mengurangkan
banjir di pekan Tenom. Pada hemat saya, tumpuan pembinaan tambatan banjir ini tidak
wajar hanya difokuskan di kawasan pekan Tenom sahaja. Sebaliknya, ia perlu
diperluaskan di kawasan-kawasan kampung yang turut terjejas apabila dilanda musibah
banjir sehingga mengakibatkan kerugian kepada penduduk kampung dan malah, tanaman
mereka musnah.
Justeru, saya mohon dalam Bajet 2023 ini agar kerajaan menyediakan
peruntukan untuk membangunkan tambahan tambatan banjir di kawasan kampung yang
sering dilanda banjir ini. Tambahan juga, pembinaan parit-parit bagi mengatasi masalah
banjir di kawasan Kampung Saga Laut, Kampung Baru Jumpa, Kampung Seri Menanti,
Sapong dan kampung-kampung yang sering dilanda banjir kilat walaupun hanya ketika
hujan yang sedikit.
Selain itu juga, sungai-sungai di Tenom seperti yang terdapat di kawasan
Kampung Batu-Batu, Kampung Enubai, Kampung Paal Seberang, kawasan sekitar
Kemabong dan juga Melalap yang kini berhadapan dengan isu hakisan sungai yang
sangat serius sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa. Kesan daripada hakisan
tersebut yang merebak ke jalan raya juga mengakibatkan retakan dan runtuhan rumah
penduduk kampung, malah yang lebih teruk lagi ialah penduduk kampung banyak
kehilangan berpuluh-puluh ekar tanah mereka akibat hakisan sungai ini. Justeru itu, saya
memohon agar tembok hakisan dibina di sepanjang sungai-sungai di Parlimen Tenom
yang berlaku hakisan ini.
■1250
Masalah bekalan air di daerah Tenom telah berlarutan sepanjang 15 tahun
disebabkan tiada tindakan konkrit oleh pihak kerajaan walaupun telah diajukan dan
dikemukakan permohonan kepada kerajaan dan menyebabkan ada rakyat yang terpaksa
minum air yang tidak dirawat. Oleh hal yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon
agar kerajaan meluluskan permohonan dari Jabatan Air Daerah Tenom bagi tahun ini.
Menyentuh berkenaan kemudahan infrastruktur, saya mohon agar pemasangan
lampu solar LED dapat disegerakan oleh kerajaan seperti kawasan Sri Menanti, jalan
utama ke pekan berhampiran Kalang dan kawasan hotspot kemalangan seperti di bulatan
Kampung Entabuan serta Jalan Batu Lapan Sapong.
Di Parlimen Tenom juga masalah jalan kampung desa terlalu banyak yang
dibiarkan begitu sahaja selepas ia rosak. Oleh hal yang demikian, saya mohon
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menyalurkan peruntukan bagi membaik
pulih jalan-jalan kampung yang masih daif hingga sekarang. Tambahan lagi, terdapat
banyak jalan raya yang masih menggunakan batu kerikil (gravel) seperti jalan Kampung
Tumantalik dan juga kampung di daerah-daerah lain di kawasan Tenom itu. Oleh itu, saya
meminta jalan raya batu kelikir ini dinaiktarafkan ke konkrit dengan kadar segera.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon juga kerajaan mengambil perhatian serius
kepada pekebun-pekebun yang menghadapi masalah getah yang terendah sejak 13
tahun yang lepas. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian
bagi menangani masalah harga getah yang rendah ini.
Tuan Yang di-Pertua, masalah kesesakan pelajar sekolah menengah di Tenom
perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Lebih-lebih lagi di
kawasan Kemabong yang hanya mempunyai dua buah sekolah iaitu di SMK Kemabong
dan SMK Chinta Mata. Saya mohon agar kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan
| penting adalah daripada segi pemasaran hasil pertanian dan pembuatan penduduk kampung dapat dieksport keluar menggunakan pengangkutan ini. Saya juga mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan cadangan pembinaan jalan raya penghubung Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan iaitu Kota Kinabalu ke Sipitang dan memasukkan lagi satu jalan penghubung daerah Melalap ke daerah Membakut yang sekian lama diimpikan dan dinantikan oleh penduduk di pedalaman di pantai barat dan pantai timur Sabah. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2021, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan di Tenom bagi membina tambatan banjir sepanjang 4.4 kilometer untuk mengurangkan banjir di pekan Tenom. Pada hemat saya, tumpuan pembinaan tambatan banjir ini tidak wajar hanya difokuskan di kawasan pekan Tenom sahaja. Sebaliknya, ia perlu diperluaskan di kawasan-kawasan kampung yang turut terjejas apabila dilanda musibah banjir sehingga mengakibatkan kerugian kepada penduduk kampung dan malah, tanaman mereka musnah. Justeru, saya mohon dalam Bajet 2023 ini agar kerajaan menyediakan peruntukan untuk membangunkan tambahan tambatan banjir di kawasan kampung yang sering dilanda banjir ini. Tambahan juga, pembinaan parit-parit bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Kampung Saga Laut, Kampung Baru Jumpa, Kampung Seri Menanti, Sapong dan kampung-kampung yang sering dilanda banjir kilat walaupun hanya ketika hujan yang sedikit. Selain itu juga, sungai-sungai di Tenom seperti yang terdapat di kawasan Kampung Batu-Batu, Kampung Enubai, Kampung Paal Seberang, kawasan sekitar Kemabong dan juga Melalap yang kini berhadapan dengan isu hakisan sungai yang sangat serius sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa. Kesan daripada hakisan tersebut yang merebak ke jalan raya juga mengakibatkan retakan dan runtuhan rumah penduduk kampung, malah yang lebih teruk lagi ialah penduduk kampung banyak kehilangan berpuluh-puluh ekar tanah mereka akibat hakisan sungai ini. Justeru itu, saya memohon agar tembok hakisan dibina di sepanjang sungai-sungai di Parlimen Tenom yang berlaku hakisan ini. #1250. Masalah bekalan air di daerah Tenom telah berlarutan sepanjang 15 tahun disebabkan tiada tindakan konkrit oleh pihak kerajaan walaupun telah diajukan dan dikemukakan permohonan kepada kerajaan dan menyebabkan ada rakyat yang terpaksa minum air yang tidak dirawat. Oleh hal yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar kerajaan meluluskan permohonan dari Jabatan Air Daerah Tenom bagi tahun ini. Menyentuh berkenaan kemudahan infrastruktur, saya mohon agar pemasangan lampu solar LED dapat disegerakan oleh kerajaan seperti kawasan Sri Menanti, jalan utama ke pekan berhampiran Kalang dan kawasan hotspot kemalangan seperti di bulatan Kampung Entabuan serta Jalan Batu Lapan Sapong. Di Parlimen Tenom juga masalah jalan kampung desa terlalu banyak yang dibiarkan begitu sahaja selepas ia rosak. Oleh hal yang demikian, saya mohon Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menyalurkan peruntukan bagi membaik pulih jalan-jalan kampung yang masih daif hingga sekarang. Tambahan lagi, terdapat banyak jalan raya yang masih menggunakan batu kerikil (gravel) seperti jalan Kampung Tumantalik dan juga kampung di daerah-daerah lain di kawasan Tenom itu. Oleh itu, saya meminta jalan raya batu kelikir ini dinaiktarafkan ke konkrit dengan kadar segera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon juga kerajaan mengambil perhatian serius kepada pekebun-pekebun yang menghadapi masalah getah yang terendah sejak 13 tahun yang lepas. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah harga getah yang rendah ini. Tuan Yang di-Pertua, masalah kesesakan pelajar sekolah menengah di Tenom perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Lebih-lebih lagi di kawasan Kemabong yang hanya mempunyai dua buah sekolah iaitu di SMK Kemabong dan SMK Chinta Mata. Saya mohon agar kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan. | 41 | 51 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
42 DR.01.03.2023
Malaysia membina sebuah sekolah menengah baharu di kawasan Kemabong ataupun di
Zon Kuala Tomani bagi mengatasi masalah kesesakan pelajar di sekolah menengah.
Selain itu, banyak sekolah daif perlu diberi perhatian lagi kerana banyak sekolah sering
dilanda banjir yang telah merosakkan prasarana sekolah tersebut di dua DUN jagaan saya
di Parlimen Tenom iaitu Kemabong dan Melalap.
Tuan Yang di-Pertua, isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tidak
munasabah ke Sabah dan Sarawak sehingga membebankan pengguna termasuklah
pelajar yang belajar di Semenanjung ini. Kita sedia maklum untuk mendapatkan harga
tiket yang murah ini pelajar ini terpaksa menempah tiket penerbangan yang lebih awal.
Namun, apabila berlaku perubahan dalam jadual peperiksaan dan akademik mereka,
pelajar ini terpaksa mengubah tarikh penerbangan mereka.
Apabila perkara ini berlaku, pelajar-pelajar ini akan terpaksa menambahkan kos
pembelian tiket baharu memandangkan harga tiket sedia ada telah naik dengan begitu
tinggi. Justeru itu, bagi menyelesaikan masalah ini saya mohon agar pihak kerajaan
mempertimbangkan cadangan saya agar menyediakan subsidi tiket kepada para pelajar
dari Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung dan sebaliknya.
Kedua, menetapkan polisi harga rendah dan berpatutan untuk pelajar yang wajib
dipatuhi oleh kesemua penyedia industri penerbangan menerusi Akta Kawalan Harga dan
Antipencatutan. Selain itu, saya mencadangkan agar sebuah tabung khas musibah
ditubuhkan bagi membolehkan para pelajar yang ditimpa musibah seperti keluarga sakit,
kecemasan dan kematian dapat menggunakan peruntukan ini untuk membeli tiket dengan
kadar yang segera.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama saya menyeru agar pihak
kerajaan memberikan keutamaan meluluskan segera permohonan ibu-ibu tunggal yang
berdaftar di eKasih untuk mendapatkan kediaman Projek Perumahan Rakyat Termiskin
dan Rumah Mesra Rakyat di seluruh negara. Selain itu juga, saya ingin mencadangkan
agar pihak kerajaan membenarkan tanah kerajaan yang tidak diusahakan diberikan
kebenaran untuk dipohon oleh ibu-ibu tunggal ini bagi membina rumah dengan syarat
tertentu bagi mengurangkan beban mereka.
Tuan Yang di-Pertua: Gulungkan.
Tuan Riduan bin Rubin [Tenom]: Okey.
Tuan Yang di-Pertua: Sudah banyak sudah isu itu.
Tuan Riduan bin Rubin [Tenom]: Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua,
yang terakhir...
Tuan Yang di-Pertua: Sekian? Oh, ada lagi?
Tuan Riduan bin Rubin [Tenom]: Penutup sudah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Tuan Riduan bin Rubin [Tenom]: Saya memohon agar kerajaan yang telah
membentangkan bajet peruntukan sebanyak bagi tahun 2023 ini dengan jumlah RM388.1
bilion dapatlah dibelanjakan secara berhemah dan dipantau dengan teliti agar ia berupaya
mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Akhir kata, saya
menyokong Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat
Tambun selaku Yang Berhormat Menteri Kewangan. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang
Berhormat Kepong.
12.56 tgh.
Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua saya ingin
bangkitkan tiga isu untuk perbahasan Belanjawan 2023 ini. Pertama, Dewan yang mulia
ini perlu memberi perhatian kepada keadaan kewangan Pharmaniaga Berhad.
| Malaysia membina sebuah sekolah menengah baharu di kawasan Kemabong ataupun di Zon Kuala Tomani bagi mengatasi masalah kesesakan pelajar di sekolah menengah. Selain itu, banyak sekolah daif perlu diberi perhatian lagi kerana banyak sekolah sering dilanda banjir yang telah merosakkan prasarana sekolah tersebut di dua DUN jagaan saya di Parlimen Tenom iaitu Kemabong dan Melalap. Tuan Yang di-Pertua, isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tidak munasabah ke Sabah dan Sarawak sehingga membebankan pengguna termasuklah pelajar yang belajar di Semenanjung ini. Kita sedia maklum untuk mendapatkan harga tiket yang murah ini pelajar ini terpaksa menempah tiket penerbangan yang lebih awal. Namun, apabila berlaku perubahan dalam jadual peperiksaan dan akademik mereka, pelajar ini terpaksa mengubah tarikh penerbangan mereka. Apabila perkara ini berlaku, pelajar-pelajar ini akan terpaksa menambahkan kos pembelian tiket baharu memandangkan harga tiket sedia ada telah naik dengan begitu tinggi. Justeru itu, bagi menyelesaikan masalah ini saya mohon agar pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan saya agar menyediakan subsidi tiket kepada para pelajar dari Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung dan sebaliknya. Kedua, menetapkan polisi harga rendah dan berpatutan untuk pelajar yang wajib dipatuhi oleh kesemua penyedia industri penerbangan menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Selain itu, saya mencadangkan agar sebuah tabung khas musibah ditubuhkan bagi membolehkan para pelajar yang ditimpa musibah seperti keluarga sakit, kecemasan dan kematian dapat menggunakan peruntukan ini untuk membeli tiket dengan kadar yang segera. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama saya menyeru agar pihak kerajaan memberikan keutamaan meluluskan segera permohonan ibu-ibu tunggal yang berdaftar di eKasih untuk mendapatkan kediaman Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan Rumah Mesra Rakyat di seluruh negara. Selain itu juga, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan membenarkan tanah kerajaan yang tidak diusahakan diberikan kebenaran untuk dipohon oleh ibu-ibu tunggal ini bagi membina rumah dengan syarat tertentu bagi mengurangkan beban mereka. Tuan Yang di-Pertua: Gulungkan. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom]: Okey. Tuan Yang di-Pertua: Sudah banyak sudah isu itu. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom]: Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir... Tuan Yang di-Pertua: Sekian? Oh, ada lagi? Tuan Riduan bin Rubin [Tenom]: Penutup sudah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom]: Saya memohon agar kerajaan yang telah membentangkan bajet peruntukan sebanyak bagi tahun 2023 ini dengan jumlah RM388.1 bilion dapatlah dibelanjakan secara berhemah dan dipantau dengan teliti agar ia berupaya mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Akhir kata, saya menyokong Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun selaku Yang Berhormat Menteri Kewangan. Sekian dan terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang Berhormat Kepong. 12.56 tgh. Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua saya ingin bangkitkan tiga isu untuk perbahasan Belanjawan 2023 ini. Pertama, Dewan yang mulia ini perlu memberi perhatian kepada keadaan kewangan Pharmaniaga Berhad. | 42 | 52 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 43
Syarikat ini menempatkan iklan di JobStreet dan memanggil diri sebagai one of
the best GLC companies in Malaysia dengan izin tetapi syarikat tersebut mengalami
kerugian bersih sebanyak RM607.32 juta pada tahun lepas. Mungkin sudah berada di
bawah kategori PN17.
Jadi, saya terpaksa bertanya di sini beberapa soalan Tuan Yang di-Pertua.
Pertama, berapakah gaji dan elaun yang diterima oleh pengerusi, para pengarah dan CEO
Pharmaniaga Berhad ini? Soalan kedua, siapa yang akan bertanggungjawab atas
kerugian yang amat besar ini? Tuan Yang di-Pertua, haste will and... [Tidak jelas].
Soalan ketiga, adakah dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan
terjejas akibat daripada kerugian Pharmaniaga Berhad yang terkini ini? Soalan keempat,
adakah terdapat unsur pecah amanah atau rasuah dalam kerugian ini? Akhirnya, saya
ingatkan kerajaan jangan sekali-kali bail out menyelamatkan Pharmaniaga dengan dana
awam.
Isu kedua, saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada
kerajaan atas peruntukan sebanyak RM3.4 bilion bagi Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dan
memberikan keutamaan kepada golongan memerlukan seperti wanita dan warga emas.
Namun, saya ingin menggariskan bahawa Malaysia akan menghadapi masalah
populasi yang semakin menua, aging population dengan izin. Kerajaan Malaysia tidak
mempunyai satu polisi yang baik untuk menjaga kebajikan warga emas khususnya warga
emas yang miskin, bujang, berkahwin tetapi tidak mempunyai waris yang boleh menjaga
mereka dan juga ada yang mempunyai penyakit kronik.
Walaupun kementerian telah menyediakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
tetapi di Parlimen Kepong pusat PAWE berada di dalam kawasan PPR Pekan Kepong
yang kurang akses bagi orang awam. Oleh itu, saya ingin memohon agar kementerian
dapat menubuhkan PAWE yang kedua di kawasan Parlimen Kepong yang mudah diakses
oleh semua pihak.
Selain itu, saya berharap kerajaan dapat membina pusat jagaan orang tua awam,
old folks home dengan izin di setiap 222 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia yang
sepenuhnya dibiayai dan dioperasi oleh kerajaan dengan kemudahan doktor, jururawat
dan sebagainya 24 jam untuk warga emas yang layak.
Isu yang akhir, saya berasa kecewa dengan jumlah peruntukan yang kurang
daripada RM1 bilion yang diberikan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Sebagai sektor utama dalam ekonomi Malaysia sebelum pandemik COVID-19,
pelancongan sangat penting untuk pendapatan negara dan lapangan pekerjaan. Bandar-
bandar di seluruh dunia termasuk London, Tokyo, dan Cairo sangat bergantung kepada
pelancongan antarabangsa sebagai sumber utama pendapatan negara dan Kuala Lumpur
tidak terkecuali daripada trend ini.
Pada tahun 2019, sektor pelancongan menyumbang sebanyak 15.9 peratus
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia dan menyerap lebih daripada tiga juta
orang pekerja. Namun, peruntukan Belanjawan 2023 ini yang diberikan tidak mencukupi
untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar pelancongan antarabangsa yang
bersaing dengan bandar-bandar lain di Asia Tenggara seperti Bangkok, Jakarta dan
Singapura.
Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula dan
memberikan peruntukan tambahan RM500 juta untuk memulihkan industri pelancongan
dan membantu operator pelancongan tempatan menjadikan Kuala Lumpur dan Malaysia
setidaknya dalam tingkat tiga di atas destinasi pelancong di seluruh Asia Tenggara. Saya
juga – ya, sikit saja.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak habis kah
ataupun?
Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Hendak habis, hendak habis.
Tuan Yang di-Pertua: Hendak habis sudah. Okey, saya bagi.
| Syarikat ini menempatkan iklan di JobStreet dan memanggil diri sebagai one of. the best GLC companies in Malaysia dengan izin tetapi syarikat tersebut mengalami kerugian bersih sebanyak RM607.32 juta pada tahun lepas. Mungkin sudah berada di bawah kategori PN17. Jadi, saya terpaksa bertanya di sini beberapa soalan Tuan Yang di-Pertua. Pertama, berapakah gaji dan elaun yang diterima oleh pengerusi, para pengarah dan CEO Pharmaniaga Berhad ini? Soalan kedua, siapa yang akan bertanggungjawab atas kerugian yang amat besar ini? Tuan Yang di-Pertua, haste will and... [Tidak jelas]. Soalan ketiga, adakah dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan terjejas akibat daripada kerugian Pharmaniaga Berhad yang terkini ini? Soalan keempat, adakah terdapat unsur pecah amanah atau rasuah dalam kerugian ini? Akhirnya, saya ingatkan kerajaan jangan sekali-kali bail out menyelamatkan Pharmaniaga dengan dana awam. Isu kedua, saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan sebanyak RM3.4 bilion bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dan memberikan keutamaan kepada golongan memerlukan seperti wanita dan warga emas. Namun, saya ingin menggariskan bahawa Malaysia akan menghadapi masalah populasi yang semakin menua, aging population dengan izin. Kerajaan Malaysia tidak mempunyai satu polisi yang baik untuk menjaga kebajikan warga emas khususnya warga emas yang miskin, bujang, berkahwin tetapi tidak mempunyai waris yang boleh menjaga mereka dan juga ada yang mempunyai penyakit kronik. Walaupun kementerian telah menyediakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) tetapi di Parlimen Kepong pusat PAWE berada di dalam kawasan PPR Pekan Kepong yang kurang akses bagi orang awam. Oleh itu, saya ingin memohon agar kementerian dapat menubuhkan PAWE yang kedua di kawasan Parlimen Kepong yang mudah diakses oleh semua pihak. Selain itu, saya berharap kerajaan dapat membina pusat jagaan orang tua awam, old folks home dengan izin di setiap 222 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia yang sepenuhnya dibiayai dan dioperasi oleh kerajaan dengan kemudahan doktor, jururawat dan sebagainya 24 jam untuk warga emas yang layak. Isu yang akhir, saya berasa kecewa dengan jumlah peruntukan yang kurang daripada RM1 bilion yang diberikan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Sebagai sektor utama dalam ekonomi Malaysia sebelum pandemik COVID-19, pelancongan sangat penting untuk pendapatan negara dan lapangan pekerjaan. Bandar- bandar di seluruh dunia termasuk London, Tokyo, dan Cairo sangat bergantung kepada pelancongan antarabangsa sebagai sumber utama pendapatan negara dan Kuala Lumpur tidak terkecuali daripada trend ini. Pada tahun 2019, sektor pelancongan menyumbang sebanyak 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia dan menyerap lebih daripada tiga juta orang pekerja. Namun, peruntukan Belanjawan 2023 ini yang diberikan tidak mencukupi untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar pelancongan antarabangsa yang bersaing dengan bandar-bandar lain di Asia Tenggara seperti Bangkok, Jakarta dan Singapura. Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula dan memberikan peruntukan tambahan RM500 juta untuk memulihkan industri pelancongan dan membantu operator pelancongan tempatan menjadikan Kuala Lumpur dan Malaysia setidaknya dalam tingkat tiga di atas destinasi pelancong di seluruh Asia Tenggara. Saya juga- ya, sikit saja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak habis kah ataupun?. Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Hendak habis, hendak habis. Tuan Yang di-Pertua: Hendak habis sudah. Okey, saya bagi. | 43 | 53 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
44 DR.01.03.2023
Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Saya juga meminta agar Yang Berhormat Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya dapat menyenaraikan program-program dan inisiatif-
inisiatif yang akan dijalankan pada tahun ini untuk menarik pelancong tempatan dan asing
ke Kuala Lumpur ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Kita tangguhkan
perbahasan hingga jam 2.30 petang hari ini. Terima kasih, assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.01 petang]
■1430
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan kita sambung, insya-Allah. Saya jemput Yang
Berhormat Kual Krai.
2.33 ptg.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan
rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk turut serta dalam
perbahasan Belanjawan 2023 pada kali ini.
Pada hari ini 1 Mac 2023 di Dewan yang mulia ini, tentunya perbahasan saya
pada hari ini bagi mewakili rakyat kawasan Kuala Krai yang saya kasihi. Tuan Yang di-
Pertua, setiap tahun pembentangan belanjawan sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua
rakyat. Adakah ia akan menyentuh setiap segmen dan lapisan masyarakat khususnya
pasca COVID-19 dan mereka yang terkesan akibat ekonomi yang suram?
Saya sendiri pun ternanti-nanti pembentangan kali ini kerana ia adalah daripada
seorang Menteri Kewangan merangkap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang
telah melalui pelbagai ujian dan cabaran sepanjang perjalanan politik yang meletakkan
slogan utama ‘Reformasi’ ditambah dengan slogan Malaysia Madani.
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Disangka
semangat perjuangan reformasi diteruskan setelah berjaya menjadi kerajaan, rupanya
semuanya telah dibuang ke laut kerana prinsip asas reformasi yang dilaungkan selama
ini telah dilanggar seawal pembentukan Kabinet lagi. Hasbunallahuwa nikmalwakil.
Oleh itu dalam pemerhatian saya, tiada yang baharu dalam pembentangan
belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Tambun kecuali mengulangi sebahagian besar
apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan terdahulu pada 7
Oktober 2022 dengan hanya menukar beberapa nama kepada nama baharu sahaja dan
dengan beberapa istilah baharu, sesuai dengan latar belakang pendidikan sastera
Melayu. Mudahnya, tiada ‘wow’ dalam pembentangan belanjawan ini.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya menyanjung tinggi kerana
dalam ucapan bajet kali ini, banyak petikan ayat-ayat Al-Quran nur Karim berbanding
dengan sebelum ini yang hanya mengambil mafhumnya sahaja. Akan tetapi dalam masa
yang sama, pastikan ia dihayati dan dijadikan panduan di dalam mentadbir negara dan
satu lagi peringatan saya, jangan cuba menghina Ahli lain yang kononnya tidak mampu
membaca dengan betul. Saya telah sebut isu ini dalam ucapan Perbahasan Titah Diraja
minggu lepas.
Tuan Yang di-Pertua selain belanjawan, setiap lima tahun rakyat menunggu-
nunggu untuk mendengar pembentangan dalam Rancangan Malaysia dan yang terakhir
adalah Rancangan Malaysia Ke-12. Di sini saya ingin bertanyakan Yang Amat Berhormat
Tambun, sejauh manakah kerajaan hari ini melihat RMKe-12 yang telah dibentangkan
| Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Saya juga meminta agar Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dapat menyenaraikan program-program dan inisiatif- inisiatif yang akan dijalankan pada tahun ini untuk menarik pelancong tempatan dan asing ke Kuala Lumpur ini. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Kita tangguhkan perbahasan hingga jam 2.30 petang hari ini. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.01 petang] #1430 [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]. Tuan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan kita sambung, insya-Allah. Saya jemput Yang Berhormat Kual Krai. 2.33 ptg. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2023 pada kali ini. Pada hari ini 1 Mac 2023 di Dewan yang mulia ini, tentunya perbahasan saya pada hari ini bagi mewakili rakyat kawasan Kuala Krai yang saya kasihi. Tuan Yang di- Pertua, setiap tahun pembentangan belanjawan sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua rakyat. Adakah ia akan menyentuh setiap segmen dan lapisan masyarakat khususnya pasca COVID-19 dan mereka yang terkesan akibat ekonomi yang suram? Saya sendiri pun ternanti-nanti pembentangan kali ini kerana ia adalah daripada seorang Menteri Kewangan merangkap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah melalui pelbagai ujian dan cabaran sepanjang perjalanan politik yang meletakkan slogan utama 'Reformasi' ditambah dengan slogan Malaysia Madani. Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Disangka semangat perjuangan reformasi diteruskan setelah berjaya menjadi kerajaan, rupanya semuanya telah dibuang ke laut kerana prinsip asas reformasi yang dilaungkan selama ini telah dilanggar seawal pembentukan Kabinet lagi. Hasbunallahuwa nikmalwakil. Oleh itu dalam pemerhatian saya, tiada yang baharu dalam pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Tambun kecuali mengulangi sebahagian besar apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan terdahulu pada 7 Oktober 2022 dengan hanya menukar beberapa nama kepada nama baharu sahaja dan dengan beberapa istilah baharu, sesuai dengan latar belakang pendidikan sastera Melayu. Mudahnya, tiada 'wow' dalam pembentangan belanjawan ini. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya menyanjung tinggi kerana dalam ucapan bajet kali ini, banyak petikan ayat-ayat Al-Quran nur Karim berbanding dengan sebelum ini yang hanya mengambil mafhumnya sahaja. Akan tetapi dalam masa yang sama, pastikan ia dihayati dan dijadikan panduan di dalam mentadbir negara dan satu lagi peringatan saya, jangan cuba menghina Ahli lain yang kononnya tidak mampu membaca dengan betul. Saya telah sebut isu ini dalam ucapan Perbahasan Titah Diraja minggu lepas. Tuan Yang di-Pertua selain belanjawan, setiap lima tahun rakyat menunggu- nunggu untuk mendengar pembentangan dalam Rancangan Malaysia dan yang terakhir adalah Rancangan Malaysia Ke-12. Di sini saya ingin bertanyakan Yang Amat Berhormat Tambun, sejauh manakah kerajaan hari ini melihat RMKe-12 yang telah dibentangkan. | 44 | 54 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 45
pada 27 September 2021 dari segi pelaksanaan dan keperluan untuk menjayakannya
kerana dalam RMKe-12, enam buah negeri kurang membangun iaitu Kelantan,
Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak akan menerima sekurang-kurangnya 50
peratus peruntukan pembangunan ataupun DE Persekutuan.
Secara kebetulannya, empat daripada enam buah negeri tersebut dipimpin oleh
parti selain parti di peringkat persekutuan iaitu Perikatan Nasional. Dalam konteks
Kelantan, Terengganu dan Kedah telah dimenangi oleh PAS sejak PRU ke-14 yang lalu.
Mungkin negeri-negeri ini –Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, rakyatnya tidak
berapa cerdik bak kata salah seorang menteri kerana memilih PN khususnya pada PRU
baru-baru ini. Hanya Pulau Pinang dan Selangor banyak disebut seolah-olah belanjawan
kali ini hanya untuk PRN bagi mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang. Ada rasa goyah
ke di dua buah negeri tersebut dan adakah negeri-negeri selain Selangor dan Pulau
Pinang ini tidak berharga ataupun Perdana Menteri merasakan sudah hilang harapan
untuk negeri-negeri tersebut?
Saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, adakah pihak Kerajaan Madani
pada hari ini akan mengulangi perangai dan tabiat lama kerajaan terdahulu yang
menganaktirikan negeri-negeri pembangkang dalam konteks federal tetapi perlu ingat
bahawa di peringkat negeri, kami adalah sebuah kerajaan yang sah yang dipilih oleh
rakyat. Inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan
kawan-kawan yang lain dalam perjuangan reformasi terdahulu.
Tuan Yang di-Pertua, kenapakah semua ini berlaku? Apakah hadiah sempena
100 hari pentadbiran kerajaan campuran PH-BN ini? Adakah kerana ada agenda yang
tersembunyi? Adakah kerana dendam? Sedangkan kawan baharu dalam kerajaan
campuran hari ini lebih dahsyat dalam berbalas tuduhan antara satu sama lain.
Kita berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada sifat dendam
sebagaimana panduan-Nya. [Membaca sepotong ayat Al-Qur’an], “Dan janganlah engkau
jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang
beriman”. Surah Al-Hasyr, Ayat ke-10. Kerana hasad dan dendam bukan ciri-ciri ahli
syurga. [Membaca sepotong ayat Al-Qur’an], “Dan kami cabutkan segala dendam dan
hasad dengki dari hati mereka di dalam syurga yang mengalir beberapa sungai di bawah
tempat masing-masing”. Surah al-A’raf, Ayat yang ke-43.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan kerajaan hari ini tidak mengulangi
kegagalan kerajaan 22 bulan yang lalu kerana tidak kompeten dan hampir tidak
mempunyai idea tuntas untuk menyelesaikan kebimbangan kewangan rakyat. Data
daripada soal selidik Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus pada 6 Disember 2022
menunjukkan satu kebenaran yang menyakitkan tentang keadaan kewangan semasa
rakyat termasuk simpanan yang semakin berkurang, isu aliran tunai dan pelbagai lagi
trend yang membimbangkan. Sementara Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pula
menangguhkan pelaksanaan gaji minimum bagi PMKS di bawah lima orang pekerja di
tengah-tengah tekanan inflasi, sudah pasti kenaikan gaji akan sedikit melegakan rakyat.
Namun begitu, Kuala Krai juga faham keperitan PMKS untuk menangani kenaikan
kos pembayaran upah dalam keadaan ekonomi yang perlahan. Dikatakan Perdana
Menteri ini pernah bergelar Menteri Kewangan Asia yang terbaik. Kini pula telah menjadi
seorang Perdana Menteri yang disebut-sebut bertaraf dunia bahkan kita juga mempunyai
Menteri Ekonomi yang sebelum ini kerap melontar pelbagai formula yang tersangat
bijaksana.
Saya teringat satu rakaman video temu bual ‘The Ayuh Malaysia Show’ yang
disiarkan di YouTube, Menteri Kewangan sekarang pernah berkata, “Bukan saya yang
makan gaji RM80,000, RM90,000 sebulan untuk memikirkan penyelesaian.” Nah
sekarang ini kamu telah dibayar gaji sebagai menteri. Takkanlah sekadar mampu
mengeluarkan formula jangan makan ayam, kalau ayam mahal dan pulaukan kedai
makan yang menjual dengan harga yang mahal. Kalaulah hanya formula ini sebagai
sandaran Menteri Ekonomi ini, Pok Mat kapung pun buleh jadi Menteri Ekonomi.
| pada 27 September 2021 dari segi pelaksanaan dan keperluan untuk menjayakannya kerana dalam RMKe-12, enam buah negeri kurang membangun iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak akan menerima sekurang-kurangnya 50 peratus peruntukan pembangunan ataupun DE Persekutuan. Secara kebetulannya, empat daripada enam buah negeri tersebut dipimpin oleh parti selain parti di peringkat persekutuan iaitu Perikatan Nasional. Dalam konteks Kelantan, Terengganu dan Kedah telah dimenangi oleh PAS sejak PRU ke-14 yang lalu. Mungkin negeri-negeri ini-Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, rakyatnya tidak berapa cerdik bak kata salah seorang menteri kerana memilih PN khususnya pada PRU baru-baru ini. Hanya Pulau Pinang dan Selangor banyak disebut seolah-olah belanjawan kali ini hanya untuk PRN bagi mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang. Ada rasa goyah ke di dua buah negeri tersebut dan adakah negeri-negeri selain Selangor dan Pulau Pinang ini tidak berharga ataupun Perdana Menteri merasakan sudah hilang harapan untuk negeri-negeri tersebut?. Saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, adakah pihak Kerajaan Madani pada hari ini akan mengulangi perangai dan tabiat lama kerajaan terdahulu yang menganaktirikan negeri-negeri pembangkang dalam konteks federal tetapi perlu ingat bahawa di peringkat negeri, kami adalah sebuah kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat. Inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan kawan-kawan yang lain dalam perjuangan reformasi terdahulu. Tuan Yang di-Pertua, kenapakah semua ini berlaku? Apakah hadiah sempena 100 hari pentadbiran kerajaan campuran PH-BN ini? Adakah kerana ada agenda yang tersembunyi? Adakah kerana dendam? Sedangkan kawan baharu dalam kerajaan campuran hari ini lebih dahsyat dalam berbalas tuduhan antara satu sama lain. Kita berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada sifat dendam sebagaimana panduan-Nya. [Membaca sepotong ayat Al-Qur'an], "Dan janganlah engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman". Surah Al-Hasyr, Ayat ke-10. Kerana hasad dan dendam bukan ciri-ciri ahli syurga. [Membaca sepotong ayat Al-Qur'an], "Dan kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka di dalam syurga yang mengalir beberapa sungai di bawah tempat masing-masing". Surah al-A'raf, Ayat yang ke-43. Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan kerajaan hari ini tidak mengulangi kegagalan kerajaan 22 bulan yang lalu kerana tidak kompeten dan hampir tidak mempunyai idea tuntas untuk menyelesaikan kebimbangan kewangan rakyat. Data daripada soal selidik Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus pada 6 Disember 2022 menunjukkan satu kebenaran yang menyakitkan tentang keadaan kewangan semasa rakyat termasuk simpanan yang semakin berkurang, isu aliran tunai dan pelbagai lagi trend yang membimbangkan. Sementara Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pula menangguhkan pelaksanaan gaji minimum bagi PMKS di bawah lima orang pekerja di tengah-tengah tekanan inflasi, sudah pasti kenaikan gaji akan sedikit melegakan rakyat. Namun begitu, Kuala Krai juga faham keperitan PMKS untuk menangani kenaikan kos pembayaran upah dalam keadaan ekonomi yang perlahan. Dikatakan Perdana Menteri ini pernah bergelar Menteri Kewangan Asia yang terbaik. Kini pula telah menjadi seorang Perdana Menteri yang disebut-sebut bertaraf dunia bahkan kita juga mempunyai Menteri Ekonomi yang sebelum ini kerap melontar pelbagai formula yang tersangat bijaksana. Saya teringat satu rakaman video temu bual 'The Ayuh Malaysia Show' yang disiarkan di YouTube, Menteri Kewangan sekarang pernah berkata, "Bukan saya yang makan gaji RM80,000, RM90,000 sebulan untuk memikirkan penyelesaian." Nah sekarang ini kamu telah dibayar gaji sebagai menteri. Takkanlah sekadar mampu mengeluarkan formula jangan makan ayam, kalau ayam mahal dan pulaukan kedai makan yang menjual dengan harga yang mahal. Kalaulah hanya formula ini sebagai sandaran Menteri Ekonomi ini, Pok Mat kapung pun buleh jadi Menteri Ekonomi. | 45 | 55 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
46 DR.01.03.2023
■1440
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, tidak seharusnya menteri dan
kementerian sekarang ini melaksanakan sesuatu dasar yang populis tanpa mengambil
kira keperluan dan kekangan pihak yang lain. Sebuah kementerian yang
bertanggungjawab seharusnya lebih memikirkan tentang polisi dan bukannya program
semata-mata. Terbaru Tuan Yang di-Pertua, Centre for Market Education (CME) berkata,
“belanjawan Yang Amat Berhormat Tambun hanya gah pada slogan tetapi tidak begitu
memanfaatkan negara. Naratif dalam belanjawan hanya bersifat populis tanpa sebarang
strategi kukuh pembaharuan cukai”.
Soalan yang perlu dijawab juga ialah adakah benar-benar harga barang mentah
telah turun? Saya sendiri mendapat banyak aduan dalam isu ini apabila saya balik ke
kawasan, saya masih menerima aduan rakyat berkaitan isu harga keperluan harian yang
tinggi. Contohnya, telur. Walaupun ada terdapat di pasaran tetapi dengan harga RM18
ataupun RM19 sepapan, itu pun gred C.
Saya mencadangkan dalam memastikan nasib rakyat terus terbela agar pihak
kerajaan memberikan perhatian kepada beberapa isu.
Pertama, wujudkan data komprehensif dengan masa nyata agar semua rakyat
mendapat pembelaan yang sepatutnya dan tidak bertindih atas satu nama. Kedua,
wujudkan agensi tunggal untuk menyelaras bantuan rakyat. Ketiga, hapuskan caj ATM
RM1 sebagai mana telah dilaksanakan oleh PM ke-8. Nampak kecil tetapi amat bernilai
kepada rakyat. Saya yakin bank tidak akan mengalami kerugian dengan pengecualian ini.
Keempat, turunkan harga cukai jalan. Bukannya hanya buang pelekat cukai di cermin
kereta dan turunkan harga untuk mengambil lesen kereta dan motor.
Tuan Yang di-Pertua, apakah sebenarnya hala tuju kerajaan dalam memelihara
kepentingan bumiputera? Apakah pendekatan terkini? Oleh sebab tidak banyak disebut
dalam ucapan bajet pada kali ini. Dalam isu ini, nampaknya seolah-olah kita tersepit di
negara sendiri. Jika kita perjuangkan hak bumiputera dan bercakap tentang bangsa dan
agama, kita akan dicop rasis dan perkauman. Akan tetapi, sebaliknya jika pihak lain yang
bercakap tentang agama dan bangsa mereka, mereka dianggap sebagai hero. Adakah
kerajaan hari ini terlalu takut untuk menegaskan berkaitan hak kepentingan bumiputera?
Hatta dalam ucapan bajet pun nampak tidak begitu berani untuk menyebut dan
menegaskannya.
Tuan Yang di-Pertua, syiar Islam disebut dalam ucapan belanjawan. Selain
pelbagai program termasuk mengadakan majlis tilawah Al-Quran pelbagai peringkat yang
telah melahirkan ramai qari dan qariah serta projek mencetak Al-Quran, saya ingin
mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mengadakan program rakaman suara qari dan
qariah penuh 30 juzuk, khususnya johan sama ada peringkat kebangsaan dan lebih lagi
peringkat antarabangsa agar legasi mereka dapat dihayati oleh generasi akan datang.
Pada hari ini, kita boleh saksikan betapa ramai sekali anak-anak muda yang
menghayati taranum, tilawah dan hafazan. Qari dan qariah ini ialah aset negara yang
cukup bernilai. Cadangan ini kerana saya memerhatikan ramai qari dan qariah
kebangsaan dan antarabangsa yang telah meninggal dunia, termasuklah pada usia muda
tanpa dapat direkodkan rakaman suara mereka dengan sebaiknya seperti Allahyarham
Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, johan antarabangsa 2016 yang meninggal dunia
pada usia 39 tahun.
Antara qari dan qariah yang masih ada dan sedang menabur bakti, mengajar ilmu
tajwid dan taranum ialah Ustaz Che Yahya Daud, qari johan 1999; Ustaz Radzi Kamarul
Hailan, johan 2000 dan 2004; Ustaz Dato’ Ahmad Faizul Ghazali, johan 2003; dan
termasuklah qariah legenda Datuk Hajah Faridah Mat Saman, johan antara tahun 1964
sehinggalah tahun 1991. Hanya terdapat rakaman suara mereka yang dibuat sendiri dan
disebarkan di YouTube atau kini oleh program realiti TV.
Saya ingin menyentuh berkaitan satu isu hangat sehari dua ini iaitu filem Mentega
Terbang. Isu ini ialah isu yang berkaitan dengan akidah dan bukan isu kebebasan.
Alangkah lebih baik jika sumber dan tenaga kerajaan yang ada digunakan untuk
memperbaiki kegagalan kerajaan mengawal produksi filem-filem yang mempersoalkan
| #1440. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, tidak seharusnya menteri dan kementerian sekarang ini melaksanakan sesuatu dasar yang populis tanpa mengambil kira keperluan dan kekangan pihak yang lain. Sebuah kementerian yang bertanggungjawab seharusnya lebih memikirkan tentang polisi dan bukannya program semata-mata. Terbaru Tuan Yang di-Pertua, Centre for Market Education (CME) berkata, "belanjawan Yang Amat Berhormat Tambun hanya gah pada slogan tetapi tidak begitu memanfaatkan negara. Naratif dalam belanjawan hanya bersifat populis tanpa sebarang strategi kukuh pembaharuan cukai". Soalan yang perlu dijawab juga ialah adakah benar-benar harga barang mentah telah turun? Saya sendiri mendapat banyak aduan dalam isu ini apabila saya balik ke kawasan, saya masih menerima aduan rakyat berkaitan isu harga keperluan harian yang tinggi. Contohnya, telur. Walaupun ada terdapat di pasaran tetapi dengan harga RM18 ataupun RM19 sepapan, itu pun gred C. Saya mencadangkan dalam memastikan nasib rakyat terus terbela agar pihak kerajaan memberikan perhatian kepada beberapa isu. Pertama, wujudkan data komprehensif dengan masa nyata agar semua rakyat mendapat pembelaan yang sepatutnya dan tidak bertindih atas satu nama. Kedua, wujudkan agensi tunggal untuk menyelaras bantuan rakyat. Ketiga, hapuskan caj ATM RM1 sebagai mana telah dilaksanakan oleh PM ke-8. Nampak kecil tetapi amat bernilai kepada rakyat. Saya yakin bank tidak akan mengalami kerugian dengan pengecualian ini. Keempat, turunkan harga cukai jalan. Bukannya hanya buang pelekat cukai di cermin kereta dan turunkan harga untuk mengambil lesen kereta dan motor. Tuan Yang di-Pertua, apakah sebenarnya hala tuju kerajaan dalam memelihara kepentingan bumiputera? Apakah pendekatan terkini? Oleh sebab tidak banyak disebut dalam ucapan bajet pada kali ini. Dalam isu ini, nampaknya seolah-olah kita tersepit di negara sendiri. Jika kita perjuangkan hak bumiputera dan bercakap tentang bangsa dan agama, kita akan dicop rasis dan perkauman. Akan tetapi, sebaliknya jika pihak lain yang bercakap tentang agama dan bangsa mereka, mereka dianggap sebagai hero. Adakah kerajaan hari ini terlalu takut untuk menegaskan berkaitan hak kepentingan bumiputera? Hatta dalam ucapan bajet pun nampak tidak begitu berani untuk menyebut dan menegaskannya. Tuan Yang di-Pertua, syiar Islam disebut dalam ucapan belanjawan. Selain pelbagai program termasuk mengadakan majlis tilawah Al-Quran pelbagai peringkat yang telah melahirkan ramai qari dan qariah serta projek mencetak Al-Quran, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mengadakan program rakaman suara qari dan qariah penuh 30 juzuk, khususnya johan sama ada peringkat kebangsaan dan lebih lagi peringkat antarabangsa agar legasi mereka dapat dihayati oleh generasi akan datang. Pada hari ini, kita boleh saksikan betapa ramai sekali anak-anak muda yang menghayati taranum, tilawah dan hafazan. Qari dan qariah ini ialah aset negara yang cukup bernilai. Cadangan ini kerana saya memerhatikan ramai qari dan qariah kebangsaan dan antarabangsa yang telah meninggal dunia, termasuklah pada usia muda tanpa dapat direkodkan rakaman suara mereka dengan sebaiknya seperti Allahyarham Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, johan antarabangsa 2016 yang meninggal dunia pada usia 39 tahun. Antara qari dan qariah yang masih ada dan sedang menabur bakti, mengajar ilmu tajwid dan taranum ialah Ustaz Che Yahya Daud, qari johan 1999; Ustaz Radzi Kamarul Hailan, johan 2000 dan 2004; Ustaz Dato' Ahmad Faizul Ghazali, johan 2003; dan termasuklah qariah legenda Datuk Hajah Faridah Mat Saman, johan antara tahun 1964 sehinggalah tahun 1991. Hanya terdapat rakaman suara mereka yang dibuat sendiri dan disebarkan di YouTube atau kini oleh program realiti TV. Saya ingin menyentuh berkaitan satu isu hangat sehari dua ini iaitu filem Mentega Terbang. Isu ini ialah isu yang berkaitan dengan akidah dan bukan isu kebebasan. Alangkah lebih baik jika sumber dan tenaga kerajaan yang ada digunakan untuk memperbaiki kegagalan kerajaan mengawal produksi filem-filem yang mempersoalkan. | 46 | 56 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 47
Islam dan akidah serta memesongkan akidah seperti ini dan bukan untuk menyekat
musuh politik. Jangan menggunakan tenaga dan kuasa yang ada untuk menyekat
kebebasan bersuara dengan cara memberi amaran atau mengambil tindakan kepada
aktivis media sosial yang mempunyai pandangan yang berbeza. Tiba-tiba dalam
keghairahan pihak berkuasa mencengkam negara dengan secara kuku besi, tiba-tiba
keluar filem Mentega Terbang. Saya mengharapkan pihak Kementerian Komunikasi dan
Digital dapat mengambil tindakan tegas dengan mengharamkan filem tersebut secepat
mungkin dan filem-filem seumpamanya pada masa hadapan.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah tahniah atas penegasan Yang Amat
Berhormat Tambun untuk menyelesaikan isu sekolah daif. Akan tetapi, persoalannya ialah
peruntukan sekolah daif dan juga klinik daif telah dipotong sebanyak RM300 juta untuk
sekolah dan RM140 juta untuk klinik. Peruntukan dalam belanjawan kali ini sebanyak
RM1.2 bilion iaitu RM920 juta untuk sekolah daif dan RM280 juta untuk klinik sedangkan
belanjawan yang dibentangkan pada Oktober tahun lalu RM1.2 bilion hanya untuk sekolah
sahaja dan RM420 untuk klinik.
Saya ingin bertanyakan, adakah Yang Amat Berhormat Tambun menyedari
perkara ini? Bagaimanakah ingin menyelesaikan isu sekolah daif dan klinik daif jika bajet
telah dipotong? Tolong lihat semula perbezaan ini. Di Kuala Krai Tuan Yang di-Pertua,
tidak terdapat sekolah daif. Alhamdulillah. Akan tetapi, yang diperlukan ialah kemudahan
seperti dewan serba guna, asrama, padang permainan dan beberapa kemudahan yang
lain.
Saya sebutkan di sini untuk rekod dan semoga mendapat perhatian pihak Yang
Berhormat Menteri Pendidikan. Pertama, padang permainan SK Peria dan SK Kampong
Tengah. Naik taraf dewan pelbagai guna SMK Kuala Krai dan SMK Keroh. Ketiga,
membina dewan pelbagai guna SK Banggol Guchil dan SKSYP 2. Keempat, asrama SMK
Bandar Kuala Krai dan SK Slow Temiang. Kelima, membina pagar SMK Laloh dan lain-
lain lagi. Banyak dalam senarai, panjang, saya akan serahkan kepada Yang Berhormat
Menteri Pendidikan, insya-Allah.
Ini bukti kami masuk ke sekolah bukan untuk berpolitik tetapi senarai ini saya
dapat daripada lawatan yang saya buat ke sekolah. Akan tetapi, kami masuk ke sekolah
untuk membantu apa-apa kekurangan bagi memberikan keselesaan kepada guru dan
juga murid. Bahkan, ucapan saya dalam pelbagai program di sekolah adalah
memfokuskan kepada ilmu, motivasi, kepentingan pendidikan tanpa menyebut sepatah
perkataan pun isu-isu politik berbanding pihak lain yang telah menjadi rahsia umum, akan
menjadikan medan tersebut sebagai ceramah politik, khususnya dalam majlis bersama
ibu bapa.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Yang Berhormat Kuala Krai, minta
laluan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Dalam isu – masa sudah
habis. Maaf.
Tuan Yang di-Pertua: Masa. Masa.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Dalam isu klinik daif, di
Kuala Krai memang terdapat banyak klinik yang perlukan perhatian, antaranya ialah Klinik
Desa Pasir Kelang, Klinik Desa Sungai Pas, Klinik Desa Batu Mengkebang, Klinik Desa
Batu Jong dan lain-lain lagi, termasuklah kuarters petempatan kakitangan yang terlalu
uzur, yang perlu kepada perhatian menteri.
Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan ini dengan sebuah
peringatan daripada Buya Hamka. Ia berbunyi begini, “Adil ialah menimbang yang sama
berat. Menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar. Mengembalikan hak yang
empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan walaupun
mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.”
Ia tentu sangat berkait rapat dengan perjuangan kata-kata dan harapan Yang
Amat Berhormat Tambun suatu ketika dahulu. Malah, kami di Kelantan dahulu
didendangkan dengan pelbagai janji, namun kini hampir menjadi palsu kesemuanya.
| Islam dan akidah serta memesongkan akidah seperti ini dan bukan untuk menyekat musuh politik. Jangan menggunakan tenaga dan kuasa yang ada untuk menyekat kebebasan bersuara dengan cara memberi amaran atau mengambil tindakan kepada aktivis media sosial yang mempunyai pandangan yang berbeza. Tiba-tiba dalam keghairahan pihak berkuasa mencengkam negara dengan secara kuku besi, tiba-tiba keluar filem Mentega Terbang. Saya mengharapkan pihak Kementerian Komunikasi dan Digital dapat mengambil tindakan tegas dengan mengharamkan filem tersebut secepat mungkin dan filem-filem seumpamanya pada masa hadapan. Terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah tahniah atas penegasan Yang Amat Berhormat Tambun untuk menyelesaikan isu sekolah daif. Akan tetapi, persoalannya ialah peruntukan sekolah daif dan juga klinik daif telah dipotong sebanyak RM300 juta untuk sekolah dan RM140 juta untuk klinik. Peruntukan dalam belanjawan kali ini sebanyak RM1.2 bilion iaitu RM920 juta untuk sekolah daif dan RM280 juta untuk klinik sedangkan belanjawan yang dibentangkan pada Oktober tahun lalu RM1.2 bilion hanya untuk sekolah sahaja dan RM420 untuk klinik. Saya ingin bertanyakan, adakah Yang Amat Berhormat Tambun menyedari perkara ini? Bagaimanakah ingin menyelesaikan isu sekolah daif dan klinik daif jika bajet telah dipotong? Tolong lihat semula perbezaan ini. Di Kuala Krai Tuan Yang di-Pertua, tidak terdapat sekolah daif. Alhamdulillah. Akan tetapi, yang diperlukan ialah kemudahan seperti dewan serba guna, asrama, padang permainan dan beberapa kemudahan yang lain. Saya sebutkan di sini untuk rekod dan semoga mendapat perhatian pihak Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Pertama, padang permainan SK Peria dan SK Kampong Tengah. Naik taraf dewan pelbagai guna SMK Kuala Krai dan SMK Keroh. Ketiga, membina dewan pelbagai guna SK Banggol Guchil dan SKSYP 2. Keempat, asrama SMK Bandar Kuala Krai dan SK Slow Temiang. Kelima, membina pagar SMK Laloh dan lain- lain lagi. Banyak dalam senarai, panjang, saya akan serahkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, insya-Allah. Ini bukti kami masuk ke sekolah bukan untuk berpolitik tetapi senarai ini saya dapat daripada lawatan yang saya buat ke sekolah. Akan tetapi, kami masuk ke sekolah untuk membantu apa-apa kekurangan bagi memberikan keselesaan kepada guru dan juga murid. Bahkan, ucapan saya dalam pelbagai program di sekolah adalah memfokuskan kepada ilmu, motivasi, kepentingan pendidikan tanpa menyebut sepatah perkataan pun isu-isu politik berbanding pihak lain yang telah menjadi rahsia umum, akan menjadikan medan tersebut sebagai ceramah politik, khususnya dalam majlis bersama ibu bapa. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Yang Berhormat Kuala Krai, minta laluan. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Dalam isu- masa sudah habis. Maaf. Tuan Yang di-Pertua: Masa. Masa. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Dalam isu klinik daif, di Kuala Krai memang terdapat banyak klinik yang perlukan perhatian, antaranya ialah Klinik Desa Pasir Kelang, Klinik Desa Sungai Pas, Klinik Desa Batu Mengkebang, Klinik Desa Batu Jong dan lain-lain lagi, termasuklah kuarters petempatan kakitangan yang terlalu uzur, yang perlu kepada perhatian menteri. Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan ini dengan sebuah peringatan daripada Buya Hamka. Ia berbunyi begini, "Adil ialah menimbang yang sama berat. Menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar. Mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.". Ia tentu sangat berkait rapat dengan perjuangan kata-kata dan harapan Yang Amat Berhormat Tambun suatu ketika dahulu. Malah, kami di Kelantan dahulu didendangkan dengan pelbagai janji, namun kini hampir menjadi palsu kesemuanya. | 47 | 57 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
48 DR.01.03.2023
Kelantan dinafikan hak sejak zaman Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, yang mana beliau
juga menjadi idola Yang Amat Berhormat Tambun dan seluruh rakyat Malaysia termasuk
daripada Parti DAP, sehingga kini dinafikan haknya. Kami yakin jika Allahyarham Tok
Guru masih ada, terhiris dan terlukalah beliau dengan kenyataan belawok dan berpusing-
pusing ini.
Kuala Krai dan seluruh rakyat Kelantan melahirkan rasa kesal terhadap
kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang
dan Reformasi Institusi) iaitu pada 23 Februari yang lalu yang mengatakan bahawa hak
untuk mendapat royalti mesti berada dalam perairan tiga batu nautika. Oleh yang
demikian, kami dengan penuh ketegasan, kami menegaskan pihak Kerajaan Persekutuan
pada hari ini untuk meneruskan pembayaran wang royalti ataupun atas nama bayaran
tunai petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan demi kepentingan rakyat Kelantan
keseluruhannya. Akhirnya, saya berpantun untuk kerajaan yang ada pada hari ini sebagai
dedikasi:
Anak siakap impian kelah,
Umpan lukah di Kampung Manjor,
Ikatan retak menanti belah,
Tersilap langkah jatuh tersungkur. [Tepuk]
Keris sepukal pendokok suasa,
Senjata purba usah pertikai,
Selama kekal ditampuk kuasa,
Hukum rimba jangan dipakai. [Tepuk]
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua: Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
2.48 ptg.
Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara]: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih
kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Tenggara untuk
membahaskan pada petang ini kerana Tenggara sekarang ini dalam keadaan banjir, Tuan
Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam perpaduan madani. Saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan juga syabas dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri
Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan Malaysia MADANI 2023 pada Jumaat
lalu.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat
Berhormat Tambun, perihal pengumuman beberapa hal yang berkaitan spesifik untuk
negeri Johor, termasuklah projek naik taraf Lebuh Raya Utara Selatan Senai-Yong Peng
Fasa 1, empat kepada enam buah lorong, pembinaan lorong memotong di Senai-Desaru
Expressway, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Johor, perwujudan zon khas kewangan
di Iskandar Malaysia, naik taraf Hospital Pontian dan inisiatif pas perjalanan tanpa had
myBAS50. Ia memberi lega di hati orang Johor dan berharap pelaksanaannya kelak dapat
dibuat dengan teratur dan mencapai objektif yang diharapkan.
Daripada enam perkara ini, RTB Sungai Johor adalah direct kesannya kepada
Tenggara, di mana ia melibatkan faedah dan manfaat kepada penduduk-penduduk di
kawasan kerap banjir di Tenggara melibatkan Kampung Panti, Kampung Kelantan, Taman
Kemang, Taman Kota Mas dan Taman Kota Jaya.
■1450
Ia juga berkemampuan mengurangkan impak banjir kawasan pertanian sekitar
Kampung Semangat Luar dan Dalam, Kampung Orang Asli Sayong Pinang dan Kampung
Rantau Panjang. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, kebetulan sejak pagi tadi hujan
dan kawasan-kawasan ini betullah, Tuan Yang di-Pertua, telah dilanda banjir. Hampir 500
| Kelantan dinafikan hak sejak zaman Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, yang mana beliau juga menjadi idola Yang Amat Berhormat Tambun dan seluruh rakyat Malaysia termasuk daripada Parti DAP, sehingga kini dinafikan haknya. Kami yakin jika Allahyarham Tok Guru masih ada, terhiris dan terlukalah beliau dengan kenyataan belawok dan berpusing- pusing ini. Kuala Krai dan seluruh rakyat Kelantan melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) iaitu pada 23 Februari yang lalu yang mengatakan bahawa hak untuk mendapat royalti mesti berada dalam perairan tiga batu nautika. Oleh yang demikian, kami dengan penuh ketegasan, kami menegaskan pihak Kerajaan Persekutuan pada hari ini untuk meneruskan pembayaran wang royalti ataupun atas nama bayaran tunai petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan demi kepentingan rakyat Kelantan keseluruhannya. Akhirnya, saya berpantun untuk kerajaan yang ada pada hari ini sebagai dedikasi: Anak siakap impian kelah, Umpan lukah di Kampung Manjor, Ikatan retak menanti belah, Tersilap langkah jatuh tersungkur. [Tepuk]. Keris sepukal pendokok suasa, Senjata purba usah pertikai, Selama kekal ditampuk kuasa, Hukum rimba jangan dipakai. [Tepuk]. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Saya jemput Yang Berhormat Tenggara. 2.48 ptg. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara]: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Tenggara untuk membahaskan pada petang ini kerana Tenggara sekarang ini dalam keadaan banjir, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan madani. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan juga syabas dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan Malaysia MADANI 2023 pada Jumaat lalu. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun, perihal pengumuman beberapa hal yang berkaitan spesifik untuk negeri Johor, termasuklah projek naik taraf Lebuh Raya Utara Selatan Senai-Yong Peng Fasa 1, empat kepada enam buah lorong, pembinaan lorong memotong di Senai-Desaru Expressway, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Johor, perwujudan zon khas kewangan di Iskandar Malaysia, naik taraf Hospital Pontian dan inisiatif pas perjalanan tanpa had myBAS50. Ia memberi lega di hati orang Johor dan berharap pelaksanaannya kelak dapat dibuat dengan teratur dan mencapai objektif yang diharapkan. Daripada enam perkara ini, RTB Sungai Johor adalah direct kesannya kepada Tenggara, di mana ia melibatkan faedah dan manfaat kepada penduduk-penduduk di kawasan kerap banjir di Tenggara melibatkan Kampung Panti, Kampung Kelantan, Taman Kemang, Taman Kota Mas dan Taman Kota Jaya. #1450 Ia juga berkemampuan mengurangkan impak banjir kawasan pertanian sekitar Kampung Semangat Luar dan Dalam, Kampung Orang Asli Sayong Pinang dan Kampung Rantau Panjang. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, kebetulan sejak pagi tadi hujan dan kawasan-kawasan ini betullah, Tuan Yang di-Pertua, telah dilanda banjir. Hampir 500. | 48 | 58 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 49
lebih ke 1,000 buah keluarga terlibat. Pusat-pusat pemindahan banjir telah dibuka,
termasuk juga kawasan Desa Sejahtera, kawasan pemindahan mangsa banjir suatu
ketika dahulu pun banjir juga lagi.
Saya suka berkongsi di sini kesugulan Tenggara, Klinik Kesihatan Batu Empat
pun tenggelam separuh. Pejabat saya pun, pejabat Ahli Parlimen Tenggara itu pun air
naik juga sampai ke gigi dekat lantai. Agaknya, selepas inilah— saya minta awal tadi
untuk balik ke Tenggara bagi meninjau keadaan rakyat di sana. Jika ditinjau pada
keadaan, mungkin boleh tengok di Facebook dan juga media sosial. Banjir itu saya
jangkakan memakan lebih banyak lagi kawasan pertanian di dalam Tenggara.
Ada juga kedapatan calon-calon SPM, Tuan Yang di-Pertua, yang terjejas. Di
Johor seramai 89 orang calon SPM, 47 orang calon SPM yang terjejas itu di Tenggara
termasuk di Kota Tinggi, menurut laporan daripada PPD Kota Tinggi.
Selain itu, saya juga ambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia mungkin memikirkan mekanisme dan kewajaran tertentu
bersangkutan nasib calon-calon terjejas banjir ini. Mungkin boleh dilakukan sesuatu
sebab daripada malam tadi mereka bertungkus-lumus tolong parents untuk bersihkan
rumah dan sebagainya.
Selain itu, saya juga ingin menzahirkan setuju dengan Yang Berhormat Bagan,
tidak ada dekat sini, yang menyebut kelmarin bahawa projek Kereta Api Berkelajuan
Tinggi Kuala Lumpur-Singapura atau High-Speed Rail (HSR), dengan izin, wajar
dipertimbangkan untuk dimajukan semula selepas terhenti bagi manfaat negara dan
rakyat. Selain memperkukuh jalinan pengangkutan awam negara, pemajuan semula HSR
mampu melonjak potensi ekonomi negara dan kemakmuran ekonomi domestik
melibatkan jajaran negeri dan daerah terlibat.
Tuan Yang di-Pertua secara umum Belanjawan Malaysia Madani ini sedaya
upaya menyentuh pelbagai lapisan keutamaan dan keperluan rakyat dan negara dalam
mendepani mehnah cabaran ekonomi dan cuba memacu proses pemulihan ekonomi
negara dengan mengambil kira segenap kemampuan yang ada. Sudah tentulah
Belanjawan ini menagih kesungguhan dan komitmen pasukan Madani terutama di
kalangan penjawat awam sebagai frontliners, penyampai dasar-dasar baik yang hendak
dilaksana agar dapat dinikmati oleh kelompok sasaran sebaiknya.
Dalam ruang masa yang ada, Tenggara...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta
penjelasan?
Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Terima kasih
Yang Berhormat Tenggara. Sedarkah Yang Berhormat bahawa perancangan yang baik,
pelaksanaannya juga harus baik? Justeru itu, semua agensi di negara ini harus
melaksanakan tanggungjawab bahawa kerajaan komited untuk memberi tumpuan yang
serius kepada sektor-sektor yang demikian. Akan tetapi, kita ini tergendala sebab
pelaksanaannya. Implementation itu tergendala. Terima kasih.
Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya
bersetuju dengan apa yang disebut. Boleh masukkan dalam teks ucapan. Kita pun
sebenarnya bukan sahaja tentang perancangan dan pelaksanaan pasukan yang hendak
melaksanakan itu, tetapi doa kita pun terhadap bajet ini kena betul daripada awal. Kita
mesti mendoakan supaya bajet ini dapat dilaksanakan dan matlamat yang hendak dicapai
dalam bajet ini bolehlah dicapai.
Dalam ruang masa yang ada, saya sambung, Tuan Yang di-Pertua. Dalam ruang
masa yang ada, Tenggara tertarik untuk menyentuh beberapa perkara berkaitan
belanjawan ini.
Satu, hasrat menoktahkan kemiskinan tegar melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat
(IPR). Inisiatif ini adalah lanjutan ataupun pengukuhan pelaksanaan inisiatif sebelum ini
dengan matlamat miskin tegar sifar. Kebetulan saya berada dalam Unit Kemiskinan di Unit
| lebih ke 1,000 buah keluarga terlibat. Pusat-pusat pemindahan banjir telah dibuka, termasuk juga kawasan Desa Sejahtera, kawasan pemindahan mangsa banjir suatu ketika dahulu pun banjir juga lagi. Saya suka berkongsi di sini kesugulan Tenggara, Klinik Kesihatan Batu Empat pun tenggelam separuh. Pejabat saya pun, pejabat Ahli Parlimen Tenggara itu pun air naik juga sampai ke gigi dekat lantai. Agaknya, selepas inilah-- saya minta awal tadi untuk balik ke Tenggara bagi meninjau keadaan rakyat di sana. Jika ditinjau pada keadaan, mungkin boleh tengok di Facebook dan juga media sosial. Banjir itu saya jangkakan memakan lebih banyak lagi kawasan pertanian di dalam Tenggara. Ada juga kedapatan calon-calon SPM, Tuan Yang di-Pertua, yang terjejas. Di Johor seramai 89 orang calon SPM, 47 orang calon SPM yang terjejas itu di Tenggara termasuk di Kota Tinggi, menurut laporan daripada PPD Kota Tinggi. Selain itu, saya juga ambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mungkin memikirkan mekanisme dan kewajaran tertentu bersangkutan nasib calon-calon terjejas banjir ini. Mungkin boleh dilakukan sesuatu sebab daripada malam tadi mereka bertungkus-lumus tolong parents untuk bersihkan rumah dan sebagainya. Selain itu, saya juga ingin menzahirkan setuju dengan Yang Berhormat Bagan, tidak ada dekat sini, yang menyebut kelmarin bahawa projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura atau High-Speed Rail (HSR), dengan izin, wajar dipertimbangkan untuk dimajukan semula selepas terhenti bagi manfaat negara dan rakyat. Selain memperkukuh jalinan pengangkutan awam negara, pemajuan semula HSR mampu melonjak potensi ekonomi negara dan kemakmuran ekonomi domestik melibatkan jajaran negeri dan daerah terlibat. Tuan Yang di-Pertua secara umum Belanjawan Malaysia Madani ini sedaya upaya menyentuh pelbagai lapisan keutamaan dan keperluan rakyat dan negara dalam mendepani mehnah cabaran ekonomi dan cuba memacu proses pemulihan ekonomi negara dengan mengambil kira segenap kemampuan yang ada. Sudah tentulah Belanjawan ini menagih kesungguhan dan komitmen pasukan Madani terutama di kalangan penjawat awam sebagai frontliners, penyampai dasar-dasar baik yang hendak dilaksana agar dapat dinikmati oleh kelompok sasaran sebaiknya. Dalam ruang masa yang ada, Tenggara... Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan?. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Sedarkah Yang Berhormat bahawa perancangan yang baik, pelaksanaannya juga harus baik? Justeru itu, semua agensi di negara ini harus melaksanakan tanggungjawab bahawa kerajaan komited untuk memberi tumpuan yang serius kepada sektor-sektor yang demikian. Akan tetapi, kita ini tergendala sebab pelaksanaannya. Implementation itu tergendala. Terima kasih. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan apa yang disebut. Boleh masukkan dalam teks ucapan. Kita pun sebenarnya bukan sahaja tentang perancangan dan pelaksanaan pasukan yang hendak melaksanakan itu, tetapi doa kita pun terhadap bajet ini kena betul daripada awal. Kita mesti mendoakan supaya bajet ini dapat dilaksanakan dan matlamat yang hendak dicapai dalam bajet ini bolehlah dicapai. Dalam ruang masa yang ada, saya sambung, Tuan Yang di-Pertua. Dalam ruang masa yang ada, Tenggara tertarik untuk menyentuh beberapa perkara berkaitan belanjawan ini. Satu, hasrat menoktahkan kemiskinan tegar melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Inisiatif ini adalah lanjutan ataupun pengukuhan pelaksanaan inisiatif sebelum ini dengan matlamat miskin tegar sifar. Kebetulan saya berada dalam Unit Kemiskinan di Unit. | 49 | 59 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
50 DR.01.03.2023
Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu, empat bulan lepas
sebagai pegawai di sana. Kita menyedari hakikat bahawa angka 130,000 sasaran ketua
isi rumah atau ahli isi rumah miskin tegar ini adalah data yang dinamik. Ia mungkin
bertambah atau menurun bergantung kepada perubahan-perubahan kepada keadaan
sosioekonomi ahli masyarakat yang berkenaan. Yang mustahak adalah cita-cita kita
bersama untuk melihat keadaan teranjak lebih baik dengan mencapai sifar miskin tegar
secara relatif.
Walau bagaimanapun, ikhtiar-ikhtiar sebelum ini wajar diteruskan dengan
mengganda kaedah pelaksanaan supaya peningkatan pendapatan peserta program ke
arah sifar miskin tegar ini boleh dijayakan dan berkekalan.
Di Tenggara, ada sebuah kampung Orang Asli terlibat iaitu Kampung Orang Asli
Pasir Intan dengan jumlah peserta seramai 55 ketua isi rumah (KIR). Walau
bagaimanapun, masih lagi belum kick off. Harap dapat dipercepatkan dan segera
diperluas kepada KIR-KIR miskin tegar lain yang ada di Tenggara. Kita tidak mahu pada
bulan sekian, peserta telah teranjak ke status miskin, kemudian dalam beberapa tempoh
tidak miskin lagi, tetapi selepas setahun kembali semula ke keluk miskin dan miskin tegar.
Jadi, pelaksanaan IPR ini saya cadangkan supaya mengambil kira juga pendekatan-
pendekatan mekanisme yang hendak dilaksanakan supaya ia realistik untuk dijayakan.
Justeru, perancangan untuk memastikan aktiviti ekonomi disertai hendaklah
memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor pertanian dan makanan
untuk memastikan permintaan berterusan juga adalah tepat. Selain daripada itu, pihak
kerajaan perlu juga cakna dengan keadaan geografi dan lokasi keusahawanan yang
hendak dilaksanakan melalui IPR ini terutamanya kawasan yang terdedah kepada
bencana banjir seperti di Tenggara dan juga serangan haiwan seperti gajah.
Tenggara juga mencadangkan penglibatan komuniti francais amat perlu agar
perniagaan atau keusahawanan yang dibuat disertai dengan model perniagaan sistem
dan metodologi pemasaran tertuntas supaya pelaksanaan IPR ini terutamanya di
kawasan-kawasan bandar dapat mencapai objektifnya.
Kedua, penyuburan tanah di bawah agensi FELDA, RISDA dan FELCRA. Idea
penyuburan tanah untuk tujuan bekalan makanan negara adalah sesuatu yang ‘wow’.
Dalam soalan bertulis saya juga mencadangkan pemanfaatan tanah-tanah kocek, tanah
reserved jalan pertanian di FELDA, misalnya, untuk diusahakan jenis tanaman yang boleh
membantu negara setidak-tidaknya mengurangkan kebergantungan import.
Akan tetapi, pengalaman saya melihat ikhtiar-ikhtiar FELDA yang dingin amat
menggusarkan. Saya ambil satu contoh FELDA sebab saya ini anak peneroka FELDA.
Felda Penggeli Timur. Suatu ketika, FELDA mewujudkan pelbagai usaha untuk kebaikan
watannya demi negara, termasuklah program seperti Skim Insentif Usahawan Felda
(SIUF), ada Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI) dan pelbagai lagi.
Di antara ikhtiar-ikhtiar itu terselit juga usaha yang dinamakan sebagai projek
Gedung Makanan Negara (GMN) yang berhasrat sebagaimana yang digarap dalam
belanjawan ini. Tanpa menuding ke mana-mana pihak, saya melihat iltizam tumpuan ini
perlu disertai dengan pelan formulasi, implementasi dan evaluasi yang tuntas. Kerajaan
juga melalui agensi-agensi ini mestilah melibatkan kepakaran luar seperti IPTA/IPTS,
agensi penyelidikan kerajaan seperti MARDI dan FAMA serta pemain industri dan pakar-
pakar swasta supaya gemblengan kepakaran dan sumber dapat dijana ke arah kejayaan.
Agensi-agensi seperti FELDA, FELCRA dan RISDA, saya tahu sudah buat
banyak juga. Akan tetapi, tidak boleh secara bersendirian melakukan dengan radas dan
tolok penilaian sendiri. Ia mesti dirancang dengan rapi, dengan mekanisme universal agar
pelaksanaannya kelak benar-benar mampu diukur dan ditambah baik setiap masa agar
tidak terkandas di pertengahan usaha.
Kerajaan Malaysia Madani pada hari ini perlu mewujudkan satu langkah
pelaksanaan yang pragmatik supaya risiko kegagalan boleh dikurangkan. Dalam
keadaan ekonomi seperti sekarang dan tuntutan pemulihan yang memuncak, kita kena
kurangkan risiko gagal dan lakukannya dengan betul dari awal. Start right from the start,
dengan izin. Saya harap kebimbangan saya ini tersasar dan cita-cita seumpama Gedung
| Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu, empat bulan lepas sebagai pegawai di sana. Kita menyedari hakikat bahawa angka 130,000 sasaran ketua isi rumah atau ahli isi rumah miskin tegar ini adalah data yang dinamik. Ia mungkin bertambah atau menurun bergantung kepada perubahan-perubahan kepada keadaan sosioekonomi ahli masyarakat yang berkenaan. Yang mustahak adalah cita-cita kita bersama untuk melihat keadaan teranjak lebih baik dengan mencapai sifar miskin tegar secara relatif. Walau bagaimanapun, ikhtiar-ikhtiar sebelum ini wajar diteruskan dengan mengganda kaedah pelaksanaan supaya peningkatan pendapatan peserta program ke arah sifar miskin tegar ini boleh dijayakan dan berkekalan. Di Tenggara, ada sebuah kampung Orang Asli terlibat iaitu Kampung Orang Asli Pasir Intan dengan jumlah peserta seramai 55 ketua isi rumah (KIR). Walau bagaimanapun, masih lagi belum kick off. Harap dapat dipercepatkan dan segera diperluas kepada KIR-KIR miskin tegar lain yang ada di Tenggara. Kita tidak mahu pada bulan sekian, peserta telah teranjak ke status miskin, kemudian dalam beberapa tempoh tidak miskin lagi, tetapi selepas setahun kembali semula ke keluk miskin dan miskin tegar. Jadi, pelaksanaan IPR ini saya cadangkan supaya mengambil kira juga pendekatan- pendekatan mekanisme yang hendak dilaksanakan supaya ia realistik untuk dijayakan. Justeru, perancangan untuk memastikan aktiviti ekonomi disertai hendaklah memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor pertanian dan makanan untuk memastikan permintaan berterusan juga adalah tepat. Selain daripada itu, pihak kerajaan perlu juga cakna dengan keadaan geografi dan lokasi keusahawanan yang hendak dilaksanakan melalui IPR ini terutamanya kawasan yang terdedah kepada bencana banjir seperti di Tenggara dan juga serangan haiwan seperti gajah. Tenggara juga mencadangkan penglibatan komuniti francais amat perlu agar perniagaan atau keusahawanan yang dibuat disertai dengan model perniagaan sistem dan metodologi pemasaran tertuntas supaya pelaksanaan IPR ini terutamanya di kawasan-kawasan bandar dapat mencapai objektifnya. Kedua, penyuburan tanah di bawah agensi FELDA, RISDA dan FELCRA. Idea penyuburan tanah untuk tujuan bekalan makanan negara adalah sesuatu yang 'wow'. Dalam soalan bertulis saya juga mencadangkan pemanfaatan tanah-tanah kocek, tanah reserved jalan pertanian di FELDA, misalnya, untuk diusahakan jenis tanaman yang boleh membantu negara setidak-tidaknya mengurangkan kebergantungan import. Akan tetapi, pengalaman saya melihat ikhtiar-ikhtiar FELDA yang dingin amat menggusarkan. Saya ambil satu contoh FELDA sebab saya ini anak peneroka FELDA. Felda Penggeli Timur. Suatu ketika, FELDA mewujudkan pelbagai usaha untuk kebaikan watannya demi negara, termasuklah program seperti Skim Insentif Usahawan Felda (SIUF), ada Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI) dan pelbagai lagi. Di antara ikhtiar-ikhtiar itu terselit juga usaha yang dinamakan sebagai projek Gedung Makanan Negara (GMN) yang berhasrat sebagaimana yang digarap dalam belanjawan ini. Tanpa menuding ke mana-mana pihak, saya melihat iltizam tumpuan ini perlu disertai dengan pelan formulasi, implementasi dan evaluasi yang tuntas. Kerajaan juga melalui agensi-agensi ini mestilah melibatkan kepakaran luar seperti IPTA/IPTS, agensi penyelidikan kerajaan seperti MARDI dan FAMA serta pemain industri dan pakar- pakar swasta supaya gemblengan kepakaran dan sumber dapat dijana ke arah kejayaan. Agensi-agensi seperti FELDA, FELCRA dan RISDA, saya tahu sudah buat banyak juga. Akan tetapi, tidak boleh secara bersendirian melakukan dengan radas dan tolok penilaian sendiri. Ia mesti dirancang dengan rapi, dengan mekanisme universal agar pelaksanaannya kelak benar-benar mampu diukur dan ditambah baik setiap masa agar tidak terkandas di pertengahan usaha. Kerajaan Malaysia Madani pada hari ini perlu mewujudkan satu langkah pelaksanaan yang pragmatik supaya risiko kegagalan boleh dikurangkan. Dalam keadaan ekonomi seperti sekarang dan tuntutan pemulihan yang memuncak, kita kena kurangkan risiko gagal dan lakukannya dengan betul dari awal. Start right from the start, dengan izin. Saya harap kebimbangan saya ini tersasar dan cita-cita seumpama Gedung. | 50 | 60 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 51
Makanan Negara Madani kali ini boleh benar-benar berjaya untuk kebaikan negara dan
manfaat rakyat.
Seterusnya adalah berkaitan dengan pelaburan dan pemerkasaan taman-taman
perindustrian. Meneliti Belanjawan ini juga, Tenggara juga memuji inisiatif yang mahu
dicapai berkaitan usaha mempertingkatkan pelaburan. Inisiatif ini disokong inisiatif cukai
dan dana pembiayaan pinjaman oleh Bank Negara, sebagaimana yang dinyatakan dalam
Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030. Peningkatan pelaburan terutama dalam
sektor perkilangan berkeupayaan membekal dan menyediakan peluang pekerjaan
terutama kepada graduan mahir dan separa mahir TVET.
Walau bagaimanapun, segala insentif yang diberikan mestilah juga boleh
membawa masuk pelabur-pelabur untuk memperkaya taman-taman perindustrian sedia
ada. Saya mengambil contoh di Tenggara. Terdapat dua taman perindustrian yang masih
banyak ruang untuk ditambah pengusaha industri bagi merancak ekonomi dan peluang
pekerjaan kepada rakyat. Jadi, pihak MITI perlu menyediakan perancangan strategik
untuk memperkasa taman-taman industri sedia ada seperti yang terdapat di Bandar
Tenggara dan Kampung Lukut di Kota Tinggi dalam Parlimen Tenggara. Jika ada masa,
saya jemput Yang Berhormat Menteri MITI untuk mengadakan lawatan ke kawasan yang
hanya ada tiga, empat buah kilang besar seperti Hokuden, Sunningdale, Podoyo, Hilux
Industry dan Ayamas sahaja. Ini akan memberi faedah manfaat bukan sahaja kepada
orang Tenggara, tetapi juga melibatkan rakyat di Parlimen Simpang Renggam, Kluang,
Sembrong, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing. Ia juga akan memberi faedah-faedah lain,
hiliran, dengan pertambahan pemastautin.
■1500
Jadi, akhirnya adalah berkaitan dengan menyegerakan projek prasarana rakyat.
Di Tenggara, ada berkaitan dengan KPKT iaitu program perumahan rakyat. Perumahan
kluster Bandar Tenggara dan Balai Bomba Bandar Tenggara telah lama siap tetapi belum
diserah kepada pihak berkenaan untuk kegunaan awam dan rasmi. Balai bomba mula
dibina sekitar pada tahun 2018 dan telah siap pada tahun 2022. Namun, sehingga kini
masih belum serah. Difahamkan akan diserah untuk beroperasi sebelum April 2023.
Harapnya jadi realiti.
Begitu juga, 320 unit rumah kluster— Saya minta masa sedikit Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Baik. Silakan.
Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara]: Begitu juga, 320 unit rumah kluster telah
siap tetapi masih belum diserah kepada pejabat SUK Johor untuk tindakan penjualan dan
rakyat banyak bertanyalah. Jadi, saya mohon KPKT boleh menyegerakan hal ini.
Untuk urusan Kementerian Kesihatan (KKM), menaik taraf dan baik pulih Klinik
Kesihatan Bandar Tenggara amat perlu disegerakan sebab ada pertambahan banyak
taman perumahan termasuk Taman Anggerik, jalinan Taman Sayong Pinang dan Taman
Sayong Indah serta Taman Mawar serta, satu pusat kesihatan wajar dibina di Taman Sri
Saujana, Kota Tinggi, dalam Parlimen Tenggara memandangkan penggunaannya dari
sekitar Ladang Rem, Ladang Tai Tak, Kem PULADA dan Kampung Sungai Ledang amat
memerlukan. Saya difahamkan lokasinya sudah ada. Tapak tanah itu sudah diluluskan.
Jadi KKM bolehlah melaksanakan.
JKR, saya hendak mengucapkan terima kasih kerana baru sahaja meluluskan
peruntukan RM1.8 juta resurface jalan yang kerap berlakunya kemalangan dari Felda
Penggeli Timur ke Inas.
