prompt_input
null | input
stringlengths 12
132
| output
stringlengths 3
8.21k
|
---|---|---|
null | definisi: pensyahadatan | [pen.sya.ha.da.tan] | ڤنشهادتن
Definisi : perbuatan bersyahadat: upacara ~ beramai-ramai.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: rampak | [ram.pa/] | رامڤق
Definisi : = berampak 1. bercabang atau berdahan banyak dan panjang-panjang, memapar (spt pokok ketapang, hujan-hujan): sepohon kayu yg amat ~ dahannya; ~ rendang = rimbun ~ rampak lagi lebat daunnya; 2. ki banyak pakaian atau perhiasan yg dipakai: pakaian pengantin perempuan ~.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: membabi | [mem.ba.bi] | ممبابي
Definisi : ; ~ jalang berzina, bermukah.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: kapital | [ka.pi.tal] | کاڤيتل
Definisi : modal: ~ asing diperlukan utk pembangunan negara.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: terkelabung | [ter.ke.la.bung] | ترکلابوڠ
Definisi : bercampur aduk, kacau-bilau, bersepah (pakaian dll).
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: kongkang | [kong.kang] | کوڠکڠ
Definisi : sj kera kecil yg tidak berekor dlm famili Lorisidae, Nycticebus coucang; spt ~ malu; agih-agih ~ prb terlalu dermawan atau murah hati hingga diri sendiri mendapat kesusahan; mengongkang 1. berlaku spt kongkang; 2. mengerip, mengunggis: Intan sedang enak ~ epal.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: mengimbalkan | [me.ngim.bal.kan] | مڠيمبلکن
Definisi : memberikan imbalan kpd seseorang.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: selain | [se.lain] | سلاءين
Definisi : 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: melaknati | [me.laÖ.na.ti]/[me.lak.na.ti] | ملعنتي
Definisi : mengutuk: Allah ~nya andainya suaminya itu benar;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: engget | [éng.gét] | ايڠݢيت
Definisi : (énggét) Jk; mengengget mengait (buah dll).
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: mengalegorikan | [me.nga.lé.go.ri.kan] | مڠاليݢوريکن
Definisi : mengubah sesuatu karya (cerita dsb) menjadi alegori, mengubah sesuatu dlm bentuk alegori.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: bertaruk | [ber.taru/] | برتاروق
Definisi : ada taruknya, bertunas.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: serikultur | [sé.ri.kul.tur] | سيريکولتور
Definisi : (sérikultur) penternakan ulat sutera utk menghasilkan sutera mentah.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: poligami | [po.li.ga.mi] | ڤوليݢامي
Definisi : (Ant) amalan beristeri lebih drpd satu orang pd masa yg sama; berpoligami mengamalkan poligami, mempunyai lebih drpd seorang isteri pd masa yg sama: sekiranya dikhuatiri sukar berlaku adil, janganlah ~, kelak sukar hendak dijawab di akhirat nanti.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menganjakkan | [me.ngan.ja/.kan] | مڠنجقکن
Definisi : menggerakkan sesuatu dr sesuatu tempat, mengengsotkan: dia ~ gelas itu ke tengah meja; dianjak layu, dianggur (dicabut) mati prb tidak dapat diubah lagi (keputusan);
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: dergama | [der.ga.ma] | درݢام
Definisi : Jw fitnah.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: berganduh | [ber.gan.duh] | برݢندوه
Definisi : bercampur, beraduk.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: renyek | [ré.nyé/] | ريڽيق
Definisi : Jk kumal, renyuk.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: bintik | [bin.ti/] | بينتيق
Definisi : 1. titik pd kulit (kerana kena panas dll); 2. titik pd sesuatu benda: air hitam yg banyak ~ buih naik dr dalamnya; ~ perang sj penyakit pokok (kelihatan bintik-bintik perang);berbintik, berbintik-bintik ada titik-titik, bertitik(-titik): mukanya pucat tiada ~ warna apa pun; peluh berbintik-bintik halus terpancar keluar dr dahinya.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: mukhlis | [mukh.lis]/[mukh.lis] | مخلص
Definisi : Ar (orang yg) ikhlas, (orang yg) jujur.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menjazamkan | [men.ja.zam.kan] | منجزمکن
Definisi : 1. memotong, mengerat, memenggal; 2. memutuskan, menentukan: segala harta dan hak kepunyaanku telah kujazamkan, iaitu kuserahkan supaya dibahagikan dua pertiga daripadanya kpd Puan Normah.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: senjata | [sen.ja.ta] | سنجات
Definisi : 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: kepeloporan | [ke.pe.lo.po.ran] | کڤلوڤورن
Definisi : perihal (kebolehan, keupayaan) sbg pelopor: kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: ciarik | [cia.ri/] | چياريق
Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar riang-riang rimba, Vitis wrayi; akar ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Mallotus repandus.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: pengurutan | [pe.ngu.ru.tan] | ڤڠوروتن
Definisi : perbuatan dsb mengurut: ~ pd otot-otot, bermula dr ibu kaki;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menjimatkan | [men.ji.mat.kan] | منجيمتکن
Definisi : menghematkan, mengeluarkan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: merapungkan | [me.ra.pung.kan] | مراڤوڠکن
Definisi : mengapungkan; ® apung.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: merenggang | [me.reng.gang] | مرڠݢڠ
Definisi : ; ~ gawai (Palembang) ark memperkosa perempuan, merogol.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: pengerah | [pe.nge.rah] | ڤڠره
Definisi : 1. orang yg mengerah(kan), jurukerah; 2. sj alat utk mengerahkan (menghimpunkan) orang; gong ~ sl gong yg dipalu utk mengerahkan (mengumpulkan) orang.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: berpenyakit | [ber.pe.nya.kit] | برڤڽاکيت
Definisi : menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: mengelepur | [me.nge.le.pur] | مڠلڤور
Definisi : menggelepar, menggelepur; ®gelepur.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: kebongkakan | [ke.bong.ka.kan]/[ke.bong.ka/.kan] | کبوڠکقن
Definisi : perihal (sifat dsb) bongkak, kepongahan, kesombongan, keangkuhan: ia bercekak pinggang pula, menampakkan ~nya.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: termimpi | [ter.mim.pi] | ترميمڤي
Definisi : terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: bercinta | [ber.cin.ta] | برچينتا
Definisi : 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: leksikografi | [lék.si.ko.gra.fi] | ليکسيکوݢرافي
Definisi : (léksikografi) proses atau profesion menyusun kamus, perkamusan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: tertudung | [ter.tu.dung] | ترتودوڠ
Definisi : tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: cerancang | [ce.ran.cang] | چرنچڠ
Definisi : (Hut) bahagian kayu yg pecah atau kumpulan selumbar yg tertinggal pd tunggul atau pd bahagian bawah pangkal balak selepas pokok ditebang; bercerancang, bercerancangan mencuar-cuar tajam atau tinggi, berceracakan: hutan itu kira-kira lima ekar telah dibuka dan bercerancangan tunggul-tunggul kayu.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menelepuk | [me.ne.le.pu/] | منلڤوق
Definisi : membuat telepuk: utk memastikan perada melekat cantik sewaktu proses ~.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: meretat | Definisi : memukul dgn belakang tangan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: hokhak | Definisi : Kd (perangai) kasar, kurang sopan, tidak tertib.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menajam | [me.na.jam] | مناجم
Definisi : menjadi tajam: keningnya berkerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: jurubina | [ju.ru.bi.na] | جوروبينا
Definisi : orang yg berkelayakan utk mereka bentuk bangunan dan menyelia pembinaannya, arkitek.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: meranapkan | [me.ra.nap.kan] | مرانڤکن
Definisi : menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dgn tanah (memukul kayu ke dlm tanah sehingga sama dgn permukaan tanah dll), memusnahkan: angin sekencang itu boleh ~ rumah papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: cari | [ca.ri] | چاري
Definisi : 1. bp berusaha utk mendapat (menjumpai dll) sesuatu: di serata tempat saya ~ tapi tidak bertemu; 2. Mn harta milik (pencarian); ~ bagi harta pencarian yg dibahagi dua antara suami isteri (sewaktu bercerai); bercari Mn dicari (bkn persetujuan); kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ prb janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan; bercari-cari dicari-cari, diada-adakan, dibuat-buat: perkara yg ~; bercari-carian saling berusaha mencari; mencari 1. berusaha utk mendapat (memperoleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikirkan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (kejadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; mencari-cari 1. mencari dgn bersungguhsungguh, terus mencari: dia pergi ke mejanya, ~ sesuatu; 2. sengaja mengadakan (helah, sebab, dll), mengada-adakan (hal, alasan, dll); mencarikan mencari sesuatu utk: Batin Itamitulah yg amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya; tercari-cari (sedang) mencari dgn sungguh-sungguh, (sedang) giat mencari; carian sesuatu yg dicari; ~ bujang harta yg diperoleh sebelum berkahwin; pencarian 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti; pencari 1. orang yg mencari sesuatu yg abstrak (kebenaran, haluan, dll): ~ kebenaran ini diumpamakan spt orang buta; 2. orang yg mendapatkan nafkah (rezeki dll) utk menyara keluarga: lelaki dikatakan bekerja sbg ~ nafkah.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: beluting | Definisi : Kd, Pl, Pn kotor.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: dedak | [de.da/] | ددق
Definisi : kulit padi yg menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;bagai padi hendakkan ~, bagai laki hendakkan kendak prb orang yg suka menolak pemberian yg baik dan lebih suka membuat pekerjaan buruk; minta ~ kpd orang mengubik prb minta bantuan pd orang yg tidak mampu menolong.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menyeduh | [me.nye.duh] | مڽدوه
Definisi : mencampurkan (menghancurkan, merendam spt daun teh, dll) dgn air panas: ~ kopi (teh);
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: lenggek | [léng.gé/] | ليڠݢيق
Definisi : (lénggék) Mn tingkat (pd rumah); berlenggek bertingkat, berlapis: rumah yg ~; berlenggek-lenggek bertingkat-tingkat (pd rumah); memperlenggekkan mendirikan bertingkat-tingkat, menyusun berlapis-lapis.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: johar | Definisi : ; bintang ~ bintang timur (Venus); ® zuhrah.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: tetamu | [te.ta.mu] | تتامو
Definisi : orang yg diundang (dijemput) utk menghadiri jamuan dll, orang jemputan, jamu, tamu: dia sibuk melayan ~; ~ kehormat orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: witir | [wi.tir] | وتر
Definisi : Ar ganjil (bilangan); sembahyang ~ sembahyang sunat yg bilangan rakaatnya ganjil dan dikerjakan antara selepas sembahyang isyak dgn waktu subuh.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menyerembab | [me.nye.rem.bab] | مڽرمبب
Definisi : rebah atau jatuh ke hadapan (badan, muka): Suriati tiada diam, melainkan ~ ke dadanya
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: reka | [ré.ka] | ريک
Definisi : (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tindakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll; mereka, mereka-reka 1. menyusun (memasang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka keputusan yg akan diambilnya nanti; 3. memikirkan (sesuatu), merancang, merencanakan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia mereka-reka siapa yg patut menjadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agakkan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat; rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yg usang; pereka orang yg mereka (mereka-reka).
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: oktahedron | [ok.ta.hé.dron] | اوکتاهيدرون
Definisi : (oktahédron) (Mat) bongkah yg mempunyai lapan permukaan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: cotok | [co.to/] | چوتوق
Definisi : paruh ayam (burung dll); salah ~ melantingkan prb a) sesuatu perbuatan yg salah itu harus dibetulkan; b) melakukan sesuatu pekerjaan itu hendaklah dgn sewajarnya, kalau tidak kesusahan akibatnya; salah ~ berkudung paruh, salah telan belah perut prb kesalahan akan dihukum dgn sewajarnya atau menurut adat yg ditentukan; mencotok mencatuk, memagut, mematuk: ayam ~ makanan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menetekkan | [me.né.té/.kan] | منيتيقکن
Definisi : membiarkan menyusu pd, menyusukan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: nangka | [nang.ka] | نڠک
Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan, a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer; orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesusahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: debitur | [dé.bi.tur] | ديبيتور
Definisi : (débitur) IB orang yg berhutang, orang yg meminjam wang.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: usut | [u.sut] | اوسوت
Definisi : Jk; usut-usut, mengusut meraba-raba, merabai.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: repih | [re.pih] | رڤيه
Definisi : mudah dipatahkan atau dipecahkan (spt roti kering dll), rapuh; merepih menggetas (mematahkan, memecahkan, dll) kecil-kecil: ~ roti; repihan pecahan (sobekan, potongan, dll) yg kecil-kecil, serpih: banyak orang yg terbunuh terkena ~ bom.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: kantuk | [kan.tu/] | کنتوق
Definisi : rasa hendak tidur: ia mencuba menghilangkan ~ utk menghabiskan kerja; mengantuk berasa hendak tidur: ia ~ benar kerana hari sudah larut malam; orang ~ disorongkan bantal prb mendapat sesuatu yg sangat-sangat dikehendaki (diingini); terkantuk mengantuk dgn tiba-tiba.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menopek | [me.no.pé/] | منوڤيق
Definisi : menghiris (daging) tipis-tipis.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: aerolit | [é.ro.lit] | ايروليت
Definisi : (aérolit) sj tahi bintang yg mengandungi bahan silika.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: susah | [su.sah] | سوسه
Definisi : 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum keluarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) susah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. menjadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacitakan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: meledak | [me.le.da/] | ملدق
Definisi : 1. pecah dan meletup (dgn kuat), meletus: bom yg dilemparkannya itu telah ~ betul-betul tepat pd sasarannya; barang ~ barang-barang yg mudah meletup (spt ubat bedil dll); 2. ki terbit (peperangan, pertengkaran, dll), timbul: peperangan Rusia-Jepun mula ~ di Port Arthur pd tahun 1904;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: berewok | [be.ré.wo/] | بريووق
Definisi : (beréwok) Jk (ber)jambang, bauk.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: memekatkan | [me.me.kat.kan] | ممکتکن
Definisi : menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: bergelugur | [ber.ge.lu.gur] | برݢلوݢور
Definisi : mempunyai ukiran gelugur.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menjawikan | [men.ja.wi.kan] | منجاويکن
Definisi : 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: kahat | [ka.hat]/[qa.hat] | قحط
Definisi : Ar kekurangan makanan, bencana kebuluran.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: kebayak | [ke.ba.ya/] | کبايق
Definisi : ark kebaya.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: peminta | [pe.min.ta] | ڤمينتا
Definisi : nasib, untung malang, pinta; ®minta.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: kelik | [ke.li/] | کليق
Definisi : kelok, liku; mengelik mengalihkan (menggerakkan, mengelakkan) sedikit tubuh (utk mengelakkan tikaman, pukulan, dll): sebaik-baik sahaja Ali menikam, Kassim pun ~; mengelikkan mengelakkan atau menghindarkan (tikaman, pukulan, dll) dgn mengelik.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: berpenguasaan | [ber.pe.ngua.sa.an] | برڤڠواساءن
Definisi : sl ark mempunyai penguasaan;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: keasmaraan | [ke.as.ma.ra.an] | کأسماراءن
Definisi : 1. jatuh cinta, dlm percintaan, kasmaran; 2. asmara, cinta berahi: angkatan muda yg masih hijau dan gila ~ sahaja.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: canggal | [cang.gal] | چڠݢل
Definisi : ; ~ puteri sj tumbuhan (pokok), kedi, leban condong, melampai bukit, mengkedi, Engelhardtia nudiflora.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: diperhamba | [di.per.ham.ba] | دڤرهمبا
Definisi : = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: memandukan | [me.man.du.kan] | ممندوکن
Definisi : menunjukkan (kapal dll) jalan, memimpin (kapal dll);
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: gorek-gorek | [go.ré/.go.ré/] | ٢
ݢوريق
Definisi : sj tumbuhan, (pokok memanjat), Caesalpinia jayabo.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: keremot | Definisi : (kerémot) ark ®keremut.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: dosonok | [do.so.no/] | دوسونوق
Definisi : sj tumbuhan (pokok), kemancing, langga air, Dysoxylon angustifolium.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: kendur | [ken.dur] | کندور
Definisi : 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: alopesia | [a.lo.pé.sia] | الوڤيسيا
Definisi : (alopésia) (Ubat) ketiadaan rambut atau bulu pd kawasan kulit yg biasanya berambut atau berbulu.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: kekhuatiran | [ke.khua.ti.ran] | کخواطيرن
Definisi : perasaan khuatir, kebimbangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: termometer | [ter.mo.mé.ter] | ترموميتر
Definisi : (termométer) alat penyukat suhu, jangka suhu.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: keputerian | [ke.pu.te.rian] | کڤوترين
Definisi : hal (sifat, darjat dsb) yg berkaitan dgn puteri.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: sesendal | Definisi : alat yg digunakan sbg sendal.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua) |
null | definisi: kanaq | Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kawasan pinggir Kampung Selagi, Mawai daerah Kota Tinggi, Johor.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: pemutaran | [pe.mu.ta.ran] | ڤموترن
Definisi : perbuatan memutar(kan): minyak melicinkan ~ sebuah roda;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: nyengat | Definisi : Kl menghendaki sesuatu dgn tiba-tiba (mendadak).
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: telanjuran | Definisi : sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini, hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: dadar | [da.dar] | دادر
Definisi : 1. = kuih ~ sj kuih biasanya berinti kelapa yg kulitnya dibuat drpd tepung gandum bercampur telur dll; 2. = telur ~ telur yg dipukul dan digoreng nipis; mendadar membuat dadar;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: menghebahkan | [meng.hé.bah.kan] | مڠهيبهکن
Definisi : 1. menyiarkan, memberitahukan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan (agama, fahaman politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: membanci | [mem.ban.ci] | ممبانچي
Definisi : 1. menghitung, mengira (penduduk, lalu lintas, dll): Pejabat Tanah sedang ~ orang yg mendirikan rumah di kawasan itu; 2. Pr membahagi sama banyak;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: almanak | [al.ma.nak] | المناک
Definisi : buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: september | Definisi : (Séptémber) bulan kesembilan dlm tahun Masihi yg mengandungi 30 hari.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: padi-padian | [pa.di.pa.dian] | ڤادي
-
ڤادين
Definisi : segala tumbuhan (rumput) jenis padi.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: ordinan | [or.di.nan] | اوردينن
Definisi : perintah, peraturan, statut, dsb oleh sesuatu pihak berkuasa, undang-undang.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: bogi | [bo.gi] | بوݢي
Definisi : sj kereta kuda.
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |
null | definisi: meliatkan | [me.liat.kan] | ملياتکن
Definisi : menjadikan liat;
(Kamus Dewan Edisi Keempat) |