original
stringlengths 28
38.9k
| cleaned
stringlengths 3
11.7k
| no_page
int64 0
70k
| actual_no_page
int64 1
252
| date
timestamp[s] | url
stringlengths 60
60
|
---|---|---|---|---|---|
DR.1.4.2002 11
Pin nombor ini nombor, bermakna kalau ada black sheep seperti yang Yang
Berhormat kata tadi, dalaman dibahagikan nombor itu selesai. Adakah dengan kaedah-
kaedah yang baru, IT yang baru, adakah kerajaan mencuba melaksanakan security
features, keselamatan yang baru seperti menggunakan thumb-print. Yang keduanya,
muka itu sendiri. Kita tengok kalau komputer, tiga benda mesti baca, pertama nombor
mesti sama, nombornya betul. Yang kedua, cap jari mesti betul, lepas itu rupa paras
mesti muka.
Bukan sahaja cadangan Yang Berhormat bagi Kepong. Yang Berhormat bagi
Kepong hendak tengok lelaki, perempuan atau ahli DAP, tidak DAP, itu sahaja. Tetapi
ini, sebagai satu security features [Ketawa] sebab dia nanti hendak masuk DAP dia
kena pakai security features. Security features tambahan dan saya cadangkan adakah
Yang Berhormat, kerajaan bercadang hendak tambah feature keselamatan itu bukan
bergantung kepada nombor sahaja.
Pertama, mesti ada thumb-print dia. Yang kedua, rupa dia sebagai dua lagi
atau satu lagi supaya ada keyakinan orang ramai terhadap keselamatan wang mereka
di bank ini dapat dilaksanakan beyond doubt - dengan izin - tidak ada lagi keraguan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, apa sahaja yang kita buat
Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang pihak orang yang hendak mencuri itu ada sahaja
device atau cara yang dapat mengatasinya. Katakan thumb print, ini pun dicadangkan
oleh kerajaan. Tetapi thumb-print ini juga digunakan selalunya kepada orang pencen.
Jadi apa yang berlaku dahulu apabila seseorang itu pencen, dia meninggal
ada saudara mara dia memotong jari orang yang meninggal itu. Jadi tiap-tiap bulan,
dia akan menggunakan thumb-print. Ini telah pun berlaku pada Jabatan Pencen
dahulu.
Seorang Ahli: Gila betul. Gila. [Ketawa]
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Kalau kita katakan muda, orang
boleh buat muka palsu dan sebagainya ataupun muka yang menyerupai ”Mission
Impossible” yang selalu ditayangkan di TV.
Beberapa Ahli: [Menyampuk] Potonglah kepala dia pula.
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tetapi, walau bagaimanapun,
kita minta jugalah sebagaimana yang disarankan bahawa selain daripada
pembangunan-pembangunan infrastruktur, pembangunan insan juga patut kita lakukan.
Sekarang ini, pihak swasta sedang mencadangkan kepada kerajaan kalau
dapat kita ubah daripada ‘stretch magnetic’ ini kepada chips. Chips ini memerlukan
readers dan merchant banks dan merchant terminals memerlukan ongkos yang banyak
untuk berpindah daripada MEPS track kepada chips. Ini memerlukan pemerhatian dan
kerjasama daripada pengguna. Saya rasa pihak swasta telah pun mengemukakan satu
cadangan kepada Kementerian Kewangan mengenai perkara ini. Kita sedang
mengkajinya. Terima kasih.
8. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan menyatakan teknologi incinerator yang telah diputuskan oleh
kerajaan untuk pelupusan sampah di Kuala Lumpur dan asas-asas keputusan tersebut
dibuat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Seri Ong Ka Ting]:
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan telah menubuhkan suatu jawatankuasa teknikal bagi membuat
kajian ke atas pemilihan teknologi yang sesuai untuk digunakan bagi pelupusan
sampah di Kuala Lumpur.
Selepas menimbang semua faktor yang berkaitan, kerajaan telah memilih
teknologi incinerator dari sistem gasification berteknologi fluidized base bersama
dengan kemudahan ash melting. Asas-asas pertimbangan bagi pemilihan teknologi
berkenaan adalah seperti berikut:
(i) Sistem gasification dan kemudahan ash melting mempunyai
keupayaan yang lebih baik bagi merawat gas-gas dan logam
| Pin nombor ini nombor, bermakna kalau ada black sheep seperti yang Yang Berhormat kata tadi, dalaman dibahagikan nombor itu selesai. Adakah dengan kaedah- kaedah yang baru, IT yang baru, adakah kerajaan mencuba melaksanakan security features, keselamatan yang baru seperti menggunakan thumb-print. Yang keduanya, muka itu sendiri. Kita tengok kalau komputer, tiga benda mesti baca, pertama nombor mesti sama, nombornya betul. Yang kedua, cap jari mesti betul, lepas itu rupa paras mesti muka. Bukan sahaja cadangan Yang Berhormat bagi Kepong. Yang Berhormat bagi Kepong hendak tengok lelaki, perempuan atau ahli DAP, tidak DAP, itu sahaja. Tetapi ini, sebagai satu security features [Ketawa] sebab dia nanti hendak masuk DAP dia kena pakai security features. Security features tambahan dan saya cadangkan adakah Yang Berhormat, kerajaan bercadang hendak tambah feature keselamatan itu bukan bergantung kepada nombor sahaja. Pertama, mesti ada thumb-print dia. Yang kedua, rupa dia sebagai dua lagi atau satu lagi supaya ada keyakinan orang ramai terhadap keselamatan wang mereka di bank ini dapat dilaksanakan beyond doubt- dengan izin- tidak ada lagi keraguan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, apa sahaja yang kita buat Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang pihak orang yang hendak mencuri itu ada sahaja device atau cara yang dapat mengatasinya. Katakan thumb print, ini pun dicadangkan oleh kerajaan. Tetapi thumb-print ini juga digunakan selalunya kepada orang pencen. Jadi apa yang berlaku dahulu apabila seseorang itu pencen, dia meninggal ada saudara mara dia memotong jari orang yang meninggal itu. Jadi tiap-tiap bulan, dia akan menggunakan thumb-print. Ini telah pun berlaku pada Jabatan Pencen dahulu. Seorang Ahli: Gila betul. Gila. [Ketawa] Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Kalau kita katakan muda, orang boleh buat muka palsu dan sebagainya ataupun muka yang menyerupai "Mission Impossible" yang selalu ditayangkan di TV. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Potonglah kepala dia pula. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tetapi, walau bagaimanapun, kita minta jugalah sebagaimana yang disarankan bahawa selain daripada pembangunan-pembangunan infrastruktur, pembangunan insan juga patut kita lakukan. Sekarang ini, pihak swasta sedang mencadangkan kepada kerajaan kalau dapat kita ubah daripada 'stretch magnetic' ini kepada chips. Chips ini memerlukan readers dan merchant banks dan merchant terminals memerlukan ongkos yang banyak untuk berpindah daripada MEPS track kepada chips. Ini memerlukan pemerhatian dan kerjasama daripada pengguna. Saya rasa pihak swasta telah pun mengemukakan satu cadangan kepada Kementerian Kewangan mengenai perkara ini. Kita sedang mengkajinya. Terima kasih. 8. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan teknologi incinerator yang telah diputuskan oleh kerajaan untuk pelupusan sampah di Kuala Lumpur dan asas-asas keputusan tersebut dibuat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Seri Ong Ka Ting]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menubuhkan suatu jawatankuasa teknikal bagi membuat kajian ke atas pemilihan teknologi yang sesuai untuk digunakan bagi pelupusan sampah di Kuala Lumpur. Selepas menimbang semua faktor yang berkaitan, kerajaan telah memilih teknologi incinerator dari sistem gasification berteknologi fluidized base bersama dengan kemudahan ash melting. Asas-asas pertimbangan bagi pemilihan teknologi berkenaan adalah seperti berikut: (i) Sistem gasification dan kemudahan ash melting mempunyai keupayaan yang lebih baik bagi merawat gas-gas dan logam. | 11 | 21 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
12 DR.1.4.2002
yang berbahaya yang biasa dikaitkan dengan kebakaran
seperti dioksin dan logam berat. Sistem ini juga boleh
mengurangkan pengeluaran dioksin dari semua punca iaitu
udara, air dan tanah.
(ii) Bukan sahaja melalui pelepasan dari cerobong
sebagaimana incinerator biasa yang tidak mempunyai
kemudahan tersebut. Jika dibandingkan secara seimbang di
mana setiap kos diambil kira sistem gasification berteknologi
fluidized base bersama kemudahan ash melting adalah
munasabah berbanding dengan pilihan lain yang mampu
merawat pelepasan ke tahap piawaian yang sama.
(iii) Sistem ini juga berkeupayaan menjana tenaga elektrik
sebanyak 30 megawatt jam yang mana tenaga yang terhasil
boleh digunakan semula untuk menjana loji dan
dikomersilkan.
Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada
awalnya kerajaan bercadang untuk menggunakan incinerator jenis stoker. Saya masih
ingat Yang Berhormat sendiri telah melawat Singapura untuk melihat teknologi ini.
Tetapi ada seorang usahawan Jepun berjumpa Perdana Menteri, kementerian ini telah
mendapat arahan serta-merta untuk bertukar daripada stoker kepada gasification.
Persoalan saya yang pertama ialah perbezaan kos di antara gasification dengan stoker
bagi tiap-tiap unit incinerator yang dipesan. Saya juga ingin mendapat jumlah
incinerator gasification yang dipesan dan berkenaan dengan ash melting yang disebut
oleh Yang Berhormat. Adakah dalam pengetahuan kementerian ini bahawa gasification
adalah satu teknologi dalam percubaan? Bolehkah Yang Berhormat namakan satu loji
yang telah berjalan di mana-mana tempat di dunia ini yang menggunakan teknologi
gasification? Terima kasih.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membetulkan fakta
Yang Berhormat bangkitkan. Sebelum saya membuat lawatan kerja ke Singapura,
kerajaan telah pun membuat keputusan bahawa kita kena selepas dipertimbangkan
semua faktor mengatakan gasification itu adalah sesuai.
Tetapi oleh kerana banyak sangat complaint, banyak sangat input saya
hendak kenal pasti double check. Jadi saya telah mendapat kebenaran daripada Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri, saya bawa satu pasukan teknikal pergi ke
Singapura, tengok apa yang sebenarnya berlaku di situ. Lepas itu kita buat bandingan
sekali lagi. Ini menunjukkan kita berhati-hati. Tidak mahu nanti kita tergesa-gesa
membuat keputusan yang dikatakan ada overlook.
Selepas kita kaji Singapura punya stoker system, lepas itu kita tengok balik
apa yang ada, dan kita balik banyak soalan kepada semua pihak yang terlibat. Kita
nampak sebenarnya apa yang dikatakan lebih murah kerana stoker itu dia bukan
setakat boleh berkesan sampai dia buat ash smelting kerana mereka ada satu
incinerator belum sampai tahap buat ash melting dan dia punya total emission quantity
itu dia masih tidak sampai tahap yang mana di Malaysia kita ini kita punya Jabatan
Alam Sekitar telah menetapkan satu piawaian yang banyak ketat iaitu 0.1 nenogram ke
bawah. Dia punya NM padu.
Di Singapura semasa saya pergi, dia punya piawaian itu masih tetap 1.0
nenogram per NMQ. Jadi saya tengok, lepas itu kita tanya banding dia punya kos
kalau kita hendak piawai yang sama termasuk dia punya gas emission. Kadang-
kadang kita hanya ukur apa yang tinggal dia punya end product residue. Tetapi kita
tidak tengok apa akan dikeluarkan dari cerobong dan masuk ke udara.
Jadi total emission semuanya diambil kira, kita masih rasa gasification gabung
dengan ash melting ini lebih menjaminkan keselamatan rakyat kita kerana kita hendak
buat satu incinerator di Kuala Lumpur, kita tidak boleh kerana hendak jimat kos sedikit,
jadi kita ambil sahaja bulat-bulat apa yang orang buat.
Lepas itu sampai sudah jalan, baru kata, “Oh, ini ada problem kerana dia
punya total emission itu sudah lebih daripada apa yang dibenarkan.” Jadi saya hendak
betulkan ialah bukan semudah kerana seorang individu masuk campur sudah
semuanya tukar kerana jawatankuasa teknikal ini mempunyai orang yang berkaliber.
| yang berbahaya yang biasa dikaitkan dengan kebakaran seperti dioksin dan logam berat. Sistem ini juga boleh mengurangkan pengeluaran dioksin dari semua punca iaitu udara, air dan tanah. (ii) Bukan sahaja melalui pelepasan dari cerobong sebagaimana incinerator biasa yang tidak mempunyai kemudahan tersebut. Jika dibandingkan secara seimbang di mana setiap kos diambil kira sistem gasification berteknologi fluidized base bersama kemudahan ash melting adalah munasabah berbanding dengan pilihan lain yang mampu merawat pelepasan ke tahap piawaian yang sama. (iii) Sistem ini juga berkeupayaan menjana tenaga elektrik sebanyak 30 megawatt jam yang mana tenaga yang terhasil boleh digunakan semula untuk menjana loji dan dikomersilkan. Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada awalnya kerajaan bercadang untuk menggunakan incinerator jenis stoker. Saya masih ingat Yang Berhormat sendiri telah melawat Singapura untuk melihat teknologi ini. Tetapi ada seorang usahawan Jepun berjumpa Perdana Menteri, kementerian ini telah mendapat arahan serta-merta untuk bertukar daripada stoker kepada gasification. Persoalan saya yang pertama ialah perbezaan kos di antara gasification dengan stoker bagi tiap-tiap unit incinerator yang dipesan. Saya juga ingin mendapat jumlah incinerator gasification yang dipesan dan berkenaan dengan ash melting yang disebut oleh Yang Berhormat. Adakah dalam pengetahuan kementerian ini bahawa gasification adalah satu teknologi dalam percubaan? Bolehkah Yang Berhormat namakan satu loji yang telah berjalan di mana-mana tempat di dunia ini yang menggunakan teknologi gasification? Terima kasih. Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membetulkan fakta Yang Berhormat bangkitkan. Sebelum saya membuat lawatan kerja ke Singapura, kerajaan telah pun membuat keputusan bahawa kita kena selepas dipertimbangkan semua faktor mengatakan gasification itu adalah sesuai. Tetapi oleh kerana banyak sangat complaint, banyak sangat input saya hendak kenal pasti double check. Jadi saya telah mendapat kebenaran daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya bawa satu pasukan teknikal pergi ke Singapura, tengok apa yang sebenarnya berlaku di situ. Lepas itu kita buat bandingan sekali lagi. Ini menunjukkan kita berhati-hati. Tidak mahu nanti kita tergesa-gesa membuat keputusan yang dikatakan ada overlook. Selepas kita kaji Singapura punya stoker system, lepas itu kita tengok balik apa yang ada, dan kita balik banyak soalan kepada semua pihak yang terlibat. Kita nampak sebenarnya apa yang dikatakan lebih murah kerana stoker itu dia bukan setakat boleh berkesan sampai dia buat ash smelting kerana mereka ada satu incinerator belum sampai tahap buat ash melting dan dia punya total emission quantity itu dia masih tidak sampai tahap yang mana di Malaysia kita ini kita punya Jabatan Alam Sekitar telah menetapkan satu piawaian yang banyak ketat iaitu 0.1 nenogram ke bawah. Dia punya NM padu. Di Singapura semasa saya pergi, dia punya piawaian itu masih tetap 1.0 nenogram per NMQ. Jadi saya tengok, lepas itu kita tanya banding dia punya kos kalau kita hendak piawai yang sama termasuk dia punya gas emission. Kadang- kadang kita hanya ukur apa yang tinggal dia punya end product residue. Tetapi kita tidak tengok apa akan dikeluarkan dari cerobong dan masuk ke udara. Jadi total emission semuanya diambil kira, kita masih rasa gasification gabung dengan ash melting ini lebih menjaminkan keselamatan rakyat kita kerana kita hendak buat satu incinerator di Kuala Lumpur, kita tidak boleh kerana hendak jimat kos sedikit, jadi kita ambil sahaja bulat-bulat apa yang orang buat. Lepas itu sampai sudah jalan, baru kata, "Oh, ini ada problem kerana dia punya total emission itu sudah lebih daripada apa yang dibenarkan." Jadi saya hendak betulkan ialah bukan semudah kerana seorang individu masuk campur sudah semuanya tukar kerana jawatankuasa teknikal ini mempunyai orang yang berkaliber. | 12 | 22 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 13
Ada juga orang berjawatan profesor dari universiti, ada juga wakil pakar-pakar daripada
kementerian-kementerian yang berkaitan.
Dari segi kos pula, kalau kita hendak banding, kita mesti banding sama
dengan apa sistem yang kita hendak pakai itu, apa yang sistem yang dikatakan stoker.
Kalau stoker itu dipasang dengan dia punya ash melting, dia ada banyak aspek kita
hendak tengok. Dia perlukan dia punya kawasan bangunan lebih besar. Dia perlukan
tambahan kemudahan. Jadi nampaknya dia sudah lebih mahal. Tetapi selalunya
orang datang dia kata lebih murah. Bila kita punya technical committee kaji nampaknya
tidak murah daripada apa yang kita tengok. Jadi dari segi mana telah guna teknologi ini
dan Jepun sendiri sudah guna dan Jepun sendiri yakin. Dia yakin dan sekarang Jepun
dalam proses menukar dia punya conventional stoker itu kepada gasification dan
mereka telah beri banyak jaminan.
Tuan Amihamzah bin Ahmad [Lipis]: [Bangun]
Dato' Seri Ong Ka Ting: Walau bagaimanapun, kerajaan telah menetapkan
banyak syarat. Syarat itu ialah kita pegang dan kita pastikan apa yang kita hendak
keselamatan itu transfer of technology itu dia punya kos macam mana, munasabah.
Semuanya tetap dengan ketat, baru kita timbang. Kita tidak ambil ringan dengan
perkara ini.
Tuan Amihamzah bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Sekejap ya!
Tuan Amihamzah bin Ahmad: Saya,..
Tuan Yang di-Pertua: Sekejap-sekejap bagi dia jawab dahulu. Bagi dia
tanya, Lipis dulu, ya, ya. Ya, Lipis, ya. Nanti kejap, ya. Ya, Lipis.
Tuan Amihamzah bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya
sungguh kagumlah dengan jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri
tadi, terutama dari segi pembersihan dan juga alam sekitar ini. Kita percaya kita dapat
mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun kebersihan daripada segi pemikiran ini
yang kita payah sedikit. Walau bagaimanapun kita berjayalah di Pahang.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Tuan Amihamzah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya
kepada Yang Berhormat Menteri, di manakah tempat-tempat lain yang dicadangkan
oleh kerajaan untuk dilaksanakan sistem teknologi incinerator ini kerana saya
berpendapat di tempat-tempat yang tinggi seperti di Cameron Highlands itu di mana
kita tidak boleh buang sampah merata-rata kerana ia akan turun ke sungai,
mencemarkan sungai dan sebagainya, ia amat perlu diadakan dan juga di pulau-pulau
peranginan seperti di Tioman ataupun barangkali Menteri Besar Terengganu dia
hendak di Pulau Perhentian dan sebagainya.
Seorang Ahli: Tak payahlah, tak payahlah!
Tuan Amihamzah bin Ahmad: Tetapi tak payahlah Terengganu dahulu ya.
Jadi saya minta pada menteri di manakah lagi tempat-tempat yang sesuai dan jenis-
jenis incinerator ini yang patut digunakan di Malaysia ini. Terima kasih.
Dato' Seri Ong Ka Ting]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang ada
cadangan hendak membina incinerator yang lebih kecil, kapasiti tak begitu besar di
tempat peranginan seperti di Cameron Highlands dan sebagainya. Kita masih sangat
berhati-hati, untuk memilih teknologi yang sesuai kerana kalau yang besar, dia ada dia
punya faktor-faktor yang kita hendak tengok, yang kecil pula kita mahu tengok dari segi
persekitaran yang berkenaan.
Jadi memang di mana kita terdapat masalah tidak ada lagi tapak pelupusan,
kita terpaksalah menggunakan incinerator di mana negara lain dah semua macam itu.
Negara maju, di mana-mana negara maju dia mesti guna incinerator ini. Ini satu
hakikat tak ada siapa boleh mempertikaikan.
Bagi incinerator yang besar-besar belum ada, selain daripada dekat Kuala
Lumpur. Tadi kata kos yang saya dapat, ini semuanya saya tak berapa mahu umumkan
kerana kos ini, yang dianggarkan kepada kami, ialah dia susah mahu banding kerana
| Ada juga orang berjawatan profesor dari universiti, ada juga wakil pakar-pakar daripada kementerian-kementerian yang berkaitan. Dari segi kos pula, kalau kita hendak banding, kita mesti banding sama dengan apa sistem yang kita hendak pakai itu, apa yang sistem yang dikatakan stoker. Kalau stoker itu dipasang dengan dia punya ash melting, dia ada banyak aspek kita hendak tengok. Dia perlukan dia punya kawasan bangunan lebih besar. Dia perlukan tambahan kemudahan. Jadi nampaknya dia sudah lebih mahal. Tetapi selalunya orang datang dia kata lebih murah. Bila kita punya technical committee kaji nampaknya tidak murah daripada apa yang kita tengok. Jadi dari segi mana telah guna teknologi ini dan Jepun sendiri sudah guna dan Jepun sendiri yakin. Dia yakin dan sekarang Jepun dalam proses menukar dia punya conventional stoker itu kepada gasification dan mereka telah beri banyak jaminan. Tuan Amihamzah bin Ahmad [Lipis]: [Bangun]. Dato' Seri Ong Ka Ting: Walau bagaimanapun, kerajaan telah menetapkan banyak syarat. Syarat itu ialah kita pegang dan kita pastikan apa yang kita hendak keselamatan itu transfer of technology itu dia punya kos macam mana, munasabah. Semuanya tetap dengan ketat, baru kita timbang. Kita tidak ambil ringan dengan perkara ini. Tuan Amihamzah bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Haji Husam bin Haji Musa: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Sekejap ya!. Tuan Amihamzah bin Ahmad: Saya,.. Tuan Yang di-Pertua: Sekejap-sekejap bagi dia jawab dahulu. Bagi dia tanya, Lipis dulu, ya, ya. Ya, Lipis, ya. Nanti kejap, ya. Ya, Lipis. Tuan Amihamzah bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sungguh kagumlah dengan jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, terutama dari segi pembersihan dan juga alam sekitar ini. Kita percaya kita dapat mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun kebersihan daripada segi pemikiran ini yang kita payah sedikit. Walau bagaimanapun kita berjayalah di Pahang. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Amihamzah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, di manakah tempat-tempat lain yang dicadangkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan sistem teknologi incinerator ini kerana saya berpendapat di tempat-tempat yang tinggi seperti di Cameron Highlands itu di mana kita tidak boleh buang sampah merata-rata kerana ia akan turun ke sungai, mencemarkan sungai dan sebagainya, ia amat perlu diadakan dan juga di pulau-pulau peranginan seperti di Tioman ataupun barangkali Menteri Besar Terengganu dia hendak di Pulau Perhentian dan sebagainya. Seorang Ahli: Tak payahlah, tak payahlah!. Tuan Amihamzah bin Ahmad: Tetapi tak payahlah Terengganu dahulu ya. Jadi saya minta pada menteri di manakah lagi tempat-tempat yang sesuai dan jenis- jenis incinerator ini yang patut digunakan di Malaysia ini. Terima kasih. Dato' Seri Ong Ka Ting]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang ada cadangan hendak membina incinerator yang lebih kecil, kapasiti tak begitu besar di tempat peranginan seperti di Cameron Highlands dan sebagainya. Kita masih sangat berhati-hati, untuk memilih teknologi yang sesuai kerana kalau yang besar, dia ada dia punya faktor-faktor yang kita hendak tengok, yang kecil pula kita mahu tengok dari segi persekitaran yang berkenaan. Jadi memang di mana kita terdapat masalah tidak ada lagi tapak pelupusan, kita terpaksalah menggunakan incinerator di mana negara lain dah semua macam itu. Negara maju, di mana-mana negara maju dia mesti guna incinerator ini. Ini satu hakikat tak ada siapa boleh mempertikaikan. Bagi incinerator yang besar-besar belum ada, selain daripada dekat Kuala Lumpur. Tadi kata kos yang saya dapat, ini semuanya saya tak berapa mahu umumkan kerana kos ini, yang dianggarkan kepada kami, ialah dia susah mahu banding kerana. | 13 | 23 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
14 DR.1.4.2002
stoker, dia kata banyak murah. Bila dia campur dengan ash melting dia sudah jadi
banyak mahal. Tadi ada kata berapa unit, sebenarnya apa yang kita nak bina ialah
kapasiti loji itu ialah 1,500 tan sehari. Di Kuala Lumpur kita menjanakan sampah sarap
2,500 tan satu hari.
Dengan incinerator ini masih tak boleh mengatasi semua, itu sebab kita kena
ada transfer station untuk keluarkan daripada Kuala Lumpur dan dia punya kos kita
sudah banding, kerana kalau saya cerita fasal kos sekarang, tender itu masih alam
proses dan ia tak berapa sesuai untuk saya dedahkan kos. Tapi boleh saya kata
secara perbandingan kalau kita nak apple sama apple. Apa piawai kita hendak
tetapkan bagi stoker, apa piawaian kita hendak tetapkan bagi gasification kemudahan
yang sama yang stoker itu pada akhirnya nampak lebih mahal daripada gasification. Ini
memang satu tecnical committee punya perkiraan dan bukan saya punya perkiraan.
Jadi bila sampai masa, tender itu sudah dikenal pasti, dia punya dokumen sudah sah
baru boleh kita beritahu berapa harganya.
9. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Dalam Negeri
menyatakan statistik kes pemalsuan kad pengenalan diri dalam tempoh sepuluh tahun
kebelakangan dan bagaimanakah kad pintar pengenalan diri MyKad, yang akan
diimplementasikan ke seluruh negara menjelang April ini, dapat menjamin tidak ada lagi
pemalsuan berlaku.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri Abu Zahar
bin Isnin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat dari Bintulu
itu berikut adalah jawapan iaitu: Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan bilangan kad
pengenalan palsu yang dapat dikesan oleh Jabatan Pendaftaran Negara ialah
sebanyak 2,154.
Berhubung jaminan dengan perlaksanaan MyKad tidak akan berlakunya
pemalsuan, amat sukar untuk dipastikan kerana mereka yang tidak bertanggungjawab,
saya ulangi sekali lagi, yang tidak bertanggungjawab akan sentiasa meniru dokumen-
dokumen tersebut selagi ada orang yang mengehendakinya.
Kelebihan yang utama selepas MyKad diperkenalkan ialah jaminan untuk
mengesan pemalsuan kad pengenalan atau sebarang penyelewengan dapat dilakukan
dengan serta-merta. Ini adalah kerana alasan-alasan berikut:
(i) MyKad mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mudah
dikesan di peringkat awal;
(ii) MyKad mempunyai chips yang mudah dibaca dengan
menggunakan alat pembaca kad ataupun card acceptance
device dengan izin,Tuan Yang di-Pertua;
(iii) perlaksanaan sistem pengkorporatan online oleh semua
pejabat pendaftaran negara boleh menyemak ketulenan
pemegang kad melalui gambar dan juga maklumat peribadi.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Semalam
dalam surat khabar, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara telah membuat laporan
polis untuk menyiasat supaya diadakan siasatan terhadap beberapa kejadian
pemalsuan kad pengenalan di Pantai Timur Sabah. Persoalan saya di sini ialah
dengan bilangan kad pengenalan palsu yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat
tadi dan laporan-laporan polis yang telah dibuat dan juga dengan ada jawatankuasa
ataupun panel penyiasatan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah baru-baru ini,
adakah kerajaan berpuas hati dengan penemuan-penemuan yang dibuat oleh
jawatankuasa-jawatankuasa ini atau siasatan polis yang telah dibuat setakat ini.
Saya ingin tahu, Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan pernah atau telah
menangkap orang-orang yang terlibat dalam sindiket ini, kita tahu bahawa sudah sekian
lama benda ini berlaku di negeri Sabah misalannya hampir setiap hari kita nampak
laporan di akhbar tentang kejadian di mana yang ditangkap mempunyai kad
pengenalan palsu ini telah dikenakan hukuman oleh mahkamah. Tetapi kita tak pernah
dengar orang-orang yang bertanggungjawab mengeluarkan ataupun orang-orang yang
terlibat dalam sindiket pemalsuan kad pengenalan ini. Jadi apakah langkah-langkah
| stoker, dia kata banyak murah. Bila dia campur dengan ash melting dia sudah jadi banyak mahal. Tadi ada kata berapa unit, sebenarnya apa yang kita nak bina ialah kapasiti loji itu ialah 1,500 tan sehari. Di Kuala Lumpur kita menjanakan sampah sarap 2,500 tan satu hari. Dengan incinerator ini masih tak boleh mengatasi semua, itu sebab kita kena ada transfer station untuk keluarkan daripada Kuala Lumpur dan dia punya kos kita sudah banding, kerana kalau saya cerita fasal kos sekarang, tender itu masih alam proses dan ia tak berapa sesuai untuk saya dedahkan kos. Tapi boleh saya kata secara perbandingan kalau kita nak apple sama apple. Apa piawai kita hendak tetapkan bagi stoker, apa piawaian kita hendak tetapkan bagi gasification kemudahan yang sama yang stoker itu pada akhirnya nampak lebih mahal daripada gasification. Ini memang satu tecnical committee punya perkiraan dan bukan saya punya perkiraan. Jadi bila sampai masa, tender itu sudah dikenal pasti, dia punya dokumen sudah sah baru boleh kita beritahu berapa harganya. 9. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik kes pemalsuan kad pengenalan diri dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan dan bagaimanakah kad pintar pengenalan diri MyKad, yang akan diimplementasikan ke seluruh negara menjelang April ini, dapat menjamin tidak ada lagi pemalsuan berlaku. Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat dari Bintulu itu berikut adalah jawapan iaitu: Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan bilangan kad pengenalan palsu yang dapat dikesan oleh Jabatan Pendaftaran Negara ialah sebanyak 2,154. Berhubung jaminan dengan perlaksanaan MyKad tidak akan berlakunya pemalsuan, amat sukar untuk dipastikan kerana mereka yang tidak bertanggungjawab, saya ulangi sekali lagi, yang tidak bertanggungjawab akan sentiasa meniru dokumen- dokumen tersebut selagi ada orang yang mengehendakinya. Kelebihan yang utama selepas MyKad diperkenalkan ialah jaminan untuk mengesan pemalsuan kad pengenalan atau sebarang penyelewengan dapat dilakukan dengan serta-merta. Ini adalah kerana alasan-alasan berikut: (i) MyKad mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mudah dikesan di peringkat awal; (ii) MyKad mempunyai chips yang mudah dibaca dengan menggunakan alat pembaca kad ataupun card acceptance device dengan izin,Tuan Yang di-Pertua; (iii) perlaksanaan sistem pengkorporatan online oleh semua pejabat pendaftaran negara boleh menyemak ketulenan pemegang kad melalui gambar dan juga maklumat peribadi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Semalam dalam surat khabar, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara telah membuat laporan polis untuk menyiasat supaya diadakan siasatan terhadap beberapa kejadian pemalsuan kad pengenalan di Pantai Timur Sabah. Persoalan saya di sini ialah dengan bilangan kad pengenalan palsu yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi dan laporan-laporan polis yang telah dibuat dan juga dengan ada jawatankuasa ataupun panel penyiasatan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah baru-baru ini, adakah kerajaan berpuas hati dengan penemuan-penemuan yang dibuat oleh jawatankuasa-jawatankuasa ini atau siasatan polis yang telah dibuat setakat ini. Saya ingin tahu, Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan pernah atau telah menangkap orang-orang yang terlibat dalam sindiket ini, kita tahu bahawa sudah sekian lama benda ini berlaku di negeri Sabah misalannya hampir setiap hari kita nampak laporan di akhbar tentang kejadian di mana yang ditangkap mempunyai kad pengenalan palsu ini telah dikenakan hukuman oleh mahkamah. Tetapi kita tak pernah dengar orang-orang yang bertanggungjawab mengeluarkan ataupun orang-orang yang terlibat dalam sindiket pemalsuan kad pengenalan ini. Jadi apakah langkah-langkah. | 14 | 24 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 15
kerajaan untuk mengenal pasti orang-orang yang terlibat dalam sindiket ini. Terima
kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima
kasih Yang Berhormat bagi Tuaran yang menimbulkan soalan itu. Pertama sekali
perkara ini boleh dikatakan sebab Yang Berhormat datang dari Sabah, sebahagian
besar anggota-anggota sindiket yang berkaitan berlaku di Sabah sendiri. Tetapi walau
macam mana pun pihak polis dan juga pihak yang bertanggungjawab berkaitan dengan
kad pengenalan ini mengambil tindakan dari masa ke semasa untuk
memperkemaskinikan pemberian kad pengenalan dan juga kad-kad pengenalan
kepada orang ramai dan kita pun sebagaimana kita ketahui hari ini kita cuba sehabis
baik untuk mengeluarkan kad pengenalan seperti MyKad ini.
Sebabnya kita dapat tahu, berlaku beberapa insiden yang tidak sihat berkaitan
dengan kad-kad pengenalan yang lampau. Jadi, sebagaimana yang diminta saya tidak
dapat memberikan berapa ramai yang telah ditangkap oleh pihak polis ataupun pihak-
pihak berkuasa kerajaan atas ahli-ahli sindiket. Tetapi walau macam manapun kita
tahu bahawa penguatkuasaan oleh polis dan juga pihak pengeluar kad pengenalan
tidak akan berdiam diri dan akan memastikan bahawa setiap gerak-geri atau usaha-
usaha pihak sindiket untuk memberikan kad-kad pengenalan atau mengeluarkan kad
pengenalan yang tidak sah dan kita akan mengambil tindakan dari masa ke semasa.
Terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG ARKITEK (PINDAAN) 2002
Bacaan Kali Yang Pertama
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Arkitek 1967;
di bawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kerja Raya; dibaca kali yang pertama; akan
dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG INDUSTRI PELANCONGAN (PINDAAN) 2002
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan
yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali
yang kedua sekarang”. [28 Mac 2002]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, berapa lama lagi, Yang Berhormat?
kita hendak masuk kepada Rang Undang-undang Perbekalan ya.
11.10 pagi.
Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dato' Dr. Ng
Yen Yen]: Tuan Yang di-Pertua, dekat setengah jam.
Tuan Yang di-Pertua: Okaylah, setengah jam lagi Yang Berhormat, bolehkah
kurang sedikit, 20 minit boleh tak? Baiklah, silakan.
Dato' Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung
semula ucapan penggulungan Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan)
2002. Kemudahan Homestay dan Bed and Breakfast. Sukacita saya menyentuh isu
mengenai peningkatan kualiti dan perkhidmatan program Homestay dan Bed and
Breakfast yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Shah Alam, Sibu dan Hulu
Langat.
| kerajaan untuk mengenal pasti orang-orang yang terlibat dalam sindiket ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih Yang Berhormat bagi Tuaran yang menimbulkan soalan itu. Pertama sekali perkara ini boleh dikatakan sebab Yang Berhormat datang dari Sabah, sebahagian besar anggota-anggota sindiket yang berkaitan berlaku di Sabah sendiri. Tetapi walau macam mana pun pihak polis dan juga pihak yang bertanggungjawab berkaitan dengan kad pengenalan ini mengambil tindakan dari masa ke semasa untuk memperkemaskinikan pemberian kad pengenalan dan juga kad-kad pengenalan kepada orang ramai dan kita pun sebagaimana kita ketahui hari ini kita cuba sehabis baik untuk mengeluarkan kad pengenalan seperti MyKad ini. Sebabnya kita dapat tahu, berlaku beberapa insiden yang tidak sihat berkaitan dengan kad-kad pengenalan yang lampau. Jadi, sebagaimana yang diminta saya tidak dapat memberikan berapa ramai yang telah ditangkap oleh pihak polis ataupun pihak- pihak berkuasa kerajaan atas ahli-ahli sindiket. Tetapi walau macam manapun kita tahu bahawa penguatkuasaan oleh polis dan juga pihak pengeluar kad pengenalan tidak akan berdiam diri dan akan memastikan bahawa setiap gerak-geri atau usaha- usaha pihak sindiket untuk memberikan kad-kad pengenalan atau mengeluarkan kad pengenalan yang tidak sah dan kita akan mengambil tindakan dari masa ke semasa. Terima kasih. [Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]. RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT. RANG UNDANG-UNDANG ARKITEK (PINDAAN) 2002 Bacaan Kali Yang Pertama. Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Arkitek 1967; di bawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kerja Raya; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini. RANG UNDANG-UNDANG. RANG UNDANG INDUSTRI PELANCONGAN (PINDAAN) 2002 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga. Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang". [28 Mac 2002] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, berapa lama lagi, Yang Berhormat? kita hendak masuk kepada Rang Undang-undang Perbekalan ya. 11.10 pagi. Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dato' Dr. Ng Yen Yen]: Tuan Yang di-Pertua, dekat setengah jam. Tuan Yang di-Pertua: Okaylah, setengah jam lagi Yang Berhormat, bolehkah kurang sedikit, 20 minit boleh tak? Baiklah, silakan. Dato' Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung semula ucapan penggulungan Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan) 2002. Kemudahan Homestay dan Bed and Breakfast. Sukacita saya menyentuh isu mengenai peningkatan kualiti dan perkhidmatan program Homestay dan Bed and Breakfast yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Shah Alam, Sibu dan Hulu Langat. | 15 | 25 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
16 DR.1.4.2002
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, program Homestay yang
diwujudkan adalah hampir sama dengan kemudahan penginapan Bed and Breakfast
yang ada di negara-negara Barat. Walau bagaimanapun, program ini memberi peluang
pelancong-pelancong tinggal di rumah di luar-luar bandar dan menyertai aktiviti
penduduk setempat khususnya dari segi makanan, kebudayaan dan lain-lain gaya
hidup penduduk luar bandar sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Di samping itu, program Homestay ini juga turut melibatkan penduduk-
penduduk tempatan yang terdiri daripada pengusaha pelancongan, tuan punya rumah,
orang-orang kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung. Dengan ini bolehlah dikatakan program Homestay adalah lebih baik dan
menarik untuk pelancong-pelancong asing berbanding Bed and Breakfast.
Pada masa ini terdapat 800 peserta program Homestay di 25 buah kampung
di seluruh negara. Di antaranya adalah di Desa Murni, Pahang; Relau, Kedah,
Kampung Pelenggong, Negeri Sembilan; Kampung Ulu Choh, Selangor; Kampung
Tanjong Aru dan Sinisia di Sabah dan Kampung Telaga Air dan Telok Melanu di
Sarawak dan Kampung Pantai Suri di Tumpat dan Balok, Ulu Kusai, Ulu Kelantan di
Kelantan.
Kementerian ini telah mendaftar semua pengusaha Homestay dan telah
menerbitkan suatu directory khusus yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan
promosi dalam negeri dan luar negeri. Program Homestay perlulah dipantau dari masa
ke semasa untuk mengekalkan kualiti kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan.
Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, pengusaha Homestay turut diberi latihan,
perusahaan, asas Homestay anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan
kerjasama Kementerian saya. Sehingga kini 10 siri kursus telah dianjurkan dan
memberi faedah kepada 500 pengusaha Homestay. Di samping itu, lima kursus
kesedaran yang melibatkan 200 peserta juga telah dianjurkan dengan kerjasama
Persatuan Homestay Malaysia.
Kementerian saya ingin mencadangkan supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat
mengambil inisiatif membantu Kementerian saya dan memainkan peranan untuk
mendaftar dan menggalakkan pengusaha Homestay dan ahli-ahli JKKK serta penduduk
setempat di kawasan Yang Berhormat supaya sentiasa menunjukkan sikap yang ramah
mesra, menghormati tetamu, hidup dalam keadaan rukun dan mewujudkan
keharmonian yang sejati serta memelihara kebersihan kawasan kampung-kampung
mereka. Dengan cara ini pelancong-pelancong akan lebih tertarik untuk melancong
melalui program Homestay berbanding pakej-pakej pelancongan lain yang tinggal di
hotel-hotel di bandar-bandar besar.
Kementerian sememangnya sedar akan adanya kelemahan-kelemahan di
dalam program Homestay ini. Oleh itu kementerian saya memerlukan maklum balas
dari Ahli-Ahli Yang Berhormat dari masa ke semasa mengenai kelemahan yang ditemui
dan seterusnya akan diperbaiki di masa-masa akan datang.
[Timbalan Yang di-Pertua Dato' Haji Muhamad bin Abdullah
mempengerusikan mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan. Isu keselamatan adalah satu faktor
penting bagi menjamin perkembangan industri pelancongan secara berterusan.
Mengenai keselamatan di pulau-pulau termasuk Pulau Sipadan yang dibangkitkan oleh
Ahli Yang Berhormat dari Sibu, kementerian mendapati bahawa sejak insiden yang
berlaku pada tahun 2000…
Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat, ada yang berdiri Yang Berhormat.
Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Timbalan Menteri. Saya ingin berbalik kepada isu Homestay tadi dan saya amat
tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya sebagai wakil rakyat sebagai mana yang diminta oleh Yang Berhormat tadi ingin
menyambut cabaran mempromosikan Homestay ini. Pertanyaan saya di sini adalah
| Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, program Homestay yang diwujudkan adalah hampir sama dengan kemudahan penginapan Bed and Breakfast yang ada di negara-negara Barat. Walau bagaimanapun, program ini memberi peluang pelancong-pelancong tinggal di rumah di luar-luar bandar dan menyertai aktiviti penduduk setempat khususnya dari segi makanan, kebudayaan dan lain-lain gaya hidup penduduk luar bandar sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Di samping itu, program Homestay ini juga turut melibatkan penduduk- penduduk tempatan yang terdiri daripada pengusaha pelancongan, tuan punya rumah, orang-orang kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Dengan ini bolehlah dikatakan program Homestay adalah lebih baik dan menarik untuk pelancong-pelancong asing berbanding Bed and Breakfast. Pada masa ini terdapat 800 peserta program Homestay di 25 buah kampung di seluruh negara. Di antaranya adalah di Desa Murni, Pahang; Relau, Kedah, Kampung Pelenggong, Negeri Sembilan; Kampung Ulu Choh, Selangor; Kampung Tanjong Aru dan Sinisia di Sabah dan Kampung Telaga Air dan Telok Melanu di Sarawak dan Kampung Pantai Suri di Tumpat dan Balok, Ulu Kusai, Ulu Kelantan di Kelantan. Kementerian ini telah mendaftar semua pengusaha Homestay dan telah menerbitkan suatu directory khusus yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan promosi dalam negeri dan luar negeri. Program Homestay perlulah dipantau dari masa ke semasa untuk mengekalkan kualiti kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, pengusaha Homestay turut diberi latihan, perusahaan, asas Homestay anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama Kementerian saya. Sehingga kini 10 siri kursus telah dianjurkan dan memberi faedah kepada 500 pengusaha Homestay. Di samping itu, lima kursus kesedaran yang melibatkan 200 peserta juga telah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Homestay Malaysia. Kementerian saya ingin mencadangkan supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat mengambil inisiatif membantu Kementerian saya dan memainkan peranan untuk mendaftar dan menggalakkan pengusaha Homestay dan ahli-ahli JKKK serta penduduk setempat di kawasan Yang Berhormat supaya sentiasa menunjukkan sikap yang ramah mesra, menghormati tetamu, hidup dalam keadaan rukun dan mewujudkan keharmonian yang sejati serta memelihara kebersihan kawasan kampung-kampung mereka. Dengan cara ini pelancong-pelancong akan lebih tertarik untuk melancong melalui program Homestay berbanding pakej-pakej pelancongan lain yang tinggal di hotel-hotel di bandar-bandar besar. Kementerian sememangnya sedar akan adanya kelemahan-kelemahan di dalam program Homestay ini. Oleh itu kementerian saya memerlukan maklum balas dari Ahli-Ahli Yang Berhormat dari masa ke semasa mengenai kelemahan yang ditemui dan seterusnya akan diperbaiki di masa-masa akan datang. [Timbalan Yang di-Pertua Dato' Haji Muhamad bin Abdullah mempengerusikan mesyuarat]. Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan. Isu keselamatan adalah satu faktor penting bagi menjamin perkembangan industri pelancongan secara berterusan. Mengenai keselamatan di pulau-pulau termasuk Pulau Sipadan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sibu, kementerian mendapati bahawa sejak insiden yang berlaku pada tahun 2000... Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, ada yang berdiri Yang Berhormat. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin berbalik kepada isu Homestay tadi dan saya amat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebagai wakil rakyat sebagai mana yang diminta oleh Yang Berhormat tadi ingin menyambut cabaran mempromosikan Homestay ini. Pertanyaan saya di sini adalah. | 16 | 26 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 17
bagaimanakah kementerian dapat mempercepatkan proses pendaftaran bilik-bilik
Homestay di kampung-kampung?
Saya ambil contoh misalnya di negeri Sabah, saya difahamkan bahawa proses
untuk mendaftarkan satu bilik mengambil begitu lama sebab jawatankuasa di peringkat
negeri untuk meluluskan sesuatu bilik itu terlalu ramai. Saya difahamkan terdapat 25
orang anggota dalam jawatankuasa dan pendaftar seperti mana yang dalam akta yang
kita bahaskan ini, pendaftarnya ialah Pesuruhjaya Pelancongan iaitu Ketua Setiausaha
Kementerian Yang Berhormat. Jadi bagaimanakah kita dapat mempercepatkan proses
pendaftaran ini sebab ini melibatkan banyak proses pengusaha terpaksa masuk
kampung melihat bilik-bilik, rumah dan sebagainya dan selepas itu dibawa pula dalam
pelbagai mesyuarat di peringkat kementerian di peringkat negeri.
Saya difahamkan oleh seorang sahabat bahawa pernah borang-borang yang
diminta di hantar ke kementerian hilang begitu sahaja, sehinggakan begitu. Jadi
bagaimana kita dapat mengelakkan perkara-perkara seperti ini supaya pengusaha-
pengusaha yang mempromosikan Homestay ini akan mendapat galakan untuk
mempromosikan homestay? Terima kasih.
Dato' Dr. Ng. Yen Yen: Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, pendaftar bilik-bilik di kampung lain dengan pendaftar program homestay.
Program homestay itu mesti dicadangkan daripada JKKK dan juga pegawai daerah.
Walau bagaimanapun, jikalau Ahli Yang Berhormat ada maklumat mengenai delay in
processing daripada kawasan, Ahli Yang Berhormat boleh terus berhubung dengan
saya dan saya akan kaji perkara itu.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan keselamatan di pulau-pulau,
kedatangan pelancong ke pulau berkenaan telah meningkat semula iaitu dari 4,151
orang pada tahun 2000 kepada 4,789 orang pada tahun 2001. Kedatangan
pelancongan ke Pulau Mabur yang bersebelahan juga meningkat dari 5,200 orang
kepada 2,231 orang. Ini menunjukkan insiden penculikan oleh Kumpulan… tidak
meninggalkan kesan yang lama terutama dengan adanya tindakan segera daripada
pihak berkuasa keselamatan yang mengambil langkah-langkah yang positif untuk
memastikan keselamatan peranan negara terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat apa-apa isu antara Malaysia dengan
Singapura ada potensi untuk menjejaskan pelancongan antara kedua negara. Oleh itu,
adalah penting demi kebaikan kedua-dua buah negara, sebarang isu yang timbul
haruslah dielakkan dan pihak media pula mesti memainkan peranan untuk memberi
laporan yang tepat. Isu penambakan laut di Pulau Tekong dan Pulau Ubin oleh
Kerajaan Singapura telah sedikit sebanyak menjejaskan hubungan antara kedua
negara. Namun demikian, berdasarkan perangkaan awal faktor ini tidak menjejaskan
ketibaan pelancong dari negara Singapura.
Berhubung dengan isu keganasan dan penayangan di kaca TV yang
dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Tumpat dan Bachok, kementerian
saya ingin menegaskan penayangan sedutan peristiwa-peristiwa ini lebih merupakan
peningkatan kepada rakyat. Ianya tidak boleh dianggap sebagai satu alat propaganda
politik untuk menakutkan orang ramai atau pelancong. Statistik ketibaan pelancong
tidak menunjukkan bahawa penayangan ini telah menjejaskan keyakinan pelancong
untuk berkunjung ke Malaysia. Namun begitu wajar kita sentiasa mempertingkatkan diri
kita supaya tidak mengambil mudah isu-isu keselamatan yang boleh menjejaskan
perkembangan dan peningkatan industri pelancongan.
Tuan Yang di-Pertua, kemudahsampaian adalah satu asas penting bagi
membolehkan para pelancong datang ke sesuatu destinasi pelancongan di Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak. Berkaitan dengan kemudahsampaian yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Batang Lupar, kementerian sedar bahawa
Sabah dan Sarawak menghadapi masalah kemudahsampaian sama ada melalui
penerbangan atau jalan darat. Untuk mengatasi masalah ini….
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang
berdiri, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Batang Lupar.
| bagaimanakah kementerian dapat mempercepatkan proses pendaftaran bilik-bilik Homestay di kampung-kampung?. Saya ambil contoh misalnya di negeri Sabah, saya difahamkan bahawa proses untuk mendaftarkan satu bilik mengambil begitu lama sebab jawatankuasa di peringkat negeri untuk meluluskan sesuatu bilik itu terlalu ramai. Saya difahamkan terdapat 25 orang anggota dalam jawatankuasa dan pendaftar seperti mana yang dalam akta yang. kita bahaskan ini, pendaftarnya ialah Pesuruhjaya Pelancongan iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Yang Berhormat. Jadi bagaimanakah kita dapat mempercepatkan proses pendaftaran ini sebab ini melibatkan banyak proses pengusaha terpaksa masuk kampung melihat bilik-bilik, rumah dan sebagainya dan selepas itu dibawa pula dalam pelbagai mesyuarat di peringkat kementerian di peringkat negeri. Saya difahamkan oleh seorang sahabat bahawa pernah borang-borang yang diminta di hantar ke kementerian hilang begitu sahaja, sehinggakan begitu. Jadi bagaimana kita dapat mengelakkan perkara-perkara seperti ini supaya pengusaha- pengusaha yang mempromosikan Homestay ini akan mendapat galakan untuk mempromosikan homestay? Terima kasih. Dato' Dr. Ng. Yen Yen: Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendaftar bilik-bilik di kampung lain dengan pendaftar program homestay. Program homestay itu mesti dicadangkan daripada JKKK dan juga pegawai daerah. Walau bagaimanapun, jikalau Ahli Yang Berhormat ada maklumat mengenai delay in processing daripada kawasan, Ahli Yang Berhormat boleh terus berhubung dengan saya dan saya akan kaji perkara itu. Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan keselamatan di pulau-pulau, kedatangan pelancong ke pulau berkenaan telah meningkat semula iaitu dari 4,151 orang pada tahun 2000 kepada 4,789 orang pada tahun 2001. Kedatangan pelancongan ke Pulau Mabur yang bersebelahan juga meningkat dari 5,200 orang kepada 2,231 orang. Ini menunjukkan insiden penculikan oleh Kumpulan... tidak meninggalkan kesan yang lama terutama dengan adanya tindakan segera daripada pihak berkuasa keselamatan yang mengambil langkah-langkah yang positif untuk memastikan keselamatan peranan negara terjamin. Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat apa-apa isu antara Malaysia dengan Singapura ada potensi untuk menjejaskan pelancongan antara kedua negara. Oleh itu, adalah penting demi kebaikan kedua-dua buah negara, sebarang isu yang timbul haruslah dielakkan dan pihak media pula mesti memainkan peranan untuk memberi laporan yang tepat. Isu penambakan laut di Pulau Tekong dan Pulau Ubin oleh Kerajaan Singapura telah sedikit sebanyak menjejaskan hubungan antara kedua negara. Namun demikian, berdasarkan perangkaan awal faktor ini tidak menjejaskan ketibaan pelancong dari negara Singapura. Berhubung dengan isu keganasan dan penayangan di kaca TV yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Tumpat dan Bachok, kementerian saya ingin menegaskan penayangan sedutan peristiwa-peristiwa ini lebih merupakan peningkatan kepada rakyat. Ianya tidak boleh dianggap sebagai satu alat propaganda politik untuk menakutkan orang ramai atau pelancong. Statistik ketibaan pelancong tidak menunjukkan bahawa penayangan ini telah menjejaskan keyakinan pelancong untuk berkunjung ke Malaysia. Namun begitu wajar kita sentiasa mempertingkatkan diri kita supaya tidak mengambil mudah isu-isu keselamatan yang boleh menjejaskan perkembangan dan peningkatan industri pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, kemudahsampaian adalah satu asas penting bagi membolehkan para pelancong datang ke sesuatu destinasi pelancongan di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Berkaitan dengan kemudahsampaian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Batang Lupar, kementerian sedar bahawa Sabah dan Sarawak menghadapi masalah kemudahsampaian sama ada melalui penerbangan atau jalan darat. Untuk mengatasi masalah ini.... Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Batang Lupar. | 17 | 27 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
18 DR.1.4.2002
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Dato'. Batang
Lupar, terima kasih.
Jadi saya mendapat maklumat bahawa SIA tidak lagi beroperasi dari
Singapura ke Kuching dan berulang alik. Sebab-sebabnya adalah oleh kerana batasan
yang telah disyaratkan. SIA hanya boleh membawa 150 penumpang setiap kali
penerbangan atau seminggu. Jadi ini telah mendatangkan satu masalah yang besar
kepada industri pelancongan di Sarawak. Saya tidak tahu di mana letaknya dasar ini
dan siapa yang membuat dasar dan adakah kerajaan melihat semula supaya dasar ini
tidak dikenakan kepada pendatang ataupun pelancong dari Singapura ke Sarawak
sebagai mana yang dibuat dari Singapura dan berulang alik ke Kuala Lumpur. Kalau
tidak, ini dipandang ada berat sebelah sedikit penekanan kemudahan pelancongan di
Sarawak.
Jadi semenjak SIA telah menarik diri oleh kerana batasan penumpang ini,
adakah kerajaan akan berbincang balik dengan SIA ataupun mewujudkan penerbangan
MAS yang banyak daripada Singapura ke Kuching dan tidak ada batasan-batasan yang
tertentu sebagaimana yang dibuat daripada Singapura ke Kuala Lumpur? Terima
kasih.
Dato' Dr. Ng. Yen Yen: Terima kasih. Isu-isu penerbangan memang tidak di
bawah dasar kementerian saya, tetapi kita pada masa sekarang ada berbincang
dengan SIA berkaitan dengan perkara ini. Kita pun ada berbincang dengan airlines
yang lain-lain pada masa sekarang. Jadi kita sekarang ada berbincang dengan Cathay
Pacific, Dragon Air, China Airlines, China Eastern Airlines, China Northern Airlines dan
Royal Brunei untuk masalah ini dan sementara ini sebelum isu ini diselesaikan kita
cadang lebih lagi chartered flights dari China, Hong Kong, Taiwan ke Sarawak dan
Sabah. Jadi mereka pun boleh berhenti di Singapura, lepas mengambil passengers,
pergi ke Sabah dan Sarawak. Memang masalah ini di masa sekarang masih
dibincangkan dengan SIA dan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, kementerian juga telah
menggalakkan syarikat-syarikat pelancong di Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan
pakej pelancongan "Double-Gold Package" seperti melancong ke Sabah-Sarawak,
melancong ke Sarawak-Brunei atau Sabah-Brunei. Dengan ini jelaslah kementerian
telah mengambil kira Sabah dan Sarawak dalam mewujudkan pakej dan promosi dan
pelancongan arus perdana (mainstream) dan bukan sahaja second-liner stream
selepas Kuala Lumpur atau lain-lain bandar. Tambahan pula Sabah dan Sarawak
adalah destinasi pelancong eco-tourism dan tercantik di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, kualiti perkhidmatan dan profesionalisme yang tinggi di
kalangan para petugas dan pekerja sektor pelancongan adalah satu aset penting untuk
menentukan kejayaan sektor pelancongan. Kementerian sedar bahawa pekerja-
pekerja dalam sektor pelancongan sememangnya wajib mempunyai kemahiran,
pengetahuan dan profesionalisme yang tinggi dalam melayani para pelancong. Rakyat
Malaysia sememangnya terkenal…..
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat, ada yang berdiri. Ya, sila.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Timbalan Menteri. Saya tidak akan jemu-jemu untuk memberikan kepujian
dan rasa bangga saya. Tahniah kepada Kementerian Pelancongan kita yang telah pun
bersungguh-sungguh untuk menjual Malaysia di mata seluruh dunia bagi menarik
pelancong untuk datang menginap dan berbelanja di negara kita. Kejayaan menarik 12
juta pelancong, walaupun sebagai satu kejayaan yang kita banggakan, tetapi mungkin
boleh kita tingkatkan. 12 juta ini mungkin belum sampai ke tahap sasaran.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya
Yang Berhormat, ya.
Seorang Ahli: Itu soalannya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya kira,
sudah mukadimah itu, saya sudah faham itu Yang Berhormat. Soalan boleh masuk.
| Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Dato'. Batang Lupar, terima kasih. Jadi saya mendapat maklumat bahawa SIA tidak lagi beroperasi dari Singapura ke Kuching dan berulang alik. Sebab-sebabnya adalah oleh kerana batasan yang telah disyaratkan. SIA hanya boleh membawa 150 penumpang setiap kali penerbangan atau seminggu. Jadi ini telah mendatangkan satu masalah yang besar kepada industri pelancongan di Sarawak. Saya tidak tahu di mana letaknya dasar ini dan siapa yang membuat dasar dan adakah kerajaan melihat semula supaya dasar ini tidak dikenakan kepada pendatang ataupun pelancong dari Singapura ke Sarawak sebagai mana yang dibuat dari Singapura dan berulang alik ke Kuala Lumpur. Kalau tidak, ini dipandang ada berat sebelah sedikit penekanan kemudahan pelancongan di Sarawak. Jadi semenjak SIA telah menarik diri oleh kerana batasan penumpang ini, adakah kerajaan akan berbincang balik dengan SIA ataupun mewujudkan penerbangan MAS yang banyak daripada Singapura ke Kuching dan tidak ada batasan-batasan yang tertentu sebagaimana yang dibuat daripada Singapura ke Kuala Lumpur? Terima kasih. Dato' Dr. Ng. Yen Yen: Terima kasih. Isu-isu penerbangan memang tidak di bawah dasar kementerian saya, tetapi kita pada masa sekarang ada berbincang dengan SIA berkaitan dengan perkara ini. Kita pun ada berbincang dengan airlines yang lain-lain pada masa sekarang. Jadi kita sekarang ada berbincang dengan Cathay Pacific, Dragon Air, China Airlines, China Eastern Airlines, China Northern Airlines dan Royal Brunei untuk masalah ini dan sementara ini sebelum isu ini diselesaikan kita cadang lebih lagi chartered flights dari China, Hong Kong, Taiwan ke Sarawak dan Sabah. Jadi mereka pun boleh berhenti di Singapura, lepas mengambil passengers, pergi ke Sabah dan Sarawak. Memang masalah ini di masa sekarang masih dibincangkan dengan SIA dan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, kementerian juga telah menggalakkan syarikat-syarikat pelancong di Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan pakej pelancongan "Double-Gold Package" seperti melancong ke Sabah-Sarawak, melancong ke Sarawak-Brunei atau Sabah-Brunei. Dengan ini jelaslah kementerian telah mengambil kira Sabah dan Sarawak dalam mewujudkan pakej dan promosi dan pelancongan arus perdana (mainstream) dan bukan sahaja second-liner stream selepas Kuala Lumpur atau lain-lain bandar. Tambahan pula Sabah dan Sarawak adalah destinasi pelancong eco-tourism dan tercantik di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kualiti perkhidmatan dan profesionalisme yang tinggi di kalangan para petugas dan pekerja sektor pelancongan adalah satu aset penting untuk menentukan kejayaan sektor pelancongan. Kementerian sedar bahawa pekerja- pekerja dalam sektor pelancongan sememangnya wajib mempunyai kemahiran, pengetahuan dan profesionalisme yang tinggi dalam melayani para pelancong. Rakyat Malaysia sememangnya terkenal..... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, ada yang berdiri. Ya, sila. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya tidak akan jemu-jemu untuk memberikan kepujian dan rasa bangga saya. Tahniah kepada Kementerian Pelancongan kita yang telah pun bersungguh-sungguh untuk menjual Malaysia di mata seluruh dunia bagi menarik pelancong untuk datang menginap dan berbelanja di negara kita. Kejayaan menarik 12 juta pelancong, walaupun sebagai satu kejayaan yang kita banggakan, tetapi mungkin boleh kita tingkatkan. 12 juta ini mungkin belum sampai ke tahap sasaran. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang Berhormat, ya. Seorang Ahli: Itu soalannya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya kira, sudah mukadimah itu, saya sudah faham itu Yang Berhormat. Soalan boleh masuk. | 18 | 28 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 19
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Susah Tuan Yang di-Pertua. Saya
punya soalan ini, kalau tidak dibuat dengan mukadimah ...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Terlalu
panjang Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Takut tidak dapat Yang Berhormat
Menteri menyelami soalan itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya rasa
dia boleh menyelami.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
[Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak tahulah kalau dia.... Ini soal
package ini. Ada negara atau rakyat negara lain, pelancong, package yang tertentu
seperti umpamanya, orang-orang di sebelah Eropah ataupun Amerika, mungkin
package ini, dia hendak ke hutan, di tepi pantai. Tetapi, dalam hubungan ini, apakah
package yang disediakan oleh kementerian, sebagai cadangan untuk menarik
pelancong daripada negara Arab, Timur Tengah? Mungkin dia, tidak berapa berminat
dengan hutan, gunung-ganang, mungkin dia lebih berminat dengan keadaan yang
sejuk, Cameron Highlands dan sebagainya serta tempat membeli-belah yang cantik,
yang mudah, yang murah dan sebagainya.
Satu lagi yang saya ingin hendak bertanya, apakah dalam menyediakan
pelbagai bentuk kemudahan yang disediakan oleh negara kita ini, kementerian
mengambil kira tentang kemudahan perubatan? Ini kerana, saya difahamkan,
sesetengah negara Barat ataupun sesetengah pelancong Barat, dia khuatir sangat...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah
Yang Berhormat hurai, dia boleh jawab sudah itu. Yang Berhormat tanya package
untuk orang-orang negara Arab, yang kedua, kemudahan perubatan. Pada saya,
menteri boleh jawab sudah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Oohh! Boleh jawab Tuan Yang di-
Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia
boleh jawab dah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, itu yang saya hendak....
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, tidak
payahlah dihuraikan itu Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini kerana, saya hendak memberikan
pandangan supaya....
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ia panjang
sangat kalau dihuraikan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Panjang sangat Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya,
panjang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Kadang-kadang, boleh panjang ini,
bagus juga. [Ketawa] Ya, itu maksud saya. Jadi....
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, apakah langkah-langkah yang lain,
kalau dapat, kita pertingkatkan lagi, bagaimana kita memperkenalkan Malaysia dengan
kemudahan-kemudahan yang boleh dinikmati oleh pelancong-pelancong luar negara
supaya mereka tidak rasa gusar dan juga rasa curiga apabila datang ke Malaysia, tidak
ada rasa ketakutan, soal pengeluaran wang mudah, soal tukaran wang mudah, soal
penginapan mudah, soal pengangkutan mudah, soal jalan raya, soal keselamatan dan
| Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Susah Tuan Yang di-Pertua. Saya punya soalan ini, kalau tidak dibuat dengan mukadimah ... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Terlalu panjang Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Takut tidak dapat Yang Berhormat Menteri menyelami soalan itu. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya rasa dia boleh menyelami. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Boleh ya?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. [Ketawa]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak tahulah kalau dia.... Ini soal package ini. Ada negara atau rakyat negara lain, pelancong, package yang tertentu seperti umpamanya, orang-orang di sebelah Eropah ataupun Amerika, mungkin package ini, dia hendak ke hutan, di tepi pantai. Tetapi, dalam hubungan ini, apakah package yang disediakan oleh kementerian, sebagai cadangan untuk menarik pelancong daripada negara Arab, Timur Tengah? Mungkin dia, tidak berapa berminat dengan hutan, gunung-ganang, mungkin dia lebih berminat dengan keadaan yang sejuk, Cameron Highlands dan sebagainya serta tempat membeli-belah yang cantik, yang mudah, yang murah dan sebagainya. Satu lagi yang saya ingin hendak bertanya, apakah dalam menyediakan pelbagai bentuk kemudahan yang disediakan oleh negara kita ini, kementerian mengambil kira tentang kemudahan perubatan? Ini kerana, saya difahamkan, sesetengah negara Barat ataupun sesetengah pelancong Barat, dia khuatir sangat... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah Yang Berhormat hurai, dia boleh jawab sudah itu. Yang Berhormat tanya package untuk orang-orang negara Arab, yang kedua, kemudahan perubatan. Pada saya, menteri boleh jawab sudah. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Oohh! Boleh jawab Tuan Yang di- Pertua?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia boleh jawab dah. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, itu yang saya hendak.... [Disampuk]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, tidak payahlah dihuraikan itu Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini kerana, saya hendak memberikan pandangan supaya.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ia panjang sangat kalau dihuraikan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Panjang sangat Tuan Yang di-Pertua?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, panjang. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Kadang-kadang, boleh panjang ini, bagus juga. [Ketawa] Ya, itu maksud saya. Jadi.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, apakah langkah-langkah yang lain, kalau dapat, kita pertingkatkan lagi, bagaimana kita memperkenalkan Malaysia dengan kemudahan-kemudahan yang boleh dinikmati oleh pelancong-pelancong luar negara supaya mereka tidak rasa gusar dan juga rasa curiga apabila datang ke Malaysia, tidak ada rasa ketakutan, soal pengeluaran wang mudah, soal tukaran wang mudah, soal penginapan mudah, soal pengangkutan mudah, soal jalan raya, soal keselamatan dan. | 19 | 29 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
20 DR.1.4.2002
soal kesihatan. Ini semua diambil kira oleh pelancong-pelancong di sebelah Barat yang
sudah lebih bertamadun.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya,
cukup Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, saya ingin dapat sedikit penjelasan
daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sama-
sama.
Dato' Dr. Ng Yen Yen: Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Sri Gading.
Terlebih dahulu, saya mesti menerangkan, package bukan disediakan oleh
kementerian. Packages itu disediakan oleh syarikat pelancongan. Kita tidak boleh
menentukan sesuatu package. Ini adalah business sense sesuatu peniaga. Jika dia
pandai buat business, dia buatlah package yang sesuai.
Yang kedua, berkaitan dengan apa kemudahan, kita buat kepada pelancong
dari sesuatu negara, misalnya dari negara Arab. Kita tahu pelancong dari Arab suka
shopping, sebab itu, mereka selalu berkumpul di Bintang Walk. Jadi, kita ini selalu
berbincang dengan retail shop di tempat-tempat ini, mengadakan lebih lagi barang-
barang yang menarik para pelancong, branded goods misalnya, Orang Arab suka
branded goods.
Yang kedua, kita sekarang pun menggalakkan coffee shop restaurant adalah
paip air, orang Arab ini suka water pipe dengan izin. Jadi, sekarang memang nampak
di Sunway Parade, gerai coffee sekarang Barat punya sudah ada water pipe. Boleh
nampak ramai pelancong Arab di situ, cost RM12 setengah jam for one water pipe
smoking session dengan izin. Pada masa sekarang pun, kita menggalakkan pihak
swasta, bukalah restoran-restoran Arabic.
Jadi, memang kita selalu kaji, apa yang boleh menarik sesuatu daripada
sebuah negara, selepas itu, kita buat sesuatu yang sesuai. Berkaitan dengan
pelancongan perubatan, Malaysia memang ada banyak hospital swasta yang sangat
bermutu tinggi. Jadi masa sekarang, pihak Kementerian Kesihatan ada menjalankan
pelancongan kesihatan. Dari kementerian sahaja, kita buat promosi program-program
ini. Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik kepada....
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak cukup
masa, ya.
Dato' Dr. Ng Yen Yen: Masalah kebudayaan. Untuk mewujudkan budaya
positif di atas, kita pula meningkatkan rakyat secara berterusan sejak kecil untuk
mengamalkan sikap dan tingkah laku baik ke atas. Kita mengakui, pada masa ini,
terdapat beberapa kelemahan di kalangan kakitangan barisan hadapan. Oleh itu, kita
sentiasa memperingatkan mereka supaya menjadi host yang terbaik. Dalam pada ini,
Ahli Yang Berhormat harus ingat bahawa sikap dan tingkah laku tidak dapat diubah
dahulu sekelip mata.
Usaha-usaha melatih mereka ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
Latihan untuk kakitangan dalam bidang pelancongan, dijalankan dalam sektor swasta.
Oleh itu, kementerian tidak berhasrat untuk mengambil alih urusan latihan tetapi
sebaliknya, hanya melesenkan dan memantau institusi latihan pelancongan. Pada
masa ini, terdapat 49 institusi latihan pelancongan yang telah dilesenkan oleh
kementerian termasuk lima di Sabah dan empat di Sarawak. Daripada jumlah tersebut,
sembilan institusi latihan pelancongan telah menjalankan kursus pemandu pelancong.
Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran melayan pelancong dan menjadi
host terbaik, beberapa langkah telah diambil untuk melatih para petugas barisan
hadapan, front liners dengan izin, di pintu-pintu masuk seperti Imigresen, kastam,
pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan petugas hotel. Di antara kursus-kursus
yang dianjurkan oleh sektor swasta dan kerajaan termasuklah kursus mesra Malaysia,
kursus pemandu pelancong, kursus pemandu bas persiaran dan kursus think tourism
melibatkan kira-kira 2,500 orang.
| soal kesihatan. Ini semua diambil kira oleh pelancong-pelancong di sebelah Barat yang sudah lebih bertamadun. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya, cukup Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, saya ingin dapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sama- sama. Dato' Dr. Ng Yen Yen: Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Sri Gading. Terlebih dahulu, saya mesti menerangkan, package bukan disediakan oleh kementerian. Packages itu disediakan oleh syarikat pelancongan. Kita tidak boleh menentukan sesuatu package. Ini adalah business sense sesuatu peniaga. Jika dia pandai buat business, dia buatlah package yang sesuai. Yang kedua, berkaitan dengan apa kemudahan, kita buat kepada pelancong dari sesuatu negara, misalnya dari negara Arab. Kita tahu pelancong dari Arab suka shopping, sebab itu, mereka selalu berkumpul di Bintang Walk. Jadi, kita ini selalu berbincang dengan retail shop di tempat-tempat ini, mengadakan lebih lagi barang- barang yang menarik para pelancong, branded goods misalnya, Orang Arab suka branded goods. Yang kedua, kita sekarang pun menggalakkan coffee shop restaurant adalah paip air, orang Arab ini suka water pipe dengan izin. Jadi, sekarang memang nampak di Sunway Parade, gerai coffee sekarang Barat punya sudah ada water pipe. Boleh nampak ramai pelancong Arab di situ, cost RM12 setengah jam for one water pipe smoking session dengan izin. Pada masa sekarang pun, kita menggalakkan pihak swasta, bukalah restoran-restoran Arabic. Jadi, memang kita selalu kaji, apa yang boleh menarik sesuatu daripada sebuah negara, selepas itu, kita buat sesuatu yang sesuai. Berkaitan dengan pelancongan perubatan, Malaysia memang ada banyak hospital swasta yang sangat bermutu tinggi. Jadi masa sekarang, pihak Kementerian Kesihatan ada menjalankan pelancongan kesihatan. Dari kementerian sahaja, kita buat promosi program-program ini. Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik kepada.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak cukup masa, ya. Dato' Dr. Ng Yen Yen: Masalah kebudayaan. Untuk mewujudkan budaya positif di atas, kita pula meningkatkan rakyat secara berterusan sejak kecil untuk mengamalkan sikap dan tingkah laku baik ke atas. Kita mengakui, pada masa ini, terdapat beberapa kelemahan di kalangan kakitangan barisan hadapan. Oleh itu, kita sentiasa memperingatkan mereka supaya menjadi host yang terbaik. Dalam pada ini, Ahli Yang Berhormat harus ingat bahawa sikap dan tingkah laku tidak dapat diubah dahulu sekelip mata. Usaha-usaha melatih mereka ini akan diteruskan dari masa ke semasa. Latihan untuk kakitangan dalam bidang pelancongan, dijalankan dalam sektor swasta. Oleh itu, kementerian tidak berhasrat untuk mengambil alih urusan latihan tetapi sebaliknya, hanya melesenkan dan memantau institusi latihan pelancongan. Pada masa ini, terdapat 49 institusi latihan pelancongan yang telah dilesenkan oleh kementerian termasuk lima di Sabah dan empat di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, sembilan institusi latihan pelancongan telah menjalankan kursus pemandu pelancong. Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran melayan pelancong dan menjadi host terbaik, beberapa langkah telah diambil untuk melatih para petugas barisan hadapan, front liners dengan izin, di pintu-pintu masuk seperti Imigresen, kastam, pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan petugas hotel. Di antara kursus-kursus yang dianjurkan oleh sektor swasta dan kerajaan termasuklah kursus mesra Malaysia, kursus pemandu pelancong, kursus pemandu bas persiaran dan kursus think tourism melibatkan kira-kira 2,500 orang. | 20 | 30 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 21
Dalam pada itu, dari masa ke semasa, kerajaan dan/atau sektor swasta turut
menjalankan kempen-kempen kebersihan sivik dan lain-lain untuk melatih dan
menggalakkan rakyat kita membudayakan aspek kebersihan dan keindahan
persekitaran. Berhubung dengan penubuhan universiti pelancongan bagi meningkatkan
profesionalisme dalam bidang pelancongan, walaupun belum ada universiti khusus,
tetapi institusi pengajian tinggi tempatan sama ada awam atau swasta telah pun
mempunyai kursus atau pengajian dalam bidang pelancongan di peringkat sijil,
diploma, ijazah pertama dan sarjana.
Kementerian ingin menegaskan bahawa sektor pelancongan di negara kita
adalah masih muda, oleh itu, tidak hairanlah kalau kita belum mencapai
profesionalisme yang setaraf dengan negara-negara lain. Kita perlu masa untuk
sampai ke tahap itu dan akan terus melangkah ke hadapan untuk menjadikan industri
pelancongan sebagai industri yang mendukung profesionalisme yang tinggi dengan
menggalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan menubuhkan institusi latihan
pelancongan dan menawarkan kursus atau pengajian di peringkat lebih tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat dua jenis pemandu pelancong,
iaitu pemandu pelancong bandar dan pemandu pelancong alam semula jadi setempat.
Dari segi perangkaan, terdapat sejumlah 4,712 pemandu pelancong bandar dan 713
pemandu pelancong alam semula jadi. Bagi pemandu pelancong alam semula jadi
setempat, kementerian berpandangan orang tempatan, misalnya orang Asli, adalah
golongan yang wajar diberi peluang kerana mereka mempunyai kemahiran tinggi di
dalam hutan dan kawasan-kawasan taman-taman negara. Saya berharap Yang
Berhormat dapat memberi galakan kepada penduduk-penduduk tempatan supaya
menjadi pemandu pelancong alam semula jadi setempat di kawasan yang mempunyai
produk eco-pelancongan.
Mengenai kurikulum dan syllabus latihan pemandu pelancong pula, ia digubal
berdasarkan standard kemahiran Malaysia - National Occupational Skills Standard,
dengan izin, yang bangunkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan di bawah
Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama kementerian saya. Kurikulum ini
menekankan kepada pengetahuan mengenai produk-produk pelancongan di Malaysia
seperti geografi, sejarah Malaysia, pulau-pulau, pantai-pantai dan juga jenis
perkhidmatan kerajaan di Malaysia dan lain-lain.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa
menggalakkan para pemandu pelancong meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
mengenai produk-produk pelancongan di seluruh negara melalui inisiatif sendiri untuk
menghadiri bengkel, seminar dan juga menjalankan penyelidikan mengenai produk-
produk pelancongan di dalam negara ini. Ini bertujuan supaya mereka menjadi seorang
pemandu pelancong yang berpengetahuan luas dalam bidang pelancongan. Bagi
meningkatkan kualiti penyampaian oleh para pemandu pelancong, kementerian ini
menggalakkan semua negeri untuk mengumpulkan cerita-cerita rakyat, legenda dan
dongeng di sesuatu kawasan untuk dijadikan input kepada institusi latihan
pelancongan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang
Berhormat bagi Sibu kerana menjayakan Sibu sebagai bandar yang bersih selepas
Barisan Nasional mengambil alih daripada pihak pembangkang. Ahli-ahli Yang
Berhormat bagi Sibu, Sandakan dan Selangau telah membangkitkan mengenai
pembangunan sektor pelancongan yang seimbang di kawasan bandar dan luar bandar.
Kementerian ini sentiasa mengambil kira dasar pembangunan yang seimbang dan
mapan melalui perlaksanaan Dasar Pelancongan Negara yang memberi penekanan
kepada zon-zon pembangunan yang ditetapkan. Semua pembangunan yang
dirancangkan sama ada melibatkan inisiatif pihak swasta dan kemudahan-kemudahan
infrastruktur oleh pihak kerajaan telah mengambil kira aspek di atas.
Di samping itu, pembangunan produk-produk pelancongan adalah bergantung
kepada kemudahan-kemudahan infrastruktur dan tarikan yang ada di sesuatu kawasan.
Sebagai contoh, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM31.8 juta bagi Sarawak
dan RM21.4 juta bagi Sabah untuk menaik taraf projek-projek eco-pelancongan di
bawah Rancangan Malaysia Ke Lapan.
Mengenai isu pembukaan semula Jalan Bukit Bintang yang dibangkitkan oleh
Yang Berhormat bagi Bukit Bintang, saya suka memaklumkan di sini bahawa
keputusan kerajaan menutup Jalan Bukit Bintang pada hujung minggu adalah untuk
| Dalam pada itu, dari masa ke semasa, kerajaan dan/atau sektor swasta turut menjalankan kempen-kempen kebersihan sivik dan lain-lain untuk melatih dan menggalakkan rakyat kita membudayakan aspek kebersihan dan keindahan persekitaran. Berhubung dengan penubuhan universiti pelancongan bagi meningkatkan profesionalisme dalam bidang pelancongan, walaupun belum ada universiti khusus, tetapi institusi pengajian tinggi tempatan sama ada awam atau swasta telah pun mempunyai kursus atau pengajian dalam bidang pelancongan di peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan sarjana. Kementerian ingin menegaskan bahawa sektor pelancongan di negara kita adalah masih muda, oleh itu, tidak hairanlah kalau kita belum mencapai profesionalisme yang setaraf dengan negara-negara lain. Kita perlu masa untuk sampai ke tahap itu dan akan terus melangkah ke hadapan untuk menjadikan industri pelancongan sebagai industri yang mendukung profesionalisme yang tinggi dengan menggalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan menubuhkan institusi latihan pelancongan dan menawarkan kursus atau pengajian di peringkat lebih tinggi. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat dua jenis pemandu pelancong, iaitu pemandu pelancong bandar dan pemandu pelancong alam semula jadi setempat. Dari segi perangkaan, terdapat sejumlah 4,712 pemandu pelancong bandar dan 713 pemandu pelancong alam semula jadi. Bagi pemandu pelancong alam semula jadi setempat, kementerian berpandangan orang tempatan, misalnya orang Asli, adalah golongan yang wajar diberi peluang kerana mereka mempunyai kemahiran tinggi di dalam hutan dan kawasan-kawasan taman-taman negara. Saya berharap Yang Berhormat dapat memberi galakan kepada penduduk-penduduk tempatan supaya menjadi pemandu pelancong alam semula jadi setempat di kawasan yang mempunyai produk eco-pelancongan. Mengenai kurikulum dan syllabus latihan pemandu pelancong pula, ia digubal berdasarkan standard kemahiran Malaysia- National Occupational Skills Standard, dengan izin, yang bangunkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama kementerian saya. Kurikulum ini menekankan kepada pengetahuan mengenai produk-produk pelancongan di Malaysia seperti geografi, sejarah Malaysia, pulau-pulau, pantai-pantai dan juga jenis perkhidmatan kerajaan di Malaysia dan lain-lain. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa menggalakkan para pemandu pelancong meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai produk-produk pelancongan di seluruh negara melalui inisiatif sendiri untuk menghadiri bengkel, seminar dan juga menjalankan penyelidikan mengenai produk- produk pelancongan di dalam negara ini. Ini bertujuan supaya mereka menjadi seorang pemandu pelancong yang berpengetahuan luas dalam bidang pelancongan. Bagi meningkatkan kualiti penyampaian oleh para pemandu pelancong, kementerian ini menggalakkan semua negeri untuk mengumpulkan cerita-cerita rakyat, legenda dan dongeng di sesuatu kawasan untuk dijadikan input kepada institusi latihan pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat bagi Sibu kerana menjayakan Sibu sebagai bandar yang bersih selepas Barisan Nasional mengambil alih daripada pihak pembangkang. Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Sibu, Sandakan dan Selangau telah membangkitkan mengenai pembangunan sektor pelancongan yang seimbang di kawasan bandar dan luar bandar. Kementerian ini sentiasa mengambil kira dasar pembangunan yang seimbang dan mapan melalui perlaksanaan Dasar Pelancongan Negara yang memberi penekanan kepada zon-zon pembangunan yang ditetapkan. Semua pembangunan yang dirancangkan sama ada melibatkan inisiatif pihak swasta dan kemudahan-kemudahan infrastruktur oleh pihak kerajaan telah mengambil kira aspek di atas. Di samping itu, pembangunan produk-produk pelancongan adalah bergantung kepada kemudahan-kemudahan infrastruktur dan tarikan yang ada di sesuatu kawasan. Sebagai contoh, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM31.8 juta bagi Sarawak dan RM21.4 juta bagi Sabah untuk menaik taraf projek-projek eco-pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Ke Lapan. Mengenai isu pembukaan semula Jalan Bukit Bintang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Bintang, saya suka memaklumkan di sini bahawa keputusan kerajaan menutup Jalan Bukit Bintang pada hujung minggu adalah untuk. | 21 | 31 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
22 DR.1.4.2002
tujuan pelancongan, iaitu bagi membolehkan para pelancong asing dan domestik
bersantai dan bersiar-siar di kawasan tersebut tanpa gangguan kenderaan. Namun
begitu, apabila timbul masalah sebelum isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi
Bukit Bintang, kementerian saya telah membincangkan perkara ini dan membawa isu
ini kepada pertimbangan Jemaah Menteri untuk dikaji semula. Jemaah Menteri telah
bersetuju untuk membuka semula jalan tersebut. Ini membuktikan Kerajaan Barisan
Nasional adalah kerajaan yang prihatin dan responsif terhadap masalah rakyat.
Mengenai jalan-jalan di Bukit Bintang yang sempit, pembangunan di kawasan
ini perlu mengambil kira aspirasi dan kehendak semua pihak, termasuk pihak pekedai,
hotel dan lain-lain, serta dapat pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang
mengambil tindakan untuk mengkaji semula pembangunan di kawasan berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada…
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat bagi Tebrau bangun Yang Berhormat. Panjang lagikah Yang Berhormat?
Sila, sila.
[Pembesar suara tidak berfungsi seketika]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat bagi Tebrau. Ha! Ada dah.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ha! Lambat dia menyala.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan penjelasan sedikit. Terima kasihlah, ini mengenai Bintang Walk, nampaknya
ialah memang tujuan yang baik untuk meluaskan lagi perniagaan, penjualan, orang
ramai mudah berjalan. Saya hendak bertanya kepada kementerian, bila kita
membenarkan penjualan yang tersebut, bolehkah Kementerian Pelancongan berunding
dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana
saya dapati ada juga orang yang bercakap dan bertanya kepada saya tentang harga
jualan barangan yang terlampau mahal, tinggi, seolah-olah kawasan Bintang Walk itu
untuk orang yang mampu sahaja membeli - sudah tidak macam harga di warung lagi.
Katakanlah contoh, kalau di dalam hotel dijual dengan harga RM15 atau RM7
untuk sebotol Coca-Cola dan makanan lain berbelas ringgit, tetapi apabila dijual di luar
Bintang Walk, harganya pun sama tarafnya. Di samping itu, saya hendak meminta
kepada kementerian, apabila kita memulakan sesuatu, janganlah menyusahkan juga
rakyat, kita beri juga harga yang sama. Macam mana kalau harga sebotol Coca-Cola di
dalam hotel itu RM7, tidak patutlah harganya di luar pun RM7 sepatutnya RM3 atau
RM4. Bolehkah atau tidak dikawal dari segi harga makanan untuk kemudahan rakyat
biasa, kalau tidak hanya golongan yang tertentu sahaja yang berkunjung ke sana. Jadi
bolehkah Kementerian Pelancongan berunding dengan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tentang masalah harga makanan yang dijual di
tepi-tepi jalan Bintang Walk dan juga di tempat lain. Itu sahaja, terima kasih.
Dato' Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, kita mesti faham semasa kita
hendak mempromosikan pelancongan, kita hendak menggalakkan pelancongan, kita
mesti ada beberapa jenis produk pelancongan dari mamak stalls sampai hawkers,
sampai Bintang Walk. Jadi Bintang Walk itu adalah satu jenis produk pelancongan
yang agak keunikannya, spesifiknya untuk pelancongan. Jadi, kalau harga di sana
mahal, tidak payahlah makan atau minum di situ belilah Coca-Cola di supermarket dan
bolehlah duduk dan minum di situ, di mana ada disediakan bench. Kita mesti
mengambil kira dua perkara satu, harga dan satu lagi, industri pelancongan. Jadi kita
memang hendak menjadikan Bintang Walk satu produk pelancongan yang unik kepada
pelancong yang datang dari luar negara. Buat masa sekarang tidak ada pelancong
yang membuat kompelin, yang merayu berkaitan dengan harga. Jadi tidak
mengapalah, kita pergi ke mamak stall pun boleh. Agaknya cukup?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah
cukup Yang Berhormat. Ya, sambung.
Dato' Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, okey, kementerian ini
mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Shah Alam kerana
memahami dan menyokong usaha kementerian untuk menerbitkan satu dokumentari
mengenai promosi “Malaysia Truly Asia” selama 30 saat sahaja, kerana dalam tempoh
| tujuan pelancongan, iaitu bagi membolehkan para pelancong asing dan domestik bersantai dan bersiar-siar di kawasan tersebut tanpa gangguan kenderaan. Namun begitu, apabila timbul masalah sebelum isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Bintang, kementerian saya telah membincangkan perkara ini dan membawa isu ini kepada pertimbangan Jemaah Menteri untuk dikaji semula. Jemaah Menteri telah bersetuju untuk membuka semula jalan tersebut. Ini membuktikan Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin dan responsif terhadap masalah rakyat. Mengenai jalan-jalan di Bukit Bintang yang sempit, pembangunan di kawasan ini perlu mengambil kira aspirasi dan kehendak semua pihak, termasuk pihak pekedai, hotel dan lain-lain, serta dapat pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengambil tindakan untuk mengkaji semula pembangunan di kawasan berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada... Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Tebrau bangun Yang Berhormat. Panjang lagikah Yang Berhormat? Sila, sila. [Pembesar suara tidak berfungsi seketika]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Tebrau. Ha! Ada dah. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ha! Lambat dia menyala. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan penjelasan sedikit. Terima kasihlah, ini mengenai Bintang Walk, nampaknya ialah memang tujuan yang baik untuk meluaskan lagi perniagaan, penjualan, orang ramai mudah berjalan. Saya hendak bertanya kepada kementerian, bila kita membenarkan penjualan yang tersebut, bolehkah Kementerian Pelancongan berunding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana saya dapati ada juga orang yang bercakap dan bertanya kepada saya tentang harga jualan barangan yang terlampau mahal, tinggi, seolah-olah kawasan Bintang Walk itu untuk orang yang mampu sahaja membeli- sudah tidak macam harga di warung lagi. Katakanlah contoh, kalau di dalam hotel dijual dengan harga RM15 atau RM7 untuk sebotol Coca-Cola dan makanan lain berbelas ringgit, tetapi apabila dijual di luar Bintang Walk, harganya pun sama tarafnya. Di samping itu, saya hendak meminta kepada kementerian, apabila kita memulakan sesuatu, janganlah menyusahkan juga rakyat, kita beri juga harga yang sama. Macam mana kalau harga sebotol Coca-Cola di dalam hotel itu RM7, tidak patutlah harganya di luar pun RM7 sepatutnya RM3 atau RM4. Bolehkah atau tidak dikawal dari segi harga makanan untuk kemudahan rakyat biasa, kalau tidak hanya golongan yang tertentu sahaja yang berkunjung ke sana. Jadi bolehkah Kementerian Pelancongan berunding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tentang masalah harga makanan yang dijual di tepi-tepi jalan Bintang Walk dan juga di tempat lain. Itu sahaja, terima kasih. Dato' Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, kita mesti faham semasa kita hendak mempromosikan pelancongan, kita hendak menggalakkan pelancongan, kita mesti ada beberapa jenis produk pelancongan dari mamak stalls sampai hawkers, sampai Bintang Walk. Jadi Bintang Walk itu adalah satu jenis produk pelancongan yang agak keunikannya, spesifiknya untuk pelancongan. Jadi, kalau harga di sana mahal, tidak payahlah makan atau minum di situ belilah Coca-Cola di supermarket dan bolehlah duduk dan minum di situ, di mana ada disediakan bench. Kita mesti mengambil kira dua perkara satu, harga dan satu lagi, industri pelancongan. Jadi kita memang hendak menjadikan Bintang Walk satu produk pelancongan yang unik kepada pelancong yang datang dari luar negara. Buat masa sekarang tidak ada pelancong yang membuat kompelin, yang merayu berkaitan dengan harga. Jadi tidak mengapalah, kita pergi ke mamak stall pun boleh. Agaknya cukup?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah cukup Yang Berhormat. Ya, sambung. Dato' Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, okey, kementerian ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Shah Alam kerana memahami dan menyokong usaha kementerian untuk menerbitkan satu dokumentari mengenai promosi "Malaysia Truly Asia" selama 30 saat sahaja, kerana dalam tempoh. | 22 | 32 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 23
ini kita telah berjaya menunjukkan spektrum yang menyeluruh mengenai budaya
berbilang kaum rakyat Malaysia. Ini membolehkan kementerian menyediakan wadah
budaya pelbagai kaum sebagai alat promosi pelancongan. Selain itu, aspek
pemuliharaan kebudayaan adalah satu aspek yang berbeza dengan promosi dan
memerlukan satu penghayatan yang mendalam.
Kementerian bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bagi Batang
Lupar supaya orang-orang tempatan yang benar-benar menghayati nilai seni sesuatu
seni tari menarikan tarian kebudayaan kaum di Malaysia, sebagai contoh, orang-orang
Sabah dan Sarawak yang terpilih wajar diberi keutamaan supaya menarikan tarian
kebudayaan Sabah dan Sarawak yang authentic. Walau bagaimanapun, kementerian
menghadapi masalah untuk mendapatkan penari-penari daripada Sabah dan Sarawak
walaupun usaha pengiklanan telah dibuat. Diharapkan Yang Berhormat dapat
membantu untuk mendapatkan calon-calon yang berkelayakan ia tidak seni tetapi
seperti dia pun ada kebolehan, cukup tinggi, tidak terlalu gemuk, tidak terlalu kurus dan
saya berharap dia boleh membantu kita.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian memang telah berusaha dengan sedaya
upaya untuk mengekalkan satu identiti kebudayaan atau keaslian sesuatu tarian atau
kesenian, seperti mengadakan busana pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia.
Di samping itu, kementerian telah mengadakan beberapa repertoire persembahan
“Malaysia Truly Asia” untuk memenuhi cita rasa pelancong dan sasaran yang berbeza.
Kebudayaan dan kesenian adalah dinamik dan sentiasa terdedah kepada pengaruh
luar seperti media, elektronik dan lain-lain. Tetapi kementerian saya sentiasa
melindungi dan memelihara apa-apa yang baik, baik dalam kebudayaan dan kesenian
negara.
Mengenai cadangan daripada Yang Berhormat bagi Setiu supaya
dibangunkan institusi budaya di Kelantan dan Terengganu, kementerian berpendapat
ianya mungkin tidak boleh dilaksanakan atau not feasible dengan izin kerana terdapat
halangan dan kekangan yang diwujudkan oleh pentadbiran negeri berkenaan. Suatu
institusi yang bertaraf kebangsaan sewajarnya menggambarkan kebudayaan yang
diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, sejak berlakunya insiden 11 September, kementerian
telah melaksanakan strategi promosi dan pemasaran dengan menumpukan kepada
pasaran-pasaran tradisional dan baru yang berpotensi terutamanya ke negara-negara
Asia seperti China, Taiwan, Hong Kong dan Timur Tengah..
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada
yang berdiri Yang Berhormat, Marang.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menyebut…
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Timbalan
Menteri.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Timbalan Menteri menyebut
apakah halangan-halangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan
Terengganu terhadap aktiviti pelancongan. Bolehkah disebut secara terus-terang?
Dato' Dr.Ng Yen Yen: Yang pertama adalah di negeri Kelantan dan
Terengganu memang wanita tidak boleh mengambil bahagian dalam persembahan
kebudayaan. Di sini adalah satu yang kita tidak boleh mempersetujui disebabkan hak
wanita di dalam kebudayaan pun sama juga dengan lelaki. Tuan Yang di-Pertua,
ketibaan pelancong….
