prompt_input
null
input
stringlengths
12
132
output
stringlengths
3
8.21k
null
definisi: camar
[ca.mar] | چامر Definisi : sj burung, Sterna hirundo; ~ besar berjambul sj burung, Sterna bergii; ~ hitam sj burung, Childonias niger; ~ jambu sj burung, Sterna dougallii; ~ kecil sj burung Sterna albifrons. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kedewas
[ke.dé.was] | کديواس Definisi : (kedéwas) sj ikan laut, bawal hitam, Stromateus nigra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sebaliknya
Definisi : berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kilohertz
[ki.lo.hez] | کيلوهرز Definisi : unit frekuensi gelombang radio yg bersamaan dgn 1000 hertz. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kerudung
[ke.ru.dung] | کرودوڠ Definisi : 1. tudung (kepala, muka), cadar (penutup kepala, muka), kain tudung kepala (muka): sambil membetul-betulkan belitan ~nya, ibu meredakan ketegangan; 2. tudung lampu, terendak (lampu); mengerudungi menutup (kepala, muka) dgn kerudung, menudungi (kepala, lampu), membubuh terendak pd (lampu): ~ kepala; ~ lampu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: gema
[ge.ma] | ݢما Definisi : 1. bunyi yg berbalik, gaung, kumandang: kelawar tidak boleh melihat dlm gelap, tetapi ia membuat suara-suara, dan ~ suara-suara inilah yg menyebabkan ia tidak terlanggar pd apa-apa; 2. ki kejadian sbg akibat suatu kejadian lain: ~ drpd ceramah Profesor Teeuw tempoh hari masih belum habis lagi; bergema, menggema bergaung, berkumandang, bertalun: suara radio ~ di dlm ruangan itu; menggemai membuat gema pd: suara azan ~ seluruh daerah itu; menggemakan menjadikan bergema. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: melarih
[me.la.rih] | ملاريه Definisi : menuang minuman ke dlm gelas: maka duli tuanku sbg ~ kepadanya ... dan Temenggung dan segala orang besar-besar melawan minum dgn dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: jerungkup
[je.rung.kup] | جروڠکوڤ Definisi : ; menjerungkup menelungkup; terjerungkup tertiarap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: alkalimeter
[al.ka.li.mé.ter] | الکاليميتر Definisi : (alkaliméter) alat utk mengukur kepekatan alkali dlm larutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menyisiki
[me.nyi.si.ki]/[me.nyi.si/.ki] | مڽيسيقي Definisi : 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tambing
[tam.bing] | تمبيڠ Definisi : Br tebing sungai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mencelapaki
[men.ce.la.pa.ki]/[men.ce.la.pa/.ki] | منچلاڤقي Definisi : mengangkangi: lembu itu ~ dan menanduk dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: melocot
[me.lo.cot] | ملوچوت Definisi : lecet, terkelupas (kulit), melucut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bentawas
[ben.ta.was] | بنتاو Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok); mentaus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ketabiban
[ke.ta.bi.ban] | کطبيبن Definisi : 1. ilmu perubatan (kedoktoran); 2. perihal ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengiringkan
[me.ngi.ring.kan] | مڠيريڠکن Definisi : menghadapkan sisi (lambung) kpd sesuatu, membaringkan di atas sisi (lambung): ia ~ badannya mengadap ke sebelah kanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menujumkan
[me.nu.jum.kan] | منجومکن Definisi : membuat ramalan (dgn melihat kitab nujum), meramalkan, menenung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membongkokkan
[mem.bong.ko/.kan] | ممبوڠکوککان Definisi : menyebabkan badan membongkok, melengkungkan badan: ~ badan memberi hormat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pengetaman
[pe.nge.ta.man] | ڤڠتمن Definisi : 1. kerja mengetam (papan dsb); 2. tahi ketam, tatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pencandu
[pen.can.du] | ڤنچندو Definisi : 1. penghisap candu; 2. ki penggemar, peminat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menepat
[me.ne.pat] | منڤت Definisi : 1. langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yg dimaksudkan): jalan ini ~ ke Seremban; 2. = menepati menuju ke, pergi ke, menujui; 3. terus pergi ke (utk bermalam dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ceplok
[cep.lo/] | چڤلوق Definisi : Jw bulatan yg diwarnai dll utk perhiasan (spt bunga bantal dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dempuk
[dem.pu/] | دمڤوق Definisi : ; berdempuk berlanggar (dgn), bertumbuk (dgn); terdempuk terlanggar (pd), tertempuh (pd), terhantuk (pd): bahunya ~ pd pintu istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bercitarasakan
Definisi : mempunyai atau berdasarkan sesuatu sbg cita rasa: adalah bagus sekiranya perlumbaan ini ~ budaya Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pendakwa
[pen.daÖ.wa]/[pen.da/.wa] | ڤندعوا Definisi : (orang, pihak) yg mendakwa: pihak ~ dijangka akan memanggil lebih drpd 20 orang saksi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: seperangguan
[se.pe.rang.guan] | سڤرڠݢوان Definisi : selengkap (pakaian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kebengisan
[ke.be.ngi.san] | کبڠيسن Definisi : perihal bengis, kekejaman, kezaliman: ~ tentera musuh itu membangkitkan kemarahan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kerobek
[ke.ro.bé/] | کروبيق Definisi : (kerobék); mengerobek mencabik-cabikkan, mengoyak-ngoyak; ®kerabit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sekadar
[se.ka.dar] | سقدر Definisi : 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: suri
[su.ri] | سوري Definisi : sj sisir pd alat tenun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membanyaki
[mem.ba.nya.ki]/[mem.ba.nya/.ki] | ممباڽقي Definisi : 1. memperbanyaki; 2. menyerang (mengerjakan, mendatangi dsb) beramai-ramai, memperamaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: senyap
[se.nyap] | سڽڤ Definisi : 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri; senyap-senyap tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; bersenyap-senyap dgn diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dll); menyenyapkan menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi, tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dsb): makanan yg diberikan itu ~ salakan anjing jirannya; kesenyapan perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda bersetuju; penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising (pd ekzos enjin, senapang, piano, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: putus
[pu.tus] | ڤوتوس Definisi : 1. tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dll (tali dll): anjing itu pun merentak rantai itu lalu ~; 2. ki tidak berhubungan lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas, dll): ~lah sudah tali persahabatan antara mereka; perhubungan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat beberapa hari; 3. berakhir, habis, selesai: kampung yg tidak pernah ~ makanan; perundingan sudah ~ sudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (ketentuan, persetujuan, dll); sampai sekarang pun perkara itu belum ~; fikirannya hendak merantau itu benar-benar ~; kata ~ kepastian, keputusan, ketentuan; ~ akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); ~ arang putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi (persahabatan dll); ~ bicara a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; ~ haid terhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pd sekitar umur 50 tahun, menopaus; ~ harap (harapan) tidak mempunyai harapan lagi; ~ harga a) harga mati, harga tetap; b) sudah sesuai mengenai harganya; ~ limau = ~ ubat upacara menamatkan ubat sebab telah sembuh (dgn berkenduri atau mandi air buyung); ~ loteri Id menang loteri; ~ muafakat (pakat) sudah mendapat kata sepakat; ~ nafas a) tidak dapat bernafas; b) mati; ~ niat a) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya; ~ nyawa (jiwa) mati; ~ rezeki kehilangan mata pencarian; ~ saudara tidak lagi mengaku bersaudara; ~ suap kehabisan nasi tambah ketika sedang makan; ~ umur mati; ~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu prb bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti; ~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) prb sesuatu hal diputuskan dgn menilik asalnya; ~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak prb kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan); ~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal timba prb perihal seseorang yg kematian suaminya (bercerai dgn taulan yg diharap); putus-putus 1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus, berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; berputusan berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus: habis ~ batang pinang; tiada ~ tiada putus-putus (habis-habis); memutus; ~ jalan a) menghalangi (merosakkan dll) jalan; b) memotong (memintas) jalan; ~ perkataan orang menyela (memenggal) perkataan orang; memutusi ark = memutuskan menentukan; memutuskan 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan: kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4. menjatuhkan hukuman, menghukum: sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh mahkamah; ~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b) mati; terputus terhenti, terpenggal: sayang ceritanya ~ di tengah-tengah; setiap orang yg mati akan ~ segala amalannya; putusan 1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku; keputusan 1. kesudahan, akhir, penghabisan: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll); berkeputusan mempunyai keputusan (kesudahan dsb); tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir; perputusan perihal berputus, perceraian, perpisahan; pemutusan perbuatan memutus(kan); pemutus 1. alat atau orang yg memutus(kan); 2. yg memutuskan, penentu: kata ~; kuasa ~; undi (suara) ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: untung-untungan
[un.tung.un.tu.ngan] | اونتوڠ-اونتوڠن Definisi : jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kpd nasib, nasib-nasiban: ~ mengerjakan pekerjaan yg besar bahayanya; “Kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang,” Kamal bersuara ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terbit
[ter.bit] | تربيت Definisi : 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah matahari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedarkan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, makalah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini merupakan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasanya jernih; 5. keluar (dr rumah, persembunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluaran (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penyenaraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbitan saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg menerbitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg menerbitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: ketampakan
[ke.tam.pa.kan]/[ke.tam.pa/.kan] | کتمڤقن Definisi : keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sedu
[se.du] | سدو Definisi : sedan; ~-sedan suara yg terputus-putus atau timbul tenggelam (kerana lama menangis dll): dgn tiba-tiba ~-sedannya bertambah dan dia menjerit sekuat-kuat hatinya; bersedu, bersedu-sedu, tersedu, tersedu-sedu menangis dgn suara yg terputus-putus (timbul tenggelam dll), teresak-esak, tersedan: ibunya masih ~ dgn kesedihan yg mendalam utk meninggalkan rumahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjelau
[men.je.lau] | منجلاو Definisi : menjenguk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: suling
[su.ling] | سوليڠ Definisi : 1. sj serunai, bangsi, salung, seruling: memetik kecapi dan meniup ~ pd waktu malam; 2. = ~ kapal (kereta api) peluit (wisel) utk memberi semboyan (pd kapal, kereta api); meniup ~ berbunyi bangsi, maka bangsi itu patah-patah prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; menyuling meniup suling: Panji ~ Sri menari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: manifestasi
[ma.ni.fés.ta.si] | مانيفيستاسي Definisi : (maniféstasi) perbuatan (ucapan dll) yg memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu; memanifestasikan melahirkan, memperlihatkan, menunjukkan, menjadikan nyata: has-rat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis yg tidak dikenali pd tahun 1814; watak yg secara lebih giat ~ rasa kekecewaan; dlm solatnya dia sentiasa ~ dan selalu pula mem-baharui ikrarnya kpd al-Khaliq; termanifestasi terpancar: hal ini ~ dlm amalan umat Islam tentang konsep sekolah agama; pemanifestasian perihal (perbuatan, tindakan dsb) memanifestasikan: karya sastera merupakan salah satu sumber kekayaan budaya dan wadah ~ pemikiran dan produk perilaku masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bergerigis
[ber.ge.ri.gis] | برݢريݢيس Definisi : bergigi-gigi, bergerigi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: rongkongan
[rong.ko.ngan] | روڠکوڠن Definisi : , rerongkongan Jk tulang-tulang badan, rangka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengklasifikasikan
[meng.kla.si.fi.ka.si.kan] | مڠکلاسيفيکاسيکن Definisi : membahagi-bahagikan mengikut kelas; mengelaskan: Kita menggunakan kriteria tertentu utk ~ bahan-bahan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
null
definisi: menelanjangi
[me.ne.lan.ja.ngi] | منلنجڠي Definisi : 1. menanggalkan (segala pakaian dll) yg dipakai: ditelanjanginya anaknya itu; 2. merampas segala pakaian (perhiasan dll) yg dipakai: ~ penumpang-penumpang dr barang-barang mereka; 3. ki membukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedahkan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung Kambing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjerat
[men.je.rat] | منجرت Definisi : 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki melakukan tipu muslihat, menyusahkan (mencelakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terseksa
[ter.sé/.sa] | ترسيقسا Definisi : (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah cengkaman musuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pengupam
[pe.ngu.pam] | ڤڠوڤم Definisi : 1. alat yg digunakan utk meng-upam; 2. orang yg mengupam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: melirik
[me.li.ri/] | مليريق Definisi : menjeling dgn tajam, mengerling: setelah ~ dulu ke kiri ke kanan, ia pun duduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: luncai
[lun.cai] | لونچاي Definisi : ark buncit, gendut (perut): si ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: komoditi
[ko.mo.di.ti] | کوموديتي Definisi : barangan yg diperdagangkan, terutamanya keluaran ladang, bahan mentah, dan bahan galian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: rafidi
[ra.fi.di] | رافضي Definisi : Ar ajaran agama yg terkeluar drpd dasar asalnya (kaum Syiah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kura-kura
[ku.ra.ku.ra] | کورا٢ Definisi : 1. sj binatang reptilia dlm keluarga yg mempunyai kulit yg keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat; jenis-jenis: ~ bukit = ~ duri, Heosemys spinosa; ~ daun, Cyclemys dentata; ~ gergasi, Geochelone gigantea; ~ katup = ~ padi, Cuora ambionensis; ~ paya, Siebenrockeilla crassicolis; 2. = kekura sesuatu yg menyerupai binatang kura-kura; kunci ~ kunci gantung; ~ jendela bingkai jendela; ~ kaki bahagian kaki yg melengkung di antara buku lali dan jari, punggung kaki; ~ tangan bahagian tangan yg kebalikan tapak tangan, punggung tangan; ~ dlm perahu prb perbuatan yg bodoh; ~ pandai kerebat kayu = spt ~ hendak memanjat pohon kayu prb orang yg hendak melakukan sesuatu yg mustahil dapat dilakukannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bercakap
[ber.ca.kap] | برچاکڤ Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menempat
[me.nem.pat] | منمڤت Definisi : berada, terletak: perkara yg ~ di hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: halimun
[ha.li.mun] | هليمون Definisi : 1. (Sunda) kabus; 2. = halimunan tidak dapat dilihat; orang halimunan orang bunian; doa (ilmu) halimunan jampi yg menjadikan seseorang tidak dapat dilihat orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pemekat
[pe.me.kat] | ڤمکت Definisi : bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berempak
[be.rem.pa/] | برمڤق Definisi : bersama-sama maju atau bergerak, berderet sejajar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kepekatan
[ke.pe.ka.tan] | کڤکتن Definisi : perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: serbang
[ser.bang] | سربڠ Definisi : kusut-masai (rambut), berterbangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengedek-ngedek
[me.ngé.dé/.ngé.dé/] | مڠيديق-ڠيديق Definisi : menggoyang-goyangkan tubuh ketika berjalan (spt itik); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berkerik
[ber.ke.ri/] | برکريق Definisi : mengeluarkan bunyi kerik: aku menoleh apabila aku dengar bunyi pintu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: istinjak
[is.tin.ja/] | استنجاء Definisi : Ar perbuatan membersihkan kemaluan (kerana membuang air besar atau air kecil) dgn menggunakan air, batu, atau tanah keras; beristinjak membersihkan atau menyucikan dubur dan kemaluan sebelum wuduk atau sesudah buang air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tuang-tuang
[tuang.tuang] | تواڠ٢ Definisi : 1. sj suling drpd buluh yg ditiup utk memberi alamat dll; 2. ark corong pembesar suara; tetuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: bercuti
[ber.cu.ti] | برچوتي Definisi : 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: hujan-hujan
[hu.jan.hu.jan] | هوجن٢ Definisi : sj tumbuhan (pokok), kayu trembesi, munggur, sulbin, Enterolabium saman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mentadbirkan
[men.tad.bir.kan] | منتدبيرکن Definisi : mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahuan asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah negeri bergantung pd keadaan pegawai-pegawai yg ~ kerajaan negeri itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: dokumentari
[do.ku.men.ta.ri] | دوکومنتاري Definisi : tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yg memaparkan (menceritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang sesuatu (perkara, subjek, dll): filem ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penyerbuan
[pe.nyer.buan] | ڤڽربوان Definisi : perbuatan menyerbu, penyerangan: ~ itu, apabila sampai ke dlm istana, sudah tidak dapat dikawal lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: betara
[be.ta.ra] | بتارا Definisi : 1. sl dewa: dewa-dewa dan ~; 2. gelaran utk dewa atau raja: ~ Bisnu; ~ Majapahit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sayap
[sa.yap] | سايڤ Definisi : 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) keboleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: semena-mena
[se.me.na.me.na] | سمنا-منا Definisi : ; tidak ~ (dgn) tidak ada sebab yg berpatutan, sewenang-wenang, tidak tentu fasal: diceraikannya isteri itu dgn tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: apar
[a.par] | اڤر Definisi : Mn tempat tukang besi bekerja, dapur tukang besi; kampung ~ kampung pandai besi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: terbelintang
[ter.be.lin.tang] | تربلينتڠ Definisi : terlintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menamatkan
[me.na.mat.kan] | منمتکن Definisi : 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana caranya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. menjadikan tamat, menghabiskan, menyelesaikan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menenggat
[me.neng.gat] | منڠݢت Definisi : mengganggu, meng-halang (pekerjaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kendaga
[ken.da.ga] | کنداݢ Definisi : peti atau kotak kayu yg dihiasi dgn kulit kerang (atau dibebat dgn anyaman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: berbetul
[ber.be.tul] | بربتول Definisi : ark 1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dll): Tun Tuah pun tersangkut pd tirai paseban itu, lalu ~; 2. sesuai, cocok: beta hendak pertaruhkan diri beta yg dagang ini kpd anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pd fikiran nenek; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: mengelamunkan
[me.nge.la.mun.kan] | مڠلامونکن Definisi : menyebabkan seseorang mengelamun, melalaikan: mereka hanya akan ~ kita ke daerah yg bercanggah dgn fitrah keinsanan kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menjejak
[men.je.ja/] | منججق Definisi : 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membersarakan
[mem.ber.sa.ra.kan] | ممڤرساراکن Definisi : menyebabkan (membuat supaya) bersara: langkah ini diambil utk me-mudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikir-kan perlu diganti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: membusukkan
[mem.bu.su/.kan] | ممبوسوقکن Definisi : 1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kadal
[ka.dal] | کادل Definisi : Jw sj binatang reptilia, bengkarung, mengkarung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: jongkah
Definisi : ® jongkang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: limnologi
[lim.no.lo.gi] | ليمنولوݢي Definisi : kajian tentang faktor-faktor biologi, fizikal dan kimia tasik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: medu
[me.du] | مدو Definisi : berasa spt hendak muntah, berasa tidak sedap perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menamai
[me.na.ma.i] | مناماءي Definisi : membubuh (memberi) nama kpd, menggelari: ia ~ anaknya itu Naziha; jabatan tersebut dinamai sedemikian utk mengajar orang-orang Mesir tentang dunia Timur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: rega
[re.ga] | رݢا Definisi : ark harga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menyulam
[me.nyu.lam] | مڽولم Definisi : 1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru, menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: setinggi
[se.ting.gi] | ستيڠݢي Definisi : 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengandungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: menggoleng
Definisi : menyentuh, mengenai, menyinggung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: matra
[mat.ra] | مترا Definisi : Id ukuran tekanan irama (dlm muzik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: merekonstruksi
[me.ré.kon.struk.si] | مريکونستروکسي Definisi : membuat rekonstruksi: satu usaha sedang dibuat utk ~ syair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: penobrosan
[pe.nob.ro.san] | ڤنوبروسن Definisi : perihal menobros, penerobosan; terobos, toblos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: pencuci
[pen.cu.ci] | ڤنچوچي Definisi : 1. orang yg mencuci, tukang cuci; 2. alat (benda dll) yg digunakan utk mencuci; ~ mulut benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: purit
Definisi : Kl; masam ~ sangat masam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kicar-kicar
[ki.car.ki.car] | کيچر٢ Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), Myrsine porteriana (capitellata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: sersan
[ser.san] | سرسن Definisi : Id sarjan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kejernihan
[ke.jer.ni.han] | کجرنيهن Definisi : 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), kesucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: tapaian
[ta.paian] | تاڤاين Definisi : ark tempayan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
null
definisi: kelak
[ke.la/] | کلق Definisi : (masa atau hari) akan datang, kemudian, nanti: kalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang; ~ kemudian (di) masa hadapan; di akhirat ~ di akhirat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)