Untuk urusan pelancongan ini, saya memetik lah dalam teks ucapan Yang Amat
Berhormat Tambun, “...negara kita kaya dengan limpahan khazanah alam yang
mempesonakan serta pantai-pantai yang bersih dan menawan, selain dikurniakan
kepelbagaian alam flora dan fauna”. Tenggara mencadangkan agar di jenguk kawasan air
terjun Gunung Muntahak untuk dijadikan lokasi ataupun produk pelancongan baharu
daerah Kota Tinggi.
| Makanan Negara Madani kali ini boleh benar-benar berjaya untuk kebaikan negara dan manfaat rakyat. Seterusnya adalah berkaitan dengan pelaburan dan pemerkasaan taman-taman perindustrian. Meneliti Belanjawan ini juga, Tenggara juga memuji inisiatif yang mahu dicapai berkaitan usaha mempertingkatkan pelaburan. Inisiatif ini disokong inisiatif cukai dan dana pembiayaan pinjaman oleh Bank Negara, sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030. Peningkatan pelaburan terutama dalam sektor perkilangan berkeupayaan membekal dan menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada graduan mahir dan separa mahir TVET. Walau bagaimanapun, segala insentif yang diberikan mestilah juga boleh membawa masuk pelabur-pelabur untuk memperkaya taman-taman perindustrian sedia ada. Saya mengambil contoh di Tenggara. Terdapat dua taman perindustrian yang masih banyak ruang untuk ditambah pengusaha industri bagi merancak ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat. Jadi, pihak MITI perlu menyediakan perancangan strategik untuk memperkasa taman-taman industri sedia ada seperti yang terdapat di Bandar Tenggara dan Kampung Lukut di Kota Tinggi dalam Parlimen Tenggara. Jika ada masa, saya jemput Yang Berhormat Menteri MITI untuk mengadakan lawatan ke kawasan yang hanya ada tiga, empat buah kilang besar seperti Hokuden, Sunningdale, Podoyo, Hilux Industry dan Ayamas sahaja. Ini akan memberi faedah manfaat bukan sahaja kepada orang Tenggara, tetapi juga melibatkan rakyat di Parlimen Simpang Renggam, Kluang, Sembrong, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing. Ia juga akan memberi faedah-faedah lain, hiliran, dengan pertambahan pemastautin. #1500. Jadi, akhirnya adalah berkaitan dengan menyegerakan projek prasarana rakyat. Di Tenggara, ada berkaitan dengan KPKT iaitu program perumahan rakyat. Perumahan kluster Bandar Tenggara dan Balai Bomba Bandar Tenggara telah lama siap tetapi belum diserah kepada pihak berkenaan untuk kegunaan awam dan rasmi. Balai bomba mula dibina sekitar pada tahun 2018 dan telah siap pada tahun 2022. Namun, sehingga kini masih belum serah. Difahamkan akan diserah untuk beroperasi sebelum April 2023. Harapnya jadi realiti. Begitu juga, 320 unit rumah kluster-- Saya minta masa sedikit Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Baik. Silakan. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara]: Begitu juga, 320 unit rumah kluster telah siap tetapi masih belum diserah kepada pejabat SUK Johor untuk tindakan penjualan dan rakyat banyak bertanyalah. Jadi, saya mohon KPKT boleh menyegerakan hal ini. Untuk urusan Kementerian Kesihatan (KKM), menaik taraf dan baik pulih Klinik Kesihatan Bandar Tenggara amat perlu disegerakan sebab ada pertambahan banyak taman perumahan termasuk Taman Anggerik, jalinan Taman Sayong Pinang dan Taman Sayong Indah serta Taman Mawar serta, satu pusat kesihatan wajar dibina di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, dalam Parlimen Tenggara memandangkan penggunaannya dari sekitar Ladang Rem, Ladang Tai Tak, Kem PULADA dan Kampung Sungai Ledang amat memerlukan. Saya difahamkan lokasinya sudah ada. Tapak tanah itu sudah diluluskan. Jadi KKM bolehlah melaksanakan. JKR, saya hendak mengucapkan terima kasih kerana baru sahaja meluluskan peruntukan RM1.8 juta resurface jalan yang kerap berlakunya kemalangan dari Felda Penggeli Timur ke Inas. Untuk urusan pelancongan ini, saya memetik lah dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, "...negara kita kaya dengan limpahan khazanah alam yang mempesonakan serta pantai-pantai yang bersih dan menawan, selain dikurniakan kepelbagaian alam flora dan fauna". Tenggara mencadangkan agar di jenguk kawasan air terjun Gunung Muntahak untuk dijadikan lokasi ataupun produk pelancongan baharu daerah Kota Tinggi. | 51 | 61 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
52 DR.01.03.2023
Akhirnya, saya memetik lah ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, “...mulai
tahun tafsiran 2023, had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan akan
dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000”. Terima kasih. “Sebagai tambahan, skop
pelepasan ini juga diluaskan meliputi kos pemulihan...” bagi anak-anak kurang upaya
pembelajaran seperti autism, Down syndrome dan specific learning disability. Saya
mewakili ibu bapa komuniti ini terutamanya dari Taska Anak Istimewa Sindrom Down dan
PDK Down Syndrome Putrajaya mewakili Mama Muaz mengucapkan terima kasih atas
keprihatinan Kerajaan Madani.
Sebagai kesimpulan, Tenggara berharap Belanjawan Malaysia Madani 2023 ini
menjadi butir-butir perbelanjaan yang membawa manfaat kemakmuran kepada negara
dan kesejahteraan buat rakyat dan semoga ia digerakkan dan ‘dinadi’ dengan prinsip-
prinsip wasatiyah agar bukan sahaja berkesan malah seimbang, sentosa dan diberkati.
Sebagaimana mafhum Surah al-Furqan, Ayat 67 yang bermaksud, “Dan juga
mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah
melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah
betul sederhana di antara kedua-dua cara berkenaan itu”.
Sekian, terima kasih. Tenggara mohon menyokong. Wabillahi taufik walhidayah,
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya harap Yang
Berhormat Tenggara boleh balik dengan segera tengok mangsa-mangsa banjir apa yang
jadi pada mereka. Terima kasih.
Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Baik. Sila Yang Berhormat Machang.
3.03 ptg.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]:
Baik- baik mengail tenggiri,
Jangan terkena ikan parang,
Pemimpin baik tidak menyendiri,
Selalu terima pandangan orang.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membuka bicara
dengan mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan suatu
belanjawan yang cukup besar dalam sejarah negara berjumlah RM388 bilion.
Walau bagaimanapun, berdasarkan tinjauan yang saya buat dalam banyak
laporan media berkenaan dengan belanjawan ini, nampaknya, ada satu dan beberapa
yang menyebabkan ia kurang berkesan ataupun kurang mendapat perhatian yang baik.
Seperti Laporan The Straits Times di Singapura, ia adalah belanjawan yang menyeluruh
tetapi tidak ada pengumuman yang bersifat game changer. Izinkan saya Tuan Yang di-
Pertua untuk membedah dan mencerakinkan beberapa persoalan penting melibatkan
belanjawan ini.
Pertama, kita perlu tahu Malaysia adalah sebuah negara perdagangan dan pada
minggu ini sahaja, kita sudah diberi makluman bahawasanya Perang Rusia-Ukraine telah
menjangkau setahun. Perang ini dijangka akan berlarutan dan memberi kesan yang cukup
besar kepada rantaian bekalan ekonomi dunia yang memberi kesan juga kepada
Malaysia. Kita juga tidak boleh lupa dan alpa akan risiko perang antara Taiwan dan China
walaupun agak jauh tetapi ia sentiasa ada dalam keadaan yang serba tidak kena ini.
Selepas COVID-19 menjengah, kita berdepan dengan pelbagai norma baharu daripada
segi ekonomi dan perindustrian.
Ini akhirnya membawa kepada satu pertembungan perang dagang yang sedang
berlangsung kini dalam boardroom, companies, syarikat-syarikat yang ada, di mana
antara objek utama yang menjadi perebutan dan pertembungan adalah semikonduktor
yang kita juga terlibat sama. Kalau kita lihat, Malaysia perlu menilai semula kedudukan
| Akhirnya, saya memetik lah ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, "...mulai tahun tafsiran 2023, had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan akan dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000". Terima kasih. "Sebagai tambahan, skop pelepasan ini juga diluaskan meliputi kos pemulihan..." bagi anak-anak kurang upaya pembelajaran seperti autism, Down syndrome dan specific learning disability. Saya mewakili ibu bapa komuniti ini terutamanya dari Taska Anak Istimewa Sindrom Down dan PDK Down Syndrome Putrajaya mewakili Mama Muaz mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Madani. Sebagai kesimpulan, Tenggara berharap Belanjawan Malaysia Madani 2023 ini menjadi butir-butir perbelanjaan yang membawa manfaat kemakmuran kepada negara dan kesejahteraan buat rakyat dan semoga ia digerakkan dan 'dinadi' dengan prinsip- prinsip wasatiyah agar bukan sahaja berkesan malah seimbang, sentosa dan diberkati. Sebagaimana mafhum Surah al-Furqan, Ayat 67 yang bermaksud, "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara berkenaan itu". Sekian, terima kasih. Tenggara mohon menyokong. Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya harap Yang Berhormat Tenggara boleh balik dengan segera tengok mangsa-mangsa banjir apa yang jadi pada mereka. Terima kasih. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Baik. Sila Yang Berhormat Machang. 3.03 ptg. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: Baik- baik mengail tenggiri, Jangan terkena ikan parang, Pemimpin baik tidak menyendiri, Selalu terima pandangan orang. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membuka bicara dengan mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan suatu belanjawan yang cukup besar dalam sejarah negara berjumlah RM388 bilion. Walau bagaimanapun, berdasarkan tinjauan yang saya buat dalam banyak laporan media berkenaan dengan belanjawan ini, nampaknya, ada satu dan beberapa yang menyebabkan ia kurang berkesan ataupun kurang mendapat perhatian yang baik. Seperti Laporan The Straits Times di Singapura, ia adalah belanjawan yang menyeluruh tetapi tidak ada pengumuman yang bersifat game changer. Izinkan saya Tuan Yang di- Pertua untuk membedah dan mencerakinkan beberapa persoalan penting melibatkan belanjawan ini. Pertama, kita perlu tahu Malaysia adalah sebuah negara perdagangan dan pada minggu ini sahaja, kita sudah diberi makluman bahawasanya Perang Rusia-Ukraine telah menjangkau setahun. Perang ini dijangka akan berlarutan dan memberi kesan yang cukup besar kepada rantaian bekalan ekonomi dunia yang memberi kesan juga kepada Malaysia. Kita juga tidak boleh lupa dan alpa akan risiko perang antara Taiwan dan China walaupun agak jauh tetapi ia sentiasa ada dalam keadaan yang serba tidak kena ini. Selepas COVID-19 menjengah, kita berdepan dengan pelbagai norma baharu daripada segi ekonomi dan perindustrian. Ini akhirnya membawa kepada satu pertembungan perang dagang yang sedang berlangsung kini dalam boardroom, companies, syarikat-syarikat yang ada, di mana antara objek utama yang menjadi perebutan dan pertembungan adalah semikonduktor yang kita juga terlibat sama. Kalau kita lihat, Malaysia perlu menilai semula kedudukan. | 52 | 62 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 53
kita dalam perdagangan dunia. Apakah Malaysia sudah pun mengenal pasti sektor-sektor
utama untuk kita memberi penumpuan penuh oleh Kerajaan Malaysia Madani? Ini saya
tidak dapat lihat dan dengar dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari.
Kalau kita tinjau Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bermula lahir selepas kita keluar
daripada ekonomi kapitalisme penjajahan (colonial capitalism), dengan izin yang mana
kita membawa legasi-legasi penjajah British dengan berat kepada komoditi dan
sebagainya. Kemudian, pada tahun 70-an atau 80-an, barulah kita berjinak-jinak dengan
perindustrian yang bersifat import substitution. Kemudian, kita masuk pula ke
perindustrian yang bersifat eksport.
Inilah antara punca mengapa semalam Yang Berhormat Muar membangkitkan isu
TVET kita yang tidak berdaya saing kerana Malaysia selepas berdepan dengan
kemelesetan ekonomi pada tahun 1998, ada fenomena yang saya ingin membawa
perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Dewan ini, iaitu yang dipanggil premature
deindustrialisation iaitu kita cepat sangat menyahkan industri pembuatan kita. Jadi, ini
antara punca kenapa daripada segi KDNK, sektor perkhidmatan mendominasi dan
mengatasi sektor pengeluaran dan pembuatan yang semakin menguncup. Ini akhirnya
menjadikan sektor SME kita, IKS kita tidak berdaya saing. Tidak lagi berjaya menghasilkan
peluang pekerjaan yang mempunyai nilai tambah dan tinggi.
Dalam Laporan Bank Negara 2019, kalau saya boleh kongsi dengan Dewan yang
mulia ini, [Sambil menunjukkan sebuah grafik] dalam satu grafik ini kita boleh lihat,
sebenarnya yang banyak golongan TVET yang masuk ke dalam sektor ini adalah
golongan operator dan assemblers manakala managers, engineers, technician hanyalah
sekitar 11 peratus sahaja. Kalau kita tinjau juga Laporan Bank Negara ini, rata-rata
pengeluaran dalam sektor elektronik dan elektrik kita ini adalah berkenaan dengan
pembuatan komputer, sedangkan pengeluaran dan permintaan dunia telah beralih kepada
telefon pintar dan tablet. Jadi, ini antara perkara-perkara yang menyebabkan kita
ketinggalan daripada segi penarikan pelabur-pelabur yang lebih mempunyai kemampuan
untuk menawarkan teknologi yang lebih baik untuk sektor pembuatan kita.
Apabila perkara ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, kita berdepan dengan satu
masalah di mana penglibatan golongan industri bumiputera semakin mengecil. Kalau kita
lihat peranan GLC kita sudah tidak lagi berdaya saing seperti dahulu. Kalau dahulu pada
tahun 90-an, Yang Amat Berhormat Tambun sering mengkritik golongan-golongan yang
dipanggil sebagai cronyism dan nepotism. Walaupun sebenarnya bukan semua golongan
tersebut adalah golongan yang boleh dikatakan parasit ekonomi ataupun rent seeker, ada
juga golongan ini yang bersifat industrialist, usahawan tulen yang mampu dan diberi
bantuan oleh kerajaan untuk membangunkan satu-satu sektor. Jadi, kini kita sudah tidak
ada lagi Renong, Halim Saad dan sebagainya. Jadi, inilah yang perlu kita lahirkan.
Akan tetapi malangnya, sektor-sektor yang strategik ini, tidak semua industri
usahawan Melayu mampu menerokanya kerana ia mempunyai high barrier of entry seperti
modal yang besar, teknologi yang tinggi. Jadi, hanya kerajaan yang mampu membantu
dan masuk ke dalam sektor-sektor ini contohnya, bioteknologi, aeroangkasa dalam digital
ekonomi. Jadi, peranan GLC adalah amat penting Tuan Yang di-Pertua untuk memastikan
pertumbuhan baharu untuk negara dirancang oleh kerajaan melalui belanjawan ini.
Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat apa yang berlaku
dalam sehari dua ini, GLC-GLC kita sedang sakit. Terbaru, semalam, tadi saya dengar
Yang Berhormat Kepong membangkitkan isu Pharmaniaga. Macam mana GLC kerajaan
boleh dapat PN17? Rugi besar zaman COVID-19. Jadi, heads must roll. Sesiapa sahaja
yang menguruskan Pharmaniaga, perlu dipertanggungjawabkan. Begitu juga dengan
syarikat di bawah PNB, Velesto Energy yang hilang market cap dan juga kita berdepan
dengan— Kita tahu dalam stable PNB, Sapura Energy juga berdepan dengan isu yang
sama.
■1510
Jadi, ini antara hal-hal yang ingin saya bertanya kepada Kementerian Kewangan.
Apakah dasar kerajaan yang ada pada hari ini untuk membantu syarikat-syarikat GLC
yang sakit? Jadi, ini satu perkara yang penting kerana kalau GLC kita lemah, pertumbuhan
| kita dalam perdagangan dunia. Apakah Malaysia sudah pun mengenal pasti sektor-sektor utama untuk kita memberi penumpuan penuh oleh Kerajaan Malaysia Madani? Ini saya tidak dapat lihat dan dengar dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari. Kalau kita tinjau Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bermula lahir selepas kita keluar daripada ekonomi kapitalisme penjajahan (colonial capitalism), dengan izin yang mana kita membawa legasi-legasi penjajah British dengan berat kepada komoditi dan sebagainya. Kemudian, pada tahun 70-an atau 80-an, barulah kita berjinak-jinak dengan perindustrian yang bersifat import substitution. Kemudian, kita masuk pula ke perindustrian yang bersifat eksport. Inilah antara punca mengapa semalam Yang Berhormat Muar membangkitkan isu TVET kita yang tidak berdaya saing kerana Malaysia selepas berdepan dengan kemelesetan ekonomi pada tahun 1998, ada fenomena yang saya ingin membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Dewan ini, iaitu yang dipanggil premature deindustrialisation iaitu kita cepat sangat menyahkan industri pembuatan kita. Jadi, ini antara punca kenapa daripada segi KDNK, sektor perkhidmatan mendominasi dan mengatasi sektor pengeluaran dan pembuatan yang semakin menguncup. Ini akhirnya menjadikan sektor SME kita, IKS kita tidak berdaya saing. Tidak lagi berjaya menghasilkan peluang pekerjaan yang mempunyai nilai tambah dan tinggi. Dalam Laporan Bank Negara 2019, kalau saya boleh kongsi dengan Dewan yang mulia ini, [Sambil menunjukkan sebuah grafik] dalam satu grafik ini kita boleh lihat, sebenarnya yang banyak golongan TVET yang masuk ke dalam sektor ini adalah golongan operator dan assemblers manakala managers, engineers, technician hanyalah sekitar 11 peratus sahaja. Kalau kita tinjau juga Laporan Bank Negara ini, rata-rata pengeluaran dalam sektor elektronik dan elektrik kita ini adalah berkenaan dengan pembuatan komputer, sedangkan pengeluaran dan permintaan dunia telah beralih kepada telefon pintar dan tablet. Jadi, ini antara perkara-perkara yang menyebabkan kita ketinggalan daripada segi penarikan pelabur-pelabur yang lebih mempunyai kemampuan untuk menawarkan teknologi yang lebih baik untuk sektor pembuatan kita. Apabila perkara ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, kita berdepan dengan satu masalah di mana penglibatan golongan industri bumiputera semakin mengecil. Kalau kita lihat peranan GLC kita sudah tidak lagi berdaya saing seperti dahulu. Kalau dahulu pada tahun 90-an, Yang Amat Berhormat Tambun sering mengkritik golongan-golongan yang dipanggil sebagai cronyism dan nepotism. Walaupun sebenarnya bukan semua golongan tersebut adalah golongan yang boleh dikatakan parasit ekonomi ataupun rent seeker, ada juga golongan ini yang bersifat industrialist, usahawan tulen yang mampu dan diberi bantuan oleh kerajaan untuk membangunkan satu-satu sektor. Jadi, kini kita sudah tidak ada lagi Renong, Halim Saad dan sebagainya. Jadi, inilah yang perlu kita lahirkan. Akan tetapi malangnya, sektor-sektor yang strategik ini, tidak semua industri usahawan Melayu mampu menerokanya kerana ia mempunyai high barrier of entry seperti modal yang besar, teknologi yang tinggi. Jadi, hanya kerajaan yang mampu membantu dan masuk ke dalam sektor-sektor ini contohnya, bioteknologi, aeroangkasa dalam digital ekonomi. Jadi, peranan GLC adalah amat penting Tuan Yang di-Pertua untuk memastikan pertumbuhan baharu untuk negara dirancang oleh kerajaan melalui belanjawan ini. Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat apa yang berlaku dalam sehari dua ini, GLC-GLC kita sedang sakit. Terbaru, semalam, tadi saya dengar Yang Berhormat Kepong membangkitkan isu Pharmaniaga. Macam mana GLC kerajaan boleh dapat PN17? Rugi besar zaman COVID-19. Jadi, heads must roll. Sesiapa sahaja yang menguruskan Pharmaniaga, perlu dipertanggungjawabkan. Begitu juga dengan syarikat di bawah PNB, Velesto Energy yang hilang market cap dan juga kita berdepan dengan-- Kita tahu dalam stable PNB, Sapura Energy juga berdepan dengan isu yang sama. #1510. Jadi, ini antara hal-hal yang ingin saya bertanya kepada Kementerian Kewangan. Apakah dasar kerajaan yang ada pada hari ini untuk membantu syarikat-syarikat GLC yang sakit? Jadi, ini satu perkara yang penting kerana kalau GLC kita lemah, pertumbuhan. | 53 | 63 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
54 DR.01.03.2023
yang menyeluruh sukar dibuat. Sebab apa? Sebab banyak syarikat kecil bumiputera ini
bergantung pada kekuatan syarikat-syarikat GLC untuk mereka membina Vendor
Development Program, terlibat dalam rantaian bekalan supply chain mereka dan
sebagainya.
Jadi, adalah amat penting untuk Kerajaan Malaysia Madani pada hari ini membuat
hala tuju yang jelas. Kalau saya boleh cadangkan, perlu ada satu akta yang baharu untuk
memandu dan mengurus GLC-GLC kita. Perlu kembalikan GLC kita kepada mandat yang
asal, berkenaan dengan membantu menubuhkan agenda bumiputera di dalamnya, juga
membantu mewujudkan satu mandat yang lebih bersifat sosial selain daripada pulangan
yang diberikan kepada kerajaan. Untuk government-linked investment companies (GLIC),
tidak ada masalah. Teruskan mencari pulangan yang terbaik untuk negara.
Tuan Yang di-Pertua, ada banyak- beberapa perkara yang disinggung oleh Yang
Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan bajet baru-baru ini yang menyentuh
kedudukan kami sebagai Ahli Parlimen pembangkang, khususnya negeri Kelantan. Kalau
kita lihat, ada beberapa perkara penting yang sebenarnya mampu melemahkan negara
kita daripada segi pembangunan.
Antara isu yang kami rasa amat kecewa ialah bagaimana Kedah Aerotropolis
dibatalkan. Sedangkan kalau saya boleh ambil contoh laporan berita pada tahun 2019,
tidak silap saya, Yang Berhormat Bagan ketika itu bersetuju, tiada masalah untuk
membangunkan sebuah lapangan terbang di Kulim. Beliau menyokongnya dahulu. Dia
tidak ada di sini pada hari ini tetapi saya berharap beliau masih menyokongnya lagi kerana
ia membantu daripada segi pembangunan. Bukan sahaja ekonomi Kedah tetapi juga
ekonomi Malaysia. Ini adalah perkara yang penting yang kita perlu pastikan kerajaan pada
hari ini tidak menganaktirikan negeri-negeri pembangkang.
Kalau kita lihat dalam Rancangan Malaysia Ke-12, tadi Yang Berhormat Kubang
Kerian telah membangkitkan, memang ada peruntukan dan perancangan yang jelas
negeri-negeri yang kurang membangun seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah,
Sarawak, perlu diberi perhatian penuh daripada segi perbelanjaan peruntukan
pembangunan. Sebanyak 50 peratus peruntukan yang dibuat oleh kerajaan perlu
disalurkan untuk memudahkan, mempersiapkan semua projek-projek yang telah
diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Barulah pertumbuhan negara itu dapat
kita kongsi secara adil dengan semua rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, kalau kita lihat Sabah dan Sarawak diberi layanan yang cukup baik.
Akan tetapi apa beza kami? Kami juga menyumbang kepada percukaian negara,
Kelantan, Terengganu dan Kedah. Akan tetapi dari segi pemberian peruntukan, seperti
dimaklumkan sebelum ini, tidak disalurkan kepada kerajaan negeri. Ini tidak baik kerana
dari segi pembangunan sesebuah negeri, yang menjalankannya adalah kerajaan negeri
bersama agensi-agensinya. Jadi, kalau kita ada amalan yang double standard sebegini,
ia tidak akan langsung membantu pembangunan negara secara keseluruhan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin singgung peluang untuk Kerajaan Malaysia
Madani pada hari ini menambah baik untuk kita jana pertumbuhan. Kalau saya boleh
kongsi peta yang ada di tangan saya ini, Kelantan merupakan saya kata pada hari itu,
sebuah gateway, serambi laluan ekonomi sutera moden. [Sambil menunjukkan
senaskhah dokumen]
Jarak antara Tumpat ke Indochina, Tumpat ke Vietnam, Tumpat ke Bangkok, lebih
dekat berbanding kesemuanya melalui Singapura. Jadi, apakah salahnya kalau Kelantan
diberi peluang untuk membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam yang mampu
menampung perdagangan yang ada di Pantai Timur dan Semenanjung. Kita pun sudah
ada ECRL. Jangan jadikan ECRL sebagai satu ‘gajah putih’. Perlu ada perancangan
ekonomi yang menyeluruh agar kargo-kargo yang dibawa daripada Pantai Barat melalui,
merentas Banjaran Titiwangsa sampai ke Pantai Timur untuk kita hantar ke pasaran di
Indochina dan sebagainya.
Jadi, ini yang saya ingin tarik perhatian kepada Kementerian Ekonomi dan
Kementerian Kewangan. Kalau Kelantan tidak mahu diberi royalti, bagi lesen pelabuhan
laut dalam. Biar kami cari pendana-pendana swasta untuk membangunkan infrastruktur
| yang menyeluruh sukar dibuat. Sebab apa? Sebab banyak syarikat kecil bumiputera ini bergantung pada kekuatan syarikat-syarikat GLC untuk mereka membina Vendor Development Program, terlibat dalam rantaian bekalan supply chain mereka dan sebagainya. Jadi, adalah amat penting untuk Kerajaan Malaysia Madani pada hari ini membuat hala tuju yang jelas. Kalau saya boleh cadangkan, perlu ada satu akta yang baharu untuk memandu dan mengurus GLC-GLC kita. Perlu kembalikan GLC kita kepada mandat yang asal, berkenaan dengan membantu menubuhkan agenda bumiputera di dalamnya, juga membantu mewujudkan satu mandat yang lebih bersifat sosial selain daripada pulangan yang diberikan kepada kerajaan. Untuk government-linked investment companies (GLIC), tidak ada masalah. Teruskan mencari pulangan yang terbaik untuk negara. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak- beberapa perkara yang disinggung oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan bajet baru-baru ini yang menyentuh kedudukan kami sebagai Ahli Parlimen pembangkang, khususnya negeri Kelantan. Kalau kita lihat, ada beberapa perkara penting yang sebenarnya mampu melemahkan negara kita daripada segi pembangunan. Antara isu yang kami rasa amat kecewa ialah bagaimana Kedah Aerotropolis dibatalkan. Sedangkan kalau saya boleh ambil contoh laporan berita pada tahun 2019, tidak silap saya, Yang Berhormat Bagan ketika itu bersetuju, tiada masalah untuk membangunkan sebuah lapangan terbang di Kulim. Beliau menyokongnya dahulu. Dia tidak ada di sini pada hari ini tetapi saya berharap beliau masih menyokongnya lagi kerana ia membantu daripada segi pembangunan. Bukan sahaja ekonomi Kedah tetapi juga ekonomi Malaysia. Ini adalah perkara yang penting yang kita perlu pastikan kerajaan pada hari ini tidak menganaktirikan negeri-negeri pembangkang. Kalau kita lihat dalam Rancangan Malaysia Ke-12, tadi Yang Berhormat Kubang Kerian telah membangkitkan, memang ada peruntukan dan perancangan yang jelas negeri-negeri yang kurang membangun seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah, Sarawak, perlu diberi perhatian penuh daripada segi perbelanjaan peruntukan pembangunan. Sebanyak 50 peratus peruntukan yang dibuat oleh kerajaan perlu disalurkan untuk memudahkan, mempersiapkan semua projek-projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Barulah pertumbuhan negara itu dapat kita kongsi secara adil dengan semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah, kalau kita lihat Sabah dan Sarawak diberi layanan yang cukup baik. Akan tetapi apa beza kami? Kami juga menyumbang kepada percukaian negara, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Akan tetapi dari segi pemberian peruntukan, seperti dimaklumkan sebelum ini, tidak disalurkan kepada kerajaan negeri. Ini tidak baik kerana dari segi pembangunan sesebuah negeri, yang menjalankannya adalah kerajaan negeri bersama agensi-agensinya. Jadi, kalau kita ada amalan yang double standard sebegini, ia tidak akan langsung membantu pembangunan negara secara keseluruhan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin singgung peluang untuk Kerajaan Malaysia Madani pada hari ini menambah baik untuk kita jana pertumbuhan. Kalau saya boleh kongsi peta yang ada di tangan saya ini, Kelantan merupakan saya kata pada hari itu, sebuah gateway, serambi laluan ekonomi sutera moden. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]. Jarak antara Tumpat ke Indochina, Tumpat ke Vietnam, Tumpat ke Bangkok, lebih dekat berbanding kesemuanya melalui Singapura. Jadi, apakah salahnya kalau Kelantan diberi peluang untuk membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam yang mampu menampung perdagangan yang ada di Pantai Timur dan Semenanjung. Kita pun sudah ada ECRL. Jangan jadikan ECRL sebagai satu 'gajah putih'. Perlu ada perancangan ekonomi yang menyeluruh agar kargo-kargo yang dibawa daripada Pantai Barat melalui, merentas Banjaran Titiwangsa sampai ke Pantai Timur untuk kita hantar ke pasaran di Indochina dan sebagainya. Jadi, ini yang saya ingin tarik perhatian kepada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan. Kalau Kelantan tidak mahu diberi royalti, bagi lesen pelabuhan laut dalam. Biar kami cari pendana-pendana swasta untuk membangunkan infrastruktur. | 54 | 64 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 55
yang kritikal ini. Kita akan bantu menambah KDNK negara melalui gerbang timur ekonomi
Malaysia.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, di Kelantan, di tempat saya di Machang. Kerajaan
Perikatan Nasional, terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin dahulu meluluskan satu projek
yang penting untuk memangkin pertumbuhan di Kelantan iaitu Taman Industri IBS di
Sungai Bagan, Labok Machang. Jadi dengan adanya ECRL, dengan adanya pelabuhan,
dengan siapnya central spine road, Kelantan juga boleh membangun seperti Selangor dan
negeri-negeri lain.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya akan akhiri perbahasan saya dengan serangkap
pantun,
Jika patah si rajawali,
Bertongkat jua kanda kembali,
Kalau benar ini Malaysia Madani,
Kenapa kami dianaktiri?
[Tepuk]
Jadi demi rakyat, demi negara, saya menyeru Yang Amat Berhormat Tambun
berlaku adil kepada kami semua di Kelantan. Wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua: Baik, sekarang saya jemput Yang Berhormat Selayang.
3.16 ptg.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
memberikan saya peluang untuk membahas Bajet Madani 2023. Saya mengucapkan
tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Bajet yang telah dibentangkan
memberikan tumpuan untuk menangani isu ketidaksamaan atau inequality dengan
program-program yang substantif dan realistik.
Perkara pertama, struktur pasaran Malaysia. Saya berpandangan BERNAS
berkongsi RM60 juta dengan pesawah padi tidak akan menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pesawah. Saya meminta kerajaan menangani isu asas iaitu pembetulan
struktur pasaran. Hapuskan monopoli dan kartel-kartel dengan segera. Kewujudan kartel
dalam industri penanaman padi adalah secara keseluruhan. Daripada bekalan benih,
baja, racun, mesin sehingga pemasaran, pengilangan dan pengurusan skim bantuan.
Sekiranya keseluruhan sistem ini tidak diperbaiki, nasib pesawah tidak akan berubah.
Kewujudan kartel dan monopoli bukan hanya dalam industri padi tetapi di
beberapa struktur yang lain. Kewujudan kartel dan monopoli menimbulkan beberapa
masalah. Masalah harga makanan tinggi dan kos sara hidup tinggi muncul daripada
masalah struktur pasaran. Monopoli dan kartel mengambil kesempatan ke atas pengguna.
Harga produk dinaikkan secara semberono sehingga tahap yang mencecah dan tidak
masuk akal.
Dalam pasaran Malaysia, beberapa buah syarikat besar mempunyai monopoli
barang-barang utama seperti tepung, beras, minyak masak dan mereka yang bergantung
pada syarikat besar ini seperti restoran, gerai dan retail terdedah kepada kenaikan harga
dan bekalan yang tidak menentu. Menyalahgunakan kuasa pasaran dominan atau
monopoli perlu ditangani untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Pengguna akan turut rugi kerana kurang pilihan berhadapan dengan harga tinggi dan
barangan tidak berkualiti.
Ekonomi tidak akan berkembang kerana perusahaan baharu tidak dapat
menembusi pasaran dan perusahaan tidak mempunyai insentif untuk menjadi inovatif dan
cekap. Saya cadang kerajaan membuka pasaran dan membenarkan lebih banyak
perusahaan untuk mengimport barangan untuk menyelesaikan masalah monopoli.
Perkara kedua, MyCC. Saya juga meminta Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Kos Sara Hidup untuk mengambil tindakan tegas di bawah Akta Persaingan
| yang kritikal ini. Kita akan bantu menambah KDNK negara melalui gerbang timur ekonomi Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, di Kelantan, di tempat saya di Machang. Kerajaan Perikatan Nasional, terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin dahulu meluluskan satu projek yang penting untuk memangkin pertumbuhan di Kelantan iaitu Taman Industri IBS di Sungai Bagan, Labok Machang. Jadi dengan adanya ECRL, dengan adanya pelabuhan, dengan siapnya central spine road, Kelantan juga boleh membangun seperti Selangor dan negeri-negeri lain. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya akan akhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun, Jika patah si rajawali, Bertongkat jua kanda kembali, Kalau benar ini Malaysia Madani, Kenapa kami dianaktiri? [Tepuk] Jadi demi rakyat, demi negara, saya menyeru Yang Amat Berhormat Tambun berlaku adil kepada kami semua di Kelantan. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Baik, sekarang saya jemput Yang Berhormat Selayang. 3.16 ptg. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberikan saya peluang untuk membahas Bajet Madani 2023. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Bajet yang telah dibentangkan memberikan tumpuan untuk menangani isu ketidaksamaan atau inequality dengan program-program yang substantif dan realistik. Perkara pertama, struktur pasaran Malaysia. Saya berpandangan BERNAS berkongsi RM60 juta dengan pesawah padi tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesawah. Saya meminta kerajaan menangani isu asas iaitu pembetulan struktur pasaran. Hapuskan monopoli dan kartel-kartel dengan segera. Kewujudan kartel dalam industri penanaman padi adalah secara keseluruhan. Daripada bekalan benih, baja, racun, mesin sehingga pemasaran, pengilangan dan pengurusan skim bantuan. Sekiranya keseluruhan sistem ini tidak diperbaiki, nasib pesawah tidak akan berubah. Kewujudan kartel dan monopoli bukan hanya dalam industri padi tetapi di beberapa struktur yang lain. Kewujudan kartel dan monopoli menimbulkan beberapa masalah. Masalah harga makanan tinggi dan kos sara hidup tinggi muncul daripada masalah struktur pasaran. Monopoli dan kartel mengambil kesempatan ke atas pengguna. Harga produk dinaikkan secara semberono sehingga tahap yang mencecah dan tidak masuk akal. Dalam pasaran Malaysia, beberapa buah syarikat besar mempunyai monopoli barang-barang utama seperti tepung, beras, minyak masak dan mereka yang bergantung pada syarikat besar ini seperti restoran, gerai dan retail terdedah kepada kenaikan harga dan bekalan yang tidak menentu. Menyalahgunakan kuasa pasaran dominan atau monopoli perlu ditangani untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan. Pengguna akan turut rugi kerana kurang pilihan berhadapan dengan harga tinggi dan barangan tidak berkualiti. Ekonomi tidak akan berkembang kerana perusahaan baharu tidak dapat menembusi pasaran dan perusahaan tidak mempunyai insentif untuk menjadi inovatif dan cekap. Saya cadang kerajaan membuka pasaran dan membenarkan lebih banyak perusahaan untuk mengimport barangan untuk menyelesaikan masalah monopoli. Perkara kedua, MyCC. Saya juga meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk mengambil tindakan tegas di bawah Akta Persaingan. | 55 | 65 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
56 DR.01.03.2023
dan memastikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengambil tindakan yang
lebih berkesan untuk menggalakkan persaingan dalam pasaran serta memberikan
hukuman berat kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan kartel dan monopoli yang
tidak bermoral.
■1520
Perkara ketiga ialah tentang persaingan. Malaysia perlu mengadakan pasaran
terbuka dan kompetitif dengan harga barang ditentukan oleh pasaran dan bukan
ditetapkan oleh kerajaan atau siapa pun. Ketidakadaannya pasaran terbuka adalah sebab
mengapa bila harga minyak mentah turun, harga dunia untuk bekalan makanan asas turun
tetapi di Malaysia harga barang makanan dan harga barang yang dijual kepada consumer
masih naik dan melambung tinggi.
Kebebasan ekonomi bermaksud persaingan penuh bagi memastikan harga
berfungsi. Tujuan utama ialah membolehkan harga pasaran digunakan untuk menetapkan
harga. Persaingan adalah jalan mencapainya. Ancaman yang dihadapi ialah pihak elit
mencari kekayaan tanpa usaha. Desakan untuk mendapat perlindungan, keistimewaan,
merentir (rent-seeking) dan tanggungan (bailout) selain kecenderungan kepada monopoli
dan kartel. Elit sentiasa mahukan perlindungan bagi membolehkan mereka memonopoli
geran, tarif, lesen terhad, AP dan bailout.
Justeru, kerajaan perlu menghalang perlindungan atau keistimewaan yang
diberikan kepada pihak elit atau sesiapa pun. Saya meminta kerajaan kembalikan peranan
kerajaan ke pangkuan yang betul untuk mengadakan pasaran terbuka dan persaingan
yang sihat.
Ludwig Erhard, Canselor German Barat dan Menteri Ekonomi dalam buku beliau,
‘Prosperity Through Competition’ menulis bahawa dengan izin, “Competition is the most
promising means to achieve and to secure prosperity. It alone enables people in their role
as consumers to gain from economic progress. It ensures that all advantages which results
from economic progress will result to higher productivity which everyone eventually can
enjoy”.
Mengikut Erhard, untuk menjana kemakmuran, kita harus tolak dasar yang hanya
membawa dengan izin, apparent progress. Kenaikan pendapatan oleh satu peratus, the
one percent tidak akan disalurkan kepada golongan di bawah. There is no trigger effect.
“The rising tide did not lift all boats”. The small boats are still grounded. Erhard is right. “To
achieve increased prosperity, any policy which prefers an apparent progress to real
progress must be abandoned”.
Golongan elit, kartel dan monopoli bila menekankan dan mendesak kerajaan
untuk meneruskan kuasa pasaran dominan atau monopoli keuntungan besar yang
dianggap oleh mereka dibayar oleh setiap rakyat, setiap barang yang dibeli, setiap hari
dengan harga yang tinggi dan tidak berpatutan. Dengan izin, they are feeding on the poor
matters.
Kerajaan ada tanggungjawab untuk melindung rakyat iaitu pengguna
(consumers). Oleh yang demikian, saya setuju dengan pandangan Erhard bahawa kartel
bukan sahaja musuh kepada consumer tetapi juga musuh kepada negara dan
masyarakat. Peranan kerajaan dalam ekonomi bukan menjadi pemain di perniagaan
tetapi untuk memastikan menjaga pasaran terbuka diikuti oleh semua. Saya setuju
dengan pakar ekonomi Walter Eucken yang berkata peranan kerajaan dalam ekonomi
adalah seperti referee dan bukan pemain dalam permainan bola sepak.
Perkara keempat ialah tentang menetapkan harga barang. Kerajaan harus
berhenti untuk menetapkan harga minimum atau maksimum. F.A. Hayek dalam buku
Jalan Perhambaan atau yang lebih dikenali sebagai The Road to Serfdom telah
memberikan nasihat bahawa kerajaan tidak harus menetapkan harga barang termasuk
harga jualan minimum atau maksimum. Menetapkan harga terlalu rendah adalah salah,
sementara menetapkan harga yang terlalu tinggi juga membawa akibat yang sama.
Kedua-dua akan merosakkan ekonomi.
| dan memastikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengambil tindakan yang lebih berkesan untuk menggalakkan persaingan dalam pasaran serta memberikan hukuman berat kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan kartel dan monopoli yang tidak bermoral. #1520. Perkara ketiga ialah tentang persaingan. Malaysia perlu mengadakan pasaran terbuka dan kompetitif dengan harga barang ditentukan oleh pasaran dan bukan ditetapkan oleh kerajaan atau siapa pun. Ketidakadaannya pasaran terbuka adalah sebab mengapa bila harga minyak mentah turun, harga dunia untuk bekalan makanan asas turun tetapi di Malaysia harga barang makanan dan harga barang yang dijual kepada consumer masih naik dan melambung tinggi. Kebebasan ekonomi bermaksud persaingan penuh bagi memastikan harga berfungsi. Tujuan utama ialah membolehkan harga pasaran digunakan untuk menetapkan harga. Persaingan adalah jalan mencapainya. Ancaman yang dihadapi ialah pihak elit mencari kekayaan tanpa usaha. Desakan untuk mendapat perlindungan, keistimewaan, merentir (rent-seeking) dan tanggungan (bailout) selain kecenderungan kepada monopoli dan kartel. Elit sentiasa mahukan perlindungan bagi membolehkan mereka memonopoli geran, tarif, lesen terhad, AP dan bailout. Justeru, kerajaan perlu menghalang perlindungan atau keistimewaan yang diberikan kepada pihak elit atau sesiapa pun. Saya meminta kerajaan kembalikan peranan kerajaan ke pangkuan yang betul untuk mengadakan pasaran terbuka dan persaingan yang sihat. Ludwig Erhard, Canselor German Barat dan Menteri Ekonomi dalam buku beliau, 'Prosperity Through Competition' menulis bahawa dengan izin, "Competition is the most promising means to achieve and to secure prosperity. It alone enables people in their role as consumers to gain from economic progress. It ensures that all advantages which results from economic progress will result to higher productivity which everyone eventually can enjoy". Mengikut Erhard, untuk menjana kemakmuran, kita harus tolak dasar yang hanya membawa dengan izin, apparent progress. Kenaikan pendapatan oleh satu peratus, the one percent tidak akan disalurkan kepada golongan di bawah. There is no trigger effect. "The rising tide did not lift all boats". The small boats are still grounded. Erhard is right. "To achieve increased prosperity, any policy which prefers an apparent progress to real progress must be abandoned". Golongan elit, kartel dan monopoli bila menekankan dan mendesak kerajaan untuk meneruskan kuasa pasaran dominan atau monopoli keuntungan besar yang dianggap oleh mereka dibayar oleh setiap rakyat, setiap barang yang dibeli, setiap hari dengan harga yang tinggi dan tidak berpatutan. Dengan izin, they are feeding on the poor matters. Kerajaan ada tanggungjawab untuk melindung rakyat iaitu pengguna (consumers). Oleh yang demikian, saya setuju dengan pandangan Erhard bahawa kartel bukan sahaja musuh kepada consumer tetapi juga musuh kepada negara dan masyarakat. Peranan kerajaan dalam ekonomi bukan menjadi pemain di perniagaan tetapi untuk memastikan menjaga pasaran terbuka diikuti oleh semua. Saya setuju dengan pakar ekonomi Walter Eucken yang berkata peranan kerajaan dalam ekonomi adalah seperti referee dan bukan pemain dalam permainan bola sepak. Perkara keempat ialah tentang menetapkan harga barang. Kerajaan harus berhenti untuk menetapkan harga minimum atau maksimum. F.A. Hayek dalam buku Jalan Perhambaan atau yang lebih dikenali sebagai The Road to Serfdom telah memberikan nasihat bahawa kerajaan tidak harus menetapkan harga barang termasuk harga jualan minimum atau maksimum. Menetapkan harga terlalu rendah adalah salah, sementara menetapkan harga yang terlalu tinggi juga membawa akibat yang sama. Kedua-dua akan merosakkan ekonomi. | 56 | 66 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 57
Kawalan atau rancangan harga barang oleh seorang manusia atau sebuah
lembaga tidak berkesan kerana tidak seorang manusia atau lembaga mampu meninjau
semua faktor. Oleh sebab semua faktor yang perlu diambil untuk menetapkan harga
adalah terlalu banyak dan rumit, tidak ada satu buah pusat dapat meneliti kesemuanya.
Keadaan keperluan dan penawaran komoditi berlainan yang sentiasa berubah
tidak dapat diketahui sepenuhnya atau pada kadar yang cukup cepat oleh satu buah
pusat. Menerusi persaingan sistem harga, secara automatik merakamkan semua data
yang berkenaan. Usahawan dengan memerhati pergerakan harga-harga yang secara
perbandingan dapat menyelaraskan kegiatan dengan para pesaing mereka.
Saya tidak lupa bahawa tujuan menetapkan harga siling ialah untuk membantu
golongan B40. Memansuhkan harga siling kepada barang asas tidak akan terjejas
golongan B40 dalam jangka masa panjang bila digantikan dengan cara lain. Program
keselamatan sosial dan keadilan sosial adalah penting dan menjadi asas ekonomi
kesihatan, pendidikan, gaji minimum dan piawaian untuk sekolah, klinik dan hospital
dalam konsep madani.
Bajet 2023 yang dibentangkan ada banyak program untuk menambahbaikkan
jaringan keselamatan sosial. Oleh yang demikian, bila kerajaan berhentikan penetapan
harga barang yang tidak akan terjejas golongan B40, dengan adanya sistem subsidi yang
bersasar dan berkesan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.
Jerlun, Jerlun.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Menyentuh tentang... Boleh?
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Boleh saya habiskan dulu?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Okey, okey.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Idea ekonomi pasaran sosial harus
dibahaskan oleh Jemaah Menteri dan masyarakat sepanjang sejarah manusia yang
mahukan kebebasan dan pada masa yang sama keadilan. Dalam sejarah 70 tahun
selepas Perang Dunia Kedua, negara yang mengamalkan ekonomi pasaran sosial telah
membuktikan konsep ini dapat mencapai tahap kehidupan yang baik dan lebih tinggi
berbanding dengan negara-negara dan sistem ekonomi lain.
Kerajaan dan rakyat Malaysia harus memberikan fikiran yang dalam untuk
mengikut prinsip-prinsip ini sebagai complement kepada konsep madani. Ya, silakan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Baik, Yang Berhormat ada menyentuh
tentang isu kenaikan harga barang dan penetapan siling. Adakah Yang Berhormat
bersetuju bahawa sebelum ini Yang Berhormat Tambun dan juga ramai ahli-ahli politik
menyebut bahawa turunnya harga minyak, maka semuanya akan turun. Adakah Yang
Berhormat bersetuju bahawa cadangan untuk menurunkan harga minyak itu dapat
dilakukan oleh kerajaan hari ini sebagai memenuhi apa yang disebut oleh Yang Berhormat
berkaitan kenaikan kos harga barang itu? Sekian.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Ya, ini memang satu perkara yang
kita semua hendak mengambil tindakan supaya harga yang berpatutan dapat dinikmati
oleh rakyat kita semua. Sekian, terima kasih. Saya sokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Tibalah
waktunya untuk Yang Berhormat Arau. [Tepuk] Pembahas yang ditunggu-tunggu. [Dewan
ketawa] Silakan.
3.28 ptg.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi
kerana duduk mempengerusikan majlis untuk menunaikan janji dengan saya semalam
| Kawalan atau rancangan harga barang oleh seorang manusia atau sebuah lembaga tidak berkesan kerana tidak seorang manusia atau lembaga mampu meninjau semua faktor. Oleh sebab semua faktor yang perlu diambil untuk menetapkan harga adalah terlalu banyak dan rumit, tidak ada satu buah pusat dapat meneliti kesemuanya. Keadaan keperluan dan penawaran komoditi berlainan yang sentiasa berubah tidak dapat diketahui sepenuhnya atau pada kadar yang cukup cepat oleh satu buah pusat. Menerusi persaingan sistem harga, secara automatik merakamkan semua data yang berkenaan. Usahawan dengan memerhati pergerakan harga-harga yang secara perbandingan dapat menyelaraskan kegiatan dengan para pesaing mereka. Saya tidak lupa bahawa tujuan menetapkan harga siling ialah untuk membantu golongan B40. Memansuhkan harga siling kepada barang asas tidak akan terjejas golongan B40 dalam jangka masa panjang bila digantikan dengan cara lain. Program keselamatan sosial dan keadilan sosial adalah penting dan menjadi asas ekonomi kesihatan, pendidikan, gaji minimum dan piawaian untuk sekolah, klinik dan hospital dalam konsep madani. Bajet 2023 yang dibentangkan ada banyak program untuk menambahbaikkan jaringan keselamatan sosial. Oleh yang demikian, bila kerajaan berhentikan penetapan harga barang yang tidak akan terjejas golongan B40, dengan adanya sistem subsidi yang bersasar dan berkesan. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Jerlun, Jerlun. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Ya. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Menyentuh tentang... Boleh? Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Boleh saya habiskan dulu? Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Okey, okey. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Idea ekonomi pasaran sosial harus dibahaskan oleh Jemaah Menteri dan masyarakat sepanjang sejarah manusia yang mahukan kebebasan dan pada masa yang sama keadilan. Dalam sejarah 70 tahun selepas Perang Dunia Kedua, negara yang mengamalkan ekonomi pasaran sosial telah membuktikan konsep ini dapat mencapai tahap kehidupan yang baik dan lebih tinggi berbanding dengan negara-negara dan sistem ekonomi lain. Kerajaan dan rakyat Malaysia harus memberikan fikiran yang dalam untuk mengikut prinsip-prinsip ini sebagai complement kepada konsep madani. Ya, silakan. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Baik, Yang Berhormat ada menyentuh tentang isu kenaikan harga barang dan penetapan siling. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sebelum ini Yang Berhormat Tambun dan juga ramai ahli-ahli politik menyebut bahawa turunnya harga minyak, maka semuanya akan turun. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa cadangan untuk menurunkan harga minyak itu dapat dilakukan oleh kerajaan hari ini sebagai memenuhi apa yang disebut oleh Yang Berhormat berkaitan kenaikan kos harga barang itu? Sekian. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Ya, ini memang satu perkara yang kita semua hendak mengambil tindakan supaya harga yang berpatutan dapat dinikmati oleh rakyat kita semua. Sekian, terima kasih. Saya sokong. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Tibalah waktunya untuk Yang Berhormat Arau. [Tepuk] Pembahas yang ditunggu-tunggu. [Dewan ketawa] Silakan. 3.28 ptg. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi kerana duduk mempengerusikan majlis untuk menunaikan janji dengan saya semalam. | 57 | 67 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
58 DR.01.03.2023
iaitu Tuan Yang di-Pertua akan bagikan lebihan tiga ataupun empat minit untuk saya bawa
usul kantin sekolah. Terima kasih.
Saya tahu Tuan Yang di-Pertua berada di sana untuk membolehkan supaya janji
ditepati. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua tidak mahu menjadi seorang manusia yang
namanya Francis Light, pada tahun 1786 buat perjanjian dengan Sultan Kedah untuk
membantu daripada segi ketenteraan berlawan dengan Siam tetapi dia mungkir janji
malah selepas itu mereka berperang. Jadi, perangai mungkir janji ini saya tidak tahu siapa
yang mewarisi tetapi itulah yang sebelah Pulau Pinang, ya.
Okey, pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah
menyampaikan ucapan yang cukup hebat. Ucapan kali ini cukup baik. Terbaik. Wajar
diambil pandangan saya ini kerana berdasarkan pengalaman yang panjang, saya lihat
ucapan kali ini cukup baik kecuali satu dualah mendapat gangguan-gangguan biasa.
■1530
Akan tetapi pada keseluruhannya, ucapan yang baik. Ucapan-ucapan daripada
pihak kami, oposisi seperti Ketua Pembangkang, daripada Pagoh, daripada Marang,
daripada Kubang Kerian dan termasuklah kawan-kawan dari Putrajaya dan kawan-kawan
yang berucap tadi dengan menggunakan gadget baharu mereka, di mana ucapan mereka
telah diperhatikan di seluruh Malaysia. Kali ini saya pun juga memakai gadget. Apa khabar
rakyat Malaysia? Apa khabar orang muda... [Dewan ketawa] yang sedang mendengar
ucapan saya yang tidak sepertinya ini.
Jadi, saya ucap terima kasih dan semoga pendekatan pemikiran ucapan yang
hebat ini diteruskan. Saya telah dibantu untuk menyediakan ucapan ini oleh beberapa
orang pensyarah, peguam-peguam dan researchers. Akan tetapi, saya memohon maaf
kepada mereka kerana saya tidak dapat membaca ucapan ini dalam jangka masa yang
pendek, tetapi saya terpaksa membuat ucapan saya setelah saya ambil kesimpulan
daripada apa yang telah disediakan. Terima kasih kepada semua. Terima kasih kepada
rakyat Malaysia sekali lagi.
Okey, yang pertamanya ialah secara pendeknya saya hendak sentuh, tentang
cadangan Tambun iaitu menoktahkan kemiskinan. Ini bagus, saya setuju. Saya bagi
double A rating kepada Tambun yang telah mencadangkan kemiskinan sifar. Malah, saya
semasa Menteri Wilayah dulu, kementerian ini telah pun dimansuhkan. Saya telah
mencadangkan supaya kemiskinan tegar ini di wilayah, hapus pada tahun sudah. Saya
tidak tahu apa terjadi selepas itu sebab sudah saya tidak jadi sebelah sana. Insya-Allah,
lepas inilah kut, wallahualam.
Akan tetapi, kemiskinan tegar di wilayah itu dihapuskan pada tahun 2022. Ini
bagus, cadangan Tambun yang kita bagi double A rating. Akan tetapi, cadangan ini lebih
bagus lagi, apanya—apabila ia adalah kesinambungan dari apa yang telah dilakukan oleh
Kerajaan PN di mana kita telah mulakan pilot projek kepada 97 buah kawasan. Jadi, kita
bagi triple A rating sebab telah mengikut apa yang telah kita cadangkan.
Yang keduanya Yang Berhormat, perkataan ‘maha kaya’. Jangan guna kerana
seolah-olah ucapan bajet ini macam antiorang kaya. Tidak betul itu. Bajet ini
menggalakkan pertumbuhan ekonomi, bererti menggalakkan orang kaya. Orang kaya
akan bayar cukai. Orang Islam akan bayar zakat. Jangan sebut perkataan ‘maha kaya’
dan sebagainya. Maha kaya, maha banyak zakat, maha banyak cukai. Keuntungan
kepada negara kerana kalau negara ini semua ada orang miskin, siapa yang hendak bayar
cukai dan siapa hendak tolong orang miskin? Perkataan ‘maha kaya’ tidak sesuai. Kita
menuntut supaya orang-orang kaya juga bagi sumbangan. Malah Yang Berhormat
menyebut ada satu orang, saya tidak mahu sebut nama, dituntut untuk memberi
sumbangan kepada rakyat kerana dia kaya. Kalau dia tidak kaya, tak dapat. Ini kerana dia
juga maha kaya, maka kita dapat cukai yang lebih. Jadi, jangan sebut perkataan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Kaya macam Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya...Ya? Jangan-jangan
menyebut...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Kaya macam Arau.
| iaitu Tuan Yang di-Pertua akan bagikan lebihan tiga ataupun empat minit untuk saya bawa usul kantin sekolah. Terima kasih. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua berada di sana untuk membolehkan supaya janji ditepati. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua tidak mahu menjadi seorang manusia yang namanya Francis Light, pada tahun 1786 buat perjanjian dengan Sultan Kedah untuk membantu daripada segi ketenteraan berlawan dengan Siam tetapi dia mungkir janji malah selepas itu mereka berperang. Jadi, perangai mungkir janji ini saya tidak tahu siapa yang mewarisi tetapi itulah yang sebelah Pulau Pinang, ya. Okey, pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menyampaikan ucapan yang cukup hebat. Ucapan kali ini cukup baik. Terbaik. Wajar diambil pandangan saya ini kerana berdasarkan pengalaman yang panjang, saya lihat ucapan kali ini cukup baik kecuali satu dualah mendapat gangguan-gangguan biasa. #1530. Akan tetapi pada keseluruhannya, ucapan yang baik. Ucapan-ucapan daripada pihak kami, oposisi seperti Ketua Pembangkang, daripada Pagoh, daripada Marang, daripada Kubang Kerian dan termasuklah kawan-kawan dari Putrajaya dan kawan-kawan yang berucap tadi dengan menggunakan gadget baharu mereka, di mana ucapan mereka telah diperhatikan di seluruh Malaysia. Kali ini saya pun juga memakai gadget. Apa khabar rakyat Malaysia? Apa khabar orang muda... [Dewan ketawa] yang sedang mendengar ucapan saya yang tidak sepertinya ini. Jadi, saya ucap terima kasih dan semoga pendekatan pemikiran ucapan yang hebat ini diteruskan. Saya telah dibantu untuk menyediakan ucapan ini oleh beberapa orang pensyarah, peguam-peguam dan researchers. Akan tetapi, saya memohon maaf kepada mereka kerana saya tidak dapat membaca ucapan ini dalam jangka masa yang pendek, tetapi saya terpaksa membuat ucapan saya setelah saya ambil kesimpulan daripada apa yang telah disediakan. Terima kasih kepada semua. Terima kasih kepada rakyat Malaysia sekali lagi. Okey, yang pertamanya ialah secara pendeknya saya hendak sentuh, tentang cadangan Tambun iaitu menoktahkan kemiskinan. Ini bagus, saya setuju. Saya bagi double A rating kepada Tambun yang telah mencadangkan kemiskinan sifar. Malah, saya semasa Menteri Wilayah dulu, kementerian ini telah pun dimansuhkan. Saya telah mencadangkan supaya kemiskinan tegar ini di wilayah, hapus pada tahun sudah. Saya tidak tahu apa terjadi selepas itu sebab sudah saya tidak jadi sebelah sana. Insya-Allah, lepas inilah kut, wallahualam. Akan tetapi, kemiskinan tegar di wilayah itu dihapuskan pada tahun 2022. Ini bagus, cadangan Tambun yang kita bagi double A rating. Akan tetapi, cadangan ini lebih bagus lagi, apanya--apabila ia adalah kesinambungan dari apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PN di mana kita telah mulakan pilot projek kepada 97 buah kawasan. Jadi, kita bagi triple A rating sebab telah mengikut apa yang telah kita cadangkan. Yang keduanya Yang Berhormat, perkataan 'maha kaya'. Jangan guna kerana seolah-olah ucapan bajet ini macam antiorang kaya. Tidak betul itu. Bajet ini menggalakkan pertumbuhan ekonomi, bererti menggalakkan orang kaya. Orang kaya akan bayar cukai. Orang Islam akan bayar zakat. Jangan sebut perkataan 'maha kaya' dan sebagainya. Maha kaya, maha banyak zakat, maha banyak cukai. Keuntungan kepada negara kerana kalau negara ini semua ada orang miskin, siapa yang hendak bayar cukai dan siapa hendak tolong orang miskin? Perkataan 'maha kaya' tidak sesuai. Kita menuntut supaya orang-orang kaya juga bagi sumbangan. Malah Yang Berhormat menyebut ada satu orang, saya tidak mahu sebut nama, dituntut untuk memberi sumbangan kepada rakyat kerana dia kaya. Kalau dia tidak kaya, tak dapat. Ini kerana dia juga maha kaya, maka kita dapat cukai yang lebih. Jadi, jangan sebut perkataan... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Kaya macam Arau. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya...Ya? Jangan-jangan menyebut... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Kaya macam Arau. | 58 | 68 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 59
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya. Kemudian yang ketiganya,
KWSP. Saya minta KWSP ini, bagilah Yang Berhormat sebab dahulu masa kami
memerintah, semua pakat bertempik suruh bagi KWSP. Malah ada Ketua Pemuda UMNO
kata, “Kita memperjuangkan KWSP supaya keluar”. Pemimpin-pemimpin UMNO ganggu
Perdana Menteri mereka sendiri supaya keluarkan KWSP. Sekarang sudah dikeluarkan,
kita keluarkan KWSP. Sekarang kenapa dihentikan, dalam keadaan rakyat memerlukan
KWSP? Bagilah Yang Berhormat. Tidak payah bertengkar banyak hari ini, kira bagilah,
senang. Ini sebab kalau tidak, susah kita dibuatnya. Oleh sebab rakyat perlukan sesuatu,
rakyat tengah menderita oleh kerana tekanan hidup dan sebagainya.
Yang keempatnya ialah peruntukan di negeri miskin. Semua kawan kita sebut
tentang negeri miskin. Negeri miskin sekarang ini kita lihat ia diseksa. Jadi, nampaknya
kemiskinan itu ialah penyeksaan di Malaysia. Kita sebut negeri miskin Kedah, Perlis,
Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, Kedah, Kelantan dan
Terengganu termasuk Perlis dihukum dalam bentuk bahawa kalaupun hendak dibagi apa-
apa imbuhan atau royalti, akan dibagi melalui orang-orang yang ditentukan oleh parti.
Tuan Yang di-Pertua, dia hormat saya, saya hormat Tuan Yang di-Pertua.
Sekarang bila Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri, adakah dia Perdana Menteri
PH? Dia Perdana Menteri rakyat Malaysia, Menteri-menteri rakyat Malaysia. Mana boleh
duk sebut kita akan memberi bantuan tidak mengira kaum, bangsa atau parti. Tak payah
sebut, memang hangpa dibayar gaji untuk tolong rakyat. [Tepuk] Apa sebut kita akan bagi
tidak mengira kaum? Memang tidak mengira kaum, tidak payah sebut. Hendak sebut buat
apa, tidak mengira parti. Memang tidak kira parti. Kalau kira parti, mari sini jadi oposisi,
kami pergi sana. [Dewan ketawa]
Yang Berhormat, ini saya ucap tahniah kepada— ini apa, apa ini, ini ada
Salahuddin Yang Berhormat. Dia buat tangan macam ini, lima. [Sambil menunjukkan
helaian surat khabar] Saya tidak tahu apa maknanya ini, dia buat tangan lima. Saya kata
ini satu keping gambar yang cantik. Dia buat...
Tuan Yang di-Pertua: Bukan tangan itu, jari kut. Jari, jari ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jari lima, macam lima bulan sahaja.
[Dewan ketawa] Ini bukan saya, sebab saya- polis tanya saya baru-baru ini, saya kena
bagi statement sebab saya buat tangan macam itu. Dia orang buat tangan, tak kena. Saya
minta polis tolong siasat ini. [Dewan ketawa] Apa ini Menteri ini, kenapa buat tangan lima
ini?
Seorang Ahli: Lima bulan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Lima bulan atau ada sebab, tetapi
tidak apa. Itu nombor dua ya.
Akan tetapi, sekarang yang pentingnya ialah kenapa negeri miskin diseksa?
Tuan-tuan, dia tidak boleh buat macam itu. Negeri miskin patut ditolong sebab dia Perdana
Menteri rakyat Malaysia. Bukan Perdana Menteri PH, bukan Perdana Menteri Hulu
Langat. Kalau Hulu Langat, saya tahulah perangai dia. Akan tetapi, dia Perdana Menteri
rakyat Malaysia. Jadi, kena tolong semua dan jangan seksa negeri-negeri miskin ini.
Sebaliknya, bagi sama layanan seperti yang telah disebutkan.
Di Sabah dan Sarawak, kita bagi 50 percent daripada peruntukan pembangunan,
bagi 50 percent. Ini kerana kita lihat kadang-kadang disebut bahawa Kedah ini, apa itu—
disebut fasal Menteri Besar itu. Saya nak bagi tahu, Menteri Besar Kedah ini satu orang
yang cukup hebat. Dia bercakap, dia bercakap tetapi cara orang Sik bercakap. Orang
Sungai Petani bercakap, dia cakap lepas macam itu. Akan tetapi, dia baik. Malah, saya
menganggap dia sebagai hero politik rakyat Malaysia. [Tepuk]
Dia cakap fasal Pulau Pinang. Pulau Pinang jangan sebut nah. Kedaulatan, apa
ini— saya ada perjanjian 1786, perjanjian 1791 dan 1909. Perjanjian tetap perjanjian.
Jangan cuba orang baharu ini hendak datang cakap fasal perjanjian. Perjanjian dulu-dulu,
ini tok-tok kita dulu buat perjanjian dan kita kena patuh kepada perjanjian. Kalau hendak
ubah perjanjian boleh, perjanjian 1909 ialah Perjanjian Inggeris-Siam, di mana Kedah
serah negeri-negeri di Selatan Thailand dan Kedah berada di tangan British.
| Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya. Kemudian yang ketiganya, KWSP. Saya minta KWSP ini, bagilah Yang Berhormat sebab dahulu masa kami memerintah, semua pakat bertempik suruh bagi KWSP. Malah ada Ketua Pemuda UMNO kata, "Kita memperjuangkan KWSP supaya keluar". Pemimpin-pemimpin UMNO ganggu Perdana Menteri mereka sendiri supaya keluarkan KWSP. Sekarang sudah dikeluarkan, kita keluarkan KWSP. Sekarang kenapa dihentikan, dalam keadaan rakyat memerlukan KWSP? Bagilah Yang Berhormat. Tidak payah bertengkar banyak hari ini, kira bagilah, senang. Ini sebab kalau tidak, susah kita dibuatnya. Oleh sebab rakyat perlukan sesuatu, rakyat tengah menderita oleh kerana tekanan hidup dan sebagainya. Yang keempatnya ialah peruntukan di negeri miskin. Semua kawan kita sebut tentang negeri miskin. Negeri miskin sekarang ini kita lihat ia diseksa. Jadi, nampaknya kemiskinan itu ialah penyeksaan di Malaysia. Kita sebut negeri miskin Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, Kedah, Kelantan dan Terengganu termasuk Perlis dihukum dalam bentuk bahawa kalaupun hendak dibagi apa- apa imbuhan atau royalti, akan dibagi melalui orang-orang yang ditentukan oleh parti. Tuan Yang di-Pertua, dia hormat saya, saya hormat Tuan Yang di-Pertua. Sekarang bila Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri, adakah dia Perdana Menteri PH? Dia Perdana Menteri rakyat Malaysia, Menteri-menteri rakyat Malaysia. Mana boleh duk sebut kita akan memberi bantuan tidak mengira kaum, bangsa atau parti. Tak payah sebut, memang hangpa dibayar gaji untuk tolong rakyat. [Tepuk] Apa sebut kita akan bagi tidak mengira kaum? Memang tidak mengira kaum, tidak payah sebut. Hendak sebut buat apa, tidak mengira parti. Memang tidak kira parti. Kalau kira parti, mari sini jadi oposisi, kami pergi sana. [Dewan ketawa]. Yang Berhormat, ini saya ucap tahniah kepada-- ini apa, apa ini, ini ada Salahuddin Yang Berhormat. Dia buat tangan macam ini, lima. [Sambil menunjukkan helaian surat khabar] Saya tidak tahu apa maknanya ini, dia buat tangan lima. Saya kata ini satu keping gambar yang cantik. Dia buat... Tuan Yang di-Pertua: Bukan tangan itu, jari kut. Jari, jari ini. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jari lima, macam lima bulan sahaja. [Dewan ketawa] Ini bukan saya, sebab saya- polis tanya saya baru-baru ini, saya kena bagi statement sebab saya buat tangan macam itu. Dia orang buat tangan, tak kena. Saya minta polis tolong siasat ini. [Dewan ketawa] Apa ini Menteri ini, kenapa buat tangan lima ini?. Seorang Ahli: Lima bulan. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Lima bulan atau ada sebab, tetapi tidak apa. Itu nombor dua ya. Akan tetapi, sekarang yang pentingnya ialah kenapa negeri miskin diseksa? Tuan-tuan, dia tidak boleh buat macam itu. Negeri miskin patut ditolong sebab dia Perdana Menteri rakyat Malaysia. Bukan Perdana Menteri PH, bukan Perdana Menteri Hulu Langat. Kalau Hulu Langat, saya tahulah perangai dia. Akan tetapi, dia Perdana Menteri rakyat Malaysia. Jadi, kena tolong semua dan jangan seksa negeri-negeri miskin ini. Sebaliknya, bagi sama layanan seperti yang telah disebutkan. Di Sabah dan Sarawak, kita bagi 50 percent daripada peruntukan pembangunan, bagi 50 percent. Ini kerana kita lihat kadang-kadang disebut bahawa Kedah ini, apa itu-- disebut fasal Menteri Besar itu. Saya nak bagi tahu, Menteri Besar Kedah ini satu orang yang cukup hebat. Dia bercakap, dia bercakap tetapi cara orang Sik bercakap. Orang Sungai Petani bercakap, dia cakap lepas macam itu. Akan tetapi, dia baik. Malah, saya menganggap dia sebagai hero politik rakyat Malaysia. [Tepuk]. Dia cakap fasal Pulau Pinang. Pulau Pinang jangan sebut nah. Kedaulatan, apa ini-- saya ada perjanjian 1786, perjanjian 1791 dan 1909. Perjanjian tetap perjanjian. Jangan cuba orang baharu ini hendak datang cakap fasal perjanjian. Perjanjian dulu-dulu, ini tok-tok kita dulu buat perjanjian dan kita kena patuh kepada perjanjian. Kalau hendak ubah perjanjian boleh, perjanjian 1909 ialah Perjanjian Inggeris-Siam, di mana Kedah serah negeri-negeri di Selatan Thailand dan Kedah berada di tangan British. | 59 | 69 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
60 DR.01.03.2023
Kita lihat berbagai-bagai perjanjian yang dibuat pada masa yang lepas. Kalau
hendak kaji, kita kaji kemudian. Akan tetapi, jangan cuba ungkit soal perjanjian Kedah dan
Pulau Pinang. Saya minta supaya Kerajaan Pusat kena bayar kepada Kedah. Tak patutlah
harga yang disebutkan tentang harga yang begitu murah dibayar kepada Kedah, kita bagi.
Dulu semasa Yang Berhormat Kubang Pasu jadi Perdana Menteri, dia bagi RM10
juta. Sekarang saya cadangkan RM100 juta, orang Kedah. Orang Kedah terus sokong
saya ya. Jadi, termasuk Kedah telah memberi air kepada Perlis, Pulau Pinang dan juga
utara Perak. Perlis bayar, dulu bayar. Sekarang mungkin tidak bayar, tiada duit. Jadi, dulu
bayar. Pulau Pinang yang banyak duit, kenapa tak bayar? Bayar untuk maintenance hutan
itu.
Okey, kemudian yang berikutnya ialah tentang orang muda. Saya hendak bagi
tahu orang muda di seluruh Malaysia. Walaupun Menteri Dalam Negeri ini kawan saya,
tetapi kena sebut. Dia kata orang yang menyokong PN ini dia tahu orang yang tiada
pendidikan dan naik motosikal. Mana boleh dia menghina orang macam itu. Orang yang
sokong mereka orang yang ada pendidikan dan orang yang handsome. [Dewan ketawa]
Eh, jangan—mana boleh buat macam itu, tidak baik.
Akan tetapi, tidak apa orang muda. Dia cakap macam itu, saya hendak orang
muda semua sekali menyokong PN. [Tepuk] Sokong PN untuk tawan Selangor, untuk
tawan Negeri Sembilan dan juga tawan Pulau Pinang. Insya-Allah Kedah, Kelantan dan
Terengganu kita sudah tawan. Akan tetapi, saya minta kita tolong orang muda sokong.
Kami ialah kumpulan oposisi rakyat Malaysia yang hebat, yang akan menegur cara
membina. Jadi, kalau kami memerintah pun, kami akan bagi kelonggaran yang sama.
Semua rakyat sama.
Akan tetapi, ada beberapa kemudahan yang dibuat di Selangor. Contohnya, dia
bagi kemudahan kebajikan khairat kematian RM2,500. Sekarang dia bagi RM500. Kalau
kami memerintah, kita bagi RM3,000. [Dewan ketawa] Ini saya ikut cara Tambun berucap
ya. Jadi, saya cadang Menteri Dalam Negeri tolong check kad palsu. Kad palsu yang telah
dijual dengan begitu hebat di pasaran tidak betul.
Kemudian, saya berterima kasih kepada Pelabuhan Kuala Sanglang. Kuala
Sanglang itu biar dia sama dengan Kedah, kita bangun bersama Kedah. Terima kasih.
Akan tetapi, di Kuala Sanglang itu ada PPRT. Kita minta PPRT itu dibangunkan. Noktah
PPRT sifar ini, PPRT tegar ini, miskin tegar ini dibuat di Kuala Sanglang. Lepas itu, baru
buat pelabuhan. Jangan buat pelabuhan, tiba-tiba kemiskinan berada di hadapan kita.
Kemudian, kantin sekolah. Yang Berhormat suruh saya baca, tetapi hendak baca
terlampau panjang. Akan tetapi, pengusaha kantin sekolah sekarang ini berada di Sabah.
Saya tanya kenapa pergi Sabah? Dia kata saya hendak melawat kantin di Sabah. Di
Sabah, untuk student 2,900, sewanya dekat RM8,000.
■1540
Akan tetapi di sini untuk student dua ribu lebih sewanya RM3,000. Di Sabah
sewanya mahal, harga barang mahal dan bangunan daif. Saya minta supaya moratorium
yang habis bulan Mac ini, kerana selepas ini bulan puasa mereka tidak boleh berniaga,
disambung satu tahun lagi. Ataupun kalau tidak boleh bulan Mac 2024, bagilah sampai
habis tahun ini moratorium sebab kalau tidak peniaga kantin akan menghadapi masalah.
Jadi, yang berikutnya – lagi tiga minit ya?
Kemudiannya Yang Berhormat, sekarang ini kita – Yang Berhormat Bakri kelmarin
cakap fasal perumahan. Saya menyokong Yang Berhormat Bakri, tentang perumahan.
Tentang rumah mampu milik. Rumah mampu milik ini orang masih banyak yang tidak
dapat beli. Maka saya minta supaya rent-to-own, sewa untuk beli itu diperkenalkan.
Agensi-agensi yang ada duit sedikit macam DBKL perkenalkan rent-to-own di Wilayah
Persekutuan supaya rumah mampu milik ini dapat dimiliki oleh orang yang sebenarnya,
bukan rumah mampu milik digunakan untuk disewa dan sebagainya.
Elaun pegawai kerajaan. Yang Amat Berhormat Tambun, terima kasih bagi
RM700. Saya cadangkan dalam keadaan yang teruk ini, Tuan Yang di-Pertua ya – Tuan
Yang di-Pertua bekas PTD, saya bekas PTD. Kita bagilah RM1,000; kasihan kepada
| Kita lihat berbagai-bagai perjanjian yang dibuat pada masa yang lepas. Kalau. hendak kaji, kita kaji kemudian. Akan tetapi, jangan cuba ungkit soal perjanjian Kedah dan Pulau Pinang. Saya minta supaya Kerajaan Pusat kena bayar kepada Kedah. Tak patutlah harga yang disebutkan tentang harga yang begitu murah dibayar kepada Kedah, kita bagi. Dulu semasa Yang Berhormat Kubang Pasu jadi Perdana Menteri, dia bagi RM10 juta. Sekarang saya cadangkan RM100 juta, orang Kedah. Orang Kedah terus sokong saya ya. Jadi, termasuk Kedah telah memberi air kepada Perlis, Pulau Pinang dan juga utara Perak. Perlis bayar, dulu bayar. Sekarang mungkin tidak bayar, tiada duit. Jadi, dulu bayar. Pulau Pinang yang banyak duit, kenapa tak bayar? Bayar untuk maintenance hutan itu. Okey, kemudian yang berikutnya ialah tentang orang muda. Saya hendak bagi tahu orang muda di seluruh Malaysia. Walaupun Menteri Dalam Negeri ini kawan saya, tetapi kena sebut. Dia kata orang yang menyokong PN ini dia tahu orang yang tiada pendidikan dan naik motosikal. Mana boleh dia menghina orang macam itu. Orang yang sokong mereka orang yang ada pendidikan dan orang yang handsome. [Dewan ketawa] Eh, jangan--mana boleh buat macam itu, tidak baik. Akan tetapi, tidak apa orang muda. Dia cakap macam itu, saya hendak orang muda semua sekali menyokong PN. [Tepuk] Sokong PN untuk tawan Selangor, untuk tawan Negeri Sembilan dan juga tawan Pulau Pinang. Insya-Allah Kedah, Kelantan dan Terengganu kita sudah tawan. Akan tetapi, saya minta kita tolong orang muda sokong. Kami ialah kumpulan oposisi rakyat Malaysia yang hebat, yang akan menegur cara membina. Jadi, kalau kami memerintah pun, kami akan bagi kelonggaran yang sama. Semua rakyat sama. Akan tetapi, ada beberapa kemudahan yang dibuat di Selangor. Contohnya, dia bagi kemudahan kebajikan khairat kematian RM2,500. Sekarang dia bagi RM500. Kalau kami memerintah, kita bagi RM3,000. [Dewan ketawa] Ini saya ikut cara Tambun berucap ya. Jadi, saya cadang Menteri Dalam Negeri tolong check kad palsu. Kad palsu yang telah dijual dengan begitu hebat di pasaran tidak betul. Kemudian, saya berterima kasih kepada Pelabuhan Kuala Sanglang. Kuala Sanglang itu biar dia sama dengan Kedah, kita bangun bersama Kedah. Terima kasih. Akan tetapi, di Kuala Sanglang itu ada PPRT. Kita minta PPRT itu dibangunkan. Noktah PPRT sifar ini, PPRT tegar ini, miskin tegar ini dibuat di Kuala Sanglang. Lepas itu, baru buat pelabuhan. Jangan buat pelabuhan, tiba-tiba kemiskinan berada di hadapan kita. Kemudian, kantin sekolah. Yang Berhormat suruh saya baca, tetapi hendak baca terlampau panjang. Akan tetapi, pengusaha kantin sekolah sekarang ini berada di Sabah. Saya tanya kenapa pergi Sabah? Dia kata saya hendak melawat kantin di Sabah. Di Sabah, untuk student 2,900, sewanya dekat RM8,000. #1540. Akan tetapi di sini untuk student dua ribu lebih sewanya RM3,000. Di Sabah sewanya mahal, harga barang mahal dan bangunan daif. Saya minta supaya moratorium yang habis bulan Mac ini, kerana selepas ini bulan puasa mereka tidak boleh berniaga, disambung satu tahun lagi. Ataupun kalau tidak boleh bulan Mac 2024, bagilah sampai habis tahun ini moratorium sebab kalau tidak peniaga kantin akan menghadapi masalah. Jadi, yang berikutnya- lagi tiga minit ya?. Kemudiannya Yang Berhormat, sekarang ini kita- Yang Berhormat Bakri kelmarin cakap fasal perumahan. Saya menyokong Yang Berhormat Bakri, tentang perumahan. Tentang rumah mampu milik. Rumah mampu milik ini orang masih banyak yang tidak dapat beli. Maka saya minta supaya rent-to-own, sewa untuk beli itu diperkenalkan. Agensi-agensi yang ada duit sedikit macam DBKL perkenalkan rent-to-own di Wilayah Persekutuan supaya rumah mampu milik ini dapat dimiliki oleh orang yang sebenarnya, bukan rumah mampu milik digunakan untuk disewa dan sebagainya. Elaun pegawai kerajaan. Yang Amat Berhormat Tambun, terima kasih bagi RM700. Saya cadangkan dalam keadaan yang teruk ini, Tuan Yang di-Pertua ya- Tuan Yang di-Pertua bekas PTD, saya bekas PTD. Kita bagilah RM1,000; kasihan kepada. | 60 | 70 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 61
pegawai-pegawai kerajaan. Kalau kami memerintah sudah pasti ia akan naik menjadi
RM2,000 ya. [Dewan Ketawa]
Ini bukan saya cakap, ini bukan soal – Yang Berhormat Gombak jangan cari fasal.
Saya akan datang ke Selangor tidak lama lagi.
Kemudian KAFA, elaun KAFA saya minta dinaikkan dari RM1,000 kepada
RM1,500 dan saya minta kerajaan melihat PR1MA telah diarahkan...
Datuk Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Yang Berhormat Arau, Yang
Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Sekejap, sekejap. Sekejap sahaja,
sekejap. Sekejap Yang Berhormat Gombak. Kita akan bertembung di Selangor, jangan
bimbang. Saya akan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Arau, bagilah
Yang Berhormat Arau. MB Selangor itu. Yang Berhormat Arau, bagi, bagi. Yang
Berhormat Arau bagilah, Yang Berhormat Arau, sedikit. Bagi Yang Berhormat Gombak,
bagi Yang Berhormat Gombak...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Sekejap sekejap Yang Berhormat
Gombak...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Bagi Yang Berhormat Gombak
itu, Yang Berhormat Arau...
Datuk Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Selangor...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Gombak duduk dahulu. Sekejap lagi
Yang Berhormat Arau bagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya minta kerajaan
pertimbangkan supaya...
Tuan Yang di-Pertua: Saya akan pastikan Yang Berhormat Arau bagi sat lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]:...diberi bantuan untuk tujuan
pembangunan. Saya ada tiga minit lagi. Sekarang ini akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini
yang saya hendak sebutkan sangat. Bahawa di Malaysia ini – ya Yang Berhormat Gombak
hendak cakap apa?
Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan Yang Berhormat Gombak.
Datuk Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Okey. Pertama Yang Berhormat
Arau, saya hendak tanya. Sebelum ini Yang Berhormat Arau dalam Kabinet pun tidak
sampai RM1,000 pun bagi bonus. Ini sudah jadi pembangkang baru hendak janji
RM1,000. Macam inilah masalah pembangkang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya. Yang Berhormat, kalau Yang
Berhormat hendak balas dendam itu anggaplah kerajaan ini “Madani Balas Dendam”. Ini
madani Yang Berhormat, mestilah ada pemikiran baharu. Pada tahun sudah kami bagi
peruntukan kepada semua.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Tidak, dia bagi RM700, bagi
RM700 itu bagilah itu. Sudah bagilah itu, Yang Berhormat Arau. RM700, RM700 itu sudah
bagi.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut]: Eh, duduklah. Duduk,
duduk, duduklah.
Tuan Yang di-Pertua: Dia ada poin. Yang Berhormat Arau ada poin bagus itu
hendak jawab. Jawab, Yang Berhormat Arau. Tidak payah? Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, kerajaan ini bukan
kerajaan balas dendam. Kerajaan madani. [Dewan riuh] Tahun sudah kami bagi
peruntukan kepada semua. Kepada semua, DAP semua dapat peruntukan RM3 juta lebih,
| pegawai-pegawai kerajaan. Kalau kami memerintah sudah pasti ia akan naik menjadi RM2,000 ya. [Dewan Ketawa]. Ini bukan saya cakap, ini bukan soal- Yang Berhormat Gombak jangan cari fasal. Saya akan datang ke Selangor tidak lama lagi. Kemudian KAFA, elaun KAFA saya minta dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500 dan saya minta kerajaan melihat PR1MA telah diarahkan... Datuk Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Sekejap, sekejap. Sekejap sahaja, sekejap. Sekejap Yang Berhormat Gombak. Kita akan bertembung di Selangor, jangan bimbang. Saya akan... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Arau, bagilah Yang Berhormat Arau. MB Selangor itu. Yang Berhormat Arau, bagi, bagi. Yang Berhormat Arau bagilah, Yang Berhormat Arau, sedikit. Bagi Yang Berhormat Gombak, bagi Yang Berhormat Gombak... Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Sekejap sekejap Yang Berhormat Gombak... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Bagi Yang Berhormat Gombak itu, Yang Berhormat Arau... Datuk Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Selangor... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Gombak duduk dahulu. Sekejap lagi Yang Berhormat Arau bagi. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya minta kerajaan pertimbangkan supaya... Tuan Yang di-Pertua: Saya akan pastikan Yang Berhormat Arau bagi sat lagi. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]:...diberi bantuan untuk tujuan pembangunan. Saya ada tiga minit lagi. Sekarang ini akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini yang saya hendak sebutkan sangat. Bahawa di Malaysia ini- ya Yang Berhormat Gombak hendak cakap apa?. Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan Yang Berhormat Gombak. Datuk Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Okey. Pertama Yang Berhormat Arau, saya hendak tanya. Sebelum ini Yang Berhormat Arau dalam Kabinet pun tidak sampai RM1,000 pun bagi bonus. Ini sudah jadi pembangkang baru hendak janji RM1,000. Macam inilah masalah pembangkang. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya. Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat hendak balas dendam itu anggaplah kerajaan ini "Madani Balas Dendam". Ini madani Yang Berhormat, mestilah ada pemikiran baharu. Pada tahun sudah kami bagi peruntukan kepada semua. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Tidak, dia bagi RM700, bagi RM700 itu bagilah itu. Sudah bagilah itu, Yang Berhormat Arau. RM700, RM700 itu sudah bagi. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut]: Eh, duduklah. Duduk, duduk, duduklah. Tuan Yang di-Pertua: Dia ada poin. Yang Berhormat Arau ada poin bagus itu hendak jawab. Jawab, Yang Berhormat Arau. Tidak payah? Okey. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, kerajaan ini bukan kerajaan balas dendam. Kerajaan madani. [Dewan riuh] Tahun sudah kami bagi peruntukan kepada semua. Kepada semua, DAP semua dapat peruntukan RM3 juta lebih, | 61 | 71 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
62 DR.01.03.2023
tahun ini satu sen pun kami tidak merasa. Rakyat minta tidak berhenti. Akan tetapi, kami
berusaha supaya...
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Itu ada MOU. Perikatan Nasional hendak
minta sign MOU-kah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]:...duit elaun yang kami dapat kami
beri kepada rakyat semula. Apa pilihan? Sebab kami sedang diseksa dengan teruknya
dan pemikiran...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Sebab kata hendak tebuk atap
lagi, hendak tebuk atap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Selangor...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Atap pecah, atap bocor. Atap
bocor lagi katanya bulan satu ini. Satu hari bulan tiga ini kata. Atap bocor lagi, atap pecah.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Yang Berhormat Hulu
Langat, diamlah. Aduh...
Tuan Yang di-Pertua: Okey, silakan Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat
Arau perlukan berapa minit lagi Yang Berhormat Arau?
Datuk Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Yang Berhormat Arau, boleh? Boleh
tidak? Tidak boleh?
Tuan Yang di-Pertua: Hendak bagi dekat Yang Berhormat Gombak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey, dalam jangka masa dua minit
ini. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia ini kita ada parti yang berasaskan kaum. Contohnya
ialah UMNO, yang mana UMNO sekarang ini apabila join DAP, lebih DAP pula daripada
UMNO. Akan tetapi, dua atau tiga orang yang bagus ya. [Dewan ketawa] Akan tetapi –
yang bagus. Ini, puak-puak Negeri Sembilan bagus. [Dewan riuh] Selamat datang
bersama kami nanti. [Tepuk] Ada ini Yang Berhormat Kinabatangan, dia cakap minta
hanya Ahli Parlimen PH. Dahulu dia yang dok hentam DAP. Sekarang ini nampaknya satu
macam, lebih DAP daripada orang DAP, begitulah Yang Berhormat Kinabatangan. Akan
tetapi tidak apa Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Arau pun dahulu
hentam PAS juga, Yang Berhormat Arau pun dahulu hentam PAS juga. Sekarang ini baik
pula dengan PAS.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey Yang Berhormat Arau.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Arau pun dahulu
hentam PAS juga, cakap PAS tidak betul. Sekarang ini bersama dengan PAS juga.
Seorang Ahli: Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat tidak
boleh cakap sebegitu.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu
Langat last, last.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: [Tidak jelas]
Tuan Yang di-Pertua: Order, order, order. Last ini, last.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Akhir sekali ialah parti di Malaysia
ini ada parti yang berasaskan kaum. UMNO, MCA, MIC tetapi mereka masuk dan tubuh
Barisan Nasional. Ada parti yang nampaknya sedikit perkauman. Yang Berhormat
Seputeh, ada perkauman dan ini saya hendak sebut. [Disampuk] Saya hendak sebut,
perkauman ini juga – kalau saya diberi masa saya akan terangkan. Akan tetapi, saya
hendak sebut bahawa hanya sebuah parti yang berasaskan kepada agama Islam iaitu
PAS. [Tepuk] Sekarang ini bersama dengan PN.
| tahun ini satu sen pun kami tidak merasa. Rakyat minta tidak berhenti. Akan tetapi, kami berusaha supaya... Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Itu ada MOU. Perikatan Nasional hendak minta sign MOU-kah?. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]:...duit elaun yang kami dapat kami beri kepada rakyat semula. Apa pilihan? Sebab kami sedang diseksa dengan teruknya dan pemikiran... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Sebab kata hendak tebuk atap lagi, hendak tebuk atap. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Atap pecah, atap bocor. Atap bocor lagi katanya bulan satu ini. Satu hari bulan tiga ini kata. Atap bocor lagi, atap pecah. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Yang Berhormat Hulu Langat, diamlah. Aduh... Tuan Yang di-Pertua: Okey, silakan Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau perlukan berapa minit lagi Yang Berhormat Arau?. Datuk Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Yang Berhormat Arau, boleh? Boleh tidak? Tidak boleh?. Tuan Yang di-Pertua: Hendak bagi dekat Yang Berhormat Gombak?. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey, dalam jangka masa dua minit ini. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia ini kita ada parti yang berasaskan kaum. Contohnya ialah UMNO, yang mana UMNO sekarang ini apabila join DAP, lebih DAP pula daripada UMNO. Akan tetapi, dua atau tiga orang yang bagus ya. [Dewan ketawa] Akan tetapi- yang bagus. Ini, puak-puak Negeri Sembilan bagus. [Dewan riuh] Selamat datang bersama kami nanti. [Tepuk] Ada ini Yang Berhormat Kinabatangan, dia cakap minta hanya Ahli Parlimen PH. Dahulu dia yang dok hentam DAP. Sekarang ini nampaknya satu macam, lebih DAP daripada orang DAP, begitulah Yang Berhormat Kinabatangan. Akan tetapi tidak apa Tuan Yang di-Pertua... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Arau pun dahulu hentam PAS juga, Yang Berhormat Arau pun dahulu hentam PAS juga. Sekarang ini baik pula dengan PAS. Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey Yang Berhormat Arau. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Arau pun dahulu hentam PAS juga, cakap PAS tidak betul. Sekarang ini bersama dengan PAS juga. Seorang Ahli: Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat tidak boleh cakap sebegitu. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat last, last. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: [Tidak jelas]. Tuan Yang di-Pertua: Order, order, order. Last ini, last. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Akhir sekali ialah parti di Malaysia ini ada parti yang berasaskan kaum. UMNO, MCA, MIC tetapi mereka masuk dan tubuh Barisan Nasional. Ada parti yang nampaknya sedikit perkauman. Yang Berhormat Seputeh, ada perkauman dan ini saya hendak sebut. [Disampuk] Saya hendak sebut, perkauman ini juga- kalau saya diberi masa saya akan terangkan. Akan tetapi, saya hendak sebut bahawa hanya sebuah parti yang berasaskan kepada agama Islam iaitu PAS. [Tepuk] Sekarang ini bersama dengan PN. | 62 | 72 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 63
Saya ini tuan-tuan, orang yang fanatik agama Islam orang itu bagus sebab dia
tidak mengganggu orang. Saya hendak bagi contoh macam negeri yang diperintah oleh
PAS di Kelantan. Patung Buddha yang tidur yang terpanjang ialah di Kelantan. Yang
berdiri yang duduk pun di Kelantan, ada pernah ia buat ganggu apa-apa? Toleransi agama
cukup tinggi bagi orang yang fanatik dengan agama.
Saya fanatik agama Islam. Saya bersongkok dari dahulu, kini dan selamanya.
Saya hendak beritahu bahawa lagi kuat tentang agama lagi sifat toleransi tinggi. Yang
menjadi masalah ialah pemikiran liberal. Ada orang Islam kata “Ini, kami liberal.” Liberal
bukan pemikiran Islam. Itu kamu punya. Orang liberal boleh bertukar-tukar tetapi sekarang
ini dituduh PAS ini kononnya Taliban dan sebagainya, itu tuduhan yang dibuat oleh parti
yang bercorak perkauman.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat Arau. Gulung Yang Berhormat
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi, dalam sejarah Malaysia yang
saya sedang tulis dengan panjang saya akan sebarkan nanti bahawa parti...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Parit Buntar,
boleh lantik jadi Mursyidul Am PAS ini. Yang Berhormat Arau ini boleh lantik jadi Mursyidul
Am PAS.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli [Jempol]: Yang Berhormat Arau, kadang-
kadang – Yang Berhormat Arau...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat
Hulu Langat sibuk sahaja. Diam.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli [Jempol]: Ini Jempol ya, yang masalahnya
ini adakala boleh jadi halal, harus, haram.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi, parti PAS adalah parti – Ya
Allah, masuk “Akademi Beruk Malaysia" lah macam ini. Ganggu orang.
[Dewan ketawa]
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat
Hulu Langat itu. Yang Berhormat Hulu Langat itu.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, gulung Yang
Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey.
Tuan Yang di-Pertua: Tolong jangan ganggu lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Parti yang berasaskan kaum, okey
mereka boleh tetapi parti perkauman perlu diubah terutamanya parti perkauman sekarang
sudah berkawan dengan UMNO dan sebagainya. Akan tetapi, PAS akan mengamalkan
terus pendiriannya dari segi agama...
Tuan Yang di-Pertua: Okey
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]:...iaitu apabila kita fanatik kepada
agama, fundamentals agama...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Arau kita masih dalam bajet. Dalam bajet.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...kita adalah sebenarnya menjadi
orang yang baik. Jadi, PAS ialah parti...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Kubang Kerian
dalam bahaya ini. Yang Berhormat Kubang Kerian dalam bahaya ini. Yang Berhormat
Arau ini akan bertanding Timbalan Presiden. Akan lawan Timbalan Presiden. Bahaya
Yang Berhormat Arau ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Terima kasih, Yang Berhormat.
Sekarang saya hendak beritahu akhir sekali...
| Saya ini tuan-tuan, orang yang fanatik agama Islam orang itu bagus sebab dia. tidak mengganggu orang. Saya hendak bagi contoh macam negeri yang diperintah oleh PAS di Kelantan. Patung Buddha yang tidur yang terpanjang ialah di Kelantan. Yang berdiri yang duduk pun di Kelantan, ada pernah ia buat ganggu apa-apa? Toleransi agama cukup tinggi bagi orang yang fanatik dengan agama. Saya fanatik agama Islam. Saya bersongkok dari dahulu, kini dan selamanya. Saya hendak beritahu bahawa lagi kuat tentang agama lagi sifat toleransi tinggi. Yang menjadi masalah ialah pemikiran liberal. Ada orang Islam kata "Ini, kami liberal." Liberal bukan pemikiran Islam. Itu kamu punya. Orang liberal boleh bertukar-tukar tetapi sekarang ini dituduh PAS ini kononnya Taliban dan sebagainya, itu tuduhan yang dibuat oleh parti yang bercorak perkauman. Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat Arau. Gulung Yang Berhormat Arau. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi, dalam sejarah Malaysia yang saya sedang tulis dengan panjang saya akan sebarkan nanti bahawa parti... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Parit Buntar, boleh lantik jadi Mursyidul Am PAS ini. Yang Berhormat Arau ini boleh lantik jadi Mursyidul Am PAS. Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli [Jempol]: Yang Berhormat Arau, kadang- kadang- Yang Berhormat Arau... Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat Hulu Langat sibuk sahaja. Diam. Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli [Jempol]: Ini Jempol ya, yang masalahnya ini adakala boleh jadi halal, harus, haram. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi, parti PAS adalah parti- Ya Allah, masuk "Akademi Beruk Malaysia" lah macam ini. Ganggu orang. [Dewan ketawa]. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat Hulu Langat itu. Yang Berhormat Hulu Langat itu. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, gulung Yang Berhormat Arau. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey. Tuan Yang di-Pertua: Tolong jangan ganggu lagi. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Parti yang berasaskan kaum, okey mereka boleh tetapi parti perkauman perlu diubah terutamanya parti perkauman sekarang sudah berkawan dengan UMNO dan sebagainya. Akan tetapi, PAS akan mengamalkan terus pendiriannya dari segi agama... Tuan Yang di-Pertua: Okey. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]:...iaitu apabila kita fanatik kepada agama, fundamentals agama... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Arau kita masih dalam bajet. Dalam bajet. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...kita adalah sebenarnya menjadi orang yang baik. Jadi, PAS ialah parti... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Kubang Kerian dalam bahaya ini. Yang Berhormat Kubang Kerian dalam bahaya ini. Yang Berhormat Arau ini akan bertanding Timbalan Presiden. Akan lawan Timbalan Presiden. Bahaya Yang Berhormat Arau ini. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang saya hendak beritahu akhir sekali... | 63 | 73 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
64 DR.01.03.2023
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Bersatu juga perkauman. Bersatu perkauman,
parti...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...Tuan Yang di-Pertua saya kesal
dengan Yang Berhormat Hulu Langat yang perangai lebih teruk daripada kera di hutan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, baik. Yang Berhormat Kota Marudu, silakan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang
di-Pertua, guna perkataan “kera” itu.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Ha. Patutnya orang lama bagi
contohlah, bagi contohlah.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Baik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Bagi contohlah patutnya Yang
Berhormat Arau ini, minta tarik baliklah. Bagi contohlah yang patut.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Perangai...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya pun tidak guna sudah. Saya
pun tidak guna sudah perkataan-perkataan tidak elok ini.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Sudah
perangainya rupa itu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Sepatutnya, Yang Berhormat
Arau ini bagi contohlah kepada kami yang baharu ini, bagi contoh. Tidak apalah, Yang
Berhormat Parit Buntar duduklah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, contoh yang baik
ialah...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya dengan Yang Berhormat
Arau, saya dengan Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Parit Buntar, duduk! Yang
Berhormat Parit Buntar, duduk! Saya dengan Yang Berhormat Arau sekarang ini.
Tuan Yang di-Pertua: Baik, duduk Yang Berhormat Hulu Langat. Yang
Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya dengan Yang Berhormat
Arau, saya dengan Yang Berhormat Arau. Tidak, cakap elok-elok lah, cakap elok-elok.
Tuan Yang di-Pertua: Baik, baik semua duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Tidak, kita ini orang Melayu kata
tadi parti Islam.
Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu]: Eh, Kota Marudu mahu berucap
ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Bawa budaya, bawa adab Islam
tetapi cakap macam mana ini...
Tuan Yang di-Pertua: Semua duduk, semua duduk.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Perangai itu,
perangai. Perangai itu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Kata Ahli Parlimen lama tetapi
cakap benda tidak elok, cakap benda tidak elok.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat
Hulu Langat perangai itu, perangai itu.
| Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Bersatu juga perkauman. Bersatu perkauman, parti... Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...Tuan Yang di-Pertua saya kesal dengan Yang Berhormat Hulu Langat yang perangai lebih teruk daripada kera di hutan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Okey, baik. Yang Berhormat Kota Marudu, silakan. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, guna perkataan "kera" itu. Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Ha. Patutnya orang lama bagi contohlah, bagi contohlah. [Dewan riuh]. Tuan Yang di-Pertua: Baik. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Bagi contohlah patutnya Yang Berhormat Arau ini, minta tarik baliklah. Bagi contohlah yang patut. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Perangai... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya pun tidak guna sudah. Saya pun tidak guna sudah perkataan-perkataan tidak elok ini. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Sudah perangainya rupa itu. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Sepatutnya, Yang Berhormat Arau ini bagi contohlah kepada kami yang baharu ini, bagi contoh. Tidak apalah, Yang Berhormat Parit Buntar duduklah. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, contoh yang baik ialah... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya dengan Yang Berhormat Arau, saya dengan Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Parit Buntar, duduk! Yang Berhormat Parit Buntar, duduk! Saya dengan Yang Berhormat Arau sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua: Baik, duduk Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya dengan Yang Berhormat Arau, saya dengan Yang Berhormat Arau. Tidak, cakap elok-elok lah, cakap elok-elok. Tuan Yang di-Pertua: Baik, baik semua duduk. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Tidak, kita ini orang Melayu kata tadi parti Islam. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu]: Eh, Kota Marudu mahu berucap ini. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Bawa budaya, bawa adab Islam tetapi cakap macam mana ini... Tuan Yang di-Pertua: Semua duduk, semua duduk. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Perangai itu, perangai. Perangai itu. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Kata Ahli Parlimen lama tetapi cakap benda tidak elok, cakap benda tidak elok. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat Hulu Langat perangai itu, perangai itu. | 64 | 74 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 65
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Tidak, saya dengan Yang
Berhormat Arau sekarang, bukan dengan Yang Berhormat Parit Buntar. Bukan dengan
Yang Berhormat Parit Buntar!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Perangai itu,
perangai itu. Yang Berhormat Hulu Langat ubah sedikit.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Bukan dengan Yang Berhormat
Parit Buntar! Bukan dengan Yang Berhormat Parit Buntar!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Perangai itu ubah
sedikit. Kalau tidak hendak orang kata, perangai itu jaga baik Yang Berhormat Hulu
Langat!
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya dengan Yang Berhormat
Arau! Saya dengan Yang Berhormat Arau! Apa masalah Yang Berhormat Parit Buntar?
Saya dengan Yang Berhormat Arau! Saya dengan Yang Berhormat Arau!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Perangai itu jaga
baik Yang Berhormat Hulu Langat! Perangai itu jaga baik!
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Cakap elok-elok, saya tidak
gunakan perkataan tidak elok!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat
Arau habis bercakap sudah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya tidak gunakan perkataan
tidak elok!, Saya tidak gunakan perkataan tidak elok!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Eh, Yang
Berhormat Arau sudah habis bercakap Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya tidak gunakan perkataan
tidak elok! Saya tidak gunakan perkataan tidak elok!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Tolong ubah
perangai Yang Berhormat! Kalau tidak nak orang kata ubah perangai Yang Berhormat
Hulu Langat!
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Minta Yang Berhormat Arau tarik
balik! Minta Yang Berhormat Arau tarik balik! Ini jadi masalah. Semua ini tebuk atap semua
ini, tebuk atap. Atap tidak tebuk, atap pecahlah...
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu]: Tuan
Yang di-Pertua, minta kawal.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak, saya hendak tengok berapa orang hendak menjerit.
Rakyat sedang tengok. Teruskan, teruskan; rakyat sedang tengok. Teruskan.
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Arau, adakah Yang Berhormat Arau sebut perkataan yang
unparliamentary? Kalau tidak kata tidak, kalau ya kata ya.
[Dewan riuh]
Dengar orang lain, diam semua! Orang lain diam. Kalau Yang Berhormat Arau
betul-betul insan islamik, dia akan bercakap benar. Adakah Yang Berhormat Arau
bercakap unislamic word tadi, Yang Berhormat Arau? Saya jemput Yang Berhormat Arau
bangun.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: [Bercakap tanpa menggunakan
pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua tanya soalan apa tadi?
Tuan Yang di-Pertua: Soalan saya dengar betul-betul, Yang Berhormat Arau.
Adakah Yang Berhormat Arau mengeluarkan perkataan-perkataan unparliamentary
kepada Yang Berhormat Hulu Langat tadi? Kalau ya kata ya, kalau tidak kata tidak. Itu
sahaja.
| Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Tidak, saya dengan Yang. Berhormat Arau sekarang, bukan dengan Yang Berhormat Parit Buntar. Bukan dengan Yang Berhormat Parit Buntar!. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Perangai itu, perangai itu. Yang Berhormat Hulu Langat ubah sedikit. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Bukan dengan Yang Berhormat Parit Buntar! Bukan dengan Yang Berhormat Parit Buntar!. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Perangai itu ubah sedikit. Kalau tidak hendak orang kata, perangai itu jaga baik Yang Berhormat Hulu Langat!. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya dengan Yang Berhormat Arau! Saya dengan Yang Berhormat Arau! Apa masalah Yang Berhormat Parit Buntar? Saya dengan Yang Berhormat Arau! Saya dengan Yang Berhormat Arau!. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Perangai itu jaga baik Yang Berhormat Hulu Langat! Perangai itu jaga baik!. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Cakap elok-elok, saya tidak gunakan perkataan tidak elok!. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat Arau habis bercakap sudah. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya tidak gunakan perkataan tidak elok!, Saya tidak gunakan perkataan tidak elok!. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Eh, Yang Berhormat Arau sudah habis bercakap Yang Berhormat Hulu Langat. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Saya tidak gunakan perkataan tidak elok! Saya tidak gunakan perkataan tidak elok!. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Tolong ubah perangai Yang Berhormat! Kalau tidak nak orang kata ubah perangai Yang Berhormat Hulu Langat!. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Minta Yang Berhormat Arau tarik balik! Minta Yang Berhormat Arau tarik balik! Ini jadi masalah. Semua ini tebuk atap semua ini, tebuk atap. Atap tidak tebuk, atap pecahlah... Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua, minta kawal. Tuan Yang di-Pertua: Tidak, saya hendak tengok berapa orang hendak menjerit. Rakyat sedang tengok. Teruskan, teruskan; rakyat sedang tengok. Teruskan. [Dewan ketawa]. Yang Berhormat Arau, adakah Yang Berhormat Arau sebut perkataan yang unparliamentary? Kalau tidak kata tidak, kalau ya kata ya. [Dewan riuh]. Dengar orang lain, diam semua! Orang lain diam. Kalau Yang Berhormat Arau betul-betul insan islamik, dia akan bercakap benar. Adakah Yang Berhormat Arau bercakap unislamic word tadi, Yang Berhormat Arau? Saya jemput Yang Berhormat Arau bangun. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua tanya soalan apa tadi?. Tuan Yang di-Pertua: Soalan saya dengar betul-betul, Yang Berhormat Arau. Adakah Yang Berhormat Arau mengeluarkan perkataan-perkataan unparliamentary kepada Yang Berhormat Hulu Langat tadi? Kalau ya kata ya, kalau tidak kata tidak. Itu sahaja. | 65 | 75 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
66 DR.01.03.2023
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tidak, saya bermaksud jangan...
Tuan Yang di-Pertua: No, no. Saya hendak tanya persoalannya ya atau tidak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Niat di hati saya ikhlas. Saya orang
Islam.
Tuan Yang di-Pertua: Bukan niat, bukan niat. Pengucapan itu; ya atau tidak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tidak ada sangkaan buruk. Saya
kata jangan berperangai seperti kera di hutan...
Tuan Yang di-Pertua: Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Itu adalah dibenarkan, dalam
peribahasa. Saya tidak berniat pun...
Tuan Yang di-Pertua: Baik, itu maksudnya? Okey case closed. Duduk, terima
kasih. [Tepuk]. Yang Berhormat Kota Marudu silakan.
■1550
3.50 ptg.
Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu]: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan.
Salam Malaysia Madani.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat
Hulu Langat tidak faham.
Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu]: Pertama-tamanya saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan
saya ruang dan peluang untuk saya bersama-sama mengambil bahagian dalam
perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan atau Belanjawan Negara tahun 2023.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini, belum terlewat untuk saya merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pengundi di P168 Kota
Marudu yang telah memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili
mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang
Amat Berhormat Tambun atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Pada hari Jumaat yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri
Kewangan telah membentangkan Belanjawan Negara 2023 yang disifatkan sebagai
Belanjawan Madani. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pihak kerajaan kerana telah berjaya membentangkan belanjawan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyentuh serta memberikan beberapa
cadangan bagi turut sama membahas beberapa isu membabitkan Rang Undang-undang
Perbekalan 2023.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Perpaduan pada
hari ini merupakan sebuah kerajaan yang menggabungkan wakil daripada pelbagai parti
politik. Ia menuntut semua parti dan pemimpin politik untuk mengetepikan kepentingan
politik dan ideologi parti masing-masing untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil.
Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini tertubuh dengan latar belakang yang amat
berbeza serta berlainan daripada segi iltizam dan hala tuju politik masing-masing. Namun,
apa yang lebih penting kepada kita, kita semua mahukan kerajaan yang ada pada hari ini
benar-benar fokus, fokus kepada usaha bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu
rakyat serta meningkatkan tahap ekonomi negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan sulung saya dalam Dewan yang mulia ini,
izinkan saya untuk lebih fokus kepada hal ehwal Kota Marudu. Sebagai Ahli Parlimen
yang mewakili Kota Marudu, saya ingin menggariskan beberapa cadangan mengenai
| Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tidak, saya bermaksud jangan... Tuan Yang di-Pertua: No, no. Saya hendak tanya persoalannya ya atau tidak? Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Niat di hati saya ikhlas. Saya orang Islam. Tuan Yang di-Pertua: Bukan niat, bukan niat. Pengucapan itu; ya atau tidak? Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tidak ada sangkaan buruk. Saya kata jangan berperangai seperti kera di hutan... Tuan Yang di-Pertua: Okey. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Itu adalah dibenarkan, dalam peribahasa. Saya tidak berniat pun... Tuan Yang di-Pertua: Baik, itu maksudnya? Okey case closed. Duduk, terima kasih. [Tepuk]. Yang Berhormat Kota Marudu silakan. #1550. 3.50 ptg. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan. Salam Malaysia Madani. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat Hulu Langat tidak faham. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu]: Pertama-tamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan saya ruang dan peluang untuk saya bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan atau Belanjawan Negara tahun 2023. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini, belum terlewat untuk saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pengundi di P168 Kota Marudu yang telah memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Pada hari Jumaat yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan Negara 2023 yang disifatkan sebagai Belanjawan Madani. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah berjaya membentangkan belanjawan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyentuh serta memberikan beberapa cadangan bagi turut sama membahas beberapa isu membabitkan Rang Undang-undang Perbekalan 2023. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Perpaduan pada hari ini merupakan sebuah kerajaan yang menggabungkan wakil daripada pelbagai parti politik. Ia menuntut semua parti dan pemimpin politik untuk mengetepikan kepentingan politik dan ideologi parti masing-masing untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil. Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini tertubuh dengan latar belakang yang amat berbeza serta berlainan daripada segi iltizam dan hala tuju politik masing-masing. Namun, apa yang lebih penting kepada kita, kita semua mahukan kerajaan yang ada pada hari ini benar-benar fokus, fokus kepada usaha bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat serta meningkatkan tahap ekonomi negara kita. Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan sulung saya dalam Dewan yang mulia ini, izinkan saya untuk lebih fokus kepada hal ehwal Kota Marudu. Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili Kota Marudu, saya ingin menggariskan beberapa cadangan mengenai. | 66 | 76 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 67
pembangunan dan beberapa prasarana yang memerlukan penambahbaikan dengan
kadar yang amat segera.
Kita semua sedia maklum, Kota Marudu tergolong di antara daerah yang termiskin
di negara ini. Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira peruntukan pembangunan
yang telah diumumkan sebanyak RM99 bilion seperti mana yang telah diumumkan oleh
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam belanjawan pada Jumaat yang lepas
yang lebih menumpukan kepada program membasmi kemiskinan ataupun menoktahkan
kemiskinan, baik pulih prasarana awam dan juga program kemajuan desa. Sejajar
dengan pengumuman ini, besarlah harapan saya agar Kota Marudu tidak terlepas
pandang oleh kerajaan kerana selama ini Kota Marudu adalah antara daerah yang
termiskin di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingin menyebut tentang bagaimana untuk
membawa pelaburan ke kawasan Kota Marudu bagi meningkatkan ekonomi rakyat sebab
untuk membawa pelabur, kawasan tersebut perlulah mempunyai kemudahan asas yang
tersedia iaitu bekalan elektrik dan air yang sempurna dan jaringan jalan raya yang baik.
Pekan Kota Marudu bukan sahaja amat terkenal dengan kesesakan jalan raya
yang teruk sepanjang masa yang bukan disebabkan oleh kemajuan yang ada tetapi
disebabkan keadaan jalan yang sempit, sedangkan Daerah Kota Marudu ini merupakan
laluan alternatif Daerah Pitas dan juga Sandakan ataupun Pantai Timur. Saya mohon
Dewan yang mulia ini agar Kerajaan Persekutuan dapat membantu Kerajaan Negeri
Sabah untuk meng-upgrade ataupun menaiktarafkan, dengan izin, jalan Pekan Kota
Marudu ini daripada jalan sehala kepada jalan dua hala.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat jalan-jalan kampung menghubungkan kawasan
Pekan Kota Marudu dan juga perkampungan yang langsung tidak dapat dilalui kenderaan
biarpun kenderaan pacuan empat roda. Lebih teruk di musim tengkujuh kerana jalan-
jalan ini rosak teruk tanpa penyelenggaraan. Sekadar ingin menyebut berhubung tentang
jalan yang amat mendesak untuk dinaik taraf oleh pihak kerajaan dengan kadar yang
segera iaitu Jalan Tagibang, Jalan Panaitan, Terintidong ke Pampang Poring, Jalan
Koromoko, Jalan Subayang-Lotong ke Membatu Laut, Jalan Pinawantai, Inarandang,
Jalan Bingolon, Jalan Rampai, Jalan Muhang Teringai dan banyak lagi jalan-jalan yang
lain yang tidak sempat saya sebut satu persatu.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa Jalan Samparita dan Jalan
Songsogon, Mangadai telah pun mendapat peruntukan dan kontraktornya telah dilantik
oleh Kerajaan Madani ini pada Disember yang lepas. Saya minta pada Dewan yang mulia
ini agar kerajaan dapat meneruskan jalan ini kerana selama ini, inilah jalan yang paling
teruk di Kota Marudu. Oleh kerana baru-baru ini, saya telah menghantar bekalan
makanan ke dua sekolah di kawasan Mangadai. Kawasan ini mempunyai dua sekolah
iaitu SK Samparita, SK Mangadai, klinik dan juga mempunyai puluhan kampung di
kawasan ini.
Bukan sahaja kenderaan yang terkubur, malah salah seorang pegawai saya yang
turun dari kereta termasuk dalam lumpur di tengah-tengah jalan raya, tidak boleh keluar
daripada lumpur dan terpaksa ditarik oleh kenderaan untuk keluar daripada lumpur
tersebut. Jadi, inilah keadaan sebenar keadaan kawasan Kota Marudu dan memang
betullah kawasan kita ini antara yang termiskin di Malaysia. Oleh sebab itu, saya minta
Dewan yang mulia ini agar dapat memperhatikan kepentingan utama agar mendapat
perhatian yang penuh daripada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, masalah bekalan elektrik yang sering terputus, bekalan air
juga yang sering terputus sehingga beberapa hari ada yang memakan masa hingga
berminggu. Ini harus diutamakan untuk diambil tindakan dengan segera oleh kerajaan.
Kota Marudu perlu pembinaan empangan yang baharu bagi menampung keperluan rakyat
di kawasan ini.
Saya melihat, Tuan Yang di-Pertua, jurang antara pembangunan di negeri Sabah
berbanding dengan negeri-negeri yang lain amat ketara dan perlu diambil kira oleh
kerajaan untuk tindakan yang tepat dan drastik agar matlamat kerajaan untuk melihat
pembangunan yang sama rata dapat direalisasikan.
| pembangunan dan beberapa prasarana yang memerlukan penambahbaikan dengan kadar yang amat segera. Kita semua sedia maklum, Kota Marudu tergolong di antara daerah yang termiskin di negara ini. Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira peruntukan pembangunan yang telah diumumkan sebanyak RM99 bilion seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam belanjawan pada Jumaat yang lepas yang lebih menumpukan kepada program membasmi kemiskinan ataupun menoktahkan kemiskinan, baik pulih prasarana awam dan juga program kemajuan desa. Sejajar dengan pengumuman ini, besarlah harapan saya agar Kota Marudu tidak terlepas pandang oleh kerajaan kerana selama ini Kota Marudu adalah antara daerah yang termiskin di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingin menyebut tentang bagaimana untuk membawa pelaburan ke kawasan Kota Marudu bagi meningkatkan ekonomi rakyat sebab untuk membawa pelabur, kawasan tersebut perlulah mempunyai kemudahan asas yang tersedia iaitu bekalan elektrik dan air yang sempurna dan jaringan jalan raya yang baik. Pekan Kota Marudu bukan sahaja amat terkenal dengan kesesakan jalan raya yang teruk sepanjang masa yang bukan disebabkan oleh kemajuan yang ada tetapi disebabkan keadaan jalan yang sempit, sedangkan Daerah Kota Marudu ini merupakan laluan alternatif Daerah Pitas dan juga Sandakan ataupun Pantai Timur. Saya mohon Dewan yang mulia ini agar Kerajaan Persekutuan dapat membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk meng-upgrade ataupun menaiktarafkan, dengan izin, jalan Pekan Kota Marudu ini daripada jalan sehala kepada jalan dua hala. Tuan Yang di-Pertua, terdapat jalan-jalan kampung menghubungkan kawasan Pekan Kota Marudu dan juga perkampungan yang langsung tidak dapat dilalui kenderaan biarpun kenderaan pacuan empat roda. Lebih teruk di musim tengkujuh kerana jalan- jalan ini rosak teruk tanpa penyelenggaraan. Sekadar ingin menyebut berhubung tentang jalan yang amat mendesak untuk dinaik taraf oleh pihak kerajaan dengan kadar yang segera iaitu Jalan Tagibang, Jalan Panaitan, Terintidong ke Pampang Poring, Jalan Koromoko, Jalan Subayang-Lotong ke Membatu Laut, Jalan Pinawantai, Inarandang, Jalan Bingolon, Jalan Rampai, Jalan Muhang Teringai dan banyak lagi jalan-jalan yang lain yang tidak sempat saya sebut satu persatu. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa Jalan Samparita dan Jalan Songsogon, Mangadai telah pun mendapat peruntukan dan kontraktornya telah dilantik oleh Kerajaan Madani ini pada Disember yang lepas. Saya minta pada Dewan yang mulia ini agar kerajaan dapat meneruskan jalan ini kerana selama ini, inilah jalan yang paling teruk di Kota Marudu. Oleh kerana baru-baru ini, saya telah menghantar bekalan makanan ke dua sekolah di kawasan Mangadai. Kawasan ini mempunyai dua sekolah iaitu SK Samparita, SK Mangadai, klinik dan juga mempunyai puluhan kampung di kawasan ini. Bukan sahaja kenderaan yang terkubur, malah salah seorang pegawai saya yang turun dari kereta termasuk dalam lumpur di tengah-tengah jalan raya, tidak boleh keluar daripada lumpur dan terpaksa ditarik oleh kenderaan untuk keluar daripada lumpur tersebut. Jadi, inilah keadaan sebenar keadaan kawasan Kota Marudu dan memang betullah kawasan kita ini antara yang termiskin di Malaysia. Oleh sebab itu, saya minta Dewan yang mulia ini agar dapat memperhatikan kepentingan utama agar mendapat perhatian yang penuh daripada pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, masalah bekalan elektrik yang sering terputus, bekalan air juga yang sering terputus sehingga beberapa hari ada yang memakan masa hingga berminggu. Ini harus diutamakan untuk diambil tindakan dengan segera oleh kerajaan. Kota Marudu perlu pembinaan empangan yang baharu bagi menampung keperluan rakyat di kawasan ini. Saya melihat, Tuan Yang di-Pertua, jurang antara pembangunan di negeri Sabah berbanding dengan negeri-negeri yang lain amat ketara dan perlu diambil kira oleh kerajaan untuk tindakan yang tepat dan drastik agar matlamat kerajaan untuk melihat pembangunan yang sama rata dapat direalisasikan. | 67 | 77 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
68 DR.01.03.2023
Tuan Yang di-Pertua, saya amat yakin dengan kesungguhan dan kebijaksanaan
Yang Amat Berhormat Tambun di bawah pentadbiran Kerajaan Madani ini. Perkara pokok
yang perlu diselesaikan untuk kawasan Kota Marudu khususnya dan di negeri Sabah
amnya dapat disegerakan bagi memastikan rakyat di kawasan dapat menikmati kemajuan
yang sama dikecapi oleh daerah-daerah lain di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin tekankan bahawa ekonomi rakyat
hanya dapat direalisasikan oleh kerajaan sekiranya kerajaan serius dalam menyediakan
keperluan asas jaringan jalan raya yang baik serta bekalan elektrik dan air yang
sempurna. Saya yakin sekiranya kerajaan dapat melaksanakan ini, kawasan dan daerah
termiskin di Malaysia seperti di Kota Marudu, insya-Allah, ini akan membantu usaha
kerajaan dalam menoktahkan kewujudan miskin tegar.
Tuan Yang di-Pertua, bila mana Kota Marudu tersenarai di antara daerah yang
termiskin di Malaysia, sudah tentu banyak keperluan menyediakan rumah-rumah bagi
rakyat yang miskin tegar. Saya ingin berkongsi di sini, Tuan Yang di-Pertua. Di Kota
Marudu, ada kes di dalam satu rumah hingga empat keluarga yang tinggal kerana mereka
tidak mampu untuk membuat rumah masing-masing. Oleh sebab itu, dalam ucapan saya
ini, saya menyeru agar mohon kepada kerajaan, skim Program Perumahan Rakyat
Termiskin iaitu PPRT yang sering kita sebut dapat diteruskan serta dipertingkatkan demi
kemudahan dan kesejahteraan rakyat khususnya rakyat di Kota Marudu.
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga menyentuh mengenai isu sekolah-
sekolah daif dan klinik-klinik daif yang mana kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan
dengan kadar segera pembaikan 400 buah klinik dan juga 380 buah sekolah daif
melibatkan peruntukan RM1.2 bilion.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat]
Berhubung dengan perkara ini, saya juga ingin mohon kerajaan supaya bukan
sahaja tertumpu kepada pembaikan sekolah dan klinik tetapi juga melihat keperluan untuk
menaik taraf hospital yang juga tidak dapat menampung keperluan semasa malah banyak
peralatan yang tidak berfungsi yang berlaku di Hospital Kota Marudu.
Saya ingin bercerita sedikit. Banyak keluarga yang datang ataupun penduduk
yang datang kepada saya mengadu bila mana keluarga mereka meninggal, ada yang
mayat terpaksa dihantar ke Kudat, ke Hospital Kudat dan juga Hospital Pitas kerana
Hospital Kota Marudu, peti sejuk untuk mayat rosak semua. Begitu juga dengan bekalan
oksigen, ada kes kemalangan yang kita lambat untuk membekalkan oksigen kerana
bekalan oksigen di Kota Marudu terhad dan kekurangan.
Oleh sebab itu, saya menyeru kepada kerajaan agar melihat keperluan untuk
membina hospital yang baharu di kawasan Kota Marudu. Ini amat penting bagi
memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa
rakyat.
■1600
Sebagai kesimpulan dalam perbahasan saya pada hari ini, saya memohon
kepada pihak kerajaan peruntukan belanjawan yang dibacakan berbilion ringgit ini dapat
dicapai sasaran dalam usaha kerajaan untuk menoktahkan masalah miskin tegar di
negara ini. Segala program kerajaan haruslah dilaksanakan mengikut jadual yang
ditetapkan tanpa ada birokrasi di peringkat pelaksanaan.
Kalau kerajaan gagal memastikan perancangan dalam belanjawan ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna, keadaan miskin tegar dan menaik taraf kemudahan
infrastruktur tidak akan dapat mencapai sasaran dan yang akan merana adalah rakyat
yang selalunya mendengar belanjawan yang baik dan indah setiap tahun tetapi tidak akan
mengecap hasilnya. Seperti mereka mendengar guruh di langit tetapi hujan tidak akan
turun dan keadaan kemiskinan tegar ini masih berterusan menghimpit rakyat kita seperti
mana yang dialami oleh rakyat di Kota Marudu.
| Tuan Yang di-Pertua, saya amat yakin dengan kesungguhan dan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Tambun di bawah pentadbiran Kerajaan Madani ini. Perkara pokok yang perlu diselesaikan untuk kawasan Kota Marudu khususnya dan di negeri Sabah amnya dapat disegerakan bagi memastikan rakyat di kawasan dapat menikmati kemajuan yang sama dikecapi oleh daerah-daerah lain di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin tekankan bahawa ekonomi rakyat hanya dapat direalisasikan oleh kerajaan sekiranya kerajaan serius dalam menyediakan keperluan asas jaringan jalan raya yang baik serta bekalan elektrik dan air yang sempurna. Saya yakin sekiranya kerajaan dapat melaksanakan ini, kawasan dan daerah termiskin di Malaysia seperti di Kota Marudu, insya-Allah, ini akan membantu usaha kerajaan dalam menoktahkan kewujudan miskin tegar. Tuan Yang di-Pertua, bila mana Kota Marudu tersenarai di antara daerah yang termiskin di Malaysia, sudah tentu banyak keperluan menyediakan rumah-rumah bagi rakyat yang miskin tegar. Saya ingin berkongsi di sini, Tuan Yang di-Pertua. Di Kota Marudu, ada kes di dalam satu rumah hingga empat keluarga yang tinggal kerana mereka tidak mampu untuk membuat rumah masing-masing. Oleh sebab itu, dalam ucapan saya ini, saya menyeru agar mohon kepada kerajaan, skim Program Perumahan Rakyat Termiskin iaitu PPRT yang sering kita sebut dapat diteruskan serta dipertingkatkan demi kemudahan dan kesejahteraan rakyat khususnya rakyat di Kota Marudu. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga menyentuh mengenai isu sekolah- sekolah daif dan klinik-klinik daif yang mana kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan 400 buah klinik dan juga 380 buah sekolah daif melibatkan peruntukan RM1.2 bilion. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]. Berhubung dengan perkara ini, saya juga ingin mohon kerajaan supaya bukan sahaja tertumpu kepada pembaikan sekolah dan klinik tetapi juga melihat keperluan untuk menaik taraf hospital yang juga tidak dapat menampung keperluan semasa malah banyak peralatan yang tidak berfungsi yang berlaku di Hospital Kota Marudu. Saya ingin bercerita sedikit. Banyak keluarga yang datang ataupun penduduk yang datang kepada saya mengadu bila mana keluarga mereka meninggal, ada yang mayat terpaksa dihantar ke Kudat, ke Hospital Kudat dan juga Hospital Pitas kerana Hospital Kota Marudu, peti sejuk untuk mayat rosak semua. Begitu juga dengan bekalan oksigen, ada kes kemalangan yang kita lambat untuk membekalkan oksigen kerana bekalan oksigen di Kota Marudu terhad dan kekurangan. Oleh sebab itu, saya menyeru kepada kerajaan agar melihat keperluan untuk membina hospital yang baharu di kawasan Kota Marudu. Ini amat penting bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat. #1600 Sebagai kesimpulan dalam perbahasan saya pada hari ini, saya memohon kepada pihak kerajaan peruntukan belanjawan yang dibacakan berbilion ringgit ini dapat dicapai sasaran dalam usaha kerajaan untuk menoktahkan masalah miskin tegar di negara ini. Segala program kerajaan haruslah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan tanpa ada birokrasi di peringkat pelaksanaan. Kalau kerajaan gagal memastikan perancangan dalam belanjawan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, keadaan miskin tegar dan menaik taraf kemudahan infrastruktur tidak akan dapat mencapai sasaran dan yang akan merana adalah rakyat yang selalunya mendengar belanjawan yang baik dan indah setiap tahun tetapi tidak akan mengecap hasilnya. Seperti mereka mendengar guruh di langit tetapi hujan tidak akan turun dan keadaan kemiskinan tegar ini masih berterusan menghimpit rakyat kita seperti mana yang dialami oleh rakyat di Kota Marudu. | 68 | 78 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 69
Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan dengan pelaksanaan belanjawan,
jurang perbezaan pembangunan yang amat ketara di antara negeri-negeri Semenanjung
serta Sabah dan Sarawak dapat kita kecilkan. Dalam masa yang sama, rakyat Sabah dan
Sarawak akan yakin bahawa Kerajaan Madani ini serius dalam mewujudkan
pembangunan yang seimbang di semua negeri. Rakyat tidak boleh tunggu lagi. Kerajaan
bertukar ganti tetapi keadaan luar bandar masih keadaan yang sama. Khususnya dari
Kota Marudu, tidak jauh berbeza dan tidak jauh berbeza. Kerajaan Madani kena buktikan
dalam masa lima tahun ini kita boleh membawa pembangunan serta menoktahkan miskin
tegar di negara kita. Kami sebagai wakil rakyat akan bekerja sehabis baik dalam
memastikan segala perancangan dan program kerajaan insya-Allah dapat dilaksanakan
demi rakyat dan negara yang kita sayangi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat
Berhormat Tambun kerana memperuntukkan RM6.5 bilion kepada wilayah Sabah dan
peruntukan khas RM300 juta kepada negeri Sabah. Semoga peruntukan ini akan
membantu sedikit sebanyak agar rakyat Kota Marudu keluar daripada kepompong
kemiskinan di masa akan datang.
Akhir sekali, oleh kerana masa telah habis, saya mengucapkan berbanyak-
banyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada
saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang
Perbekalan Belanjawan tahun 2023 ini. Saya mewakili Parlimen Kota Marudu menyokong
penuh atas rang undang-undang ini. Kota Marudu mohon menyokong. Sekian, terima
kasih. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih Yang
Berhormat Kota Marudu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Beruas.
4.02 ptg.
Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana
memberi peluang kepada saya untuk berbahas Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan
di Dewan Rakyat yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah
mengumumkan bahawa hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60
peratus KDNK bagi tahun 2023. Jika dimasukkan liabiliti yang lain, ia akan mencecah
RM1.5 trilion atau 81 peratus KDNK. Bayaran khidmat hutang tahun ini mencecah RM46
bilion atau 16 peratus daripada hasil kerajaan dan bayaran RM46 bilion ini hanya untuk
bayaran faedah atau bunga pinjaman dan bukan hutang pokok. Pengumuman ini amat
membimbangkan jika dibandingkan dengan keadaan hutang dan liabiliti kerajaan pada
akhir tahun 2018, hutang adalah RM741.05 bilion atau 51.2 peratus KDNK dan jika
dimasukkan liabiliti lain mencecah RM1.09 trilion.
Kalau lima tahun ini hutang sudah naik 61.93 peratus atau lebih kurang 62 peratus
iaitu RM458.95 bilion. Ini satu perkara yang memang membimbangkan. Mereka yang tidak
menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan untuk
mentadbir negara ini dalam pilihan raya ke-14 pada tahun 2018 hendaklah
bertanggungjawab ke atas keadaan kenaikan mendadak hutang dan liabiliti ini. Rampasan
kuasa Langkah Sheraton telah menyebabkan ketidakstabilan politik dan pentadbiran
mereka yang merampas kuasa ini tidak cekap, boros, menyalahgunakan kuasa dan
berlaku rasuah yang berleluasa telah menyebabkan hutang liabiliti yang naik mendadak
ini.
Untuk kita mengatasi cabaran-cabaran ini dan maju ke depan, rakyat jelata
hendaklah bersatu-padu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun sebagai
Perdana Menteri. Saya mencadangkan tiga perkara yang kita perlu lakukan untuk
mengatasi cabaran hutang dan liabiliti yang tinggi ini. Perkara pertama ialah perpaduan
rakyat, kedua kita mesti menjana kekayaan dan ketiga kita mesti lakukan penjimatan.
Tentang perpaduan rakyat, sering kali berlainan agama dan kaum menjadi titik
perpecahan masyarakat kita. Semua agama dan kaum mengiktiraf tuhan wujud sebelum
agama dan kaum mereka. Jadi, mana-mana orang yang percaya kepada tuhan, haruslah
| Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan dengan pelaksanaan belanjawan, jurang perbezaan pembangunan yang amat ketara di antara negeri-negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dapat kita kecilkan. Dalam masa yang sama, rakyat Sabah dan Sarawak akan yakin bahawa Kerajaan Madani ini serius dalam mewujudkan pembangunan yang seimbang di semua negeri. Rakyat tidak boleh tunggu lagi. Kerajaan bertukar ganti tetapi keadaan luar bandar masih keadaan yang sama. Khususnya dari Kota Marudu, tidak jauh berbeza dan tidak jauh berbeza. Kerajaan Madani kena buktikan dalam masa lima tahun ini kita boleh membawa pembangunan serta menoktahkan miskin tegar di negara kita. Kami sebagai wakil rakyat akan bekerja sehabis baik dalam memastikan segala perancangan dan program kerajaan insya-Allah dapat dilaksanakan demi rakyat dan negara yang kita sayangi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana memperuntukkan RM6.5 bilion kepada wilayah Sabah dan peruntukan khas RM300 juta kepada negeri Sabah. Semoga peruntukan ini akan membantu sedikit sebanyak agar rakyat Kota Marudu keluar daripada kepompong kemiskinan di masa akan datang. Akhir sekali, oleh kerana masa telah habis, saya mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan tahun 2023 ini. Saya mewakili Parlimen Kota Marudu menyokong penuh atas rang undang-undang ini. Kota Marudu mohon menyokong. Sekian, terima kasih. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Beruas. 4.02 ptg. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023. Jika dimasukkan liabiliti yang lain, ia akan mencecah RM1.5 trilion atau 81 peratus KDNK. Bayaran khidmat hutang tahun ini mencecah RM46 bilion atau 16 peratus daripada hasil kerajaan dan bayaran RM46 bilion ini hanya untuk bayaran faedah atau bunga pinjaman dan bukan hutang pokok. Pengumuman ini amat membimbangkan jika dibandingkan dengan keadaan hutang dan liabiliti kerajaan pada akhir tahun 2018, hutang adalah RM741.05 bilion atau 51.2 peratus KDNK dan jika dimasukkan liabiliti lain mencecah RM1.09 trilion. Kalau lima tahun ini hutang sudah naik 61.93 peratus atau lebih kurang 62 peratus iaitu RM458.95 bilion. Ini satu perkara yang memang membimbangkan. Mereka yang tidak menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negara ini dalam pilihan raya ke-14 pada tahun 2018 hendaklah bertanggungjawab ke atas keadaan kenaikan mendadak hutang dan liabiliti ini. Rampasan kuasa Langkah Sheraton telah menyebabkan ketidakstabilan politik dan pentadbiran mereka yang merampas kuasa ini tidak cekap, boros, menyalahgunakan kuasa dan berlaku rasuah yang berleluasa telah menyebabkan hutang liabiliti yang naik mendadak ini. Untuk kita mengatasi cabaran-cabaran ini dan maju ke depan, rakyat jelata hendaklah bersatu-padu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri. Saya mencadangkan tiga perkara yang kita perlu lakukan untuk mengatasi cabaran hutang dan liabiliti yang tinggi ini. Perkara pertama ialah perpaduan rakyat, kedua kita mesti menjana kekayaan dan ketiga kita mesti lakukan penjimatan. Tentang perpaduan rakyat, sering kali berlainan agama dan kaum menjadi titik perpecahan masyarakat kita. Semua agama dan kaum mengiktiraf tuhan wujud sebelum agama dan kaum mereka. Jadi, mana-mana orang yang percaya kepada tuhan, haruslah. | 69 | 79 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
70 DR.01.03.2023
mengamalkan agama mereka secara inklusif dan menghormati perbezaan di antara
manusia yang tuhan ciptakan. Saya ingin memuji Kerajaan Perpaduan sekarang yang
senantiasa menekankan bahawa negara kita adalah negara majmuk, pelbagai bangsa
dan agama dan kita senantiasa mesti bersatu-padu.
Saya sedih isu remeh seperti kod pakaian orang awam ke pejabat kerajaan telah
memecahbelahkan perpaduan rakyat. Kita tidak boleh mengenakan nilai-nilai moral dan
kepercayaan kita sendiri ke atas orang lain. Bayangkan apa akan terjadi kalau orang Islam
menyatakan semua orang lain tidak boleh makan daging babi. Orang Hindu melarang
orang lain makan daging lembu dan orang vegetarian melarang orang makan semua jenis
daging. Saya berharap kerajaan dapat menangani isu ini dengan menetapkan bahawa
kod pakaian ke pejabat kerajaan ini hanyalah satu nasihat atau advisory sahaja dan tidak
boleh dikuatkuasakan sebagai satu undang-undang.
Perkara kedua, menjana kekayaan. Kekayaan boleh dijana dengan penambahan
aktiviti ekonomi, memupuk bakat-bakat dan memastikan bakat-bakat ini kekal dalam
negara kita. Setiap rakyat yang rajin harus dihargai. Kerajaan haruslah menolong
mempertingkatkan aktiviti-aktiviti ekonomi dan keupayaan mereka. Malahannya ada
beberapa perkara yang menyebabkan mereka yang rajin ini tidak produktif lagi. Bakat-
bakat tidak dipupuk dengan baik dan ramai bakat kita tidak berada dalam negara kita
tetapi berhijrah ke negara lain. Mereka patut digalakkan terus dalam negara kita untuk
menjana kekayaan.
Saya bagi tiga contoh. Contoh pertama, nelayan kita. Tidak ramai lagi rakyat
Malaysia yang ingin bekerja sebagai nelayan atau terlibat dalam industri perikanan laut.
Ini adalah kerana pengusaha-pengusaha perikanan ditindas oleh undang-undang Akta
Perikanan 1985 untuk berpuluh-puluh tahun. Di bawah seksyen 50(2) Akta Perikanan
1985, vessel atau bot dan kelengkapan yang disita sementara menunggu perbicaraan di
mahkamah tidak boleh dipulangkan balik kepada tuan punya melainkan wang jaminan
yang sama nilai dengan vessel dan kelengkapan itu dibayar.
Jika vessel seorang nelayan bernilai RM1 juta— saya bagi misalan. Di mana dia
telah mendapat pinjaman RM500,000 dari bank untuk membiayai pembinaan vessel
tersebut, bagaimanakah hendak beliau cari RM1 juta sebagai wang jaminan untuk
mendapat balik vessel atau bot tersebut. Jika vessel tidak dijamin keluar, vessel ini akan
menjadi vessel buruk atau bot buruk apabila kes mahkamah tamat kerana biasanya kes
mahkamah akan mengambil beberapa tahun.
■1610
Seksyen 51 memperuntukkan bahawa kos menahan dan menjaga vessel atau bot
ini sementara kes mahkamah berjalan hendaklah dibiayai oleh tuan punya vessel atau bot
jika mereka didapati bersalah oleh mahkamah dan Seksyen 52 memperuntukkan bahawa
mahkamah tidak ada budi bicara tetapi mesti melucutkan hak ke atas vessel atau bot dan
kelengkapan jika nelayan atau tuan punya vessel didapati bersalah biarpun kesalahan itu
amat kecil. Dengan undang-undang sedemikian, nelayan mana yang berani untuk
mencabar pegawai agensi-agensi penguat kuasa atau menuntut keadilan di mahkamah.
Oleh itu, berlakulah salah guna kuasa dan permintaan rasuah yang berleluasa daripada
nelayan-nelayan.
Sebagai seorang peguam selama 32 tahun akta ini berkuat kuasa, tiada seorang
nelayan yang berani ke mahkamah untuk menuntut keadilan apabila saya menasihati
mereka tentang peruntukan-peruntukan undang-undang ini. Masa undang-undang ini
mula-mula berkuat kuasa, nelayan-nelayan seluruh negara telah membantah dan
berdemonstrasi tentang peruntukan-peruntukan ini tetapi kerajaan-kerajaan yang lepas
tidak menghiraukan mereka. Akibatnya semakin kurang orang yang sudi menjadi nelayan
atau pengusaha perikanan laut.
Kerajaan baharu ini hendaklah meminda undang-undang yang zalim dan yang
tidak adil ini. Saya berharap lebih ramai selepas pindaan ini akan sudi sekali lagi menjadi
nelayan di negara kita. Ini akan menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.
Sudah jatuh ditimpa tangga. Nelayan-nelayan sekarang berdepan dengan beberapa
| mengamalkan agama mereka secara inklusif dan menghormati perbezaan di antara manusia yang tuhan ciptakan. Saya ingin memuji Kerajaan Perpaduan sekarang yang senantiasa menekankan bahawa negara kita adalah negara majmuk, pelbagai bangsa dan agama dan kita senantiasa mesti bersatu-padu. Saya sedih isu remeh seperti kod pakaian orang awam ke pejabat kerajaan telah memecahbelahkan perpaduan rakyat. Kita tidak boleh mengenakan nilai-nilai moral dan kepercayaan kita sendiri ke atas orang lain. Bayangkan apa akan terjadi kalau orang Islam menyatakan semua orang lain tidak boleh makan daging babi. Orang Hindu melarang orang lain makan daging lembu dan orang vegetarian melarang orang makan semua jenis daging. Saya berharap kerajaan dapat menangani isu ini dengan menetapkan bahawa kod pakaian ke pejabat kerajaan ini hanyalah satu nasihat atau advisory sahaja dan tidak boleh dikuatkuasakan sebagai satu undang-undang. Perkara kedua, menjana kekayaan. Kekayaan boleh dijana dengan penambahan aktiviti ekonomi, memupuk bakat-bakat dan memastikan bakat-bakat ini kekal dalam negara kita. Setiap rakyat yang rajin harus dihargai. Kerajaan haruslah menolong mempertingkatkan aktiviti-aktiviti ekonomi dan keupayaan mereka. Malahannya ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka yang rajin ini tidak produktif lagi. Bakat- bakat tidak dipupuk dengan baik dan ramai bakat kita tidak berada dalam negara kita tetapi berhijrah ke negara lain. Mereka patut digalakkan terus dalam negara kita untuk menjana kekayaan. Saya bagi tiga contoh. Contoh pertama, nelayan kita. Tidak ramai lagi rakyat Malaysia yang ingin bekerja sebagai nelayan atau terlibat dalam industri perikanan laut. Ini adalah kerana pengusaha-pengusaha perikanan ditindas oleh undang-undang Akta Perikanan 1985 untuk berpuluh-puluh tahun. Di bawah seksyen 50(2) Akta Perikanan 1985, vessel atau bot dan kelengkapan yang disita sementara menunggu perbicaraan di mahkamah tidak boleh dipulangkan balik kepada tuan punya melainkan wang jaminan yang sama nilai dengan vessel dan kelengkapan itu dibayar. Jika vessel seorang nelayan bernilai RM1 juta-- saya bagi misalan. Di mana dia telah mendapat pinjaman RM500,000 dari bank untuk membiayai pembinaan vessel tersebut, bagaimanakah hendak beliau cari RM1 juta sebagai wang jaminan untuk mendapat balik vessel atau bot tersebut. Jika vessel tidak dijamin keluar, vessel ini akan menjadi vessel buruk atau bot buruk apabila kes mahkamah tamat kerana biasanya kes mahkamah akan mengambil beberapa tahun. #1610. Seksyen 51 memperuntukkan bahawa kos menahan dan menjaga vessel atau bot ini sementara kes mahkamah berjalan hendaklah dibiayai oleh tuan punya vessel atau bot jika mereka didapati bersalah oleh mahkamah dan Seksyen 52 memperuntukkan bahawa mahkamah tidak ada budi bicara tetapi mesti melucutkan hak ke atas vessel atau bot dan kelengkapan jika nelayan atau tuan punya vessel didapati bersalah biarpun kesalahan itu amat kecil. Dengan undang-undang sedemikian, nelayan mana yang berani untuk mencabar pegawai agensi-agensi penguat kuasa atau menuntut keadilan di mahkamah. Oleh itu, berlakulah salah guna kuasa dan permintaan rasuah yang berleluasa daripada nelayan-nelayan. Sebagai seorang peguam selama 32 tahun akta ini berkuat kuasa, tiada seorang nelayan yang berani ke mahkamah untuk menuntut keadilan apabila saya menasihati mereka tentang peruntukan-peruntukan undang-undang ini. Masa undang-undang ini mula-mula berkuat kuasa, nelayan-nelayan seluruh negara telah membantah dan berdemonstrasi tentang peruntukan-peruntukan ini tetapi kerajaan-kerajaan yang lepas tidak menghiraukan mereka. Akibatnya semakin kurang orang yang sudi menjadi nelayan atau pengusaha perikanan laut. Kerajaan baharu ini hendaklah meminda undang-undang yang zalim dan yang tidak adil ini. Saya berharap lebih ramai selepas pindaan ini akan sudi sekali lagi menjadi nelayan di negara kita. Ini akan menyumbang kepada keterjaminan makanan negara. Sudah jatuh ditimpa tangga. Nelayan-nelayan sekarang berdepan dengan beberapa. | 70 | 80 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 71
agensi penguat kuasa. Mereka terpaksa berdepan dengan Jabatan Laut, Jabatan
Perikanan dan agensi penguatkuasaan maritim.
Kalau dituduh sahaja, mereka bersalah oleh mana-mana pegawai penguat kuasa
terpaksalah mereka akur sungguhpun tidak bersalah. Ini kerana mahkamah bukannya
satu tempat yang mereka boleh menuntut keadilan kerana undang-undang yang tidak adil
yang telah saya nyatakan tadi. Mereka hanya ada dua pilihan yang tidak adil iaitu
membayar kompaun atau membayar rasuah.
Contoh kedua, berhubung pekebun-pekebun dan peladang-peladang. Kerajaan
hendaklah bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri mengatasi keperluan tanah oleh
pekebun-pekebun dan petani-petani yang menjalankan aktiviti-aktiviti cocok tanam
mereka secara teratur supaya pemusnahan pokok-pokok durian di Raub, Pahang secara
besar-besaran tidak berlaku. Begitu juga dengan isu pemusnahan sayur-sayuran di
Cameron Highlands kerana isu penanaman haram atas tanah kerajaan.
Contoh ketiga iaitu memupuk bakat dengan baik dan mengekalkan bakat-bakat
dalam negara supaya mereka boleh menolong menjana kekayaan untuk negara kita. Ini
adalah satu lagi cara penjanaan kekayaan. Dalam memupuk bakat, kita mestilah jujur
dalam menilai prestasi murid-murid kita. Ramai tidak percaya dengan keputusan SPM
untuk tahun 2020 di mana murid-murid mendapat keputusan yang lebih cemerlang
daripada tahun 2019 sungguhpun mereka tidak ke sekolah untuk beberapa bulan kerana
Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19.
Kita jangan mengeluarkan graduan yang ‘cemerlang’ dengan menurunkan
markah kecemerlangan atau markah untuk lulus. Adakah ini sebabnya lebih daripada 10
peratus daripada anak muda kita di bawah 25 tahun yang menganggur dan juga gaji
mereka rendah.
Tuan Jamaluddin bin Yahya [Pasir Salak]: Yang Berhormat Beruas, mohon
penjelasan.
Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Saya tak ada cukup masa. Kalau boleh saya
siapkan dahulu. Mohon maaf. Ramai orang juga tidak percaya pengambilan jawatan
penjawat-penjawat awam adalah berasaskan meritokrasi di mana 90 peratus penjawat-
penjawat awam tersebut terdiri daripada kaum bumiputera. Begitu jugalah dengan
pengumuman bahawa pengambilan penuntut-penuntut di institusi-institusi universiti-
universiti awam adalah berdasarkan meritokrasi kerana ada murid-murid bukan
bumiputera yang mendapat markah cemerlang, penuh markah yang tidak ditawarkan
kursus yang dimohon oleh mereka. Kalau pengumuman ini tidak berasas, ia akan
menimbulkan soal kredibiliti agensi-agensi ataupun jabatan-jabatan kerajaan.
Akibat tidak puas hati dengan ketidakadilan yang berlaku, ramai telah berhijrah
ke negara lain yang begitu gembira menerima mereka dengan menawarkan biasiswa
kepada mereka untuk melanjutkan pengajian mereka.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung.
Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Satu lagi sebab ramai anak Malaysia yang
berhijrah ke luar negara...
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung.
Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Last point. Ramai anak Malaysia yang berhijrah
ke luar negara atau tidak pulang ke Malaysia selepas habis pengajian di luar negara
adalah kerana perkahwinan di antara seorang Islam dan pasangannya yang bukan Islam.
Bukan semua orang menganggap agama itu penting. Isu ini mungkin sensitif kepada
sesetengah pihak. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan, kerajaan hendaklah
menyelesaikan isu ini agar negara kita ini ada ruang untuk setiap rakyat Malaysia.
Poin yang terakhir ialah penjimatan. Projek yang membazir mesti diberhentikan.
Sebagai contoh, pembinaan jejantas melintas jalan laluan FT.15 Ayer Tawar di tepi
simpang lampu isyarat Batu 16 Ayer Tawar, Perak di kawasan saya bernilai RM7.7 juta.
Projek ini terlalu mahal bagi satu jejantas biasa sahaja. Kalau atas jejantas ada kedai, ada
| agensi penguat kuasa. Mereka terpaksa berdepan dengan Jabatan Laut, Jabatan Perikanan dan agensi penguatkuasaan maritim. Kalau dituduh sahaja, mereka bersalah oleh mana-mana pegawai penguat kuasa terpaksalah mereka akur sungguhpun tidak bersalah. Ini kerana mahkamah bukannya satu tempat yang mereka boleh menuntut keadilan kerana undang-undang yang tidak adil yang telah saya nyatakan tadi. Mereka hanya ada dua pilihan yang tidak adil iaitu membayar kompaun atau membayar rasuah. Contoh kedua, berhubung pekebun-pekebun dan peladang-peladang. Kerajaan hendaklah bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri mengatasi keperluan tanah oleh pekebun-pekebun dan petani-petani yang menjalankan aktiviti-aktiviti cocok tanam mereka secara teratur supaya pemusnahan pokok-pokok durian di Raub, Pahang secara besar-besaran tidak berlaku. Begitu juga dengan isu pemusnahan sayur-sayuran di Cameron Highlands kerana isu penanaman haram atas tanah kerajaan. Contoh ketiga iaitu memupuk bakat dengan baik dan mengekalkan bakat-bakat dalam negara supaya mereka boleh menolong menjana kekayaan untuk negara kita. Ini adalah satu lagi cara penjanaan kekayaan. Dalam memupuk bakat, kita mestilah jujur dalam menilai prestasi murid-murid kita. Ramai tidak percaya dengan keputusan SPM untuk tahun 2020 di mana murid-murid mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada tahun 2019 sungguhpun mereka tidak ke sekolah untuk beberapa bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19. Kita jangan mengeluarkan graduan yang 'cemerlang' dengan menurunkan markah kecemerlangan atau markah untuk lulus. Adakah ini sebabnya lebih daripada 10 peratus daripada anak muda kita di bawah 25 tahun yang menganggur dan juga gaji mereka rendah. Tuan Jamaluddin bin Yahya [Pasir Salak]: Yang Berhormat Beruas, mohon penjelasan. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Saya tak ada cukup masa. Kalau boleh saya siapkan dahulu. Mohon maaf. Ramai orang juga tidak percaya pengambilan jawatan penjawat-penjawat awam adalah berasaskan meritokrasi di mana 90 peratus penjawat- penjawat awam tersebut terdiri daripada kaum bumiputera. Begitu jugalah dengan pengumuman bahawa pengambilan penuntut-penuntut di institusi-institusi universiti- universiti awam adalah berdasarkan meritokrasi kerana ada murid-murid bukan bumiputera yang mendapat markah cemerlang, penuh markah yang tidak ditawarkan kursus yang dimohon oleh mereka. Kalau pengumuman ini tidak berasas, ia akan menimbulkan soal kredibiliti agensi-agensi ataupun jabatan-jabatan kerajaan. Akibat tidak puas hati dengan ketidakadilan yang berlaku, ramai telah berhijrah ke negara lain yang begitu gembira menerima mereka dengan menawarkan biasiswa kepada mereka untuk melanjutkan pengajian mereka. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Satu lagi sebab ramai anak Malaysia yang berhijrah ke luar negara... Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Last point. Ramai anak Malaysia yang berhijrah ke luar negara atau tidak pulang ke Malaysia selepas habis pengajian di luar negara adalah kerana perkahwinan di antara seorang Islam dan pasangannya yang bukan Islam. Bukan semua orang menganggap agama itu penting. Isu ini mungkin sensitif kepada sesetengah pihak. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan, kerajaan hendaklah menyelesaikan isu ini agar negara kita ini ada ruang untuk setiap rakyat Malaysia. Poin yang terakhir ialah penjimatan. Projek yang membazir mesti diberhentikan. Sebagai contoh, pembinaan jejantas melintas jalan laluan FT.15 Ayer Tawar di tepi simpang lampu isyarat Batu 16 Ayer Tawar, Perak di kawasan saya bernilai RM7.7 juta. Projek ini terlalu mahal bagi satu jejantas biasa sahaja. Kalau atas jejantas ada kedai, ada. | 71 | 81 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
72 DR.01.03.2023
air conditioner mungkinlah harga ini berpatutan tetapi jumlah RM7.7 juta untuk satu
jejantas biasa adalah terlalu mahal.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat
Beruas, isu ini boleh bawa ke Kamar Khas.
Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Ya, okey. Saya mahu siapkan. Saya bagi contoh
berkenaan penjimatan.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Tak cukup masa.
Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Okey, let me finish. Give me one more minute
ya. Projek ini dikatakan memberi kemudahan kepada Masjid Al Falah dan Sekolah
Kebangsaan Ayer Tawar tetapi kedua-dua pihak ini menyatakan ia tidak sesuai dan
merupakan satu pembaziran wang awam. Saya minta kerajaan memberhentikan projek
ini dan wang ini digunakan untuk keperluan yang lain. Ini contoh yang last, saya akan
habiskan ucapan saya.
Lagi satu contoh di mana pembaziran berlaku ialah sistem tender yang tidak lulus.
Sebagai contoh, kos projek membina bumbung gelanggang bola keranjang di Kampung
Raja Hitam, Ayer Tawar. Jika dibuat oleh pihak swasta, harganya hanya RM220,000.
Melalui Majlis Perbadanan Manjung, melalui peruntukan Ahli Parlimen saya,
memperuntukkan wang sebanyak RM250,000 untuk projek tersebut. Akan tetapi Majlis
Perbandaran Manjung tidak sudi melaksanakan projek tersebut dan memohon kepada
saya peruntukan sebanyak RM350,000. Akhirnya projek tersebut telah dilaksanakan oleh
pihak swasta dengan harga RM220,000 dan ditambah sistem elektrik dan lampu-lampu
gelanggang tersebut. Keseluruhannya hanya RM250,000.
Harga MPM sungguhpun melalui sistem tender adalah lebih daripada 59 peratus
daripada harga pihak swasta. Keuntungan atas angin lebih kurang RM130,000 ini
memang tidak boleh diterima untuk projek yang sekecil RM220,000. Oleh yang
sedemikian, saya mohon kerajaan mengkaji semula sistem tender supaya ia dilakukan
secara telus dan baik. Saya menyokong perbelanjaan yang dibentangkan dan harap
pandangan-pandangan saya dapat diambil kira oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
■1620
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih, saya
menjemput Yang Berhormat Gua Musang.
4.20 ptg.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang]: Bismillahi Rahmani Rahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas
peluang yang diberikan kepada Gua Musang untuk perbahasan Bajet 2023 kali ini. Tuan
Yang di-Pertua, terlebih dahulu Gua Musang ingin merakamkan ucapan tahniah atas
pembentangan Bajet 2023 dengan tema Membangun Malaysia Madani oleh Yang Amat
Berhormat Tambun, merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2023 yang
lepas.
Sebagaimana yang kita ketahui, bajet kali ini yang berjumlah RM289.1 bilion iaitu
bagi perbelanjaan mengurus dan RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, memang
satu jumlah yang cukup besar dan cukup berani oleh seorang Menteri Kewangan di saat
negara kita Malaysia masih lagi dibelenggu oleh ketidaktentuan ekonomi dan peningkatan
kadar inflasi. Apa pun, secara keseluruhannya bajet ini saling tidak tumpah dengan Bajet
2023 yang telah dibentangkan oleh mantan Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2022 yang
lepas.
Ternyatalah kepada kita rakyat Malaysia bahawa Menteri Kewangan Kerajaan
Madani ini tidak ada idea baharu dalam mencongak kerangka perbelanjaan negara. Tuan
Yang di-Pertua, dengan status raja reformis, apakah strategi Yang Amat Berhormat
Tambun untuk meningkatkan pendapatan negara dalam tempoh lima tahun akan datang?
Apakah langkah-langkah dan strategi yang berbisa oleh Yang Amat Berhormat Tambun
untuk memacu semula pertumbuhan ekonomi negara?
| air conditioner mungkinlah harga ini berpatutan tetapi jumlah RM7.7 juta untuk satu jejantas biasa adalah terlalu mahal. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat Beruas, isu ini boleh bawa ke Kamar Khas. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Ya, okey. Saya mahu siapkan. Saya bagi contoh berkenaan penjimatan. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Tak cukup masa. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Okey, let me finish. Give me one more minute ya. Projek ini dikatakan memberi kemudahan kepada Masjid Al Falah dan Sekolah Kebangsaan Ayer Tawar tetapi kedua-dua pihak ini menyatakan ia tidak sesuai dan merupakan satu pembaziran wang awam. Saya minta kerajaan memberhentikan projek ini dan wang ini digunakan untuk keperluan yang lain. Ini contoh yang last, saya akan habiskan ucapan saya. Lagi satu contoh di mana pembaziran berlaku ialah sistem tender yang tidak lulus. Sebagai contoh, kos projek membina bumbung gelanggang bola keranjang di Kampung Raja Hitam, Ayer Tawar. Jika dibuat oleh pihak swasta, harganya hanya RM220,000. Melalui Majlis Perbadanan Manjung, melalui peruntukan Ahli Parlimen saya, memperuntukkan wang sebanyak RM250,000 untuk projek tersebut. Akan tetapi Majlis Perbandaran Manjung tidak sudi melaksanakan projek tersebut dan memohon kepada saya peruntukan sebanyak RM350,000. Akhirnya projek tersebut telah dilaksanakan oleh pihak swasta dengan harga RM220,000 dan ditambah sistem elektrik dan lampu-lampu gelanggang tersebut. Keseluruhannya hanya RM250,000. Harga MPM sungguhpun melalui sistem tender adalah lebih daripada 59 peratus daripada harga pihak swasta. Keuntungan atas angin lebih kurang RM130,000 ini memang tidak boleh diterima untuk projek yang sekecil RM220,000. Oleh yang sedemikian, saya mohon kerajaan mengkaji semula sistem tender supaya ia dilakukan secara telus dan baik. Saya menyokong perbelanjaan yang dibentangkan dan harap pandangan-pandangan saya dapat diambil kira oleh pihak kerajaan. Terima kasih. #1620 Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih, saya menjemput Yang Berhormat Gua Musang. 4.20 ptg. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang]: Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan kepada Gua Musang untuk perbahasan Bajet 2023 kali ini. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu Gua Musang ingin merakamkan ucapan tahniah atas pembentangan Bajet 2023 dengan tema Membangun Malaysia Madani oleh Yang Amat Berhormat Tambun, merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2023 yang lepas. Sebagaimana yang kita ketahui, bajet kali ini yang berjumlah RM289.1 bilion iaitu bagi perbelanjaan mengurus dan RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, memang satu jumlah yang cukup besar dan cukup berani oleh seorang Menteri Kewangan di saat negara kita Malaysia masih lagi dibelenggu oleh ketidaktentuan ekonomi dan peningkatan kadar inflasi. Apa pun, secara keseluruhannya bajet ini saling tidak tumpah dengan Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh mantan Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2022 yang lepas. Ternyatalah kepada kita rakyat Malaysia bahawa Menteri Kewangan Kerajaan Madani ini tidak ada idea baharu dalam mencongak kerangka perbelanjaan negara. Tuan Yang di-Pertua, dengan status raja reformis, apakah strategi Yang Amat Berhormat Tambun untuk meningkatkan pendapatan negara dalam tempoh lima tahun akan datang? Apakah langkah-langkah dan strategi yang berbisa oleh Yang Amat Berhormat Tambun untuk memacu semula pertumbuhan ekonomi negara?. | 72 | 82 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 73
Adakah idea-idea baharu selain daripada hanya kebergantungan kepada
PETRONAS dan lain-lain komoditi utama negara sebagaimana yang dipraktikkan oleh
kerajaan sebelum ini? Jika inilah bajet yang dipersembahkan oleh Kerajaan Madani,
janganlah Menteri-menteri Kerajaan Madani merasakan bahawa rakyat di luar sana
merestui keberadaan Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri sekalian di kerusi empuk
Putrajaya.
Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri ialah harapan rakyat, individu yang
menjadi tempat rakyat untuk memohon pertimbangan. Jika dahulu rakyat sanggup
memanggil ‘Abah’ kepada mantan Perdana Menteri ke-8, panggilan ‘Abah’ ini
menggambarkan mantan Perdana Menteri ke-8 sangat dekat di hati rakyat. Sikap prihatin
yang ditonjolkan oleh Yang Berhormat Pagoh sangat disukai oleh semua lapisan
masyarakat, terutamanya anak-anak muda. Walaupun Perdana Menteri ke-10 tidak mahu
rakyat memanggilnya ‘Abah’ atau ‘Bapa’, rakyat tetap mendambakan sesuatu yang
bersifat membela mereka di saat ini.
Tuan Yang di-Pertua, membawa amanah dan harapan rakyat Malaysia, suka
untuk saya sekali lagi menekankan di sini bahawa isu pengeluaran KWSP bersasar
hendaklah diambil perhatian oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Ini adalah kerana apa
yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandan dalam Dewan yang mulia ini tempoh
hari adalah sangat mengelirukan dan tidak menggambarkan situasi yang sebenar di
lapangan.
Yang Berhormat Pandan mengatakan hanya pencarum yang tidak mempunyai
baki caruman mencukupi sahaja yang kecoh, beria-ia untuk mengeluarkan caruman,
sedangkan pencarum yang mempunyai simpanan caruman yang banyak, tidak pun
teringin untuk mengeluarkan caruman KWSP mereka. Ini adalah satu statement yang
mengelirukan dan menafikan hak pencarum. Sebagaimana yang kita ketahui,
pengeluaran KWSP bersasar ini hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan kerana simpanan
KWSP ini ialah hak rakyat.
Sudah semestinya rakyat selaku pencarum lebih mengetahui baik buruk atas
tindakan mengeluarkan sebahagian daripada caruman mereka. Di kala mana rakyat
berjuang dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, di saat pencarum
memerlukan kewangan untuk musim baharu persekolahan dan menyambut Aidilfitri tidak
lama lagi, adalah wajar pengeluaran KWSP bersasar ini dibenarkan oleh Kerajaan Madani
hari ini. Sudah tentunya Kerajaan Madani yang dibarisi oleh pakar-pakar reformasi, pakar-
pakar angka akan lebih mengetahui mekanisme terbaik dalam membenarkan pencarum
mengeluarkan simpanan KWSP mereka.
Tuan Yang di-Pertua, penjawat awam ialah payung kepada pentadbiran negara.
Penjawat awam selaku pelaksana segala dasar awam sentiasa tertakluk kepada arahan
yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan yang memerintah. Untuk rekod,
kita mengetahui pencapaian penjawat awam boleh dikategorikan antara yang terbaik di
Asia. Di manakah keistimewaan dan penghargaan kepada penjawat awam dalam bajet
tersebut?
Wajarkan hanya Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri RM700 sahaja diberikan
kepada penjawat awam? Kenapakah tiada semakan kadar elaun bantuan sara hidup
(COLA) di saat penjawat berhadapan dengan kekangan tugasan dan peningkatan kos
sara hidup dewasa ini? CUEPACS telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada
pihak kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam atau sistem saraan baharu dalam
perkhidmatan awam tetapi kenapa tidak diperuntukkan dalam Bajet 2023 kali ini?
Tuan Yang di-Pertua, Daerah Gua Musang merupakan satu-satunya daerah yang
terkebelakang dalam aspek pembangunan di negeri Kelantan. Paling menyedihkan, kos
sara hidup (living cost) di Gua Musang adalah yang tertinggi di negeri Kelantan, malah
seakan-akan menyaingi ataupun lebih daripada living cost di kota raya Kuala Lumpur.
Bagi masyarakat di Gua Musang, menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan
Madani hari ini ialah sesuatu yang amat mustahil untuk dilaksanakan.
Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, dipersilakan untuk ke Gua Musang
untuk merasai sendiri pengalaman. Makan di mana-mana kedai, di mana-mana warung
| Adakah idea-idea baharu selain daripada hanya kebergantungan kepada. PETRONAS dan lain-lain komoditi utama negara sebagaimana yang dipraktikkan oleh kerajaan sebelum ini? Jika inilah bajet yang dipersembahkan oleh Kerajaan Madani, janganlah Menteri-menteri Kerajaan Madani merasakan bahawa rakyat di luar sana merestui keberadaan Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri sekalian di kerusi empuk Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri ialah harapan rakyat, individu yang menjadi tempat rakyat untuk memohon pertimbangan. Jika dahulu rakyat sanggup memanggil 'Abah' kepada mantan Perdana Menteri ke-8, panggilan 'Abah' ini menggambarkan mantan Perdana Menteri ke-8 sangat dekat di hati rakyat. Sikap prihatin yang ditonjolkan oleh Yang Berhormat Pagoh sangat disukai oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya anak-anak muda. Walaupun Perdana Menteri ke-10 tidak mahu rakyat memanggilnya 'Abah' atau 'Bapa', rakyat tetap mendambakan sesuatu yang bersifat membela mereka di saat ini. Tuan Yang di-Pertua, membawa amanah dan harapan rakyat Malaysia, suka untuk saya sekali lagi menekankan di sini bahawa isu pengeluaran KWSP bersasar hendaklah diambil perhatian oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Ini adalah kerana apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandan dalam Dewan yang mulia ini tempoh hari adalah sangat mengelirukan dan tidak menggambarkan situasi yang sebenar di lapangan. Yang Berhormat Pandan mengatakan hanya pencarum yang tidak mempunyai baki caruman mencukupi sahaja yang kecoh, beria-ia untuk mengeluarkan caruman, sedangkan pencarum yang mempunyai simpanan caruman yang banyak, tidak pun teringin untuk mengeluarkan caruman KWSP mereka. Ini adalah satu statement yang mengelirukan dan menafikan hak pencarum. Sebagaimana yang kita ketahui, pengeluaran KWSP bersasar ini hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan kerana simpanan KWSP ini ialah hak rakyat. Sudah semestinya rakyat selaku pencarum lebih mengetahui baik buruk atas tindakan mengeluarkan sebahagian daripada caruman mereka. Di kala mana rakyat berjuang dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, di saat pencarum memerlukan kewangan untuk musim baharu persekolahan dan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, adalah wajar pengeluaran KWSP bersasar ini dibenarkan oleh Kerajaan Madani hari ini. Sudah tentunya Kerajaan Madani yang dibarisi oleh pakar-pakar reformasi, pakar- pakar angka akan lebih mengetahui mekanisme terbaik dalam membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP mereka. Tuan Yang di-Pertua, penjawat awam ialah payung kepada pentadbiran negara. Penjawat awam selaku pelaksana segala dasar awam sentiasa tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan yang memerintah. Untuk rekod, kita mengetahui pencapaian penjawat awam boleh dikategorikan antara yang terbaik di Asia. Di manakah keistimewaan dan penghargaan kepada penjawat awam dalam bajet tersebut?. Wajarkan hanya Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri RM700 sahaja diberikan kepada penjawat awam? Kenapakah tiada semakan kadar elaun bantuan sara hidup (COLA) di saat penjawat berhadapan dengan kekangan tugasan dan peningkatan kos sara hidup dewasa ini? CUEPACS telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada pihak kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam atau sistem saraan baharu dalam perkhidmatan awam tetapi kenapa tidak diperuntukkan dalam Bajet 2023 kali ini?. Tuan Yang di-Pertua, Daerah Gua Musang merupakan satu-satunya daerah yang terkebelakang dalam aspek pembangunan di negeri Kelantan. Paling menyedihkan, kos sara hidup (living cost) di Gua Musang adalah yang tertinggi di negeri Kelantan, malah seakan-akan menyaingi ataupun lebih daripada living cost di kota raya Kuala Lumpur. Bagi masyarakat di Gua Musang, menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani hari ini ialah sesuatu yang amat mustahil untuk dilaksanakan. Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, dipersilakan untuk ke Gua Musang untuk merasai sendiri pengalaman. Makan di mana-mana kedai, di mana-mana warung. | 73 | 83 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
74 DR.01.03.2023
atau di restoran di Gua Musang dan jangan sesekali terkejut jika sarapan pagi iaitu hanya
menu nasi berlauk, sejenis lauk dan secawan kopi pun berharga RM12-RM15. Justeru
yang demikian, Gua Musang dengan rendah diri merayu supaya Kerajaan Madani,
pimpinan madani Yang Amat Berhormat Tambun untuk menyemak, membuat timbang
tara serta memfokuskan pembangunan mampan yang sewajarnya di Daerah Gua
Musang.
Tuan Yang di-Pertua, membawa mandat daripada rakyat Gua Musang, merayu
dan memohon Kerajaan Madani untuk memberi lebih perhatian berkenaan dengan
keperluan sebuah hospital pakar yang lengkap dengan segala facility di Daerah Gua
Musang. Telah sekian lama masyarakat di Parlimen Gua Musang menanggung
kesusahan dan penderitaan ini. Gua Musang telah membangkitkan kepada Yang
Berhormat Menteri Kesihatan dalam perbahasan menyokong titah ucapan Yang di-
Pertuan Agong pada 21 Februari yang lepas. Akan tetapi sehingga saat ini, tidak ada
jawapan pun yang diterima.
Gua Musang dengan telus hati mempersilakan Yang Berhormat Menteri
Kesihatan untuk cuba naik ambulans dari Hospital Gua Musang ke hospital terdekat di
Kuala Krai yang jaraknya sejauh kira-kira 115 kilometer. Cuba Yang Berhormat Menteri
merasai lenggang-lengguk dalam ambulans tersebut di atas permukaan jalan yang tidak
layak di panggil jalan raya. Dengan peruntukan yang cukup besar untuk Kementerian
Kesihatan dalam Bajet 2023, Gua Musang merayu dan amat-amat merayu supaya
digunakan sebahagian peruntukan tersebut untuk menaiktarafkan Hospital Gua Musang
kepada Hospital Pakar yang lengkap dengan segala facility.
Tuan Yang di-Pertua, generasi muda pembela bangsa. Mereka mahukan harapan
dan aspirasi mereka diberi perhatian dan keutamaan. Di Dewan yang mulia ini, sekali lagi
Gua Musang memohon pihak kerajaan, terutamanya Yang Berhormat Menteri
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah agar memperuntukkan sejumlah yang
sepatutnya untuk pembangunan sosioekonomi generasi muda di Gua Musang.
Tuan Yang di-Pertua, Gua Musang memohon kerajaan pimpinan Yang Amat
Berhormat Tambun agar meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh
kerajaan terdahulu. Sebahagian daripada projek pembangunan tersebut telah pun
diumumkan di media massa oleh pihak Yang Berhormat Menteri berkenaan. Akan tetapi
sehingga ke hari ini, tidak ada langsung tanda-tanda pembinaan akan dilaksanakan.
Dengan pengumuman peruntukan pembangunan sebanyak RM99 bilion, sudilah kiranya
secebis daripada peruntukan tersebut diagihkan untuk projek-projek pembangunan di Gua
Musang sebagaimana yang saya senaraikan di bawah.
Pertamanya ialah projek pembinaan jalan masuk dari simpang Ladang Serasa ke
Kampung Luluk, Mukim Kuala Sungai. Projek ini Perdana Menteri ke-9 telah pergi ke site,
umum sendiri dan telah membuat pengumuman rasmi bahawa akan dilaksanakan dengan
kadar segera. Lawatan tapak dan pemantauan kerja penyiasatan tapak dan pengujian
makmal oleh ibu pejabat JKR pun telah dibuat pada 23 Februari 2021. Akan tetapi
sehingga ke hari ini, tidak ada apa-apa tanda untuk dilaksanakan.
Keduanya ialah Projek Pembinaan Jambatan Kekal Kampung Batu 6 yang
merentasi Sungai Galas. Pihak JKR telah membuat tinjauan dan sudah terdapat dalam
perancangan pembinaan. Mohon Yang Berhormat Bagan Datuk selaku Menteri Kemajuan
Desa dan Wilayah ambil perhatian serius berkenaan keperluan jambatan ini kerana
jambatan besi sementara yang sedia ada adalah tidak selamat dan sering ditenggelami
air setiap kali hujan turun.
Ketiga ialah pembinaan balai bomba di FELDA Bandar Ciku. Untuk makluman,
jarak antara Balai Bomba Gua Musang di Bandar Ciku ialah sejauh 48 kilometer. Keadaan
ini sudah pasti menyulitkan operasi menyelamat oleh anggota bomba jika berlaku kejadian
atau bencana di persekitaran kawasan tersebut atau tanah-tanah di rancangan sekitarnya.
Projek yang keempat pula ialah pembinaan rumah generasi kedua FELDA. Tapak
pembinaan sudah disediakan di FELDA Ciku 6 dan saya juga telah bangkitkan
sebagaimana perbahasan saya sebelum ini iaitu keperluan mendesak rumah generasi
kedua di FELDA Ciku 6.
| atau di restoran di Gua Musang dan jangan sesekali terkejut jika sarapan pagi iaitu hanya menu nasi berlauk, sejenis lauk dan secawan kopi pun berharga RM12-RM15. Justeru yang demikian, Gua Musang dengan rendah diri merayu supaya Kerajaan Madani, pimpinan madani Yang Amat Berhormat Tambun untuk menyemak, membuat timbang tara serta memfokuskan pembangunan mampan yang sewajarnya di Daerah Gua Musang. Tuan Yang di-Pertua, membawa mandat daripada rakyat Gua Musang, merayu dan memohon Kerajaan Madani untuk memberi lebih perhatian berkenaan dengan keperluan sebuah hospital pakar yang lengkap dengan segala facility di Daerah Gua Musang. Telah sekian lama masyarakat di Parlimen Gua Musang menanggung kesusahan dan penderitaan ini. Gua Musang telah membangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam perbahasan menyokong titah ucapan Yang di- Pertuan Agong pada 21 Februari yang lepas. Akan tetapi sehingga saat ini, tidak ada jawapan pun yang diterima. Gua Musang dengan telus hati mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk cuba naik ambulans dari Hospital Gua Musang ke hospital terdekat di Kuala Krai yang jaraknya sejauh kira-kira 115 kilometer. Cuba Yang Berhormat Menteri merasai lenggang-lengguk dalam ambulans tersebut di atas permukaan jalan yang tidak layak di panggil jalan raya. Dengan peruntukan yang cukup besar untuk Kementerian Kesihatan dalam Bajet 2023, Gua Musang merayu dan amat-amat merayu supaya digunakan sebahagian peruntukan tersebut untuk menaiktarafkan Hospital Gua Musang kepada Hospital Pakar yang lengkap dengan segala facility. Tuan Yang di-Pertua, generasi muda pembela bangsa. Mereka mahukan harapan dan aspirasi mereka diberi perhatian dan keutamaan. Di Dewan yang mulia ini, sekali lagi Gua Musang memohon pihak kerajaan, terutamanya Yang Berhormat Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah agar memperuntukkan sejumlah yang sepatutnya untuk pembangunan sosioekonomi generasi muda di Gua Musang. Tuan Yang di-Pertua, Gua Musang memohon kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun agar meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan terdahulu. Sebahagian daripada projek pembangunan tersebut telah pun diumumkan di media massa oleh pihak Yang Berhormat Menteri berkenaan. Akan tetapi sehingga ke hari ini, tidak ada langsung tanda-tanda pembinaan akan dilaksanakan. Dengan pengumuman peruntukan pembangunan sebanyak RM99 bilion, sudilah kiranya secebis daripada peruntukan tersebut diagihkan untuk projek-projek pembangunan di Gua Musang sebagaimana yang saya senaraikan di bawah. Pertamanya ialah projek pembinaan jalan masuk dari simpang Ladang Serasa ke Kampung Luluk, Mukim Kuala Sungai. Projek ini Perdana Menteri ke-9 telah pergi ke site, umum sendiri dan telah membuat pengumuman rasmi bahawa akan dilaksanakan dengan kadar segera. Lawatan tapak dan pemantauan kerja penyiasatan tapak dan pengujian makmal oleh ibu pejabat JKR pun telah dibuat pada 23 Februari 2021. Akan tetapi sehingga ke hari ini, tidak ada apa-apa tanda untuk dilaksanakan. Keduanya ialah Projek Pembinaan Jambatan Kekal Kampung Batu 6 yang merentasi Sungai Galas. Pihak JKR telah membuat tinjauan dan sudah terdapat dalam perancangan pembinaan. Mohon Yang Berhormat Bagan Datuk selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ambil perhatian serius berkenaan keperluan jambatan ini kerana jambatan besi sementara yang sedia ada adalah tidak selamat dan sering ditenggelami air setiap kali hujan turun. Ketiga ialah pembinaan balai bomba di FELDA Bandar Ciku. Untuk makluman, jarak antara Balai Bomba Gua Musang di Bandar Ciku ialah sejauh 48 kilometer. Keadaan ini sudah pasti menyulitkan operasi menyelamat oleh anggota bomba jika berlaku kejadian atau bencana di persekitaran kawasan tersebut atau tanah-tanah di rancangan sekitarnya. Projek yang keempat pula ialah pembinaan rumah generasi kedua FELDA. Tapak pembinaan sudah disediakan di FELDA Ciku 6 dan saya juga telah bangkitkan sebagaimana perbahasan saya sebelum ini iaitu keperluan mendesak rumah generasi kedua di FELDA Ciku 6. | 74 | 84 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 75
■1630
Kelima, projek pembinaan jalan-jalan berturap yang menghubungkan
perkampungan Orang Asli dengan jaringan jalan utama di daerah Gua Musang.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita ketahui, Gua Musang cukup
terkebelakang dan dikategorikan sebagai pedalaman. Oleh demikian, kita selalu dengar
terutama sekalinya ancaman hidupan liar. Ancaman hidupan liar seperti gajah dan
harimau semakin hari, semakin menunjukkan peningkatan di Gua Musang. Jika dahulu
didapati gajah ataupun gajah liar merosakkan tanaman penduduk, tetapi hari ini, gajah liar
tersebut sudah berani masuk ke dalam rumah dan menikmati juadah yang disediakan
untuk manusia, maksud saya.
Terdapat juga ancaman harimau kepada penduduk terutamanya di pos-pos
Orang Asli di Gua Musang. Justeru, Gua Musang memohon kementerian
bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera bagi menangani permasalahan
tersebut seterusnya memberi jaminan keselamatan kepada penduduk yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai pengakhiran, Gua Musang sangat berharap agar
bajet kali ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira status dan
fahaman politik. Buat Yang Amat Berhormat Tambun, Allah SWT telah menganugerahkan
kepada Yang Amat Berhormat gelaran sebagai khalifah di negara kita. Jadilah seorang
khalifah yang adil dan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi nafsu peribadi. Ini
kerana, rakyat kita di sini, berkhidmatlah kita sepenuh hati. Sekian, wassalam.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih Yang
Berhormat Gua Musang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Manis.
4.31 ptg.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis]: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya
ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut
sama berucap bagi membahaskan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan atau Belanjawan
2023 pada kali ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang
juga Menteri Kewangan yang telah berjaya membentangkan belanjawan berjumlah
RM388.1 bilion, peruntukan yang terbesar dalam sejarah negara yang merangkumi
segenap lapisan rakyat dan seluruh pelosok negara pada 24 Februari yang lalu di Dewan
yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merujuk kepada jumlah
peruntukan pembangunan untuk negeri Sarawak yang berjumlah RM5.6 bilion untuk
tahun 2023. Kita akui, memang peruntukan kali ini adalah lebih daripada peruntukan
untuk tahun 2022 iaitu sebanyak RM4.0 bilion. Namun, jumlah Peruntukan Pembangunan
kepada negeri Sarawak ini memang tidak akan mencukupi untuk membangunkan negeri
yang sebesar Sarawak. Saya berpendapat, peruntukan yang diberikan janganlah
berdasarkan kepada jumlah penduduk sahaja, tetap harus juga mengambil kira saiz,
keluasan negeri, serta taraf kemajuan pembangunan yang sedia ada di negeri tersebut.
Semua sudah sedia maklum bahawa negeri Sarawak masih lagi mundur dari segi
pembangunan infrastruktur asas. Maka sebab itulah peruntukan yang lebih besar harus
diberikan kepada negeri Sarawak supaya setaraf dengan negeri-negeri lain yang sudah
maju infrastrukturnya. Kesimpulannya, peruntukan yang diterima oleh negeri Sarawak
memang tidak sepadan dengan peruntukan yang diperlukan untuk membangunkan
negeri. Kita berharap Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan akan mengambil maklum
mengenai perkara ini dalam belanjawan-belanjawan yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai
program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sebanyak 30
peratus lebih murah berbanding harga pasaran. Saya percaya, program ini akan memberi
manfaat kepada penduduk yang terkesan, terutama sekali penduduk di luar bandar
| #1630 Kelima, projek pembinaan jalan-jalan berturap yang menghubungkan perkampungan Orang Asli dengan jaringan jalan utama di daerah Gua Musang. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita ketahui, Gua Musang cukup terkebelakang dan dikategorikan sebagai pedalaman. Oleh demikian, kita selalu dengar terutama sekalinya ancaman hidupan liar. Ancaman hidupan liar seperti gajah dan harimau semakin hari, semakin menunjukkan peningkatan di Gua Musang. Jika dahulu didapati gajah ataupun gajah liar merosakkan tanaman penduduk, tetapi hari ini, gajah liar tersebut sudah berani masuk ke dalam rumah dan menikmati juadah yang disediakan untuk manusia, maksud saya. Terdapat juga ancaman harimau kepada penduduk terutamanya di pos-pos Orang Asli di Gua Musang. Justeru, Gua Musang memohon kementerian bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera bagi menangani permasalahan tersebut seterusnya memberi jaminan keselamatan kepada penduduk yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua, sebagai pengakhiran, Gua Musang sangat berharap agar bajet kali ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira status dan fahaman politik. Buat Yang Amat Berhormat Tambun, Allah SWT telah menganugerahkan kepada Yang Amat Berhormat gelaran sebagai khalifah di negara kita. Jadilah seorang khalifah yang adil dan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi nafsu peribadi. Ini kerana, rakyat kita di sini, berkhidmatlah kita sepenuh hati. Sekian, wassalam. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Manis. 4.31 ptg. Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama berucap bagi membahaskan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan atau Belanjawan 2023 pada kali ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan yang telah berjaya membentangkan belanjawan berjumlah RM388.1 bilion, peruntukan yang terbesar dalam sejarah negara yang merangkumi segenap lapisan rakyat dan seluruh pelosok negara pada 24 Februari yang lalu di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merujuk kepada jumlah peruntukan pembangunan untuk negeri Sarawak yang berjumlah RM5.6 bilion untuk tahun 2023. Kita akui, memang peruntukan kali ini adalah lebih daripada peruntukan untuk tahun 2022 iaitu sebanyak RM4.0 bilion. Namun, jumlah Peruntukan Pembangunan kepada negeri Sarawak ini memang tidak akan mencukupi untuk membangunkan negeri yang sebesar Sarawak. Saya berpendapat, peruntukan yang diberikan janganlah berdasarkan kepada jumlah penduduk sahaja, tetap harus juga mengambil kira saiz, keluasan negeri, serta taraf kemajuan pembangunan yang sedia ada di negeri tersebut. Semua sudah sedia maklum bahawa negeri Sarawak masih lagi mundur dari segi pembangunan infrastruktur asas. Maka sebab itulah peruntukan yang lebih besar harus diberikan kepada negeri Sarawak supaya setaraf dengan negeri-negeri lain yang sudah maju infrastrukturnya. Kesimpulannya, peruntukan yang diterima oleh negeri Sarawak memang tidak sepadan dengan peruntukan yang diperlukan untuk membangunkan negeri. Kita berharap Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan akan mengambil maklum mengenai perkara ini dalam belanjawan-belanjawan yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sebanyak 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. Saya percaya, program ini akan memberi manfaat kepada penduduk yang terkesan, terutama sekali penduduk di luar bandar. | 75 | 85 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
76 DR.01.03.2023
dengan penjimatan yang mereka nikmati. Penjimatan ini walaupun sedikit, tetapi adalah
sangat besar maknanya kepada penduduk kampung dan rumah panjang di luar sana.
Saya berharap program ini akan dapat dirancang dengan teliti dan bersasar. Ia
harus diadakan di semua penempatan penduduk yang berkelompok di bandar mahupun
di luar bandar. Sebagai contoh, Jualan Rahmah dicadangkan setiap dua minggu atau
lebih kerap lagi. Akan tetapi, di kelompok kampung atau rumah panjang yang berdekatan
dan diubah tempatnya pada setiap kali program dijalankan. Ini kerana, program serupa
ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk-penduduk
di kawasan saya oleh kerajaan sebelum ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah meluluskan sumbangan tunai kepada
pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan ataupun semusim yang
melibatkan sejumlah 240,000 orang pesawah. Saya berharap, pesawah-pesawah di
kawasan saya akan turut sama menerima sumbangan bulanan sebanyak RM200 ini.
Masalah ban pertanian dan pintu air yang rosak mengakibatkan aktiviti
penanaman terganggu disebabkan tanaman rosak yang dimasuki air masin dan hasil
tuaian yang terjejas. Di samping itu, terdapat juga ramai di antara nelayan yang tidak
mempunyai lesen nelayan yang sah serta tidak menerima bantuan-bantuan nelayan
seperti elaun sara hidup, alat-alat menangkap ikan, bantuan perahu dan bantuan enjin.
Jadi, saya memohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
untuk mengkaji dan mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh untuk mengatasi
masalah ban dan pintu air yang rosak ini sebab sudah sekian lama ban dan pintu air ini
rosak. Jadi, pesawah tidak dapat bercucuk tanam.
Begitu juga dengan lesen-lesen nelayan yang masih lagi kekurangan. Apabila
mereka tidak ada lesen, mereka boleh ditangkap di kawasan – di kampung sendiri pun
mereka boleh di tangkap oleh pihak penguat kuasa. Jadi, mereka juga tidak layak
mendapat bantuan sara hidup, apa lagi bantuan perahu dan enjin bot serta alat-alat
menangkap ikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk
menambah peruntukan dalam memperluaskan program pengedaran barangan keperluan
asas ke kawasan baharu termasuk di Paloh dan Pasin Sarawak. Ini yang disebutkan oleh
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Di Sarawak saya rasa ada dua buah tempat
bernama Paloh. Kalau betullah nama Paloh yang dimaksudkan itu Kampung Paloh di
Bahagian Mukah, itu adalah kampung asal saya. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada
kerajaan kerana telah memilih Kampung Paloh sebagai salah satu daripada kampung
yang termasuk dalam program pengedaran barang keperluan asas, begitu juga dengan
Kampong Kedang dan Kampung Berangan yang berdekatan.
Saya harap pada masa hadapan, banyak lagi program seperti ini dijalankan dan
kampung-kampung lain juga turut terlibat. Kampung-kampung ini juga mengalami
masalah pengedaran barangan keperluan asas disebabkan tidak mempunyai sistem jalan
yang memuaskan dan juga banyak daerah di kampung ini masih menggunakan
pengangkutan air.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan telah mendapat peruntukan yang
paling tinggi dalam belanjawan pada kali ini iaitu sebanyak RM55.2 bilion. Peruntukan
yang banyak ini membuktikan bahawa pihak kerajaan mengambil berat dan prihatin
tentang isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan demi masa depan anak-anak kita
semua. Ini termasuklah peruntukan sebanyak RM2.3 bilion untuk naik taraf bangunan
dan infrastruktur sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak.
Untuk makluman, terdapat lebih 1,000 buah sekolah yang dikategorikan sebagai
sekolah daif di Sarawak dan lebih 400 daripada jumlah tersebut ataupun hampir separuh
daripada jumlah tersebut boleh dikategorikan sebagai tersangat daif dan sukar untuk
diperbaiki dan perlu dibina baharu. Jadi, saya berharap, sekolah-sekolah daif di kawasan
Parlimen Tanjong Manis juga termasuk dalam senarai untuk di baik pulih dan dibina
baharu serta turut mendapat manfaat daripada peruntukan yang telah diluluskan ini.
| dengan penjimatan yang mereka nikmati. Penjimatan ini walaupun sedikit, tetapi adalah sangat besar maknanya kepada penduduk kampung dan rumah panjang di luar sana. Saya berharap program ini akan dapat dirancang dengan teliti dan bersasar. Ia harus diadakan di semua penempatan penduduk yang berkelompok di bandar mahupun di luar bandar. Sebagai contoh, Jualan Rahmah dicadangkan setiap dua minggu atau lebih kerap lagi. Akan tetapi, di kelompok kampung atau rumah panjang yang berdekatan dan diubah tempatnya pada setiap kali program dijalankan. Ini kerana, program serupa ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk-penduduk di kawasan saya oleh kerajaan sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah meluluskan sumbangan tunai kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan ataupun semusim yang melibatkan sejumlah 240,000 orang pesawah. Saya berharap, pesawah-pesawah di kawasan saya akan turut sama menerima sumbangan bulanan sebanyak RM200 ini. Masalah ban pertanian dan pintu air yang rosak mengakibatkan aktiviti penanaman terganggu disebabkan tanaman rosak yang dimasuki air masin dan hasil tuaian yang terjejas. Di samping itu, terdapat juga ramai di antara nelayan yang tidak mempunyai lesen nelayan yang sah serta tidak menerima bantuan-bantuan nelayan seperti elaun sara hidup, alat-alat menangkap ikan, bantuan perahu dan bantuan enjin. Jadi, saya memohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mengkaji dan mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh untuk mengatasi masalah ban dan pintu air yang rosak ini sebab sudah sekian lama ban dan pintu air ini rosak. Jadi, pesawah tidak dapat bercucuk tanam. Begitu juga dengan lesen-lesen nelayan yang masih lagi kekurangan. Apabila mereka tidak ada lesen, mereka boleh ditangkap di kawasan- di kampung sendiri pun mereka boleh di tangkap oleh pihak penguat kuasa. Jadi, mereka juga tidak layak mendapat bantuan sara hidup, apa lagi bantuan perahu dan enjin bot serta alat-alat menangkap ikan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk menambah peruntukan dalam memperluaskan program pengedaran barangan keperluan asas ke kawasan baharu termasuk di Paloh dan Pasin Sarawak. Ini yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Di Sarawak saya rasa ada dua buah tempat bernama Paloh. Kalau betullah nama Paloh yang dimaksudkan itu Kampung Paloh di Bahagian Mukah, itu adalah kampung asal saya. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memilih Kampung Paloh sebagai salah satu daripada kampung yang termasuk dalam program pengedaran barang keperluan asas, begitu juga dengan Kampong Kedang dan Kampung Berangan yang berdekatan. Saya harap pada masa hadapan, banyak lagi program seperti ini dijalankan dan kampung-kampung lain juga turut terlibat. Kampung-kampung ini juga mengalami masalah pengedaran barangan keperluan asas disebabkan tidak mempunyai sistem jalan yang memuaskan dan juga banyak daerah di kampung ini masih menggunakan pengangkutan air. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan telah mendapat peruntukan yang paling tinggi dalam belanjawan pada kali ini iaitu sebanyak RM55.2 bilion. Peruntukan yang banyak ini membuktikan bahawa pihak kerajaan mengambil berat dan prihatin tentang isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan demi masa depan anak-anak kita semua. Ini termasuklah peruntukan sebanyak RM2.3 bilion untuk naik taraf bangunan dan infrastruktur sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman, terdapat lebih 1,000 buah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah daif di Sarawak dan lebih 400 daripada jumlah tersebut ataupun hampir separuh daripada jumlah tersebut boleh dikategorikan sebagai tersangat daif dan sukar untuk diperbaiki dan perlu dibina baharu. Jadi, saya berharap, sekolah-sekolah daif di kawasan Parlimen Tanjong Manis juga termasuk dalam senarai untuk di baik pulih dan dibina baharu serta turut mendapat manfaat daripada peruntukan yang telah diluluskan ini. | 76 | 86 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 77
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM50 juta untuk
angkatan tentera, bomba dan Rela bagi menyediakan peralatan dan aset untuk
menghadapi bencana. Saya berharap, sebahagian daripada peruntukan ini dapat
diberikan khusus kepada Balai Bomba Sarikei yang kekurangan aset seperti kereta
bomba tambahan untuk memadam kebakaran. Saya mengambil contoh, pada tahun
lepas, terjadi satu kebakaran rumah seorang Ketua Kaum di Kampung Seberang Sarikei.
Ini dalam bandar, tetapi malangnya disebabkan pada hari tersebut tidak cukup kereta
bomba, maka rumah beliau telah ranap 100 peratus dan tidak dapat diselamatkan. Ini
terjadi dalam bandar, apatah lagi apabila terjadi kebakaran jauh di kawasan luar bandar
dan tiada balai bomba yang berdekatan seperti di Pulau Bruit dan kawasan-kawasan
rumah panjang.
Kawasan-kawasan seperti ini memerlukan sebuah balai bomba yang baharu atau
sekurang-kurangnya diwujudkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan disediakan
peralatan asas untuk memadam kebakaran. Jadi, saya berharap pihak Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil maklum mengenai perkara ini kerana
bencana seperti kebakaran boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.
■1640
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan tentang potensi industri gula
apong di Parlimen Tanjong Manis. Gula apong ataupun nipah palm sugar terhasil daripada
air nira pokok nipah yang dikenali sebagai pokok apong oleh penduduk tempatan di
Sarawak. Pokok apong ini sebenarnya tumbuh subur dan melata di hampir semua
kampung dan rumah panjang kawasan saya.
Gula apong dipercayai memiliki kelebihan dan khasiat kesihatan yang tersendiri
seperti mengelak dan mengurangkan risiko menghidap penyakit kencing manis dan darah
tinggi. Pengenalan industri baharu seperti industri gula apong secara terancang dan
bersistematik dapat membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada golongan muda
serta mereka yang berminat menceburi industri keterjaminan makanan dan menaik taraf
sosioekonomi masyarakat tempatan.
Saya mohon kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
sekiranya dapat menyediakan sokongan dana seperti geran dan pembiayaan modal. Saya
juga mohon kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi program pendigitalan
ladang dan kilang untuk industri baharu yang berpotensi tinggi seperti industri gula apong
ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa soalan yang saya rasa perlu dijawab
oleh kementerian-kementerian yang berkaitan berkenaan dengan projek-projek di
kawasan Parlimen saya.
Pertama, saya ingin bertanya mengenai isu penyukatan tanah NCR di negeri
Sarawak dan juga di Parlimen Tanjong Manis yang tidak dimasukkan di dalam Belanjawan
2023. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya juga, apakah langkah-langkah
kerajaan dalam memastikan penyukatan tanah NCR di Sarawak akan diteruskan?
Kedua, apakah status pembinaan jalan Kampung Bruit ke Sungai Nai di Pulau
Bruit yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini dengan nilai RM92 juta?
Dimaklumkan bahawa reka bentuk sudah dibuat.
Ketiga, apakah status pembinaan jalan Sentebu, Sarikei ke Bukit Kinyau yang
bernilai RM80 juta yang juga telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini?
Keempat, apakah status pembinaan benteng hakisan pantai Kampung Paloh
Lama yang telah diluluskan dan kerja-kerja ukur tanah, reka bentuk sudah disiapkan.
Kelima, apakah status pembinaan blok-blok bilik darjah baharu di sekolah-sekolah
daif di kawasan saya? Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Mupong, SK Abang Amin, SK
Mandor Aris, SK Abang Matahir, SK Abang Buyuk, SK Bruit, SK Penipah, SK Betanak dan
SK Salah Kecil. Itu antara sekolah-sekolah tersebut.
Keenam, apakah status pembinaan jeti konkrit di Kampung Belawai, di mana
kontraktor telah gagal untuk menyiapkan projek dan kontrak telah ditamatkan? Apakah
| Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM50 juta untuk. angkatan tentera, bomba dan Rela bagi menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana. Saya berharap, sebahagian daripada peruntukan ini dapat diberikan khusus kepada Balai Bomba Sarikei yang kekurangan aset seperti kereta bomba tambahan untuk memadam kebakaran. Saya mengambil contoh, pada tahun lepas, terjadi satu kebakaran rumah seorang Ketua Kaum di Kampung Seberang Sarikei. Ini dalam bandar, tetapi malangnya disebabkan pada hari tersebut tidak cukup kereta bomba, maka rumah beliau telah ranap 100 peratus dan tidak dapat diselamatkan. Ini terjadi dalam bandar, apatah lagi apabila terjadi kebakaran jauh di kawasan luar bandar dan tiada balai bomba yang berdekatan seperti di Pulau Bruit dan kawasan-kawasan rumah panjang. Kawasan-kawasan seperti ini memerlukan sebuah balai bomba yang baharu atau sekurang-kurangnya diwujudkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan disediakan peralatan asas untuk memadam kebakaran. Jadi, saya berharap pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil maklum mengenai perkara ini kerana bencana seperti kebakaran boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. #1640. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan tentang potensi industri gula apong di Parlimen Tanjong Manis. Gula apong ataupun nipah palm sugar terhasil daripada air nira pokok nipah yang dikenali sebagai pokok apong oleh penduduk tempatan di Sarawak. Pokok apong ini sebenarnya tumbuh subur dan melata di hampir semua kampung dan rumah panjang kawasan saya. Gula apong dipercayai memiliki kelebihan dan khasiat kesihatan yang tersendiri seperti mengelak dan mengurangkan risiko menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Pengenalan industri baharu seperti industri gula apong secara terancang dan bersistematik dapat membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada golongan muda serta mereka yang berminat menceburi industri keterjaminan makanan dan menaik taraf sosioekonomi masyarakat tempatan. Saya mohon kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sekiranya dapat menyediakan sokongan dana seperti geran dan pembiayaan modal. Saya juga mohon kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi program pendigitalan ladang dan kilang untuk industri baharu yang berpotensi tinggi seperti industri gula apong ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa soalan yang saya rasa perlu dijawab oleh kementerian-kementerian yang berkaitan berkenaan dengan projek-projek di kawasan Parlimen saya. Pertama, saya ingin bertanya mengenai isu penyukatan tanah NCR di negeri Sarawak dan juga di Parlimen Tanjong Manis yang tidak dimasukkan di dalam Belanjawan 2023. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya juga, apakah langkah-langkah kerajaan dalam memastikan penyukatan tanah NCR di Sarawak akan diteruskan?. Kedua, apakah status pembinaan jalan Kampung Bruit ke Sungai Nai di Pulau Bruit yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini dengan nilai RM92 juta? Dimaklumkan bahawa reka bentuk sudah dibuat. Ketiga, apakah status pembinaan jalan Sentebu, Sarikei ke Bukit Kinyau yang bernilai RM80 juta yang juga telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini?. Keempat, apakah status pembinaan benteng hakisan pantai Kampung Paloh Lama yang telah diluluskan dan kerja-kerja ukur tanah, reka bentuk sudah disiapkan. Kelima, apakah status pembinaan blok-blok bilik darjah baharu di sekolah-sekolah daif di kawasan saya? Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Mupong, SK Abang Amin, SK Mandor Aris, SK Abang Matahir, SK Abang Buyuk, SK Bruit, SK Penipah, SK Betanak dan SK Salah Kecil. Itu antara sekolah-sekolah tersebut. Keenam, apakah status pembinaan jeti konkrit di Kampung Belawai, di mana kontraktor telah gagal untuk menyiapkan projek dan kontrak telah ditamatkan? Apakah. | 77 | 87 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
78 DR.01.03.2023
kontraktor baharu sudah dilantik kerana jeti ini sangat penting untuk nelayan di kawasan
ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Kerajaan Perpaduan dapat memberi lebih
peruntukan belanjawan kepada negeri Sarawak berasaskan kepada faktor seperti saiz
keluasan negeri, kekurangan kemudahan asas dan sejajar dengan sumbangan hasil bumi
negeri Sarawak dalam keseluruhan hasil pendapatan negara. Bersama-samalah kita
mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama pada tahun 2030 nanti dengan kemajuan
negeri Sarawak setanding dan setaraf dengan majunya negeri-negeri lain di Malaysia.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya habiskan ucapan saya, saya
ingin menyentuh sedikit kepada ucapan bahas oleh Yang Berhormat Stampin semalam
yang mengatakan bahawa tiada wakil rakyat GPS Sarawak yang complained, dengan izin,
atau mengadu berkenaan dengan peruntukan negeri Sarawak yang tidak mencukupi iaitu
hanya RM5.6 bilion. Yang Berhormat Stampin tidak ada ya?
Untuk makluman Yang Berhormat Stampin, memang ada beberapa orang wakil
rakyat Sarawak yang sudah berucap termasuklah saya sendiri, yang mengatakan perkara
yang sama. Malah dalam surat khabar tempatan Sarawak pun, ramai Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Sarawak dan Menteri-menteri dari Sarawak juga
membangkitkan kenyataan yang sama. Jadi, apa yang penting adalah kita semua
memang merasakan bahawa peruntukan untuk negeri Sarawak memang tidak
mencukupi.
Begitu juga di mana disebut, GPS membentuk Kerajaan Perpaduan bersama
parti-parti lain. GPS akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan kebijaksanaan baginda
demi kestabilan politik kita di Malaysia. Jadi, tidak perlu diungkit-ungkitkan lagi. Pada 24
November 2022, wakil daripada pemimpin tertinggi Pusat daripada parti DAP datang ke
Sarawak dan berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Premier dan memohon maaf
secara terbuka sekiranya ada kenyataan pemimpin DAP yang menyinggung perasaan
kerajaan dan rakyat Sarawak. Sudah minta maaf secara terbuka tetapi Yang Berhormat
Stampin masih lagi mahu menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.
Jadi saya ingin tahu, apakah muslihat sebenarnya Yang Berhormat Stampin ini?
Kita ini ibarat sebagai menaiki sebuah kapal bernama Kerajaan Perpaduan. Dikendalikan
oleh kapten yang sama, menuju destinasi yang sama walaupun berlainan parti dan
fahaman politik. [Tepuk] Saya rasa kenyataan Yang Berhormat Stampin yang
menyinggung perasaan rakyat dan Kerajaan Negeri Sarawak ini adalah tidak wajar, demi
menjaga keharmonian dan perpaduan kita bersama.
Jadi, itu sahajalah ucapan daripada saya, suara hati wakil rakyat Parlimen
Tanjong Manis. Saya mohon menyokong Belanjawan 2023. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih. Saya
jemput Yang Berhormat Sik.
4.45 ptg.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi
izin bersama untuk saya membahaskan Belanjawan 2023.
Tuan Yang di-Pertua, dalam politik khususnya dalam Islam itu menekankan
pentingnya penerapan prinsip keadilan dalam segala aspek termasuk dalam memimpin
dan mengatur negara. Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah, Ayat 8 yang
bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang
selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah
sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak
adil.”
Tuan Yang di-Pertua, jika dilihat dari sudut gambaran keseluruhan Belanjawan
2023, maka saya ingin menyatakan bahawa manfaat daripada pembentangan belanjawan
| kontraktor baharu sudah dilantik kerana jeti ini sangat penting untuk nelayan di kawasan ini? Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Kerajaan Perpaduan dapat memberi lebih peruntukan belanjawan kepada negeri Sarawak berasaskan kepada faktor seperti saiz keluasan negeri, kekurangan kemudahan asas dan sejajar dengan sumbangan hasil bumi negeri Sarawak dalam keseluruhan hasil pendapatan negara. Bersama-samalah kita mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama pada tahun 2030 nanti dengan kemajuan negeri Sarawak setanding dan setaraf dengan majunya negeri-negeri lain di Malaysia. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya habiskan ucapan saya, saya ingin menyentuh sedikit kepada ucapan bahas oleh Yang Berhormat Stampin semalam yang mengatakan bahawa tiada wakil rakyat GPS Sarawak yang complained, dengan izin, atau mengadu berkenaan dengan peruntukan negeri Sarawak yang tidak mencukupi iaitu hanya RM5.6 bilion. Yang Berhormat Stampin tidak ada ya? Untuk makluman Yang Berhormat Stampin, memang ada beberapa orang wakil rakyat Sarawak yang sudah berucap termasuklah saya sendiri, yang mengatakan perkara yang sama. Malah dalam surat khabar tempatan Sarawak pun, ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak dan Menteri-menteri dari Sarawak juga membangkitkan kenyataan yang sama. Jadi, apa yang penting adalah kita semua memang merasakan bahawa peruntukan untuk negeri Sarawak memang tidak mencukupi. Begitu juga di mana disebut, GPS membentuk Kerajaan Perpaduan bersama parti-parti lain. GPS akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan kebijaksanaan baginda demi kestabilan politik kita di Malaysia. Jadi, tidak perlu diungkit-ungkitkan lagi. Pada 24 November 2022, wakil daripada pemimpin tertinggi Pusat daripada parti DAP datang ke Sarawak dan berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Premier dan memohon maaf secara terbuka sekiranya ada kenyataan pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak. Sudah minta maaf secara terbuka tetapi Yang Berhormat Stampin masih lagi mahu menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak. Jadi saya ingin tahu, apakah muslihat sebenarnya Yang Berhormat Stampin ini? Kita ini ibarat sebagai menaiki sebuah kapal bernama Kerajaan Perpaduan. Dikendalikan oleh kapten yang sama, menuju destinasi yang sama walaupun berlainan parti dan fahaman politik. [Tepuk] Saya rasa kenyataan Yang Berhormat Stampin yang menyinggung perasaan rakyat dan Kerajaan Negeri Sarawak ini adalah tidak wajar, demi menjaga keharmonian dan perpaduan kita bersama. Jadi, itu sahajalah ucapan daripada saya, suara hati wakil rakyat Parlimen Tanjong Manis. Saya mohon menyokong Belanjawan 2023. Sekian, terima kasih. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sik. 4.45 ptg. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi izin bersama untuk saya membahaskan Belanjawan 2023. Tuan Yang di-Pertua, dalam politik khususnya dalam Islam itu menekankan pentingnya penerapan prinsip keadilan dalam segala aspek termasuk dalam memimpin dan mengatur negara. Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah, Ayat 8 yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil." Tuan Yang di-Pertua, jika dilihat dari sudut gambaran keseluruhan Belanjawan 2023, maka saya ingin menyatakan bahawa manfaat daripada pembentangan belanjawan. | 78 | 88 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 79
ini masih tidak menyeluruh dan tidak melimpah manfaatnya kepada rakyat secara holistik.
Kerajaan masih leka bermain politik tanpa memikirkan kepentingan rakyat bawahan yang
sekian hari dihimpit dengan masalah kewangan dan juga kos sara hidup yang semakin
tinggi.
Saya turut ingin mengingatkan bahawa manifesto Pakatan Harapan pada tahun
2022 termasuklah memberikan peruntukan pembangunan kawasan (CDF) yang saksama
kepada semua Ahli Parlimen. Nampaknya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang
juga merupakan Menteri Kewangan gagal melunaskan janji tersebut dengan tidak
menyatakan perkara ini dalam Belanjawan 2023.
Tadi disebut oleh seorang Ahli Parlimen kerajaan bahawa dahulu ada MoU ketika
kerajaan sebelum ini telah memberi peruntukan yang sama adil kepada semua Ahli
Parlimen. Saya menyatakan, Pakatan Harapan juga telah mengadakan MoU kepada
seluruh rakyat Malaysia ketika mereka berjanji untuk memberi secara adil kepada Ahli-
ahli Parlimen yang ada di Dewan ini.
Formula-formula pelik yang dicanang seantero negara turut menjadi bahan
ketawa dan jenaka bersahaja rakyat marhaen di luar sana. Sebagai contoh, Yang
Berhormat Pandan pernah menyatakan dalam Twitternya, “Naifnya budak-budak UMNO
ini. Tak tahu rupanya harga kereta RM25k sahaja”. Sekarang tibalah masanya untuk Yang
Berhormat Pandan mempraktikkan segala formula yang dikeluarkan, termasuklah
menurunkan harga kereta Perodua Myvi sekitar RM25,000, tidak termasuk cukai.
Tuan Yang di-Pertua, sikap profesionalisme harus dijadikan tunjang dalam
pemerintahan walaupun berbeza ideologi antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Ia
selari dengan prinsip Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita.
Satu contoh yang perlu dibangkitkan adalah keputusan Yang Amat Berhormat
Tambun membatalkan projek pembinaan Kedah Aerotropolis yang sedang diusahakan
oleh Kerajaan Negeri Kedah. Kita melihat peranan Kedah Aerotropolis akan
meningkatkan imej negara sebagai hab pengangkutan kargo udara, logistik, MRO, pusat
kecemerlangan aeroangkasa di wilayah utara dan di samping meningkatkan pendapatan
ekonomi negara. Kita bukan hanya hendak buat balai polis tetapi juga Kedah Aerotropolis.
■1650
Dua kali Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengutuskan surat temu janji untuk
bertemu dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi membentangkan projek ini.
Namun, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang maklum balas.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan juga isu berkaitan hubungan Kedah dan
Pulau Pinang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan kelmarin. Faktanya adalah
bayaran pajakan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan bagi pihak negeri Pulau Pinang
sebanyak RM10 juta yang ditambah, yang pada asalnya RM10,000 kepada negeri Kedah.
Ini adalah bayaran pajakan Pulau Pinang kepada Kedah. Untuk rekod, selama ini
Kerajaan Negeri Kedah hanya menerima bayaran pemberian khas sebanyak RM10 juta
setahun bermula tahun 2018 dan royalti sebanyak RM10,000 setahun sejak pajakan
bermula pada tahun 1786.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Sik,
hendak minta penjelasan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Kalau tuntutan itu adalah
tuntutan yang munasabah, bukankah lebih adil untuk Menteri Besar Kedah
mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan daripada mengeluarkan
kenyataan-kenyataan seperti ingin memberhentikan bekalan air kepada Pulau Pinang dan
kenyataan-kenyataan lain? Kenapakah tidak Menteri Besar mengemukakan permintaan
kepada Kerajaan Persekutuan?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Mungkin Yang Berhormat Jelutong
ketinggalan bas mungkin. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah telah pun
menyuarakan pandangan ini kepada Kerajaan Persekutuan termasuk juga kepada
| ini masih tidak menyeluruh dan tidak melimpah manfaatnya kepada rakyat secara holistik. Kerajaan masih leka bermain politik tanpa memikirkan kepentingan rakyat bawahan yang sekian hari dihimpit dengan masalah kewangan dan juga kos sara hidup yang semakin tinggi. Saya turut ingin mengingatkan bahawa manifesto Pakatan Harapan pada tahun 2022 termasuklah memberikan peruntukan pembangunan kawasan (CDF) yang saksama kepada semua Ahli Parlimen. Nampaknya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan gagal melunaskan janji tersebut dengan tidak menyatakan perkara ini dalam Belanjawan 2023. Tadi disebut oleh seorang Ahli Parlimen kerajaan bahawa dahulu ada MoU ketika kerajaan sebelum ini telah memberi peruntukan yang sama adil kepada semua Ahli Parlimen. Saya menyatakan, Pakatan Harapan juga telah mengadakan MoU kepada seluruh rakyat Malaysia ketika mereka berjanji untuk memberi secara adil kepada Ahli- ahli Parlimen yang ada di Dewan ini. Formula-formula pelik yang dicanang seantero negara turut menjadi bahan ketawa dan jenaka bersahaja rakyat marhaen di luar sana. Sebagai contoh, Yang Berhormat Pandan pernah menyatakan dalam Twitternya, "Naifnya budak-budak UMNO ini. Tak tahu rupanya harga kereta RM25k sahaja". Sekarang tibalah masanya untuk Yang Berhormat Pandan mempraktikkan segala formula yang dikeluarkan, termasuklah menurunkan harga kereta Perodua Myvi sekitar RM25,000, tidak termasuk cukai. Tuan Yang di-Pertua, sikap profesionalisme harus dijadikan tunjang dalam pemerintahan walaupun berbeza ideologi antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Ia selari dengan prinsip Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita. Satu contoh yang perlu dibangkitkan adalah keputusan Yang Amat Berhormat Tambun membatalkan projek pembinaan Kedah Aerotropolis yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Kita melihat peranan Kedah Aerotropolis akan meningkatkan imej negara sebagai hab pengangkutan kargo udara, logistik, MRO, pusat kecemerlangan aeroangkasa di wilayah utara dan di samping meningkatkan pendapatan ekonomi negara. Kita bukan hanya hendak buat balai polis tetapi juga Kedah Aerotropolis. #1650. Dua kali Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengutuskan surat temu janji untuk bertemu dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi membentangkan projek ini. Namun, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang maklum balas. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan juga isu berkaitan hubungan Kedah dan Pulau Pinang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan kelmarin. Faktanya adalah bayaran pajakan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan bagi pihak negeri Pulau Pinang sebanyak RM10 juta yang ditambah, yang pada asalnya RM10,000 kepada negeri Kedah. Ini adalah bayaran pajakan Pulau Pinang kepada Kedah. Untuk rekod, selama ini Kerajaan Negeri Kedah hanya menerima bayaran pemberian khas sebanyak RM10 juta setahun bermula tahun 2018 dan royalti sebanyak RM10,000 setahun sejak pajakan bermula pada tahun 1786. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Sik, hendak minta penjelasan. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Ya. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Kalau tuntutan itu adalah tuntutan yang munasabah, bukankah lebih adil untuk Menteri Besar Kedah mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti ingin memberhentikan bekalan air kepada Pulau Pinang dan kenyataan-kenyataan lain? Kenapakah tidak Menteri Besar mengemukakan permintaan kepada Kerajaan Persekutuan?. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Mungkin Yang Berhormat Jelutong ketinggalan bas mungkin. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah telah pun menyuarakan pandangan ini kepada Kerajaan Persekutuan termasuk juga kepada. | 79 | 89 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
80 DR.01.03.2023
Kerajaan Negeri Kedah. Dalam soal tuntutan membayar kos penjagaan sumber air
mentah daripada Sungai Muda, dengan jelas Kerajaan Negeri Kedah memohon RM50
juta setahun mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 dan Enakmen Sumber
Bekalan Air Negeri Kedah 2008.
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah ditubuhkan untuk mengawal selia semua
sumber air di negeri Kedah. Maka adalah sangat wajar Pulau Pinang juga ada
tanggungjawab bagi membayar pengorbanan khususnya rakyat di daerah saya di Daerah
Sik yang menjaga Hutan Simpan Ulu Muda untuk menjadi sumber bekalan air bagi seluruh
negeri di utara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat, satu
sahaja.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Okey, cukup. Saya tidak bagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Satu lagi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Saya tidak ada masa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: No. Satu lagi saya hendak
tanya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan
perbahasan Yang Berhormat Bagan semalam yang menafikan hak-hak ke dalam urusan
ini dilihat sebagai seolah-olah “melepaskan batok di tangga”. Maka sudah pastilah kita
melihat Yang Berhormat Bagan sendiri sudah hilang prinsip yang dipegangnya sebelum
ini.
Kita masih ingat di Dewan yang mulia ini, beliau pernah menyatakan di luar sana
dalam laporan Berita Harian, 17 Jun 2022 disebut, “Bagaimana DAP boleh bekerjasama
dengan individu yang bekerjasama dengan...”— ketika itu— “...Yang Berhormat Pekan
untuk menumbangkan Kerajaan PH. Ia seolah-olah bekerjasama dengan Barisan
Nasional”. Akan tetapi kita lihat pada hari ini, sebaliknya berlaku. Masa kempen PRU
disebut dengan lantang di media-media sosial, di kempen-kempen, “Tolak BN! Tolak
Rasuah!” Akan tetapi, selepas PRN, halal belaka.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Belanjawan kita tidak cukup kuat untuk
menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat terutamanya
penjawat awam. Ketika Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri, beliau telah
mengumumkan beberapa inisiatif baru dan berita gembira buat penjawat awam,
antaranya tambahan khas RM100 dalam bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan
pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) tahun 2023 pada belanjawan yang lepas
sebelum Parlimen dibubarkan.
Begitu juga KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu adalah bagi penjawat awam
Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023 yang melibatkan kira-kira
1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion. Maka, jika
dibandingkan dengan belanjawan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun
baru-baru ini, seolah-olah menafikan dan tidak mempedulikan kedudukan penjawat awam
kita yang sedang menghadapi kemelut bebanan ekonomi yang semakin meruncing.
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu kelangsungan penoreh-penoreh
getah, khususnya di Daerah Sik, Daerah Baling dan ramai lagi kawasan-kawasan yang
ramai di kalangan penduduknya adalah penoreh getah. Kita menyambut baik kerajaan
menaikkan harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada
RM2.70 sekilogram. Namun demikian, jumlah kenaikan ini sangat tidak setimpal hanya
sekitar lapan peratus sahaja dan di mana ketika seluruh penoreh memohon untuk
dinaikkan sehingga RM3.50.
Apa yang menjadi masalah juga ialah bagaimana mekanisme IPG dilaksanakan,
ketika mana lebih 80 peratus penoreh-penoreh kita tidak dapat membuat tuntutan secara
baik sehinggakan kita tidak dapat memastikan bahawa penoreh-penoreh ini dapat harga
yang sangat baik ketika mereka menjual hasil daripada kebun-kebun mereka.
| Kerajaan Negeri Kedah. Dalam soal tuntutan membayar kos penjagaan sumber air mentah daripada Sungai Muda, dengan jelas Kerajaan Negeri Kedah memohon RM50 juta setahun mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 dan Enakmen Sumber Bekalan Air Negeri Kedah 2008. Lembaga Sumber Air Negeri Kedah ditubuhkan untuk mengawal selia semua sumber air di negeri Kedah. Maka adalah sangat wajar Pulau Pinang juga ada tanggungjawab bagi membayar pengorbanan khususnya rakyat di daerah saya di Daerah Sik yang menjaga Hutan Simpan Ulu Muda untuk menjadi sumber bekalan air bagi seluruh negeri di utara. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat, satu sahaja. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Okey, cukup. Saya tidak bagi. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Satu lagi. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Saya tidak ada masa. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: No. Satu lagi saya hendak tanya. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan perbahasan Yang Berhormat Bagan semalam yang menafikan hak-hak ke dalam urusan ini dilihat sebagai seolah-olah "melepaskan batok di tangga". Maka sudah pastilah kita melihat Yang Berhormat Bagan sendiri sudah hilang prinsip yang dipegangnya sebelum ini. Kita masih ingat di Dewan yang mulia ini, beliau pernah menyatakan di luar sana dalam laporan Berita Harian, 17 Jun 2022 disebut, "Bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan individu yang bekerjasama dengan..."-- ketika itu-- "...Yang Berhormat Pekan untuk menumbangkan Kerajaan PH. Ia seolah-olah bekerjasama dengan Barisan Nasional". Akan tetapi kita lihat pada hari ini, sebaliknya berlaku. Masa kempen PRU disebut dengan lantang di media-media sosial, di kempen-kempen, "Tolak BN! Tolak Rasuah!" Akan tetapi, selepas PRN, halal belaka. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Belanjawan kita tidak cukup kuat untuk menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat terutamanya penjawat awam. Ketika Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengumumkan beberapa inisiatif baru dan berita gembira buat penjawat awam, antaranya tambahan khas RM100 dalam bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) tahun 2023 pada belanjawan yang lepas sebelum Parlimen dibubarkan. Begitu juga KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023 yang melibatkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion. Maka, jika dibandingkan dengan belanjawan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun baru-baru ini, seolah-olah menafikan dan tidak mempedulikan kedudukan penjawat awam kita yang sedang menghadapi kemelut bebanan ekonomi yang semakin meruncing. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu kelangsungan penoreh-penoreh getah, khususnya di Daerah Sik, Daerah Baling dan ramai lagi kawasan-kawasan yang ramai di kalangan penduduknya adalah penoreh getah. Kita menyambut baik kerajaan menaikkan harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram. Namun demikian, jumlah kenaikan ini sangat tidak setimpal hanya sekitar lapan peratus sahaja dan di mana ketika seluruh penoreh memohon untuk dinaikkan sehingga RM3.50. Apa yang menjadi masalah juga ialah bagaimana mekanisme IPG dilaksanakan, ketika mana lebih 80 peratus penoreh-penoreh kita tidak dapat membuat tuntutan secara baik sehinggakan kita tidak dapat memastikan bahawa penoreh-penoreh ini dapat harga yang sangat baik ketika mereka menjual hasil daripada kebun-kebun mereka. | 80 | 90 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 81
Saya mencadangkan juga sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat
Kubang Kerian tadi, bagaimana syarikat-syarikat konglomerat besar, syarikat-syarikat
ataupun industri-industri getah ini juga memberi satu dana yang besar bagi membantu
dana untuk kita meningkatkan pendapatan penoreh-penoreh getah. Tidak hanya kita
meminta syarikat BERNAS memberi peruntukan kepada pesawah-pesawah kita. Begitu
jugalah saya yakin ada juga syarikat-syarikat yang mereka ini mengaut laba yang begitu
besar ketika mana penoreh-penoreh kita pagi, petang, siang dan malam membanting
tulang untuk menghasilkan getah untuk keperluan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin membangkitkan berkaitan
dengan isu keselamatan makanan, khususnya penanaman padi di negara kita. Sebelum
ini ketika kerajaan sebelum ini, kita telah mula mengusahakan projek penanaman padi
lima kali dua tahun untuk meningkatkan SSL padi daripada 70 peratus naik hingga 80
peratus.
Namun, yang sangat mengecewakan, ketika dalam belanjawan yang
dibentangkan baru-baru ini tidak langsung menyebut bagaimana langkah kerajaan untuk
meningkatkan hasil pendapatan khususnya para petani kita dan juga hasil padi ataupun
keperluan beras negara kita yang pada hari ini dalam laporan pengeluaran padi,
khususnya di Kedah dan Perlis menghadapi kekurangan yang sangat ketara apabila
pelbagai isu yang berbangkit termasuklah isu tanah sawah yang rosak dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, saya merumuskan juga, saya ingin
membangkitkan sedikit berkaitan dengan isu antarabangsa yang kita lihat Malaysia perlu
mainkan peranan yang aktif khususnya isu yang melibatkan di Asia Barat, khususnya
rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa kezaliman pembunuhan rejim aparteid Israel
sejak tahun 1948. Terus berlaku pengusiran kepada seluruh rakyat Palestin termasuklah
di Tebing Barat termasuklah di Semenanjung Gaza.
Penyelesaian dua negara yang ditaja oleh Amerika Syarikat nampaknya adalah
satu penipuan untuk merampas seluruhnya tanah-tanah orang-orang Palestin. Saya
mencadangkan di sini untuk Parlimen kita dengan begitu serius mewujudkan Kokus
Parlimen Palestin sepertimana yang telah pun diadakan oleh beberapa negara-negara
yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Terakhir sekali, saya juga ingin
membangkitkan..
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung. Jangan
bangkit lagi. Masa sudah tamat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Saya ingin merumuskan iaitu
berkaitan dengan belanjawan khususnya kepada Angkatan Tentera Malaysia yang ada
peningkatan RM1.4 bilion. Saya ingin bertanya, adakah peningkatan untuk perbekalan
Angkatan Tentera Malaysia ini melibatkan pertambahan bagi menyiapkan perolehan kapal
littoral combat ship (LCS) yang tergendala sebelum ini?
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir untuk saya memberi satu pantun sebagai
rumusan ucapan saya.
Negara Malaysia kaya melimpah,
Dipandang indah rupanya ada yang dijarah,
Demi kuasa PH – BN segala-galanya indah,
Hilang prinsip hilanglah arah.
Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih. Saya
jemput Yang Berhormat Gombak.
| Saya mencadangkan juga sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi, bagaimana syarikat-syarikat konglomerat besar, syarikat-syarikat ataupun industri-industri getah ini juga memberi satu dana yang besar bagi membantu dana untuk kita meningkatkan pendapatan penoreh-penoreh getah. Tidak hanya kita meminta syarikat BERNAS memberi peruntukan kepada pesawah-pesawah kita. Begitu jugalah saya yakin ada juga syarikat-syarikat yang mereka ini mengaut laba yang begitu besar ketika mana penoreh-penoreh kita pagi, petang, siang dan malam membanting tulang untuk menghasilkan getah untuk keperluan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan isu keselamatan makanan, khususnya penanaman padi di negara kita. Sebelum ini ketika kerajaan sebelum ini, kita telah mula mengusahakan projek penanaman padi lima kali dua tahun untuk meningkatkan SSL padi daripada 70 peratus naik hingga 80 peratus. Namun, yang sangat mengecewakan, ketika dalam belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini tidak langsung menyebut bagaimana langkah kerajaan untuk meningkatkan hasil pendapatan khususnya para petani kita dan juga hasil padi ataupun keperluan beras negara kita yang pada hari ini dalam laporan pengeluaran padi, khususnya di Kedah dan Perlis menghadapi kekurangan yang sangat ketara apabila pelbagai isu yang berbangkit termasuklah isu tanah sawah yang rosak dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, saya merumuskan juga, saya ingin membangkitkan sedikit berkaitan dengan isu antarabangsa yang kita lihat Malaysia perlu mainkan peranan yang aktif khususnya isu yang melibatkan di Asia Barat, khususnya rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa kezaliman pembunuhan rejim aparteid Israel sejak tahun 1948. Terus berlaku pengusiran kepada seluruh rakyat Palestin termasuklah di Tebing Barat termasuklah di Semenanjung Gaza. Penyelesaian dua negara yang ditaja oleh Amerika Syarikat nampaknya adalah satu penipuan untuk merampas seluruhnya tanah-tanah orang-orang Palestin. Saya mencadangkan di sini untuk Parlimen kita dengan begitu serius mewujudkan Kokus Parlimen Palestin sepertimana yang telah pun diadakan oleh beberapa negara-negara yang lain. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Terakhir sekali, saya juga ingin membangkitkan.. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung. Jangan bangkit lagi. Masa sudah tamat. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Saya ingin merumuskan iaitu berkaitan dengan belanjawan khususnya kepada Angkatan Tentera Malaysia yang ada peningkatan RM1.4 bilion. Saya ingin bertanya, adakah peningkatan untuk perbekalan Angkatan Tentera Malaysia ini melibatkan pertambahan bagi menyiapkan perolehan kapal littoral combat ship (LCS) yang tergendala sebelum ini? Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir untuk saya memberi satu pantun sebagai rumusan ucapan saya. Negara Malaysia kaya melimpah, Dipandang indah rupanya ada yang dijarah, Demi kuasa PH- BN segala-galanya indah, Hilang prinsip hilanglah arah. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Gombak. | 81 | 91 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
82 DR.01.03.2023
4.59 ptg.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Bismillahi Rahmani Rahim.
Seorang Ahli: Hidup Gombak!
Dato’ Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan seluruh Ahli Dewan sekalian. Alhamdulillah, Gombak ingin mengucapkan ribuan
terima kasih atas kesempatan dan ruangan untuk Gombak bersama-sama membahaskan
belanjawan negeri ataupun belanjawan persekutuan yang telah dibentangkan oleh Yang
Berhormat Menteri Kewangan pada 24 Februari lalu.
■1700
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, kita harus memahami
belanjawan ini dengan memahami latar belakang negara dan kedudukan ekonomi serta
keadaan negara secara keseluruhannya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, semenjak
Februari tahun 2020, kedudukan politik serta ekonomi negara berada dalam keadaan
ketidaktentuan. Sudah pasti beberapa langkah yang dilakukan, pertukaran Perdana
Menteri dan kerajaan hinggalah Pilihan Raya Umum yang ke-15 telah menerbitkan rasa
gelisah, gundah-gulana kepada semua, daripada penjawat awam sampailah petani dan
penjaja hatta kepada pelabur-pelabur yang ingin datang ke dalam negara kita.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan kesan daripada pandemik COVID-19 dan
kesan itu telah memberikan contraction, dengan izin ataupun gegaran ekonomi yang
begitu besar kepada negara kita. Malahan turut disumbangkan dengan beberapa persepsi
lain. Antara persepsi yang ditimbulkan ialah tentang kedudukan indeks persepsi rasuah
negara yang telah jatuh ke tangga 61 daripada 180 negara. Indeks ataupun world
competitiveness ranking ataupun kebolehsaingan negara telah jatuh daripada tangga ke
25 ke tangga 32 daripada 66 buah negara.
Langkah-langkah dan kebijakan yang telah dibuat oleh pentadbiran sebelum ini
meningkatkan kadar hutang dan kebolehhutangan daripada 55 peratus kepada 65
peratus, telah meningkatkan jumlah hutang negara. Keseluruhan perkara ini melatari
kepada belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun sesuai
pembentukan kepada Kerajaan Perpaduan yang telah dilaksanakan sebaik Pilihan Raya
Umum ke-15.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian.
Kalau kita amat-amati buku panduan dan juga hasil dalam negara kita, kita akan dapat
mengenal pasti apakah asas penting kepada permasalahan ataupun perkara yang
dihadapi oleh rakyat secara keseluruhan. Pada peruntukan dan dapatan hasil negara,
sebanyak RM96 bilion lebih kurang atau RM98 bilion kalau tidak silap saya, disumbangkan
daripada cukai-cukai korporat. Malahan RM30 bilion lebih ataupun RM32 bilion lebih
kurang disumbangkan melalui cukai-cukai individu dan cukai-cukai pendapatan.
Ini membuktikan bahawa cukai-cukai korporat dan juga syarikat-syarikat besar
memberikan sumbangan yang besar kepada kedudukan ekonomi negara berbanding
daripada individu iaitu cukai-cukai pendapatan yang dikenakan dan boleh dikenakan
kepada rakyat. Maknanya di sini bahawa pendapatan rakyat berada dalam keadaan yang
sangat kecil dan sangat gusar dan ada gap ataupun jurang yang sangat besar di antara
mereka yang berpendapatan sangat tinggi dengan mereka yang berpendapatan
sederhana dan rendah.
Justeru, untuk kita tangani persoalan ini saya percaya Yang Amat Berhormat
Tambun telah mengusulkan satu usaha seperti menoktahkan kemiskinan tegar,
meningkatkan pendapatan-pendapatan rakyat melalui beberapa inisiatif dan sumbangan
termasuk meningkatkan penerima-penerima di kalangan sumbangan tunai rahmah yang
telah melibatkan lebih kurang lapan juta orang lebih dengan peruntukan yang sangat
besar. Ini secara tidak langsung akan membantu kekangan dan bebanan yang dihadapi
oleh rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, tidak ketinggalan saya juga
melihat bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Kerajaan Perpaduan telah
berupaya dan mampu untuk memujuk dan juga mengarahkan kepada syarikat-syarikat
| 4.59 ptg. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Bismillahi Rahmani Rahim. Seorang Ahli: Hidup Gombak!. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan sekalian. Alhamdulillah, Gombak ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan dan ruangan untuk Gombak bersama-sama membahaskan belanjawan negeri ataupun belanjawan persekutuan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 24 Februari lalu. #1700. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, kita harus memahami belanjawan ini dengan memahami latar belakang negara dan kedudukan ekonomi serta keadaan negara secara keseluruhannya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, semenjak Februari tahun 2020, kedudukan politik serta ekonomi negara berada dalam keadaan ketidaktentuan. Sudah pasti beberapa langkah yang dilakukan, pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan hinggalah Pilihan Raya Umum yang ke-15 telah menerbitkan rasa gelisah, gundah-gulana kepada semua, daripada penjawat awam sampailah petani dan penjaja hatta kepada pelabur-pelabur yang ingin datang ke dalam negara kita. Keadaan itu diburukkan lagi dengan kesan daripada pandemik COVID-19 dan kesan itu telah memberikan contraction, dengan izin ataupun gegaran ekonomi yang begitu besar kepada negara kita. Malahan turut disumbangkan dengan beberapa persepsi lain. Antara persepsi yang ditimbulkan ialah tentang kedudukan indeks persepsi rasuah negara yang telah jatuh ke tangga 61 daripada 180 negara. Indeks ataupun world competitiveness ranking ataupun kebolehsaingan negara telah jatuh daripada tangga ke 25 ke tangga 32 daripada 66 buah negara. Langkah-langkah dan kebijakan yang telah dibuat oleh pentadbiran sebelum ini meningkatkan kadar hutang dan kebolehhutangan daripada 55 peratus kepada 65 peratus, telah meningkatkan jumlah hutang negara. Keseluruhan perkara ini melatari kepada belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun sesuai pembentukan kepada Kerajaan Perpaduan yang telah dilaksanakan sebaik Pilihan Raya Umum ke-15. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Kalau kita amat-amati buku panduan dan juga hasil dalam negara kita, kita akan dapat mengenal pasti apakah asas penting kepada permasalahan ataupun perkara yang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhan. Pada peruntukan dan dapatan hasil negara, sebanyak RM96 bilion lebih kurang atau RM98 bilion kalau tidak silap saya, disumbangkan daripada cukai-cukai korporat. Malahan RM30 bilion lebih ataupun RM32 bilion lebih kurang disumbangkan melalui cukai-cukai individu dan cukai-cukai pendapatan. Ini membuktikan bahawa cukai-cukai korporat dan juga syarikat-syarikat besar memberikan sumbangan yang besar kepada kedudukan ekonomi negara berbanding daripada individu iaitu cukai-cukai pendapatan yang dikenakan dan boleh dikenakan kepada rakyat. Maknanya di sini bahawa pendapatan rakyat berada dalam keadaan yang sangat kecil dan sangat gusar dan ada gap ataupun jurang yang sangat besar di antara mereka yang berpendapatan sangat tinggi dengan mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Justeru, untuk kita tangani persoalan ini saya percaya Yang Amat Berhormat Tambun telah mengusulkan satu usaha seperti menoktahkan kemiskinan tegar, meningkatkan pendapatan-pendapatan rakyat melalui beberapa inisiatif dan sumbangan termasuk meningkatkan penerima-penerima di kalangan sumbangan tunai rahmah yang telah melibatkan lebih kurang lapan juta orang lebih dengan peruntukan yang sangat besar. Ini secara tidak langsung akan membantu kekangan dan bebanan yang dihadapi oleh rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, tidak ketinggalan saya juga melihat bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Kerajaan Perpaduan telah berupaya dan mampu untuk memujuk dan juga mengarahkan kepada syarikat-syarikat. | 4 | 92 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 83
yang mempunyai kepentingan yang sangat besar. Contohnya adalah seperti BERNAS,
dengan keuntungan sebahagian daripada mereka itu disumbangkan kembali kepada
petani-petani dan pesawah-pesawah. Saya berharap agar format ini boleh dibawa dan
dibincangkan supaya syarikat-syarikat ini boleh ataupun mereka yang kaya ini boleh
memberikan sumbangan dan diterjemahkan pula dengan beberapa program taxation
ataupun percukaian yang dianggap oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor sebagai satu
program yang ada ala-ala komunis ataupun sosialis.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya percaya kita melihat kepada keutamaan
dan kepentingan. Pada waktu ini kepentingan kita adalah untuk menjaga kumpulan B60
ini supaya B60 ini tidak menjadi B70 kemudian keseluruhan yang akan menekan keadaan
ekonomi negara. Justeru di bawah Kementerian Ekonomi, saya lihat ada inisiatif baharu
yang dinamakan sebagai IPR atau inisiatif pendapatan rakyat. Inisiatif pendapatan rakyat
ini bukan hanya memberikan sesuatu kepada rakyat tetapi juga memberikan peluang
kepada mereka untuk menambah pendapatan, termasuk daripada program pertanian,
program-program maintenance ataupun penyelenggaraan kemudahan dan juga
perniagaan-perniagaan kecil.
Saya percaya langkah ini wajar disokong oleh semua dan diberikan perhatian
kerana saya percaya motif dan tujuan yang dibangkitkan oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 ialah wujudkan sebuah Kerajaan
Perpaduan iaitu sebuah kerajaan yang boleh disertai oleh semua dan boleh
menyelesaikan masalah-masalah ini daripada kita meneruskan perbalahan-perbalahan
dan perbezaan yang tidak membawa kebaikan dan menyelamatkan negara kita.
Perlu diingat, kita ingin memasuki tahun 2030. Bermakna selepas tahun 2030, kita
akan mempunyai lebih kurang 30 tahun lebih untuk menuju Malaysia ke-100 tahun. Perlu
diingat beberapa buah negara seperti negara Singapura yang merupakan pesaing setara
kita pada tahun 70-an telah jauh meninggalkan kita. Beberapa buah negara yang dahulu
dianggap lemah dan rendah kualiti kehidupan dan juga kemampuan mereka, sudah mula
melepasi kita paling tidak dari sudut pencapaian ekonomi dan persepsi terhadap mereka.
Saya ambil contoh negara seperti Vietnam, sebuah negara yang telah mendapat
perhatian, khususnya untuk sektor pembuatan yang sangat-sangat aktif dan begitu
attraction dan begitu attractive dengan izin ataupun lebih menarik. Kita kena lihat
bagaimana Indonesia yang mampu menjadi hos kepada G20 ataupun Kumpulan 20
ataupun negara-negara maju dan beberapa projek seperti Nusantara dan sebagainya.
Kedudukan negara kita ini kalau tidak dipulihkan, dalam erti kata memulihkan akar
pentingnya iaitu rakyat dengan menyelesaikan masalah penggajian mereka dan
pendapatan mereka. Akhirnya saya bimbang, kebimbangan kita, perbezaan kita ini akan
menyebabkan kita terperosok.
Rakan-rakan daripada Perikatan Nasional memilih untuk jadi pembangkang. Saya
tidak ada risau kerana ia adalah satu proses demokrasi yang baik. Namun begitu, saya
percaya kalau sambutan dan cadangan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
disambut terima sebagai Kerajaan Perpaduan. Ia jauh lebih baik, ia jauh lebih baik. Saya
lihat dalam ucapan dan juga perbahasan Yang Berhormat Marang menganggap Kerajaan
Perpaduan ini bukan benar-benar perpaduan, yang memang tidak jadi sebab kamu yang
tolak. Jadi, kamu yang tolak kenapa kamu yang koyak? Ini masalah besarnya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebab itu asas-asas ini kalau
setuju pun jadi pembangkang tidak mengapa tetapi asas-asas penyelesaian akar penting
rakyat ini dapat dilihat dan dapat diselesaikan. Ini ada dalam strategik ketiga belanjawan
yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun iaitu tentang kesetaraan sosial
ataupun keadilan sosial. Selain daripada program-program pemacuan ekonomi dan juga
institusi reform ataupun reformasi institusi dan tata kelola yang baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya percaya hal ini bukan
hanya merujuk kepada pemberian dan program-program ekonomi tetapi kita kena kembali
lagi asasnya iaitu dalam bidang pendidikan. Ahli Yang Berhormat, sebentar tadi Ahli Yang
Berhormat sebelum ini telah membangkitkan— Yang Berhormat Tanjong Manis kalau
tidak silap saya, menyebutkan bahawa peruntukan pendidikan antara peruntukan yang
| yang mempunyai kepentingan yang sangat besar. Contohnya adalah seperti BERNAS, dengan keuntungan sebahagian daripada mereka itu disumbangkan kembali kepada petani-petani dan pesawah-pesawah. Saya berharap agar format ini boleh dibawa dan dibincangkan supaya syarikat-syarikat ini boleh ataupun mereka yang kaya ini boleh memberikan sumbangan dan diterjemahkan pula dengan beberapa program taxation ataupun percukaian yang dianggap oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor sebagai satu program yang ada ala-ala komunis ataupun sosialis. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya percaya kita melihat kepada keutamaan dan kepentingan. Pada waktu ini kepentingan kita adalah untuk menjaga kumpulan B60 ini supaya B60 ini tidak menjadi B70 kemudian keseluruhan yang akan menekan keadaan ekonomi negara. Justeru di bawah Kementerian Ekonomi, saya lihat ada inisiatif baharu yang dinamakan sebagai IPR atau inisiatif pendapatan rakyat. Inisiatif pendapatan rakyat ini bukan hanya memberikan sesuatu kepada rakyat tetapi juga memberikan peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan, termasuk daripada program pertanian, program-program maintenance ataupun penyelenggaraan kemudahan dan juga perniagaan-perniagaan kecil. Saya percaya langkah ini wajar disokong oleh semua dan diberikan perhatian kerana saya percaya motif dan tujuan yang dibangkitkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 ialah wujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan iaitu sebuah kerajaan yang boleh disertai oleh semua dan boleh menyelesaikan masalah-masalah ini daripada kita meneruskan perbalahan-perbalahan dan perbezaan yang tidak membawa kebaikan dan menyelamatkan negara kita. Perlu diingat, kita ingin memasukitahun 2030. Bermakna selepas tahun 2030, kita akan mempunyai lebih kurang 30 tahun lebih untuk menuju Malaysia ke-100 tahun. Perlu diingat beberapa buah negara seperti negara Singapura yang merupakan pesaing setara kita pada tahun 70-an telah jauh meninggalkan kita. Beberapa buah negara yang dahulu dianggap lemah dan rendah kualiti kehidupan dan juga kemampuan mereka, sudah mula melepasi kita paling tidak dari sudut pencapaian ekonomi dan persepsi terhadap mereka. Saya ambil contoh negara seperti Vietnam, sebuah negara yang telah mendapat perhatian, khususnya untuk sektor pembuatan yang sangat-sangat aktif dan begitu attraction dan begitu attractive dengan izin ataupun lebih menarik. Kita kena lihat bagaimana Indonesia yang mampu menjadi hos kepada G20 ataupun Kumpulan 20 ataupun negara-negara maju dan beberapa projek seperti Nusantara dan sebagainya. Kedudukan negara kita ini kalau tidak dipulihkan, dalam erti kata memulihkan akar pentingnya iaitu rakyat dengan menyelesaikan masalah penggajian mereka dan pendapatan mereka. Akhirnya saya bimbang, kebimbangan kita, perbezaan kita ini akan menyebabkan kita terperosok. Rakan-rakan daripada Perikatan Nasional memilih untuk jadi pembangkang. Saya tidak ada risau kerana ia adalah satu proses demokrasi yang baik. Namun begitu, saya percaya kalau sambutan dan cadangan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disambut terima sebagai Kerajaan Perpaduan. Ia jauh lebih baik, ia jauh lebih baik. Saya lihat dalam ucapan dan juga perbahasan Yang Berhormat Marang menganggap Kerajaan Perpaduan ini bukan benar-benar perpaduan, yang memang tidak jadi sebab kamu yang tolak. Jadi, kamu yang tolak kenapa kamu yang koyak? Ini masalah besarnya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebab itu asas-asas ini kalau setuju pun jadi pembangkang tidak mengapa tetapi asas-asas penyelesaian akar penting rakyat ini dapat dilihat dan dapat diselesaikan. Ini ada dalam strategik ketiga belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun iaitu tentang kesetaraan sosial ataupun keadilan sosial. Selain daripada program-program pemacuan ekonomi dan juga institusi reform ataupun reformasi institusi dan tata kelola yang baik. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya percaya hal ini bukan hanya merujuk kepada pemberian dan program-program ekonomi tetapi kita kena kembali lagi asasnya iaitu dalam bidang pendidikan. Ahli Yang Berhormat, sebentar tadi Ahli Yang Berhormat sebelum ini telah membangkitkan-- Yang Berhormat Tanjong Manis kalau tidak silap saya, menyebutkan bahawa peruntukan pendidikan antara peruntukan yang. | 83 | 93 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
84 DR.01.03.2023
besar dan jumlah peningkatan yang agak significant, lebih kurang RM600 juta daripada
peruntukan yang telah dibentangkan pada tahun 2022. Malahan kalau kita bandingkan
dengan pembentangan yang diterajui oleh Yang Berhormat Pagoh, lebih kurang jauh dua
kali ganda ataupun sekali ganda daripada peruntukan yang telah diperuntukkan ketika
Perdana Menterinya di bawah Yang Berhormat Pagoh.
Oleh sebab itu pendidikan ini merupakan asas yang penting dan saya percaya ia
harus disokong, termasuk memastikan kita mempunyai set kemahiran melalui teknikal dan
vokasional yang secukupnya. Di bawah merata-rata, ramai orang menyebut bahawa kita
kekurangan pekerjaan. Kita tidak cukup kerja. Akan tetapi setiap kali saya datang ke
beberapa sesi menarik pelabur di dalam dan di luar negara kita berdepan masalah untuk
memberikan keyakinan, mempunyai set ruangan pekerja yang secukupnya.
Ada beberapa syarikat meminta untuk 3,000 pekerja-pekerja pada set kemahiran
tertentu. Malahan kalau saya ambil contoh Kerajaan Negeri Selangor terpaksa
melaksanakan program teknikal dan vokasional dengan beberapa kekangan kita
tersendiri.
Saya ambil contoh, kalau ingin merujuk kepada bagaimana pengalaman
Selangor. Kita menumpu kepada apakah machinery daripada sektor pembuatan yang
merangkumi dan mengusai 80, 70 peratus dalam sektor pembuatan. Tahun 2020 kita
wujudkan Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) daripada INPENS dan
dari sana kita telah menarik perhatian XIMEN dari Jerman. Kita telah menarikan Festo
dari Jerman, malahan kita sedang berbincang dengan Apple ataupun sudah bertanda
tangan dengan Apple dan kita telah— sedang berbincang dengan the South System.
■1710
The South System adalah syarikat penerbangan mulanya, tetapi the South
System merupakan sebuah sistem ataupun sistem imbasan yang boleh memberikan
gambaran kepada pembuatan kereta dan hampir semua pembuatan kereta di dalam
negara kita menggunakan the South System.
Di saat kita menyebut tentang teknikal vokasional yang saya dengar sejak
daripada saya sekolah menengah sampai rambut saya sudah banyak yang putih ini, kita
tidak boleh menyelesaikan kerana kita hilang fokus. Fokus ia hendak dijadikan apa?
Menepati sektor pembuatan. Untuk memastikan sektor pembuatan ini dibangunkan dan
dilihat dengan baik, kita kena tahu ruangannya, bahagiannya apa? Misalkan elektrik dan
elektronik (E&E). Misalkan...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Yang Berhormat Gombak, minta laluan.
Yang Berhormat Gombak telah menyentuh tentang keyakinan pelabur berdasarkan
kepada permintaan tenaga kerja. Adakah Yang Berhormat Gombak bersetuju bahawa
keyakinan pelabur terhadap negara untuk mereka melabur juga tertakluk kepada
keyakinan mereka terhadap kepimpinan negara?
Sebagai contoh, pelabur yakin dengan Kerajaan Negeri Kedah kerana Kerajaan
Negeri Kedah mengamalkan dasar sifar rasuah ataupun tidak ada dasar-dasar yang
bercanggah. Jadi persoalan saya, adakah faktor keyakinan kerajaan yang memerintah itu
sebagai faktor utama dalam menarik pelabur masuk ke dalam negara? Sekian.
Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Saya setuju dengan pandangan Yang
Berhormat Jerlun sebentar tadi. Sudah pasti keyakinan kepada pentadbiran itu sangat
penting. Dalam tempoh dua, tiga tahun yang lepas, sudah pasti keyakinan itu tidak ada
sebab dalam tempoh beberapa hari sahaja kita takut Perdana Menteri bertukar, kerajaan
bertukar dan menteri bertukar. Jadi, keyakinan itu tidak dapat diwujudkan tanpa
kestabilan. Saya tertarik tadi rakan-rakan dari Sik...
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung, sila
gulung. Yang Berhormat Gombak, sila gulung.
Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Yang Berhormat Sik sebut PH hendak
gabung dengan UMNO. Habis PN hendak buat kerajaan, hendak gabung dengan siapa?
Dengan bunian? Tidak dengan UMNO juga? [Tepuk] [Dewan riuh] Saya pun pelik.
| besar dan jumlah peningkatan yang agak significant, lebih kurang RM600 juta daripada peruntukan yang telah dibentangkan pada tahun 2022. Malahan kalau kita bandingkan dengan pembentangan yang diterajui oleh Yang Berhormat Pagoh, lebih kurang jauh dua kali ganda ataupun sekali ganda daripada peruntukan yang telah diperuntukkan ketika Perdana Menterinya di bawah Yang Berhormat Pagoh. Oleh sebab itu pendidikan ini merupakan asas yang penting dan saya percaya ia harus disokong, termasuk memastikan kita mempunyai set kemahiran melalui teknikal dan vokasional yang secukupnya. Di bawah merata-rata, ramai orang menyebut bahawa kita kekurangan pekerjaan. Kita tidak cukup kerja. Akan tetapi setiap kali saya datang ke beberapa sesi menarik pelabur di dalam dan di luar negara kita berdepan masalah untuk memberikan keyakinan, mempunyai set ruangan pekerja yang secukupnya. Ada beberapa syarikat meminta untuk 3,000 pekerja-pekerja pada set kemahiran tertentu. Malahan kalau saya ambil contoh Kerajaan Negeri Selangor terpaksa melaksanakan program teknikal dan vokasional dengan beberapa kekangan kita tersendiri. Saya ambil contoh, kalau ingin merujuk kepada bagaimana pengalaman Selangor. Kita menumpu kepada apakah machinery daripada sektor pembuatan yang merangkumi dan mengusai 80, 70 peratus dalam sektor pembuatan. Tahun 2020 kita wujudkan Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) daripada INPENS dan dari sana kita telah menarik perhatian XIMEN dari Jerman. Kita telah menarikan Festo dari Jerman, malahan kita sedang berbincang dengan Apple ataupun sudah bertanda tangan dengan Apple dan kita telah-- sedang berbincang dengan the South System. #1710. The South System adalah syarikat penerbangan mulanya, tetapi the South System merupakan sebuah sistem ataupun sistem imbasan yang boleh memberikan gambaran kepada pembuatan kereta dan hampir semua pembuatan kereta di dalam negara kita menggunakan the South System. Di saat kita menyebut tentang teknikal vokasional yang saya dengar sejak daripada saya sekolah menengah sampai rambut saya sudah banyak yang putih ini, kita tidak boleh menyelesaikan kerana kita hilang fokus. Fokus ia hendak dijadikan apa? Menepati sektor pembuatan. Untuk memastikan sektor pembuatan ini dibangunkan dan dilihat dengan baik, kita kena tahu ruangannya, bahagiannya apa? Misalkan elektrik dan elektronik (E&E). Misalkan... Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Yang Berhormat Gombak, minta laluan. Yang Berhormat Gombak telah menyentuh tentang keyakinan pelabur berdasarkan kepada permintaan tenaga kerja. Adakah Yang Berhormat Gombak bersetuju bahawa keyakinan pelabur terhadap negara untuk mereka melabur juga tertakluk kepada keyakinan mereka terhadap kepimpinan negara?. Sebagai contoh, pelabur yakin dengan Kerajaan Negeri Kedah kerana Kerajaan Negeri Kedah mengamalkan dasar sifar rasuah ataupun tidak ada dasar-dasar yang bercanggah. Jadi persoalan saya, adakah faktor keyakinan kerajaan yang memerintah itu sebagai faktor utama dalam menarik pelabur masuk ke dalam negara? Sekian. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Jerlun sebentar tadi. Sudah pasti keyakinan kepada pentadbiran itu sangat penting. Dalam tempoh dua, tiga tahun yang lepas, sudah pasti keyakinan itu tidak ada sebab dalam tempoh beberapa hari sahaja kita takut Perdana Menteri bertukar, kerajaan bertukar dan menteri bertukar. Jadi, keyakinan itu tidak dapat diwujudkan tanpa kestabilan. Saya tertarik tadi rakan-rakan dari Sik... Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung, sila gulung. Yang Berhormat Gombak, sila gulung. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Yang Berhormat Sik sebut PH hendak gabung dengan UMNO. Habis PN hendak buat kerajaan, hendak gabung dengan siapa? Dengan bunian? Tidak dengan UMNO juga? [Tepuk] [Dewan riuh] Saya pun pelik. | 84 | 94 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 85
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Tunggu Yang
Berhormat. Tunggu, tunggu.
Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: PN gabung dengan siapa? Dengan
UMNO juga. Jadi, masalah itu yang saya sebut masa belanjawan. Mereka buat boleh, kita
buat tidak boleh. Dia tak nak buat nanti dia koyak sama, susahlah. Hendak pilih jadi
pembangkang boleh, tidak ada masalah. Akan tetapi kena faham dan jangan ulang, ulang
dan ulang tetapi tidak membawa kebaikan. Kita hendak selesaikan banyak masalah.
Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Yang Berhormat Gombak, mohon
mencelah boleh Yang Berhormat Gombak?
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Masa sudah tamat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Bagi sikitlah. Tuan Yang di-
Pertua, bagi sikit Tuan Yang di-Pertua. Bagi sikit.
Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Bagi sikitlah tanya. Satu sahaja soalan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang di-Pertua, kerajaanlah Tuan
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat
Gombak sudah tamatkah? Tidak perlu.
Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Gombak sikit. [Ketawa] Yang
Berhormat sekalian, saya hendak ucapkan terima kasih kepada orang-orang Gombak.
Satu perkara yang saya hendak bangkitkan tentang Gombak ialah berkenaan jalan lama
Gombak sampailah ke Bentong. Jalan ini merupakan jalan lama yang telah wujud dari
tahun 1915 dan kita berharap agar Kementerian Pengangkutan ataupun Kementerian
Kerja Raya dapat menumpukan supaya dinaiki taraf kerana ia menjadi laluan-laluan
alternatif kepada kenderaan berat, khususnya pada waktu pagi dan malam. Malahan, ia
turut menjadi perhatian kepada penunggang-penunggang basikal termasuk Ahli Parlimen
Bentong.
Jadi, kita berharap banyak kemalangan berlaku, malahan kerajaan negeri juga
mengenal pasti banyak perumahan rakyat yang ada di sana atau rakyat yang tinggal di
kawasan rizab-rizab. Justeru, saya percaya kerajaan negeri sedang berbincang untuk
menyelesaikan masalah mereka yang tinggal di rizab, di samping projek ECRL yang akan
sampai dan juga menaik taraf jalan-jalan ini yang akan meningkatkan mobiliti di antara
Gombak dan Pahang, yang sekali gus akan membantu ekonomi dan perkembangan
ekonomi dan keselamatan penunggang-penunggang basikal di sana.
Jadi satu perkara sahaja yang saya pohon, yang lain-lain saya minta nanti untuk
dibincangkan di peringkat jawatankuasa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih. Saya
jemput Yang Berhormat Ketereh.
5.13 ptg.
Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-
Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan belanjawan yang telah
dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 Februari yang lepas.
Sebelum saya meneruskan perbahasan ini, saya ingin memaklumkan kepada
Dewan yang mulia ini, hari ini adalah 1 Mac 2023, hari ulang tahun Tentera Darat
Malaysia. [Tepuk] Saya, part and parcel of Tentera Darat Malaysia, yang mana saya
menghabiskan 3/4 daripada usia saya di dalam Tentera Darat Malaysia iaitu lebih kurang
40 tahun. [Tepuk] Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua kawan saya, sahabat-
sahabat saya dan juga Ahli Dewan Rakyat yang telah mengucapkan tahniah atas Hari
Ulang Tahun Tentera Darat yang ke-90.
Setelah mendengar dan meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,
saya dapati sebanyak RM17.7 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian
| Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Tunggu Yang Berhormat. Tunggu, tunggu. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: PN gabung dengan siapa? Dengan UMNO juga. Jadi, masalah itu yang saya sebut masa belanjawan. Mereka buat boleh, kita buat tidak boleh. Dia tak nak buat nanti dia koyak sama, susahlah. Hendak pilih jadi pembangkang boleh, tidak ada masalah. Akan tetapi kena faham dan jangan ulang, ulang dan ulang tetapi tidak membawa kebaikan. Kita hendak selesaikan banyak masalah. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Yang Berhormat Gombak, mohon mencelah boleh Yang Berhormat Gombak? Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Masa sudah tamat. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Bagi sikitlah. Tuan Yang di- Pertua, bagi sikit Tuan Yang di-Pertua. Bagi sikit. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Bagi sikitlah tanya. Satu sahaja soalan. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang di-Pertua, kerajaanlah Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat Gombak sudah tamatkah? Tidak perlu. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak]: Gombak sikit. [Ketawa] Yang Berhormat sekalian, saya hendak ucapkan terima kasih kepada orang-orang Gombak. Satu perkara yang saya hendak bangkitkan tentang Gombak ialah berkenaan jalan lama Gombak sampailah ke Bentong. Jalan ini merupakan jalan lama yang telah wujud dari tahun 1915 dan kita berharap agar Kementerian Pengangkutan ataupun Kementerian Kerja Raya dapat menumpukan supaya dinaikitaraf kerana ia menjadi laluan-laluan alternatif kepada kenderaan berat, khususnya pada waktu pagi dan malam. Malahan, ia turut menjadi perhatian kepada penunggang-penunggang basikal termasuk Ahli Parlimen Bentong. Jadi, kita berharap banyak kemalangan berlaku, malahan kerajaan negeri juga mengenal pasti banyak perumahan rakyat yang ada di sana atau rakyat yang tinggal di kawasan rizab-rizab. Justeru, saya percaya kerajaan negeri sedang berbincang untuk menyelesaikan masalah mereka yang tinggal di rizab, di samping projek ECRL yang akan sampai dan juga menaik taraf jalan-jalan ini yang akan meningkatkan mobiliti di antara Gombak dan Pahang, yang sekali gus akan membantu ekonomi dan perkembangan ekonomi dan keselamatan penunggang-penunggang basikal di sana. Jadi satu perkara sahaja yang saya pohon, yang lain-lain saya minta nanti untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Ketereh. 5.13 ptg. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 Februari yang lepas. Sebelum saya meneruskan perbahasan ini, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, hari ini adalah 1 Mac 2023, hari ulang tahun Tentera Darat Malaysia. [Tepuk] Saya, part and parcel of Tentera Darat Malaysia, yang mana saya menghabiskan 3/4 daripada usia saya di dalam Tentera Darat Malaysia iaitu lebih kurang 40 tahun. [Tepuk] Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua kawan saya, sahabat- sahabat saya dan juga Ahli Dewan Rakyat yang telah mengucapkan tahniah atas Hari Ulang Tahun Tentera Darat yang ke-90. Setelah mendengar dan meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya dapati sebanyak RM17.7 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian. | 85 | 95 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
86 DR.01.03.2023
Pertahanan. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
kerana ia satu jumlah yang besar jika dibelanjakan dengan baik dan akan memberikan
manfaat kepada pertahanan negara. Akan tetapi apa yang perlu diingatkan di sini,
Kementerian Pertahanan mestilah dapat mengawal ketirisan yang sering bermaharajalela
di MINDEF di mana ramai kontraktor yang turun naik di Kementerian Pertahanan dan mula
berbaik-baik dengan orang-orang yang tertentu bagi mendapatkan projek.
Janganlah ada skandal-skandal yang baharu berlaku dalam tempoh Kerajaan
Madani ini. Jika ada skandal-skandal baharu, ia amat memalukan terutama kepada saya
sebagai wakil rakyat daripada Parlimen Ketereh, dalam masa yang sama saya juga
mewakili angkatan tentera dan juga bekas anggota angkatan tentera. Saya
mengharapkan agar KEMENTAH tidak lagi digelar lubuk duit oleh kontraktor-kontraktor
luar kerana bahasa itu amat keji dan jijik bagi saya, di mana seolah-olah pegawai-pegawai
di KEMENTAH itu mudah dibeli. Jadi, saya memohon Menteri Pertahanan memantau
perkara ini.
Antara inisiatif-inisiatif yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri adalah penyelenggaraan dan pembelian aset ATM sebanyak RM4.1 bilion,
menyelenggarakan rumah keluarga ATM sebanyak RM317 juta, membina lebih 7,000 unit
rumah pangsa milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah di Kuala Lumpur.
Selain itu, Program Kerjaya Kedua Veteran ATM menerusi kerjasama LTAT,
Jabatan Hal Ehwal Veteran dan agensi-agensi kerajaan turut diperuntukkan. Lima bidang
kursus selama tiga bulan ditawarkan. Di antaranya pengendalian dron, keselamatan siber
dan penyelenggaraan pesawat. Di sini saya perlu mendapatkan penjelasan daripada
Menteri Pertahanan, kenapakah LTAT terlibat dalam program ini?
Setahu saya, LTAT diberi mandat untuk membuat pelaburan, yang mana
untungnya dibahagi kepada ATM, terutama dalam membantu anggota-anggota tentera
dan juga veteran ATM. Saya juga minta sekali lagi Menteri Pertahanan melihat balik
program ini kerana semua kursus itu sepatutnya dikendalikan oleh PERHEBAT bukannya
LTAT.
Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan untuk program-program reskilling dan
upskilling veteran ATM oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran dengan kerjasama Jabatan
Pembangunan Persekutuan dan juga Persatuan MyTVET Malaysia. Sebenarnya anggota
tentera kita yang bersara mempunyai skill yang tersendiri mengikut kor-kor di dalam
Tentera Darat dan juga perkhidmatan laut dan udara.
Jadi, di sini saya tidak nampak kenapa kita tidak menggunakan kepakaran mereka
yang sedia ada semasa bertugas selama 21 tahun untuk diserapkan terus ke dalam
jabatan kerajaan ataupun agensi kerajaan yang sedia ada? Mohon penjelasan daripada
Menteri Pertahanan.
Selain daripada itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah
memaklumkan tentang projek rintis pertanian jagung bijirin melalui kerjasama strategik
LTAT, MAFS dan juga KEMENTAH. Di sini pun saya tidak berapa faham dan saya mohon
Menteri Pertahanan memberikan pencerahan tentang inisiatif ini.
■1720
Setelah berkhidmat di dalam ATM selama 40 tahun di mana jawatan terakhir saya
adalah Ketua Perisikan Tentera Darat ataupun AKS Perisikan, di sini saya ingin
melafazkan rasa yang amat kecewa dengan belanjawan ini. Maksud saya belanjawan
untuk pertahanan, KEMENTAH. Ini kerana ianya tidak langsung menyentuh isu yang
begitu sensitif yang melibatkan moral anggota ATM dan juga bekas ATM. Bajet yang
begitu besar RM17.7 bilion tidak langsung dapat menyelesaikan isu-isu veteran ATM.
Untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan semua, seramai 78,546 orang veteran yang
bersara sebelum 1 Januari 2013 sangat menanti-nantikan belanjawan ini untuk kerajaan
merealisasikan tuntutan mereka. Dah 10 tahun mereka menuntut. Mereka ini telah banyak
berkorban jiwa dan raga, tidak cukup tidur siang dan malam, berhujan, menahan
kesejukan dan ada kalanya berlapar. Kebanyakan veteran ini rata-ratanya warga emas
dan berumur lebih daripada 70 tahun.
| Pertahanan. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana ia satu jumlah yang besar jika dibelanjakan dengan baik dan akan memberikan manfaat kepada pertahanan negara. Akan tetapi apa yang perlu diingatkan di sini, Kementerian Pertahanan mestilah dapat mengawal ketirisan yang sering bermaharajalela di MINDEF di mana ramai kontraktor yang turun naik di Kementerian Pertahanan dan mula berbaik-baik dengan orang-orang yang tertentu bagi mendapatkan projek. Janganlah ada skandal-skandal yang baharu berlaku dalam tempoh Kerajaan Madani ini. Jika ada skandal-skandal baharu, ia amat memalukan terutama kepada saya sebagai wakil rakyat daripada Parlimen Ketereh, dalam masa yang sama saya juga mewakili angkatan tentera dan juga bekas anggota angkatan tentera. Saya mengharapkan agar KEMENTAH tidak lagi digelar lubuk duit oleh kontraktor-kontraktor luar kerana bahasa itu amat keji dan jijik bagi saya, di mana seolah-olah pegawai-pegawai di KEMENTAH itu mudah dibeli. Jadi, saya memohon Menteri Pertahanan memantau perkara ini. Antara inisiatif-inisiatif yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah penyelenggaraan dan pembelian aset ATM sebanyak RM4.1 bilion, menyelenggarakan rumah keluarga ATM sebanyak RM317 juta, membina lebih 7,000 unit rumah pangsa milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah di Kuala Lumpur. Selain itu, Program Kerjaya Kedua Veteran ATM menerusi kerjasama LTAT, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan agensi-agensi kerajaan turut diperuntukkan. Lima bidang kursus selama tiga bulan ditawarkan. Di antaranya pengendalian dron, keselamatan siber dan penyelenggaraan pesawat. Di sini saya perlu mendapatkan penjelasan daripada Menteri Pertahanan, kenapakah LTAT terlibat dalam program ini?. Setahu saya, LTAT diberi mandat untuk membuat pelaburan, yang mana untungnya dibahagi kepada ATM, terutama dalam membantu anggota-anggota tentera dan juga veteran ATM. Saya juga minta sekali lagi Menteri Pertahanan melihat balik program ini kerana semua kursus itu sepatutnya dikendalikan oleh PERHEBAT bukannya LTAT. Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan untuk program-program reskilling dan upskilling veteran ATM oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan dan juga Persatuan MyTVET Malaysia. Sebenarnya anggota tentera kita yang bersara mempunyai skill yang tersendiri mengikut kor-kor di dalam Tentera Darat dan juga perkhidmatan laut dan udara. Jadi, di sini saya tidak nampak kenapa kita tidak menggunakan kepakaran mereka yang sedia ada semasa bertugas selama 21 tahun untuk diserapkan terus ke dalam jabatan kerajaan ataupun agensi kerajaan yang sedia ada? Mohon penjelasan daripada Menteri Pertahanan. Selain daripada itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah memaklumkan tentang projek rintis pertanian jagung bijirin melalui kerjasama strategik LTAT, MAFS dan juga KEMENTAH. Di sini pun saya tidak berapa faham dan saya mohon Menteri Pertahanan memberikan pencerahan tentang inisiatif ini. #1720. Setelah berkhidmat di dalam ATM selama 40 tahun di mana jawatan terakhir saya adalah Ketua Perisikan Tentera Darat ataupun AKS Perisikan, di sini saya ingin melafazkan rasa yang amat kecewa dengan belanjawan ini. Maksud saya belanjawan untuk pertahanan, KEMENTAH. Ini kerana ianya tidak langsung menyentuh isu yang begitu sensitif yang melibatkan moral anggota ATM dan juga bekas ATM. Bajet yang begitu besar RM17.7 bilion tidak langsung dapat menyelesaikan isu-isu veteran ATM. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan semua, seramai 78,546 orang veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 sangat menanti-nantikan belanjawan ini untuk kerajaan merealisasikan tuntutan mereka. Dah 10 tahun mereka menuntut. Mereka ini telah banyak berkorban jiwa dan raga, tidak cukup tidur siang dan malam, berhujan, menahan kesejukan dan ada kalanya berlapar. Kebanyakan veteran ini rata-ratanya warga emas dan berumur lebih daripada 70 tahun. | 86 | 96 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 87
Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini,
daripada jumlah ini termasuk jugalah 1,798 orang veteran yang cedera semasa
menentang pengganas komunis dan juga Parti Komunis Kalimantan Utara, daripada 1
Januari 1969 hingga 1989 di Semenanjung Malaysia dan 1 Januari 1969 hingga 17
Oktober 1990 di Sarawak.
Selain daripada itu kita juga masih ada seramai 272 orang veteran tentera yang
cacat anggota ketika bertempur dengan pengganas komunis. Bayangkan bagaimana
seksanya kehidupan mereka setelah mengalami kecacatan kekal yang serius. Ada yang
lumpuh, ada yang putus kaki, ada yang buta mata, ada yang putus tangan dan lain-lain
lagi.
Selain daripada itu, bajet ini juga tidak menyentuh isu veteran ATM yang tidak
berpencen yang mana bertugas zaman– termasuk juga bertugas pada zaman menentang
pengganas komunis. Seramai 73 orang veteran yang tidak pencen tidak langsung disebut.
Sekurang-kurangnya mungkin boleh dipertimbangkan untuk elaun sara hidup kepada
mereka setiap bulan.
Isu lain adalah isu kerjaya kedua melibatkan seramai 4,000 orang ke 5,000 orang
tentera yang berpencen selepas tamat tugas 21 tahun. Justeru itu, saya memohon Menteri
Pertahanan memaklumkan perancangan yang akan dibuat dalam menentukan semua
veteran ATM yang baru bersara disediakan kerjaya yang kedua. Pada hemat saya,
mereka tidak perlu lagi diberikan apa-apa kursus atau latihan kerana mereka telah pun
mempunyai kepakaran di bidang masing-masing. Di sini saya memohon Yang Amat
Berhormat Menteri Kewangan dan juga Menteri Pertahanan agar dapat menyelesaikan
semua isu veteran ATM sebelum akhir tahun ini. Ini kerana tuntutan mereka ini dah pun
lebih daripada 10 tahun.
Kepada rakyat Parlimen Ketereh, saya tidak tinggal– saya mengucapkan terima
kasih kerana memilih saya. Ini kerana ada juga komen-komen kepada saya, dia kata saya
hanya membela veteran sahaja. Saya tidak lupa kepada rakyat Ketereh. Jangan risau,
oleh sebab saya di sini ada juga membuat perjumpaan-perjumpaan dengan orang tertentu
untuk membantu rakyat Ketereh.
Di sini saya menggesa Menteri Kewangan dan juga Menteri-menteri yang terlibat
mempercepatkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Ketereh yang mana
telah terlalu lama dan menderita. Hari itu Ketereh memang teruk dilanda banjir. Akan tetapi
sekarang ini sampai sekarang tidak ada satu pun bantuan yang dihulurkan. Banyak
rumah, jalan raya, jambatan dan infrastruktur lain yang rosak teruk tetapi masih belum
dibaik pulih.
Peruntukan untuk rakyat di Parlimen Ketereh sepatutnya telah pun disalurkan
tetapi sehingga sekarang saya masih belum menerima sebarang peruntukan. Jangan
menyeksa saya yang telah menghabiskan tiga perempat daripada umur saya untuk
mempertahankan negara. [Tepuk] Kalau bajet ini disekat dan tidak diberi kepada saya,
susah bagi saya untuk menghadapi rakyat-rakyat saya di Ketereh.
Akhir kata, saya berdoa kepada Allah SWT agar membuka pintu hati Yang Amat
Berhormat Menteri Kewangan dan juga Menteri Pertahanan agar bertindak
menyelesaikan masalah-masalah yang saya bentangkan tadi. Saya masih ingat dalam...
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung, sila
gulung.
Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: Baik. Saya akan menyokong belanjawan
kepada Kementerian Pertahanan ini sekiranya isu veteran ini diselesaikan dengan baik.
Jadi saya mohon Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan isu-isu ini harus
diselesaikan dalam tahun ini juga. Kalau tidak saya akan berjumpa dengan veteran-
veteran dan saya akan beritahu memang Kerajaan Madani ini tidak mahu menolong
veteran dan juga angkatan tentera. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Okey, terima kasih.
Masa sudah tamat. Terima kasih. Points taken.
| Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, daripada jumlah ini termasuk jugalah 1,798 orang veteran yang cedera semasa menentang pengganas komunis dan juga Parti Komunis Kalimantan Utara, daripada 1 Januari 1969 hingga 1989 di Semenanjung Malaysia dan 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 di Sarawak. Selain daripada itu kita juga masih ada seramai 272 orang veteran tentera yang cacat anggota ketika bertempur dengan pengganas komunis. Bayangkan bagaimana seksanya kehidupan mereka setelah mengalami kecacatan kekal yang serius. Ada yang lumpuh, ada yang putus kaki, ada yang buta mata, ada yang putus tangan dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, bajet ini juga tidak menyentuh isu veteran ATM yang tidak berpencen yang mana bertugas zaman- termasuk juga bertugas pada zaman menentang pengganas komunis. Seramai 73 orang veteran yang tidak pencen tidak langsung disebut. Sekurang-kurangnya mungkin boleh dipertimbangkan untuk elaun sara hidup kepada mereka setiap bulan. Isu lain adalah isu kerjaya kedua melibatkan seramai 4,000 orang ke 5,000 orang tentera yang berpencen selepas tamat tugas 21 tahun. Justeru itu, saya memohon Menteri Pertahanan memaklumkan perancangan yang akan dibuat dalam menentukan semua veteran ATM yang baru bersara disediakan kerjaya yang kedua. Pada hemat saya, mereka tidak perlu lagi diberikan apa-apa kursus atau latihan kerana mereka telah pun mempunyai kepakaran di bidang masing-masing. Di sini saya memohon Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan juga Menteri Pertahanan agar dapat menyelesaikan semua isu veteran ATM sebelum akhir tahun ini. Ini kerana tuntutan mereka ini dah pun lebih daripada 10 tahun. Kepada rakyat Parlimen Ketereh, saya tidak tinggal- saya mengucapkan terima kasih kerana memilih saya. Ini kerana ada juga komen-komen kepada saya, dia kata saya hanya membela veteran sahaja. Saya tidak lupa kepada rakyat Ketereh. Jangan risau, oleh sebab saya di sini ada juga membuat perjumpaan-perjumpaan dengan orang tertentu untuk membantu rakyat Ketereh. Di sini saya menggesa Menteri Kewangan dan juga Menteri-menteri yang terlibat mempercepatkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Ketereh yang mana telah terlalu lama dan menderita. Hari itu Ketereh memang teruk dilanda banjir. Akan tetapi sekarang ini sampai sekarang tidak ada satu pun bantuan yang dihulurkan. Banyak rumah, jalan raya, jambatan dan infrastruktur lain yang rosak teruk tetapi masih belum dibaik pulih. Peruntukan untuk rakyat di Parlimen Ketereh sepatutnya telah pun disalurkan tetapi sehingga sekarang saya masih belum menerima sebarang peruntukan. Jangan menyeksa saya yang telah menghabiskan tiga perempat daripada umur saya untuk mempertahankan negara. [Tepuk] Kalau bajet ini disekat dan tidak diberi kepada saya, susah bagi saya untuk menghadapi rakyat-rakyat saya di Ketereh. Akhir kata, saya berdoa kepada Allah SWT agar membuka pintu hati Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan juga Menteri Pertahanan agar bertindak menyelesaikan masalah-masalah yang saya bentangkan tadi. Saya masih ingat dalam... Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung, sila gulung. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: Baik. Saya akan menyokong belanjawan kepada Kementerian Pertahanan ini sekiranya isu veteran ini diselesaikan dengan baik. Jadi saya mohon Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan isu-isu ini harus diselesaikan dalam tahun ini juga. Kalau tidak saya akan berjumpa dengan veteran- veteran dan saya akan beritahu memang Kerajaan Madani ini tidak mahu menolong veteran dan juga angkatan tentera. [Tepuk]. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Okey, terima kasih. Masa sudah tamat. Terima kasih. Points taken. | 87 | 97 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
88 DR.01.03.2023
Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: Saya sudahi ucapan saya ini dengan
wabillahi taufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Saya jemput Yang
Berhormat Serian.
5.27 ptg.
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem [Serian]: Serian. Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Selamat petang, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut sama
membahaskan Belanjawan 2023.
Tuan Yang di-Pertua, belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat
Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia, Ahli Parlimen Tambun
mencerminkan pertanggungjawaban dan kesungguhan kerajaan untuk mendepani
tentangan semasa termasuk tentangan ekonomi dunia yang sarat dengan tidak ketentuan.
Belanjawan yang dinamakan Belanjawan Madani memperuntukkan RM388.1 bilion
dengan RM289.1 bilion untuk belanjawan mengurus dan RM99 bilion untuk belanja
pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya ingin
meluahkan perasaan agak kecewa saya dengan kenyataan seorang Ahli Dewan yang
mulia ini iaitu semalam yang menyentuh, menyentuh tentang penyertaan parti saya GPS
dalam Kerajaan Perpaduan.
Tuan Yang di-Pertua– sudah bertukar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat]
GPS kita ada 23 Ahli Parlimen. Dengan membangkitkan isu penyertaan GPS
dalam gabungan dalam Kerajaan Perpaduan, bagi saya sepatutnya tidak dibangkitkan.
Lebih-lebih lagi bila ianya dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dalam Kerajaan
Perpaduan.
■1730
Tuan Yang di-Pertua, ini seolah-olahnya mempertikaikan kewibawaan 23 Ahli
Parlimen daripada GPS. Ini seolah-olahnya mempertikai kewibawaan pucuk pimpinan
GPS yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Jadi Tuan Yang di-
Pertua, saya rasa kecewa dan saya harap kenyataan seperti ini tidak diulang lagi dalam
Dewan yang mulia ini. Marilah kita sama-sama dengan majoriti dua pertiga ini termasuk
kawan-kawan saya daripada pembangkang, marilah kita sama-sama menggembleng
tenaga agar negara kita aman dan makmur.
Tuan Yang di-Pertua, menyambung sedikit harus kita ingat Kerajaan Perpaduan
dibentuk atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang
hendakkan kestabilan politik yang sudah tentu menuju ke arah kesejahteraan rakyat dan
juga kemakmuran negara. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah dibangkit oleh rakan-
rakan my colleagues sebelum ini dan saya sekali lagi amat berharap agar kenyataan
seperti ini tidak keluar lagi.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya amat tertarik dengan ucapan Yang Amat
Berhormat Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan Madani yang
berbunyi, I quote, “Tidak boleh diterima akal bahawa zaman sekarang rakyat masih
terpaksa berdepan dengan isu sekolah daif dan isu klinik daif”. Maka oleh itu Tuan Yang
di-Pertua, saya amat menyambut baik peruntukan yang banyak, yang diperuntukkan
untuk dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan yang diberi peruntukan yang
tertinggi sebanyak RM55.2 bilion. Selepas itu, kementerian kedua yang menerima
peruntukan kedua tertinggi Kementerian Kesihatan yang menerima peruntukan sejumlah
RM36.3 bilion.
| Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: Saya sudahi ucapan saya ini dengan wabillahi taufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Saya jemput Yang Berhormat Serian. 5.27 ptg. Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [Serian]: Serian. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selamat petang, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2023. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia, Ahli Parlimen Tambun mencerminkan pertanggungjawaban dan kesungguhan kerajaan untuk mendepani tentangan semasa termasuk tentangan ekonomi dunia yang sarat dengan tidak ketentuan. Belanjawan yang dinamakan Belanjawan Madani memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanjawan mengurus dan RM99 bilion untuk belanja pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya ingin meluahkan perasaan agak kecewa saya dengan kenyataan seorang Ahli Dewan yang mulia ini iaitu semalam yang menyentuh, menyentuh tentang penyertaan parti saya GPS dalam Kerajaan Perpaduan. Tuan Yang di-Pertua- sudah bertukar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]. GPS kita ada 23 Ahli Parlimen. Dengan membangkitkan isu penyertaan GPS dalam gabungan dalam Kerajaan Perpaduan, bagi saya sepatutnya tidak dibangkitkan. Lebih-lebih lagi bila ianya dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dalam Kerajaan Perpaduan. #1730 Tuan Yang di-Pertua, ini seolah-olahnya mempertikaikan kewibawaan 23 Ahli Parlimen daripada GPS. Ini seolah-olahnya mempertikai kewibawaan pucuk pimpinan GPS yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya rasa kecewa dan saya harap kenyataan seperti ini tidak diulang lagi dalam Dewan yang mulia ini. Marilah kita sama-sama dengan majoriti dua pertiga ini termasuk kawan-kawan saya daripada pembangkang, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga agar negara kita aman dan makmur. Tuan Yang di-Pertua, menyambung sedikit harus kita ingat Kerajaan Perpaduan dibentuk atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang hendakkan kestabilan politik yang sudah tentu menuju ke arah kesejahteraan rakyat dan juga kemakmuran negara. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah dibangkit oleh rakan- rakan my colleagues sebelum ini dan saya sekali lagi amat berharap agar kenyataan seperti ini tidak keluar lagi. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya amat tertarik dengan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan Madani yang berbunyi, I quote, "Tidak boleh diterima akal bahawa zaman sekarang rakyat masih terpaksa berdepan dengan isu sekolah daif dan isu klinik daif". Maka oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyambut baik peruntukan yang banyak, yang diperuntukkan untuk dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan yang diberi peruntukan yang tertinggi sebanyak RM55.2 bilion. Selepas itu, kementerian kedua yang menerima peruntukan kedua tertinggi Kementerian Kesihatan yang menerima peruntukan sejumlah RM36.3 bilion. | 88 | 98 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 89
Tuan Yang di-Pertua, tentang pendidikan. Saya membawa ke Dewan yang mulia
ini, bukan membawa saya– orang Sarawak cakap agih, mengagih. Satu, Sekolah
Kebangsaan Sri Sadong. Dua tahun lepas, kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk
membina sebuah sekolah baharu, sekolah rendah. Nama pun sudah diberi iaitu Sekolah
Kebangsaan Sri Sadong. Saya ingin tahu, bukan sahaja tahu tetapi saya mengagih. Agih
ertinya minta kepada kerajaan supaya projek membina sekolah baharu ini yang
dinamakan Sri Sadong diberi keutamaan.
Begitu juga dengan sekolah-sekolah baharu iaitu bagi menampung jumlah atau
kepadatan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Serian. Projek Sekolah
Menengah Kebangsaan Serian nombor dua telah juga diluluskan. Saya minta supaya
projek ini diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua, pergi ke Kementerian Kesihatan yang telah diperuntukkan
RM36.3 bilion, banyak itu, second highest. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Serian. Hospital
Serian dibina pada tahun 1963. Malaysia was born then, hampir 60 tahun telah berlalu.
Hospital itu sudah daif. Hospital itu sudah sempit ditambah lagi dengan pesakit-pesakit
yang bukan sahaja datang dari bahagian atau Daerah Serian malahan pesakit-pesakit dari
daerah-daerah berhampiran seperti Simunjan, Sri Aman dan sebagainya.
Maka Tuan Yang di-Pertua, sudah masanya Kementerian Kesihatan melihat akan
keadaan Hospital Serian yang sudah daif, sempit. Only last week, I received a video yang
amat menyedihkan. Kesesakan yang berlaku di Hospital Serian. Klinik kesihatan, di
Daerah Serian ada tiga klinik kesihatan. Klinik kesihatan satu di Tebedu, satu di Tebakang
dan satu di Bunan Gega.
Tuan Yang di-Pertua, malangnya klinik ini semi konkrit dan bertangga. Bayangkan
jikalau orang tua, orang uzur mahu naik ke klinik, bayangkan bagaimana si keluarga
membawa si pesakit ini naik ke atas. Maka Tuan Yang di-Pertua, sudah masanya agar
kerajaan melalui Kementerian Kesihatan yang telah diperuntukkan RM36 bilion agar
tengoklah akan keadaan ini. To correct, RM36.3 bilion banyak itu. Tuan Yang di-Pertua,
special allocation to Sarawak, I call it special allocation to Sarawak. Kita berterima kasih
kepada Kerajaan Perpaduan kerana memperuntukkan peruntukan pembangunan khas
sebanyak RM5 bilion untuk Sarawak dan RM6.5 bilion untuk Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, banyak orang tertanya mengapa terlalu kecil. Ya, bagi saya
kita bersyukur tetapi oleh kerana Sarawak daripada segi pembangunan, I don’t mention
Sabah because they have their own MPs. Bagi saya di Sarawak, peruntukan ini walaupun
kita berterima kasih kerana diberi peruntukan khas, tidak termasuk peruntukan-
peruntukan yang diperuntukkan untuk kementerian-kementerian lain untuk diagihkan
kepada Sarawak. RM5.6 bilion to me masih tidak mencukupi. Oleh yang demikian, saya
berharap Kerajaan Madani ini akan juga melihat akan keadaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya internet connectivity, my pet subject. Saya telah
membawa perkara ini ke Dewan yang mulia ini tidak kurang daripada lima kali. Jawapan
yang sama, data yang diberi cantik, very good sehingga MCMC– saya telah dijemput oleh
Pengarah MCMC Sarawak untuk diberi taklimat tentang capaian connectivity di kawasan
luar bandar especially lebih-lebih lagi di kawasan Serian. Kali ketiga, kali keempat saya
sebut, I even quote an example of my own kampung. Kampung saya bukan di pedalaman.
Kampung saya 15 kilometer dari pekan Serian.
Pekan Serian dari Kuching 60 kilometer. Capaian internet bukan sahaja slow
tetapi tidak ada. Maka di Dewan yang mulia ini, saya mohon, saya minta kementerian
yang berkenaan melalui JENDELA atau melalui apa lagi program yang disediakan oleh
kerajaan lihat akan perkara ini. I have so many things to say tetapi masa tidak mengizinkan
saya akan bangkit perkara ini dalam peringkat jawatankuasa.
■1740
Maka dengan ini Tuan Yang di-Pertua, Serian dengan rasa bangganya,
menyokong Belanjawan Madani, Belanjawan 2023. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih Yang
Berhormat Serian. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
| Tuan Yang di-Pertua, tentang pendidikan. Saya membawa ke Dewan yang mulia ini, bukan membawa saya- orang Sarawak cakap agih, mengagih. Satu, Sekolah Kebangsaan Sri Sadong. Dua tahun lepas, kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk membina sebuah sekolah baharu, sekolah rendah. Nama pun sudah diberi iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Sadong. Saya ingin tahu, bukan sahaja tahu tetapi saya mengagih. Agih ertinya minta kepada kerajaan supaya projek membina sekolah baharu ini yang dinamakan Sri Sadong diberi keutamaan. Begitu juga dengan sekolah-sekolah baharu iaitu bagi menampung jumlah atau kepadatan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Serian. Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Serian nombor dua telah juga diluluskan. Saya minta supaya projek ini diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, pergi ke Kementerian Kesihatan yang telah diperuntukkan RM36.3 bilion, banyak itu, second highest. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Serian. Hospital Serian dibina pada tahun 1963. Malaysia was born then, hampir 60 tahun telah berlalu. Hospital itu sudah daif. Hospital itu sudah sempit ditambah lagi dengan pesakit-pesakit yang bukan sahaja datang dari bahagian atau Daerah Serian malahan pesakit-pesakit dari daerah-daerah berhampiran seperti Simunjan, Sri Aman dan sebagainya. Maka Tuan Yang di-Pertua, sudah masanya Kementerian Kesihatan melihat akan keadaan Hospital Serian yang sudah daif, sempit. Only last week, I received a video yang amat menyedihkan. Kesesakan yang berlaku di Hospital Serian. Klinik kesihatan, di Daerah Serian ada tiga klinik kesihatan. Klinik kesihatan satu di Tebedu, satu di Tebakang dan satu di Bunan Gega. Tuan Yang di-Pertua, malangnya klinik ini semi konkrit dan bertangga. Bayangkan jikalau orang tua, orang uzur mahu naik ke klinik, bayangkan bagaimana si keluarga membawa si pesakit ini naik ke atas. Maka Tuan Yang di-Pertua, sudah masanya agar kerajaan melalui Kementerian Kesihatan yang telah diperuntukkan RM36 bilion agar tengoklah akan keadaan ini. To correct, RM36.3 bilion banyak itu. Tuan Yang di-Pertua, special allocation to Sarawak, I call it special allocation to Sarawak. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana memperuntukkan peruntukan pembangunan khas sebanyak RM5 bilion untuk Sarawak dan RM6.5 bilion untuk Sabah. Tuan Yang di-Pertua, banyak orang tertanya mengapa terlalu kecil. Ya, bagi saya kita bersyukur tetapi oleh kerana Sarawak daripada segi pembangunan, I don't mention Sabah because they have their own MPs. Bagi saya di Sarawak, peruntukan ini walaupun kita berterima kasih kerana diberi peruntukan khas, tidak termasuk peruntukan- peruntukan yang diperuntukkan untuk kementerian-kementerian lain untuk diagihkan kepada Sarawak. RM5.6 bilion to me masih tidak mencukupi. Oleh yang demikian, saya berharap Kerajaan Madani ini akan juga melihat akan keadaan ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya internet connectivity, my pet subject. Saya telah membawa perkara ini ke Dewan yang mulia ini tidak kurang daripada lima kali. Jawapan yang sama, data yang diberi cantik, very good sehingga MCMC- saya telah dijemput oleh Pengarah MCMC Sarawak untuk diberi taklimat tentang capaian connectivity di kawasan luar bandar especially lebih-lebih lagi di kawasan Serian. Kali ketiga, kali keempat saya sebut, I even quote an example of my own kampung. Kampung saya bukan di pedalaman. Kampung saya 15 kilometer dari pekan Serian. Pekan Serian dari Kuching 60 kilometer. Capaian internet bukan sahaja slow tetapi tidak ada. Maka di Dewan yang mulia ini, saya mohon, saya minta kementerian yang berkenaan melalui JENDELA atau melalui apa lagi program yang disediakan oleh kerajaan lihat akan perkara ini. I have so many things to say tetapi masa tidak mengizinkan saya akan bangkit perkara ini dalam peringkat jawatankuasa. #1740. Maka dengan ini Tuan Yang di-Pertua, Serian dengan rasa bangganya, menyokong Belanjawan Madani, Belanjawan 2023. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih Yang Berhormat Serian. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor. | 89 | 99 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
90 DR.01.03.2023
5.40 ptg.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera semuanya. Kuala Selangor pertamanya mengucapkan banyak terima
kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan Kuala Selangor untuk sama-sama
berbahas di peringkat dasar ini.
Pastinya Kuala Selangor mulakan dengan mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Yang Amat Berhormat Tambun, juga selaku sifatnya Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang saya kira telah
berani untuk mengemukakan kembali ataupun membentangkan kembali Belanjawan 2023
walaupun beliau boleh saja meneruskan belanjawan yang telah disiapkan oleh Yang
Berhormat Menteri Kewangan dan di bawah YAB PM Kesembilan yang lalu.
Lalu, itu merupakan komitmen beliau- Yang Amat Berhormat Tambun, yang saya
kira perlu kita berikan pengiktirafan. Walaupun sedemikian, ada juga yang ya mereka
berhak membangkang untuk menyatakan pandangan berbeza dan membuat kritikan
umpama bajet senteng, bajet ciplak dan sebagainya. Mungkin lebih baik Tuan Yang di-
Pertua kalau kita mengingatkan pembangkang bahawa mereka berhak sepertimana juga
kami suatu masa dahulu dalam pembangkang bermula dari zaman reformasi dalam
barisan alternatif Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, yang membentangkan setiap
tahun tanpa gagal untuk membentangkan bajet belanjawan ataupun bajet alternatif,
belanjawan alternatif daripada pihak pembangkang.
Saya kira sudah sampai waktunya pembangkang di sebelah kanan saya ini
[Menunjukkan isyarat tangan] yang punya dikatakan Kabinet bayangan dan pasti punya
seorang Menteri Kewangan bayangan (shadow Minister of Finance) dengan izin. Lalu,
lebih baik secara lebih tuntas dan lebih menyeluruh membentangkan sebuah bajet yang
dulunya kami lakukan sehari dua sebelum daripada pembentangan Belanjawan
Persekutuan, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan ya pada setiap tahun Tuan Yang di-
Pertua.
Jadi, fikir-fikirkan. Kita punya keupayaan di sebelah sini lantas menjadikan
pembangkang punya wibawa dan berperanan semak imbang yang lebih matang dan
mengemukakan cadangan-cadangan yang lebih menyeluruh dan lebih baik. Apa pun
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan menyebutkan sekali lagi betapa Yang Amat
Berhormat Tambun berani, antara lainnya membentangkan sebuah belanjawan yang
semua akui adalah paling besar ataupun terbesar dalam sejarah ya pembentangan
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan sebanyak RM388.1 bilion Tuan Yang di-Pertua.
Dalam pada itu Tambun untuk mengekalkan ataupun mencapai defisit fiskal pada
paras lima peratus daripada KDNK. Tahun dahulu pun sebanyak 5.6 peratus tidak silap
saya tahun 2022. Lebih penting daripada itu, meletakkan kerangka perbelanjaan Yang
Amat Berhormat Menteri Kewangan ini dalam kerangka besar sebagai bajet pertama
untuk melahirkan dan memacu penubuhan dan pembangunan sebuah negara madani,
negara yang diimpikan dan didambakan setelah kita berantakan dalam Parlimen Ke-14
yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, mungkin senang untuk Yang Amat Berhormat Tambun
membuat unjuran dan telahan ataupun komitmen seperti ini. Akan tetapi, mustahak untuk
kita perhatikan bahawa bukan sahaja cita-citanya itu disebut begitu saja. Akan tetapi lebih
penting, kita dapat lihat bagaimana pencerakinan ataupun perangkaan penggubalan
bajetnya itu ya, sarat dengan langkah-langkah, inisiatif, ikhtiar katanya ataupun measures
dan strategi, pendekatan yang sesuai pada setiap satu yang dianggap sebagai strategik
objektifnya ataupun matlamat dan objektif belanjawan itu.
Kita simpulkan kalau lebih mudah– di sana ada 12 ikhtiarnya tetapi kalau saya
simpulkan dengan lebih mudah adalah apa yang Yang Amat Berhormat Tambun sebutkan
sebagai pacuan ekonomi yang merangkumi dan mampan. Sifatnya sustainable, lestari,
dengan izin. Kedua adalah tunggak reformasi institusi tata kelola yang kembali untuk
memulihkan keyakinan sama ada rakyat mahupun yang paling juga penting dan tidak
| 5.40 ptg. Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semuanya. Kuala Selangor pertamanya mengucapkan banyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan Kuala Selangor untuk sama-sama berbahas di peringkat dasar ini. Pastinya Kuala Selangor mulakan dengan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun, juga selaku sifatnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang saya kira telah berani untuk mengemukakan kembali ataupun membentangkan kembali Belanjawan 2023 walaupun beliau boleh saja meneruskan belanjawan yang telah disiapkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan di bawah YAB PM Kesembilan yang lalu. Lalu, itu merupakan komitmen beliau- Yang Amat Berhormat Tambun, yang saya kira perlu kita berikan pengiktirafan. Walaupun sedemikian, ada juga yang ya mereka berhak membangkang untuk menyatakan pandangan berbeza dan membuat kritikan umpama bajet senteng, bajet ciplak dan sebagainya. Mungkin lebih baik Tuan Yang di- Pertua kalau kita mengingatkan pembangkang bahawa mereka berhak sepertimana juga kami suatu masa dahulu dalam pembangkang bermula dari zaman reformasi dalam barisan alternatif Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, yang membentangkan setiap tahun tanpa gagal untuk membentangkan bajet belanjawan ataupun bajet alternatif, belanjawan alternatif daripada pihak pembangkang. Saya kira sudah sampai waktunya pembangkang di sebelah kanan saya ini [Menunjukkan isyarat tangan] yang punya dikatakan Kabinet bayangan dan pasti punya seorang Menteri Kewangan bayangan (shadow Minister of Finance) dengan izin. Lalu, lebih baik secara lebih tuntas dan lebih menyeluruh membentangkan sebuah bajet yang dulunya kami lakukan sehari dua sebelum daripada pembentangan Belanjawan Persekutuan, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan ya pada setiap tahun Tuan Yang di- Pertua. Jadi, fikir-fikirkan. Kita punya keupayaan di sebelah sini lantas menjadikan pembangkang punya wibawa dan berperanan semak imbang yang lebih matang dan mengemukakan cadangan-cadangan yang lebih menyeluruh dan lebih baik. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan menyebutkan sekali lagi betapa Yang Amat Berhormat Tambun berani, antara lainnya membentangkan sebuah belanjawan yang semua akui adalah paling besar ataupun terbesar dalam sejarah ya pembentangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan sebanyak RM388.1 bilion Tuan Yang di-Pertua. Dalam pada itu Tambun untuk mengekalkan ataupun mencapai defisit fiskal pada paras lima peratus daripada KDNK. Tahun dahulu pun sebanyak 5.6 peratus tidak silap saya tahun 2022. Lebih penting daripada itu, meletakkan kerangka perbelanjaan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ini dalam kerangka besar sebagai bajet pertama untuk melahirkan dan memacu penubuhan dan pembangunan sebuah negara madani, negara yang diimpikan dan didambakan setelah kita berantakan dalam Parlimen Ke-14 yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, mungkin senang untuk Yang Amat Berhormat Tambun membuat unjuran dan telahan ataupun komitmen seperti ini. Akan tetapi, mustahak untuk kita perhatikan bahawa bukan sahaja cita-citanya itu disebut begitu saja. Akan tetapi lebih penting, kita dapat lihat bagaimana pencerakinan ataupun perangkaan penggubalan bajetnya itu ya, sarat dengan langkah-langkah, inisiatif, ikhtiar katanya ataupun measures dan strategi, pendekatan yang sesuai pada setiap satu yang dianggap sebagai strategik objektifnya ataupun matlamat dan objektif belanjawan itu. Kita simpulkan kalau lebih mudah- di sana ada 12 ikhtiarnya tetapi kalau saya simpulkan dengan lebih mudah adalah apa yang Yang Amat Berhormat Tambun sebutkan sebagai pacuan ekonomi yang merangkumi dan mampan. Sifatnya sustainable, lestari, dengan izin. Kedua adalah tunggak reformasi institusi tata kelola yang kembali untuk memulihkan keyakinan sama ada rakyat mahupun yang paling juga penting dan tidak. | 5 | 100 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 91
kurang pentingnya adalah menggamit atau meraih pelaburan luar dan tidak mengizinkan
dengan FDI itu dan sekali gus tidak mengizinkan aliran keluarnya pelaburan daripada
domestik ataupun domestic direct investment (DDI) itu. Jadi, reformasi transformasi
institusi tata kelola tunggak yang kedua.
Ketiga adalah akhirnya ialah mencerminkan madani dengan erti kata keadilan
sosial itu ataupun menyejahterakan rakyat seluruhnya, leaving no one behind, dengan izin
ataupun lebih tepat dalam bahasa al-Quran itu, Allah SWT sifatkan tugas utama kerajaan
itu pada akhirnya adalah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Menyejahterakan, untuk
mencapai the total wellbeing atau rakyat dan warganegara itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan bahawa bukan sahaja kenyataan dan
komitmennya itu adalah untuk membuat ya...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: [Bangun] Yang
Berhormat Kuala Selangor boleh beri laluan?
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Belum masuk gear lagi
ini. Tidak apalah. Boleh dan singkat. 30 saat sahaja. Minta maaf kalau boleh 10 saat.
[Ketawa] Segera-segera.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Sahabat lama.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya minta Yang Berhormat Kuala
Selangor tolong ulas sikit berkaitan dengan satu petikan ayat al-Quran yang disampaikan
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan iaitulah yang bermaksud, “Anak-anak
yatim, orang-orang miskin dan untuk orang-orang yang dalam perjalanan agar harta itu
jangan hanya beredar antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu.”
Jadi, apakah mekanisme yang boleh digunakan oleh kerajaan hari ini untuk
memastikan supaya kekayaan tidak dikaut oleh segelintir rakyat di negeri ini terutamanya
ahli politik...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Ya, saya faham. Cukup.
Terima kasih. Yang Berhormat Parit Buntar, ya, ya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: ...Yang dulunya
menjadi musuh utama kepada PH yang digelar mereka penyangak, perompak dan
penyamun dan sekarang sudah menjadi kawan. Jadi, apa mekanisme untuk mengambil
semula banyak harta kekayaan yang dibolot oleh mereka?
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Baik, baik. Saya sudah
faham. Jadi, itu adalah – Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya jawab sikit. Ia adalah
bagi saya perangkaan bajet ini adalah sarat untuk memastikan bahawa kekayaan negara
ini akan kembali diagihkan. Bukan sama rata tetapi secara adil daripada segi tidak ada
yang terkesamping, tidak ada yang bersudut dan terpinggir.
Itulah ertinya [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Firman Allah SWT, supaya
kekayaan negara ini tidak dibolot oleh orang yang super kaya khasnya yang menjalankan
kegiatan-kegiatan kronisme dan segala yang berlawanan dengan sifat madani, sifat yang
bertamadun daripada sudut tata kelola.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak punya waktu yang panjang. Saya difahamkan
mungkin saya akan mendapat beberapa minit selaku ketua berbahas atas kapasiti ketua
parti ya ataupun ketua pemimpin parti Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Jadi, justeru
saya perhatikan ada dua cara saya tengok bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun
membawa lima peratus, untuk menjamin peratus ataupun mengekalkan lima peratus fiskal
defisit itu, dua cara yang Yang Amat Berhormat Tambun utarakan.
Pertama adalah menjana hasil dan keduanya mengurangkan perbelanjaan
ataupun menjadikan perbelanjaan itu bebas ketirisan, bebas rasuah dan salah guna ya.
Dengan kata lain, keberkesanan urus tadbir dan tata kelola, itu yang menjadi menarik bagi
saya. Antara lainnya, bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun mengemukakan buat
pertama kalinya perkara yang telah saya sebut sekian lama juga dalam Dewan ini, dalam
penggal-penggal yang lalu, bagaimana atas akta, “akta tanggungjawab fiskal” itu saya kira
| kurang pentingnya adalah menggamit atau meraih pelaburan luar dan tidak mengizinkan dengan FDI itu dan sekali gus tidak mengizinkan aliran keluarnya pelaburan daripada domestik ataupun domestic direct investment (DDI) itu. Jadi, reformasi transformasi institusi tata kelola tunggak yang kedua. Ketiga adalah akhirnya ialah mencerminkan madani dengan erti kata keadilan sosial itu ataupun menyejahterakan rakyat seluruhnya, leaving no one behind, dengan izin ataupun lebih tepat dalam bahasa al-Quran itu, Allah SWT sifatkan tugas utama kerajaan itu pada akhirnya adalah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Menyejahterakan, untuk mencapai the total wellbeing atau rakyat dan warganegara itu. Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan bahawa bukan sahaja kenyataan dan komitmennya itu adalah untuk membuat ya... Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: [Bangun] Yang Berhormat Kuala Selangor boleh beri laluan?. Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Belum masuk gear lagi ini. Tidak apalah. Boleh dan singkat. 30 saat sahaja. Minta maaf kalau boleh 10 saat. [Ketawa] Segera-segera. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Sahabat lama. Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya minta Yang Berhormat Kuala Selangor tolong ulas sikit berkaitan dengan satu petikan ayat al-Quran yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan iaitulah yang bermaksud, "Anak-anak yatim, orang-orang miskin dan untuk orang-orang yang dalam perjalanan agar harta itu jangan hanya beredar antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu.". Jadi, apakah mekanisme yang boleh digunakan oleh kerajaan hari ini untuk memastikan supaya kekayaan tidak dikaut oleh segelintir rakyat di negeri ini terutamanya ahli politik... Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Ya, saya faham. Cukup. Terima kasih. Yang Berhormat Parit Buntar, ya, ya. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: ...Yang dulunya menjadi musuh utama kepada PH yang digelar mereka penyangak, perompak dan penyamun dan sekarang sudah menjadi kawan. Jadi, apa mekanisme untuk mengambil semula banyak harta kekayaan yang dibolot oleh mereka?. Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Baik, baik. Saya sudah faham. Jadi, itu adalah- Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya jawab sikit. Ia adalah bagi saya perangkaan bajet ini adalah sarat untuk memastikan bahawa kekayaan negara ini akan kembali diagihkan. Bukan sama rata tetapi secara adil daripada segi tidak ada yang terkesamping, tidak ada yang bersudut dan terpinggir. Itulah ertinya [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Firman Allah SWT, supaya kekayaan negara ini tidak dibolot oleh orang yang super kaya khasnya yang menjalankan kegiatan-kegiatan kronisme dan segala yang berlawanan dengan sifat madani, sifat yang bertamadun daripada sudut tata kelola. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak punya waktu yang panjang. Saya difahamkan mungkin saya akan mendapat beberapa minit selaku ketua berbahas atas kapasiti ketua parti ya ataupun ketua pemimpin parti Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Jadi, justeru saya perhatikan ada dua cara saya tengok bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun membawa lima peratus, untuk menjamin peratus ataupun mengekalkan lima peratus fiskal defisit itu, dua cara yang Yang Amat Berhormat Tambun utarakan. Pertama adalah menjana hasil dan keduanya mengurangkan perbelanjaan ataupun menjadikan perbelanjaan itu bebas ketirisan, bebas rasuah dan salah guna ya. Dengan kata lain, keberkesanan urus tadbir dan tata kelola, itu yang menjadi menarik bagi saya. Antara lainnya, bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun mengemukakan buat pertama kalinya perkara yang telah saya sebut sekian lama juga dalam Dewan ini, dalam penggal-penggal yang lalu, bagaimana atas akta, "akta tanggungjawab fiskal" itu saya kira. | 91 | 101 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
92 DR.01.03.2023
sudah layak dan patutnya untuk Yang Amat Berhormat Tambun dan Kerajaan Madani ini
laksanakan.
■1750
Jangan sahaja seperti dahulu, lama dahulu, kerajaan-kerajaan yang lalu bercakap
tetapi tidak melakukan. Cakap tidak ada serupa bikin, bikin pun tidak ada serupa cakap
hingga hari ini. Mudah-mudahan Kerajaan Madani dan Kabinet Madani ini akan dapat
melunaskan tanggungjawab itu.
Bersekali dengan itu, adalah apa yang dikatakan sebagai Akta Perolehan
Kerajaan yang kedua-duanya ini, Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah menjadikan persoalan
pengurusan fiskal dan kemapanan fiskal itu akan dapat kita pastikan ia yang terbaik.
Dengan kata lain juga, bagaimana dalam keadaan hutang sudah sampai ke peringkat
membayarnya RM46 bilion debt services ratio ataupun bayar hutang itu bunganya sahaja
RM46 bilion, 16 peratus daripada revenue kita. Maka, saya kira komitmen Yang Amat
Berhormat Tambun dan komitmen Kerajaan Madani ini adalah sangat besar dan sangat
gigih, keras kehendak mereka ini. Saya kira ini adalah juga antara perkara yang akan
dapat memungkinkan persoalan-persoalan kemapanan fiskal itu akan dapat kita saksikan,
mudah-mudahan kita doa, turut doa bersama.
Tuan Yang di-Pertua, dengan kata lain juga, untuk meningkatkan hasil negara,
saya memerhatikan Yang Amat Berhormat Tambun datang dengan memperkenalkan
cukai barangan mewah, satu yang sangat progresif sekali gus melaksanakan juga cukai
keuntungan modal ataupun capital gains tax khasnya daripada pelupusan saham dan
sebagainya, kita tingkatkan seperti itu. Juga, cukai atas e-commerce, pembelian jual beli
atas talian yang tidak diperkenalkan cukai sehingga hari ini. Termasuk juga di situ eksais
ataupun excise duty ke atas cecair mengandungi nikotin, satu yang sangat baik atas
penggunaan electronic cigarette ataupun vape dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, kesemua ini saya hanya boleh menyebutkan beberapa
contoh sahaja adalah komitmen Yang Amat Berhormat Tambun untuk bukan sahaja
bercakap untuk mengurangkan this fiscal deficit kepada lima peratus tetapi lebih daripada
itu adalah langkah-langkah dan ikhtiarnya untuk memastikan perkara itu akan dapat
ataupun KPI itu, objektif itu akan dapat ditunaikan.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh beralih sedikit dengan memberikan
bagaimana persoalan kesejahteraan, keadilan sosial tadi. Menegakkan keadilan sosial itu
pada saya adalah ciri utama yang menjadikan masyarakat itu madani. Antara lain bukan
sahaja masyarakat madani daripada segi agihan kekayaannya tetapi juga madani
melambangkan Madinah di bawah kenabian dan kerasulan. Kepimpinan Rasul adalah
memberikan keadilan, memberikan kebebasan beragama, hormat menghormati.
Kesemua itu Yang Amat Berhormat Tambun mahu garap dalam perangkaan dan
penggubalan bajet ataupun Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023. Itu yang menjadi
ia unik, Tuan Yang di-Pertua, yang saya kira perlu kita sokong dan dukung bersama
meskipun kita punya perbezaan-perbezaan tertentu tetapi pada niat dan pada hasrat dan
pada cita-cita yang kita dambakan, pastinya Bajet 2023 ini mempunyai satu permulaan
yang sangat baik untuk kita perhatikan.
Kalau boleh saya membacakan setiap satu peruntukannya sama ada yang
bersangkutan dengan memacu sekali gus mengagihkan semula kekayaan. Dahulunya big
conglomerate sahaja yang diberikan peruntukan besar dan penumpuan. Akan tetapi hari
ini, saya memerhatikan ekonomi menjana perusahaan mikro kecil sederhana itu adalah
sangat besar dalam tumpuan Yang Amat Berhormat Tambun.
Sekali gus bercakap tentang perkara itu, saya mahu juga kembali menyebutkan
betapa dalam keadilan sosial dari sudut kebendaan, ia memberikan satu jaminan untuk
menoktahi kemiskinan tegar yang telah pun saya sambut baru-baru ini ketika Yang
Berhormat Larut berucap. Ya, saya memerhatikan bahawa peruntukan yang diberikan
oleh Yang Amat Berhormat Tambun adalah sangat meyakinkan...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang Berhormat,
sila gulung dalam satu minit.
| sudah layak dan patutnya untuk Yang Amat Berhormat Tambun dan Kerajaan Madani ini laksanakan. #1750. Jangan sahaja seperti dahulu, lama dahulu, kerajaan-kerajaan yang lalu bercakap tetapi tidak melakukan. Cakap tidak ada serupa bikin, bikin pun tidak ada serupa cakap hingga hari ini. Mudah-mudahan Kerajaan Madani dan Kabinet Madani ini akan dapat melunaskan tanggungjawab itu. Bersekali dengan itu, adalah apa yang dikatakan sebagai Akta Perolehan Kerajaan yang kedua-duanya ini, Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah menjadikan persoalan pengurusan fiskal dan kemapanan fiskal itu akan dapat kita pastikan ia yang terbaik. Dengan kata lain juga, bagaimana dalam keadaan hutang sudah sampai ke peringkat membayarnya RM46 bilion debt services ratio ataupun bayar hutang itu bunganya sahaja RM46 bilion, 16 peratus daripada revenue kita. Maka, saya kira komitmen Yang Amat Berhormat Tambun dan komitmen Kerajaan Madani ini adalah sangat besar dan sangat gigih, keras kehendak mereka ini. Saya kira ini adalah juga antara perkara yang akan dapat memungkinkan persoalan-persoalan kemapanan fiskal itu akan dapat kita saksikan, mudah-mudahan kita doa, turut doa bersama. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata lain juga, untuk meningkatkan hasil negara, saya memerhatikan Yang Amat Berhormat Tambun datang dengan memperkenalkan cukai barangan mewah, satu yang sangat progresif sekali gus melaksanakan juga cukai keuntungan modal ataupun capital gains tax khasnya daripada pelupusan saham dan sebagainya, kita tingkatkan seperti itu. Juga, cukai atas e-commerce, pembelian jual beli atas talian yang tidak diperkenalkan cukai sehingga hari ini. Termasuk juga di situ eksais ataupun excise duty ke atas cecair mengandungi nikotin, satu yang sangat baik atas penggunaan electronic cigarette ataupun vape dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, kesemua ini saya hanya boleh menyebutkan beberapa contoh sahaja adalah komitmen Yang Amat Berhormat Tambun untuk bukan sahaja bercakap untuk mengurangkan this fiscal deficit kepada lima peratus tetapi lebih daripada itu adalah langkah-langkah dan ikhtiarnya untuk memastikan perkara itu akan dapat ataupun KPI itu, objektif itu akan dapat ditunaikan. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh beralih sedikit dengan memberikan bagaimana persoalan kesejahteraan, keadilan sosial tadi. Menegakkan keadilan sosial itu pada saya adalah ciri utama yang menjadikan masyarakat itu madani. Antara lain bukan sahaja masyarakat madani daripada segi agihan kekayaannya tetapi juga madani melambangkan Madinah di bawah kenabian dan kerasulan. Kepimpinan Rasul adalah memberikan keadilan, memberikan kebebasan beragama, hormat menghormati. Kesemua itu Yang Amat Berhormat Tambun mahu garap dalam perangkaan dan penggubalan bajet ataupun Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023. Itu yang menjadi ia unik, Tuan Yang di-Pertua, yang saya kira perlu kita sokong dan dukung bersama meskipun kita punya perbezaan-perbezaan tertentu tetapi pada niat dan pada hasrat dan pada cita-cita yang kita dambakan, pastinya Bajet 2023 ini mempunyai satu permulaan yang sangat baik untuk kita perhatikan. Kalau boleh saya membacakan setiap satu peruntukannya sama ada yang bersangkutan dengan memacu sekali gus mengagihkan semula kekayaan. Dahulunya big conglomerate sahaja yang diberikan peruntukan besar dan penumpuan. Akan tetapi hari ini, saya memerhatikan ekonomi menjana perusahaan mikro kecil sederhana itu adalah sangat besar dalam tumpuan Yang Amat Berhormat Tambun. Sekali gus bercakap tentang perkara itu, saya mahu juga kembali menyebutkan betapa dalam keadilan sosial dari sudut kebendaan, ia memberikan satu jaminan untuk menoktahi kemiskinan tegar yang telah pun saya sambut baru-baru ini ketika Yang Berhormat Larut berucap. Ya, saya memerhatikan bahawa peruntukan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun adalah sangat meyakinkan... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat, sila gulung dalam satu minit. | 92 | 102 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 93
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Sangat meyakinkan
ketika bukan sahaja RM750 juta itu untuk 130,000 tetapi kalau kita perhatikan langkah-
langkah Yang Amat Berhormat Tambun dan juga langkah-langkah yang beliau
kemukakan, antara lainnya untuk meneruskan bantuan kebajikan RM2.5 bilion kepada
lebih 400,000 orang penerima, tingkatkan pendapatan RM2,000 kepada RM2,400
azamnya dalam 24 bulan dan sebagainya.
Saya kira keseluruhan perangkaan dan penggubalan Bajet Madani ini, Tuan Yang
di-Pertua, adalah sangat berani, sangat jelas dan sangat gigih untuk kita sama-sama
berikan sokongan untuk kita pastikan masyarakat madani, negara madani ini dalam
perlaksanaan Bajet 2023 ini, insya-Allah, akan dapat kita mulakan pembinaan negara
madani ini.
Sedikit kalau saya boleh sebutkan, Tuan Yang di-Pertua, beberapa hal kawasan
yang telah pun saya sebutkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang Berhormat,
dalam 30 saat.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Kalau boleh. Nanti saya
akan bangkitkan dalam perbahasan di peringkat committee, peringkat jawatankuasa. Hal
tangani banjir, hal infrastruktur sekolah, hal-hal yang bersangkutan dengan infrastruktur
jalan raya, lampu dan sebagainya. Perkara itu akan dapat saya susuli kemudian.
Tuan Yang di-Pertua, atas peluang ini dan penambahan sedikit waktu tadi, saya
ucapkan banyak terima kasih. Saya berdiri untuk menyokong setelah berbahas. Terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Terima kasih
Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
5.56 ptg.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu]:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian.
Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana saya dengan izin-Nya, maka
saya dapat berpeluang untuk menyampaikan ucapan dalam sesi perbahasan Bajet 2023
yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan Jumaat lalu. Dalam
ruang waktu yang terhad ini, saya ingin memberi pandangan mengenai beberapa perkara.
Pertamanya, mengenai jurang ekonomi antara negeri-negeri di Malaysia. Bagi
saya, kayu pengukur ataupun petunjuk yang boleh diguna pakai ialah KDNK perkapita. Di
sini, saya ingin perturunkan angka-angka KDNK perkapita bagi tahun 2021 untuk
pemerhatian-pemerhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pendapatan KDNK
perkapita bagi Kuala Lumpur RM111,292, Sarawak; RM65,973. Semua ini yang above
national average. Sarawak nombor tiga selepas Labuan. Pulau Pinang; RM59,685.
Selangor yang sudah mencapai taraf status negeri-negeri maju tahun 2005, KDNK
perkapitanya RM51,930. Melaka; RM44,610.
Saya hendak tengok negeri-negeri yang di belakang ataupun di bawah, ertinya di
bawah national average ataupun purata nasional. Kita tengok negeri yang paling rendah
sekali KDNK kapitanya ialah Kelantan, RM15,584. Perlis; RM21,508. Kedah, ketiga dari
bawah, RM23,575 dan negeri-negeri lain di antara yang tinggi dan bawah.
Tuan Yang di-Pertua, apabila selepas bajet ini dibentangkan Jumaat yang lalu,
ada macam-macam yang diperkatakan. Saya selalu juga mendengar radio BFM, baca
surat khabar dan sebagainya. Ada yang mengatakan bahawa bajet ini no wow factor and
no shock, dengan izin, and no broad diversified revenue-based. Macam-macamlah.
■1800
Tuan Yang di-Pertua, KDNK per kapita yang tertinggi yang saya sebut tadi Kuala
Lumpur, Labuan, Sarawak, Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan seterusnya sampai ke
| Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Sangat meyakinkan ketika bukan sahaja RM750 juta itu untuk 130,000 tetapi kalau kita perhatikan langkah- langkah Yang Amat Berhormat Tambun dan juga langkah-langkah yang beliau kemukakan, antara lainnya untuk meneruskan bantuan kebajikan RM2.5 bilion kepada lebih 400,000 orang penerima, tingkatkan pendapatan RM2,000 kepada RM2,400 azamnya dalam 24 bulan dan sebagainya. Saya kira keseluruhan perangkaan dan penggubalan Bajet Madani ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah sangat berani, sangat jelas dan sangat gigih untuk kita sama-sama berikan sokongan untuk kita pastikan masyarakat madani, negara madani ini dalam perlaksanaan Bajet 2023 ini, insya-Allah, akan dapat kita mulakan pembinaan negara madani ini. Sedikit kalau saya boleh sebutkan, Tuan Yang di-Pertua, beberapa hal kawasan yang telah pun saya sebutkan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat, dalam 30 saat. Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor]: Kalau boleh. Nanti saya akan bangkitkan dalam perbahasan di peringkat committee, peringkat jawatankuasa. Hal tangani banjir, hal infrastruktur sekolah, hal-hal yang bersangkutan dengan infrastruktur jalan raya, lampu dan sebagainya. Perkara itu akan dapat saya susuli kemudian. Tuan Yang di-Pertua, atas peluang ini dan penambahan sedikit waktu tadi, saya ucapkan banyak terima kasih. Saya berdiri untuk menyokong setelah berbahas. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu. 5.56 ptg. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana saya dengan izin-Nya, maka saya dapat berpeluang untuk menyampaikan ucapan dalam sesi perbahasan Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan Jumaat lalu. Dalam ruang waktu yang terhad ini, saya ingin memberi pandangan mengenai beberapa perkara. Pertamanya, mengenai jurang ekonomi antara negeri-negeri di Malaysia. Bagi saya, kayu pengukur ataupun petunjuk yang boleh diguna pakai ialah KDNK perkapita. Di sini, saya ingin perturunkan angka-angka KDNK perkapita bagi tahun 2021 untuk pemerhatian-pemerhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pendapatan KDNK perkapita bagi Kuala Lumpur RM111,292, Sarawak; RM65,973. Semua ini yang above national average. Sarawak nombor tiga selepas Labuan. Pulau Pinang; RM59,685. Selangor yang sudah mencapai taraf status negeri-negeri maju tahun 2005, KDNK perkapitanya RM51,930. Melaka; RM44,610. Saya hendak tengok negeri-negeri yang di belakang ataupun di bawah, ertinya di bawah national average ataupun purata nasional. Kita tengok negeri yang paling rendah sekali KDNK kapitanya ialah Kelantan, RM15,584. Perlis; RM21,508. Kedah, ketiga dari bawah, RM23,575 dan negeri-negeri lain di antara yang tinggi dan bawah. Tuan Yang di-Pertua, apabila selepas bajet ini dibentangkan Jumaat yang lalu, ada macam-macam yang diperkatakan. Saya selalu juga mendengar radio BFM, baca surat khabar dan sebagainya. Ada yang mengatakan bahawa bajet ini no wow factor and no shock, dengan izin, and no broad diversified revenue-based. Macam-macamlah. #1800 Tuan Yang di-Pertua, KDNK per kapita yang tertinggi yang saya sebut tadi Kuala Lumpur, Labuan, Sarawak, Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan seterusnya sampai ke. | 93 | 103 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
94 DR.01.03.2023
bawah Terengganu. Jelas sekali Tuan Yang di-Pertua, salah satu fokus utama Rancangan
Malaysia ke-12 ialah melonjakkan pembangunan negeri-negeri yang kurang membangun
seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Sabah dan Perlis.
Disebutkan dalam RMKe-12 bahawa 50 peratus peruntukan pembangunan harus
diberikan kepada negeri-negeri berkenaan. Maknanya, 50 peratus daripada RM99 bilion
yang diperuntukkan kepada– dalam pembangunan bagi belanjawan ini atau pun dipanggil
Belanjawan Madani ini, sepatutnya ia berlaku adil kepada negeri-negeri yang kurang maju
ekonominya ini.
Akan tetapi malangnya, Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Tambun tidak langsung memberi perhatian terhadap perkara ini. Malahan,
RMKe-12 pun tidak langsung disebut. Persoalannya, adakah segala perancangan dan inti
pati dalam RMKe-12 sudah tidak lagi dipakai dan RMKe-12 tidak lagi wujud? Negeri-
negeri seperti negeri Kedah, Kelantan, Perlis, KDNK per kapita hanyalah 50 peratus
daripada purata nasional. Purata nasional ialah RM47,439. Ertinya, bila Malaysia
mencapai status negara maju pada tahun 2026 seperti yang diumumkan oleh Menteri
Ekonomi baru-baru ini, negeri-negeri berkenaan akan ditinggal jauh dan akan kekal
sebagai negeri membangun dan miskin.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Yang Amat Berhormat Tambun tidak
menyebut apa-apa pun peruntukan untuk negeri Kedah khususnya. Permintaan Kedah
untuk pampasan RM200 juta setahun tidak pun diberi perhatian. Negeri-negeri yang
banyak disebut ialah negeri Pulau Pinang dan Selangor. Memang dijangka. Seperti Projek
Pembangunan Pelabuhan Utama Pulau Carey, Projek Pembesaran Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang dan Subang, pemberian RM50 juta kepada Pulau Pinang dan
Melaka untuk memelihara tapak warisan diiktiraf UNESCO.
Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian,
Kedah juga ada geopark yang diiktiraf oleh UNESCO di Langkawi yang terhebat .
Sepatutnya juga diberikan peruntukan. Sesungguhnya, kita nampak negeri kaya akan
terus bertambah kaya. Negeri miskin akan terus bertambah miskin. Kita boleh lihat macam
kita dok bantu peruntukan untuk bantu B40, M40, T20. Negeri-negeri kaya ini, yang
tertinggi itu tiga-empat negeri, T20 pun dok bagi lagi macam-macam bantuan.
Sepatutnya tidak bagilah T20. M40 pun bagi jugalah sikit-sikit tetapi B40
ditinggalkan. Inikah apa yang dikatakan keadilan? Sesungguhnya, Kedah juga ada hab
industri E&E yang penting dan banyak menyumbang kepada negara dalam pelbagai
aspek peluang pekerjaan, cukai individu dan korporat, juga cukai-cukai Kastam, foreign
exchange, terutamanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim.
Taman Teknologi Tinggi Kulim ini Tuan Yang di-Pertua, kita sudah mewujudkan
50,000 peluang pekerjaan semenjak ditubuhkan 1996. Pelaburan terkumpul RM127 bilion,
bilangan pelabur 85 dan jumlah cukai yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan,
dibayar kepada Kerajaan Persekutuan adalah lebih RM1 bilion. Tuan Yang di-Pertua,
bantuan yang diperlukan oleh negeri Kedah bukan dalam bentuk wang tunai tetapi dalam
bentuk pembangunan seperti infrastruktur, perparitan, jalan raya, jejambat dan
sebagainya.
Hari ini kita dapati traffic jam amat teruk di Kulim Hi-Tech Park. Jadi, kita perlukan
bantuan Kerajaan Persekutuan untuk membina jejambat untuk meleraikan atau pun
menyelesaikan masalah ini. Termasuk juga projek utiliti, loji rawatan air, bekalan elektrik
dan sebagainya. Sebenarnya, projek-projek ini adalah pelaburan bagi Kerajaan
Persekutuan. Hasilnya nanti akan dituai bersama, win-win, termasuk cukai dan
sebagainya. Semua ini akan meningkatkan pendapatan kerajaan negeri dan peningkatan
KDNK per kapita. Ia merupakan sebagai pemangkin bagi Kedah untuk mempercepatkan
proses menjadi sebuah negeri maju bersama dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Kedah mempunyai banyak taman-taman perindustrian
seperti Kulim Hi-Tech Park, Kedah Sains dan Teknologi Park di Bukit Kayu Hitam, di
Padang Meha dan sebagainya. Saya tiada masa yang cukup untuk menyentuh perkara-
perkara ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap sedikit berhubung
dengan sains dan teknologi.
| bawah Terengganu. Jelas sekali Tuan Yang di-Pertua, salah satu fokus utama Rancangan Malaysia ke-12 ialah melonjakkan pembangunan negeri-negeri yang kurang membangun seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Sabah dan Perlis. Disebutkan dalam RMKe-12 bahawa 50 peratus peruntukan pembangunan harus diberikan kepada negeri-negeri berkenaan. Maknanya, 50 peratus daripada RM99 bilion yang diperuntukkan kepada- dalam pembangunan bagi belanjawan ini atau pun dipanggil Belanjawan Madani ini, sepatutnya ia berlaku adil kepada negeri-negeri yang kurang maju ekonominya ini. Akan tetapi malangnya, Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tidak langsung memberi perhatian terhadap perkara ini. Malahan, RMKe-12 pun tidak langsung disebut. Persoalannya, adakah segala perancangan dan inti pati dalam RMKe-12 sudah tidak lagi dipakai dan RMKe-12 tidak lagi wujud? Negeri- negeri seperti negeri Kedah, Kelantan, Perlis, KDNK per kapita hanyalah 50 peratus daripada purata nasional. Purata nasional ialah RM47,439. Ertinya, bila Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2026 seperti yang diumumkan oleh Menteri Ekonomi baru-baru ini, negeri-negeri berkenaan akan ditinggal jauh dan akan kekal sebagai negeri membangun dan miskin. Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Yang Amat Berhormat Tambun tidak menyebut apa-apa pun peruntukan untuk negeri Kedah khususnya. Permintaan Kedah untuk pampasan RM200 juta setahun tidak pun diberi perhatian. Negeri-negeri yang banyak disebut ialah negeri Pulau Pinang dan Selangor. Memang dijangka. Seperti Projek Pembangunan Pelabuhan Utama Pulau Carey, Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Subang, pemberian RM50 juta kepada Pulau Pinang dan Melaka untuk memelihara tapak warisan diiktiraf UNESCO. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Kedah juga ada geopark yang diiktiraf oleh UNESCO di Langkawi yang terhebat . Sepatutnya juga diberikan peruntukan. Sesungguhnya, kita nampak negeri kaya akan terus bertambah kaya. Negeri miskin akan terus bertambah miskin. Kita boleh lihat macam kita dok bantu peruntukan untuk bantu B40, M40, T20. Negeri-negeri kaya ini, yang tertinggi itu tiga-empat negeri, T20 pun dok bagi lagi macam-macam bantuan. Sepatutnya tidak bagilah T20. M40 pun bagi jugalah sikit-sikit tetapi B40 ditinggalkan. Inikah apa yang dikatakan keadilan? Sesungguhnya, Kedah juga ada hab industri E&E yang penting dan banyak menyumbang kepada negara dalam pelbagai aspek peluang pekerjaan, cukai individu dan korporat, juga cukai-cukai Kastam, foreign exchange, terutamanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim. Taman Teknologi Tinggi Kulim ini Tuan Yang di-Pertua, kita sudah mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan semenjak ditubuhkan 1996. Pelaburan terkumpul RM127 bilion, bilangan pelabur 85 dan jumlah cukai yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan, dibayar kepada Kerajaan Persekutuan adalah lebih RM1 bilion. Tuan Yang di-Pertua, bantuan yang diperlukan oleh negeri Kedah bukan dalam bentuk wang tunai tetapi dalam bentuk pembangunan seperti infrastruktur, perparitan, jalan raya, jejambat dan sebagainya. Hari ini kita dapati traffic jam amat teruk di Kulim Hi-Tech Park. Jadi, kita perlukan bantuan Kerajaan Persekutuan untuk membina jejambat untuk meleraikan atau pun menyelesaikan masalah ini. Termasuk juga projek utiliti, loji rawatan air, bekalan elektrik dan sebagainya. Sebenarnya, projek-projek ini adalah pelaburan bagi Kerajaan Persekutuan. Hasilnya nanti akan dituai bersama, win-win, termasuk cukai dan sebagainya. Semua ini akan meningkatkan pendapatan kerajaan negeri dan peningkatan KDNK per kapita. Ia merupakan sebagai pemangkin bagi Kedah untuk mempercepatkan proses menjadi sebuah negeri maju bersama dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Kedah mempunyai banyak taman-taman perindustrian seperti Kulim Hi-Tech Park, Kedah Sains dan Teknologi Park di Bukit Kayu Hitam, di Padang Meha dan sebagainya. Saya tiada masa yang cukup untuk menyentuh perkara- perkara ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap sedikit berhubung dengan sains dan teknologi. | 94 | 104 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 95
Bidang ini amat penting bagi menjayakan Malaysia bagi mencapai status negara
maju, berteknologi tinggi, berpendapatan tinggi serta ekonomi mapan (sustainable). Sains
dan teknologi ialah prasyarat untuk menjadi negara pencipta, pengeluar produk, bukannya
hanya pemasang. Melalui R&D (penyelidikan dan pembangunan) dapat menjadikan
Malaysia negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi serta mencipta produk-
produk baru dan teknologi baru.
Teori ekonomi menekankan pengumpulan R&D dan modal insan bagi
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Perbelanjaan negara dalam R&D meningkat
secara berterusan sejak 2020 tetapi kekal hanya pada 1 peratus daripada KDNK. Saya
hendak membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain. Korea Selatan, 4.8 peratus
daripada GDP. Sweden, 3.3 peratus. Jepun, 3.26 peratus. Jerman, 3.1 peratus. Taiwan,
3.1 peratus. Amerika Syarikat, 2.8 peratus. Kita hanya satu peratus.
Jadi ertinya, kita perlu mempertingkatkan perbelanjaan atau pun bajet kita bagi
R&D untuk menentukan negara kita akan terus berdaya maju dan akan menjadi negara
yang mencipta produk dan teknologi, bukannya hanya sebagai pengguna dan pemasang.
Satu yang jelas ialah semua negara maju, perbelanjaan R&Dnya tinggi. Tuan Yang di-
Pertua, namun, kita ada isu berhubung dengan perkara ini.
Menurut maklumat dari Akademi Sains Malaysia, peratus pelajar yang mengambil
aliran Sains tulen sekarang ini hanyalah 18 peratus berbanding dengan aliran Sastera, 82
peratus. Angka ini tersasar jauh daripada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan
2013-2025 yang menyasarkan nisbah 60-40, iaitu 60 peratus aliran Sains dan 40 peratus
aliran Sastera. Keadaan ini tidak baik untuk negara kerana kita perlu ramai jurutera, saintis
dan sebagainya untuk menjadikan negara Malaysia ini negara industri dan maju.
Sehubungan ini, saya berharap kementerian yang berkaitan, MOSTI, KPT,
pendidikan dapat duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian. Kita akan
terperangkap dalam middle-income trap jika langkah ini tidak dilakukan. Tuan Yang di-
Pertua, saya hendak sentuh sikit sahaja pasal talent pool dan TVET. Kita di Kedah ini,
TVET sebenarnya ada masalah, kapasiti tidak mencukupi. Kita harus tingkatkan kapasiti
bilangan pelajar TVET, umpamanya di ADTEC, Kulim, di politeknik berdasarkan kepada
permintaan dalam kawasan-kawasan yang tertentu. Kita perlukan electrical dan elektronik
dan bidang mekatronik dan juga bidang mekanikal.
Tuan Yang di-Pertua, yang akhir sekali saya hendak menyebut sedikit tentang
getah. Salah satu cara untuk kita meningkatkan pendapatan pekebun kecil ialah untuk
menukar jenis gred getah. Daripada gred skrap sekarang, bukan semuanya, kepada
lateks pekat. Sekarang ini kita mengeluarkan lateks pekat hanya 40,000 tan, Tuan Yang
di-Pertua. Penggunaan kita atau pun consumption kita seperti pengeluaran buat glove dan
sebagainya ialah 400,000 tan setahun.
Matlamat Lembaga Getah Malaysia ialah pengeluaran lateks pekat ditingkatkan
kepada 10,000 tan setahun dan matlamat kita ialah untuk mencapai 50 peratus daripada
consumption iaitu 200,000 tan setahun. Langkah ini akan dimulakan di negeri-negeri
Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Penambahan pendapatan untuk penoreh,
pekebun kecil ialah insentif RM1 satu kilogram dan premium 20 ke 30 sen perkilogram. Ia
akan memberikan jumlah tambahan pendapatan kepada pekebun kecil dan penoreh, iaitu
RM1.20 sekilogram. Kalau hari ini dia dapat RM3, kalau dia tukar kepada lateks pekat, dia
akan dapat RM4.20
■1810
Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri pernah terlibat dalam industri getah termasuk
scientist di Rubber Research Institute dan MARDEC Bhd. (23 tahun semasa).
Seterusnya, yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah— ini untuk kita
meningkatkan penggunaan getah asli di Malaysia. Cup lump modified bitumen, ini
disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun bagi penyelenggaraan jalan.
Di muka surat 56, Yang Amat Berhormat Tambun menyebut kerajaan
menyediakan RM50 juta untuk 120 kilometer jalan. Jalan raya yang dibuat dengan cara
| Bidang ini amat penting bagi menjayakan Malaysia bagi mencapai status negara. maju, berteknologi tinggi, berpendapatan tinggi serta ekonomi mapan (sustainable). Sains dan teknologi ialah prasyarat untuk menjadi negara pencipta, pengeluar produk, bukannya hanya pemasang. Melalui R&D (penyelidikan dan pembangunan) dapat menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi serta mencipta produk- produk baru dan teknologi baru. Teori ekonomi menekankan pengumpulan R&D dan modal insan bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Perbelanjaan negara dalam R&D meningkat secara berterusan sejak 2020 tetapi kekal hanya pada 1 peratus daripada KDNK. Saya hendak membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain. Korea Selatan, 4.8 peratus daripada GDP. Sweden, 3.3 peratus. Jepun, 3.26 peratus. Jerman, 3.1 peratus. Taiwan, 3.1 peratus. Amerika Syarikat, 2.8 peratus. Kita hanya satu peratus. Jadi ertinya, kita perlu mempertingkatkan perbelanjaan atau pun bajet kita bagi R&D untuk menentukan negara kita akan terus berdaya maju dan akan menjadi negara yang mencipta produk dan teknologi, bukannya hanya sebagai pengguna dan pemasang. Satu yang jelas ialah semua negara maju, perbelanjaan R&Dnya tinggi. Tuan Yang di- Pertua, namun, kita ada isu berhubung dengan perkara ini. Menurut maklumat dari Akademi Sains Malaysia, peratus pelajar yang mengambil aliran Sains tulen sekarang ini hanyalah 18 peratus berbanding dengan aliran Sastera, 82 peratus. Angka ini tersasar jauh daripada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menyasarkan nisbah 60-40, iaitu 60 peratus aliran Sains dan 40 peratus aliran Sastera. Keadaan ini tidak baik untuk negara kerana kita perlu ramai jurutera, saintis dan sebagainya untuk menjadikan negara Malaysia ini negara industri dan maju. Sehubungan ini, saya berharap kementerian yang berkaitan, MOSTI, KPT, pendidikan dapat duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian. Kita akan terperangkap dalam middle-income trap jika langkah ini tidak dilakukan. Tuan Yang di- Pertua, saya hendak sentuh sikit sahaja pasal talent pool dan TVET. Kita di Kedah ini, TVET sebenarnya ada masalah, kapasiti tidak mencukupi. Kita harus tingkatkan kapasiti bilangan pelajar TVET, umpamanya di ADTEC, Kulim, di politeknik berdasarkan kepada permintaan dalam kawasan-kawasan yang tertentu. Kita perlukan electrical dan elektronik dan bidang mekatronik dan juga bidang mekanikal. Tuan Yang di-Pertua, yang akhir sekali saya hendak menyebut sedikit tentang getah. Salah satu cara untuk kita meningkatkan pendapatan pekebun kecil ialah untuk menukar jenis gred getah. Daripada gred skrap sekarang, bukan semuanya, kepada lateks pekat. Sekarang ini kita mengeluarkan lateks pekat hanya 40,000 tan, Tuan Yang di-Pertua. Penggunaan kita atau pun consumption kita seperti pengeluaran buat glove dan sebagainya ialah 400,000 tan setahun. Matlamat Lembaga Getah Malaysia ialah pengeluaran lateks pekat ditingkatkan kepada 10,000 tan setahun dan matlamat kita ialah untuk mencapai 50 peratus daripada consumption iaitu 200,000 tan setahun. Langkah ini akan dimulakan di negeri-negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Penambahan pendapatan untuk penoreh, pekebun kecil ialah insentif RM1 satu kilogram dan premium 20 ke 30 sen perkilogram. Ia akan memberikan jumlah tambahan pendapatan kepada pekebun kecil dan penoreh, iaitu RM1.20 sekilogram. Kalau hari ini dia dapat RM3, kalau dia tukar kepada lateks pekat, dia akan dapat RM4.20. #1810. Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri pernah terlibat dalam industri getah termasuk scientist di Rubber Research Institute dan MARDEC Bhd. (23 tahun semasa). Seterusnya, yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah-- ini untuk kita meningkatkan penggunaan getah asli di Malaysia. Cup lump modified bitumen, ini disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun bagi penyelenggaraan jalan. Di muka surat 56, Yang Amat Berhormat Tambun menyebut kerajaan menyediakan RM50 juta untuk 120 kilometer jalan. Jalan raya yang dibuat dengan cara. | 95 | 105 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
96 DR.01.03.2023
ini ataupun teknik ini akan kekal sebelum diselenggarakan selama lapan tahun berbanding
dengan sekarang hanya empat tahun.
Contoh terbaik ialah jalan raya daripada bulatan Bank Rakyat ke rumah pengawal
Parlimen...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat,
sila gulung dalam satu minit.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu]: Yang Berhormat
sekalian sedar atau tidak, ia adalah menggunakan sistem ini. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Lembaga Getah Malaysia dan terima
kasih di atas teknologi baharu yang digunakan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih
Yang Berhormat Kubang Pasu. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Tuaran, 15
minit sebagai ketua parti.
6.11 ptg.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau [Tuaran]: Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahaskan Belanjawan
2023 peringkat dasar yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada
Jumaat yang lepas.
Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas kesempatan
membentangkan bajet negara sebanyak tujuh kali iaitu 1991 hingga 1997 dan kali ini 2023
pula kali yang kelapan.
Belanjawan 2023 mengandungi 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad dan
seterusnya dicadangkan beberapa strategi untuk memacu setiap tekad tersebut. Tuaran
berterima kasih kepada kerajaan di atas pelbagai strategi untuk melaksanakan ketiga-tiga
tekad tersebut.
Tuaran mulakan perbahasan dengan memperjuangkan aspirasi utama rakyat
Tuaran masa kini iaitu rakyat Tuaran terhimpit dengan masalah bekalan air bersih. Sudah
sekian lama catuan bekalan air bersih menjadi sebahagian daripada hidup harian orang-
orang Tuaran dan penduduk berhampiran kawasan Parlimen Tuaran. Kawasan
perumahan, perkampungan dan penempatan terpaksa menerima bekalan air bersih
secara penggiliran dari Jabatan Air.
Sebelah siang tidak ada air dan hanya menjelang malam baru ada ataupun
sebaliknya. Bahkan kadang-kadang air keluar dari paip juga kecil sahaja macam air
kencing. Ini kerana semua penduduk berebut-rebut menggunakan air dalam satu-satu
masa setelah seharian dicatu.
Lebih parah apabila insiden bekalan air terputus yang diakibatkan oleh kerosakan
ataupun yang disebabkan tidak ada bekalan langsung daripada infra yang telah
disediakan. Infra ada, namun sekadar boneka sebab tidak berfungsi. Akibatnya bukan
sahaja memberi derita hidup kepada rakyat. Penduduk yang tinggal di perumahan,
mereka terpaksa membeli air mineral sebagai air minuman dan untuk memasak.
Kita tahu bahawa di Sabah ini masih ramai isi rumah yang tidak berkemampuan.
Fakta menyatakan lapan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia terdapat di Sabah.
Dalam erti kata lain, isu bekalan air ini sudah menjadi tahap sebagai satu sumpahan
kepada kami di Sabah. Masalah ini turut menjadi neraka bagi para peniaga mahupun
pelabur. Bayangkan sebuah restoran yang juga memiliki 28 bilik lodge terpaksa berbelanja
RM3,000 sebulan untuk membeli air iaitu RM400 daripada bil Jabatan Air Sabah,
manakala RM1,600 dibeli secara pukal dari pembekal swasta iaitu pada kadar 30 sen
seliter.
| ini ataupun teknik ini akan kekal sebelum diselenggarakan selama lapan tahun berbanding dengan sekarang hanya empat tahun. Contoh terbaik ialah jalan raya daripada bulatan Bank Rakyat ke rumah pengawal Parlimen... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat, sila gulung dalam satu minit. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu]: Yang Berhormat sekalian sedar atau tidak, ia adalah menggunakan sistem ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Lembaga Getah Malaysia dan terima kasih di atas teknologi baharu yang digunakan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Tuaran, 15 minit sebagai ketua parti. 6.11 ptg. Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau [Tuaran]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahaskan Belanjawan 2023 peringkat dasar yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Jumaat yang lepas. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas kesempatan membentangkan bajet negara sebanyak tujuh kali iaitu 1991 hingga 1997 dan kali ini 2023 pula kali yang kelapan. Belanjawan 2023 mengandungi 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad dan seterusnya dicadangkan beberapa strategi untuk memacu setiap tekad tersebut. Tuaran berterima kasih kepada kerajaan di atas pelbagai strategi untuk melaksanakan ketiga-tiga tekad tersebut. Tuaran mulakan perbahasan dengan memperjuangkan aspirasi utama rakyat Tuaran masa kini iaitu rakyat Tuaran terhimpit dengan masalah bekalan air bersih. Sudah sekian lama catuan bekalan air bersih menjadi sebahagian daripada hidup harian orang- orang Tuaran dan penduduk berhampiran kawasan Parlimen Tuaran. Kawasan perumahan, perkampungan dan penempatan terpaksa menerima bekalan air bersih secara penggiliran dari Jabatan Air. Sebelah siang tidak ada air dan hanya menjelang malam baru ada ataupun sebaliknya. Bahkan kadang-kadang air keluar dari paip juga kecil sahaja macam air kencing. Ini kerana semua penduduk berebut-rebut menggunakan air dalam satu-satu masa setelah seharian dicatu. Lebih parah apabila insiden bekalan air terputus yang diakibatkan oleh kerosakan ataupun yang disebabkan tidak ada bekalan langsung daripada infra yang telah disediakan. Infra ada, namun sekadar boneka sebab tidak berfungsi. Akibatnya bukan sahaja memberi derita hidup kepada rakyat. Penduduk yang tinggal di perumahan, mereka terpaksa membeli air mineral sebagai air minuman dan untuk memasak. Kita tahu bahawa di Sabah ini masih ramai isi rumah yang tidak berkemampuan. Fakta menyatakan lapan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia terdapat di Sabah. Dalam erti kata lain, isu bekalan air ini sudah menjadi tahap sebagai satu sumpahan kepada kami di Sabah. Masalah ini turut menjadi neraka bagi para peniaga mahupun pelabur. Bayangkan sebuah restoran yang juga memiliki 28 bilik lodge terpaksa berbelanja RM3,000 sebulan untuk membeli air iaitu RM400 daripada bil Jabatan Air Sabah, manakala RM1,600 dibeli secara pukal dari pembekal swasta iaitu pada kadar 30 sen seliter. | 96 | 106 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 97
Paling teruk lagi apabila catuan air itu dilakukan pada peak hours termasuk pada
hujung minggu yang memberi impak kerugian besar kepada para peniaga seperti
pengusaha-pengusaha restoran dan lodge.
Tuan Yang di-Pertua, inilah alkisah teruknya bekalan air terawat di Sabah. Malah,
Tuaran sekiranya diberi masa yang lebih panjang boleh bercerita lebih banyak kisah suka
duka penduduk yang terkesan di Sabah, khususnya di kawasan Parlimen Tuaran.
Namun, sepertimana jawapan Yang Berhormat Kinabatangan iaitu mantan
Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal bekalan air di Sabah kepada pencelahan saya
pada hari Isnin 27 Februari, punca masalah bekalan air bersih di Sabah berlarutan
sehingga kini termasuklah menyelesaikan masalah non-revenue water adalah kerana
Kerajaan Negeri Sabah tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi.
Tuan Yang di-Pertua, hal ehwal air di Malaysia adalah diletakkan dalam senarai
negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, Kerajaan Negeri Sabah
terpaksa mencari peruntukan kewangan sendiri untuk merawat dan seterusnya
mengagihkan bekalan air terawat. Menurut Yang Berhormat Kinabatangan, Kerajaan
Negeri Sabah memerlukan di antara RM23 bilion hingga RM27 bilion untuk menyelesaikan
masalah bekalan air terawat di Sabah.
Dari manakah dan bilakah Sabah akan dapat peruntukan sebanyak itu?
Antaranya Kerajaan Negeri Sabah terpaksa meminjam daripada Kerajaan Persekutuan.
Saya ulangi Kerajaan Sabah terpaksa meminjam daripada Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, menurut Jabatan Air Sabah dengan mengambil kira non-
revenue water pada kadar 50 peratus, defisit bekalan di Parlimen Tuaran dan sekitar
adalah melebihi 150 juta liter sehari atau 150 MLD. At the rate of the current progress of
development Sabah, water supply will only exceed demand by 2040. Barangkali saya pun
sudah tidak ada pada ketika itu.
Walaupun hal ehwal air adalah hal negeri namun air adalah nadi kepada segala
pembangunan. Sebagai salah satu daripada tiga wilayah membentuk negara Malaysia
tercinta ini adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan
Kerajaan Negeri Sabah mencari penyelesaian tuntas terhadap masalah kronik ini.
Terkait dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Sabah
sehingga meminjam daripada Kerajaan Persekutuan, Tuaran mahu kembali kepada
perkara pokok dalam pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963. Tidak lain dan
tidak bukan iaitu Perjanjian Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang kini
dijenamakan sebagai MA63.
Dalam perjanjian tersebut, yang akhirnya diterjemahkan sebagai peruntukan
penting dalam Perlembagaan Persekutuan ialah sebenarnya bukan hal ehwal air sahaja
yang menjadi hak negeri, hak Sabah malah jauh lebih utama ialah dua perlima ataupun
40 peratus daripada pungutan hasil Persekutuan dari Sabah adalah juga hak Sabah
sepertimana termaktub dalam Perkara 112C(1)(a) seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual
Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, hak ini dinafikan selama 60 tahun sejak terbentuknya
Malaysia. Tuaran bersama-sama Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sudah menyuarakan
perkara ini berkali-kali di Dewan yang mulia ini termasuk dalam perbahasan Usul
Menjunjung Kasih Titah Diraja baru-baru ini.
Malang sekali tidak ada ulasan langsung daripada mana-mana Menteri termasuk
Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Saya mohon maaf kerana terpaksa berterus-
terang meluahkan kekecewaan rakyat Sabah kerana yang disebut hanyalah pemberian
khas kepada Sabah yang dikatakan sebagai interim, sementara. Pendek kata mereka
mengelakkan daripada memberi jawapan. Saya hanya mendengar desas-desus
mengatakan hak Sabah terlalu besar untuk dilaksanakan. Malah ada juga yang
mengatakan Kerajaan Persekutuan boleh bankrap kalau dilaksanakan.
Sementara itu di negeri-negeri di Semenanjung menikmati peruntukan
sepenuhnya daripada Kerajaan Persekutuan untuk menangani hal ehwal air walaupun air
| Paling teruk lagi apabila catuan air itu dilakukan pada peak hours termasuk pada. hujung minggu yang memberi impak kerugian besar kepada para peniaga seperti pengusaha-pengusaha restoran dan lodge. Tuan Yang di-Pertua, inilah alkisah teruknya bekalan air terawat di Sabah. Malah, Tuaran sekiranya diberi masa yang lebih panjang boleh bercerita lebih banyak kisah suka duka penduduk yang terkesan di Sabah, khususnya di kawasan Parlimen Tuaran. Namun, sepertimana jawapan Yang Berhormat Kinabatangan iaitu mantan Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal bekalan air di Sabah kepada pencelahan saya pada hari Isnin 27 Februari, punca masalah bekalan air bersih di Sabah berlarutan sehingga kini termasuklah menyelesaikan masalah non-revenue water adalah kerana Kerajaan Negeri Sabah tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Tuan Yang di-Pertua, hal ehwal air di Malaysia adalah diletakkan dalam senarai negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, Kerajaan Negeri Sabah terpaksa mencari peruntukan kewangan sendiri untuk merawat dan seterusnya mengagihkan bekalan air terawat. Menurut Yang Berhormat Kinabatangan, Kerajaan Negeri Sabah memerlukan di antara RM23 bilion hingga RM27 bilion untuk menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Sabah. Dari manakah dan bilakah Sabah akan dapat peruntukan sebanyak itu? Antaranya Kerajaan Negeri Sabah terpaksa meminjam daripada Kerajaan Persekutuan. Saya ulangi Kerajaan Sabah terpaksa meminjam daripada Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, menurut Jabatan Air Sabah dengan mengambil kira non- revenue water pada kadar 50 peratus, defisit bekalan di Parlimen Tuaran dan sekitar adalah melebihi 150 juta liter sehari atau 150 MLD. At the rate of the current progress of development Sabah, water supply will only exceed demand by 2040. Barangkali saya pun sudah tidak ada pada ketika itu. Walaupun hal ehwal air adalah hal negeri namun air adalah nadi kepada segala pembangunan. Sebagai salah satu daripada tiga wilayah membentuk negara Malaysia tercinta ini adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah mencari penyelesaian tuntas terhadap masalah kronik ini. Terkait dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Sabah sehingga meminjam daripada Kerajaan Persekutuan, Tuaran mahu kembali kepada perkara pokok dalam pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963. Tidak lain dan tidak bukan iaitu Perjanjian Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang kini dijenamakan sebagai MA63. Dalam perjanjian tersebut, yang akhirnya diterjemahkan sebagai peruntukan penting dalam Perlembagaan Persekutuan ialah sebenarnya bukan hal ehwal air sahaja yang menjadi hak negeri, hak Sabah malah jauh lebih utama ialah dua perlima ataupun 40 peratus daripada pungutan hasil Persekutuan dari Sabah adalah juga hak Sabah sepertimana termaktub dalam Perkara 112C(1)(a) seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, hak ini dinafikan selama 60 tahun sejak terbentuknya Malaysia. Tuaran bersama-sama Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sudah menyuarakan perkara ini berkali-kali di Dewan yang mulia ini termasuk dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja baru-baru ini. Malang sekali tidak ada ulasan langsung daripada mana-mana Menteri termasuk Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Saya mohon maaf kerana terpaksa berterus- terang meluahkan kekecewaan rakyat Sabah kerana yang disebut hanyalah pemberian khas kepada Sabah yang dikatakan sebagai interim, sementara. Pendek kata mereka mengelakkan daripada memberi jawapan. Saya hanya mendengar desas-desus mengatakan hak Sabah terlalu besar untuk dilaksanakan. Malah ada juga yang mengatakan Kerajaan Persekutuan boleh bankrap kalau dilaksanakan. Sementara itu di negeri-negeri di Semenanjung menikmati peruntukan sepenuhnya daripada Kerajaan Persekutuan untuk menangani hal ehwal air walaupun air. | 97 | 107 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
98 DR.01.03.2023
itu berada dalam state list. Hanya kerana tata kelola air di seluruh Semenanjung berada
di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Agensi ini dijenamakan sebagai negara, sedangkan ia cuma beroperasi di
Semenanjung. Saya cadangkan nama agensi ini ditukar menjadi Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Semenanjung (SPAS) dan bukannya SPAN. Ini sebab tidak mungkin
Sabah dan Sarawak mahu menyertai di bawah tata kelola SPAN yang ada sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya pemberian 40 peratus dilaksanakan Kerajaan
Persekutuan dari dahulu, saya percaya Sabah akan mempunyai peruntukan yang cukup
bukan sahaja dalam menyediakan bekalan air bersih, malah dalam menyediakan pelbagai
kemudahan asas yang lain. Tidak perlu lagi meminjam daripada Kerajaan Persekutuan,
kemudian terpaksa membayar balik lagi hutang pinjaman.
■1820
Saya ingin bertanya, siapa yang sebenarnya yang sudah berhutang selama 60
tahun? Apakah Sabah yang berhutang atau adakah negara Malaysia yang berhutang
dengan Sabah?
Ada yang mencadangkan kenapa Sabah tidak mahu menyerahkan hal ehwal air
kepada SPAN? Jawapannya ialah dulu, Sabah juga menyerahkan hal ehwal elektrik
kepada Tenaga Nasional Berhad. Apa yang berlaku? Masalah elektrik di Sabah tidak
pernah selesai sampai hari ini. Setiap hari ada blackout di Sabah. Bayangkan di
Semenanjung, System Average Interruption Duration Index (SAIDI) hanya 50. Di kawasan
Parlimen Ranau– Yang Berhormat Ranau ada di sini kah? Di kawasan Parlimen Ranau,
SAIDInya adalah 1,000. 1,000 di kawasan Parlimen Ranau yang mana purata
keseluruhan SAIDI di Sabah adalah menghampiri 300.
Berdasarkan case study ini, maka penyerahan hal ehwal air kepada SPAN, boleh
jadi hanya akan mengulangi apa yang telah pun terjadi terhadap penyerahan hal ehwal
elektrik kepada Persekutuan. Malah, kini Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB)
sudah pun dalam proses diserah balik kepada Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, permintaan Sabah ialah laksanakan Perjanjian Malaysia
1963 dengan sepenuhnya. Itu saja permintaan kami! Laksanakan saja. Janganlah hanya
berkali-kali membuat janji dalam pilihan raya tetapi selepas membentuk kerajaan,
pelbagai alasan dibuat! Oleh itu, Tuaran bagi pihak rakan-rakan Ahli Parlimen dari Sabah
mengulangi permintaan kami, tolong laksanakan hak-hak Sabah terutama sekali Perkara
112C(1)(a), seksyen 2(1), Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan
bahawa 40 peratus daripada pengutan hasil Persekutuan dari Sabah, hendaklah
diserahkan ke Sabah.
Terkait dengan hasil Persekutuan, Tuaran juga bercadang agar semua lesen
perjudian di negara ini, diserahkan kembali kepada kerajaan untuk dilaksanakan dalam
bentuk social welfare lottery. Ini supaya hasilnya dapat digunakan untuk membina
pelbagai infrastruktur seperti bekalan air, seperti yang dibuat negara lain seperti Vietnam
dan Kanada. Kenapa lesen-lesen perjudian ini masih diberikan kepada segelintir orang
yang kini menjadi maha kaya, sedangkan negara kita menghadapi pelbagai kesulitan
dalam mencari dana untuk membina infrastruktur?
Demi menjamin ketelusan dalam tata kelola, Tuaran juga bersetuju dengan
sahabat saya Yang Berhormat Subang, agar PETRONAS ini disenaraikan. Kalau tidak
mahu ikut Equinor dari Norway yang mengapungkan saham sampai 33 peratus, ikut
sahaja syarikat Aramco dari Arab Saudi iaitu mengapungkan hanya lima peratus.
Harus diingat, dengan langkah Norway yang menyenaraikan dan seterusnya
menubuhkan sovereign fund hasil minyak dan gas, kini mencecah nilai USD1 trilion
berbanding dengan Malaysia yang ada RM1 trilion hutang. Kita berhutang, kita ada
PETRONAS, kita ada minyak. Adalah tidak benar sama sekali kononnya PETRONAS
melapor kepada Parlimen. Tidak ada akta yang mengatakan PETRONAS mesti buat
laporan tahunan kepada Parlimen. Tidak ada.
Untuk menyelesaikan tuntutan royalti yang lebih tinggi daripada negeri-negeri
pengeluar minyak dan gas, Tuaran mencadangkan supaya berikan sahaja negeri-negeri
| itu berada dalam state list. Hanya kerana tata kelola air di seluruh Semenanjung berada di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Agensi ini dijenamakan sebagai negara, sedangkan ia cuma beroperasi di Semenanjung. Saya cadangkan nama agensi ini ditukar menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Semenanjung (SPAS) dan bukannya SPAN. Ini sebab tidak mungkin Sabah dan Sarawak mahu menyertai di bawah tata kelola SPAN yang ada sekarang. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya pemberian 40 peratus dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dari dahulu, saya percaya Sabah akan mempunyai peruntukan yang cukup bukan sahaja dalam menyediakan bekalan air bersih, malah dalam menyediakan pelbagai kemudahan asas yang lain. Tidak perlu lagi meminjam daripada Kerajaan Persekutuan, kemudian terpaksa membayar balik lagi hutang pinjaman. #1820. Saya ingin bertanya, siapa yang sebenarnya yang sudah berhutang selama 60 tahun? Apakah Sabah yang berhutang atau adakah negara Malaysia yang berhutang dengan Sabah?. Ada yang mencadangkan kenapa Sabah tidak mahu menyerahkan hal ehwal air kepada SPAN? Jawapannya ialah dulu, Sabah juga menyerahkan hal ehwal elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad. Apa yang berlaku? Masalah elektrik di Sabah tidak pernah selesai sampai hari ini. Setiap hari ada blackout di Sabah. Bayangkan di Semenanjung, System Average Interruption Duration Index (SAIDI) hanya 50. Di kawasan Parlimen Ranau- Yang Berhormat Ranau ada di sini kah? Di kawasan Parlimen Ranau, SAIDInya adalah 1,000. 1,000 di kawasan Parlimen Ranau yang mana purata keseluruhan SAIDI di Sabah adalah menghampiri 300. Berdasarkan case study ini, maka penyerahan hal ehwal air kepada SPAN, boleh jadi hanya akan mengulangi apa yang telah pun terjadi terhadap penyerahan hal ehwal elektrik kepada Persekutuan. Malah, kini Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) sudah pun dalam proses diserah balik kepada Sabah. Tuan Yang di-Pertua, permintaan Sabah ialah laksanakan Perjanjian Malaysia 1963 dengan sepenuhnya. Itu saja permintaan kami! Laksanakan saja. Janganlah hanya berkali-kali membuat janji dalam pilihan raya tetapi selepas membentuk kerajaan, pelbagai alasan dibuat! Oleh itu, Tuaran bagi pihak rakan-rakan Ahli Parlimen dari Sabah mengulangi permintaan kami, tolong laksanakan hak-hak Sabah terutama sekali Perkara 112C(1)(a), seksyen 2(1), Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan bahawa 40 peratus daripada pengutan hasil Persekutuan dari Sabah, hendaklah diserahkan ke Sabah. Terkait dengan hasil Persekutuan, Tuaran juga bercadang agar semua lesen perjudian di negara ini, diserahkan kembali kepada kerajaan untuk dilaksanakan dalam bentuk social welfare lottery. Ini supaya hasilnya dapat digunakan untuk membina pelbagai infrastruktur seperti bekalan air, seperti yang dibuat negara lain seperti Vietnam dan Kanada. Kenapa lesen-lesen perjudian ini masih diberikan kepada segelintir orang yang kini menjadi maha kaya, sedangkan negara kita menghadapi pelbagai kesulitan dalam mencari dana untuk membina infrastruktur?. Demi menjamin ketelusan dalam tata kelola, Tuaran juga bersetuju dengan sahabat saya Yang Berhormat Subang, agar PETRONAS ini disenaraikan. Kalau tidak mahu ikut Equinor dari Norway yang mengapungkan saham sampai 33 peratus, ikut sahaja syarikat Aramco dari Arab Saudi iaitu mengapungkan hanya lima peratus. Harus diingat, dengan langkah Norway yang menyenaraikan dan seterusnya menubuhkan sovereign fund hasil minyak dan gas, kini mencecah nilai USD1 trilion berbanding dengan Malaysia yang ada RM1 trilion hutang. Kita berhutang, kita ada PETRONAS, kita ada minyak. Adalah tidak benar sama sekali kononnya PETRONAS melapor kepada Parlimen. Tidak ada akta yang mengatakan PETRONAS mesti buat laporan tahunan kepada Parlimen. Tidak ada. Untuk menyelesaikan tuntutan royalti yang lebih tinggi daripada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas, Tuaran mencadangkan supaya berikan sahaja negeri-negeri. | 98 | 108 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 99
ini ekuiti dalam PETRONAS. Untuk Sabah dan Sarawak sebagai penyumbang terbesar,
Tuaran cadangkan masing-masing diberi 20 peratus ekuiti.
Berkait dengan pembangunan di Tuaran, saya minta supaya disegerakan
pembinaan SMK Nabalu, pembinaan SMK Laya-Laya, pembinaan pembangunan Sekolah
Menengah St. John yang baharu, pembinaan kompleks bangunan Pejabat PPD Tuaran
yang baharu, pembinaan pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran yang baharu,
pembinaan semula jambatan Sungai Damit, selesaikan masalah 44 buah sekolah daif di
PPD Tuaran.
Kita ada 77 buah sekolah rendah, 44 buah daripadanya adalah sekolah daif.
Laksanakan projek naik taraf Bulatan Berungis hingga ke Bulatan Mengkabong.
Tambahkan peruntukan penyelenggaraan lampu jalan persekutuan untuk Tuaran
daripada RM50,000 kepada RM500,000. Bayangkanlah JKR sampai minta RM5 juta
daripada Kerajaan Persekutuan, dia bagi hanya RM500,000. Banyak sangat kah RM5 juta
ini? Ini baru jalan raya Persekutuan.
Kemudian, berilah peruntukan daripada program jalan luar bandar. Jalan luar
bandar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di kawasan Parlimen Tuaran untuk
menaik taraf semua jalan raya menuju ke sekolah-sekolah seperti jalan SK Guakon, jalan
SK Wasai, jalan SK Sinulihan, jalan SK Togop, jalan SK Kitapol, jalan SK Tambulaong,
jalan SK Wangkod, jalan SK Saradan, jalan SK Linungkuan, jalan SK Giok, jalan SK
Sungai.
Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, jalan raya terputus. Sekolah terpaksa ditutup
berhari-hari kerana akses. Guru-guru pun tidak tinggal di kawasan sekolah sebab
memang tidak ada kuarters. Dia tinggal di bandar, baru datang ke sekolah.
Kemudian berikan line internet connectivity untuk sekolah-sekolah di kawasan
Parlimen Tuaran yang menghadapi masalah internet. Tolong bina menara dan apa juga
infrastruktur yang berkaitan seperti SK Tomis, SK Wasai, SK Kindu, SK Pukak, SK
Koporingan, SK Lokos, SK St. James Tenghilan, SK Rangalau, SK Poring, SK
Linungkuan, SK Rungus, SK Bundutahuri, SK Laputong, SK Mantob, SK Sungai, SK
Pahu, SK Lokub, SK Gontung, SK Gayaratau. Saya sebut semua ini. Sengaja sebut sebab
terlalu banyak dan bagaimana pada ketika kita mahu ada Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR), tidak ada internet?
Kemudian daripada segi bekalan air juga, ini peruntukan yang diberi daripada
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Tuaran mohon supaya dipercepatkan
pelaksanaan projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Sinalapak, tapak Sinalapak dan
sekitarnya yang sudah empat tahun tertunggak, tertangguh. Bekalan air ini akan
membekalkan bekalan air bersih kepada 10 buah sekolah di PPD Tuaran.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan dan kata-kata ini,
saya mohon mengakhiri perbahasan saya dan Tuaran mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Terima kasih
Yang Berhormat Tuaran. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Hulu Terengganu.
6.27 ptg.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong doa] Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya mengambil bahagian dalam
perbahasan Bajet 2023 pada petang ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan ini dengan Firman Allah SWT
yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Adakah kamu menyuruh manusia
berbuat baik sedangkan kamu tidak melakukannya dan diturunkan kitab kepada kamu,
apakah kamu tidak berfikir”.
Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan ini dengan melahirkan rasa
sedih dan terkilan kepada sahabat saya Yang Berhormat Pendang yang telah menerima
dua notis tuntutan kerana didakwa telah menfitnah Perdana Menteri. Saya berasa ia suatu
| ini ekuiti dalam PETRONAS. Untuk Sabah dan Sarawak sebagai penyumbang terbesar, Tuaran cadangkan masing-masing diberi 20 peratus ekuiti. Berkait dengan pembangunan di Tuaran, saya minta supaya disegerakan pembinaan SMK Nabalu, pembinaan SMK Laya-Laya, pembinaan pembangunan Sekolah Menengah St. John yang baharu, pembinaan kompleks bangunan Pejabat PPD Tuaran yang baharu, pembinaan pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran yang baharu, pembinaan semula jambatan Sungai Damit, selesaikan masalah 44 buah sekolah daif di PPD Tuaran. Kita ada 77 buah sekolah rendah, 44 buah daripadanya adalah sekolah daif. Laksanakan projek naik taraf Bulatan Berungis hingga ke Bulatan Mengkabong. Tambahkan peruntukan penyelenggaraan lampu jalan persekutuan untuk Tuaran daripada RM50,000 kepada RM500,000. Bayangkanlah JKR sampai minta RM5 juta daripada Kerajaan Persekutuan, dia bagi hanya RM500,000. Banyak sangat kah RM5 juta ini? Ini baru jalan raya Persekutuan. Kemudian, berilah peruntukan daripada program jalan luar bandar. Jalan luar bandar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di kawasan Parlimen Tuaran untuk menaik taraf semua jalan raya menuju ke sekolah-sekolah seperti jalan SK Guakon, jalan SK Wasai, jalan SK Sinulihan, jalan SK Togop, jalan SK Kitapol, jalan SK Tambulaong, jalan SK Wangkod, jalan SK Saradan, jalan SK Linungkuan, jalan SK Giok, jalan SK Sungai. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, jalan raya terputus. Sekolah terpaksa ditutup berhari-hari kerana akses. Guru-guru pun tidak tinggal di kawasan sekolah sebab memang tidak ada kuarters. Dia tinggal di bandar, baru datang ke sekolah. Kemudian berikan line internet connectivity untuk sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Tuaran yang menghadapi masalah internet. Tolong bina menara dan apa juga infrastruktur yang berkaitan seperti SK Tomis, SK Wasai, SK Kindu, SK Pukak, SK Koporingan, SK Lokos, SK St. James Tenghilan, SK Rangalau, SK Poring, SK Linungkuan, SK Rungus, SK Bundutahuri, SK Laputong, SK Mantob, SK Sungai, SK Pahu, SK Lokub, SK Gontung, SK Gayaratau. Saya sebut semua ini. Sengaja sebut sebab terlalu banyak dan bagaimana pada ketika kita mahu ada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), tidak ada internet? Kemudian daripada segi bekalan air juga, ini peruntukan yang diberi daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Tuaran mohon supaya dipercepatkan pelaksanaan projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Sinalapak, tapak Sinalapak dan sekitarnya yang sudah empat tahun tertunggak, tertangguh. Bekalan air ini akan membekalkan bekalan air bersih kepada 10 buah sekolah di PPD Tuaran. Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan dan kata-kata ini, saya mohon mengakhiri perbahasan saya dan Tuaran mohon menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Hulu Terengganu. 6.27 ptg. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2023 pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan ini dengan Firman Allah SWT yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat al-Quran] "Adakah kamu menyuruh manusia berbuat baik sedangkan kamu tidak melakukannya dan diturunkan kitab kepada kamu, apakah kamu tidak berfikir". Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan ini dengan melahirkan rasa sedih dan terkilan kepada sahabat saya Yang Berhormat Pendang yang telah menerima dua notis tuntutan kerana didakwa telah menfitnah Perdana Menteri. Saya berasa ia suatu. | 99 | 109 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
100 DR.01.03.2023
yang luar biasa kerana Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini banyak dikritik,
banyak dipersoalkan tetapi setahu saya, tidak ada satu pun yang mengeluarkan LOD
untuk mereka yang mengkritik.
Rupa-rupanya, Perdana Menteri kita hari ini berhati tisu, tidak boleh dikritik
ataupun mungkin ia cuma mengambil tindakan kepada mereka yang membangkang
sahaja. Ini kerana di sana, ada mereka yang sepasukan dengan beliau, tidak diambil apa-
apa tindakan. Walaupun kita tahu itu hak beliau dan begitu juga dengan Agenzia Nova
yang sehingga kini saya difahamkan tidak apa-apa tindakan diambil terhadap tuduhan
yang dilemparkan terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga agak sedikit terkilan dengan bajet yang
dibentangkan pada Jumaat yang lepas iaitu Bajet 2023, yang mana pada saya ia sekadar
copy and paste apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku
Zafrul semasa di bawah PN, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Oktober
yang lalu.
■1830
Malah, Yang Amat Berhormat PM ada mencadangkan langkah-langkah
penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan sebagai contoh menerusi pemotongan gaji, tidak
mengambil gaji, kemudahan-kemudahan lain, mengecilkan saiz Kabinet, menghentikan
pelbagai projek, mengurangkan pelantikan pegawai tetapi semuanya itu tidak dizahirkan
dalam bajet pada kali ini. Lebih membuatkan saya rasa terkilan kerana tidak ada formula-
formula baharu ataupun unik serta luar biasa yang menjadikan ia satu identiti Kerajaan
Madani bagaimana yang diluang-luangkan ataupun yang dilaung-laungkan semasa beliau
menjadi pembangkang suatu ketika dahulu.
Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Harapan seolah-olah kehilangan taring apabila
mereka menjadi kerajaan. Begitu ramai sahabat-sahabat saya di luar sana mengatakan
bahawa Kerajaan Madani hari ini umpama “cakap tidak serupa bikin”, bikin tidak serupa
cakap kerana semua yang dijanji-janjikan dalam manifesto ataupun ucapan-ucapan
sebelum ini tidak dikotakan. Pandai berjanji tetapi tidak mampu untuk mengotakannya.
Saya buat sedikit penyelidikan iaitu pada 17 Julai 2022, Yang Amat Berhormat
Tambun ada mengeluarkan kata-kata bahawa menang hari ini, esok harga minyak akan
turun. [Tepuk] Ini dinyatakan pada 17 Julai 2022. Akan tetapi, hari ini minyak tidak turun
sehinggakan minyak cap kapak pun tidak turun harga, Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]
Walaupun begitu, dari sudut saya gembira kerana secara tidak langsung
membuktikan bahawa sumber inisiatif atau usaha-usaha yang digerakkan oleh kerajaan
terdahulu untuk membela rakyat, untuk kesejahteraan rakyat terbanyak diterima dan
diperakui oleh Kerajaan Madani hari ini. Saya bergembira ini membuktikan bahawa
kerajaan terdahulu cukup prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Yang Berhormat Hulu
Terengganu, Setiu.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Untuk...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Boleh minta penjelasan.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Sekejap. Sekejap.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Terima kasih, Yang Berhormat
Hulu Terengganu. Adakah Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Sekejap. Sekejap. Sekejap.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Belum.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Mengambil situasi ini untuk
melahirkan rasa sedih dan juga terkilan kepada sahabat saya Yang Berhormat Tasek
Gelugor yang dituduh di mahkamah. Saya percaya itu satu tindakan yang berniat jahat
untuk mengheret pemimpin-pemimpin PN ke mahkamah demi melemahkan perjuangan-
perjuangan PN.
| yang luar biasa kerana Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini banyak dikritik, banyak dipersoalkan tetapi setahu saya, tidak ada satu pun yang mengeluarkan LOD untuk mereka yang mengkritik. Rupa-rupanya, Perdana Menteri kita hari ini berhati tisu, tidak boleh dikritik ataupun mungkin ia cuma mengambil tindakan kepada mereka yang membangkang sahaja. Ini kerana di sana, ada mereka yang sepasukan dengan beliau, tidak diambil apa- apa tindakan. Walaupun kita tahu itu hak beliau dan begitu juga dengan Agenzia Nova yang sehingga kini saya difahamkan tidak apa-apa tindakan diambil terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya juga agak sedikit terkilan dengan bajet yang dibentangkan pada Jumaat yang lepas iaitu Bajet 2023, yang mana pada saya ia sekadar copy and paste apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Zafrul semasa di bawah PN, Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Oktober yang lalu. #1830. Malah, Yang Amat Berhormat PM ada mencadangkan langkah-langkah penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan sebagai contoh menerusi pemotongan gaji, tidak mengambil gaji, kemudahan-kemudahan lain, mengecilkan saiz Kabinet, menghentikan pelbagai projek, mengurangkan pelantikan pegawai tetapi semuanya itu tidak dizahirkan dalam bajet pada kali ini. Lebih membuatkan saya rasa terkilan kerana tidak ada formula- formula baharu ataupun unik serta luar biasa yang menjadikan ia satu identiti Kerajaan Madani bagaimana yang diluang-luangkan ataupun yang dilaung-laungkan semasa beliau menjadi pembangkang suatu ketika dahulu. Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Harapan seolah-olah kehilangan taring apabila mereka menjadi kerajaan. Begitu ramai sahabat-sahabat saya di luar sana mengatakan bahawa Kerajaan Madani hari ini umpama "cakap tidak serupa bikin", bikin tidak serupa cakap kerana semua yang dijanji-janjikan dalam manifesto ataupun ucapan-ucapan sebelum ini tidak dikotakan. Pandai berjanji tetapi tidak mampu untuk mengotakannya. Saya buat sedikit penyelidikan iaitu pada 17 Julai 2022, Yang Amat Berhormat Tambun ada mengeluarkan kata-kata bahawa menang hari ini, esok harga minyak akan turun. [Tepuk] Ini dinyatakan pada 17 Julai 2022. Akan tetapi, hari ini minyak tidak turun sehinggakan minyak cap kapak pun tidak turun harga, Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]. Walaupun begitu, dari sudut saya gembira kerana secara tidak langsung membuktikan bahawa sumber inisiatif atau usaha-usaha yang digerakkan oleh kerajaan terdahulu untuk membela rakyat, untuk kesejahteraan rakyat terbanyak diterima dan diperakui oleh Kerajaan Madani hari ini. Saya bergembira ini membuktikan bahawa kerajaan terdahulu cukup prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Yang Berhormat Hulu Terengganu, Setiu. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Untuk... Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Boleh minta penjelasan. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Sekejap. Sekejap. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Adakah Yang Berhormat Hulu Terengganu. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Sekejap. Sekejap. Sekejap. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Belum. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Mengambil situasi ini untuk melahirkan rasa sedih dan juga terkilan kepada sahabat saya Yang Berhormat Tasek Gelugor yang dituduh di mahkamah. Saya percaya itu satu tindakan yang berniat jahat untuk mengheret pemimpin-pemimpin PN ke mahkamah demi melemahkan perjuangan- perjuangan PN. | 100 | 110 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 101
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Hulu
Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Sebaliknya akan lebih saya yakin.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Jelutong minta laluan.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Ini akan lebih kuat lagi dengan
segala dugaan yang diterima itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Hulu
Terengganu, Jelutong minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat
Setiu dahulu, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Terima kasih Yang Berhormat
Hulu Terengganu. Adakah Yang Berhormat Hulu Terengganu setuju kalau saya katakan
bahawa janji untuk menoktahkan kemiskinan tegar akhir tahun ini akan jadi sebagaimana
janji untuk menurunkan harga minyak. Sekian, terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua, boleh
masukkan itu satu daripada ucapan saya dan saya pun nampak kerana masa yang
diperuntukkan oleh projek RM388 bilion ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Hulu
Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: ...dengan masa lebih kurang dalam
tujuh, lapan bulan lagi tidak mampu untuk mahu dilaksanakan. Lantaran itu, saya
bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Setiu. Okey, sila Yang
Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Terima kasih Yang
Berhormat Hulu Terengganu. Tentang isu tuduhan mahkamah. Adakah Yang Berhormat
Hulu Terengganu memberi komen penjelasan mengenai tindakan Yang Berhormat Pagoh
yang menjadi Perdana Menteri selepas mengkhianati Pakatan Harapan dan selepas itu
menuduh Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Muar di mahkamah. Apakah
komen Yang Berhormat tentang perkara itu. Lebih teruk berlakunya Yang Berhormat
Pagoh kepada Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Muar.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua, ini perkara
yang di bicara di mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada apa yang saya katakan tadi. Saya masih
terkilan merasa sedih terkilan dengan apa yang berlaku kepada sahabat saya iaitu Yang
Berhormat Tasek Gelugor yang diheret ke mahkamah. Saya baca satu pertanyaan saya
dalam ucapan saya berkaitan dengan mereka yang disabitkan di mahkamah. Jawapannya
ialah selagi mana individu tersebut masih tidak disabitkan kesalahannya oleh mahkamah,
maka individu tersebut masih tidak bersalah dan mempunyai hak untuk membela diri.
Saya setuju dengan kenyataan tersebut. Cuma, persoalannya ialah apakah
kesediaan ataupun apakah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan
satu pekeliling yang baharu kepada semua penjawat awam, cikgu, tentera dan semualah.
Jika mereka ini dituduh di mahkamah adakah mereka tidak perlu menanggung atau
digantung tugas mereka. Ini kerana mungkin ini prosedur baharu yang berlaku di negara
kita. Itu persoalan saya.
Jadi, apa yang ingin saya katakan kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor, saya
hari ini beri tabik spring kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor, Tuan Yang di-Pertua. Ini
kerana hari ini dituduh di mahkamah, esok terus melepaskan jawatan beliau sebagai
Ketua Penerangan BERSATU Malaysia. [Tepuk] Ini satu sikap menunjukkan satu integriti
yang hebat di kalangan pimpinan BERSATU, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya nampak macam seolah-olah ada suatu
kenyataan yang tidak berapa tepat yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat
Tambun yang berkaitan dengan penyelewengan diesel bersubsidi. Dikatakan tahun lepas
| Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Hulu Terengganu. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Sebaliknya akan lebih saya yakin. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Jelutong minta laluan. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Ini akan lebih kuat lagi dengan segala dugaan yang diterima itu. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Hulu Terengganu, Jelutong minta laluan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat Setiu dahulu, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Adakah Yang Berhormat Hulu Terengganu setuju kalau saya katakan bahawa janji untuk menoktahkan kemiskinan tegar akhir tahun ini akan jadi sebagaimana janji untuk menurunkan harga minyak. Sekian, terima kasih. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua, boleh masukkan itu satu daripada ucapan saya dan saya pun nampak kerana masa yang diperuntukkan oleh projek RM388 bilion ini... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Hulu Terengganu. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: ...dengan masa lebih kurang dalam tujuh, lapan bulan lagi tidak mampu untuk mahu dilaksanakan. Lantaran itu, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Setiu. Okey, sila Yang Berhormat Jelutong. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Tentang isu tuduhan mahkamah. Adakah Yang Berhormat Hulu Terengganu memberi komen penjelasan mengenai tindakan Yang Berhormat Pagoh yang menjadi Perdana Menteri selepas mengkhianati Pakatan Harapan dan selepas itu menuduh Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Muar di mahkamah. Apakah komen Yang Berhormat tentang perkara itu. Lebih teruk berlakunya Yang Berhormat Pagoh kepada Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Muar. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua, ini perkara yang di bicara di mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan. [Ketawa]. Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada apa yang saya katakan tadi. Saya masih terkilan merasa sedih terkilan dengan apa yang berlaku kepada sahabat saya iaitu Yang Berhormat Tasek Gelugor yang diheret ke mahkamah. Saya baca satu pertanyaan saya dalam ucapan saya berkaitan dengan mereka yang disabitkan di mahkamah. Jawapannya ialah selagi mana individu tersebut masih tidak disabitkan kesalahannya oleh mahkamah, maka individu tersebut masih tidak bersalah dan mempunyai hak untuk membela diri. Saya setuju dengan kenyataan tersebut. Cuma, persoalannya ialah apakah kesediaan ataupun apakah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan satu pekeliling yang baharu kepada semua penjawat awam, cikgu, tentera dan semualah. Jika mereka ini dituduh di mahkamah adakah mereka tidak perlu menanggung atau digantung tugas mereka. Ini kerana mungkin ini prosedur baharu yang berlaku di negara kita. Itu persoalan saya. Jadi, apa yang ingin saya katakan kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor, saya hari ini beri tabik spring kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor, Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana hari ini dituduh di mahkamah, esok terus melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Penerangan BERSATU Malaysia. [Tepuk] Ini satu sikap menunjukkan satu integriti yang hebat di kalangan pimpinan BERSATU, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya nampak macam seolah-olah ada suatu kenyataan yang tidak berapa tepat yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun yang berkaitan dengan penyelewengan diesel bersubsidi. Dikatakan tahun lepas. | 101 | 111 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
102 DR.01.03.2023
sehingga mencecah RM10 bilion. Jadi, kalau RM10 bilion bererti RM800 juta lebih
sebulan, penyelewengan tersebut berlaku.
Jadi, saya mahu Yang Amat Berhormat Tambun menyenaraikan apakah bentuk
penyelewengan ataupun ketirisan tersebut kerana RM10 bilion ini satu jumlah yang besar
kerana ini dinyatakan oleh bekas PM bahawa tahun lepas bajet untuk subsidi cuma
sekadar RM13 bilion sahaja. Menunjukkan bahawa kalau RM10 bilion sudah tercicir
ataupun telah pun tiris, seolah-olah macam pegawai-pegawai penguat kuasa kita dari segi
penguatkuasaan mereka tidak melakukan tugas dengan sewajarnya. Jadi, saya minta
jasa baik Yang Amat Berhormat Tambun untuk menyenaraikan apakah bentuk
penyelewengan tersebut.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang ingin saya kongsikan juga di sini ialah
apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandan iaitu telah melancarkan Inisiatif
Pendapatan Rakyat (IPR). Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, rupanya Yang
Berhormat Pandan baru saya tahu cuma cakap berdegar-degar, habuk pun tidak ada.
Dengar pada sembang, gajah pun boleh terbang. Akan tetapi apa yang dibuat oleh Yang
Berhormat Pandan, saya puji apa yang dibuat.
Cuma apa yang dibuat itu ialah telah pun digariskan oleh Tok Pa, Menteri
Ekonomi ketika itu. Namanya Program Basmi Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia. Jadi,
apa yang dilancarkan itu ialah copy and paste ataupun idea yang telah pun dibuat oleh
Menteri sebelum ini. Jadi, selama ini dengan formula-formulanya yang hebat tetapi rupa-
rupanya diambil atau ditiru secara bulat-bulat dan apa yang dinyatakan oleh Tok Pa
sebelum ini.
Jadi, itulah kata orang tua-tua Tuan Yang di-Pertua, kalau cakap berdegar-degar
jangan percaya sangat. Kadang-kadang sembang sahaja lebih, hasil tidak ada. Ini yang
berlaku. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu Yang Berhormat Pandan juga telah pun
buat satu corner baring. Pusing 360 darjah. Ini kerana kelmarin saya difahamkan dalam
media mengatakan bahawa kemungkinan kerajaan akan perkenalkan balik GST. Jadi, ini
suatu benda yang bercanggah ketika beliau berada di luar kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya duduk masa lebih kurang satu minit lebih lagi,
saya ingin menyatakan beberapa perkara berkaitan di kawasan saya. Pertama, berkaitan
dengan Hospital Hulu Terengganu yang mana kekurangan kakitangan menyebabkan
penduduk Hulu Terengganu terpaksa menunggu sehingga lima jam untuk mendapatkan
rawatan. Bila saya tanya, berlaku adil pada rakyat dan juga pada kakitangan hospital di
mana dikatakan bahawa mereka terpaksa menunggu kerana kekurangan kakitangan.
Doktor satu masa cuma ada empat orang sahaja. Dua bertugas di wad dan dua bertugas
di kecemasan. Bila ada kes-kes red zone, mereka terpaksa melayani kes tersebut terlebih
dahulu.
Jadi, ini melibatkan masa menunggu rakyat Hulu Terengganu di hospital terlalu
lama. Minta pihak kementerian memandang serius akan hal tersebut.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan projek-projek sakit. Kita minta
kerajaan menyenaraikan projek-projek sakit yang berada di seluruh negara dan apakah
tindakan yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Kalau di Hulu
Terengganu kita ada projek sakit, pembangunan baru tambahan Sekolah Menengah
Tengku Ampuan Intan. Kemudian, projek perumahan di Kuala Ping. Itu di Hulu
Terengganu. Saya yakin projek ini banyak di seluruh negara. Jadi, saya minta kerajaan
ambil tindakan serius untuk mengatasi masalah tersebut.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan musuh tanaman. Ini disuarakan
oleh banyak Ahli Yang Berhormat sejak penggal dahulu sampai sekarang. Musuh Hulu
Terengganu daerah pertanian. Musuh utamanya ialah babi, khinzir dan juga kera. Jadi,
kita minta pihak KDN supaya agihkan semula senapang-senapang RELA kepada
anggota-anggota RELA untuk mengatasi masalah musuh tanaman ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu jalan. Jalan antara Jabor-Jerangau,
sekarang teruk keadaannya. Saya minta pihak JKR supaya mengambil tindakan – Menteri
ada, bekas bos saya dahulu. Terima kasih Yang Berhormat.
| sehingga mencecah RM10 bilion. Jadi, kalau RM10 bilion bererti RM800 juta lebih sebulan, penyelewengan tersebut berlaku. Jadi, saya mahu Yang Amat Berhormat Tambun menyenaraikan apakah bentuk penyelewengan ataupun ketirisan tersebut kerana RM10 bilion ini satu jumlah yang besar kerana ini dinyatakan oleh bekas PM bahawa tahun lepas bajet untuk subsidi cuma sekadar RM13 bilion sahaja. Menunjukkan bahawa kalau RM10 bilion sudah tercicir ataupun telah pun tiris, seolah-olah macam pegawai-pegawai penguat kuasa kita dari segi penguatkuasaan mereka tidak melakukan tugas dengan sewajarnya. Jadi, saya minta jasa baik Yang Amat Berhormat Tambun untuk menyenaraikan apakah bentuk penyelewengan tersebut. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang ingin saya kongsikan juga di sini ialah apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandan iaitu telah melancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, rupanya Yang Berhormat Pandan baru saya tahu cuma cakap berdegar-degar, habuk pun tidak ada. Dengar pada sembang, gajah pun boleh terbang. Akan tetapi apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Pandan, saya puji apa yang dibuat. Cuma apa yang dibuat itu ialah telah pun digariskan oleh Tok Pa, Menteri Ekonomi ketika itu. Namanya Program Basmi Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia. Jadi, apa yang dilancarkan itu ialah copy and paste ataupun idea yang telah pun dibuat oleh Menteri sebelum ini. Jadi, selama ini dengan formula-formulanya yang hebat tetapi rupa- rupanya diambil atau ditiru secara bulat-bulat dan apa yang dinyatakan oleh Tok Pa sebelum ini. Jadi, itulah kata orang tua-tua Tuan Yang di-Pertua, kalau cakap berdegar-degar jangan percaya sangat. Kadang-kadang sembang sahaja lebih, hasil tidak ada. Ini yang berlaku. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu Yang Berhormat Pandan juga telah pun buat satu corner baring. Pusing 360 darjah. Ini kerana kelmarin saya difahamkan dalam media mengatakan bahawa kemungkinan kerajaan akan perkenalkan balik GST. Jadi, ini suatu benda yang bercanggah ketika beliau berada di luar kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya duduk masa lebih kurang satu minit lebih lagi, saya ingin menyatakan beberapa perkara berkaitan di kawasan saya. Pertama, berkaitan dengan Hospital Hulu Terengganu yang mana kekurangan kakitangan menyebabkan penduduk Hulu Terengganu terpaksa menunggu sehingga lima jam untuk mendapatkan rawatan. Bila saya tanya, berlaku adil pada rakyat dan juga pada kakitangan hospital di mana dikatakan bahawa mereka terpaksa menunggu kerana kekurangan kakitangan. Doktor satu masa cuma ada empat orang sahaja. Dua bertugas di wad dan dua bertugas di kecemasan. Bila ada kes-kes red zone, mereka terpaksa melayani kes tersebut terlebih dahulu. Jadi, ini melibatkan masa menunggu rakyat Hulu Terengganu di hospital terlalu lama. Minta pihak kementerian memandang serius akan hal tersebut. Kedua, Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan projek-projek sakit. Kita minta kerajaan menyenaraikan projek-projek sakit yang berada di seluruh negara dan apakah tindakan yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Kalau di Hulu Terengganu kita ada projek sakit, pembangunan baru tambahan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan. Kemudian, projek perumahan di Kuala Ping. Itu di Hulu Terengganu. Saya yakin projek ini banyak di seluruh negara. Jadi, saya minta kerajaan ambil tindakan serius untuk mengatasi masalah tersebut. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan musuh tanaman. Ini disuarakan oleh banyak Ahli Yang Berhormat sejak penggal dahulu sampai sekarang. Musuh Hulu Terengganu daerah pertanian. Musuh utamanya ialah babi, khinzir dan juga kera. Jadi, kita minta pihak KDN supaya agihkan semula senapang-senapang RELA kepada anggota-anggota RELA untuk mengatasi masalah musuh tanaman ini. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu jalan. Jalan antara Jabor-Jerangau, sekarang teruk keadaannya. Saya minta pihak JKR supaya mengambil tindakan- Menteri ada, bekas bos saya dahulu. Terima kasih Yang Berhormat. | 102 | 112 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 103
■1840
Untuk mengambil tindakan untuk memperbaiki, maintain jalan tersebut, oleh
sebab biasalah kalau sudah ada lebuh raya biasa jalan-jalan persekutuan yang lain ini
tidak diambil cakna. Jadi kita harap, Yang Berhormat Menteri pun ada di sini, supaya
mengambil tindakan. Jalan Jerangau-Jabor dan begitu juga jalan LPT atau Lebuh Raya
Pantai Timur, LPT2, jalannya tidak rata. Banyak berlaku kemalangan. Juga perlu diberi
perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga mohon supaya projek-projek
yang terbengkalai di KETENGAH. Di Tasik Kenyir terutamanya, tasik terluas buatan
manusia di Asia Tenggara supaya dilihat semula kerana kita ada projek bebas cukai yang
telah menelan belanja lebih RM300 juta. Jadi, apakah statusnya sekarang?
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, sekali lagi saya ucap
banyak terima kasih kerana peluang, ruang dan kesempatan diberikan kepada saya pada
petang ini. Sekian, wabillahitaufik wahidayah, assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Terima kasih
Yang Berhormat Hulu Terengganu. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
6.41 ptg.
Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang
yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2023,
Malaysia MADANI.
Terlebih dahulu saya hendak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah berjaya membentangkan sebuah
belanjawan yang cukup bertanggungjawab. Walaupun tidak ada wow factor, betul, tetapi
ada keperluan untuk bertanggungjawab memastikan kebanyakan rakyat mendapat
manfaat daripada belanjawan ini terutamanya selepas kita terpaksa mengharungi tiga
tahun yang mana keadaan politik tidak stabil dan pandemik COVID-19.
Belanjawan ini saya percaya jika dilaksanakan dengan sepenuhnya akan
membawa negara ini maju ke hadapan dalam menghadapi persaingan dunia ekonomi
supaya kita terus menjadi sebuah negara yang bukan sahaja membangun tetapi boleh
memberikan saingan kepada negara lain.
Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan, antaranya termasuk– bukan
disebabkan RM388.1 bilion tetapi yang lebih mustahak adalah RM99 bilion belanja
pembangunan. Bagi saya, jumlah ini walaupun belum mencapai tahap yang diharapkan
tetapi ia sangat penting dan ia jauh lebih tinggi berbanding dengan tahun-tahun
sebelumnya.
Kalau kita tengok tahun lepas, Belanjawan 2022 hanya setakat 22 peratus sahaja
belanja pembangunan. Kali ini RM99 bilion bersamaan dengan 25 peratus. Ia sesuatu
yang sangat penting. Sebabkan belanja pembangunan inilah yang akan memastikan
kesinambungan pembangunan negara ini untuk pembangunan masa depan. Jadi, bagi
saya ia amat mustahak. Saya juga berharap pada belanjawan yang akan datang peratus
untuk belanja pembangunan akan terus meningkat.
Satu lagi faktor yang saya rasa pujian kena diberikan kepada Yang Amat
Berhormat Tambun adalah berkenaan dengan defisit. Kita tahu kali terakhir belanjawan
negara kita mencapai tahap surplus ataupun seimbang ialah pada tahun 1998 ketika Yang
Amat Berhormat Tambun menjadi Menteri Kewangan ketika itu. Selepas itu, lebih 25 tahun
kita menghadapi belanjawan defisit termasuk kali ini.
Akan tetapi, kalau kita bandingkan secara fakta, secara rasional belanjawan tahun
lepas 5.6 percent defisit. Tahun sebelumnya enam percent. Kali ini hanya lima percent
sahaja. Saya yakin sasaran untuk defisit turun kepada 3.2 percent pada Belanjawan 2025
akan tercapai di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.
| #1840 Untuk mengambil tindakan untuk memperbaiki, maintain jalan tersebut, oleh sebab biasalah kalau sudah ada lebuh raya biasa jalan-jalan persekutuan yang lain ini tidak diambil cakna. Jadi kita harap, Yang Berhormat Menteri pun ada di sini, supaya mengambil tindakan. Jalan Jerangau-Jabor dan begitu juga jalan LPT atau Lebuh Raya Pantai Timur, LPT2, jalannya tidak rata. Banyak berlaku kemalangan. Juga perlu diberi perhatian. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga mohon supaya projek-projek yang terbengkalai di KETENGAH. Di Tasik Kenyir terutamanya, tasik terluas buatan manusia di Asia Tenggara supaya dilihat semula kerana kita ada projek bebas cukai yang telah menelan belanja lebih RM300 juta. Jadi, apakah statusnya sekarang? Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, sekali lagi saya ucap banyak terima kasih kerana peluang, ruang dan kesempatan diberikan kepada saya pada petang ini. Sekian, wabillahitaufik wahidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah. 6.41 ptg. Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2023, Malaysia MADANI. Terlebih dahulu saya hendak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah berjaya membentangkan sebuah belanjawan yang cukup bertanggungjawab. Walaupun tidak ada wow factor, betul, tetapi ada keperluan untuk bertanggungjawab memastikan kebanyakan rakyat mendapat manfaat daripada belanjawan ini terutamanya selepas kita terpaksa mengharungi tiga tahun yang mana keadaan politik tidak stabil dan pandemik COVID-19. Belanjawan ini saya percaya jika dilaksanakan dengan sepenuhnya akan membawa negara ini maju ke hadapan dalam menghadapi persaingan dunia ekonomi supaya kita terus menjadi sebuah negara yang bukan sahaja membangun tetapi boleh memberikan saingan kepada negara lain. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan, antaranya termasuk- bukan disebabkan RM388.1 bilion tetapi yang lebih mustahak adalah RM99 bilion belanja pembangunan. Bagi saya, jumlah ini walaupun belum mencapai tahap yang diharapkan tetapi ia sangat penting dan ia jauh lebih tinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Kalau kita tengok tahun lepas, Belanjawan 2022 hanya setakat 22 peratus sahaja belanja pembangunan. Kali ini RM99 bilion bersamaan dengan 25 peratus. Ia sesuatu yang sangat penting. Sebabkan belanja pembangunan inilah yang akan memastikan kesinambungan pembangunan negara ini untuk pembangunan masa depan. Jadi, bagi saya ia amat mustahak. Saya juga berharap pada belanjawan yang akan datang peratus untuk belanja pembangunan akan terus meningkat. Satu lagi faktor yang saya rasa pujian kena diberikan kepada Yang Amat Berhormat Tambun adalah berkenaan dengan defisit. Kita tahu kali terakhir belanjawan negara kita mencapai tahap surplus ataupun seimbang ialah pada tahun 1998 ketika Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Menteri Kewangan ketika itu. Selepas itu, lebih 25 tahun kita menghadapi belanjawan defisit termasuk kali ini. Akan tetapi, kalau kita bandingkan secara fakta, secara rasional belanjawan tahun lepas 5.6 percent defisit. Tahun sebelumnya enam percent. Kali ini hanya lima percent sahaja. Saya yakin sasaran untuk defisit turun kepada 3.2 percent pada Belanjawan 2025 akan tercapai di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. | 103 | 113 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
104 DR.01.03.2023
Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, untuk pengetahuan semua rakyat
Malaysia yang layak, permohonan untuk sumbangan tunai rahmah (STR) telah dibuka
pada hari ini. Syabas dan tahniah kepada Kementerian Kewangan. Walaupun bajet belum
diluluskan tetapi komitmen kerajaan untuk memberikan bantuan tunai kepada rakyat
Malaysia telah dimulakan pada hari ini. [Tepuk]
Jadi, saya mohon sesiapa yang layak, yang belum terima untuk permohonan
baharu, boleh daftar. Sesiapa yang hendak kemas kini maklumat, lakukannya mulai hari
ini sehingga 31 Mac. Jangan ada yang terlepas sebab kita hendak semua rakyat Malaysia
yang layak diberikan pembelaan yang sewajarnya.
Syabas juga kepada kerajaan kerana potongan cukai kepada perusahaan mikro
kecil dan sederhana sebanyak dua peratus iaitu untuk mereka ataupun syarikat kecil,
keuntungan di bawah RM150,000, di mana penjimatan RM3,000 setahun. Saya percaya
penjimatan ini akan membolehkan aliran tunai yang lebih banyak dalam pasaran. Begitu
juga dengan golongan M40. Selama ini M40 selalu dikatakan bahawa tumpuan hanya
diberikan kepada B40. Kali ini M40 juga mendapat saham ataupun limpahannya.
Di mana mereka yang berpendapatan antara RM35,000 hingga RM100,000 akan
mendapat potongan ataupun pengurangan pembayaran cukai sebanyak RM1,300 yang
mana ikut unjurannya hampir RM1 bilion ataupun RM900 juta kurang kutipan untuk
kerajaan. Akan tetapi tidak apa, yang penting adalah rakyat diutamakan di bawah
Malaysia Madani. [Tepuk]
Saya juga menyambut baik langkah kerajaan melalui LHDN dan juga Jabatan
Kastam Diraja Malaysia yang memberikan pengampunan ke atas penalti 100 peratus
kepada mereka yang mengaku secara sukarela. Jadi, kepada sesiapa yang tercicir,
kurang melaporkan tax sebelum ini ambillah peluang ini untuk buat laporan, untuk buat
pendaftaran semula supaya hasil ataupun cukai yang wajib dibayar kita bayar sebagai
tanggungjawab rakyat Malaysia. Cuma saya hendak tanya kepada Kementerian
Kewangan. Berapakah unjuran atau anggaran kutipan yang boleh diperoleh daripada
langkah ini?
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu keterjaminan makanan ialah isu yang sangat
mustahak. Bukan sahaja di Malaysia, di seluruh dunia. Jadi, langkah kerajaan yang
memberikan komitmen tinggi terhadap keterjaminan makanan wajar dipuji dan wajar kita
sama-sama membantu kerajaan memastikan rakyat kita sentiasa mempunyai makanan
yang cukup tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang mungkin mengganggu gugat
kestabilan dan keterjaminan makanan di negara kita.
Saya mohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan selepas
penjenamaan semula ini boleh mempunyai perencanaan ataupun perancangan jangka
panjang untuk memastikan negara kita sentiasa mempunyai sumber makanan tempatan
yang mencukupi ataupun mengurangkan kebergantungan kita kepada makanan yang
diimport dari luar.
Saya menyambut baik inisiatif untuk menyuburkan 800 ekar tanah terbiar untuk
dijadikan tanah untuk penanaman makanan. Saya anggap ia sangat baik. Ia bukan setakat
boleh memperbanyak makanan tempatan, ia juga dapat menjana ekonomi khasnya di
kawasan luar bandar dan desa. Ia merupakan sesuatu yang patut diberikan pujian. Kita
berharap, kita percaya ia akan membolehkan kebergantungan kepada makanan yang
diimport agar berkurangan.
Menyentuh berkenaan subsidi RM64 bilion yang disebutkan dalam belanjawan
kali ini, saya menyambut baik, memang ada keperluan untuk kita memberikan subsidi
yang besar untuk memastikan bahawa rakyat kita tidak dibelenggu ataupun dibebani
dengan kos sara hidup yang sangat tinggi. Saya bersetuju dengan ada Ahli Yang
Berhormat lain yang menyebutkan bahawa perlu ada siasatan terhadap subsidi diesel
sebanyak RM10 bilion yang hilang pada tahun lepas.
Saya setuju kita kena cari punca, mana dan siapa yang bertanggungjawab dan
kita kena pastikan perkara yang sama tidak berulang. Kalau RM10 juta pun kita tidak boleh
lepaskan macam ini. Ini RM10 bilion, sesuatu yang sangat besar yang boleh menjejaskan
perancangan kerajaan itu sendiri.
| Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, untuk pengetahuan semua rakyat. Malaysia yang layak, permohonan untuk sumbangan tunai rahmah (STR) telah dibuka pada hari ini. Syabas dan tahniah kepada Kementerian Kewangan. Walaupun bajet belum diluluskan tetapi komitmen kerajaan untuk memberikan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia telah dimulakan pada hari ini. [Tepuk]. Jadi, saya mohon sesiapa yang layak, yang belum terima untuk permohonan baharu, boleh daftar. Sesiapa yang hendak kemas kini maklumat, lakukannya mulai hari ini sehingga 31 Mac. Jangan ada yang terlepas sebab kita hendak semua rakyat Malaysia yang layak diberikan pembelaan yang sewajarnya. Syabas juga kepada kerajaan kerana potongan cukai kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana sebanyak dua peratus iaitu untuk mereka ataupun syarikat kecil, keuntungan di bawah RM150,000, di mana penjimatan RM3,000 setahun. Saya percaya penjimatan ini akan membolehkan aliran tunai yang lebih banyak dalam pasaran. Begitu juga dengan golongan M40. Selama ini M40 selalu dikatakan bahawa tumpuan hanya diberikan kepada B40. Kali ini M40 juga mendapat saham ataupun limpahannya. Di mana mereka yang berpendapatan antara RM35,000 hingga RM100,000 akan mendapat potongan ataupun pengurangan pembayaran cukai sebanyak RM1,300 yang mana ikut unjurannya hampir RM1 bilion ataupun RM900 juta kurang kutipan untuk kerajaan. Akan tetapi tidak apa, yang penting adalah rakyat diutamakan di bawah Malaysia Madani. [Tepuk]. Saya juga menyambut baik langkah kerajaan melalui LHDN dan juga Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang memberikan pengampunan ke atas penalti 100 peratus kepada mereka yang mengaku secara sukarela. Jadi, kepada sesiapa yang tercicir, kurang melaporkan tax sebelum ini ambillah peluang ini untuk buat laporan, untuk buat pendaftaran semula supaya hasil ataupun cukai yang wajib dibayar kita bayar sebagai tanggungjawab rakyat Malaysia. Cuma saya hendak tanya kepada Kementerian Kewangan. Berapakah unjuran atau anggaran kutipan yang boleh diperoleh daripada langkah ini?. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu keterjaminan makanan ialah isu yang sangat mustahak. Bukan sahaja di Malaysia, di seluruh dunia. Jadi, langkah kerajaan yang memberikan komitmen tinggi terhadap keterjaminan makanan wajar dipuji dan wajar kita sama-sama membantu kerajaan memastikan rakyat kita sentiasa mempunyai makanan yang cukup tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang mungkin mengganggu gugat kestabilan dan keterjaminan makanan di negara kita. Saya mohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan selepas penjenamaan semula ini boleh mempunyai perencanaan ataupun perancangan jangka panjang untuk memastikan negara kita sentiasa mempunyai sumber makanan tempatan yang mencukupi ataupun mengurangkan kebergantungan kita kepada makanan yang diimport dari luar. Saya menyambut baik inisiatif untuk menyuburkan 800 ekar tanah terbiar untuk dijadikan tanah untuk penanaman makanan. Saya anggap ia sangat baik. Ia bukan setakat boleh memperbanyak makanan tempatan, ia juga dapat menjana ekonomi khasnya di kawasan luar bandar dan desa. Ia merupakan sesuatu yang patut diberikan pujian. Kita berharap, kita percaya ia akan membolehkan kebergantungan kepada makanan yang diimport agar berkurangan. Menyentuh berkenaan subsidi RM64 bilion yang disebutkan dalam belanjawan kali ini, saya menyambut baik, memang ada keperluan untuk kita memberikan subsidi yang besar untuk memastikan bahawa rakyat kita tidak dibelenggu ataupun dibebani dengan kos sara hidup yang sangat tinggi. Saya bersetuju dengan ada Ahli Yang Berhormat lain yang menyebutkan bahawa perlu ada siasatan terhadap subsidi diesel sebanyak RM10 bilion yang hilang pada tahun lepas. Saya setuju kita kena cari punca, mana dan siapa yang bertanggungjawab dan kita kena pastikan perkara yang sama tidak berulang. Kalau RM10 juta pun kita tidak boleh lepaskan macam ini. Ini RM10 bilion, sesuatu yang sangat besar yang boleh menjejaskan perancangan kerajaan itu sendiri. | 104 | 114 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 105
Saya juga sekali lagi menyeru kepada kerajaan, dengan adanya subsidi yang
besar ini teruskan memberikan subsidi untuk barang-barang keperluan asas. Saya ulangi
petang ini, termasuk menambah lagi kuota untuk minyak masak paket bersubsidi daripada
setiap bulan 60,000 tan metrik kepada tahap yang dapat menampung keperluan pasaran
runcit tempatan.
Begitu juga dengan telur, ayam dan sebagainya, subsidi wajar diberikan untuk
membolehkan pasaran tempatan sentiasa memberikan harga yang bersesuaian untuk
rakyat Malaysia. Sebab masalah keterjaminan makanan, masalah telur hari ini bukan
setakat berlaku di Malaysia. Kalau kita baca berita daripada portal antarabangsa, Jepun,
Taiwan, Amerika Syarikat, semuanya hadapi masalah yang sama. Jadi, bagi saya jangka
pendek kita import dari luar. Akan tetapi jangka panjang kita kena pastikan ada
perencanaan jangka panjang supaya 100 peratus kita bergantung kepada telur yang
dihasilkan oleh ternakan tempatan sahaja.
■1850
Isu seterusnya yang saya hendak sebut adalah berkenaan dengan
ketersambungan digital sebanyak RM725 juta diberikan untuk mempercepatkan
pelaksanaan projek JENDELA. Saya menyambut baik. Keperluan 5G itu amat mustahak.
Kalau setakat kita sebut di sini berbahas sahaja tidak guna. Faktanya, daripada segi
hakikatnya, kita perlukannya. Bukan sahaja di luar bandar.
Saya hendak sebut, Tuan Yang di-Pertua, kawasan Rasah ini yang biasa orang
label sebagai bandar pun menghadapi masalah yang sama. Saya rasa semua kawasan
tidak kira utara atau selatan sehingga ke Sabah, Sarawak, semuanya hadapi masalah
yang sama. Jadi, satu pendekatan yang lebih agresif, lebih proaktif perlu dilakukan agar
liputan 5G ini dapat dilakukan dengan lebih sesuai.
Seterusnya, saya nampak di bawah Kementerian Kerja Raya sebanyak RM2.7
bilion diperuntukkan untuk menyelenggara atau menaik taraf jalan. Bagus. Cuma masalah
dia, dia kurang daripada RM5.2 bilion untuk MARRIS, jalan negeri. Masalahnya di Negeri
Sembilan terutama di kawasan saya, selalunya di jalan persekutuan masalah besar.
Kualiti dia tidak bagus. Jalan negeri, okey. Itu yang masalahnya. Jadi, saya mohon ada
peruntukan yang lebih besar untuk kementerian ini supaya jalan-jalan persekutuan di
bawah tanggungjawab JKR diberikan penyelenggaraan yang lebih baik.
Saya juga mengambil kesempatan pada petang ini untuk merujuk dua perkara
kepada kementerian. Terima kasih kepada Menteri yang hadir, satu-satunya Menteri yang
hadir pada ketika ini. Iaitu dari Jalan Labu supaya mohon naik taraf. Lama tidak naik taraf
Jalan Labu terutama dari Tol Seremban, Tol Bandar Ainsdale ke Jalan Lingkaran Tengah
iaitu FT362 supaya dinaik taraf termasuk adakah kemungkinan membina flyover dari plaza
tol tersebut sambung terus ke Jalan Lingkaran Tengah?
Menyentuh Jalan Lingkaran Tengah ini, Tuan Yang di-Pertua, saya harap pihak
Kerajaan Persekutuan dapat meneruskan fasa seterusnya. Kalau Jalan Lingkaran
Tengah, maknanya satu lilitan. Sekarang dia hanya siap separuh sahaja. Jadi, saya
hendak tanya Menteri ya, kementerian, bila fasa seterusnya? Sebab, setakat ini yang siap
hanya Fasa 3B Bahagian 1 sahaja.
Seterusnya. Ini berkenaan dengan penjimatan RM2 bilion yang disebutkan dalam
teks Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada jumlah RM15 bilion untuk
Rancangan Tebatan Banjir. Saya menyambut baik usaha untuk e-tender semua projek
tersebut untuk penjimatan RM2 bilion yang bagi saya agak banyak, agak sangat besar
yang boleh memanfaatkan rakyat daripada segi lain.
Cuma saya hendak tanya, di kawasan saya, Rancangan Pembangunan
Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5 yang asalnya terlibat dalam projek
ini yang menelan belanja sebanyak RM250 juta, bila agaknya akan dimulakan kerja? Ini
sangat mustahak. Kita tak nak banjir sebab hari ini pun kita dengar rakan-rakan Ahli
Parlimen kita dari Johor, ramai yang balik ke kawasan untuk tinjau keadaan musibah yang
melanda rakyat kita. Jadi, saya hendak tanya, bilakah ini akan dapat dilaksanakan?
| Saya juga sekali lagi menyeru kepada kerajaan, dengan adanya subsidi yang. besar ini teruskan memberikan subsidi untuk barang-barang keperluan asas. Saya ulangi petang ini, termasuk menambah lagi kuota untuk minyak masak paket bersubsidi daripada setiap bulan 60,000 tan metrik kepada tahap yang dapat menampung keperluan pasaran runcit tempatan. Begitu juga dengan telur, ayam dan sebagainya, subsidi wajar diberikan untuk membolehkan pasaran tempatan sentiasa memberikan harga yang bersesuaian untuk rakyat Malaysia. Sebab masalah keterjaminan makanan, masalah telur hari ini bukan setakat berlaku di Malaysia. Kalau kita baca berita daripada portal antarabangsa, Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat, semuanya hadapi masalah yang sama. Jadi, bagi saya jangka pendek kita import dari luar. Akan tetapi jangka panjang kita kena pastikan ada perencanaan jangka panjang supaya 100 peratus kita bergantung kepada telur yang dihasilkan oleh ternakan tempatan sahaja. #1850. Isu seterusnya yang saya hendak sebut adalah berkenaan dengan ketersambungan digital sebanyak RM725 juta diberikan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek JENDELA. Saya menyambut baik. Keperluan 5G itu amat mustahak. Kalau setakat kita sebut di sini berbahas sahaja tidak guna. Faktanya, daripada segi hakikatnya, kita perlukannya. Bukan sahaja di luar bandar. Saya hendak sebut, Tuan Yang di-Pertua, kawasan Rasah ini yang biasa orang label sebagai bandar pun menghadapi masalah yang sama. Saya rasa semua kawasan tidak kira utara atau selatan sehingga ke Sabah, Sarawak, semuanya hadapi masalah yang sama. Jadi, satu pendekatan yang lebih agresif, lebih proaktif perlu dilakukan agar liputan 5G ini dapat dilakukan dengan lebih sesuai. Seterusnya, saya nampak di bawah Kementerian Kerja Raya sebanyak RM2.7 bilion diperuntukkan untuk menyelenggara atau menaik taraf jalan. Bagus. Cuma masalah dia, dia kurang daripada RM5.2 bilion untuk MARRIS, jalan negeri. Masalahnya di Negeri Sembilan terutama di kawasan saya, selalunya di jalan persekutuan masalah besar. Kualiti dia tidak bagus. Jalan negeri, okey. Itu yang masalahnya. Jadi, saya mohon ada peruntukan yang lebih besar untuk kementerian ini supaya jalan-jalan persekutuan di bawah tanggungjawab JKR diberikan penyelenggaraan yang lebih baik. Saya juga mengambil kesempatan pada petang ini untuk merujuk dua perkara kepada kementerian. Terima kasih kepada Menteri yang hadir, satu-satunya Menteri yang hadir pada ketika ini. Iaitu dari Jalan Labu supaya mohon naik taraf. Lama tidak naik taraf Jalan Labu terutama dari Tol Seremban, Tol Bandar Ainsdale ke Jalan Lingkaran Tengah iaitu FT362 supaya dinaik taraf termasuk adakah kemungkinan membina flyover dari plaza tol tersebut sambung terus ke Jalan Lingkaran Tengah?. Menyentuh Jalan Lingkaran Tengah ini, Tuan Yang di-Pertua, saya harap pihak Kerajaan Persekutuan dapat meneruskan fasa seterusnya. Kalau Jalan Lingkaran Tengah, maknanya satu lilitan. Sekarang dia hanya siap separuh sahaja. Jadi, saya hendak tanya Menteri ya, kementerian, bila fasa seterusnya? Sebab, setakat ini yang siap hanya Fasa 3B Bahagian 1 sahaja. Seterusnya. Ini berkenaan dengan penjimatan RM2 bilion yang disebutkan dalam teks Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada jumlah RM15 bilion untuk Rancangan Tebatan Banjir. Saya menyambut baik usaha untuk e-tender semua projek tersebut untuk penjimatan RM2 bilion yang bagi saya agak banyak, agak sangat besar yang boleh memanfaatkan rakyat daripada segi lain. Cuma saya hendak tanya, di kawasan saya, Rancangan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5 yang asalnya terlibat dalam projek ini yang menelan belanja sebanyak RM250 juta, bila agaknya akan dimulakan kerja? Ini sangat mustahak. Kita tak nak banjir sebab hari ini pun kita dengar rakan-rakan Ahli Parlimen kita dari Johor, ramai yang balik ke kawasan untuk tinjau keadaan musibah yang melanda rakyat kita. Jadi, saya hendak tanya, bilakah ini akan dapat dilaksanakan?. | 105 | 115 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
106 DR.01.03.2023
Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir sebelum saya menamatkan ucapan saya,
berkenaan dengan kementerian terakhir, Kementerian Pendidikan Malaysia yang seperti
biasa mendapat peruntukan paling banyak. Saya hendak tanya, daripada RM560 juta
untuk pembinaan sekolah baharu, disebut tujuh buah sekolah. Okey, tidak tersenarai
sekolah di kawasan saya. Akan tetapi pada tahun 2019, pernah disebutkan ada sekolah
yang akan dinamakan SK dan SMK S2 High akan dibina di bawah RMKe-12. Saya hendak
tanya, apakah progress atau status terkini pembinaan tersebut?
Saya juga berharap Menteri Pendidikan atau Kementerian Pendidikan di bawah
Menteri baharu supaya mengkaji pada tahun persekolahan— mungkin tidak tahun
hadapan, mungkin pada tahun 2025, kita boleh memulakan awal sesi persekolahan
kembali kepada bulan Januari. Ini sebab saya rasa itu adalah permintaan majoriti besar
warga pendidik, murid-murid, pelajar dan juga ibu bapa. Ini sebab dulu kita ada masalah
pandemik, kita terpaksa tunda pembukaan sesi baharu pada bulan Mac. Saya mohon
supaya kementerian boleh melakukannya agar ia dapat kembali untuk menyesuaikan
kepada jadual asal.
Saya juga ucapkan syabas dan terima kasih kepada Menteri baharu yang telah
melancarkan tujuh langkah segera untuk mengurangkan beban kerja guru melalui
pekeliling yang telah dikeluarkan pada 17 Februari yang lalu. Saya harap tambah baik
sedemikian dapat diteruskan untuk mengurangkan beban kerja guru kita. Ini sebab fokus
kena pada kerja-kerja untuk mendidik anak-anak kita. Jadi, kerja-kerja yang
bersampingan yang bukan merupakan tugas hakiki patut dikurangkan. Saya rasa kita
kena berlaku adil kepada golongan pendidik kita yang telah banyak menyumbang jasa
dan bakti dalam bidang pendidikan negara ini.
Jadi, sekian sahaja ucapan saya pada petang ini. Terima kasih kepada Tuan Yang
di-Pertua atas sedikit masa tambahan yang diberikan. Saya menyokong Belanjawan
Malaysia Madani 2023. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Terima kasih Yang
Berhormat Rasah. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Pekan.
6.56 ptg.
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan]: Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan. Terima kasih kepada
Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk
membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan yang mulia ini.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri merangkap Menteri Kewangan daripada Tambun yang telah berjaya
membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan, “Membangun Malaysia Madani”
membabitkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion, sekali gus mencatatkan perbelanjaan
bajet terbesar yang pernah dibentangkan oleh Kerajaan Malaysia.
Kekukuhan dan kemapanan ekonomi sesebuah negara dinilai daripada pelbagai
aspek. Antaranya, sejauh mana kekukuhan kedudukan aliran tunai kerajaan, kekuatan
rizab, daya tahan ekonomi, dengan izin, economy resilience, sistem percukaian,
kestabilan nilai mata wang dan bagaimana kerajaan membelanjakan hasil negara
tersebut. Agenda untuk memperkasakan ekonomi negara adalah suatu pengurusan yang
kompleks. Memperincikan Belanjawan 2023 yang memperuntukkan RM388.1 bilion iaitu
sebanyak RM289.1 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala baki
RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui belanjawan ini adalah merupakan satu
belanjawan defisit. Akan tetapi, apa yang kita hendak tekankan di sini ialah kerajaan cuba
hendak mendapatkan peruntukan hasil yang baharu. Oleh sebab itu, dalam
pembentangan itu, kerajaan ingin melaksanakan cukai barangan mewah yang boleh
disifatkan sebagai satu inisiatif yang bagus oleh kerajaan kerana mampu membantu
meningkatkan hasil negara tanpa memberi kesan terhadap rakyat kebanyakan atau rakyat
marhaen.
| Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir sebelum saya menamatkan ucapan saya, berkenaan dengan kementerian terakhir, Kementerian Pendidikan Malaysia yang seperti biasa mendapat peruntukan paling banyak. Saya hendak tanya, daripada RM560 juta untuk pembinaan sekolah baharu, disebut tujuh buah sekolah. Okey, tidak tersenarai sekolah di kawasan saya. Akan tetapi pada tahun 2019, pernah disebutkan ada sekolah yang akan dinamakan SK dan SMK S2 High akan dibina di bawah RMKe-12. Saya hendak tanya, apakah progress atau status terkini pembinaan tersebut? Saya juga berharap Menteri Pendidikan atau Kementerian Pendidikan di bawah Menteri baharu supaya mengkaji pada tahun persekolahan-- mungkin tidak tahun hadapan, mungkin pada tahun 2025, kita boleh memulakan awal sesi persekolahan kembali kepada bulan Januari. Ini sebab saya rasa itu adalah permintaan majoriti besar warga pendidik, murid-murid, pelajar dan juga ibu bapa. Ini sebab dulu kita ada masalah pandemik, kita terpaksa tunda pembukaan sesi baharu pada bulan Mac. Saya mohon supaya kementerian boleh melakukannya agar ia dapat kembali untuk menyesuaikan kepada jadual asal. Saya juga ucapkan syabas dan terima kasih kepada Menteri baharu yang telah melancarkan tujuh langkah segera untuk mengurangkan beban kerja guru melalui pekeliling yang telah dikeluarkan pada 17 Februari yang lalu. Saya harap tambah baik sedemikian dapat diteruskan untuk mengurangkan beban kerja guru kita. Ini sebab fokus kena pada kerja-kerja untuk mendidik anak-anak kita. Jadi, kerja-kerja yang bersampingan yang bukan merupakan tugas hakiki patut dikurangkan. Saya rasa kita kena berlaku adil kepada golongan pendidik kita yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti dalam bidang pendidikan negara ini. Jadi, sekian sahaja ucapan saya pada petang ini. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas sedikit masa tambahan yang diberikan. Saya menyokong Belanjawan Malaysia Madani 2023. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Pekan. 6.56 ptg. Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan daripada Tambun yang telah berjaya membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan, "Membangun Malaysia Madani" membabitkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion, sekali gus mencatatkan perbelanjaan bajet terbesar yang pernah dibentangkan oleh Kerajaan Malaysia. Kekukuhan dan kemapanan ekonomi sesebuah negara dinilai daripada pelbagai aspek. Antaranya, sejauh mana kekukuhan kedudukan aliran tunai kerajaan, kekuatan rizab, daya tahan ekonomi, dengan izin, economy resilience, sistem percukaian, kestabilan nilai mata wang dan bagaimana kerajaan membelanjakan hasil negara tersebut. Agenda untuk memperkasakan ekonomi negara adalah suatu pengurusan yang kompleks. Memperincikan Belanjawan 2023 yang memperuntukkan RM388.1 bilion iaitu sebanyak RM289.1 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala baki RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui belanjawan ini adalah merupakan satu belanjawan defisit. Akan tetapi, apa yang kita hendak tekankan di sini ialah kerajaan cuba hendak mendapatkan peruntukan hasil yang baharu. Oleh sebab itu, dalam pembentangan itu, kerajaan ingin melaksanakan cukai barangan mewah yang boleh disifatkan sebagai satu inisiatif yang bagus oleh kerajaan kerana mampu membantu meningkatkan hasil negara tanpa memberi kesan terhadap rakyat kebanyakan atau rakyat marhaen. | 106 | 116 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 107
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
mesyuarat]
Namun begitu, kerajaan juga harus berjaga-jaga dan mempertimbangkan
berbagai-bagai kemungkinan yang boleh berlaku menerusi pelaksanaan itu. Antaranya,
kadar cukai mestilah tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan Malaysia hilang status
sebagai syurga membeli belah. Saya memohon agar pihak kerajaan dapat
menyenaraikan barangan mewah termasuk kategorinya sekali untuk kita hayati.
Keduanya, pelaksanaan cukai ini juga seharusnya tidak menyebabkan impak
negatif kepada pelancong yang ingin berbelanja terutamanya ketika kerajaan mahu
menjadikan tahun 2025 sebagai Tahun Melawat Malaysia.
Ketiganya, kerajaan juga perlu mengambil kira iaitu kesan daripada lambakan
atau peningkatan pengeluaran barangan palsu yang akan membanjiri pasaran
disebabkan harga barangan asli yang dikenakan terlalu mahal disebabkan cukai tersebut.
■1900
Tuan Yang di-Pertua, subsidi adalah satu kaedah bagi mengurangkan kos sara
hidup rakyat. Mengikut data oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pada tahun 2022
sahaja, subsidi bersasar bagi produk seperti petrol, diesel dan gas adalah berjumlah
RM50.8 bilion. Manakala jumlah keseluruhan subsidi bagi tahun 2022 adalah sebanyak
RM66.3 bilion yang turut meliputi subsidi bersasar lain seperti minyak masak dan
keperluan asas.
Ketirisan subsidi perlu dikekang dan ditangani bagi memastikan subsidi yang
ditawarkan oleh kerajaan benar-benar sampai kepada golongan yang disasarkan.
Tindakan pengawasan sempadan dengan lebih berkesan juga amat diperlukan bagi
mengekang ketirisan hasil dan subsidi angkara sindiket penyeludupan terutamanya
melibatkan hasil seperti diesel, petrol, minyak masak dan lain-lain.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu muncul dengan inisiatif dan tindakan yang
lebih agresif, apakah penyelesaian yang terbaik dalam memastikan pengagihan subsidi
bersasar dapat diagihkan secara adil dan pihak yang terlibat dengan ketirisan subsidi juga
diambil tindakan yang sewajarnya.
Keduanya, saya ingin menyentuh tentang agenda membasmi kemiskinan adalah
merupakan agenda penting terutamanya terhadap golongan miskin dan miskin tegar di
Malaysia. Menerusi data terbaharu yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, merangkap Menteri Kewangan semasa pembentangan bajet yang lepas, bahawa
jumlah miskin tegar adalah sebanyak 130,000 isi rumah.
Bajet kali ini juga menyaksikan janji kerajaan dan iltizam untuk menumpukan
kepada membasmi kemiskinan dan miskin tegar di negara kita. Mohon mengetahui
berapakah pecahan peruntukan kepada agensi-agensi pelaksana yang terlibat dalam
program ini? Isunya sekarang ialah kelulusan belanjawan ini mengambil tempoh yang
lebih panjang daripada biasa.
Oleh sebab itu adalah diharapkan untuk mempercepatkan proses pelaksanaan
projek-projek seharusnya dan sewajarnya dilakukan dengan segera agar waran-waran
peruntukan kepada agensi pelaksana yang terlibat dapat disegerakan bagi memastikan
pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan cekap. Oleh itu mohon dicadangkan
agar Pekeliling Kaedah Pelaksanaan/Projek Kerajaan yang dikeluarkan oleh
Perbendaharaan Malaysia mestilah diteliti semula bagi melancarkan pelaksanaan projek
ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa dua perkara dari kawasan saya. Yang
pertama ialah sebagaimana kita sedia maklum bahawa Pekan adalah merupakan salah
satu kawasan jelapang padi negara ini yang berada di bawah Kawasan Pembangunan
Pertanian Bersepadu (IADA). Keluasan jelapang padi di Pekan dianggarkan 7,211 hektar.
| [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan mesyuarat]. Namun begitu, kerajaan juga harus berjaga-jaga dan mempertimbangkan berbagai-bagai kemungkinan yang boleh berlaku menerusi pelaksanaan itu. Antaranya, kadar cukai mestilah tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan Malaysia hilang status sebagai syurga membeli belah. Saya memohon agar pihak kerajaan dapat menyenaraikan barangan mewah termasuk kategorinya sekali untuk kita hayati. Keduanya, pelaksanaan cukai ini juga seharusnya tidak menyebabkan impak negatif kepada pelancong yang ingin berbelanja terutamanya ketika kerajaan mahu menjadikan tahun 2025 sebagai Tahun Melawat Malaysia. Ketiganya, kerajaan juga perlu mengambil kira iaitu kesan daripada lambakan atau peningkatan pengeluaran barangan palsu yang akan membanjiri pasaran disebabkan harga barangan asli yang dikenakan terlalu mahal disebabkan cukai tersebut. #1900 Tuan Yang di-Pertua, subsidi adalah satu kaedah bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat. Mengikut data oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pada tahun 2022 sahaja, subsidi bersasar bagi produk seperti petrol, diesel dan gas adalah berjumlah RM50.8 bilion. Manakala jumlah keseluruhan subsidi bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM66.3 bilion yang turut meliputi subsidi bersasar lain seperti minyak masak dan keperluan asas. Ketirisan subsidi perlu dikekang dan ditangani bagi memastikan subsidi yang ditawarkan oleh kerajaan benar-benar sampai kepada golongan yang disasarkan. Tindakan pengawasan sempadan dengan lebih berkesan juga amat diperlukan bagi mengekang ketirisan hasil dan subsidi angkara sindiket penyeludupan terutamanya melibatkan hasil seperti diesel, petrol, minyak masak dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu muncul dengan inisiatif dan tindakan yang lebih agresif, apakah penyelesaian yang terbaik dalam memastikan pengagihan subsidi bersasar dapat diagihkan secara adil dan pihak yang terlibat dengan ketirisan subsidi juga diambil tindakan yang sewajarnya. Keduanya, saya ingin menyentuh tentang agenda membasmi kemiskinan adalah merupakan agenda penting terutamanya terhadap golongan miskin dan miskin tegar di Malaysia. Menerusi data terbaharu yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan semasa pembentangan bajet yang lepas, bahawa jumlah miskin tegar adalah sebanyak 130,000 isi rumah. Bajet kali ini juga menyaksikan janji kerajaan dan iltizam untuk menumpukan kepada membasmi kemiskinan dan miskin tegar di negara kita. Mohon mengetahui berapakah pecahan peruntukan kepada agensi-agensi pelaksana yang terlibat dalam program ini? Isunya sekarang ialah kelulusan belanjawan ini mengambil tempoh yang lebih panjang daripada biasa. Oleh sebab itu adalah diharapkan untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek-projek seharusnya dan sewajarnya dilakukan dengan segera agar waran-waran peruntukan kepada agensi pelaksana yang terlibat dapat disegerakan bagi memastikan pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan cekap. Oleh itu mohon dicadangkan agar Pekeliling Kaedah Pelaksanaan/Projek Kerajaan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia mestilah diteliti semula bagi melancarkan pelaksanaan projek ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa dua perkara dari kawasan saya. Yang pertama ialah sebagaimana kita sedia maklum bahawa Pekan adalah merupakan salah satu kawasan jelapang padi negara ini yang berada di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA). Keluasan jelapang padi di Pekan dianggarkan 7,211 hektar. | 107 | 117 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
108 DR.01.03.2023
Daripada keluasan tersebut, sebanyak 1,127 hektar melibatkan 708 pesawah yang
terletak di Skim Paya Pahang Tua.
Masalahnya ialah Skim Paya Pahang Tua ini bergantung pada rumah pam yang
terletak di Kampung Langgar. Masalahnya ialah rumah pam ini ada empat pam elektrik
berkuasa tinggi. Malangnya dua daripadanya telah musnah atau rosak. Tinggal dua lagi
pam yang mampu beroperasi tetapi pam ini juga memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki
sedangkan keperluan air amat penting semasa padi ditanam dan 14 hari sebelum padi
dituai.
Bayangkanlah bahawa pam ini dibeli pada 2012. Sekarang sudah berusia 11
tahun dan tidak mampu lagi menjalankan tugas dan operasinya dengan baik. Oleh itu,
saya mohon agar pihak kerajaan menerusi Jabatan Perairan dan Saliran diberikan
peruntukan khusus untuk membeli pam ini demi memastikan bahawa sumber pendapatan
petani tidak terjejas.
Yang keduanya adalah tentang Jambatan Sultan Abu Bakar yang terdapat di
Pekan yang menyeberangi antara Seberang, Pekan dan ke Bandar Pekan. Inilah satu-
satunya jambatan penghubung di antara Bandar Pekan dan Seberang Pekan. Jambatan
ini telah dibina pada tahun 1968 dan siap sepenuhnya pada 1970. Panjangnya lebih
kurang 600 meter dengan kos RM2.5 juta ketika itu, dilaksanakan atau dibina oleh Jabatan
Kerja Raya melalui reka bentuk dengan izin, box girder bridge.
Pembinaan jambatan baharu bersebelahan pula telah siap pada 2005 dan
membolehkan laluan menjadi dua hala iaitu laluan dua lorong kanan dan dua lorong kiri.
Bayangkanlah di sungai ini lebih kurang 300 meter daripada jambatan itu terdapat lima
buah pulau jadian bersaiz antara 50 meter sehingga 100 meter yang bergerak ke arah
jambatan. Jambatan ini sudah berusia 53 tahun. Boleh bayangkanlah jika pulau ini
bergerak dan merempuh jambatan ini, kemungkinan besar jambatan utama ini akan
roboh.
Mengikut teori fizik, apabila berlaku tekanan langsung daripada rempuhan pulau
jadian itu, rasuk jambatan boleh patah dan mengakibatkan jambatan runtuh. Bertambah
malang lagi, di situ ada lagi satu jambatan yang baharu dan ada lagi satu laluan paip
bersaiz 1,000 mm yang menyebabkan yang menyeberangi sungai tersebut. Seandainya
jambatan ini runtuh, pada hemat saya, kesemuanya akan musnah dan oleh sebab itu saya
mencadangkan agar peruntukan kecemasan haruslah diusulkan sama ada melalui
Jabatan Kerja Raya ataupun Jabatan Pengairan dan Saliran.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung.
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan]: Ya. Akhir kata saya
mengharapkan pelaksanaan Bajet 2023 ini dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama
serta memperkasakan semula ekonomi negara bagi memastikan pentadbiran negara
dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi impak yang positif dan terbaik kepada
rakyat. Sebelum mengakhiri, saya ada serangkap pantun.
Semasa berbahas perlu berhemah,
Bertata susila perlu di dukung,
Hujah dan pandangan telah di curah,
Pekan mohon menyokong.
Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih Yang
Berhormat Pekan, saya jemput Yang Berhormat Segamat.
7.08 mlm.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya memulakan ucapan saya, saya ingin menzahirkan salam takziah kepada
keluarga mendiang Sarathkumar, terkorban dalam bencana banjir di Johor. Ini adalah kes
pertama kematian yang berlaku akibat bencana.
| Daripada keluasan tersebut, sebanyak 1,127 hektar melibatkan 708 pesawah yang terletak di Skim Paya Pahang Tua. Masalahnya ialah Skim Paya Pahang Tua ini bergantung pada rumah pam yang terletak di Kampung Langgar. Masalahnya ialah rumah pam ini ada empat pam elektrik berkuasa tinggi. Malangnya dua daripadanya telah musnah atau rosak. Tinggal dua lagi pam yang mampu beroperasi tetapi pam ini juga memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki sedangkan keperluan air amat penting semasa padi ditanam dan 14 hari sebelum padi dituai. Bayangkanlah bahawa pam ini dibeli pada 2012. Sekarang sudah berusia 11 tahun dan tidak mampu lagi menjalankan tugas dan operasinya dengan baik. Oleh itu, saya mohon agar pihak kerajaan menerusi Jabatan Perairan dan Saliran diberikan peruntukan khusus untuk membeli pam ini demi memastikan bahawa sumber pendapatan petani tidak terjejas. Yang keduanya adalah tentang Jambatan Sultan Abu Bakar yang terdapat di Pekan yang menyeberangi antara Seberang, Pekan dan ke Bandar Pekan. Inilah satu- satunya jambatan penghubung di antara Bandar Pekan dan Seberang Pekan. Jambatan ini telah dibina pada tahun 1968 dan siap sepenuhnya pada 1970. Panjangnya lebih kurang 600 meter dengan kos RM2.5 juta ketika itu, dilaksanakan atau dibina oleh Jabatan Kerja Raya melalui reka bentuk dengan izin, box girder bridge. Pembinaan jambatan baharu bersebelahan pula telah siap pada 2005 dan membolehkan laluan menjadi dua hala iaitu laluan dua lorong kanan dan dua lorong kiri. Bayangkanlah di sungai ini lebih kurang 300 meter daripada jambatan itu terdapat lima buah pulau jadian bersaiz antara 50 meter sehingga 100 meter yang bergerak ke arah jambatan. Jambatan ini sudah berusia 53 tahun. Boleh bayangkanlah jika pulau ini bergerak dan merempuh jambatan ini, kemungkinan besar jambatan utama ini akan roboh. Mengikut teori fizik, apabila berlaku tekanan langsung daripada rempuhan pulau jadian itu, rasuk jambatan boleh patah dan mengakibatkan jambatan runtuh. Bertambah malang lagi, di situ ada lagi satu jambatan yang baharu dan ada lagi satu laluan paip bersaiz 1,000 mm yang menyebabkan yang menyeberangi sungai tersebut. Seandainya jambatan ini runtuh, pada hemat saya, kesemuanya akan musnah dan oleh sebab itu saya mencadangkan agar peruntukan kecemasan haruslah diusulkan sama ada melalui Jabatan Kerja Raya ataupun Jabatan Pengairan dan Saliran. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung. Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan]: Ya. Akhir kata saya mengharapkan pelaksanaan Bajet 2023 ini dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama serta memperkasakan semula ekonomi negara bagi memastikan pentadbiran negara dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi impak yang positif dan terbaik kepada rakyat. Sebelum mengakhiri, saya ada serangkap pantun. Semasa berbahas perlu berhemah, Bertata susila perlu di dukung, Hujah dan pandangan telah di curah, Pekan mohon menyokong. Sekian, terima kasih. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih Yang Berhormat Pekan, saya jemput Yang Berhormat Segamat. 7.08 mlm. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya memulakan ucapan saya, saya ingin menzahirkan salam takziah kepada keluarga mendiang Sarathkumar, terkorban dalam bencana banjir di Johor. Ini adalah kes pertama kematian yang berlaku akibat bencana. | 108 | 118 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 109
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua, atas peluang
yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang
Perbekalan 2023 ini. Tuan Yang di-Pertua,
Ekonomi mampan menjana pulangan,
Rakyat sejahtera menuai masa hadapan,
Kesihatan mental juga kita abaikan,
Produktiviti pekerja tunjang pembangunan.
Sebagai inti pati pertama ucapan berbahasan saya, saya ingin mengutarakan
perihal kesihatan mental yang sangat berkait dengan Kementerian Kesihatan. Sejak
Perintah Kawalan PKP dilaksanakan, perihal kita sering mendengar di laman sosial dan
di forum-forum bahawa betapa pentingnya isu kesihatan mental.
■1910
Siapa pun kita, wakil rakyat, pengurus bank, mahupun pengarah filem kita tidak
boleh lari daripada tekanan lebih-lebih lagi dalam alam pekerjaan. Tekanan akibat beban
tugas serta persekitaran tempat kerja yang negatif boleh menyumbang kepada masalah
depresi yang sudah sinonim dengan semua yang bergelar pencari nafkah.
Angka statistik yang menggambarkan senario sebenar masalah gangguan mental
di peringkat global amat menggusarkan. Berdasarkan laporan kesihatan mental yang
diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jun tahun lalu, jumlah
penduduk dunia yang mengalami masalah tekanan mental telah mencecah hampir satu
bilion orang pada tahun 2019. WHO juga mendapati bahawa jumlah tersebut kira-kira 15
peratus daripada golongan dewasa yang bekerja mengalami masalah gangguan mental.
Amat mengerikan.
Sekurang-kurangnya satu daripada setiap 100 kematian yang berlaku pada tahun
tersebut berpunca akibat perbuatan bunuh diri. Nisbah kematian akibat bunuh diri tersebut
menggambarkan kepada kita bahawa masalah kesihatan mental bukanlah fenomena
yang baru muncul selepas daripada global lockdown ketika pandemik COVID-19.
Sebelum PKP lagi kita sudah dibisikkan dengan pelbagai kisah berkenaan
dengan gangguan emosi dan mental berpunca daripada tekanan hidup. Rentetan
daripada perangkaan WHO tersebut, apa yang boleh saya katakan adalah kesedaran
sejagat terhadap penjagaan kesihatan mental masih lagi tidak diberikan perhatian serius.
Perkara tersebut turut diakui oleh Pengarah Kesihatan Mental WHO Dévora Kestel dalam
ucapan ketika Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) di Geneva pada pertengahan tahun
lalu.
Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus turut menggariskan
saranan agar pembangunan kesihatan mental dapat diberikan tumpuan oleh negara-
negara dunia. Seperti diungkapkan dalam ucapan Dr. Tedros dengan izin Tuan Yang di-
Pertua, “Investment into mental health is an investment into better life and a future for all”.
Ungkapan tersebut wajar dijadikan sandaran teguh oleh Kerajaan Perpaduan hari ini bagi
menjayakan agenda kesihatan mental negara.
Belanjawan Malaysia Madani yang kita dukung bersama ini seharusnya
menumpukan soal kemaslahatan rakyat yang meliputi aspek kesihatan mental. Menyahut
saranan Ketua Pengarah WHO tersebut, saya dengan ini menyeru agar Kerajaan
Perpaduan dapat melaksanakan satu agenda nasional jangka panjang yang boleh
meningkatkan kepekaan dan keprihatinan golongan pekerja termasuk majikan dan hal
ehwal penjagaan kesihatan mental.
Agenda yang boleh saya namakan adalah Agenda Sejahtera Mental Nasional
harus dijayakan menerusi komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh Kementerian
Sumber Manusia Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipimpin oleh
Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Sekijang. Mandat yang dipikul oleh
kedua-dua kementerian tersebut harus diterjemahkan kepada usaha kolaboratif ke arah
mewujudkan sektor kerja prihatin dan peka terhadap kepentingan kesihatan mental.
| Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 ini. Tuan Yang di-Pertua, Ekonomi mampan menjana pulangan, Rakyat sejahtera menuai masa hadapan, Kesihatan mental juga kita abaikan, Produktiviti pekerja tunjang pembangunan. Sebagai inti pati pertama ucapan berbahasan saya, saya ingin mengutarakan perihal kesihatan mental yang sangat berkait dengan Kementerian Kesihatan. Sejak Perintah Kawalan PKP dilaksanakan, perihal kita sering mendengar di laman sosial dan di forum-forum bahawa betapa pentingnya isu kesihatan mental. #1910 Siapa pun kita, wakil rakyat, pengurus bank, mahupun pengarah filem kita tidak boleh lari daripada tekanan lebih-lebih lagi dalam alam pekerjaan. Tekanan akibat beban tugas serta persekitaran tempat kerja yang negatif boleh menyumbang kepada masalah depresi yang sudah sinonim dengan semua yang bergelar pencari nafkah. Angka statistik yang menggambarkan senario sebenar masalah gangguan mental di peringkat global amat menggusarkan. Berdasarkan laporan kesihatan mental yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jun tahun lalu, jumlah penduduk dunia yang mengalami masalah tekanan mental telah mencecah hampir satu bilion orang pada tahun 2019. WHO juga mendapati bahawa jumlah tersebut kira-kira 15 peratus daripada golongan dewasa yang bekerja mengalami masalah gangguan mental. Amat mengerikan. Sekurang-kurangnya satu daripada setiap 100 kematian yang berlaku pada tahun tersebut berpunca akibat perbuatan bunuh diri. Nisbah kematian akibat bunuh diri tersebut menggambarkan kepada kita bahawa masalah kesihatan mental bukanlah fenomena yang baru muncul selepas daripada global lockdown ketika pandemik COVID-19. Sebelum PKP lagi kita sudah dibisikkan dengan pelbagai kisah berkenaan dengan gangguan emosi dan mental berpunca daripada tekanan hidup. Rentetan daripada perangkaan WHO tersebut, apa yang boleh saya katakan adalah kesedaran sejagat terhadap penjagaan kesihatan mental masih lagi tidak diberikan perhatian serius. Perkara tersebut turut diakui oleh Pengarah Kesihatan Mental WHO Devora Kestel dalam ucapan ketika Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) di Geneva pada pertengahan tahun lalu. Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus turut menggariskan saranan agar pembangunan kesihatan mental dapat diberikan tumpuan oleh negara- negara dunia. Seperti diungkapkan dalam ucapan Dr. Tedros dengan izin Tuan Yang di- Pertua, "Investment into mental health is an investment into better life and a future for all". Ungkapan tersebut wajar dijadikan sandaran teguh oleh Kerajaan Perpaduan hari ini bagi menjayakan agenda kesihatan mental negara. Belanjawan Malaysia Madani yang kita dukung bersama ini seharusnya menumpukan soal kemaslahatan rakyat yang meliputi aspek kesihatan mental. Menyahut saranan Ketua Pengarah WHO tersebut, saya dengan ini menyeru agar Kerajaan Perpaduan dapat melaksanakan satu agenda nasional jangka panjang yang boleh meningkatkan kepekaan dan keprihatinan golongan pekerja termasuk majikan dan hal ehwal penjagaan kesihatan mental. Agenda yang boleh saya namakan adalah Agenda Sejahtera Mental Nasional harus dijayakan menerusi komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipimpin oleh Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Sekijang. Mandat yang dipikul oleh kedua-dua kementerian tersebut harus diterjemahkan kepada usaha kolaboratif ke arah mewujudkan sektor kerja prihatin dan peka terhadap kepentingan kesihatan mental. | 109 | 119 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
110 DR.01.03.2023
Sejajar dengan seruan tersebut saya minta agar Akta Kerja 1955 digubal dengan
menggariskan pematuhan-pematuhan baharu yang menjurus kepada penekanan aspek
kesihatan mental pekerjaan di tempat kerja. Selain menekankan soal
kebertanggungjawaban bagi menangani gangguan seksual di tempat kerja, Akta Kerja
1955 juga seharusnya menggariskan keutamaan majikan terhadap penjagaan kesihatan
mental pekerja digaji.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Madani
pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun agar dapat melaksanakan inisiatif pengecualian
cukai berfokus kepada golongan majikan swasta yang menggaji doktor psikiatri
profesional sebagai mental health advocate kepada syarikat mereka. Jika dilaksanakan,
pelaksanaan tax relief tersebut merupakan satu bentuk galakan terbaik daripada kerajaan
sebagai usaha nasional untuk meningkatkan akses kepada khidmat nasihat atau rujukan
psikiatri secara bersemuka bagi pekerja sektor swasta.
Menerusi khidmat penyediaan psikiatri tersebut, seseorang pekerja boleh merujuk
atau mengadu berkenaan masalah kesihatan mental yang dialami kepada doktor psikiatri
secara empat mata. Di samping itu, doktor psikiatri profesional juga yang dilantik oleh
sesebuah syarikat swasta juga boleh membuat rekomendasi atau saranan khusus kepada
ketua jabatan atau pengurus besar berkenaan dengan tindakan lanjutan yang boleh
dilakukan terhadap pekerja terbabit. Sebagai contoh, jika Halimah seorang pekerja, bukan
nama sebenar, disyaki atau didiagnosis mengalami depression, maka doktor psikiatri
boleh mengemukakan cadangan kepada Ketua Jabatan pekerja tersebut agar dia
diberikan cuti rehat untuk tempoh tertentu.
Bagi memastikan perwujudan perkhidmatan psikiatri tersebut dilaksanakan
dengan penuh profesional, etika kerahsiaan antara doktor psikiatri dengan pekerja juga
perlu dititikberatkan. Aspek kerahsiaan serta privasi perlu menjadi keutamaan serta
pematuhan penting yang harus dipantau secara bersama oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Selain meningkatkan akses pekerjaan kepada penggiat profesional dalam bidang
psikologi, pengambilan doktor psikiatri profesional juga saya cadangkan tersebut boleh
membantu head of department dengan izin, untuk mengenal pasti punca kemerosotan
prestasi kerja seseorang staf. Masalah ketidakhadiran secara kerap juga turut berpunca
daripada persekitaran tempat kerja yang negatif yang boleh merenggangkan hubungan
antara seseorang pekerja dengan pekerja yang lain. Jangan pernah kita sesekali
remehkan soal kesihatan mental di tempat kerja. Pengabaian majikan terhadap kesihatan
mental pekerja merupakan antara sebab berlaku masalah kemurungan dan anxiety yang
boleh menjejaskan moral serta fokus seseorang pekerja.
Masalah kemurungan ini yang mendorong pekerja untuk berhenti kerja atau
bertukar tempat kerana tidak tahan lagi dengan tekanan kerja yang ditambah pula dengan
persekitaran pejabat yang tidak harmoni. Penukaran tempat kerja secara kerap boleh
mendatangkan kesan buruk kepada progress pertumbuhan sesebuah syarikat. Tanpa
sokongan serta komitmen kerja yang dicurahkan oleh setiap kakitangan yang digaji.
Mana mungkin sesebuah syarikat mampu mendapat kejayaan yang dicita-
citakan. Realiti, tidak semua majikan berkemampuan untuk menggaji doktor psikiatri
profesional untuk syarikat. Oleh itu, inisiatif tersebut boleh dimulakan dengan syarikat-
syarikat swasta berskala besar seperti syarikat multinasional yang berpendapatan
sebelum cukai boleh mencecah jutaan ringgit sebulan. Secara logiknya, seseorang
pekerja yang bekerja di syarikat yang berpendapatan tinggi sudah pasti berdepan dengan
pelbagai cabaran dan juga workload yang lebih tinggi. Tidak kurang pula ada dalam
kalangan mereka yang terpaksa bekerja sehingga larut malam hanya semata-mata untuk
mengejar tight deadline yang ditetapkan oleh bos.
Tanpa kita sedari masalah tekanan mental yang dialami oleh seseorang pekerja
bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi kerjanya malah ia turut mengundang bahaya
kepada kesihatan jantung pekerja itu. Tuan Yang di-Pertua, bercakap fasal jantung
teringat saya kepada statistik WHO yang dititikberatkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia pada tahun 2020. Berdasarkan statistik tersebut, kira-kira dua juta orang
| Sejajar dengan seruan tersebut saya minta agar Akta Kerja 1955 digubal dengan menggariskan pematuhan-pematuhan baharu yang menjurus kepada penekanan aspek kesihatan mental pekerjaan di tempat kerja. Selain menekankan soal kebertanggungjawaban bagi menangani gangguan seksual di tempat kerja, Akta Kerja 1955 juga seharusnya menggariskan keutamaan majikan terhadap penjagaan kesihatan mental pekerja digaji. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Madani pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun agar dapat melaksanakan inisiatif pengecualian cukai berfokus kepada golongan majikan swasta yang menggaji doktor psikiatri profesional sebagai mental health advocate kepada syarikat mereka. Jika dilaksanakan, pelaksanaan tax relief tersebut merupakan satu bentuk galakan terbaik daripada kerajaan sebagai usaha nasional untuk meningkatkan akses kepada khidmat nasihat atau rujukan psikiatri secara bersemuka bagi pekerja sektor swasta. Menerusi khidmat penyediaan psikiatri tersebut, seseorang pekerja boleh merujuk atau mengadu berkenaan masalah kesihatan mental yang dialami kepada doktor psikiatri secara empat mata. Di samping itu, doktor psikiatri profesional juga yang dilantik oleh sesebuah syarikat swasta juga boleh membuat rekomendasi atau saranan khusus kepada ketua jabatan atau pengurus besar berkenaan dengan tindakan lanjutan yang boleh dilakukan terhadap pekerja terbabit. Sebagai contoh, jika Halimah seorang pekerja, bukan nama sebenar, disyaki atau didiagnosis mengalami depression, maka doktor psikiatri boleh mengemukakan cadangan kepada Ketua Jabatan pekerja tersebut agar dia diberikan cuti rehat untuk tempoh tertentu. Bagi memastikan perwujudan perkhidmatan psikiatri tersebut dilaksanakan dengan penuh profesional, etika kerahsiaan antara doktor psikiatri dengan pekerja juga perlu dititikberatkan. Aspek kerahsiaan serta privasi perlu menjadi keutamaan serta pematuhan penting yang harus dipantau secara bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Selain meningkatkan akses pekerjaan kepada penggiat profesional dalam bidang psikologi, pengambilan doktor psikiatri profesional juga saya cadangkan tersebut boleh membantu head of department dengan izin, untuk mengenal pasti punca kemerosotan prestasi kerja seseorang staf. Masalah ketidakhadiran secara kerap juga turut berpunca daripada persekitaran tempat kerja yang negatif yang boleh merenggangkan hubungan antara seseorang pekerja dengan pekerja yang lain. Jangan pernah kita sesekali remehkan soal kesihatan mental di tempat kerja. Pengabaian majikan terhadap kesihatan mental pekerja merupakan antara sebab berlaku masalah kemurungan dan anxiety yang boleh menjejaskan moral serta fokus seseorang pekerja. Masalah kemurungan ini yang mendorong pekerja untuk berhenti kerja atau bertukar tempat kerana tidak tahan lagi dengan tekanan kerja yang ditambah pula dengan persekitaran pejabat yang tidak harmoni. Penukaran tempat kerja secara kerap boleh mendatangkan kesan buruk kepada progress pertumbuhan sesebuah syarikat. Tanpa sokongan serta komitmen kerja yang dicurahkan oleh setiap kakitangan yang digaji. Mana mungkin sesebuah syarikat mampu mendapat kejayaan yang dicita- citakan. Realiti, tidak semua majikan berkemampuan untuk menggaji doktor psikiatri profesional untuk syarikat. Oleh itu, inisiatif tersebut boleh dimulakan dengan syarikat- syarikat swasta berskala besar seperti syarikat multinasional yang berpendapatan sebelum cukai boleh mencecah jutaan ringgit sebulan. Secara logiknya, seseorang pekerja yang bekerja di syarikat yang berpendapatan tinggi sudah pasti berdepan dengan pelbagai cabaran dan juga workload yang lebih tinggi. Tidak kurang pula ada dalam kalangan mereka yang terpaksa bekerja sehingga larut malam hanya semata-mata untuk mengejar tight deadline yang ditetapkan oleh bos. Tanpa kita sedari masalah tekanan mental yang dialami oleh seseorang pekerja bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi kerjanya malah ia turut mengundang bahaya kepada kesihatan jantung pekerja itu. Tuan Yang di-Pertua, bercakap fasal jantung teringat saya kepada statistik WHO yang dititikberatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2020. Berdasarkan statistik tersebut, kira-kira dua juta orang. | 110 | 120 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 111
penduduk dunia meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau penggunaan produk
tembakau.
WHO turut melaporkan bahawa satu daripada lima kematian akibat sakit jantung
berlaku kepada individu bukan perokok yang terdedah dengan asap rokok di sekeliling
mereka. Nisbah kematian tersebut merupakan indicator kepada dunia bahawa rokok
merupakan pembunuh senyap (silent murderer) yang boleh mengundang maut kepada
individu yang kita istilahkan sebagai secondary smoker. Oleh itu, perbuatan merokok perlu
diperangi dengan serius oleh Kerajaan Madani.
Aspek penguatkuasaan larangan merokok di non-smoking areas harus
diperkasakan kembali khususnya di kawasan atau premis yang dikunjungi oleh rakyat
pelbagai umur, jantina dan kondisi kesihatan. Memandangkan kejohanan liga bola sepak
profesional atau Liga Super sudah pun bermula pada Sabtu lalu. Stadium bola sepak di
setiap negeri akan menjadi destinasi mingguan bagi para peminat bola sepak tempatan.
Kemeriahan arena bola sepak tempatan tidak harus dicemari dengan asap rokok ataupun
bau rokok. Adegan-adegan jelik perokok yang dengan selamba menghembuskan asap
rokok ketika menonton perlawanan bola sepak di stadium tidak boleh dikompromi lagi.
Bagi memastikan perbuatan merokok dijadikan sebagai dosa besar di kawasan
stadium, saya ingin menegaskan agar penguatkuasaan larangan merokok dipantau
secara fizikal dan berkala oleh Pegawai Penguatkuasa KKM serta anggota polis yang
bertugas di setiap stadium.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar kerjasama serta antara
Kementerian Kesihatan dengan Malaysian Football League dapat dijalinkan sebagai
jambatan untuk menjayakan pematuhan bebas asap rokok di kawasan stadium.
Cadangan bekerjasama tersebut saya ilhamkan daripada kolaborasi yang dijalinkan oleh
Fédération Internationale De Football Association (FIFA) dengan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO).
Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, kerjasama tersebut dibuat sebagai
usaha antarabangsa untuk mengekang apa jua perbuatan perokok atau menggunakan
rokok elektronik di kawasan stadium yang digunakan untuk perlawanan Piala Dunia FIFA
pada November tahun lalu. Jalinan kerjasama tersebut diyakini sebagai penghantar mesej
yang jelas kepada rakyat bahawa KKM benar-benar serius dalam mempertingkatkan
aspek penguatkuasaan larangan merokok di kawasan tumpuan seperti stadium.
■1920
Asap rokok bukan sahaja membahayakan nyawa perokok, malah ia juga
memudaratkan kesihatan orang sekeliling yang antaranya terdiri daripada golongan ibu
mengandung, kanak-kanak dan warga emas. Mereka terdedah dengan risiko yang tinggi
untuk mengalami komplikasi kesihatan akibat rokok. Pewujudan akta, khususnya serta
iklan-iklan memaparkan mesej berkenaan larangan merokok tidak cukup untuk memberi
peringatan atau amaran kepada perokok yang tidak erti bahasa ataupun menghormati
undang-undang yang digubal.
Tanpa penguatkuasaan fizikal yang serius, mustahil untuk negara kita menjadi
negara bebas asap rokok seperti diaspirasikan oleh pewujudan Rang Undang-undang
Kawalan Produk Tembakau dan Merokok. Selain mengeluarkan notis denda, apa lagi cara
yang terbaik untuk memastikan stadium serta kawasan-kawasan larangan merokok yang
lain benar-benar dijauhi daripada merokok oleh perokok jahiliah yang tidak bertamadun.
Bagi mematikan joint enforcement KKM, MFL yang saya nyatakan tadi benar-benar
mendatangkan kesan. Saya juga ingin mencadangkan agar kenaikan kurang-kurang tiga
kali ganda harga tiket dilaksanakan sebagai penalti.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat]: Hampir, bagi satu minit Tuan Yang
di-Pertua. Penalti tersebut dikenakan kepada mana-mana stadium yang dicatatkan
pengeluaran lebih daripada sepuluh notis saman di larangan merokok dalam satu-satu
perlawanan. KKM tidak harus lagi berlengah dalam penguatkuasaan pematuhan larangan
| penduduk dunia meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau penggunaan produk tembakau. WHO turut melaporkan bahawa satu daripada lima kematian akibat sakit jantung berlaku kepada individu bukan perokok yang terdedah dengan asap rokok di sekeliling mereka. Nisbah kematian tersebut merupakan indicator kepada dunia bahawa rokok merupakan pembunuh senyap (silent murderer) yang boleh mengundang maut kepada individu yang kita istilahkan sebagai secondary smoker. Oleh itu, perbuatan merokok perlu diperangi dengan serius oleh Kerajaan Madani. Aspek penguatkuasaan larangan merokok di non-smoking areas harus diperkasakan kembali khususnya di kawasan atau premis yang dikunjungi oleh rakyat pelbagai umur, jantina dan kondisi kesihatan. Memandangkan kejohanan liga bola sepak profesional atau Liga Super sudah pun bermula pada Sabtu lalu. Stadium bola sepak di setiap negeri akan menjadi destinasi mingguan bagi para peminat bola sepak tempatan. Kemeriahan arena bola sepak tempatan tidak harus dicemari dengan asap rokok ataupun bau rokok. Adegan-adegan jelik perokok yang dengan selamba menghembuskan asap rokok ketika menonton perlawanan bola sepak di stadium tidak boleh dikompromi lagi. Bagi memastikan perbuatan merokok dijadikan sebagai dosa besar di kawasan stadium, saya ingin menegaskan agar penguatkuasaan larangan merokok dipantau secara fizikal dan berkala oleh Pegawai Penguatkuasa KKM serta anggota polis yang bertugas di setiap stadium. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar kerjasama serta antara Kementerian Kesihatan dengan Malaysian Football League dapat dijalinkan sebagai jambatan untuk menjayakan pematuhan bebas asap rokok di kawasan stadium. Cadangan bekerjasama tersebut saya ilhamkan daripada kolaborasi yang dijalinkan oleh Federation Internationale De Football Association (FIFA) dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, kerjasama tersebut dibuat sebagai usaha antarabangsa untuk mengekang apa jua perbuatan perokok atau menggunakan rokok elektronik di kawasan stadium yang digunakan untuk perlawanan Piala Dunia FIFA pada November tahun lalu. Jalinan kerjasama tersebut diyakini sebagai penghantar mesej yang jelas kepada rakyat bahawa KKM benar-benar serius dalam mempertingkatkan aspek penguatkuasaan larangan merokok di kawasan tumpuan seperti stadium. #1920. Asap rokok bukan sahaja membahayakan nyawa perokok, malah ia juga memudaratkan kesihatan orang sekeliling yang antaranya terdiri daripada golongan ibu mengandung, kanak-kanak dan warga emas. Mereka terdedah dengan risiko yang tinggi untuk mengalami komplikasi kesihatan akibat rokok. Pewujudan akta, khususnya serta iklan-iklan memaparkan mesej berkenaan larangan merokok tidak cukup untuk memberi peringatan atau amaran kepada perokok yang tidak erti bahasa ataupun menghormati undang-undang yang digubal. Tanpa penguatkuasaan fizikal yang serius, mustahil untuk negara kita menjadi negara bebas asap rokok seperti diaspirasikan oleh pewujudan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok. Selain mengeluarkan notis denda, apa lagi cara yang terbaik untuk memastikan stadium serta kawasan-kawasan larangan merokok yang lain benar-benar dijauhi daripada merokok oleh perokok jahiliah yang tidak bertamadun. Bagi mematikan joint enforcement KKM, MFL yang saya nyatakan tadi benar-benar mendatangkan kesan. Saya juga ingin mencadangkan agar kenaikan kurang-kurang tiga kali ganda harga tiket dilaksanakan sebagai penalti. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat]: Hampir, bagi satu minit Tuan Yang di-Pertua. Penalti tersebut dikenakan kepada mana-mana stadium yang dicatatkan pengeluaran lebih daripada sepuluh notis saman di larangan merokok dalam satu-satu perlawanan. KKM tidak harus lagi berlengah dalam penguatkuasaan pematuhan larangan. | 111 | 121 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
112 DR.01.03.2023
merokok di stadium, kini boleh label zon kegemaran merokok memandangkan rata-rata
penyokong bola sepak yang hadir ke stadium merupakan kaum Adam.
Saya meletakkan harapan agar cadangan saya yang dikemukakan tadi
dipertimbangkan tadi serius oleh KKM menerusi dokongan bersama Kementerian Belia
dan Sukan. Kita semua harus memastikan bahawa agenda end game diwariskan oleh DJ
Khairy kepada Dr. Zaleha tidak terbengkalai begitu sahaja.
Saya ingin mengakhiri ucapan saya. Sebelum itu saya juga ingin memaklumkan
atau berkongsi bahawa berikutan musibah banjir yang sedang melanda Daerah Segamat,
saya dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon agar Kerajaan Malaysia Madani
menerusi komitmen bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dapat
mempercepatkan segala keperluan penting termasuk bantuan kewangan kepada
mangsa-mangsa banjir yang terkesan di Johor.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, biarpun masa menjadi penghalang, namun tekad untuk kita
menyuarakan isu-isu rakyat di Dewan yang mulia ini tidak terhenti setakat ini dan akan
saya teruskan peringkat jawatankuasa. Dengan ini, saya mengakhiri ucapan perbahasan
saya dengan harapan agar Belanjawan Malaysia Madani ini dapat merintis reformasi buat
ekonomi negara. Segamat mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih, saya
menjemput Yang Berhormat Sri Aman.
7.22 mlm.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua kerana memberi saya laluan untuk mengambil bahagian membahaskan
Belanjawan 2023 ini. Oleh kerana kekangan masa Tuan Yang di-Pertua, saya akan terus
membahaskan perkara-perkara yang saya kira penting untuk saya utarakan walaupun
sesetengah daripadanya telah pun dibangkitkan ataupun disentuh oleh rakan-rakan saya
yang berbahas sebelum ini. Pertamanya berkenaan dengan penyelarasan pencen veteran
Angkatan Tentera Malaysia.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita ada lebih 78,000 orang ahli-ahli veteran
Angkatan Tentera Malaysia yang telah bersara sebelum 1 Januari 2013 dan mereka ini
menerima pencen jauh lebih kurang berbanding dengan mereka yang bersara selepas itu.
Kebanyakan ahli-ahli veteran yang berkenaan ini hidup ala kadar atau dalam keadaan,
“kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Ada pula yang teruk keadaannya dari
mereka yang dalam golongan B40. Ini amat menyayat hati apatah lagi seseorang itu
pernah berjasa dan berkorban untuk mempertahankan keselamatan serta kedaulatan
negara.
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya mencadangkan agar kerajaan dan
Kementerian Pertahanan mempertimbangkan perkara ini supaya ia dapat diselesaikan
segera. Ini adalah kerana isu ini telah berlarutan sejak sembilan tahun yang lalu dan telah
melalui empat buah kerajaan dan empat orang Perdana Menteri. Adalah harapan saya
berserta 78,000 orang ahli veteran Angkatan Tentera Malaysia agar Kerajaan Perpaduan
di bawah Perdana Menteri ke-10 dapat menyelesaikan masalah ini selaras dengan
semangat Madani.
Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: Thank you, thank you.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman]: Saya juga memohon agar
semua penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) juga dibayar elaun secara bulanan kerana
sehingga kini elaun pingat PJM dibayar hanya sekali sahaja iaitu secara one-off sebanyak
RM500 kepada veteran yang layak dan memenuhi syarat. Bayaran tersebut dibuat kalau
tidak silap saya pada tahun 2019 iaitu semasa pemerintahan Pakatan Harapan.
Keduanya saya ingin membangkitkan berkenaan dengan bencana kebakaran
rumah panjang dan kampung-kampung di Sarawak. Saya ingin mengucapkan terima
| merokok di stadium, kini boleh label zon kegemaran merokok memandangkan rata-rata penyokong bola sepak yang hadir ke stadium merupakan kaum Adam. Saya meletakkan harapan agar cadangan saya yang dikemukakan tadi dipertimbangkan tadi serius oleh KKM menerusi dokongan bersama Kementerian Belia dan Sukan. Kita semua harus memastikan bahawa agenda end game diwariskan oleh DJ Khairy kepada Dr. Zaleha tidak terbengkalai begitu sahaja. Saya ingin mengakhiri ucapan saya. Sebelum itu saya juga ingin memaklumkan atau berkongsi bahawa berikutan musibah banjir yang sedang melanda Daerah Segamat, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon agar Kerajaan Malaysia Madani menerusi komitmen bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dapat mempercepatkan segala keperluan penting termasuk bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan di Johor. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, biarpun masa menjadi penghalang, namun tekad untuk kita menyuarakan isu-isu rakyat di Dewan yang mulia ini tidak terhenti setakat ini dan akan saya teruskan peringkat jawatankuasa. Dengan ini, saya mengakhiri ucapan perbahasan saya dengan harapan agar Belanjawan Malaysia Madani ini dapat merintis reformasi buat ekonomi negara. Segamat mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih, saya menjemput Yang Berhormat Sri Aman. 7.22 mlm. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya laluan untuk mengambil bahagian membahaskan Belanjawan 2023 ini. Oleh kerana kekangan masa Tuan Yang di-Pertua, saya akan terus membahaskan perkara-perkara yang saya kira penting untuk saya utarakan walaupun sesetengah daripadanya telah pun dibangkitkan ataupun disentuh oleh rakan-rakan saya yang berbahas sebelum ini. Pertamanya berkenaan dengan penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita ada lebih 78,000 orang ahli-ahli veteran Angkatan Tentera Malaysia yang telah bersara sebelum 1 Januari 2013 dan mereka ini menerima pencen jauh lebih kurang berbanding dengan mereka yang bersara selepas itu. Kebanyakan ahli-ahli veteran yang berkenaan ini hidup ala kadar atau dalam keadaan, "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Ada pula yang teruk keadaannya dari mereka yang dalam golongan B40. Ini amat menyayat hati apatah lagi seseorang itu pernah berjasa dan berkorban untuk mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya mencadangkan agar kerajaan dan Kementerian Pertahanan mempertimbangkan perkara ini supaya ia dapat diselesaikan segera. Ini adalah kerana isu ini telah berlarutan sejak sembilan tahun yang lalu dan telah melalui empat buah kerajaan dan empat orang Perdana Menteri. Adalah harapan saya berserta 78,000 orang ahli veteran Angkatan Tentera Malaysia agar Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri ke-10 dapat menyelesaikan masalah ini selaras dengan semangat Madani. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: Thank you, thank you. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman]: Saya juga memohon agar semua penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) juga dibayar elaun secara bulanan kerana sehingga kini elaun pingat PJM dibayar hanya sekali sahaja iaitu secara one-off sebanyak RM500 kepada veteran yang layak dan memenuhi syarat. Bayaran tersebut dibuat kalau tidak silap saya pada tahun 2019 iaitu semasa pemerintahan Pakatan Harapan. Keduanya saya ingin membangkitkan berkenaan dengan bencana kebakaran rumah panjang dan kampung-kampung di Sarawak. Saya ingin mengucapkan terima. | 112 | 122 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 113
kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan beliau semasa
pembentangan Bajet 2023 tempoh hari di mana beliau telah mengumumkan peruntukan
sebanyak RM150 juta kepada NADMA. Antara lainnya untuk keperluan aset sistem
amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.
Juga diperuntukkan ialah Angkatan Tentera Malaysia, bomba dan RELA
sebanyak RM50 juta bagi menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana.
Peruntukan ini amatlah diperlukan terutamanya di Sarawak kerana sering berlakunya
kebakaran rumah panjang dan kampung-kampung terutamanya di pedalaman yang
melibatkan ramai warga yang kehilangan harta benda dan tempat tinggal.
Oleh sebab keadaan serta lokasi kebanyakan rumah panjang dan kampung-
kampung ini jauh di pedalaman dan kebanyakan tidak mempunyai akses jalan, maka
sering kali bomba menghadapi kesukaran untuk bertindak dengan pantas dan kadangkala
langsung tidak dapat membantu. Keadaan ini amat menyedihkan dan mengecewakan
setiap kali kebakaran seperti ini berlaku di pedalaman Sarawak.
Cadangan saya agar pihak kementerian melalui bomba memperuntukkan alat
pemadam api kepada setiap bilik di rumah-rumah panjang dan juga rumah-rumah di
perkampungan yang jauh di pedalaman terutamanya yang sukar diakses oleh kenderaan.
Alat pemadam api yang diperuntukkan nanti hendaklah sentiasa diselenggarakan ataupun
diservis dengan izin dan apabila alat pemadam api tersebut habis tempoh ataupun
expired, ia harus diganti.
Saya juga ingin mencadangkan agar kursus memadam api ataupun basic fire
fighting course dengan izin untuk masyarakat setempat atau penghuni-penghuni rumah
panjang seharusnya dilakukan setiap masa termasuk juga kursus pengendalian alat
pemadam api. Mohon pertimbangan dan tindakan daripada pihak kementerian.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu-isu yang berkenaan dengan sekolah-
sekolah daif. Saya amat bersyukur kerana isu sekolah daif ini diberi perhatian semasa
pembentangan Bajet 2023 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari di
mana RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk membaik pulih sekolah-sekolah termasuk
klinik-klinik daif. Saya amat mendokong pendapat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
itu mana mungkin di abad ke-21 ataupun pada alaf ketiga ini kita masih berhadapan
dengan masalah sekolah daif yang berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, anak-anak kita yang menuntut ilmu serta belajar tidak kira
di mana, jauh di pedalaman atau di bandar tidak seharusnya menghadapi jurang
perbezaan daripada segi suasana dan keadaan pembelajaran. Anak-anak ini aset kita
untuk masa hadapan. Oleh itu kita mesti menyediakan serta memberi keutamaan agar
aset kita ini terjaga.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak
kementerian, bilakah kerja-kerja membaik pulih boleh dilaksanakan di kawasan saya di
Sri Aman terutama sekali ke atas lima buah sekolah daif berskala tujuh dan 10 buah
sekolah daif berskala enam? Kerja-kerja membaik pulih tersebut mesti disegerakan
kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2023 telah
menyarankan masalah ini tidak sepatutnya berlarutan. Maka sebarang red tape ataupun
birokrasi mesti diketepikan agar proses pelaksanaan dapat dipercepatkan.
Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan tambang kapal terbang di
dalam negara mahal. Tuan Yang di-Pertua, Tourism Malaysia baru-baru ini telah
melancarkan Jom Cuti-Cuti Malaysia 2023 bertujuan untuk mempromosi aktiviti
pelancongan tempatan dan menggalakkan rakyat kita untuk merancang percutian
domestik demi membantu ekonomi di negara ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
pula semasa pembentangan Belanjawan 2023 menyatakan tahun 2025 merupakan Tahun
Melawat Malaysia dengan sasaran ketibaan 23.5 juta orang pelancong antarabangsa dan
unjuran pendapatan sehingga RM76.8 bilion.
■1930
Tuan Yang di-Pertua, secara jujurnya saya amat risau yang inisiatif-inisiatif
kerajaan tersebut mungkin akan terbantut. Ini adalah kerana masalah tambang kapal
| kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan beliau semasa pembentangan Bajet 2023 tempoh hari di mana beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM150 juta kepada NADMA. Antara lainnya untuk keperluan aset sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan. Juga diperuntukkan ialah Angkatan Tentera Malaysia, bomba dan RELA sebanyak RM50 juta bagi menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana. Peruntukan ini amatlah diperlukan terutamanya di Sarawak kerana sering berlakunya kebakaran rumah panjang dan kampung-kampung terutamanya di pedalaman yang melibatkan ramai warga yang kehilangan harta benda dan tempat tinggal. Oleh sebab keadaan serta lokasi kebanyakan rumah panjang dan kampung- kampung ini jauh di pedalaman dan kebanyakan tidak mempunyai akses jalan, maka sering kali bomba menghadapi kesukaran untuk bertindak dengan pantas dan kadangkala langsung tidak dapat membantu. Keadaan ini amat menyedihkan dan mengecewakan setiap kali kebakaran seperti ini berlaku di pedalaman Sarawak. Cadangan saya agar pihak kementerian melalui bomba memperuntukkan alat pemadam api kepada setiap bilik di rumah-rumah panjang dan juga rumah-rumah di perkampungan yang jauh di pedalaman terutamanya yang sukar diakses oleh kenderaan. Alat pemadam api yang diperuntukkan nanti hendaklah sentiasa diselenggarakan ataupun diservis dengan izin dan apabila alat pemadam api tersebut habis tempoh ataupun expired, ia harus diganti. Saya juga ingin mencadangkan agar kursus memadam api ataupun basic fire fighting course dengan izin untuk masyarakat setempat atau penghuni-penghuni rumah panjang seharusnya dilakukan setiap masa termasuk juga kursus pengendalian alat pemadam api. Mohon pertimbangan dan tindakan daripada pihak kementerian. Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu-isu yang berkenaan dengan sekolah- sekolah daif. Saya amat bersyukur kerana isu sekolah daif ini diberi perhatian semasa pembentangan Bajet 2023 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari di mana RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk membaik pulih sekolah-sekolah termasuk klinik-klinik daif. Saya amat mendokong pendapat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu mana mungkin di abad ke-21 ataupun pada alaf ketiga ini kita masih berhadapan dengan masalah sekolah daif yang berterusan. Tuan Yang di-Pertua, anak-anak kita yang menuntut ilmu serta belajar tidak kira di mana, jauh di pedalaman atau di bandar tidak seharusnya menghadapi jurang perbezaan daripada segi suasana dan keadaan pembelajaran. Anak-anak ini aset kita untuk masa hadapan. Oleh itu kita mesti menyediakan serta memberi keutamaan agar aset kita ini terjaga. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bilakah kerja-kerja membaik pulih boleh dilaksanakan di kawasan saya di Sri Aman terutama sekali ke atas lima buah sekolah daif berskala tujuh dan 10 buah sekolah daif berskala enam? Kerja-kerja membaik pulih tersebut mesti disegerakan kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2023 telah menyarankan masalah ini tidak sepatutnya berlarutan. Maka sebarang red tape ataupun birokrasi mesti diketepikan agar proses pelaksanaan dapat dipercepatkan. Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan tambang kapal terbang di dalam negara mahal. Tuan Yang di-Pertua, Tourism Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Jom Cuti-Cuti Malaysia 2023 bertujuan untuk mempromosi aktiviti pelancongan tempatan dan menggalakkan rakyat kita untuk merancang percutian domestik demi membantu ekonomi di negara ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula semasa pembentangan Belanjawan 2023 menyatakan tahun 2025 merupakan Tahun Melawat Malaysia dengan sasaran ketibaan 23.5 juta orang pelancong antarabangsa dan unjuran pendapatan sehingga RM76.8 bilion. #1930. Tuan Yang di-Pertua, secara jujurnya saya amat risau yang inisiatif-inisiatif kerajaan tersebut mungkin akan terbantut. Ini adalah kerana masalah tambang kapal. | 113 | 123 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
114 DR.01.03.2023
terbang di negara kita ini seperti macam tidak terkawal. Harga tiket kapal terbang yang
tidak berbaloi dan tidak dikawal. Tambang kapal terbang yang begitu tinggi dan melampau
terutama sekali penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan vice versa,
dengan izin. [Tepuk]
Kadangkala mencecah sampai lebih RM1,000 sehala terutama sekali semasa
musim cuti sekolah ataupun perayaan. Ini amat tidak berbaloi kerana harga tiket tersebut
lebih mahal daripada tambang ke luar negara seperti ke Singapura, Thailand dan
Indonesia. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan dan pihak
kementerian memandang berat perkara ini. Saya juga mencadangkan agar kementerian
mempunyai mekanisme untuk mengawal harga tiket atau tambang kapal terbang apatah
lagi kerajaan ketika ini sedang giat menggalakkan rakyat kita di Malaysia ini untuk bercuti-
cuti Malaysia.
Saya juga ingin mencadangkan tambang lebih murah ataupun Tambang Rahmah
untuk rakyat Malaysia terutama sekali tiket penerbangan dari Sarawak, Sabah dan
Semenanjung Malaysia pergi balik. Ini penting bagi mengeratkan perpaduan di antara
wilayah-wilayah tersebut dengan Semenanjung Malaysia selaras dengan konsep
Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, selain itu kekerapan lambat penerbangan atau
flight delay dengan izin, juga mesti ditangani.
Saya sendiri pernah mengalami delay hampir lima jam dan sampai di rumah
hampir pukul dua pagi. Ia memang tidak masuk akal apatah lagi istilah delay itu dengan
izin, sekarang sudah tidak diguna pakai oleh sesetengah syarikat penerbangan. Akan
tetapi menggunakan istilah ataupun perkataan retime, dengan izin. Tak kiralah apa istilah
yang dipakai, yang penting penyakit delay ini Tuan Yang di-Pertua, harus diberi perhatian
dan ditangani secepat mungkin. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan serta
syarikat-syarikat penerbangan mengambil berat tentang perkara ini dan mesti proaktif dan
sensitif ke atas rungutan rakyat terutamanya dalam hal ini dan mencari jalan yang terbaik
bagi menangani masalah berkenaan. Saya juga memohon kepada pihak kementerian
agar memaklumkan Dewan yang mulia ini, apakah langkah-langkah yang akan diambil
bagi menangani masalah ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan
peruntukan untuk kerja parameter survey Tanah-tanah Adat di Sarawak. Rakan saya,
Yang Berhormat Lawas semasa berucap pada hari Isnin lepas ada menyentuh berkenaan
peruntukan untuk kerja parameter survey atas Tanah-tanah Adat di Sarawak yang tidak
termasuk dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri tempoh hari.
Saya amat setuju dengan luahan Yang Berhormat Lawas berkenaan dengan
perkara tersebut kerana kerja parameter survey dengan izin, ke atas Tanah-tanah Adat di
Sarawak masih diperlukan memandangkan masih banyak tanah yang berstatus tersebut
belum dibuat kerja parameter survey ke atasnya, dengan izin. Kerajaan sebelum ini
memang ada memberi peruntukan untuk kerja parameter survey. Oleh yang demikian,
saya memohon pertimbangan daripada pihak kerajaan agar peruntukan tersebut boleh
diteruskan. Mohon penjelasan dan pertimbangan pihak kerajaan.
Seterusnya saya ingin membincangkan kes kemurungan dan kesihatan mental.
Tuan Yang di-Pertua, kini kita sering mendengar berkenaan dengan kes bunuh diri di
negara ini. Daripada maklumat yang ada pada saya, dalam tahun 2020 ada 631 kes bunuh
diri di negara kita ini. Daripada jumlah ini, 18 peratus adalah perempuan dan 82 peratus
adalah lelaki. Manakala pada tahun 2021 pula, sebanyak 1,142 kes dan pada tahun 2022
pula terdapat sebanyak 981 kes bunuh diri.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut maklumat yang ada pada saya, antara penyebab
membunuh diri adalah kerana masalah keluarga, tekanan perasaan, faktor kewangan dan
faktor-faktor sosial yang menyebabkan stres yang terlampau. Perkara ini amat
merunsingkan apatah lagi angka kes ini agak tinggi. Tuan Yang di-Pertua, mungkin kah
program-program atau usaha selain inisiatif kerajaan yang ada setakat ini tidak efektif atau
| terbang di negara kita ini seperti macam tidak terkawal. Harga tiket kapal terbang yang tidak berbaloi dan tidak dikawal. Tambang kapal terbang yang begitu tinggi dan melampau terutama sekali penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan vice versa, dengan izin. [Tepuk]. Kadangkala mencecah sampai lebih RM1,000 sehala terutama sekali semasa musim cuti sekolah ataupun perayaan. Ini amat tidak berbaloi kerana harga tiket tersebut lebih mahal daripada tambang ke luar negara seperti ke Singapura, Thailand dan Indonesia. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan dan pihak kementerian memandang berat perkara ini. Saya juga mencadangkan agar kementerian mempunyai mekanisme untuk mengawal harga tiket atau tambang kapal terbang apatah lagi kerajaan ketika ini sedang giat menggalakkan rakyat kita di Malaysia ini untuk bercuti- cuti Malaysia. Saya juga ingin mencadangkan tambang lebih murah ataupun Tambang Rahmah untuk rakyat Malaysia terutama sekali tiket penerbangan dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia pergi balik. Ini penting bagi mengeratkan perpaduan di antara wilayah-wilayah tersebut dengan Semenanjung Malaysia selaras dengan konsep Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, selain itu kekerapan lambat penerbangan atau flight delay dengan izin, juga mesti ditangani. Saya sendiri pernah mengalami delay hampir lima jam dan sampai di rumah hampir pukul dua pagi. Ia memang tidak masuk akal apatah lagi istilah delay itu dengan izin, sekarang sudah tidak diguna pakai oleh sesetengah syarikat penerbangan. Akan tetapi menggunakan istilah ataupun perkataan retime, dengan izin. Tak kiralah apa istilah yang dipakai, yang penting penyakit delay ini Tuan Yang di-Pertua, harus diberi perhatian dan ditangani secepat mungkin. [Tepuk]. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan serta syarikat-syarikat penerbangan mengambil berat tentang perkara ini dan mesti proaktif dan sensitif ke atas rungutan rakyat terutamanya dalam hal ini dan mencari jalan yang terbaik bagi menangani masalah berkenaan. Saya juga memohon kepada pihak kementerian agar memaklumkan Dewan yang mulia ini, apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan peruntukan untuk kerja parameter survey Tanah-tanah Adat di Sarawak. Rakan saya, Yang Berhormat Lawas semasa berucap pada hari Isnin lepas ada menyentuh berkenaan peruntukan untuk kerja parameter survey atas Tanah-tanah Adat di Sarawak yang tidak termasuk dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari. Saya amat setuju dengan luahan Yang Berhormat Lawas berkenaan dengan perkara tersebut kerana kerja parameter survey dengan izin, ke atas Tanah-tanah Adat di Sarawak masih diperlukan memandangkan masih banyak tanah yang berstatus tersebut belum dibuat kerja parameter survey ke atasnya, dengan izin. Kerajaan sebelum ini memang ada memberi peruntukan untuk kerja parameter survey. Oleh yang demikian, saya memohon pertimbangan daripada pihak kerajaan agar peruntukan tersebut boleh diteruskan. Mohon penjelasan dan pertimbangan pihak kerajaan. Seterusnya saya ingin membincangkan kes kemurungan dan kesihatan mental. Tuan Yang di-Pertua, kini kita sering mendengar berkenaan dengan kes bunuh diri di negara ini. Daripada maklumat yang ada pada saya, dalam tahun 2020 ada 631 kes bunuh diri di negara kita ini. Daripada jumlah ini, 18 peratus adalah perempuan dan 82 peratus adalah lelaki. Manakala pada tahun 2021 pula, sebanyak 1,142 kes dan pada tahun 2022 pula terdapat sebanyak 981 kes bunuh diri. Tuan Yang di-Pertua, mengikut maklumat yang ada pada saya, antara penyebab membunuh diri adalah kerana masalah keluarga, tekanan perasaan, faktor kewangan dan faktor-faktor sosial yang menyebabkan stres yang terlampau. Perkara ini amat merunsingkan apatah lagi angka kes ini agak tinggi. Tuan Yang di-Pertua, mungkin kah program-program atau usaha selain inisiatif kerajaan yang ada setakat ini tidak efektif atau. | 114 | 124 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 115
berkesan dalam menangani masalah yang menyebabkan kes bunuh di negara kita agak
tinggi?
Apakah langkah, inisiatif serta pendekatan kerajaan atau kementerian dalam
membendung masalah ini dalam masa terdekat dan juga jangka masa panjang?
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman]: Tuan Yang di-Pertua, saya
memerlukan 80 saat untuk menyuarakan kekecewaan saya. Tuan Yang di-Pertua,
sebelum saya akhiri perbahasan saya, saya terpanggil untuk menyuarakan kekecewaan
saya berkenaan dengan ucapan Yang Berhormat Stampin semalam yang saya rasa
sengaja memperlekehkan GPS secara terbuka di Dewan yang mulia ini. [Tepuk]
Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Stampin, semasa saya membahaskan
Usul Undi Percaya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh pada
sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember tahun lepas di mana saya telah menjelaskan
keadaan ataupun kedudukan GPS dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan ini.
Mohon Yang Berhormat Stampin jika berada di Dewan ini untuk merujuk Hansard
pada hari itu. Tuan Yang di-Pertua, GPS adalah sebuah parti yang pentingkan kestabilan
politik negara ini dan kami juga akur akan titah baginda berteraskan prinsip Rukun Negara.
Maka, kami telah bersetuju bersama membentuk Kerajaan Perpaduan. Namun Yang
Berhormat Stampin nampaknya sengaja tak nak ambil tahu ataupun tahu tetapi sengaja
hendak mempersendakan GPS ataupun sengaja mahu memporak-perandakan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya selepas mendengar dan mencerna ucapan
Yang Berhormat Stampin semalam mengesahkan kecurigaan saya selama ini kerana
kenyataan Yang Berhormat Stampin itu jelas mencerminkan ketidakikhlasan dan
kejujuran daripada pihak beliau yang saya harap tidak melibatkan sekutunya. Oleh yang
demikian Tuan Yang di-Pertua, tidak salah sekiranya jika GPS selepas ini berasa sangsi
terhadap Yang Berhormat Stampin serta yang sewaktu dengannya.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Masa sudah tamat.
Masih ada satu lagi Yang Berhormat ingin berbahas.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman]: Sebagai penutup, saya
sedekahkan sebuah pantun, Tuan Yang di-Pertua.
Jangan dijolok sarang tebuan,
Jika dilihat di pokok kedondong,
Semasa berucap mesti bersopan,
Sri Aman mohon menyokong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat
Julau. Masa yang dapat diperuntukkan hanya tujuh minit.
7.37 mlm.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Ya, terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Antara antipati dan hujah-hujah penting yang ingin saya lontarkan pada
perbahasan hari ini terbahagi kepada beberapa aspek penting yang sewajarnya mendapat
pertimbangan lanjut kerajaan. Perkara pertama adalah saya ingin menyentuh kepada
mekanisme agihan peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk negeri Sarawak yang
saya rasakan perlu penelitian semula oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Jika merujuk kepada Teras Pertama iaitu Pembangunan Sabah dan Sarawak,
diperuntukkan di sini bahawa kedua-dua negeri ini akan menerima manfaat yang besar
dengan suntikan dana perbelanjaan pembangunan sebanyak RM6.5 bilion untuk Sabah
manakala negeri Sarawak pula akan menerima sebanyak RM5.6 bilion. Walaupun
peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM5.6 bilion ini boleh dianggap besar
jumlahnya untuk negeri Sarawak, namun jika saya boleh perincikan di dalam Dewan yang
mulia ini bahawa sebenarnya jika diukur pada kadar peratusan, ia sebenarnya adalah
| berkesan dalam menangani masalah yang menyebabkan kes bunuh di negara kita agak tinggi? Apakah langkah, inisiatif serta pendekatan kerajaan atau kementerian dalam membendung masalah ini dalam masa terdekat dan juga jangka masa panjang? Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila gulung. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman]: Tuan Yang di-Pertua, saya memerlukan 80 saat untuk menyuarakan kekecewaan saya. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri perbahasan saya, saya terpanggil untuk menyuarakan kekecewaan saya berkenaan dengan ucapan Yang Berhormat Stampin semalam yang saya rasa sengaja memperlekehkan GPS secara terbuka di Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Stampin, semasa saya membahaskan Usul Undi Percaya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh pada sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember tahun lepas di mana saya telah menjelaskan keadaan ataupun kedudukan GPS dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan ini. Mohon Yang Berhormat Stampin jika berada di Dewan ini untuk merujuk Hansard pada hari itu. Tuan Yang di-Pertua, GPS adalah sebuah parti yang pentingkan kestabilan politik negara ini dan kami juga akur akan titah baginda berteraskan prinsip Rukun Negara. Maka, kami telah bersetuju bersama membentuk Kerajaan Perpaduan. Namun Yang Berhormat Stampin nampaknya sengaja tak nak ambil tahu ataupun tahu tetapi sengaja hendak mempersendakan GPS ataupun sengaja mahu memporak-perandakan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya selepas mendengar dan mencerna ucapan Yang Berhormat Stampin semalam mengesahkan kecurigaan saya selama ini kerana kenyataan Yang Berhormat Stampin itu jelas mencerminkan ketidakikhlasan dan kejujuran daripada pihak beliau yang saya harap tidak melibatkan sekutunya. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, tidak salah sekiranya jika GPS selepas ini berasa sangsi terhadap Yang Berhormat Stampin serta yang sewaktu dengannya. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Masa sudah tamat. Masih ada satu lagi Yang Berhormat ingin berbahas. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman]: Sebagai penutup, saya sedekahkan sebuah pantun, Tuan Yang di-Pertua. Jangan dijolok sarang tebuan, Jika dilihat di pokok kedondong, Semasa berucap mesti bersopan, Sri Aman mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat Julau. Masa yang dapat diperuntukkan hanya tujuh minit. 7.37 mlm. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Antara antipati dan hujah-hujah penting yang ingin saya lontarkan pada perbahasan hari ini terbahagi kepada beberapa aspek penting yang sewajarnya mendapat pertimbangan lanjut kerajaan. Perkara pertama adalah saya ingin menyentuh kepada mekanisme agihan peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk negeri Sarawak yang saya rasakan perlu penelitian semula oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Jika merujuk kepada Teras Pertama iaitu Pembangunan Sabah dan Sarawak, diperuntukkan di sini bahawa kedua-dua negeri ini akan menerima manfaat yang besar dengan suntikan dana perbelanjaan pembangunan sebanyak RM6.5 bilion untuk Sabah manakala negeri Sarawak pula akan menerima sebanyak RM5.6 bilion. Walaupun peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM5.6 bilion ini boleh dianggap besar jumlahnya untuk negeri Sarawak, namun jika saya boleh perincikan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya jika diukur pada kadar peratusan, ia sebenarnya adalah. | 115 | 125 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
116 DR.01.03.2023
menurun di mana hanya 5.6 peratus sahaja jumlah ini untuk negeri Sarawak yang diterima
daripada kerajaan pusat.
Tuan Yang di-Pertua, berikut adalah kronologi agihan peruntukan perbelanjaan
pembangunan untuk negeri Sarawak. Jika saya boleh imbas kembali bagi tempoh lima
tahun bermula tahun 2019 hingga tahun 2023. Tahun 2019, Kerajaan Pakatan Harapan
diberi jumlah RM4.346 bilion. Peratusan itu 7.945 peratus. Tahun 2020, Pakatan Harapan
beri RM4.4 bilion, peratusan itu 7.857 peratus. Tahun 2021, Kerajaan Perikatan Nasional
beri RM4.5161 bilion. Peratusan itu adalah 6.545 peratus. Tahun 2022, Perikatan
Nasional beri RM4.67 bilion. Peratusan itu adalah 6.177 peratus. Tahun ini, Pakatan
Harapan beri RM5.4 bilion dan peratusan itu sudah terjatuh kepada 5.684 peratus.
■1940
Peratusan peruntukan ini semakin lama semakin menurun. Jumlah peruntukan
perbelanjaan pembangunan RM5.6 bilion yang diperuntukkan untuk negeri Sarawak pada
tahun ini pada hakikatnya tidak mencukupi dan tidak seimbang untuk agenda
pembangunan di negeri Sarawak. Oleh kerana Sarawak ini peranannya tersangatlah
besar dalam menyumbang kepada pertumbuhan KDNK nasional. Ini adalah diakui, di
mana Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa Sarawak
menyumbang hampir kepada 10 ataupun 12 peratus kepada pertumbuhan KDNK negara
menerusi kekayaan hasil sumber alam negeri Sarawak.
Bukan setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, jika merujuk kepada kenyataan
mantan Menteri Ekonomi pada Mac tahun lepas, negeri Sarawak merupakan negeri yang
merekodkan data miskin tegar tertinggi di dalam negara kita. Dilaporkan di Sarawak
sahaja, hampir 63 ribu buah keluarga miskin tegar adalah datangnya daripada Sarawak.
Ini jelas satu angka yang sangat menyedihkan kerana Sarawak negeri utama yang
merupakan penyumbang utama kepada kekayaan negara tetapi ironinya, rakyatnya pula
yang terpaling miskin di Malaysia.
Di kawasan-kawasan pedalaman pula, rakyat di Sarawak masih hanya
bergantung pada sumber air sungai sahaja. Sumber elektrik pula masih bergantung pada
bekalan generator. Sarawak sebagai antara negeri terpenting dan utama dalam
penyumbangan kepada KDNK negara.
Dengan ini, saya berpendapat sewajarnya diberikan peruntukan perbelanjaan
pembangunan sehingga RM7.54 bilion jumlahnya. Kalau kita ikut peratusan dari tahun
2019. Justeru itu, saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, bagaimanakah
mekanisme pengagihan peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk setiap negeri ini
diperuntukkan dan diagih dengan nilai yang benar-benar seimbang dan wajar?
Tuan Yang di-Pertua, dalam bab terakhir perbahasan ini, saya ada beberapa
perkara yang saya tidak dapat bangkitkan kerana masa kita tidak cukup. Akan tetapi saya
hendak beritahu kepada kerajaan, ada beberapa isu macam sekolah daif di Sarawak.
Saya rasakan ini ialah satu isu yang penting, yang saya tahu kerajaan adalah bagi
peruntukan yang besar iaitu RM1.2 bilion untuk membantu menaik taraf sekolah daif dan
klinik.
Saya rasa di kawasan saya, bila kita melihat sekolah daif ataupun bangunan daif,
adakah isu pendawaian? Maksudnya, when they are doing the reconstruction of the
school, I hope they can also connect the wiring to the grid and not use the generator set.
Itu satu perkara yang saya hendak minta di sini.
Kedua, di Julau saya nampak kadar kematian di Julau adalah nombor dua atau
tiga tertinggi daripada aspek daerah di seluruh Sarawak. Saya meminta kementerian
membuat satu kajian untuk melihat dan mencari apakah masalah sebenarnya. Tentang
Klinik Kesihatan Kara di kawasan saya. Walaupun beberapa hari yang lepas, Kementerian
Kesihatan ada bagi satu jawapan kata klinik itu sudah dinaiktarafkan pada tahun lepas.
Akan tetapi hari ini saya terima maklumat daripada kementerian, klinik itu belum dibuat
apa-apa pembaikan pada masa sekarang. So, saya minta kementerian buat satu siasatan
kenapa itu tersalah. Mungkin ini boleh diselesaikan pada tahun ini.
| menurun di mana hanya 5.6 peratus sahaja jumlah ini untuk negeri Sarawak yang diterima daripada kerajaan pusat. Tuan Yang di-Pertua, berikut adalah kronologi agihan peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk negeri Sarawak. Jika saya boleh imbas kembali bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2019 hingga tahun 2023. Tahun 2019, Kerajaan Pakatan Harapan diberi jumlah RM4.346 bilion. Peratusan itu 7.945 peratus. Tahun 2020, Pakatan Harapan beri RM4.4 bilion, peratusan itu 7.857 peratus. Tahun 2021, Kerajaan Perikatan Nasional beri RM4.5161 bilion. Peratusan itu adalah 6.545 peratus. Tahun 2022, Perikatan Nasional beri RM4.67 bilion. Peratusan itu adalah 6.177 peratus. Tahun ini, Pakatan Harapan beri RM5.4 bilion dan peratusan itu sudah terjatuh kepada 5.684 peratus. #1940. Peratusan peruntukan ini semakin lama semakin menurun. Jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan RM5.6 bilion yang diperuntukkan untuk negeri Sarawak pada tahun ini pada hakikatnya tidak mencukupi dan tidak seimbang untuk agenda pembangunan di negeri Sarawak. Oleh kerana Sarawak ini peranannya tersangatlah besar dalam menyumbang kepada pertumbuhan KDNK nasional. Ini adalah diakui, di mana Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa Sarawak menyumbang hampir kepada 10 ataupun 12 peratus kepada pertumbuhan KDNK negara menerusi kekayaan hasil sumber alam negeri Sarawak. Bukan setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, jika merujuk kepada kenyataan mantan Menteri Ekonomi pada Mac tahun lepas, negeri Sarawak merupakan negeri yang merekodkan data miskin tegar tertinggi di dalam negara kita. Dilaporkan di Sarawak sahaja, hampir 63 ribu buah keluarga miskin tegar adalah datangnya daripada Sarawak. Ini jelas satu angka yang sangat menyedihkan kerana Sarawak negeri utama yang merupakan penyumbang utama kepada kekayaan negara tetapi ironinya, rakyatnya pula yang terpaling miskin di Malaysia. Di kawasan-kawasan pedalaman pula, rakyat di Sarawak masih hanya bergantung pada sumber air sungai sahaja. Sumber elektrik pula masih bergantung pada bekalan generator. Sarawak sebagai antara negeri terpenting dan utama dalam penyumbangan kepada KDNK negara. Dengan ini, saya berpendapat sewajarnya diberikan peruntukan perbelanjaan pembangunan sehingga RM7.54 bilion jumlahnya. Kalau kita ikut peratusan dari tahun 2019. Justeru itu, saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, bagaimanakah mekanisme pengagihan peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk setiap negeri ini diperuntukkan dan diagih dengan nilai yang benar-benar seimbang dan wajar?. Tuan Yang di-Pertua, dalam bab terakhir perbahasan ini, saya ada beberapa perkara yang saya tidak dapat bangkitkan kerana masa kita tidak cukup. Akan tetapi saya hendak beritahu kepada kerajaan, ada beberapa isu macam sekolah daif di Sarawak. Saya rasakan ini ialah satu isu yang penting, yang saya tahu kerajaan adalah bagi peruntukan yang besar iaitu RM1.2 bilion untuk membantu menaik taraf sekolah daif dan klinik. Saya rasa di kawasan saya, bila kita melihat sekolah daif ataupun bangunan daif, adakah isu pendawaian? Maksudnya, when they are doing the reconstruction of the school, I hope they can also connect the wiring to the grid and not use the generator set. Itu satu perkara yang saya hendak minta di sini. Kedua, di Julau saya nampak kadar kematian di Julau adalah nombor dua atau tiga tertinggi daripada aspek daerah di seluruh Sarawak. Saya meminta kementerian membuat satu kajian untuk melihat dan mencari apakah masalah sebenarnya. Tentang Klinik Kesihatan Kara di kawasan saya. Walaupun beberapa hari yang lepas, Kementerian Kesihatan ada bagi satu jawapan kata klinik itu sudah dinaiktarafkan pada tahun lepas. Akan tetapi hari ini saya terima maklumat daripada kementerian, klinik itu belum dibuat apa-apa pembaikan pada masa sekarang. So, saya minta kementerian buat satu siasatan kenapa itu tersalah. Mungkin ini boleh diselesaikan pada tahun ini. | 116 | 126 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 117
Last, akhir sekali. Ada dua perkara iaitu ATM machine yang dijanjikan daripada
kerajaan yang lepas untuk ditambah di Julau macam Bank Rakyat, Pay Net atau RHB.
Sampai hari ini masih belum selesai, belum ada. Juga balai bomba kategori D yang
dijanjikan dua tahun lepas. Saya hendak tanya kepada KPKT, apakah status terkini untuk
itu? Last sekali, untuk jambatan...
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat
Julau, saya tidak dapat lanjutkan masa lagi mengikut peraturan mesyuarat.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Okey last, just 30 seconds.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Tidak dapat lagi.
Sudah tamat masa.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Okey, terima kasih. Saya
sokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 2
Mac 2023. [Tepuk]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.45 malam]
| Last, akhir sekali. Ada dua perkara iaitu ATM machine yang dijanjikan daripada kerajaan yang lepas untuk ditambah di Julau macam Bank Rakyat, Pay Net atau RHB. Sampai hari ini masih belum selesai, belum ada. Juga balai bomba kategori D yang dijanjikan dua tahun lepas. Saya hendak tanya kepada KPKT, apakah status terkini untuk itu? Last sekali, untuk jambatan... Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat Julau, saya tidak dapat lanjutkan masa lagi mengikut peraturan mesyuarat. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Okey last, just 30 seconds. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Tidak dapat lagi. Sudah tamat masa. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Okey, terima kasih. Saya sokong. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 2 Mac 2023. [Tepuk]. [Dewan ditangguhkan pada pukul 7.45 malam]. | 117 | 127 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.1.4.2002 1
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Isnin, 1 April 2002
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar.
Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih
dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada Barisan Nasional [Tepuk] kerana
memenangi kerusi DUN Ketari dengan lebih majoriti. Ini menunjukkan rakyat Malaysia
percaya Barisan Nasional sahaja boleh menjamin keselamatan dan kemajuan negara
ini.
Seorang Ahli: Pembangkang...
Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Pembangkang tidak boleh. Dia boleh
menjamin kekacauan sahaja. [Disampuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan
saya soalan nombor 1.
1. Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar [Subang] minta Menteri Kesihatan menyatakan
apakah status demam denggi di kawasan USJ dan apakah langkah kementerian untuk
mengatasi masalah ini.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S.G. Sothinathan]:
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2001 sebanyak 119 kes demam denggi telah
dilaporkan di kawasan USJ. Pada tahun ini sehingga bulan Februari sebanyak 20 kes
telah dilaporkan. Kebanyakan kes berlaku di kawasan USJ3, USJ4, USJ6, USJ18 dan
USJ20. Kesemua kawasan USJ adalah di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya
(MPSJ), iaitu pihak berkuasa tempatan. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak
Majlis Perbandaran Subang Jaya pada tahun 2001 adalah seperti berikut:
(i) 33,488 premis telah diperiksa bagi mengesan pembiakan
jentik-jentik nyamuk;
(ii) 128,228 premis telah disembur kabus;
(iii) 11,995 kilogram abate, 1% sand granules telah digunakan
untuk tempat-tempat tertentu dan awam untuk membunuh
jentik-jentik Aedes;
(iv) sebanyak 10,667 risalah telah diedarkan;
(v) sebanyak 10 kempen telah dijalankan;
(vi) sebanyak 1,299 kompaun dan notis dikeluarkan;
(vii) 49 kes telah dibawa ke mahkamah;
(viii) 31 buah sekolah diperiksa di bawah aktiviti Program Bebas
Denggi Sekolah.
Beberapa langkah yang lain juga sedang diambil, iaitu:
(i) bantuan daripada pasukan Pejabat Kesihatan Petaling Jaya;
(ii) meningkatkan lagi program pendidikan kesihatan di
kawasan bermasalah; dan
(iii) meningkatkan lagi aktiviti pemeriksaan di kawasan lapangan
dan juga tapak binaan sekitar kawasan Majlis Perbandaran
Subang Jaya.
| MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 1 April 2002 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar. Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada Barisan Nasional [Tepuk] kerana memenangi kerusi DUN Ketari dengan lebih majoriti. Ini menunjukkan rakyat Malaysia percaya Barisan Nasional sahaja boleh menjamin keselamatan dan kemajuan negara ini. Seorang Ahli: Pembangkang... Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Pembangkang tidak boleh. Dia boleh menjamin kekacauan sahaja. [Disampuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1. 1. Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar [Subang] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah status demam denggi di kawasan USJ dan apakah langkah kementerian untuk mengatasi masalah ini. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S.G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2001 sebanyak 119 kes demam denggi telah dilaporkan di kawasan USJ. Pada tahun ini sehingga bulan Februari sebanyak 20 kes telah dilaporkan. Kebanyakan kes berlaku di kawasan USJ3, USJ4, USJ6, USJ18 dan USJ20. Kesemua kawasan USJ adalah di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), iaitu pihak berkuasa tempatan. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya pada tahun 2001 adalah seperti berikut: (i) 33,488 premis telah diperiksa bagi mengesan pembiakan jentik-jentik nyamuk; (ii) 128,228 premis telah disembur kabus; (iii) 11,995 kilogram abate, 1% sand granules telah digunakan untuk tempat-tempat tertentu dan awam untuk membunuh jentik-jentik Aedes; (iv) sebanyak 10,667 risalah telah diedarkan; (v) sebanyak 10 kempen telah dijalankan; (vi) sebanyak 1,299 kompaun dan notis dikeluarkan; (vii) 49 kes telah dibawa ke mahkamah; (viii) 31 buah sekolah diperiksa di bawah aktiviti Program Bebas Denggi Sekolah. Beberapa langkah yang lain juga sedang diambil, iaitu: (i) bantuan daripada pasukan Pejabat Kesihatan Petaling Jaya; (ii) meningkatkan lagi program pendidikan kesihatan di kawasan bermasalah; dan (iii) meningkatkan lagi aktiviti pemeriksaan di kawasan lapangan dan juga tapak binaan sekitar kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya. | 1 | 11 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
2 DR.1.4.2002
Tuan Lim Hock Seng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat
telah menjawab bahawa ada 200 lebih kes, sama ada dalam 200 lebih kes ini adakah
bilangan maut. Sekiranya pentadbiran Barisan Nasional begitu baik dan cuma satu
USJ sahaja sudah ada 200 lebih kes denggi, bermakna di negara kita ini mungkin ada
beribu-ribu kes. Sekiranya pentadbiran Barisan Nasional begitu baik, mengapa
masalah nyamuk pun tak boleh selesai. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, sila jawab ya.
Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita boleh mengalahkan
DAP di Ketari, saya rasa masalah denggi tidak menjadi masalah lagilah. [Ketawa]
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 24 Mac 2002, iaitu dari 1
Januari sehingga 24 Mac 2002 sebanyak 1,605 kes denggi telah dilaporkan dengan
tujuh kematian berbanding dengan tahun lalu di mana dalam tempoh yang sama 1,263
kes dilaporkan dengan 14 kematian. Jadi, kita sentiasa mengambil tindakan yang
sewajarnya dan itulah kesannya kita dapat lihat bahawa bilangan kematian ini telah
dikurangkan kepada tempoh yang sama bagi tempoh tahun ini.
Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasih juga kepada pihak kementerian kerana memberi jawapan yang terperinci dengan
maklumat-maklumat yang terkini. Walaupun saya percaya langkah-langkah yang
diambil dan akan diambil akan membantu untuk mengurangkan kes denggi, saya juga
percaya ia tidak dapat menghapuskan kematian sepenuhnya yang kadangkala berlaku
di tempat-tempat tertentu. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada....
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta beri penjelasan.
Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Baik Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Bolehkah pihak kementerian menubuhkan satu pusat kajian penyakit denggi di mana
peruntukan yang perlu diberikan untuk mencari satu vaksinasi atau anti-biotic untuk
penyakit denggi supaya kita boleh menghapuskan the fear of death yang kadangkala
berlaku di tempat-tempat di mana penyakit ini berlaku. Terima kasih.
Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan
sentiasa membuat kajian tentang demam denggi ini, di mana pusat penyelidikan
perubatan (IMR) memainkan peranan yang utama dalam segi penyelidikan. Tetapi
yang lebih penting itu ialah kalau setiap rakyat kita dapat mengambil tindakan-tindakan
pencegahan di rumah dan kawasan persekitaran masing-masing, saya rasa itu adalah
langkah yang terbaik bagi kita untuk mengawal perkara ini.
2. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta Menteri
Pertahanan menyatakan memandangkan peristiwa 911 telah menyebabkan Amerika
memperlihatkan kegilaan kuasa tenteranya, apakah langkah-langkah yang diambil
untuk menyekat merebaknya kegilaan tersebut ke negara ini.
Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan
Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia mengutuk
sebarang tindakan keganasan termasuk serangan pada 11 September 2001 di Amerika
Syarikat. Walau bagaimanapun, Malaysia berpendirian bahawa tindakan secara
unilateral oleh mana-mana negara adalah tidak bersesuaian, sebaliknya strategi yang
terbaik ialah melalui usaha bersepadu khususnya di bawah Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu.
Antara langkah-langkah yang telah dan pun diambil oleh Kerajaan Malaysia
adalah meliputi perkara-perkara berikut:
(i) meneruskan menyuara ketegasan pendirian negara
terhadap sebarang bentuk keganasan sama ada di dalam
atau di luar negara;
(ii) Malaysia mestilah berusaha mempamerkan kepada
masyarakat dunia bahawa kita mampu menangani masalah
keselamatan dalam negara. Sebenarnya dalam konteks
ancaman keganasan, Malaysia telah terlebih dahulu
bertindak daripada negara-negara lain dalam usaha
memerangi ancaman militan menerusi penangkapan dan
penahanan anggota-anggota KMM. Daripada segi
| Tuan Lim Hock Seng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat telah menjawab bahawa ada 200 lebih kes, sama ada dalam 200 lebih kes ini adakah bilangan maut. Sekiranya pentadbiran Barisan Nasional begitu baik dan cuma satu USJ sahaja sudah ada 200 lebih kes denggi, bermakna di negara kita ini mungkin ada beribu-ribu kes. Sekiranya pentadbiran Barisan Nasional begitu baik, mengapa masalah nyamuk pun tak boleh selesai. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, sila jawab ya. Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita boleh mengalahkan DAP di Ketari, saya rasa masalah denggi tidak menjadi masalah lagilah. [Ketawa] Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 24 Mac 2002, iaitu dari 1 Januari sehingga 24 Mac 2002 sebanyak 1,605 kes denggi telah dilaporkan dengan tujuh kematian berbanding dengan tahun lalu di mana dalam tempoh yang sama 1,263 kes dilaporkan dengan 14 kematian. Jadi, kita sentiasa mengambil tindakan yang sewajarnya dan itulah kesannya kita dapat lihat bahawa bilangan kematian ini telah dikurangkan kepada tempoh yang sama bagi tempoh tahun ini. Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada pihak kementerian kerana memberi jawapan yang terperinci dengan maklumat-maklumat yang terkini. Walaupun saya percaya langkah-langkah yang diambil dan akan diambil akan membantu untuk mengurangkan kes denggi, saya juga percaya ia tidak dapat menghapuskan kematian sepenuhnya yang kadangkala berlaku di tempat-tempat tertentu. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada.... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta beri penjelasan. Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Baik Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah pihak kementerian menubuhkan satu pusat kajian penyakit denggi di mana peruntukan yang perlu diberikan untuk mencari satu vaksinasi atau anti-biotic untuk penyakit denggi supaya kita boleh menghapuskan the fear of death yang kadangkala berlaku di tempat-tempat di mana penyakit ini berlaku. Terima kasih. Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sentiasa membuat kajian tentang demam denggi ini, di mana pusat penyelidikan perubatan (IMR) memainkan peranan yang utama dalam segi penyelidikan. Tetapi yang lebih penting itu ialah kalau setiap rakyat kita dapat mengambil tindakan-tindakan pencegahan di rumah dan kawasan persekitaran masing-masing, saya rasa itu adalah langkah yang terbaik bagi kita untuk mengawal perkara ini. 2. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta Menteri Pertahanan menyatakan memandangkan peristiwa 911 telah menyebabkan Amerika memperlihatkan kegilaan kuasa tenteranya, apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyekat merebaknya kegilaan tersebut ke negara ini. Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia mengutuk sebarang tindakan keganasan termasuk serangan pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Malaysia berpendirian bahawa tindakan secara unilateral oleh mana-mana negara adalah tidak bersesuaian, sebaliknya strategi yang terbaik ialah melalui usaha bersepadu khususnya di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Antara langkah-langkah yang telah dan pun diambil oleh Kerajaan Malaysia adalah meliputi perkara-perkara berikut: (i) meneruskan menyuara ketegasan pendirian negara terhadap sebarang bentuk keganasan sama ada di dalam atau di luar negara; (ii) Malaysia mestilah berusaha mempamerkan kepada masyarakat dunia bahawa kita mampu menangani masalah keselamatan dalam negara. Sebenarnya dalam konteks ancaman keganasan, Malaysia telah terlebih dahulu bertindak daripada negara-negara lain dalam usaha memerangi ancaman militan menerusi penangkapan dan penahanan anggota-anggota KMM. Daripada segi. | 2 | 12 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 3
pertahanan pula, penglibatan dan kejayaan Angkatan
Tentera Malaysia dalam melaksanakan Ops Pasir telah
diiktiraf sebagai satu langkah positif bagi mengekang aktiviti
keganasan;
(iii) meningkatkan kerjasama secara informal dengan negara-
negara lain khususnya di dalam bidang perisikan bagi
pertukaran maklumat perisikan;
(iv) operasi media massa iaitu media operation perlulah
dipertingkatkan untuk memberikan keyakinan kepada
masyarakat Malaysia dan pada masa yang sama
mempengaruhi masyarakat antarabangsa tentang gambaran
sebenar mengenai Malaysia.
Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Terima kasih kepada jawapan
Yang Berhormat. Nampaknya langkah-langkah yang diambil lebih kepada langkah
berhati-hati. Tetapi yang saya berminat tadi ialah langkah bagaimana pihak
kementerian melihat iaitu sekiranya kemungkinan berlaku serangan itu, jadi adakah
pasukan-pasukan simpanan sukarelawan kita juga akan dikerah ke arah itu. Terima
kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat bagi Hulu
Langat. Seperti yang saya nyatakan, contohnya langkah-langkah yang kita amalkan
pada hari ini di dalam Ops Pasir, kita telah menempatkan beberapa anggota kita di
dalam lokasi-lokasi yang strategik dan ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah
bukan hanya daripada segi, dengan izin, in the form of deterrence, mengelak, maka
ianya juga, bila sesuatu perkara yang berlaku kemungkinan seperti Yang Berhormat
sebutkan, keganasan, maka anggota kita yang kita tempatkan di lokasi-lokasi ini akan
bertindak secepat yang mungkin dengan koordinasi-koordinasi hanya dilakukan
menerusi Angkatan Tentera Malaysia, bahkan juga melibatkan pihak keselamatan
seperti polis. Kerjasama seumpama ini perlu dipertingkatkan bukan hanya usaha
kerjasama yang kita laksanakan di dalam negara kita, bahkan di luar negara.
Contohnya, dengan kerjasama pihak tentera Filipina, kedua-dua tentera laut sering
bertukar maklumat bagaimana contohnya, kalau ada kapal yang mereka sangsi,
mereka akan memaklumkan kepada kita untuk kita membanteras.
Mengenai dengan perkara yang kedua, tidak ada sebab mengapa bila
keadaan terdesak kita tidak mengambil perkhidmatan anggota-anggota sukarela kerana
kita yakin anggota-anggota sukarela yang ada pada hari ini adalah terdiri anggota-
anggota yang terlatih, yang kita telah dedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk
mempertahankan bukan hanya diri mereka, kawasan kampung mereka, bahkan juga
negara. Saya yakin tetapi keadaan itu tidaklah ke tahap seperti yang kita hendakkan
pada hari ini kerana kita yakin bahawa anggota yang sedia ada, yang kita kerahkan
memadai, mencukupi untuk mempertahankan negara kita.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan
untuk mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada Barisan Nasional di bawah kepimpinan
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri [Tepuk] atas kejayaan kita yang
gilang-gemilang dalam pilihan raya yang diadakan semalam.
Saya hendak ucapkan setinggi-tinggi ataupun sebesar-besar takziah kepada
DAP dan juga setinggi-tinggi takziah kepada PAS yang cuba menyokong membawa
rebah kepada DAP dan jelaslah dengan terang bahawa kepercayaan rakyat telah pun
kembali pulih, dan insya-Allah, saya lihat trend ini telah kembali macam pilihan raya
1995. Insya-Allah, dalam pilihan raya yang akan datang mungkin kerusi di sebelah
sana makin tipis dan makin kurang, insya-Allah. Saya mengucap tahniah kepada
semua pengundi di kawasan N.29 Ketari yang telah memilih pilihan yang tepat pada
pilihan raya kecil semalam.
Tuan Yang di-Pertua: Soalannya Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
[Ketawa] Apakah kekuatan ketenteraan kita cukup mampu untuk melindungi
keselamatan dan ketenteraman rakyat dan negara ini dan apakah strategi lain bukan
sahaja dari segi ketenteraan, malah mungkin yang melibatkan rakyat umum terutama
agaknya mungkin untuk meningkatkan kesetiaan rakyat, tidak kira dalam hubungan ini
| pertahanan pula, penglibatan dan kejayaan Angkatan Tentera Malaysia dalam melaksanakan Ops Pasir telah diiktiraf sebagai satu langkah positif bagi mengekang aktiviti keganasan; (iii) meningkatkan kerjasama secara informal dengan negara- negara lain khususnya di dalam bidang perisikan bagi pertukaran maklumat perisikan; (iv) operasi media massa iaitu media operation perlulah dipertingkatkan untuk memberikan keyakinan kepada masyarakat Malaysia dan pada masa yang sama mempengaruhi masyarakat antarabangsa tentang gambaran sebenar mengenai Malaysia. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat. Nampaknya langkah-langkah yang diambil lebih kepada langkah berhati-hati. Tetapi yang saya berminat tadi ialah langkah bagaimana pihak kementerian melihat iaitu sekiranya kemungkinan berlaku serangan itu, jadi adakah pasukan-pasukan simpanan sukarelawan kita juga akan dikerah ke arah itu. Terima kasih. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat bagi Hulu Langat. Seperti yang saya nyatakan, contohnya langkah-langkah yang kita amalkan pada hari ini di dalam Ops Pasir, kita telah menempatkan beberapa anggota kita di dalam lokasi-lokasi yang strategik dan ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah bukan hanya daripada segi, dengan izin, in the form of deterrence, mengelak, maka ianya juga, bila sesuatu perkara yang berlaku kemungkinan seperti Yang Berhormat sebutkan, keganasan, maka anggota kita yang kita tempatkan di lokasi-lokasi ini akan bertindak secepat yang mungkin dengan koordinasi-koordinasi hanya dilakukan menerusi Angkatan Tentera Malaysia, bahkan juga melibatkan pihak keselamatan seperti polis. Kerjasama seumpama ini perlu dipertingkatkan bukan hanya usaha kerjasama yang kita laksanakan di dalam negara kita, bahkan di luar negara. Contohnya, dengan kerjasama pihak tentera Filipina, kedua-dua tentera laut sering bertukar maklumat bagaimana contohnya, kalau ada kapal yang mereka sangsi, mereka akan memaklumkan kepada kita untuk kita membanteras. Mengenai dengan perkara yang kedua, tidak ada sebab mengapa bila keadaan terdesak kita tidak mengambil perkhidmatan anggota-anggota sukarela kerana kita yakin anggota-anggota sukarela yang ada pada hari ini adalah terdiri anggota- anggota yang terlatih, yang kita telah dedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk mempertahankan bukan hanya diri mereka, kawasan kampung mereka, bahkan juga negara. Saya yakin tetapi keadaan itu tidaklah ke tahap seperti yang kita hendakkan pada hari ini kerana kita yakin bahawa anggota yang sedia ada, yang kita kerahkan memadai, mencukupi untuk mempertahankan negara kita. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Perdana Menteri [Tepuk] atas kejayaan kita yang gilang-gemilang dalam pilihan raya yang diadakan semalam. Saya hendak ucapkan setinggi-tinggi ataupun sebesar-besar takziah kepada DAP dan juga setinggi-tinggi takziah kepada PAS yang cuba menyokong membawa rebah kepada DAP dan jelaslah dengan terang bahawa kepercayaan rakyat telah pun kembali pulih, dan insya-Allah, saya lihat trend ini telah kembali macam pilihan raya 1995. Insya-Allah, dalam pilihan raya yang akan datang mungkin kerusi di sebelah sana makin tipis dan makin kurang, insya-Allah. Saya mengucap tahniah kepada semua pengundi di kawasan N.29 Ketari yang telah memilih pilihan yang tepat pada pilihan raya kecil semalam. Tuan Yang di-Pertua: Soalannya Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. [Ketawa] Apakah kekuatan ketenteraan kita cukup mampu untuk melindungi keselamatan dan ketenteraman rakyat dan negara ini dan apakah strategi lain bukan sahaja dari segi ketenteraan, malah mungkin yang melibatkan rakyat umum terutama agaknya mungkin untuk meningkatkan kesetiaan rakyat, tidak kira dalam hubungan ini. | 3 | 13 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
4 DR.1.4.2002
untuk menjaga keselamatan agaknya, siapa sahaja rakyat negara ini yang cinta kepada
negara ini harus dapat mempertahankan keselamatan negara. Jadi, strategi ini, kalau
ada yang telah ataupun yang akan dilaksanakan oleh kerajaan, seterusnya
Kementerian Pertahanan. Terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli
Yang Berhormat bagi Sri Gading. Saya juga turut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. di
atas kurniaNya, kita dapat memenangi kerusi yang baru kita tandingi ini. Ini adalah
satu daripada petunjuk daripada Allah S.W.T kepada masyarakat kita di negara ini,
betapa pentingnya masyarakat memerlukan keamanan dan kestabilan yang ada di
negara kita untuk kita melangsungkan cara penghidupan kita secara aman dan baik.
Saya berdoa ke hadrat Allah S.W.T. mudah-mudahan petunjuk ini juga akan
dapat disedari dan diselami daripada hati dan pemikiran masyarakat kita, bukan hanya
kerajaan bahkan juga pembangkang untuk memastikan agar generasi anak-anak kita
dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan yang ada pada hari ini. Kita
mencukupi…
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: [Ketawa] Insya-Allah, itu Allah S.W.T
akan menentukan segala-galanya. Saya yakin bahawa kekuatan yang ada dalam
negara kita adalah mencukupi walaupun kemungkinan di tahap yang tidak hendak kita
kehendaki, kita hendakkan sistem pertahanan yang lebih baik, lebih canggih lagi, maka
dengan itu kita banyak rancangan untuk membeli pelbagai peralatan dan kita pun sedar
baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah pun mengumumkan
beberapa peralatan yang perlu untuk bukan hanya daripada di lautan bahkan di udara
untuk memastikan agar sistem pertahanan negara kita akan dapat dipertingkatkan
masa demi masa, tetapi saya yakin bahawa pertahanan negara kita pada saat ini
adalah di tahap yang kita boleh mampu menangani bukan hanya masalah daripada
dalam bahkan daripada luar, dan sehingga kita dapat melihat bagaimana anggota
tentera kita dalam keadaan negara kita aman, kita menyambung perkhidmatan yang
baik kerana negara-negara yang memerlukan, di Afghanistan, di Bosnia, walaupun
tidak ada pemimpin UMNO di situ, walaupun tidak ada pengundi Barisan Nasional
tetapi semata-mata untuk ingin melihat bahawa rakyat di dunia juga memerlukan
bantuan.
Walaupun negara kita negara yang kecil, kemampuan dari segi sistem
pertahanan berbanding dengan negara Amerika Syarikat amat terbatas, tetapi kita
yakin bahawa kita juga berkemampuan untuk menghantar, untuk mengamankan
negara dan kita dapat melihat bagaimana kebolehan kita, contohnya kita bersyukur ke
hadrat Allah S.W.T dalam menangani kes komunisme dahulu, pemberontakan komunis
dan beberapa kejadian di peringkat KMM dan juga beberapa kejadian di peringkat Al-
Maunah dan ini telah pun diiktiraf oleh beberapa pimpinan yang cukup mahir dalam
ketenteraan. Contohnya, bila lawatan Panglima Tentera Laut, US Pacific Command,
Admiral Blair daripada Amerika Syarikat pada beberapa bulan yang lalu, mereka telah
menyatakan bahawa Malaysia, dengan izin, is one of the first countries to have adopted
a very systematic approach untuk menangani masalah keganasan terrorism di rantau
ini, bukan hanya di rantau ini bahkan di seluruh negara-negara yang menghadapi
masalah-masalah seperti lanun dan pelbagai, malahan mereka telah menghantar
beberapa pasukan mereka untuk menyelami bagaimana cara dan kaedah yang diguna
pakai oleh negara kita dalam menangani masalah keganasan lanun yang begitu -
alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kita dapat pada hari ini menangani
masalah-masalah itu dapat dikurangkan.
Dan begitu juga dengan perkara yang Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan,
saya amat bersetuju sekali bagaimana rakyat perlu dibangkitkan semangat
nasionalisme mereka untuk mempertahankan negara, sesebuah negara tidak hanya
terbatas di dalam melengkapkan dari segi berapa banyak bala tentera yang kita ada,
berapa kekuatan peralatan, persenjataan yang ada, ini tidak boleh menjamin semata-
mata kekuatan sesuatu negara. Kita dapat melihat peperangan di Vietnam, Peperangan
Dunia di Great Britain bagaimana United Kingdom boleh mempertahankan negara
mereka bila berhadapan dengan Hitler, waktu itu Hitler mempunyai bala tentera,
peralatan yang cukup canggih masa Perang Dunia II, tetapi dengan pasukan sukarela
di seluruh pelosok di pantai Great Britain, di England dapat digerakkan dengan
semangat yang begitu meninggi sehingga boleh mempertahankan negara itu, tidak
dapat dibolosi oleh kuasa Hitler yang begitu kuat sekali dalam Perang Dunia II. Kita
| untuk menjaga keselamatan agaknya, siapa sahaja rakyat negara ini yang cinta kepada negara ini harus dapat mempertahankan keselamatan negara. Jadi, strategi ini, kalau ada yang telah ataupun yang akan dilaksanakan oleh kerajaan, seterusnya Kementerian Pertahanan. Terima kasih. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Sri Gading. Saya juga turut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas kurniaNya, kita dapat memenangi kerusi yang baru kita tandingi ini. Ini adalah satu daripada petunjuk daripada Allah S.W.T kepada masyarakat kita di negara ini, betapa pentingnya masyarakat memerlukan keamanan dan kestabilan yang ada di negara kita untuk kita melangsungkan cara penghidupan kita secara aman dan baik. Saya berdoa ke hadrat Allah S.W.T. mudah-mudahan petunjuk ini juga akan dapat disedari dan diselami daripada hati dan pemikiran masyarakat kita, bukan hanya kerajaan bahkan juga pembangkang untuk memastikan agar generasi anak-anak kita dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan yang ada pada hari ini. Kita mencukupi... Seorang Ahli: [Menyampuk]. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: [Ketawa] Insya-Allah, itu Allah S.W.T akan menentukan segala-galanya. Saya yakin bahawa kekuatan yang ada dalam negara kita adalah mencukupi walaupun kemungkinan di tahap yang tidak hendak kita kehendaki, kita hendakkan sistem pertahanan yang lebih baik, lebih canggih lagi, maka dengan itu kita banyak rancangan untuk membeli pelbagai peralatan dan kita pun sedar baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah pun mengumumkan beberapa peralatan yang perlu untuk bukan hanya daripada di lautan bahkan di udara untuk memastikan agar sistem pertahanan negara kita akan dapat dipertingkatkan masa demi masa, tetapi saya yakin bahawa pertahanan negara kita pada saat ini adalah di tahap yang kita boleh mampu menangani bukan hanya masalah daripada dalam bahkan daripada luar, dan sehingga kita dapat melihat bagaimana anggota tentera kita dalam keadaan negara kita aman, kita menyambung perkhidmatan yang baik kerana negara-negara yang memerlukan, di Afghanistan, di Bosnia, walaupun tidak ada pemimpin UMNO di situ, walaupun tidak ada pengundi Barisan Nasional tetapi semata-mata untuk ingin melihat bahawa rakyat di dunia juga memerlukan bantuan. Walaupun negara kita negara yang kecil, kemampuan dari segi sistem pertahanan berbanding dengan negara Amerika Syarikat amat terbatas, tetapi kita yakin bahawa kita juga berkemampuan untuk menghantar, untuk mengamankan negara dan kita dapat melihat bagaimana kebolehan kita, contohnya kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dalam menangani kes komunisme dahulu, pemberontakan komunis dan beberapa kejadian di peringkat KMM dan juga beberapa kejadian di peringkat Al- Maunah dan ini telah pun diiktiraf oleh beberapa pimpinan yang cukup mahir dalam ketenteraan. Contohnya, bila lawatan Panglima Tentera Laut, US Pacific Command, Admiral Blair daripada Amerika Syarikat pada beberapa bulan yang lalu, mereka telah menyatakan bahawa Malaysia, dengan izin, is one of the first countries to have adopted a very systematic approach untuk menangani masalah keganasan terrorism di rantau ini, bukan hanya di rantau ini bahkan di seluruh negara-negara yang menghadapi masalah-masalah seperti lanun dan pelbagai, malahan mereka telah menghantar beberapa pasukan mereka untuk menyelami bagaimana cara dan kaedah yang diguna pakai oleh negara kita dalam menangani masalah keganasan lanun yang begitu- alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kita dapat pada hari ini menangani masalah-masalah itu dapat dikurangkan. Dan begitu juga dengan perkara yang Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan, saya amat bersetuju sekali bagaimana rakyat perlu dibangkitkan semangat nasionalisme mereka untuk mempertahankan negara, sesebuah negara tidak hanya terbatas di dalam melengkapkan dari segi berapa banyak bala tentera yang kita ada, berapa kekuatan peralatan, persenjataan yang ada, ini tidak boleh menjamin semata- mata kekuatan sesuatu negara. Kita dapat melihat peperangan di Vietnam, Peperangan Dunia di Great Britain bagaimana United Kingdom boleh mempertahankan negara mereka bila berhadapan dengan Hitler, waktu itu Hitler mempunyai bala tentera, peralatan yang cukup canggih masa Perang Dunia II, tetapi dengan pasukan sukarela di seluruh pelosok di pantai Great Britain, di England dapat digerakkan dengan semangat yang begitu meninggi sehingga boleh mempertahankan negara itu, tidak dapat dibolosi oleh kuasa Hitler yang begitu kuat sekali dalam Perang Dunia II. Kita. | 4 | 14 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 5
lihat begitu juga di Vietnam, kekuatan kecanggihan peralatan Amerika Syarikat tidak
dapat menangani kuasa Vietnam. Begitu juga saya yakin di negara kita, kalau rakyat
cintakan keamanan, kesejahteraan, dan yakin ingin mempertahankan negara, tidak
pula terlibat dalam menghasut agar rakyat di negara ini memberontak dan melibatkan
diri mereka dalam pelbagai kegiatan, akhirnya boleh memudaratkan, ini akan
menjejaskan keamanan dan kesejahteraan negara kita.
[Soalan No. 3 – Y.B. Tuan Juslie bin Ajirol [Libaran] tidak hadir]
4. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta
Menteri Pertahanan menyatakan sejauh manakah keupayaan dan kemampuan
kesemua pesawat-pesawat pejuang negara dalam menjalankan operasi dan latihan
kerana berdasarkan laporan kementerian baru-baru ini kerosakan pesawat lebih dikenal
pasti sebagai punca utama pesawat TUDM terhempas lebih daripada kesilapan
manusia.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, pesawat-pesawat pejuang negara adalah cukup mampu dan
berupaya menjalankan operasi mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.
Selain dari itu, pelaksanaan latihan-latihan yang dijalankan bagi mencapai keupayaan
operasi juga adalah mencukupi. Namun demikian, TUDM sentiasa berusaha
meningkatkan kemampuan yang sedia ada serta memperkembangkan lagi keupayaan
sistem senjata udara bagi menghadapi cabaran masa depan.
Semenjak tahun 1995 hingga 2002 sebanyak sembilan pesawat pejuang
terhempas – lima berpunca daripada faktor manusia; satu faktor teknikal; satu
kombinasi faktor manusia dan teknikal; dan dua lagi kemalangan tahun 2002 masih
dalam penyiasatan.
Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussein: Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam jawapan soalan
tadi, soalan tambahan saya, bolehkan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan
lebih lanjut sejauh manakah anggota teknikal TUDM terlatih dalam usaha memperbaiki
membaik pulih pesawat milik TUDM dan di manakah mereka ini dihantar untuk berlatih
bagi meningkatkan kemahiran mereka. Terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Sepang tadi iaitu
bagaimana adakah anggota-anggota kita cukup terlatih. Sebahagian daripada anggota-
anggota kita memang terlatih di dalam memperbaiki peralatan-peralatan yang sedia
ada, di TUDM di samping kita juga memerlukan perkhidmatan daripada AIROD
contohnya, di mana ada kemahiran tempatan untuk memperbaiki peralatan.
Di samping kita melatih mereka bekerjasama contohnya mengenai dengan
peralatan kapal terbang daripada Rusia, kita tubuhkan satu syarikat di Kuantan yang
melibatkan bukan hanya teknikal, bahkan juga man power dari negara itu ditempatkan
di negara kita untuk bekerjasama melatih anak-anak tempatan kita di dalam tentera
udara untuk mereka didedahkan dengan pelbagai kemahiran. Tidak cukup daripada
itu, kita menghantar anak-anak ini ke luar negara, ke Jerman, ke United Kingdom dan
beberapa tempat untuk mereka didedahkan dengan pelbagai kemahiran sesuai dengan
peralatan yang kita sedia ada, untuk memastikan bahawa pada setiap ketika mereka
mampu untuk dapat memperbaiki peralatan yang sedia ada di negara kita, kalau
sekiranya sesuatu berlaku, peperangankah ataupun keadaan yang tidak ingini berlaku,
maka dalam keadaan kerosakan mereka pasti boleh kita gerakkan untuk memperbaiki
peralatan yang sedia ada. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang
Berhormat menerangkan berapa jumlah wang yang telah pun dibelanjakan untuk
mendapat keupayaan kemampuan kita di dalam operasi yang telah disebutkan oleh
Ahli Yang Berhormat termasuklah menghantar pegawai-pegawai kita ke seberang laut
dan apakah kejayaannya di dalam projek sistem pertahanan udara kita (Jernas) ini,
namanya baik tetapi nampak saya maklumat daripada Kementerian Pertahanan ini
tidak baik, tidak bernas. Jernas tetapi tidak bernas, tidak lengkap.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Merapulah itu!
| lihat begitu juga di Vietnam, kekuatan kecanggihan peralatan Amerika Syarikat tidak dapat menangani kuasa Vietnam. Begitu juga saya yakin di negara kita, kalau rakyat cintakan keamanan, kesejahteraan, dan yakin ingin mempertahankan negara, tidak pula terlibat dalam menghasut agar rakyat di negara ini memberontak dan melibatkan diri mereka dalam pelbagai kegiatan, akhirnya boleh memudaratkan, ini akan menjejaskan keamanan dan kesejahteraan negara kita. [Soalan No. 3- Y.B. Tuan Juslie bin Ajirol [Libaran] tidak hadir]. 4. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta Menteri Pertahanan menyatakan sejauh manakah keupayaan dan kemampuan kesemua pesawat-pesawat pejuang negara dalam menjalankan operasi dan latihan kerana berdasarkan laporan kementerian baru-baru ini kerosakan pesawat lebih dikenal pasti sebagai punca utama pesawat TUDM terhempas lebih daripada kesilapan manusia. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pesawat-pesawat pejuang negara adalah cukup mampu dan berupaya menjalankan operasi mempertahankan kedaulatan ruang udara negara. Selain dari itu, pelaksanaan latihan-latihan yang dijalankan bagi mencapai keupayaan operasi juga adalah mencukupi. Namun demikian, TUDM sentiasa berusaha meningkatkan kemampuan yang sedia ada serta memperkembangkan lagi keupayaan sistem senjata udara bagi menghadapi cabaran masa depan. Semenjak tahun 1995 hingga 2002 sebanyak sembilan pesawat pejuang terhempas- lima berpunca daripada faktor manusia; satu faktor teknikal; satu kombinasi faktor manusia dan teknikal; dan dua lagi kemalangan tahun 2002 masih dalam penyiasatan. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussein: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam jawapan soalan tadi, soalan tambahan saya, bolehkan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan lebih lanjut sejauh manakah anggota teknikal TUDM terlatih dalam usaha memperbaiki membaik pulih pesawat milik TUDM dan di manakah mereka ini dihantar untuk berlatih bagi meningkatkan kemahiran mereka. Terima kasih. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Sepang tadi iaitu bagaimana adakah anggota-anggota kita cukup terlatih. Sebahagian daripada anggota- anggota kita memang terlatih di dalam memperbaiki peralatan-peralatan yang sedia ada, di TUDM di samping kita juga memerlukan perkhidmatan daripada AIROD contohnya, di mana ada kemahiran tempatan untuk memperbaiki peralatan. Di samping kita melatih mereka bekerjasama contohnya mengenai dengan peralatan kapal terbang daripada Rusia, kita tubuhkan satu syarikat di Kuantan yang melibatkan bukan hanya teknikal, bahkan juga man power dari negara itu ditempatkan di negara kita untuk bekerjasama melatih anak-anak tempatan kita di dalam tentera udara untuk mereka didedahkan dengan pelbagai kemahiran. Tidak cukup daripada itu, kita menghantar anak-anak ini ke luar negara, ke Jerman, ke United Kingdom dan beberapa tempat untuk mereka didedahkan dengan pelbagai kemahiran sesuai dengan peralatan yang kita sedia ada, untuk memastikan bahawa pada setiap ketika mereka mampu untuk dapat memperbaiki peralatan yang sedia ada di negara kita, kalau sekiranya sesuatu berlaku, peperangankah ataupun keadaan yang tidak ingini berlaku, maka dalam keadaan kerosakan mereka pasti boleh kita gerakkan untuk memperbaiki peralatan yang sedia ada. Terima kasih. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan berapa jumlah wang yang telah pun dibelanjakan untuk mendapat keupayaan kemampuan kita di dalam operasi yang telah disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat termasuklah menghantar pegawai-pegawai kita ke seberang laut dan apakah kejayaannya di dalam projek sistem pertahanan udara kita (Jernas) ini, namanya baik tetapi nampak saya maklumat daripada Kementerian Pertahanan ini tidak baik, tidak bernas. Jernas tetapi tidak bernas, tidak lengkap. Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Merapulah itu!. | 5 | 15 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
6 DR.1.4.2002
Dr. Tan Seng Giaw: Bolehkah Yang Berhormat terangkan setakat ini berapa
buah helikopter yang telah pun dibeli daripada Afrika Selatan?
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak
menjawab persoalan yang akhir tadi, yang itu bernas, yang lain itu tidak bernas.
[Ketawa] Sekarang ini kita belum ada lagi helikopter daripada Afrika Selatan, memang
ada rancangan kita sebahagian daripada peralatan helikopter yang kita hendak
membeli tetapi untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, peralatan Jernas adalah
merupakan peralatan yang baru, saya pun tidak tahu daripada mana Ahli Yang
Berhormat tahu bahawa peralatan ini adalah peralatan yang tidak baik, yang boleh…
Dr. Tan Seng Giaw: Maklumat tidak baik.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: [Ketawa] Untuk mepertingkatkan
sistem yang sedia ada, seperti Ahli Yang Berhormat tanyakan tadi, berapa jumlah
kewangan. Sebanyak mungkin, saya tidak boleh hendak sebut, dengan izin, how much
is the amount or limit, untuk kita hendak melengkapkan sistem ruang udara yang begini
luas dalam keadaan hendak dalam sektor pendidikan diperlukan, hendak dalam
prasarana yang sedia ada. Kelantan hendak air walaupun dalam keadaan diperintah
oleh pembangkang, perlu dibantu, maka dalam keadaan itu kita harus mentadbir
kewangan dengan secara baik, tetapi kita yakin dalam keadaan yang ada pada hari ini,
di mana kerajaan berhasrat untuk membeli peralatan-peralatan seperti Sukhoi SU-
30MK multi combat aircraft daripada Rusia, dan juga kita mempunyai MI29 Mith yang
ada daripada Rusia juga dan kita mempunyai kapal terbang Hawk, buat setakat ini
peralatan ini mencukupi untuk kita mempertahankan negara kita.
Tetapi saya yakin dengan adanya peralatan-peralatan tambahan seperti Ahli
Yang Berhormat sarankan, saya yakin lebih baik, maka dengan itu saya juga berharap
Ahli Yang Berhormat boleh mengutarakan betapa perlunya kementerian ini
dilengkapkan dengan sebanyak mungkin kewangan untuk memastikan supaya kita
dapat memperolehi peralatan-peralatan yang baru termasuklah peralatan Jernas di
mana kerajaan sudah pun memutuskan untuk kita hendak membeli, saya tahu bahawa
sebab perkara ini amat penting sekali bagi kita untuk mempertahankan negara kita dan
perlatan ini cukup baik dan sesuai untuk diguna pakai oleh negara kita.
[Soalan No. 5 – Y.B. Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah) tidak hadir]
6. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin [Arau] minta Menteri Dalam
Negeri menyatakan apakah tindakan kementerian kepada pertubuhan politik yang
melanggar larangan mengadakan ceramah umum dan berapakah bilangan ceramah
umum yang diadakan tanpa permit dan berapa orangkah yang telah diambil tindakan
oleh kerajaan, serta kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk larangan ini
dikuatkuasakan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri Abu Zahar
bin Isnin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan daripada soalan daripada
Ahli Yang Berhormat bagi Arau itu, adalah dimaklumkan bahawa pihak polis akan
bertindak mengenal pasti dan menahan mereka yang bertanggungjawab mengadakan
ceramah umum ataupun mana-mana ceramah tanpa kelulusan permit, berdasarkan
undang-undang yang sedia ada. Bilangan ceramah umum yang telah diadakan tanpa
permit atau kebenaran daripada Julai 2001 hingga Februari 2002 adalah 28 insiden.
Individu-individu yang dikenal pasti terlibat telah pun ditahan dan diambil tindakan
undang-undang. Insiden-insiden ceramah umum yang diadakan tanpa kebenaran ini
telah menyebabkan kerugian masa dan sumber manusia anggota polis yang boleh
disalurkan kepada menjalankan tugas-tugas keselamatan yang lain seperti menyiasat
kes-kes jenayah berat dan juga jenayah-jenayah perdagangan.
Pihak polis akan terus menggunakan mana-mana akta pencegahan bagi
membendung segala kegiatan politik yang boleh mengancam keselamatan negara.
Pendekatan tersebut perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan juga negara tidak
digugat oleh pihak-pihak yang menggunakan hak asasi manusia dan juga kebebasan
bercakap untuk cuba meletakkan rakyat dan negara dalam keadaan yang tidak stabil.
Seterusnya adalah diharapkan semua pihak mengambil ingatan bahawa larangan
mengadakan ceramah umum ini hendaklah dipatuhi. Terima kasih.
| Dr. Tan Seng Giaw: Bolehkah Yang Berhormat terangkan setakat ini berapa buah helikopter yang telah pun dibeli daripada Afrika Selatan? Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menjawab persoalan yang akhir tadi, yang itu bernas, yang lain itu tidak bernas. [Ketawa] Sekarang ini kita belum ada lagi helikopter daripada Afrika Selatan, memang ada rancangan kita sebahagian daripada peralatan helikopter yang kita hendak membeli tetapi untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, peralatan Jernas adalah merupakan peralatan yang baru, saya pun tidak tahu daripada mana Ahli Yang Berhormat tahu bahawa peralatan ini adalah peralatan yang tidak baik, yang boleh... Dr. Tan Seng Giaw: Maklumat tidak baik. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: [Ketawa] Untuk mepertingkatkan sistem yang sedia ada, seperti Ahli Yang Berhormat tanyakan tadi, berapa jumlah kewangan. Sebanyak mungkin, saya tidak boleh hendak sebut, dengan izin, how much is the amount or limit, untuk kita hendak melengkapkan sistem ruang udara yang begini luas dalam keadaan hendak dalam sektor pendidikan diperlukan, hendak dalam prasarana yang sedia ada. Kelantan hendak air walaupun dalam keadaan diperintah oleh pembangkang, perlu dibantu, maka dalam keadaan itu kita harus mentadbir kewangan dengan secara baik, tetapi kita yakin dalam keadaan yang ada pada hari ini, di mana kerajaan berhasrat untuk membeli peralatan-peralatan seperti Sukhoi SU- 30MK multi combat aircraft daripada Rusia, dan juga kita mempunyai MI29 Mith yang ada daripada Rusia juga dan kita mempunyai kapal terbang Hawk, buat setakat ini peralatan ini mencukupi untuk kita mempertahankan negara kita. Tetapi saya yakin dengan adanya peralatan-peralatan tambahan seperti Ahli Yang Berhormat sarankan, saya yakin lebih baik, maka dengan itu saya juga berharap Ahli Yang Berhormat boleh mengutarakan betapa perlunya kementerian ini dilengkapkan dengan sebanyak mungkin kewangan untuk memastikan supaya kita dapat memperolehi peralatan-peralatan yang baru termasuklah peralatan Jernas di mana kerajaan sudah pun memutuskan untuk kita hendak membeli, saya tahu bahawa sebab perkara ini amat penting sekali bagi kita untuk mempertahankan negara kita dan perlatan ini cukup baik dan sesuai untuk diguna pakai oleh negara kita. [Soalan No. 5- Y.B. Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah) tidak hadir]. 6. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin [Arau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan kementerian kepada pertubuhan politik yang melanggar larangan mengadakan ceramah umum dan berapakah bilangan ceramah umum yang diadakan tanpa permit dan berapa orangkah yang telah diambil tindakan oleh kerajaan, serta kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk larangan ini dikuatkuasakan. Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan daripada soalan daripada Ahli Yang Berhormat bagi Arau itu, adalah dimaklumkan bahawa pihak polis akan bertindak mengenal pasti dan menahan mereka yang bertanggungjawab mengadakan ceramah umum ataupun mana-mana ceramah tanpa kelulusan permit, berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Bilangan ceramah umum yang telah diadakan tanpa permit atau kebenaran daripada Julai 2001 hingga Februari 2002 adalah 28 insiden. Individu-individu yang dikenal pasti terlibat telah pun ditahan dan diambil tindakan undang-undang. Insiden-insiden ceramah umum yang diadakan tanpa kebenaran ini telah menyebabkan kerugian masa dan sumber manusia anggota polis yang boleh disalurkan kepada menjalankan tugas-tugas keselamatan yang lain seperti menyiasat kes-kes jenayah berat dan juga jenayah-jenayah perdagangan. Pihak polis akan terus menggunakan mana-mana akta pencegahan bagi membendung segala kegiatan politik yang boleh mengancam keselamatan negara. Pendekatan tersebut perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan juga negara tidak digugat oleh pihak-pihak yang menggunakan hak asasi manusia dan juga kebebasan bercakap untuk cuba meletakkan rakyat dan negara dalam keadaan yang tidak stabil. Seterusnya adalah diharapkan semua pihak mengambil ingatan bahawa larangan mengadakan ceramah umum ini hendaklah dipatuhi. Terima kasih. | 6 | 16 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 7
Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih, Tuan Yang di-
Pertua. Soalan tambahan. Saya percaya bahawa hasrat kerajaan untuk mengadakan
larangan kepada ceramah umum ini adalah dengan niat yang baik untuk menjaga
keadaan negara dan menentukan supaya rakyat menumpukan kepada usaha-usaha
pembangunan. Walaupun demikian, Yang Berhormat tadi mengatakan bahawa
terdapat 28 insiden di mana pihak-pihak yang mengadakan ceramah umum ini
melanggar peraturan dengan mengadakannya tanpa permit.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, daripada ceramah-ceramah
umum yang diadakan yang melanggar larangan ini, berapa orangkah Ahli Parlimen,
ADUN dan Ahli Dewan Negara yang terlibat kerana mereka adalah penggubal undang-
undang? Bagaimana mereka yang diberi tanggungjawab, memikul tanggungjawab
untuk menggubal undang-undang tetapi mereka pula menunjukkan kepada masyarakat
contoh yang tidak baik, mereka melanggar undang-undang.
Dan juga saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah tindakan-
tindakan yang diambil kepada isi-isi ceramah yang merupakan fitnah? Kalau kita lihat
di negara Singapura, pembangkang hampir bankrap. Ada pihak pembangkang yang
bankrap diambil tindakan mahkamah kerana tingkah laku mereka yang menyebabkan
ada peraturan undang-undang yang boleh diambil ke atas mereka, sedangkan di
negara kita, walaupun kita semua mengutuk perbuatan memfitnah tanpa fakta-fakta
yang tepat ini tetapi ia terus berleluasa. Adakah kerajaan akan membuat sesuatu
tindakan kepada mereka yang menyebarkan fitnah ini supaya perkara ini tidak
berterusan? Terima kasih.
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima
kasih kepada Yang Berhormat bagi Arau. Pertama sekali, beliau hendak saya
nyatakan sama ada mereka yang berceramah ini datang daripada para penggubal
undang-undang seperti Ahli-Ahli Parlimen, memang ada! Dan polis telah mengambil
tindakan-tindakan kepada mereka ini mengikut saluran undang-undang yang ada.
Sama ada mereka akan didakwa lebih lanjut atau tidak, terpulanglah kepada perkara-
perkara yang ditimbulkan oleh mereka melalui ceramah-ceramah ini.
Untuk makluman Yang Berhormat bagi Arau, polis sedang mengenal pasti
ceramah-ceramah melalui rakaman-rakaman pita yang sedang dijual ataupun diperoleh
oleh pihak polis, sama ada melalui rakaman ini, ucapan-ucapan itu boleh diambil
ataupun sedang disiasat dan sama ada boleh kita letakkan dalam Akta Hasutan
ceramah-ceramah ini. Dan jika ada, saya rasa tindakan seterusnya akan diambil oleh
pihak polis. Terima kasih.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih, Tuan Yang di-
Pertua. Saya ingin merujuk kepada yang pertamanya, insiden yang berlaku pada bulan
Februari di Kuala Terengganu, di mana suatu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang
dianjurkan oleh Urusetia Kerajaan Negeri Terengganu, di mana pihak polis telah
menggunakan sepenuh tenaganya, mobilize tenaga yang ada dan cuba menghalang
suatu majlis kerajaan dalam premis Kerajaan Negeri Terengganu di balai raya, di
Kampung Tanjung pada Februari yang lepas.
Ketua Polis Terengganu berada dalam premis di Balai Raya Tanjung itu dan
cuba menghalang program Kerajaan Negeri Terengganu – Pemimpin Bersama Rakyat
di mana pihak FRU, polis dan segala tenaga yang ada telah menyekat jalan-jalan raya
di bandar Kuala Terengganu, di Kampung Tanjung. Jadi, apakah ini merupakan suatu
tindakan yang demokratik dengan menggunakan polis, sedangkan program yang
dianjurkan itu adalah program kerajaan negeri, bukan program parti tetapi program-
program kerajaan negeri tetapi mendapat halangan daripada pihak berkuasa. Yang
keduanya, persoalan ceramah umum, parti pembangkang tidak mendapat ruang
langsung dalam media masa di negara kita. Dalam amalan demokrasi…
Beberapa Ahli: [Membantah kerana tidak setuju].
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Dalam amalan demokrasi, hak
untuk berhimpun itu perlu diberikan kepada mana-mana parti politik yang ada.
Permasalahan yang ada adalah kerana kebimbangan UMNO sendiri akibat daripada
program-program yang dianjurkan oleh parti pembangkang. Pihak kerajaan tidak
mempunyai suatu garis panduan, apakah program ceramah yang dibenarkan kepada
parti pembangkang. Contohnya dalam premis yang dianjurkan di Kupang, Kedah.
| Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Saya percaya bahawa hasrat kerajaan untuk mengadakan larangan kepada ceramah umum ini adalah dengan niat yang baik untuk menjaga keadaan negara dan menentukan supaya rakyat menumpukan kepada usaha-usaha pembangunan. Walaupun demikian, Yang Berhormat tadi mengatakan bahawa terdapat 28 insiden di mana pihak-pihak yang mengadakan ceramah umum ini melanggar peraturan dengan mengadakannya tanpa permit. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, daripada ceramah-ceramah umum yang diadakan yang melanggar larangan ini, berapa orangkah Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Dewan Negara yang terlibat kerana mereka adalah penggubal undang- undang? Bagaimana mereka yang diberi tanggungjawab, memikul tanggungjawab untuk menggubal undang-undang tetapi mereka pula menunjukkan kepada masyarakat contoh yang tidak baik, mereka melanggar undang-undang. Dan juga saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah tindakan- tindakan yang diambil kepada isi-isi ceramah yang merupakan fitnah? Kalau kita lihat di negara Singapura, pembangkang hampir bankrap. Ada pihak pembangkang yang bankrap diambil tindakan mahkamah kerana tingkah laku mereka yang menyebabkan ada peraturan undang-undang yang boleh diambil ke atas mereka, sedangkan di negara kita, walaupun kita semua mengutuk perbuatan memfitnah tanpa fakta-fakta yang tepat ini tetapi ia terus berleluasa. Adakah kerajaan akan membuat sesuatu tindakan kepada mereka yang menyebarkan fitnah ini supaya perkara ini tidak berterusan? Terima kasih. Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Arau. Pertama sekali, beliau hendak saya nyatakan sama ada mereka yang berceramah ini datang daripada para penggubal undang-undang seperti Ahli-Ahli Parlimen, memang ada! Dan polis telah mengambil tindakan-tindakan kepada mereka ini mengikut saluran undang-undang yang ada. Sama ada mereka akan didakwa lebih lanjut atau tidak, terpulanglah kepada perkara- perkara yang ditimbulkan oleh mereka melalui ceramah-ceramah ini. Untuk makluman Yang Berhormat bagi Arau, polis sedang mengenal pasti ceramah-ceramah melalui rakaman-rakaman pita yang sedang dijual ataupun diperoleh oleh pihak polis, sama ada melalui rakaman ini, ucapan-ucapan itu boleh diambil ataupun sedang disiasat dan sama ada boleh kita letakkan dalam Akta Hasutan ceramah-ceramah ini. Dan jika ada, saya rasa tindakan seterusnya akan diambil oleh pihak polis. Terima kasih. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin merujuk kepada yang pertamanya, insiden yang berlaku pada bulan Februari di Kuala Terengganu, di mana suatu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dianjurkan oleh Urusetia Kerajaan Negeri Terengganu, di mana pihak polis telah menggunakan sepenuh tenaganya, mobilize tenaga yang ada dan cuba menghalang suatu majlis kerajaan dalam premis Kerajaan Negeri Terengganu di balai raya, di Kampung Tanjung pada Februari yang lepas. Ketua Polis Terengganu berada dalam premis di Balai Raya Tanjung itu dan cuba menghalang program Kerajaan Negeri Terengganu- Pemimpin Bersama Rakyat di mana pihak FRU, polis dan segala tenaga yang ada telah menyekat jalan-jalan raya di bandar Kuala Terengganu, di Kampung Tanjung. Jadi, apakah ini merupakan suatu tindakan yang demokratik dengan menggunakan polis, sedangkan program yang dianjurkan itu adalah program kerajaan negeri, bukan program parti tetapi program- program kerajaan negeri tetapi mendapat halangan daripada pihak berkuasa. Yang keduanya, persoalan ceramah umum, parti pembangkang tidak mendapat ruang langsung dalam media masa di negara kita. Dalam amalan demokrasi... Beberapa Ahli: [Membantah kerana tidak setuju]. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Dalam amalan demokrasi, hak untuk berhimpun itu perlu diberikan kepada mana-mana parti politik yang ada. Permasalahan yang ada adalah kerana kebimbangan UMNO sendiri akibat daripada program-program yang dianjurkan oleh parti pembangkang. Pihak kerajaan tidak mempunyai suatu garis panduan, apakah program ceramah yang dibenarkan kepada parti pembangkang. Contohnya dalam premis yang dianjurkan di Kupang, Kedah. | 7 | 17 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
8 DR.1.4.2002
Program dalam premis di mana FRU telah bertindak dengan begitu ganas dan
menangkap pemimpin-pemimpin parti politik khususnya parti pembangkang.
Beberapa Ahli: [Menyampuk kerana tidak bersetuju]
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat!
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Jadi ini soalan saya!
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, ya.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Bercelarunya pihak Kementerian
Dalam Negeri dalam menangani persoalan ceramah umum ini yang sebenarnya adalah
permasalahan UMNO sendiri, takut untuk berhadapan dengan realiti yang ada dalam
negara kita. Terima kasih.
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara kerana tidak bersetuju
dengan kenyataan Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu]
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada
soalan Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu, kita di Kementerian Dalam Negeri
tidak pernah bercelaru. Sebenarnya parti pembangkang yang bercelaru.
Beberapa Ahli: Ya!
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Menggunakan hak kebebasan dan hak
asasi manusia. Tetapi saya ingin merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan [Merujuk
buku Perlembagaan Persekutuan]. Tuan Yang di-Pertua, iaitu Bahagian 2, 10 –
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. Sila rujuk Fasal 10(2) –
Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan… dan beberapa lagi, banyak lagi
bawah itu. Ada perkara-perkara yang kita boleh luluskan Tuan Yang di-Pertua tetapi
kalau misal kata ceramah itu, tadi yang disebut melalui premis tetapi kalau dalam
premis pun, jika ceramah itu boleh menimbulkan perasaan marah rakyat dan boleh
mengancam keselamatan negara sebagaimana yang saya nyatakan tadi, itulah
sebabnya polis mengambil tindakan mencegah sebelum berlakunya perkara-perkara
yang tidak dikehendaki.
Beberapa Ahli: Betul!
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Jadi oleh sebab itu, sekali lagi saya katakan
bahawa pembangkang ini yang bercelaru berkaitan dengan mentafsirkan undang-
undang, Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak pasti, baca balik Perlembagaan yang ada
ini. Kalau hendak saya berceramah tentang Perlembagaan ini pun boleh juga, tetapi
saya tidak perlulah berbuat begitu kerana saya bukan seorang peguam, Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Saya minta maaf, saya sedang menjawab
soalan, duduk dahulu!
Beberapa Ahli: [Ketawa]
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Apa macam saudara? Betul atau tidak?
Beberapa Ahli: Betul! [Ketawa]
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Jangan kacaulah! Orang hendak menjawab
soalan. [Ketawa] Selain daripada itu, sebagaimana yang saya nyatakan tadi, ceramah-
ceramah umum ataupun ceramah-ceramah dalam premis-premis ini, pertama sekali
ceramah umum, kita takut perkara-perkara yang tidak baik berlaku. Oleh sebab itu,
polis ada untuk menjaga keselamatan supaya jangan berlakunya perkara-perkara yang
tidak dikehendaki. Sepatutnya pihak pembangkang juga patut berterima kasih kepada
pihak polis…
Beberapa Ahli: Ya! [Tepuk]
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Jangan cuba hendak menuduh polis sahaja
tetapi keselamatan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang juga adalah
tanggungjawab polis bersama!.
Beberapa Ahli: Ya! [Tepuk].
| Program dalam premis di mana FRU telah bertindak dengan begitu ganas dan menangkap pemimpin-pemimpin parti politik khususnya parti pembangkang. Beberapa Ahli: [Menyampuk kerana tidak bersetuju]. Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat!. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Jadi ini soalan saya!. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, ya. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Bercelarunya pihak Kementerian Dalam Negeri dalam menangani persoalan ceramah umum ini yang sebenarnya adalah permasalahan UMNO sendiri, takut untuk berhadapan dengan realiti yang ada dalam negara kita. Terima kasih. Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara kerana tidak bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu]. Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu, kita di Kementerian Dalam Negeri tidak pernah bercelaru. Sebenarnya parti pembangkang yang bercelaru. Beberapa Ahli: Ya!. Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Menggunakan hak kebebasan dan hak asasi manusia. Tetapi saya ingin merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan [Merujuk buku Perlembagaan Persekutuan]. Tuan Yang di-Pertua, iaitu Bahagian 2, 10- Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. Sila rujuk Fasal 10(2)- Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan... dan beberapa lagi, banyak lagi bawah itu. Ada perkara-perkara yang kita boleh luluskan Tuan Yang di-Pertua tetapi kalau misal kata ceramah itu, tadi yang disebut melalui premis tetapi kalau dalam premis pun, jika ceramah itu boleh menimbulkan perasaan marah rakyat dan boleh mengancam keselamatan negara sebagaimana yang saya nyatakan tadi, itulah sebabnya polis mengambil tindakan mencegah sebelum berlakunya perkara-perkara yang tidak dikehendaki. Beberapa Ahli: Betul!. Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Jadi oleh sebab itu, sekali lagi saya katakan bahawa pembangkang ini yang bercelaru berkaitan dengan mentafsirkan undang- undang, Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak pasti, baca balik Perlembagaan yang ada ini. Kalau hendak saya berceramah tentang Perlembagaan ini pun boleh juga, tetapi saya tidak perlulah berbuat begitu kerana saya bukan seorang peguam, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]. Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Saya minta maaf, saya sedang menjawab soalan, duduk dahulu!. Beberapa Ahli: [Ketawa]. Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Apa macam saudara? Betul atau tidak?. Beberapa Ahli: Betul! [Ketawa]. Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Jangan kacaulah! Orang hendak menjawab soalan. [Ketawa] Selain daripada itu, sebagaimana yang saya nyatakan tadi, ceramah- ceramah umum ataupun ceramah-ceramah dalam premis-premis ini, pertama sekali ceramah umum, kita takut perkara-perkara yang tidak baik berlaku. Oleh sebab itu, polis ada untuk menjaga keselamatan supaya jangan berlakunya perkara-perkara yang tidak dikehendaki. Sepatutnya pihak pembangkang juga patut berterima kasih kepada pihak polis... Beberapa Ahli: Ya! [Tepuk]. Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Jangan cuba hendak menuduh polis sahaja tetapi keselamatan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang juga adalah tanggungjawab polis bersama!. Beberapa Ahli: Ya! [Tepuk]. | 8 | 18 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 9
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Apa kata kalau kita pesan besok kepada
pihak polis tidak usah menjaga keselamatan pihak pembangkang. Apa macam?
Beberapa Ahli: [Ketawa]
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Kalau hendak, boleh!, saya beritahu kepada
pihak polis tetapi kita bukan begitu, kita mengamalkan demokrasi yang cukup tulen
dalam negara kita.
Beberapa Ahli: [Bersorak dan bertepuk]
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Mana ada orang yang kita tangkap tanpa
kita beri peluang untuk mengambil peguam bagi mempertahankan diri. Dalam siasatan,
kita tahan mereka ini, bukan kita tangkap. Orang yang kita fikir, kita syakkan mereka
melakukan kesalahan atau perkara-perkara boleh mengancam keselamatan negara,
kita tahan mereka, kita siasat!. Kalau mereka ini tidak terlibat, kita lepaskan. Kalau
mereka terus mengancam negara, kita tahanlah seterusnya! Itu sahaja, terima kasih
Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli: [Ketawa, bertepuk dan bersorak]
7. Dato' Napsiah binti Omar [Kuala Pilah] minta Menteri Kewangan
menyatakan, apakah usaha-usaha kementerian untuk membanteras pengeluaran wang
tanpa izin si pemilik (iaitu kecurian/kehilangan) dari akaun-akaun semasa pemilik dari
bank-bank.
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]:
Tuan Yang di-Pertua, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan beberapa langkah
bagi membanteras masalah pengeluaran wang tanpa izin si pemilik dari akaun-akaun
semasa di bank-bank. Di antara langkah-langkah tersebut termasuklah meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran pengguna mengenai tanggungjawab sebagai pemilik-
pemilik kad ATM dan cara-cara menggunakan kad mesin teller automatik yang lebih
selamat.
Di antara kesilapan atau kecuaian yang sering dilakukan oleh pihak pemilik
kad ATM ialah membiarkan pihak ketiga mengeluarkan wang bagi pihak dirinya,
mendedahkan nombor pin kepada saudara mara ataupun pihak-pihak ketiga yang lain,
menyimpan nombor pin dan kad ATM di suatu tempat yang sama dengan kegagalan
mereka menghafal nombor pin tersebut. Menyedari betapa pentingnya usaha
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengguna, Persatuan Bank-bank Malaysia
telah mengeluarkan satu risalah khas mengenai cara-cara melindungi kad-kad ATM
oleh pemilik untuk diedarkan kepada orang ramai.
Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan yang bertajuk
dengan izin, Guideline On Security Standard for Automated Teller Machines yang
menggariskan keperluan minimum yang perlu dipatuhi oleh institusi perbankan bagi
meningkatkan tahap keselamatan berhubung dengan perkhidmatan yang ditawarkan di
ATM. Di antara aspek keselamatan yang ditekankan ialah:
(i) menerima pakai proses prosedur dan ciri keselamatan yang
cekap dan bertaraf dunia bagi sistem penjanaan nombor pin;
(ii) keperluan memasang kamera video di tempat-tempat yang
strategik dengan premis ATM yang disinari oleh cahaya
lampu yang cukup terang bagi memastikan gambar yang
dihasilkan adalah jelas dan memuaskan;
(iii) meningkatkan keupayaan kesemua institusi perbankan
dalam mengesan dan memantau setiap transaksi di ATM
masing-masing bagi memudahkan penyiasatan dan
tindakan pembetulan;
(iv) menyediakan prosedur yang jelas bagi memudahkan
pengesanan awal terhadap transaksi-transaksi yang agak
luar biasa dan mempunyai unsur-unsur penipuan;
| Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Apa kata kalau kita pesan besok kepada pihak polis tidak usah menjaga keselamatan pihak pembangkang. Apa macam? Beberapa Ahli: [Ketawa] Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Kalau hendak, boleh!, saya beritahu kepada pihak polis tetapi kita bukan begitu, kita mengamalkan demokrasi yang cukup tulen dalam negara kita. Beberapa Ahli: [Bersorak dan bertepuk] Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Mana ada orang yang kita tangkap tanpa kita beri peluang untuk mengambil peguam bagi mempertahankan diri. Dalam siasatan, kita tahan mereka ini, bukan kita tangkap. Orang yang kita fikir, kita syakkan mereka melakukan kesalahan atau perkara-perkara boleh mengancam keselamatan negara, kita tahan mereka, kita siasat!. Kalau mereka ini tidak terlibat, kita lepaskan. Kalau mereka terus mengancam negara, kita tahanlah seterusnya! Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa Ahli: [Ketawa, bertepuk dan bersorak]. 7. Dato' Napsiah binti Omar [Kuala Pilah] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah usaha-usaha kementerian untuk membanteras pengeluaran wang tanpa izin si pemilik (iaitu kecurian/kehilangan) dari akaun-akaun semasa pemilik dari bank-bank. Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan beberapa langkah bagi membanteras masalah pengeluaran wang tanpa izin si pemilik dari akaun-akaun semasa di bank-bank. Di antara langkah-langkah tersebut termasuklah meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengguna mengenai tanggungjawab sebagai pemilik- pemilik kad ATM dan cara-cara menggunakan kad mesin teller automatik yang lebih selamat. Di antara kesilapan atau kecuaian yang sering dilakukan oleh pihak pemilik kad ATM ialah membiarkan pihak ketiga mengeluarkan wang bagi pihak dirinya, mendedahkan nombor pin kepada saudara mara ataupun pihak-pihak ketiga yang lain, menyimpan nombor pin dan kad ATM di suatu tempat yang sama dengan kegagalan mereka menghafal nombor pin tersebut. Menyedari betapa pentingnya usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengguna, Persatuan Bank-bank Malaysia telah mengeluarkan satu risalah khas mengenai cara-cara melindungi kad-kad ATM oleh pemilik untuk diedarkan kepada orang ramai. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan yang bertajuk dengan izin, Guideline On Security Standard for Automated Teller Machines yang menggariskan keperluan minimum yang perlu dipatuhi oleh institusi perbankan bagi meningkatkan tahap keselamatan berhubung dengan perkhidmatan yang ditawarkan di ATM. Di antara aspek keselamatan yang ditekankan ialah: (i) menerima pakai proses prosedur dan ciri keselamatan yang cekap dan bertaraf dunia bagi sistem penjanaan nombor pin; (ii) keperluan memasang kamera video di tempat-tempat yang strategik dengan premis ATM yang disinari oleh cahaya lampu yang cukup terang bagi memastikan gambar yang dihasilkan adalah jelas dan memuaskan; (iii) meningkatkan keupayaan kesemua institusi perbankan dalam mengesan dan memantau setiap transaksi di ATM masing-masing bagi memudahkan penyiasatan dan tindakan pembetulan; (iv) menyediakan prosedur yang jelas bagi memudahkan pengesanan awal terhadap transaksi-transaksi yang agak luar biasa dan mempunyai unsur-unsur penipuan; | 9 | 19 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
10 DR.1.4.2002
(v) keupayaan untuk memberhentikan sebuah ATM daripada
berfungsi bagi menyekat transaksi yang berunsurkan
penipuan seterusnya di ATM tersebut; dan
(vi) mengenakan keperluan menghubungi pelanggan untuk
mendapatkan pengesahan terhadap sebarang pengeluaran
yang berlebih paras yang lazim dan sebagainya.
Selain dari itu, setiap institusi perbankan digalakkan untuk mengenakan
peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat bagi
membendung masalah di atas dan memelihara kewibawaan ATM di negara ini.
Bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan kad ATM, institusi perbankan juga
telah diarah supaya menggunakan teknologi kad pintar sebagai kad ATM bagi
menggantikan kad jalur magnetik yang digunakan pada masa ini. Penggunaan
teknologi kad pintar akan memberi keselamatan yang lebih tinggi kepada para
pengguna kad ATM. Terima kasih.
Datuk Napsiah binti Omar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan
tambahan. Kebelakangan ini Malaysia telah disenaraikan sebagai sebuah negara yang
ramai penduduknya melakukan penipuan, credit frauds. Ini perkara yang memalukan
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi
yang menerangkan tentang langkah-langkah yang diaturkan supaya dapat kita
mengelak dan membanteras perkara ini. Soalan tambahan saya, bagaimana pula
langkah-langkah bank terhadap pekerja-pekerja bank sendiri? Bukankah ini, saya rasa,
satu-satunya juga punca di mana kehilangan wang tanpa pengetahuan si pemilik ini
oleh kerana ada kerjasama daripada orang dalam?
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih, Yang Berhormat.
Kalau kita lihat sekarang ini seperti mana Yang Berhormat katakan tadi bahawa
kerajaan telah menyatakan kebimbangan yang serius terhadap credit card frauds ini
yang mencemarkan nama baik negara. Sungguhpun buat masa ini MEPS dan institusi
kewangan ada rancangan untuk memulakan smart cards dengan menggunakan chips,
cabaran yang utama ialah perpindahan daripada MEPS track kepada smart cards ini
begitu tinggi ongkosnya. Jadi, ada juga pihak swasta yang mencadangkan supaya
perpindahan ini dapat dibuat dan diadakan readers kepada 40,000 merchant terminals,
anggarannya sebanyak RM150 juta tetapi kemungkinan kita akan menyatakan supaya
diadakan SPV ataupun Special Purpose Vehicles supaya tidak ada monopoli.
Yang keduanya, mengenai orang dalaman. Ini telah pun diperkatakan dahulu
oleh Yang Berhormat bagi Kepong yang mengatakan bahawa sinar lampu yang ada di
terminal dalam bank-bank berkenaan apabila seseorang itu membuat pengeluaran
bukan sahaja nampak muka dia tetapi juga nampak tangan dia tetapi juga nampak
nombor yang ditekannya itu.
Jadi kita telah pun selepas Yang Berhormat bagi Kepong membagikan komen
dahulu telah pun meminta supaya Bank Negara mengeluarkan arahan supaya lampu
atau pun yang menyinari muka si pengeluar bukan menyinari tangan si pengeluar yang
menunjukkan angka-angka pin nombor dan sebagainya. Jadi oleh kerana itu, kita
dapat mengurangkan.
Yang ketiganya, seperti mana biasa black sheep ini sememangnya ada tetapi
kita harapkan nanti dengan tindakan tegas kita, perkara ini dapat kita atasi. Terima
kasih.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato Mohd. Jarjis: Terima kasih. Saya pun
hendak bertanya isu kebimbangan kehilangan dicuri wang. Tetapi mungkin fenomena
yang baru sebelum itu akan berlaku tidak lama lagi. Ini, hilang ataupun dicuri ahli-ahli
parti lebih-lebih lagi DAP sudah kalah ini, takut ahli dia hilang dicuri oleh ADIL. Itu dia
kena jaga masalah itu macam mana.
Soal hilang 10 kali ganda kalahnya ini, dicuri oleh ADIL, jaga dia semua. 10
kali ganda habis lari bertabur bagi masuk ADIL nanti. Hilang melarikan diri atau dicuri
oleh ADIL, jaga.
Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Ini rakyat Malaysia yang
meletakkan wang mereka di bank di Malaysia, alhamdulillah satu keyakinan yang tinggi
kepada sistem bank kita. Kita menggunakan sistem bank yang ada elektronik, pin
nombor atau ATM yang mempunyai pin nombor.
| (v) keupayaan untuk memberhentikan sebuah ATM daripada berfungsi bagi menyekat transaksi yang berunsurkan penipuan seterusnya di ATM tersebut; dan. (vi) mengenakan keperluan menghubungi pelanggan untuk mendapatkan pengesahan terhadap sebarang pengeluaran yang berlebih paras yang lazim dan sebagainya. Selain dari itu, setiap institusi perbankan digalakkan untuk mengenakan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat bagi membendung masalah di atas dan memelihara kewibawaan ATM di negara ini. Bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan kad ATM, institusi perbankan juga telah diarah supaya menggunakan teknologi kad pintar sebagai kad ATM bagi menggantikan kad jalur magnetik yang digunakan pada masa ini. Penggunaan teknologi kad pintar akan memberi keselamatan yang lebih tinggi kepada para pengguna kad ATM. Terima kasih. Datuk Napsiah binti Omar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Kebelakangan ini Malaysia telah disenaraikan sebagai sebuah negara yang ramai penduduknya melakukan penipuan, credit frauds. Ini perkara yang memalukan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang menerangkan tentang langkah-langkah yang diaturkan supaya dapat kita mengelak dan membanteras perkara ini. Soalan tambahan saya, bagaimana pula langkah-langkah bank terhadap pekerja-pekerja bank sendiri? Bukankah ini, saya rasa, satu-satunya juga punca di mana kehilangan wang tanpa pengetahuan si pemilik ini oleh kerana ada kerjasama daripada orang dalam?. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih, Yang Berhormat. Kalau kita lihat sekarang ini seperti mana Yang Berhormat katakan tadi bahawa kerajaan telah menyatakan kebimbangan yang serius terhadap credit card frauds ini yang mencemarkan nama baik negara. Sungguhpun buat masa ini MEPS dan institusi kewangan ada rancangan untuk memulakan smart cards dengan menggunakan chips, cabaran yang utama ialah perpindahan daripada MEPS track kepada smart cards ini begitu tinggi ongkosnya. Jadi, ada juga pihak swasta yang mencadangkan supaya perpindahan ini dapat dibuat dan diadakan readers kepada 40,000 merchant terminals, anggarannya sebanyak RM150 juta tetapi kemungkinan kita akan menyatakan supaya diadakan SPV ataupun Special Purpose Vehicles supaya tidak ada monopoli. Yang keduanya, mengenai orang dalaman. Ini telah pun diperkatakan dahulu oleh Yang Berhormat bagi Kepong yang mengatakan bahawa sinar lampu yang ada di terminal dalam bank-bank berkenaan apabila seseorang itu membuat pengeluaran bukan sahaja nampak muka dia tetapi juga nampak tangan dia tetapi juga nampak nombor yang ditekannya itu. Jadi kita telah pun selepas Yang Berhormat bagi Kepong membagikan komen dahulu telah pun meminta supaya Bank Negara mengeluarkan arahan supaya lampu atau pun yang menyinari muka si pengeluar bukan menyinari tangan si pengeluar yang menunjukkan angka-angka pin nombor dan sebagainya. Jadi oleh kerana itu, kita dapat mengurangkan. Yang ketiganya, seperti mana biasa black sheep ini sememangnya ada tetapi kita harapkan nanti dengan tindakan tegas kita, perkara ini dapat kita atasi. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato Mohd. Jarjis: Terima kasih. Saya pun hendak bertanya isu kebimbangan kehilangan dicuri wang. Tetapi mungkin fenomena yang baru sebelum itu akan berlaku tidak lama lagi. Ini, hilang ataupun dicuri ahli-ahli parti lebih-lebih lagi DAP sudah kalah ini, takut ahli dia hilang dicuri oleh ADIL. Itu dia kena jaga masalah itu macam mana. Soal hilang 10 kali ganda kalahnya ini, dicuri oleh ADIL, jaga dia semua. 10 kali ganda habis lari bertabur bagi masuk ADIL nanti. Hilang melarikan diri atau dicuri oleh ADIL, jaga. Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Ini rakyat Malaysia yang meletakkan wang mereka di bank di Malaysia, alhamdulillah satu keyakinan yang tinggi kepada sistem bank kita. Kita menggunakan sistem bank yang ada elektronik, pin nombor atau ATM yang mempunyai pin nombor. | 10 | 20 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |