prompt_input
null
input
stringlengths
12
132
output
stringlengths
3
8.21k
null
definisi: megatan
[mé.ga.tan] | ميݢاتن Definisi : (mégatan) 1. satu juta tan; 2. kuasa letupan, terutamanya senjata nuklear yg bersamaan dgn kuasa satu juta tan TNT (trinitrotoluena). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: beripuh
[be.ri.puh]/[ber.i.puh] | برايڤوه Definisi : beracun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kelawai
[ke.la.wai] | کلاواي Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar dedawai, tenak, Myxopyrum nervosum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: telapak
[te.la.pa/] | تلاڤق Definisi : telapakan 1. tapak kaki, tapak tangan: dia meletakkan wang itu ke ~ tangannya; sujud di bawah ~ sujud di bawah kaki (baginda); di bawah telapakan (orang) diperbudak-budakkan orang; duli telapakan ke bawah duli (paduka); telapakan kaki a) tapak kaki; b) anak tangga yg di bawah sekali; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menggamik
[meng.ga.mi/] | مڠݢاميق Definisi : memberi isyarat (menyentuh) dgn jari; ®gamit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: relasi
[ré.la.si] | ريلاسي Definisi : (rélasi) IB hubungan, perhubungan, pertalian: setiap orang menempuh jalannya sendiri-sendiri melalui ~nya; banyak ~ banyak hubungannya (dgn orang lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: al-badik
Definisi : (al-Badi‘) Ar Yang Maha Menciptakan Sesuatu yg sebelumnya tiada (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: hero
[hé.ro] | هيرو Definisi : (héro) 1. orang yg terkenal atau disegani kerana keberanian (kegagahan, peribadi yg mulia, dll); 2. watak lelaki utama dlm cerita drama, filem, dll: Inu Kertapati menjadi ~ dlm cerita-cerita Panji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dakwa
[daÖ.wa]/[da/.wa] | دعوا Definisi : aduan (tuntutan, tuduhan) yg dikemukakan di mahkamah; kena ~ dituntut (dituduh) dlm perkara; ~-dakwi berbagai-bagai aduan (tuntutan, tuduhan); berdakwa sl 1. sedang dlm pembicaraan, berbicara: maka Naina Sura Dewana pun ~ dgn Raja Mendaliar; 2. sedang dlm urusan perkara (sedang dituntut hakim dll), sedang menghadapi tuntutan (tuduhan), berperkara: kerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah hamba; mendakwa 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau mengemukakan sesuatu sbg satu kenyataan atau kebenaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu; mendakwai menuntut (hak dll); mendakwakan menuntut (sesuatu), menuduhkan; terdakwa orang atau pihak yg didakwa (dituntut mahkamah); dakwaan 1. tuduhan (tuntutan, aduan) yg dikemukakan utk diadili (di mahkamah): sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah dimajukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis; 2. sesuatu yg dikatakan (dikemukakan dsb) supaya diterima sbg satu kenyataan atau kebenaran: beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dlm satu sidang akhbar; pendakwaan perbuatan mendakwa, pengemukaan (penyampaian) sesuatu dakwaan (tuduhan): Inspektor Ali telah melakukan ~ terhadap Busu; pendakwa (orang, pihak) yg mendakwa: pihak ~ dijangka akan memanggil lebih drpd 20 orang saksi; ~ raya pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terkosel-kosel
[ter.ko.sél.ko.sél] | ترکوسيل - کوسيل Definisi : teragak-agak atau tertahan-tahan (ketika melakukan atau mengatakan sesuatu), tidak lancar (perkataannya atau pekerjaannya), merungut-rungut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: syarat
[sya.rat] | شرط Definisi : 1. tuntutan (permintaan) yg mesti dipenuhi, jaminan, janji: jika orang yg meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yg telah dipersetujui dahulu dibatalkan; 2. segala yg diperlukan (utk mencapai sesuatu yg dimaksudkan dll): ~ yg paling mustahak utk menamatkan perselisihan itu ialah kemahuan dan kesediaan utk berselesai; 3. ketentuan (rukun, peraturan, dll) yg mesti dipatuhi: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yg diwajibkan atas seorang Islam? 4. bayaran (barang dll) yg perlu kpd guru silat (bomoh dll); ~ mutlak syarat yg tidak boleh tidak dipenuhi; bersyarat ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; mensyaratkan menuntut (meminta) sbg syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sbg) syarat: PBB telah ~ bahawa negara anggota yg tidak membayar hutang sampai tiga tahun dgn sendirinya akan gugur haknya utk mengundi; pensyaratan proses mengenakan syarat: pelbagai disiplin memerlukan ~ yg lain pd ciri sosiologi sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: malapari
[ma.la.pa.ri] | ملاڤاري Definisi : sj tumbuhan (pokok), mempari, pari-pari, Pongamia pinnata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kiam
[qiam] | قيام Definisi : Ar berdiri tegak (ketika bersembahyang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sekular
[sé.ku.lar] | سيکولر Definisi : (sékular) berkaitan dgn keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn keagamaan: Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama dgn kehidupan ~; pen-didikan ~ pendidikan yg memberikan pelajaran atau pengetahuan yg bukan bersifat atau ber-kaitan dgn keagamaan; mensekularkan menjadikan sesuatu (sistem, fahaman, dll) bersifat sekular: orientalis Barat cenderung utk ~ sistem perundangan Islam; kesekularan keadaan sekular; pensekularan proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kpd nilai kehidupan duniawi, sekularisasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: benzena
[bén.zé.na] | بينزينا Definisi : (bénzéna) (Kim) sj cecair yg tidak berwarna, beracun, diperoleh drpd petroleum, digunakan sbg pelarut dan utk membuat bahan kimia lain (spt racun serangga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kesetaraan
[ke.se.ta.ra.an] | کستاراءن Definisi : perihal (keadaan dsb) setara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: hiyayat
[hi.ya.yat]/[hi.ya.yat] | حياية Definisi : Ar pemberian hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pemikir
[pe.mi.kir] | ڤميکير Definisi : orang yg berfikir, ahli fikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: jenjala
[jen.ja.la] | جنجالا Definisi : sl lancang mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: senggah
Definisi : ® sanggah II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: besluit
[bes.luit] | بسلوءيت Definisi : IB surat tauliah, sebagaimana surat keputusan (pengangkatan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pahang
[pa.hang] | ڤهڠ Definisi : (Sunda) ark sj bau yg tidak sedap (spt bau daun pohon buah nona); pahit ~ pahit getir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: munasabah
[mu.na.sa.bah] | مناسبه Definisi : 1. sedarah sedaging, (drpd) kerabat yg sama; 2. kesesuaian, kesamaan; 3. sesuai, tepat benar, berpatutan: ada modal yg ~ utk ditanam dlm perniagaan; 4. boleh diterima akal (boleh dipercayai), tidak mustahil: cakap kita ini biar cukup dgn dalilnya, biar ~ oleh akal; memunasabahkan menjadikan munasabah: operasi perang yg terhad tidak ~ penggunaan senjata nuklear; kemunasabahan perihal munasabah (sesuai, berpatutan, masuk akal, tidak mustahil): ~ matlamat, ancaman, dan ugutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: senyum-menyenyum
[se.nyum.me.nye.nyum] | سڽوم-مڽڽوم Definisi : saling tersenyum: sudah luput segala tunduk-menunduk, ~ serta tegur-menegur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bersependapat
[ber.se.pen.da.pat] | برسڤنداڤت Definisi : sama-sama berpendapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: xerofit
[zé.ro.fit] | زيروفيت Definisi : (xérofit) (Bio) tumbuhan yg dapat hidup atau tumbuh di persekitaran yg kering. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: samsu
[sam.su] | سمسو Definisi : C sj minuman keras (arak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berkaul
[ber.kaul] | برقول Definisi : berniat atau berjanji hendak melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar; ~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hendaklah pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bermongkok
[ber.mong.ko/] | برموڠکوق Definisi : 1. (kelihatan,tampak) lebih tinggi drpd yg lain, tertinggi; 2. ki lebih baik (elok, unggul, utama). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kecabaran
[ke.ca.ba.ran] | کچابرن Definisi : ketawaran hati, ketakutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: muktabar
[muÖ.ta.bar]/[muk.ta.bar] | معتبر Definisi : , muktabir Ar mulia, terhormat, terkenal: Saiyidina Othman memberi persetuju-annya setelah bermesyuarat dgn sahabat-sahabatnya yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kelibut
Definisi : ; kelibang-~; ®kelibang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: picahbeling
[pi.cah.be.ling] | ڤيچهبليڠ Definisi : sj tumbuhan (herba yg daunnya digunakan sbg ubat penyakit kencing manis dll), Strobilanthes crispus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terup
[te.rup] | تروڤ Definisi : sj permainan dgn menggunakan daun pakau; ~ keling sj permainan terup; daun ~ daun pakau; main (bermain) ~ bermain (berjudi dll) dgn daun terup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: getik
[ge.ti/] | ݢتيق Definisi : ; menggetik 1. memukul atau menguis sesuatu dgn belakang hujung jari yg dibidaskan dgn ibu jari, menjentik; 2. menggetil; getikan hasil atau perbuatan menggetik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membungkusi
[mem.bung.ku.si] | ممبوڠکوسي Definisi : menyelubungi: keheningan malam itu terasa ~ diri kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: cambah
[cam.bah] | چمبه Definisi : 1. tumbuhan yg baru keluar dr biji benih dsb; ~ kelapa tumbuh kelapa, tombong kelapa; 2. Kl, Tr tauge; bercambah 1. mula tumbuh (bkn biji benih dsb); 2. mempunyai cambah; 3. muncul, terbit, lahir: Minah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya; usianya yg mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan; 4. ada banyak, ada (terdapat) di meratarata tempat: di surau dan madrasah yg ~ di tanah air kita ini; mencambahkan menjadikan bercambah: ~ biji benih; cambahan munculnya, terbitnya, lahirnya: dia tersenyum, diulit ~ bibit kelegaan di hatinya; percambahan perihal bercambah (biji benih): keinginan utk mencegah ~ senjata nuklear; pencambahan perbuatan mencambahkan; ®kecambah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: jemerah
[je.me.rah] | جمره Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), mambu jantan, merambau, sekebah, Milletia sericea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: melulum
[me.lu.lum] | ملولوم Definisi : mengulum, menjilat-jilat (jari dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: altruistik
[al.truis.tik] | التروءيستيک Definisi : bersikap lebih mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan orang lain drpd kebahagiaan dan kebajikan diri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: geluh
[ge.luh] | ݢلوه Definisi : tanah liat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: brokoli
[bro.ko.li] | بروکولي Definisi : sj tumbuhan yg berupa kubis bunga, Brassica oleracea italica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menyelangkup
[me.nye.lang.kup] | مڽلڠکوڤ Definisi : menyelubungi, melingkupi; ® lingkup I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terhal
[ter.hal] | ترحال Definisi : terhalang (kerana sesuatu rintangan), terhenti, tertahan; ® hal I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: perangkap
[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ Definisi : perkakas utk menangkap binatang (kandang yg pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: hantam
Definisi : ® hentam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berkasta-kasta
[ber.kas.ta.kas.ta] | برکستا - کستا Definisi : terbahagi atau berpecah kpd beberapa kasta: di rumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yg ~ dan diasing-asingkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berdering
[ber.de.ring] | بردريڠ Definisi : berdering-dering, mendering 1. berbunyi spt bunyi giring-giring (loceng, telefon, dll): bunyi loceng basikal posmen ~ di depan tangga rumah; 2. berbunyi dgn nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll): masuk dlm kawan gajah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membara
[mem.ba.ra] | ممبارا Definisi : 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: cuca
[cu.ca] | چوچا Definisi : jampi yg boleh menundukkan musuh atau yg dapat mengubati luka dll; mencuca menjampi (utk menundukkan musuh, mengubati luka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: lolong
[lo.long] | لولوڠ Definisi : bunyi suara yg keras dan panjang, jerit, raung (anjing dll): dia mendengar ~ anjing yg semakin kuat; melolong meraung (anjing), menjerit, memekik (spt perempuan meratap): anjing itu ~ semalam-malaman; ia ~ apabila mendengar berita buruk itu; terlolong-lolong menangis terjerit-jerit, terpekik-pekik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengocehkan
[me.ngo.céh.kan] | مڠوچيهکن Definisi : mengatakan sesuatu dgn tidak tentu pokok pangkalnya: Tarman yg tidak berpuas hati terus ~ hal itu lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: setaraf
[se.ta.raf] | سطرف Definisi : sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mempunyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mencocolkan
[men.co.col.kan] | منچوچولکن Definisi : mencecahkan (pd). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: meludahi
[me.lu.da.hi] | ملودهي Definisi : meludah (berludah) pd: aku dihina terang-terangan seolah-olah orang ~ mukaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: meneker
[me.né.kér] | منيکير Definisi : membuat api dgn memantik besi baja pd batu teker (yg telah dibubuh habuk kayu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: meranyuk
[me.ra.nyu/] | مراڽوق Definisi : meradang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terselat
[ter.se.lat] | ترسلت Definisi : termasuk di antara dua benda, ter-selit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bekil
[be.kil] | بکيل Definisi : sj ikan laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tar
[tar] | تر Definisi : kuih ~ sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mencong
Definisi : (méncong) Jk serong, tidak tepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: septisemia
[sép.ti.sé.mia] | سيڤتيسيميا Definisi : (séptisémia) (Ubat) keracunan darah yg berpunca drpd mikroorganisma penyebab penyakit dan toksinnya dlm darah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: alamatulhayat
[Öa.la.ma.tul.ha.yat] | علامةالحياة Definisi : Ar tanda hidup (berupa surat, cenderamata dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menggeligi
[meng.ge.li.gi] | مڠݢليݢي Definisi : menggigil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menelurkan
[me.ne.lur.kan] | منلورکن Definisi : 1. mengeluarkan telur, bertelur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: litak
[li.ta/] | ليتق Definisi : Mn 1. penat, lelah, payah; 2. lemah sekali, lesu, lapar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: wakaf
[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف Definisi : Ar 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb yg berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2. badan (institusi) yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam; berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan (kegunaan) umum atau keagamaan; mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang ramai, memberikan sesuatu utk hal atau keperluan yg berkaitan dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak mempunyai pokok manggis dlm paraknya; pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: jeneral
[jé.ne.ral] | جينرل Definisi : pegawai tertinggi dlm tentera, perwira tertinggi, panglima perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mendaftarkan
[men.daf.tar.kan] | مندفترکن Definisi : memasukkan (mencatatkan) dlm daftar, mengurus supaya tercatat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengarah-arahi
[me.nga.rah.nga.ra.hi] | مڠاره-ارهي Definisi : 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: limpa
[lim.pa] | ليمڤا Definisi : organ vaskular yg terletak dekat perut, yg membentuk limfosit, mengeluarkan antibodi, membantu memusnahkan sel darah merah yg telah rosak, dan menyaring bakteria dan zarah-zarah asing dr darah, kura; ~ kecil = anak ~ hempedu; berlimpa ada limpa; tidak ~ ki tidak berperasaan, tidak berhati perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kpgm
Definisi : kep Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kalamkari
[ka.lam.ka.ri] | کلمکاري Definisi : sl sj kain cita yg berbunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kerdus
Definisi : ®kardus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menagur
Definisi : melempar, membaling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: geluntur
[ge.lun.tur] | ݢلونتور Definisi : cacing besar dan merah warnanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: cendarahan
[cen.da.ra.han] | چندارهن Definisi : ; ~ tanduk sj tumbuhan (pokok kecil), penarahan tanduk, Knema curtisii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tersetai-setai
[ter.se.tai.se.tai] | ترستاي-ستاي Definisi : koyak rabak (pakaian), compang-camping, bersepai: pakaiannya yg ~ itu terketar-ketar ditiup angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: anakonda
[a.na.kon.da] | اناکوندا Definisi : sj ular besar tidak berbisa yg terdapat di kawasan tropika Amerika Selatan yg menjerut mangsanya hingga mati, Eunectus murinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: naik
[nai/] | ناءيق Definisi : 1. bergerak ke atas: asap ~ ke udara; bulan ~ dr satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh); tegak ~ a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi); b) sudah mulai besar (budak yg berumur lebih kurang 15 tahun); 2. bergerak ke tempat yg lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga): maka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang yg luas; dgn segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepat-cepat; 3. mengenderai (kuda, kereta, dll), masuk ke kenderaan: ~ kereta ke Pulau Pinang; ~ lif ke tingkat empat; 4. bertambah tinggi (mahal, besar, banyak, dll) drpd yg mula, bertambah, meningkat: ~ dan turunnya jualan tuan pd tiap-tiap bulan terpulanglah kpd kecekapan tuan mengurus perniagaan; semua harga barang ~; kalau pangkat ~ gaji pun akan ~; 5. tumbuh menjadi besar (tinggi dll): padi sedang ~; 6. menjadi, berubah menjadi: air mukanya dgn serta-merta ~ merah padam, dgn itu aku ~ pelik pula; 7. kembang atau mengembang (bkn adunan kuih): pukul telur sehingga ~; biarkan adunan roti itu ~;~ angin = ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dll; ~ apel = ~ banding Id memohon ke pengadilan yg lebih tinggi; ~ basuh kaki tidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan kenduri kahwin (bkn pengantin laki-laki); ~ besar sudah mulai besar (anak-anak); ~ darah (menjadi) marah; ~ darat naik ke darat (turun dr kapal); ~ darjat menjadi tinggi darjatnya; ~ daun a) mendapat (keuntungan atau kesenangan); b) bernasib baik atau beruntung (dlm perjudian dll); ~ gaji mendapat gaji yg lebih tinggi; ~ gembira sl menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dll); ~ geram menjadi marah; ~ gila a) menjadi gila; b) terlalu asyik akan sesuatu; ~ haji pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima; ~ harga menjadi mahal (berharga lebih drpd biasa); ~ hati menjadi girang (sombong); ~ kapal a) mula naik ke kapal; b) belayar dgn kapal, menumpang kapal; ~ kelas Id meningkat ke darjah yg lebih tinggi; ~ (di, di atas) kepala berbuat sesuatu yg melampaui batas; ~ lemak menjadi terlalu manja (dan melampau perbuatannya); ~ marah bangkit marahnya, menjadi marah; ~ mempelai a) menjadi pengantin, berkahwin; b) pertama kali tidur dgn isteri; ~ merik Id bertambah besar kehormatannya; ~ minyak menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang; ~ nobat Mn menjadi pengantin, berkahwin; ~ palak a) menjadi panas hati, meradang; b) berasa tidak senang, susah; ~ panas menjadi marah; ~ pangkat mendapat jawatan yg lebih tinggi; ~ pelamin Mn menjadi pengantin; ~ pitam a) mendapat pitam (menjadi pening); b) menjadi marah atau panas hati; ~ radang meradang; ~ raja sl menjadi raja; ~ saksi a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); ~ semangat bertambah semangat (bertambah berani dll); ~ seri kelihatan manis, berseri dsb selepas disolek, diandam dsb; ~ setum Id bp menjadi marah; ~ syeikh bp lupa diri, hilang pertimbangan; ~ takhta ditabalkan menjadi raja; ~ tangan beruntung, bertuah; ~ tocang bp besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan; bulan ~, matahari ~ prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan; ~ dr janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya; ~ melompat, turun terjun = ~ membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi = ~ spt semut, turun spt ribut prb hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali; menaik bergerak ke atas: kelok tersebut ~ semula; menaik-naik bp makin naik, menjadi-jadi: kebosanannya itu mulai ~ apabila suaminya tidak pulang-pulang; menaiki 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); menaikkan 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ perbekalannya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangatnya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah menyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (memberanikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; naik-naikan Id, bp waktu murid naik darjah; kenaikan 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; penaikan perihal atau perbuatan menaikkan; penaik; bahan ~ bahan yg digunakan utk menaikkan adunan kuih (spt serbuk penaik dsb); ~ darah orang yg lekas marah, pemarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sekomin
Definisi : Pr sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: teluk
[te.lu/] | تلوق Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat, serokan; ~ belanga sj baju Melayu yg tidak berleher; ~ rantau a) teluk dan rantau, ceruk rantau; b) daerah sekeliling, jajahan; adat ~ timbunan kapar prb biasanya orang berpangkat (ber-kuasa dll) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dibaja
[di.ba.ja] | دباج Definisi : sl = kain ~ sj kain sutera yg halus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ngeri
[nge.ri] | ڠري Definisi : 1. berasa takut, meremang, seram: ~ dia melihat mayat itu tergelimpang; 2. = mengerikan mendatangkan rasa takut (seram dll), menakutkan: kerongkongnya tersumbat dan lidahnya kelu oleh ingatan yg ~ itu; kematian itu sungguh-sungguh dahsyat dan mengerikan; kengerian 1. perihal ngeri, keseraman; 2. berasa ngeri: Hajah Bedah mengerutkan muka spt orang ~; pengeri orang yg mudah berasa ngeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kemati-matian
[ke.ma.ti.ma.tian] | کماتي-ماتين Definisi : 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mendering
[men.de.ring] | مندريڠ Definisi : 1. berbunyi spt bunyi giring-giring (loceng, telefon, dll): bunyi loceng basikal posmen ~ di depan tangga rumah; 2. berbunyi dgn nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll): masuk dlm kawan gajah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: suci
[su.ci] | سوچي Definisi : 1. bersih (dr segi agama): makanan yg ~; 2. tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh: orang yg ~; 3. bersifat keagamaan (ketuhanan): ayat ~; Kitab S~; Tanah S~ Mekah; 4. bersih drpd sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dll), murni: Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yg berniat ~ itu; hati yg ~; 5. bersih atau bebas (drpd kotoran dll): wajib baginya menggantikan kembali puasa yg tertinggal itu apabila ~ drpd haid; 6. sl tidak kotor (semak), bersih; bersuci 1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk; 2. membersihkan diri (drpd kekotoran): ~ drpd najis; 3. hidup suci; 4. bp berkhatan, bersunat; menyucikan 1. membersihkan diri (dr segi agama); 2. sl membersihkan diri drpd kekotoran (semak samun dll): maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu; 3. membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, menguduskan: hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan; 4. menganggap suci (mulia): ada orang yg ~ anjing; kesucian perihal suci; persucian perihal bersuci; penyucian perihal menyucikan, pembersihan; penyuci sesuatu yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kedondong
[ke.don.dong] | کدوندوڠ Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Canarium spp.; ~ bahu = ~ bulan = ~ hutan = ~ kerut sj tumbuhan (pokok), kenari hutan, Canarium nitidum; ~ kerut = ~ matahari sj tumbuhan (pokok dan buahnya), campa biru, gigi buntal, mesiput, Canarium kadondon; ~ matahari sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasi kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; amra (jangan) disangka ~ prb sesuatu yg menyerupai yg buruk itu jangan disangka buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: puing
[puing] | ڤوءيڠ Definisi : runtuhan rumah dll: rumahnya sudah menjadi ~; abu ~ abu drpd runtuhan; batu ~ batu drpd runtuhan rumah; timbunan ~ timbunan runtuhan; memuingkan menjadikan puing, menghancurkan rumah (bangunan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: jeding
Definisi : Jw tangki (air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kutaha
[ku.ta.ha] | کوتاها Definisi : ark sl agaknya, rasanya, konon, -kah, -tah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pencederaan
[pen.ce.de.ra.an] | ڤنچدراءن Definisi : perihal (perbuatan) mencedera(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penyejuk
[pe.nye.ju/] | ڤڽجوق Definisi : sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: parasintesis
[pa.ra.sin.té.sis] | ڤاراسينتيسيس Definisi : (parasintésis) (Lin) pembentukan kata dgn mengimbuh kata dasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tekukur
[te.ku.kur] | تکوکور Definisi : ~ api sj burung, punai lembu, Macropygia ruficeps; ~ api besar = ~ api gunung, Macropygia unchall; ~ jerum sj burung, ketitir, merbuk, Streptopelia chinensis; ~ merbuk sj burung, balam, ketitir, merbuk, Geopelia striata; paksa ~ padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka prb sesuatu yg selalu dicita-citakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berpagar
[ber.pa.gar] | برڤاݢر Definisi : mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kolonialis
[ko.lo.nia.lis] | کولونياليس Definisi : pihak (orang atau negara) yg mengamalkan faham kolonialisme, penjajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: celempung
[ce.lem.pung] | چلمڤوڠ Definisi : ; mencelempung terjun ke air, mencebur, mencempung; ®cempung II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tempang
[tém.pang] | تيمڤڠ Definisi : (témpang) 1. cacat yg tetap pd kaki (kaki pendek sebelah dll), capik, pincang: segala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~ pun sekaliannya berkampunglah; 2. tidak sama panjang (kaki kerusi, meja, dll): kerusi itu ~ kakinya; 3. = tertempang-tempang incang-incut: ketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah oleh Ainon; 4. ki tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya), berat sebelah, tidak adil, tidak betul (perjalanannya dll): bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan lantaran kesalahan masyarakat yg selalu ~ ini; orang ~ jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang prb kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yg serupa; menempang berjalan tempang; menempangkan, menempang-nempangkan; ~ kaki berpura-pura tempang kaki; ketempangan 1. perihal (keadaan dsb) tem-pang, kecapikan, kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll), keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musya-warah kita serta kembali ke musyawarah yg sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mamalia
[ma.ma.lia] | ماماليا Definisi : (Bio) haiwan bertulang belakang, badannya berbulu, jantungnya terbahagi kpd empat kebuk, dan menyusui anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)