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat bagi Marang berdiri lagi Yang Berhormat.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, Yang
Berhormat Timbalan Menteri adakah menyedari bahawa di sana ada hak-hak wanita
yang perlu dihormati oleh semua pihak dan di sana ada batas-batas agama yang perlu
dijaga oleh wanita-wanita. Kita hanyalah menentukan batas-batas agama, bukan
melarang hak-hak wanita dan perkara ini perlu dijelaskan.
| ini kita telah berjaya menunjukkan spektrum yang menyeluruh mengenai budaya berbilang kaum rakyat Malaysia. Ini membolehkan kementerian menyediakan wadah budaya pelbagai kaum sebagai alat promosi pelancongan. Selain itu, aspek pemuliharaan kebudayaan adalah satu aspek yang berbeza dengan promosi dan memerlukan satu penghayatan yang mendalam. Kementerian bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bagi Batang Lupar supaya orang-orang tempatan yang benar-benar menghayati nilai seni sesuatu seni tari menarikan tarian kebudayaan kaum di Malaysia, sebagai contoh, orang-orang Sabah dan Sarawak yang terpilih wajar diberi keutamaan supaya menarikan tarian kebudayaan Sabah dan Sarawak yang authentic. Walau bagaimanapun, kementerian menghadapi masalah untuk mendapatkan penari-penari daripada Sabah dan Sarawak walaupun usaha pengiklanan telah dibuat. Diharapkan Yang Berhormat dapat membantu untuk mendapatkan calon-calon yang berkelayakan ia tidak seni tetapi seperti dia pun ada kebolehan, cukup tinggi, tidak terlalu gemuk, tidak terlalu kurus dan saya berharap dia boleh membantu kita. Tuan Yang di-Pertua, kementerian memang telah berusaha dengan sedaya upaya untuk mengekalkan satu identiti kebudayaan atau keaslian sesuatu tarian atau kesenian, seperti mengadakan busana pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, kementerian telah mengadakan beberapa repertoire persembahan "Malaysia Truly Asia" untuk memenuhi cita rasa pelancong dan sasaran yang berbeza. Kebudayaan dan kesenian adalah dinamik dan sentiasa terdedah kepada pengaruh luar seperti media, elektronik dan lain-lain. Tetapi kementerian saya sentiasa melindungi dan memelihara apa-apa yang baik, baik dalam kebudayaan dan kesenian negara. Mengenai cadangan daripada Yang Berhormat bagi Setiu supaya dibangunkan institusi budaya di Kelantan dan Terengganu, kementerian berpendapat ianya mungkin tidak boleh dilaksanakan atau not feasible dengan izin kerana terdapat halangan dan kekangan yang diwujudkan oleh pentadbiran negeri berkenaan. Suatu institusi yang bertaraf kebangsaan sewajarnya menggambarkan kebudayaan yang diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sejak berlakunya insiden 11 September, kementerian telah melaksanakan strategi promosi dan pemasaran dengan menumpukan kepada pasaran-pasaran tradisional dan baru yang berpotensi terutamanya ke negara-negara Asia seperti China, Taiwan, Hong Kong dan Timur Tengah.. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri Yang Berhormat, Marang. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menyebut... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Timbalan Menteri. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Timbalan Menteri menyebut apakah halangan-halangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu terhadap aktiviti pelancongan. Bolehkah disebut secara terus-terang?. Dato' Dr.Ng Yen Yen: Yang pertama adalah di negeri Kelantan dan Terengganu memang wanita tidak boleh mengambil bahagian dalam persembahan kebudayaan. Di sini adalah satu yang kita tidak boleh mempersetujui disebabkan hak wanita di dalam kebudayaan pun sama juga dengan lelaki. Tuan Yang di-Pertua, ketibaan pelancong.... Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Marang berdiri lagi Yang Berhormat. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah menyedari bahawa di sana ada hak-hak wanita yang perlu dihormati oleh semua pihak dan di sana ada batas-batas agama yang perlu dijaga oleh wanita-wanita. Kita hanyalah menentukan batas-batas agama, bukan melarang hak-hak wanita dan perkara ini perlu dijelaskan. | 23 | 33 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
24 DR.1.4.2002
Dato' Dr. Ng Yen Yen: Pada tahun ini program citrawarna kita boleh
mendapatkan muka-muka wanita dari pasukan Terengganu dan Kelantan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk ketibaan pelancong, kementerian akan
menumpukan kepada kedua-dua pasaran tetapi memberikan lebih tumpuan kepada
pasaran utama. Tujuan kementerian mempromosikan pelancongan ke Asia adalah
kerana bilangan penduduk yang ramai, kemudahsampaian, mudah berkomunikasi dan
kemudahan makanan yang serupa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Panjang lagi
Yang Berhormat, janji setengah jam ini sudah lebih.
Dato' Dr. Ng Yen Yen: Ya, saya akan ringkaskan. Walau bagaimanapun
kita akan terus mempromosikan Malaysia ke negara Eropah dan Amerika. Yang
Berhormat Menteri saya pada masa ini sedang mengadakan promosi di Berlin, Jerman
dan Eropah.
Mengenai pelancongan domestik, agenda utama kerajaan pada masa ini adalah untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pelancong yang berfestival, berkarnival
dan ceria sepanjang masa. Oleh itu kementerian sedang berusaha menanamkan
budaya melancong dalam negeri sebagai satu kemestian di kalangan rakyat Malaysia.
Budaya ini perlu dipupuk supaya negara tidak mengalami pengaliran wang ke luar
negara dengan begitu banyak.
Malaysia mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang menarik dan unik
sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Oleh itu kementerian
melalui Tourism Malaysia secara agresif telah mempromosikan program “Cuti-cuti
Malaysia” dan pelancongan pelajar. Manakala pihak syarikat-syarikat pengendalian
pelancongan telah membangunkan pakej-pakej pelancongan domestik untuk sasaran
lima kategori pelancongan domestik iaitu keluarga, pelajar, masyarakat umum,
komuniti, golongan belia dan golongan pesara.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dari masa ke semasa telah mengkaji dan
mewujudkan insentif-insentif tertentu untuk membantu merangsang pertumbuhan
ekonomi negara termasuk sektor pelancongan. Mengenai inisiatif yang diberikan
kepada sektor pelancongan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit
Bintang, pada masa ini terdapat beberapa insentif sedia ada dan masih berkuat kuasa
bagi sektor pelancongan iaitu taraf perintis kepada projek-projek pelancongan yang
melibatkan pelaburan besar dan berteknologi tinggi. Pengecualian cukai pendapatan
70% bagi projek di Semenanjung Malaysia dan 85% bagi projek di Koridor Pantai Timur
Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang serta Sabah dan Sarawak.
Elaun cukai pelaburan iaitu pengecualian cukai pelaburan sebanyak 60% bagi
projek di Semenanjung Malaysia dan 80% bagi projek di Koridor Pantai Timur.
Pengecualian cukai pendapatan untuk pengusaha pelancongan yang membawa masuk
sekurang-kurangnya 500 orang pelancong asing melalui lawatan secara berkumpulan
dan sekurang-kurangnya 1,500 pelancong domestik melalui lawatan secara
berkumpulan. Pemotongan cukai dua kali bagi perbelanjaan di luar negeri untuk
penggalakan pelancongan dan pemotongan cukai dua kali untuk latihan dan juga
pengecualian duti eksais bagi kereta sewa pandu sendiri bagi kereta nasional sahaja.
Kementerian berpandangan insentif-insentif yangdisediakan ini adalah memadai dan
akan terus mengkajinya untuk membantu sektor pelancongan tumbuh dan berkembang
dengan lebih pesat lagi pada masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu pelesenan bas persiaran dan kereta sewa
pandu di hotel yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Batang Lupar di bawah
AIP tahun 1992 dan Akta Pelesenan Kenderaan Berlesen 1999, lesen bas pelancongan
hanya boleh diberikan kepada syarikat-syarikat pengendalian pelancongan yang
berlesen dengan kementerian saya. Oleh itu pihak hotel yang ingin memohon lesen
bas persendirian perlu memiliki syarikat pengendalian pelancongan terlebih dahulu
ataupun membuat perjanjian mengadakan perkhidmatan pengangkutan pelancong-
pelancong dengan syarikat pelancongan yang mempunyai bas persiaran.
Kereta sewa pandu pula boleh disewa untuk digunakan oleh para pelancong
sendiri atau penamanya, pemandu yang dilantik oleh pelancong dengan tujuan
eksklusif untuk melancong. Ianya tidak boleh digunakan untuk one-way transfer,
dengan izin, dari hotel ke lapangan terbang misalnya.
| Dato' Dr. Ng Yen Yen: Pada tahun ini program citrawarna kita boleh mendapatkan muka-muka wanita dari pasukan Terengganu dan Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, untuk ketibaan pelancong, kementerian akan menumpukan kepada kedua-dua pasaran tetapi memberikan lebih tumpuan kepada pasaran utama. Tujuan kementerian mempromosikan pelancongan ke Asia adalah kerana bilangan penduduk yang ramai, kemudahsampaian, mudah berkomunikasi dan kemudahan makanan yang serupa. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Panjang lagi Yang Berhormat, janji setengah jam ini sudah lebih. Dato' Dr. Ng Yen Yen: Ya, saya akan ringkaskan. Walau bagaimanapun kita akan terus mempromosikan Malaysia ke negara Eropah dan Amerika. Yang Berhormat Menteri saya pada masa ini sedang mengadakan promosi di Berlin, Jerman dan Eropah. Mengenai pelancongan domestik, agenda utama kerajaan pada masa ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pelancong yang berfestival, berkarnival dan ceria sepanjang masa. Oleh itu kementerian sedang berusaha menanamkan budaya melancong dalam negeri sebagai satu kemestian di kalangan rakyat Malaysia. Budaya ini perlu dipupuk supaya negara tidak mengalami pengaliran wang ke luar negara dengan begitu banyak. Malaysia mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang menarik dan unik sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Oleh itu kementerian melalui Tourism Malaysia secara agresif telah mempromosikan program "Cuti-cuti Malaysia" dan pelancongan pelajar. Manakala pihak syarikat-syarikat pengendalian pelancongan telah membangunkan pakej-pakej pelancongan domestik untuk sasaran lima kategori pelancongan domestik iaitu keluarga, pelajar, masyarakat umum, komuniti, golongan belia dan golongan pesara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dari masa ke semasa telah mengkaji dan mewujudkan insentif-insentif tertentu untuk membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara termasuk sektor pelancongan. Mengenai inisiatif yang diberikan kepada sektor pelancongan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Bintang, pada masa ini terdapat beberapa insentif sedia ada dan masih berkuat kuasa bagi sektor pelancongan iaitu taraf perintis kepada projek-projek pelancongan yang melibatkan pelaburan besar dan berteknologi tinggi. Pengecualian cukai pendapatan 70% bagi projek di Semenanjung Malaysia dan 85% bagi projek di Koridor Pantai Timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang serta Sabah dan Sarawak. Elaun cukai pelaburan iaitu pengecualian cukai pelaburan sebanyak 60% bagi projek di Semenanjung Malaysia dan 80% bagi projek di Koridor Pantai Timur. Pengecualian cukai pendapatan untuk pengusaha pelancongan yang membawa masuk sekurang-kurangnya 500 orang pelancong asing melalui lawatan secara berkumpulan dan sekurang-kurangnya 1,500 pelancong domestik melalui lawatan secara berkumpulan. Pemotongan cukai dua kali bagi perbelanjaan di luar negeri untuk penggalakan pelancongan dan pemotongan cukai dua kali untuk latihan dan juga pengecualian duti eksais bagi kereta sewa pandu sendiri bagi kereta nasional sahaja. Kementerian berpandangan insentif-insentif yangdisediakan ini adalah memadai dan akan terus mengkajinya untuk membantu sektor pelancongan tumbuh dan berkembang dengan lebih pesat lagi pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu pelesenan bas persiaran dan kereta sewa pandu di hotel yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Batang Lupar di bawah AIP tahun 1992 dan Akta Pelesenan Kenderaan Berlesen 1999, lesen bas pelancongan hanya boleh diberikan kepada syarikat-syarikat pengendalian pelancongan yang berlesen dengan kementerian saya. Oleh itu pihak hotel yang ingin memohon lesen bas persendirian perlu memiliki syarikat pengendalian pelancongan terlebih dahulu ataupun membuat perjanjian mengadakan perkhidmatan pengangkutan pelancong- pelancong dengan syarikat pelancongan yang mempunyai bas persiaran. Kereta sewa pandu pula boleh disewa untuk digunakan oleh para pelancong sendiri atau penamanya, pemandu yang dilantik oleh pelancong dengan tujuan eksklusif untuk melancong. Ianya tidak boleh digunakan untuk one-way transfer, dengan izin, dari hotel ke lapangan terbang misalnya. | 24 | 34 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 25
Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya dengan ikhlas mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat
yang turut serta membahaskan rang undang-undang ini dan memberikan dorongan dan
sokongan padu kepada usaha-usaha kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai
negara pelancongan dan seterusnya meningkatkan pendapatan pertukaran wang
asing. Sokongan padu terhadap Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan)
2002 ini membuktikan bahawa sektor pelancongan telah diberi kepercayaan untuk
menerajui pertubuhan ekonomi dalam masa terdekat Kementerian saya akan terus
komited dan bekerja keras untuk membangunkan industri pelancongan selaras dengan
aspirasi negara.
Pindaan AIP tahun 1992 tidak merupakan satu deregulate tetapi sebaliknya
memperjelas bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Selepas
pindaan ini, kementerian hanya bertanggungjawab mendaftar dan mengklasifikasikan
premis penginapan pelancong manakala pihak berkuasa tempatan akan
dipertanggungjawabkan melesenkan premis penginapan pelancong dengan sokongan
kementerian saya.
Kementerian akan memantau kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang
disediakan oleh premis penginapan pelancongan dengan kerjasama dan penyelarasan
oleh semua pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia. Saya berharap semua
penjelasan yang diberikan telah dapat menjawab segala pertanyaan dan persoalan
yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Mana-mana pertanyaan dan persoalan
yang tidak dapat dan sempat jawab kementerian saya akan memberikan jawapan pada
masa akan datang. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli
Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada
Dewan sebagai Jawatankuasa.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]
mempengerusikan Jawatankuasa]
Fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-
undang.
Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali
yang ketiga dan diluluskan.
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN
(2001 DAN 2002) 2002
Bacaan Kali Yang Kedua
11.58 pagi.
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]:
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang
bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang
Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2001 dan 2002 dan
bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-
tahun itu, dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila.
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Rang Undang-undang ini
meminta kebenaran bagi peruntukan berjumlah RM17,526,294,654 bilion dikeluarkan
daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk membiayai perbelanjaan tambahan bagi
perkhidmatan tahun 2001 dan 2002 seperti yang ditunjukkan di dalam jadual pertama
dan kedua kepada Rang Undang-undang ini.
| Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya dengan ikhlas mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang turut serta membahaskan rang undang-undang ini dan memberikan dorongan dan sokongan padu kepada usaha-usaha kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pelancongan dan seterusnya meningkatkan pendapatan pertukaran wang asing. Sokongan padu terhadap Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan) 2002 ini membuktikan bahawa sektor pelancongan telah diberi kepercayaan untuk menerajui pertubuhan ekonomi dalam masa terdekat Kementerian saya akan terus komited dan bekerja keras untuk membangunkan industri pelancongan selaras dengan aspirasi negara. Pindaan AIP tahun 1992 tidak merupakan satu deregulate tetapi sebaliknya memperjelas bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Selepas pindaan ini, kementerian hanya bertanggungjawab mendaftar dan mengklasifikasikan premis penginapan pelancong manakala pihak berkuasa tempatan akan dipertanggungjawabkan melesenkan premis penginapan pelancong dengan sokongan kementerian saya. Kementerian akan memantau kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh premis penginapan pelancongan dengan kerjasama dan penyelarasan oleh semua pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia. Saya berharap semua penjelasan yang diberikan telah dapat menjawab segala pertanyaan dan persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Mana-mana pertanyaan dan persoalan yang tidak dapat dan sempat jawab kementerian saya akan memberikan jawapan pada masa akan datang. Sekian. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang. Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan. RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2001 DAN 2002) 2002 Bacaan Kali Yang Kedua. 11.58 pagi. Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2001 dan 2002 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun- tahun itu, dibacakan kali yang kedua sekarang. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Rang Undang-undang ini meminta kebenaran bagi peruntukan berjumlah RM17,526,294,654 bilion dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk membiayai perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2001 dan 2002 seperti yang ditunjukkan di dalam jadual pertama dan kedua kepada Rang Undang-undang ini. | 25 | 35 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
26 DR.1.4.2002
Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat 2001 −
Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat
2001 melibatkan perbelanjaan tanggungan sebanyak RM110,021,612 dan
penyelarasan perbelanjaan bekalan kementerian dan jabatan sebanyak
RM1,972,650,309. Hanya perbelanjaan bekalan sahaja yang diminta diluluskan di
bawah Fasal 2 rang undang-undang ini, oleh kerana perbelanjaan tanggungan adalah
tertakluk kepada perbekalan undang-undang tertentu.
Selain dari itu, peruntukan perlu disediakan bagi membolehkan lebihan dalam
Akaun Hasil Disatukan dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk
membiayai perbelanjaan pembangunan. Bagi tujuan ini, untuk tahun 2001, peruntukan
sebanyak RM14,809,606,394 perlu disediakan di bawah perbelanjaan mengurus.
Pindaan ini dilakukan setiap tahun apabila terdapat lebihan dalam Akaun Hasil
Disatukan dan perlu dimasukkan sebagai perbelanjaan mengurus di bawah peruntukan
undang-undang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan
Mesyuarat]
Peruntukan tambahan yang diminta diluluskan di bawah Fasal 2, rang undang-
undang tersebut adalah seperti berikut:
Sebanyak RM3.9 juta di bawah Maksud B.1 - Parlimen untuk perbelanjaan
berikut:
(i) Sebanyak RM576,100 sebagai sumbangan kepada
pertubuhan-pertubuhan antarabangsa; dan
(ii) Sebanyak RM3.3 juta untuk bayaran emolumen dan elaun
berikutan kenaikan gaji dan elaun ahli-ahli Parlimen.
Sebanyak RM90.7 juta di bawah Maksud B.8 - Jabatan Perkhidmatan Awam
untuk perbelanjaan tersebut berikut:
(i) sebanyak RM73 juta bagi membiayai bayaran istimewa
kepada pesara-pesara sebanyak RM200 seorang
sebagaimana yang telah diputuskan oleh kerajaan; dan
(ii) sebanyak RM17.7 juta untuk membiayai program Skim
Latihan Akademik Bumiputera yang dipindahkan daripada
Kementerian Pendidikan kepada Jabatan Perkhidmatan
Awam mulai tahun 2001.
Sebanyak RM2.2 juta di bawah Maksud B.21 – Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk meneruskan kempen membanteras
Skim Cepat Kaya dalam tahun 2001.
Sebanyak RM483.9 juta di bawah Maksud B.26 – Kementerian Pendidikan
untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM23.4 juta sebagai pemberian kepada Universiti
Terbuka malaysia (UNITEM) untuk pembangunan bahan
pengajaran, perbelanjaan mengurus serta pembelian
peralatan. Jumlah ini merupakan sebahagian daripada
RM100 juta geran pelancaran UNITEM;
(ii) sebanyak RM243.3 juta untuk menampung perbelanjaan
emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan
tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun
2001; dan
(iii) sebanyak RM217.2 juta bagi menampung perbelanjaan
kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sekolah di
bawah pakej rangsangan.
Sebanyak RM575.5 juta di bawah Maksud B.29 – Perkhidmatan Am
Perbendaharaan untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM245.7 juta bagi melaksanakan projek-projek
kemudahan asas kecil di bawah pakej rangsangan;
| Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat 2001-. Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat 2001 melibatkan perbelanjaan tanggungan sebanyak RM110,021,612 dan penyelarasan perbelanjaan bekalan kementerian dan jabatan sebanyak RM1,972,650,309. Hanya perbelanjaan bekalan sahaja yang diminta diluluskan di bawah Fasal 2 rang undang-undang ini, oleh kerana perbelanjaan tanggungan adalah tertakluk kepada perbekalan undang-undang tertentu. Selain dari itu, peruntukan perlu disediakan bagi membolehkan lebihan dalam Akaun Hasil Disatukan dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Bagi tujuan ini, untuk tahun 2001, peruntukan sebanyak RM14,809,606,394 perlu disediakan di bawah perbelanjaan mengurus. Pindaan ini dilakukan setiap tahun apabila terdapat lebihan dalam Akaun Hasil Disatukan dan perlu dimasukkan sebagai perbelanjaan mengurus di bawah peruntukan undang-undang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]. Peruntukan tambahan yang diminta diluluskan di bawah Fasal 2, rang undang- undang tersebut adalah seperti berikut: Sebanyak RM3.9 juta di bawah Maksud B.1- Parlimen untuk perbelanjaan berikut: (i) Sebanyak RM576,100 sebagai sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa; dan. (ii) Sebanyak RM3.3 juta untuk bayaran emolumen dan elaun berikutan kenaikan gaji dan elaun ahli-ahli Parlimen. Sebanyak RM90.7 juta di bawah Maksud B.8- Jabatan Perkhidmatan Awam untuk perbelanjaan tersebut berikut: (i) sebanyak RM73 juta bagi membiayai bayaran istimewa kepada pesara-pesara sebanyak RM200 seorang sebagaimana yang telah diputuskan oleh kerajaan; dan. (ii) sebanyak RM17.7 juta untuk membiayai program Skim Latihan Akademik Bumiputera yang dipindahkan daripada Kementerian Pendidikan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tahun 2001. Sebanyak RM2.2 juta di bawah Maksud B.21- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk meneruskan kempen membanteras Skim Cepat Kaya dalam tahun 2001. Sebanyak RM483.9 juta di bawah Maksud B.26- Kementerian Pendidikan untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM23.4 juta sebagai pemberian kepada Universiti Terbuka malaysia (UNITEM) untuk pembangunan bahan pengajaran, perbelanjaan mengurus serta pembelian peralatan. Jumlah ini merupakan sebahagian daripada RM100 juta geran pelancaran UNITEM; (ii) sebanyak RM243.3 juta untuk menampung perbelanjaan emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun 2001; dan. (iii) sebanyak RM217.2 juta bagi menampung perbelanjaan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sekolah di bawah pakej rangsangan. Sebanyak RM575.5 juta di bawah Maksud B.29- Perkhidmatan Am Perbendaharaan untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM245.7 juta bagi melaksanakan projek-projek kemudahan asas kecil di bawah pakej rangsangan; | 26 | 36 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 27
(ii) sebanyak RM11.5 juta untuk membiayai kos operasi seperti
pelantikan juru perunding bagi bayaran profesional, cukai
perkhidmatan dan kos terbitan bon bagi tempoh 10 tahun
pertama;
(iii) sebanyak RM39.6 juta untuk bayaran pampasan bagi
pemansuhan duti import dan eksais bayaran petroleum
kepada negeri Sarawak;
(iv) sebanyak RM93.3 juta bagi pembayaran sewa ruang
pejabat dan air dingin di Putrajaya;
(v) sebanyak RM15 juta untuk projek penswastaan secara
interim pengurusan sisa pepejal oleh Syarikat Alam Flora
Sdn. Bhd.; dan
(vi) sebanyak RM170.4 juta untuk pemulihan projek perumahan
terbengkalai di seluruh Malaysia.
Sebanyak RM20 juta di bawah Maksud B.30, peruntukan kepada Kumpulan
Wang Terkanun sebagai pemberian kepada Tabung Bantuan Bencana Negara untuk
membantu mangsa-mangsa banjir.
Sebanyak RM10.2 juta di bawah Maksud B.31 Jabatan Kastam dan Eksais
Diraja untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM9.2 juta untuk menampung perbelanjaan
emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan
tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun
2001; dan
(ii) sebanyak RM1 juta untuk pembelian lesen perisian
komputer Microsoft Office bagi komputer-komputer yang
sedia ada dan pembelian perabot untuk pejabat-pejabat
baru.
Sebanyak RM275 juta di bawah Maksud B.33 – Kementerian Kerja Raya
untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM150.7 juta untuk perbelanjaan
penyelenggaraan kuarters dan bangunan kerajaan; dan
(ii) sebanyak RM124.3 juta untuk perbelanjaan
penyelenggaraan jalan.
Sebanyak RM125.9 juta di bawah Maksud B.34 – Kementerian Kesihatan
untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM53.8 juta bagi menampung kenaikan bayaran
insentif perkhidmatan kritikal untuk pegawai perubatan dan
jururawat terlatih mulai 1 Januari 2001;
(ii) sebanyak RM31.6 juta bagi menampung kenaikan kadar
elaun warden, elaun biasiswa, sara hidup, elaun buku dan
elaun perkakas, elaun kertas projek dan penginapan kepada
pengajar dan pelatih institusi-institusi latihan kemahiran
kesihatan; dan
(iii) sebanyak RM40.5 juta bagi menampung perbelanjaan
emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan
tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun
2001.
Sebanyak RM43.3 juta di bawah Maksud B.35 – Kementerian Dalam Negeri
untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM18.1 juta bagi bayaran saguhati kepada bekas
polis yang berkhidmat semasa darurat;
(ii) sebanyak RM9.3 juta untuk menampung perbelanjaan
emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan
| (ii) sebanyak RM11.5 juta untuk membiayai kos operasi seperti pelantikan juru perunding bagi bayaran profesional, cukai perkhidmatan dan kos terbitan bon bagi tempoh 10 tahun pertama; (iii) sebanyak RM39.6 juta untuk bayaran pampasan bagi pemansuhan duti import dan eksais bayaran petroleum kepada negeri Sarawak; (iv) sebanyak RM93.3 juta bagi pembayaran sewa ruang pejabat dan air dingin di Putrajaya; (v) sebanyak RM15 juta untuk projek penswastaan secara interim pengurusan sisa pepejal oleh Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd.; dan. (vi) sebanyak RM170.4 juta untuk pemulihan projek perumahan terbengkalai di seluruh Malaysia. Sebanyak RM20 juta di bawah Maksud B.30, peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun sebagai pemberian kepada Tabung Bantuan Bencana Negara untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Sebanyak RM10.2 juta di bawah Maksud B.31 Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM9.2 juta untuk menampung perbelanjaan emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun 2001; dan. (ii) sebanyak RM1 juta untuk pembelian lesen perisian komputer Microsoft Office bagi komputer-komputer yang sedia ada dan pembelian perabot untuk pejabat-pejabat baru. Sebanyak RM275 juta di bawah Maksud B.33- Kementerian Kerja Raya untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM150.7 juta untuk perbelanjaan penyelenggaraan kuarters dan bangunan kerajaan; dan. (ii) sebanyak RM124.3 juta untuk perbelanjaan penyelenggaraan jalan. Sebanyak RM125.9 juta di bawah Maksud B.34- Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM53.8 juta bagi menampung kenaikan bayaran insentif perkhidmatan kritikal untuk pegawai perubatan dan jururawat terlatih mulai 1 Januari 2001; (ii) sebanyak RM31.6 juta bagi menampung kenaikan kadar elaun warden, elaun biasiswa, sara hidup, elaun buku dan elaun perkakas, elaun kertas projek dan penginapan kepada pengajar dan pelatih institusi-institusi latihan kemahiran kesihatan; dan. (iii) sebanyak RM40.5 juta bagi menampung perbelanjaan emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun 2001. Sebanyak RM43.3 juta di bawah Maksud B.35- Kementerian Dalam Negeri untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM18.1 juta bagi bayaran saguhati kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat; (ii) sebanyak RM9.3 juta untuk menampung perbelanjaan emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan. | 27 | 37 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
28 DR.1.4.2002
tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun
2001;
(iii) sebanyak RM7.3 juta untuk bayaran penyelenggaraan
pembaikan kecil bangunan, kenderaan, utiliti dan bekalan
minyak kenderaan; dan
(iv) sebanyak RM8.6 juta untuk pembelian harta modal dan
kenderaan.
Sebanyak RM239.8 juta di bawah Maksud B.36 – Polis Diraja Malaysia untuk
perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM151.5 juta untuk menampung perbelanjaan
emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan
tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun
2001;
(ii) sebanyak RM63.8 juta untuk bayaran penyelenggaraan
pembaikan kecil bangunan, kenderaan, utiliti, bekalan
minyak kenderaan, bekalan makanan bermasak dan kering,
kecemasan semasa Pilihanraya Kecil Dewan Undangan
Negeri Indera Kayangan di Perlis, Pilihanraya Umum
Sarawak dan Sukan SEA Yang Ke-21 serta operasi-operasi
khas; dan
(iii) sebanyak RM24.5 juta untuk pembelian harta modal dan
juga kenderaan.
Sebanyak RM1.1 juta di bawah Maksud B.37 – Jabatan Imigresen untuk
perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM893,750,000 untuk menampung perbelanjaan
emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan
tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun
2001; dan
(ii) sebanyak RM201,240,000 untuk menampung pembelian
kenderaan di bawah pakej rangsangan.
Sebanyak RM5.3 juta di bawah Maksud B.40 – Jabatan Penjara untuk
perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM3.3 juta untuk menampung perbelanjaan
emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan
tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun
2001;
(ii) sebanyak RM1.8 juta untuk kerja-kerja penurapan semula
jalan di institusi-institusi penjara di bawah pakej
rangsangan; dan
(iii) sebanyak RM187,566.00 untuk menampung bayaran utiliti
kerana pembukaan penjara baru.
Sebanyak RM3.7 juta di bawah Maksud B.41 – Jabatan Pertahanan Awam
untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM2.8 juta untuk menampung kenaikan kadar
elaun latihan tempatan, kira-kira 50% dan elaun pakaian
seragam sekali dalam perkhidmatan iaitu RM200 kepada
RM300 seorang; dan
(ii) sebanyak RM880,735.00 untuk bayaran beberapa peralatan
latihan seperti alat penyelamat di bawah pakej rangsangan.
Sebanyak RM9.8 juta di bawah Maksud B.45 – Kementerian Sumber Manusia
untuk menampung perbelanjaan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan
pembelian aset di bawah pakej rangsangan.
Sebanyak RM54.4 juta di bawah Maksud B.47 – Kementerian Pengangkutan
untuk perbelanjaan berikut:
| tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun 2001; (iii) sebanyak RM7.3 juta untuk bayaran penyelenggaraan pembaikan kecil bangunan, kenderaan, utiliti dan bekalan minyak kenderaan; dan. (iv) sebanyak RM8.6 juta untuk pembelian harta modal dan kenderaan. Sebanyak RM239.8 juta di bawah Maksud B.36- Polis Diraja Malaysia untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM151.5 juta untuk menampung perbelanjaan emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun 2001; (ii) sebanyak RM63.8 juta untuk bayaran penyelenggaraan pembaikan kecil bangunan, kenderaan, utiliti, bekalan minyak kenderaan, bekalan makanan bermasak dan kering, kecemasan semasa Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan di Perlis, Pilihanraya Umum Sarawak dan Sukan SEA Yang Ke-21 serta operasi-operasi khas; dan. (iii) sebanyak RM24.5 juta untuk pembelian harta modal dan juga kenderaan. Sebanyak RM1.1 juta di bawah Maksud B.37- Jabatan Imigresen untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM893,750,000 untuk menampung perbelanjaan emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun 2001; dan. (ii) sebanyak RM201,240,000 untuk menampung pembelian kenderaan di bawah pakej rangsangan. Sebanyak RM5.3 juta di bawah Maksud B.40- Jabatan Penjara untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM3.3 juta untuk menampung perbelanjaan emolumen ekoran keputusan kerajaan memberi imbuhan tahunan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tahun 2001; (ii) sebanyak RM1.8 juta untuk kerja-kerja penurapan semula jalan di institusi-institusi penjara di bawah pakej rangsangan; dan. (iii) sebanyak RM187,566.00 untuk menampung bayaran utiliti kerana pembukaan penjara baru. Sebanyak RM3.7 juta di bawah Maksud B.41- Jabatan Pertahanan Awam untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM2.8 juta untuk menampung kenaikan kadar elaun latihan tempatan, kira-kira 50% dan elaun pakaian seragam sekali dalam perkhidmatan iaitu RM200 kepada RM300 seorang; dan. (ii) sebanyak RM880,735.00 untuk bayaran beberapa peralatan latihan seperti alat penyelamat di bawah pakej rangsangan. Sebanyak RM9.8 juta di bawah Maksud B.45- Kementerian Sumber Manusia untuk menampung perbelanjaan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembelian aset di bawah pakej rangsangan. Sebanyak RM54.4 juta di bawah Maksud B.47- Kementerian Pengangkutan untuk perbelanjaan berikut: | 28 | 38 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 29
(i) sebanyak RM10.9 juta bagi bayaran tuntutan tambahan
perkhidmatan luar bandar, Sistem Penerbangan Malaysia;
(ii) sebanyak RM13.7 juta bagi bayaran tuntutan subsidi
perkhidmatan tren tidak ekonomik kerana peningkatan kos
penyelenggaraan landasan, kos lokomotif dan bekalan kayu
landasan;
(iii) sebanyak RM12.6 juta untuk menyelesaikan tuntutan
kontraktor bagi kerja-kerja pengalihan dan pelupusan
bangkai kapal NV Ang Tai yang telah siap sepenuhnya;
(iv) sebanyak RM12.8 juta bagi Jabatan Penerbangan Awam
melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pejabat-pejabat
wilayah; dan
(v) sebanyak RM4.4 juta bagi pembelian bekalan lesen
kenderaan motor dan sampul plastik kerana peruntukan
asal telah mengambil kira cadangan penswastaan aktiviti
pendaftaran dan pelesenan memandu Jabatan
Pengangkutan Jalan pada pertengahan tahun 2001.
Sebanyak RM10.8 juta di bawah Maksud B.51 – Kementerian Luar Negeri
untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM2.5 juta untuk menampung kenaikan gaji 10%
di seberang laut, bayaran imbuhan tahunan dan elaun
perbezaan sara hidup;
(ii) sebanyak RM6.6 juta bagi menampung perbelanjaan
mesyuarat-mesyuarat tidak berjadual pada tahun 2001
seperti OIC, Seminar On Globalization, dengan izin, Head of
Missions Conference dan Humanitarian Flight ke Iraq;
(iii) sebanyak RM44,463.00 sebagai sumbangan tidak berjadual
akibat gempa bumi di Gujerat, India, banjir dan tanah runtuh
di Sulawesi, masalah pelarian di Papua New Guinea,
gempa bumi di Peru, bantuan kemanusiaan di Korea Utara
dan menjadi tuan rumah kepada Pacific Islands Forum serta
sumbangan tabung rakyat Afghanistan; dan
(iv) sebanyak RM1.7 juta bagi pelarasan akaun untung rugi
kadar pertukaran mata wang asing.
Sebanyak RM17 juta di bawah Maksud B.53 – Kementerian Pembangunan
Wanita dan Keluarga untuk perbelanjaan mengurus kementerian yang telah wujud pada
17 Januari 2001.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut subseksyen 10(1)(A), Akta Prosedur
Kewangan 1997, bayaran daripada Akaun Hasil Disatukan ke dalam Kumpulan Wang
Tertentu termasuk Kumpulan Wang Pembangunan hendaklah dilaksanakan melalui
peruntukan undang-undang. Oleh yang demikian, lebihan daripada Akaun Hasil
Disatukan perlu ditunjukkan sebagai Perbelanjaan Mengurus di bawah Maksud B.30,
peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun.
Bagi tahun 2001, peruntukan sebanyak RM14,809,606,394.00 perlu
disediakan. Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi
Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat 2001 adalah seperti dalam
penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1 Tahun
2002 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 1A Tahun 2002.
Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2002 −
Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama
2002 adalah berjumlah RM744,037,951.00 untuk Perbelanjaan Bekalan. Peruntukan
tambahan diminta diluluskan di bawah Fasal 3 rang undang-undang seperti berikut:
(i) sebanyak RM148.5 juta di bawah Maksud B.29 –
Perkhidmatan Am Perbendaharaan untuk menampung
| (i) sebanyak RM10.9 juta bagi bayaran tuntutan tambahan perkhidmatan luar bandar, Sistem Penerbangan Malaysia; (ii) sebanyak RM13.7 juta bagi bayaran tuntutan subsidi perkhidmatan tren tidak ekonomik kerana peningkatan kos penyelenggaraan landasan, kos lokomotif dan bekalan kayu landasan; (iii) sebanyak RM12.6 juta untuk menyelesaikan tuntutan kontraktor bagi kerja-kerja pengalihan dan pelupusan bangkai kapal NV Ang Tai yang telah siap sepenuhnya; (iv) sebanyak RM12.8 juta bagi Jabatan Penerbangan Awam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pejabat-pejabat wilayah; dan. (v) sebanyak RM4.4 juta bagi pembelian bekalan lesen kenderaan motor dan sampul plastik kerana peruntukan asal telah mengambil kira cadangan penswastaan aktiviti pendaftaran dan pelesenan memandu Jabatan Pengangkutan Jalan pada pertengahan tahun 2001. Sebanyak RM10.8 juta di bawah Maksud B.51- Kementerian Luar Negeri untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM2.5 juta untuk menampung kenaikan gaji 10% di seberang laut, bayaran imbuhan tahunan dan elaun perbezaan sara hidup; (ii) sebanyak RM6.6 juta bagi menampung perbelanjaan mesyuarat-mesyuarat tidak berjadual pada tahun 2001 seperti OIC, Seminar On Globalization, dengan izin, Head of Missions Conference dan Humanitarian Flight ke Iraq; (iii) sebanyak RM44,463.00 sebagai sumbangan tidak berjadual akibat gempa bumi di Gujerat, India, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi, masalah pelarian di Papua New Guinea, gempa bumi di Peru, bantuan kemanusiaan di Korea Utara dan menjadi tuan rumah kepada Pacific Islands Forum serta sumbangan tabung rakyat Afghanistan; dan. (iv) sebanyak RM1.7 juta bagi pelarasan akaun untung rugi kadar pertukaran mata wang asing. Sebanyak RM17 juta di bawah Maksud B.53- Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk perbelanjaan mengurus kementerian yang telah wujud pada 17 Januari 2001. Tuan Yang di-Pertua, mengikut subseksyen 10(1)(A), Akta Prosedur Kewangan 1997, bayaran daripada Akaun Hasil Disatukan ke dalam Kumpulan Wang Tertentu termasuk Kumpulan Wang Pembangunan hendaklah dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang. Oleh yang demikian, lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan perlu ditunjukkan sebagai Perbelanjaan Mengurus di bawah Maksud B.30, peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun. Bagi tahun 2001, peruntukan sebanyak RM14,809,606,394.00 perlu disediakan. Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat 2001 adalah seperti dalam penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1 Tahun 2002 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1A Tahun 2002. Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2002-. Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2002 adalah berjumlah RM744,037,951.00 untuk Perbelanjaan Bekalan. Peruntukan tambahan diminta diluluskan di bawah Fasal 3 rang undang-undang seperti berikut: (i) sebanyak RM148.5 juta di bawah Maksud B.29- Perkhidmatan Am Perbendaharaan untuk menampung. | 29 | 39 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
30 DR.1.4.2002
sebahagian bayaran faedah tahun 2002 ke atas terbitan bon
bagi membiayai pelaksanaan penyusunan semula
pengangkutan awam di Lembah Klang.
Sebanyak RM535 juta di bawah Maksud B.30, peruntukan kepada Kumpulan
Wang Terkanun untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM161.7 juta sebagai bantuan kewangan dalam
bentuk pinjaman kepada 10 buah koperasi;
(ii) sebanyak RM28.3 juta untuk membiayai kos pengambilan
tanah, projek pembinaan jalan pintas di Muar, Johor;
(iii) sebanyak RM35 juta untuk membiayai kos pengambilan
tanah bagi projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan
Abdul Halim, Kedah;
(iv) sebanyak RM300 juta dalam bentuk pinjaman untuk
menghidupkan semula Tabung Khas Pelancongan untuk
membantu pengusaha kecil dan sederhana dalam bidang
pelancongan; dan
(v) sebanyak RM10 juta bagi membiayai aktiviti promosi dan
pemasaran koridor raya multimedia di seluruh dunia.
Sebanyak RM50.5 juta di bawah Maksud B.35 Kementerian Dalam Negeri
untuk menyelaraskan pembayaran bil-bil tertunggak bagi kerja-kerja penyelenggaraan,
pembaikan bot-bot marin Polis Diraja Malaysia dan sebanyak RM10 juta di bawah
Maksud B.43 Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi untuk pembelian
peralatan total station dan lain-lain peralatan sokongan untuk pentadbiran tanah, negeri
dan juga daerah.
Butir-butir dan perbelanjaan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi
Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2002 adalah seperti dalam
penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah II tahun 2002
dan dalam memorandum perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah
2A tahun 2002. Sekarang Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengemukakan
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 2001 dan Tambahan
Pertama 2002.
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 2001 −
Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan
Keempat 2001 adalah berjumlah RM2,730,573,410 iaitu sebanyak RM2,131,298,360
perbelanjaan cara langsung dan sebanyak RM599,275,50 perbelanjaan pinjaman.
Tambahan tersebut adalah untuk membiayai projek-projek pembangunan bagi
kementerian dan jabatan seperti berikut:
Sebanyak RM27 juta di bawah Maksud P.14 Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan bagi membiayai program perumahan awam kos rendah di negeri
Sarawak.
Sebanyak RM35 juta di bawah Maksud P.16 Jabatan Bomba dan Penyelamat
untuk perbelanjaan-perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM2.7 juta bagi membiayai bayaran kemajuan
balai bomba dan kuarters, akademi bomba dan penyelamat
di Wakaf Tapai, Terengganu serta dua projek pembinaan Ibu
Pejabat Bomba Negeri Sembilan dan juga negeri Selangor;
(ii) sebanyak RM12.4 juta bagi membiayai pembayaran
pendahuluan perolehan dua unit helikopter dan
pemasangan Integrated Command And Control System
dengan izin, di Selangor dan juga di Wilayah Persekutuan;
(iii) sebanyak RM4.7 juta bagi membiayai bayaran
penyelenggaraan balai bomba dan kuarters di seluruh
negara;
| sebahagian bayaran faedah tahun 2002 ke atas terbitan bon bagi membiayai pelaksanaan penyusunan semula pengangkutan awam di Lembah Klang. Sebanyak RM535 juta di bawah Maksud B.30, peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM161.7 juta sebagai bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada 10 buah koperasi; (ii) sebanyak RM28.3 juta untuk membiayai kos pengambilan tanah, projek pembinaan jalan pintas di Muar, Johor; (iii) sebanyak RM35 juta untuk membiayai kos pengambilan tanah bagi projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah; (iv) sebanyak RM300 juta dalam bentuk pinjaman untuk menghidupkan semula Tabung Khas Pelancongan untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana dalam bidang pelancongan; dan. (v) sebanyak RM10 juta bagi membiayai aktiviti promosi dan pemasaran koridor raya multimedia di seluruh dunia. Sebanyak RM50.5 juta di bawah Maksud B.35 Kementerian Dalam Negeri untuk menyelaraskan pembayaran bil-bil tertunggak bagi kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan bot-bot marin Polis Diraja Malaysia dan sebanyak RM10 juta di bawah Maksud B.43 Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi untuk pembelian peralatan total station dan lain-lain peralatan sokongan untuk pentadbiran tanah, negeri dan juga daerah. Butir-butir dan perbelanjaan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2002 adalah seperti dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah II tahun 2002 dan dalam memorandum perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2A tahun 2002. Sekarang Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengemukakan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 2001 dan Tambahan Pertama 2002. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 2001-. Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 2001 adalah berjumlah RM2,730,573,410 iaitu sebanyak RM2,131,298,360 perbelanjaan cara langsung dan sebanyak RM599,275,50 perbelanjaan pinjaman. Tambahan tersebut adalah untuk membiayai projek-projek pembangunan bagi kementerian dan jabatan seperti berikut: Sebanyak RM27 juta di bawah Maksud P.14 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membiayai program perumahan awam kos rendah di negeri Sarawak. Sebanyak RM35 juta di bawah Maksud P.16 Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk perbelanjaan-perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM2.7 juta bagi membiayai bayaran kemajuan balai bomba dan kuarters, akademi bomba dan penyelamat di Wakaf Tapai, Terengganu serta dua projek pembinaan Ibu Pejabat Bomba Negeri Sembilan dan juga negeri Selangor; (ii) sebanyak RM12.4 juta bagi membiayai pembayaran pendahuluan perolehan dua unit helikopter dan pemasangan Integrated Command And Control System dengan izin, di Selangor dan juga di Wilayah Persekutuan; (iii) sebanyak RM4.7 juta bagi membiayai bayaran penyelenggaraan balai bomba dan kuarters di seluruh negara; | 30 | 40 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 31
(iv) sebanyak RM12.9 juta bagi membiayai bayaran kemajuan
sebuah projek kuarters dan empat buah balai bomba di
Sarawak; dan
(v) sebanyak RM2.3 juta bagi membiayai bayaran kemajuan
projek pembinaan ibu pejabat bomba negeri Sabah.
Sebanyak RM21.1 juta di bawah Maksud P.17 Kementerian Belia dan Sukan
bagi bayaran kemajuan projek Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Johor RM7.7
juta, Pulau Pinang RM7.6 juta dan Perlis RM5.8 juta.
Sebanyak RM490,000 di bawah Maksud P.71 Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menampung bayaran berperingkat
kepada syarikat perunding yang telah dilantik menjalankan kajian profil pengguna.
Sebanyak RM30.3 juta di bawah Maksud P.25 Kementerian Pertahanan untuk
perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM20 juta untuk menampung pembayaran projek
sistem pertahanan udara (JERNAS); dan
(ii) sebanyak RM10.3 juta untuk menampung bayaran projek
dan peralatan pertahanan laut seperti peningkatan pelancar
missile, alat selam, peralatan kemudahan latihan, pelbagai
bot dan peralatan komunikasi.
Sebanyak RM979.1 juta di bawah Maksud P.26 Kementerian Pendidikan
untuk perbelanjaan-perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM265.9 juta bagi pembiayaan projek menengah
akademi RM51 juta dan matrikulasi RM214.9 juta;
(ii) sebanyak RM249.7 juta bagi pembiayaan projek pendidikan
politeknik;
(iii) sebanyak RM197.4 juta bagi projek institusi pendidikan
tinggi awam iaitu Universiti Malaysia Sabah RM176 juta,
Universiti Teknologi Malaysia RM60.3 juta dan Universiti
Islam Antarabangsa RM11.1 juta; dan
(iv) sebanyak RM135.1 juta bagi projek pendidikan rendah,
RM68.7 untuk pembelian tanah, RM33.4 juta untuk
ubahsuai dan naik taraf sekolah-sekolah rendah dan
RM28.9 juta untuk asrama biasa.
Sebanyak RM504,730 di bawah Maksud P.27 Jabatan Perpustakaan Negara
bagi bayaran kemajuan projek ubahsuai Perpustakaan Negeri Perlis dan beberapa
perpustakaan awam Cawangan Kulim dan Baling, Kedah, Merlimau, Melaka, Kuala
Pilah, Negeri Sembilan, Seri Iskandar dan Cameron Highland, Perak, Georgetown,
Pulau Pinang dan Marang, Terengganu.
Sebanyak RM496,3 juta di bawah Maksud P.28 Perbendaharaan untuk
perbelanjaan berikut.
Sebanyak RM396.3 juta bagi memberi pinjaman kepada perusahaan kecil dan
sederhana (IKS) melalui institusi-institusi kewangan di bawah small and medium
industry, Japan Bank of International Corporation Fund dan yang ketiga, sebanyak
RM100 juta bagi menubuhkan Tabung Pinjaman Perumahan Ehsan (TPPE) oleh
Kerajaan Negeri Selangor.
Sebanyak RM19.3 juta di bawah Maksud P.31 Jabatan Kastam dan Eksais
Diraja untuk perbelanjaan-perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM5.9 juta bagi menampung pertambahan kos
pembaikan dan pengubahsuaian pejabat-pejabat kastam di
seluruh negara; dan
(ii) sebanyak RM13.4 juta bagi menampung perkhidmatan awal
di unit mesin pengimbas kontena dan pembelian 25 unit
perisian signatory certificate.
| (iv) sebanyak RM12.9 juta bagi membiayai bayaran kemajuan sebuah projek kuarters dan empat buah balai bomba di Sarawak; dan. (v) sebanyak RM2.3 juta bagi membiayai bayaran kemajuan projek pembinaan ibu pejabat bomba negeri Sabah. Sebanyak RM21.1 juta di bawah Maksud P.17 Kementerian Belia dan Sukan bagi bayaran kemajuan projek Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Johor RM7.7 juta, Pulau Pinang RM7.6 juta dan Perlis RM5.8 juta. Sebanyak RM490,000 di bawah Maksud P.71 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menampung bayaran berperingkat kepada syarikat perunding yang telah dilantik menjalankan kajian profil pengguna. Sebanyak RM30.3 juta di bawah Maksud P.25 Kementerian Pertahanan untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM20 juta untuk menampung pembayaran projek sistem pertahanan udara (JERNAS); dan. (ii) sebanyak RM10.3 juta untuk menampung bayaran projek dan peralatan pertahanan laut seperti peningkatan pelancar missile, alat selam, peralatan kemudahan latihan, pelbagai bot dan peralatan komunikasi. Sebanyak RM979.1 juta di bawah Maksud P.26 Kementerian Pendidikan untuk perbelanjaan-perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM265.9 juta bagi pembiayaan projek menengah akademi RM51 juta dan matrikulasi RM214.9 juta; (ii) sebanyak RM249.7 juta bagi pembiayaan projek pendidikan politeknik; (iii) sebanyak RM197.4 juta bagi projek institusi pendidikan tinggi awam iaitu Universiti Malaysia Sabah RM176 juta, Universiti Teknologi Malaysia RM60.3 juta dan Universiti Islam Antarabangsa RM11.1 juta; dan. (iv) sebanyak RM135.1 juta bagi projek pendidikan rendah, RM68.7 untuk pembelian tanah, RM33.4 juta untuk ubahsuai dan naik taraf sekolah-sekolah rendah dan RM28.9 juta untuk asrama biasa. Sebanyak RM504,730 di bawah Maksud P.27 Jabatan Perpustakaan Negara bagi bayaran kemajuan projek ubahsuai Perpustakaan Negeri Perlis dan beberapa perpustakaan awam Cawangan Kulim dan Baling, Kedah, Merlimau, Melaka, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Seri Iskandar dan Cameron Highland, Perak, Georgetown, Pulau Pinang dan Marang, Terengganu. Sebanyak RM496,3 juta di bawah Maksud P.28 Perbendaharaan untuk perbelanjaan berikut. Sebanyak RM396.3 juta bagi memberi pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (IKS) melalui institusi-institusi kewangan di bawah small and medium industry, Japan Bank of International Corporation Fund dan yang ketiga, sebanyak RM100 juta bagi menubuhkan Tabung Pinjaman Perumahan Ehsan (TPPE) oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sebanyak RM19.3 juta di bawah Maksud P.31 Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk perbelanjaan-perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM5.9 juta bagi menampung pertambahan kos pembaikan dan pengubahsuaian pejabat-pejabat kastam di seluruh negara; dan. (ii) sebanyak RM13.4 juta bagi menampung perkhidmatan awal di unit mesin pengimbas kontena dan pembelian 25 unit perisian signatory certificate. | 31 | 41 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
32 DR.1.4.2002
Sebanyak RM349.8 juta di bawah Maksud P.34 Kementerian Kesihatan untuk
perbelanjaan-perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM10 juta bagi menampung perbelanjaan latihan
kesihatan;
(ii) sebanyak RM10 juta bagi menampung perbelanjaan
perkhidmatan kesihatan luar bandar untuk pembinaan klinik
desa dan pusat kesihatan kecil;
(iii) sebanyak RM18 juta bagi menampung perbelanjaan
perkhidmatan kesihatan bandar termasuk pembinaan klinik
kesihatan;
(iv) sebanyak RM6 juta bagi menampung perbelanjaan
ubahsuai dan naik taraf hospital termasuk pembinaan
ambulatory care center di beberapa hospital seperti di
Hospital Ipoh, Pulau Pinang dan juga Kuala Terengganu;
(v) sebanyak RM10 juta bagi menampung perbelanjaan
penyediaan plan induk dan membangun semula hospital;
dan
(vi) sebanyak RM295.8 juta bagi menampung perbelanjaan
pembinaan beberapa hospital baru seperti Hospital Sungai
Petani Kedah, Hospital Serdang Selangor dan Hospital
Dalat Sabah.
Sebanyak RM1.2 juta di bawah Maksud P.35 Kementerian Dalam Negeri
untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM126,500 bagi menampung perbelanjaan
keperluan asas dan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat
Kementerian Dalam Negeri yang telah berpindah ke
Putrajaya pada Mac 2001; dan
(ii) sebanyak RM1.1 juta untuk menampung perbelanjaan
perolehan komputer bagi meningkatkan dan
mengemaskinikan sistem maklumat mengenai agensi-
agensi keselamatan, data-data pekerja asing,
kewarganegaraan dan data-data keanggotaan Rela di
seluruh negara.
Sebanyak RM81.9 juta di bawah Maksud P.36 Polis Diraja Malaysia untuk
perbelanjaan-perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM19.2 juta untuk menampung perbelanjaan
premium tanah Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat
Daerah Polis Johor Bahru;
(ii) sebanyak RM2.7 juta untuk menampung pembelian
peralatan Maktab Teknik Bakri dan makmal forensik;
(iii) sebanyak RM2.7 untuk menampung bayaran memasuki
tapak-tapak projek Marin Limbang, Sarawak dan Bintulu,
Sabah serta tapak projek balai dan pondok polis;
(iv) sebanyak RM541,080 untuk menampung perbelanjaan
pusat bekalan polis Subang;
(v) sebanyak RM5 juta untuk menampung pembelian peralatan
Ops Pasir;
(vi) sebanyak RM36 juta untuk menampung kerja-kerja
pembaikan bangunan Polis Diraja Malaysia;
(vii) sebanyak RM13.2 juta untuk menampung bayaran
kemajuan pembinaan bot;
(viii) sebanyak RM9,550 untuk menampung perolehan peralatan
VHF bersepadu dan VHF Ops Pasir;
| Sebanyak RM349.8 juta di bawah Maksud P.34 Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan-perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM10 juta bagi menampung perbelanjaan latihan kesihatan; (ii) sebanyak RM10 juta bagi menampung perbelanjaan perkhidmatan kesihatan luar bandar untuk pembinaan klinik desa dan pusat kesihatan kecil; (iii) sebanyak RM18 juta bagi menampung perbelanjaan perkhidmatan kesihatan bandar termasuk pembinaan klinik kesihatan; (iv) sebanyak RM6 juta bagi menampung perbelanjaan ubahsuai dan naik taraf hospital termasuk pembinaan ambulatory care center di beberapa hospital seperti di Hospital Ipoh, Pulau Pinang dan juga Kuala Terengganu; (v) sebanyak RM10 juta bagi menampung perbelanjaan penyediaan plan induk dan membangun semula hospital; dan. (vi) sebanyak RM295.8 juta bagi menampung perbelanjaan pembinaan beberapa hospital baru seperti Hospital Sungai Petani Kedah, Hospital Serdang Selangor dan Hospital Dalat Sabah. Sebanyak RM1.2 juta di bawah Maksud P.35 Kementerian Dalam Negeri untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM126,500 bagi menampung perbelanjaan keperluan asas dan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Kementerian Dalam Negeri yang telah berpindah ke Putrajaya pada Mac 2001; dan. (ii) sebanyak RM1.1 juta untuk menampung perbelanjaan perolehan komputer bagi meningkatkan dan mengemaskinikan sistem maklumat mengenai agensi- agensi keselamatan, data-data pekerja asing, kewarganegaraan dan data-data keanggotaan Rela di seluruh negara. Sebanyak RM81.9 juta di bawah Maksud P.36 Polis Diraja Malaysia untuk perbelanjaan-perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM19.2 juta untuk menampung perbelanjaan premium tanah Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah Polis Johor Bahru; (ii) sebanyak RM2.7 juta untuk menampung pembelian peralatan Maktab Teknik Bakri dan makmal forensik; (iii) sebanyak RM2.7 untuk menampung bayaran memasuki tapak-tapak projek Marin Limbang, Sarawak dan Bintulu, Sabah serta tapak projek balai dan pondok polis; (iv) sebanyak RM541,080 untuk menampung perbelanjaan pusat bekalan polis Subang; (v) sebanyak RM5 juta untuk menampung pembelian peralatan Ops Pasir; (vi) sebanyak RM36 juta untuk menampung kerja-kerja pembaikan bangunan Polis Diraja Malaysia; (vii) sebanyak RM13.2 juta untuk menampung bayaran kemajuan pembinaan bot; (viii) sebanyak RM9,550 untuk menampung perolehan peralatan VHF bersepadu dan VHF Ops Pasir; | 32 | 42 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 33
(ix) sebanyak RM2.5 juta untuk menampung bayaran
pembekalan peluru; dan
(x) sebanyak RM15,400 untuk menampung bayaran perolehan
alat bantuan teknik.
Sebanyak RM68 juta di bawah maksud P.39, Jabatan Pendaftaran Negara
untuk menampung pembayaran pembelian komputer, ubah suai pejabat dan sistem
bagi melaksanakan projek informasi rekod penduduk SIRIM dan 77 cawangan JPN di
seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, RM34.27. Tambahan peruntukan ini
juga adalah untuk menampung perbelanjaan peningkatan, Automated Fingerprint
Identification System (AFIS) RM2 juta, pembelian 5,737 unit reader kad pintar pelbagai
guna bagi kawasan-kawasan Lembah Klang dan Corridor Raya Multimedia, RM29.37
serta perlaksanaan program komunikasi kad pintar pelbagai guna kerajaan, RM2.5 juta.
Sebanyak RM3.7 juta, di bawah maksud P.40, Jabatan Penjara untuk
menampung bayaran kemajuan pembinaan kompleks penjara, Tapah di Perak.
Sebanyak RM20.2 juta di bawah maksud P.44, Kementerian Penerangan
untuk perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM744,730 untuk meningkatkan lagi sistem
keselamatan di Angkasapuri dan Wisma Radio;
(ii) sebanyak RM15.7 juta untuk penggantian peralatan
penyiaran di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR)
dan Kajang;
(iii) sebanyak RM157,580 untuk bayaran kemajuan projek
rumah kakitangan stesen, RTM daerah;
(iv) sebanyak RM580,390 untuk bayaran penggantian pemancar
radio gelombang pendek di Kajang dan lima rangkaian
Suara Malaysia; dan
(v) sebanyak RM3 juta untuk bayaran tambahan pemancar FM
bagi siaran tempatan di Sabah dan di Sarawak dan
tambahan rangkaian Radio 3 di Semenanjung.
Sebanyak RM76 juta di bawah maksud P.46, Kementerian Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar bagi melaksanakan projek web venture fund supaya mempunyai
akses yang lebih luas kepada Global Web Enterprise.
Sebanyak RM477.3 juta di bawah maksud P.4, Kementerian Pengangkutan
untuk perbelanjaan berikut;
(i) sebanyak RM17.9 juta untuk menjelaskan bayaran
pampasan tanah, projek express rail link ke KLIA, Sepang;
(ii) sebanyak RM5.3 juta untuk bayaran kemajuan projek ‘digital
touch machine system’ yang siap awal, pemodenan sistem
semboyan dan komunikasi kereta api;
(iii) sebanyak RM11 juta untuk bayaran kemajuan projek dan
membiayai pembelian kayu landasan bagi projek membaik-
pulih dan mengukuhkan lagi landasan;
(iv) sebanyak RM9.8 juta untuk bayaran kemajuan projek
landasan berkembar Kuala Lumpur – Klang, termasuk
Lapangan Terbang Subang, Sentul, Batu Caves,
infrastruktur KTM dalam Kuala Lumpur Sentral;
(v) sebanyak RM252.7 juta untuk bayaran kemajuan projek
infrastruktur dan sistem landasan Rawang-Ipoh;
(vi) sebanyak RM27,330 bagi bayaran kemajuan kerajaan-
kerajaan akhir projek pengubahsuaian sistem Tanjong
Pagar dan stesen Ipoh;
(vii) sebanyak RM46 juta untuk perbelanjaan modal dan
perbelanjaan khas KTMB;
| (ix) sebanyak RM2.5 juta untuk menampung bayaran pembekalan peluru; dan. (x) sebanyak RM15,400 untuk menampung bayaran perolehan alat bantuan teknik. Sebanyak RM68 juta di bawah maksud P.39, Jabatan Pendaftaran Negara untuk menampung pembayaran pembelian komputer, ubah suai pejabat dan sistem bagi melaksanakan projek informasi rekod penduduk SIRIM dan 77 cawangan JPN di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, RM34.27. Tambahan peruntukan ini juga adalah untuk menampung perbelanjaan peningkatan, Automated Fingerprint Identification System (AFIS) RM2 juta, pembelian 5,737 unit reader kad pintar pelbagai guna bagi kawasan-kawasan Lembah Klang dan Corridor Raya Multimedia, RM29.37 serta perlaksanaan program komunikasi kad pintar pelbagai guna kerajaan, RM2.5 juta. Sebanyak RM3.7 juta, di bawah maksud P.40, Jabatan Penjara untuk menampung bayaran kemajuan pembinaan kompleks penjara, Tapah di Perak. Sebanyak RM20.2 juta di bawah maksud P.44, Kementerian Penerangan untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM744,730 untuk meningkatkan lagi sistem keselamatan di Angkasapuri dan Wisma Radio; (ii) sebanyak RM15.7 juta untuk penggantian peralatan penyiaran di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) dan Kajang; (iii) sebanyak RM157,580 untuk bayaran kemajuan projek rumah kakitangan stesen, RTM daerah; (iv) sebanyak RM580,390 untuk bayaran penggantian pemancar radio gelombang pendek di Kajang dan lima rangkaian Suara Malaysia; dan. (v) sebanyak RM3 juta untuk bayaran tambahan pemancar FM bagi siaran tempatan di Sabah dan di Sarawak dan tambahan rangkaian Radio 3 di Semenanjung. Sebanyak RM76 juta di bawah maksud P.46, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bagi melaksanakan projek web venture fund supaya mempunyai akses yang lebih luas kepada Global Web Enterprise. Sebanyak RM477.3 juta di bawah maksud P.4, Kementerian Pengangkutan untuk perbelanjaan berikut; (i) sebanyak RM17.9 juta untuk menjelaskan bayaran pampasan tanah, projek express rail link ke KLIA, Sepang; (ii) sebanyak RM5.3 juta untuk bayaran kemajuan projek 'digital touch machine system' yang siap awal, pemodenan sistem semboyan dan komunikasi kereta api; (iii) sebanyak RM11 juta untuk bayaran kemajuan projek dan membiayai pembelian kayu landasan bagi projek membaik- pulih dan mengukuhkan lagi landasan; (iv) sebanyak RM9.8 juta untuk bayaran kemajuan projek landasan berkembar Kuala Lumpur- Klang, termasuk Lapangan Terbang Subang, Sentul, Batu Caves, infrastruktur KTM dalam Kuala Lumpur Sentral; (v) sebanyak RM252.7 juta untuk bayaran kemajuan projek infrastruktur dan sistem landasan Rawang-Ipoh; (vi) sebanyak RM27,330 bagi bayaran kemajuan kerajaan- kerajaan akhir projek pengubahsuaian sistem Tanjong Pagar dan stesen Ipoh; (vii) sebanyak RM46 juta untuk perbelanjaan modal dan perbelanjaan khas KTMB; | 33 | 43 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
34 DR.1.4.2002
(viii) sebanyak RM68.2 juta untuk bayaran balik kos pampasan
tanah projek Semenanjung rail ke Pelabuhan Pulau Indah,
Selangor, sambungan rail ke Pelabuhan Tanjong Pelepas,
Johor;
(ix) sebanyak RM33.6 juta untuk bayaran pampasan tanah
projek Kuala Lumpur – People Rapid Transit Monorail;
(x) sebanyak RM26,510 untuk menjelaskan bayaran kemajuan
kerja-kerja akhir projek pembaikan Dermaga Merdeka
Pelabuhan Labuan;
(xi) sebanyak RM2 juta untuk menjelaskan bayaran kemajuan
kerja-kerja pembinaan Jeti di Sarikei;
(xii) sebanyak RM5.4 juta untuk menjelaskan bayaran kemajuan
projek pusat kecemasan Kuching, Miri;
(xiii) sebanyak RM584,310 untuk menjelaskan bayaran kemajuan
kerja-kerja pembinaan projek pembangunan lapangan
terbang baru di Tawau;
(xiv) sebanyak RM83,600 untuk menjelaskan bayaran kemajuan
kerja-kerja pembinaan projek Padang Terbang, Long Akah;
(xv) sebanyak RM1,830 untuk menampung bayaran kemajuan
kerja-kerja pembinaan projek pembangunan lapangan
terbang baru di Bintulu;
(xvi) sebanyak RM5.5 juta untuk menampung bayaran
penyelenggaraan pengkomputeran Jabatan Pengangkutan
Jalan;
(xvii) sebanyak RM127,840 untuk menampung kekurangan
peruntukan bagi bayaran pemasangan pagar di Bak Kalalan;
dan
(xviii) sebanyak RM19 juta untuk membiayai kos perolehan dan
pemasangan peralatan sistem radar kawalan lalu lintas
udara di Miri, Sarawak.
Sebanyak RM38.7 juta di bawah maksud P.48, Kementerian Pembangunan
Luar Bandar sebagai susulan pemindahan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli ke
Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menampung kos Program Penempatan
Tersusun RM15.6 juta, Pembangunan Ekonomi RM9.3 juta dan Perkhidmatan Sosial
RM13.8 juta.
Sebanyak RM4.4 juta di bawah maksud P.51, Kementerian Luar Negeri untuk
perbelanjaan berikut:
(i) sebanyak RM2.6 juta untuk menampung bayaran
pembinaan Chancery dan kediaman rasmi di Brunei dan
juga Washington; dan
(ii) sebanyak RM1.8 juta untuk menampung bayaran
pemasangan peralatan telekomunikasi dan pembelian
komputer di semua perwakilan di luar negara.
Tambahan yang lain sebanyak RM110 adalah merupakan peruntukan tanda di
bawah maksud-maksud pembangunan P.7 Jabatan Perdana Menteri, P.19
Kementerian Pertanian, P.24 Jabatan Muzium dan Antikuiti dan P.33 Kementerian
Kerja Raya.
Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan
Pembangunan Tambahan Keempat 2001 adalah seperti yang dinyatakan di dalam
penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 tahun 2002
dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah
3A tahun 2002.
| (viii) sebanyak RM68.2 juta untuk bayaran balik kos pampasan tanah projek Semenanjung rail ke Pelabuhan Pulau Indah, Selangor, sambungan rail ke Pelabuhan Tanjong Pelepas, Johor; (ix) sebanyak RM33.6 juta untuk bayaran pampasan tanah projek Kuala Lumpur- People Rapid Transit Monorail; (x) sebanyak RM26,510 untuk menjelaskan bayaran kemajuan kerja-kerja akhir projek pembaikan Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan; (xi) sebanyak RM2 juta untuk menjelaskan bayaran kemajuan kerja-kerja pembinaan Jeti di Sarikei; (xii) sebanyak RM5.4 juta untuk menjelaskan bayaran kemajuan projek pusat kecemasan Kuching, Miri; (xiii) sebanyak RM584,310 untuk menjelaskan bayaran kemajuan kerja-kerja pembinaan projek pembangunan lapangan terbang baru di Tawau; (xiv) sebanyak RM83,600 untuk menjelaskan bayaran kemajuan kerja-kerja pembinaan projek Padang Terbang, Long Akah; (xv) sebanyak RM1,830 untuk menampung bayaran kemajuan kerja-kerja pembinaan projek pembangunan lapangan terbang baru di Bintulu; (xvi) sebanyak RM5.5 juta untuk menampung bayaran penyelenggaraan pengkomputeran Jabatan Pengangkutan Jalan; (xvii) sebanyak RM127,840 untuk menampung kekurangan peruntukan bagi bayaran pemasangan pagar di Bak Kalalan; dan. (xviii) sebanyak RM19 juta untuk membiayai kos perolehan dan pemasangan peralatan sistem radar kawalan lalu lintas udara di Miri, Sarawak. Sebanyak RM38.7 juta di bawah maksud P.48, Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebagai susulan pemindahan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menampung kos Program Penempatan Tersusun RM15.6 juta, Pembangunan Ekonomi RM9.3 juta dan Perkhidmatan Sosial RM13.8 juta. Sebanyak RM4.4 juta di bawah maksud P.51, Kementerian Luar Negeri untuk perbelanjaan berikut: (i) sebanyak RM2.6 juta untuk menampung bayaran pembinaan Chancery dan kediaman rasmi di Brunei dan juga Washington; dan. (ii) sebanyak RM1.8 juta untuk menampung bayaran pemasangan peralatan telekomunikasi dan pembelian komputer di semua perwakilan di luar negara. Tambahan yang lain sebanyak RM110 adalah merupakan peruntukan tanda di bawah maksud-maksud pembangunan P.7 Jabatan Perdana Menteri, P.19 Kementerian Pertanian, P.24 Jabatan Muzium dan Antikuiti dan P.33 Kementerian Kerja Raya. Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 2001 adalah seperti yang dinyatakan di dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 tahun 2002 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3A tahun 2002. | 34 | 44 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 35
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2002 −
Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan
Pertama 2002 adalah berjumlah RM110,000,010 iaitu untuk perbelanjaan secara
langsung. Tambahan tersebut adalah untuk membiayai projek-projek pembangunan
bagi kementerian-kementerian dan jabatan berikut:
(i) sebanyak RM110 juta di bawah maksud P.28,
Perbendaharaan bagi membiayai projek kastam imigresen
dan kuarantin (CIQ) Johor Baru; dan
(ii) sebanyak RM10 sebagai peruntukan tanda di bawah
maksud P.7 Jabatan Perdana Menteri.
Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan
Pembangunan Tambahan Pertama 2002 adalah seperti yang dinyatakan dalam
Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun
2002 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 4A Tahun 2002.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengemukakan usul mengenai Anggaran
Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 2001 dan Tambahan Pertama 2002
selepas ucapan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Zainal Abidin bin Zin]: Saya mohon
menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, baik Yang
Berhormat. Sila.
Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua,
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan
Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah
wang tambahan sebanyak dua billion lapan ratus empat puluh juta
lima ratus tujuh puluh tiga ribu empat ratus dua puluh ringgit
(RM2,840,573,420) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang
Pembangunan seperti berikut:
(a) bagi tahun kewangan 2001, untuk menampung
sejumlah dua billion tujuh ratus tiga puluh juta lima
ratus tujuh puluh tiga ribu empat ratus sepuluh ringgit
(RM2,730,573,410) bagi Maksud-maksud dan Butiran-
butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam
ruang pertama dan kedua penyata Anggaran
Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat, 2001
yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun
2002 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-
maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam
ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut; dan
(b) bagi tahun kewangan 2002, untuk menampung
sejumlah seratus sepuluh juta sepuluh ringgit
(RM110,000,010) bagi Maksud-maksud dan Butiran-
butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam
ruang pertama dan kedua penyata Anggaran
Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2002
yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun
2002 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-
maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam
ruangan kesebelas dan keduabelas penyata tersebut,
hendaklah disahkan.”
Diserahkan kepada jawatankuasa sebuah majlis dan saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sokong?
Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Saya mohon menyokong.
| Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2002-. Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2002 adalah berjumlah RM110,000,010 iaitu untuk perbelanjaan secara langsung. Tambahan tersebut adalah untuk membiayai projek-projek pembangunan bagi kementerian-kementerian dan jabatan berikut: (i) sebanyak RM110 juta di bawah maksud P.28, Perbendaharaan bagi membiayai projek kastam imigresen dan kuarantin (CIQ) Johor Baru; dan. (ii) sebanyak RM10 sebagai peruntukan tanda di bawah maksud P.7 Jabatan Perdana Menteri. Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2002 adalah seperti yang dinyatakan dalam Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun 2002 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4A Tahun 2002. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengemukakan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 2001 dan Tambahan Pertama 2002 selepas ucapan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, baik Yang Berhormat. Sila. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua billion lapan ratus empat puluh juta lima ratus tujuh puluh tiga ribu empat ratus dua puluh ringgit (RM2,840,573,420) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan seperti berikut: (a) bagi tahun kewangan 2001, untuk menampung sejumlah dua billion tujuh ratus tiga puluh juta lima ratus tujuh puluh tiga ribu empat ratus sepuluh ringgit (RM2,730,573,410) bagi Maksud-maksud dan Butiran- butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat, 2001 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2002 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud- maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut; dan. (b) bagi tahun kewangan 2002, untuk menampung sejumlah seratus sepuluh juta sepuluh ringgit (RM110,000,010) bagi Maksud-maksud dan Butiran- butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun 2002 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud- maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruangan kesebelas dan keduabelas penyata tersebut, hendaklah disahkan.". Diserahkan kepada jawatankuasa sebuah majlis dan saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sokong?. Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya mohon menyokong. | 35 | 45 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
36 DR.1.4.2002
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi
menggunakan jumlah yang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan
tambahan bagi perkhidmatan tahun 2001 dan 2002 dan bagi memperuntukkan
sejumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun itu dibacakan
kali yang kedua sekarang dan masalah bahawa atas nama Yang Berhormat Menteri
Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa
sebuah-buah Majlis sekarang kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahaskan.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
masa yang diperuntukkan bagi perbahasan dasar atas Rang Undang-undang
Perbekalan Tambahan ini sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, tidak
lebih daripada satu hari, dan kemudiannya di peringkat Jawatankuasa tidak lebih
daripada dua hari. Maka bagi membolehkan lebih Ahli Yang Berhormat dapat diberi
peluang untuk berucap, maka terpaksa saya mengehadkan masa untuk berucap. Jadi,
peringkat dasar 20 minit bagi setiap Ahli berucap dan peringkat Jawatankuasa 10 minit.
Sekarang saya beri peluang kepada Yang Berhormat bagi Tambun dahulu. Sila.
12.37 tgh.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua. Kita sedar pembangunan ekonomi merupakan satu agenda
penting bagi mana-mana negara untuk memberi kesejahteraan dan keselamatan
kepada rakyat, maka saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan
2002 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan sebentar tadi. Izinkan saya
untuk menyentuh beberapa perkara umum dalam perbahasan di peringkat dasar,
manakala butiran lebih terperinci lagi di peringkat Jawatankuasa nanti.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah menikmati pembangunan ekonomi
pesat selama 30 tahun. Pada tahun 1985 kita berhadapan dengan krisis ekonomi dan
ini dipulihkan dengan begitu mudah. Semenjak tahun 1997 kita berhadapan sekali lagi
dengan krisis ekonomi, kali ini lebih teruk lagi. Malah fenomena ini berlaku di semua
negara, kecuali negara China yang terlindung daripada krisis ekonomi. Maka apa yang
kita lakukan sekarang daripada segi penstrukturan ekonomi kita membantu sektor
swasta turut berlaku di semua benua baik Eropah, Amerika Utara, Latin America dan
negara-negara Asia lain.
Sebelum ini kita sedar bahawa sektor swasta berhadapan dengan krisis yang
amat berat, maka kerajaan telah menubuhkan CDRC, Danaharta dan Danamodal
bertujuan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh sektor swasta. Sekarang kita
dengar agensi kerajaan pula berhadapan dengan masalah. Mengenai dengan KWSP,
saya lebih mirip untuk mempercayai bahawa kemerosotan nilai aset adalah akibat
daripada kemerosotan ekonomi.
Dalam kes Lembaga Urusan Tabung Haji, saya melihat ada dua fenomena di
sini. Satu daripada kemelesetan ekonomi dan satu lagi daripada segi pengurusan yang
mungkin tidak teratur. Apa yang ingin saya sentuh dalam perbahasan ini marilah kita
berfikir sejenak setelah kita berhadapan dengan krisis ekonomi, kita dapati dunia sudah
tunggang terbalik, turning upside down, dengan izin, maka kita perlu lebih organize lagi
dalam kerja-kerja kita. Matlamat akhir kita mestilah baik agensi kerajaan mahupun
swasta mesti dipertingkatkan ke tahap competitiveness ke peringkat antarabangsa,
baru kita dapat menikmati satu ekonomi yang mempunyai ketahanan dalam
menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dalam hukum alam semula jadi, dengan
izin, law of nature, setiap individu mempunyai had di mana ia boleh menjalankan
kemampuannya. Daripada segi Lembaga Urusan Tabung Haji saya percaya bahawa
individu-individu terlibat baik Ahli Lembaga mahupun pihak pengurusan mempunyai
had berasaskan kepada hukum alam semula jadi. Apabila Lembaga Urusan Tabung
Haji terlibat dalam pelaburan tukaran wang, ini sudah terkeluar daripada had hukum
alam tersebut dan tentunya memerlukan satu analisis yang mendalam untuk kita
mengetahui atas asas apakah Lembaga Urusan Tabung Haji terlibat dalam tukaran
wang, aktiviti pelaburan tukaran wang. Kerana sebelum ini kita tahu bahawa agensi
kerajaan semestinya terlibat dalam bidang pelaburan secara konservatif Lembaga
| Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan jumlah yang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2001 dan 2002 dan bagi memperuntukkan sejumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan masalah bahawa atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahaskan. Beberapa Ahli: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa yang diperuntukkan bagi perbahasan dasar atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, tidak lebih daripada satu hari, dan kemudiannya di peringkat Jawatankuasa tidak lebih daripada dua hari. Maka bagi membolehkan lebih Ahli Yang Berhormat dapat diberi peluang untuk berucap, maka terpaksa saya mengehadkan masa untuk berucap. Jadi, peringkat dasar 20 minit bagi setiap Ahli berucap dan peringkat Jawatankuasa 10 minit. Sekarang saya beri peluang kepada Yang Berhormat bagi Tambun dahulu. Sila. 12.37 tgh. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sedar pembangunan ekonomi merupakan satu agenda penting bagi mana-mana negara untuk memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat, maka saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2002 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan sebentar tadi. Izinkan saya untuk menyentuh beberapa perkara umum dalam perbahasan di peringkat dasar, manakala butiran lebih terperinci lagi di peringkat Jawatankuasa nanti. Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah menikmati pembangunan ekonomi pesat selama 30 tahun. Pada tahun 1985 kita berhadapan dengan krisis ekonomi dan ini dipulihkan dengan begitu mudah. Semenjak tahun 1997 kita berhadapan sekali lagi dengan krisis ekonomi, kali ini lebih teruk lagi. Malah fenomena ini berlaku di semua negara, kecuali negara China yang terlindung daripada krisis ekonomi. Maka apa yang kita lakukan sekarang daripada segi penstrukturan ekonomi kita membantu sektor swasta turut berlaku di semua benua baik Eropah, Amerika Utara, Latin America dan negara-negara Asia lain. Sebelum ini kita sedar bahawa sektor swasta berhadapan dengan krisis yang amat berat, maka kerajaan telah menubuhkan CDRC, Danaharta dan Danamodal bertujuan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh sektor swasta. Sekarang kita dengar agensi kerajaan pula berhadapan dengan masalah. Mengenai dengan KWSP, saya lebih mirip untuk mempercayai bahawa kemerosotan nilai aset adalah akibat daripada kemerosotan ekonomi. Dalam kes Lembaga Urusan Tabung Haji, saya melihat ada dua fenomena di sini. Satu daripada kemelesetan ekonomi dan satu lagi daripada segi pengurusan yang mungkin tidak teratur. Apa yang ingin saya sentuh dalam perbahasan ini marilah kita berfikir sejenak setelah kita berhadapan dengan krisis ekonomi, kita dapati dunia sudah tunggang terbalik, turning upside down, dengan izin, maka kita perlu lebih organize lagi dalam kerja-kerja kita. Matlamat akhir kita mestilah baik agensi kerajaan mahupun swasta mesti dipertingkatkan ke tahap competitiveness ke peringkat antarabangsa, baru kita dapat menikmati satu ekonomi yang mempunyai ketahanan dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dalam hukum alam semula jadi, dengan izin, law of nature, setiap individu mempunyai had di mana ia boleh menjalankan kemampuannya. Daripada segi Lembaga Urusan Tabung Haji saya percaya bahawa individu-individu terlibat baik Ahli Lembaga mahupun pihak pengurusan mempunyai had berasaskan kepada hukum alam semula jadi. Apabila Lembaga Urusan Tabung Haji terlibat dalam pelaburan tukaran wang, ini sudah terkeluar daripada had hukum alam tersebut dan tentunya memerlukan satu analisis yang mendalam untuk kita mengetahui atas asas apakah Lembaga Urusan Tabung Haji terlibat dalam tukaran wang, aktiviti pelaburan tukaran wang. Kerana sebelum ini kita tahu bahawa agensi kerajaan semestinya terlibat dalam bidang pelaburan secara konservatif Lembaga. | 36 | 46 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 37
Urusan Tabung Haji terlibat dalam perumahan, perladangan, perdagangan dan
sebagainya, tetapi ini luar daripada hukum alam semula jadi.
Jadi, di sini saya ingin meminta kepada kementerian agar memberi
penjelasan, bagaimanakah keputusan dibuat untuk terlibat di dalam bidang yang luar
daripada jangkauan individu, baik Ahli Lembaga mahupun pihak pengurusan di
Lembaga Urusan Tabung Haji. Perkara ini penting diketahui untuk kita lihat apakah
sebenarnya permasalahan. Ini merupakan hanya, dengan izin, tip of the iceberg yang
akan menggambarkan keseluruhan ruang rangka pemikiran pihak Tabung Haji. Dan
saya percaya masalah-masalah ini juga wujud dalam badan-badan lain dan juga
badan-badan berkanun yang lain. Saya berharap pihak Kementerian Kewangan akan
mengkaji daripada segi kertas pelaburan atau kertas pelaburan yang dikemukakan
untuk membuat kelulusan. Kepada siapakah kertas tersebut pergi baik di peringkat
pengurusan Tabung Haji mahupun di peringkat kementerian, siapakah yang terlibat
dalam membuat keputusan tersebut dan apakah asas keputusan itu dibuat.
Saya membangkitkan perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, kerana kadang kala
kita lihat kementerian mahupun badan-badan kanun dan agensi kerajaan membuat
keputusan bukan berasaskan satu penyelidikan yang mendalam. Ia perlu satu kertas
kerja, kadang-kadang kertas kerja yang ringkas, kadangkala pelaburan yang begitu
kritikal, kertas kerjanya hanya dua, tiga muka, ini yang kita mahu. Kemudian, bilakah
keputusan ini dibuat, adakah sebelum krisis ekonomi ataupun selepas krisis dan ini
mempunyai implikasi besar. Kalau sebelum krisis kita boleh baca mentaliti mereka yang
membuat keputusan, kalau selepas krisis Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
sendiri begitu frust ke atas mereka yang terlibat dalam spekulasi kewangan. Kalau
selepas krisis institusi Tabung Haji terlibat, kita akan dapat lihat bagaimana prinsip-
prinsip pengurusan ini berlawanan dengan inspirasi negara kita.
Saya juga ingin menyentuh perkara-perkara umum, Tuan Yang di-Pertua.
Setelah saya membincangkan tadi tentang permasalahan yang mula kita lihat dalam
agensi kerajaan, saya percaya Lembaga Urusan Tabung Haji, sekarang ini Bank
Pertanian pun saya lihat daripada sejak tiga tahun lalu dalam perbahasan saya, cukup
terlibat atas masalah Bank Pertanian dan kita tahu masalah yang dihadapi oleh
Perbadanan Kemajuan Negeri. Hampir semua negeri terlibat. Maka saya berpendapat
kerajaan perlu lebih serius lagi dalam soal untuk memastikan agensi-agensinya
termasuk kementerian menjalankan operasi berteraskan kepada prinsip-prinsip yang
dapat memberi pembangunan yang lebih efisien kepada agensi tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya berpendapat penting bagi kerajaan untuk
memperkukuhkan institutional framework kerajaan sendiri. Saya membangkitkan
tentang soal sektor swasta, sektor swasta kalau sektor korporat bagi syarikat yang
disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur ada Securities Commission. Sektor
kewangan ada Bank Negara. Sektor kerajaan tidak ada siapa. Di bawah sistem
sekarang ini bagi anak syarikat atau badan berkanun, apa yang dilakukan oleh badan-
badan ini melapor kepada Kementerian Kewangan. Apa yang Kementerian Kewangan
lakukan adalah dengan meletakkan seorang ahli lembaga pengarah. Ahli lembaga
pengarah tersebut sebenarnya memegang satu jawatan di Kementerian Kewangan.
Pegawai tersebut hanya terlibat dari segi penglibatan semasa Mesyuarat
Lembaga Pengarah, setelah balik tidak ada sebarang tindakan diambil untuk memantau
kemajuan agensi-agensi kerajaan. Saya berpendapat kita perlu ada satu badan khas
baik yang ditubuh oleh kerajaan secara khas ataupun di bawah Kementerian Kewangan
kerana konsep pemantauan agensi kerajaan dan perbadanan ini mempunyai beberapa
struktur yang begitu detail.
Pertama, perlu mengadakan analisis dan study ke atas agensi tersebut dan
membuat comparative study dengan keadaan dalam industri. Bagi badan seperti
Lembaga Urusan Tabung Haji, KWSP, analisisnya tidak boleh dibuat dalam industri
domestik, mesti dilihat pula dengan sektor yang sama di negara luar kerana perubahan
sudah begitu pesat, kita perlu untuk mengikut apakah perkembangan-perkembangan
yang berlaku, yang lebih moden lagi untuk kita aplikasikan dalam agensi tersebut.
Kemudian untuk mengenal pasti jika ada kelemahan-kelemahan dari segi
operational, dari segi kewangan, dari segi pengurusan dan ketiga, untuk membuat
recommendation kepada badan tersebut, kepada ahli lembaga dan juga kepada pihak
pengurusan agar daripada masa ke semasa pembetulan dibuat. Jangan sehingga kita
berhadapan dengan krisis kemudian baru kita tukar ahli lembaga dan kita tukar pihak
| Urusan Tabung Haji terlibat dalam perumahan, perladangan, perdagangan dan sebagainya, tetapi ini luar daripada hukum alam semula jadi. Jadi, di sini saya ingin meminta kepada kementerian agar memberi penjelasan, bagaimanakah keputusan dibuat untuk terlibat di dalam bidang yang luar daripada jangkauan individu, baik Ahli Lembaga mahupun pihak pengurusan di Lembaga Urusan Tabung Haji. Perkara ini penting diketahui untuk kita lihat apakah sebenarnya permasalahan. Ini merupakan hanya, dengan izin, tip of the iceberg yang akan menggambarkan keseluruhan ruang rangka pemikiran pihak Tabung Haji. Dan saya percaya masalah-masalah ini juga wujud dalam badan-badan lain dan juga badan-badan berkanun yang lain. Saya berharap pihak Kementerian Kewangan akan mengkaji daripada segi kertas pelaburan atau kertas pelaburan yang dikemukakan untuk membuat kelulusan. Kepada siapakah kertas tersebut pergi baik di peringkat pengurusan Tabung Haji mahupun di peringkat kementerian, siapakah yang terlibat dalam membuat keputusan tersebut dan apakah asas keputusan itu dibuat. Saya membangkitkan perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, kerana kadang kala kita lihat kementerian mahupun badan-badan kanun dan agensi kerajaan membuat keputusan bukan berasaskan satu penyelidikan yang mendalam. Ia perlu satu kertas kerja, kadang-kadang kertas kerja yang ringkas, kadangkala pelaburan yang begitu kritikal, kertas kerjanya hanya dua, tiga muka, ini yang kita mahu. Kemudian, bilakah keputusan ini dibuat, adakah sebelum krisis ekonomi ataupun selepas krisis dan ini mempunyai implikasi besar. Kalau sebelum krisis kita boleh baca mentaliti mereka yang membuat keputusan, kalau selepas krisis Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri begitu frust ke atas mereka yang terlibat dalam spekulasi kewangan. Kalau selepas krisis institusi Tabung Haji terlibat, kita akan dapat lihat bagaimana prinsip- prinsip pengurusan ini berlawanan dengan inspirasi negara kita. Saya juga ingin menyentuh perkara-perkara umum, Tuan Yang di-Pertua. Setelah saya membincangkan tadi tentang permasalahan yang mula kita lihat dalam agensi kerajaan, saya percaya Lembaga Urusan Tabung Haji, sekarang ini Bank Pertanian pun saya lihat daripada sejak tiga tahun lalu dalam perbahasan saya, cukup terlibat atas masalah Bank Pertanian dan kita tahu masalah yang dihadapi oleh Perbadanan Kemajuan Negeri. Hampir semua negeri terlibat. Maka saya berpendapat kerajaan perlu lebih serius lagi dalam soal untuk memastikan agensi-agensinya termasuk kementerian menjalankan operasi berteraskan kepada prinsip-prinsip yang dapat memberi pembangunan yang lebih efisien kepada agensi tersebut. Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya berpendapat penting bagi kerajaan untuk memperkukuhkan institutional framework kerajaan sendiri. Saya membangkitkan tentang soal sektor swasta, sektor swasta kalau sektor korporat bagi syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur ada Securities Commission. Sektor kewangan ada Bank Negara. Sektor kerajaan tidak ada siapa. Di bawah sistem sekarang ini bagi anak syarikat atau badan berkanun, apa yang dilakukan oleh badan- badan ini melapor kepada Kementerian Kewangan. Apa yang Kementerian Kewangan lakukan adalah dengan meletakkan seorang ahli lembaga pengarah. Ahli lembaga pengarah tersebut sebenarnya memegang satu jawatan di Kementerian Kewangan. Pegawai tersebut hanya terlibat dari segi penglibatan semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah, setelah balik tidak ada sebarang tindakan diambil untuk memantau kemajuan agensi-agensi kerajaan. Saya berpendapat kita perlu ada satu badan khas baik yang ditubuh oleh kerajaan secara khas ataupun di bawah Kementerian Kewangan kerana konsep pemantauan agensi kerajaan dan perbadanan ini mempunyai beberapa struktur yang begitu detail. Pertama, perlu mengadakan analisis dan study ke atas agensi tersebut dan membuat comparative study dengan keadaan dalam industri. Bagi badan seperti Lembaga Urusan Tabung Haji, KWSP, analisisnya tidak boleh dibuat dalam industri domestik, mesti dilihat pula dengan sektor yang sama di negara luar kerana perubahan sudah begitu pesat, kita perlu untuk mengikut apakah perkembangan-perkembangan yang berlaku, yang lebih moden lagi untuk kita aplikasikan dalam agensi tersebut. Kemudian untuk mengenal pasti jika ada kelemahan-kelemahan dari segi operational, dari segi kewangan, dari segi pengurusan dan ketiga, untuk membuat recommendation kepada badan tersebut, kepada ahli lembaga dan juga kepada pihak pengurusan agar daripada masa ke semasa pembetulan dibuat. Jangan sehingga kita berhadapan dengan krisis kemudian baru kita tukar ahli lembaga dan kita tukar pihak. | 37 | 47 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
38 DR.1.4.2002
pengurusan dan masalah ini sudah wujud, dan untuk menyelesaikan masalah bukan
merupakan satu perkara yang mudah.
Kemudian kita ada Ketua Audit Negara yang menyediakan Laporan Audit.
Siapakah yang akan mengkaji Laporan Audit ini dan memastikan agensi terlibat
memenuhi kehendak daripada recommendation yang dibuat oleh Ketua Audit Negara?
Saya tidak percaya badan-badan terlibat akan melaksanakannya. Perlu ada satu
badan lain dan saya percaya badan khas ini dapat menjalankan tugas-tugas tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kedua, mengenai dengan struktur organisasi, saya amat
kurang jelas di dalam agensi kerajaan ada tiga badan yang berkuasa, satu, ketua
eksekutif dan pihak pengurusan. Kedua, lembaga pengarah dan ketiga, kementerian,
siapakah sebenarnya yang berkuasa.
Saya pernah membangkitkan secara peribadi pada masa lalu, saya dapati
lembaga pengarah agensi kerajaan ini adalah lembaga pengarah yang bukan full time.
Katalah mesyuarat setahun empat kali, dia datang pada masa mesyuarat dan kertas
dibentang oleh pihak pengurusan. Dia tidak akan tahu apa yang sebenarnya berlaku
kerana untuk kita mengetahui satu yang berlaku secara jelas dan detail perlukan
kepada individu secara continuity mengikuti perkembangan. Lembaga pengarah
datang sekali, kita akan lihat secara snapshot sahaja.
Di sini pihak pengurusan sekiranya ada masalah dia boleh letak bawah carpet,
pembentangan kertas akan dibuat begitu elok. Ketua eksekutif dan pihak pengurusan
akan menentukan agenda serta kertas-kertas yang hendak dibentangkan dan banyak
masalah yang tentunya tidak akan dikemukakan kerana pihak pengurusan khuatir,
sekiranya dibawa kepada lembaga pengarah maka lembaga pengarah akan melihat
pihak pengurusan ini sebagai tidak berwibawa.
Kemudian kita akan ada kementerian, kadangkala pihak ketua eksekutif dan
pihak pengurusan pergi kepada kementerian, tidak di atas pengetahuan lembaga
pengarah, tetapi kuasa kelulusan diberi kepada ahli lembaga pengarah dan kemudian
kementerian buat keputusan dan keputusan inilah dipakai, kadang-kadang tidak dirujuk
kepada ahli lembaga pengarah sehingga akhirnya jadi masalah besar.
Jadi, saya berharap pihak kerajaan jelas dari soal-soal workflow ini,
responsiblity dan juga authority ini siapa, saya berharap dapat diadakan garis panduan
yang jelas, supaya semua pihak tahu, pihak kementerian tahu, pihak lembaga
pengarah tahu, pihak pengurusan tahu. Kadang-kadang pihak pengurusan membuat
beberapa masalah, katalah dia dapat secondment daripada sesuatu kementerian,
hubungannya dengan pihak kementerian sudah begitu rapat, pihak kementerian akan
melindungi pihak ini dan ini yang terjadi dalam agensi kerajaan.
Saya berharap perkara ini dikaji dan diberi secara detail, terms of reference,
pihak pengurusan, pihak ahli lembaga pengarah dan juga pihak kementerian kerana
kita tida mahu pihak pengurusan menggunakan statusnya, hubungannya yang erat
dengan pihak kementerian membuat keputusan-keputusan yang boleh menggagalkan
sesuatu agensi.
Tuan Yang di-Pertua, ketiga, soal sistem, kita tahu bahawa, dengan izin,
economic expansion, iaitu berlaku melalui proses inovasi ke atas sistem. Saya lihat di
dalam sistem kita, apabila kita memperkenalkan satu sistem dan satu agensi, kita
menganggap bahawa sistem ini sudah final, sudah terbaik, setelah agensi
melaksanakan tanggungjawab beberapa tahun, tiba-tiba kita dapati sistem itu tidak
baik, bila sudah tidak baik baru hendak buat improvement kepada system.
Saya ingin menyatakan Tuan Yang di-Pertua, kebetulan saya berpeluang
untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi di United Kingdom, saya
ingin menyatakan kita ambillah contoh London Stock Exchange. London Stock
Exchange adalah badan yang terulung di dunia dari segi stock exchange yang paling
tua dari segi sejarah, yang paling besar di dunia, yang paling efisien di dunia, tetapi
badan ini sentiasa melakukan improvement dari segi sistemnya. Mereka menganggap
bahawa satu sistem itu berada pada peringkat transit, ia berterusan, continuous
improvement, manakala dalam sistem kita di mana saya nyatakan tadi, kita tidak begitu,
kita anggap satu sistem sudah baik, kemudian kerajaan kata kita akan
memperkenalkan IT, letak IT, letak komputer tidak ada orang untuk menggunakan.
| pengurusan dan masalah ini sudah wujud, dan untuk menyelesaikan masalah bukan merupakan satu perkara yang mudah. Kemudian kita ada Ketua Audit Negara yang menyediakan Laporan Audit. Siapakah yang akan mengkaji Laporan Audit ini dan memastikan agensi terlibat memenuhi kehendak daripada recommendation yang dibuat oleh Ketua Audit Negara? Saya tidak percaya badan-badan terlibat akan melaksanakannya. Perlu ada satu badan lain dan saya percaya badan khas ini dapat menjalankan tugas-tugas tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kedua, mengenai dengan struktur organisasi, saya amat kurang jelas di dalam agensi kerajaan ada tiga badan yang berkuasa, satu, ketua eksekutif dan pihak pengurusan. Kedua, lembaga pengarah dan ketiga, kementerian, siapakah sebenarnya yang berkuasa. Saya pernah membangkitkan secara peribadi pada masa lalu, saya dapati lembaga pengarah agensi kerajaan ini adalah lembaga pengarah yang bukan full time. Katalah mesyuarat setahun empat kali, dia datang pada masa mesyuarat dan kertas dibentang oleh pihak pengurusan. Dia tidak akan tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana untuk kita mengetahui satu yang berlaku secara jelas dan detail perlukan kepada individu secara continuity mengikuti perkembangan. Lembaga pengarah datang sekali, kita akan lihat secara snapshot sahaja. Di sini pihak pengurusan sekiranya ada masalah dia boleh letak bawah carpet, pembentangan kertas akan dibuat begitu elok. Ketua eksekutif dan pihak pengurusan akan menentukan agenda serta kertas-kertas yang hendak dibentangkan dan banyak masalah yang tentunya tidak akan dikemukakan kerana pihak pengurusan khuatir, sekiranya dibawa kepada lembaga pengarah maka lembaga pengarah akan melihat pihak pengurusan ini sebagai tidak berwibawa. Kemudian kita akan ada kementerian, kadangkala pihak ketua eksekutif dan pihak pengurusan pergi kepada kementerian, tidak di atas pengetahuan lembaga pengarah, tetapi kuasa kelulusan diberi kepada ahli lembaga pengarah dan kemudian kementerian buat keputusan dan keputusan inilah dipakai, kadang-kadang tidak dirujuk kepada ahli lembaga pengarah sehingga akhirnya jadi masalah besar. Jadi, saya berharap pihak kerajaan jelas dari soal-soal workflow ini, responsiblity dan juga authority ini siapa, saya berharap dapat diadakan garis panduan yang jelas, supaya semua pihak tahu, pihak kementerian tahu, pihak lembaga pengarah tahu, pihak pengurusan tahu. Kadang-kadang pihak pengurusan membuat beberapa masalah, katalah dia dapat secondment daripada sesuatu kementerian, hubungannya dengan pihak kementerian sudah begitu rapat, pihak kementerian akan melindungi pihak ini dan ini yang terjadi dalam agensi kerajaan. Saya berharap perkara ini dikaji dan diberi secara detail, terms of reference, pihak pengurusan, pihak ahli lembaga pengarah dan juga pihak kementerian kerana kita tida mahu pihak pengurusan menggunakan statusnya, hubungannya yang erat dengan pihak kementerian membuat keputusan-keputusan yang boleh menggagalkan sesuatu agensi. Tuan Yang di-Pertua, ketiga, soal sistem, kita tahu bahawa, dengan izin, economic expansion, iaitu berlaku melalui proses inovasi ke atas sistem. Saya lihat di dalam sistem kita, apabila kita memperkenalkan satu sistem dan satu agensi, kita menganggap bahawa sistem ini sudah final, sudah terbaik, setelah agensi melaksanakan tanggungjawab beberapa tahun, tiba-tiba kita dapati sistem itu tidak baik, bila sudah tidak baik baru hendak buat improvement kepada system. Saya ingin menyatakan Tuan Yang di-Pertua, kebetulan saya berpeluang untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi di United Kingdom, saya ingin menyatakan kita ambillah contoh London Stock Exchange. London Stock Exchange adalah badan yang terulung di dunia dari segi stock exchange yang paling tua dari segi sejarah, yang paling besar di dunia, yang paling efisien di dunia, tetapi badan ini sentiasa melakukan improvement dari segi sistemnya. Mereka menganggap bahawa satu sistem itu berada pada peringkat transit, ia berterusan, continuous improvement, manakala dalam sistem kita di mana saya nyatakan tadi, kita tidak begitu, kita anggap satu sistem sudah baik, kemudian kerajaan kata kita akan memperkenalkan IT, letak IT, letak komputer tidak ada orang untuk menggunakan. | 38 | 48 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 39
Jadi, saya berharap kerajaan harus menjalankan satu tanggungjawab supaya
sistem-sistem ini sentiasa ada improvement, agensi kerajaan mesti ada satu unit untuk
mengkaji, kerjanya mengkaji sahaja sistem ini, tahun ini kaji, setiap kali mengkaji
sistem, supaya ia sentiasa ke hadapan berbanding dengan keperluan yang dikehendaki
oleh pasaran. Saya berharap perkara ini akan diberi perhatian, saya sekarang melihat
tidak ada, dalam yang saya terlibat sendiri, tidak ada perkara ini, tidak dititikberatkan
oleh sesiapa pun, pada hal negara yang lebih maju, lebih jauh daripada kita
menitikberatkan perkara ini. Ini akan membuatkan gap antara kita dengan negara yang
maju ini akan lebih jauh lagi tertinggal kerana yang ini negara maju, dengan izin,
continuous improvement sistemnya, manakala kita sudah berpuas hati dengan sistem
yang kita ada.
Kemudian staff quality kita, saya berharap kerajaan mengambil sikap serius.
Saya ingin menyatakan kepada Tuan Yang di-Pertua, dari segi kerosakan fizikal,
katalah kita hilang RM18 juta daripada pelaburan tukaran asing oleh Lembaga Urusan
Tabung Haji, ini boleh kita cari balik, Tuan Yang di-Pertua, tetapi kalau staff quality kita
tidak baik, damage yang akan dilakukan tidak boleh dibaiki.
Saya ambil contoh balik, selama ini kita merasakan bahawa BBMB
mempunyai staf yang cukup excellent, berapa kali masalah berlaku, tahun 80-an
berbilion kemudian berbilion-bilion hilang, kita masih lagi mempunyai tanggapan
bahawa oleh kerana ia dalam sektor perbankan, tentulah stafnya sudah berkualiti baik
setara dengan agensi lain. Apabila Bank of Commerce dengan BBMB ini bergabung,
Bank of Commerce telah melantik sebuah agensi antarabangsa untuk membuat satu
kajian ke atas staff quality kedua-dua bank, akhirnya kita dapati hanya seorang sahaja
kakitangan pengurusan BBMB yang qualify untuk masuk ke kategori kakitangan yang
baik, ketua eksekutif, timbalan ketua eksekutif tidak tiba kepada standard yang
dikehendaki.
Adakah agensi kita semuanya standard itu? Lembaga Urusan Tabung Haji,
Bank Pembangunan, Bank Pertanian dan sebagainya, termasuklah kementerian
adakah kita telah mempunyai standard yang tinggi? Adakah kita telah membuat
analisis. BBMB telah membuat analisis tetapi in-house analisis, yang begitu biased,
ketua eksekutifnya akan sentiasa melihat kakitangannya sebagai baik. Sekiranya ketua
eksekutif mengutarakan satu laporan evaluation of staff yang tidak baik kepada
kerajaan, kerajaan akan menyalahkan dia, dia akan sentiasa mempamerkan yang baik,
tetapi apabila kita ambil agensi kerajaan untuk membuat analisis kita dapati stafnya
tidak ada standard.
Dan kalaulah agensi-agensi kita tidak mempunyai orang yang standard untuk
menjalankan tugas, bukankah kita berhadapan dengan kerugian, peruntukan yang tidak
dibelanjakan, saya tidak percaya kerana ada birokrasi yang begitu semacam teruk
untuk dilaksanakan, kecuali kerana staf. LUTH staff, sistem training kita adakah sudah
sampai kepada tahap yang baik, kemudian JPA. JPA semacam bila hendak
meluluskan sesuatu jawatan secara general sahaja membuat analisis, semua kategori
kementerian, semua kategori perbadanan, semua kategori agensi disamaratakan,
cukup sukar untuk mengaudit. JPA membawa kepada prinsip down-sizing.
Down-sizing ini mempunyai beberapa mekanisme, jika satu agensi
memerlukan 1,000 staff dan berasaskan kepada analisis menggunakan mechanization,
oleh 500 orang yang menjalankan tugas, down-sizing daripada 1,000 kepada 500, itu
maksud down-sizing. Tetapi kalau agensi memerlukan 1,000, dia beri 500, ini akan
merosakkan usaha-usaha untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab oleh
kementerian mahupun perbadanan agensi-agensi kerajaan.
Saya harap soal ini diberi perhatian jelas kerana seperti mana saya nyatakan
tadi, jikalau dari segi physical berlaku kerosakan boleh diperbaiki, tetapi sekiranya dari
segi staf, tidak boleh. Kita tidak boleh lagi menerima hakikat kita mempunyai staf yang
standardnya begitu rendah, terutama dari segi agensi-agensi terlibat dengan kewangan
dan ekonomi. Kakitangannya mengurus aset berisiko (risk management), tentunya
perlukan kepada competency yang tinggi untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, panjang
lagikah?
| Jadi, saya berharap kerajaan harus menjalankan satu tanggungjawab supaya sistem-sistem ini sentiasa ada improvement, agensi kerajaan mesti ada satu unit untuk mengkaji, kerjanya mengkaji sahaja sistem ini, tahun ini kaji, setiap kali mengkaji sistem, supaya ia sentiasa ke hadapan berbanding dengan keperluan yang dikehendaki oleh pasaran. Saya berharap perkara ini akan diberi perhatian, saya sekarang melihat tidak ada, dalam yang saya terlibat sendiri, tidak ada perkara ini, tidak dititikberatkan oleh sesiapa pun, pada hal negara yang lebih maju, lebih jauh daripada kita menitikberatkan perkara ini. Ini akan membuatkan gap antara kita dengan negara yang maju ini akan lebih jauh lagi tertinggal kerana yang ini negara maju, dengan izin, continuous improvement sistemnya, manakala kita sudah berpuas hati dengan sistem yang kita ada. Kemudian staff quality kita, saya berharap kerajaan mengambil sikap serius. Saya ingin menyatakan kepada Tuan Yang di-Pertua, dari segi kerosakan fizikal, katalah kita hilang RM18 juta daripada pelaburan tukaran asing oleh Lembaga Urusan Tabung Haji, ini boleh kita cari balik, Tuan Yang di-Pertua, tetapi kalau staff quality kita tidak baik, damage yang akan dilakukan tidak boleh dibaiki. Saya ambil contoh balik, selama ini kita merasakan bahawa BBMB mempunyai staf yang cukup excellent, berapa kali masalah berlaku, tahun 80-an berbilion kemudian berbilion-bilion hilang, kita masih lagi mempunyai tanggapan bahawa oleh kerana ia dalam sektor perbankan, tentulah stafnya sudah berkualiti baik setara dengan agensi lain. Apabila Bank of Commerce dengan BBMB ini bergabung, Bank of Commerce telah melantik sebuah agensi antarabangsa untuk membuat satu kajian ke atas staff quality kedua-dua bank, akhirnya kita dapati hanya seorang sahaja kakitangan pengurusan BBMB yang qualify untuk masuk ke kategori kakitangan yang baik, ketua eksekutif, timbalan ketua eksekutif tidak tiba kepada standard yang dikehendaki. Adakah agensi kita semuanya standard itu? Lembaga Urusan Tabung Haji, Bank Pembangunan, Bank Pertanian dan sebagainya, termasuklah kementerian adakah kita telah mempunyai standard yang tinggi? Adakah kita telah membuat analisis. BBMB telah membuat analisis tetapi in-house analisis, yang begitu biased, ketua eksekutifnya akan sentiasa melihat kakitangannya sebagai baik. Sekiranya ketua eksekutif mengutarakan satu laporan evaluation of staff yang tidak baik kepada kerajaan, kerajaan akan menyalahkan dia, dia akan sentiasa mempamerkan yang baik, tetapi apabila kita ambil agensi kerajaan untuk membuat analisis kita dapati stafnya tidak ada standard. Dan kalaulah agensi-agensi kita tidak mempunyai orang yang standard untuk menjalankan tugas, bukankah kita berhadapan dengan kerugian, peruntukan yang tidak dibelanjakan, saya tidak percaya kerana ada birokrasi yang begitu semacam teruk untuk dilaksanakan, kecuali kerana staf. LUTH staff, sistem training kita adakah sudah sampai kepada tahap yang baik, kemudian JPA. JPA semacam bila hendak meluluskan sesuatu jawatan secara general sahaja membuat analisis, semua kategori kementerian, semua kategori perbadanan, semua kategori agensi disamaratakan, cukup sukar untuk mengaudit. JPA membawa kepada prinsip down-sizing. Down-sizing ini mempunyai beberapa mekanisme, jika satu agensi memerlukan 1,000 staff dan berasaskan kepada analisis menggunakan mechanization, oleh 500 orang yang menjalankan tugas, down-sizing daripada 1,000 kepada 500, itu maksud down-sizing. Tetapi kalau agensi memerlukan 1,000, dia beri 500, ini akan merosakkan usaha-usaha untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab oleh kementerian mahupun perbadanan agensi-agensi kerajaan. Saya harap soal ini diberi perhatian jelas kerana seperti mana saya nyatakan tadi, jikalau dari segi physical berlaku kerosakan boleh diperbaiki, tetapi sekiranya dari segi staf, tidak boleh. Kita tidak boleh lagi menerima hakikat kita mempunyai staf yang standardnya begitu rendah, terutama dari segi agensi-agensi terlibat dengan kewangan dan ekonomi. Kakitangannya mengurus aset berisiko (risk management), tentunya perlukan kepada competency yang tinggi untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, panjang lagikah?. | 39 | 49 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
40 DR.1.4.2002
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Sedikit lagi, sedikit lagi,
okehlah, saya akan pendekkan Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang akhir sekali, sektor
swasta ini, saya…
Seorang Ahli: Dua minit.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Ya, ada dua minit. Saya
bimbang melihat sistem kita, dengan izin, over-dependence on the government, bila
swasta gagal kerajaan ambil alih. Ya, ini berlaku di London baru-baru ini, Kerajaan UK
mengambil alih sistem kereta api melibatkan 8 bilion pound lebih kurang, lapan kali
lima, RM40 bilion, memang ini berlaku, tetapi fenomena ini amat membimbangkan
saya. Kerajaan mengambil alih sektor swasta yang gagal, manakala kapten industrinya
mengejar status, enjoy di sana, sini, jadi, suasana ini tidak betul.
Saya sendiri melihat berapa ramai kapten industri ini yang sibuk hendak main
golf, dalam keadaan ekonomi yang begitu runcing, kita semua begitu susah, mereka
dapat pergi makan di tempat-tempat yang besar, pergi ke luar negara setiap tahun, kita
Ahli Parlimen hendak pergi ke mana? Kita kerja kuat, pegawai kerajaan kerja kuat,
orang di sektor swasta yang gagal mereka ada kereta lebih besar, rumah lebih besar,
pergi ke luar negara, jadi di manakah perimbangan, di antara rakyat.
Saya percaya bila negara kita berhadapan dengan krisis ekonomi, semua
orang termasuk kapten industri kita, mereka juga kalau pejabatnya mesti kecil. Saya
pergi ke salah sebuah syarikat, kapten industrinya, pejabatnya sebesar bangunan itu,
lebih hebat daripada seven star hotel. Jadi, apakah maknanya pada hal syarikatnya di
bawah SDRC. Jadi, tidak ada langsung tanggungjawab kepada negara dan kita masih
lagi mengambil sikap mesti tolong pihak ini.
Saya rasa bimbang atas fenomena ini, saya berpendapat sekiranya kerajaan
hendak menolong mereka mesti tolong diri mereka sendiri, potong main golf, potong
pergi ke luar negara, pejabat dikecilkan, mesti menggambarkan keazaman rakyat kita,
baik Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan sebagainya. Ini semua mesti
menggambarkan untuk mengatasi masalah ekonomi, jangan kita mengatasi masalah
ekonomi, kita potong macam-macam, dia masih lagi enjoy. [Tepuk] Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa sudah pukul 1.00
tengah hari, kita sambung pada petang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang
mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga pukul 2.30 petang.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat disambung
semula. Yang Berhormat Marang.
2.31 ptg.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang [Marang]: Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-
pegawai kerajaan, para pemerhati, terlebih dahulu saya ingin menarik perhatian
sebagai pendahuluan saya dalam perbincangan tentang Perbekalan Tambahan yang
dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dengan cara yang
begitu detail dan dihuraikan dengan panjang secara sejelas-jelasnya.
Kita perlu menyedari bahawa di sana terdapat perkara-perkara yang perlu
diberi perhatian dan dikaji secara mendalam, mengapa perlunya peruntukan tambahan
ini kerana di sana terdapat projek-projek, perancangan-perancangan yang telah
dicukupi oleh belanjawan yang dikemukakan. Mungkin kerana hal-hal yang tertentu,
maka berlakunya tambahan-tambahan yang tidak sepatutnya, yang merugikan negara,
yang merugikan kerajaan dan merugikan rakyat. Oleh kerana itu maka perlu dikaji
secara jujur tentang pelaksanaan sehingga ke akar umbi, mekanisme dan approach.
Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]
| Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Sedikit lagi, sedikit lagi, okehlah, saya akan pendekkan Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang akhir sekali, sektor swasta ini, saya... Seorang Ahli: Dua minit. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Ya, ada dua minit. Saya bimbang melihat sistem kita, dengan izin, over-dependence on the government, bila swasta gagal kerajaan ambil alih. Ya, ini berlaku di London baru-baru ini, Kerajaan UK mengambil alih sistem kereta api melibatkan 8 bilion pound lebih kurang, lapan kali lima, RM40 bilion, memang ini berlaku, tetapi fenomena ini amat membimbangkan saya. Kerajaan mengambil alih sektor swasta yang gagal, manakala kapten industrinya mengejar status, enjoy di sana, sini, jadi, suasana ini tidak betul. Saya sendiri melihat berapa ramai kapten industri ini yang sibuk hendak main golf, dalam keadaan ekonomi yang begitu runcing, kita semua begitu susah, mereka dapat pergi makan di tempat-tempat yang besar, pergi ke luar negara setiap tahun, kita Ahli Parlimen hendak pergi ke mana? Kita kerja kuat, pegawai kerajaan kerja kuat, orang di sektor swasta yang gagal mereka ada kereta lebih besar, rumah lebih besar, pergi ke luar negara, jadi di manakah perimbangan, di antara rakyat. Saya percaya bila negara kita berhadapan dengan krisis ekonomi, semua orang termasuk kapten industri kita, mereka juga kalau pejabatnya mesti kecil. Saya pergi ke salah sebuah syarikat, kapten industrinya, pejabatnya sebesar bangunan itu, lebih hebat daripada seven star hotel. Jadi, apakah maknanya pada hal syarikatnya di bawah SDRC. Jadi, tidak ada langsung tanggungjawab kepada negara dan kita masih lagi mengambil sikap mesti tolong pihak ini. Saya rasa bimbang atas fenomena ini, saya berpendapat sekiranya kerajaan hendak menolong mereka mesti tolong diri mereka sendiri, potong main golf, potong pergi ke luar negara, pejabat dikecilkan, mesti menggambarkan keazaman rakyat kita, baik Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan sebagainya. Ini semua mesti menggambarkan untuk mengatasi masalah ekonomi, jangan kita mengatasi masalah ekonomi, kita potong macam-macam, dia masih lagi enjoy. [Tepuk] Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa sudah pukul 1.00 tengah hari, kita sambung pada petang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga pukul 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat disambung semula. Yang Berhormat Marang. 2.31 ptg. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang [Marang]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai- pegawai kerajaan, para pemerhati, terlebih dahulu saya ingin menarik perhatian sebagai pendahuluan saya dalam perbincangan tentang Perbekalan Tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dengan cara yang begitu detail dan dihuraikan dengan panjang secara sejelas-jelasnya. Kita perlu menyedari bahawa di sana terdapat perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan dikaji secara mendalam, mengapa perlunya peruntukan tambahan ini kerana di sana terdapat projek-projek, perancangan-perancangan yang telah dicukupi oleh belanjawan yang dikemukakan. Mungkin kerana hal-hal yang tertentu, maka berlakunya tambahan-tambahan yang tidak sepatutnya, yang merugikan negara, yang merugikan kerajaan dan merugikan rakyat. Oleh kerana itu maka perlu dikaji secara jujur tentang pelaksanaan sehingga ke akar umbi, mekanisme dan approach. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]. | 40 | 50 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 41
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Sebagai contoh kadang-kadang
berlaku pemilihan kontraktor jadian.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Kinabatangan bangun.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Belum habis lagi, baru
pendahuluan. Ayat tidak habis lagi, bagaimana hendak minta penjelasan. Kontraktor
jadian yang diberikan projek-projek oleh kerajaan, yang tidak berpengalaman, hanya
jadi-jadian sahaja. Bila dapat projek berjuta-juta ringgit, dijual kepada yang pertama,
kedua, ketiga dan keempat. Maka berlakulah peningkatan kos yang tidak sepatutnya,
yang sepuluh juta jadi lima puluh juta. Saya mendapat bukti-bukti yang terang dan
nyata sebagai contoh.
Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, dia bangun pula, Yang Berhormat. Hendak beri
jalan atau tidak?
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tidak habis lagi.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, hendak beri jalan atau tidak?
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tidak beri jalan lagi!
Tuan Yang di-Pertua: Tidak beri jalan?
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Ya! Contoh yang nyata, projek
mendirikan sekolah-sekolah di Terengganu oleh Kementerian Pendidikan - yang
diluluskan 99% oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan yang baki, yang tidak lulus itu
pun akan diberi kerjasama yang sepenuhnya. Kita mendapat maklumat yang terang-
terangan, terdapat dua kumpulan kontraktor di Terengganu dan yang ada hubungan
dengan Kuala Lumpur berlawan, berebut projek ini. Maka dapatlah kepada orang-
orang yang tertentu, yang boleh mengampu sana dan mengampu sini. Sering kali
projek ini dijual kepada orang yang kedua, ketiga, dengan beberapa juta. Diberi
kepada orang yang tidak sepatutnya kerana sebab-sebab politik, sebab-sebab kroni
dan seumpamanya. Dan kadang-kadang apabila berlakunya penyelewengan, yang
menjadi mangsa ialah pegawai-pegawai.
Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, hendak beri jalan, dua orang bangun.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tidak boleh, tidak boleh lagi!
Pegawai-pegawai ini terlibat…
Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: ....dengan kerja-kerja yang
bersurat. [Disampuk] Oleh kerana kerja yang bersurat, orang-orang yang mengarah,
yang tersirat di belakang, terlepas daripada tindakan-tindakan yang diambil.
Pegawailah yang menjadi mangsa. Inilah yang sering kali berlaku. Orang yang duduk
di belakang, yang tersirat, terlepas daripada tindakan-tindakan kerana mendapat
perlindungan-perlindungan politik ataupun suaka politik dalam negeri.
Saya difahamkan bahawa BPR sebelum membuat penyiasatan kepada
Menteri Kabinet, kepada Exco terlebih dahulu meminta izin atau meminta jalan
daripada Perdana Menteri ataupun Menteri Besar masing-masing. Saya suka
menegaskan bahawa bagi negeri Kelantan dan Terengganu kita memberi izin yang
terbuka untuk menyiasat Exco-exco [Tepuk], yang tidak perlu meminta kebenaran
daripada Menteri-menteri Besar Kelantan dan Terengganu kerana kita mahu suatu
ketelusan.
Kita perlu menyedari bahawa pegawai-pegawai ini adalah kalangan
profesional. Mereka sepatutnya tidak dilibatkan dengan pengaruh politik yang
memerintah. Siapa sahaja yang memerintah, pegawai hendaklah mengikut arahan
yang tepat, yang betul mengikut prosedur pentadbiran, bukan mengikut kemahuan-
kemahuan politik macam pemain bola sepak profesional. Bila seorang pemain bola
sepak profesional dari negeri Selangor, dia bermain dengan pasukan Terengganu.
| Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Sebagai contoh kadang-kadang berlaku pemilihan kontraktor jadian. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Kinabatangan bangun. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Belum habis lagi, baru pendahuluan. Ayat tidak habis lagi, bagaimana hendak minta penjelasan. Kontraktor jadian yang diberikan projek-projek oleh kerajaan, yang tidak berpengalaman, hanya jadi-jadian sahaja. Bila dapat projek berjuta-juta ringgit, dijual kepada yang pertama, kedua, ketiga dan keempat. Maka berlakulah peningkatan kos yang tidak sepatutnya, yang sepuluh juta jadi lima puluh juta. Saya mendapat bukti-bukti yang terang dan nyata sebagai contoh. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Ya, dia bangun pula, Yang Berhormat. Hendak beri jalan atau tidak?. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tidak habis lagi. Tuan Yang di-Pertua: Ya, hendak beri jalan atau tidak?. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tidak beri jalan lagi!. Tuan Yang di-Pertua: Tidak beri jalan?. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Ya! Contoh yang nyata, projek mendirikan sekolah-sekolah di Terengganu oleh Kementerian Pendidikan- yang diluluskan 99% oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan yang baki, yang tidak lulus itu pun akan diberi kerjasama yang sepenuhnya. Kita mendapat maklumat yang terang- terangan, terdapat dua kumpulan kontraktor di Terengganu dan yang ada hubungan dengan Kuala Lumpur berlawan, berebut projek ini. Maka dapatlah kepada orang- orang yang tertentu, yang boleh mengampu sana dan mengampu sini. Sering kali projek ini dijual kepada orang yang kedua, ketiga, dengan beberapa juta. Diberi kepada orang yang tidak sepatutnya kerana sebab-sebab politik, sebab-sebab kroni dan seumpamanya. Dan kadang-kadang apabila berlakunya penyelewengan, yang menjadi mangsa ialah pegawai-pegawai. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Ya, hendak beri jalan, dua orang bangun. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tidak boleh, tidak boleh lagi! Pegawai-pegawai ini terlibat... Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri jalan Yang Berhormat?. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: ....dengan kerja-kerja yang bersurat. [Disampuk] Oleh kerana kerja yang bersurat, orang-orang yang mengarah, yang tersirat di belakang, terlepas daripada tindakan-tindakan yang diambil. Pegawailah yang menjadi mangsa. Inilah yang sering kali berlaku. Orang yang duduk di belakang, yang tersirat, terlepas daripada tindakan-tindakan kerana mendapat perlindungan-perlindungan politik ataupun suaka politik dalam negeri. Saya difahamkan bahawa BPR sebelum membuat penyiasatan kepada Menteri Kabinet, kepada Exco terlebih dahulu meminta izin atau meminta jalan daripada Perdana Menteri ataupun Menteri Besar masing-masing. Saya suka menegaskan bahawa bagi negeri Kelantan dan Terengganu kita memberi izin yang terbuka untuk menyiasat Exco-exco [Tepuk], yang tidak perlu meminta kebenaran daripada Menteri-menteri Besar Kelantan dan Terengganu kerana kita mahu suatu ketelusan. Kita perlu menyedari bahawa pegawai-pegawai ini adalah kalangan profesional. Mereka sepatutnya tidak dilibatkan dengan pengaruh politik yang memerintah. Siapa sahaja yang memerintah, pegawai hendaklah mengikut arahan yang tepat, yang betul mengikut prosedur pentadbiran, bukan mengikut kemahuan- kemahuan politik macam pemain bola sepak profesional. Bila seorang pemain bola sepak profesional dari negeri Selangor, dia bermain dengan pasukan Terengganu. | 41 | 51 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
42 DR.1.4.2002
Bila Terengganu lawan Selangor, dia mesti membawa bola itu ke gol
Selangor. Dia tidak boleh! dia pemain Terengganu, dia seorang pemain profesional,
tiba-tiba dia bermain dengan pasukan Terengganu, dihentamnya gol Terengganu!
Kerana apa? Kerana dia orang Selangor. Bukan sahaja pengadil yang marah,
penonton pun marah, kalau pemainnya macam ini.
Jadi, inilah yang hendak dilakukan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Tidak
menghormati profesion yang ada pada mereka dan mereka hendaklah diberi peluang
supaya melaksanakan tugas mereka dengan baik dan sempurna.
Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, hendak beri jalan atau tidak?
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Beri sahajalah!
Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang
Berhormat. Ini saya tertarik sedikitlah berhubung dengan saranan daripada Yang
Berhormat bagi Marang dan kebetulan pula Yang Berhormat ini merupakan Menteri
Besar, orang yang berkuasa di Terengganu. Jadi, penjelasan yang saya minta,
Kerajaan Negeri Terengganu adakah mengadakan budget atau peruntukan tambahan
ini. Kalau tidak, kenapa tidak ada? Apakah kerajaan negeri tidak mempunyai
kemampuan dari segi kewangan sebab peruntukan tambahan ini menyatakan bahawa
pertumbuhan ekonomi. Kerajaan Persekutuan itu baik sehingga boleh mengagih-
agihkan peruntukan-peruntukan tambahan untuk keperluan pembangunan negara.
Jadi kenapa Terengganu mempersoalkan perkara ini? Apakah kerana Kerajaan Negeri
Terengganu tidak ada wang, tidak mampu untuk mencari sumber ini bagi menambah
peruntukan-peruntukan tambahan ini? Terima kasih.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, kita
menyediakan budget tambahan mengikut keperluan bukan kerana untuk memenuhi
tuntutan kontraktor jadian. Kita memperuntukkan tambahan dan alhamdulillah,
Terengganu boleh menyediakan budget untuk mengurus pentadbiran dengan lebihan
yang sangat kita bersyukur kepada Allah, bukan budget yang defisit macam Kerajaan
Pusat. Bahkan kita mengikut apa yang baik oleh Kerajaan Pusat – penyelarasan gaji
10%, kita mampu memberi dan Kelantan telah memberi lebih dahulu daripada Kerajaan
Pusat. [Tepuk]
Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah supaya kita menghormati
kebebasan pegawai-pegawai kerajaan sebagai pentadbir. Mereka boleh menganut apa
fahaman politik yang dia hendak anut di luar pejabat. Tetapi bila mengendalikan
urusan pentadbiran di pejabat, mestilah mengikut peraturan-peraturan pentadbiran,
jangan diganggu oleh pengacau-pengacau politik. Kita melihat banyak berlaku sangat
di antaranya larangan ceramah. Mereka memaksa polis-polis untuk bertindak
kononnya untuk menjaga keselamatan negara, yang sebenarnya untuk menjaga
keselamatan pemimpin-pemimpin UMNO [Tepuk] bukan untuk menjaga keselamatan
negara. Yang perlu dikawal bukannya tempat ceramah pembangkang tetapi Mesyuarat
Agung UMNO. [Tepuk] Itu tempat yang perlu dikawal dan dijaga.
Kita perlu menyedari bagaimana kadar jenayah yang meningkat.
Meningkatnya jenayah berbagai-bagai perkara berlaku. Mungkin polis terlalu banyak
masa untuk mengawal ceramah, tidak ada masa untuk menjaga keamanan dan
mengawal negara daripada meningkatnya kadar jenayah bahkan ada peruntukan
tambahan untuk penjara. Sepatutnya kita mengurangkan kadar jenayah dan
peruntukan penjara tidak perlu ditambah. Ditambahnya peruntukan penjara
menunjukkan meningkatnya orang-orang salah dan kita semua tahu bahawa untuk
menyediakan satu bilik penjara lebih mahal daripada menyediakan sebuah rumah kos
rendah. Ini adalah kemalangan-kemalangan yang berlaku yang perlu diperbetulkan.
Saya ingin menarik perhatian kerana sebab-sebab politik, pembesaran
Lapangan Terbang Kuala Terengganu yang telah dirasmikan pecah tanah oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri sehari sebelum Pilihan Raya Umum, beria-ia hendak
besarkan lapangan terbang. Bila keputusan pilihan raya menentukan kemenangan
kepada Barisan Alternatif, tiba-tiba projek itu seperti hendak dibatalkan. Saya telah
mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk
membincangkan perkara ini dan beliau menimbulkan bahawa kerajaan negeri perlu
membayar pengambilan balik tanah. Saya menyatakan ini adalah projek Kerajaan
Pusat, sepatutnya ini hak Kerajaan Pusat, merekalah yang bayar pengambilan balik
| Bila Terengganu lawan Selangor, dia mesti membawa bola itu ke gol Selangor. Dia tidak boleh! dia pemain Terengganu, dia seorang pemain profesional, tiba-tiba dia bermain dengan pasukan Terengganu, dihentamnya gol Terengganu! Kerana apa? Kerana dia orang Selangor. Bukan sahaja pengadil yang marah, penonton pun marah, kalau pemainnya macam ini. Jadi, inilah yang hendak dilakukan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Tidak menghormati profesion yang ada pada mereka dan mereka hendaklah diberi peluang supaya melaksanakan tugas mereka dengan baik dan sempurna. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Ya, hendak beri jalan atau tidak?. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Beri sahajalah!. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Ini saya tertarik sedikitlah berhubung dengan saranan daripada Yang Berhormat bagi Marang dan kebetulan pula Yang Berhormat ini merupakan Menteri Besar, orang yang berkuasa di Terengganu. Jadi, penjelasan yang saya minta, Kerajaan Negeri Terengganu adakah mengadakan budget atau peruntukan tambahan ini. Kalau tidak, kenapa tidak ada? Apakah kerajaan negeri tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan sebab peruntukan tambahan ini menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi. Kerajaan Persekutuan itu baik sehingga boleh mengagih- agihkan peruntukan-peruntukan tambahan untuk keperluan pembangunan negara. Jadi kenapa Terengganu mempersoalkan perkara ini? Apakah kerana Kerajaan Negeri Terengganu tidak ada wang, tidak mampu untuk mencari sumber ini bagi menambah peruntukan-peruntukan tambahan ini? Terima kasih. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, kita menyediakan budget tambahan mengikut keperluan bukan kerana untuk memenuhi tuntutan kontraktor jadian. Kita memperuntukkan tambahan dan alhamdulillah, Terengganu boleh menyediakan budget untuk mengurus pentadbiran dengan lebihan yang sangat kita bersyukur kepada Allah, bukan budget yang defisit macam Kerajaan Pusat. Bahkan kita mengikut apa yang baik oleh Kerajaan Pusat- penyelarasan gaji 10%, kita mampu memberi dan Kelantan telah memberi lebih dahulu daripada Kerajaan Pusat. [Tepuk]. Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah supaya kita menghormati kebebasan pegawai-pegawai kerajaan sebagai pentadbir. Mereka boleh menganut apa fahaman politik yang dia hendak anut di luar pejabat. Tetapi bila mengendalikan urusan pentadbiran di pejabat, mestilah mengikut peraturan-peraturan pentadbiran, jangan diganggu oleh pengacau-pengacau politik. Kita melihat banyak berlaku sangat di antaranya larangan ceramah. Mereka memaksa polis-polis untuk bertindak kononnya untuk menjaga keselamatan negara, yang sebenarnya untuk menjaga keselamatan pemimpin-pemimpin UMNO [Tepuk] bukan untuk menjaga keselamatan negara. Yang perlu dikawal bukannya tempat ceramah pembangkang tetapi Mesyuarat Agung UMNO. [Tepuk] Itu tempat yang perlu dikawal dan dijaga. Kita perlu menyedari bagaimana kadar jenayah yang meningkat. Meningkatnya jenayah berbagai-bagai perkara berlaku. Mungkin polis terlalu banyak masa untuk mengawal ceramah, tidak ada masa untuk menjaga keamanan dan mengawal negara daripada meningkatnya kadar jenayah bahkan ada peruntukan tambahan untuk penjara. Sepatutnya kita mengurangkan kadar jenayah dan peruntukan penjara tidak perlu ditambah. Ditambahnya peruntukan penjara menunjukkan meningkatnya orang-orang salah dan kita semua tahu bahawa untuk menyediakan satu bilik penjara lebih mahal daripada menyediakan sebuah rumah kos rendah. Ini adalah kemalangan-kemalangan yang berlaku yang perlu diperbetulkan. Saya ingin menarik perhatian kerana sebab-sebab politik, pembesaran Lapangan Terbang Kuala Terengganu yang telah dirasmikan pecah tanah oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sehari sebelum Pilihan Raya Umum, beria-ia hendak besarkan lapangan terbang. Bila keputusan pilihan raya menentukan kemenangan kepada Barisan Alternatif, tiba-tiba projek itu seperti hendak dibatalkan. Saya telah mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk membincangkan perkara ini dan beliau menimbulkan bahawa kerajaan negeri perlu membayar pengambilan balik tanah. Saya menyatakan ini adalah projek Kerajaan Pusat, sepatutnya ini hak Kerajaan Pusat, merekalah yang bayar pengambilan balik. | 42 | 52 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 43
tanah ini. Itu yang sepatutnya dan kemudahan-kemudahan ini adalah untuk program
pelancongan dan beberapa perkara yang berkait dengan Kerajaan Pusat. Kerajaan
Terengganu memberi kemudahan dari segi pentadbiran urusan tanah.
Bahkan kita pun telah selesai dalam memberi tanah untuk terminal, bukan
untuk pembesaran landasan. Yang itu pun hendak ditangguhkan juga sehingga
terminal Lapangan Terbang Kuala Terengganu masih lagi memunggah barang secara
manual macam negara-negara di tengah Afrika dan Kepulauan Pasifik, masih lagi
menggunakan tenaga manusia walaupun sudah 40 tahun mencapai kemerdekaan,
walaupun mendapat royalti dalam masa 20 tahun, tujuh bilion, tujuh ribu juta.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading bangun.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Mengapa tidak boleh dibuat
perubahan terminal lapangan terbang? Itu perkara yang mudah sahaja kepada
Kerajaan Pusat. Beria-ia hendak dilaksanakan, tiba-tiba ditangguh kerana sebab-
sebab politik. Sebab-sebab politik menghantui pentadbiran, menghantui kelancaran
ekonomi dan Terengganu adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Kita
mengamalkan Federalism. Sila.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat bagi Marang. Dari mula saya mendengar hujah Yang
Berhormat bagi Marang. Satu demi satu pengeliruan diketengahkan dan tujuannya
ialah untuk menyalahkan kerajaan dan juga UMNO. Tetapi fakta-fakta yang dikelirukan
itu, sebenarnya semua umum telah mengetahui seperti mana contoh Yang Berhormat
bagi Marang katakan tadi.
Soal pengambilan tanah bukan urusan Kerajaan Pusat. Itu Yang Amat
Berhormat sebagai ketua kerajaan dan semua ketua kerajaan negeri-negeri yang ada
dalam Malaysia tahu, pengambilan tanah ialah hak mutlak kerajaan negeri. Jadi dalam
hubungan pengambilan tanah untuk lapangan terbang di Kuala Terengganu,
sebenarnya itu ialah hak atau pun bidang kuasa kerajaan negeri. Jadi jangan
disalahgunakan ataupun diputarbelitkan fakta ini. Akuilah kebenaran dan kebenaran
tetap kebenaran. Terima kasih.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, lebih baik
saya pergi kepada menteri jawab dalam perkara ini daripada memberi masa kepada
Yang Berhormat untuk memberi jawapan yang tidak tepat dan tidak betul yang kita tahu
itu adalah projek Kerajaan Pusat macam sekolah, macam apa-apa perkara yang projek
Kerajaan Pusat maka Kerajaan Pusatlah yang memberi peruntukan bayaran
pengambilan balik tanah dan seumpamanya. Itu perkara biasa.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Dan tidak patut saya bersyarah
lagi untuk menghabiskan masa dalam Dewan ini. Silakan.
Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima
kasih Yang Berhormat bagi Marang. Pada pagi semasa pembentangan peruntukan
tambahan ini, Timbalan Menteri Kewangan telah membentangkan peruntukan
tambahan untuk pengambilan tanah di airport di Alor Setar yang bernilai lebih daripada
RM100 juta.
Kenapakah di Alor Setar, pengambilan tanah untuk airport dibayar oleh
Kerajaan Pusat tetapi tidak bagi Kerajaan negeri Terengganu? Dan Alor Setar adalah
akan dijadikan lapangan terbang antarabangsa yang sudah beberapa kilometer sahaja
daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Pulau Pinang. Ini tentu
merugikan tetapi oleh kerana sebab Yang Berhormat katakan tadi, perkara ini
dilakukan.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, susah
hendak jawab bagi pihak Menteri Pengangkutan dan bagi pihak Menteri Kewangan
untuk menjawab soalan-soalan ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kubang
Kerian yang telah mengemukakan soalan dan insya-Allah Menteri yang berkenaan
akan menjawab soalan yang dikemukakan.
| tanah ini. Itu yang sepatutnya dan kemudahan-kemudahan ini adalah untuk program pelancongan dan beberapa perkara yang berkait dengan Kerajaan Pusat. Kerajaan Terengganu memberi kemudahan dari segi pentadbiran urusan tanah. Bahkan kita pun telah selesai dalam memberi tanah untuk terminal, bukan untuk pembesaran landasan. Yang itu pun hendak ditangguhkan juga sehingga terminal Lapangan Terbang Kuala Terengganu masih lagi memunggah barang secara manual macam negara-negara di tengah Afrika dan Kepulauan Pasifik, masih lagi menggunakan tenaga manusia walaupun sudah 40 tahun mencapai kemerdekaan, walaupun mendapat royalti dalam masa 20 tahun, tujuh bilion, tujuh ribu juta. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading bangun. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Mengapa tidak boleh dibuat perubahan terminal lapangan terbang? Itu perkara yang mudah sahaja kepada Kerajaan Pusat. Beria-ia hendak dilaksanakan, tiba-tiba ditangguh kerana sebab- sebab politik. Sebab-sebab politik menghantui pentadbiran, menghantui kelancaran ekonomi dan Terengganu adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Kita mengamalkan Federalism. Sila. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat bagi Marang. Dari mula saya mendengar hujah Yang Berhormat bagi Marang. Satu demi satu pengeliruan diketengahkan dan tujuannya ialah untuk menyalahkan kerajaan dan juga UMNO. Tetapi fakta-fakta yang dikelirukan itu, sebenarnya semua umum telah mengetahui seperti mana contoh Yang Berhormat bagi Marang katakan tadi. Soal pengambilan tanah bukan urusan Kerajaan Pusat. Itu Yang Amat Berhormat sebagai ketua kerajaan dan semua ketua kerajaan negeri-negeri yang ada dalam Malaysia tahu, pengambilan tanah ialah hak mutlak kerajaan negeri. Jadi dalam hubungan pengambilan tanah untuk lapangan terbang di Kuala Terengganu, sebenarnya itu ialah hak atau pun bidang kuasa kerajaan negeri. Jadi jangan disalahgunakan ataupun diputarbelitkan fakta ini. Akuilah kebenaran dan kebenaran tetap kebenaran. Terima kasih. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, lebih baik saya pergi kepada menteri jawab dalam perkara ini daripada memberi masa kepada Yang Berhormat untuk memberi jawapan yang tidak tepat dan tidak betul yang kita tahu itu adalah projek Kerajaan Pusat macam sekolah, macam apa-apa perkara yang projek Kerajaan Pusat maka Kerajaan Pusatlah yang memberi peruntukan bayaran pengambilan balik tanah dan seumpamanya. Itu perkara biasa. Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Dan tidak patut saya bersyarah lagi untuk menghabiskan masa dalam Dewan ini. Silakan. Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat bagi Marang. Pada pagi semasa pembentangan peruntukan tambahan ini, Timbalan Menteri Kewangan telah membentangkan peruntukan tambahan untuk pengambilan tanah di airport di Alor Setar yang bernilai lebih daripada RM100 juta. Kenapakah di Alor Setar, pengambilan tanah untuk airport dibayar oleh Kerajaan Pusat tetapi tidak bagi Kerajaan negeri Terengganu? Dan Alor Setar adalah akan dijadikan lapangan terbang antarabangsa yang sudah beberapa kilometer sahaja daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Pulau Pinang. Ini tentu merugikan tetapi oleh kerana sebab Yang Berhormat katakan tadi, perkara ini dilakukan. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, susah hendak jawab bagi pihak Menteri Pengangkutan dan bagi pihak Menteri Kewangan untuk menjawab soalan-soalan ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kubang Kerian yang telah mengemukakan soalan dan insya-Allah Menteri yang berkenaan akan menjawab soalan yang dikemukakan. | 43 | 53 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
44 DR.1.4.2002
Banyak lagi projek-projek yang lain. Di antaranya ialah saya difahamkan
pembekalan tong-tong sampah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Katanya telah diperuntukkan dengan jumlah yang begitu besar kepada
Terengganu dan Kelantan. Tiba-tiba dinafikan, sampaikan tong sampah pun macam itu
juga. Saya tidak tahulah, padahal kita adalah sebuah negeri dalam Malaysia dan
sehingga hari ini kita menganggap Terengganu dan Kelantan adalah negeri dalam
Malaysia.
Yang malangnya capitation grant, peruntukan yang wajib mengikut
perlembagaan, yang dibayar mengikut jumlah penduduk kerana penduduk negeri-
negeri yang berkenaan membayar cukai masing-masing, pakaian yang dipakai,
kenderaan yang dinaiki, segala kemudahan yang diimport, membayar cukai kepada
kastam, kepada JPJ dan sebagainya.
Oleh kerana itu maka Kerajaan Pusat mengagihkan bayaran balik capitation
grant mengikut jumlah negeri masing-masing. Pada masa ambil cukai, dia tidak tanya
parti apa. Bila hendak pulang balik, timbul masalah parti apa, parti apa yang
memerintah. Ini sangat malang dan bagi negeri Terengganu dan Kelantan dibayar
tidak mengikut jadual yang patut. Kebiasaannya dibayar pada bulan Februari dan Julai.
Bagi Kelantan dan Terengganu, sengaja dibayar pada akhir bulan Disember.
Inikah cara demokrasi? Demokrasi ala Malaysia, yang kita mahu
supaya kerajaan menghormati perkara-perkara yang seperti ini di saat kerajaan
menjadi tuan rumah kepada Persidangan Menteri Luar OIC bagi membincangkan
tentang keganasan untuk mentafsirkan keganasan. Saya mengucapkan tahniah
kerana menjadi tuan rumah. Tetapi biarlah menjadi contoh yang baik. Jangan
mentafsirkan keganasan terpengaruh dengan tafsiran yang dibuat oleh Amerika.
Mentafsirkan keganasan dan melampau mengikut selera mereka.
Kita melihat bagaimana kekejaman yang berlaku di Palestin. Rakyat Palestin
menjadi mangsa. Presiden Palestin dikepung. Masyarakat antarabangsa memandang
begitu sepi. Tidak sebagaimana tindakan yang diambil terhadap Afghanistan kerana
memburu Osama bin Laden yang belum ada bukti. Belum ada dalih. Belum ada
keterangan sudah diambil ketenteraan dengan perbelanjaan berbilion-bilion dolar tetapi
benda yang sudah nyata yang berlaku di Palestin, masyarakat antarabangsa berdiam
diri. Sepatutnya Malaysia hendaklah mengambil peranan yang positif dan proaktif
dalam menangani hal-hal yang seperti ini dan sebelum itu mestilah menjadi contoh
dalam negeri sendiri. Menjadi contoh dalam negara sendiri.
Begitu juga dengan masalah-masalah yang lain, masalah Filipina, dalam
menangani umat Islam di selatan. Kita menghormati kedaulatan Filipina. Dalam masa
yang sama, mereka mestilah menghormati hak-hak orang Islam di selatan. Kita perlu
menyedari bagaimana umat Islam di selatan dibiarkan dengan begitu rupa dalam
kemiskinan. Dalam keadaan ekonomi, sumber ekonomi yang banyak di selantan.
Jangan buat macam Malaysia buat kepada Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu
termasuk Sabah dan Sarawak, ada petrol tetapi kadar kemiskinannya paling tinggi
daripada negeri-negeri yang lain.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Ya.
Tuan Yang di-Pertua: Dua puluh minit Yang Berhormat.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Ya, terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, mudah-mudahan…
Tuan Yang di-Pertua: Lebih sepuluh minit dan minta Yang Berhormat boleh
menggulung Yang Berhormat, ya.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: ….ucapan saya diberi perhatian
kepada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
2.55 ptg.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, pertama sekali saya rasa elok saya memberi response kepada Yang Amat
| Banyak lagi projek-projek yang lain. Di antaranya ialah saya difahamkan pembekalan tong-tong sampah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Katanya telah diperuntukkan dengan jumlah yang begitu besar kepada Terengganu dan Kelantan. Tiba-tiba dinafikan, sampaikan tong sampah pun macam itu juga. Saya tidak tahulah, padahal kita adalah sebuah negeri dalam Malaysia dan sehingga hari ini kita menganggap Terengganu dan Kelantan adalah negeri dalam Malaysia. Yang malangnya capitation grant, peruntukan yang wajib mengikut perlembagaan, yang dibayar mengikut jumlah penduduk kerana penduduk negeri- negeri yang berkenaan membayar cukai masing-masing, pakaian yang dipakai, kenderaan yang dinaiki, segala kemudahan yang diimport, membayar cukai kepada kastam, kepada JPJ dan sebagainya. Oleh kerana itu maka Kerajaan Pusat mengagihkan bayaran balik capitation grant mengikut jumlah negeri masing-masing. Pada masa ambil cukai, dia tidak tanya parti apa. Bila hendak pulang balik, timbul masalah parti apa, parti apa yang memerintah. Ini sangat malang dan bagi negeri Terengganu dan Kelantan dibayar tidak mengikut jadual yang patut. Kebiasaannya dibayar pada bulan Februari dan Julai. Bagi Kelantan dan Terengganu, sengaja dibayar pada akhir bulan Disember. Inikah cara demokrasi? Demokrasi ala Malaysia, yang kita mahu supaya kerajaan menghormati perkara-perkara yang seperti ini di saat kerajaan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Menteri Luar OIC bagi membincangkan tentang keganasan untuk mentafsirkan keganasan. Saya mengucapkan tahniah kerana menjadi tuan rumah. Tetapi biarlah menjadi contoh yang baik. Jangan mentafsirkan keganasan terpengaruh dengan tafsiran yang dibuat oleh Amerika. Mentafsirkan keganasan dan melampau mengikut selera mereka. Kita melihat bagaimana kekejaman yang berlaku di Palestin. Rakyat Palestin menjadi mangsa. Presiden Palestin dikepung. Masyarakat antarabangsa memandang begitu sepi. Tidak sebagaimana tindakan yang diambil terhadap Afghanistan kerana memburu Osama bin Laden yang belum ada bukti. Belum ada dalih. Belum ada keterangan sudah diambil ketenteraan dengan perbelanjaan berbilion-bilion dolar tetapi benda yang sudah nyata yang berlaku di Palestin, masyarakat antarabangsa berdiam diri. Sepatutnya Malaysia hendaklah mengambil peranan yang positif dan proaktif dalam menangani hal-hal yang seperti ini dan sebelum itu mestilah menjadi contoh dalam negeri sendiri. Menjadi contoh dalam negara sendiri. Begitu juga dengan masalah-masalah yang lain, masalah Filipina, dalam menangani umat Islam di selatan. Kita menghormati kedaulatan Filipina. Dalam masa yang sama, mereka mestilah menghormati hak-hak orang Islam di selatan. Kita perlu menyedari bagaimana umat Islam di selatan dibiarkan dengan begitu rupa dalam kemiskinan. Dalam keadaan ekonomi, sumber ekonomi yang banyak di selantan. Jangan buat macam Malaysia buat kepada Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak, ada petrol tetapi kadar kemiskinannya paling tinggi daripada negeri-negeri yang lain. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Dua puluh minit Yang Berhormat. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, mudah-mudahan... Tuan Yang di-Pertua: Lebih sepuluh minit dan minta Yang Berhormat boleh menggulung Yang Berhormat, ya. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: ....ucapan saya diberi perhatian kepada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih. 2.55 ptg. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali saya rasa elok saya memberi response kepada Yang Amat. | 44 | 54 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 45
Berhormat bagi Marang yang mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia akan
mentafsirkan soal keganasan menurut cita rasa dan tafsiran Barat.
Saya rasa itu tidak betul, hakitatnya persidangan pada hari ini diadakan
supaya negara-negara Islam dapat mengetengahkan buah fikiran dan ketajaman minda
kita untuk mendesak komuniti dunia, khususnya PBB, mentafsirkan, memberi definisi
dan makna kepada keganasan mengikut satu perspektif yang adil dan saksama.
Tuan Yang di-Pertua, sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan
Agong pun saya menyatakan bahawa senario sosio-politik dan ekonomi dunia pasca
tragedi 11 September adalah amat membimbangkan. Saya mengupas bagaimana
semberononya kuasa-kuasa besar, terutama sekali Amerika, dalam mencorak serta
mewarnakan suasana dunia mutakhir.
Saya mengesyaki wujudnya konspirasi terhadap apa yang berlaku di
Afghanistan dan juga di Filipina Selatan. Saya juga Tuan Yang di-Pertua, telah
membangkitkan secara sepintas lalu, mengenai kezaliman dan keganasan Israel di
bumi Palestin dan meminta komuniti antarabangsa bertindak tegas menyelesaikan
konflik atau peperangan yang sedang berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, dua tiga hari yang lalu, negara-negara Arab telah
mengadakan Sidang Kemuncaknya di Beirut. Yasser Arafat selaku pemimpin tertinggi
Palestin tidak dapat menghadiri sidang tersebut oleh kerana beliau dan dikepung oleh
pihak Israel.
Ucapan beliau yang seharusnya disampaikan menerusi sistem video-
conferencing ke Sidang Kemuncak itu tidak diizinkan oleh pihak tuan rumah. Atas
sebab apa, kita tidak tahu dan tidak termampu untuk saya membincangkannya. Nasib
baik Rangkaian Al-Jazeera menyiarkan ucapan itu secara langsung dan dapat juga
membentuk minda fikiran pemimpin negara-negara Arab mencapai satu persetujuan
dan keputusan yang akan diambil tindakan.
Malangnya, belum sempat keputusan dilaksanakan, Israel hari ini berada di
bumi Palestin, kediaman dan kompleks pejabat Yasser Arafat telah pun dikepung dan
sedang dimusnahkan. Saya mengutuk tindakan ini. Saya amat mengutuk tindakan ini
dan saya kesal oleh kerana Presiden Bush dan Amerika Syarikat sendiri menyokong
tindakan ini, kononnya kerana Yasser Arafat adalah ketua pengganas nombor satu di
dalam dunia.
Di sinilah letaknya kekeliruan dan cita rasa yang berbeza mengenai tafsiran
kepengganasan. Saya harap pihak PAS faham mengenai hal ini. Saya minta oleh
kerana hari ini Menteri-menteri Luar Negara Islam sedang bersidang di Kuala Lumpur
untuk mentafsir dan mendefinisikan keganasan, perkara ini ditangani dengan izin once
and for all. Kita tidak mahu umat Islam teraniaya dan juga tidak mahu umat Islam
dizalimi atas satu excuse yang dinamakan terrorism pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum pertengahan tahun 1990, kuasa-kuasa besar
menggunakan momokan komunisme untuk mewujudkan aggression atau pun
intervention di negara-negara yang difikirkan strategik. Sesuatu negara yang difikirkan
strategik pada ketika itu, mulai 1946 sebenarnya, adalah Israel. Israel diwujudkan
untuk mengimbangi kekuasaan Amerika dan juga kuasa-kuasa Barat yang lain
terhadap kehadiran telaga-telaga minyak dan kekayaan-kekayaan yang lahir daripada
jualan minyak. Kuasa Barat mahu menguasai seluruhnya. Mereka tidak mahu
melimpahkan kekayaan itu kepada orang Islam. Perkara ini telah pun diulas dan
dicatat oleh banyak intelektual, termasuk intelektual yang juga beragama Yahudi, yang
membidas perkara ini.
Saya pada hari ini amat terharu melihat keadaan yang berlaku. Mengapakah
Presiden Bush, orang yang mendakwa sebagai kuasa nombor satu di seluruh dunia,
menyokong tindakan Israel ke atas Palesten. Adakah ini yang dinamakan susunan
baru dunia. Adakah ini yang dinamakan kesaksamaan bentuk baru di dalam dunia.
Pendirian Amerika dan Bush terhadap Palestin hari ini, sangat-sangat saya kesali.
Oleh itu, saya berharap negara-negara Islam yang hari ini membincangkan soal
terrorism secara khusus di dunia ini juga memberi satu perspektif kutukan dan juga
mendesak PBB supaya perkara ini diberhentikan. Saya berharap negara-negara Islam
yang bersidang hari ini dapat menguasai ataupun mempengaruhi PBB supaya
diwujudkan satu pertubuhan antarabangsa untuk mengawasi proses perdamaian di
Israel ataupun di Palestin. Kalau tidak kita terus didolak-dalikkan.
| Berhormat bagi Marang yang mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia akan mentafsirkan soal keganasan menurut cita rasa dan tafsiran Barat. Saya rasa itu tidak betul, hakitatnya persidangan pada hari ini diadakan supaya negara-negara Islam dapat mengetengahkan buah fikiran dan ketajaman minda kita untuk mendesak komuniti dunia, khususnya PBB, mentafsirkan, memberi definisi dan makna kepada keganasan mengikut satu perspektif yang adil dan saksama. Tuan Yang di-Pertua, sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pun saya menyatakan bahawa senario sosio-politik dan ekonomi dunia pasca tragedi 11 September adalah amat membimbangkan. Saya mengupas bagaimana semberononya kuasa-kuasa besar, terutama sekali Amerika, dalam mencorak serta mewarnakan suasana dunia mutakhir. Saya mengesyaki wujudnya konspirasi terhadap apa yang berlaku di Afghanistan dan juga di Filipina Selatan. Saya juga Tuan Yang di-Pertua, telah membangkitkan secara sepintas lalu, mengenai kezaliman dan keganasan Israel di bumi Palestin dan meminta komuniti antarabangsa bertindak tegas menyelesaikan konflik atau peperangan yang sedang berlaku. Tuan Yang di-Pertua, dua tiga hari yang lalu, negara-negara Arab telah mengadakan Sidang Kemuncaknya di Beirut. Yasser Arafat selaku pemimpin tertinggi Palestin tidak dapat menghadiri sidang tersebut oleh kerana beliau dan dikepung oleh pihak Israel. Ucapan beliau yang seharusnya disampaikan menerusi sistem video- conferencing ke Sidang Kemuncak itu tidak diizinkan oleh pihak tuan rumah. Atas sebab apa, kita tidak tahu dan tidak termampu untuk saya membincangkannya. Nasib baik Rangkaian Al-Jazeera menyiarkan ucapan itu secara langsung dan dapat juga membentuk minda fikiran pemimpin negara-negara Arab mencapai satu persetujuan dan keputusan yang akan diambil tindakan. Malangnya, belum sempat keputusan dilaksanakan, Israel hari ini berada di bumi Palestin, kediaman dan kompleks pejabat Yasser Arafat telah pun dikepung dan sedang dimusnahkan. Saya mengutuk tindakan ini. Saya amat mengutuk tindakan ini dan saya kesal oleh kerana Presiden Bush dan Amerika Syarikat sendiri menyokong tindakan ini, kononnya kerana Yasser Arafat adalah ketua pengganas nombor satu di dalam dunia. Di sinilah letaknya kekeliruan dan cita rasa yang berbeza mengenai tafsiran kepengganasan. Saya harap pihak PAS faham mengenai hal ini. Saya minta oleh kerana hari ini Menteri-menteri Luar Negara Islam sedang bersidang di Kuala Lumpur untuk mentafsir dan mendefinisikan keganasan, perkara ini ditangani dengan izin once and for all. Kita tidak mahu umat Islam teraniaya dan juga tidak mahu umat Islam dizalimi atas satu excuse yang dinamakan terrorism pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, sebelum pertengahan tahun 1990, kuasa-kuasa besar menggunakan momokan komunisme untuk mewujudkan aggression atau pun intervention di negara-negara yang difikirkan strategik. Sesuatu negara yang difikirkan strategik pada ketika itu, mulai 1946 sebenarnya, adalah Israel. Israel diwujudkan untuk mengimbangi kekuasaan Amerika dan juga kuasa-kuasa Barat yang lain terhadap kehadiran telaga-telaga minyak dan kekayaan-kekayaan yang lahir daripada jualan minyak. Kuasa Barat mahu menguasai seluruhnya. Mereka tidak mahu melimpahkan kekayaan itu kepada orang Islam. Perkara ini telah pun diulas dan dicatat oleh banyak intelektual, termasuk intelektual yang juga beragama Yahudi, yang membidas perkara ini. Saya pada hari ini amat terharu melihat keadaan yang berlaku. Mengapakah Presiden Bush, orang yang mendakwa sebagai kuasa nombor satu di seluruh dunia, menyokong tindakan Israel ke atas Palesten. Adakah ini yang dinamakan susunan baru dunia. Adakah ini yang dinamakan kesaksamaan bentuk baru di dalam dunia. Pendirian Amerika dan Bush terhadap Palestin hari ini, sangat-sangat saya kesali. Oleh itu, saya berharap negara-negara Islam yang hari ini membincangkan soal terrorism secara khusus di dunia ini juga memberi satu perspektif kutukan dan juga mendesak PBB supaya perkara ini diberhentikan. Saya berharap negara-negara Islam yang bersidang hari ini dapat menguasai ataupun mempengaruhi PBB supaya diwujudkan satu pertubuhan antarabangsa untuk mengawasi proses perdamaian di Israel ataupun di Palestin. Kalau tidak kita terus didolak-dalikkan. | 45 | 55 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
46 DR.1.4.2002
Berapa banyak resolusi demi resolusi sudah diluluskan oleh PBB? Tetapi
berapa banyak juga resolusi demi resolusi yang divetokan oleh pihak Amerika Syarikat.
Resolusi-resolusi supaya Israel mengundurkan diri daripada tanah yang dijajahi juga
divetokan oleh Amerika Syarikat.
Ini saya rasa sebagai generasi muda di dalam dunia, Tuan Yang di-Pertua,
kita amat keliru dengan keadaan yang ada dan ini adalah sebahagian daripada sejarah
yang sedang dicipta oleh banyak negara, termasuk negara kita. Kita sebagai sebuah
negara yang dihormati oleh negara-negara Islam seharusnya memberikan kepimpinan
kepada dunia Islam. Kadang-kadang saya melihat seolah-olah sebilangan negara-
negara Islam di Timur Tengah sentiasa bersandiwara. Bersandiwara, cakap di dalam
persidangan, mengambil rumusan cantik. Apabila sampai kepada realiti tidak ada siapa
yang bersuara.
Malam tadi saya dengar wakil Palestin berucap di dalam rangkaian televisyen
BBC. Dia kata, di mana suara negara Islam yang dua tiga hari lalu mengambil
keputusan untuk menyokong Palestin. Apakah suara mereka kepada PBB. Jadi saya
harap Malaysia mengisi kekosongan ini, memberi kepimpinan kepada negara-negara
Islam, supaya PBB boleh dipujuk, dipengaruhi supaya mengambil tindakan yang tegas-
dengan izin, once and for all untuk menyelesaikan soal Palestin ini.
Siapa yang mencipta keganasan? Adakah orang Palestin yang
mempertahankan negaranya yang ganas ataupun Israel di bawah pimpinan pengganas
Ariel Sharon itu yang mengganas. Perdana Menteri Israel hari ini mempunyai sejarah.
Beliaulah yang mengepali kepimpinan Israel menyerang Sabra dan Shatila. Orang
inilah juga sekarang ini yang mencorakkan apa yang sedang berlaku. Adakah kita
sebagai orang Malaysia dan seorang Islam, seorang rakyat dunia, warga jagat tidak
merasa prihatin dan sensitif terhadap hal ini. Saya tidak mendengar pemimpin
daripada Marang tadi berucap mengenai hal ini malah cuba mempersenda-sendakan
perkara ini.
Kita amat tahu dan kita amat insaf bahawa Israel memang mempunyai satu
rangkaian persahabatan yang amat intim dan amat istimewa dengan Amerika Syarikat.
Kita tahu kenapa. Sebab itulah, contohnya, Israel adalah salah satu negara yang
memang tercatat dalam rekod sebagai negara yang mengeluarkan weapons of mass
destruction! Dengan izin. Israel juga pengeluar biological weapon yang terulung dalam
dunia. Mengapa tidak diapa-apakan Israel?
Mengapakah di dalam ucapan kepada Union of State, Presiden Bush tidak
merangkumkan Israel sebagai salah satu negara di bawah kategori axis of evil ataupun
paksi kedurjanaan? Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya bacakan di sini sebuah
buku bertajuk ”The Fateful Triangle: The United States, Israel, and the Palestinians”.
Di muka surat yang ke lapan: “Israel’s development and deployment of weapons of
mass destruction continues under US ageis as it has been seen in Kennedy years. The
well-informed military annalyst, Uzi Mahanymi, reports that Israel assault aircrafts had
been equipped to carry chemical and biological weapons manufactured at top secret
institutes near Tel-Aviv”.
Ini contoh. Mengapa Amerika hanya menuduh Iraq? Mengapa Amerika
hanya menuduh Iran? Korea Utara? Ini tidak ada kesaksamaan di dalam dunia!
Adakah kita sebagai warga sejagat mahu mendiamkan diri mengenai hal ini? Saya
rasa memang tidak adil!
Satu lagi contoh, Tuan Yang di-Pertua, bagaimana intim dan istimewanya
persahabatan Israel dengan Amerika Syarikat adalah dari tahun 1978 hingga 1982,
Amerika memberikan 48% dari seluruh bantuan ketenteraannya di seluruh dunia
kepada Israel. Dalam tempoh yang sama, Amerika Syarikat memberikan 35% dari
seluruh bantuan ekonominya ke seluruh dunia kepada Israel. Mengapa? Apa
istimewanya sebuah tanah kecil sekangkang kera, kalau tidak mempunyai erti yang
besar dari segi strategi military dan ekonomi kepada Amerika Syarikat?
Kita tidak mahu mempersoalkan hal ini kerana itu wang Amerika. Tetapi
hakikatnya, implikasi kepada bantuan sedemikian, implikasi kepada pendirian Presiden
Bush hari ini, implikasi kepada kesemberonoan Israel pada hari ini, menjejaskan
seluruh dunia menjadi tidak stabil. Dan saya takut-takut dan saya bimbang perkara ini
mungkin mencetuskan satu peperangan baru. Kalau peperangan baru wujud, siapa
yang mahu memimpin dan memberi erti kepimpinan kepada dunia ini?
| Berapa banyak resolusi demi resolusi sudah diluluskan oleh PBB? Tetapi berapa banyak juga resolusi demi resolusi yang divetokan oleh pihak Amerika Syarikat. Resolusi-resolusi supaya Israel mengundurkan diri daripada tanah yang dijajahi juga divetokan oleh Amerika Syarikat. Ini saya rasa sebagai generasi muda di dalam dunia, Tuan Yang di-Pertua, kita amat keliru dengan keadaan yang ada dan ini adalah sebahagian daripada sejarah yang sedang dicipta oleh banyak negara, termasuk negara kita. Kita sebagai sebuah negara yang dihormati oleh negara-negara Islam seharusnya memberikan kepimpinan kepada dunia Islam. Kadang-kadang saya melihat seolah-olah sebilangan negara- negara Islam di Timur Tengah sentiasa bersandiwara. Bersandiwara, cakap di dalam persidangan, mengambil rumusan cantik. Apabila sampai kepada realiti tidak ada siapa yang bersuara. Malam tadi saya dengar wakil Palestin berucap di dalam rangkaian televisyen BBC. Dia kata, di mana suara negara Islam yang dua tiga hari lalu mengambil keputusan untuk menyokong Palestin. Apakah suara mereka kepada PBB. Jadi saya harap Malaysia mengisi kekosongan ini, memberi kepimpinan kepada negara-negara Islam, supaya PBB boleh dipujuk, dipengaruhi supaya mengambil tindakan yang tegas- dengan izin, once and for all untuk menyelesaikan soal Palestin ini. Siapa yang mencipta keganasan? Adakah orang Palestin yang mempertahankan negaranya yang ganas ataupun Israel di bawah pimpinan pengganas Ariel Sharon itu yang mengganas. Perdana Menteri Israel hari ini mempunyai sejarah. Beliaulah yang mengepali kepimpinan Israel menyerang Sabra dan Shatila. Orang inilah juga sekarang ini yang mencorakkan apa yang sedang berlaku. Adakah kita sebagai orang Malaysia dan seorang Islam, seorang rakyat dunia, warga jagat tidak merasa prihatin dan sensitif terhadap hal ini. Saya tidak mendengar pemimpin daripada Marang tadi berucap mengenai hal ini malah cuba mempersenda-sendakan perkara ini. Kita amat tahu dan kita amat insaf bahawa Israel memang mempunyai satu rangkaian persahabatan yang amat intim dan amat istimewa dengan Amerika Syarikat. Kita tahu kenapa. Sebab itulah, contohnya, Israel adalah salah satu negara yang memang tercatat dalam rekod sebagai negara yang mengeluarkan weapons of mass destruction! Dengan izin. Israel juga pengeluar biological weapon yang terulung dalam dunia. Mengapa tidak diapa-apakan Israel?. Mengapakah di dalam ucapan kepada Union of State, Presiden Bush tidak merangkumkan Israel sebagai salah satu negara di bawah kategori axis of evil ataupun paksi kedurjanaan? Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya bacakan di sini sebuah buku bertajuk "The Fateful Triangle: The United States, Israel, and the Palestinians". Di muka surat yang ke lapan: "Israel's development and deployment of weapons of mass destruction continues under US ageis as it has been seen in Kennedy years. The well-informed military annalyst, Uzi Mahanymi, reports that Israel assault aircrafts had been equipped to carry chemical and biological weapons manufactured at top secret institutes near Tel-Aviv". Ini contoh. Mengapa Amerika hanya menuduh Iraq? Mengapa Amerika hanya menuduh Iran? Korea Utara? Ini tidak ada kesaksamaan di dalam dunia! Adakah kita sebagai warga sejagat mahu mendiamkan diri mengenai hal ini? Saya rasa memang tidak adil!. Satu lagi contoh, Tuan Yang di-Pertua, bagaimana intim dan istimewanya persahabatan Israel dengan Amerika Syarikat adalah dari tahun 1978 hingga 1982, Amerika memberikan 48% dari seluruh bantuan ketenteraannya di seluruh dunia kepada Israel. Dalam tempoh yang sama, Amerika Syarikat memberikan 35% dari seluruh bantuan ekonominya ke seluruh dunia kepada Israel. Mengapa? Apa istimewanya sebuah tanah kecil sekangkang kera, kalau tidak mempunyai erti yang besar dari segi strategi military dan ekonomi kepada Amerika Syarikat?. Kita tidak mahu mempersoalkan hal ini kerana itu wang Amerika. Tetapi hakikatnya, implikasi kepada bantuan sedemikian, implikasi kepada pendirian Presiden Bush hari ini, implikasi kepada kesemberonoan Israel pada hari ini, menjejaskan seluruh dunia menjadi tidak stabil. Dan saya takut-takut dan saya bimbang perkara ini mungkin mencetuskan satu peperangan baru. Kalau peperangan baru wujud, siapa yang mahu memimpin dan memberi erti kepimpinan kepada dunia ini?. | 46 | 56 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 47
Kalau seluruh blok barat memihak kepada Amerika Syarikat, apa jadi kepada
negara maju? Apa jadi kepada negara Islam? Tidak ada orang hendak
mempersoalkan perkara ini. Saya amat bimbang, kerana soal keganasan ini saya takut
merebak kepada satu arah menuju peperangan di masa akan datang.
Israel mempunyai cluster bomb. Cluster bomb ini, Tuan Yang di-Pertua, bom
yang mempunyai komponen-komponen tertentu. Bila meletup, yang besar; lepas itu
meletup yang banyak; lepas itu dia boleh bertindak seperti pisau cukur yang nipis yang
boleh mencincang manusia menjadi minced meat - dengan izin. Mengapa Israel ada
senjata ini? Adakah untuk mencincang umat Islam? Saya bukan hendak chauvinist
sangat dengan umat Islam. Tetapi hakikatnya terjadi bahawa umat yang sedang
dizalimi oleh Israel dengan bantuan Amerika Syarikat adalah orang-orang Islam. Tapi
soal kesaksamaan atau soal keadilan, adalah prinsip universal. Amerika harus melihat
prinsip universal ini. Apa ertinya universal declaration of human rights kalau prinsip-
prinsip yang universal tidak diambil kira oleh Amerika Syarikat?
Saya tadi cuba provoke seorang rakan saya daripada pembangkang. Adakah
saudara akan mengutuk Israel? Dia kata, dengan izin: Daripada kutuk Israel, baik
kutuk Perdana Menteri Malaysia! Ini pandangan! Saya harap sahabat saya itu
bergurau [Disampuk].
Seorang Ahli: Apa nama? Nama?
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tapi jika ini realitinya, saya tidak tahu
bagaimana bentuk rupa negara Islam dan umat Islam di negara ini sendiri sekiranya
diperintah oleh pembangkang di masa akan datang!
Saya menghormati sahabat saya, saya harap dia bergurau. Ini hakikat.
Janganlah hendak tuduh sana, tuduh sini. Kalau ada perkara yang tidak betul di dalam
pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, betulkan. Sampaikan pandangan. Jangan
datang sini hanya untuk mengkritik untuk mencari political mileage yang tidak seberapa
jauh pun.
Bukitnya semalam di Ketari pun kita menang sepuluh kali ganda majoritinya.
Adakah ini tidak menjadi dengan izin eye-opener kepada pihak Pembangkang, bahawa
sokongan rakyat jelata kepada pembangkang adalah merosot? Apa yang hendak
dikatakan sekalipun, hakikatnya itulah! Majoriti kita naik sepuluh kali ganda! Mengapa
tidak perkara ini dilihat dan dijadikan satu pendorong yang positif kepada kesejahteraan
umat dunia di masa akan datang? Politik Malaysia adalah sebahagian daripada politik
di dunia ini. Umat Islam Malaysia adalah sebahagian daripada umat Islam di dunia ini.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih, Tuan Yang di-
Pertua. Baru-baru ini Ketua Pengarah FBI telah membuat lawatan rasmi ke Malaysia
dan bertemu dengan Ketua Polis Negara serta beberapa orang pimpinan tertinggi
negara bagi membasmi dan membanteras terrorism dengan izin di rantau ini. Melihat
kepada laporan-laporan yang dibuat boleh akhbar-akhbar dan juga berita-berita
daripada luar negara, salah satu tuntutan daripada lawatan Ketua Pengarah FBI itu
ialah mereka mahu dengan izin extradite beberapa orang rakyat Malaysia yang kini
ditahan di bawah ISA.
Memang rangkaian di antara negara haram Israel dengan Amerika Syarikat ini
tidak payah kita bahaskan lagi. Cuma saya ingin menegaskan dan memberitahu
kepada Yang Berhormat atau ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat -
rakan yang terapat dengan Israel hanya, dengan izin, a stone’s throw from your
constituency. Mereka dilatih oleh tentera Israel, pegawai-pegawai perisik daripada
Israel berkubu di sana, senjata-senjata mereka di bekalkan oleh Israel, dan bila-bila
masa rangkaian ini boleh memusnahkan kekuatan yang ada pada umat Islam. Saya
ingin penjelasan di situ.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Parit Sulong, hanya ada sedikit masa
lagi. Tiga minit lagi.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya
ambil dua, tiga minit lagi. Terima kasih di atas pertanyaan daripada Kuala Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya sampai ke peringkat itu, saya hendak bezakan
bagaimana biased Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang menerima economic
aid.
Tuan Abdul Rahman bin Yusof: [Bangun]
| Kalau seluruh blok barat memihak kepada Amerika Syarikat, apa jadi kepada negara maju? Apa jadi kepada negara Islam? Tidak ada orang hendak mempersoalkan perkara ini. Saya amat bimbang, kerana soal keganasan ini saya takut merebak kepada satu arah menuju peperangan di masa akan datang. Israel mempunyai cluster bomb. Cluster bomb ini, Tuan Yang di-Pertua, bom yang mempunyai komponen-komponen tertentu. Bila meletup, yang besar; lepas itu meletup yang banyak; lepas itu dia boleh bertindak seperti pisau cukur yang nipis yang boleh mencincang manusia menjadi minced meat- dengan izin. Mengapa Israel ada senjata ini? Adakah untuk mencincang umat Islam? Saya bukan hendak chauvinist sangat dengan umat Islam. Tetapi hakikatnya terjadi bahawa umat yang sedang dizalimi oleh Israel dengan bantuan Amerika Syarikat adalah orang-orang Islam. Tapi soal kesaksamaan atau soal keadilan, adalah prinsip universal. Amerika harus melihat prinsip universal ini. Apa ertinya universal declaration of human rights kalau prinsip- prinsip yang universal tidak diambil kira oleh Amerika Syarikat?. Saya tadi cuba provoke seorang rakan saya daripada pembangkang. Adakah saudara akan mengutuk Israel? Dia kata, dengan izin: Daripada kutuk Israel, baik kutuk Perdana Menteri Malaysia! Ini pandangan! Saya harap sahabat saya itu bergurau [Disampuk]. Seorang Ahli: Apa nama? Nama?. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tapi jika ini realitinya, saya tidak tahu bagaimana bentuk rupa negara Islam dan umat Islam di negara ini sendiri sekiranya diperintah oleh pembangkang di masa akan datang!. Saya menghormati sahabat saya, saya harap dia bergurau. Ini hakikat. Janganlah hendak tuduh sana, tuduh sini. Kalau ada perkara yang tidak betul di dalam pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, betulkan. Sampaikan pandangan. Jangan datang sini hanya untuk mengkritik untuk mencari political mileage yang tidak seberapa jauh pun. Bukitnya semalam di Ketari pun kita menang sepuluh kali ganda majoritinya. Adakah ini tidak menjadi dengan izin eye-opener kepada pihak Pembangkang, bahawa sokongan rakyat jelata kepada pembangkang adalah merosot? Apa yang hendak dikatakan sekalipun, hakikatnya itulah! Majoriti kita naik sepuluh kali ganda! Mengapa tidak perkara ini dilihat dan dijadikan satu pendorong yang positif kepada kesejahteraan umat dunia di masa akan datang? Politik Malaysia adalah sebahagian daripada politik di dunia ini. Umat Islam Malaysia adalah sebahagian daripada umat Islam di dunia ini. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Baru-baru ini Ketua Pengarah FBI telah membuat lawatan rasmi ke Malaysia dan bertemu dengan Ketua Polis Negara serta beberapa orang pimpinan tertinggi negara bagi membasmi dan membanteras terrorism dengan izin di rantau ini. Melihat kepada laporan-laporan yang dibuat boleh akhbar-akhbar dan juga berita-berita daripada luar negara, salah satu tuntutan daripada lawatan Ketua Pengarah FBI itu ialah mereka mahu dengan izin extradite beberapa orang rakyat Malaysia yang kini ditahan di bawah ISA. Memang rangkaian di antara negara haram Israel dengan Amerika Syarikat ini tidak payah kita bahaskan lagi. Cuma saya ingin menegaskan dan memberitahu kepada Yang Berhormat atau ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat- rakan yang terapat dengan Israel hanya, dengan izin, a stone's throw from your constituency. Mereka dilatih oleh tentera Israel, pegawai-pegawai perisik daripada Israel berkubu di sana, senjata-senjata mereka di bekalkan oleh Israel, dan bila-bila masa rangkaian ini boleh memusnahkan kekuatan yang ada pada umat Islam. Saya ingin penjelasan di situ. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Parit Sulong, hanya ada sedikit masa lagi. Tiga minit lagi. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ambil dua, tiga minit lagi. Terima kasih di atas pertanyaan daripada Kuala Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya sampai ke peringkat itu, saya hendak bezakan bagaimana biased Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang menerima economic aid. Tuan Abdul Rahman bin Yusof: [Bangun]. | 47 | 57 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
48 DR.1.4.2002
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya belum dapat jawab. Nanti dululah!
Salah satu penerima bantuan…
Tuan Yang di-Pertua: Bagi jalan, Yang Berhormat?
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak bagi jalan, Tuan Yang di-Pertua.
Nanti!
Salah satu penerima economic aid daripada Amerika Syarikat adalah Timor
Tengah iaitu Mesir. Kalau Israel dibebaskan, boleh nak buat apa sahaja, walaupun dia
kata senjata tak boleh guna, tapi kalau dia guna tutup mata, tapi bantuan yang
diberikan kepada Eygpt, ada syaratnya. Mesti import barang buatan Amerika, mesti
gunakan konsultan Amerika, segala-galanya Amerika! Jadi bermakna duit itu secara
rasmi dikeluarkan kepada Eygpt, Eygpt yang luluskan tapi balik ke poket Amerika. Itu
bentuk biased nya! Sekarang saya balik kepada kenyataan….
Tuan Abdul Rahman bin Yusof: [Bangun]
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Nanti dulu, saya hendak jawab kepada
Kuala Terengganu, pasal saya ada waktu yang singkat.
Tuan Yang di-Pertua, saya memang hendak menuju ke arah itu, sebelum itu
saya sampaikan bahawa saya minta Kerajaan Malaysia bertegas. Saya minta Kerajaan
Malaysia memberi kepimpinan kepada dunia Islam supaya kita tidak lagi diperdayakan,
diperdolak-dalikkan, dilekehkan oleh pihak barat, yang memang nampaknya
mempunyai agenda tersirat mengenai Islam.
Yang keduanya, saya memang hendak menjurus ke arah ASEAN dan juga
Filipina dan juga sahabat kita yang dikatakan tadi a stone’s throw away daripada Parit
Sulong. Kehadiran-kehadiran inilah seharusnya membimbangkan kita. Di dalam
ASEAN sendiri kita mempunyai kunco Amerika Syarikat nombor satu. Mengapa
Singapura dilengkapi dengan Awacs, sebuah kapal terbang yang mempunyai advanced
warning mengenai serangan dan boleh membuat satellite photographic imaging dan
sebagainya? Mengapa?
Kita harus persoalkan perkara ini. Mengapa sekarang ini Amerika Syarikat
berada di Selatan Filipina sedangkan kita tahu Selatan Filipina telah disembronokan
pada waktu peperangan dunia kedua bahawa kawasan itu secara treaty adalah milik
Islam? Tetapi bila Amerika mengambil Filipina daripada Spain (Sepanyol) dia kata,
“Kita tidak ambil alih Filipina” tapi selepas itu dia langgar sahaja treaty itu! Saya tidak
bagi jalan, Tuan Yang di-Pertua!
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Jadi, dengan itu saya menggesa di samping
perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, saya minta Malaysia juga menggunakan
platform mana satu yang difikirkan perlu sama ada ASEAN atau multi-lateral atau uni-
lateral kita harus mendaftarkan kebimbangan kita dan keprihatinan kita terhadap
kewujudan askar Amerika Syarikat di Filipina! Biarpun alasan yang nampak adalah
atas satu usaha memerangi terrorism! Saya takut sahabat kita yang a stone’s throw
away, dalam senario yang ada hari ini. Saya tidak mahu menyoal negara itu
memperdolak-dalihkan soal negotiation air sebagai satu isolated case, dengan izin.
Mungkin itu adalah satu perkara yang telah pun dipakejkan secara total mengikut global
senario yang sedang pun didalangi oleh Amerika Syarikat. Kita tidak tahu. Sejarah
membuktikan.
Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat bagi Kemaman.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya tidak bagi jalan, Tuan Yang di-Pertua.
Tak payah, tak payah!
Saya, Tuan Yang di-Pertua, saya pun sama pendirian dengan Yang
Berhormat bagi Bagan Datok, bahawa saya menyusuri laman web yang mengatakan
bahawa banyak negara pernah berperang oleh kerana air. Sebab itu saya menyokong
saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang bertegas dan mengkaji
semula kedudukan perhubungan persahabatan, diplomatic ties, dengan Singapura.
Bukan kita hendak bersikap extreme, tapi kesabaran rakyat Malaysia telah terlalu lama
di provoke oleh Singapura. Kita tidak mahu perkara ini dipermain-mainkan! [Disampuk]
Saya dengar...
| Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya belum dapat jawab. Nanti dululah!. Salah satu penerima bantuan... Tuan Yang di-Pertua: Bagi jalan, Yang Berhormat?. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak bagi jalan, Tuan Yang di-Pertua. Nanti!. Salah satu penerima economic aid daripada Amerika Syarikat adalah Timor Tengah iaitu Mesir. Kalau Israel dibebaskan, boleh nak buat apa sahaja, walaupun dia kata senjata tak boleh guna, tapi kalau dia guna tutup mata, tapi bantuan yang diberikan kepada Eygpt, ada syaratnya. Mesti import barang buatan Amerika, mesti gunakan konsultan Amerika, segala-galanya Amerika! Jadi bermakna duit itu secara rasmi dikeluarkan kepada Eygpt, Eygpt yang luluskan tapi balik ke poket Amerika. Itu bentuk biased nya! Sekarang saya balik kepada kenyataan.... Tuan Abdul Rahman bin Yusof: [Bangun]. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Nanti dulu, saya hendak jawab kepada Kuala Terengganu, pasal saya ada waktu yang singkat. Tuan Yang di-Pertua, saya memang hendak menuju ke arah itu, sebelum itu saya sampaikan bahawa saya minta Kerajaan Malaysia bertegas. Saya minta Kerajaan Malaysia memberi kepimpinan kepada dunia Islam supaya kita tidak lagi diperdayakan, diperdolak-dalikkan, dilekehkan oleh pihak barat, yang memang nampaknya mempunyai agenda tersirat mengenai Islam. Yang keduanya, saya memang hendak menjurus ke arah ASEAN dan juga Filipina dan juga sahabat kita yang dikatakan tadi a stone's throw away daripada Parit Sulong. Kehadiran-kehadiran inilah seharusnya membimbangkan kita. Di dalam ASEAN sendiri kita mempunyai kunco Amerika Syarikat nombor satu. Mengapa Singapura dilengkapi dengan Awacs, sebuah kapal terbang yang mempunyai advanced warning mengenai serangan dan boleh membuat satellite photographic imaging dan sebagainya? Mengapa?. Kita harus persoalkan perkara ini. Mengapa sekarang ini Amerika Syarikat berada di Selatan Filipina sedangkan kita tahu Selatan Filipina telah disembronokan pada waktu peperangan dunia kedua bahawa kawasan itu secara treaty adalah milik Islam? Tetapi bila Amerika mengambil Filipina daripada Spain (Sepanyol) dia kata, "Kita tidak ambil alih Filipina" tapi selepas itu dia langgar sahaja treaty itu! Saya tidak bagi jalan, Tuan Yang di-Pertua!. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Jadi, dengan itu saya menggesa di samping perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, saya minta Malaysia juga menggunakan platform mana satu yang difikirkan perlu sama ada ASEAN atau multi-lateral atau uni- lateral kita harus mendaftarkan kebimbangan kita dan keprihatinan kita terhadap kewujudan askar Amerika Syarikat di Filipina! Biarpun alasan yang nampak adalah atas satu usaha memerangi terrorism! Saya takut sahabat kita yang a stone's throw away, dalam senario yang ada hari ini. Saya tidak mahu menyoal negara itu memperdolak-dalihkan soal negotiation air sebagai satu isolated case, dengan izin. Mungkin itu adalah satu perkara yang telah pun dipakejkan secara total mengikut global senario yang sedang pun didalangi oleh Amerika Syarikat. Kita tidak tahu. Sejarah membuktikan. Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat bagi Kemaman. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya tidak bagi jalan, Tuan Yang di-Pertua. Tak payah, tak payah!. Saya, Tuan Yang di-Pertua, saya pun sama pendirian dengan Yang Berhormat bagi Bagan Datok, bahawa saya menyusuri laman web yang mengatakan bahawa banyak negara pernah berperang oleh kerana air. Sebab itu saya menyokong saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang bertegas dan mengkaji semula kedudukan perhubungan persahabatan, diplomatic ties, dengan Singapura. Bukan kita hendak bersikap extreme, tapi kesabaran rakyat Malaysia telah terlalu lama di provoke oleh Singapura. Kita tidak mahu perkara ini dipermain-mainkan! [Disampuk] Saya dengar... | 48 | 58 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 49
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tolonglah. Yang Berhormat, masa
Yang Berhormat dah cukup.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, itulah yang hendak
saya menjelaskan dan saya harap perkara ini dipertimbangkan secara serius oleh
kerajaan. Saya menyokong, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Gelang Patah.
3.12 ptg.
Tuan Chang See Ten [Gelang Patah]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
membahaskan Akta Perbekalan 2001 dan 2002. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bawa
isu tentang penambakan laut oleh negara Singapura. Walaupun ini telah pernah di
bawa tetapi isu ini masih belum selesai.
Tuan Yang di-Pertua, perkara penambakan laut ini adalah berdekatan dengan
kawasan Parlimen Gelang Patah. Tuan Yang di-Pertua, beberapa tahun kebelakangan
ini, pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi telah
menjadi agenda utama para pemimpin negara, namun ini tidak bererti pertanian dan
perikanan tidak lagi menjadi penting. Ini adalah kerana makanan yang kita ambil setiap
hari untuk terus hidup merupakan hasil dari aktiviti pertanian dan perikanan. Saya
sedar bahawa selama ini kerajaan tidak lupa menggalakkan peningkatan produktiviti
sektor pertanian dan sektor perikanan supaya mencapai tahap sara diri secepat
mungkin. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada makanan yang diimport dan
sekali gus mengurangkan pengaliran keluar wang negara.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada mempergiatkan usaha penyelidikan dan
pembangunan, kita juga harus peka terhadap aktiviti-aktiviti yang mungkin
mendatangkan kesan negatif kepada kemajuan sektor-sektor ini. Di kawasan Parlimen
saya iaitu Gelang Patah masih terdapat ramai penduduk yang bekerja sebagai nelayan.
Mereka bergantung kepada hasil tangkapan dari laut untuk menyara hidup diri dan
keluarga. Setelah bermulanya kerja-kerja penambakan laut secara besar-besaran oleh
negara jiran kita, nelayan dengan ini sudah mula bimbang mata pencarian mereka akan
terjejas. Saya selaku Ahli Parlimen sentiasa menerima aduan daripada nelayan di
kawasan saya, ini memandangkan kerja-kerja penambakan laut mungkin menjejaskan
ekonomi perairan yang berdekatan.
Tuan Yang di-Pertua, kita mesti menghormati Singapura sebagai sebuah
negara merdeka dan berdaulat. Kita juga mesti sedar bahawa para pemimpin negara
itu memikul tanggungjawab yang berat untuk menambah atau menyediakan tanah yang
secukupnya bagi meneruskan pembangunan negara itu. Saya percaya negara kita
juga akan dapat turut menikmati pelbagai manfaat sekiranya negara jiran kita ini dapat
terus maju dan makmur. Walau bagaimanapun, adalah juga menjadi harapan saya
agar kerja-kerja penambakan laut yang dilaksanakan tidak mendatangkan implikasi
yang tidak menyenangkan kepada kita.
Tuan Yang di-Pertua, menurut akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 Mac
2002, Malaysia sedang menjalankan kajian terhadap kesan kerja-kerja penambakan
laut yang dijalankan. Akhbar yang sama juga melaporkan bahawa Timbalan Perdana
Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong menyatakan bahawa republik itu sudi
mempertimbangkan laporan kajian yang dikemukakan oleh Malaysia. Oleh yang
demikian, saya berharap pihak kerajaan dapat menyusun satu rancangan yang
sempurna bagi menjalankan kajian yang menyeluruh berhubung kerja-kerja
penambakan laut ini tidak lah berfaedah untuk kita bertindak secara emosional dalam
hal ini, biarlah kita berunding dengan jiran kita berpandukan bukti-bukti yang relevan.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang mungkin telah terdapat beberapa
projek penyelidikan berskala kecil dijalankan berhubung dengan penambakan laut oleh
Singapura. Adalah penting bagi pihak Kerajaan Malaysia memastikan satu kajian yang
lebih sistematik, mendalam dan menyeluruh dilaksanakan. Kajian tersebut perlu
meliputi bukan sahaja kesan-kesan kerja penambakan laut ke atas ekologi perairan
yang berdekatan tetapi juga patut menyentuh tentang gangguan yang mungkin wujud
ke atas perjalanan kapal-kapal yang menggunakan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan
Pelabuhan Pasir Gudang ketika kerja penambakan laut dijalankan.
Saya berpendapat Universiti Teknologi Malaysia yang terletak di kawasan
Skudai, kawasan Parlimen Gelang Patah, Johor dapat memainkan peranan yang
| Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tolonglah. Yang Berhormat, masa Yang Berhormat dah cukup. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, itulah yang hendak saya menjelaskan dan saya harap perkara ini dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan. Saya menyokong, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Gelang Patah. 3.12 ptg. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan Akta Perbekalan 2001 dan 2002. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bawa isu tentang penambakan laut oleh negara Singapura. Walaupun ini telah pernah di bawa tetapi isu ini masih belum selesai. Tuan Yang di-Pertua, perkara penambakan laut ini adalah berdekatan dengan kawasan Parlimen Gelang Patah. Tuan Yang di-Pertua, beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi telah menjadi agenda utama para pemimpin negara, namun ini tidak bererti pertanian dan perikanan tidak lagi menjadi penting. Ini adalah kerana makanan yang kita ambil setiap hari untuk terus hidup merupakan hasil dari aktiviti pertanian dan perikanan. Saya sedar bahawa selama ini kerajaan tidak lupa menggalakkan peningkatan produktiviti sektor pertanian dan sektor perikanan supaya mencapai tahap sara diri secepat mungkin. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada makanan yang diimport dan sekali gus mengurangkan pengaliran keluar wang negara. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada mempergiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan, kita juga harus peka terhadap aktiviti-aktiviti yang mungkin mendatangkan kesan negatif kepada kemajuan sektor-sektor ini. Di kawasan Parlimen saya iaitu Gelang Patah masih terdapat ramai penduduk yang bekerja sebagai nelayan. Mereka bergantung kepada hasil tangkapan dari laut untuk menyara hidup diri dan keluarga. Setelah bermulanya kerja-kerja penambakan laut secara besar-besaran oleh negara jiran kita, nelayan dengan ini sudah mula bimbang mata pencarian mereka akan terjejas. Saya selaku Ahli Parlimen sentiasa menerima aduan daripada nelayan di kawasan saya, ini memandangkan kerja-kerja penambakan laut mungkin menjejaskan ekonomi perairan yang berdekatan. Tuan Yang di-Pertua, kita mesti menghormati Singapura sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Kita juga mesti sedar bahawa para pemimpin negara itu memikul tanggungjawab yang berat untuk menambah atau menyediakan tanah yang secukupnya bagi meneruskan pembangunan negara itu. Saya percaya negara kita juga akan dapat turut menikmati pelbagai manfaat sekiranya negara jiran kita ini dapat terus maju dan makmur. Walau bagaimanapun, adalah juga menjadi harapan saya agar kerja-kerja penambakan laut yang dilaksanakan tidak mendatangkan implikasi yang tidak menyenangkan kepada kita. Tuan Yang di-Pertua, menurut akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 Mac 2002, Malaysia sedang menjalankan kajian terhadap kesan kerja-kerja penambakan laut yang dijalankan. Akhbar yang sama juga melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong menyatakan bahawa republik itu sudi mempertimbangkan laporan kajian yang dikemukakan oleh Malaysia. Oleh yang demikian, saya berharap pihak kerajaan dapat menyusun satu rancangan yang sempurna bagi menjalankan kajian yang menyeluruh berhubung kerja-kerja penambakan laut ini tidak lah berfaedah untuk kita bertindak secara emosional dalam hal ini, biarlah kita berunding dengan jiran kita berpandukan bukti-bukti yang relevan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang mungkin telah terdapat beberapa projek penyelidikan berskala kecil dijalankan berhubung dengan penambakan laut oleh Singapura. Adalah penting bagi pihak Kerajaan Malaysia memastikan satu kajian yang lebih sistematik, mendalam dan menyeluruh dilaksanakan. Kajian tersebut perlu meliputi bukan sahaja kesan-kesan kerja penambakan laut ke atas ekologi perairan yang berdekatan tetapi juga patut menyentuh tentang gangguan yang mungkin wujud ke atas perjalanan kapal-kapal yang menggunakan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang ketika kerja penambakan laut dijalankan. Saya berpendapat Universiti Teknologi Malaysia yang terletak di kawasan Skudai, kawasan Parlimen Gelang Patah, Johor dapat memainkan peranan yang. | 49 | 59 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
50 DR.1.4.2002
penting dan memberi sumbangan yang bermakna dalam kajian yang perlu dijalankan.
Saya percaya UTM mempunyai kebanyakan kepakaran teknikal serta peralatan yang
diperlukan untuk menjalankan kajian yang berkaitan. Sekiranya perlu pihak kerajaan
boleh membawa masuk pakar-pakar yang tidak terdapat di UTM dari luar bagi
menjayakan kajian menyeluruh ini. Yang penting ialah kita mesti menyediakan satu
laporan lengkap bagi membantu para pemimpin dari kedua-dua negara, memahami
kesan-kesan penambakan laut yang dijalankan.
Tuan Yang di-Pertua, menjalankan kerja-kerja penambakan laut dalam
perairan mereka sendiri merupakan hak Singapura, meski pun begitu adalah juga wajar
bagi para pemimpin negara itu memikirkan kesan yang tidak diingini, yang mungkin
terpaksa dialami oleh kita berikutan projek-projek pembangunan mereka. Sekiranya
kita tidak dapat memujuk negara Singapura membatalkan atau mengubah rancangan
mereka agar ekologi kawasan perairan yang berdekatan dapat dipelihara, kita mesti
menggunakan kepakaran yang kita ada untuk mencari jalan meminimumkan kesan
yang tidak diingini dengan usaha kita sendiri. Sebagai sebuah negara yang berdaulat
dan merdeka, kita juga patut mempunyai kemampuan untuk melindungi kepentingan
kita sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, sudah terdapat banyak isu kontroversi yang
menyelubungi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura. Kita mesti berikhtiar
mengurangkan isu-isu yang kontroversial supaya kita dapat menumpukan lebih banyak
perhatian kepada usaha-usaha yang memanfaatkan kedua-dua pihak. Suka atau pun
tidak, kita mesti menerima hakikat bahawa negara Singapura merupakan salah satu
negara jiran kita yang terdekat. Sememangnya terdapat banyak bidang yang dapat kita
bekerjasama untuk kepentingan semua pihak, mudah-mudahan para pemimpin dari
kedua-dua negara dapat terus menjalinkan hubungan yang mesra dengan sentiasa
saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bawa satu perkara tentang Jabatan Kastam.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya baca dalam surat khabar The Star pada 14
Februari 2002 iaitu Jabatan Kastam telah membeli alat mengimbas Vasic II buatan
Amerika, tetapi kalau dikaji daripada prospektus Syarikat Sistem Vasic II (SAIC) ini
menggunakan sistem sinaran GAMMA dan bukan x-ray, memandangkan sinaran
GAMMA adalah radioaktif, saya ingin minta pengesahan daripada Kementerian
Kewangan tentang hal ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu, adakah benar sistem Vasic II
menggunakan sinaran GAMMA dengan punca sinaran yang tinggi satu minikuri.
Mengikut pengetahuan saya, sinaran GAMMA ini sentiasa memancar dan sinaran ini
boleh menyebabkan kanser jika terkena sinarannya. Adakah Jabatan Kastam
mendapat nasihat atau kebenaran daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
atau Malaysian Institute of Nuclear Technology (MINT) sebelum alatan yang
merbahaya ini dibeli atau digunakan.
Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Kastam telah mengesahkan akan membeli lima
unit alatan yang berbahaya ini. Adakah Jabatan Kastam telah bersedia daripada aspek
keselamatan untuk alatan ini digunakan terutama keselamatan kakitangan Jabatan
Kastam dan juga kepada pengguna awam yang lain, apakah langkah-langkah
keselamatan yang telah diambil?
Tuan Yang di-Pertua, sistem sinaran GAMMA yang setinggi satu minikuri ini
jika berlaku kebocoran akan menyebabkan kecelakaan kepada kawasan sekeliling
sepuluh kilometer. Saya tidak mahu kecelakaan yang berlaku di Chenobyl, Rusia juga
berlaku kepada kita. Justeru itu saya memohon jasa baik Kementerian Kewangan
untuk menyiasat perkara ini yang saya fikir boleh membahayakan kita.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Jabatan Kastam amat memerlukan
sistem pengimbas ini untuk meningkatkan operasi mereka, saya mencadangkan
kemungkinan Jabatan Kastam dapat mengkaji sistem daripada negara China yang
menggunakan Sistem Linear Accelerator yang jauh lebih selamat. Saya juga percaya
pembelian ini boleh dirundingkan menggunakan kaedah barter trade antara kedua-dua
negara. Ini saya bawa perkara ini saya harap Kementerian Kewangan akan meninjau
tentang kes ini supaya dapat menjaga keselamatan para pekerja iaitu pegawai-pegawai
kastam dan orang ramai yang akan menggunakan sistem keselamatan ini.
| penting dan memberi sumbangan yang bermakna dalam kajian yang perlu dijalankan. Saya percaya UTM mempunyai kebanyakan kepakaran teknikal serta peralatan yang diperlukan untuk menjalankan kajian yang berkaitan. Sekiranya perlu pihak kerajaan boleh membawa masuk pakar-pakar yang tidak terdapat di UTM dari luar bagi menjayakan kajian menyeluruh ini. Yang penting ialah kita mesti menyediakan satu laporan lengkap bagi membantu para pemimpin dari kedua-dua negara, memahami kesan-kesan penambakan laut yang dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, menjalankan kerja-kerja penambakan laut dalam perairan mereka sendiri merupakan hak Singapura, meski pun begitu adalah juga wajar bagi para pemimpin negara itu memikirkan kesan yang tidak diingini, yang mungkin terpaksa dialami oleh kita berikutan projek-projek pembangunan mereka. Sekiranya kita tidak dapat memujuk negara Singapura membatalkan atau mengubah rancangan mereka agar ekologi kawasan perairan yang berdekatan dapat dipelihara, kita mesti menggunakan kepakaran yang kita ada untuk mencari jalan meminimumkan kesan yang tidak diingini dengan usaha kita sendiri. Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, kita juga patut mempunyai kemampuan untuk melindungi kepentingan kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, sudah terdapat banyak isu kontroversi yang menyelubungi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura. Kita mesti berikhtiar mengurangkan isu-isu yang kontroversial supaya kita dapat menumpukan lebih banyak perhatian kepada usaha-usaha yang memanfaatkan kedua-dua pihak. Suka atau pun tidak, kita mesti menerima hakikat bahawa negara Singapura merupakan salah satu negara jiran kita yang terdekat. Sememangnya terdapat banyak bidang yang dapat kita bekerjasama untuk kepentingan semua pihak, mudah-mudahan para pemimpin dari kedua-dua negara dapat terus menjalinkan hubungan yang mesra dengan sentiasa saling hormat menghormati antara satu sama lain. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bawa satu perkara tentang Jabatan Kastam. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya baca dalam surat khabar The Star pada 14 Februari 2002 iaitu Jabatan Kastam telah membeli alat mengimbas Vasic II buatan Amerika, tetapi kalau dikaji daripada prospektus Syarikat Sistem Vasic II (SAIC) ini menggunakan sistem sinaran GAMMA dan bukan x-ray, memandangkan sinaran GAMMA adalah radioaktif, saya ingin minta pengesahan daripada Kementerian Kewangan tentang hal ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu, adakah benar sistem Vasic II menggunakan sinaran GAMMA dengan punca sinaran yang tinggi satu minikuri. Mengikut pengetahuan saya, sinaran GAMMA ini sentiasa memancar dan sinaran ini boleh menyebabkan kanser jika terkena sinarannya. Adakah Jabatan Kastam mendapat nasihat atau kebenaran daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) atau Malaysian Institute of Nuclear Technology (MINT) sebelum alatan yang merbahaya ini dibeli atau digunakan. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Kastam telah mengesahkan akan membeli lima unit alatan yang berbahaya ini. Adakah Jabatan Kastam telah bersedia daripada aspek keselamatan untuk alatan ini digunakan terutama keselamatan kakitangan Jabatan Kastam dan juga kepada pengguna awam yang lain, apakah langkah-langkah keselamatan yang telah diambil?. Tuan Yang di-Pertua, sistem sinaran GAMMA yang setinggi satu minikuri ini jika berlaku kebocoran akan menyebabkan kecelakaan kepada kawasan sekeliling sepuluh kilometer. Saya tidak mahu kecelakaan yang berlaku di Chenobyl, Rusia juga berlaku kepada kita. Justeru itu saya memohon jasa baik Kementerian Kewangan untuk menyiasat perkara ini yang saya fikir boleh membahayakan kita. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Jabatan Kastam amat memerlukan sistem pengimbas ini untuk meningkatkan operasi mereka, saya mencadangkan kemungkinan Jabatan Kastam dapat mengkaji sistem daripada negara China yang menggunakan Sistem Linear Accelerator yang jauh lebih selamat. Saya juga percaya pembelian ini boleh dirundingkan menggunakan kaedah barter trade antara kedua-dua negara. Ini saya bawa perkara ini saya harap Kementerian Kewangan akan meninjau tentang kes ini supaya dapat menjaga keselamatan para pekerja iaitu pegawai-pegawai kastam dan orang ramai yang akan menggunakan sistem keselamatan ini. | 50 | 60 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 51
Tuan Yang di-Pertua, saya pun ingin ambil peluang ini bawa perkara dalam
kawasan saya tentang kemudahan asas di kawasan Parlimen Gelang Patah, iaitu
tentang projek jejantas kenderaan bertingkat di persimpangan Jalan Skudai, Jalan
Pontian, Johor Bharu Projek ini pada tahun 1996, pihak Kementerian Kerja Raya
semasa menjawab di Parlimen ini telah meluluskan dan hingga pada masa sekarang
masih belum dilaksanakan dan saya dapat jawapan pada tahun lalu iaitu diluluskan
semula.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah)
mempengerusikan Mesyuarat]
Tetapi, baru-baru ini apabila saya baru dapat satu jawapan, iaitu pembinaan
projek persimpangan bertingkat Jalan Skudai, Jalan Pontian ditangguhkan.
Pelaksanaannya kerana jajaran projek ini didapati bertindih dengan cadangan projek
penswastaan Senai Desaru yang dicadangkan oleh konsortium Rancak Bestari Sdn.
Bhd. dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang telah pun dipersetujui
pelaksanaannya oleh kerajaan. Oleh kerana masalah ekonomi negara pada masa ini,
pelaksanaan projek tersebut telah tergendala dan tertangguh sehingga pihak syarikat
mempunyai sumber kewangan bagi membiayai pelaksanaan projek berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, selepas projek pelebaran Jalan Skudai
dan flyover di persimpangan Jalan Gelang Patah dan Jalan Skudai disiapkan, memang
kesesakan lalu lintas di kawasan itu telah diperbaiki tetapi malangnya, oleh kerana
projek ini, projek jejantas kenderaan bertingkat di persimpangan Jalan Skudai dan
Jalan Pontian ini belum dimulakan dan ini sudah menjadikan satu bottleneck di
kawasan itu, sentiasa menyebabkan kesesakan lalu lintas. Saya baru-baru ini telah
buat surat sekali lagi kepada Unit Perancang Ekonomi Negara di Jabatan Perdana
Menteri supaya projek ini dapat dijalankan kerana apa yang dijawab dalam surat itu,
boleh dikatakan cerita lama.
Ini kerana, projek yang dicadangkan oleh Konsortium Rancak Bestari Sdn.
Bhd. dan KPRJ boleh dikatakan belum dimateraikan dan perjanjian pun belum
ditandatangani dan kemungkinan akan dibatalkan dan kita perlu memberikan perhatian
berat tentang kes ini supaya apa yang dijanjikan oleh pihak Kementerian Kerja Raya
dalam Parlimen ini dapat ditunaikan secepat mungkin, kerana saya selaku Ahli
Parlimen, selepas ini diumumkan pada tahun 1996, saya pun beritahu semasa kempen
pilihan raya dan bila-bila ada majlis yang berdekatan dengan kawasan sini, saya
beritahu kepada penduduk dan mereka anggap ini adalah satu perjanjian yang ambil
masa lama, yang belum ditunaikan.
Pada tahun 2000, saya pernah pada 22 Disember 2000 saya pun bawa
perkara ini kepada Unit Perancang Ekonomi Negara. Pada kali ini, 29 Mac 2002 saya
buat surat lagi dan saya ada pernah buat surat kepada Menteri Kerja Raya supaya
ambil berat tentang kes ini supaya projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin
kerana sudah dijanjikan dua kali, iaitu pada tahun 1996 dan tahun 2001, iaitu, tahun lalu
semasa perbahasan budget. Saya harap pihak Kementerian Kerja Raya dan Jabatan
Perdana Menteri terutama Unit Perancang Ekonomi Negara akan dapat bersama-sama
menunaikan apa yang telah dijanjikan untuk melaksanakan projek ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya pun ingin bawa perkara tentang Kementerian
Kesihatan telah bersetuju mengadakan projek poliklinik di Taman Universiti. Projek ini,
saya dapat jawapan iaitu akan dilaksanakan mulai bulan Jun tahun ini, tetapi saya
dapat makluman bahawa walaupun Project Management Consultant (PMC) telah
panggil tender pada tahun lalu dan saya ingin tahu mengapa bila sudah panggil tender,
selepas tiga syarikat kontraktor telah tender dan saya dimaklumkan bahawa semua
tender itu telah dibatalkan dan akan ditender semula.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat.
Tuan Chang See Ten: Saya habiskan perkataan. Saya harap, kerana kes
ini, bila saya dapat surat jawapan, saya sudah beritahu kepada penduduk-penduduk di
Taman Universiti bahawa akan dijalankan, saya harap pihak Kementerian Kesihatan
akan mempercepatkan projek poliklinik di Taman Universiti ini secepat mungkin.
Dengan kata-kata yang demikian, saya pohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kepong,
Kepong.
| Tuan Yang di-Pertua, saya pun ingin ambil peluang ini bawa perkara dalam kawasan saya tentang kemudahan asas di kawasan Parlimen Gelang Patah, iaitu tentang projek jejantas kenderaan bertingkat di persimpangan Jalan Skudai, Jalan Pontian, Johor Bharu Projek ini pada tahun 1996, pihak Kementerian Kerja Raya semasa menjawab di Parlimen ini telah meluluskan dan hingga pada masa sekarang masih belum dilaksanakan dan saya dapat jawapan pada tahun lalu iaitu diluluskan semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat]. Tetapi, baru-baru ini apabila saya baru dapat satu jawapan, iaitu pembinaan projek persimpangan bertingkat Jalan Skudai, Jalan Pontian ditangguhkan. Pelaksanaannya kerana jajaran projek ini didapati bertindih dengan cadangan projek penswastaan Senai Desaru yang dicadangkan oleh konsortium Rancak Bestari Sdn. Bhd. dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang telah pun dipersetujui pelaksanaannya oleh kerajaan. Oleh kerana masalah ekonomi negara pada masa ini, pelaksanaan projek tersebut telah tergendala dan tertangguh sehingga pihak syarikat mempunyai sumber kewangan bagi membiayai pelaksanaan projek berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, selepas projek pelebaran Jalan Skudai dan flyover di persimpangan Jalan Gelang Patah dan Jalan Skudai disiapkan, memang kesesakan lalu lintas di kawasan itu telah diperbaiki tetapi malangnya, oleh kerana projek ini, projek jejantas kenderaan bertingkat di persimpangan Jalan Skudai dan Jalan Pontian ini belum dimulakan dan ini sudah menjadikan satu bottleneck di kawasan itu, sentiasa menyebabkan kesesakan lalu lintas. Saya baru-baru ini telah buat surat sekali lagi kepada Unit Perancang Ekonomi Negara di Jabatan Perdana Menteri supaya projek ini dapat dijalankan kerana apa yang dijawab dalam surat itu, boleh dikatakan cerita lama. Ini kerana, projek yang dicadangkan oleh Konsortium Rancak Bestari Sdn. Bhd. dan KPRJ boleh dikatakan belum dimateraikan dan perjanjian pun belum ditandatangani dan kemungkinan akan dibatalkan dan kita perlu memberikan perhatian berat tentang kes ini supaya apa yang dijanjikan oleh pihak Kementerian Kerja Raya dalam Parlimen ini dapat ditunaikan secepat mungkin, kerana saya selaku Ahli Parlimen, selepas ini diumumkan pada tahun 1996, saya pun beritahu semasa kempen pilihan raya dan bila-bila ada majlis yang berdekatan dengan kawasan sini, saya beritahu kepada penduduk dan mereka anggap ini adalah satu perjanjian yang ambil masa lama, yang belum ditunaikan. Pada tahun 2000, saya pernah pada 22 Disember 2000 saya pun bawa perkara ini kepada Unit Perancang Ekonomi Negara. Pada kali ini, 29 Mac 2002 saya buat surat lagi dan saya ada pernah buat surat kepada Menteri Kerja Raya supaya ambil berat tentang kes ini supaya projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana sudah dijanjikan dua kali, iaitu pada tahun 1996 dan tahun 2001, iaitu, tahun lalu semasa perbahasan budget. Saya harap pihak Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Perdana Menteri terutama Unit Perancang Ekonomi Negara akan dapat bersama-sama menunaikan apa yang telah dijanjikan untuk melaksanakan projek ini. Tuan Yang di-Pertua, saya pun ingin bawa perkara tentang Kementerian Kesihatan telah bersetuju mengadakan projek poliklinik di Taman Universiti. Projek ini, saya dapat jawapan iaitu akan dilaksanakan mulai bulan Jun tahun ini, tetapi saya dapat makluman bahawa walaupun Project Management Consultant (PMC) telah panggil tender pada tahun lalu dan saya ingin tahu mengapa bila sudah panggil tender, selepas tiga syarikat kontraktor telah tender dan saya dimaklumkan bahawa semua tender itu telah dibatalkan dan akan ditender semula. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat. Tuan Chang See Ten: Saya habiskan perkataan. Saya harap, kerana kes ini, bila saya dapat surat jawapan, saya sudah beritahu kepada penduduk-penduduk di Taman Universiti bahawa akan dijalankan, saya harap pihak Kementerian Kesihatan akan mempercepatkan projek poliklinik di Taman Universiti ini secepat mungkin. Dengan kata-kata yang demikian, saya pohon menyokong. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kepong, Kepong. | 51 | 61 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
52 DR.1.4.2002
3.33 ptg.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan
Yang di-Pertua, sekarang kita nampak banyak perkara yang berlaku di Palestine
misalnya, kita mengutuk semua jenis keganasan yang berlaku termasuk di Palestine,
tidak kira keganasan ini dibuat oleh sesiapa pun.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat menyokong?
Dr. Tan Seng Giaw: Ya? [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat menyokong?
Dr. Tan Seng Giaw: Tidak. Kita mengutuk, tidak sokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak
tahulah, saya dengar tadi menyokong. Teruskan Yang Berhormat. [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw: Ya, mungkin itu peralatan pembesar suara ini...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Oooh!
teruskan Yang Berhormat. [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw: ...mestilah diperbaiki.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila,
sila.
Dr. Tan Seng Giaw: Mesti yang terbaik. Saya akan mencadangkan
kemudian.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila,
sila.
Dr. Tan Seng Giaw: Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Minta maaf
mengganggu Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Dengan peperangan yang berlaku di Palestine, kita
berharap kerajaan dapat memainkan peranan yang lebih untuk mencapai kedamaian,
memberhentikan segala keganasan di Timur Tengah. Ketetapan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu mestilah dikuatkuasakan. Resolusi demi resolusi diluluskan. Tetapi,
penguatkuasaan tidak nampak. Itu masalah PBB sekarang ini dan kita menyeru
supaya Kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk
menangani masalah yang kita tidak boleh terima.
Tuan Yang di-Pertua, setelah mengadakan ISO 9002 di Parlimen, saya
berharap beberapa aspek dapat diperbaikikan lagi. Sekarang, ada yang telah
dipertingkatkan seperti bilik pemberita dan jam di pintu masuk ke perkarangan Parlimen
itu cantik. Saya berharap dapat di selenggara dengan baik. Jangan lewat jam itu.
Tetapi, kemudahan-kemudahan rekreasi semacam gelanggang tenis perlu
diperindahkan kerana gelanggang itu sudah ketinggalan zaman dan information
communication technology (ICT) seumpama laman web Parlimen mestilah
disempurnakan. Ini berkehendakkan pakar di dalam bidang ini.
Kita perlu pakar kerana yang setakat ini, tidak cukuplah, tidak ada jawatan,
tidak ada establishment untuk berbuat demikian, itu masalahnya. Tambahan pula,
yang benar-benar pakar, mungkin tidak berminat berkhidmat di sini. Saya
mencadangkan supaya jawatan atau establishment diadakan untuk ICT terutamanya
laman web agar ia dapat memuatkan berita-berita yang terkini.
Peluang kenaikan pangkat dan elaun patutlah dikaji semula untuk kakitangan
Parlimen, sama ada Perundangan, Pemberita, Pusat Sumber ataupun Perpustakaan,
Percetakan atau jawatan-jawatan yang lain di Parlimen. Kita mestilah mengkaji sebab
saya lihat sudah lama tidak dibuat kajian semula dan perlulah kita buat kerana dengan
ISO 9002 ini, untuk perkhidmatan, kalau kita hendak ada perkhidmatan yang mematuhi
standard ISO kita pun perlu layanan yang ISO juga. Itu memang saya sebut hari ini
untuk semua kerana kita sudah bersama-sama selama dua dekad berada di Parlimen
dan saya pun mahu mereka mendapat peluang yang lebih.
| 3.33 ptg. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita nampak banyak perkara yang berlaku di Palestine misalnya, kita mengutuk semua jenis keganasan yang berlaku termasuk di Palestine, tidak kira keganasan ini dibuat oleh sesiapa pun. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat menyokong?. Dr. Tan Seng Giaw: Ya? [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat menyokong?. Dr. Tan Seng Giaw: Tidak. Kita mengutuk, tidak sokong. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak tahulah, saya dengar tadi menyokong. Teruskan Yang Berhormat. [Ketawa]. Dr. Tan Seng Giaw: Ya, mungkin itu peralatan pembesar suara ini... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Oooh! teruskan Yang Berhormat. [Ketawa]. Dr. Tan Seng Giaw: ...mestilah diperbaiki. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila, sila. Dr. Tan Seng Giaw: Mesti yang terbaik. Saya akan mencadangkan kemudian. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila, sila. Dr. Tan Seng Giaw: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Minta maaf mengganggu Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Dengan peperangan yang berlaku di Palestine, kita berharap kerajaan dapat memainkan peranan yang lebih untuk mencapai kedamaian, memberhentikan segala keganasan di Timur Tengah. Ketetapan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu mestilah dikuatkuasakan. Resolusi demi resolusi diluluskan. Tetapi, penguatkuasaan tidak nampak. Itu masalah PBB sekarang ini dan kita menyeru supaya Kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menangani masalah yang kita tidak boleh terima. Tuan Yang di-Pertua, setelah mengadakan ISO 9002 di Parlimen, saya berharap beberapa aspek dapat diperbaikikan lagi. Sekarang, ada yang telah dipertingkatkan seperti bilik pemberita dan jam di pintu masuk ke perkarangan Parlimen itu cantik. Saya berharap dapat di selenggara dengan baik. Jangan lewat jam itu. Tetapi, kemudahan-kemudahan rekreasi semacam gelanggang tenis perlu diperindahkan kerana gelanggang itu sudah ketinggalan zaman dan information communication technology (ICT) seumpama laman web Parlimen mestilah disempurnakan. Ini berkehendakkan pakar di dalam bidang ini. Kita perlu pakar kerana yang setakat ini, tidak cukuplah, tidak ada jawatan, tidak ada establishment untuk berbuat demikian, itu masalahnya. Tambahan pula, yang benar-benar pakar, mungkin tidak berminat berkhidmat di sini. Saya mencadangkan supaya jawatan atau establishment diadakan untuk ICT terutamanya laman web agar ia dapat memuatkan berita-berita yang terkini. Peluang kenaikan pangkat dan elaun patutlah dikaji semula untuk kakitangan Parlimen, sama ada Perundangan, Pemberita, Pusat Sumber ataupun Perpustakaan, Percetakan atau jawatan-jawatan yang lain di Parlimen. Kita mestilah mengkaji sebab saya lihat sudah lama tidak dibuat kajian semula dan perlulah kita buat kerana dengan ISO 9002 ini, untuk perkhidmatan, kalau kita hendak ada perkhidmatan yang mematuhi standard ISO kita pun perlu layanan yang ISO juga. Itu memang saya sebut hari ini untuk semua kerana kita sudah bersama-sama selama dua dekad berada di Parlimen dan saya pun mahu mereka mendapat peluang yang lebih. | 3 | 62 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 53
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit-sebanyak mengenai pilihan
raya. Pada 31 Mac 2002, iaitu semalam, Barisan Nasional telah mengekalkan kerusi
Dewan Undangan Negeri kawasan Ketari, Bentong dengan majoriti 2,204 undi…
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: 2,400 undi.
Dr. Tan Seng Giaw: 2,204 ya?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: 2,400…
Dr. Tan Seng Giaw: 2,400 kah? [Ketawa]
Seorang Ahli: 2,204
Dr. Tan Seng Giaw: 2,204 undi. Kita terima keputusan para pengundi
Ketari. Kita terima, ini caranya. Tidak membantah, kita terima. Seperti biasa kita
membangkitkan kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam pilihan raya, terutamanya
pilihan raya kecil. BN sentiasa menggunakan media, jentera kerajaan dan wang
dengan sewenang-wenang. Di dalam demokrasi berparlimen, kita memerlukan media
yang tidak memihak kepada sesiapa pun tetapi di Malaysia keadaan media yang
terkekang ini menyusahkan kita…
Seorang Ahli: Terkekang? Apa terkekang?
Dr. Tan Seng Giaw: Memang. Ehem. Terkekang. Bukan kekang. Kecoh!.
Ya terkekang, jadi sudah menyusahkan kita. Jentera kerajaan adalah disalahgunakan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang
berdiri Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ada masa Yang Berhormat bagi Seri Gading.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak
bagi Yang Berhormat?
Dr. Tan Seng Giaw: Satu sahaja, jangan macam-macam. Jangan
mukadimah banyak sangat. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya,
mukadimah sangat. [Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Kepong. Kita Barisan Nasional pun
sudah mengagak apabila kita menang, mesti ada alasan pihak pembangkang yang
akan menyatakan sebab dia kalah begitu-begini. Tetapi apabila dia menang, dia kata
“rakyat telah pun memilih kami”. Itu biasalah. Jadi itu sudah standard parti
pembangkang apabila kalah, itulah ucapannya.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, kita terima keputusan.
Sekenyang-kenyang sang banting,
Rumput tua dimamah juga,
Setinggi-tinggi melenting,
Jatuhnya ke tanah juga. [Tepuk] [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dah bersiap
dengan pantun ya?
Dr. Tan Seng Giaw: Siap dah. [Ketawa] Bukan siap, ini pantun Melayu, kita
pun lafaz sedikitlah dari semasa ke semasa, tidak pandai juga ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya
hormati dengan kepintaran Yang Berhormat mengenai pantun.
Dr. Tan Seng Giaw: Kerana di dalam tradisi ini, zaman purba ada pemantun-
pemantun menghafaz beratus-ratus pantun di dalam otak. Itu caranya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, jentera kerajaan sering
disalahgunakan termasuk TV, radio dan kenderaan Jabatan Penerangan. Saya sendiri
menyaksikan semalam kenderaan Jabatan Penerangan, kononnya menjalankan tugas
| Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit-sebanyak mengenai pilihan raya. Pada 31 Mac 2002, iaitu semalam, Barisan Nasional telah mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Ketari, Bentong dengan majoriti 2,204 undi... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: 2,400 undi. Dr. Tan Seng Giaw: 2,204 ya?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: 2,400... Dr. Tan Seng Giaw: 2,400 kah? [Ketawa]. Seorang Ahli: 2,204. Dr. Tan Seng Giaw: 2,204 undi. Kita terima keputusan para pengundi Ketari. Kita terima, ini caranya. Tidak membantah, kita terima. Seperti biasa kita membangkitkan kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam pilihan raya, terutamanya pilihan raya kecil. BN sentiasa menggunakan media, jentera kerajaan dan wang dengan sewenang-wenang. Di dalam demokrasi berparlimen, kita memerlukan media yang tidak memihak kepada sesiapa pun tetapi di Malaysia keadaan media yang terkekang ini menyusahkan kita... Seorang Ahli: Terkekang? Apa terkekang?. Dr. Tan Seng Giaw: Memang. Ehem. Terkekang. Bukan kekang. Kecoh!. Ya terkekang, jadi sudah menyusahkan kita. Jentera kerajaan adalah disalahgunakan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ada masa Yang Berhormat bagi Seri Gading. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi Yang Berhormat?. Dr. Tan Seng Giaw: Satu sahaja, jangan macam-macam. Jangan mukadimah banyak sangat. [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, mukadimah sangat. [Ketawa]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Kepong. Kita Barisan Nasional pun sudah mengagak apabila kita menang, mesti ada alasan pihak pembangkang yang akan menyatakan sebab dia kalah begitu-begini. Tetapi apabila dia menang, dia kata "rakyat telah pun memilih kami". Itu biasalah. Jadi itu sudah standard parti pembangkang apabila kalah, itulah ucapannya. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, kita terima keputusan. Sekenyang-kenyang sang banting, Rumput tua dimamah juga, Setinggi-tinggi melenting, Jatuhnya ke tanah juga. [Tepuk] [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dah bersiap dengan pantun ya?. Dr. Tan Seng Giaw: Siap dah. [Ketawa] Bukan siap, ini pantun Melayu, kita pun lafaz sedikitlah dari semasa ke semasa, tidak pandai juga ya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya hormati dengan kepintaran Yang Berhormat mengenai pantun. Dr. Tan Seng Giaw: Kerana di dalam tradisi ini, zaman purba ada pemantun- pemantun menghafaz beratus-ratus pantun di dalam otak. Itu caranya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, jentera kerajaan sering disalahgunakan termasuk TV, radio dan kenderaan Jabatan Penerangan. Saya sendiri menyaksikan semalam kenderaan Jabatan Penerangan, kononnya menjalankan tugas. | 53 | 63 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
54 DR.1.4.2002
tetapi tugas itu memihak kepada satu pihak. Ha, itulah tugasnya. Kalau disoal,
kerajaan akan memberikan alasan yang pincang, semacam kenderaan, TV dan
radionya menjalankan tugas sahaja. Politik wang adalah sangat ketara.
Saya telah diberitahu bahawa bagi setiap 300 ekar tanah hutan di Pahang,
sebanyak RM1 juta adalah diberi kepada kroninya, walhal harga pasarannya adalah
berapa kali ganda. Kerana itu untuk mendapatkan wang bagi pilihan raya. Yang
Berhormat bagi Seri Gading pun tahu, cuma, berpura-pura buat tidak tahu [Ketawa]
Kalau kita tengok sepanduk, papan iklan, kain rentang, pemidang dan
sebagainya di Ketari, lautan warna biru menggelapi kawasan itu. Di jalan masuk ke
tempat mengundi seperti Benus sahaja, terdapat ratusan papan iklan dacing biru dan
sepanduknya. Jika satu papan berharga RM200, maka 200 buah papan ialah
RM40,000, itu bagi satu jalan yang pendek sahaja. Jika bagi satu jalan yang pendek
sahaja sudah membelanjakan lebih RM40,000, sedangkan bagi sesuatu pilihan raya
setiap calon hanya dibolehkan membelanjakan RM30,000 sahaja. Ini bermakna di
dalam pilihan raya kecil seperti di Ketari, BN mungkin membelanjakan berpuluh-puluh
juta ringgit. Oleh itu saya mengesyorkan supaya Badan Pencegah Rasuah dan
Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat penyelewengan tersebut.
Seorang Ahli: [Disampuk]
Dr. Tan Seng Giaw: Memang dia tidak mahu kerana hendak mengekalkan
kuasa, apa benda pun ini dibuat juga tetapi entahlah pada beberapa tahun akan
datang. Walaupun BN memberikan seribu satu dalih mengenai perkara ini, kita
terpaksa membanterasnya. Mudah-mudahan generasi akan datang akan menikmati
demokrasi berparlimen dalam erti kata yang sebenar.
Jika kita menganggarkan calon Barisan Nasional membelanjakan RM20 juta di
Ketara, dari manakah wang ini didapati? Wang ini tidak tumbuh di atas pokok-pokok
sahaja. Sekiranya wang ini didapati daripada tauke-tauke, BN akan membalas
budinya.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan haruslah menyiasat kegiatan politik wang yang
ada kaitan dengan penaungan atau patronage. Saya telah diberitahu bahawa
seseorang jaguh BN muncul dan memegang jawatan yang penting, projek-projek
dibahagikan kepada para pengikutnya. Sesetengah pengikut atau pendermanya
mungkin tidak berminat dengan perniagaan, cuma menjadi broker atau orang tengah
atau tekong sahaja, bukan usahawan, mendapat komisen 5%, 10% atau lebih.
Gejala rasuah ini semakin hari semakin sofistikated canggih. Saya telah
diberitahu, kadang kala sebuah projek yang diluluskan oleh institusi kerajaan berharga
RM1 bilion misalnya, orang atasan yang menjadi dalang atau tekong boleh mendapat
RM200 juta tanpa membuat apa usaha pun atau lebih terserah kepada keadaan. Saya
juga diberitahu bahawa para tekong ini tidak akan ada kontrak di antaranya – hanya
perjanjian lisan sahaja dan transaksi boleh diadakan di luar negara melalui bermacam-
macam saluran. Bagaimanakah kita hendak mendapatkan bukti dan saksi? Walaupun
dengan bank-bank di Switzerland, bank-bank di Cayman Island dan saya berharap
bukan bank-bank di Labuan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, ada masa sepuluh
minit lagi tak?
Seorang Ahli: Dua belas minit lagi.
Dr. Tan Seng Giaw: Dua belas minit?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tujuh minit
lagi.
Dr. Tan Seng Giaw: Tujuh minit lagi, dan banyak perkara yang hendak saya
sentuh di sini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Boleh.
Dr. Tan Seng Giaw: Ya, pertama, dengan singkatnya mengenai polis. Di balai-balai
polis, misalnya di Jinjang, balai-balai polis, ada beberapa tahun yang lalu – tiga atau
empat tahun yang lalu, saya diberitahu di sini, di dalam Dewan ini oleh Timbalan
Menteri di waktu itu, bahawa balai-balai polis seperti di Jinjang, di Jalan Bandar dan
sebagainya, akan dibina semula dengan balai yang cantik. Tetapi empat tahun
kemudian, saya masih tidak nampak. Mungkin itu penglihatan saya kurang. Saya tidak
nampak sebab saya diberitahu jangan bangkitkan perkara ini lagi kerana akan dibuat.
| tetapi tugas itu memihak kepada satu pihak. Ha, itulah tugasnya. Kalau disoal, kerajaan akan memberikan alasan yang pincang, semacam kenderaan, TV dan radionya menjalankan tugas sahaja. Politik wang adalah sangat ketara. Saya telah diberitahu bahawa bagi setiap 300 ekar tanah hutan di Pahang, sebanyak RM1 juta adalah diberi kepada kroninya, walhal harga pasarannya adalah berapa kali ganda. Kerana itu untuk mendapatkan wang bagi pilihan raya. Yang Berhormat bagi Seri Gading pun tahu, cuma, berpura-pura buat tidak tahu [Ketawa]. Kalau kita tengok sepanduk, papan iklan, kain rentang, pemidang dan sebagainya di Ketari, lautan warna biru menggelapi kawasan itu. Di jalan masuk ke tempat mengundi seperti Benus sahaja, terdapat ratusan papan iklan dacing biru dan sepanduknya. Jika satu papan berharga RM200, maka 200 buah papan ialah RM40,000, itu bagi satu jalan yang pendek sahaja. Jika bagi satu jalan yang pendek sahaja sudah membelanjakan lebih RM40,000, sedangkan bagi sesuatu pilihan raya setiap calon hanya dibolehkan membelanjakan RM30,000 sahaja. Ini bermakna di dalam pilihan raya kecil seperti di Ketari, BN mungkin membelanjakan berpuluh-puluh juta ringgit. Oleh itu saya mengesyorkan supaya Badan Pencegah Rasuah dan Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat penyelewengan tersebut. Seorang Ahli: [Disampuk]. Dr. Tan Seng Giaw: Memang dia tidak mahu kerana hendak mengekalkan kuasa, apa benda pun ini dibuat juga tetapi entahlah pada beberapa tahun akan datang. Walaupun BN memberikan seribu satu dalih mengenai perkara ini, kita terpaksa membanterasnya. Mudah-mudahan generasi akan datang akan menikmati demokrasi berparlimen dalam erti kata yang sebenar. Jika kita menganggarkan calon Barisan Nasional membelanjakan RM20 juta di Ketara, dari manakah wang ini didapati? Wang ini tidak tumbuh di atas pokok-pokok sahaja. Sekiranya wang ini didapati daripada tauke-tauke, BN akan membalas budinya. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan haruslah menyiasat kegiatan politik wang yang ada kaitan dengan penaungan atau patronage. Saya telah diberitahu bahawa seseorang jaguh BN muncul dan memegang jawatan yang penting, projek-projek dibahagikan kepada para pengikutnya. Sesetengah pengikut atau pendermanya mungkin tidak berminat dengan perniagaan, cuma menjadi broker atau orang tengah atau tekong sahaja, bukan usahawan, mendapat komisen 5%, 10% atau lebih. Gejala rasuah ini semakin hari semakin sofistikated canggih. Saya telah diberitahu, kadang kala sebuah projek yang diluluskan oleh institusi kerajaan berharga RM1 bilion misalnya, orang atasan yang menjadi dalang atau tekong boleh mendapat RM200 juta tanpa membuat apa usaha pun atau lebih terserah kepada keadaan. Saya juga diberitahu bahawa para tekong ini tidak akan ada kontrak di antaranya- hanya perjanjian lisan sahaja dan transaksi boleh diadakan di luar negara melalui bermacam- macam saluran. Bagaimanakah kita hendak mendapatkan bukti dan saksi? Walaupun dengan bank-bank di Switzerland, bank-bank di Cayman Island dan saya berharap bukan bank-bank di Labuan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, ada masa sepuluh minit lagi tak?. Seorang Ahli: Dua belas minit lagi. Dr. Tan Seng Giaw: Dua belas minit?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tujuh minit lagi. Dr. Tan Seng Giaw: Tujuh minit lagi, dan banyak perkara yang hendak saya sentuh di sini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Boleh. Dr. Tan Seng Giaw: Ya, pertama, dengan singkatnya mengenai polis. Di balai-balai polis, misalnya di Jinjang, balai-balai polis, ada beberapa tahun yang lalu- tiga atau empat tahun yang lalu, saya diberitahu di sini, di dalam Dewan ini oleh Timbalan Menteri di waktu itu, bahawa balai-balai polis seperti di Jinjang, di Jalan Bandar dan sebagainya, akan dibina semula dengan balai yang cantik. Tetapi empat tahun kemudian, saya masih tidak nampak. Mungkin itu penglihatan saya kurang. Saya tidak nampak sebab saya diberitahu jangan bangkitkan perkara ini lagi kerana akan dibuat. | 54 | 64 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 55
Datuk Bung Moktar bin Radin: Pakai kaca mata pun tidak nampak?
Dr. Tan Seng Giaw: …kaca mata saya mungkin kelabu sedikit tetapi walau
bagaimanapun saya berharap balai-balai polis yang lama dan uzur di seluruh negara
mestilah diperbaiki, bukan sahaja diperbaiki tetapi dibina semula termasuk di Jinjang.
Itu yang pertama.
Yang keduanya mengenai elaun bagi perumahan walaupun ada usaha untuk
membina rumah kos rendah bagi anggota polis tetapi tidak mencukupi di mana ada
yang tidak dapat dan ada yang mendapat elaun tetapi tidak mencukupi kerana tinggal
di bandar-bandar. Saya berharap pihak polis boleh mempertingkatkan usaha untuk
membina lebih banyak rumah kos rendah bagi anggota polis kita supaya mereka boleh
menjalankan tugas dengan baik lagi. Sebab saya pun hendak menyaksikan anggota
polis ini mengadakan imej yang lebih baik terutamanya di dalam usaha untuk
menangani masalah pendatang tanpa izin.
Baru-baru ini kita pergi ke kem di Semenyih untuk menyaksikan dengan
sendiri, bagi saya kali yang kedualah pendatang-pendatang sama ada perempuan
ataupun lelaki daripada pelbagai negara terutamanya Indonesia. Saya mencadangkan
supaya peruntukan bagi kem-kem seumpama ini ditambahkan. Ada setengah orang
beritahu kalau tengok kem di Malaysia lebih baik daripada kem-kem di negara lain. Kita
negara Malaysia, kita sentiasa menekankan ‘Malaysia Boleh’, kita boleh menunjukkan
lebih peri kemanusiaan, jangan membandingkan dengan negara-negara yang mundur.
Kita beri dan jangan kita membandingkan dengan negara Australia, negara Australia itu
dasarnya tidak baik untuk menangani masalah pendatang tanpa izin dan jangan
mencontohi negara seperti Australia. Kita contohi negara seperti Malaysia sendiri.
Berikan dan berperikemanusiaan sedikit dan tambahkan peruntukan bagi
mereka dan juga pentadbiran kem itu saya nampak pihak polis mungkin tidak mampu
untuk mengendalikan kem seumpama ini dan satu penyelarasan dengan pihak penjara
perlu diadakan. Sebab kita pun tahu imej kita pun terjejas sedikit di luar seperti akhbar
Indonesia mengutuk anggota polis kita begitu kejam dan ada rasuah dan sebagainya
dan pihak polis mengatakan tidak, mungkin ada, kalau tidak mengapa pihak Indonesia
menyiarkan berita seumpama ini. Sebab itulah saya berharap dengan layanan ataupun
imbuhan, gaji polis, elaun mesti kita naikkan secocok dengan keadaan semasa.
Sementara itu kita pun berharap semua anggota polis ada yang baik, mungkin ada
segelintir yang kambing hitam. Walau bagaimanapun, mereka mesti menjaga imej di
dalam usaha untuk membanteras pendatang tanpa izin kita ini.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, mengenai penjara. Saya berharap pihak
Kementerian Dalam Negeri dapat mengkaji sistem penjara kita termasuklah layanan ke
atas banduan-banduan di dalam penjara. Terutamanya ada dakwaan mengenai
penyelewengan di dalam penjara, bukan sahaja di dalam kantin itu, pembekalan
makanan bahkan juga layanan yang lain. Saya percaya kebanyakan pegawai
perkhidmatan penjara adalah baik, benar-benar berdedikasi tetapi ada segelintir yang
menjadi kambing hitam juga. Misalnya di dalam kantin ataupun makanan untuk
banduan-banduan.
Saya diberitahu ada pihak pembekal dan ada setengah-setengah
kakitangannya ada bersubahat supaya membekalkan dengan harga yang lebih rendah
dan mereka mendapat untung yang banyak. Apabila pihak banduan membeli makanan
ini harganya beberapa kali ganda berbanding dengan harga di luar dan layanan…
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Panjang
lagikah?
Dr. Tan Seng Giaw: Saya hendak habis sudah, Tuan Yang di-Pertua, hendak
habis sudah. Saya meminta pihak kementerian mengkaji hal ini terutamanya mengenai
penyelewengan. Bila pihak banduan ini dilayan oleh pihak warden atau kakitangan
pegawai-pegawainya ada segelintir mengamalkan rasuah, siapa yang boleh membayar
dengan banyak dilayan dengan baik. Adakah ini benar?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang
Berhormat sudah habis, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Sudah habis? Ada dua minit..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak ada.
| Datuk Bung Moktar bin Radin: Pakai kaca mata pun tidak nampak?. Dr. Tan Seng Giaw: ...kaca mata saya mungkin kelabu sedikit tetapi walau bagaimanapun saya berharap balai-balai polis yang lama dan uzur di seluruh negara mestilah diperbaiki, bukan sahaja diperbaiki tetapi dibina semula termasuk di Jinjang. Itu yang pertama. Yang keduanya mengenai elaun bagi perumahan walaupun ada usaha untuk membina rumah kos rendah bagi anggota polis tetapi tidak mencukupi di mana ada yang tidak dapat dan ada yang mendapat elaun tetapi tidak mencukupi kerana tinggal di bandar-bandar. Saya berharap pihak polis boleh mempertingkatkan usaha untuk membina lebih banyak rumah kos rendah bagi anggota polis kita supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan baik lagi. Sebab saya pun hendak menyaksikan anggota polis ini mengadakan imej yang lebih baik terutamanya di dalam usaha untuk menangani masalah pendatang tanpa izin. Baru-baru ini kita pergi ke kem di Semenyih untuk menyaksikan dengan sendiri, bagi saya kali yang kedualah pendatang-pendatang sama ada perempuan ataupun lelaki daripada pelbagai negara terutamanya Indonesia. Saya mencadangkan supaya peruntukan bagi kem-kem seumpama ini ditambahkan. Ada setengah orang beritahu kalau tengok kem di Malaysia lebih baik daripada kem-kem di negara lain. Kita negara Malaysia, kita sentiasa menekankan 'Malaysia Boleh', kita boleh menunjukkan lebih peri kemanusiaan, jangan membandingkan dengan negara-negara yang mundur. Kita beri dan jangan kita membandingkan dengan negara Australia, negara Australia itu dasarnya tidak baik untuk menangani masalah pendatang tanpa izin dan jangan mencontohi negara seperti Australia. Kita contohi negara seperti Malaysia sendiri. Berikan dan berperikemanusiaan sedikit dan tambahkan peruntukan bagi mereka dan juga pentadbiran kem itu saya nampak pihak polis mungkin tidak mampu untuk mengendalikan kem seumpama ini dan satu penyelarasan dengan pihak penjara perlu diadakan. Sebab kita pun tahu imej kita pun terjejas sedikit di luar seperti akhbar Indonesia mengutuk anggota polis kita begitu kejam dan ada rasuah dan sebagainya dan pihak polis mengatakan tidak, mungkin ada, kalau tidak mengapa pihak Indonesia menyiarkan berita seumpama ini. Sebab itulah saya berharap dengan layanan ataupun imbuhan, gaji polis, elaun mesti kita naikkan secocok dengan keadaan semasa. Sementara itu kita pun berharap semua anggota polis ada yang baik, mungkin ada segelintir yang kambing hitam. Walau bagaimanapun, mereka mesti menjaga imej di dalam usaha untuk membanteras pendatang tanpa izin kita ini. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, mengenai penjara. Saya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri dapat mengkaji sistem penjara kita termasuklah layanan ke atas banduan-banduan di dalam penjara. Terutamanya ada dakwaan mengenai penyelewengan di dalam penjara, bukan sahaja di dalam kantin itu, pembekalan makanan bahkan juga layanan yang lain. Saya percaya kebanyakan pegawai perkhidmatan penjara adalah baik, benar-benar berdedikasi tetapi ada segelintir yang menjadi kambing hitam juga. Misalnya di dalam kantin ataupun makanan untuk banduan-banduan. Saya diberitahu ada pihak pembekal dan ada setengah-setengah kakitangannya ada bersubahat supaya membekalkan dengan harga yang lebih rendah dan mereka mendapat untung yang banyak. Apabila pihak banduan membeli makanan ini harganya beberapa kali ganda berbanding dengan harga di luar dan layanan... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Panjang lagikah?. Dr. Tan Seng Giaw: Saya hendak habis sudah, Tuan Yang di-Pertua, hendak habis sudah. Saya meminta pihak kementerian mengkaji hal ini terutamanya mengenai penyelewengan. Bila pihak banduan ini dilayan oleh pihak warden atau kakitangan pegawai-pegawainya ada segelintir mengamalkan rasuah, siapa yang boleh membayar dengan banyak dilayan dengan baik. Adakah ini benar?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Sudah habis? Ada dua minit.. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak ada. | 55 | 65 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
56 DR.1.4.2002
Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ada lagi dan akhirnya kita berharap sistem penjara
kita sama ada makanan ataupun aspek-aspek yang lain mestilah dikaji semula dan
diperbaiki. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat bagi Sri Gading.
3.52 ptg.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz[ Sri Gading]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia bangun
cepat ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ikan siakap buah betik, saya cakap
pendek-pendek.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, sila.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak masuk akal, saya hendak masuk
di dalam perbahasan perbekalan. Tidak masuk akal di Malaysia ada catuan air [Tepuk]
hujan sepanjang tahun air sungai Pahang itu tidak habis hendak diminum, air sungai
Perak mengalir tidak habis hendak diambil. Boleh tidak pihak kerajaan, Kementerian
Kewangan membuat satu kajian mana-mana sungai kita yang besar-besar ini dibuatkan
paip besar-besar disalurkan ke negeri-negeri termasuk Kuala Lumpur. Kuala Lumpur
ini pusat perdagangan dan pelancongan, pusat pentadbiran. Kalau orang luar datang
hujan berderai-derai tiba-tiba paipnya tidak berair, ada batang tidak ada air [Ketawa] so,
ini memalukan kita. Sepatutnya ada batang ada air.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Batang apa
Yang Berhormat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini batang paip, Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Jadi cuma mungkin peruntukannya besar. Saya faham, kita pun faham tetapi
biarlah sekali supaya masalah air yang sepatutnya tidak menjadi masalah tidak lagi
berlaku dan ini akan menyenangkan semua pihak. Jadi, tadi saya cakap hendak
bercakap pendek-pendek, habis cerita air.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada Yang
Berhormat bagi Jeli berdiri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya semasa ucapan dasar Tuanku, joli
sangat banyak perkara saya tidak dapat hendak saya minta sahabat-sahabat saya
biarlah beri saya peluang kali ini bercakap..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak beri
jalan Yang Berhormat ya?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak beri, bukan fasal saya lokek, pasal
hendak menghabiskan banyak perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia tidak
beri jalan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya, minta maaf Yang Berhormat bagi
Jeli, minta maaf.
Penyanyi rupawan, penyanyi yang paling popular, menitiskan air mata. Saya
difahamkan penyanyi ini bernama kalau boleh disebut nama Siti Nurhaliza. Itu
mengikut laporan akhbar, menitiskan air mata kerana kononnya cetak rompak
merompak segala kemewahan yang patut ada kepada para artis kita. Sampai hendak
minta tolong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri campur tangan. Tetapi saya rasa
kes cetak rompak ini tidak akan selesai kerana yang mencetak pada saya yang
merompak. Jadi, sampai bila pun tidak boleh selesai.
Cuma saya hendak beritahu penyanyi-penyanyi, boleh tidak diubah sikit?
Saya tidak tahu ini sebenarnya, saya bukan penyanyi, jauh sekali artis, tetapi hendak
| Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ada lagi dan akhirnya kita berharap sistem penjara kita sama ada makanan ataupun aspek-aspek yang lain mestilah dikaji semula dan diperbaiki. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Sri Gading. 3.52 ptg. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz[ Sri Gading]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia bangun cepat ya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ikan siakap buah betik, saya cakap pendek-pendek. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, sila. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak masuk akal, saya hendak masuk di dalam perbahasan perbekalan. Tidak masuk akal di Malaysia ada catuan air [Tepuk] hujan sepanjang tahun air sungai Pahang itu tidak habis hendak diminum, air sungai Perak mengalir tidak habis hendak diambil. Boleh tidak pihak kerajaan, Kementerian Kewangan membuat satu kajian mana-mana sungai kita yang besar-besar ini dibuatkan paip besar-besar disalurkan ke negeri-negeri termasuk Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ini pusat perdagangan dan pelancongan, pusat pentadbiran. Kalau orang luar datang hujan berderai-derai tiba-tiba paipnya tidak berair, ada batang tidak ada air [Ketawa] so, ini memalukan kita. Sepatutnya ada batang ada air. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Batang apa Yang Berhormat?. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini batang paip, Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Jadi cuma mungkin peruntukannya besar. Saya faham, kita pun faham tetapi biarlah sekali supaya masalah air yang sepatutnya tidak menjadi masalah tidak lagi berlaku dan ini akan menyenangkan semua pihak. Jadi, tadi saya cakap hendak bercakap pendek-pendek, habis cerita air. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada Yang Berhormat bagi Jeli berdiri. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya semasa ucapan dasar Tuanku, joli sangat banyak perkara saya tidak dapat hendak saya minta sahabat-sahabat saya biarlah beri saya peluang kali ini bercakap.. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak beri jalan Yang Berhormat ya?. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak beri, bukan fasal saya lokek, pasal hendak menghabiskan banyak perkara ini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia tidak beri jalan Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya, minta maaf Yang Berhormat bagi Jeli, minta maaf. Penyanyi rupawan, penyanyi yang paling popular, menitiskan air mata. Saya difahamkan penyanyi ini bernama kalau boleh disebut nama Siti Nurhaliza. Itu mengikut laporan akhbar, menitiskan air mata kerana kononnya cetak rompak merompak segala kemewahan yang patut ada kepada para artis kita. Sampai hendak minta tolong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri campur tangan. Tetapi saya rasa kes cetak rompak ini tidak akan selesai kerana yang mencetak pada saya yang merompak. Jadi, sampai bila pun tidak boleh selesai. Cuma saya hendak beritahu penyanyi-penyanyi, boleh tidak diubah sikit? Saya tidak tahu ini sebenarnya, saya bukan penyanyi, jauh sekali artis, tetapi hendak. | 56 | 66 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 57
membela. Menyanyi tahu, terutama dalam bilik air, Tuan Yang di-Pertua. Boleh atau
tidak para artis ini apabila hendak merakamkan lagu ambil terus secara lump sum
sahajalah? RM 200 ribu umpamanya, RM150 ribu, tengok RM100 ribu. Lepas itu
lantak engkaulah! Hendak cetak rompak atau sebagainya. [Disampuk] Itu saya tidak
tahu. Tetapi para penyanyi, para artis dan juga para seniman dan seniwati ataupun
para penggiat seni ini harus juga meningkatkan mutu nyanyian mereka, seni katanya,
melodinya.
Macam lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, walaupun telah 40 tahun
tetapi masih disiulkan, didendangkan. Tetapi setengah-setengah penyanyi kita lagu-
lagu mereka tidak ubah macam gendang perang. Jadi, dengan sebab mutu yang
rendah dan mungkin juga jualan album mereka tidak berapa laku. Jadi, bagaimana
agaknya hendak mengatasi perkara ini?
Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua, saya berkawan dengan bintang-bintang filem
veteran. Bintang-bintang filem veteran ini dahulu menjadi super star yang digilai, yang
dikejar, yang dikagumi dalam layar perak, dalam filem-filem mereka. Ada sesetengah
orang sampai gila bayang, mengagungkan bintang-bintang filem ini! Hari ini mereka
sudah tua dan keadaan kehidupan mereka sesetengahnya begitu daif.
Ada atau tidak badan-badan atau sesiapa sahaja yang boleh memperlihatkan
rasa ehsan kepada mereka untuk diberikan imbuhan, ganjaran, sagu hati atau bantuan
bulanan? Supaya mereka yang suatu ketika dahulu bintangnya begitu mengerlip,
[Disampuk] gemerlapan, tetapi hari ini sudah layu, luntur kerana badan dimamah usia.
Boleh tidak? Mereka ini sebenarnya kalau menerusi filem-filem mereka, mereka juga
boleh dikatakan pejuang kepada bangsa kerana melalui jalan cerita, lakonan mereka
memaparkan kadang-kadang perkara-perkara yang berkaitan dengan kemanusiaan.
Jadi, sumbangan mereka boleh atau tidak diberikan pengiktirafan?
Yang keempat, Menteri-Menteri Luar OIC bersidang di Kuala Lumpur. Kita
rasa bangga dan berbesar hati kerana negara kita menjadi tuan rumah kepada satu
persidangan negara-negara Islam dan persidangan-persidangan yang penting.
Antaranya membincangkan perkara-perkara keganasan, pengganas dan untuk
mendefinisikan semula erti keganasan yang sebenar.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sebenarnya adalah satu-satunya
pemimpin dunia sama ada Islam atau bukan Islam saya ulang sekali lagi, satu-satunya
pemimpin negara di dunia ini yang berani secara lantang memperkatakan tentang
keganasan. Ucapan dan apa yang dihuraikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri di forum-forum antarabangsa membuka mata, telinga dan minda kebanyakan
pemimpin-pemimpin di dunia tentang erti sebenarnya keganasan. Jadi, sudah kena
dan sesuai tempat Kuala Lumpur menjadi tuan rumah dan ini harus dibanggakan. Saya
harap PAS pun harus mengiktiraf pencapaian Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr.
Mahathir bin Mohamad dalam perkara ini.
Jadi, berkaitan dengan ini, sekarang ini Yasser Arafat di kepung di Ramallah,
pejabatnya. Kediamannya dikepung, dibedil. Kebimbangan saya dan mungkin
kebimbangan kita semua, Arafat ini akan dibunuh oleh Yahudi. dan mungkin nyawa
Arafat tidak akan dapat diselamatkan kerana Amerika berada di belakang Israel dalam
kegiatan-kegiatan keganasan yang merupakan syaitan dan iblis.
Yasser Arafat mungkin terdedah kepada maut, dibunuh dan mungkin Yasser
Arafat mahu dibunuh kerana dalam rancangan jangka panjang Yahudi. Mengikut tilik
pandang saya, memang mahu Arafat dibunuh supaya timbul peperangan, serangan
hebat daripada Palestin kepada Israel dan dengan itu menghalalkan Israel bagi
menyerang balas dan menawan seperti Bukit Golan dan juga Tebing Barat. Dalam erti
kata yang lain maknanya maka lenyaplah Palestin maka timbul wilayah Israel dalam
kemenangan kerana serangan mungkin, oleh sebab hendak menuntut bela kematian
Arafat, mungkin oleh pihak Intifadah ataupun mungkin daripada Hamas ataupun
daripada pihak Al-Fatah.
Kumpulan-kumpulan ini sebenarnya tidak akan mampu untuk berdepan
dengan bala tentera Israel yang begitu canggih, mempunyai senjata-senjata ultra
modern yang lebih dahsyat dan dengan itu maka tamatlah riwayat tanah Palestin yang
dikuasai oleh Arafat dan juga Palestin, maka seluruh di Israel itu akan menjadi hak
mutlak kepada pihak Yahudi. Sejarah ini akan berulang, sejarah tahun 1948 di mana
British yang memberikan laluan kepada Yahudi untuk bertapak di Baitulmuqaddis maka
| membela. Menyanyi tahu, terutama dalam bilik air, Tuan Yang di-Pertua. Boleh atau tidak para artis ini apabila hendak merakamkan lagu ambil terus secara lump sum sahajalah? RM 200 ribu umpamanya, RM150 ribu, tengok RM100 ribu. Lepas itu lantak engkaulah! Hendak cetak rompak atau sebagainya. [Disampuk] Itu saya tidak tahu. Tetapi para penyanyi, para artis dan juga para seniman dan seniwati ataupun para penggiat seni ini harus juga meningkatkan mutu nyanyian mereka, seni katanya, melodinya. Macam lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, walaupun telah 40 tahun tetapi masih disiulkan, didendangkan. Tetapi setengah-setengah penyanyi kita lagu- lagu mereka tidak ubah macam gendang perang. Jadi, dengan sebab mutu yang rendah dan mungkin juga jualan album mereka tidak berapa laku. Jadi, bagaimana agaknya hendak mengatasi perkara ini?. Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua, saya berkawan dengan bintang-bintang filem veteran. Bintang-bintang filem veteran ini dahulu menjadi super star yang digilai, yang dikejar, yang dikagumi dalam layar perak, dalam filem-filem mereka. Ada sesetengah orang sampai gila bayang, mengagungkan bintang-bintang filem ini! Hari ini mereka sudah tua dan keadaan kehidupan mereka sesetengahnya begitu daif. Ada atau tidak badan-badan atau sesiapa sahaja yang boleh memperlihatkan rasa ehsan kepada mereka untuk diberikan imbuhan, ganjaran, sagu hati atau bantuan bulanan? Supaya mereka yang suatu ketika dahulu bintangnya begitu mengerlip, [Disampuk] gemerlapan, tetapi hari ini sudah layu, luntur kerana badan dimamah usia. Boleh tidak? Mereka ini sebenarnya kalau menerusi filem-filem mereka, mereka juga boleh dikatakan pejuang kepada bangsa kerana melalui jalan cerita, lakonan mereka memaparkan kadang-kadang perkara-perkara yang berkaitan dengan kemanusiaan. Jadi, sumbangan mereka boleh atau tidak diberikan pengiktirafan?. Yang keempat, Menteri-Menteri Luar OIC bersidang di Kuala Lumpur. Kita rasa bangga dan berbesar hati kerana negara kita menjadi tuan rumah kepada satu persidangan negara-negara Islam dan persidangan-persidangan yang penting. Antaranya membincangkan perkara-perkara keganasan, pengganas dan untuk mendefinisikan semula erti keganasan yang sebenar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sebenarnya adalah satu-satunya pemimpin dunia sama ada Islam atau bukan Islam saya ulang sekali lagi, satu-satunya pemimpin negara di dunia ini yang berani secara lantang memperkatakan tentang keganasan. Ucapan dan apa yang dihuraikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di forum-forum antarabangsa membuka mata, telinga dan minda kebanyakan pemimpin-pemimpin di dunia tentang erti sebenarnya keganasan. Jadi, sudah kena dan sesuai tempat Kuala Lumpur menjadi tuan rumah dan ini harus dibanggakan. Saya harap PAS pun harus mengiktiraf pencapaian Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dalam perkara ini. Jadi, berkaitan dengan ini, sekarang ini Yasser Arafat di kepung di Ramallah, pejabatnya. Kediamannya dikepung, dibedil. Kebimbangan saya dan mungkin kebimbangan kita semua, Arafat ini akan dibunuh oleh Yahudi. dan mungkin nyawa Arafat tidak akan dapat diselamatkan kerana Amerika berada di belakang Israel dalam kegiatan-kegiatan keganasan yang merupakan syaitan dan iblis. Yasser Arafat mungkin terdedah kepada maut, dibunuh dan mungkin Yasser Arafat mahu dibunuh kerana dalam rancangan jangka panjang Yahudi. Mengikut tilik pandang saya, memang mahu Arafat dibunuh supaya timbul peperangan, serangan hebat daripada Palestin kepada Israel dan dengan itu menghalalkan Israel bagi menyerang balas dan menawan seperti Bukit Golan dan juga Tebing Barat. Dalam erti kata yang lain maknanya maka lenyaplah Palestin maka timbul wilayah Israel dalam kemenangan kerana serangan mungkin, oleh sebab hendak menuntut bela kematian Arafat, mungkin oleh pihak Intifadah ataupun mungkin daripada Hamas ataupun daripada pihak Al-Fatah. Kumpulan-kumpulan ini sebenarnya tidak akan mampu untuk berdepan dengan bala tentera Israel yang begitu canggih, mempunyai senjata-senjata ultra modern yang lebih dahsyat dan dengan itu maka tamatlah riwayat tanah Palestin yang dikuasai oleh Arafat dan juga Palestin, maka seluruh di Israel itu akan menjadi hak mutlak kepada pihak Yahudi. Sejarah ini akan berulang, sejarah tahun 1948 di mana British yang memberikan laluan kepada Yahudi untuk bertapak di Baitulmuqaddis maka. | 57 | 67 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
58 DR.1.4.2002
hari ini sejarah itu berulang semula selepas 50 tahun lebih yang didalangi oleh Amerika.
Dan sebenarnya kita orang-orang Islam, negara-negara OIC, negara-negara Arab tidak
akan dapat berbuat sesuatu kerana kita dari satu persidangan ke satu persidangan,
keputusan demi keputusan, tetapi tindakan tidak pernah dapat dibuat dan akhirnya
yang gagah akan memamah yang lemah!
Jadi, saya berharap persidangan Menteri-Menteri Luar OIC di Kuala Lumpur
hari ini atau mungkin saya sudah terlambat agaknya bercakap ini mesti mengambil satu
keputusan dan pendirian yang tegas untuk membuka mata Amerika dan juga untuk
menahan daripada Israel melakukan keganasan sehingga boleh menyebabkan nyawa
Yasser Arafat symbol kekuatan rakyat Palestin terancam ataupun terbunuh. Kita
mohon semoga Allah melindungi Yasser Arafat daripada syaitan yang besar ini, syaitan
Kabir, dua-dua ini syaitan. Syaitan dan iblis bekerjasama untuk membunuh ataupun
menjahanamkan Yasser Arafat!
Saya harap kita semua memberikan sokongan yang sekuat-kuatnya kepada
isu di mana Yasser Arafat sedang ditawan atau ditahan. Sebenarnya bandar Ramallah,
bila-bila masa sahaja tidak ada kuasa baik Intifadah, Hamas ataupun Al-Fatah untuk
mempertahankan tanks Israel yang bila-bila masa sahaja boleh meranapkan bumi
Ramallah dan juga bandar-bandar lain yang dikuasai ataupun telah diberikan kuasa
autonomi dan kuasa pemerintahan kepada Yasser Arafat sebagai sebuah negara
Palestin yang telah diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi nampaknya Bangsa-
Bangsa Bersatu sebenarnya ialah gajah putih yang tidak berbuat apa-apa ataupun
mungkin orang-orang yang berkuasa di Bangsa-Bangsa Bersatu bersekongkol dengan
pihak Yahudi kerana kepentingan-kepentingan yang mereka sendiri mengetahui.
Yang berikutnya, saya menyokong apa yang diperkatakan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri apabila beliau mengulas pertanyaan pihak wartawan
berkaitan hubungan dengan Singapura. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
menyatakan kita akan kaji kerjasama antara Malaysia dan Singapura. Saya
beranggapan bahawa kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agak
berlainan dengan kenyataan-kenyataan yang sudah-sudah dan juga berlainan dengan
kenyataan pemimpin-pemimpin yang lain di peringkat negara kita.
Ada sedikit ketegasan yang saya rasa yang tersirat di ungkapan “akan kaji
kerjasama”. Saya menyokong penuh saranan ini. Kita kena kaji kerjasama yang telah
pun terjalin sejak puluhan tahun. Kalau kita ambil daripada sejarah Singapura keluar
daripada Malaysia pada tahun 60-an dahulu, maknanya hampir 40 tahun ini, kerjasama
ini harus agaknya kita semak supaya benar-benarlah pula Singapura juga
mengharapkan kerjasama daripada kita.
Kita memang sentiasa berkehendakkan kerjasama dengan jiran kita yang
terdekat dari segi tanah airnya, jiran yang terdekat dari segi sejarahnya, jiran yang
terdekat dari segi hubungan kaumnya, jiran yang terdekat dari segi hubungan
ekonominya, jiran yang terdekat dari segi hubungan politiknya, jiran yang terdekat yang
terdekat dan macam-macam terdekatnya.
Memang kita mahukan kerjasama tetapi apakah Singapura merasa bahawa
mereka memerlukan kerjasama ini? Kalau mereka rasa bahawa kerjasama ataupun
ungkapan perkataan “kerjasama” itu adalah satu perkataan yang keramat, mereka
harus agaknya telah memberhentikan penambakan laut yang mereka kata mengikut
undang-undang antarabangsa dan mengikut kawasan yang mereka miliki yang tidak
menjejaskan tetapi sebenarnya Yang Berhormat bagi Gelang Patah telah pun
menyatakan kerana Gelang Patah ini sebenarnya benar-benar berjiran dengan
Singapura.
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang
berdiri Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Mungkin di Tebrau…
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Setiu berdiri
Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya sudah cakap, Tuan Yang di-
Pertua, saya cakap pendek-pendek, masa saya tidak ada.
| hari ini sejarah itu berulang semula selepas 50 tahun lebih yang didalangi oleh Amerika. Dan sebenarnya kita orang-orang Islam, negara-negara OIC, negara-negara Arab tidak akan dapat berbuat sesuatu kerana kita dari satu persidangan ke satu persidangan, keputusan demi keputusan, tetapi tindakan tidak pernah dapat dibuat dan akhirnya yang gagah akan memamah yang lemah!. Jadi, saya berharap persidangan Menteri-Menteri Luar OIC di Kuala Lumpur hari ini atau mungkin saya sudah terlambat agaknya bercakap ini mesti mengambil satu keputusan dan pendirian yang tegas untuk membuka mata Amerika dan juga untuk menahan daripada Israel melakukan keganasan sehingga boleh menyebabkan nyawa Yasser Arafat symbol kekuatan rakyat Palestin terancam ataupun terbunuh. Kita mohon semoga Allah melindungi Yasser Arafat daripada syaitan yang besar ini, syaitan Kabir, dua-dua ini syaitan. Syaitan dan iblis bekerjasama untuk membunuh ataupun menjahanamkan Yasser Arafat!. Saya harap kita semua memberikan sokongan yang sekuat-kuatnya kepada isu di mana Yasser Arafat sedang ditawan atau ditahan. Sebenarnya bandar Ramallah, bila-bila masa sahaja tidak ada kuasa baik Intifadah, Hamas ataupun Al-Fatah untuk mempertahankan tanks Israel yang bila-bila masa sahaja boleh meranapkan bumi Ramallah dan juga bandar-bandar lain yang dikuasai ataupun telah diberikan kuasa autonomi dan kuasa pemerintahan kepada Yasser Arafat sebagai sebuah negara Palestin yang telah diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi nampaknya Bangsa- Bangsa Bersatu sebenarnya ialah gajah putih yang tidak berbuat apa-apa ataupun mungkin orang-orang yang berkuasa di Bangsa-Bangsa Bersatu bersekongkol dengan pihak Yahudi kerana kepentingan-kepentingan yang mereka sendiri mengetahui. Yang berikutnya, saya menyokong apa yang diperkatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila beliau mengulas pertanyaan pihak wartawan berkaitan hubungan dengan Singapura. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan kita akan kaji kerjasama antara Malaysia dan Singapura. Saya beranggapan bahawa kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agak berlainan dengan kenyataan-kenyataan yang sudah-sudah dan juga berlainan dengan kenyataan pemimpin-pemimpin yang lain di peringkat negara kita. Ada sedikit ketegasan yang saya rasa yang tersirat di ungkapan "akan kaji kerjasama". Saya menyokong penuh saranan ini. Kita kena kaji kerjasama yang telah pun terjalin sejak puluhan tahun. Kalau kita ambil daripada sejarah Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 60-an dahulu, maknanya hampir 40 tahun ini, kerjasama ini harus agaknya kita semak supaya benar-benarlah pula Singapura juga mengharapkan kerjasama daripada kita. Kita memang sentiasa berkehendakkan kerjasama dengan jiran kita yang terdekat dari segi tanah airnya, jiran yang terdekat dari segi sejarahnya, jiran yang terdekat dari segi hubungan kaumnya, jiran yang terdekat dari segi hubungan ekonominya, jiran yang terdekat dari segi hubungan politiknya, jiran yang terdekat yang terdekat dan macam-macam terdekatnya. Memang kita mahukan kerjasama tetapi apakah Singapura merasa bahawa mereka memerlukan kerjasama ini? Kalau mereka rasa bahawa kerjasama ataupun ungkapan perkataan "kerjasama" itu adalah satu perkataan yang keramat, mereka harus agaknya telah memberhentikan penambakan laut yang mereka kata mengikut undang-undang antarabangsa dan mengikut kawasan yang mereka miliki yang tidak menjejaskan tetapi sebenarnya Yang Berhormat bagi Gelang Patah telah pun menyatakan kerana Gelang Patah ini sebenarnya benar-benar berjiran dengan Singapura. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Mungkin di Tebrau... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Setiu berdiri Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya sudah cakap, Tuan Yang di- Pertua, saya cakap pendek-pendek, masa saya tidak ada. | 58 | 68 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 59
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak bagi
Yang Berhormat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak dapat saya bagi. Setiu, minta
maaflah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak
bagi Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Yang lepas-lepas saya sudah bagi pasal
saya hendak habiskan saya punya….
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia tidak
bagi Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Yang lepas saya bercakap, saya bagi
joli sangat, akhirnya apa yang saya hendak cakap tidak sampai.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yalah, bila
orang berjoli itu memang macam itu. [Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Orang joli
memang macam itu. [Ketawa] Teruskan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi hari ini saya lokek sedikit, Tuan
Yang di-Pertua. Saya minta maaf dengan rakan-rakan, Setiu ya. Tadi Jeli, minta
maaflah. Yang belakang ini pun. [Menunjuk ke arah Yang Berhormat bagi Larut dan
Kinabatangan] Saya pun cuak juga dengan yang belakang ini, mengacau juga ini.
[Ketawa] Saya minta maaf. Jadi…
Seorang Ahli: Masa sudah habis.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Belum habis masa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua minit
lagi Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua minit.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Dua minit?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Jam
ada depan saya. Silakan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Kalau kita ini, Tuan Yang di-Pertua,
boleh tidak kita agaknya Segenting Kra itu kita korek? [Disampuk] Agaknya
bagaimana? Segenting Kra itu kita korek, jadi laluan kapal terus agaknya ke Langkawi
dan agaknya boleh menyelamatkan empat hari. Landasan kereta api yang membelah
Asia, Johor Bahru terus sampai ke Beijing, agaknya.
Bekalan air, itu hak kita. Kalau kita tidak tandatangan, apa masalahnya?
Bekalan air pertama yang harus disambung semula, signnya ialah pada 2011. Okey,
kalau kita tidak tandatangan? Kalau harga yang kita tetapkan Singapura tidak mahu
sebagai penjual pasal you tidak mahu beli, saya tidak mahu jual kerana antara penjual
dan pembeli ialah hubungannya ialah harga. Harga yang dipersetujui oleh penjual dan
harga yang dipersetujui oleh pembeli, maka berlaku ijab dan kabul dalam jual beli.
Kalau kita tidak hendak jual? Ini soal kerjasama, ya. Kalau kita runtuhkan sekali
Tambak Johor sekali agaknya macam mana? Dan second link pun kita robohkan? Ini
andaian sayalah. Ya, mungkin, tidak tahulah. Ini kerjasama.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Menyampuk]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak menolong langsung. [Ketawa]
Agak-agak macam mana? Saya cuma melontarkan pandangan, itu sahajalah. Jadi,
boleh lagi Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Seminit lagi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya?
| Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak bagi Yang Berhormat?. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak dapat saya bagi. Setiu, minta maaflah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Yang lepas-lepas saya sudah bagi pasal saya hendak habiskan saya punya.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia tidak bagi Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Yang lepas saya bercakap, saya bagi joli sangat, akhirnya apa yang saya hendak cakap tidak sampai. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yalah, bila orang berjoli itu memang macam itu. [Ketawa]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Orang joli memang macam itu. [Ketawa] Teruskan Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi hari ini saya lokek sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf dengan rakan-rakan, Setiu ya. Tadi Jeli, minta maaflah. Yang belakang ini pun. [Menunjuk ke arah Yang Berhormat bagi Larut dan Kinabatangan] Saya pun cuak juga dengan yang belakang ini, mengacau juga ini. [Ketawa] Saya minta maaf. Jadi... Seorang Ahli: Masa sudah habis. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Belum habis masa. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua minit lagi Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua minit. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Dua minit?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Jam ada depan saya. Silakan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Kalau kita ini, Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak kita agaknya Segenting Kra itu kita korek? [Disampuk] Agaknya bagaimana? Segenting Kra itu kita korek, jadi laluan kapal terus agaknya ke Langkawi dan agaknya boleh menyelamatkan empat hari. Landasan kereta api yang membelah Asia, Johor Bahru terus sampai ke Beijing, agaknya. Bekalan air, itu hak kita. Kalau kita tidak tandatangan, apa masalahnya? Bekalan air pertama yang harus disambung semula, signnya ialah pada 2011. Okey, kalau kita tidak tandatangan? Kalau harga yang kita tetapkan Singapura tidak mahu sebagai penjual pasal you tidak mahu beli, saya tidak mahu jual kerana antara penjual dan pembeli ialah hubungannya ialah harga. Harga yang dipersetujui oleh penjual dan harga yang dipersetujui oleh pembeli, maka berlaku ijab dan kabul dalam jual beli. Kalau kita tidak hendak jual? Ini soal kerjasama, ya. Kalau kita runtuhkan sekali Tambak Johor sekali agaknya macam mana? Dan second link pun kita robohkan? Ini andaian sayalah. Ya, mungkin, tidak tahulah. Ini kerjasama. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Menyampuk]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak menolong langsung. [Ketawa] Agak-agak macam mana? Saya cuma melontarkan pandangan, itu sahajalah. Jadi, boleh lagi Tuan Yang di-Pertua?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Seminit lagi. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya?. | 59 | 69 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
60 DR.1.4.2002
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Seminit lagi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Seminit? [Ketawa] Allah hai. Tidak
sampai, Tuan Yang di-Pertua. Yang hendak saya cakap ini seminit tidak boleh sampai.
Tidak dapat lebih lagi Tuan Yang di-Pertua?
Seorang Ahli: Bolehlah, bolehlah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak dapat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, itulah. Tidak apalah, saya
habiskan di sini Tuan Yang di-Pertua kerana masa sangat berharga. Saya pun Ahli
Parlimen yang patuh peraturan Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua,
kalau saya bangun bagilah saya bercakap. Memang Tuan Yang di-Pertua tidak akan
kecewa, saya akan berhenti on the dot dia punya time. Jadi, inilah sahaja, Tuan Yang
di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Adui, saya
bagi Kemaman dahulu. Ya, Kemaman dahulu. [Disampuk]
4.13 ptg.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Pembentangan belanjawan tambahan kali ini amat pelik dan bercelaru kerana
dua belanjawan tambahan dibentangkan secara serentak. Pertama, Belanjawan
Tambahan Kali Ke-4 (2001) yang melibatkan RM16.9 bilion untuk perbelanjaan
mengurus dan RM2.7 bilion untuk pembangunan. Kalau dicampur semuanya, jumlah
Perbelanjaan Tambahan Ke-4 (2001) ini ialah lebih kurang RM19.6 bilion atau lebih
daripada 31% daripada belanjawan asal. Keseluruhan belanjawan tambahan untuk
tahun 2001 termasuk pakej rangsangan sudah melebihi 40% daripada belanjawan asal.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan belanjawan tambahan namanya. Belanjawan
Tambahan kalau ada pun sepatutnya berada dalam lingkungan lebih kurang 5% dan
tidak sepatutnya melebihi 10%, baru boleh diterima akal dan boleh dikatakan
pengurusan kewangan negara diurus secara berhemat. Tambahan pula Belanjawan
Tambahan Kali Ke-4 dibuat setelah Belanjawan 2002 sudah diluluskan oleh Dewan
yang mulia ini pada sesi Parlimen bulan Oktober lepas.
Tidak hairanlah banyak projek kerajaan memerlukan tambahan belanjawan
berlipat kali ganda daripada harga asal sebab kerajaan sendiri tidak berhemah dalam
pengurusan kewangan negara. Sumber kewangan negara dibelanjakan dengan
sewenang-wenangnya tanpa mengikut tata cara yang hemat atau prudent, dengan izin.
Kalau beginilah cara kerajaan mengurus kewangan negara, jangan harap negara dapat
menangani masalah kemelesetan ekonomi yang sedang melanda sekarang.
Pembentangan belanjawan tambahan kali ini menunjukkan kecelaruan dalam
kepimpinan dan pemerintahan negara untuk mengolah dasar-dasar ekonomi dan
kewangan negara yang baik dan tepat. Mungkin Kerajaan Barisan Nasional
ketandusan kepimpinan yang berkelayakan sehingga Perdana Menteri sendiri terpaksa
menjawat Menteri Kewangan dan dibebankan dengan satu tanggungjawab yang beliau
sendiri tidak mempunyai masa untuk mengendalikannya atau mungkin juga beliau
sendiri tidak faham dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara sehingga
menyebabkan ekonomi negara menghala ke arah kemusnahan walaupun pelbagai janji
dibuat untuk memulihkan ekonomi negara sekian lama.
Mungkin juga oleh kerana jawatan Menteri Kewangan dijawat oleh Perdana
Menteri, maka tidak ada siapa yang berani menegur tatacara penggunaan dan
perbelanjaan yang dibuat oleh Menteri Kewangan. Yang kedengaran hanyalah pujian
dan pujaan akan kehebatan Perdana Menteri mengemudi ekonomi dan kewangan
negara sehingga tidak ada siapa berani menyatakan bahawa ekonomi dikemudi ke
arah kemusnahan melainkan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang prihatin kepada
agama, negara dan bangsa mereka.
Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini negara melalui dan mengalami
beberapa peristiwa dan perkembangan besar yang tidak pernah berlaku dalam sejarah
negara. Mengambil kira semua peristiwa dan perkembangan mutakhir ini, ia
menandakan negara menghala ke arah kemusnahan diri dan akan terus berada dalam
keadaan sedemikian melainkan negara membuat perubahan drastik untuk mengubah
| Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Seminit lagi. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Seminit? [Ketawa] Allah hai. Tidak sampai, Tuan Yang di-Pertua. Yang hendak saya cakap ini seminit tidak boleh sampai. Tidak dapat lebih lagi Tuan Yang di-Pertua?. Seorang Ahli: Bolehlah, bolehlah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak dapat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, itulah. Tidak apalah, saya habiskan di sini Tuan Yang di-Pertua kerana masa sangat berharga. Saya pun Ahli Parlimen yang patuh peraturan Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kalau saya bangun bagilah saya bercakap. Memang Tuan Yang di-Pertua tidak akan kecewa, saya akan berhenti on the dot dia punya time. Jadi, inilah sahaja, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini. Beberapa Ahli: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Adui, saya bagi Kemaman dahulu. Ya, Kemaman dahulu. [Disampuk]. 4.13 ptg. Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pembentangan belanjawan tambahan kali ini amat pelik dan bercelaru kerana dua belanjawan tambahan dibentangkan secara serentak. Pertama, Belanjawan Tambahan Kali Ke-4 (2001) yang melibatkan RM16.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM2.7 bilion untuk pembangunan. Kalau dicampur semuanya, jumlah Perbelanjaan Tambahan Ke-4 (2001) ini ialah lebih kurang RM19.6 bilion atau lebih daripada 31% daripada belanjawan asal. Keseluruhan belanjawan tambahan untuk tahun 2001 termasuk pakej rangsangan sudah melebihi 40% daripada belanjawan asal. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan belanjawan tambahan namanya. Belanjawan Tambahan kalau ada pun sepatutnya berada dalam lingkungan lebih kurang 5% dan tidak sepatutnya melebihi 10%, baru boleh diterima akal dan boleh dikatakan pengurusan kewangan negara diurus secara berhemat. Tambahan pula Belanjawan Tambahan Kali Ke-4 dibuat setelah Belanjawan 2002 sudah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada sesi Parlimen bulan Oktober lepas. Tidak hairanlah banyak projek kerajaan memerlukan tambahan belanjawan berlipat kali ganda daripada harga asal sebab kerajaan sendiri tidak berhemah dalam pengurusan kewangan negara. Sumber kewangan negara dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengikut tata cara yang hemat atau prudent, dengan izin. Kalau beginilah cara kerajaan mengurus kewangan negara, jangan harap negara dapat menangani masalah kemelesetan ekonomi yang sedang melanda sekarang. Pembentangan belanjawan tambahan kali ini menunjukkan kecelaruan dalam kepimpinan dan pemerintahan negara untuk mengolah dasar-dasar ekonomi dan kewangan negara yang baik dan tepat. Mungkin Kerajaan Barisan Nasional ketandusan kepimpinan yang berkelayakan sehingga Perdana Menteri sendiri terpaksa menjawat Menteri Kewangan dan dibebankan dengan satu tanggungjawab yang beliau sendiri tidak mempunyai masa untuk mengendalikannya atau mungkin juga beliau sendiri tidak faham dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara sehingga menyebabkan ekonomi negara menghala ke arah kemusnahan walaupun pelbagai janji dibuat untuk memulihkan ekonomi negara sekian lama. Mungkin juga oleh kerana jawatan Menteri Kewangan dijawat oleh Perdana Menteri, maka tidak ada siapa yang berani menegur tatacara penggunaan dan perbelanjaan yang dibuat oleh Menteri Kewangan. Yang kedengaran hanyalah pujian dan pujaan akan kehebatan Perdana Menteri mengemudi ekonomi dan kewangan negara sehingga tidak ada siapa berani menyatakan bahawa ekonomi dikemudi ke arah kemusnahan melainkan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang prihatin kepada agama, negara dan bangsa mereka. Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini negara melalui dan mengalami beberapa peristiwa dan perkembangan besar yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. Mengambil kira semua peristiwa dan perkembangan mutakhir ini, ia menandakan negara menghala ke arah kemusnahan diri dan akan terus berada dalam keadaan sedemikian melainkan negara membuat perubahan drastik untuk mengubah. | 60 | 70 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 61
haluan ini. Perkembangan-perkembangan ini terjadi hasil daripada polisi-polisi yang
diambil oleh kerajaan, sejak akhir-akhir ini bermula dengan penindasan politik dengan
penahanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim empat tahun lepas. Sejak itu kerajaan seolah-
olah kehilangan arah dan hala tuju tetapi rakyat terus diugut supaya menyokong
kerajaan dan mengambil tindakan keras sekiranya mereka menyokong pembangkang.
Sekarang negara dibebankan dengan struktur kepimpinan negara yang hanya
mementingkan survival kuasa mereka daripada membuat pembaharuan dan
memodenkan ekonomi negara. Apabila berhadapan dengan pelbagai masalah baru,
kepimpinan negara mendapati agak sukar untuk membezakan di antara masalah yang
sebenar atau yang dikhayalkan. Mereka hanya berminat mengeluarkan kenyataan-
kenyataan yang retorik sambil memuji diri sendiri daripada mengambil tindakan tegas
dalam penyusunan semula struktur kewangan dan ekonomi negara. Hari demi hari
perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terbongkar dan makin banyak dana-
dana, institusi rakyat, kerajaan mahupun swasta rugi dan hilang. Namun kerajaan
seolah-olah tidak berupaya untuk melakukan sesuatu terhadapnya. Kelihatan seolah-
olah negara terlalu uzur seperti seorang yang telah nazak kerana terlalu lanjut usia
sehingga tidak berupaya berbuat apa-apa untuk menyelesaikannya dan hanya
menunggu kematian sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, pelaburan terus asing atau FDI hanya menyumbang
0.65% daripada keluaran dalam kasar negara (KDNK) dan hampir-hampir mencecah
angka 0%. Ekonomi negara terpaksa bergantung hampir keseluruhannya kepada
pelaburan dalaman atau domestik. Apa yang penting pelaburan terus asing atau FDI
ialah ia membawa kesan secara langsung kepada ekonomi negara dengan kemasukan
teknologi tinggi dan canggih yang akan meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos
pengeluaran dan menjadikan keluaran negara lebih kompetitif dan berdaya saing dalam
pasaran antarabangsa. Ini akan meningkatkan lagi eksport negara yang akan
membawa masuk pendapatan pertukaran asing. Tanpa FDI atau pelaburan terus
asing, ekonomi akan menjadi lemah, tidak kompetitif, tidak productive dan tidak
berdaya saing dalam pasaran antarabangsa.
Ini akan mengurangkan pendapatan pekerja dan standard kehidupan rakyat
akan jatuh. Penurunan pendapatan pertukaran asing akan memberi kesan secara
langsung kepada keupayaan ekonomi negara untuk memperoleh jentera dan peralatan
berteknologi tinggi dan canggih dan ia akan melemahkan lagi kedudukan ekonomi
negara. Yang lebih meruncingkan lagi ialah sama ada negara berupaya
mempertahankan paging, dengan izin, kawalan pertukaran mata wang asing bagi
Ringgit Malaysia. Apabila paging dengan izin, kawalan mata wang ini ditarik balik,
maka nilai ringgit akan menggelongsor turun dan akan mengurangkan dengan besar
kuasa membeli dan meningkatkan lagi kadar inflasi dengan ketara. Kesannya seperti
mana yang berlaku di Argentina, Malaysia akan kehilangan daya tarikan dan saingan
untuk pelaburan asing.
Difahamkan lebih kurang 56% daripada syarikat-syarikat Jepun yang
sebahagiannya terlibat dalam pengeluaran barangan pengguna elektronik berteknologi
tinggi dan canggih merancang untuk berpindah ke negara lain dan menyebut polisi-
polisi kerajaan yang ketinggalan dan usang serta suasana ekonomi negara yang tidak
lagi kompetitif sebagai penyebabnya. Mungkin Kerajaan Barisan Nasional terlalu asyik
bertarung mempertahankan survival kuasa mereka sehingga mereka tidak memahami
lagi kemunculan realiti dan paradigma baru di Asia.
Banyak usaha kerajaan ditumpukan kepada penahanan-penahanan politik
sehingga pelabur asing menyifatkan tindakan ini sebagai tanda ketidakstabilan politik
negara dan terus berpindah ke negara lain. Dalam hal ini kerajaan secara tepat boleh
dikatakan memusnahkan diri sendiri. Seolah-olah tidak berupaya membezakan di
antara masalah khayalan dan masalah sebenar. Seorang pemimpin usang dan lapuk
hanya percaya akan kelebihan dan ketinggian pemikiran dan falsafah lama dan tidak
berupaya untuk memahami dan mengaitkan kepada realiti baru.
Tuan Yang di-Pertua, berlainan dengan pelabur Jepun yang hanya
mengharapkan kepada efficiency dan produktiviti. Pelabur Amerika Syarikat lebih
menekan kepada standard kelakuan dan kebebasan masyarakat. Ini dilakukan atas
kesedaran inti sari atau keperluan penting dalam kualiti seseorang ialah daya kreatif,
inovatif dan potensi yang dapat membezakan sama ada seseorang itu sederhana atau
cemerlang atau luar biasa. Pemikiran firma Amerika Syarikat ialah untuk memilih kualiti
yang cemerlang dan luar biasa. Negara yang memenjarakan pemikiran generasi muda
| haluan ini. Perkembangan-perkembangan ini terjadi hasil daripada polisi-polisi yang diambil oleh kerajaan, sejak akhir-akhir ini bermula dengan penindasan politik dengan penahanan Dato' Seri Anwar Ibrahim empat tahun lepas. Sejak itu kerajaan seolah- olah kehilangan arah dan hala tuju tetapi rakyat terus diugut supaya menyokong kerajaan dan mengambil tindakan keras sekiranya mereka menyokong pembangkang. Sekarang negara dibebankan dengan struktur kepimpinan negara yang hanya mementingkan survival kuasa mereka daripada membuat pembaharuan dan memodenkan ekonomi negara. Apabila berhadapan dengan pelbagai masalah baru, kepimpinan negara mendapati agak sukar untuk membezakan di antara masalah yang sebenar atau yang dikhayalkan. Mereka hanya berminat mengeluarkan kenyataan- kenyataan yang retorik sambil memuji diri sendiri daripada mengambil tindakan tegas dalam penyusunan semula struktur kewangan dan ekonomi negara. Hari demi hari perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terbongkar dan makin banyak dana- dana, institusi rakyat, kerajaan mahupun swasta rugi dan hilang. Namun kerajaan seolah-olah tidak berupaya untuk melakukan sesuatu terhadapnya. Kelihatan seolah- olah negara terlalu uzur seperti seorang yang telah nazak kerana terlalu lanjut usia sehingga tidak berupaya berbuat apa-apa untuk menyelesaikannya dan hanya menunggu kematian sahaja. Tuan Yang di-Pertua, pelaburan terus asing atau FDI hanya menyumbang 0.65% daripada keluaran dalam kasar negara (KDNK) dan hampir-hampir mencecah angka 0%. Ekonomi negara terpaksa bergantung hampir keseluruhannya kepada pelaburan dalaman atau domestik. Apa yang penting pelaburan terus asing atau FDI ialah ia membawa kesan secara langsung kepada ekonomi negara dengan kemasukan teknologi tinggi dan canggih yang akan meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran dan menjadikan keluaran negara lebih kompetitif dan berdaya saing dalam pasaran antarabangsa. Ini akan meningkatkan lagi eksport negara yang akan membawa masuk pendapatan pertukaran asing. Tanpa FDI atau pelaburan terus asing, ekonomi akan menjadi lemah, tidak kompetitif, tidak productive dan tidak berdaya saing dalam pasaran antarabangsa. Ini akan mengurangkan pendapatan pekerja dan standard kehidupan rakyat akan jatuh. Penurunan pendapatan pertukaran asing akan memberi kesan secara langsung kepada keupayaan ekonomi negara untuk memperoleh jentera dan peralatan berteknologi tinggi dan canggih dan ia akan melemahkan lagi kedudukan ekonomi negara. Yang lebih meruncingkan lagi ialah sama ada negara berupaya mempertahankan paging, dengan izin, kawalan pertukaran mata wang asing bagi Ringgit Malaysia. Apabila paging dengan izin, kawalan mata wang ini ditarik balik, maka nilai ringgit akan menggelongsor turun dan akan mengurangkan dengan besar kuasa membeli dan meningkatkan lagi kadar inflasi dengan ketara. Kesannya seperti mana yang berlaku di Argentina, Malaysia akan kehilangan daya tarikan dan saingan untuk pelaburan asing. Difahamkan lebih kurang 56% daripada syarikat-syarikat Jepun yang sebahagiannya terlibat dalam pengeluaran barangan pengguna elektronik berteknologi tinggi dan canggih merancang untuk berpindah ke negara lain dan menyebut polisi- polisi kerajaan yang ketinggalan dan usang serta suasana ekonomi negara yang tidak lagi kompetitif sebagai penyebabnya. Mungkin Kerajaan Barisan Nasional terlalu asyik bertarung mempertahankan survival kuasa mereka sehingga mereka tidak memahami lagi kemunculan realiti dan paradigma baru di Asia. Banyak usaha kerajaan ditumpukan kepada penahanan-penahanan politik sehingga pelabur asing menyifatkan tindakan ini sebagai tanda ketidakstabilan politik negara dan terus berpindah ke negara lain. Dalam hal ini kerajaan secara tepat boleh dikatakan memusnahkan diri sendiri. Seolah-olah tidak berupaya membezakan di antara masalah khayalan dan masalah sebenar. Seorang pemimpin usang dan lapuk hanya percaya akan kelebihan dan ketinggian pemikiran dan falsafah lama dan tidak berupaya untuk memahami dan mengaitkan kepada realiti baru. Tuan Yang di-Pertua, berlainan dengan pelabur Jepun yang hanya mengharapkan kepada efficiency dan produktiviti. Pelabur Amerika Syarikat lebih menekan kepada standard kelakuan dan kebebasan masyarakat. Ini dilakukan atas kesedaran inti sari atau keperluan penting dalam kualiti seseorang ialah daya kreatif, inovatif dan potensi yang dapat membezakan sama ada seseorang itu sederhana atau cemerlang atau luar biasa. Pemikiran firma Amerika Syarikat ialah untuk memilih kualiti yang cemerlang dan luar biasa. Negara yang memenjarakan pemikiran generasi muda. | 61 | 71 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
62 DR.1.4.2002
dan enggan membenarkan mereka menerokai cara baru yang lebih kreatif dan inovatif
tidak berupaya menyokong perusahaan Amerika Syarikat dalam sempadannya.
Pelabur Amerika Syarikat berpindah apabila ini berlaku kerana mereka tidak dapat
menyokong sebuah negara yang melanggar kepercayaan mereka terhadap kebebasan
dan nilai diri.
Sekiranya dibandingkan kebebasan untuk menerokai daya kreatif, inovatif dan
potensi di antara pelajar Malaysia dan negara China, pelajar negara China akan
mengatasi pelajar Malaysia. Negara China memahami untuk menjadi sebuah kuasa
ekonomi dunia, ia mesti menggarap potensi dan daya kreatif tenaga pekerja mereka.
Malaysia sekarang menindas pelajar dan tenaga pengajar di peringkat universiti
dengan memaksa mereka menandatangani Akujanji selain daripada terpaksa tunduk
kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Malaysia memilih jalan mediocre dengan izin, atau kesederhanaan berbanding
dengan negara China yang memilih jalan ke arah kecemerlangan. Tambahan pula saiz
pasaran negara China lebih jauh besar menyebabkan perusahaan Amerika Syarikat
dan Jepun berpindah dari Malaysia ke negara China melainkan dalam sektor petroleum
dan gas. Jangan salahkan negara China tetapi salahkan diri sendiri sebagai
penyebabnya. Sebagaimana yang dikatakan kepimpinan Malaysia telah usang dan
lapuk dan negara China membangun dalam suasana baru yang lebih dinamik dan
mementingkan daya kreatif, inovatif dan membangunkan potensi tenaga pekerja
mereka. Malaysia hanya menunggu pemulihan ekonomi Amerika Syarikat iaitu rakan
niaga terbesar Malaysia untuk pemulihan semula ekonomi negara. Ini bukan lagi
alasan kukuh yang boleh diterima pakai dalam perencanaan dan perancangan
pemulihan masa depan ekonomi negara kerana suasana sudah berubah.
Sejak peristiwa 11 September, Malaysia sekarang diberi tanggapan dan takrif
sebagai sebuah negara pengganas melainkan kerajaan menangani masalah ini dengan
serius dan bersungguh-sungguh dan bukan berdolak-dalik seperti sekarang terhadap
segala tuduhan antarabangsa atas penglibatan Malaysia dalam peristiwa 11 September
maka masa depan ekonomi dan keselamatan negara akan terus terancam. Dengan ini
saya cadangkan satu kertas putih dibentangkan dalam Parlimen ini supaya semua
pihak dapat membahaskan dan memberi buah fikiran untuk menangani masalah ini
secara bersama dengan serius dan terbuka dari pihak kerajaan mahupun pihak
pembangkang. Masalah terlalu getir dan melibatkan kepentingan awam dan masa
depan negara dan perlu disegerakan.
Kerajaan tidak seharusnya bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan
mempolitikkan isu ini untuk kepentingan politik sempit dalaman mereka dengan
mengaitkan parti PAS dan KeADILan dengan keganasan sedangkan dunia hari ini
menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam keganasan antarabangsa. Syarikat-syarikat Amerika Syarikat
terutamanya pengeluar kontrak sekarang berpindah ke lokasi baru di negeri China dan
Vietnam kerana mereka menawarkan suasana dan kos yang lebih kompetitif dan
suasana politik yang lebih stabil. Apa yang tinggal untuk Malaysia, puluhan ribu ringgit
dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur, Multimedia Super Corridor atau MSC
sebagai pintu masuk untuk masa depan.
Walau bagaimanapun ia memerlukan bantuan dan pelaburan dari Amerika
Syarikat, Jepun dan negara Barat tetapi dalam suasana dan keadaan sekarang,
mereka tidak akan ke sini lagi. MSC akan menjadi projek gajah putih terbesar dalam
sejarah negara dan akan menjadi lambang utama kegagalan kepimpinan hari ini untuk
mengolah masa depan negara. Ini ialah kerana pembangunan MSC dan
pembangunan masyarakat tidak sealiran dengan keperluan pengisian sebuah
masyarakat dan negara berteknologi tinggi. Tuan Yang di-Pertua, …
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang
berdiri Yang Berhormat. Jeli, Jeli.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan Yang Berhormat bagi Kemaman. Sehubungan dengan ucapan yang dibahaskan
oleh Yang Berhormat bagi Kemaman tadi, apakah Yang Berhormat sedar bahawa
dengan perbelanjaan yang melibatkan lebih daripada RM10 bilion yang dibelanjakan
oleh kerajaan untuk kawasan MSC tetapi mengikut data yang diberikan oleh
| dan enggan membenarkan mereka menerokai cara baru yang lebih kreatif dan inovatif tidak berupaya menyokong perusahaan Amerika Syarikat dalam sempadannya. Pelabur Amerika Syarikat berpindah apabila ini berlaku kerana mereka tidak dapat menyokong sebuah negara yang melanggar kepercayaan mereka terhadap kebebasan dan nilai diri. Sekiranya dibandingkan kebebasan untuk menerokai daya kreatif, inovatif dan potensi di antara pelajar Malaysia dan negara China, pelajar negara China akan mengatasi pelajar Malaysia. Negara China memahami untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dunia, ia mesti menggarap potensi dan daya kreatif tenaga pekerja mereka. Malaysia sekarang menindas pelajar dan tenaga pengajar di peringkat universiti dengan memaksa mereka menandatangani Akujanji selain daripada terpaksa tunduk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Malaysia memilih jalan mediocre dengan izin, atau kesederhanaan berbanding dengan negara China yang memilih jalan ke arah kecemerlangan. Tambahan pula saiz pasaran negara China lebih jauh besar menyebabkan perusahaan Amerika Syarikat dan Jepun berpindah dari Malaysia ke negara China melainkan dalam sektor petroleum dan gas. Jangan salahkan negara China tetapi salahkan diri sendiri sebagai penyebabnya. Sebagaimana yang dikatakan kepimpinan Malaysia telah usang dan lapuk dan negara China membangun dalam suasana baru yang lebih dinamik dan mementingkan daya kreatif, inovatif dan membangunkan potensi tenaga pekerja mereka. Malaysia hanya menunggu pemulihan ekonomi Amerika Syarikat iaitu rakan niaga terbesar Malaysia untuk pemulihan semula ekonomi negara. Ini bukan lagi alasan kukuh yang boleh diterima pakai dalam perencanaan dan perancangan pemulihan masa depan ekonomi negara kerana suasana sudah berubah. Sejak peristiwa 11 September, Malaysia sekarang diberi tanggapan dan takrif sebagai sebuah negara pengganas melainkan kerajaan menangani masalah ini dengan serius dan bersungguh-sungguh dan bukan berdolak-dalik seperti sekarang terhadap segala tuduhan antarabangsa atas penglibatan Malaysia dalam peristiwa 11 September maka masa depan ekonomi dan keselamatan negara akan terus terancam. Dengan ini saya cadangkan satu kertas putih dibentangkan dalam Parlimen ini supaya semua pihak dapat membahaskan dan memberi buah fikiran untuk menangani masalah ini secara bersama dengan serius dan terbuka dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Masalah terlalu getir dan melibatkan kepentingan awam dan masa depan negara dan perlu disegerakan. Kerajaan tidak seharusnya bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan mempolitikkan isu ini untuk kepentingan politik sempit dalaman mereka dengan mengaitkan parti PAS dan KeADILan dengan keganasan sedangkan dunia hari ini menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam keganasan antarabangsa. Syarikat-syarikat Amerika Syarikat terutamanya pengeluar kontrak sekarang berpindah ke lokasi baru di negeri China dan Vietnam kerana mereka menawarkan suasana dan kos yang lebih kompetitif dan suasana politik yang lebih stabil. Apa yang tinggal untuk Malaysia, puluhan ribu ringgit dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur, Multimedia Super Corridor atau MSC sebagai pintu masuk untuk masa depan. Walau bagaimanapun ia memerlukan bantuan dan pelaburan dari Amerika Syarikat, Jepun dan negara Barat tetapi dalam suasana dan keadaan sekarang, mereka tidak akan ke sini lagi. MSC akan menjadi projek gajah putih terbesar dalam sejarah negara dan akan menjadi lambang utama kegagalan kepimpinan hari ini untuk mengolah masa depan negara. Ini ialah kerana pembangunan MSC dan pembangunan masyarakat tidak sealiran dengan keperluan pengisian sebuah masyarakat dan negara berteknologi tinggi. Tuan Yang di-Pertua, ... Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat. Jeli, Jeli. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Kemaman. Sehubungan dengan ucapan yang dibahaskan oleh Yang Berhormat bagi Kemaman tadi, apakah Yang Berhormat sedar bahawa dengan perbelanjaan yang melibatkan lebih daripada RM10 bilion yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk kawasan MSC tetapi mengikut data yang diberikan oleh. | 62 | 72 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 63
kementerian sendiri pada tahun 2002, syarikat asing yang melabur di dalam kawasan
Cyberjaya hanyalah berjumlah RM24.64 juta. Apakah itu kejayaan atau kegagalan?
Terima kasih.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Bukan sahaja pelabur asing tidak datang
tetapi syarikat-syarikat yang kerajaan melabur pun seperti Siltera, E-Village dan
sebagainya hari ini pun menempuh kegagalan. Seperti mana jawapan Timbalan
Menteri Kewangan kepada soalan saya bahawa Siltera sebuah syarikat untuk
manufacture wafer, kerugian RM165 juta, sedangkan pelaburannya melibatkan lebih
hampir RM4 bilion dan E-Village hari ini mengalami kerugian walaupun kerajaan
melabur dengan begitu banyak.
Tuan Yang di-Pertua, akhir-akhir ini muncul satu trend yang mencadangkan
bahawa Malaysia bergerak pantas mengikuti jejak Zimbabwe. Bukan sahaja kedua
buah negara mempunyai pemimpin berusia dalam lingkungan akhir 70-an tetapi
mereka mengikuti jejak yang hampir sama seperti kata pepatah Melayu, pelanduk dua
serupa. Seorang menuduh bekas presidennya mempunyai hubungan homoseksual
dan seorang lagi menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri mempunyai jenayah yang
sama. Keduanya memperkenalkan Akujanji, mengehendaki kepatuhan dan kesetiaan
kakitangan kerajaan yang semakin dingin terhadap kepimpinan negara sekarang dan
menuntut sokongan berterusan kepada kerajaan hari ini.
Kedua-dua negara bergantung kepada polis untuk mengawasi penduduk
untuk memastikan survival kuasa regim mereka. Kedua-dua mereka secara terbuka
melanggar perjanjian dan persetiaan antarabangsa dan enggan mengakui persetujuan
antarabangsa yang mereka sendiri tandatangani. Kedua-duanya mereka akan
menindas sesiapa sahaja yang berani menuntut, mengguna pakai prinsip undang-
undang antarabangsa mengenai layanan dan kebebasan kemanusiaan sejagat,
mengatasi undang-undang yang diolah mengikut tafsiran dan kehendak mereka.
Dalam kedua-dua buah negara, pilihan raya dikendalikan secara menipu
dengan apa cara sekalipun untuk memastikan survival kuasa parti pemerintah dan
menafikan… [Disorak] Kebebasan rakyat memilih dalam sistem demokrasi….
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua orang
berdiri Yang Berhormat, hendak bagi jalan? Cakaplah Yang Berhormat hendak bagi
atau tidak?
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Sekejap, sekejap. Nanti, nanti. Sekejap
dahulu, saya habis ini dahulu sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Cakap tidak
bagi tidak bagilah Yang Berhormat.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Saya akan beri kemudian, sekarang ini saya
tidak bagi lagi. Tidak bagi lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Susahlah
saya. Janji itu Yang Berhormat. Kalau tidak bagi berdosa.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Okey, okey! Akujanji, Akujanji.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Dalam kedua-dua buah negara adalah
menjadi kebiasaan, pemimpin dan penyokong parti pembangkang dipenjarakan dan
disabitkan dengan kesalahan yang direka cipta. Dalam kedua-dua buah negara, polis
yang menentukan tatacara dan corak perjalanan pilihan raya dan bukan Suruhanjaya
Pilihanraya…
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: …polis sentiasa mengawasi setiap
perhimpunan parti-parti pembangkang. Jelas polis telah diperalatkan untuk menindas
dan menekan dan akhirnya negara semakin dicengkam di bawah kawalan jentera dan
peralatan kerajaan dan bukan lagi mengikut kehendak hak rakyat yang bebas….
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Parit
Sulong berdiri Yang Berhormat.
| kementerian sendiri pada tahun 2002, syarikat asing yang melabur di dalam kawasan Cyberjaya hanyalah berjumlah RM24.64 juta. Apakah itu kejayaan atau kegagalan? Terima kasih. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Bukan sahaja pelabur asing tidak datang tetapi syarikat-syarikat yang kerajaan melabur pun seperti Siltera, E-Village dan sebagainya hari ini pun menempuh kegagalan. Seperti mana jawapan Timbalan Menteri Kewangan kepada soalan saya bahawa Siltera sebuah syarikat untuk manufacture wafer, kerugian RM165 juta, sedangkan pelaburannya melibatkan lebih hampir RM4 bilion dan E-Village hari ini mengalami kerugian walaupun kerajaan melabur dengan begitu banyak. Tuan Yang di-Pertua, akhir-akhir ini muncul satu trend yang mencadangkan bahawa Malaysia bergerak pantas mengikuti jejak Zimbabwe. Bukan sahaja kedua buah negara mempunyai pemimpin berusia dalam lingkungan akhir 70-an tetapi mereka mengikuti jejak yang hampir sama seperti kata pepatah Melayu, pelanduk dua serupa. Seorang menuduh bekas presidennya mempunyai hubungan homoseksual dan seorang lagi menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri mempunyai jenayah yang sama. Keduanya memperkenalkan Akujanji, mengehendaki kepatuhan dan kesetiaan kakitangan kerajaan yang semakin dingin terhadap kepimpinan negara sekarang dan menuntut sokongan berterusan kepada kerajaan hari ini. Kedua-dua negara bergantung kepada polis untuk mengawasi penduduk untuk memastikan survival kuasa regim mereka. Kedua-dua mereka secara terbuka melanggar perjanjian dan persetiaan antarabangsa dan enggan mengakui persetujuan antarabangsa yang mereka sendiri tandatangani. Kedua-duanya mereka akan menindas sesiapa sahaja yang berani menuntut, mengguna pakai prinsip undang- undang antarabangsa mengenai layanan dan kebebasan kemanusiaan sejagat, mengatasi undang-undang yang diolah mengikut tafsiran dan kehendak mereka. Dalam kedua-dua buah negara, pilihan raya dikendalikan secara menipu dengan apa cara sekalipun untuk memastikan survival kuasa parti pemerintah dan menafikan... [Disorak] Kebebasan rakyat memilih dalam sistem demokrasi.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua orang berdiri Yang Berhormat, hendak bagi jalan? Cakaplah Yang Berhormat hendak bagi atau tidak?. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Sekejap, sekejap. Nanti, nanti. Sekejap dahulu, saya habis ini dahulu sekejap. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cakap tidak bagi tidak bagilah Yang Berhormat. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Saya akan beri kemudian, sekarang ini saya tidak bagi lagi. Tidak bagi lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Susahlah saya. Janji itu Yang Berhormat. Kalau tidak bagi berdosa. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Okey, okey! Akujanji, Akujanji. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Dalam kedua-dua buah negara adalah menjadi kebiasaan, pemimpin dan penyokong parti pembangkang dipenjarakan dan disabitkan dengan kesalahan yang direka cipta. Dalam kedua-dua buah negara, polis yang menentukan tatacara dan corak perjalanan pilihan raya dan bukan Suruhanjaya Pilihanraya... Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: ...polis sentiasa mengawasi setiap perhimpunan parti-parti pembangkang. Jelas polis telah diperalatkan untuk menindas dan menekan dan akhirnya negara semakin dicengkam di bawah kawalan jentera dan peralatan kerajaan dan bukan lagi mengikut kehendak hak rakyat yang bebas.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Parit Sulong berdiri Yang Berhormat. | 63 | 73 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
64 DR.1.4.2002
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Rakyat ditakutkan dengan amaran secara
langsung dan tidak langsung bahawa hak perlindungan…
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat hendak bagi kah tidak ini, Yang Berhormat? Selesaikan dahulu yang ini,
jangan pakai terus sahaja.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Saya tidak bagi lagi, saya tidak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Habis tu bila
hendak baginya?
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Nanti… 2 minit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: …masa pun
dah hendak habis.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Ya kah? Saya tidak bagilah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak bagi
terus?
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Dia tidak bagi terus Yang Berhormat, ya
teruskan.
Tuan Mohamed Sayuti bin Said: [Bangun]
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Rakyat ditakutkan dengan amaran secara
langsung dan tidak langsung bahawa hak….
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kuala
Selangor pula berdiri Yang Berhormat. Hendak bagi?
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Tidak bagi, tidak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak
bagi tu Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Bahawa hak perlindungan ke atas mereka
akan ditarik balik sekiranya mereka memilih Barisan Alternatif seperti mana yang
berlaku ke atas rakyat di negeri Terengganu, yang mana hak royalti petroleum
dirampas apabila rakyat memilih Barisan Alternatif untuk memerintah negeri mereka.
Di dalam kedua-dua buah negara, rasuah berleluasa dan berbilion ringgit
wang kerajaan dan rakyat dibazirkan dalam projek-projek yang tidak boleh dibayangkan
akan manfaat dan hasil pulangan darinya untuk dikendalikan oleh syarikat-syarikat
kroni. Kelakuan rasuah di kalangan pemimpin selalunya dilupakan dan diketepikan
begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan tegas termasuk percutian dan lawatan membeli-
belah di luar negara yang dibayar oleh kroni-kroni tertentu.
Seperti mana yang didakwa oleh media antarabangsa, wang mengalir masuk
ke dalam negara dari Zimbabwe untuk mengelak dari dirampas oleh kuasa Barat yang
telah mengenakan sekatan terhadap negara tersebut. Saya mahu penjelasan, sama
ada tuduhan ini benar atau tidak dan sama ada wang daripada Malaysia pun mengalir
masuk ke Zimbabwe juga, setelah negara menghadapi tekanan dari dunia luar yang
mula menjauhi Malaysia kerana mengikuti jejak langkah pemerintahan yang sama
seperti Zimbabwe.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan
Mesyuarat]
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]
Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: …Malaysia mempertahankan dan cuba
menghalang Zimbabwe dengan begitu bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan
mereka dari dikeluarkan oleh Kesatuan Negara-negara Komanwel kerana mempunyai
persamaan dalam pemerintahannnya. Sekarang….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Arau dan
Parit Sulong bangun.
| Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Rakyat ditakutkan dengan amaran secara langsung dan tidak langsung bahawa hak perlindungan... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat hendak bagi kah tidak ini, Yang Berhormat? Selesaikan dahulu yang ini, jangan pakai terus sahaja. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Saya tidak bagi lagi, saya tidak bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Habis tu bila hendak baginya?. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Nanti... 2 minit. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: ...masa pun dah hendak habis. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Ya kah? Saya tidak bagilah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak bagi terus?. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Dia tidak bagi terus Yang Berhormat, ya teruskan. Tuan Mohamed Sayuti bin Said: [Bangun]. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Rakyat ditakutkan dengan amaran secara langsung dan tidak langsung bahawa hak.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kuala Selangor pula berdiri Yang Berhormat. Hendak bagi?. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Tidak bagi, tidak bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi tu Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Bahawa hak perlindungan ke atas mereka akan ditarik balik sekiranya mereka memilih Barisan Alternatif seperti mana yang berlaku ke atas rakyat di negeri Terengganu, yang mana hak royalti petroleum dirampas apabila rakyat memilih Barisan Alternatif untuk memerintah negeri mereka. Di dalam kedua-dua buah negara, rasuah berleluasa dan berbilion ringgit wang kerajaan dan rakyat dibazirkan dalam projek-projek yang tidak boleh dibayangkan akan manfaat dan hasil pulangan darinya untuk dikendalikan oleh syarikat-syarikat kroni. Kelakuan rasuah di kalangan pemimpin selalunya dilupakan dan diketepikan begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan tegas termasuk percutian dan lawatan membeli- belah di luar negara yang dibayar oleh kroni-kroni tertentu. Seperti mana yang didakwa oleh media antarabangsa, wang mengalir masuk ke dalam negara dari Zimbabwe untuk mengelak dari dirampas oleh kuasa Barat yang telah mengenakan sekatan terhadap negara tersebut. Saya mahu penjelasan, sama ada tuduhan ini benar atau tidak dan sama ada wang daripada Malaysia pun mengalir masuk ke Zimbabwe juga, setelah negara menghadapi tekanan dari dunia luar yang mula menjauhi Malaysia kerana mengikuti jejak langkah pemerintahan yang sama seperti Zimbabwe. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: ...Malaysia mempertahankan dan cuba menghalang Zimbabwe dengan begitu bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan mereka dari dikeluarkan oleh Kesatuan Negara-negara Komanwel kerana mempunyai persamaan dalam pemerintahannnya. Sekarang.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Arau dan Parit Sulong bangun. | 64 | 74 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 65
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Bagi Araulah.
Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua dan terima kasih Yang Berhormat bagi Kemaman. Dia orang ni memang takut
dengan puteri. Saya hendak minta laluan..... [Disorak] Saya hendak minta laluan
daripada Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat saya dengar Yang Berhormat dalam
ucapan bila-bila masa sahaja Yang Berhormat mengecam Cyberjaya, mengecam
usaha-usaha negara untuk meningkatkan pengetahuan dan juga penglibatan kita dalam
IT. Adakah sikap ini juga menunjukkan sikap yang sama sebagaimana pemimpin PAS
pada masa dahulu mengecam apabila kita mengadakan lebuh raya dan sebagainya
tetapi akhir-akhirnya ternyata bahawa ini memberikan kemajuan dan memberikan
kejayaan kepada negara?
Adakah Yang Berhormat sanggup pihak KeADILan sanggup bersama-sama
dengan kerajaan untuk kita berkempen memajukan kawasan Cyberjaya ini dan
perbandingan di antara Zimbabwe dengan Malaysia tadi, saya rasa berbeza sebab
Malaysia hari ini, dalam beberapa pilihan raya KeADILan nampaknya tidak lagi
diberikan sokongan oleh rakyat Malaysia, dua kali pilihan raya sudah, kita melihat
bahawa rakyat telah pun membuat keputusan, mereka tidak ada kepercayaan lagi
kepada pembangkang. Terima kasih.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih saya ingat kalau Yang
Berhormat seorang ahli perniagaan, kalau kita melabur RM1 juta untuk membuat kilang
maka kita akan dapat melihat hasilnya pengeluaran barang-barang yang kita dapat jual
untuk mendapat pendapatan tetapi kerajaan membelanjakan lebih daripada RM50
bilion untuk MSC ini tetapi apa hasilnya hari ini? Tidak ada apa hanya yang kita
bercakap pasal smart card, yang lain semuanya failure, jadi untuk belanja….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh
gulung.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua,
pertahanan merupakan satu elemen penting dalam menjaga keselamatan dan
kestabilan politik sesebuah negara. Dalam suasana tekanan dunia terhadap negara-
negara Islam sekarang ini adalah menjadi kewajipan negara…
Dr. Maximus Johnity Ongkili: [Bangun]
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua
Ahli Yang Berhormat bangun.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Ya, saya tidak bagilah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah cukup masa.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: …melengkapkan pertahanan untuk menjamin
negara dengan sewenang-wenang diceroboh oleh musuh-musuh negara. Adalah satu
tindakan yang tidak bertanggungjawab jika ada mana-mana pihak mengambil
kesempatan untuk mengaut keuntungan peribadi dalam usaha negara melengkapkan
pertahanan negara. Adalah difahamkan bahawa sebelum limbungan TLDM di Lumut
diswastakan, terdapat simpanan tetap atau fix deposit lebih RM300 juta yang terkumpul
oleh limbungan ini. Apakah simpanan ini telah digunakan oleh Penang Shipyard and
Construction atau PSC, yang mengambil alih limbungan ini melalui penswastaan dan
untuk apa ia telah digunakan.
Difahamkan juga bahawa PSC tidak mempunyai keupayaan dari segi
kewangan teknikal untuk melaksanakan empat lagi kapal peronda daripada enam buah
yang telah dipesan oleh TLDM. Apakah kerajaan bercadang untuk membuat
perubahan dalam pemberian kontrak pembinaan enam buah kapal peronda TLDM ini
melalui PSC ini?
Tuan Yang di-Pertua, dunia sudah menghapuskan dan membebaskan diri
daripada pemerintah diktator, lapuk dan usang termasuk dalam proses tersebut menuju
ke arah demokrasi berperlembagaan. Dunia sudah berubah tetapi hanya Barisan
Nasional sahaja masih mempercayai bahawa dunia masih sama 22 tahun yang lalu,
seolah-olah pemikiran mereka sudah tidak berfungsi dan membeku sejak 22 tahun
yang lampau. Sekian, terima kasih.
| Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Bagi Araulah. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat bagi Kemaman. Dia orang ni memang takut dengan puteri. Saya hendak minta laluan..... [Disorak] Saya hendak minta laluan daripada Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat saya dengar Yang Berhormat dalam ucapan bila-bila masa sahaja Yang Berhormat mengecam Cyberjaya, mengecam usaha-usaha negara untuk meningkatkan pengetahuan dan juga penglibatan kita dalam IT. Adakah sikap ini juga menunjukkan sikap yang sama sebagaimana pemimpin PAS pada masa dahulu mengecam apabila kita mengadakan lebuh raya dan sebagainya tetapi akhir-akhirnya ternyata bahawa ini memberikan kemajuan dan memberikan kejayaan kepada negara?. Adakah Yang Berhormat sanggup pihak KeADILan sanggup bersama-sama dengan kerajaan untuk kita berkempen memajukan kawasan Cyberjaya ini dan perbandingan di antara Zimbabwe dengan Malaysia tadi, saya rasa berbeza sebab Malaysia hari ini, dalam beberapa pilihan raya KeADILan nampaknya tidak lagi diberikan sokongan oleh rakyat Malaysia, dua kali pilihan raya sudah, kita melihat bahawa rakyat telah pun membuat keputusan, mereka tidak ada kepercayaan lagi kepada pembangkang. Terima kasih. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih saya ingat kalau Yang Berhormat seorang ahli perniagaan, kalau kita melabur RM1 juta untuk membuat kilang maka kita akan dapat melihat hasilnya pengeluaran barang-barang yang kita dapat jual untuk mendapat pendapatan tetapi kerajaan membelanjakan lebih daripada RM50 bilion untuk MSC ini tetapi apa hasilnya hari ini? Tidak ada apa hanya yang kita bercakap pasal smart card, yang lain semuanya failure, jadi untuk belanja.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pertahanan merupakan satu elemen penting dalam menjaga keselamatan dan kestabilan politik sesebuah negara. Dalam suasana tekanan dunia terhadap negara- negara Islam sekarang ini adalah menjadi kewajipan negara... Dr. Maximus Johnity Ongkili: [Bangun]. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua Ahli Yang Berhormat bangun. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Ya, saya tidak bagilah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah cukup masa. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: ...melengkapkan pertahanan untuk menjamin negara dengan sewenang-wenang diceroboh oleh musuh-musuh negara. Adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab jika ada mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan peribadi dalam usaha negara melengkapkan pertahanan negara. Adalah difahamkan bahawa sebelum limbungan TLDM di Lumut diswastakan, terdapat simpanan tetap atau fix deposit lebih RM300 juta yang terkumpul oleh limbungan ini. Apakah simpanan ini telah digunakan oleh Penang Shipyard and Construction atau PSC, yang mengambil alih limbungan ini melalui penswastaan dan untuk apa ia telah digunakan. Difahamkan juga bahawa PSC tidak mempunyai keupayaan dari segi kewangan teknikal untuk melaksanakan empat lagi kapal peronda daripada enam buah yang telah dipesan oleh TLDM. Apakah kerajaan bercadang untuk membuat perubahan dalam pemberian kontrak pembinaan enam buah kapal peronda TLDM ini melalui PSC ini?. Tuan Yang di-Pertua, dunia sudah menghapuskan dan membebaskan diri daripada pemerintah diktator, lapuk dan usang termasuk dalam proses tersebut menuju ke arah demokrasi berperlembagaan. Dunia sudah berubah tetapi hanya Barisan Nasional sahaja masih mempercayai bahawa dunia masih sama 22 tahun yang lalu, seolah-olah pemikiran mereka sudah tidak berfungsi dan membeku sejak 22 tahun yang lampau. Sekian, terima kasih. | 65 | 75 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
66 DR.1.4.2002
Beberapa Ahli: [Ketawa] [Disorak]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bandau.
4.32 ptg.
Dr. Maximus Johnity Ongkili [Bandau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
memandangkan masa yang singkat, saya ingin tumpukan perbincangan kita dan
pandangan-pandangan kita kepada sektor keselamatan khususnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meninjau daripada pembentangan anggaran-
anggaran tambahan di bawah kepala-kepala tertentu khususnya di bawah Kepala
Kementerian Dalam Negeri bagi PDRM dan juga bagi Kementerian Pertahanan bahawa
cukup banyak tambahan yang telah dipohon kalau dikumpulkan bersama, kira-kira bagi
kedua-dua Perbekalan dan Pembangunan RM112 juta.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang dipohon ini bagi pihak kami dan pihak
saya adalah wajar dan ia mencerminkan prioriti yang diberi oleh kerajaan serta
keprihatinannya kepada sektor yang asas ini, sektor yang penting dan dalam soal ini
Tuan Yang di-Pertua, usaha yang diberi khususnya oleh pihak kerajaan dan pihak
kementerian, kedua-duanya Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri
kepada masalah membersihkan negeri Sabah daripada tekanan pendatang asing
melalui Ops Nyah II yang sedang dijalankan adalah dialu-alukan.
Kita berpendapat bahawa inilah kali pertama ada usaha yang gigih, tegas dan
menyeluruh yang sedang dikendali dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Pusat serta
kerajaan negeri di peringkat negeri Sabah untuk membersihkan negeri Sabah, negara
kita daripada ancaman para pendatang asing.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga turut mengucapkan syabas kepada pihak polis
dan juga kepada semua pihak termasuk para ahli anggota keselamatan yang lain
seperti tentera dan juga pegawai-pegawai serta kakitangan jabatan-jabatan
enforcement agencies, dengan izin. Setakat ini pihak polis dan keselamatan telah pun
begitu bekerja keras dan kita difahamkan bagi statistik yang terkini ataupun yang
terdapat daripada pihak awam kira-kira 20,000 rakyat asing telah pun siap ditapis
ataupun discreen dengan izin, dan lebih daripada 6,000 telah pun ditangkap dan
sebahagian besar daripada 6,000 ini telah pun dihantar pulang.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu tindakan yang saya katakan tadi bukan
sahaja tepat pada masanya tetapi suatu tindakan yang perlu disokong oleh semua
pihak bukan sahaja oleh pihak awam tetapi juga pihak lain khususnya parti-parti lain
mahupun parti dalam kerajaan ataupun parti yang bukan dalam kerajaan. Jumlah yang
telah pun ditapis dan dihantar pulang itu memanglah begitu penting sekali dan
dikatakan cukup banyak.
Namun ia mencerminkan sekadar sedikit sahaja daripada jumlah pendatang
tanpa izin yang ada di Sabah, yang dianggarkan berjumlah di antara 150,000 hingga
500,000 (setengah juta) mengikut sumber ataupun pihak yang memberi data tersebut.
Memang di dalam Dewan yang mulia ini, daripada beberapa tahun yang lalu, data
ataupun maklumat yang sentiasa digunakan ialah setelah operasi regularisasi itu,
jumlah yang diberi adalah 160,000 tetapi itu pun sekadar yang dikenal pasti.
Bagaimana pula yang belum dikenal pasti ataupun mereka yang telah masuk semenjak
itu ataupun mereka yang pasnya telah luput dan terus tinggal di negeri tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk membersihkan negeri Sabah dan negara
kita daripada para pendatang tanpa izin ini memanglah saya katakan tadi, satu usaha
yang bukan senang dilakukan. Jadi itulah sebabnya bagi pihak kawasan dan parti PBS
dan negeri Sabah serta kita semua, saya percaya kita perlu mengucapkan syabas dan
tahniah atas political will, dengan izin, yang dilaksanakan oleh pihak kepimpinan negeri
dan Persekutuan di dalam tindakan ini.
Kita juga menekankan ucapan terima kasih kepada pihak anggota polis,
tentera, kakitangan agensi penguat kuasa atas usaha gigih dan risiko yang dihadapi
serta kerjasama yang mereka beri. Kami dimaklumkan bahawa banyak mereka ini
diancam, diberi death threats, dengan izin, dan seterusnya termasuk kepimpinan-
kepimpinan kerajaan negeri. Dan dalam soal ini, saya berharap Tuan Yang di-Pertua,
bahawa pihak-pihak keselamatan, kepimpinan sektor keselamatan tertinggi di
Persekutuan akan membuat tindakan-tindakan yang perlu untuk menambah tenaga
| Beberapa Ahli: [Ketawa] [Disorak]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bandau. 4.32 ptg. Dr. Maximus Johnity Ongkili [Bandau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa yang singkat, saya ingin tumpukan perbincangan kita dan pandangan-pandangan kita kepada sektor keselamatan khususnya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meninjau daripada pembentangan anggaran- anggaran tambahan di bawah kepala-kepala tertentu khususnya di bawah Kepala Kementerian Dalam Negeri bagi PDRM dan juga bagi Kementerian Pertahanan bahawa cukup banyak tambahan yang telah dipohon kalau dikumpulkan bersama, kira-kira bagi kedua-dua Perbekalan dan Pembangunan RM112 juta. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang dipohon ini bagi pihak kami dan pihak saya adalah wajar dan ia mencerminkan prioriti yang diberi oleh kerajaan serta keprihatinannya kepada sektor yang asas ini, sektor yang penting dan dalam soal ini Tuan Yang di-Pertua, usaha yang diberi khususnya oleh pihak kerajaan dan pihak kementerian, kedua-duanya Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri kepada masalah membersihkan negeri Sabah daripada tekanan pendatang asing melalui Ops Nyah II yang sedang dijalankan adalah dialu-alukan. Kita berpendapat bahawa inilah kali pertama ada usaha yang gigih, tegas dan menyeluruh yang sedang dikendali dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Pusat serta kerajaan negeri di peringkat negeri Sabah untuk membersihkan negeri Sabah, negara kita daripada ancaman para pendatang asing. Tuan Yang di-Pertua, kita juga turut mengucapkan syabas kepada pihak polis dan juga kepada semua pihak termasuk para ahli anggota keselamatan yang lain seperti tentera dan juga pegawai-pegawai serta kakitangan jabatan-jabatan enforcement agencies, dengan izin. Setakat ini pihak polis dan keselamatan telah pun begitu bekerja keras dan kita difahamkan bagi statistik yang terkini ataupun yang terdapat daripada pihak awam kira-kira 20,000 rakyat asing telah pun siap ditapis ataupun discreen dengan izin, dan lebih daripada 6,000 telah pun ditangkap dan sebahagian besar daripada 6,000 ini telah pun dihantar pulang. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu tindakan yang saya katakan tadi bukan sahaja tepat pada masanya tetapi suatu tindakan yang perlu disokong oleh semua pihak bukan sahaja oleh pihak awam tetapi juga pihak lain khususnya parti-parti lain mahupun parti dalam kerajaan ataupun parti yang bukan dalam kerajaan. Jumlah yang telah pun ditapis dan dihantar pulang itu memanglah begitu penting sekali dan dikatakan cukup banyak. Namun ia mencerminkan sekadar sedikit sahaja daripada jumlah pendatang tanpa izin yang ada di Sabah, yang dianggarkan berjumlah di antara 150,000 hingga 500,000 (setengah juta) mengikut sumber ataupun pihak yang memberi data tersebut. Memang di dalam Dewan yang mulia ini, daripada beberapa tahun yang lalu, data ataupun maklumat yang sentiasa digunakan ialah setelah operasi regularisasi itu, jumlah yang diberi adalah 160,000 tetapi itu pun sekadar yang dikenal pasti. Bagaimana pula yang belum dikenal pasti ataupun mereka yang telah masuk semenjak itu ataupun mereka yang pasnya telah luput dan terus tinggal di negeri tersebut?. Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk membersihkan negeri Sabah dan negara kita daripada para pendatang tanpa izin ini memanglah saya katakan tadi, satu usaha yang bukan senang dilakukan. Jadi itulah sebabnya bagi pihak kawasan dan parti PBS dan negeri Sabah serta kita semua, saya percaya kita perlu mengucapkan syabas dan tahniah atas political will, dengan izin, yang dilaksanakan oleh pihak kepimpinan negeri dan Persekutuan di dalam tindakan ini. Kita juga menekankan ucapan terima kasih kepada pihak anggota polis, tentera, kakitangan agensi penguat kuasa atas usaha gigih dan risiko yang dihadapi serta kerjasama yang mereka beri. Kami dimaklumkan bahawa banyak mereka ini diancam, diberi death threats, dengan izin, dan seterusnya termasuk kepimpinan- kepimpinan kerajaan negeri. Dan dalam soal ini, saya berharap Tuan Yang di-Pertua, bahawa pihak-pihak keselamatan, kepimpinan sektor keselamatan tertinggi di Persekutuan akan membuat tindakan-tindakan yang perlu untuk menambah tenaga. | 66 | 76 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 67
bagi melindungi para pemimpin negeri dan juga termasuk Ahli-ahli Parlimen yang kita
semua begitu memberi sokongan yang padu kepada usaha yang sedang dijalankan.
Tuan Yang di-Pertua, sokongan penuh saya katakan tadi perlu diberi oleh
semua pihak khususnya pihak orang awam dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Bagi
usaha ini yang sudah pun berjalan hampir dua bulan untuk terus berhasil dan untuk
berjaya ke tahap yang diinginkan sesuai dengan matlamat yang ditentukan, maka ada
beberapa langkah yang perlu diambil.
Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, ialah usaha yang berterusan hendaklah
dijalankan. Kali ini usaha yang komprehensif dan bagi usaha ini untuk terus menjadi
success, ia hendaklah dengan izin, sustainable. Ia hendaklah sustainable dan
berterusan sampai kepada masalah itu selesai dan tercapai matlamatnya. Kalau kita
berhenti kerana halangan-halangan tertentu di pertengahan jalan, maka kita
berpendapat usaha ini akan gagal seperti usaha-usaha yang lampau.
Satu lagi yang diperlukan ialah perlunya kerjasama daripada semua pihak
awam. Jadi dalam perkara ini, kita minta daripada pihak keselamatan, jawatankuasa
keselamatan dalam negeri di peringkat negeri Sabah supaya satu penyelarasan yang
lebih ketat dan lebih menyeluruh harus dibuat supaya mereka yang terlibat untuk
membantu pihak polis dan memberi maklumat-maklumat tertentu bukan sekadar dalam
segelintir sahaja golongan masyarakat tetapi sesuatu yang lebih menyeluruh.
Atas dasar itulah pihak kita telah mencadangkan supaya jawatankuasa-
jawatankuasa khas ditubuhkan di peringkat daerah di mana wakil rakyat boleh
mempengerusikannya, di mana pihak pemimpin-pemimpin parti politik tidak kira dia
parti kerajaan atau parti pembangkang dan juga NGO-NGO serta pemimpin
masyarakat terlibat untuk memberi maklumat yang terperinci menyokong usaha pihak
keselamatan di dalam pelaksanaan Ops Nyah II ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita berpendapat bahawa jika ini tidak dilakukan di mana
ada jawatankuasa pemandu dan penasihat serta penyokong di peringkat daerah, maka
akan ada kekurangan dari segi jentera. Di beberapa tempat sekadar Tuan OCPD dan
DO sahaja yang terlibat, dua tiga orang lari sini, lari sana, untuk menjalankan usaha
dan tindakan, maka ia tidak akan menyeluruh.
Satu lagi perkara yang harus diambil kira Tuan Yang di-Pertua, ialah seperti
yang saya katakan tadi ialah perlunya koordinasi supaya dengan adanya koordinasi
agensi yang terlibat tindakan itu adalah tepat kepada sasaran dan pada saat ini
memang ada rungutan bahawa pihak para setinggan tempatan pun ada yang terlibat di
mana rumah mereka secara tidak sengaja telah pun dirobohkan. Maka kita
berpendapat bahawa perlu ada koordinasi yang lebih jelas di mana ada terjadi, para
setinggan tempatan yang rumah mereka itu yang seharusnya tidak berada di sana juga
telah dirobohkan.
Maka tindakan haruslah dibuat untuk menempatkan mereka ini ke tempat-
tempat yang sesuai dan harus disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu dalam
perkara ini sebab kita harus membezakan di antara setinggan rakyat tempatan dan
setinggan rakyat asing. Setinggan rakyat tempatan ini sering kali terpaksa bukan kita
mengatakan itu adalah baik tetapi dalam keadaan tersempit dari segi tiada tempat lain,
dan oleh kerana perumahan kos rendah tidak mencukupi, maka mereka terpaksa
menjadi setinggan tempatan di tempat-tempat yang tidak harus berlaku. Jadi ini perlu
supaya ada koordinasi yang betul.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, ialah perlu kepimpinan yang tegas dan kita
berterima kasih kepada pihak Kerajaan Pusat dan negeri kerana saya katakan tadi
political will yang menyeluruh untuk menyelesaikan perkara ini once and for all, dengan
izin dan seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, dari segi kerjasama juga bukan sahaja di
peringkat negeri dan negara tetapi di antara negara-negara dan khususnya negara
Filipina di mana rakyatnya begitu banyak sekali menjadi pendatang asing di negeri
Sabah dan sebahagian wilayah Semenanjung supaya ada kerjasama. Baru-baru ini
pihak negara Filipina mengatakan bahawa slowdown, kita ingin berbincang bagaimana
menghantar mereka dengan lebih lagi efficient, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak harus dipengaruhi ataupun dictated, dengan
izin, oleh pihak luar yang ingin mengganggu jadual yang telah ditentukan dan
mengganggu program yang sedang dilaksanakan. Walaupun pihak kerajaan dan
negara harus sentiasa terbuka berbincang tetapi kes masalah pendatang asing di
| bagi melindungi para pemimpin negeri dan juga termasuk Ahli-ahli Parlimen yang kita semua begitu memberi sokongan yang padu kepada usaha yang sedang dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, sokongan penuh saya katakan tadi perlu diberi oleh semua pihak khususnya pihak orang awam dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Bagi usaha ini yang sudah pun berjalan hampir dua bulan untuk terus berhasil dan untuk berjaya ke tahap yang diinginkan sesuai dengan matlamat yang ditentukan, maka ada beberapa langkah yang perlu diambil. Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, ialah usaha yang berterusan hendaklah dijalankan. Kali ini usaha yang komprehensif dan bagi usaha ini untuk terus menjadi success, ia hendaklah dengan izin, sustainable. Ia hendaklah sustainable dan berterusan sampai kepada masalah itu selesai dan tercapai matlamatnya. Kalau kita berhenti kerana halangan-halangan tertentu di pertengahan jalan, maka kita berpendapat usaha ini akan gagal seperti usaha-usaha yang lampau. Satu lagi yang diperlukan ialah perlunya kerjasama daripada semua pihak awam. Jadi dalam perkara ini, kita minta daripada pihak keselamatan, jawatankuasa keselamatan dalam negeri di peringkat negeri Sabah supaya satu penyelarasan yang lebih ketat dan lebih menyeluruh harus dibuat supaya mereka yang terlibat untuk membantu pihak polis dan memberi maklumat-maklumat tertentu bukan sekadar dalam segelintir sahaja golongan masyarakat tetapi sesuatu yang lebih menyeluruh. Atas dasar itulah pihak kita telah mencadangkan supaya jawatankuasa- jawatankuasa khas ditubuhkan di peringkat daerah di mana wakil rakyat boleh mempengerusikannya, di mana pihak pemimpin-pemimpin parti politik tidak kira dia parti kerajaan atau parti pembangkang dan juga NGO-NGO serta pemimpin masyarakat terlibat untuk memberi maklumat yang terperinci menyokong usaha pihak keselamatan di dalam pelaksanaan Ops Nyah II ini. Tuan Yang di-Pertua, kita berpendapat bahawa jika ini tidak dilakukan di mana ada jawatankuasa pemandu dan penasihat serta penyokong di peringkat daerah, maka akan ada kekurangan dari segi jentera. Di beberapa tempat sekadar Tuan OCPD dan DO sahaja yang terlibat, dua tiga orang lari sini, lari sana, untuk menjalankan usaha dan tindakan, maka ia tidak akan menyeluruh. Satu lagi perkara yang harus diambil kira Tuan Yang di-Pertua, ialah seperti yang saya katakan tadi ialah perlunya koordinasi supaya dengan adanya koordinasi agensi yang terlibat tindakan itu adalah tepat kepada sasaran dan pada saat ini memang ada rungutan bahawa pihak para setinggan tempatan pun ada yang terlibat di mana rumah mereka secara tidak sengaja telah pun dirobohkan. Maka kita berpendapat bahawa perlu ada koordinasi yang lebih jelas di mana ada terjadi, para setinggan tempatan yang rumah mereka itu yang seharusnya tidak berada di sana juga telah dirobohkan. Maka tindakan haruslah dibuat untuk menempatkan mereka ini ke tempat- tempat yang sesuai dan harus disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu dalam perkara ini sebab kita harus membezakan di antara setinggan rakyat tempatan dan setinggan rakyat asing. Setinggan rakyat tempatan ini sering kali terpaksa bukan kita mengatakan itu adalah baik tetapi dalam keadaan tersempit dari segi tiada tempat lain, dan oleh kerana perumahan kos rendah tidak mencukupi, maka mereka terpaksa menjadi setinggan tempatan di tempat-tempat yang tidak harus berlaku. Jadi ini perlu supaya ada koordinasi yang betul. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, ialah perlu kepimpinan yang tegas dan kita berterima kasih kepada pihak Kerajaan Pusat dan negeri kerana saya katakan tadi political will yang menyeluruh untuk menyelesaikan perkara ini once and for all, dengan izin dan seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, dari segi kerjasama juga bukan sahaja di peringkat negeri dan negara tetapi di antara negara-negara dan khususnya negara Filipina di mana rakyatnya begitu banyak sekali menjadi pendatang asing di negeri Sabah dan sebahagian wilayah Semenanjung supaya ada kerjasama. Baru-baru ini pihak negara Filipina mengatakan bahawa slowdown, kita ingin berbincang bagaimana menghantar mereka dengan lebih lagi efficient, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak harus dipengaruhi ataupun dictated, dengan izin, oleh pihak luar yang ingin mengganggu jadual yang telah ditentukan dan mengganggu program yang sedang dilaksanakan. Walaupun pihak kerajaan dan negara harus sentiasa terbuka berbincang tetapi kes masalah pendatang asing di. | 67 | 77 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
68 DR.1.4.2002
negeri Sabah, di negara Malaysia ini daripada negara Filipina adalah telah berlarutan
puluhan tahun dan kita syorkan supaya perbincangan dijalankan tetapi pada masa yang
sama usaha yang dijalankan itu hendaklah diteruskan dengan tegas dan terperinci.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya perkara yang saya rasa sangat penting perlu
dilakukan adalah soal kewangan dan tenaga. Saya difahamkan bahawa pihak polis,
tentera dan semua yang terlibat dalam usaha ini seperti mana yang kita sedia maklum
tidak mempunyai budget yang tertentu khusus untuk usaha ini, maka kekurangan
belanja untuk dilaksanakan. Saya mencadangkan di sini, Tuan Yang di-Pertua, supaya
dalam soal ini pihak Kerajaan Pusat haruslah membantu, haruslah mengeluarkan
peruntukan-peruntukan tambahan untuk menyokong usaha ini supaya dia akan dapat
mencapai matlamatnya. Saya berpendapat, bahawa RM1 yang kita salurkan dan
digunakan untuk usaha membersihkan negeri Sabah daripada ancaman pendatang
asing ini akan tidak kurang 100 kali ganda dia punya pulangan.
Saya pengajar teori dalam Financial Analysis. Kita bilang kalau projek
biasanya itu kalau sektor pertanian, 15 sampai 17 cukuplah itu dan sektor-sektor yang
lain sukar mendapat pulangan lebih daripada katakan 25%. Tetapi saya berpendapat
pelaburan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk membersihkan negeri Sabah
daripada ancaman pendatang asing ini akan mendapat pulangan berlipat ganda yang
sukar untuk dikira sebenarnya dari segi keselamatan, peningkatan pelaburan asing
nanti dalam pesisiran pantai dan keselamatan masa depan anak-anak dan cucu-cucu
kita.
Maka atas dasar itulah pihak kita memohon dan merayu supaya apa juga
keperluan pihak PDRM dan tentera untuk menjalankan usaha ini hendaklah dibekalkan
sebab kita berpendapat bahawa saya katakan tadi wang itu akan digunakan dengan
betul dan ini adalah keperluan asas. Pihak kerajaan negeri Sabah memang
menghadapi kekurangan kewangan pada saat-saat ini. Saya difahamkan walau pun
pihak kerajaan telahpun menyalurkan wang dan apa wang yang ada pada mereka
kepada lebihan peringkat negeri Sabah, mereka juga telah pun menyalurkan ini kepada
Ops Nyah II. Tetapi kita merayu kepada pihak Kerajaan Pusat dan khusus kepada
pihak Kementerian Kewangan supaya tidak menggunakan tatacara yang biasa untuk
keperluan kewangan yang mendesak dan membekalkan kerana ini seperti yang saya
katakan tadi adalah pelaburan yang akan mendapat pelaburan pulangan yang banyak
bagi negeri Sabah dan nama negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada tajuk itu, saya ingin sentuh di bawah
Kepala soal Kementerian Luar Negeri di mana di dalam kajian-kajian dan penyelidikan
saya, saya rasa sudah sampai masanya pihak kerajaan memberi keprihatinan kepada
beberapa perkara bagi diplomat-diplomat dan kakitangan-kakitangan di pejabat
diplomasi kita di luar negara. Saya difahamkan bahawa beberapa negara di mana kita
ada High Commission dengan izin ataupun Pesuruhjaya dan Suruhanjaya atau
Embassy pada dasarnya alat kelengkapan itu dibandingkan dengan kelengkapan-
kelengkapan duta-duta lain di mana mereka punya dengan izin volume of trade dengan
Malaysia sekadar 10% jika dibandingkan dengan volume of trade, dengan izin, bagi
negara Malaysia, itu ketinggalan sekali dan tidak mencerminkan saya rasa wibawa dan
juga kemajuan walaupun bagi negara Malaysia.
Walaupun kita tidak mahu memberi dan membenarkan kewangan itu
digunakan sewenang-wenangnya dan tidak kita bilang live above our means
seterusnya tetapi kita harus prihatin supaya ada beberapa perkara berpatutan itu
diambil kira. Saya difahamkan bahawa bagi para pegawai-pegawai diplomat, gaji
mereka ini belum pernah disemak balik kalau dibandingkan daripada 1987 lagi. Saya
difahamkan gaji diplomat kita di beberapa negara Eropah jika dibandingkan dengan gaji
yang ada di Eropah, dia punya gaji tukang sapu di Parlimen Eropah lebih tinggi
daripada kita punya gaji diplomat dan para duta kita di beberapa negara di Eropah.
Jadi saya berpendapat bahawa haruslah ini diambil kira apa yang berpatutan
harus dibuat supaya mencerminkan juga kedaulatan dan juga imej negara walaupun
dengan teguran bahawa soal memboros itu tidak harus timbul sama sekali. Tuan Yang
di-Pertua, itu sekadar daripada saya. Saya mohon menyokong.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Tuan Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Tuan Robert Lau Hoi Chew: [Bangun]
| negeri Sabah, di negara Malaysia ini daripada negara Filipina adalah telah berlarutan puluhan tahun dan kita syorkan supaya perbincangan dijalankan tetapi pada masa yang sama usaha yang dijalankan itu hendaklah diteruskan dengan tegas dan terperinci. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya perkara yang saya rasa sangat penting perlu dilakukan adalah soal kewangan dan tenaga. Saya difahamkan bahawa pihak polis, tentera dan semua yang terlibat dalam usaha ini seperti mana yang kita sedia maklum tidak mempunyai budget yang tertentu khusus untuk usaha ini, maka kekurangan belanja untuk dilaksanakan. Saya mencadangkan di sini, Tuan Yang di-Pertua, supaya dalam soal ini pihak Kerajaan Pusat haruslah membantu, haruslah mengeluarkan peruntukan-peruntukan tambahan untuk menyokong usaha ini supaya dia akan dapat mencapai matlamatnya. Saya berpendapat, bahawa RM1 yang kita salurkan dan digunakan untuk usaha membersihkan negeri Sabah daripada ancaman pendatang asing ini akan tidak kurang 100 kali ganda dia punya pulangan. Saya pengajar teori dalam Financial Analysis. Kita bilang kalau projek biasanya itu kalau sektor pertanian, 15 sampai 17 cukuplah itu dan sektor-sektor yang lain sukar mendapat pulangan lebih daripada katakan 25%. Tetapi saya berpendapat pelaburan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk membersihkan negeri Sabah daripada ancaman pendatang asing ini akan mendapat pulangan berlipat ganda yang sukar untuk dikira sebenarnya dari segi keselamatan, peningkatan pelaburan asing nanti dalam pesisiran pantai dan keselamatan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita. Maka atas dasar itulah pihak kita memohon dan merayu supaya apa juga keperluan pihak PDRM dan tentera untuk menjalankan usaha ini hendaklah dibekalkan sebab kita berpendapat bahawa saya katakan tadi wang itu akan digunakan dengan betul dan ini adalah keperluan asas. Pihak kerajaan negeri Sabah memang menghadapi kekurangan kewangan pada saat-saat ini. Saya difahamkan walau pun pihak kerajaan telahpun menyalurkan wang dan apa wang yang ada pada mereka kepada lebihan peringkat negeri Sabah, mereka juga telah pun menyalurkan ini kepada Ops Nyah II. Tetapi kita merayu kepada pihak Kerajaan Pusat dan khusus kepada pihak Kementerian Kewangan supaya tidak menggunakan tatacara yang biasa untuk keperluan kewangan yang mendesak dan membekalkan kerana ini seperti yang saya katakan tadi adalah pelaburan yang akan mendapat pelaburan pulangan yang banyak bagi negeri Sabah dan nama negara Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada tajuk itu, saya ingin sentuh di bawah Kepala soal Kementerian Luar Negeri di mana di dalam kajian-kajian dan penyelidikan saya, saya rasa sudah sampai masanya pihak kerajaan memberi keprihatinan kepada beberapa perkara bagi diplomat-diplomat dan kakitangan-kakitangan di pejabat diplomasi kita di luar negara. Saya difahamkan bahawa beberapa negara di mana kita ada High Commission dengan izin ataupun Pesuruhjaya dan Suruhanjaya atau Embassy pada dasarnya alat kelengkapan itu dibandingkan dengan kelengkapan- kelengkapan duta-duta lain di mana mereka punya dengan izin volume of trade dengan Malaysia sekadar 10% jika dibandingkan dengan volume of trade, dengan izin, bagi negara Malaysia, itu ketinggalan sekali dan tidak mencerminkan saya rasa wibawa dan juga kemajuan walaupun bagi negara Malaysia. Walaupun kita tidak mahu memberi dan membenarkan kewangan itu digunakan sewenang-wenangnya dan tidak kita bilang live above our means seterusnya tetapi kita harus prihatin supaya ada beberapa perkara berpatutan itu diambil kira. Saya difahamkan bahawa bagi para pegawai-pegawai diplomat, gaji mereka ini belum pernah disemak balik kalau dibandingkan daripada 1987 lagi. Saya difahamkan gaji diplomat kita di beberapa negara Eropah jika dibandingkan dengan gaji yang ada di Eropah, dia punya gaji tukang sapu di Parlimen Eropah lebih tinggi daripada kita punya gaji diplomat dan para duta kita di beberapa negara di Eropah. Jadi saya berpendapat bahawa haruslah ini diambil kira apa yang berpatutan harus dibuat supaya mencerminkan juga kedaulatan dan juga imej negara walaupun dengan teguran bahawa soal memboros itu tidak harus timbul sama sekali. Tuan Yang di-Pertua, itu sekadar daripada saya. Saya mohon menyokong. Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]. Tuan Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]. Tuan Robert Lau Hoi Chew: [Bangun]. | 68 | 78 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 69
Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: [Bangun]
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli Yang Berhormat,
sebagaimana yang telah saya katakan bagi peringkat dasar, perbahasan perlu kita
selesaikan tidak lebih daripada satu hari. Ini bererti perbahasan perlu diselesaikan
sebelum tengah hari esok. Jadi saya kena fikir juga masa perlu diberikan Timbalan
Menteri menjawab. Maka saya hanya dapat membenarkan dua orang berucap. Jadi
saya hanya membenarkan dua orang lagi dan supaya mereka yang tidak dapat
berucap bolehlah menggunakan peluang semasa kita berada di peringkat
jawatankuasa. Jadi saya berikan kepada Kubang Kerian.
4.50 ptg.
Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: [Ketawa] Terima kasih, Tuan
Yang di-Pertua. Oleh kerana masa kita singkat walaupun perbelanjaan kita ialah RM16
bilion, sama besar dengan jumlah peruntukan bagi anggaran mengurus belanjawan
pokok kita, saya akan menyentuh secara spesifik beberapa perkara.
Kita telah pun meluluskan akta bagi menambahkan umur persaraan,
meningkatkan umur persaraan semua pegawai dan kakitangan kerajaan. Saya ingin
mendapatkan penjelasan bagi jawatan Ketua Hakim dan juga hakim-hakim. Saya
difahamkan bahawa bekas Peguam Negara telah pun menyiapkan rang undang-
undang untuk dibentangkan dalam Dewan ini bagi membolehkan Ketua Hakim Negara
ditingkatkan umur persaraannya daripada 65 tahun kepada 67 tahun dan bagi semua
hakim daripada 65 tahun kepada 66 tahun.
Rang Undang-undang ini sepatutnya dibentangkan dalam sidang kita pada kali
ini, tetapi atas sebab-sebab yang tertentu rang undang-undang ini telah ditangguhkan
oleh pihak yang tertentu di Jabatan Peguam Negara. Perkara ini adalah satu perkara
yang memberikan implikasi yang besar kepada kedudukan integriti badan kehakiman
kita dan ini ada kaitan dengan kes-kes yang tidak akan saya sebutkan.
Saya dengan ini memohon penjelasan: Apakah sebab yang menghalang
Jabatan Peguam Negara memajukan pindaan ini untuk di bawa ke dalam sidang ini
pada kali ini? Kita semua tahu bahawa Ketua Hakim Negara yang ada sekarang akan
tamat perkhidmatan beliau pada bulan September ini dan beliau dijangka terpaksa
mengambil cuti sebelum persaraan pada bulan Jun dan jika perkhidmatan Ketua Hakim
Negara tidak disambung di bawah cadangan Perdana Menteri, bermakna ini adalah kali
yang pertama dalam beberapa tahun kebelakangan ini jawatan Ketua Hakim Negara
tidak dilanjutkan perkhidmatannya. Ini adalah satu implikasi yang besar kepada
keadilan dan integriti badan kehakiman kita.
Perkara yang kedua ialah berkenaan dengan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja. Dalam dua minggu yang lepas EPF telah menambahkan pegangannya dalam
satu syarikat iaitu Naluri Sendirian Berhad dan juga TRI. Walaupun kita tahu TRI telah
mengalami kerugian selama empat tahun berturut-turut, tetapi EPF masih mengambil
tindakan untuk menambahkan pegangannya menjadi kalau tidak silap saya kepada
13.8% daripada 5% sebelumnya.
Saya ingin tahu apakah kriteria dan asas bagi EPF bertindak membeli saham-
saham kaunter ataupun syarikat-syarikat yang mengalami kerugian yang berterusan?
Bukan sahaja dalam Naluri Sendirian Berhad EPF mengalami kerugian 80% daripada
50 syarikat utama di mana EPF mempunyai dengan izin substantial stakes ataupun
shares, telah mengalami kerugian selama beberapa tahun berturut-turut. Maklumat ini
ada dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dan 80% daripada 50 syarikat utama di mana
EPF mempunyai substantial shares telah mengalami kerugian bertahun-tahun.
Saya memohon kerajaan membentangkan dalam Parlimen ini senarai
keseluruhan pelaburan EPF dalam semua syarikat-syarikat di Bursa Saham Kuala
Lumpur. Saya bertanggungjawab dengan dakwaan ini bahawa 80% daripada 50
syarikat utama di mana EPF melabur mengalami dividen yang negatif sudah bertahun-
tahun.
Saya ingin sekali lagi mendapat penjelasan: Apakah dan bagaimanakah EPF
menentukan dasar pelaburan ekuitinya? Kita semua tahu dalam tahun-tahun
| Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: [Bangun]. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang telah saya katakan bagi peringkat dasar, perbahasan perlu kita selesaikan tidak lebih daripada satu hari. Ini bererti perbahasan perlu diselesaikan sebelum tengah hari esok. Jadi saya kena fikir juga masa perlu diberikan Timbalan Menteri menjawab. Maka saya hanya dapat membenarkan dua orang berucap. Jadi saya hanya membenarkan dua orang lagi dan supaya mereka yang tidak dapat berucap bolehlah menggunakan peluang semasa kita berada di peringkat jawatankuasa. Jadi saya berikan kepada Kubang Kerian. 4.50 ptg. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: [Ketawa] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana masa kita singkat walaupun perbelanjaan kita ialah RM16 bilion, sama besar dengan jumlah peruntukan bagi anggaran mengurus belanjawan pokok kita, saya akan menyentuh secara spesifik beberapa perkara. Kita telah pun meluluskan akta bagi menambahkan umur persaraan, meningkatkan umur persaraan semua pegawai dan kakitangan kerajaan. Saya ingin mendapatkan penjelasan bagi jawatan Ketua Hakim dan juga hakim-hakim. Saya difahamkan bahawa bekas Peguam Negara telah pun menyiapkan rang undang- undang untuk dibentangkan dalam Dewan ini bagi membolehkan Ketua Hakim Negara ditingkatkan umur persaraannya daripada 65 tahun kepada 67 tahun dan bagi semua hakim daripada 65 tahun kepada 66 tahun. Rang Undang-undang ini sepatutnya dibentangkan dalam sidang kita pada kali ini, tetapi atas sebab-sebab yang tertentu rang undang-undang ini telah ditangguhkan oleh pihak yang tertentu di Jabatan Peguam Negara. Perkara ini adalah satu perkara yang memberikan implikasi yang besar kepada kedudukan integriti badan kehakiman kita dan ini ada kaitan dengan kes-kes yang tidak akan saya sebutkan. Saya dengan ini memohon penjelasan: Apakah sebab yang menghalang Jabatan Peguam Negara memajukan pindaan ini untuk di bawa ke dalam sidang ini pada kali ini? Kita semua tahu bahawa Ketua Hakim Negara yang ada sekarang akan tamat perkhidmatan beliau pada bulan September ini dan beliau dijangka terpaksa mengambil cuti sebelum persaraan pada bulan Jun dan jika perkhidmatan Ketua Hakim Negara tidak disambung di bawah cadangan Perdana Menteri, bermakna ini adalah kali yang pertama dalam beberapa tahun kebelakangan ini jawatan Ketua Hakim Negara tidak dilanjutkan perkhidmatannya. Ini adalah satu implikasi yang besar kepada keadilan dan integriti badan kehakiman kita. Perkara yang kedua ialah berkenaan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Dalam dua minggu yang lepas EPF telah menambahkan pegangannya dalam satu syarikat iaitu Naluri Sendirian Berhad dan juga TRI. Walaupun kita tahu TRI telah mengalami kerugian selama empat tahun berturut-turut, tetapi EPF masih mengambil tindakan untuk menambahkan pegangannya menjadi kalau tidak silap saya kepada 13.8% daripada 5% sebelumnya. Saya ingin tahu apakah kriteria dan asas bagi EPF bertindak membeli saham- saham kaunter ataupun syarikat-syarikat yang mengalami kerugian yang berterusan? Bukan sahaja dalam Naluri Sendirian Berhad EPF mengalami kerugian 80% daripada 50 syarikat utama di mana EPF mempunyai dengan izin substantial stakes ataupun shares, telah mengalami kerugian selama beberapa tahun berturut-turut. Maklumat ini ada dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dan 80% daripada 50 syarikat utama di mana EPF mempunyai substantial shares telah mengalami kerugian bertahun-tahun. Saya memohon kerajaan membentangkan dalam Parlimen ini senarai keseluruhan pelaburan EPF dalam semua syarikat-syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur. Saya bertanggungjawab dengan dakwaan ini bahawa 80% daripada 50 syarikat utama di mana EPF melabur mengalami dividen yang negatif sudah bertahun- tahun. Saya ingin sekali lagi mendapat penjelasan: Apakah dan bagaimanakah EPF menentukan dasar pelaburan ekuitinya? Kita semua tahu dalam tahun-tahun. | 69 | 79 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
70 DR.1.4.2002
kebelakangan ini EPF membayar dividen yang sangat rendah. Kita juga semua tahu
bahawa penglibatan EPF dalam perniagaan ataupun pegangan ekuiti untuk tahun-
tahun kebelakangan meningkat dari satu tahun ke satu tahun.
Sekarang ini lebih kurang 27% daripada jumlah pelaburan EPF ialah dalam
ekuiti yang berjumlah lebih daripada RM 41 bilion bernilai lebih daripada RM41 bilion
dan kita juga semua tahu bahawa Malaysian Building Society sahaja untuk tahun 2001
telah mengalami kerugian dalam RM500 juta dan ini semua memerlukan penjelasan
yang telus daripada pihak kerajaan. Kita tidak mahu kerugian-kerugian akibat daripada
dasar untuk melindungi syarikat-syarikat tertentu di Bursa Saham Kuala Lumpur
dengan menggunakan tabung orang ramai, rakyat jelata yang diamanahkan dalam EPF
digunakan bagi tujuan-tujuan tersebut sehingga mengakibatkan kerugian yang begitu
besar.
Saya berharap dalam jawapan penggulungan esok, Kementerian Penerangan
memberikan penjelasan yang menyeluruh dan panjang lebar bagi isu yang telah saya
bangkitkan. Walaupun sebelum daripada ini saya telah membangkitkan berkali-kali
tetapi beberapa perkara yang telah dibangkitkan tidak diberikan penjelasan walaupun
kementerian berjanji memberikan jawapan bertulis.
Ada beberapa persoalan yang telah dijanjikan oleh Yang Berhormat Timbalan
Menteri Kewangan untuk diberikan jawapan bertulis, sampai hari ini saya tidak
menerima jawapan-jawapan tersebut termasuklah kedudukan Putrajaya yang kita
peruntukan bagi sewaan RM100 juta dalam belanjawan tambahan kita ini. Satu
syarikat Arca Tiga Arkitek telah pun memfailkan saman berasaskan nilaian architecture
mereka sebanyak 5% dengan meletakkan nilaian rumah Perdana Menteri, kediaman
rasmi Perdana Menteri berharga RM200 juta dan bukannya RM17juta seperti yang
disebut di dalam Dewan ini.
Ini memerlukan penjelasan yang terus terang, bukan satu penjelasan yang
main-main. Dalam Dewan ini pada hari ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
telah memberi penjelasan tentang isu incinerator. Tiga sebab telah diberikan kenapa
kerajaan berpindah daripada stoker kepada gasification dan saya telah mendapatkan
maklumat daripada Japanese Bank Investment Corporation yang beralamat di UBN
Tower Kuala Lumpur yang dahulu telah bersetuju untuk membiayai pembelian
incinerator berasaskan stoker yang akan digunakan oleh Malaysia tetapi Japanese
Bank Investment Corporation telah menarik balik pembiayaan mereka apabila kerajaan
memilih gasification.
Saya ingin penjelasan dari kementerian adakah dakwaan saya ini benar dan
saya telah pun berhubung dengan pegawai-pegawai di Japanese Bank Investment
Corporation, mengesahkan bahawa mereka telah membatalkan pembiayaan incinerator
apabila kerajaan bertukar daripada stoker kepada gasification kerana gasification di
Jepun sendiri hanya masih dalam proses percubaan. Tidak ada satu pun teknologi
incinerator berasaskan gasification yang telah beroperasi.
Yang ada hanya dua dalam proses pembinaan. Satu industrial waste dan satu
lagi dibina oleh Ibara masih dalam proses pembinaan dan loji yang dibina oleh Ibara di
satu tempat di Tokyo hanya mempunyai kapasiti 2 x 95 tan sedangkan yang kita
cadangkan ialah untuk kapasiti 1,500 tan. Saya berharap kajian ini dapat dijalankan
dengan lebih terperinci. Saya inginkan mengulangi dakwaan saya, bahawa perubahan
dari incinerator stoker kepada gasification adalah melalui lobi seorang peniaga Jepun
yang saya tidak mahu sebutkan namanya pada hari ini.
BPR telah diarahkan kononnya untuk melaksanakan pemantauan terhadap
amalan-amalan penyelewengan dan rasuah. Tetapi jika kita meneliti kedudukan BPR
dari segi pegawai sahaja, sejak beberapa tahun ataupun sepuluh tahun kebelakangan
ini jumlah pegawai BPR hanya berjumlah 1,200 orang. Tidak pernah ditambahkan
walaupun bidang tugasnya telah ditambahkan iaitu kita telah meluluskan BPR
menyiasat sektor korporat tetapi jumlah kakitangannya hanya 1,200 orang daripada
yang paling tinggi Ketua Pengarah kepada yang paling rendah iaitu kakitangan
perkeranian dan sebagainya.
Yang terlibat dalam penyiasatan hanya 600 orang di seluruh negara.
Bagaimanakah BPR dapat menangani isu penyelewengan rasuah dengan berkesan
jika keupayaan mereka tidak ditambah dan elaun insentif bulanan mereka telah tidak
| kebelakangan ini EPF membayar dividen yang sangat rendah. Kita juga semua tahu bahawa penglibatan EPF dalam perniagaan ataupun pegangan ekuiti untuk tahun- tahun kebelakangan meningkat dari satu tahun ke satu tahun. Sekarang ini lebih kurang 27% daripada jumlah pelaburan EPF ialah dalam ekuiti yang berjumlah lebih daripada RM 41 bilion bernilai lebih daripada RM41 bilion dan kita juga semua tahu bahawa Malaysian Building Society sahaja untuk tahun 2001 telah mengalami kerugian dalam RM500 juta dan ini semua memerlukan penjelasan yang telus daripada pihak kerajaan. Kita tidak mahu kerugian-kerugian akibat daripada dasar untuk melindungi syarikat-syarikat tertentu di Bursa Saham Kuala Lumpur dengan menggunakan tabung orang ramai, rakyat jelata yang diamanahkan dalam EPF digunakan bagi tujuan-tujuan tersebut sehingga mengakibatkan kerugian yang begitu besar. Saya berharap dalam jawapan penggulungan esok, Kementerian Penerangan memberikan penjelasan yang menyeluruh dan panjang lebar bagi isu yang telah saya bangkitkan. Walaupun sebelum daripada ini saya telah membangkitkan berkali-kali tetapi beberapa perkara yang telah dibangkitkan tidak diberikan penjelasan walaupun kementerian berjanji memberikan jawapan bertulis. Ada beberapa persoalan yang telah dijanjikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk diberikan jawapan bertulis, sampai hari ini saya tidak menerima jawapan-jawapan tersebut termasuklah kedudukan Putrajaya yang kita peruntukan bagi sewaan RM100 juta dalam belanjawan tambahan kita ini. Satu syarikat Arca Tiga Arkitek telah pun memfailkan saman berasaskan nilaian architecture mereka sebanyak 5% dengan meletakkan nilaian rumah Perdana Menteri, kediaman rasmi Perdana Menteri berharga RM200 juta dan bukannya RM17juta seperti yang disebut di dalam Dewan ini. Ini memerlukan penjelasan yang terus terang, bukan satu penjelasan yang main-main. Dalam Dewan ini pada hari ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberi penjelasan tentang isu incinerator. Tiga sebab telah diberikan kenapa kerajaan berpindah daripada stoker kepada gasification dan saya telah mendapatkan maklumat daripada Japanese Bank Investment Corporation yang beralamat di UBN Tower Kuala Lumpur yang dahulu telah bersetuju untuk membiayai pembelian incinerator berasaskan stoker yang akan digunakan oleh Malaysia tetapi Japanese Bank Investment Corporation telah menarik balik pembiayaan mereka apabila kerajaan memilih gasification. Saya ingin penjelasan dari kementerian adakah dakwaan saya ini benar dan saya telah pun berhubung dengan pegawai-pegawai di Japanese Bank Investment Corporation, mengesahkan bahawa mereka telah membatalkan pembiayaan incinerator apabila kerajaan bertukar daripada stoker kepada gasification kerana gasification di Jepun sendiri hanya masih dalam proses percubaan. Tidak ada satu pun teknologi incinerator berasaskan gasification yang telah beroperasi. Yang ada hanya dua dalam proses pembinaan. Satu industrial waste dan satu lagi dibina oleh Ibara masih dalam proses pembinaan dan loji yang dibina oleh Ibara di satu tempat di Tokyo hanya mempunyai kapasiti 2 x 95 tan sedangkan yang kita cadangkan ialah untuk kapasiti 1,500 tan. Saya berharap kajian ini dapat dijalankan dengan lebih terperinci. Saya inginkan mengulangi dakwaan saya, bahawa perubahan dari incinerator stoker kepada gasification adalah melalui lobi seorang peniaga Jepun yang saya tidak mahu sebutkan namanya pada hari ini. BPR telah diarahkan kononnya untuk melaksanakan pemantauan terhadap amalan-amalan penyelewengan dan rasuah. Tetapi jika kita meneliti kedudukan BPR dari segi pegawai sahaja, sejak beberapa tahun ataupun sepuluh tahun kebelakangan ini jumlah pegawai BPR hanya berjumlah 1,200 orang. Tidak pernah ditambahkan walaupun bidang tugasnya telah ditambahkan iaitu kita telah meluluskan BPR menyiasat sektor korporat tetapi jumlah kakitangannya hanya 1,200 orang daripada yang paling tinggi Ketua Pengarah kepada yang paling rendah iaitu kakitangan perkeranian dan sebagainya. Yang terlibat dalam penyiasatan hanya 600 orang di seluruh negara. Bagaimanakah BPR dapat menangani isu penyelewengan rasuah dengan berkesan jika keupayaan mereka tidak ditambah dan elaun insentif bulanan mereka telah tidak. | 70 | 80 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 71
dikaji iaitu elaun insentif bulanan mereka sejak 1980 iaitu sudah 22 tahun, tak di kaji
insentif bulanan mereka yang berjumlah RM300 sebulan.
Ini semua membuktikan sekali lagi komitmen kerajaan terhadap perkara ini
adalah sangat rendah dan kita semua baca dalam surat khabar utama Malaysia
bahawa Kuasa Usaha Switzerland telah memberikan satu kenyataan akhbar yang
paling terang iaitu bahawa Kementerian Kehakiman Switzerland telah pun memberikan
kerjasama seratus peratus kepada usaha BPR mengheret kepada sesiapa yang
menyeleweng dalam isu Perwaja. Bahkan dua akaun yang dibuka di Geneva dan
Zurich, segala dokumen yang berkaitan telah diserahkan kepada BPR dan Jabatan
Peguam Negara pada Mei 2001 mengikut akhbar yang saya baca. Mei 2001 telah
diserahkan, setahun yang lalu.
Ini membuktikan bahawa Perdana Menteri telah berbohong kepada rakyat
Malaysia, kerana alasan satu-satunya yang diberikan oleh Perdana Menteri ialah pihak
berkuasa Switzerland tidak memberikan kerjasama tetapi dua orang pegawai tinggi,
satu orang Konsul Switzerland di Kuala Lumpur dan seorang jurucakap bagi
Kementerian Kehakiman Switzerland telah pun membuat kenyataan yang disiarkan
oleh semua surat khabar dunia, walaupun kecil, bahawa mereka telah pun memberikan
kerjasama dan di bawah undang-undang Switzerland mereka diwajibkan bekerjasama
di peringkat antarabangsa dalam kes-kes jenayah. Tidak ada sebab bagi mereka
menghalang penyiasatan oleh BPR.
Pembohongan ini adalah satu pembohongan yang serius kerana Perwaja
diperuntukkan untuk tahun 2002 iaitu RM1.4 bilion untuk satu tahun. Dan berapa bilion
yang telah kita sumbangkan kepada Perwaja. Untuk mengheret satu orang
penyeleweng dalam kes ini, kita tidak berikan kesempatan sepenuhnya dan saya yakin,
ini dihalang oleh Perdana Menteri sendiri. Ini dihalang oleh Perdana Menteri sendiri.
Jika halangan itu tidak ada, saya yakin bahawa pendakwaan boleh dilakukan. Ini ialah
kerana Perwaja adalah satu ilham Perdana Menteri kononnya untuk maju kita mesti
memiliki industri besi. Tetapi ternyata bahawa hipotesis ini adalah tidak benar dan oleh
kerana impian menjadi negara maju berasaskan industri besi maka kita telah
menempah kerugian yang begitu besar. Saya beralih kepada perkara yang lain….
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid [Hulu Terengganu]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Hulu
Terengganu.
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Tuan Yang di-Pertua dan terima
kasih kepada Kubang Kerian. Yang Berhormat menyebut bahawa Perdana Menteri
telah berbohong kepada rakyat Malaysia. Apakah Yang Berhormat ingin
mencadangkan kepada Dewan yang mulia, supaya Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat khususnya rakyat
Terengganu yang telah mengalami kerugian yang begitu banyak, hasil daripada
pelaburan yang tidak bijak ini atau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti
datang ke Dewan ini untuk menjelaskan dengan terperinci apakah asas-asas ucapan
beliau itu. Minta komen Yang Berhormat.
Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih banyak. Memang ini adalah satu
perkara serius, bukan 1 juta, bukan 2 juta, bukan 100 juta, ini dekat dengan RM10
bilion. Sekurang-kurangnya selepas dua orang pegawai...
Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kuala Kedah bangun.
Tuan Husam bin Haji Musa: Sekejap lagi saya bagi, kawan mesti bagi.
Sekurang-kurangnya apabila dua orang pegawai telah secara rasmi memberikan
penjelasan mereka, kerajaan kita mesti bertindak. Kementerian Kewangan mesti jawab
balik kenyataan Ketua Kuasa Usaha Switzerland, juru cakap Kementerian Kehakiman
Switzerland. Membisu bermakna kita telah mengakui bahawa kita telah berbohong
dengan rakyat jelata.
Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang
Kerian, minta BPR bertindak kepada Perdana Menteri, minta Perdana Menteri tarik
balik, ini kerja sia-sia, macam minta sisik pada ikan keli. Tunggulah Perdana menteri
pencen ambil tindakan macam Suharto dan Presiden Korea. Selagi tak pencen, tidak
berhenti jangan haraplah. Setuju atau tidak macam minta sisik pada ikan keli.
| dikaji iaitu elaun insentif bulanan mereka sejak 1980 iaitu sudah 22 tahun, tak di kaji insentif bulanan mereka yang berjumlah RM300 sebulan. Ini semua membuktikan sekali lagi komitmen kerajaan terhadap perkara ini adalah sangat rendah dan kita semua baca dalam surat khabar utama Malaysia bahawa Kuasa Usaha Switzerland telah memberikan satu kenyataan akhbar yang paling terang iaitu bahawa Kementerian Kehakiman Switzerland telah pun memberikan kerjasama seratus peratus kepada usaha BPR mengheret kepada sesiapa yang menyeleweng dalam isu Perwaja. Bahkan dua akaun yang dibuka di Geneva dan Zurich, segala dokumen yang berkaitan telah diserahkan kepada BPR dan Jabatan Peguam Negara pada Mei 2001 mengikut akhbar yang saya baca. Mei 2001 telah diserahkan, setahun yang lalu. Ini membuktikan bahawa Perdana Menteri telah berbohong kepada rakyat Malaysia, kerana alasan satu-satunya yang diberikan oleh Perdana Menteri ialah pihak berkuasa Switzerland tidak memberikan kerjasama tetapi dua orang pegawai tinggi, satu orang Konsul Switzerland di Kuala Lumpur dan seorang jurucakap bagi Kementerian Kehakiman Switzerland telah pun membuat kenyataan yang disiarkan oleh semua surat khabar dunia, walaupun kecil, bahawa mereka telah pun memberikan kerjasama dan di bawah undang-undang Switzerland mereka diwajibkan bekerjasama di peringkat antarabangsa dalam kes-kes jenayah. Tidak ada sebab bagi mereka menghalang penyiasatan oleh BPR. Pembohongan ini adalah satu pembohongan yang serius kerana Perwaja diperuntukkan untuk tahun 2002 iaitu RM1.4 bilion untuk satu tahun. Dan berapa bilion yang telah kita sumbangkan kepada Perwaja. Untuk mengheret satu orang penyeleweng dalam kes ini, kita tidak berikan kesempatan sepenuhnya dan saya yakin, ini dihalang oleh Perdana Menteri sendiri. Ini dihalang oleh Perdana Menteri sendiri. Jika halangan itu tidak ada, saya yakin bahawa pendakwaan boleh dilakukan. Ini ialah kerana Perwaja adalah satu ilham Perdana Menteri kononnya untuk maju kita mesti memiliki industri besi. Tetapi ternyata bahawa hipotesis ini adalah tidak benar dan oleh kerana impian menjadi negara maju berasaskan industri besi maka kita telah menempah kerugian yang begitu besar. Saya beralih kepada perkara yang lain.... Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid [Hulu Terengganu]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Kubang Kerian. Yang Berhormat menyebut bahawa Perdana Menteri telah berbohong kepada rakyat Malaysia. Apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia, supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat khususnya rakyat Terengganu yang telah mengalami kerugian yang begitu banyak, hasil daripada pelaburan yang tidak bijak ini atau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti datang ke Dewan ini untuk menjelaskan dengan terperinci apakah asas-asas ucapan beliau itu. Minta komen Yang Berhormat. Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih banyak. Memang ini adalah satu perkara serius, bukan 1 juta, bukan 2 juta, bukan 100 juta, ini dekat dengan RM10 bilion. Sekurang-kurangnya selepas dua orang pegawai... Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kuala Kedah bangun. Tuan Husam bin Haji Musa: Sekejap lagi saya bagi, kawan mesti bagi. Sekurang-kurangnya apabila dua orang pegawai telah secara rasmi memberikan penjelasan mereka, kerajaan kita mesti bertindak. Kementerian Kewangan mesti jawab balik kenyataan Ketua Kuasa Usaha Switzerland, juru cakap Kementerian Kehakiman Switzerland. Membisu bermakna kita telah mengakui bahawa kita telah berbohong dengan rakyat jelata. Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Kerian, minta BPR bertindak kepada Perdana Menteri, minta Perdana Menteri tarik balik, ini kerja sia-sia, macam minta sisik pada ikan keli. Tunggulah Perdana menteri pencen ambil tindakan macam Suharto dan Presiden Korea. Selagi tak pencen, tidak berhenti jangan haraplah. Setuju atau tidak macam minta sisik pada ikan keli. | 71 | 81 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
72 DR.1.4.2002
Tuan Husam bin Haji Musa: [Ketawa] Saya bukan sahaja minta Perdana
Menteri minta maaf, tetapi kalau boleh saya minta dia letak jawatan sahaja dan
kebetulan kita telah pun meminda Peraturan Ganjaran bagi anggota-anggota Parlimen.
Dahulu ganjaran anggota Parlimen, maksimum ialah enam tahun perkhidmatan,
sekarang telah dipinda kepada bilangan tahun perkhidmatan mereka. Saya rasa ini
tanda positif Perdana Menteri kita merasakan bahawa perkhidmatan beliau mungkin
tidak akan disambung lagi pada penggal yang akan datang. Kalau tidak dia tidak pinda
peraturan tersebut.
Dato' Kamarudin bin Jaffar: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat tidak
mahu terima?
Tuan Husam bin Haji Musa: Ya?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak mahu terima
cadangan itu? [Ketawa]
Tuan Husam bin Haji Musa: [Ketawa] Tidak berapa dengar, Tuan Yang di-
Pertua.
Dato' Kamarudin bin Jaffar: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang
Berhormat bagi Kubang Kerian. Berkaitan dengan Kerajaan Swiss dan bank ini,
Kerajaan Swiss telah memaklumkan bulan Mei 2001 bahawa ada wang dalam akaun
berjumlah lebih kurang RM76 juta yang disimpan oleh orang yang bernama Eric Chia.
Kalaulah Eric Chia ini kroni Dato' Seri Anwar sudah tentu dia akan dihukum. Kalaulah
Eric Chia ini kroni kepada bekas Menteri Kewangan, Yang Berhormat Merbok, sudah
tentulah dia akan dihukum. Dia tidak dihukum dan tidak dicari dan tidak ada apa-apa
tindakan setakat ini. Adakah kesimpulannya dia bukan kroni bekas Menteri Kewangan
dahulu, bukan kroni bekas Menteri Kewangan selepasnya, tetapi kroni Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan yang ada pada hari ini?
Tuan Husam bin Haji Musa: Adalah jelas perkara ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tabung Haji, oleh kerana masa kita singkat, tetapi saya hendak komen apa yang
disebut oleh Perdana Menteri. Kerugian yang telah dialami oleh Tabung Haji ialah
pengurusan lama. Sekarang pengurusan baru ambil alih hendak betulkan. Urusan
lama itu di bawah kerajaan lama. Kerajaan yang sama dengan pengurusan baru.
Jadi tanggungjawab tidak hanya mengalihkan kerugian ini kepada
pengurusan lama. Apa yang membezakan sesebuah kerajaan yang baik ialah bukan
tidak ada kesilapan yang berlaku dalam kerajaan tersebut. Kesilapan mungkin berlaku,
tetapi apabila kesilapan itu dilakukan dengan tujuan untuk menyeleweng, maka
tindakan harus diambil terhadap semua pihak yang telah melakukan kesilapan
tersebut. Bukan nanti mereka berlainan fahaman politik seperti yang berlaku kepada
bekas Menteri Luar Bandar. Apabila sudah berlainan kem, Menteri Luar Bandar
mencadangkan Perdana Menteri meletakkan jawatan dalam Mesyuarat MT UMNO,
barulah tindakan diambil, Kalau tidak mereka akan dilindungi. Itu pun baru di peringkat
siasatan. Kita belum tengok pendakwaan.
Kita telah melihat berpuluh-puluh senarai siasatan dilakukan tetapi kita tidak
melihat tindakan pendakwaan dilakukan, termasuk dalam kes Menteri Besar Selangor.
Siasatan pun tidak dijalankan walaupun bahan buktinya adalah begitu terang. Bekas
Menteri Besar Pahang tidak ada apa-apa tindakan dilakukan dan exco-exco tertentu
dilepaskan begitu sahaja kerana kita mempunyai sikap memilih dalam semua hal.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Jeli
bangun.
Tuan Husam bin Haji Musa: Saya habiskan sedikit lagi, saya bagi Jeli.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa pun sudah dekat.
Boleh gulung, Yang Berhormat.
Tuan Husam bin Haji Musa: Dekat hendak habis, dekat hendak habis, tetapi
belum habis lagi. [Ketawa]
| Tuan Husam bin Haji Musa: [Ketawa] Saya bukan sahaja minta Perdana Menteri minta maaf, tetapi kalau boleh saya minta dia letak jawatan sahaja dan kebetulan kita telah pun meminda Peraturan Ganjaran bagi anggota-anggota Parlimen. Dahulu ganjaran anggota Parlimen, maksimum ialah enam tahun perkhidmatan, sekarang telah dipinda kepada bilangan tahun perkhidmatan mereka. Saya rasa ini tanda positif Perdana Menteri kita merasakan bahawa perkhidmatan beliau mungkin tidak akan disambung lagi pada penggal yang akan datang. Kalau tidak dia tidak pinda peraturan tersebut. Dato' Kamarudin bin Jaffar: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat tidak mahu terima?. Tuan Husam bin Haji Musa: Ya?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak mahu terima cadangan itu? [Ketawa]. Tuan Husam bin Haji Musa: [Ketawa] Tidak berapa dengar, Tuan Yang di- Pertua. Dato' Kamarudin bin Jaffar: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Berkaitan dengan Kerajaan Swiss dan bank ini, Kerajaan Swiss telah memaklumkan bulan Mei 2001 bahawa ada wang dalam akaun berjumlah lebih kurang RM76 juta yang disimpan oleh orang yang bernama Eric Chia. Kalaulah Eric Chia ini kroni Dato' Seri Anwar sudah tentu dia akan dihukum. Kalaulah Eric Chia ini kroni kepada bekas Menteri Kewangan, Yang Berhormat Merbok, sudah tentulah dia akan dihukum. Dia tidak dihukum dan tidak dicari dan tidak ada apa-apa tindakan setakat ini. Adakah kesimpulannya dia bukan kroni bekas Menteri Kewangan dahulu, bukan kroni bekas Menteri Kewangan selepasnya, tetapi kroni Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang ada pada hari ini?. Tuan Husam bin Haji Musa: Adalah jelas perkara ini, Tuan Yang di-Pertua. Tabung Haji, oleh kerana masa kita singkat, tetapi saya hendak komen apa yang disebut oleh Perdana Menteri. Kerugian yang telah dialami oleh Tabung Haji ialah pengurusan lama. Sekarang pengurusan baru ambil alih hendak betulkan. Urusan lama itu di bawah kerajaan lama. Kerajaan yang sama dengan pengurusan baru. Jadi tanggungjawab tidak hanya mengalihkan kerugian ini kepada pengurusan lama. Apa yang membezakan sesebuah kerajaan yang baik ialah bukan tidak ada kesilapan yang berlaku dalam kerajaan tersebut. Kesilapan mungkin berlaku, tetapi apabila kesilapan itu dilakukan dengan tujuan untuk menyeleweng, maka tindakan harus diambil terhadap semua pihak yang telah melakukan kesilapan tersebut. Bukan nanti mereka berlainan fahaman politik seperti yang berlaku kepada bekas Menteri Luar Bandar. Apabila sudah berlainan kem, Menteri Luar Bandar mencadangkan Perdana Menteri meletakkan jawatan dalam Mesyuarat MT UMNO, barulah tindakan diambil, Kalau tidak mereka akan dilindungi. Itu pun baru di peringkat siasatan. Kita belum tengok pendakwaan. Kita telah melihat berpuluh-puluh senarai siasatan dilakukan tetapi kita tidak melihat tindakan pendakwaan dilakukan, termasuk dalam kes Menteri Besar Selangor. Siasatan pun tidak dijalankan walaupun bahan buktinya adalah begitu terang. Bekas Menteri Besar Pahang tidak ada apa-apa tindakan dilakukan dan exco-exco tertentu dilepaskan begitu sahaja kerana kita mempunyai sikap memilih dalam semua hal. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Jeli bangun. Tuan Husam bin Haji Musa: Saya habiskan sedikit lagi, saya bagi Jeli. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa pun sudah dekat. Boleh gulung, Yang Berhormat. Tuan Husam bin Haji Musa: Dekat hendak habis, dekat hendak habis, tetapi belum habis lagi. [Ketawa]. | 72 | 82 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 73
Petronas telah diarahkan mengambil shares Putrajaya Holdings kepada 62.4%
daripada 40%. Saya ingin penjelasan: Apakah rasional di atas arahan ini? Dan kita
telah membayar sewa bulanan kepada Putrajaya Holdings. Saya ingin penjelasan.
Apakah harga sebenar pembinaan rumah kediaman Perdana Menteri seperti yang
didakwa oleh Arca Tiga Arkitek? Jika ini benar, bermakna Perdana Menteri sekali lagi
telah berbohong kepada rakyat dalam isu yang begitu besar. Kelayakan morale
seseorang itu lebih mustahak untuk mendapat keyakinan rakyat bagi mereka memimpin
negara dengan stabil dan aman.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua
dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Daripada apa yang dibahaskan oleh Yang
Berhormat Kubang Kerian menampakkan seolah-olah BPR tidak berani bertindak atau
tidak mampu bertindak atau tidak ada kuasa yang cukup luas untuk bertindak. Jadi
tidak kah Yang Berhormat Kubang Kerian bimbang? Selepas satu demi satu insiden
yang berlaku di mana banyak kes yang tertunggak yang melibatkan pemimpin-
pemimpin negara, maka insiden yang sama berlaku dalam kes Perwaja di mana
akhirnya bahan bukti hilang, akan juga berlaku kepada kes-kes yang terbaru yang
melibatkan Menteri Besar Selangor dan juga yang lain-lain yang rapat dengan
pemimpin tertinggi UMNO. Apakah kita tidak bimbang hal yang sama akan berlaku lagi
seperti mana yang berlaku untuk kes Perwaja di mana bahan-bahan bukti telah hilang?
Sekian, terima kasih.
Tuan Husam bin Haji Musa: Memang bimbang, Tuan Yang di-Pertua,
memang bimbang. [Ketawa] Oleh sebab itu saya bercakap pada hari ini. Berkenaan
dengan air…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa…
Tuan Husam bin Haji Musa: Boleh gulung ya?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila gulung.
Tuan Husam bin Haji Musa: Boleh gulung? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan krisis air, kita telah mengalami krisis
air yang berulangan dan Menteri Kerja Raya telah memberikan penyelesaian bagi krisis
ini iaitu dengan cara menswastakan perkhidmatan air. Saya tidak mempunyai
kesempatan untuk membahaskan secara terperinci sebab-sebab kewangan dan juga
sebab-sebab yang lain. Bagi kita dengan mudahnya membuktikan penswastaan,
perkhidmatan sosial ini bukanlah satu cara mutlak bagi krisis ini diselesaikan. Bahkan
krisis ini berlaku kerana kita telah menswastakan perkhidmatan air.
Kita telah menswastakan perkhidmatan air di Johor, di Selangor dan di
beberapa negeri yang lain, dan infra bagi mana-mana projek bekalan air adalah sangat
besar yang tidak mungkin dapat ditampung oleh pihak swasta tanpa membebankan kos
infra ini kepada rakyat jelata. Kos infra termasuklah pembinaan loji, termasuklah
pembinaan sambungan paip yang terbaik. Ini semua adalah kos infra yang jika
dibebankan kepada para pengguna, adalah di luar daripada kemampuan mereka.
Oleh yang demikian, penswastaan bukan jalannya. Krisis air secara ringkas
boleh disimpulkan sebagai mercu tanda satu lagi kegagalan Kerajaan Barisan Nasional
meletakkan prioriti kepada senarai pembangunan keperluan rakyat jelata. Kita telah
menyiapkan KLCC, kita telah menyiapkan KLIA, kita telah menyiapkan Putrajaya yang
diduduki oleh segelintir elit tertentu dengan kemewahan yang begitu besar di atas
belanja negara, tetapi bagi keperluan rakyat jelata seluruhnya kita masih menghadapi
krisis tahun demi tahun. Sekian, terima kasih.
[Beberapa Ahli Yang Berhormat bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Batang Lupar, sila.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Selepas ini Timbalan
Menteri boleh jawab.
5.13 ptg.
| Petronas telah diarahkan mengambil shares Putrajaya Holdings kepada 62.4% daripada 40%. Saya ingin penjelasan: Apakah rasional di atas arahan ini? Dan kita telah membayar sewa bulanan kepada Putrajaya Holdings. Saya ingin penjelasan. Apakah harga sebenar pembinaan rumah kediaman Perdana Menteri seperti yang didakwa oleh Arca Tiga Arkitek? Jika ini benar, bermakna Perdana Menteri sekali lagi telah berbohong kepada rakyat dalam isu yang begitu besar. Kelayakan morale seseorang itu lebih mustahak untuk mendapat keyakinan rakyat bagi mereka memimpin negara dengan stabil dan aman. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Daripada apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian menampakkan seolah-olah BPR tidak berani bertindak atau tidak mampu bertindak atau tidak ada kuasa yang cukup luas untuk bertindak. Jadi tidak kah Yang Berhormat Kubang Kerian bimbang? Selepas satu demi satu insiden yang berlaku di mana banyak kes yang tertunggak yang melibatkan pemimpin- pemimpin negara, maka insiden yang sama berlaku dalam kes Perwaja di mana akhirnya bahan bukti hilang, akan juga berlaku kepada kes-kes yang terbaru yang melibatkan Menteri Besar Selangor dan juga yang lain-lain yang rapat dengan pemimpin tertinggi UMNO. Apakah kita tidak bimbang hal yang sama akan berlaku lagi seperti mana yang berlaku untuk kes Perwaja di mana bahan-bahan bukti telah hilang? Sekian, terima kasih. Tuan Husam bin Haji Musa: Memang bimbang, Tuan Yang di-Pertua, memang bimbang. [Ketawa] Oleh sebab itu saya bercakap pada hari ini. Berkenaan dengan air... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa... Tuan Husam bin Haji Musa: Boleh gulung ya?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila gulung. Tuan Husam bin Haji Musa: Boleh gulung? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan krisis air, kita telah mengalami krisis air yang berulangan dan Menteri Kerja Raya telah memberikan penyelesaian bagi krisis ini iaitu dengan cara menswastakan perkhidmatan air. Saya tidak mempunyai kesempatan untuk membahaskan secara terperinci sebab-sebab kewangan dan juga sebab-sebab yang lain. Bagi kita dengan mudahnya membuktikan penswastaan, perkhidmatan sosial ini bukanlah satu cara mutlak bagi krisis ini diselesaikan. Bahkan krisis ini berlaku kerana kita telah menswastakan perkhidmatan air. Kita telah menswastakan perkhidmatan air di Johor, di Selangor dan di beberapa negeri yang lain, dan infra bagi mana-mana projek bekalan air adalah sangat besar yang tidak mungkin dapat ditampung oleh pihak swasta tanpa membebankan kos infra ini kepada rakyat jelata. Kos infra termasuklah pembinaan loji, termasuklah pembinaan sambungan paip yang terbaik. Ini semua adalah kos infra yang jika dibebankan kepada para pengguna, adalah di luar daripada kemampuan mereka. Oleh yang demikian, penswastaan bukan jalannya. Krisis air secara ringkas boleh disimpulkan sebagai mercu tanda satu lagi kegagalan Kerajaan Barisan Nasional meletakkan prioriti kepada senarai pembangunan keperluan rakyat jelata. Kita telah menyiapkan KLCC, kita telah menyiapkan KLIA, kita telah menyiapkan Putrajaya yang diduduki oleh segelintir elit tertentu dengan kemewahan yang begitu besar di atas belanja negara, tetapi bagi keperluan rakyat jelata seluruhnya kita masih menghadapi krisis tahun demi tahun. Sekian, terima kasih. [Beberapa Ahli Yang Berhormat bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Batang Lupar, sila. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Selepas ini Timbalan Menteri boleh jawab. 5.13 ptg. | 73 | 83 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
74 DR.1.4.2002
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih,
Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk
bercakap sedikit.
Jadi dalam perbahasan saya pada kali ini, saya tidak menyentuh banyak
perkara yang nampaknya sebagai yang disentuh oleh Kubang Kerian tadi yakni
menuduh orang kiri, kanan dan sebagainya, walaupun nampaknya data-data itu ada
juga yang disebut-sebutkan. Saya ingin meminta dengan pihak Kementerian
Kewangan menyelidik dari mana data ini sampai, terutama sekali kalau daripada
kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan patut memperketatkan maklumat-maklumat
yang keluar daripada jabatan kerajaan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada Ahli
Parlimen kalau sesuatu perkara itu boleh digunakan untuk mendatangkan satu
gambaran yang buruk kepada sesiapa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh
persoalan ini ialah…
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat baru berucap.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Duduklah dahulu, saya belum
habis mukadimah ini.
Tuan Husam bin Haji Musa: Tidak, kalau hendak bagi, bagi. Kalau tidak
bagi, tidak apa.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mahu bagi kah?
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya belum hendak bagi.
Duduklah!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia tidak bagilah!
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya tidak pernah minta tadi
dengan Yang Berhormat, tidak ganggu pun. Jadi oleh kerana apabila persoalan
korupsi dan sebagainya dibangkitkan oleh sesiapa sahaja dan lebih-lebih lagi daripada
mulut Ahli-ahli Parlimen, itu telah menimbulkan satu persepsi. Jadi tiap-tiap…
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tunggu dahulu, Dato'.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tidak, saya hendak
minta Kubang Kerian, saya cabar dia supaya bercakap di luar yang dia tuduh Perdana
Menteri. Saya cabar Yang Berhormat bagi Kubang Kerian! Beri laluan? Terima kasih,
Yang Berhormat. Saya sebenarnya tidak hendak bercakap tetapi saya tengok tadi
Kubang Kerian kalau benarlah apa dakwaan dia, saya minta, saya cabar dia bercakap
di luar Dewan ini. Kalau tidak tarik balik! Ini 36 (6) Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-
Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat, Yang Berhormat!
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Saya cabar. Jadi
setujukah, Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat, kenapa tidak timbulkan tadi?
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tidak, saya minta
penjelasan. Yang Berhormat bagi Batang Lupar, saya minta penjelasan. Setuju atau
tidak dakwaan Kubang Kerian ini yang memburukkan kepimpinan negara dengan tidak
tahu daripada mana sumber yang dia dapat? Saya minta setuju atau tidak kita cabar
dia buat kenyataan di luar Dewan? Ini baru gentleman atau tidak. Minta sedikit
penjelasan.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tidak payah penjelasan kerana
memang sudah jelas. Daripada Yang Berhormat bagi Larut itu sudah jelas, kalau Yang
Berhormat Larut kata hendak cabar itu, sila. Silakanlah. [Ketawa]
Jadi persoalan saya tadi ialah persoalan rahsia kerajaan. Kalau ada perkara-
perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen dalam Dewan ini menunjukkan bahawa
| Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk bercakap sedikit. Jadi dalam perbahasan saya pada kali ini, saya tidak menyentuh banyak perkara yang nampaknya sebagai yang disentuh oleh Kubang Kerian tadi yakni menuduh orang kiri, kanan dan sebagainya, walaupun nampaknya data-data itu ada juga yang disebut-sebutkan. Saya ingin meminta dengan pihak Kementerian Kewangan menyelidik dari mana data ini sampai, terutama sekali kalau daripada kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan patut memperketatkan maklumat-maklumat yang keluar daripada jabatan kerajaan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada Ahli Parlimen kalau sesuatu perkara itu boleh digunakan untuk mendatangkan satu gambaran yang buruk kepada sesiapa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh persoalan ini ialah... Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat baru berucap. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Duduklah dahulu, saya belum habis mukadimah ini. Tuan Husam bin Haji Musa: Tidak, kalau hendak bagi, bagi. Kalau tidak bagi, tidak apa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mahu bagi kah?. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya belum hendak bagi. Duduklah!. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia tidak bagilah!. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya tidak pernah minta tadi dengan Yang Berhormat, tidak ganggu pun. Jadi oleh kerana apabila persoalan korupsi dan sebagainya dibangkitkan oleh sesiapa sahaja dan lebih-lebih lagi daripada mulut Ahli-ahli Parlimen, itu telah menimbulkan satu persepsi. Jadi tiap-tiap... Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tunggu dahulu, Dato'. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tidak, saya hendak minta Kubang Kerian, saya cabar dia supaya bercakap di luar yang dia tuduh Perdana Menteri. Saya cabar Yang Berhormat bagi Kubang Kerian! Beri laluan? Terima kasih, Yang Berhormat. Saya sebenarnya tidak hendak bercakap tetapi saya tengok tadi Kubang Kerian kalau benarlah apa dakwaan dia, saya minta, saya cabar dia bercakap di luar Dewan ini. Kalau tidak tarik balik! Ini 36 (6) Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat!. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Saya cabar. Jadi setujukah, Yang Berhormat?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, kenapa tidak timbulkan tadi?. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tidak, saya minta penjelasan. Yang Berhormat bagi Batang Lupar, saya minta penjelasan. Setuju atau tidak dakwaan Kubang Kerian ini yang memburukkan kepimpinan negara dengan tidak tahu daripada mana sumber yang dia dapat? Saya minta setuju atau tidak kita cabar dia buat kenyataan di luar Dewan? Ini baru gentleman atau tidak. Minta sedikit penjelasan. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tidak payah penjelasan kerana memang sudah jelas. Daripada Yang Berhormat bagi Larut itu sudah jelas, kalau Yang Berhormat Larut kata hendak cabar itu, sila. Silakanlah. [Ketawa]. Jadi persoalan saya tadi ialah persoalan rahsia kerajaan. Kalau ada perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen dalam Dewan ini menunjukkan bahawa. | 74 | 84 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 75
satu-satu rahsia kerajaan telah dibocorkan atau pun telah disebut oleh sesiapa sahaja
termasuk Ahli Parlimen, pihak Kementerian walaupun tidak boleh mengambil tindakan
secara terus terhadap Ahli Parlimen ataupun sesiapa sahaja yang telah membocorkan
mana-mana data ataupun maklumat kerajaan sepatutnya Kementerian mengambil
perhatian dan melihat dari mana sumber ini telah dibocorkan.
Kalau pembocoran ini adalah kesalahan daripada pegawai-pegawai kerajaan,
kementerian juga mestilah mengetahui siapakah mereka yang mengeluarkan maklumat
dan data ini. Ini kerana, tidak mungkin kalau sekali ini kita menceritakan perkara-
perkara yang sedemikian, yang tidak.…
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada
Peraturan Mesyuarat.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ya.
Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua, inilah sikap. Dia bukan
hendak lihat benar atau tidak benar apa yang kita cakap.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mana satu Peraturan
Mesyuarat?
Tuan Husam bin Haji Musa: Peraturan 25, ‘penerangan sendiri’.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apa yang
kena mengena? [Ketawa] [Dewan riuh-rendah]
Tuan Husam bin Haji Musa: Saya kena beri penerangan. Dia sudah dakwa
saya mendapat maklumat secara salah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kena betul-betullah Yang
Berhormat.
Tuan Husam bin Haji Musa: Inilah sikap Barisan Nasional. Dia tidak boleh
tolerate dengan kebenaran.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat....
Tuan Husam bin Haji Musa: Dia terus hendak guna undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat....
Tuan Husam bin Haji Musa: Dengarlah apa yang saya cakap. Kalau benar,
terimalah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, jangan
ambil kesempatan.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, bila rakan-
rakan bercakap dalam Dewan ini tadi, saya tidak ganggu langsung pun dan saya
menggunakan forum ini untuk saya dan kalau kebetulan tuduhan mengatakan
menggunakan kesalahan daripada segi peraturan Dewan, saya berharap benda itu
valid lah, jangan bila disuruh berdiri, bercakap begitu sahaja, tidak mengetahui apa
benda yang hendak dikatakan.
Jadi, saya masih menyambungkan persoalan membocorkan rahsia kerajaan.
Membocorkan rahsia kerajaan ini, bukanlah ditumpu kepada Ahli Parlimen. Kalau Ahli
Parlimen itu mempunyai discretion dia sendiri dan membocorkan perkara yang telah
didapati kepada beliau sebagai maklumat dalaman dan digunakan sebagai salah satu
bahan untuk berbincang….
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat,
Peraturan Mesyuarat 36?
Tuan Husam bin Haji Musa: Ucapan beliau, Yang Berhormat bagi Batang
Lupar seakan-akan menuduh saya mendapat maklumat yang tidak betul ataupun
maklumat haram.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat....
| satu-satu rahsia kerajaan telah dibocorkan atau pun telah disebut oleh sesiapa sahaja termasuk Ahli Parlimen, pihak Kementerian walaupun tidak boleh mengambil tindakan secara terus terhadap Ahli Parlimen ataupun sesiapa sahaja yang telah membocorkan mana-mana data ataupun maklumat kerajaan sepatutnya Kementerian mengambil perhatian dan melihat dari mana sumber ini telah dibocorkan. Kalau pembocoran ini adalah kesalahan daripada pegawai-pegawai kerajaan, kementerian juga mestilah mengetahui siapakah mereka yang mengeluarkan maklumat dan data ini. Ini kerana, tidak mungkin kalau sekali ini kita menceritakan perkara- perkara yang sedemikian, yang tidak.... Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada Peraturan Mesyuarat. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ya. Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua, inilah sikap. Dia bukan hendak lihat benar atau tidak benar apa yang kita cakap. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mana satu Peraturan Mesyuarat?. Tuan Husam bin Haji Musa: Peraturan 25, 'penerangan sendiri'. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apa yang kena mengena? [Ketawa] [Dewan riuh-rendah]. Tuan Husam bin Haji Musa: Saya kena beri penerangan. Dia sudah dakwa saya mendapat maklumat secara salah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kena betul-betullah Yang Berhormat. Tuan Husam bin Haji Musa: Inilah sikap Barisan Nasional. Dia tidak boleh tolerate dengan kebenaran. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.... Tuan Husam bin Haji Musa: Dia terus hendak guna undang-undang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.... Tuan Husam bin Haji Musa: Dengarlah apa yang saya cakap. Kalau benar, terimalah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, jangan ambil kesempatan. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, bila rakan- rakan bercakap dalam Dewan ini tadi, saya tidak ganggu langsung pun dan saya menggunakan forum ini untuk saya dan kalau kebetulan tuduhan mengatakan menggunakan kesalahan daripada segi peraturan Dewan, saya berharap benda itu valid lah, jangan bila disuruh berdiri, bercakap begitu sahaja, tidak mengetahui apa benda yang hendak dikatakan. Jadi, saya masih menyambungkan persoalan membocorkan rahsia kerajaan. Membocorkan rahsia kerajaan ini, bukanlah ditumpu kepada Ahli Parlimen. Kalau Ahli Parlimen itu mempunyai discretion dia sendiri dan membocorkan perkara yang telah didapati kepada beliau sebagai maklumat dalaman dan digunakan sebagai salah satu bahan untuk berbincang.... Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 36?. Tuan Husam bin Haji Musa: Ucapan beliau, Yang Berhormat bagi Batang Lupar seakan-akan menuduh saya mendapat maklumat yang tidak betul ataupun maklumat haram. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.... | 75 | 85 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
76 DR.1.4.2002
Tuan Husam bin Haji Musa: Yang saya sebut tadi, ada dalam senarai Bursa
Saham Kuala Lumpur.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat, baik, baik. Tadi....
Tuan Husam bin Haji Musa: Jangan tuduh saya ambil maklumat tidak betul.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apa yang
di katakan....
Tuan Husam bin Haji Musa: Itu maklumat terbuka.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukup,
cukup.
Tuan Husam bin Haji Musa: Baik.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Apa yang di katakan oleh
Yang Berhormat bagi Batang Lupar, secara am. Dia tidak sebut Yang Berhormat bagi
Kubang Kerian. Teruskan Yang Berhormat bagi Batang Lupar.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya memang membincangkan
satu perkara yang am. Perkara yang am saya bincangkan di sini ialah perkara
berhubung dengan pembocoran rahsia daripada kerajaan dan saya tidak menyebut
sesiapa pun. Siapa yang membocorkan perkara-perkara yang saya sebut itu. Saya
hanya menyebut apabila dan jika terkeluar satu-satu perkara, data ataupun fakta,
maklumat atau sebagainya oleh seseorang sama ada di Dewan ini ataupun di luar,
pihak kementerian dan pihak kerajaan mesti mengambil tindakan untuk mencari di
mana letaknya kebocoran dan pengeluaran maklumat ini kepada umum, kita mahu
mengetahui. Bukan persoalan Ahli Parlimen membidas ataupun menyebut dalam
Dewan ini tetapi persoalannya rahsia kerajaan sepatutnya terjaga daripada dikeluarkan
kepada sesiapa pun.
Ini kerana kita bimbangkan perkara yang tidak mendatangkan masalah
keselamatan kepada negara, telah terkeluar sebagai begitu jelas, begitu terang kepada
umum digunakan. Kepada mereka yang tidak mengetahui, menilai di mana buruk
ataupun baiknya maklumat ini dikeluarkan kepada umum, mungkin tidak menjadi
masalah kalau perkara itu tidak menjejaskan keselamatan. Tetapi, apabila satu-satu
perkara yang mungkin dipandang sebagai ada asasnya adalah benda-benda yang
innocent dengan izin tetapi kalau digunakan oleh pihak yang mengetahui perkara ini,
menjadi perkara merbahaya kepada negara, ini juga boleh mendatangkan satu
penjejasan kepada keselamatan negara.
Jadi, saya memohonlah kepada pihak-pihak kementerian, kepada sesiapa
sahaja untuk melihat pegawai-pegawai atasan, the keeper of national secrets ataupun
rahsia negara, menjagakan kedudukan rahsia ini supaya tidak menjadi satu bahan
ucapan ataupun bahan cakapan, kalau tidak di Dewan, di kaki lima ataupun di kedai
kopi. Ini kerana, bukan sahaja boleh mendatangkan imej yang tidak baik kepada
pegawai kerajaan tetapi juga boleh menjejaskan kedudukan kerajaan itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, umpamanya kalau kebocoran berhubung dengan
perkara yang mungkin tidak boleh dibuktikan sebetulnya mengikut landasan undang-
undang yang tertentu, yang mana kalau seseorang itu dituduh di mahkamah dan
didapati bersalah ataupun tidak bersalah tetapi kalau kita keluarkan juga berlandaskan
kekebalan kita sendiri di Dewan ini umpamanya oleh seseorang Ahli Parlimen, itu telah
membina satu persepsi. Kalau satu persepsi itu telah dibina, dengan sendirinya
Malaysia akan dihakimi berlandaskan persepsi yang telah kita keluarkan.
Umpamanya, pembentukan satu-satu negara sama ada negara itu banyak
rasuah, negara itu banyak jenayah, negara itu banyak keganasan dan sebagainya,
bermula dengan persepsi. Jadi, kalau persepsi ini dibuat semata-mata tanpa bukti-
bukti yang nyata, disebut di sana sini oleh sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat
yang mungkin kurang tepat, tidak tepat atau sengaja diselewengkan ataupun sengaja
ditokok-tambahkan, jadi dengan sendirinya ini akan create satu persepsi kepada
negara kita Malaysia.
Jadi, saya bermohon kepada pihak kementerian, baliklah ke pejabat masing-
masing, pergilah berjumpa dengan pegawai atasan masing-masing supaya maklumat-
maklumat yang mungkin berat sebelah, yang mungkin tidak menunjukkan gambaran
| Tuan Husam bin Haji Musa: Yang saya sebut tadi, ada dalam senarai Bursa Saham Kuala Lumpur. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, baik, baik. Tadi.... Tuan Husam bin Haji Musa: Jangan tuduh saya ambil maklumat tidak betul. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apa yang di katakan.... Tuan Husam bin Haji Musa: Itu maklumat terbuka. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukup, cukup. Tuan Husam bin Haji Musa: Baik. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Apa yang di katakan oleh Yang Berhormat bagi Batang Lupar, secara am. Dia tidak sebut Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Teruskan Yang Berhormat bagi Batang Lupar. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya memang membincangkan satu perkara yang am. Perkara yang am saya bincangkan di sini ialah perkara berhubung dengan pembocoran rahsia daripada kerajaan dan saya tidak menyebut sesiapa pun. Siapa yang membocorkan perkara-perkara yang saya sebut itu. Saya hanya menyebut apabila dan jika terkeluar satu-satu perkara, data ataupun fakta, maklumat atau sebagainya oleh seseorang sama ada di Dewan ini ataupun di luar, pihak kementerian dan pihak kerajaan mesti mengambil tindakan untuk mencari di mana letaknya kebocoran dan pengeluaran maklumat ini kepada umum, kita mahu mengetahui. Bukan persoalan Ahli Parlimen membidas ataupun menyebut dalam Dewan ini tetapi persoalannya rahsia kerajaan sepatutnya terjaga daripada dikeluarkan kepada sesiapa pun. Ini kerana kita bimbangkan perkara yang tidak mendatangkan masalah keselamatan kepada negara, telah terkeluar sebagai begitu jelas, begitu terang kepada umum digunakan. Kepada mereka yang tidak mengetahui, menilai di mana buruk ataupun baiknya maklumat ini dikeluarkan kepada umum, mungkin tidak menjadi masalah kalau perkara itu tidak menjejaskan keselamatan. Tetapi, apabila satu-satu perkara yang mungkin dipandang sebagai ada asasnya adalah benda-benda yang innocent dengan izin tetapi kalau digunakan oleh pihak yang mengetahui perkara ini, menjadi perkara merbahaya kepada negara, ini juga boleh mendatangkan satu penjejasan kepada keselamatan negara. Jadi, saya memohonlah kepada pihak-pihak kementerian, kepada sesiapa sahaja untuk melihat pegawai-pegawai atasan, the keeper of national secrets ataupun rahsia negara, menjagakan kedudukan rahsia ini supaya tidak menjadi satu bahan ucapan ataupun bahan cakapan, kalau tidak di Dewan, di kaki lima ataupun di kedai kopi. Ini kerana, bukan sahaja boleh mendatangkan imej yang tidak baik kepada pegawai kerajaan tetapi juga boleh menjejaskan kedudukan kerajaan itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, umpamanya kalau kebocoran berhubung dengan perkara yang mungkin tidak boleh dibuktikan sebetulnya mengikut landasan undang- undang yang tertentu, yang mana kalau seseorang itu dituduh di mahkamah dan didapati bersalah ataupun tidak bersalah tetapi kalau kita keluarkan juga berlandaskan kekebalan kita sendiri di Dewan ini umpamanya oleh seseorang Ahli Parlimen, itu telah membina satu persepsi. Kalau satu persepsi itu telah dibina, dengan sendirinya Malaysia akan dihakimi berlandaskan persepsi yang telah kita keluarkan. Umpamanya, pembentukan satu-satu negara sama ada negara itu banyak rasuah, negara itu banyak jenayah, negara itu banyak keganasan dan sebagainya, bermula dengan persepsi. Jadi, kalau persepsi ini dibuat semata-mata tanpa bukti- bukti yang nyata, disebut di sana sini oleh sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat yang mungkin kurang tepat, tidak tepat atau sengaja diselewengkan ataupun sengaja ditokok-tambahkan, jadi dengan sendirinya ini akan create satu persepsi kepada negara kita Malaysia. Jadi, saya bermohon kepada pihak kementerian, baliklah ke pejabat masing- masing, pergilah berjumpa dengan pegawai atasan masing-masing supaya maklumat- maklumat yang mungkin berat sebelah, yang mungkin tidak menunjukkan gambaran. | 76 | 86 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2002 77
sepenuhnya satu-satu perkara itu, tidak menjadi satu bahan fitnah kepada negara ini
dan membina satu persepsi yang buruk kepada negara ini. Jadi, inilah Tuan Yang di-
Pertua yang amat penting sekali kepada kita untuk membina imej negara kita supaya
tidak terjejas di mata umum terutama sekali di antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat dalam peruntukan yang kita bakal luluskan di
Dewan ini, yang telah banyak dibelanjakan, salah satu daripada perkara-perkara ini
ialah berhubung dengan sumber kewangan dan pengendalian kewangan. Saya pernah
menyoal dalam soalan saya, telah dijawab oleh pihak kementerian berhubung dengan
soal undang-undang pengauditan dan sebagainya. Jawapan daripada kementerian
adalah amat tepat mengatakan bahawa persoalan yang berlaku kepada Enron
Corporation dan Arthur Andersen di Amerika yang mana syarikat yang mendapat satu
syarikat yang sama, membuat konsultan dan pengauditan tidak akan berlaku di
Malaysia. Ini adalah jawapan berlandaskan undang-undang yang ada pada negara kita
yang wujud pada masa sekarang ini.
Jadi, jawapan-jawapan ini ada di hadapan saya sini, jadi kalau saya hendak baca, mungkin tidak
mencukupi dalam masa 20 minit. Jawapan daripada kementerian amatlah luas dan panjang pada
saya. Tetapi, memadai mengatakan bahawa undang-undang yang sedia ada di Malaysia adalah
mencukupi untuk menangani masalah seperti mana yang berlaku dalam kes syarikat Enron
Corporation dan Audit Arthur Andersen di Amerika Syarikat. Undang-undang kecil
berkenaan tingkah laku dan etika profesion disemak Januari 2002 dan digubal Seksyen
10(a) Akta Akaun 1967. Jadi, ini mengatakan kepada syarikat audit dan syarikat
konsultan tidak boleh disamakan.
Jadi, berbangkit Tuan Yang di-Pertua kepada satu fakta perkara lain iaitu,
berlaku dengan satu syarikat. Saya akan sebut nama syarikat ini iaitu syarikat yang
telah luas bincangkan iaitu, Syarikat Tat Seng Holdings. Syarikat Tat Seng Holding ini
telah disenaraikan di bursa saham tetapi selepas satu tahun disenaraikan di bursa
saham, syarikat ini hampir bankrap. Jadi persoalannya, sebelum syarikat ini
disenaraikan, syarikat ini telah menunjukkan keuntungan hampir RM38 juta. Dalam
jangka masa lima tahun kebelakangan, tiap-tiap tahun mendapat keuntungan.
Tetapi apabila tidak sampai satu tahun selepas syarikat ini disenaraikan di
bursa saham, nampaknya syarikat ini mengalami kerugian tidak kurang daripada
RM28.5 juta. Jadi macam mana perkara ini boleh berlaku? Lima tahun sebelum
disenaraikan, syarikat ini untung begitu banyak tetapi selepas disenaraikan, rugi begitu
banyak. Jadi, ini menunjukkan ada kegagalan yang berlaku adakah oleh kerana
undang-undang, sebagaimana yang dijawab oleh pihak kementerian kepada saya, iaitu
berkenaan tingkah-laku dan etika profesion ini telah mencukupi untuk digunakan oleh
pihak Suruhanjaya Sekuriti atau pengawalan dan pemantauan pihak Suruhanjaya
Sekuriti tidak mencukupi sebelum sesuatu syarikat itu disenaraikan di bursa saham.
Jadi bagaimana pula soal IPO iaitu initial public offer dibuat? Apakah tindakan
yang dibuat sebelum public offer ini dibuat telah mencukupi, pemantauan telah
mencukupi? Adakah pengauditan sebelum itu mencukupi? Adakah due diligence ini
telah mencukupi? Dan berbagai lagi persoalan yang dapat dibangkitkan berhubung
dengan syarikat Tat Seng Holding ini.
Jadi persoalannya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dengan pihak
kementerian, apakah jawapan yang sebenarnya? Di manakah kelemahan ini berlaku?
Adakah pihak Suruhanjaya Sekuriti tidak mempunyai perundangan yang mencukupi di
bawah undang-undang mereka? Ada juga saya berbincang dengan pihak-pihak yang
tertentu, umpamanya peguam-peguam yang banyak mengendalikan kes di bawah
undang-undang sekuriti ini, mengatakan Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti yang
wujud, yang sudah diberi kepada Suruhanjaya Sekuriti itu adalah sebagai paper tiger,
yang tidak mempunyai kuasa yang sebenarnya.
Kuasa mereka hanyalah untuk menyelidik tetapi selepas sesuatu perkara itu
dibawa ke mahkamah, kuasa sebenar terletak semula kepada pihak Peguam Negara
dan pihak polis, dan ini mungkin seolah-olah satu lakonan atau ranjau yang mungkin
tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Jadi kalau perkara ini benar, apakah tindakan
kerajaan? Adakah kerajaan akan memikirkan atau mempertimbangkan supaya
Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti ini diberi satu kuasa yang khusus kepada pihak
Suruhanjaya Sekuriti.....
| sepenuhnya satu-satu perkara itu, tidak menjadi satu bahan fitnah kepada negara ini dan membina satu persepsi yang buruk kepada negara ini. Jadi, inilah Tuan Yang di- Pertua yang amat penting sekali kepada kita untuk membina imej negara kita supaya tidak terjejas di mata umum terutama sekali di antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat dalam peruntukan yang kita bakal luluskan di Dewan ini, yang telah banyak dibelanjakan, salah satu daripada perkara-perkara ini ialah berhubung dengan sumber kewangan dan pengendalian kewangan. Saya pernah menyoal dalam soalan saya, telah dijawab oleh pihak kementerian berhubung dengan soal undang-undang pengauditan dan sebagainya. Jawapan daripada kementerian adalah amat tepat mengatakan bahawa persoalan yang berlaku kepada Enron Corporation dan Arthur Andersen di Amerika yang mana syarikat yang mendapat satu syarikat yang sama, membuat konsultan dan pengauditan tidak akan berlaku di Malaysia. Ini adalah jawapan berlandaskan undang-undang yang ada pada negara kita yang wujud pada masa sekarang ini. Jadi, jawapan-jawapan ini ada di hadapan saya sini, jadi kalau saya hendak baca, mungkin tidak mencukupi dalam masa 20 minit. Jawapan daripada kementerian amatlah luas dan panjang pada saya. Tetapi, memadai mengatakan bahawa undang-undang yang sedia ada di Malaysia adalah mencukupi untuk menangani masalah seperti mana yang berlaku dalam kes syarikat Enron Corporation dan Audit Arthur Andersen di Amerika Syarikat. Undang-undang kecil berkenaan tingkah laku dan etika profesion disemak Januari 2002 dan digubal Seksyen 10(a) Akta Akaun 1967. Jadi, ini mengatakan kepada syarikat audit dan syarikat konsultan tidak boleh disamakan. Jadi, berbangkit Tuan Yang di-Pertua kepada satu fakta perkara lain iaitu, berlaku dengan satu syarikat. Saya akan sebut nama syarikat ini iaitu syarikat yang telah luas bincangkan iaitu, Syarikat Tat Seng Holdings. Syarikat Tat Seng Holding ini telah disenaraikan di bursa saham tetapi selepas satu tahun disenaraikan di bursa saham, syarikat ini hampir bankrap. Jadi persoalannya, sebelum syarikat ini disenaraikan, syarikat ini telah menunjukkan keuntungan hampir RM38 juta. Dalam jangka masa lima tahun kebelakangan, tiap-tiap tahun mendapat keuntungan. Tetapi apabila tidak sampai satu tahun selepas syarikat ini disenaraikan di bursa saham, nampaknya syarikat ini mengalami kerugian tidak kurang daripada RM28.5 juta. Jadi macam mana perkara ini boleh berlaku? Lima tahun sebelum disenaraikan, syarikat ini untung begitu banyak tetapi selepas disenaraikan, rugi begitu banyak. Jadi, ini menunjukkan ada kegagalan yang berlaku adakah oleh kerana undang-undang, sebagaimana yang dijawab oleh pihak kementerian kepada saya, iaitu berkenaan tingkah-laku dan etika profesion ini telah mencukupi untuk digunakan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti atau pengawalan dan pemantauan pihak Suruhanjaya Sekuriti tidak mencukupi sebelum sesuatu syarikat itu disenaraikan di bursa saham. Jadi bagaimana pula soal IPO iaitu initial public offer dibuat? Apakah tindakan yang dibuat sebelum public offer ini dibuat telah mencukupi, pemantauan telah mencukupi? Adakah pengauditan sebelum itu mencukupi? Adakah due diligence ini telah mencukupi? Dan berbagai lagi persoalan yang dapat dibangkitkan berhubung dengan syarikat Tat Seng Holding ini. Jadi persoalannya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dengan pihak kementerian, apakah jawapan yang sebenarnya? Di manakah kelemahan ini berlaku? Adakah pihak Suruhanjaya Sekuriti tidak mempunyai perundangan yang mencukupi di bawah undang-undang mereka? Ada juga saya berbincang dengan pihak-pihak yang tertentu, umpamanya peguam-peguam yang banyak mengendalikan kes di bawah undang-undang sekuriti ini, mengatakan Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti yang wujud, yang sudah diberi kepada Suruhanjaya Sekuriti itu adalah sebagai paper tiger, yang tidak mempunyai kuasa yang sebenarnya. Kuasa mereka hanyalah untuk menyelidik tetapi selepas sesuatu perkara itu dibawa ke mahkamah, kuasa sebenar terletak semula kepada pihak Peguam Negara dan pihak polis, dan ini mungkin seolah-olah satu lakonan atau ranjau yang mungkin tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Jadi kalau perkara ini benar, apakah tindakan kerajaan? Adakah kerajaan akan memikirkan atau mempertimbangkan supaya Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti ini diberi satu kuasa yang khusus kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti..... | 77 | 87 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
78 DR.1.4.2002
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat boleh gulung ya?
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya akan habiskan mengenai
Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti ini. Ia hendaklah dikaji semula, diselidik semula
untuk memberi kuasa - satu kuasa penyelidikan kepada Suruhanjaya Sekuriti.
Yang kedua, penyelidikan ini walaupun kita menyatakan bahawa pihak polis
mempunyai Commercial Crime Unit mereka sendiri, yang mempunyai kepakaran untuk
menyelidik tetapi semua persoalan dalam permasalahan sekuriti ini mungkin belum
dialami ataupun dikenali oleh pihak polis.
Yang ketiga, untuk membawa kes ini ke mahkamah pula prosecution, masih
juga dibuat oleh pihak lain. Kenapakah tidak undang-undang ini dipinda dan memberi
kuasa kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti supaya pihak Suruhanjaya Sekuriti bukan
sahaja boleh menyelidik, oversee, menyelidik dan boleh juga, to prosecute, dengan izin,
mendakwa di mahkamah seterusnya. Dengan sendirinya Suruhanjaya Sekuriti ini tidak
lagi menjadi satu paper tiger tetapi sebenarnya tiger yang mempunyai kuku dan gigi
yang tajam boleh menggigit dan mengambil tindakan khususnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan
Menteri, sila.
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, saya
mengucapkan terima kasih kepada sepuluh Ahli Yang Berhormat yang telah pun
membincangkan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2001 dan
2002) dan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat,
2001 dan Tambahan Pertama, 2002.
Secara keseluruhannya ekonomi Malaysia kekal kukuh pada tahun 2001
dalam persekitaran luar negara yang mencabar walaupun kelembapan ekonomi global
pada tahun 2001 lebih teruk daripada yang dijangkakan, Malaysia dapat mengelak
daripada kemelesetan ekonomi dan pertumbuhan pada tahun ini kekal positif.
Pengangguran juga kekal pada paras yang rendah.
Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang terbuka, kesan
negatif daripada kelembapan ekonomi Amerika Syarikat dan kemerosotan industri
elektronik global telah mula dirasai pada awal bulan Mac 2001. Keadaan ini
ditunjukkan oleh kejatuhan dalam pengeluaran pengilangan dan pertumbuhan eksport
yang negatif.
Langkah bersepadu semenjak krisis kewangan untuk meningkatkan
pertumbuhan daripada sumber domestik dan mengurangkan pergantungan yang
berlebihan terhadap eksport telah menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) meningkat sebanyak 0.4% pada tahun 2001. Langkah-langkah rangsangan
fiskal dan dasar monetary yang accommodative telah menyebabkan perbelanjaan
awam yang lebih tinggi dan pertumbuhan positif dalam perbelanjaan swasta…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan
Menteri, jawapan tentu panjang ya? Boleh sambung besok?
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, baiklah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 10.00 pagi hari esok.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.
<ul> <li>KANDUNGAN</li>
<ul> <li>JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI</li>
<li>PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)</li>
<li>RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA</li>
<li>KE DALAM MESYUARAT (Halaman 15)</li>
<li>RANG UNDANG-UNDANG:</li>
<li>Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan) 2002 (Halaman 15)</li>
<li>Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan</li>
<li>(2001 dan 2002) 2002 (Halaman 25)</li>
<ul> <li>AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT</li>
</ul>
</ul>
<li>PEGAWAI-PEGAWAI KANAN</li>
<ul> <li>Setiausaha Dewan Rakyat</li>
<ul> <li>Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan</li>
</ul>
<li>MALAYSIA</li>
<li>DEWAN RAKYAT</li>
<li>Isnin, 1 April 2002</li>
</ul>
<li>PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI</li>
<ul> <li>Monarita binti Mohd. Hassan</li>
<ul> <li>Nurziana binti Ismail</li>
<ul> <li>PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN </li>
<li>MESIN CETAK</li>
<li>JURUBAHASA SERENTAK</li>
</ul>
</ul>
</ul>
<li>Hajah Paizah binti Haji Salehuddin</li>
<ul> <li>BENTARA MESYUARAT</li>
</ul>
<li>Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus</li>
<ul> <li>PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER</li>
</ul>
<li>Azzahar bin Hashim</li>
<li>PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN</li>
<li>JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN</li>
<li>RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT</li>
<li>RANG UNDANG-UNDANG</li>
<ul> <li>RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN</li>
<ul> <li>Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat 2001 (</li>
<li>Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2002 (</li>
<li>Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 2001 (</li>
<ul> <li>Jatuhnya ke tanah juga. [Tepuk] [Ketawa]</li>
</ul>
</ul>
</ul>
</ul>
| Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh gulung ya? Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya akan habiskan mengenai Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti ini. Ia hendaklah dikaji semula, diselidik semula untuk memberi kuasa- satu kuasa penyelidikan kepada Suruhanjaya Sekuriti. Yang kedua, penyelidikan ini walaupun kita menyatakan bahawa pihak polis mempunyai Commercial Crime Unit mereka sendiri, yang mempunyai kepakaran untuk menyelidik tetapi semua persoalan dalam permasalahan sekuriti ini mungkin belum dialami ataupun dikenali oleh pihak polis. Yang ketiga, untuk membawa kes ini ke mahkamah pula prosecution, masih juga dibuat oleh pihak lain. Kenapakah tidak undang-undang ini dipinda dan memberi kuasa kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti supaya pihak Suruhanjaya Sekuriti bukan sahaja boleh menyelidik, oversee, menyelidik dan boleh juga, to prosecute, dengan izin, mendakwa di mahkamah seterusnya. Dengan sendirinya Suruhanjaya Sekuriti ini tidak lagi menjadi satu paper tiger tetapi sebenarnya tiger yang mempunyai kuku dan gigi yang tajam boleh menggigit dan mengambil tindakan khususnya. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada sepuluh Ahli Yang Berhormat yang telah pun membincangkan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2001 dan 2002) dan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat, 2001 dan Tambahan Pertama, 2002. Secara keseluruhannya ekonomi Malaysia kekal kukuh pada tahun 2001 dalam persekitaran luar negara yang mencabar walaupun kelembapan ekonomi global pada tahun 2001 lebih teruk daripada yang dijangkakan, Malaysia dapat mengelak daripada kemelesetan ekonomi dan pertumbuhan pada tahun ini kekal positif. Pengangguran juga kekal pada paras yang rendah. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang terbuka, kesan negatif daripada kelembapan ekonomi Amerika Syarikat dan kemerosotan industri elektronik global telah mula dirasai pada awal bulan Mac 2001. Keadaan ini ditunjukkan oleh kejatuhan dalam pengeluaran pengilangan dan pertumbuhan eksport yang negatif. Langkah bersepadu semenjak krisis kewangan untuk meningkatkan pertumbuhan daripada sumber domestik dan mengurangkan pergantungan yang berlebihan terhadap eksport telah menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 0.4% pada tahun 2001. Langkah-langkah rangsangan fiskal dan dasar monetary yang accommodative telah menyebabkan perbelanjaan awam yang lebih tinggi dan pertumbuhan positif dalam perbelanjaan swasta... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan tentu panjang ya? Boleh sambung besok? Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, baiklah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 10.00 pagi hari esok. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang. KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 15) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan) 2002 (Halaman 15) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2001 dan 2002) 2002 (Halaman 25) AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 1 April 2002 PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Monarita binti Mohd. Hassan Nurziana binti Ismail PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK JURUBAHASA SERENTAK Hajah Paizah binti Haji Salehuddin BENTARA MESYUARAT Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Azzahar bin Hashim PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT RANG UNDANG-UNDANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat 2001 ( Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2002 ( Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 2001 ( Jatuhnya ke tanah juga. [Tepuk] [Ketawa]. | 78 | 88 | 2002-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042002.pdf |
DR.1.4.2003 1
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Selasa, 1 April 2003
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 27 Mac 2003 yang lepas,
Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu telah mengeluarkan satu masalah Peraturan
Mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 36(9) terhadap Setiausaha Parlimen di Jabatan
Perdana Menteri di atas apa yang dianggap telah menggunakan bahasa yang kurang
sopan pada 26 Mac. Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu itu pada 27 Mac itu
memberitahu Dewan bahawa beliau tidak boleh mengemukakan masalah Peraturan
Mesyuarat itu pada hari yang sama iaitu 26 Mac kerana masa sudah habis. Sungguhpun
beliau berkata, beliau bangun on time untuk mengemukakan Peraturan Mesyuarat.
Saya telah berjanji hendak memberi keputusan saya kelak. Saya telah menyemak
Hansard dan inilah keputusan saya. Saya dapati perkataan-perkataan yang dikatakan tidak
bersopan itu tercatit di pertengahan muka surat 150, Hansard dan Dewan ditangguhkan
pada muka surat 152. Ini bermakna, setelah ucapan itu dibuat, mana-mana ahli sudah
cukup masa untuk mengemukakan bantahan on the point of order. Setelah ucapan itu
dibuat, Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Kedah pula mengeluarkan perkataan ‘kurang ajar’
sebanyak dua kali. Perkataan-perkataan ini juga tidak bersopan.
Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Kedah bangun berucap selama lima kali selepas
daripada itu termasuk sekali tanpa pembesar suara. Setiausaha Parlimen pula boleh masih
bercakap selama 13 kali. Ahli Yang Berhormat bagi Pokok Sena sempat berucap sekali.
Selain daripada itu, beberapa orang ahli pembangkang yang berucap tanpa pembesar
suara. Nyatalah Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu sempat mengemukakan
Peraturan Mesyuarat itu, tetapi beliau tidak berbuat demikian walaupun beliau ada berdiri
tetapi, nampaknya beliau duduk manakala disuruh duduk oleh Timbalan Yang di-Pertua.
Oleh yang demikian, saya terikat kepada Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) yang
menyatakan unsur berkenaan dengan hak dan kebebasan hendaklah dikemukakan pada
masa kejadian itu berlaku. Kalau hari lain, Usul itu hendaklah dibuat di bawah Peraturan
Mesyuarat 27.
Walau bagaimanapun, saya mengambil kesempatan ini menyatakan, saya
sungguh dukacita pada taraf perbahasan pada petang 26 Mac itu. Perkataan yang tidak
bersopan telah dikeluarkan. Dewan telah menjadi riuh-rendah dan suasana sungguh tidak
tenteram. Ini tidak sepatutnya berlaku di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi
pemimpin-pemimpin negara yang membincangkan soal-soal negara.
Saya amat dukacita di atas sikap Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu
yang menyatakan dalam Dewan ini, beliau tidak ada masa untuk mengemukakan masalah
Peraturan Mesyuarat itu, walhalnya daripada selidik saya, beliau mempunyai masa yang
cukup berbuat demikian pada petang 26 Mac itu. Saya haraplah perkara ini tidak berlaku
lagi pada masa hadapan dan haraplah juga perjalanan mesyuarat Dewan ini lebih tenteram
untuk membayangkan kematangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sekian, terima
kasih.
| MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 1 April 2003 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]. PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 27 Mac 2003 yang lepas, Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu telah mengeluarkan satu masalah Peraturan Mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 36(9) terhadap Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri di atas apa yang dianggap telah menggunakan bahasa yang kurang sopan pada 26 Mac. Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu itu pada 27 Mac itu memberitahu Dewan bahawa beliau tidak boleh mengemukakan masalah Peraturan Mesyuarat itu pada hari yang sama iaitu 26 Mac kerana masa sudah habis. Sungguhpun beliau berkata, beliau bangun on time untuk mengemukakan Peraturan Mesyuarat. Saya telah berjanji hendak memberi keputusan saya kelak. Saya telah menyemak Hansard dan inilah keputusan saya. Saya dapati perkataan-perkataan yang dikatakan tidak bersopan itu tercatit di pertengahan muka surat 150, Hansard dan Dewan ditangguhkan pada muka surat 152. Ini bermakna, setelah ucapan itu dibuat, mana-mana ahli sudah cukup masa untuk mengemukakan bantahan on the point of order. Setelah ucapan itu dibuat, Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Kedah pula mengeluarkan perkataan 'kurang ajar' sebanyak dua kali. Perkataan-perkataan ini juga tidak bersopan. Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Kedah bangun berucap selama lima kali selepas daripada itu termasuk sekali tanpa pembesar suara. Setiausaha Parlimen pula boleh masih bercakap selama 13 kali. Ahli Yang Berhormat bagi Pokok Sena sempat berucap sekali. Selain daripada itu, beberapa orang ahli pembangkang yang berucap tanpa pembesar suara. Nyatalah Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu sempat mengemukakan Peraturan Mesyuarat itu, tetapi beliau tidak berbuat demikian walaupun beliau ada berdiri tetapi, nampaknya beliau duduk manakala disuruh duduk oleh Timbalan Yang di-Pertua. Oleh yang demikian, saya terikat kepada Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) yang menyatakan unsur berkenaan dengan hak dan kebebasan hendaklah dikemukakan pada masa kejadian itu berlaku. Kalau hari lain, Usul itu hendaklah dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 27. Walau bagaimanapun, saya mengambil kesempatan ini menyatakan, saya sungguh dukacita pada taraf perbahasan pada petang 26 Mac itu. Perkataan yang tidak bersopan telah dikeluarkan. Dewan telah menjadi riuh-rendah dan suasana sungguh tidak tenteram. Ini tidak sepatutnya berlaku di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi pemimpin-pemimpin negara yang membincangkan soal-soal negara. Saya amat dukacita di atas sikap Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu yang menyatakan dalam Dewan ini, beliau tidak ada masa untuk mengemukakan masalah Peraturan Mesyuarat itu, walhalnya daripada selidik saya, beliau mempunyai masa yang cukup berbuat demikian pada petang 26 Mac itu. Saya haraplah perkara ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan dan haraplah juga perjalanan mesyuarat Dewan ini lebih tenteram untuk membayangkan kematangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sekian, terima kasih. | 1 | 13 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
2 DR.1.4.2003
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
[Soalan No.1 – Y.B. Dato’ Mohd. Zain bin Omar (Balik Pulau) tidak hadir]
2. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun] minta Menteri Luar Negeri menyatakan
sejauh manakah kesefahaman dan kesetiaan yang sedia terjalin di kalangan negara
ASEAN, berikut kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin atau PTI dari beberapa negara
ASEAN yang berkemungkinan menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau.
Timbalan Menteri Luar Negeri [Datuk Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang di-
Pertua, kemasukan pendatang tanpa izin dari beberapa buah negara ASEAN ke negara
kita, sedikit sebanyak telah pun menimbulkan masalah kepada negara kita. Setakat ini,
masalah tersebut tidak meninggalkan kesan ke atas hubungan dua hala antara negara kita
dengan negara-negara tersebut. Namun demikian, kerajaan memberi perhatian berat ke
atas masalah ini dengan mengadakan perbincangan dengan negara-negara terlibat melalui
forum-forum ASEAN serta secara dua hala bagi mengatasi masalah tersebut yang jika
dibiarkan boleh menggugat kestabilan dan keamanan serantau.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara anggota ASEAN, kita sentiasa
memberikan komitmen kita yang tinggi dalam setiap kerjasama ASEAN secara menyeluruh
tanpa mengira status hubungan dua hala kita dengan negara-negara ASEAN yang
berkenaan demi kepentingan bersama dan serantau. Komitmen yang serupa juga
ditunjukkan oleh semua negara anggota ASEAN yang lain dalam semua program
kerjasama ASEAN.
Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sukarnya
hendak mengatasi masalah kemasukan Pendatang Asing atau PTI ke negara kita sama
ada dari Indonesia, Filipina dan sebagainya seperti susahnya mencari penyelesaian konflik
berlarutan antara Palestine dan Israel sehingga menjejaskan keharmonian dan keamanan
hidup masyarakat terutama di kawasan-kawasan yang rancak pembangunannya dan
kawasan industri. Ini kerana, banyaknya berlaku pecah rumah, peras ugut, rompak, rogol
dan sebagainya. Untuk sampai kepada sifar PTI tidak mungkin sepertinya sifat setinggan
tidak mungkin.
Soalan tambahan saya, setelah sekian lama ASEAN ditubuhkan, apakah belum
ada satu badan penyelaras atau mekanisme untuk mengawal sempadan bersama, sama
ada laut, darat mahupun hutan agar setiap pergerakan rakyat di antara sesebuah negara
dalam ASEAN dapat dipantau dengan berkesan. Kalau tidak salah ingatan saya, kerajaan
telah pernah membuat keputusan bagi pendatang PTI yang dihantar pulang ke negara
asalnya. Bilamana masuk balik ke negara kita, dikenakan hukuman sebat. Bagaimana
pelaksanaannya sehingga kini? Terima kasih.
Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan
Yang Berhormat bagi Jerlun itu, dalam kerjasama ASEAN, kita telah pun mengadakan
beberapa perbincangan atau forum yang melibatkan semua ahli ASEAN dan juga kita
mengadakan perhubungan atau perbincangan di peringkat dua hala khususnya mengenai
perkara-perkara yang terlibat dengan sempadan. Sempadan adalah di bawah
jawatankuasa bersama antara negara-negara jiran seperti Thailand dengan Malaysia atau
Malaysia dengan Indonesia, di mana yang melibatkan perbincangan mengenai sempadan
dan juga masalah-masalah atau perkara-perkara yang berkaitan dengan pendatang tanpa
izin dan juga perkara-perkara yang berhubung dengan imigresen dan juga perkara-perkara
yang lain yang melibatkan sempadan. Ini adalah satu jawatankuasa yang tetap dan
sentiasa mengadakan di peringkat menteri dan juga khususnya di peringkat pegawai di
dalam jawatankuasa ini.
Yang keduanya, mengenai sempadan laut yang melibatkan semua ahli ASEAN,
kita adakan jawatankuasa yang terlibat termasuk juga negara-negara yang seperti negara
China, negara yang lain yang ada kepentingan dalam sempadan laut ini dan ini adalah
| JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN. [Soalan No.1- Y.B. Dato' Mohd. Zain bin Omar (Balik Pulau) tidak hadir]. 2. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun] minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejauh manakah kesefahaman dan kesetiaan yang sedia terjalin di kalangan negara ASEAN, berikut kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin atau PTI dari beberapa negara ASEAN yang berkemungkinan menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau. Timbalan Menteri Luar Negeri [Datuk Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang di- Pertua, kemasukan pendatang tanpa izin dari beberapa buah negara ASEAN ke negara kita, sedikit sebanyak telah pun menimbulkan masalah kepada negara kita. Setakat ini, masalah tersebut tidak meninggalkan kesan ke atas hubungan dua hala antara negara kita dengan negara-negara tersebut. Namun demikian, kerajaan memberi perhatian berat ke atas masalah ini dengan mengadakan perbincangan dengan negara-negara terlibat melalui forum-forum ASEAN serta secara dua hala bagi mengatasi masalah tersebut yang jika dibiarkan boleh menggugat kestabilan dan keamanan serantau. Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara anggota ASEAN, kita sentiasa memberikan komitmen kita yang tinggi dalam setiap kerjasama ASEAN secara menyeluruh tanpa mengira status hubungan dua hala kita dengan negara-negara ASEAN yang berkenaan demi kepentingan bersama dan serantau. Komitmen yang serupa juga ditunjukkan oleh semua negara anggota ASEAN yang lain dalam semua program kerjasama ASEAN. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sukarnya hendak mengatasi masalah kemasukan Pendatang Asing atau PTI ke negara kita sama ada dari Indonesia, Filipina dan sebagainya seperti susahnya mencari penyelesaian konflik berlarutan antara Palestine dan Israel sehingga menjejaskan keharmonian dan keamanan hidup masyarakat terutama di kawasan-kawasan yang rancak pembangunannya dan kawasan industri. Ini kerana, banyaknya berlaku pecah rumah, peras ugut, rompak, rogol dan sebagainya. Untuk sampai kepada sifar PTI tidak mungkin sepertinya sifat setinggan tidak mungkin. Soalan tambahan saya, setelah sekian lama ASEAN ditubuhkan, apakah belum ada satu badan penyelaras atau mekanisme untuk mengawal sempadan bersama, sama ada laut, darat mahupun hutan agar setiap pergerakan rakyat di antara sesebuah negara dalam ASEAN dapat dipantau dengan berkesan. Kalau tidak salah ingatan saya, kerajaan telah pernah membuat keputusan bagi pendatang PTI yang dihantar pulang ke negara asalnya. Bilamana masuk balik ke negara kita, dikenakan hukuman sebat. Bagaimana pelaksanaannya sehingga kini? Terima kasih. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat bagi Jerlun itu, dalam kerjasama ASEAN, kita telah pun mengadakan beberapa perbincangan atau forum yang melibatkan semua ahli ASEAN dan juga kita mengadakan perhubungan atau perbincangan di peringkat dua hala khususnya mengenai perkara-perkara yang terlibat dengan sempadan. Sempadan adalah di bawah jawatankuasa bersama antara negara-negara jiran seperti Thailand dengan Malaysia atau Malaysia dengan Indonesia, di mana yang melibatkan perbincangan mengenai sempadan dan juga masalah-masalah atau perkara-perkara yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin dan juga perkara-perkara yang berhubung dengan imigresen dan juga perkara-perkara yang lain yang melibatkan sempadan. Ini adalah satu jawatankuasa yang tetap dan sentiasa mengadakan di peringkat menteri dan juga khususnya di peringkat pegawai di dalam jawatankuasa ini. Yang keduanya, mengenai sempadan laut yang melibatkan semua ahli ASEAN, kita adakan jawatankuasa yang terlibat termasuk juga negara-negara yang seperti negara China, negara yang lain yang ada kepentingan dalam sempadan laut ini dan ini adalah. | 2 | 14 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 3
satu cara untuk kita mengadakan perbincangan supaya mana-mana masalah antara
negara-negara berkaitan dengan sempadan dapat diatasi dengan cara damai dan juga
dengan cara bertolak-ansur di mana kita dapat mengelakkan mana-mana pertelingkahan
ataupun salah faham antara ahli-ahli ASEAN mengenai perkara-perkara seperti sempadan
ini.
Mengenai pelaksanaan pendatang tanpa izin ini, kita memang ada dasar dan juga
cara-cara untuk mengendalikan supaya kepentingan rakyat kita dan negara kita juga terjaga
dan mengenai berapa jauh telah dijalankan, saya tidak ada butir-butiran dalam tangan saya
untuk saya menjawab soalan itu.
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan
terima kasih kepada Timbalan Menteri. Berhubung dengan pendatang tanpa izin, saya fikir
isu ini begitu formal. Jadi, soalan tambahan saya ialah bagaimanakah pihak kerajaan
hendak memastikan bahawa penguatkuasaan ini berjalan betul-betul? Sebab sekarang ini,
untuk pengetahuan Dewan dan saya yakin pihak kerajaan mempunyai maklumat yang
lengkap bahawa di kawasan Kelang, di kawasan Putrajaya begitu ramai pekerja tanpa izin
ini yang bekerja dan mereka datang ke Malaysia seolah-olah negara kita tidak mempunyai
undang-undang. Jadi, bagaimana kita hendak pastikan perkara ini boleh dikuatkuasakan?
Itu yang pertama.
Yang kedua, berhubung dengan perang Iraq sekarang ini. Kita dapati bahawa
terdapat di kalangan negara ASEAN sendiri khususnya Singapura yang bersama-sama
dengan Amerika dan sekutunya dalam kes perang Iraq. Adakah kerajaan akan mengkaji
balik hubungan kita dengan negara-negara seumpama ini?
Tuan Yang di-Pertua: Ya. Yang nombor dua, tidak bersangkut dengan soalan
asal, ya. Yang pertama sahaja jawab.
Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Ooh, yang pertama sahaja jawab. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, soalan kedua itu pun sudah dijawab. Untuk
menjawab soalan Yang Berhormat mengenai kawalan pendatang tanpa izin ini, ini satu
perkara yang sentiasa wujud. Tetapi yang pentingnya adalah dalam kawalan kita dan juga
ini ialah satu perkara yang melibatkan tabiat atau cara-cara manusia di mana walaupun ada
undang-undangnya, memang ada orang yang menyalahgunakan undang-undang atau yang
melanggarkan undang-undang.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, memang yang penting pada kita hari ini dalam keadaan
ini memang di bawah kawalan kita dan keadaan yang menjadi consequential dengan
izinnya dari pendatang tanpa izin ini adalah tidak begitu berkesan kerana kita telah dapat
mengawalkan pendatang tanpa izin ini dan juga menjagakan supaya kepentingan dan
keperluan rakyat kita dari segi sosial, keperluan dan juga kemudahan-kemudahan yang
tidak dihakiskan oleh pendatang tanpa izin ini, jadi ia adalah boleh dikatakan selama ini
walaupun masalah ini akan berlanjut tetapi adalah dari segi perlaksanaan kita dan juga
menjaga kepentingan negara, boleh dikatakan kita sudah berjaya.
[Soalan No. 3 – Y.B Dato’ Yap Pian Hon (Serdang) tidak hadir]
[Soalan No. 4 – Y.B Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) tidak hadir]
5. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Perdana Menteri menyatakan apakah
projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan di Bandaraya George Town dalam
Rancangan Malaysia Kelapan dan nyatakan kemajuan pelaksanaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Bernard Giluk Dompok]: Tuan
Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Tanjong di kawasan Bandaraya
George Town terdapat sebanyak 11 projek utama yang bernilai RM397,779,200. Sebanyak
| satu cara untuk kita mengadakan perbincangan supaya mana-mana masalah antara negara-negara berkaitan dengan sempadan dapat diatasi dengan cara damai dan juga dengan cara bertolak-ansur di mana kita dapat mengelakkan mana-mana pertelingkahan ataupun salah faham antara ahli-ahli ASEAN mengenai perkara-perkara seperti sempadan ini. Mengenai pelaksanaan pendatang tanpa izin ini, kita memang ada dasar dan juga cara-cara untuk mengendalikan supaya kepentingan rakyat kita dan negara kita juga terjaga dan mengenai berapa jauh telah dijalankan, saya tidak ada butir-butiran dalam tangan saya untuk saya menjawab soalan itu. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Berhubung dengan pendatang tanpa izin, saya fikir isu ini begitu formal. Jadi, soalan tambahan saya ialah bagaimanakah pihak kerajaan hendak memastikan bahawa penguatkuasaan ini berjalan betul-betul? Sebab sekarang ini, untuk pengetahuan Dewan dan saya yakin pihak kerajaan mempunyai maklumat yang lengkap bahawa di kawasan Kelang, di kawasan Putrajaya begitu ramai pekerja tanpa izin ini yang bekerja dan mereka datang ke Malaysia seolah-olah negara kita tidak mempunyai undang-undang. Jadi, bagaimana kita hendak pastikan perkara ini boleh dikuatkuasakan? Itu yang pertama. Yang kedua, berhubung dengan perang Iraq sekarang ini. Kita dapati bahawa terdapat di kalangan negara ASEAN sendiri khususnya Singapura yang bersama-sama dengan Amerika dan sekutunya dalam kes perang Iraq. Adakah kerajaan akan mengkaji balik hubungan kita dengan negara-negara seumpama ini? Tuan Yang di-Pertua: Ya. Yang nombor dua, tidak bersangkut dengan soalan asal, ya. Yang pertama sahaja jawab. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Ooh, yang pertama sahaja jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, soalan kedua itu pun sudah dijawab. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat mengenai kawalan pendatang tanpa izin ini, ini satu perkara yang sentiasa wujud. Tetapi yang pentingnya adalah dalam kawalan kita dan juga ini ialah satu perkara yang melibatkan tabiat atau cara-cara manusia di mana walaupun ada undang-undangnya, memang ada orang yang menyalahgunakan undang-undang atau yang melanggarkan undang-undang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, memang yang penting pada kita hari ini dalam keadaan ini memang di bawah kawalan kita dan keadaan yang menjadi consequential dengan izinnya dari pendatang tanpa izin ini adalah tidak begitu berkesan kerana kita telah dapat mengawalkan pendatang tanpa izin ini dan juga menjagakan supaya kepentingan dan keperluan rakyat kita dari segi sosial, keperluan dan juga kemudahan-kemudahan yang tidak dihakiskan oleh pendatang tanpa izin ini, jadi ia adalah boleh dikatakan selama ini walaupun masalah ini akan berlanjut tetapi adalah dari segi perlaksanaan kita dan juga menjaga kepentingan negara, boleh dikatakan kita sudah berjaya. [Soalan No. 3- Y.B Dato' Yap Pian Hon (Serdang) tidak hadir] [Soalan No. 4- Y.B Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) tidak hadir]. 5. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Perdana Menteri menyatakan apakah projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan di Bandaraya George Town dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan nyatakan kemajuan pelaksanaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Bernard Giluk Dompok]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Tanjong di kawasan Bandaraya George Town terdapat sebanyak 11 projek utama yang bernilai RM397,779,200. Sebanyak. | 3 | 15 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
4 DR.1.4.2003
satu projek bernilai RM15,570,000 telah siap dan tiga projek bernilai RM150,893,200 dalam
perlaksanaan dan tujuh projek bernilai RM231,316,000 di dalam perancangan.
Tuan Yang di-Pertua, projek yang telah siap ialah ibu pejabat polis daerah Timur
Laut Pulau Pinang dan projek yang sedang dalam perlaksanaan ialah perumahan pegawai
PDRM George Town, Kolej sains kesihatan dan projek pemulihan bangunan warisan atas
tanah wakaf.
Tuan Chow Kon Yeow: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat
Menteri soalan tambahan. Bandaraya George Town menerima impak yang paling besar
daripada pemusnahan Akta Kawalan Sewa yang memusnahkan kewujudan dan komuniti
tempatan yang sedia ada dan bangunan warisan yang mempunyai nilai-nilai sejarah. Jadi
saya ingin tahu apakah kerajaan pusat akan mengira faktor-faktor ini dalam perancangan
pembangunan masa depan Bandaraya George Town?
Tan Sri Bernard Giluk Dompok: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa akan
meneliti perkara-perkara yang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat ini oleh kerana
apa sahaja yang akan dapat memperkayakan kebudayaan ataupun tarikan pelancongan ke
negara Malaysia akan diambil kira oleh kerajaan.
Tuan Lee Kah Choon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pembangunan itu
tidak semestinya tertumpu kepada projek-projek yang baru sahaja tetapi kita juga
mengekalkan prestasi projek-projek yang sedia ada, misalnya di George Town ini prestasi
perkhidmatan feri yang dikendalikan oleh Penang Port Commission ini adalah sangat tidak
memuaskan kerana servis yang tidak tentu masa. Dari segi itu apakah yang boleh
dilaksanakan oleh kementerian supaya coordination di antara agensi-agensi seumpama ini
supaya prestasi dan projek yang ada itu akan memuaskan?
Tan Sri Bernard Giluk Dompok: Tuan Yang di-Pertua, saya akan membawa
perkara ini kepada kementerian berkenaan.
[Soalan No. 6 – Y.B Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (Bandau) tidak hadir]
[Soalan No. 7 – Y.B Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib (Baling) tidak hadir]
[Soalan No. 8 – Y.B Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka) tidak hadir]
9. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta Menteri Perumahan Kerajaan dan
Kerajaan Tempatan menyatakan rancangan untuk memodenkan 452 buah Kampung Baru
di Semenanjung Malaysia.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Seri Ong Ka Ting]: Tuan
Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi memodenkan 452 buah
Kampung Baru di Semenanjung Malaysia ini, pihak kementerian telah melantik sebuah
syarikat perunding untuk menjalankan kajian pelan induk Kampung Baru. Kajian ini
bermula pada tahun 2003 dan bermatlamat untuk menyediakan dasar-dasar dan rancangan
strategi untuk pembangunan Kampung-kampung Baru di Semenanjung Malaysia ke arah
mencapai kualiti hidup yang seiring dengan arus pembangunan negara. Di antara objektif
kajian ini ialah:
(i) untuk menilai kualiti hidup dan alam persekitaran kampung-
Kampung Baru di Semenanjung Malaysia dengan tujuan
memperkenalkan satu profil ataupun inventori Kampung Baru;
| satu projek bernilai RM15,570,000 telah siap dan tiga projek bernilai RM150,893,200 dalam perlaksanaan dan tujuh projek bernilai RM231,316,000 di dalam perancangan. Tuan Yang di-Pertua, projek yang telah siap ialah ibu pejabat polis daerah Timur Laut Pulau Pinang dan projek yang sedang dalam perlaksanaan ialah perumahan pegawai PDRM George Town, Kolej sains kesihatan dan projek pemulihan bangunan warisan atas tanah wakaf. Tuan Chow Kon Yeow: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri soalan tambahan. Bandaraya George Town menerima impak yang paling besar daripada pemusnahan Akta Kawalan Sewa yang memusnahkan kewujudan dan komuniti tempatan yang sedia ada dan bangunan warisan yang mempunyai nilai-nilai sejarah. Jadi saya ingin tahu apakah kerajaan pusat akan mengira faktor-faktor ini dalam perancangan pembangunan masa depan Bandaraya George Town? Tan Sri Bernard Giluk Dompok: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa akan meneliti perkara-perkara yang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat ini oleh kerana apa sahaja yang akan dapat memperkayakan kebudayaan ataupun tarikan pelancongan ke negara Malaysia akan diambil kira oleh kerajaan. Tuan Lee Kah Choon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pembangunan itu tidak semestinya tertumpu kepada projek-projek yang baru sahaja tetapi kita juga mengekalkan prestasi projek-projek yang sedia ada, misalnya di George Town ini prestasi perkhidmatan feri yang dikendalikan oleh Penang Port Commission ini adalah sangat tidak memuaskan kerana servis yang tidak tentu masa. Dari segi itu apakah yang boleh dilaksanakan oleh kementerian supaya coordination di antara agensi-agensi seumpama ini supaya prestasi dan projek yang ada itu akan memuaskan? Tan Sri Bernard Giluk Dompok: Tuan Yang di-Pertua, saya akan membawa perkara ini kepada kementerian berkenaan. [Soalan No. 6- Y.B Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (Bandau) tidak hadir]. [Soalan No. 7- Y.B Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib (Baling) tidak hadir]. [Soalan No. 8- Y.B Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka) tidak hadir]. 9. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta Menteri Perumahan Kerajaan dan Kerajaan Tempatan menyatakan rancangan untuk memodenkan 452 buah Kampung Baru di Semenanjung Malaysia. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Seri Ong Ka Ting]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi memodenkan 452 buah Kampung Baru di Semenanjung Malaysia ini, pihak kementerian telah melantik sebuah syarikat perunding untuk menjalankan kajian pelan induk Kampung Baru. Kajian ini bermula pada tahun 2003 dan bermatlamat untuk menyediakan dasar-dasar dan rancangan strategi untuk pembangunan Kampung-kampung Baru di Semenanjung Malaysia ke arah mencapai kualiti hidup yang seiring dengan arus pembangunan negara. Di antara objektif kajian ini ialah: (i) untuk menilai kualiti hidup dan alam persekitaran kampung- Kampung Baru di Semenanjung Malaysia dengan tujuan memperkenalkan satu profil ataupun inventori Kampung Baru; | 4 | 16 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 5
(ii) merangka strategi pembangunan dan rancangan induk
kampung-kampung baru di Semenanjung Malaysia;
(iii) menyediakan pelan konsep susun atur untuk kampung-kampung
terpilih;
(iv) menyediakan garis panduan kawalan pembangunan.
Laporan kajian dijangka siap akhir tahun ini untuk pertimbangan kementerian.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan dan agensi kerajaan yang lain telah memberi peruntukan pembangunan untuk
projek-projek menaikkan taraf jalan dan parit membina gelanggang bola, membina dan
membaik pulih dewan orang ramai, membina dan membaiki pasar awam, membina taman
permainan kanak-kanak, mengindahkan kawasan kampung dan juga menyediakan
kemudahan asas dan sosial yang lain. Daripada tahun 2000 hingga tahun ini sejumlah
tidak kurang daripada RM150 juta telah diluluskan untuk projek-projek tersebut bagi 452
kampung-kampung baru sebagai sebahagian program pemodenan Kampung Baru.
Tuan Chang See Ten: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada pihak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana ada rancangan ini untuk
memodenkan 450 buah Kampung Baru di Semenanjung Malaysia dan nampaknya
perancangan ini adalah sangat baik dan kemungkinan besar bila ia berjaya akan dapat
mewujudkan kualiti hidup yang selesa dan indah di kawasan Kampung Baru, saya ingin
tahu daripada Yang Berhormat Menteri sama ada pihak kementerian akan
memperbanyakkan peruntukan terus atau outright grant untuk menggemblengkan usaha
sama dengan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang mana
seluruh masyarakat boleh turut bersama untuk mewujudkan atau mendatangkan projek
perancangan ini akan dapat dicapai lebih awal. Kerana nampaknya saya berikan dua
perbandingan iaitu di kawasan Parlimen saya pernah diberikan peruntukan RM100,000
melalui pihak berkuasa tempatan di Kampung Baru, Kangkar Pulai untuk membina sebuah
gelanggang bola keranjang iaitu RM100,000 dan di Kampung Ulu Choh baru siap yang
dapat peruntukan terus RM20,000 daripada Yang Berhormat Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan melalui usaha sama dengan JKKK, Kampung Baru Ulu Choh dapat
siap, bentuk sama berlampu. Satu melalui pihak berkuasa tempatan, tender RM100,000
satu outright grant RM20,000 boleh siap. Ini satu perbandingan yang mana kita boleh
dapat menjimatkan wang rakyat. Saya harap dapat menambahkan peruntukan sebegini
sekian terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, saya memang sedar bahawa
terdapat dua jenis peruntukan yang disalurkan daripada kementerian saya kepada yang
pertama pihak berkuasa tempatan untuk projek-projek pembangunan kecil. Yang Kedua,
peruntukan yang satu jenis lagi ialah disalurkan melalui pejabat daerah dan yang melalui
pihak berkuasa tempatan biasanya kita serah bagi pihak berkuasa tempatan untuk
menguruskan projek dengan melantik kontraktor atau memberi tender ikut prosedur yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa kewangan.
Bagi jenis yang disalurkan melalui pejabat daerah kalau sekiranya peruntukan itu
katakan di bawah RM100,000 seperti projek kecil memang boleh ditimbang untuk
dijalankan secara gotong-royong oleh JKKK. Maka kalau dijalankan gotong-royong oleh
JKKK, JKKK dia tidak akan buat apa-apa untung, jadi nampak dia punya kerja lebih efisien
nampak banyak. Kalau melalui kontraktor, kontraktor dia memang ada dia punya margin,
keuntungan. Walau bagaimanapun kementerian saya akan turut memantau prestasi, kalau
ada apa yang tidak puas hati kita akan minta kerjasama pihak berkuasa negeri untuk
memantau dengan baik.
Puan Chong Eng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Sebelum rancangan yang dikatakan untuk memodenkan 452 buah Kampung Baru di
Semenanjung Malaysia itu siap kerana kita tidak tahu, berapa tahun dia akan ambil untuk
menyiapkan rancangan itu dan selepas rancangan itu siap pun bagaimana dia akan
dilaksanakan kerana kapasiti perlaksanaan kerajaan ini sungguh lemah. Ada banyak
rancangan yang baik tetapi tidak dapat melaksanakan. Saya dapati di banyak Kampung
Baru mereka kekurangan facilities sukan seperti gelanggang bola keranjang. Biasanya di
| (ii) merangka strategi pembangunan dan rancangan induk kampung-kampung baru di Semenanjung Malaysia; (iii) menyediakan pelan konsep susun atur untuk kampung-kampung terpilih; (iv) menyediakan garis panduan kawalan pembangunan. Laporan kajian dijangka siap akhir tahun ini untuk pertimbangan kementerian. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan agensi kerajaan yang lain telah memberi peruntukan pembangunan untuk projek-projek menaikkan taraf jalan dan parit membina gelanggang bola, membina dan membaik pulih dewan orang ramai, membina dan membaiki pasar awam, membina taman permainan kanak-kanak, mengindahkan kawasan kampung dan juga menyediakan kemudahan asas dan sosial yang lain. Daripada tahun 2000 hingga tahun ini sejumlah tidak kurang daripada RM150 juta telah diluluskan untuk projek-projek tersebut bagi 452 kampung-kampung baru sebagai sebahagian program pemodenan Kampung Baru. Tuan Chang See Ten: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana ada rancangan ini untuk memodenkan 450 buah Kampung Baru di Semenanjung Malaysia dan nampaknya perancangan ini adalah sangat baik dan kemungkinan besar bila ia berjaya akan dapat mewujudkan kualiti hidup yang selesa dan indah di kawasan Kampung Baru, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri sama ada pihak kementerian akan memperbanyakkan peruntukan terus atau outright grant untuk menggemblengkan usaha sama dengan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang mana seluruh masyarakat boleh turut bersama untuk mewujudkan atau mendatangkan projek perancangan ini akan dapat dicapai lebih awal. Kerana nampaknya saya berikan dua perbandingan iaitu di kawasan Parlimen saya pernah diberikan peruntukan RM100,000 melalui pihak berkuasa tempatan di Kampung Baru, Kangkar Pulai untuk membina sebuah gelanggang bola keranjang iaitu RM100,000 dan di Kampung Ulu Choh baru siap yang dapat peruntukan terus RM20,000 daripada Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui usaha sama dengan JKKK, Kampung Baru Ulu Choh dapat siap, bentuk sama berlampu. Satu melalui pihak berkuasa tempatan, tender RM100,000 satu outright grant RM20,000 boleh siap. Ini satu perbandingan yang mana kita boleh dapat menjimatkan wang rakyat. Saya harap dapat menambahkan peruntukan sebegini sekian terima kasih. Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, saya memang sedar bahawa terdapat dua jenis peruntukan yang disalurkan daripada kementerian saya kepada yang pertama pihak berkuasa tempatan untuk projek-projek pembangunan kecil. Yang Kedua, peruntukan yang satu jenis lagi ialah disalurkan melalui pejabat daerah dan yang melalui pihak berkuasa tempatan biasanya kita serah bagi pihak berkuasa tempatan untuk menguruskan projek dengan melantik kontraktor atau memberi tender ikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kewangan. Bagi jenis yang disalurkan melalui pejabat daerah kalau sekiranya peruntukan itu katakan di bawah RM100,000 seperti projek kecil memang boleh ditimbang untuk dijalankan secara gotong-royong oleh JKKK. Maka kalau dijalankan gotong-royong oleh JKKK, JKKK dia tidak akan buat apa-apa untung, jadi nampak dia punya kerja lebih efisien nampak banyak. Kalau melalui kontraktor, kontraktor dia memang ada dia punya margin, keuntungan. Walau bagaimanapun kementerian saya akan turut memantau prestasi, kalau ada apa yang tidak puas hati kita akan minta kerjasama pihak berkuasa negeri untuk memantau dengan baik. Puan Chong Eng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sebelum rancangan yang dikatakan untuk memodenkan 452 buah Kampung Baru di Semenanjung Malaysia itu siap kerana kita tidak tahu, berapa tahun dia akan ambil untuk menyiapkan rancangan itu dan selepas rancangan itu siap pun bagaimana dia akan dilaksanakan kerana kapasiti perlaksanaan kerajaan ini sungguh lemah. Ada banyak rancangan yang baik tetapi tidak dapat melaksanakan. Saya dapati di banyak Kampung Baru mereka kekurangan facilities sukan seperti gelanggang bola keranjang. Biasanya di. | 5 | 17 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
6 DR.1.4.2003
Kampung Baru itu sekiranya dia ada sebuah gelanggang bola keranjang tiga tahun dahulu
sampai hari ini populasinya atau bilangan penduduknya telah beberapa kali berganda tetapi
masih itu gelanggang sahaja dan tidak ada facilities yang lain. Jadi yang saya hendak
tanya ialah bolehkah kementerian mengadakan rancangan untuk menambah facilities
sukan seperti ini kerana kita hendak lihat di Kampung Baru memang dia pun sudah moden,
dia ada cyber caf, dia ada computer game di mana-mana sahaja tetapi tidak ada
kemudahan sukan. ….
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Puan Chong Eng: Disko pun ada…..jadi yang lain sudah modenlah tetapi
kemudahan sukan dia tidak moden dan tidak tambah, minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua: Okey!
Dato’ Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana Yang
Berhormat prihatin tentang keadaan di Kampung Baru, untuk makluman Dewan yang mulia
ini, Yang Berhormat dari Bukit Mertajam mungkin tidak tahu apa telah dijalankan oleh
kementerian saya dalam beberapa tahun ini. Sebenarnya kementerian saya telah bantu
membina atau membaik pulih atau menaikkan taraf gelanggang bola keranjang, tidak
kurang daripada 100 kampung, kita buat dalam 3 tahun. Jadi kalau Yang Berhormat tidak
percaya dia boleh ikut saya buat lawatan kerja tiap-tiap kali saya pergi mana, dia ikutlah
[Dewan riuh dengan sorakan ketawa] saya boleh tunjuk dia di mana. Di kawasan Yang
Berhormat di Perapit pun banyak saya bagi peruntukan.
Puan Chong Eng: [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Bukit Mertajam, jangan bercakap sambil duduk
ya, tolonglah!
Dato’ Seri Ong Ka Ting: Jadi, salah satu daripada tujuan kita buat pelan induk
Kampung Baru ini ialah kita sedang buat kajian supaya kita tahu di 452 kampung ini,
kampung yang mana masih ketinggalan, kampung yang mana sudah ada facilities yang
cukup. Dengan satu kajian yang menyeluruh itu maka satu blueprint dapat disediakan dan
dengan 20 pilot projek akan dimulakan untuk dijadikan contoh bagaimana kita boleh
memajukan lagi kampung ikut penjenisan.
Kalau yang dekat dengan bandar besar, dia lebih jadi urban, dia sudah tidak
sesuai lagi dipanggil kampung. Mungkin kita boleh upgrade dia jadi perbandaran ataupun
township. Jadi, yang sederhana itu dia masih semi township, kita akan ada model yang
lain. Bagi yang jauh, luar daripada – jauh sangat daripada bandar, dia masih rural area,
mungkin kampung tradisional sebegitu kita boleh kekalkan.
Jadi, banyak lagi kerja sedang dibuat dan facility sukan ini memang adalah satu
keutamaan semasa kita beri peruntukan.
10. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
apakah kesan terhadap perlaksanaan pindaan Seksyen 6(3), Seksyen 15(4); Seksyen baru
55E, Seksyen 56(1) (aa), (bb) Akta Imigresen (Pindaan) 2002 tersebut bagi setiap negeri di
seluruh negara dan apakah kerajaan berjaya meredakan kesangsian beberapa negara
jiran.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-
Pertua, kesan yang paling nyata akibat penguatkuasaan pindaan Akta Imigresen 1959/63
ialah seramai 322,180 orang pendatang tanpa izin atau PTI telah pulang ke negara asal
secara sukarela di bawah program pengampunan. Penguatkuasaan pindaan Akta
Imigresen ini juga telah pun mengurangkan jumlah pendaratan PTI di negara ini.
Bagi tempoh Januari hingga Februari 2002, sebanyak 321 jumlah pendaratan telah
dicatatkan dengan jumlah tangkapan seramai 2,717 orang. Bagi tempoh yang sama untuk
| Kampung Baru itu sekiranya dia ada sebuah gelanggang bola keranjang tiga tahun dahulu sampai hari ini populasinya atau bilangan penduduknya telah beberapa kali berganda tetapi masih itu gelanggang sahaja dan tidak ada facilities yang lain. Jadi yang saya hendak tanya ialah bolehkah kementerian mengadakan rancangan untuk menambah facilities sukan seperti ini kerana kita hendak lihat di Kampung Baru memang dia pun sudah moden, dia ada cyber caf, dia ada computer game di mana-mana sahaja tetapi tidak ada kemudahan sukan. .... Beberapa Ahli: [Menyampuk] Puan Chong Eng: Disko pun ada.....jadi yang lain sudah modenlah tetapi kemudahan sukan dia tidak moden dan tidak tambah, minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua: Okey! Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana Yang Berhormat prihatin tentang keadaan di Kampung Baru, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat dari Bukit Mertajam mungkin tidak tahu apa telah dijalankan oleh kementerian saya dalam beberapa tahun ini. Sebenarnya kementerian saya telah bantu membina atau membaik pulih atau menaikkan taraf gelanggang bola keranjang, tidak kurang daripada 100 kampung, kita buat dalam 3 tahun. Jadi kalau Yang Berhormat tidak percaya dia boleh ikut saya buat lawatan kerja tiap-tiap kali saya pergi mana, dia ikutlah [Dewan riuh dengan sorakan ketawa] saya boleh tunjuk dia di mana. Di kawasan Yang Berhormat di Perapit pun banyak saya bagi peruntukan. Puan Chong Eng: [Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Bukit Mertajam, jangan bercakap sambil duduk ya, tolonglah! Dato' Seri Ong Ka Ting: Jadi, salah satu daripada tujuan kita buat pelan induk Kampung Baru ini ialah kita sedang buat kajian supaya kita tahu di 452 kampung ini, kampung yang mana masih ketinggalan, kampung yang mana sudah ada facilities yang cukup. Dengan satu kajian yang menyeluruh itu maka satu blueprint dapat disediakan dan dengan 20 pilot projek akan dimulakan untuk dijadikan contoh bagaimana kita boleh memajukan lagi kampung ikut penjenisan. Kalau yang dekat dengan bandar besar, dia lebih jadi urban, dia sudah tidak sesuai lagi dipanggil kampung. Mungkin kita boleh upgrade dia jadi perbandaran ataupun township. Jadi, yang sederhana itu dia masih semi township, kita akan ada model yang lain. Bagi yang jauh, luar daripada- jauh sangat daripada bandar, dia masih rural area, mungkin kampung tradisional sebegitu kita boleh kekalkan. Jadi, banyak lagi kerja sedang dibuat dan facility sukan ini memang adalah satu keutamaan semasa kita beri peruntukan. 10. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kesan terhadap perlaksanaan pindaan Seksyen 6(3), Seksyen 15(4); Seksyen baru 55E, Seksyen 56(1) (aa), (bb) Akta Imigresen (Pindaan) 2002 tersebut bagi setiap negeri di seluruh negara dan apakah kerajaan berjaya meredakan kesangsian beberapa negara jiran. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di- Pertua, kesan yang paling nyata akibat penguatkuasaan pindaan Akta Imigresen 1959/63 ialah seramai 322,180 orang pendatang tanpa izin atau PTI telah pulang ke negara asal secara sukarela di bawah program pengampunan. Penguatkuasaan pindaan Akta Imigresen ini juga telah pun mengurangkan jumlah pendaratan PTI di negara ini. Bagi tempoh Januari hingga Februari 2002, sebanyak 321 jumlah pendaratan telah dicatatkan dengan jumlah tangkapan seramai 2,717 orang. Bagi tempoh yang sama untuk. | 6 | 18 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 7
tahun 2003 sebanyak 116 pendaratan dicatatkan. Iaitu pengurangan sebanyak 63%,
dengan jumlah tangkapan seramai 637 orang ataupun pengurangan tangkapan sebanyak
76%.
Perangkaan pendakwaan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi
tahun 2002 dan 2003 bagi kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 6(3); Seksyen 15(4),
Seksyen 56(1d) mengikut negeri adalah agak panjang. Tuan Yang di-Pertua, saya
bercadang untuk memberi secara bertulis supaya menjimatkan masa.
Tindakan kerajaan meminda Akta Imigresen ini dengan memperuntukkan
hukuman sebatan terhadap PTI dan kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan pada
mulanya telah menimbulkan bantahan dan rasa sangsi negara-negara jiran.
Walau bagaimanapun, bantahan dan rasa sangsi itu telah reda kerana mereka
telah difahamkan bahawa tindakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk menghukum rakyat
mereka, tetapi untuk memastikan kemasukan mereka adalah secara sah dan mengikut
undang-undang bagi memastikan kebajikan mereka terjamin. Keikhlasan kerajaan juga
telah terbukti dengan mengadakan program pengampunan selama 6 bulan untuk PTI
pulang ke negara asal tanpa dikenakan apa-apa tindakan sebelum penguatkuasaan
pindaan akta tersebut pada 1 Ogos 2002.
Tuan Wilfred Madius Tangau : Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
Timbalan Menteri. Pertama sekali saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan
atas kejayaan melaksanakan pindaan yang kita telah buat pada sesi Parlimen yang lepas
ini.
Persoalan saya, soalan tambahan saya ialah sepanjang tahun lepas ada beberapa
program yang telah dibuat untuk:
(i) melaksanakan pindaan-pindaan ini iaitu hukuman sebat. Dan,
bagi negeri Sabah pula diadakan satu operasi yang dipanggil
Ops Nyah. Dalam perangkaan yang diberikan oleh Timbalan
Menteri Dalam Negeri yang satu lagi – dalam sesi ini
menyatakan bahawa lebih kurang 100,000 yang telah balik
secara sukarela. Dan, saya andaikan yang balik secara
sukarela ini adalah disebabkan oleh pindaan ini;
(ii) disebabkan oleh Ops Nyah hanya lebih kurang 17,000 kalau
tidak silap saya. Persoalan saya di sini ialah di Sabah ini
digembar-gemburkan bahawa Ops Nyah ini telah berjaya untuk
mengusir PTI.
Jadi, persoalan saya di sini, mana satu yang telah membantu, pindaan dalam akta
ini yang hukum sebat inikah atau operasi Ops Nyah ini? Mana satu Yang Berhormat, sila
jawab. Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tuaran.
Sebenarnya di negeri Sabah dan Sarawak, paling ketara sekali kalau dibandingkan di
antara dua buah negeri ialah Sabahlah. Oleh kerana kedua-dua, maksudnya:
(i) pindaan-pindaan yang dibuat kepada Akta Imigresen, di mana
sejak hujung tahun lepas hingga tahun ini sudah ramai, bukan
sahaja telah pulang ke negara asal malahan kurang PTI telah
masuk ke Malaysia melalui Sabah;
(ii) melalui Ops Nyah itu paling ketara sekali iaitu melalui operasi-
operasi bersepadu yang melibatkan pihak-pihak
penguatkuasaan dari pihak polis, dari pihak imigresen, anggota
RELA dan lain-lain, maka 17,000 – memang Yang Berhormat
cakap betullah, 17,000 telah pun ditangkap dan dihantarkan
balik ke negara asal.
Kerajaan percaya dan mempunyai penuh keyakinan bahawa oleh kerana terdapat
pindaan-pindaan ke Akta Imigresen maka mulai tahun lepas, sejak ianya dilaksanakan,
| tahun 2003 sebanyak 116 pendaratan dicatatkan. Iaitu pengurangan sebanyak 63%, dengan jumlah tangkapan seramai 637 orang ataupun pengurangan tangkapan sebanyak 76%. Perangkaan pendakwaan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003 bagi kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 6(3); Seksyen 15(4), Seksyen 56(1d) mengikut negeri adalah agak panjang. Tuan Yang di-Pertua, saya bercadang untuk memberi secara bertulis supaya menjimatkan masa. Tindakan kerajaan meminda Akta Imigresen ini dengan memperuntukkan hukuman sebatan terhadap PTI dan kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan pada mulanya telah menimbulkan bantahan dan rasa sangsi negara-negara jiran. Walau bagaimanapun, bantahan dan rasa sangsi itu telah reda kerana mereka telah difahamkan bahawa tindakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk menghukum rakyat mereka, tetapi untuk memastikan kemasukan mereka adalah secara sah dan mengikut undang-undang bagi memastikan kebajikan mereka terjamin. Keikhlasan kerajaan juga telah terbukti dengan mengadakan program pengampunan selama 6 bulan untuk PTI pulang ke negara asal tanpa dikenakan apa-apa tindakan sebelum penguatkuasaan pindaan akta tersebut pada 1 Ogos 2002. Tuan Wilfred Madius Tangau : Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Pertama sekali saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan atas kejayaan melaksanakan pindaan yang kita telah buat pada sesi Parlimen yang lepas ini. Persoalan saya, soalan tambahan saya ialah sepanjang tahun lepas ada beberapa program yang telah dibuat untuk: (i) melaksanakan pindaan-pindaan ini iaitu hukuman sebat. Dan, bagi negeri Sabah pula diadakan satu operasi yang dipanggil Ops Nyah. Dalam perangkaan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri yang satu lagi- dalam sesi ini menyatakan bahawa lebih kurang 100,000 yang telah balik secara sukarela. Dan, saya andaikan yang balik secara sukarela ini adalah disebabkan oleh pindaan ini; (ii) disebabkan oleh Ops Nyah hanya lebih kurang 17,000 kalau tidak silap saya. Persoalan saya di sini ialah di Sabah ini digembar-gemburkan bahawa Ops Nyah ini telah berjaya untuk mengusir PTI. Jadi, persoalan saya di sini, mana satu yang telah membantu, pindaan dalam akta ini yang hukum sebat inikah atau operasi Ops Nyah ini? Mana satu Yang Berhormat, sila jawab. Terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tuaran. Sebenarnya di negeri Sabah dan Sarawak, paling ketara sekali kalau dibandingkan di antara dua buah negeri ialah Sabahlah. Oleh kerana kedua-dua, maksudnya: (i) pindaan-pindaan yang dibuat kepada Akta Imigresen, di mana sejak hujung tahun lepas hingga tahun ini sudah ramai, bukan sahaja telah pulang ke negara asal malahan kurang PTI telah masuk ke Malaysia melalui Sabah; (ii) melalui Ops Nyah itu paling ketara sekali iaitu melalui operasi- operasi bersepadu yang melibatkan pihak-pihak penguatkuasaan dari pihak polis, dari pihak imigresen, anggota RELA dan lain-lain, maka 17,000- memang Yang Berhormat cakap betullah, 17,000 telah pun ditangkap dan dihantarkan balik ke negara asal. Kerajaan percaya dan mempunyai penuh keyakinan bahawa oleh kerana terdapat pindaan-pindaan ke Akta Imigresen maka mulai tahun lepas, sejak ianya dilaksanakan, | 7 | 19 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
8 DR.1.4.2003
dikuatkuasakan hingga sekarang dan pada masa yang akan datang tidak ramai PTI akan
memasuki Malaysia.
Tetapi, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari pembangkang, memang
mustahil kalau kita hendak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai
sifar PTI. Itu memang mustahil. Di mana-mana negara di dunia ini pun tidak jadi juga,
tetapi kita ini cukup berkesanlah, pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. [Disampuk] Selamat pagi, good morning.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memang pendatang tanpa izin menjadi
masalah kepada kerajaan, tetapi selepas pindaan dibuat nampak ada kekurangan. Saya
cuma hendak bangkitkan dari segi yang mengambil bahagian untuk memasukkan
pendatang tanpa izin. Hukuman sama.
Baru-baru ini kes berlaku di Kulai, Johor, pihak tentera membawa kumpulan
pendatang tanpa izin. Itu kerana terserempak oleh polis. Kalau tidak terserempak oleh
polis, terlepas. Jadi, saya hendak tanya sedikit dari segi penglibatan oleh pihak tertentu
yang membawa masuk pendatang tanpa izin yang hukumannya sama dengan yang dibawa
masuk mengikut seksyen yang telah pun dipinda oleh kerajaan.
Oleh sebab perkara ini serius, saya tidak tahu kerajaan, ini seriuslah kalau sudah
pihak yang menjaga keamanan, keselamatan itu mengambil bahagian sama membawa
masuk, ini sudah menjadi satu perkara yang amat serius. Yang tertangkap kita dapat tahu
walaupun ada kekurangan, tetapi mungkin yang tidak dapat ditangkap mungkin ada juga
yang terlepas.
Jadi, ada atau tidak hukuman yang lebih berat kepada yang membawa masuk
dan yang melindungi pendatang haram, kalau tidak pihak yang berkenaan mengambil
kesempatan. Jadi, saya minta sedikit pandangan. Can you answer these one. Thank you.
[Ketawa]
Dato’ Chor Chee Heung: Thank you very much Yang Berhormat bagi Tebrau.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, mengikut pindaan pada Akta Imigresen iaitu seksyen yang
tepat sekali ialah Seksyen 56, di mana sesiapa pihak-pihak mana yang ditangkap
melindungi PTI-PTI ini termasuk dengan tekong-tekong, tekong darat atau tekong laut,
termasuk juga dengan sesiapa. Iaitu tadi Yang Berhormat kata ada anggota-anggota
keselamatan juga terlibat.
Tetapi setakat ini anggota-anggota keselamatan yang terlibat dalam kegiatan ini
memang cukup kecil, peratusannya amat kecil sekali, kalau saya kata tidak ada itu, tidak
benarlah, ada juga yang terlibat dan mereka yang terlibat jika mempunyai bukti mereka juga
akan dikenakan hukuman yang sama juga seperti rakyat yang lain.
Di bawah Seksyen 56 ini, jika seseorang atau pihak-pihak mana yang terbukti
melindungi PTI, mereka ini akan didenda tidak kurang RM10,000 tidak melebihi RM50,000
dan, selain daripada itu juga, penjara 5 tahun akan dikenakan, sekurang-kurangnya 5 tahun
dan sebatan juga dikenakan. Pada biasanya tiga-tiga sekalilah mahkamah akan
menjatuhkan hukuman macam ini.
Saya mempunyai penuh keyakinan bahawa dengan adanya seksyen ini maka
mahkamah dapat menjalankan hukuman yang wajar dan pihak-pihak yang ingin melibatkan
diri dalam kegiatan seumpama ini juga akan jadi kurang lagi. Sekian.
11. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar] minta Menteri Dalam
Negeri menyatakan:-
(a) apakah peningkatan secara keseluruhan untuk Pasukan Polis
Diraja Malaysia dari segi struktur gaji, terma perkhidmatan dan
| dikuatkuasakan hingga sekarang dan pada masa yang akan datang tidak ramai PTI akan memasuki Malaysia. Tetapi, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari pembangkang, memang mustahil kalau kita hendak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sifar PTI. Itu memang mustahil. Di mana-mana negara di dunia ini pun tidak jadi juga, tetapi kita ini cukup berkesanlah, pindaan ini. Sekian, terima kasih. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Disampuk] Selamat pagi, good morning. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memang pendatang tanpa izin menjadi masalah kepada kerajaan, tetapi selepas pindaan dibuat nampak ada kekurangan. Saya cuma hendak bangkitkan dari segi yang mengambil bahagian untuk memasukkan pendatang tanpa izin. Hukuman sama. Baru-baru ini kes berlaku di Kulai, Johor, pihak tentera membawa kumpulan pendatang tanpa izin. Itu kerana terserempak oleh polis. Kalau tidak terserempak oleh polis, terlepas. Jadi, saya hendak tanya sedikit dari segi penglibatan oleh pihak tertentu yang membawa masuk pendatang tanpa izin yang hukumannya sama dengan yang dibawa masuk mengikut seksyen yang telah pun dipinda oleh kerajaan. Oleh sebab perkara ini serius, saya tidak tahu kerajaan, ini seriuslah kalau sudah pihak yang menjaga keamanan, keselamatan itu mengambil bahagian sama membawa masuk, ini sudah menjadi satu perkara yang amat serius. Yang tertangkap kita dapat tahu walaupun ada kekurangan, tetapi mungkin yang tidak dapat ditangkap mungkin ada juga yang terlepas. Jadi, ada atau tidak hukuman yang lebih berat kepada yang membawa masuk dan yang melindungi pendatang haram, kalau tidak pihak yang berkenaan mengambil kesempatan. Jadi, saya minta sedikit pandangan. Can you answer these one. Thank you. [Ketawa] Dato' Chor Chee Heung: Thank you very much Yang Berhormat bagi Tebrau. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, mengikut pindaan pada Akta Imigresen iaitu seksyen yang tepat sekali ialah Seksyen 56, di mana sesiapa pihak-pihak mana yang ditangkap melindungi PTI-PTI ini termasuk dengan tekong-tekong, tekong darat atau tekong laut, termasuk juga dengan sesiapa. Iaitu tadi Yang Berhormat kata ada anggota-anggota keselamatan juga terlibat. Tetapi setakat ini anggota-anggota keselamatan yang terlibat dalam kegiatan ini memang cukup kecil, peratusannya amat kecil sekali, kalau saya kata tidak ada itu, tidak benarlah, ada juga yang terlibat dan mereka yang terlibat jika mempunyai bukti mereka juga akan dikenakan hukuman yang sama juga seperti rakyat yang lain. Di bawah Seksyen 56 ini, jika seseorang atau pihak-pihak mana yang terbukti melindungi PTI, mereka ini akan didenda tidak kurang RM10,000 tidak melebihi RM50,000 dan, selain daripada itu juga, penjara 5 tahun akan dikenakan, sekurang-kurangnya 5 tahun dan sebatan juga dikenakan. Pada biasanya tiga-tiga sekalilah mahkamah akan menjatuhkan hukuman macam ini. Saya mempunyai penuh keyakinan bahawa dengan adanya seksyen ini maka mahkamah dapat menjalankan hukuman yang wajar dan pihak-pihak yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan seumpama ini juga akan jadi kurang lagi. Sekian. 11. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-. (a) apakah peningkatan secara keseluruhan untuk Pasukan Polis Diraja Malaysia dari segi struktur gaji, terma perkhidmatan dan. | 8 | 20 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 9
kemudahan perumahan (semasa berkhidmat dan selepas
bersara); dan
(b) apakah kajian dan ganjaran yang dicadang oleh kementerian
agar lebih ramai masyarakat bukan Melayu dan bumiputera
memasuki perkhidmatan Polis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-
Pertua, sejak dari dahulu lagi kerajaan telah memberi peningkatan. Peningkatan dari segi
tangga gaji kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia. Dari segi skim perkhidmatan pula,
kerajaan sedang mengkaji beberapa perubahan yang akan melibatkan kenaikan tangga gaji
anggota PDRM. Selain dari itu, kerajaan juga sentiasa mengkaji elaun-elaun tertentu untuk
anggota pasukan Polis.
Kerajaan dari masa ke semasa telah mengadakan perancangan bagi
meningkatkan lagi kemudahan dan keperluan perumahan anggota Polis Diraja Malaysia di
seluruh negara. Peningkatan ini telah pun dibuat sejak Rancangan Malaysia Kelima lagi.
Perancangan ini diteruskan dan kajian akan dibuat dalam Rancangan Malaysia seterusnya.
Matlamat yang telah ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia ialah menyediakan perumahan
sebanyak 90% kepada anggota Polis Diraja Malaysia di seluruh negara.
Tidak ada galakan yang khusus dibuat untuk menarik masyarakat bukan Melayu
menyertai perkhidmatan Polis tetapi penambahbaikan skim perkhidmatan dan kenaikan
tangga gaji itu secara tidak langsung akan membuat lebih ramai lagi masyarakat bukan
Melayu dan Melayu berminat untuk menyertai perkhidmatan Polis. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
soalan tambahan. Saya banyak didatangi oleh mereka yang hendak memasuki Jabatan
Polis dan saya juga diberi maklumat bahawa pengambilan polis sekarang banyak
menumpukan keadaan fizikal. Maknanya, polis hanya mencari seorang yang macam Great
God Adonis, tidak mencari orang yang bijak pandai dan betul-betul mahu menumpukan
perkhidmatan.
Jadi, apakah perubahan yang bakal dibuat supaya orang yang mungkin cross-
eyed ini boleh baik jadi detektif sebab dia boleh masuk macam masyarakat biasa, tidak
payah cari yang lebih indah, cantik, handsome, macam itu? Jadi, apakah perubahan yang
boleh dibuat supaya ini tidak mendatangkan satu kesan negatif terutama sekali untuk
membawa masyarakat bukan bumiputera dan bukan Melayu ke dalam pasukan Polis?
Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat bagi Batang Lupar.
Ujian fizikal ini merupakan salah satu syarat yang sangat penting sebab sebagai seorang
anggota keselamatan memang orang berkenaan itu harus mempunyai tubuh sihat, otak
waras, selain daripada syarat-syarat lain yang dikenakan. Saya tidak berani memberi
jaminan sama ada kriteria ini akan dilonggarkan lagi supaya lebih ramai yang tidak
menepati ataupun tidak layak ataupun tidak layak dari segi fizikal boleh diterima juga oleh
kerana mereka mempunyai otak yang special sedikit.
Tetapi walau bagaimanapun, ini harus diperbincangkan di pihak Polis Diraja
Malaysia, saya akan bawa isu ini supaya kita mengkaji semula sama ada cadangan Yang
Berhormat ini munasabah ataupun tidak menjadi suatu kriteria yang lain.
Selain daripada itu juga kerajaan tidak berhenti-henti membuat tawaran kepada
masyarakat bukan Melayu untuk menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia sebab buat masa
ini, peratusan bukan Melayu yang melibatkan diri dalam profesion ini agak kurang sangat.
Peratusan itu kecil sangat tidak melebihi tiga atau empat peratus sahaja. Banyak lagi
usaha akan diadakan walaupun sudah banyak usaha dibuat tetapi respons atau sambutan
itu tidak begitu menggalakkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Jeli.
| kemudahan perumahan (semasa berkhidmat dan selepas bersara); dan. (b) apakah kajian dan ganjaran yang dicadang oleh kementerian agar lebih ramai masyarakat bukan Melayu dan bumiputera memasuki perkhidmatan Polis. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di- Pertua, sejak dari dahulu lagi kerajaan telah memberi peningkatan. Peningkatan dari segi tangga gaji kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia. Dari segi skim perkhidmatan pula, kerajaan sedang mengkaji beberapa perubahan yang akan melibatkan kenaikan tangga gaji anggota PDRM. Selain dari itu, kerajaan juga sentiasa mengkaji elaun-elaun tertentu untuk anggota pasukan Polis. Kerajaan dari masa ke semasa telah mengadakan perancangan bagi meningkatkan lagi kemudahan dan keperluan perumahan anggota Polis Diraja Malaysia di seluruh negara. Peningkatan ini telah pun dibuat sejak Rancangan Malaysia Kelima lagi. Perancangan ini diteruskan dan kajian akan dibuat dalam Rancangan Malaysia seterusnya. Matlamat yang telah ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia ialah menyediakan perumahan sebanyak 90% kepada anggota Polis Diraja Malaysia di seluruh negara. Tidak ada galakan yang khusus dibuat untuk menarik masyarakat bukan Melayu menyertai perkhidmatan Polis tetapi penambahbaikan skim perkhidmatan dan kenaikan tangga gaji itu secara tidak langsung akan membuat lebih ramai lagi masyarakat bukan Melayu dan Melayu berminat untuk menyertai perkhidmatan Polis. Sekian, terima kasih. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya banyak didatangi oleh mereka yang hendak memasuki Jabatan Polis dan saya juga diberi maklumat bahawa pengambilan polis sekarang banyak menumpukan keadaan fizikal. Maknanya, polis hanya mencari seorang yang macam Great God Adonis, tidak mencari orang yang bijak pandai dan betul-betul mahu menumpukan perkhidmatan. Jadi, apakah perubahan yang bakal dibuat supaya orang yang mungkin cross- eyed ini boleh baik jadi detektif sebab dia boleh masuk macam masyarakat biasa, tidak payah cari yang lebih indah, cantik, handsome, macam itu? Jadi, apakah perubahan yang boleh dibuat supaya ini tidak mendatangkan satu kesan negatif terutama sekali untuk membawa masyarakat bukan bumiputera dan bukan Melayu ke dalam pasukan Polis? Terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat bagi Batang Lupar. Ujian fizikal ini merupakan salah satu syarat yang sangat penting sebab sebagai seorang anggota keselamatan memang orang berkenaan itu harus mempunyai tubuh sihat, otak waras, selain daripada syarat-syarat lain yang dikenakan. Saya tidak berani memberi jaminan sama ada kriteria ini akan dilonggarkan lagi supaya lebih ramai yang tidak menepati ataupun tidak layak ataupun tidak layak dari segi fizikal boleh diterima juga oleh kerana mereka mempunyai otak yang special sedikit. Tetapi walau bagaimanapun, ini harus diperbincangkan di pihak Polis Diraja Malaysia, saya akan bawa isu ini supaya kita mengkaji semula sama ada cadangan Yang Berhormat ini munasabah ataupun tidak menjadi suatu kriteria yang lain. Selain daripada itu juga kerajaan tidak berhenti-henti membuat tawaran kepada masyarakat bukan Melayu untuk menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia sebab buat masa ini, peratusan bukan Melayu yang melibatkan diri dalam profesion ini agak kurang sangat. Peratusan itu kecil sangat tidak melebihi tiga atau empat peratus sahaja. Banyak lagi usaha akan diadakan walaupun sudah banyak usaha dibuat tetapi respons atau sambutan itu tidak begitu menggalakkan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Jeli. | 9 | 21 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
10 DR.1.4.2003
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengikut laporan yang diberikan oleh Yang Berhormat
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri semalam, kalau diambil purata harian,
jenayah berat yang dilaporkan lebih kurang 70 sehari.
Saya ingin bertanya, kenapakah dalam keadaan jenayah yang semakin
bertambah, tiba-tiba mengikut laporan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini pada tahun sudah, anggota polis bagi tahun 2002
dan 2003 tidak bertambah hanyalah 93,000 orang. Kenapa boleh tidak ada penambahan
sedangkan jenayah semakin bertambah. Minta penjelasan.
Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli
Yang Berhormat bagi Jeli. Dari segi pertambahan anggota polis, sebenarnya tiap-tiap
tahun Polis Diraja Malaysia mendapat pertambahan cuma tidak seperti mana yang diminta
oleh Polis Diraja Malaysia.
Pada tahun lepas pihak Polis Diraja Malaysia telah pun meminta seramai 12,000
pertambahan rekrut anggota polis. Tetapi permintaan ini masih dikaji dan di peringkat
kajian dan belum diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan
Negara. Tetapi walau bagaimanapun, tiap-tiap tahun PDRM diberikan kemudahan untuk
pertambahan rekrut.
Walaupun 12,000 ini belum diputuskan, tetapi tahun ini PDRM akan merekrut
seramai 4,500 orang anggota baru tetapi ini adalah dijalankan secara berperingkat-
peringkat. Kita mempunyai keyakinan bahawa JPA akan memberi kelulusan sebab alasan-
alasan yang diberikan termasuk dengan perubahan-perubahan seperti pertambahan
penduduk. Jika pertambahan penduduk, pertambahan kemewahan negara kita maka benar
juga penjenayah-penjenayah akan bertambah.
Oleh yang demikian, kita mempunyai keyakinan bahawa tidak lama lagi, kita akan
mendapat tahu sama ada pertambahan ini diluluskan atau tidak. Tetapi jangan bimbanglah,
Yang Berhormat, saya dalam Kementerian Dalam Negeri sama juga dengan rakan-rakan
saya juga sentiasa memberi gambaran bahawa amatlah serius kalau kita tidak menambah
lagi anggota polis sedangkan penduduk-penduduk sedang bertambah begitu banyak sekali.
Sekian, terima kasih.
12. Tuan Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa] minta Menteri
Dalam Negeri menyatakan rasional pengisytiharan tahun 2003 sebagai tahun memerangi
dadah, dan berapa jumlah penagih dadah mengikut rekod kementerian di seluruh negara.
Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, jawapan bagi bahagian yang
pertama, rasional pengisytiharan tahun 2003 sebagai tahun memerangi dadah habis-
habisan ialah kerana usaha membasmi dadah secara serius yang telah dilaksanakan sejak
tahun 1983 masih belum dapat membasmi gejala dadah. Ini menyebabkan masalah ini
masih menjadi satu ancaman keselamatan yang serius kepada negara kita.
Oleh yang demikian, masanya telah tiba bagi kerajaan mengambil tindakan yang
lebih menyeluruh dan besar-besaran untuk mengatasi masalah ini. Dalam hal ini,
kerjasama dan penglibatan semua sektor masyarakat perlu digerak dan digemblengkan
secara bersepadu bagi memastikan pencapaian wawasan Malaysia dan Asean bebas
dadah menjelang tahun 2015.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah terkumpul penagih yang dikesan
sejak tahun 1988 hingga Disember 2002 ialah 235,495 orang manakala jumlah penagih
yang dikesan pada tahun 2002 ialah seramai 31,893 orang. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Marang.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Oleh kerana masalah ini sangat serius sehingga berlaku tanda-tanda
kelemahan seperti pengedaran dadah di Pusat Serenti pun berlaku, berlaku rusuhan di
| Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengikut laporan yang diberikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri semalam, kalau diambil purata harian, jenayah berat yang dilaporkan lebih kurang 70 sehari. Saya ingin bertanya, kenapakah dalam keadaan jenayah yang semakin bertambah, tiba-tiba mengikut laporan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini pada tahun sudah, anggota polis bagi tahun 2002 dan 2003 tidak bertambah hanyalah 93,000 orang. Kenapa boleh tidak ada penambahan sedangkan jenayah semakin bertambah. Minta penjelasan. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Jeli. Dari segi pertambahan anggota polis, sebenarnya tiap-tiap tahun Polis Diraja Malaysia mendapat pertambahan cuma tidak seperti mana yang diminta oleh Polis Diraja Malaysia. Pada tahun lepas pihak Polis Diraja Malaysia telah pun meminta seramai 12,000 pertambahan rekrut anggota polis. Tetapi permintaan ini masih dikaji dan di peringkat kajian dan belum diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan Negara. Tetapi walau bagaimanapun, tiap-tiap tahun PDRM diberikan kemudahan untuk pertambahan rekrut. Walaupun 12,000 ini belum diputuskan, tetapi tahun ini PDRM akan merekrut seramai 4,500 orang anggota baru tetapi ini adalah dijalankan secara berperingkat- peringkat. Kita mempunyai keyakinan bahawa JPA akan memberi kelulusan sebab alasan- alasan yang diberikan termasuk dengan perubahan-perubahan seperti pertambahan penduduk. Jika pertambahan penduduk, pertambahan kemewahan negara kita maka benar juga penjenayah-penjenayah akan bertambah. Oleh yang demikian, kita mempunyai keyakinan bahawa tidak lama lagi, kita akan mendapat tahu sama ada pertambahan ini diluluskan atau tidak. Tetapi jangan bimbanglah, Yang Berhormat, saya dalam Kementerian Dalam Negeri sama juga dengan rakan-rakan saya juga sentiasa memberi gambaran bahawa amatlah serius kalau kita tidak menambah lagi anggota polis sedangkan penduduk-penduduk sedang bertambah begitu banyak sekali. Sekian, terima kasih. 12. Tuan Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan rasional pengisytiharan tahun 2003 sebagai tahun memerangi dadah, dan berapa jumlah penagih dadah mengikut rekod kementerian di seluruh negara. Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, jawapan bagi bahagian yang pertama, rasional pengisytiharan tahun 2003 sebagai tahun memerangi dadah habis- habisan ialah kerana usaha membasmi dadah secara serius yang telah dilaksanakan sejak tahun 1983 masih belum dapat membasmi gejala dadah. Ini menyebabkan masalah ini masih menjadi satu ancaman keselamatan yang serius kepada negara kita. Oleh yang demikian, masanya telah tiba bagi kerajaan mengambil tindakan yang lebih menyeluruh dan besar-besaran untuk mengatasi masalah ini. Dalam hal ini, kerjasama dan penglibatan semua sektor masyarakat perlu digerak dan digemblengkan secara bersepadu bagi memastikan pencapaian wawasan Malaysia dan Asean bebas dadah menjelang tahun 2015. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah terkumpul penagih yang dikesan sejak tahun 1988 hingga Disember 2002 ialah 235,495 orang manakala jumlah penagih yang dikesan pada tahun 2002 ialah seramai 31,893 orang. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Marang. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Oleh kerana masalah ini sangat serius sehingga berlaku tanda-tanda kelemahan seperti pengedaran dadah di Pusat Serenti pun berlaku, berlaku rusuhan di. | 10 | 22 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 11
Pusat Serenti. Ini menunjukkan merebaknya dengan begitu merbahaya, kalau dalam
menangani masalah ekonomi kerajaan pernah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi
Negara yang melibatkan semua pihak. Bukan sahaja kerajaan, termasuk juga
Pembangkang, NGO, adakah dalam menangani masalah dadah ini kerajaan akan
mengambil langkah yang sama? Yang kedua, kerajaan negeri perlu bekerjasama dan
mengatasi masalah ini. Bagi Kerajaan Negeri Terengganu telah menubuhkan Pusat Serenti
di bawah kerajaan negeri di Chador, daerah Marang.
Yang pertama, saya ingin tahu, sehingga hari ini berapa negeri-negeri lain juga
mengadakan pusat serenti di bawah kerajaan negeri. Yang kedua, oleh kerana di sana
terdapat masalah undang-undang, kita tidak boleh menahan penagih ini kerana bergantung
kepada Akta Polis. Kita hanya menerima mereka yang menyerah secara sukarela.
Adakah masalah ini juga akan diatasi dan diambil kira oleh kerajaan dalam kerjasama
kepada negeri? Terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat.
Jawapan bagi soalan tambahan yang pertama, memang benar kerajaan telah dan akan
mengambil langkah yang lebih serius yang bersepadu yang melibatkan semua sektor
masyarakat termasuk juga kerajaan-kerajaan negeri tidak kira sama ada kerajaan negeri
diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional ataupun Pembangkang, semua akan memainkan
peranan bersepadu supaya gejala penagihan di negara kita terus berkurangan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan juga memandang serius
terhadap masalah-masalah negatif seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat iaitu
penyeludupan dadah termasuk di pusat serenti dan rusuhan berlaku tetapi ini merupakan
peratusan yang kecil.
Namun demikian, ini tidak bermaksud bahawa kerajaan akan mengabaikan
tanggungjawab mereka. Tetapi kita berharap semua pihak memainkan peranan. Buat
masa ini terdapat 28 pusat serenti di seluruh negara maksudnya di semua negeri tetap
mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat serenti. Ada sesetengah negeri mempunyai
dua atau tiga. Di negeri Terengganu ada juga. Selain daripada itu juga kerajaan telah
membenarkan 56 pusat serenti sukarela. Pusat serenti ini tidak boleh dikenali sebagai
pusat serenti iaitu pusat merawat masalah dadah secara sukarela.
Maksudnya penagih-penagih yang ingin dengan sukarelanya mendapat rawatan,
kalau tidak mahu melalui usaha kerajaan, mereka boleh pergi ke pusat-pusat yang
dikendalikan oleh individu ataupun secara private, mereka boleh pergi. Selain daripada itu
juga langkah-langkah proaktif lain akan diambil. Maksudnya dalam kempen memerangi
dadah habis-habisan mulai tahun ini yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat
Pemangku Perdana Menteri di kawasannya sendiri Kepala Batas, tiga hari yang lalu,
banyak langkah akan diadakan dan di mana semua pihak harus terlibat dalam usaha-usaha
ini.
Saya amat berharap jika kempen-kempen yang diadakan oleh Agensi Dadah
Kebangsaan pergi ke negeri Kelantan dan negeri Terengganu, saya berharaplah Yang
Amat Berhormat dapat tampil ke hadapan sebagai pemimpin utama di negeri itu untuk
menjayakan kempen ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Larut.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Hmm.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Saya hendak bertanya
soalan ini kerana di kawasan saya pun ada pusat serenti.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Huh!
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Cuma masalahnya
kebenaran untuk menggunakan tenaga pelatih pusat serenti ini menjalankan kegiatan-
kegiatan sosial di kalangan pertubuhan-pertubuhan NGO seperti gotong-royong. Kita
| Pusat Serenti. Ini menunjukkan merebaknya dengan begitu merbahaya, kalau dalam menangani masalah ekonomi kerajaan pernah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara yang melibatkan semua pihak. Bukan sahaja kerajaan, termasuk juga Pembangkang, NGO, adakah dalam menangani masalah dadah ini kerajaan akan mengambil langkah yang sama? Yang kedua, kerajaan negeri perlu bekerjasama dan mengatasi masalah ini. Bagi Kerajaan Negeri Terengganu telah menubuhkan Pusat Serenti di bawah kerajaan negeri di Chador, daerah Marang. Yang pertama, saya ingin tahu, sehingga hari ini berapa negeri-negeri lain juga mengadakan pusat serenti di bawah kerajaan negeri. Yang kedua, oleh kerana di sana terdapat masalah undang-undang, kita tidak boleh menahan penagih ini kerana bergantung kepada Akta Polis. Kita hanya menerima mereka yang menyerah secara sukarela. Adakah masalah ini juga akan diatasi dan diambil kira oleh kerajaan dalam kerjasama kepada negeri? Terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat. Jawapan bagi soalan tambahan yang pertama, memang benar kerajaan telah dan akan mengambil langkah yang lebih serius yang bersepadu yang melibatkan semua sektor masyarakat termasuk juga kerajaan-kerajaan negeri tidak kira sama ada kerajaan negeri diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional ataupun Pembangkang, semua akan memainkan peranan bersepadu supaya gejala penagihan di negara kita terus berkurangan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan juga memandang serius terhadap masalah-masalah negatif seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat iaitu penyeludupan dadah termasuk di pusat serenti dan rusuhan berlaku tetapi ini merupakan peratusan yang kecil. Namun demikian, ini tidak bermaksud bahawa kerajaan akan mengabaikan tanggungjawab mereka. Tetapi kita berharap semua pihak memainkan peranan. Buat masa ini terdapat 28 pusat serenti di seluruh negara maksudnya di semua negeri tetap mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat serenti. Ada sesetengah negeri mempunyai dua atau tiga. Di negeri Terengganu ada juga. Selain daripada itu juga kerajaan telah membenarkan 56 pusat serenti sukarela. Pusat serenti ini tidak boleh dikenali sebagai pusat serenti iaitu pusat merawat masalah dadah secara sukarela. Maksudnya penagih-penagih yang ingin dengan sukarelanya mendapat rawatan, kalau tidak mahu melalui usaha kerajaan, mereka boleh pergi ke pusat-pusat yang dikendalikan oleh individu ataupun secara private, mereka boleh pergi. Selain daripada itu juga langkah-langkah proaktif lain akan diambil. Maksudnya dalam kempen memerangi dadah habis-habisan mulai tahun ini yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri di kawasannya sendiri Kepala Batas, tiga hari yang lalu, banyak langkah akan diadakan dan di mana semua pihak harus terlibat dalam usaha-usaha ini. Saya amat berharap jika kempen-kempen yang diadakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan pergi ke negeri Kelantan dan negeri Terengganu, saya berharaplah Yang Amat Berhormat dapat tampil ke hadapan sebagai pemimpin utama di negeri itu untuk menjayakan kempen ini. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Larut. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Hmm. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Saya hendak bertanya soalan ini kerana di kawasan saya pun ada pusat serenti. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Huh!. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Cuma masalahnya kebenaran untuk menggunakan tenaga pelatih pusat serenti ini menjalankan kegiatan- kegiatan sosial di kalangan pertubuhan-pertubuhan NGO seperti gotong-royong. Kita. | 11 | 23 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
12 DR.1.4.2003
hendak tahu sejauh mana kawalan, jaminan sewaktu pelatih atau peserta ini berada di luar
daripada kem-kem bagi menjamin mereka ini tidak lari dan kemudiannya kemudahan di
pusat-pusat serenti ini yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi keselesaan
mereka selain daripada garis panduan kerajaan membenarkan pusat-pusat pemulihan
sukarela.
Kami bimbang pusat-pusat ini boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi
tujuan mereka sendiri oleh kerana mereka ini sentiasa mahukan supaya pusat-pusat yang
diwujudkan ini boleh menimbulkan masalah sosial yang lain terutamanya apabila tidak ada
ceramah-ceramah sebagaimana yang diwujudkan di Terengganu. Minta sedikit
pandangan.
Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Pusat serenti
persendirian yang dikatakan oleh Yang Berhormat ini adalah pusat-pusat yang telah pun
diluluskan dan dibenarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan
sebagai pusat persendirian bagi merawat penagih-penagih sukarela yang datang ke pusat-
pusat ini. Oleh kerana terdapat kawalan yang agak ketat oleh Kementerian Dalam Negeri
maka kita tidak berasa bimbang bahawa pusat-pusat serenti ini akan dijadikan lagi pusat-
pusat di mana penagih-penagih ini didedahkan dengan politik-politik yang tidak sihat.
Selain daripada itu juga kita sentiasa mengadakan pemeriksaan ke pusat-pusat
serenti kerajaan, yang dikendalikan oleh kerajaan memang kita mempunyai satu mobiliti
dan penagih-penagih yang menjadi penghuni di pusat-pusat serenti ini mempunyai satu
sukatan kehidupan yang harus diikuti termasuk dengan ajaran-ajaran kerohanian termasuk
keagamaan dan kehidupan mereka ini agak selesa tetapi mereka ini diberikan latihan-
latihan dan pelatih-pelatih yang ada di pusat serenti tidak ada masalah sebab ini adalah
pegawai yang diiktiraf oleh kerajaan dan di pusat serenti persendirian ini memang kawalan
ketat diadakan supaya masalah yang tidak diingini tidak berlaku di pusat-pusat tersebut.
Sekian, terima kasih.
[Soalan No. 13 – Y.B. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] tidak hadir]
14. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang] minta Menteri
Pertanian menyatakan:-
(a) sejauh manakah kekuatan pengaruh BERNAS di dalam
mempengaruhi kerajaan bagi monopoli perdagangan beras yang
diimport; dan
(b) penguatkuasaan undang-undang.
Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar]: Tuan
Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan:
(a) Di bawah perjanjian penswastaan di antara BERNAS dan
kerajaan, BERNAS telah diberi hak untuk mengimport beras ke
dalam negara. Di samping itu BERNAS juga mengambil
tanggungjawab bukan komersial atau tanggungjawab sosial iaitu
menguruskan stok penimbal beras negara, menguruskan
pembayaran subsidi harga padi sebagai pembeli padi terakhir
dan menyediakan dana bagi membantu pengilang bumiputera
membeli padi tanpa faedah. BERNAS akan mengimport beras
ke negara ini bagi menampung kekurangan bekalan beras
tempatan. Kuantiti beras yang diimport serta permit adalah di
bawah kawalan kerajaan. Dalam hal ini kerajaan telah
menentukan banyak mana kuantiti yang perlu diimport bagi
menampung keperluan negara.
| hendak tahu sejauh mana kawalan, jaminan sewaktu pelatih atau peserta ini berada di luar daripada kem-kem bagi menjamin mereka ini tidak lari dan kemudiannya kemudahan di pusat-pusat serenti ini yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi keselesaan mereka selain daripada garis panduan kerajaan membenarkan pusat-pusat pemulihan sukarela. Kami bimbang pusat-pusat ini boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan mereka sendiri oleh kerana mereka ini sentiasa mahukan supaya pusat-pusat yang diwujudkan ini boleh menimbulkan masalah sosial yang lain terutamanya apabila tidak ada ceramah-ceramah sebagaimana yang diwujudkan di Terengganu. Minta sedikit pandangan. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Pusat serenti persendirian yang dikatakan oleh Yang Berhormat ini adalah pusat-pusat yang telah pun diluluskan dan dibenarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan sebagai pusat persendirian bagi merawat penagih-penagih sukarela yang datang ke pusat- pusat ini. Oleh kerana terdapat kawalan yang agak ketat oleh Kementerian Dalam Negeri maka kita tidak berasa bimbang bahawa pusat-pusat serenti ini akan dijadikan lagi pusat- pusat di mana penagih-penagih ini didedahkan dengan politik-politik yang tidak sihat. Selain daripada itu juga kita sentiasa mengadakan pemeriksaan ke pusat-pusat serenti kerajaan, yang dikendalikan oleh kerajaan memang kita mempunyai satu mobiliti dan penagih-penagih yang menjadi penghuni di pusat-pusat serenti ini mempunyai satu sukatan kehidupan yang harus diikuti termasuk dengan ajaran-ajaran kerohanian termasuk keagamaan dan kehidupan mereka ini agak selesa tetapi mereka ini diberikan latihan- latihan dan pelatih-pelatih yang ada di pusat serenti tidak ada masalah sebab ini adalah pegawai yang diiktiraf oleh kerajaan dan di pusat serenti persendirian ini memang kawalan ketat diadakan supaya masalah yang tidak diingini tidak berlaku di pusat-pusat tersebut. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 13- Y.B. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] tidak hadir] 14. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang] minta Menteri Pertanian menyatakan:-. (a) sejauh manakah kekuatan pengaruh BERNAS di dalam mempengaruhi kerajaan bagi monopoli perdagangan beras yang diimport; dan. (b) penguatkuasaan undang-undang. Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan: (a) Di bawah perjanjian penswastaan di antara BERNAS dan kerajaan, BERNAS telah diberi hak untuk mengimport beras ke dalam negara. Di samping itu BERNAS juga mengambil tanggungjawab bukan komersial atau tanggungjawab sosial iaitu menguruskan stok penimbal beras negara, menguruskan pembayaran subsidi harga padi sebagai pembeli padi terakhir dan menyediakan dana bagi membantu pengilang bumiputera membeli padi tanpa faedah. BERNAS akan mengimport beras ke negara ini bagi menampung kekurangan bekalan beras tempatan. Kuantiti beras yang diimport serta permit adalah di bawah kawalan kerajaan. Dalam hal ini kerajaan telah menentukan banyak mana kuantiti yang perlu diimport bagi menampung keperluan negara. | 12 | 24 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 13
Setakat ini BERNAS telah berjaya menstabilkan harga
beras dengan kerjasama kerajaan menetapkan harga beras-
beras tertentu di negara ini, seperti beras “super” tempatan, 15%
hancur, beras “tandan” dan beras “premium”. Bagi beras
“speciality”, dengan izin dan lain-lain beras bermutu tinggi,
seperti beras “super” import, “rebus”, pulut “super special”
tempatan, tiada kawalan harga ke atasnya dan harga beras ini
ditentukan oleh kuasa pasaran.
(b) walaupun BERNAS telah diberi hak mengimport beras tetapi dari
segi pelaksanaan penguatkuasaan peraturan, pengawalseliaan
adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian.
Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Sekarang ternyata BERNAS ialah merupakan raja beras di Malaysia sekarang ini kerana
ianya diberi kuasa monopoli terhadap perdagangan beras terutama sekali untuk
mengimport beras-beras daripada luar negara.
Sebentar tadi, pihak Timbalan Menteri ada mengatakan bahawasanya walaupun
dari segi penguatkuasaan undang-undang tidak diberi kuasa kepada BERNAS, tetapi ianya
diberi kuasa kepada pihak lain. Tetapi saya ingin tahu, sejauh manakah pengaruh
BERNAS ini kepada agensi-agensi lain, ataupun kepada jabatan-jabatan lain ataupun
kepada kementerian-kementerian lain dalam mempengaruhi supaya penguatkuasaan
undang-undang ini diteruskan ataupun ditekankan habis-habisan kepada mereka yang lain,
khususnya kepada penyeludup-penyeludup beras di sempadan ini. Itu maksudnya.
Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, BERNAS tidak
diberi authority penguatkuasaan seperti mana yang ada kepada Lembaga Padi dan Beras
Negara. Kuasa penguatkuasaan ini diberi kepada Bahagian Kawal Selia di Kementerian
Pertanian. Jadi dari segi penguatkuasaan terhadap penyeludupan beras, ini dibuat oleh
kementerian dan tidak ada pilih kasih dari segi tindakan terhadap aktiviti penyeludupan.
Bukan kita ambil tindakan kepada orang lain dan BERNAS boleh menyeludup. Tidak betul.
BERNAS hanya boleh mengimport beras berdasarkan kuantiti yang ditentukan oleh
kementerian dan berdasarkan permit yang dikeluarkan oleh kawal selia. Selain daripada itu
BERNAS tidak boleh buat dan tidak betul kalau hendak kata BERNAS ini raja. Tidak
betullah.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, masa untuk pertanyaan sudah cukup, ya.
[Masa untuk Soalan Jawab Lisan telah tamat]
| Setakat ini BERNAS telah berjaya menstabilkan harga beras dengan kerjasama kerajaan menetapkan harga beras- beras tertentu di negara ini, seperti beras "super" tempatan, 15% hancur, beras "tandan" dan beras "premium". Bagi beras "speciality", dengan izin dan lain-lain beras bermutu tinggi, seperti beras "super" import, "rebus", pulut "super special" tempatan, tiada kawalan harga ke atasnya dan harga beras ini ditentukan oleh kuasa pasaran. (b) walaupun BERNAS telah diberi hak mengimport beras tetapi dari segi pelaksanaan penguatkuasaan peraturan, pengawalseliaan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sekarang ternyata BERNAS ialah merupakan raja beras di Malaysia sekarang ini kerana ianya diberi kuasa monopoli terhadap perdagangan beras terutama sekali untuk mengimport beras-beras daripada luar negara. Sebentar tadi, pihak Timbalan Menteri ada mengatakan bahawasanya walaupun dari segi penguatkuasaan undang-undang tidak diberi kuasa kepada BERNAS, tetapi ianya diberi kuasa kepada pihak lain. Tetapi saya ingin tahu, sejauh manakah pengaruh BERNAS ini kepada agensi-agensi lain, ataupun kepada jabatan-jabatan lain ataupun kepada kementerian-kementerian lain dalam mempengaruhi supaya penguatkuasaan undang-undang ini diteruskan ataupun ditekankan habis-habisan kepada mereka yang lain, khususnya kepada penyeludup-penyeludup beras di sempadan ini. Itu maksudnya. Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, BERNAS tidak diberi authority penguatkuasaan seperti mana yang ada kepada Lembaga Padi dan Beras Negara. Kuasa penguatkuasaan ini diberi kepada Bahagian Kawal Selia di Kementerian Pertanian. Jadi dari segi penguatkuasaan terhadap penyeludupan beras, ini dibuat oleh kementerian dan tidak ada pilih kasih dari segi tindakan terhadap aktiviti penyeludupan. Bukan kita ambil tindakan kepada orang lain dan BERNAS boleh menyeludup. Tidak betul. BERNAS hanya boleh mengimport beras berdasarkan kuantiti yang ditentukan oleh kementerian dan berdasarkan permit yang dikeluarkan oleh kawal selia. Selain daripada itu BERNAS tidak boleh buat dan tidak betul kalau hendak kata BERNAS ini raja. Tidak betullah. Tuan Yang di-Pertua: Ya, masa untuk pertanyaan sudah cukup, ya. [Masa untuk Soalan Jawab Lisan telah tamat]. | 13 | 25 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
14 DR.1.4.2003
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2002) 2003
Bacaan Kali Yang Kedua
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.4) 2002
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang
ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002)
2003 sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-
buah Majlis”
Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan
Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang
tambahan sebanyak lima bilion empat ratus lima belas juta sembilan ratus
sembilan belas ribu dan satu ratus ringgit (RM5,415,919,100)
diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun
kewangan 2002, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek)
seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata
anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat, 2002 yang
dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2003 dan yang
disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-
projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut,
hendaklah disahkan.” [31 Mac 2003]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, saya memohon Ahli Yang Berhormat bagi Gelang
Patah menyambung ucapan. Yang Berhormat ada tujuh minit lagi.
11.04 pagi.
Tuan Chang See Ten [Gelang Patah]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya
sambungkan perbahasan saya.
Semalam ada menimbulkan tentang jenis jenayah yang dilakukan oleh
penjenayah. Yang ketiga saya kata, iaitu penjenayah ini merampas beg tangan dari
belakang pejalan kaki dan kebanyakan mangsa adalah kaum wanita dan perompak-
perompak yang menunggang motosikal biasanya merampas dari arah belakang mangsa.
Tuan Yang di-Pertua, dari maklumat-maklumat yang diterima, orang ramai berasa
kurang puas hati dengan keberkesanan polis dalam dua aspek iaitu:-
Yang pertama, mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke tempat
kejadian setelah sesuatu aduan atau panggilan itu telah diterima, kadangkala melebihi dua
jam.
Yang kedua, pengadu kurang berpuas hati dengan hasil siasatan kerana ianya
kurang berjaya dalam usaha membanteras atau membendung sesuatu kes jenayah yang
diadu.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berikan cadangan dalam cara penyelesaian
masalah kegiatan-kegiatan jenayah ini, iaitu disyorkan agar semua taman perumahan
menubuhkan rukun tetangga atau jawatankuasa polis komuniti dengan konsep bandar
selamat yang dicadangkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, bagi
| RANG UNDANG-UNDANG. RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2002) 2003 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.4) 2002. Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2003 sekarang" dan "Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah- buah Majlis" Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion empat ratus lima belas juta sembilan ratus sembilan belas ribu dan satu ratus ringgit (RM5,415,919,100) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2002, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat, 2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2003 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek- projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut, hendaklah disahkan." [31 Mac 2003]. Tuan Yang di-Pertua: Ya, saya memohon Ahli Yang Berhormat bagi Gelang Patah menyambung ucapan. Yang Berhormat ada tujuh minit lagi. 11.04 pagi. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya sambungkan perbahasan saya. Semalam ada menimbulkan tentang jenis jenayah yang dilakukan oleh penjenayah. Yang ketiga saya kata, iaitu penjenayah ini merampas beg tangan dari belakang pejalan kaki dan kebanyakan mangsa adalah kaum wanita dan perompak- perompak yang menunggang motosikal biasanya merampas dari arah belakang mangsa. Tuan Yang di-Pertua, dari maklumat-maklumat yang diterima, orang ramai berasa kurang puas hati dengan keberkesanan polis dalam dua aspek iaitu:- Yang pertama, mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke tempat kejadian setelah sesuatu aduan atau panggilan itu telah diterima, kadangkala melebihi dua jam. Yang kedua, pengadu kurang berpuas hati dengan hasil siasatan kerana ianya kurang berjaya dalam usaha membanteras atau membendung sesuatu kes jenayah yang diadu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berikan cadangan dalam cara penyelesaian masalah kegiatan-kegiatan jenayah ini, iaitu disyorkan agar semua taman perumahan menubuhkan rukun tetangga atau jawatankuasa polis komuniti dengan konsep bandar selamat yang dicadangkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, bagi. | 14 | 26 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 15
menyatupadukan penghuni-penghuni agar bekerjasama mengawal keamanan dan
membanteras jenayah melalui semangat kejiranan.
Polis perlu menjalankan rondaan yang lebih kerap ke kawasan perumahan pada
waktu malam serta bertindak cepat sebaik sahaja menerima aduan orang ramai mengenai
sesuatu kejadian. Polis perlu mempertingkatkan usaha dalam memberi penerangan dan
mengedarkan risalah kepada orang awam tentang cara-cara mencegah jenayah serta
kerjasama membanteras atau mengurangkan kes-kes jenayah. Pihak polis perlu
mendirikan pondok polis di lokasi strategik di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur
dan Johor Bahru supaya dapat menolong orang awam dalam kes-kes mencegah kegiatan-
kegiatan jenayah.
Tuan Yang di-Pertua, masalah yang kedua, semalam yang saya bawa adalah
tentang pusat-pusat perjudian haram mesin slot. Tuan Yang di-Pertua, dari segi
penguatkuasaan orang ramai berpendapat bahawa cara penguatkuasaan yang digunakan
sekarang kurang berkesan kerana sebelum pegawai-pegawai polis atau penguat kuasa
yang lain menyerbu pusat-pusat perjudian mesin slot, ramai pengusaha lebih cepat
menerima khabar mengenai tindakan. Penguatkuasaan dan pusat-pusat tersebut akan
ditutup sebelum pihak berkuasa sempat mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.
Tuan Yang di-Pertua, masalah kewujudan pusat-pusat perjudian haram mesin slot
telah menghasilkan kesan-kesan buruk kepada masyarakat dan dengan umumnya,
masyarakat pun hairan setelah Kabinet pada dua tahun lalu memberikan arahan dan cuma
sementara sahaja pusat-pusat ini diberhentikan tetapi sekarang sudah kembali balik.
Apakah masalah yang menyebabkan keadaan ini? Ini menunjukkan tidak berkesannya
yang mana pihak Jemaah Kabinet sudah memberikan arahan tetapi pihak berkuasa
terutama pihak polis tidak dapat mencapai matlamat perintah Jemaah Kabinet.
Antara kesan-kesan buruk yang saya katakan tadi iaitu, para pelajar
ketagih dengan aktiviti perjudian slot machine sehinggakan mereka sanggup ponteng
sekolah dan mencuri wang ibu bapa dan rakan-rakan untuk berjudi. Yang kedua, orang
dewasa yang bergaji tetap turut berjudi di pusat-pusat perjudian haram mesin slot dan tidak
bawa balik rumah gaji mereka, habis dijudikan. Tuan Yang di-Pertua, masalah yang ketiga,
saya semalam bawa ialah tentang pusat-pusat hiburan dengan pengedaran pil-pil khayal,
ecstasy pills atau lain-lain pil ATS. Tuan Yang di-Pertua, bilangan pusat hiburan haram
yang terlibat dengan pengedaran pil khayal turut menunjukkan peningkatan ke tahap yang
amat membimbangkan. Daripada tahun 1998 bila ini dikesan cuma ada 927 kes; dan pada
tahun 1999 – 842 kes; tahun 2000 – 1,718 kes; tahun 2001 – 2,518 kes; dan tahun lalu –
2,870 kes.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta gulung Yang Berhormat.
Tuan Chang See Ten: Okey. Terima kasih saya habiskan ayat ini.
Dan tidak kurang, ia meningkat, dan ini sangat membimbangkan. Memandangkan
ramai di antara penagih pil khayal adalah di antara umur 15 hingga 30 tahun, maka gejala
pil khayal ini pasti menjahanamkan generasi muda kita. Oleh yang demikian, saya harap
pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis Diraja Malaysia dan
pihak berkuasa yang lain perlu mengambil tindakan yang berkesan untuk mengurangkan
kes-kes yang saya sebutkan tadi.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kepong.
11.11 pagi.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk
mengambil bahagian dalam rang undang-undang ini yang merupakan satu jumlah wang
yang besar, lebih RM21 bilion termasuk Usul Pembangunan.
Dan di dalam keadaan atau perang di Iraq, tentulah kesan perang yang tidak
munasabah itu akan mempengaruhi ekonomi dunia dan seterusnya menjejaskan ekonomi
| menyatupadukan penghuni-penghuni agar bekerjasama mengawal keamanan dan membanteras jenayah melalui semangat kejiranan. Polis perlu menjalankan rondaan yang lebih kerap ke kawasan perumahan pada waktu malam serta bertindak cepat sebaik sahaja menerima aduan orang ramai mengenai sesuatu kejadian. Polis perlu mempertingkatkan usaha dalam memberi penerangan dan mengedarkan risalah kepada orang awam tentang cara-cara mencegah jenayah serta kerjasama membanteras atau mengurangkan kes-kes jenayah. Pihak polis perlu mendirikan pondok polis di lokasi strategik di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru supaya dapat menolong orang awam dalam kes-kes mencegah kegiatan- kegiatan jenayah. Tuan Yang di-Pertua, masalah yang kedua, semalam yang saya bawa adalah tentang pusat-pusat perjudian haram mesin slot. Tuan Yang di-Pertua, dari segi penguatkuasaan orang ramai berpendapat bahawa cara penguatkuasaan yang digunakan sekarang kurang berkesan kerana sebelum pegawai-pegawai polis atau penguat kuasa yang lain menyerbu pusat-pusat perjudian mesin slot, ramai pengusaha lebih cepat menerima khabar mengenai tindakan. Penguatkuasaan dan pusat-pusat tersebut akan ditutup sebelum pihak berkuasa sempat mengambil sebarang tindakan terhadap mereka. Tuan Yang di-Pertua, masalah kewujudan pusat-pusat perjudian haram mesin slot telah menghasilkan kesan-kesan buruk kepada masyarakat dan dengan umumnya, masyarakat pun hairan setelah Kabinet pada dua tahun lalu memberikan arahan dan cuma sementara sahaja pusat-pusat ini diberhentikan tetapi sekarang sudah kembali balik. Apakah masalah yang menyebabkan keadaan ini? Ini menunjukkan tidak berkesannya yang mana pihak Jemaah Kabinet sudah memberikan arahan tetapi pihak berkuasa terutama pihak polis tidak dapat mencapai matlamat perintah Jemaah Kabinet. Antara kesan-kesan buruk yang saya katakan tadi iaitu, para pelajar ketagih dengan aktiviti perjudian slot machine sehinggakan mereka sanggup ponteng sekolah dan mencuri wang ibu bapa dan rakan-rakan untuk berjudi. Yang kedua, orang dewasa yang bergaji tetap turut berjudi di pusat-pusat perjudian haram mesin slot dan tidak bawa balik rumah gaji mereka, habis dijudikan. Tuan Yang di-Pertua, masalah yang ketiga, saya semalam bawa ialah tentang pusat-pusat hiburan dengan pengedaran pil-pil khayal, ecstasy pills atau lain-lain pil ATS. Tuan Yang di-Pertua, bilangan pusat hiburan haram yang terlibat dengan pengedaran pil khayal turut menunjukkan peningkatan ke tahap yang amat membimbangkan. Daripada tahun 1998 bila ini dikesan cuma ada 927 kes; dan pada tahun 1999- 842 kes; tahun 2000- 1,718 kes; tahun 2001- 2,518 kes; dan tahun lalu- 2,870 kes. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta gulung Yang Berhormat. Tuan Chang See Ten: Okey. Terima kasih saya habiskan ayat ini. Dan tidak kurang, ia meningkat, dan ini sangat membimbangkan. Memandangkan ramai di antara penagih pil khayal adalah di antara umur 15 hingga 30 tahun, maka gejala pil khayal ini pasti menjahanamkan generasi muda kita. Oleh yang demikian, saya harap pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa yang lain perlu mengambil tindakan yang berkesan untuk mengurangkan kes-kes yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kepong. 11.11 pagi. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam rang undang-undang ini yang merupakan satu jumlah wang yang besar, lebih RM21 bilion termasuk Usul Pembangunan. Dan di dalam keadaan atau perang di Iraq, tentulah kesan perang yang tidak munasabah itu akan mempengaruhi ekonomi dunia dan seterusnya menjejaskan ekonomi. | 15 | 27 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
16 DR.1.4.2003
Malaysia juga. Dan dua hari yang lepas laporan Bank Negara sudah pun menganggarkan
pertumbuhan 4.5% dan dasar berhemat telah pun diulangi oleh Gabenornya.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak menekankan bahawa kita perlu
rancangan pakej untuk mengkaji semula dasar-dasar ekonomi kita sama ada kita boleh
menampung kesan buruk, kesan padah daripada pencerobohan Amerika ke Iraq dan saya
bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri, yang mengarah
semua kementerian untuk mengkaji kesannya, kesan perang atau pencerobohan Amerika
Syarikat itu ke atas ekonomi Malaysia.
Saya berharap semua kementerian itu akan mempertingkatkan usahanya untuk
menggubalkan langkah-langkah yang berkesan bagi menampung akibat perang di Iraq itu.
[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan
Mesyuarat]
Seterusnya saya pun ada memperhatikan bahawa pada 29 Mac Yang Amat
Berhormat Pemangku Perdana Menteri sudah pun mengatakan sekali lagi, dengan izin,
Tuan Yang di-Pertua:
“Malaysia is an Islamic state and was one long before Prime Minister Dato’
Seri Dr. Mahathir’s declaration to this effect,…”
and then
“…90% of the laws in the country are Islamic in nature and has been
drafted long before the declaration”.
Di sini saya tidak bersetuju dengan Yang Amat Berhormat kerana Perdana Menteri
yang pertama Tunku tidak bersetuju, dia menyarankan supaya tidak adakan Islamic state di
negara ini dan juga Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn pun
tidak bersetuju.
Kita sebagai ahli politik kita pun hendak merakamkan di dalam Dewan yang mulia
ini, kita tidak setuju dengan kenyataan tersebut kerana menurutnya Barisan Nasional yang
kurang rasional di sini sudah pun menegakkan, mempercayai kepada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara tidak
membenarkan Islamic state. Itulah pendirian kita di sini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai Jawatankuasa Kaji Semula
Pendidikan Kebangsaan. Jawatankuasa khas mengenai pendidikan ini yang dipengerusikan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan jawatankuasa ini dibangkitkan oleh Exco
UMNO pada 29 September 2002 dan seterusnya Kabinet pun setuju. Tetapi saya nampak
jawatankuasa khas ini hanyalah menumpukan perhatian kepada menyemak semula sistem
pendidikan khususnya mengenai peranan sekolah kebangsaan sebagai institusi utama
dalam arus perdana sistem pendidikan negara. Dan tugas-tugas utamanya mengikut
Kementerian Pendidikan ialah kesesuaian kurikulum, pentadbiran sekolah, latihan guru,
penempatan guru dari segi komposisi kaum, sistem pengambilan guru mengikut komposisi
kaum dan pemupukan semangat perpaduan.
Semua ini adalah berasas kerana kita nampak sekolah-sekolah kebangsaan itu
ada kelemahan-kelemahan seperti mana yang disebutkan tadi. Tetapi kalau kita meninjau
seluruh aspek kependidikan kita nampak sistem ini ada kelemahan yang banyak bukan
sahaja di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil, sekolah menengah
dan universiti ada banyak kelemahan. Kita perlukan satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji
semula semua aspek pendidikan kerana kita berhasrat mengikut Akta Pendidikan 1996, kita
berhasrat untuk mewujudkan pendidikan bertaraf dunia. Kalau kita hendak mewujudkan
pendidikan bertaraf dunia kita mestilah mengkaji semua aspek. Di sinilah saya menekan
sekali lagi kita perlukan satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji semua ini supaya kita
sama-sama boleh mencapai hasrat kita menjadi pendidikan bertaraf dunia.
Seterusnya saya hendak membangkitkan sekali lagi mengenai masalah
kekurangan anggota polis. Saya berharap penyemakan semula gaji yang ditimbangkan oleh
JPA sekarang itu dapat diluluskan supaya anggota-anggota polis dapat gaji yang lebih
| Malaysia juga. Dan dua hari yang lepas laporan Bank Negara sudah pun menganggarkan pertumbuhan 4.5% dan dasar berhemat telah pun diulangi oleh Gabenornya. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak menekankan bahawa kita perlu rancangan pakej untuk mengkaji semula dasar-dasar ekonomi kita sama ada kita boleh menampung kesan buruk, kesan padah daripada pencerobohan Amerika ke Iraq dan saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri, yang mengarah semua kementerian untuk mengkaji kesannya, kesan perang atau pencerobohan Amerika Syarikat itu ke atas ekonomi Malaysia. Saya berharap semua kementerian itu akan mempertingkatkan usahanya untuk menggubalkan langkah-langkah yang berkesan bagi menampung akibat perang di Iraq itu. [Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Mesyuarat]. Seterusnya saya pun ada memperhatikan bahawa pada 29 Mac Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri sudah pun mengatakan sekali lagi, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua: "Malaysia is an Islamic state and was one long before Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir's declaration to this effect,...". and then. "...90% of the laws in the country are Islamic in nature and has been drafted long before the declaration". Di sini saya tidak bersetuju dengan Yang Amat Berhormat kerana Perdana Menteri yang pertama Tunku tidak bersetuju, dia menyarankan supaya tidak adakan Islamic state di negara ini dan juga Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn pun tidak bersetuju. Kita sebagai ahli politik kita pun hendak merakamkan di dalam Dewan yang mulia ini, kita tidak setuju dengan kenyataan tersebut kerana menurutnya Barisan Nasional yang kurang rasional di sini sudah pun menegakkan, mempercayai kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara tidak membenarkan Islamic state. Itulah pendirian kita di sini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai Jawatankuasa Kaji Semula Pendidikan Kebangsaan. Jawatankuasa khas mengenai pendidikan ini yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan jawatankuasa ini dibangkitkan oleh Exco UMNO pada 29 September 2002 dan seterusnya Kabinet pun setuju. Tetapi saya nampak jawatankuasa khas ini hanyalah menumpukan perhatian kepada menyemak semula sistem pendidikan khususnya mengenai peranan sekolah kebangsaan sebagai institusi utama dalam arus perdana sistem pendidikan negara. Dan tugas-tugas utamanya mengikut Kementerian Pendidikan ialah kesesuaian kurikulum, pentadbiran sekolah, latihan guru, penempatan guru dari segi komposisi kaum, sistem pengambilan guru mengikut komposisi kaum dan pemupukan semangat perpaduan. Semua ini adalah berasas kerana kita nampak sekolah-sekolah kebangsaan itu ada kelemahan-kelemahan seperti mana yang disebutkan tadi. Tetapi kalau kita meninjau seluruh aspek kependidikan kita nampak sistem ini ada kelemahan yang banyak bukan sahaja di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil, sekolah menengah dan universiti ada banyak kelemahan. Kita perlukan satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji semula semua aspek pendidikan kerana kita berhasrat mengikut Akta Pendidikan 1996, kita berhasrat untuk mewujudkan pendidikan bertaraf dunia. Kalau kita hendak mewujudkan pendidikan bertaraf dunia kita mestilah mengkaji semua aspek. Di sinilah saya menekan sekali lagi kita perlukan satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji semua ini supaya kita sama-sama boleh mencapai hasrat kita menjadi pendidikan bertaraf dunia. Seterusnya saya hendak membangkitkan sekali lagi mengenai masalah kekurangan anggota polis. Saya berharap penyemakan semula gaji yang ditimbangkan oleh JPA sekarang itu dapat diluluskan supaya anggota-anggota polis dapat gaji yang lebih. | 16 | 28 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 17
munasabah. Sementara itu, saya nampak pihak Kementerian Dalam Negeri belum lagi
mengambil tindakan yang berkesan untuk menambah anggota polis kerana saya ulangi di
sini di Jinjang, kawasan saya nisbahnya 1:5,000 penduduk, dan di Kepong sendiri ada
1:3,200. Ini memang tidak munasabah. Di sinilah saya hendak membangkitkan satu
masalah kerana kekurangan polis yang menjejaskan keselamatan dibanyak kawasan
walaupun polis sudah berikhtiar. Keselamatan di semua kawasan kediaman dan komersial
di negara ini kadangkala menimbulkan kebimbangan. Misalnya kes-kes jenayah berlaku
dengan kerap kali di banyak tempat seperti kecurian, meragut, rompakan di SS2, Petaling
Jaya dan Bangsar, Kuala Lumpur, di jalan-jalan 1 hingga 7, Taman Bukit Maluri, Kepong,
para penduduk menubuhkan sebuah persatuan penduduk pada 20 September 2001 untuk
menangani jenayah seumpama pencurian, ragut, rampasan, pecah rumah dan sebagainya.
Pada 13 Ogos 2001 kes rompakan dan rogol kanak-kanak perempuan berumur
lapan tahun telah berlaku. Permohonan untuk mendaftar persatuan tersebut telah dihantar
ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 20 Mac 2002 dan sebelum jabatan tersebut dapat
meluluskan permohonan itu, persatuannya sudah mula berfungsi seperti mengadakan
pondok keselamatan dan rondaan oleh sebuah syarikat keselamatan setiap malam.
Ada orang yang membuat aduan kepada jabatan tersebut kerana persatuan itu
aktif sebelum didaftarkan. Di sinilah jabatan tersebut dapat meluluskan permohonan
persatuan dan kes ini pun dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan saya berharaplah
Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara dapat mempertimbangkan dan menolong
para penduduk tersebut sebelum pendakwaan diambil.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang
Berhormat sudah cukup.
Dr. Tan Seng Giaw: Cukup dah. Belum 10 minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw: Cuma hendak masuk isi kandungan yang sebenar.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Banyak yang
sebenar. Sebenar belaka.
Dr. Tan Seng Giaw: [Ketawa] Menjadi hakikat dan kenyataan. Semua ada di
dalamnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak Peguam Negara dapat memberi
pertolongan kepada para penduduk yang mengalami kesusahan kerana kekurangan
anggota polis di negara ini. Saya tidak tahulah sampai bila pihak kerajaan dapat
menyelesaikan kekurangan anggota polis di negara ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya akan bagi
Beluran dahulu.
11.23 pagi.
Tuan Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Empangan
Hoover yang terletak di sungai Colorado, di US dibina pada tahun 1936, dibina atas asas
ianya untuk pelbagai tujuan seperti mengawal banjir, untuk pengairan, kegunaan bandar,
industri termasuk juga sebagai empangan hidro untuk membekal kuasa, sebagai pusat
perkelahan dan juga dijadikan habitat untuk ikan dan hidupan liar. Saya melihat mengapa
tidak pendekatan pelbagai ini yang mengambil kira integration dan collaboration, dengan
izin, dijadikan sebagai asas untuk merancang pelbagai pendekatan oleh kementerian,
jabatan dan juga agensi-agensi kerajaan.
Aspek perpaduan dan masalah yang dihadapi oleh negara umpamanya, kita
melihat beberapa kementerian mengambil pendekatan yang berasingan. Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dengan konsep Rukun Tetangga yang
dikatakan sedang dalam proses untuk mengubahsuaikannya, Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan dengan sambutan perayaan-perayaan Malaysia, Kementerian
| munasabah. Sementara itu, saya nampak pihak Kementerian Dalam Negeri belum lagi mengambil tindakan yang berkesan untuk menambah anggota polis kerana saya ulangi di sini di Jinjang, kawasan saya nisbahnya 1:5,000 penduduk, dan di Kepong sendiri ada 1:3,200. Ini memang tidak munasabah. Di sinilah saya hendak membangkitkan satu masalah kerana kekurangan polis yang menjejaskan keselamatan dibanyak kawasan walaupun polis sudah berikhtiar. Keselamatan di semua kawasan kediaman dan komersial di negara ini kadangkala menimbulkan kebimbangan. Misalnya kes-kes jenayah berlaku dengan kerap kali di banyak tempat seperti kecurian, meragut, rompakan di SS2, Petaling Jaya dan Bangsar, Kuala Lumpur, di jalan-jalan 1 hingga 7, Taman Bukit Maluri, Kepong, para penduduk menubuhkan sebuah persatuan penduduk pada 20 September 2001 untuk menangani jenayah seumpama pencurian, ragut, rampasan, pecah rumah dan sebagainya. Pada 13 Ogos 2001 kes rompakan dan rogol kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun telah berlaku. Permohonan untuk mendaftar persatuan tersebut telah dihantar ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 20 Mac 2002 dan sebelum jabatan tersebut dapat meluluskan permohonan itu, persatuannya sudah mula berfungsi seperti mengadakan pondok keselamatan dan rondaan oleh sebuah syarikat keselamatan setiap malam. Ada orang yang membuat aduan kepada jabatan tersebut kerana persatuan itu aktif sebelum didaftarkan. Di sinilah jabatan tersebut dapat meluluskan permohonan persatuan dan kes ini pun dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan saya berharaplah Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara dapat mempertimbangkan dan menolong para penduduk tersebut sebelum pendakwaan diambil. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup. Dr. Tan Seng Giaw: Cukup dah. Belum 10 minit lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: [Ketawa] Dr. Tan Seng Giaw: Cuma hendak masuk isi kandungan yang sebenar. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Banyak yang sebenar. Sebenar belaka. Dr. Tan Seng Giaw: [Ketawa] Menjadi hakikat dan kenyataan. Semua ada di dalamnya. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak Peguam Negara dapat memberi pertolongan kepada para penduduk yang mengalami kesusahan kerana kekurangan anggota polis di negara ini. Saya tidak tahulah sampai bila pihak kerajaan dapat menyelesaikan kekurangan anggota polis di negara ini. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya akan bagi Beluran dahulu. 11.23 pagi. Tuan Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Empangan Hoover yang terletak di sungai Colorado, di US dibina pada tahun 1936, dibina atas asas ianya untuk pelbagai tujuan seperti mengawal banjir, untuk pengairan, kegunaan bandar, industri termasuk juga sebagai empangan hidro untuk membekal kuasa, sebagai pusat perkelahan dan juga dijadikan habitat untuk ikan dan hidupan liar. Saya melihat mengapa tidak pendekatan pelbagai ini yang mengambil kira integration dan collaboration, dengan izin, dijadikan sebagai asas untuk merancang pelbagai pendekatan oleh kementerian, jabatan dan juga agensi-agensi kerajaan. Aspek perpaduan dan masalah yang dihadapi oleh negara umpamanya, kita melihat beberapa kementerian mengambil pendekatan yang berasingan. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dengan konsep Rukun Tetangga yang dikatakan sedang dalam proses untuk mengubahsuaikannya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dengan sambutan perayaan-perayaan Malaysia, Kementerian. | 17 | 29 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
18 DR.1.4.2003
Pendidikan dengan kelab perpaduannya di peringkat universiti, dan yang dihebohkan
sekarang ialah pendekatan yang akan diambil oleh Kementerian Pertahanan dengan
konsep Khidmat Negara ataupun Kerahan Tenaga di mana arah tuju kita dalam perkara
ini, adakah kita akan berjaya menyelesaikan root cause masalah perpaduan yang mungkin
atau sedang dihadapi melalui pendekatan-pendekatan berasingan seperti ini. Apakah
usaha kerajaan untuk mengcollaboratekan pendekatan-pendekatan agar ianya berkesan
untuk menangani masalah yang sedang dihadapi oleh kerajaan.
Begitu juga bila kita baca tentang usaha untuk membantu peniaga kecil terutama
di kalangan bumiputera. Beberapa banyak jabatan dan agensi kerajaan yang
mengendalikan dan cuba menyelesaikan perkara ini secara berasingan. Pernahkah dikaji
duplication, dengan izin, yang mungkin berlaku. Kemungkinan ianya berkisar kepada
kumpulan sasar yang sama atau lebih teruk lagi terhadap penerima yang sama. Selepas
lebih 30 tahun Dasar Ekonomi Baru dijalankan mengapa ada di kalangan bumiputera yang
masih terpaksa meminjam dengan Along dan terpaksa berhadapan dengan risiko
peminjaman daripada Along ini.
Apakah usaha kerajaan untuk mengadakan partnership yang positif dan
collaboration di kalangan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Dan yang paling
ketara antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri yang ada sekarang ini.
Semalam kita dimaklumkan tentang predicament, dengan izin yang dihadapi oleh
Kementerian Kerja Raya dalam isu air, isu penyeragaman undang-undang dan peraturan
dalam konteks pengurusan air negara. Begitu juga beberapa undang-undang dan peraturan
lain termasuklah undang-undang perancang bandar atau Land Planning Act. Mengapa
masih terdapat Town and Planning Ordinance di Sabah, Town and Planning Ordinance di
Sarawak, Federal Territory Town and Planning dan Town and Planning Act untuk
keseluruhan tanah Semenanjung ini. Mengapa tidak ada satu sahaja akta untuk
keseluruhan konsep town and planning bagi negara Malaysia dan mengurusnya secara top
down keseluruhan negeri-negeri yang ada di Malaysia ini.
Kalau kita melihat keempat-empat Town and Planning Act Sabah, Sarawak,
Wilayah Persekutuan (Federal Territory) dan juga Town and Planning Act yang ada di
Malaysia ini, keempat-empat Town and Planning Act ini berkisar kepada British Town and
Planning Act sama ada pada tahun 1932 atau pada tahun 1971.
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin mengimbas perkara-perkara ini dan
menyarankan kerana kerajaan tidak lari daripada - harus peka terhadap perubahan dalam
dunia perniagaan masa kini terutama untuk melihat the changing world of economy, dengan
izin. Kalau dahulunya kita melihat competitive advantage sesuatu entity yang akhirnya
melahirkan satu entity yang mempunyai advantage dan yang lainnya akan dilemahkan,
tetapi pada ketika ini business approachnya adalah untuk melihat perniagaan secara
collaborative advantage daripada entiti-entiti masing-masing.
Dalam konteks ini, yang lama akan diperkasakan dan advantage yang ada pada
yang lemah akan digunakan untuk memperkasakan yang telah perkasa. Saya melihat
bahawa pendekatan business approach yang ada sekarang ini harus diambil oleh
kementerian dalam menangani masalah-masalah yang berlaku dalam agensi dan juga
jabatan kerajaan.
Begitu juga apakah ada dalam perancangan kerajaan untuk menggunakan
pendekatan holistic dan integrated untuk melihat pelancongan terutama di luar bandar lebih
daripada pendekatan home stay yang ada sekarang. Contohnya, untuk membangun
komuniti tourism bersama dengan ecotourism yang sekarang ini dibangun dan dilihat
secara berasingan. Semua kita mengetahui komuniti tourism lebih besar konsepnya
daripada home stay. Ianya menggalakkan penglibatan lebih ramai orang dan lebih besar
volume change yang akan dihasilkan melaluinya. Ianya akan menggalakkan pertumbuhan
industri pengangkutan, peluang pekerjaan, penonjolan budaya hidup dan kebudayaan kerja,
juga hospitality dalam kawasan yang ditonjolkan.
Kita mempunyai undang-undang yang cukup di negara ini. Bukan itu sahaja,
undang-undang yang ada, yang sedia ada juga cukup untuk memberikan kuasa kepada
pihak penguatkuasanya. Untuk mengawal sungai sahaja kita mempunyai tidak kurang
| Pendidikan dengan kelab perpaduannya di peringkat universiti, dan yang dihebohkan sekarang ialah pendekatan yang akan diambil oleh Kementerian Pertahanan dengan konsep Khidmat Negara ataupun Kerahan Tenaga di mana arah tuju kita dalam perkara ini, adakah kita akan berjaya menyelesaikan root cause masalah perpaduan yang mungkin atau sedang dihadapi melalui pendekatan-pendekatan berasingan seperti ini. Apakah usaha kerajaan untuk mengcollaboratekan pendekatan-pendekatan agar ianya berkesan untuk menangani masalah yang sedang dihadapi oleh kerajaan. Begitu juga bila kita baca tentang usaha untuk membantu peniaga kecil terutama di kalangan bumiputera. Beberapa banyak jabatan dan agensi kerajaan yang mengendalikan dan cuba menyelesaikan perkara ini secara berasingan. Pernahkah dikaji duplication, dengan izin, yang mungkin berlaku. Kemungkinan ianya berkisar kepada kumpulan sasar yang sama atau lebih teruk lagi terhadap penerima yang sama. Selepas lebih 30 tahun Dasar Ekonomi Baru dijalankan mengapa ada di kalangan bumiputera yang masih terpaksa meminjam dengan Along dan terpaksa berhadapan dengan risiko peminjaman daripada Along ini. Apakah usaha kerajaan untuk mengadakan partnership yang positif dan collaboration di kalangan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Dan yang paling ketara antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri yang ada sekarang ini. Semalam kita dimaklumkan tentang predicament, dengan izin yang dihadapi oleh Kementerian Kerja Raya dalam isu air, isu penyeragaman undang-undang dan peraturan dalam konteks pengurusan air negara. Begitu juga beberapa undang-undang dan peraturan lain termasuklah undang-undang perancang bandar atau Land Planning Act. Mengapa masih terdapat Town and Planning Ordinance di Sabah, Town and Planning Ordinance di Sarawak, Federal Territory Town and Planning dan Town and Planning Act untuk keseluruhan tanah Semenanjung ini. Mengapa tidak ada satu sahaja akta untuk keseluruhan konsep town and planning bagi negara Malaysia dan mengurusnya secara top down keseluruhan negeri-negeri yang ada di Malaysia ini. Kalau kita melihat keempat-empat Town and Planning Act Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan (Federal Territory) dan juga Town and Planning Act yang ada di Malaysia ini, keempat-empat Town and Planning Act ini berkisar kepada British Town and Planning Act sama ada pada tahun 1932 atau pada tahun 1971. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin mengimbas perkara-perkara ini dan menyarankan kerana kerajaan tidak lari daripada- harus peka terhadap perubahan dalam dunia perniagaan masa kini terutama untuk melihat the changing world of economy, dengan izin. Kalau dahulunya kita melihat competitive advantage sesuatu entity yang akhirnya melahirkan satu entity yang mempunyai advantage dan yang lainnya akan dilemahkan, tetapi pada ketika ini business approachnya adalah untuk melihat perniagaan secara collaborative advantage daripada entiti-entiti masing-masing. Dalam konteks ini, yang lama akan diperkasakan dan advantage yang ada pada yang lemah akan digunakan untuk memperkasakan yang telah perkasa. Saya melihat bahawa pendekatan business approach yang ada sekarang ini harus diambil oleh kementerian dalam menangani masalah-masalah yang berlaku dalam agensi dan juga jabatan kerajaan. Begitu juga apakah ada dalam perancangan kerajaan untuk menggunakan pendekatan holistic dan integrated untuk melihat pelancongan terutama di luar bandar lebih daripada pendekatan home stay yang ada sekarang. Contohnya, untuk membangun komuniti tourism bersama dengan ecotourism yang sekarang ini dibangun dan dilihat secara berasingan. Semua kita mengetahui komuniti tourism lebih besar konsepnya daripada home stay. Ianya menggalakkan penglibatan lebih ramai orang dan lebih besar volume change yang akan dihasilkan melaluinya. Ianya akan menggalakkan pertumbuhan industri pengangkutan, peluang pekerjaan, penonjolan budaya hidup dan kebudayaan kerja, juga hospitality dalam kawasan yang ditonjolkan. Kita mempunyai undang-undang yang cukup di negara ini. Bukan itu sahaja, undang-undang yang ada, yang sedia ada juga cukup untuk memberikan kuasa kepada pihak penguatkuasanya. Untuk mengawal sungai sahaja kita mempunyai tidak kurang. | 18 | 30 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 19
undang-undang untuk menjaganya, lebih-lebih terhadap sungai yang airnya dijadikan
bekalan air bersih kepada penduduk sekitarannya. Di mana silapnya bila terdapat sungai
yang dicemari dengan sisa kilang kelapa sawit dalam masa setahun sebanyak lima kali,
tetapi tidak ada tindakan daripada mana-mana pihak yang terlibat. Pertanyaan ini sering
dikeluarkan oleh penduduk Pekan Beluran dalam kawasan Parlimen saya terhadap
pencemaran yang berlaku ke atas Sungai Muanat, sebatang sungai yang airnya digunakan
untuk kegunaan lebih 10,000 orang penduduk daripada kawasan berkenaan.
Dalam satu laporan yang dipanjangkan kepada saya, amat jelas sekali pihak DOE,
alam sekitar telah mengesahkan punca pencemaran adalah disebabkan oleh sisa buangan
kilang kelapa sawit yang berhampiran. Dan dalam siasatan DOE terdapat kilang-kilang
yang mempunyai outlet secret ataupun secret pipe yang disembunyikan dalam tanah untuk
membuang sisa ini secara terus ke Sungai Muanat. Tindakan yang diambil oleh DOE
Sabah adalah let off with a warning, dengan izin. Tiga minggu selepas insiden berkenaan,
pencemaran berlaku lagi dan bekalan air minum untuk penduduk Beluran terpaksa
dihentikan selama empat hari. Tindakan yang diambil oleh DOE tidak diketahui.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat DOE harus lebih peka dalam menyelesaikan
masalah pencemaran yang berlaku ke atas sungai yang dimaksudkan. Saya telah
menginisiatifkan satu jawatankuasa pencemaran air di peringkat daerah dan pernah
menjemput Timbalan Menteri Perusahaan Utama untuk meninjau masalah ini. Tetapi
dalam perjumpaan yang dihadiri oleh timbalan menteri berkenaan, kakitangan DOE tidak
hadir dan tidak memberi sebarang alasan kepada jawatankuasa tersebut. Lackadaisical
attitude, dengan izin, di kalangan kakitangan DOE Sabah menjadi concern saya yang amat
besar sekali, Tuan Yang di-Pertua.
Saya mahu melihat kementerian melihat perkara ini dan mahu kementerian melihat
kaedah land application dalam pembuangan sisa kilang kelapa sawit. Pendekatan baru dan
syarat-syarat yang lebih ketat hendaklah dikenakan terhadap kaedah pembuangan land
application ini kerana daripada insiden pencemaran yang berlaku terhadap Sungai Muanat
di Beluran, kaedah land application dikatakan sebagai salah satu daripada penyumbang
kepada pencemaran terhadap sungai berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong budget ini tetapi saya melihat dan meneliti
senarai-senarai jalan raya yang dikemukakan oleh Kementerian Kerja Raya, tidak
memasukkan satu jalan penting di kawasan saya iaitu Jalan Sapi ke Nangor kerana Jalan
Sapi-Nangor ini merupakan sebahagian daripada Jalan Nangor-Pitas yang sedang dibina
oleh Kerajaan Persekutuan yang mengambil lebih daripada RM400 juta ringgit tetapi jalan
yang menghubungkan antara Jalan Nangor-Pitas kepada jalan besar yang menuju ke Kota
Kinabalu dan Sandakan, tidak dimasukkan dalam perancangan untuk diturap bersama-
sama dengan Jalan Nangor-Pitas yang sedang dalam pembinaan.
Saya melihat bahawa terdapat kelemahan di dalam perancangan pihak-pihak
tertentu dalam perkara ini dan omission…..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang
Berhormat cukup.
Tuan Ronald Kiandee: ….terhadap jalan ini adalah merupakan satu omission
yang agak besar kesannya terhadap pembinaan jalan besar yang sedang dilakukan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa cukup.
Tuan Ronald Kiandee: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Sri
Gading.
| undang-undang untuk menjaganya, lebih-lebih terhadap sungai yang airnya dijadikan bekalan air bersih kepada penduduk sekitarannya. Di mana silapnya bila terdapat sungai yang dicemari dengan sisa kilang kelapa sawit dalam masa setahun sebanyak lima kali, tetapi tidak ada tindakan daripada mana-mana pihak yang terlibat. Pertanyaan ini sering dikeluarkan oleh penduduk Pekan Beluran dalam kawasan Parlimen saya terhadap pencemaran yang berlaku ke atas Sungai Muanat, sebatang sungai yang airnya digunakan untuk kegunaan lebih 10,000 orang penduduk daripada kawasan berkenaan. Dalam satu laporan yang dipanjangkan kepada saya, amat jelas sekali pihak DOE, alam sekitar telah mengesahkan punca pencemaran adalah disebabkan oleh sisa buangan kilang kelapa sawit yang berhampiran. Dan dalam siasatan DOE terdapat kilang-kilang yang mempunyai outlet secret ataupun secret pipe yang disembunyikan dalam tanah untuk membuang sisa ini secara terus ke Sungai Muanat. Tindakan yang diambil oleh DOE Sabah adalah let off with a warning, dengan izin. Tiga minggu selepas insiden berkenaan, pencemaran berlaku lagi dan bekalan air minum untuk penduduk Beluran terpaksa dihentikan selama empat hari. Tindakan yang diambil oleh DOE tidak diketahui. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat DOE harus lebih peka dalam menyelesaikan masalah pencemaran yang berlaku ke atas sungai yang dimaksudkan. Saya telah menginisiatifkan satu jawatankuasa pencemaran air di peringkat daerah dan pernah menjemput Timbalan Menteri Perusahaan Utama untuk meninjau masalah ini. Tetapi dalam perjumpaan yang dihadiri oleh timbalan menteri berkenaan, kakitangan DOE tidak hadir dan tidak memberi sebarang alasan kepada jawatankuasa tersebut. Lackadaisical attitude, dengan izin, di kalangan kakitangan DOE Sabah menjadi concern saya yang amat besar sekali, Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu melihat kementerian melihat perkara ini dan mahu kementerian melihat kaedah land application dalam pembuangan sisa kilang kelapa sawit. Pendekatan baru dan syarat-syarat yang lebih ketat hendaklah dikenakan terhadap kaedah pembuangan land application ini kerana daripada insiden pencemaran yang berlaku terhadap Sungai Muanat di Beluran, kaedah land application dikatakan sebagai salah satu daripada penyumbang kepada pencemaran terhadap sungai berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong budget ini tetapi saya melihat dan meneliti senarai-senarai jalan raya yang dikemukakan oleh Kementerian Kerja Raya, tidak memasukkan satu jalan penting di kawasan saya iaitu Jalan Sapi ke Nangor kerana Jalan Sapi-Nangor ini merupakan sebahagian daripada Jalan Nangor-Pitas yang sedang dibina oleh Kerajaan Persekutuan yang mengambil lebih daripada RM400 juta ringgit tetapi jalan yang menghubungkan antara Jalan Nangor-Pitas kepada jalan besar yang menuju ke Kota Kinabalu dan Sandakan, tidak dimasukkan dalam perancangan untuk diturap bersama- sama dengan Jalan Nangor-Pitas yang sedang dalam pembinaan. Saya melihat bahawa terdapat kelemahan di dalam perancangan pihak-pihak tertentu dalam perkara ini dan omission..... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup. Tuan Ronald Kiandee: ....terhadap jalan ini adalah merupakan satu omission yang agak besar kesannya terhadap pembinaan jalan besar yang sedang dilakukan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa cukup. Tuan Ronald Kiandee: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Sri Gading. | 19 | 31 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
20 DR.1.4.2003
11.32 pagi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya
bangun untuk bersama-sama menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan
(2002) 2003. Saya menyentuh Kementerian Luar Negeri.
Terlebih dahulu saya hendak mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri
Luar Negeri dan Kementerian Luar Negeri atas peranan yang telah dimainkan oleh
Kementerian Luar Negeri, peranan yang bijaksana dalam mengekalkan hubungan baik,
baik di peringkat serantau atau global, ASEAN, NAM, OIC atau PBB dan dalam hubungan
serangan pencerobohan Amerika dan Britain ke atas Iraq, saya mengucapkan tahniah dan
terima kasih atas peranan yang dimainkan oleh Malaysia yang menentang kezaliman
peperangan tetapi menyeru kepada kedamaian.
Saya lihat peperangan atau pencerobohan Amerika ke atas Iraq ini ada banyak
keganjilan. Tidak tahu apa kesan keganjilan ini atau mungkin secara tidak langsung. Saya
tengok angka ‘3’ berperanan sangat. Iraq dalam tiga dekad – 80’an, 90’an dan 2000, tiga
peperangan. Dalam tiga dekad, tiga peperangan. Iraq diserang oleh tiga kuasa tentera –
Amerika, Britain dan Australia.
Ini peperangan yang ketiga dan peperangan yang ketiga ini dimulakan dalam
minggu yang ketiga, dalam bulan yang ketiga dan dalam tahun 2003 dan yang peliknya
pada jam 3.00 pagi, 20.3.2003 jam 3.00 pagi waktu tempatan, waktu di Iraq.
Nama Saddam ini dalam huruf Arabnya sod-dal-mim, tiga dan Saddam berbangsa
Arab pun tiga – ain-ro-ba. Saddam diserang oleh tiga pemimpin negara, Bush – Presiden
Amerika, Blair – Perdana Menteri Britain dan Perdana Menteri Australia.
Tuan Yang di-Pertua, di Iraq sekarang ada tiga binatang yang najisnya haram dan
binatang ini berpangkal dengan huruf ‘B’. Satu babi, dua Bush dan tiga Blair.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Empat – BN. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payahlah
buat begitu Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya pun boleh masukkan PAS. Jangan
kacaulah….
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Yang
Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: …saya punya forum ini. Jangan masuk
campur.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Pokok Sena,
tidak usah buat macam itu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Bush ada tiga penyakit – pekak, buta dan
bisu. Pekak di atas segala bantahan dunia, Bush tidak mahu mendengar. Buta, Bush tidak
mahu melihat kemusnahan dan kekejaman. Apa yang sedang dideritai oleh rakyat Iraq
yang tidak bersalah, yang tidak berdosa, wanita, kanak-kanak, orang awam yang tidak
bersenjata diserang. Kemusnahan kemanusiaan yang tidak pernah terfikir oleh kita boleh
dilakukan oleh Bush yang mendakwa dirinya adalah juara kemanusiaan di dunia ini.
Tentang Blair ini, saya harap orang-orang Islam, orang-orang Melayu – Blair ini
dalam jawinya, ba-lam-ya-ro, tolong tukar ‘ba’ kepada ‘p’ atau ‘fa’. Ba-lam-ya-ro itu ditukar
kepada ‘fa’…
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah
sebut Yang Berhormat, terus kepada yang lain. Jangan batang dia, eja pun cukup.
[Ketawa]
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
| 11.32 pagi. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya bangun untuk bersama-sama menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2003. Saya menyentuh Kementerian Luar Negeri. Terlebih dahulu saya hendak mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Luar Negeri dan Kementerian Luar Negeri atas peranan yang telah dimainkan oleh Kementerian Luar Negeri, peranan yang bijaksana dalam mengekalkan hubungan baik, baik di peringkat serantau atau global, ASEAN, NAM, OIC atau PBB dan dalam hubungan serangan pencerobohan Amerika dan Britain ke atas Iraq, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas peranan yang dimainkan oleh Malaysia yang menentang kezaliman peperangan tetapi menyeru kepada kedamaian. Saya lihat peperangan atau pencerobohan Amerika ke atas Iraq ini ada banyak keganjilan. Tidak tahu apa kesan keganjilan ini atau mungkin secara tidak langsung. Saya tengok angka '3' berperanan sangat. Iraq dalam tiga dekad- 80'an, 90'an dan 2000, tiga peperangan. Dalam tiga dekad, tiga peperangan. Iraq diserang oleh tiga kuasa tentera- Amerika, Britain dan Australia. Ini peperangan yang ketiga dan peperangan yang ketiga ini dimulakan dalam minggu yang ketiga, dalam bulan yang ketiga dan dalam tahun 2003 dan yang peliknya pada jam 3.00 pagi, 20.3.2003 jam 3.00 pagi waktu tempatan, waktu di Iraq. Nama Saddam ini dalam huruf Arabnya sod-dal-mim, tiga dan Saddam berbangsa Arab pun tiga- ain-ro-ba. Saddam diserang oleh tiga pemimpin negara, Bush- Presiden Amerika, Blair- Perdana Menteri Britain dan Perdana Menteri Australia. Tuan Yang di-Pertua, di Iraq sekarang ada tiga binatang yang najisnya haram dan binatang ini berpangkal dengan huruf 'B'. Satu babi, dua Bush dan tiga Blair. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Empat- BN. [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payahlah buat begitu Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya pun boleh masukkan PAS. Jangan kacaulah.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: ...saya punya forum ini. Jangan masuk campur. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pokok Sena, tidak usah buat macam itu. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Bush ada tiga penyakit- pekak, buta dan bisu. Pekak di atas segala bantahan dunia, Bush tidak mahu mendengar. Buta, Bush tidak mahu melihat kemusnahan dan kekejaman. Apa yang sedang dideritai oleh rakyat Iraq yang tidak bersalah, yang tidak berdosa, wanita, kanak-kanak, orang awam yang tidak bersenjata diserang. Kemusnahan kemanusiaan yang tidak pernah terfikir oleh kita boleh dilakukan oleh Bush yang mendakwa dirinya adalah juara kemanusiaan di dunia ini. Tentang Blair ini, saya harap orang-orang Islam, orang-orang Melayu- Blair ini dalam jawinya, ba-lam-ya-ro, tolong tukar 'ba' kepada 'p' atau 'fa'. Ba-lam-ya-ro itu ditukar kepada 'fa'... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah sebut Yang Berhormat, terus kepada yang lain. Jangan batang dia, eja pun cukup. [Ketawa]. Beberapa Ahli: [Menyampuk]. | 11 | 32 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 21
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, kita hanya menyerang
dengan kata-kata. Itulah kita kadang-kadang hendak menyerang dengan kata-kata pun,
kadang-kadang kita bertapis. Itu kita.
Tetapi mereka yang bersifat kononnya menjadi juara kepada dunia, kekejaman-
kekejaman yang dilakukan, mereka mempertidakkan kerja-kerja zalim mereka hanya
kerana hendak menghalalkan tujuan dan matlamat cita-cita mereka.
Dalam hubungan ini, saya kecewa dan saya amat kecewa dan Kofi Annan.
Sekarang orang sudah berkata sudah bukan Kofi Annan lagi. Kofi Annan sudah menjadi
‘Kopi O’. Saya menatap siaran TV dan akhbar-akhbar harian yang memetik ungkapan
ataupun kenyataan Kofi Annan, dia kata dia risau tentang penderitaan yang ditanggung
oleh rakyat Iraq dan dia menyeru seluruh dunia marilah bantu Iraq dengan bantuan
kemanusiaan. Kofi Annan tanpa ada rasa perasaan manusia, cuma sanggup hendak
membantu. Kenapa Kofi Annan tidak berkata dengan tegas, “Wahai Amerika, berhentikan
serangan!”. Bukankah lebih baik memberhentikan serangan daripada menghantar
bantuan? Dengan kata-kata lain, bermakna Kofi Annan bersetuju.
Selepas dimusnahkan, dibunuh dan dicederakan, baru dia hantar bantuan, untuk
apa bantuan? Nyawa yang melayang, tidak ada gantian. Anggota yang cedera, tidak boleh
dipulihkan. Apa inikah sikap seorang Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu yang di
pundaknya ataupun di bahunya terpikul amanah untuk melindungi negara-negara di dunia
daripada dizalimi?
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu ditubuhkan setelah Perang Dunia Kedua
untuk menentukan tidak ada kezaliman antara negara kepada negara yang lain dan untuk
melindungi negara-negara lemah. Inikah sikap Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu
dan apakah ini sikap Bangsa-bangsa Bersatu? Di mana sebenarnya keadilan?
Seorang Ahli: Di sini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sanggup….
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: KeADILan ini sudah lama terkubur.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa ada satu
minit lagi Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Eh Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk] Dua
hari yang lepas, saya kecewa, Tuan Yang di-Pertua dan dunia mengapa tidak rasa kecewa
sama, Baghdad dicurahkan dengan bom-bom pemusnah dan saya diberitakan bahawa
khazanah-khazanah purba yang tersimpan di Muzium Baghdad yang antaranya khazanah-
khazanah ini berumur 7,000 tahun musnah. Tidak ada muzium di dunia ini yang sehebat
seperti apa yang ada di Baghdad yang menyimpan khazanah-khazanah ribuan tahun,
musnah. Apakah ini dapat diganti? Kota Baghdad….
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang
Berhormat sudah cukup.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: …yang mempunyai…
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat, masa sudah cukup.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi
Dungun dulu.
| Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, kita hanya menyerang dengan kata-kata. Itulah kita kadang-kadang hendak menyerang dengan kata-kata pun, kadang-kadang kita bertapis. Itu kita. Tetapi mereka yang bersifat kononnya menjadi juara kepada dunia, kekejaman- kekejaman yang dilakukan, mereka mempertidakkan kerja-kerja zalim mereka hanya kerana hendak menghalalkan tujuan dan matlamat cita-cita mereka. Dalam hubungan ini, saya kecewa dan saya amat kecewa dan Kofi Annan. Sekarang orang sudah berkata sudah bukan Kofi Annan lagi. Kofi Annan sudah menjadi 'Kopi O'. Saya menatap siaran TV dan akhbar-akhbar harian yang memetik ungkapan ataupun kenyataan Kofi Annan, dia kata dia risau tentang penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Iraq dan dia menyeru seluruh dunia marilah bantu Iraq dengan bantuan kemanusiaan. Kofi Annan tanpa ada rasa perasaan manusia, cuma sanggup hendak membantu. Kenapa Kofi Annan tidak berkata dengan tegas, "Wahai Amerika, berhentikan serangan!". Bukankah lebih baik memberhentikan serangan daripada menghantar bantuan? Dengan kata-kata lain, bermakna Kofi Annan bersetuju. Selepas dimusnahkan, dibunuh dan dicederakan, baru dia hantar bantuan, untuk apa bantuan? Nyawa yang melayang, tidak ada gantian. Anggota yang cedera, tidak boleh dipulihkan. Apa inikah sikap seorang Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu yang di pundaknya ataupun di bahunya terpikul amanah untuk melindungi negara-negara di dunia daripada dizalimi?. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu ditubuhkan setelah Perang Dunia Kedua untuk menentukan tidak ada kezaliman antara negara kepada negara yang lain dan untuk melindungi negara-negara lemah. Inikah sikap Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu dan apakah ini sikap Bangsa-bangsa Bersatu? Di mana sebenarnya keadilan?. Seorang Ahli: Di sini. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sanggup.... Beberapa Ahli: [Menyampuk]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: KeADILan ini sudah lama terkubur. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa ada satu minit lagi Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Eh Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk] Dua hari yang lepas, saya kecewa, Tuan Yang di-Pertua dan dunia mengapa tidak rasa kecewa sama, Baghdad dicurahkan dengan bom-bom pemusnah dan saya diberitakan bahawa khazanah-khazanah purba yang tersimpan di Muzium Baghdad yang antaranya khazanah- khazanah ini berumur 7,000 tahun musnah. Tidak ada muzium di dunia ini yang sehebat seperti apa yang ada di Baghdad yang menyimpan khazanah-khazanah ribuan tahun, musnah. Apakah ini dapat diganti? Kota Baghdad.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: ...yang mempunyai... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, masa sudah cukup. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Dungun dulu. | 21 | 33 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
22 DR.1.4.2003
11.42 pagi.
Dato’ Mustafa bin Ali [Dungun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana
memberi peluang kepada saya untuk meneruskan perbahasan mengenai Perbekalan
Tambahan yang dikemukakan.
Kita dibentangkan dengan satu tambahan sebanyak RM16 bilion lebih setelah kita
merancang dan meluluskan bagi tahun 2002. Secara ringkas, saya akan menyentuh
beberapa perkara mengenai beberapa kementerian. Antaranya Jabatan Perdana Menteri,
Kementerian Pengangkutan dan juga beberapa kementerian lain termasuk Badan
Pencegah Rasuah dan Jabatan Audit Negara.
Yang pertama, kita telah mengetahui bahawa setelah royalti minyak Terengganu
itu dinafikan kepada negeri Terengganu dan ianya diletakkan di bawah satu akaun yang
dinamakan Akaun Khas di bawah Perbendaharaan dan ianya dikeluarkan semula dalam
bentuk wang ihsan dan sekarang ini dinamakan Dana Khas.
Kita belum lagi lihat bagaimana Jabatan Audit Negara monitor perjalanan
perbelanjaan wang yang sebanyak itu. Saya difahamkan sehingga kini, sudah ada RM2
bilion lebih yang sudah disalurkan kepada Akaun Khas. Rakyat dan Parlimen perlu
mengetahui bagaimana wang itu dibelanjakan setelah dinafikan kepada negeri Terengganu
dan rakyatnya. [Tepuk]
Walaupun disebut ia disalurkan kepada rakyat negeri Terengganu tetapi dengan
dakwaan dan ada maklumat berlakunya penyelewengan dalam pembahagian ini oleh
beberapa orang pemimpin UMNO yang ditugaskan oleh jabatan khas yang ditubuhkan oleh
Pusat tetapi tidak ada satu kenyataan bagaimana wang ini dibelanjakan sebagaimana
setiap negeri dan Kerajaan Pusat sendiri mesti menyediakan suatu perbelanjaan yang perlu
diaudit. Sekarang ini sudah dua tahun tetapi kita tidak nampak bagaimana ianya telah
dilakukan dan tidak ada maklumat sama sekali.
Apa lagi setelah itu Timbalan Menteri Kewangan sewaktu pergi ke Terengganu
dilaporkan oleh akhbar, saya tidak tahu betul atau tidak kenyataan itu dan beliau ada dalam
Dewan ini boleh mengesahkan bahawa satu jawatankuasa sedang mengkaji untuk
membolehkan wang itu dibelanjakan bagi negeri-negeri lain. Satu protes yang dibuat oleh
termasuk pemimpin UMNO Terengganu tetapi rakyat kata “padan muka” sebab apabila
wang ini sudah diisytiharkan menjadi Pusat, Pusat berhak. Kenapa kamu hendak tuntut
balik kepada negeri Terengganu sedangkan kamu mengatakan negeri Terengganu tidak
berhak, ini alasan yang rakyat menyatakan apabila bantahan itu dikemukakan oleh
setengah dari pemimpin UMNO negeri Terengganu.
Bagi kita tentulah seharusnya apa yang menjadi hak sesebuah negeri itu
dikembalikan kepada negeri. Sebagaimana juga sewaktu setengah negeri dalam tahun 60-
an dan 70-an mempunyai kekayaan hasil daripada hasil bumi. Negeri Perak misalnya
dengan segala logam, bijih dan sebagainya tidak juga diagihkan kepada negeri lain. Saya
juga memerlukan satu jawapan dan kepastian apa sebenarnya perancangan Pusat
berhubung dengan wang yang begitu banyak yang telah dirampas dan akan dibelanjakan
bagi kepentingan rakyat negeri Terengganu, yang pertama.
Yang kedua, saya hari ini membaca akhbar The New Straits Times, seorang
Menteri Pertanian Jepun meletakkan jawatan bukan kerana kesalahan tuduhan terhadap
beliau sendiri, namanya Oshima, something, saya tidak berapa dapat namanya yang
sebenar. Dan meletakkan jawatan kerana setiausahanya disiasat dan dituduh kerana
melakukan salah, macam penyelewengan itu. Apa hubung kait dengan negara kita? Saya
menyebut ini kerana media massa di negara kita sekarang terlalu banyak mendedahkan
tentang tuduhan dan ada kes yang telah difailkan di mahkamah berhubung dengan salah
seorang daripada menteri dalam negara kita. Menteri adalah “holder of public office” yang
bertanggungjawab kepada Parlimen, kepada rakyat.
Menteri Pengangkutan telah diimplicatekan dengan pelbagai, bukan sahaja
tuduhan tetapi telah dibawa ke mahkamah. Beliau seorang yang diberi tanggungjawab
untuk melaksanakan tugas di bawah kementeriannya dengan peruntukan yang diberikan
oleh Parlimen juga. Bagaimana seorang yang integritinya dipersoalkan boleh
| 11.42 pagi. Dato' Mustafa bin Ali [Dungun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk meneruskan perbahasan mengenai Perbekalan Tambahan yang dikemukakan. Kita dibentangkan dengan satu tambahan sebanyak RM16 bilion lebih setelah kita merancang dan meluluskan bagi tahun 2002. Secara ringkas, saya akan menyentuh beberapa perkara mengenai beberapa kementerian. Antaranya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan dan juga beberapa kementerian lain termasuk Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Audit Negara. Yang pertama, kita telah mengetahui bahawa setelah royalti minyak Terengganu itu dinafikan kepada negeri Terengganu dan ianya diletakkan di bawah satu akaun yang dinamakan Akaun Khas di bawah Perbendaharaan dan ianya dikeluarkan semula dalam bentuk wang ihsan dan sekarang ini dinamakan Dana Khas. Kita belum lagi lihat bagaimana Jabatan Audit Negara monitor perjalanan perbelanjaan wang yang sebanyak itu. Saya difahamkan sehingga kini, sudah ada RM2 bilion lebih yang sudah disalurkan kepada Akaun Khas. Rakyat dan Parlimen perlu mengetahui bagaimana wang itu dibelanjakan setelah dinafikan kepada negeri Terengganu dan rakyatnya. [Tepuk]. Walaupun disebut ia disalurkan kepada rakyat negeri Terengganu tetapi dengan dakwaan dan ada maklumat berlakunya penyelewengan dalam pembahagian ini oleh beberapa orang pemimpin UMNO yang ditugaskan oleh jabatan khas yang ditubuhkan oleh Pusat tetapi tidak ada satu kenyataan bagaimana wang ini dibelanjakan sebagaimana setiap negeri dan Kerajaan Pusat sendiri mesti menyediakan suatu perbelanjaan yang perlu diaudit. Sekarang ini sudah dua tahun tetapi kita tidak nampak bagaimana ianya telah dilakukan dan tidak ada maklumat sama sekali. Apa lagi setelah itu Timbalan Menteri Kewangan sewaktu pergi ke Terengganu dilaporkan oleh akhbar, saya tidak tahu betul atau tidak kenyataan itu dan beliau ada dalam Dewan ini boleh mengesahkan bahawa satu jawatankuasa sedang mengkaji untuk membolehkan wang itu dibelanjakan bagi negeri-negeri lain. Satu protes yang dibuat oleh termasuk pemimpin UMNO Terengganu tetapi rakyat kata "padan muka" sebab apabila wang ini sudah diisytiharkan menjadi Pusat, Pusat berhak. Kenapa kamu hendak tuntut balik kepada negeri Terengganu sedangkan kamu mengatakan negeri Terengganu tidak berhak, ini alasan yang rakyat menyatakan apabila bantahan itu dikemukakan oleh setengah dari pemimpin UMNO negeri Terengganu. Bagi kita tentulah seharusnya apa yang menjadi hak sesebuah negeri itu dikembalikan kepada negeri. Sebagaimana juga sewaktu setengah negeri dalam tahun 60- an dan 70-an mempunyai kekayaan hasil daripada hasil bumi. Negeri Perak misalnya dengan segala logam, bijih dan sebagainya tidak juga diagihkan kepada negeri lain. Saya juga memerlukan satu jawapan dan kepastian apa sebenarnya perancangan Pusat berhubung dengan wang yang begitu banyak yang telah dirampas dan akan dibelanjakan bagi kepentingan rakyat negeri Terengganu, yang pertama. Yang kedua, saya hari ini membaca akhbar The New Straits Times, seorang Menteri Pertanian Jepun meletakkan jawatan bukan kerana kesalahan tuduhan terhadap beliau sendiri, namanya Oshima, something, saya tidak berapa dapat namanya yang sebenar. Dan meletakkan jawatan kerana setiausahanya disiasat dan dituduh kerana melakukan salah, macam penyelewengan itu. Apa hubung kait dengan negara kita? Saya menyebut ini kerana media massa di negara kita sekarang terlalu banyak mendedahkan tentang tuduhan dan ada kes yang telah difailkan di mahkamah berhubung dengan salah seorang daripada menteri dalam negara kita. Menteri adalah "holder of public office" yang bertanggungjawab kepada Parlimen, kepada rakyat. Menteri Pengangkutan telah diimplicatekan dengan pelbagai, bukan sahaja tuduhan tetapi telah dibawa ke mahkamah. Beliau seorang yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas di bawah kementeriannya dengan peruntukan yang diberikan oleh Parlimen juga. Bagaimana seorang yang integritinya dipersoalkan boleh. | 11 | 34 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 23
melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin. Hal inilah perlu pihak kerajaan dan
khususnya Perdana Menteri sebagai Ketua Kabinet membuat satu keputusan yang benar-
benar bertanggungjawab supaya negara kita tidak mempunyai orang-orang yang
integritinya dipersoalkan oleh rakyat.
Banyak contoh di negeri lain yang kita lihat. Jepun ini yang terakhir. Di India
pernah berlaku satu accident, kemalangan sahaja kereta api, menterinya meletakkan
jawatan, mengambil tanggungjawab. Banyak kesilapan yang dikemukakan tentang menteri
yang seorang ini dan integritinya itu dipersoalkan bukan sahaja mengenai jawatannya
dalam kerajaan, tanggungjawabnya hatta dalam parti pun dipersoalkan kedudukannya ini.
Saya bukan hendak campur soal MCA yang telah berpecah entah berapa saya
tidak tahu tetapi soal ini akan mengganggu perjalanan seorang menteri yang ditugaskan
untuk melaksanakan tugas kepada rakyat. Katanya, beliau telah kemukakan surat
meletakkan jawatan kepada Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri belum membuat
keputusan menerima atau tidak peletakan jawatannya itu. Dan Perdana Menteri sekarang
ini cuti dua bulan, surat tidak dijawab dan saya rasa dari sudut ini oleh Perdana Menteri
bukan satu sikap yang baik.
Kita menghargai beberapa keputusan yang tegas yang dibuat oleh Perdana
Menteri tetapi dalam hal ini beliau tidak membuat keputusan sedangkan rakyat tertanya-
tanya, rakyat umum, Ahli Parlimen tertanya-tanya macam mana kedudukannya. Kalau ini
sudah dikatakan bahawa saya sudah meletakkan jawatan, itu tergantung kepada Perdana
Menteri, bagaimana Perdana Menteri yang tahu tentang apa yang berlaku kepada
menterinya sendiri tidak membuat keputusan yang spesifik. Adakah ada hubungan yang
tidak boleh dipisahkan antara Perdana Menteri dengan Menteri Pengangkutan? Adakah ini
suatu sandiwara yang dibuat? Kamu buat surat letak jawatan hendak menunjukkan
keikhlasan tetapi aku tidak akan terima peletakan jawatan itu, sudah berbulan-bulan
katanya. Bermula dari tahun lepas lagi sehingga sekarang tidak ada jawapan.
Ini akan meletakkan satu precedent yang tidak baik bagi pemimpin-pemimpin
politik kepada rakyat akan dilihat, inilah contoh pemimpin politik yang diimplicatekan dengan
pelbagai perkara yang boleh menjejaskan imejnya, kewibawaannya tetapi masih juga
memegang jawatan yang seperti itu yang seharusnya dia bertanggungjawab. Akan dilihat
oleh rakyat bahawa pemimpin-pemimpin politik yang seumpama itu dan akan dilihat oleh
rakyat mungkin ada lagi yang selain dari itu memikirkan bagaimana dia akan melaksanakan
tanggungjawab, tahu bila hendak masuk politik, bila hendak pegang jawatan. Pemimpin
politik seharusnya tahu bila waktunya dia harus quit, harus keluar dari jawatannya itu.
Bukan sahaja tahu masuk tetapi perlu tahu bila masanya dia perlu keluar tanpa dolak-dalik
tentang peranan dan tanggungjawabnya.
Jadi, sebab itu dalam Dewan yang mulia ini saya suka menasihatkan, saya sebut
saya menasihatkan sebab menteri ini kali pertama masuk Parlimen tahun 1974 bersama
saya pada waktu itu, tahun 1974, saya pun kali pertama tahun 1974.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang
Berhormat.
Dato' Mustafa bin Ali: Sebagai seorang kawan, lebih baik untuk menjaga nama
baik negara ini hatta menjaga baik nama parti MCA pun beliau harus meletakkan jawatan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang
Berhormat sudah cukup.
Dato' Mustafa bin Ali: Satu lagi boleh?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: [Ketawa] Sudah
cukup. [Disampuk]
Dato' Mustafa bin Ali: Sedikit sahaja lagi iaitu berhubung dengan Badan
Pencegah Rasuah. Setengah minit pun tidak apa, ataupun satu minit bagi pada saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Setengah minit,
Yang Berhormat.
| melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin. Hal inilah perlu pihak kerajaan dan khususnya Perdana Menteri sebagai Ketua Kabinet membuat satu keputusan yang benar- benar bertanggungjawab supaya negara kita tidak mempunyai orang-orang yang integritinya dipersoalkan oleh rakyat. Banyak contoh di negeri lain yang kita lihat. Jepun ini yang terakhir. Di India pernah berlaku satu accident, kemalangan sahaja kereta api, menterinya meletakkan jawatan, mengambil tanggungjawab. Banyak kesilapan yang dikemukakan tentang menteri yang seorang ini dan integritinya itu dipersoalkan bukan sahaja mengenai jawatannya dalam kerajaan, tanggungjawabnya hatta dalam parti pun dipersoalkan kedudukannya ini. Saya bukan hendak campur soal MCA yang telah berpecah entah berapa saya tidak tahu tetapi soal ini akan mengganggu perjalanan seorang menteri yang ditugaskan untuk melaksanakan tugas kepada rakyat. Katanya, beliau telah kemukakan surat meletakkan jawatan kepada Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri belum membuat keputusan menerima atau tidak peletakan jawatannya itu. Dan Perdana Menteri sekarang ini cuti dua bulan, surat tidak dijawab dan saya rasa dari sudut ini oleh Perdana Menteri bukan satu sikap yang baik. Kita menghargai beberapa keputusan yang tegas yang dibuat oleh Perdana Menteri tetapi dalam hal ini beliau tidak membuat keputusan sedangkan rakyat tertanya- tanya, rakyat umum, Ahli Parlimen tertanya-tanya macam mana kedudukannya. Kalau ini sudah dikatakan bahawa saya sudah meletakkan jawatan, itu tergantung kepada Perdana Menteri, bagaimana Perdana Menteri yang tahu tentang apa yang berlaku kepada menterinya sendiri tidak membuat keputusan yang spesifik. Adakah ada hubungan yang tidak boleh dipisahkan antara Perdana Menteri dengan Menteri Pengangkutan? Adakah ini suatu sandiwara yang dibuat? Kamu buat surat letak jawatan hendak menunjukkan keikhlasan tetapi aku tidak akan terima peletakan jawatan itu, sudah berbulan-bulan katanya. Bermula dari tahun lepas lagi sehingga sekarang tidak ada jawapan. Ini akan meletakkan satu precedent yang tidak baik bagi pemimpin-pemimpin politik kepada rakyat akan dilihat, inilah contoh pemimpin politik yang diimplicatekan dengan pelbagai perkara yang boleh menjejaskan imejnya, kewibawaannya tetapi masih juga memegang jawatan yang seperti itu yang seharusnya dia bertanggungjawab. Akan dilihat oleh rakyat bahawa pemimpin-pemimpin politik yang seumpama itu dan akan dilihat oleh rakyat mungkin ada lagi yang selain dari itu memikirkan bagaimana dia akan melaksanakan tanggungjawab, tahu bila hendak masuk politik, bila hendak pegang jawatan. Pemimpin politik seharusnya tahu bila waktunya dia harus quit, harus keluar dari jawatannya itu. Bukan sahaja tahu masuk tetapi perlu tahu bila masanya dia perlu keluar tanpa dolak-dalik tentang peranan dan tanggungjawabnya. Jadi, sebab itu dalam Dewan yang mulia ini saya suka menasihatkan, saya sebut saya menasihatkan sebab menteri ini kali pertama masuk Parlimen tahun 1974 bersama saya pada waktu itu, tahun 1974, saya pun kali pertama tahun 1974. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat. Dato' Mustafa bin Ali: Sebagai seorang kawan, lebih baik untuk menjaga nama baik negara ini hatta menjaga baik nama parti MCA pun beliau harus meletakkan jawatan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup. Dato' Mustafa bin Ali: Satu lagi boleh?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: [Ketawa] Sudah cukup. [Disampuk]. Dato' Mustafa bin Ali: Sedikit sahaja lagi iaitu berhubung dengan Badan Pencegah Rasuah. Setengah minit pun tidak apa, ataupun satu minit bagi pada saya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Setengah minit, Yang Berhormat. | 23 | 35 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
24 DR.1.4.2003
Dato' Mustafa bin Ali: Setengah minit, okey, baik. Saya membaca dalam akhbar
berhubung dengan dakwaan terhadap PPRT. Kes mengenai PPRT yang berlaku di
Kelantan dan Terengganu penyelewengan. Bekas Ketua Setiausahanya telah didakwa di
mahkamah tetapi dalam dakwaan itu tuduhannya kerana bersubahat. Ertinya bukan orang
yang utama. Kenapa yang bersubahat didakwa dahulu? Yang jahat, maaf, saya gunakan,
orang yang terlibat betul-betul tentang ini tidak didakwa. Sepatutnya orang yang terlibat itu
didakwa terlebih dahulu baru yang bersubahat. Ini juga satu permainan saya rasa Badan
Pencegah Rasuah tidak sebenarnya dan dalam ini saya rasa ada sandiwara kerana rakyat
menuntut dilakukan sesuatu, okey, saya telah ambil perjalanan telah didakwa tetapi yang
didakwa itu bukan orang yang sebenarnya. Menterinya di mana?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah
cukup, Yang Berhormat.
Dato' Mustafa bin Ali: Pengurus Besar KETENGAH di mana? Orang-orang yang
disiasat, orang yang bersubahat sahaja didakwa. The actor utamanya, pelakon utamanya
tidak diperlakukan apa-apa. Jadi, saya minta supaya Badan Pencegah Rasuah lebih
bertindak secara adil dalam bidang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Terima kasih,
Yang Berhormat. Batang Lupar. [Disampuk] Tidak kiralah, Yang Berhormat.
11.54 pagi.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Saya akan menyentuh dua perkara sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Perkara
yang pertama berhubung dengan kesan dan akibat peperangan di negara Iraq.
Saya menyeru masyarakat dunia untuk mengutuk dengan sekeras-kerasnya
tindakan Amerika, British dan Australia kerana menyerang negara yang telah hampir ranap.
Bukan sahaja kita bersedih oleh kerana kematian umat manusia di Iraq tidak kira bangsa
dan agama tetapi juga padah world heritage yang mana di negara Iraq sebagaimana yang
disebut oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading tadi adalah negara yang tertua ataupun satu
tempat yang tertua di dunia ini.
Hilangnya heritage ini tidak ubahlah sebagaimana pihak Amerika menghapuskan
heritage orang hitam semasa orang hitam dibawa ke Amerika, dimusnahkan sejarahnya,
dimusnahkan seri pendidikannya, dimusnahkan tamadunnya, dimusnahkan segala
budayanya menjadilah hamba abdi yang sekarang ini ada juga yang menjadi menteri di
Amerika, Colin Powell.
Jadi, memang kita percaya bahawa American memang bersikap demikian sejak
dahulu lagi. Kalau masa dahulu, Thomas Jefferson kata, “All men are created equal”,
dengan izin, tetapi yang equal itu hanya orang putih. Yang warna lain itu semuanya sub-
human being and animal, begitulah pandangan kepada mereka pada ketika itu.
Nampaknya ini pandangan 1776 tetapi masih wujud pada abad ke-21 ini di minda dan
pemikiran mereka ini. Inilah yang berlaku di Iraq. Hendak menghilangkan budaya, kesan
heritage dan sejarah dan tamadun di negara tersebut. Ini kita patut kecam dengan sekeras-
kerasnya.
Sekarang United Nations tidak lagi bersuara. Adakah United Nations ini akan
hilang sejarahnya sebagaimana League of Nations hilang sejarahnya pada tahun 1948,
ditamatkan kerana tidak berupaya untuk menghentikan peperangan. Peperangan lebih
ganas, lebih kejam, lebih memusnahkan lagi bahkan lebih menakutkan umat sedunia.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh mencari perkataan bagaimana hendak
mengutuk pemimpin-pemimpin yang menerajui peperangan dan menyerang, menceroboh
dan hendak menjahanamkan negara Iraq tetapi sebagai manusia yang bertamadun,
cukuplah kita menyebut bahawa pemimpin-pemimpin negara itu bukan lagi bersikap
sebagai manusia.
| Dato' Mustafa bin Ali: Setengah minit, okey, baik. Saya membaca dalam akhbar berhubung dengan dakwaan terhadap PPRT. Kes mengenai PPRT yang berlaku di Kelantan dan Terengganu penyelewengan. Bekas Ketua Setiausahanya telah didakwa di mahkamah tetapi dalam dakwaan itu tuduhannya kerana bersubahat. Ertinya bukan orang yang utama. Kenapa yang bersubahat didakwa dahulu? Yang jahat, maaf, saya gunakan, orang yang terlibat betul-betul tentang ini tidak didakwa. Sepatutnya orang yang terlibat itu didakwa terlebih dahulu baru yang bersubahat. Ini juga satu permainan saya rasa Badan Pencegah Rasuah tidak sebenarnya dan dalam ini saya rasa ada sandiwara kerana rakyat menuntut dilakukan sesuatu, okey, saya telah ambil perjalanan telah didakwa tetapi yang didakwa itu bukan orang yang sebenarnya. Menterinya di mana? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah cukup, Yang Berhormat. Dato' Mustafa bin Ali: Pengurus Besar KETENGAH di mana? Orang-orang yang disiasat, orang yang bersubahat sahaja didakwa. The actor utamanya, pelakon utamanya tidak diperlakukan apa-apa. Jadi, saya minta supaya Badan Pencegah Rasuah lebih bertindak secara adil dalam bidang ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Terima kasih, Yang Berhormat. Batang Lupar. [Disampuk] Tidak kiralah, Yang Berhormat. 11.54 pagi. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan menyentuh dua perkara sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang pertama berhubung dengan kesan dan akibat peperangan di negara Iraq. Saya menyeru masyarakat dunia untuk mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan Amerika, British dan Australia kerana menyerang negara yang telah hampir ranap. Bukan sahaja kita bersedih oleh kerana kematian umat manusia di Iraq tidak kira bangsa dan agama tetapi juga padah world heritage yang mana di negara Iraq sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading tadi adalah negara yang tertua ataupun satu tempat yang tertua di dunia ini. Hilangnya heritage ini tidak ubahlah sebagaimana pihak Amerika menghapuskan heritage orang hitam semasa orang hitam dibawa ke Amerika, dimusnahkan sejarahnya, dimusnahkan seri pendidikannya, dimusnahkan tamadunnya, dimusnahkan segala budayanya menjadilah hamba abdi yang sekarang ini ada juga yang menjadi menteri di Amerika, Colin Powell. Jadi, memang kita percaya bahawa American memang bersikap demikian sejak dahulu lagi. Kalau masa dahulu, Thomas Jefferson kata, "All men are created equal", dengan izin, tetapi yang equal itu hanya orang putih. Yang warna lain itu semuanya sub- human being and animal, begitulah pandangan kepada mereka pada ketika itu. Nampaknya ini pandangan 1776 tetapi masih wujud pada abad ke-21 ini di minda dan pemikiran mereka ini. Inilah yang berlaku di Iraq. Hendak menghilangkan budaya, kesan heritage dan sejarah dan tamadun di negara tersebut. Ini kita patut kecam dengan sekeras- kerasnya. Sekarang United Nations tidak lagi bersuara. Adakah United Nations ini akan hilang sejarahnya sebagaimana League of Nations hilang sejarahnya pada tahun 1948, ditamatkan kerana tidak berupaya untuk menghentikan peperangan. Peperangan lebih ganas, lebih kejam, lebih memusnahkan lagi bahkan lebih menakutkan umat sedunia. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh mencari perkataan bagaimana hendak mengutuk pemimpin-pemimpin yang menerajui peperangan dan menyerang, menceroboh dan hendak menjahanamkan negara Iraq tetapi sebagai manusia yang bertamadun, cukuplah kita menyebut bahawa pemimpin-pemimpin negara itu bukan lagi bersikap sebagai manusia. | 24 | 36 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 25
Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah daripada itu kepada keadaan setempat.
Saya menyentuh tentang Kementerian Pendidikan. Dalam persoalan pendidikan ini ialah
untuk mengeluarkan manusia yang terdidik, terpelajar, manusia yang berbudaya dan
bertamadun untuk mewujudkan dan memanjangkan tamadun manusia kita dan
memanjangkan tamadun Malaysia. Sebagaimana kata oleh bijak pandai, membezakan
manusia dengan binatang lain kerana dalam ilmu biologi, saya ingat, binatang itu sama
dengan manusia iaitu jenis. Tetapi yang membezakannya, Steven Robbins berkata ialah
berkomunikasi yakni berfikir.
Jadi ada masalah sedikit dari segi pendidikan dari peringkat sekolah ke peringkat
universiti yang mana kita mengajar anak-anak kita belajar, lulus dalam peperiksaan malah
mendapat 16A atau 15A. Apa sahaja pelajaran yang diajar, anak-anak ini boleh lulus dan
mencapai kecemerlangan tetapi dalam masa yang sama anak-anak yang lulus ini tidak
mempunyai kualiti dari segi berkomunikasi, communication skill tidak diajar. Rata-rata di
sistem persekolahan, di sistem pengajaran tinggi di negara ini. Jadi ini adalah satu
kelemahan yang amat ketara dan perlu mengambil tumpuan.
Umpamanya, kalau kita pergi ke negara jiran, bukan kita memuji, mungkin banyak
kelemahan mereka tetapi ada bidang-bidang yang tertentu mereka menunjukkan lebih kuat,
lebih banyak menguasai daripada negara kita. Umpamanya kalau kita pergi ke Filipina
walaupun pemimpin itu dalam mentadbir negara mereka tidak begitu berkesan sekali, tetapi
dalam bidang komunikasi. Kalau kita pergi ke pasar raya, pergi ke tempat membeli-belah,
di mana-mana pejabat kita berjumpa dengan orang di Filipina, rata-rata boleh menegur kita
dengan, yes sir, how are you sir, good morning sir, dengan perangai dan budi pekerti yang
baik.
[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat]
Tetapi berapa kalikah kita ini pergi ke pasar raya kita, berjumpa anak-anak kita
yang menjadi sales assistants dan penolong di kedai-kedai, yang boleh berinteraksi dan
mengatakan terima kasih kepada kita apabila membeli dan berinteraksi. Jadi, ini
menunjukkan ada satu kelemahan dalam segi pendidikan kita bahawa tidak mendidik anak-
anak kita mengatakan terima kasih.
Jadi, sekarang kerajaan mengatakan, kenapa banyak masyarakat Malaysia tidak
tahu berterima kasih, tetapi dalam sistem pendidikan kita tidak menyuruh, tidak menyeru
orang berterima kasih. Ini adalah satu kelemahan. Kita tidak mengajar orang berterima
kasih. Yang didapati, kalau kita dengar, “Yes boss”, “Thank you boss”, mungkin ada. Ini
yang diajar oleh “Mr. Boss” daripada wayang gambar. Jadi, saya tidak equate saya sendiri
dengan “boss” ini. Saya tidak menerima perkataan ini digunakan kepada mana-mana
orang.
Dalam keadaan itu juga, kita kena melihat, ada kalanya kebanyakan di antara
anak-anak yang tidak menggunakan bahasa Melayu di rumahnya, apabila umur dia
mungkin 17 tahun, 18 tahun, bekerja di mana-mana, bila berjumpa dengan seorang yang
berumur dah 60 tahun, 70 tahun, dia kata, “Awak hendak apa?”, “Awak sudah pergi tak?”,
“Kamu sudah buat ini tak?”. Jadi, dalam bahasa Melayu - kalau tidak salah saya -
sekurang-kurang Melayu yang saya tahu, seseorang budak yang berumur di bawah 20
tahun, memanggil seseorang yang berumur lebih daripada 60 tahun dengan perkataan
“awak”, “engkau”, adalah kurang ajar.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Jadi kenapa …
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada dua minit
lagi.
| Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah daripada itu kepada keadaan setempat. Saya menyentuh tentang Kementerian Pendidikan. Dalam persoalan pendidikan ini ialah untuk mengeluarkan manusia yang terdidik, terpelajar, manusia yang berbudaya dan bertamadun untuk mewujudkan dan memanjangkan tamadun manusia kita dan memanjangkan tamadun Malaysia. Sebagaimana kata oleh bijak pandai, membezakan manusia dengan binatang lain kerana dalam ilmu biologi, saya ingat, binatang itu sama dengan manusia iaitu jenis. Tetapi yang membezakannya, Steven Robbins berkata ialah berkomunikasi yakni berfikir. Jadi ada masalah sedikit dari segi pendidikan dari peringkat sekolah ke peringkat universiti yang mana kita mengajar anak-anak kita belajar, lulus dalam peperiksaan malah mendapat 16A atau 15A. Apa sahaja pelajaran yang diajar, anak-anak ini boleh lulus dan mencapai kecemerlangan tetapi dalam masa yang sama anak-anak yang lulus ini tidak mempunyai kualiti dari segi berkomunikasi, communication skill tidak diajar. Rata-rata di sistem persekolahan, di sistem pengajaran tinggi di negara ini. Jadi ini adalah satu kelemahan yang amat ketara dan perlu mengambil tumpuan. Umpamanya, kalau kita pergi ke negara jiran, bukan kita memuji, mungkin banyak kelemahan mereka tetapi ada bidang-bidang yang tertentu mereka menunjukkan lebih kuat, lebih banyak menguasai daripada negara kita. Umpamanya kalau kita pergi ke Filipina walaupun pemimpin itu dalam mentadbir negara mereka tidak begitu berkesan sekali, tetapi dalam bidang komunikasi. Kalau kita pergi ke pasar raya, pergi ke tempat membeli-belah, di mana-mana pejabat kita berjumpa dengan orang di Filipina, rata-rata boleh menegur kita dengan, yes sir, how are you sir, good morning sir, dengan perangai dan budi pekerti yang baik. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat]. Tetapi berapa kalikah kita ini pergi ke pasar raya kita, berjumpa anak-anak kita yang menjadi sales assistants dan penolong di kedai-kedai, yang boleh berinteraksi dan mengatakan terima kasih kepada kita apabila membeli dan berinteraksi. Jadi, ini menunjukkan ada satu kelemahan dalam segi pendidikan kita bahawa tidak mendidik anak- anak kita mengatakan terima kasih. Jadi, sekarang kerajaan mengatakan, kenapa banyak masyarakat Malaysia tidak tahu berterima kasih, tetapi dalam sistem pendidikan kita tidak menyuruh, tidak menyeru orang berterima kasih. Ini adalah satu kelemahan. Kita tidak mengajar orang berterima kasih. Yang didapati, kalau kita dengar, "Yes boss", "Thank you boss", mungkin ada. Ini yang diajar oleh "Mr. Boss" daripada wayang gambar. Jadi, saya tidak equate saya sendiri dengan "boss" ini. Saya tidak menerima perkataan ini digunakan kepada mana-mana orang. Dalam keadaan itu juga, kita kena melihat, ada kalanya kebanyakan di antara anak-anak yang tidak menggunakan bahasa Melayu di rumahnya, apabila umur dia mungkin 17 tahun, 18 tahun, bekerja di mana-mana, bila berjumpa dengan seorang yang berumur dah 60 tahun, 70 tahun, dia kata, "Awak hendak apa?", "Awak sudah pergi tak?", "Kamu sudah buat ini tak?". Jadi, dalam bahasa Melayu- kalau tidak salah saya- sekurang-kurang Melayu yang saya tahu, seseorang budak yang berumur di bawah 20 tahun, memanggil seseorang yang berumur lebih daripada 60 tahun dengan perkataan "awak", "engkau", adalah kurang ajar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Jadi kenapa ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada dua minit lagi. | 25 | 37 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
26 DR.1.4.2003
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Dua minit, Tuan Yang di-Pertua?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah saya akan habiskan dalam masa dua minit
soalan ini.
Saya berharap pihak kementerian mula berfikir, tak payah fikir-fikir lagi dah, balik
ke sekolah, ajar dari peringkat sekolah rendah sampai ke sekolah menengah, sampai ke
universiti, pergi ke maktab pengajian guru-guru, minta mereka yang terlibat dengan ini,
imparting of knowledge ini, untuk memberi tahu macam mana communication skills. Pandai
menulis tesis, pandai menulis sajak, pandai menulis itu, belum mencukupi sebagai seorang
manusia yang boleh diguna pakai.
Pagi tadi saya ada bersarapan dengan seorang CEO satu syarikat. Dia kata,
“Saya ada interview Yang Berhormat, beberapa orang anak-anak kita, tetapi malangnya
orang yang saya interview itu tidak sampai ke satu peringkat yang kita banggakan,
kelulusan-kelulusan ijazah daripada negara ini. Jadi inilah communication skills ini, tidak
digalakkan, tidak diajar, tidak dilatih di mana-mana peringkat. Inilah kesannya kenapa
anak-anak kita memanggil orang-orang tua dengan panggilan “engkau”, “kamu”, “awak”.
Habis-habis ikut “Mr. Boss”. Cari, kemudian panggil “boss”. Itu satu.
Yang kedua, tidak tahu berterima kasih. Kita buka pintu, budak masuk, dia jeling
kita, tak pernah pun orang kata terima kasih. Pengajaran siapa yang salah? Bukan saya
salah, bukan anak itu salah, tetapi yang salah ialah pengajaran tidak dibuat. Kita kena lihat
perkara kecil ini. Di situlah letaknya, di mana letaknya manusia, insan dan ummah negara
ini yang tahu berterima kasih, tahu menghargai satu-satu perkara.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Mula daripada amalan mulut dengan
harapan sampai ke hati, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, ini satu falsafah yang amat penting,
bukan sahaja untuk Tuan Yang di-Pertua, untuk saya, tetapi untuk semua masyarakat
Malaysia.
Dengan kata-kata sedemikian, saya menyokong.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kuala
Pilah.
12.04 tgh.
Datuk Napsiah binti Omar [Kuala Pilah]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua,
saya ucapkan terima kasih. Saya bangun untuk sama-sama dengan rakan-rakan yang lain
menyokong apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan
semalam. Hari ini saya hendak menyentuh sedikit berkenaan dengan perkara Kementerian
Luar Negeri.
Seperti sahabat saya, Yang Berhormat bagi Sri Gading, saya turut juga
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Luar Negeri ini di atas apa yang
telah dibuatnya kebelakangan ini - kejayaan kita menganjurkan Persidangan NAM dan
beberapa perkara yang lain dalam hal luar negara. Pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua,
saya rasa gagal tanggungjawab saya kalau saya tidak timbulkan perkara berkenaan
dengan peperangan di Iraq ini.
Sebagai manusia biasa, saya pun merasa amat sedih terhadap apa yang berlaku
di Iraq, dan patut kita negara Malaysia, menggunakan segala instrumen dan protokol yang
ada di dunia ini - kalau tak ada diadakan - supaya kita hentikan peperangan di Iraq ini.
Saya faham, saya sebagai manusia yang kecil sahaja, tetapi saya hendak suara Kuala
Pilah didengar. Biarlah kalau di merata dunia ini, kalau tiap-tiap Dewan Parlimen
menyuarakan perkara ini, rasa saya insya-Allah akan dapat kita membantu saudara-
saudara kita di Iraq.
| Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Dua minit, Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah saya akan habiskan dalam masa dua minit soalan ini. Saya berharap pihak kementerian mula berfikir, tak payah fikir-fikir lagi dah, balik ke sekolah, ajar dari peringkat sekolah rendah sampai ke sekolah menengah, sampai ke universiti, pergi ke maktab pengajian guru-guru, minta mereka yang terlibat dengan ini, imparting of knowledge ini, untuk memberi tahu macam mana communication skills. Pandai menulis tesis, pandai menulis sajak, pandai menulis itu, belum mencukupi sebagai seorang manusia yang boleh diguna pakai. Pagi tadi saya ada bersarapan dengan seorang CEO satu syarikat. Dia kata, "Saya ada interview Yang Berhormat, beberapa orang anak-anak kita, tetapi malangnya orang yang saya interview itu tidak sampai ke satu peringkat yang kita banggakan, kelulusan-kelulusan ijazah daripada negara ini. Jadi inilah communication skills ini, tidak digalakkan, tidak diajar, tidak dilatih di mana-mana peringkat. Inilah kesannya kenapa anak-anak kita memanggil orang-orang tua dengan panggilan "engkau", "kamu", "awak". Habis-habis ikut "Mr. Boss". Cari, kemudian panggil "boss". Itu satu. Yang kedua, tidak tahu berterima kasih. Kita buka pintu, budak masuk, dia jeling kita, tak pernah pun orang kata terima kasih. Pengajaran siapa yang salah? Bukan saya salah, bukan anak itu salah, tetapi yang salah ialah pengajaran tidak dibuat. Kita kena lihat perkara kecil ini. Di situlah letaknya, di mana letaknya manusia, insan dan ummah negara ini yang tahu berterima kasih, tahu menghargai satu-satu perkara. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Mula daripada amalan mulut dengan harapan sampai ke hati, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, ini satu falsafah yang amat penting, bukan sahaja untuk Tuan Yang di-Pertua, untuk saya, tetapi untuk semua masyarakat Malaysia. Dengan kata-kata sedemikian, saya menyokong. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kuala Pilah. 12.04 tgh. Datuk Napsiah binti Omar [Kuala Pilah]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Saya bangun untuk sama-sama dengan rakan-rakan yang lain menyokong apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan semalam. Hari ini saya hendak menyentuh sedikit berkenaan dengan perkara Kementerian Luar Negeri. Seperti sahabat saya, Yang Berhormat bagi Sri Gading, saya turut juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Luar Negeri ini di atas apa yang telah dibuatnya kebelakangan ini- kejayaan kita menganjurkan Persidangan NAM dan beberapa perkara yang lain dalam hal luar negara. Pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa gagal tanggungjawab saya kalau saya tidak timbulkan perkara berkenaan dengan peperangan di Iraq ini. Sebagai manusia biasa, saya pun merasa amat sedih terhadap apa yang berlaku di Iraq, dan patut kita negara Malaysia, menggunakan segala instrumen dan protokol yang ada di dunia ini- kalau tak ada diadakan- supaya kita hentikan peperangan di Iraq ini. Saya faham, saya sebagai manusia yang kecil sahaja, tetapi saya hendak suara Kuala Pilah didengar. Biarlah kalau di merata dunia ini, kalau tiap-tiap Dewan Parlimen menyuarakan perkara ini, rasa saya insya-Allah akan dapat kita membantu saudara- saudara kita di Iraq. | 26 | 38 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 27
Tuan Yang di-Pertua, melalui siaran televisyen, gambar yang pertama yang saya
lihat ialah gambar seorang anak kecil yang menangis dan berteriak. Di atas mukanya
tertulis ketakutan sebenarnya. Apakah dosa anak kecil ini? Saya masih terdengar lagi hari
ini teriakan anak ini, teriakan ibu-ibu dan bapa-bapa, yang kehilangan anak, suami-isteri
dan segala harta benda bila bumi Iraq ini dicerobohi.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta Kementerian Luar Negeri ini untuk
bangunkan suara negara-negara NAM, bangunkan suara-suara OIC, kerana sungguh saya
tahu, kalau berseorangan suara itu tidak didengari. Tetapi himpunan suara-suara kecil
inilah yang akan dapat menjadi satu suara gergasi dan boleh menggempakan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Kementerian Luar
Negeri akan berusaha menggesa negeri-negeri ini supaya mereka dapat membantu
memberhentikan peperangan di Iraq ini.
Kebelakangan ini saya baca dalam akhbar, Tuan Yang di-Pertua, Amerika
menggunakan senjata bom yang menggunakan depleted uranium atau hakisan uranium,
yang mana akibatnya amatlah buruk. Seperti mana yang kita tahu, uranium ini adalah
bahan radio aktif, dan saya takut kesan-kesannya yang amat buruk kepada manusia di
masa-masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak menyuarakan, siapa
lagi? Sebab hari ini bumi Iraq, peperangan ada di bumi Iraq. Besok negeri mana pula?
Lusa negeri mana pula? Patut kita bersuara untuk memberhentikan peperangan di Iraq ini.
Tuan Yang di-Pertua, beralih pula saya daripada luar negeri kepada dalam negeri.
Hanya satu perkara yang saya ingin nak bawakan di sini, kerana masih lagi belum kita
dapat menyelesaikan, iaitu berkenaan dengan menyeragamkan undang-undang keluarga
Islam. Undang-undang Syariah ini, saya rasa amat menyedihkan dan memalukan kalau
kita tidak dapat menyeragamkannya, kerana yang menderita ialah kaum wanita dan anak-
anak.
Saya difahamkan sekiranya mahkamah di negeri Kedah membuat keputusan
bahawa undang-undang ini tidak boleh dikuatkuasakan sekiranya orang yang dihukum itu
lari daripada negeri Kedah dan bermastautin pula di negeri yang lain. Saya hairanlah,
hairan binti ajaib, kenapa bapa-bapa ini dan bekas-bekas suami ini tidak
bertanggungjawab? Agaknya di manakah letak kesilapan ini, Tuan Yang di-Pertua? Kerana
mereka gagal untuk memberi nafkah kepada anak-anak ini. Mereka gagal untuk memberi
saraan hidup kepada anak-anak ini. Saya berharap pihak-pihak yang berkuasa akan
menyegerakan menyeragamkan undang-undang ini supaya dapat kita membawa
kesejahteraan kepada keluarga kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham masa tidak banyak. Jadi sampai di sini
sahajalah. Saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi
Kemaman.
12.10 tgh.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Kerajaan Negeri Terengganu kerana berjaya menarik pelaburan langsung asing atau FDI
yang tertinggi di antara negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2002. Daripada RM11 bilion
pelaburan langsung asing atau FDI yang diluluskan pada tahun 2002, lebih kurang RM4.7
bilion atau 42% pergi ke negeri Terengganu. [Tepuk]
Kejayaan ini dengan sendirinya menempelak dakwaan kononnya pelabur asing
tidak berminat ke negeri Terengganu kerana Kerajaan Barisan Alternatif kepimpinan PAS
melaksanakan pemerintahan Islam, dan membongkar pembohongan media perdana
kononnya negeri Terengganu tidak membangun di bawah pemerintahan Barisan Alternatif.
Ini disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada
saya di lobi Parlimen baru-baru ini.
| Tuan Yang di-Pertua, melalui siaran televisyen, gambar yang pertama yang saya lihat ialah gambar seorang anak kecil yang menangis dan berteriak. Di atas mukanya tertulis ketakutan sebenarnya. Apakah dosa anak kecil ini? Saya masih terdengar lagi hari ini teriakan anak ini, teriakan ibu-ibu dan bapa-bapa, yang kehilangan anak, suami-isteri dan segala harta benda bila bumi Iraq ini dicerobohi. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta Kementerian Luar Negeri ini untuk bangunkan suara negara-negara NAM, bangunkan suara-suara OIC, kerana sungguh saya tahu, kalau berseorangan suara itu tidak didengari. Tetapi himpunan suara-suara kecil inilah yang akan dapat menjadi satu suara gergasi dan boleh menggempakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Kementerian Luar Negeri akan berusaha menggesa negeri-negeri ini supaya mereka dapat membantu memberhentikan peperangan di Iraq ini. Kebelakangan ini saya baca dalam akhbar, Tuan Yang di-Pertua, Amerika menggunakan senjata bom yang menggunakan depleted uranium atau hakisan uranium, yang mana akibatnya amatlah buruk. Seperti mana yang kita tahu, uranium ini adalah bahan radio aktif, dan saya takut kesan-kesannya yang amat buruk kepada manusia di masa-masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak menyuarakan, siapa lagi? Sebab hari ini bumi Iraq, peperangan ada di bumi Iraq. Besok negeri mana pula? Lusa negeri mana pula? Patut kita bersuara untuk memberhentikan peperangan di Iraq ini. Tuan Yang di-Pertua, beralih pula saya daripada luar negeri kepada dalam negeri. Hanya satu perkara yang saya ingin nak bawakan di sini, kerana masih lagi belum kita dapat menyelesaikan, iaitu berkenaan dengan menyeragamkan undang-undang keluarga Islam. Undang-undang Syariah ini, saya rasa amat menyedihkan dan memalukan kalau kita tidak dapat menyeragamkannya, kerana yang menderita ialah kaum wanita dan anak- anak. Saya difahamkan sekiranya mahkamah di negeri Kedah membuat keputusan bahawa undang-undang ini tidak boleh dikuatkuasakan sekiranya orang yang dihukum itu lari daripada negeri Kedah dan bermastautin pula di negeri yang lain. Saya hairanlah, hairan binti ajaib, kenapa bapa-bapa ini dan bekas-bekas suami ini tidak bertanggungjawab? Agaknya di manakah letak kesilapan ini, Tuan Yang di-Pertua? Kerana mereka gagal untuk memberi nafkah kepada anak-anak ini. Mereka gagal untuk memberi saraan hidup kepada anak-anak ini. Saya berharap pihak-pihak yang berkuasa akan menyegerakan menyeragamkan undang-undang ini supaya dapat kita membawa kesejahteraan kepada keluarga kita. Tuan Yang di-Pertua, saya faham masa tidak banyak. Jadi sampai di sini sahajalah. Saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kemaman. 12.10 tgh. Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana berjaya menarik pelaburan langsung asing atau FDI yang tertinggi di antara negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2002. Daripada RM11 bilion pelaburan langsung asing atau FDI yang diluluskan pada tahun 2002, lebih kurang RM4.7 bilion atau 42% pergi ke negeri Terengganu. [Tepuk] Kejayaan ini dengan sendirinya menempelak dakwaan kononnya pelabur asing tidak berminat ke negeri Terengganu kerana Kerajaan Barisan Alternatif kepimpinan PAS melaksanakan pemerintahan Islam, dan membongkar pembohongan media perdana kononnya negeri Terengganu tidak membangun di bawah pemerintahan Barisan Alternatif. Ini disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada saya di lobi Parlimen baru-baru ini. | 27 | 39 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
28 DR.1.4.2003
Diharap Kerajaan Pusat tidak menjadi penghalang kepada minat pelabur asing
untuk melabur di negeri Terengganu. Begitu juga dengan pengurusan syarikat-syarikat
milik kerajaan negeri, yang mana banyak memperolehi keuntungan berbanding dengan
negeri-negeri lain yang banyak mengalami kerugian. Malah Amanah Saham Darul Iman
yang diurus Kerajaan Negeri Terengganu merupakan satu-satunya Amanah Saham Negeri
yang memperolehi keuntungan dan dapat membayar dividen kepada pemegang sahamnya,
sedangkan amanah-amanah saham negeri lain mengalami kerugian dan kebankrapan.
Apa akan kerajaan lakukan ke atas amanah-amanah saham negeri yang tidak
bermaya dan mengalami kerugian ini? Dari aspek sosioekonomi, tanda ekonomi
bermasalah yang paling meruncing dan tidak mudah ditangani, ialah peningkatan kegiatan
ekonomi bawah tanah atau kongsi gelap, dan penyusupan pengaruh mereka dalam
pemerintahan negara. Kegiatan ini termasuklah operasi arked video, pinjaman haram atau
Along, perjudian haram, pelacuran, penyeludupan, menciplak hak cipta intelektual, dan
sebagainya.
Semua urusan perniagaan ini dibuat secara tunai dan sukar dikesan oleh kerajaan.
Wang yang dihasilkan dari ekonomi bawah tanah ini kemudiannya disalurkan pula ke dalam
ekonomi rasmi melalui pelbagai cara. Di antaranya termasuklah pelaburan dalam
perniagaan rasmi, pelaburan dalam pasaran saham dan rasuah kepada pihak berkuasa,
baik politik mahupun kakitangan kerajaan sebagai wang perlindungan bagi melindungi
kegiatan mereka dari tindakan undang-undang. Malah wang perlindungan juga dibayar
melalui pembiayaan calon-calon tertentu untuk mewakili mereka dalam parti tertentu dan
dalam pilihan raya untuk mewakili mereka dalam Parlimen. Melalui wang perlindungan
inilah mereka dapat meletakkan wakil mereka, bagi mempengaruhi penggubalan dasar dan
polisi kerajaan dan melindungi mereka dari tindakan pihak berkuasa.
Tanda paling jelas penyusupan pengaruh kongsi gelap dalam pemerintahan
negara ialah dakwaan yang dibuat oleh kepimpinan Barisan Nasional sendiri. Sekurang-
kurangnya seorang menteri dan seorang penasihat kanan parti didakwa terlibat. Mereka
berjaya menyusup dalam sebuah parti pemerintah dan mempengaruhi pemilihan
kepimpinan melalui politik wang, atau apa yang dinamakan “The Black Gold”. “Black”
bermakna politik kongsi gelap, dan “Gold” bermakna politik wang. Dakwaan ini dibuat
bukan oleh calang-calang orang tetapi Timbalan Menteri sendiri yang juga Ketua Pemuda
parti tersebut.
Saya, bagi pihak Parti Keadilan Nasional, mengucapkan tahniah di atas
keberanian beliau membongkar dan melaporkan kepada Pemangku Perdana Menteri, yang
sepatutnya mengambil tindakan tegas ke atas perkara tersebut. Tetapi seperti biasa, yang
melapor menghadapi tindakan tatatertib dan disiplin partinya sendiri, dan yang didakwa
bebas dari sebarang tindakan. Sila nyatakan menteri dan pemimpin mana yang didakwa
terlibat dalam kegiatan kongsi gelap ini, dan apakah tindakan yang diambil supaya kerajaan
dan rakyat berwaspada akan kegiatan mereka.
Saiz ekonomi mereka amat besar kerana transaksi perniagaan ini dibuat secara
tunai. Dianggarkan sekurang-kurangnya 40% daripada transaksi perniagaan tunai terlibat
secara langsung atau tidak langsung dengan ekonomi bawah tanah. Wang dari sumber
haram ini kemudiannya dilaburkan dalam perniagaan rasmi untuk menghalalkan sumber
mereka dan mengelak dari dipersoal oleh pihak berkuasa.
Dikatakan sebahagian besar kegiatan pembinaan, pembangunan dan perkilangan
masyarakat Cina, bergantung kepada sumber ekonomi bawah tanah atau kongsi gelap.
Ada yang berjaya sehingga dapat menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Saham Kuala
Lumpur, yang merupakan mercu tanda kejayaan mereka.
Dengan wang yang begitu banyak, mereka mampu mempengaruhi proses rasmi
kerajaan, mereka mampu membeli gelaran “Datuk” dan mendapat penganugerahan
bintang dan darjah kebesaran dari kerajaan, diikuti dengan iklan secara besar-besaran
dalam media perdana kepunyaan kerajaan sendiri, yang meletakkan mereka sebagai warga
terhormat.
Mereka menjadi tokoh korporat dan menjadi rakan kongsi niaga dengan keluarga
kepimpinan negara. Dengan ini mereka cukup berpengaruh dalam masyarakat politik dan
| Diharap Kerajaan Pusat tidak menjadi penghalang kepada minat pelabur asing untuk melabur di negeri Terengganu. Begitu juga dengan pengurusan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri, yang mana banyak memperolehi keuntungan berbanding dengan negeri-negeri lain yang banyak mengalami kerugian. Malah Amanah Saham Darul Iman yang diurus Kerajaan Negeri Terengganu merupakan satu-satunya Amanah Saham Negeri yang memperolehi keuntungan dan dapat membayar dividen kepada pemegang sahamnya, sedangkan amanah-amanah saham negeri lain mengalami kerugian dan kebankrapan. Apa akan kerajaan lakukan ke atas amanah-amanah saham negeri yang tidak bermaya dan mengalami kerugian ini? Dari aspek sosioekonomi, tanda ekonomi bermasalah yang paling meruncing dan tidak mudah ditangani, ialah peningkatan kegiatan ekonomi bawah tanah atau kongsi gelap, dan penyusupan pengaruh mereka dalam pemerintahan negara. Kegiatan ini termasuklah operasi arked video, pinjaman haram atau Along, perjudian haram, pelacuran, penyeludupan, menciplak hak cipta intelektual, dan sebagainya. Semua urusan perniagaan ini dibuat secara tunai dan sukar dikesan oleh kerajaan. Wang yang dihasilkan dari ekonomi bawah tanah ini kemudiannya disalurkan pula ke dalam ekonomi rasmi melalui pelbagai cara. Di antaranya termasuklah pelaburan dalam perniagaan rasmi, pelaburan dalam pasaran saham dan rasuah kepada pihak berkuasa, baik politik mahupun kakitangan kerajaan sebagai wang perlindungan bagi melindungi kegiatan mereka dari tindakan undang-undang. Malah wang perlindungan juga dibayar melalui pembiayaan calon-calon tertentu untuk mewakili mereka dalam parti tertentu dan dalam pilihan raya untuk mewakili mereka dalam Parlimen. Melalui wang perlindungan inilah mereka dapat meletakkan wakil mereka, bagi mempengaruhi penggubalan dasar dan polisi kerajaan dan melindungi mereka dari tindakan pihak berkuasa. Tanda paling jelas penyusupan pengaruh kongsi gelap dalam pemerintahan negara ialah dakwaan yang dibuat oleh kepimpinan Barisan Nasional sendiri. Sekurang- kurangnya seorang menteri dan seorang penasihat kanan parti didakwa terlibat. Mereka berjaya menyusup dalam sebuah parti pemerintah dan mempengaruhi pemilihan kepimpinan melalui politik wang, atau apa yang dinamakan "The Black Gold". "Black" bermakna politik kongsi gelap, dan "Gold" bermakna politik wang. Dakwaan ini dibuat bukan oleh calang-calang orang tetapi Timbalan Menteri sendiri yang juga Ketua Pemuda parti tersebut. Saya, bagi pihak Parti Keadilan Nasional, mengucapkan tahniah di atas keberanian beliau membongkar dan melaporkan kepada Pemangku Perdana Menteri, yang sepatutnya mengambil tindakan tegas ke atas perkara tersebut. Tetapi seperti biasa, yang melapor menghadapi tindakan tatatertib dan disiplin partinya sendiri, dan yang didakwa bebas dari sebarang tindakan. Sila nyatakan menteri dan pemimpin mana yang didakwa terlibat dalam kegiatan kongsi gelap ini, dan apakah tindakan yang diambil supaya kerajaan dan rakyat berwaspada akan kegiatan mereka. Saiz ekonomi mereka amat besar kerana transaksi perniagaan ini dibuat secara tunai. Dianggarkan sekurang-kurangnya 40% daripada transaksi perniagaan tunai terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan ekonomi bawah tanah. Wang dari sumber haram ini kemudiannya dilaburkan dalam perniagaan rasmi untuk menghalalkan sumber mereka dan mengelak dari dipersoal oleh pihak berkuasa. Dikatakan sebahagian besar kegiatan pembinaan, pembangunan dan perkilangan masyarakat Cina, bergantung kepada sumber ekonomi bawah tanah atau kongsi gelap. Ada yang berjaya sehingga dapat menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Saham Kuala Lumpur, yang merupakan mercu tanda kejayaan mereka. Dengan wang yang begitu banyak, mereka mampu mempengaruhi proses rasmi kerajaan, mereka mampu membeli gelaran "Datuk" dan mendapat penganugerahan bintang dan darjah kebesaran dari kerajaan, diikuti dengan iklan secara besar-besaran dalam media perdana kepunyaan kerajaan sendiri, yang meletakkan mereka sebagai warga terhormat. Mereka menjadi tokoh korporat dan menjadi rakan kongsi niaga dengan keluarga kepimpinan negara. Dengan ini mereka cukup berpengaruh dalam masyarakat politik dan. | 28 | 40 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 29
perniagaan, dan menggunakan kedudukan dan pengaruh mereka untuk terus melindungi
kegiatan ekonomi bawah tanah dan mempengaruhi perjalanan ekonomi rasmi dan
kerajaan. Apabila kerajaan ingin mengembangkan ekonomi biasanya ia akan bergantung
kepada sektor pembinaan dan pembangunan hartanah. Sektor ini dikuasai oleh pengusaha
ekonomi bawah tanah. Secara tidak langsung kerajaan menyumbang wang ke dalam
ekonomi bawah tanah yang dikuasai pertubuhan kongsi gelap.
Setiap kali menjelang pilihan raya kerajaan akan merangsang pasaran saham
dengan harapan akan ada lebihan wang untuk digunakan semasa pilihan raya. Wang yang
dipungut melalui manipulasi pasaran saham ini dikelolakan oleh orang-orang yang tertentu,
yang sudah mengetahui kaunter mana harga saham akan naik. Kita boleh mengagak dari
mana sumber wang ini datang dan selalunya syarikat-syarikat tertentu akan terlibat.
Mereka mempunyai hubungan istimewa dengan kerajaan dan kepimpinan negara. Hasil ini
akan dilaburkan untuk membiayai parti-parti politik pemerintah baik dalam pemilihan parti
mahupun pilihan raya.
Sekarang kita faham kenapa organisasi kongsi gelap terus beroperasi dan semakin
berkembang kerana kerajaan sendiri terlibat dan membiarkan mereka bergabung dengan
ekonomi rasmi pada tahap tertentu. Saya berharap kerajaan sedar akan bahaya yang
menghadapi masa depan ekonomi negara dan melakukan sesuatu sebelum terlambat.
Tuan Yang di-Pertua, aspek kedua ialah kesilapan dan penggunaan paksaan dan
kekerasan dalam pengurusan dan pelaksanaan polisi ekonomi dan pembangunan negara.
Kesilapan menyerbu akhbar harian Internet, Malaysia kini yang dijamin kebebasannya di
bawah piagam Multimedia Super Corridor mendakwa aktivis hak asasi kemanusiaan yang
dijamin hak mereka dalam perlembagaan, mendakwa dan memenjarakan mereka yang
membongkar rasuah dan penyalahgunaan kuasa, menyerbu pakar IT asing yang bekerja
dengan agensi kerajaan sendiri, menggunakan ISA yang kemudiannya dibatalkan oleh
mahkamah dan pelbagai lagi.
Semua ini menggunakan kuasa polis untuk bertindak. Polis sebenarnya tidak
dilatih dan tidak layak mengawasi pelaksanaan polisi ekonomi dan pembangunan negara.
Kerajaan menyalahgunakan kuasa yang ada pada polis untuk kepentingan mereka.
Kesilapan besar juga berlaku dalam pengurusan pasaran modal, penyelewengan
ekonomi, pengagihan belanjawan yang mengutamakan kroni kapitalis daripada rakyat
jelata, pelaksanaan bahasa Inggeris, penarikan bantuan Sekolah Agama Rakyat dan
pelbagai lagi. Kesilapan-kesilapan ini menggugat kuasa pemerintah sehingga perlu
bergantung kepada polis, kekerasan dan paksaan dalam pentadbiran masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, aspek ketiga ialah peningkatan keganasan, jenayah kolar
putih dan kepincangan rumah tangga. Daripada laporan media perdana sendiri kita melihat
peningkatan kegiatan rompakan di negeri-negeri Selangor, Johor, Perak, Negeri Sembilan,
Melaka dan Kuala Lumpur. Rompakan berlaku ke atas bank, syarikat kewangan, kedai
emas dan sebagainya. Macam-macam kumpulan terlibat, ada geng Kalimuthu, ada Geng
Mamak, Geng M16, Geng Steyr, Geng Raja seperti drama dalam televisyen dan wayang
gambar. Begitu juga dengan peningkatan jenayah kolar putih, pelbagai skandal dilaporkan
berlaku dalam kerajaan dan agensi kerajaan. Skandal Perwaja, Tabung Haji, pengeluaran
wang palsu PUNB, PPRT, Wang Ehsan, MAS, Renong, Celcom, Time dotCom dan
sebagainya. Setakat ini tidak ada siapa yang didakwa dan diambil tindakan melainkan
beberapa pegawai bawahan yang teraniaya.
Bagaimana skandal-skandal ini boleh berlaku dan kenapa mereka sanggup
menipu kerajaan dan agensinya. Ini kerana kerajaan sendiri tidak boleh diharap kerana
mereka tidak amanah dan tidak telus. Apatah lagi kakitangan kerajaan dan kroni kapitalis
sendiri tahu bahawa menteri-menteri dan kepimpinan tertinggi negara pun terlibat sekali.
Kepincangan rumah tangga juga meningkat kerana tekanan kesempitan hidup yang
memaksa wanita-wanita menjerih tenaga untuk menampung keperluan hidup keluarga yang
ada dan ada yang terpaksa terlibat dengan kegiatan yang tidak diingini seperti pelacuran
dan sebagainya. Ramai pelajar wanita institusi pengajian tinggi terpaksa melacur untuk
menampung keperluan kos pengajian kerana keluarga tidak mampu menanggung kos
yang begitu tinggi. Masalah ini perlu ditangani dengan serius, jangan fikir pasal
| perniagaan, dan menggunakan kedudukan dan pengaruh mereka untuk terus melindungi kegiatan ekonomi bawah tanah dan mempengaruhi perjalanan ekonomi rasmi dan kerajaan. Apabila kerajaan ingin mengembangkan ekonomi biasanya ia akan bergantung kepada sektor pembinaan dan pembangunan hartanah. Sektor ini dikuasai oleh pengusaha ekonomi bawah tanah. Secara tidak langsung kerajaan menyumbang wang ke dalam ekonomi bawah tanah yang dikuasai pertubuhan kongsi gelap. Setiap kali menjelang pilihan raya kerajaan akan merangsang pasaran saham dengan harapan akan ada lebihan wang untuk digunakan semasa pilihan raya. Wang yang dipungut melalui manipulasi pasaran saham ini dikelolakan oleh orang-orang yang tertentu, yang sudah mengetahui kaunter mana harga saham akan naik. Kita boleh mengagak dari mana sumber wang ini datang dan selalunya syarikat-syarikat tertentu akan terlibat. Mereka mempunyai hubungan istimewa dengan kerajaan dan kepimpinan negara. Hasil ini akan dilaburkan untuk membiayai parti-parti politik pemerintah baik dalam pemilihan parti mahupun pilihan raya. Sekarang kita faham kenapa organisasi kongsi gelap terus beroperasi dan semakin berkembang kerana kerajaan sendiri terlibat dan membiarkan mereka bergabung dengan ekonomi rasmi pada tahap tertentu. Saya berharap kerajaan sedar akan bahaya yang menghadapi masa depan ekonomi negara dan melakukan sesuatu sebelum terlambat. Tuan Yang di-Pertua, aspek kedua ialah kesilapan dan penggunaan paksaan dan kekerasan dalam pengurusan dan pelaksanaan polisi ekonomi dan pembangunan negara. Kesilapan menyerbu akhbar harian Internet, Malaysia kini yang dijamin kebebasannya di bawah piagam Multimedia Super Corridor mendakwa aktivis hak asasi kemanusiaan yang dijamin hak mereka dalam perlembagaan, mendakwa dan memenjarakan mereka yang membongkar rasuah dan penyalahgunaan kuasa, menyerbu pakar IT asing yang bekerja dengan agensi kerajaan sendiri, menggunakan ISA yang kemudiannya dibatalkan oleh mahkamah dan pelbagai lagi. Semua ini menggunakan kuasa polis untuk bertindak. Polis sebenarnya tidak dilatih dan tidak layak mengawasi pelaksanaan polisi ekonomi dan pembangunan negara. Kerajaan menyalahgunakan kuasa yang ada pada polis untuk kepentingan mereka. Kesilapan besar juga berlaku dalam pengurusan pasaran modal, penyelewengan ekonomi, pengagihan belanjawan yang mengutamakan kroni kapitalis daripada rakyat jelata, pelaksanaan bahasa Inggeris, penarikan bantuan Sekolah Agama Rakyat dan pelbagai lagi. Kesilapan-kesilapan ini menggugat kuasa pemerintah sehingga perlu bergantung kepada polis, kekerasan dan paksaan dalam pentadbiran masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, aspek ketiga ialah peningkatan keganasan, jenayah kolar putih dan kepincangan rumah tangga. Daripada laporan media perdana sendiri kita melihat peningkatan kegiatan rompakan di negeri-negeri Selangor, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. Rompakan berlaku ke atas bank, syarikat kewangan, kedai emas dan sebagainya. Macam-macam kumpulan terlibat, ada geng Kalimuthu, ada Geng Mamak, Geng M16, Geng Steyr, Geng Raja seperti drama dalam televisyen dan wayang gambar. Begitu juga dengan peningkatan jenayah kolar putih, pelbagai skandal dilaporkan berlaku dalam kerajaan dan agensi kerajaan. Skandal Perwaja, Tabung Haji, pengeluaran wang palsu PUNB, PPRT, Wang Ehsan, MAS, Renong, Celcom, Time dotCom dan sebagainya. Setakat ini tidak ada siapa yang didakwa dan diambil tindakan melainkan beberapa pegawai bawahan yang teraniaya. Bagaimana skandal-skandal ini boleh berlaku dan kenapa mereka sanggup menipu kerajaan dan agensinya. Ini kerana kerajaan sendiri tidak boleh diharap kerana mereka tidak amanah dan tidak telus. Apatah lagi kakitangan kerajaan dan kroni kapitalis sendiri tahu bahawa menteri-menteri dan kepimpinan tertinggi negara pun terlibat sekali. Kepincangan rumah tangga juga meningkat kerana tekanan kesempitan hidup yang memaksa wanita-wanita menjerih tenaga untuk menampung keperluan hidup keluarga yang ada dan ada yang terpaksa terlibat dengan kegiatan yang tidak diingini seperti pelacuran dan sebagainya. Ramai pelajar wanita institusi pengajian tinggi terpaksa melacur untuk menampung keperluan kos pengajian kerana keluarga tidak mampu menanggung kos yang begitu tinggi. Masalah ini perlu ditangani dengan serius, jangan fikir pasal. | 29 | 41 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
30 DR.1.4.2003
menyelamatkan kroni sahaja yang melibatkan begitu banyak wang rakyat, tanpa
menghiraukan nasib rakyat jelata yang menghadapi keperitan dan kesempitan hidup.
Tuan Yang di-Pertua, masalah sosial ekonomi ini timbul kerana..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat masa sudah
cukup.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof:… timbul kerana belanjawan tidak digunakan
sebagai alat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula ekonomi bagi menjamin
keadilan dalam pengagihan kekayaan dan pembangunan negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Tebrau.
Beberapa Ahli Pembangkang: Oi! Tebrau.
12.20 tgh.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrau]: Salahkah bercakap.. [Ketawa]
tidak salah saya bercakap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya
bercakap. Alhamdulillah dapat juga saya bercakap walaupun masa 10 minit. Kalau
mengikut cadangan semalam memang saya tidak boleh bercakap kerana Tuan Yang di-
Pertua memberi masa satu hari sahaja, pembangkang bercakap tiga jam..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini satu hari
bukan ditentukan oleh saya, Peraturan Mesyuarat.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Oh! Peraturan ya. Jadi yang di sana tidak
mengikut peraturanlah? Ini kalau dapat bercakap alhamdulillah, semalam pun sana
bercakap bukan kisah peruntukan, habis diceritakan politik masuk, sepatutnya kita tujukan
kepada peruntukan tambahan. Jadi, saya pun terikut-ikut hendak bercakap juga sedikit di
luar daripada peruntukan.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Bertenang! Tuan Yang di-Pertua, saya
juga ingin turut serta untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang
Perbekalan Tambahan (2002) 2003 di beberapa buah kementerian yang telah
dibentangkan oleh Timbalan Menteri tempoh hari. Dalam sebuah kerajaan pun, dalam
masalah tambahan peruntukan memang ada, termasuk juga negeri Terengganu, negeri
Kelantan. Dia pun ada membuat peruntukan tambahan dan meletakkan juga kod RM10.00
itu. Ini biasalah tetapi semalam saya lihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu
dia tidak faham kod yang RM10.00 itu. Biasalah ia dimasukkan untuk memberi peluang
kepada kerajaan untuk membuat tambahan peruntukan jika perlu, tetapi dia seolah-olah
menyalahkan ini, apa peruntukan RM10.00 ini. Tetapi dia menjaga negeri Terengganu pun
ada berbuat begitu, Kelantan pun ada, tidak payahlah hendak menegur kerajaan di sini
yang bersalah, tetapi sudah biasalah dengan sebelah sana asal bercakap saya tengok
balik-balik kaset lama berpusing sahaja dimainkan itu. Carilah idea yang baru, idea yang
baik, yang memberikan pandangan kepada kerajaan, menegur dengan hikmat, tidak
mengapalah ini tidak ada, semacam sahaja termasuk Ahli Yang Berhormat yang baru
bercakap tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apa yang
disentuh tidak berkaitan dengan Pembekalan Tambahan.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk][Ketawa]
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ialah, dia boleh bercakap, saya pun
hendak bercakap juga. Jadi, sama-sama mendengar.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat suka hati
awaklah tetapi akan diberhentikan dalam 10 minit.
| menyelamatkan kroni sahaja yang melibatkan begitu banyak wang rakyat, tanpa menghiraukan nasib rakyat jelata yang menghadapi keperitan dan kesempitan hidup. Tuan Yang di-Pertua, masalah sosial ekonomi ini timbul kerana.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat masa sudah cukup. Tuan Abd. Rahman bin Yusof:... timbul kerana belanjawan tidak digunakan sebagai alat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula ekonomi bagi menjamin keadilan dalam pengagihan kekayaan dan pembangunan negara. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Tebrau. Beberapa Ahli Pembangkang: Oi! Tebrau. 12.20 tgh. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrau]: Salahkah bercakap.. [Ketawa] tidak salah saya bercakap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya bercakap. Alhamdulillah dapat juga saya bercakap walaupun masa 10 minit. Kalau mengikut cadangan semalam memang saya tidak boleh bercakap kerana Tuan Yang di- Pertua memberi masa satu hari sahaja, pembangkang bercakap tiga jam.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini satu hari bukan ditentukan oleh saya, Peraturan Mesyuarat. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Oh! Peraturan ya. Jadi yang di sana tidak mengikut peraturanlah? Ini kalau dapat bercakap alhamdulillah, semalam pun sana bercakap bukan kisah peruntukan, habis diceritakan politik masuk, sepatutnya kita tujukan kepada peruntukan tambahan. Jadi, saya pun terikut-ikut hendak bercakap juga sedikit di luar daripada peruntukan. Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Bertenang! Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin turut serta untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2003 di beberapa buah kementerian yang telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri tempoh hari. Dalam sebuah kerajaan pun, dalam masalah tambahan peruntukan memang ada, termasuk juga negeri Terengganu, negeri Kelantan. Dia pun ada membuat peruntukan tambahan dan meletakkan juga kod RM10.00 itu. Ini biasalah tetapi semalam saya lihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dia tidak faham kod yang RM10.00 itu. Biasalah ia dimasukkan untuk memberi peluang kepada kerajaan untuk membuat tambahan peruntukan jika perlu, tetapi dia seolah-olah menyalahkan ini, apa peruntukan RM10.00 ini. Tetapi dia menjaga negeri Terengganu pun ada berbuat begitu, Kelantan pun ada, tidak payahlah hendak menegur kerajaan di sini yang bersalah, tetapi sudah biasalah dengan sebelah sana asal bercakap saya tengok balik-balik kaset lama berpusing sahaja dimainkan itu. Carilah idea yang baru, idea yang baik, yang memberikan pandangan kepada kerajaan, menegur dengan hikmat, tidak mengapalah ini tidak ada, semacam sahaja termasuk Ahli Yang Berhormat yang baru bercakap tadi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apa yang disentuh tidak berkaitan dengan Pembekalan Tambahan. Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk][Ketawa] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ialah, dia boleh bercakap, saya pun hendak bercakap juga. Jadi, sama-sama mendengar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat suka hati awaklah tetapi akan diberhentikan dalam 10 minit. | 30 | 42 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
DR.1.4.2003 31
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: 10 minit? Lagi berapa minit Tuan Yang di-
Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: 10 minit, dua minit sudah habis.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Dua minit Allah. Tidak mengapalah saya
sikit sahaja. Perhimpunan aman, ini di bawah Kementerian Luar Negerilah, dia pun
menegur, dia kata membuat perhimpunan semacam hiburan mana ada hiburan, kita kalau
sudah ramai berhimpun. Dia tengoklah bila perhimpunan itu bagus yang dibuat oleh
kerajaan dianjurkan oleh badan berkanun, mendapat sambutan bagus, dia kata tidak
bagus. Dia membuat perhimpunan lagi satu yang tidak ada lesen. Bila kerajaan mengambil
tindakan dia marah kerajaan zalim, tetapi kalau tidak dikawal Tuan Yang di-Pertua dalam
perhimpunan yang tidak ada lesen, boleh jadi rosak dibuatnya kalau sesuatu berlaku besok
dituduh polis tidak mengambil tindakan. Tengok apa, sudah menjadi rusuh. Itu sebab polis
menahan, polis berlembut, jangan berarak tanpa lesen, sabar, ini tidak macam sudah
menjadi ekstrem, itu yang kita takut Tuan Yang di-Pertua.
Sebab itu polis tidak mengizinkan, nanti datanglah sama-sama tidak mengapalah,
perkara ini kita hendak bersatu tetapi kerana politik itu merugikan dia. Dia hendak masuk
itu, dia mencari politik yang boleh menguntungkan, ini boleh masuk, kita masuk kita buat, ini
anjuran parti pembangkang. Jadi, buat, bila dibuat polis kenapa tahan. Polis untuk menjaga
keselamatan, kalau sudah berlaku sesuatu hal polis juga yang salah. Ini biasalah dengan
parti pembangkang, dia suka menegur. Kemudian mengenai dengan HARAKAH, dia marah
juga satu tahun dua kali, tetapi dia tidak melihat apa yang disebutkan…
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Setahun dua kali.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ha, sebulan dua kali ya. Dia sepatutnya
setahun cuma empat kali sahaja.
Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Menyampuk]
Datuk Kamaruddin bin Jaffar: Peraturan 36(6) sangkaan jahat terhadap
HARAKAH.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Setahun dua kali.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat..
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada Peraturan Mesyuarat, kata
Tumpat sangkaan jahat, tidak ada ha. Teruskan ucapan.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Apa dia jahat? Tidak ada jahat..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia kata sangkaan jahat,
Peraturan Mesyuarat.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ha, entah, saya pun tidak nampak saya
bercakap jahat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada baiklah. Teruskan.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ah’ha cakap baik sahaja, cuma di sana
sahaja tidak baik. [Ketawa] Ialah dia menuduh dalam akhbar HARAKAH Yang Berhormat
banyak yang tidak betul. Kadang-kadang ada yang sedikit diperbesarkan, yang agak boleh
begini dia corner sedikit, ini biasalah. Saya tidak marah tetapi cuma dia mempertahankan..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat HARAKAH
pun tidak tercetak di dalam. Pembekalan Tambahan pun tidak ada.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Kementerian Dalam Negeri .
| Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: 10 minit? Lagi berapa minit Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: 10 minit, dua minit sudah habis. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Dua minit Allah. Tidak mengapalah saya sikit sahaja. Perhimpunan aman, ini di bawah Kementerian Luar Negerilah, dia pun menegur, dia kata membuat perhimpunan semacam hiburan mana ada hiburan, kita kalau sudah ramai berhimpun. Dia tengoklah bila perhimpunan itu bagus yang dibuat oleh kerajaan dianjurkan oleh badan berkanun, mendapat sambutan bagus, dia kata tidak bagus. Dia membuat perhimpunan lagi satu yang tidak ada lesen. Bila kerajaan mengambil tindakan dia marah kerajaan zalim, tetapi kalau tidak dikawal Tuan Yang di-Pertua dalam perhimpunan yang tidak ada lesen, boleh jadi rosak dibuatnya kalau sesuatu berlaku besok dituduh polis tidak mengambil tindakan. Tengok apa, sudah menjadi rusuh. Itu sebab polis menahan, polis berlembut, jangan berarak tanpa lesen, sabar, ini tidak macam sudah menjadi ekstrem, itu yang kita takut Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu polis tidak mengizinkan, nanti datanglah sama-sama tidak mengapalah, perkara ini kita hendak bersatu tetapi kerana politik itu merugikan dia. Dia hendak masuk itu, dia mencari politik yang boleh menguntungkan, ini boleh masuk, kita masuk kita buat, ini anjuran parti pembangkang. Jadi, buat, bila dibuat polis kenapa tahan. Polis untuk menjaga keselamatan, kalau sudah berlaku sesuatu hal polis juga yang salah. Ini biasalah dengan parti pembangkang, dia suka menegur. Kemudian mengenai dengan HARAKAH, dia marah juga satu tahun dua kali, tetapi dia tidak melihat apa yang disebutkan... Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Setahun dua kali. Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ha, sebulan dua kali ya. Dia sepatutnya setahun cuma empat kali sahaja. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Menyampuk]. Datuk Kamaruddin bin Jaffar: Peraturan 36(6) sangkaan jahat terhadap HARAKAH. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Setahun dua kali. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada Peraturan Mesyuarat, kata Tumpat sangkaan jahat, tidak ada ha. Teruskan ucapan. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Apa dia jahat? Tidak ada jahat.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia kata sangkaan jahat, Peraturan Mesyuarat. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ha, entah, saya pun tidak nampak saya bercakap jahat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada baiklah. Teruskan. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ah'ha cakap baik sahaja, cuma di sana sahaja tidak baik. [Ketawa] Ialah dia menuduh dalam akhbar HARAKAH Yang Berhormat banyak yang tidak betul. Kadang-kadang ada yang sedikit diperbesarkan, yang agak boleh begini dia corner sedikit, ini biasalah. Saya tidak marah tetapi cuma dia mempertahankan.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat HARAKAH pun tidak tercetak di dalam. Pembekalan Tambahan pun tidak ada. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Kementerian Dalam Negeri . | 31 | 43 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |
32 DR.1.4.2003
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Oooo…
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang
di-Pertua, yang betul jangan tegur sayalah. Saya hendak menyentuh sedikit di bawah
masalah pemeriksaan kesihatan. Ini kes penyakit yang baru SARS barah paru-paru ini.
Jadi ini pun kerajaan kena mengambil serius, walaupun kita tahu Malaysia kalau diikutkan
tidak ada terlibat. Cuma ada satu dengar cerita dimasukkan di Hospital Sultanah Aminah
tetapi tidak merebak. Boleh tidak kerajaan juga, saya meminta kedua-dua boundary
masuk ke Johor itu di Woodlands satu dan satu lagi di Tanjung Pelepas di link kedua. Di
situ sebab ramai rakyat Singapura masuk, kita kena berhati-hati Tuan Yang di-Pertua, tidak
boleh membiarkan juga. Saya ingat kita kena bersiap sedia juga. Ini kalau sekali kena dia
akan merebak begitu pantas sekali. Jadi, saya berharap Kementerian Kesihatan berjaga-
jaga juga. Jangan cakap tidak ada, mesti mengambil perhatian, cuba check juga sekali-
sekali tengok supaya tidak terlibat dalam masalah penyakit serius ini kepada rakyat
Malaysia.
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiu minta
penjelasan.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ooo no way, tidak boleh, tidak sempat
Yang Berhormat. Semalam saya meminta kepada Ketua Pembangkang pun dia tidak beri.
Kalau dia beri, saya beri. Allah kacau, jadi saya berharap Kementerian Kesihatan
mengambil perhatian di dalam perkara ini. Bila dia berlaku sudah tidak berguna lagi. Jadi
kerana penyakit ini membawa maut, dengan itu saya berharap Kementerian Kesihatan akan
mengambil perhatian.
Yang kedua berhubung dengan perkara pengedar dan pembekal dadah ini,
Kementerian Dalam Negeri. . Sekarang saya tahu hukuman memang berat, yang menjadi
masalah ini pengedar dan pembekal dibicara, ada kala kadang-kadang perbicaraan ini
nasib baik kerana teknikal dia terlepas, daripada maut pun terlepas, daripada tali gantung
pun terlepas. Kalau yang tidak sampai had yang ditentukan kadang-kadang dia pun
terlepas juga.
Jadi, bila sudah terlepas, saya lihat perbicaraan di mahkamah lain. Di Singapura
ini kalau dia bicara kes dadah tidak ada chance lepas, tidak ada teknikal, macam ada
sedikit salah, polis tidak ada membuat itu dan ini - lepas. Di sana tidak ada, dia tahu
memang orang itu membawa dadah dan memang tetap dia punya hukuman. Jadi, kalau
ikut macam cara di Malaysia ini yang teknikal boleh lepas tetapi dia membuat kerja itu, kita
mencari jalan, saya hendak mencadangkan yang kes-kes kecil ini serius pasal masalah
dadah ini. Kalau tidak diambil tindakan yang sewajarnya, yang kecil ini pun saya hendak
mencadangkan supaya diletakkan di bawah tahanan ISA. Sama juga macam orang-orang
yang memalsukan kad pengenalan, pasport yang mana itu ditahan di bawah ISA. Yang
kecil-kecil yang di bawah had tali gantung ini, yang mengedar sedikit-sedikit, cuba kita
berikan amaran, kerajaan mengetatkan sedikit hukuman dan ditahan di bawah ISA.
Walaupun di bawah had daripada dikenakan hukuman mati atau tali gantung. Jadi,
kerajaan hendaklah meletakkan kes-kes yang semacam ini di bawah tahanan ISA dan
kedua kalau agak kes itu terlepas, kerajaan tahanlah dan ambil tindakan selepas itu di
bawah ISA supaya mereka ini tahu seksa dan susahnya, kalau kena tahan. Jadi, saya
berharap kementerian yang berkenaan dan kerajaan supaya menguatkuasakan tahanan
ISA ini kepada pengedar dan juga pembekal dadah, walaupun kecil tidak kisah memang
kalau dia membawa kita charge di bawah ISA, supaya memberi pengajaran kepada yang
lain, supaya tidak berani hendak membuat sedemikian rupa. Kalau tidak mereka ini akan
terus juga, kerana sedikit lepas, denda sedikit kerana di bawah had daripada yang
dikenakan hukuman gantung itu.
Bila dia membawa sedikit dia cuma kena jel sahaja. ISA dan jel kita
menghukumkannya sekali, supaya kita berikan undang-undang yang lebih ketat kepada
pengedar dadah.
| Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Oooo... Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, yang betul jangan tegur sayalah. Saya hendak menyentuh sedikit di bawah masalah pemeriksaan kesihatan. Ini kes penyakit yang baru SARS barah paru-paru ini. Jadi ini pun kerajaan kena mengambil serius, walaupun kita tahu Malaysia kalau diikutkan tidak ada terlibat. Cuma ada satu dengar cerita dimasukkan di Hospital Sultanah Aminah tetapi tidak merebak. Boleh tidak kerajaan juga, saya meminta kedua-dua boundary masuk ke Johor itu di Woodlands satu dan satu lagi di Tanjung Pelepas di link kedua. Di situ sebab ramai rakyat Singapura masuk, kita kena berhati-hati Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh membiarkan juga. Saya ingat kita kena bersiap sedia juga. Ini kalau sekali kena dia akan merebak begitu pantas sekali. Jadi, saya berharap Kementerian Kesihatan berjaga- jaga juga. Jangan cakap tidak ada, mesti mengambil perhatian, cuba check juga sekali- sekali tengok supaya tidak terlibat dalam masalah penyakit serius ini kepada rakyat Malaysia. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiu minta penjelasan. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ooo no way, tidak boleh, tidak sempat Yang Berhormat. Semalam saya meminta kepada Ketua Pembangkang pun dia tidak beri. Kalau dia beri, saya beri. Allah kacau, jadi saya berharap Kementerian Kesihatan mengambil perhatian di dalam perkara ini. Bila dia berlaku sudah tidak berguna lagi. Jadi kerana penyakit ini membawa maut, dengan itu saya berharap Kementerian Kesihatan akan mengambil perhatian. Yang kedua berhubung dengan perkara pengedar dan pembekal dadah ini, Kementerian Dalam Negeri. . Sekarang saya tahu hukuman memang berat, yang menjadi masalah ini pengedar dan pembekal dibicara, ada kala kadang-kadang perbicaraan ini nasib baik kerana teknikal dia terlepas, daripada maut pun terlepas, daripada tali gantung pun terlepas. Kalau yang tidak sampai had yang ditentukan kadang-kadang dia pun terlepas juga. Jadi, bila sudah terlepas, saya lihat perbicaraan di mahkamah lain. Di Singapura ini kalau dia bicara kes dadah tidak ada chance lepas, tidak ada teknikal, macam ada sedikit salah, polis tidak ada membuat itu dan ini- lepas. Di sana tidak ada, dia tahu memang orang itu membawa dadah dan memang tetap dia punya hukuman. Jadi, kalau ikut macam cara di Malaysia ini yang teknikal boleh lepas tetapi dia membuat kerja itu, kita mencari jalan, saya hendak mencadangkan yang kes-kes kecil ini serius pasal masalah dadah ini. Kalau tidak diambil tindakan yang sewajarnya, yang kecil ini pun saya hendak mencadangkan supaya diletakkan di bawah tahanan ISA. Sama juga macam orang-orang yang memalsukan kad pengenalan, pasport yang mana itu ditahan di bawah ISA. Yang kecil-kecil yang di bawah had tali gantung ini, yang mengedar sedikit-sedikit, cuba kita berikan amaran, kerajaan mengetatkan sedikit hukuman dan ditahan di bawah ISA. Walaupun di bawah had daripada dikenakan hukuman mati atau tali gantung. Jadi, kerajaan hendaklah meletakkan kes-kes yang semacam ini di bawah tahanan ISA dan kedua kalau agak kes itu terlepas, kerajaan tahanlah dan ambil tindakan selepas itu di bawah ISA supaya mereka ini tahu seksa dan susahnya, kalau kena tahan. Jadi, saya berharap kementerian yang berkenaan dan kerajaan supaya menguatkuasakan tahanan ISA ini kepada pengedar dan juga pembekal dadah, walaupun kecil tidak kisah memang kalau dia membawa kita charge di bawah ISA, supaya memberi pengajaran kepada yang lain, supaya tidak berani hendak membuat sedemikian rupa. Kalau tidak mereka ini akan terus juga, kerana sedikit lepas, denda sedikit kerana di bawah had daripada yang dikenakan hukuman gantung itu. Bila dia membawa sedikit dia cuma kena jel sahaja. ISA dan jel kita menghukumkannya sekali, supaya kita berikan undang-undang yang lebih ketat kepada pengedar dadah. | 32 | 44 | 2003-04-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf |